Download - 66777230 23 Log Olahrage Baru
SEJARAH OLAHRAGA.
Sejarah olahraga yang terawal melibatkan larian.Dalam Olimpik Kuno semua
acara adalah larian.Acara stade adalah antara yang mula – mula dipertandingkan
dan ia melibatkan jarak 192 meter.Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang di
gunakan.Berikutan ini acara larian ulang alik yang dinamakan ‘dialos’ berjarak 384
meter (192 m x 2) di adakan.sejurus selepas itu acara jarak jauh 5000 meter yang
dinamakan ‘dolichos’ diadakan.
Pada zaman Olimpik Kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang di
bina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan itu diperbuat daripada
ketulan batu marmar.Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz kaki .Semua
atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz mereka adlah berbeza.Pagar
permulaan (husplex) digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Sebelum 1880an , kemajuan larian olahraga terbantut kerana ketidakselarasan
dalam permulaan larian dan pengambilan masa yang tepat . Keadaan ini
menyebabkan permulaan larian dengan gaya berdiri diperkenalkan kerana ia
dianggap lebih adil.
Dalam tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan dengan cara
memulakan larian.Antara permulaan awal ialah ‘ pencil start’ para atlet berlari berlari
20 meter pertama dengan memegang pensil.Permulaan dimulakan dengan
persetujuan dan tembakan digunakan .Dan akhirnya wujudlah gaya dekam.Di
Scotland , gaya dekam digunakan pada tahun 1884 . Gaya dekam juga digunakan di
Australia , ia dinamakan “kangaroo start”. Hanya pada bahagian kedua abad kelapan
belas , bila kasut berpaku diperkenalkan , barulah acara larian menjadi lebih popular
dan sentiasa dipertandingkan.
Sebelum 1921, kebanyakan pertandingan adalah untuk kaum lelaki.
Sebenarnya , zaman Olimpik Kuno menggalakkan pertandingan di kalangan lelaki
walaupun ada perayaan khas ‘heraean’ diadakan untuk wanita. Hanya dalam
tahun1921 , pertandingan antarabangsa pertama untuk wanita diadakan di Monte
Carlo. Pertandingan diadakan setiap empat tahun sehingga 1934. Di England sukan
olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya
sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan
iaitu ‘The Necton Guild’. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang
ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun
1850 di Oxford University –Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan
kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic
Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan
tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika
Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.
Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah
berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam
olahraga.. Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika belum mampu
menyaingi kemampuan atlit dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah bereubah
dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.
Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan
Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau
pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah
pengawasan IAAF.
SUKAN OLIMPIK.
Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini
dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung
dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini
tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de
Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah
menyertainya. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan
Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai
sukan ini.
Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “ Perkara yang penting didalam sukan
bukanlah kemenangan , tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting
dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan karta inilah banyak negara
yang menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan
yang memang menjadi idaman mereka.
Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne
dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu Malaysia
tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana
membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya
pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.
ORGANISASI OLAHRAGA
IAAF atau Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ditubuhkan pada
tahun 1912 dan semua negara boleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga
didunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf semua
perjumpaan sukan terbesar ini. Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau
pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh
atlit. Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan olahraga adalah
dibawah tanggungjawab IAAF.
Dalam menjamin kejayaan sesuatu penganjuran sukan itu, perancangan dan
pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan
hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih
akan mengambil bahagian puladi peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan
sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
BAHAGIAN ACARA PENYERTAAN
1. Jarak Dekat (Pecut) 100 meter
200 meter
400 meter
Lelaki/Perempuan
Lelaki/Perempuan
Lelaki/Perempuan
2. Jarak Sederhana
3. Jarak Jauh
4. Lari Berhalangan
5. Lari Berganti-ganti
6. Lari Berpagar
7. Maraton
8. Heptatlon
9. Dekatlon
10. Berjalan kaki
11. Merentas Desa
800 meter
1500 meter
3000 meter
5000 meter
10000 meter
3000 meter
4 x 100 meter
4 x 400 meter
100 meter
110 meter
400 meter
7 acara
10 acara
5000 meter
10000 meter
20000 meter
Lelaki/Perempuan
Lelaki/ Perempuan
Perempuan
Lelaki/Perempuan
Lelaki
Lelaki
Lelaki/Perempuan
Lelaki/Perempuan
Perempuan
Lelaki
Lelaki/Perempuan
Lelaki/Perempuan
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki/Perempuan
Lelaki
Lelaki/Perempuan
PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS MELAKUKAN LATIHAN OLAHRAGA
REGANGAN OTOT-OTOT SPESIFIK
a. Otot-otot utama yang akan digunakan dalam acara olahraga tertentu harus
diregangkan.
b. Atlit harus menahan setiap regangan selama 10-20 saat. Ulangi aktiviti itu.
