Download - Adat Resam Dan Kebudayaan Kaum India
ADAT RESAM DAN KEBUDAYAAN KAUM
INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia
Masyarakat India kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini
KelahiranSewaktu Mengandung Adat Valaikaappu adalah adat
yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan
Wanita hamil dipakaikan sebentuk gelang tangan baru ,Suulkaappu
Suul bermaksud `kandungan ibu Kaappu bermaksud 'perlindungan'
Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.
Upacara memandikan wanita hamil diadakan, mutugu niir (kulittal).
Wanita hamil dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan
lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan
Upacara dimulakan dengan a) menyapu serbuk cendana
pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil
b)kumkum diletak di dahi c)gelang tangan dipakaikan.
Seterusnya upacara aalatti dijalankan
Wanita yang hamil akan memakan salah satu nasi yang disediakan.
Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul
Wanita hamil akan diminta membuka salah satu bungkusan
Selesai upacara ,wanita hamil akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin
Menyapu kunyit padatangan dan pipi
Ibu mengelilingkan beras di ataskepala sebanyak tiga kali
Suami menyuapkan manisanke dalam mulut isteri
Semasa Bersalin Waktu kelahiran adalah
penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu
Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.
Membisikkan Nama Tuhan Sebaik sahaja bayi dilahirkan,
sejenis mantera Tuhan akan dibisikkan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong
Tetapi sekarang mantera Tuhan akan dibisik sebaik sahaja melihat bayi
Ia adalah untuk membolehkan bayi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi.
Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan akan disapu
madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.
Madu dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan disapu ke mulut bayi untuk bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.
Potong Tali Pusat
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.
Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Memberi Nama Apabila bayi berusia enam belas
hari, upacara pemberian nama diadakan
Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga
Namanya akan disebut sebanyak tiga kali pada telinga bayi tersebut dan diumumkan pada orang ramai.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi
ADAT PERKAHWINANMerisik faktor etnik, sub etnik, kasta
dan agama perlu diambil kiraKunjungan Ke Rumah Pengantin Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa.
Dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju.
Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan
Kaji kecocokan pengantin dalam ajaran Hindu tidak terdapat
konsep perceraian Terdapat 10 aspek perlu diambil kira
untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu
Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.
Ikat Janji lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan
Jika kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang
Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Bertunang dan sembahyang
Adat menyuap kanl kande
Sami memberikan ku'gumem
Parisam Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu
parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah
yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.
Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja
Pada awalnya, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya
Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan.
Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.
Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu
Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan
Sebelum Majlis PerkahwinanKad Jemputan Kad jemputan ini dibuat berdasarkan
almanak Hindu Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar
Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai).
Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan.
Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya
Penyediaan Thaali merupakan lambang suci perkahwinan
yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan
Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali.
Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.
Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari
sebelum hari perkahwinan dilangsungkan
Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.
Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.
Perkahwinan atau ikatan suci melalui perkahwinan
antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali
Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Pengantin Bersanding
Minji (sarung Cincin Wanita
Paal (Menyapu Susu Lelaki)
Minji (Sarung Cincin Lelaki)
Alipu (Mengarak Lampu)
Kolem dan Khumbem
Malei Mathel(Bertukar Bunga Malei
Paal Abisygem(Cuci Kaki Ibu Bapa)
Paal Abisygem(Cuci Kaki Ibu Bapa)
Memohon Doa Restu
Upacara Akad Nikah
Paal (Menyapu Susu Wanita)
Otthianem (Aksesori)
Ayeer Mantherem(Juru Nikah)
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Phavitirem - Theperpul(Memakai Cincin Daun)
Poree (Membakar Ramuan)
Samenthi Phutu
Thali (Rantai Daripada Benang)
Vaalem Varuthel(Membuat Tiga Pusingan)
Tallapha(Perhiasan Kepala)
KematianSemasa Kematian Sekiranya seseorang itu telah meninggal
dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.
Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati.
Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.
Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.
Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya.
Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada
Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi.
Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.
Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu.
Lagu-lagu suci dinyanyikan serta dimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah.
Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil.
Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.
Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat.
Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya.
Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur.
Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
Kollic Catti periuk tanah liat yang mengandungi api Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan
pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.
Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.
Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.
Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.
Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.
Pengebumian Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu
membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad.
Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad.
Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan.
Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar.
Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam.
Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali.
Pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati