Download - Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat
APLIKASI JENAYAH KHALWAT DALAM FIQH JNAYAT
PENGENALAN:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasalam telah diutuskan oleh
Allah s.w.t ke muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak
umat manusia dan menyebarkan Islam kepada keseluruhan umat
manusia. Islam adalah agama yang syumul dan fleksibel. Ia amat
mementingkan keharmonian dan keadilan kepada seluruh umatnya.
Oleh yang demikian, Islam juga telah melarang kepada umatnya
melakukan perkara yang membawa kepada kemungkaran, apatah
lagi perbuatan yang membawa kepada kemaksiatan.
Menurut statsitik di Malaysia juga, kesalahan yang paling
mencatat kes terbanyak di dalam kesalahan jenayah syariah adalah
jenayah khalwat. Yang mana terdapat banyak nas-nas secara qatie
dan tida qatie melarang perbuatan khalwat kerana jenayah ini
distilahkan sebagai muqaddimah zina iaitu perbuatan seks antara
lelaki dan perempuanyang tidak melibatkan hubungan yang sah di
sisi syarak. Kami akan menghuraikan berkenaan istilah-istilah
khalwat dari sudut bahasa dan menurut syarak, juga dalil-dalil yang
berkaitan dengan khalwat sama ada dari Al-Quran, hadis dan
kaedah fiqh.
Khalwat menurut peruntukan seksyen 27 Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
memperuntukkan bahawa mana-mana orang lelaki yang didapati
berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang
perempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau orang
perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang lelaki
atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau
mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam
rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral
adalah melakukan kesalahan.
Di Malaysia, khalwat adalah salah satu kesalahan jenayah
yang diperuntukkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
di setiap negeri. Apabila seseorang itu disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
DEFINISI KHALWAT:
Dari segi bahasa:
Khalwat dari segi bahasa berasal daripada tiga pengertian yang
berbeza, iaitu bersama atau berkumpul, tenang dan terhindar.
Menurut kamus dewan, kahlwat didefinisikan sebagai :
“perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri
(menenangkan fikiran dengan bertafakkur dan lain-lain lagi) atau
sebagai pengasingan diri dengan berdua-duaan di tempat-tempat
terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim dan bukan pula suami isteri yang boleh dianggap sebagai
satu perbuatan sumbang.”[1]
Menurut kamus istilah Agama, khalwat ialah :
“ mengasingkan diri dari khalayak ramai dengan niat untuk
beribadah untuk menghubungkan diri kepada Allah dan
memutuskan hubungan dengan masalah dunyawiyah kerana
menghampirkan diri kepada Allah. Sebaik-baik khalwat adalah di
masjid di dalam bulan Ramadhan”[2]
Kesimpulannya , kahlwat adalah istilah yang digunakan
untuk keadaan tempat seseorang yang tersendiri dan jauh dari
pandangan orang lain. Walaupun terdapat banyak definisi yang
diberikan, ia tetap mempunyai pengertian yang sama dan boleh
difahami masyarakat umum. Namun penulisan kami akan
memfokuskan kepada kesalahan jenayah syariah iaitu khalwat
ataupun dikenali sebagai muqaddimah zina.
APLIKASI JENAYAH KHALWAT DALAM UNDANG-UNDANG
JENAYAH ISLAM.
pada umunya, undang-undang jenayah islam membahagikan
sesuatu jenayah itu berlaku apabila mencangkupi 3 unsur penting
iaitu :
1. Unsur hukuman dan undang-undang, iaitu adanya nas-nas yang
melarang dari melakukan jenayah berkenaan dan nas-nas yang
menentukan hukuman terhadapnya.
2. Unsur-unsur fizikal (perbuatan jahat), iaitu adanya perlakuan
jenayah daripada penjenayah berkenaan sama ada secara
melakukan atau meninggalkan, sama ada secara perseorangan atau
pakatan, sama ada perlakuan itu sudah lengkap atau belum lengkap
(cuba melakukan).
3. Unsur-unsur mental (niat jahat), iaitu adanya pada penjenayah
syarat-syaratnya yang membolehkan ia memikul tanggungjawab
jenayah, seperti kapasiti, melakukan jenayah secara pilihan sendiri,
sengaja atau tidak sengaja dan lain-lain.
ketiga-tiga unsur ini perlu ada pada semua jenis kesalahan jenayah
yang tiga tadi di samping unsure-unsur khusus bagi setiap
kesalahan jenyah itu sendiri untuk membolehkan seseorang itu
dikenakan hukuman.
Jenayah Khalwat adalah termasuk dalam kategori kesalahan
berbentuk takzir. Pemakaian bagi kesalahan-kesalahan takzir
berbentuk takzir memakai nas-nas secara umum, di mana ia tidak
terikat dengan sempadan-sempadan yang sempit, tetapi secara
lebih luas, sesuai dengan tabiat takzir itu sendiri di mana ia tidak
tertentu kepada satu-satu bentuk perbuatan sebagaimana
kesalahan-kesalahan hudud dan qisas.
Abdul Qadir Audah mentakrifkan khalwat sebagai salah satu
perbuatan maksiat yang hukumnya haram dan bagi sesiapa yang
melakukan perbuatan tersebut maka dikenakan hukuman takzir.[3]
Dalam kesalahan takzir kepentingan umum perlu diambil kira, untuk
menentukan hukuman dan kesalahan.
Bagi kesalahan takzir, hukuman ditentukan oleh pemerintah (ulil
amri), bagitu juga dengan bentuk-bentuk kesalahan jenyaha di
dalam sesebuah Negara. Hal ini kerana kesalahan-kesalahan
berbentuk takzir tidak ditentukan jenis-jenis kesalahan satu persatu
sebagaimana kesalahan hudud, qisas dan diat.
1. Unsur-unsur syarie
Pengharaman khalwat di dalam al-Quran :
Ÿ
32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang
membawa kerosakan).[4]
Dalil di atas adalah berbentuk larangan dan haram melakukannya,
juga menjelaskan tentang pengharaman mendekati zina. Manakala
salah satu wasilah kepada berlakunya zina ialah khalwat yang
berlaku diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Imam Fakhr al-Razi di dalam Tafsir al-Kabir menjelaskan berkaitan
ayat di atas bahawa Allah s.w.t melarang melakukan zina kerana ia
adalah perbuatan yang boleh mendatangkan kerosakan dan
keburukan pada manusia. Beliau juga menerangkan bahawa zina
tergolong di dalam perbuatan keji dan mendatangkan kemudaratan
kerana:[5]
i) Bercampurnya nasab ; manusia tidak akan tahu anak yang lahir
itu adalah kerana zina olehnya atau oleh orang lain. Maka akan
berlaku pecah belah dan terputusnya nasab keturunan.
ii) Jika tiada sebab syarie yang menunjukkan bahawa lelaki itu
berhak ke atas perempuan tersebu maka ia hanya membuka
pintu-pintu kerosakan dan kehancuran
Nas lain yang melarang melakukan khalwat :
151. dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - Yang
terang daripadanya dan Yang tersembunyi….[6]
Pengharaman khalwat di dalam hadis :
الشيطان ثالثهما فإن له تحل ال بإمرأة رجل يخلون ال
‘ Janganlah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan yang tidak
halal bagi kamu kerana sesungguhnya orang yang ketiga adalah
syaitan’
Hadith ini menjelaskan tentang larangan berdua-duaan antara lelaki
dan perempuan ajnabi kerana yang ketiga selepas mereka ialah
syaitan. Syaitan adalah makhluk Allah yang telah bersumpah
dengan menggoda keturunan Adam supaya mengikuti jalan yang
direntangnya iaitu ke Neraka.[7]
Di dalam Hadith lain [8]
الشيطان دخل اال بإمرأة رجل خال ما بيده بنفسى فوالدى النساء على والدخول اياكم
بينهما
‘ Janganlah kamu memasuski ruang perempuan, demi yang jiwaku
ada ditanganya, tidaklah terkumpul seorang lelaki dan perempuan
di suatu tempat (sendirian) kecuali syaitan mendampinginya
( menggodanya).’
2. Unsur-unsur fizikal (perbuatan jahat)
Para ulama’ telah mengklasifikasikan kesalahan khalwat sebagai
salah satu bentuk kesalahan takzir berdasarkan kaedah :
حرام فهو الحرام الى ادى ما
‘ Apa sahaja yang membawa kepada perbuatan haram, maka ia
adalah haram.