Contoh-contoh senaman regangan.
1. Regangan betis (bahagian atas)
Pastikan tumit kaki belakang berada di atas lantai. Tukar posisi untuk
meregangkan
kaki lain.
Rajah 1 : Regangan betis bahagian atas
2. Regangan betis (bahagian bawah)
Pastikan tumit kaki hadapan berada di atas lantai. Tukar posisi untuk
meregangkan
kaki lain.
Rajah 2 : Regangan betis bahagian bawah
3. Regangan paha
Tarik kaki ke punggung. Tukar posisi untuk meregang paha lain.
Rajah 3 : Regangan paha
4. Regangan hamstring
Dalam keadaan duduk. Memegang pergelangan kaki yang lurus. Tukar posisi
untuk
meregangkan hamstring yang lain.
Rajah 4 : Regangan hamstring
5. Meregang ‘Groin’
Duduk seperti gambarajah. Tolak salah satu lutut ke bawah, kemudian tolak lutut
yang
satu lagi.
Rajah 5 : Regangan ‘Groin’
6. Regangan belakang (bahagian bawah)
Ambil posisi seperti rajah. Tukar posisi badan untuk melatih bahagian lain badan.
Rajah 6 : Regangan bahagian bawah belakang badan
7. Regangan lengan
Memegang tangan di atas kepala dan meregang ke atas.
Rajah 7 : Regangan lengan
8. Regangan lengan dan sisi badan
Tarik dengan tangan kanan untuk membongkok ke kanan. Tarik dengan tangan
kiri
untuk membongkok ke kiri.
Rajah 8 : Regangan lengan dan sisi badan
9. Regangan belakang (bahagian bawah badan, pinggul lutut dan bahu)
Rajah 9 : Regangan belakang pinggul, lutut dan bahu
10. Regangan pinggul dan kaki
Rajah 10 : Regangan pinggul dan kaki
11. Regangan ‘berpagar’
Regangan bahagian belakang, pinggul dan lutut.
Rajah 11 : Regangan ‘berpagar’
12. Pusingkan tubuh badan dan bahu
Berdiri seperti rajah. Pusing badan ke kiri dan tahan selama tiga kiraan dan
pusing ke kanan sebanyak empat kali.
Rajah 12 : Pusingan tubuh badan dan bahu
13. Regangan sisi
Ambil posisi seperti rajah. Bengkokkan badan ke kanan dan tahan selama tiga
kiraan. Berdiri tegak semula, ulang ke sisi kiri.
Rajah 13 : Regangan sisi
14. Tekan bahu
Depakan tangan. Tekan bahu ke belakang dan tahan selama enam kiraan dan
lepaskan. Ulang sebanyak empat kali.
Rajah 14 : Tekan bahu
15. Regangan bahu
Luruskan tangan di atas kepala dan tahan selama enam kiraan. Bengkokkan
lengan dan capai ke belakang. Tekan selama enam kiraan. Ulang sebanyak empat
kali.
Rajah 15 : Regangan bahu
16. Melengkukkan bahagian belakang
Lengkukkan bahagian belakang dan naikkan dada dan kepala dengan menolak
tangan
dari lantai. Tahan selama tiga kiraan dan lepaskan. Ulang sebanyak empat kali.
Rajah 16 : Melengkungkan bahagian belakang
MEREJAM LEMBING
Pengenalan
Merejam atau membaling lembing (javelin) merupakan acara balingan yang
tertua dan dipercayai dimainkan sejak purba lagi. Pada ketika itu, orang
menggunakan lembing untuk memburu serta sebagai senjata dalam peperangan.
Dalam sukan, merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang
lebih serius. Matlamat acara ini sebagai sukan ialah mendapatkan jarak paling jauh
berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang
ditetapkan.
Sebagai sukan juga, merejam lembing turut menjadi acara dalam Sukan
Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. Hingga kini, merejam lembing
adalah salah satu acara balingan yang penting di dalam sukan olahraga, khususnya
dalam acara padang. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Pemenang acara ini
ditentukan menerusi jarak balingan terjauh yang dicapai oleh seseorang peserta.
Kelengkapan
a) Lembing
Kelengkapan utama bagi acara ini ialah lembing dan kawasan membuat
rejaman. Lembing yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu, besi
atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala,
grip dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. Bahagian kepala diperbuat
daripada besi yang berukuran 25-33cm. Bahagian grip berukuran antara 15-
16cm untuk lelaki dan 14-15cm untuk perempuan dan lelaki di bawah umur
18 tahun. Pada bahagian inilah letaknya pusat graviti lembing. Berat minimun
lembing untuk lelaki ialah 800g manakala untuk perempuan dan lelaki bawah
18 tahun ialah 600g.
b) Gelanggang
Gelanggang atau kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Ia
hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak
menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai. Padang bola atau
stadium terbuka sesuai digunakan sebagai gelanggang. Kawasan ini
hendaklah mengandungi keperluan-keperluan berikut.