Mengikut prinsip ini, khalwat dihukumkan haram kerana ia boleh
membawa kepada berlakunya zina. Zina adalah perbuatan yang
diharamkan oleh syarak yang wajib dikenakan hukuman had dan
mengikut kaedah di atas apa sahaja yang membawa kepada haram,
maka ia adalah haram.[9]
Di Malaysia, elemen-elemen khalwat telah diperuntukkan di dalam
enakmen perundangan negeri-negeri[10]. secara umumnya, Bagi
mensabitkan kesalahan-kesalahan khalwat yang dilakukan, pihak
penguatkuasaan atau pendakwaan perlu memenuhi criteria berikut
bagi mensabitkan kesalahan khalwat yang dilakukan oleh pelaku
seperti :
i. Berdua-duaan atau bersekedudukan yang mendatangkan syak
ii. Bersekedudukan dengan seorang atau lebih lelaki atau
perempuan, sama ada islam ataupun tidak.
iii. Bukan suami/ isteri atau mahramnya.
Berdasarkan peruntukan dalam seksyen 27 mengenai kesalahan
jenayah khalwat, ianya adalah kesalahan yang diletakkan di dalam
kategori yang ketiga iaitu kesalahan yang berhubung dengan
tatasusila (moral/seksual). Ia adalah menjadi suatu kesalahan
apabila:
Mana-mana –
(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama seorang perempuan
atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau
mahramnya; atau
(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan
seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami
atau mahramnya,
Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau
bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka
sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakkan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.[11]
Secara umumnya, khalwat dalam peruntukan undang-undang
membawa maksud perbuatan lelaki dan perempuan yang bukan
isteri atau mahram yang berada dalam keadaan yang boleh
menimbulkan syak bahawa perbuatan maksiat akan berlaku jika
tidak ada pencegahan.
Mana-mana perbuatan tersebut hendaklah dalam bentuk atau sifat
yang boleh “mendatangkan syak bahawa mereka berdua-duaan
sedang atau akan melakukan maksiat.” Oleh yang demikian, apa-
apa sahaja keadaan berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan
itu mestilah dalam keadaan yang mencurigakan. Sebagai contohnya
seperti berpelukan, berciuman, bersentuhan atau berada dalam
keadaan berpakaian kurang lengkap. Dengan itu, sekiranya
pasangan tersebut berdua-duaan tetapi dalam keadaan yang tidak
mampu menimbulkan syak yang mereka akan melakukan
persetubuhan atau perbuatan maksiat, maka perbuatan berkenaan
tidak akan memenuhi syarat yang dikehendaki di dalam elemen
kesalahan jenayah syariah khalwat yang diperuntukkan. Hal ini
boleh dilihat di dalam kes Pendakwa Syarie lawan Mohamad Sabu
dan Seorang Lagi,[12] bila mana perbuatan kedua-dua tertuduh
“berkurung berdua-duaan” dalam tempoh yang sekejap (tidak
sampai lima minit) telah gagal menimbulkan syak bahawa mereka
melakukan atau akan melakukan perbuatan yang maksiat.
Selain daripada itu, faktor masa juga diperhatikan dan diambil kira
yang boleh menimbulkan syak, umpamanya pada awal pagi dan
tengah malam, apatah lagi apabila melibatkan tempat-tempat
tertentu seperti pusat peranginan, hotel, rumah tumpangan, taman
bunga, tepi pantai dan sebagainya. Keadaan tempat juga boleh
menimbulkan syak seperti di tempat gelap dan sunyi dalam
keadaan tiada mahram atau pihak ketiga. Ini dijelaskan di dalam
kes Abdul Wahab lawan Timbalan Pendakwa Mahkamah Syariah
Selangor,[13] yang mana tertuduh di dapati bersabitan apabila
ditangkap berdua-duaan di dalam kereta yang diletakkan di tepi
jalan pada jam 3.45 pagi.
Kesalahan jenayah syariah khalwat yang diperuntukan di dalam
akta adalah berbeza mengikut enakmen negeri-negeri, namun ia
membawa penafsiran yang sama iaitu perbuatan berdua-duaan
yang menimbulkan syak. Adapun demikian, kesalahan khalwat ini
adalah terpakai hanya dan boleh dipertuduhkan kepada orang-
orang Islam sahaja. Jika salah seorang pasangan yang terbabit
adalah bukan Islam, maka Mahkamah Syariah tidak berbidang
kuasa untuk mendakwa dan membicarakannya.[14]
3. Unsur mental (Niat jahat)
Istilah tanggungjawab jeenayah dalam syariat Islam mengertikan
bahawa seseorang itu mesti memikul segala natijah perbuatannya
yang berlaku dengan pilihannya sendiri serta menyedari maksud
natijah perbuatannya yang berlaku dengan pilihan sendiri serta
menyedari maksud serta natijah dari perbuatannya itu.[15]
Asas kepada tanggungjawab jenayah wujud sekiranya dipenuhi
elemen-elemen berikut :
a. melakukan perbuatan yang diharamkan
b. secara pilihan sendiri
c. secara sedar mengenai natijah dan akibatnya
Syariat Islam menjadikan perbuatan jahat sebagai asas kepada
wujudnya tanggungjawab jenayah namun kewujudan
tanggungjawab itu sendiri bergantung adanya dua syarat lain, iaitu
kesedaran (ادرك) dan pilihan sendiri (اختيار) sewaktu melakukan
perbuatan-perbuatan tersebut. Tanpa kedua-dua syarat ini
tanggungjawab itu tidak akan nada.
Secara amalannya, kes-kes khalwat yang berlaku di Mahkamah
syariah, niat jahat digunapakai qarinah untuk membuktikan keada
kewujudan fakta persoalan.
Sebagai contoh, di dalam kes Pendakwa Syarie lawan Nordin Hashi
(Ahilemah Joned 1986, 101) YDT dituduh berkhalwat dengan
seorang yang bukan islam di dalam sebauh kereta. Pendakwa
menerangkan bahawa YDT adalah guru pengajar memandu kereta
dan wanita tersebut adalah bekas muridnya yang ingin belajar
memandu semula selepas membeli kereta baru.
Mahkamah memutuskan bahawa YDT memang tiada niat jahat
untuk melakukan jenayah tersebut kerana terbukti bahawa beliau
mengajar wanita tersebut. Lbih-lebih lagi suami wanita tersebut ada
berhampiran tempat itu juga. Juga terdapat guru lain mengajar
murid mereka memandu di tepi padang Bandar Hilir Melaka.
ulasan : Kes ini sepatutnya dari awal lagi ditolak kerana tiada
keterangan prima facie. Pihak pendakwa tidak dapat
mengemukakakn sebarang bukti yang menunjukkan bahawa fakta
isu dapat dibuktikan. Ini kerana hubungan qarinah dengan fakta
persoalan di dalam tuduhan jenayah khalwat tersebut adalah
longgar. Walaubagaimana pun jika dilihat dari sudut keputusan
hakim, qarinah telah digunakan untuk menolak wujudnya niat jahat
YDT untuk melakukan khalwat.[16]
Kategori Tanggungjawab Jenayah
Dalam perbincangan di atas, ternyata wujudnya tanggungjawab
jenayah dalam penilaian syariat islam terhenti atas adanya
perbuatan salah dan niat jahat. Ini bererti bahawa tanggungajawab
jenayah itu mempunyai beberapa kategori tertentu, kerana
walaupun dalam perbuatan salah yang sama orang mempunyai
kesedaran dan niat yang mungkin berbeza-beza. Dalam hadith
Rasulullah s.a.w :
terjemahan : Segala perbuatan (perlu dinilai ) berasaskan niat dan
setiap orang akan memperoleh apa yang dia niat.[17]
(diriwayatkan oleh Muslim dan Umar Ibn al-Khattab)
Perbuatan Jenayah yang dilakukan oleh seseorang secara sedar dan
dengan pilihan sendiri tidak terkeluar dari dua bentuk iaitu ia
dilakukan dengan niat jahat dan ia dilakukan tanpa niat.
Oleh kerana itu, islam menilai sesuatu perbuatan itu berasaska niat,
maka tanggungjawab jenayah berbeza diantara perbuatan yang
disengajakan dan tidak disengajakan. Walaubagaimanapun, hal ini
berbeza dengan kes jenayah khalwat di mana tidak timbul
persoalan sama ada sengaja atau tidak sengaja, yang hanya adalah
perbuatan khalwat dengan niat sengaja untuk mendekati zina. Niat
sengaja inilah yang digunakan dalam menentukan hukuman takzir
ke atas pelaku jenayah khalwat tersebut sama ada wujud niat untuk
melakukan khalwat.
HUKUMAN BAGI KESALAHAN KHALWAT
Berdasarkan unsur-unsur jenayah yang dijelaskan di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa, khalwat adalah termasuk dalam kesalahan
takzir. Dari segi syaraknya, takzir diertikan sebagai pembalasan
yang disyariatkan kerana sesuatu maksiat atau kesalahan jenayah
yang tidak ada peruntukan pembalasan had dan kaffarah sama ada
ia berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia.[18] Fuqaha pula
mentakrijkan takzir sebagai satu pembalasan yang ditetapkan
kadarnya, diwajibkan sama ada sebagai hak Allah atau hak
manusia, di dalam setiap maksiat yang tiada pembalasan had dan
kaffarah, mempunyai tujuan yang sama seperti pembalasan had
(hudud), iaitu memberikan pengajaran (ta’dib), mengadakan
pemulihan (islah) dan mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr).
[19] Oleh itu, khalwat adalah dikategorikan sebagai satu kesalahan
takzir yang mana ia tidak dinyatakan hukumannya di dalam nas
tetapi ia di tetapkan hukumannya berdasarkan pemerintah.
Hukuman bagi kesalahan kahlwat di Malaysia boleh dirujuk di dalam
Akta dan Enakmen Jenayah syariah/ Kanun Jenayah Syariah yang
terpakai di setiap negeri.
Sebagai contoh, bagi Wilayah Persekutuan, hukuman bagi pelaku
jenayah khalwat boleh dilihat di dalam seksyen 27 Akta Jenayah
Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang memperuntukkan :
“… apabila disabitkan boleh di denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya. “
sekiranya di nilai melalui peruntukkan ini, badan perundangan
Malaysia telah mengadakan hukuman denda (pembayaran ganti
rugi) dan penjara bagi pelaku jenayah khalwat. Ulama’ bersepakat
dalam penentuan bagi kedua-dua hukuman tersebut dalam
kesalahan takzir.
Bagi hukuman berbentuk denda (pembayaran ganti rugi), Mazhab
Hanafi[20] berpendapat takzir membayar hukuman denda tidak
harus. Imam Abu Hanifah dan Muhamad tidak mengharuskannya.
Walaubagaimanapun, Abu Yusuf berpendapat harus Takzir dengan
denda jika perlu. Dalam Mazhab Syafie, [21] pada dasarnya harus
diambil denda takzir, tetapi para ulama dalam mazhab terebut tidak
bersependapat dalam menentukan langkah terbaik. Begitu juga
pendapat termahsyur dalam mazhab Maliki[22]. Manakala dalam
mazhab Hanbali pula, harus dalam sesetengah keadaan dan tidak
harus dalam sesetengah keadaan yang lain. Alasan merek tidak
menerima hukuman denda ini adalah dapat membawa kepada
berlakunya kezaliman dari pihak pemerintah, dengan mengambil
harta orang ramai secara tidak hak.
Akan tetapi, Ibn Taymiyyah [23] dan Ibn Qayyim[24] telah menolak
dakwaan yang mengatakan hukuman denda ini telah dimansuhkan.
Mereka menafikan sama sekali pandangan tersebut dengan
berdalilkan beberapa kes yang menyokong adanya hukuman seperti
itu. Disamping itu, menurut mereka lagi, tidak ada satu nas pun dari
Rasulullah s.a.w yang menunjukkan berlakunya pengharaman
hukuman denda seperti itu.
Bagi penahanan pula, syariat islam membahagikannya keada 2
bahagian iaitu penahanan terhad dan penahanan tidak terhad.
Walaubagaimanapun, dalam konteks Malaysia, hanya
menggunapakai hukuman tahanan terhad iaitu penjara dalam
tempoh beberapa minggu, bulan atau tahun. Penahanan terhad ini
dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan takzir yang biasa dan
keatas penjenayah-penjenyah biasa. Tempoh masa yang paling
singkat bagi penahanan ini adalah satu hari, sementara bagi
tempoh paling lama menurut sesetengah pendapat adalah tidak
melebihi 6 bulan, atau menurut pendapat yang lain pula jangan
sampai satu tahun. Tetapi di samping itu ada ulama yang
berpendapat bahawa terserah kepada pihak pemerintah untuk
menentukan tempoh tahanan tersebut.[25]
PENCEGAHAN AM DAN KHAS
pencegahan bermaksud mencegah pesalah sari mengulangi
kesalahannya, disamping mencegah orang lain dari melakukan
jenayah yang serupa. pencegahan adalah tujuan utama
pelaksanaan takzir dijalankan, oleh itu hukuman yang dilakukan
mestilah mencapai kepada objektif dan tujuan itu. Ini bererti
keseksaan diharapkan berperanan dalam mencegah perbuatan-
perbuatan jahat yang berlaku dalam masyarakat. Ia juga ditujukan
kepada masyarakat umum , mengiukut sifat ini ia disebut sebagai
pencegahan umum.
Di samping itu, terdapat suatu sifat pencegahan yang lain iaitu
pencegahan khusus ke atas orang yang terlibat melakukan jenayah
berkenaan, supaya tidak kembali melakukan kesalahan jenayah itu
lagi. Berdasarkan dua sifat pencegahan ini, hukum keseksaan islam
pernah diertikan sebagai pencegahan sebelum berlaku dan selepas
berlaku; yang bererti bahawa pengetahuan mengenai hukum syarak
boleh mencegah seseorang dari melakukan kesalahan dan bahawa
pelaksanaan hukuman selepas berlaku kejahatan boleh mencegah
dari berulang kejahatan itu.
PENGAPLIKASIAN HUKUMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
KHALWAT DALAM UNDANG-UNDANG MASA KINI DI
MAHKAMAH SYARIAH
Kesalahan jenayah syariah khalwat yang diperuntukkan di dalam
akta dan enakmen negeri-negeri adalah merupakan suatu
kesalahan takzir. Di sini, satu kes kesalahan jenayah syariah
khalwat yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau
Pinang boleh dilihat pengaplikasiaanya dalam hukuman yang telah
dibuat oleh Yang Arif Hakim berkenaan dengan kesalahan takzir,
yang mana kesalahan di bawah seksyen 27 ini adalah suatu
mukadimah zina. Kes pertama ialah Kes 1 : MOHD. IBRAHIM BIN
MOHD. SHARIF lwn PENDAKWA SYARIE PULAU PINANG.[26]
Tertuduh di dalam kes ini iaitu Mohd. Ibrahim bin Mohd. Sharif telah
ditangkap atas suatu kesalahan jenayah syariah iaitu kesalahan
berkhalwat. Tertutuduh telah ditangkap ketika mana duduk berdua-
duan bersama seorang perempuan yang merupakan seorang
pelacur, Rohani binti Che Puteh yang mana perempuan tersebut
bukan mahramnya di dalam sebuah bilik di sebuah hotel, Hotel Eng
Chuan di Jalan Pintal Tali. Kes ini telah dikesan sewaktu Operasi
Mencegah Maksiat dijalankan pada 17 Oktober 1997 lebih kurang
jam 5.45 petang.
Tertuduh merupakan seorang yang telah berumah tangga dan
berusia 47 tahun serta mempunyai enam orang anak. Kesalahan
yang telah dilakukan oleh tertuduh adalah kesalahan yang pertama.
Kesalahan tertuduh pada mulanya telah dibicarakan di Mahkamah
Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mana tertuduh ketika itu telah
mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya,
dan mahkamah mensabitkan tertuduh dihukum dengan hukuman 3
bulan penjara atau denda RM 2000.
Kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh adalah merupakan
suatau perbuatan yang dilarang keras oleh agama Islam
sebagaimana firman Allah s.w.t:
“Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana ianya
adalah perbuatan yang keji lagi jalan yang sesat”.[27]
Sesungguhnya apabila agama Islam melarang sesuatu perbuatan
maka agama Islam juga turut melarang jalan-jalan yang boleh
membawa kepada sesuatu kesalahan tersebut. Oleh itu, perbuatan
tertuduh yang telah pergi ke sebuah tempat pelacuran dan berada
bersama pelacur adalah jelas merupakan satu perbuatan yang
terlalu hampir kepada penzinaan.
Perbuatan tertuduh nyata boleh mendorong tertuduh melakukan
penzinaan dan perbuatan melanggani pelacur adalah perbuatan
yang sangat keji serta kotor kerana boleh menyebabkan penyakit-
penyakit yang berjangkit. Hukuman yang telah dijatuhkan oleh
pihak Mahkamah dapat memberi pengajaran kepada tertuduh serta
iktibar untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Hukuman yang
telah dijatuhkan oleh Yang Arif Hakim adalah bersesuaian dan
bertepatan dengan pendapat fuqaha mengenai kesalahan takzir
yang membawa maksud satu pembalasan yang tidak ditetapkan
kadarnya di dalam Hukum Syarak tetapi diberi kuasa kepada
pemerintah untuk menentukannya dengan tujuan memberi
pengajaran, pemulihan dan mewujudkan ingatan yang menakutkan
kepada pesalah.
ANALISIS
Jenayah syariah khalwat adalah satu perbuatan yang diharamkan
dalam islam. Ini adalah kerana perbuatan ini mendekati kepada
zina. Jenayah khalwat tidak harus dipandang ringan kerana ia juga
merupakan salah satu masalah sosial yang kian melanda Negara
kita.
Islam menggalakkan manusia saling kenal mengenali di antara satu
sama lain, namun, tingkah laku dan tabiat manusia itu mestilah
dikawal agar tidak melampaui batas .Tanpa kawalan, kehidupan
manusia boleh menjadi huru-hara. Kisah Zulaikha dan Nabi Allah
Yusuf a.s sudah cukup menjadi contoh untuk menunjukkan bahawa
manusia yang berlainan jantina akan sentasa tertarik sesama
mereka kerana beberapa sebab yang tertentu.
Formula untuk merawat jenayah khalwat ini perlu dicari segera.
Pemimpin masyarakat dan para ulama harus berganding bahu
untuk tampil memberi jalan penyelesaian. kesemua pihak mesti
memberikan kerjasama membanteras unsur-unsur negatif dari
mempengaruhi masayarakat. Antara cadangan pencegahan kepada
jenayah syariah khalwat antaranya :
1. Sentiasa menanamkan semangat kefahaman dan kecintaan
kepada agama islam.
2. Penerapan dan pelaksanaan undang-undang islam walaupun
secara berperingkat-peringkat dan membuat penyemakan semula
ketas undang-undang yang sedia ada.
3. Mengemaskinikan undang-undang dengan memaksimumkan
hukuman yang dikenakan.
4. Peranan ibu bapa dan masyarakat dalam mencegah amar akruf
dan nahi mungkar
5. Peranan media massa yang sentiasa peka dengan isu moral dan
etika serta sentiasa meletakkan objek pembinaan bangsa yang
sihat.
6. Peranan penguatkuasa dalam pelaksanaan tugas mencegah
jenayah khalwat.
7. Peranan badan bukan kerajaan yang sentiasa menggalakkan
aktivti berorientasikan membina bangsa bermaruah sejajar
dengan tuntutan islam.
Tanggungjawab membasmi jenayah khalwat ini juga ditanggung
oleh pemerintah sesebuah Negara, disamping semua pihak haruslah
terlibat dalam melaksanakan tuntutan islam sepenuhnya. Oleh yang
demikian, dengan diiringi keazaman yang tinggi dan didokong oleh
‘political will’, amatlah diperlukan dalam memastikan keberkesanan
membanteras dan membendung jenayah khalwat.
BIBLIOGRAFI
1. Paizah Haji Ismail ( 2008), Undang-undang Jenayah Islam, Tradisi Ilmu Sdn. Bhd, Selangor
2. http://www.sinarharian.com.my/semasa/janda-dicekup-khalwat-1.47489 diakses pada 13 mei 2012
3. Jurnal Hukum 1999, Jilid 13, hal. 185.
4. Ruzman Md.Noor, Pembuktian di Mahkamah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang et. al (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia : Prinsip Dan malan, Penerbit Unversiti Malaya, Kuala Lumpur
5. Siti Zubaidah Ismail, Kesalahan Jenayah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang et al. (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia Prinsip dan Amalan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
6. Abdul Qadir Audah, At-Tasyri’ al-Jina’I, jil 1, hal. 380;
7. Ahmad Fathi Bahnasi, al-masu’liyyah al-Jina’iyah
8. Siti Nor Hj Jusoh (1998), Peruntukan Hukuman Bagi Kesalahan Khalwat Di Malaysia- Satu Analisis, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
9. Noresah Baharom, kamus Dewan, Edisi Keempat,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Shodiq,H.Shalahuddin Chaery B.A (1983),Kamus Istilah Agama:Jakarta dlm Latihan Ilmiah Kesalahan jenayah Khalwat Kajian Kes dalam Jurnal Hukum
[1] Noresah Baharom, kamus Dewan, Edisi Keempat,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.[2] Shodiq,H.Shalahuddin Chaery B.A (1983),Kamus Istilah Agama:Jakarta dlm Latihan Ilmiah Kesalahan jenayah Khalwat Kajian Kes dalam Jurnal Hukum.[3] Abd al-Qadir ‘Awdah (t.t), Tasyri’ al-Jinai’. juz 4. hal 351[4] surah al-Isra’ 17:32[5] al-Imam Fakhr al-Razi . (1938). Tafsir al-Kabir. Juz 20. Mesir: Matba’ah al-Bahiyah al-Misriyyah. hal. 197[6] surah al-An’aam 6: 151[7] Masyitah Mokhtar (1984), Wanita, Masalah dan Penyelesaian. Karya Media Publisher, Edisi 1, m.s 126[8] Ahmad Ibn Shu’ayb al-Nasa’I (1994), Sunan al-Nasa’I bi Sharh al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti Wa-hashiyat al-Imam al-Sindi. Bayrut: Dar al-Busha’ir al-Islamiyah, hal. 117[9][9] Siti Nor Hj Jusoh (1998), Peruntukan Hukuman Bagi Kesalahan Khalwat Di Malaysia- Satu Analisis, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hal 16[10] Enakmen Acara Jenayah Syariah Kedah, (Bil. 3/1988); Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, (No. 2/ 1985); Enakmen Kesalahan Syariah Melaka, (No. 6/1991); Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor, (Bil.14/ 1978), ………[11] Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559].[12] Jurnal Hukum Jilid 11, Bahagian 1, 1418H, hal. 61-109.[13] Jurnal Hukum, 1402H, hal. 281.[14] Siti Zubaidah Ismail, Kesalahan Jenayah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang et al. (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia Prinsip dan Amalan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hal. 206-207.[15] Abdul Qadir Audah, At-Tasyri’ al-Jina’I, jil 1, hal. 380; Bahnasi, al-masu’liyyah al-Jina’iyah, hal 22 &36[16] Ruzman Md.Noor, Pembuktian di Mahkamah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang et. al (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia : Prinsip Dan malan, Penerbit Unversiti Malaya, Kuala Lumpur, hal. 193[17] Al-Munziri, Mukhtasar, hal. 287 dalam Paizah Ismail, Undang-undang Jenayah Islam, hal. 32[18] Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, juzuk 6, hal. 197.[19] Abdul Aziz Aamir (Dr.), at-Takzir al-Syariah al-Islamiah, hal. 52.[20] Ibn ‘Abidin, Hasyiah, jld 3, hal 184[21] Ar-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, jld 8, hal. 20; Al-Ansari, Asna al-Matalib, jld .4, hal 162. dalam Paizah Ismail, Undang-undang Jenayah Islam, hal. 266
[22] Az-Zarqani, Syarh, jld 8 hal 125[23] lihat al-Hisbah, hal .43[24] lihat al-Turuq al-Hukmiyyah, hal. 249[25] lihat al-Mawardi, Al-Ahkam as-Sultaniyyah, hal. 206[26] Jurnal Hukum 1999, Jilid 13, hal. 185.[27] Surah al-Israa: ayat 32.