Kawasan larian yang panjangnya tidak melebihi 36.5m dan 4m lebar.
Penanda arc – yang merupakan sempadan antara kawasan larian
dengan kawasan rejaman, dan tidak boleh dipijak oleh peserta.
Kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29°-30° dan berjarak
8m dari penanda arc ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak
dihadkan, asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta-
peserta.
c) Kasut
Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang
mempunyai enam paku di bahagian hadapan tapak dan dua paku di
bahagian tumit. Spike yang digunakan untuk acara-acara lain boleh
digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu dalam
keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.
CARA-CARA MEMBUAT REJAMAN
a) Memegang Lembing
Sebelum mempelajari cara merejam lembing, seseorang perejam lembing
hendaklah terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing.
Aspek ini sangat penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga
keselamatan peserta. Umumnya, terdapat tiga cara memegang lembing yang
biasa diamalkan. Jurulatih hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini,
terutama kepada mereka yang baru menceburkan diri.
Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh
tiga jari lain.
Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari
kelengkeng.
Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadang-
kadang disebut cara ladam kuda.
A. Peringkat-peringkat Merejam Lembing
Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat,
iaitu peringkat berlari, peringkat transisi, peringkat melepas dan peringkat
mengundurkan diri.
Peringkat Berlari
i. Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan
yang disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-
masing.
ii. Lembing diletakkan pada bahu, dan siku tangan yang memegang lembing
hendaklah membengkok ke hadapan.
iii. Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4 – 12 langkah pada
kelajuan sederhana atau perlahan.
Peringkat Transisi
i. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan.
ii. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang.
iii. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah.
iv. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan
tumit kanan serta membawa berat badan ke belakang.
Peringkat Melepas
i. Peserta membuka langkah seluas mungkin.
ii. Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan
berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat.
iii. Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetpi jangan
menyentuh atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh
melompat menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan.
iv. Lepaskan lembing pada sudut 30°-40° daripada padang sekuat yang boleh
dengan memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan
pada padang.
Peringkat Berundur
i. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing
mendarat.
ii. Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang
daripada penanda arc, Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi
pananda arc.
iii. Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.
Undang-undang Dan Peraturan
i. Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Semasa merejam,
lembing haruslah berada di atas bahu. Cara memegang dan kedudukan
lembing di atas bahu bergantung pada keselesaan peserta.
ii. Peserta akan diberikan enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada
lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan
diberikan kepada setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman
paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberikan tiga rejaman
lagi.
iii. Semasa membuat rejaman, peserta harus berlari dalam kawasan yang
ditetapkan dan lembing yang direjam hendaklah mendarat di dalam kawasan
yang diberikan. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas
padang, cukup sekadar kepala lembing menyentuh tanah dahulu.
iv. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum
mendarat. Apabila keluar daripada kawasan merejam, peserta hendaklah
keluar dari bahagian belakang. Rejaman dikira batal jika peserta berjalan ke
hadapan dan terpijak penanda arc walaupun lembing mendarat dengan
sempurna.
v. Peserta yang berjaya membuat rejaman paling jauh dikira pemenang, dengan
syarat dia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dan rejamannya
sempurna. Jika terdapat dua peserta atau lebih yang mencapai jarak yang
sama, mereka akan diberikan peluang membuat rejaman penentuan, dan
sebarang jarak yang melebihi peserta lain dikira pemenang.
vi. Terdapat empat orang pengadil atau pegawai yang mengadili acara ini.
Pengadil 1 memastikan sama ada peserta memijak penanda arc atau tidak.
Pengadil 2 memastikan peserta memegang lembing dengan betul atau tidak.
Pengadil 3 dan 4 akan mengenal pasti pendaratan lembing.
vii. Pengukuran dibuat pada tempat terdekat kepada titik di mana kepala lembing
mendarat dengan garisan, dengan menggunakan pita pengukur. Dalam
pertandingan antarabangsa, pengukuran dibuat menggunakan alat elektronik.
LOMPAT KIJANG
Pengenalan
Lompat kijang satu acara padang yang tergolong dalam kategori lompatan.
Acara ini dikhususkan untuk lelaki sahaja, tetapi sejak 1993 acara ini mula disertai
juga oleh wanita. Malah, dalam beberapa kejohanan olahraga peringkat
antarabangsa di Eropah telah diadakan acara lompat kijang untuk wanita. Sebagai
acara olahraga, lompat kijang masih menjadi milik lelaki di peringkat sekolah di
negara kita walaupun di peringkat kebangsaan diadakan juga untuk wanita.
Berdasarkan sejarah olahraga, dipercayai acara lompat kijang ini mula
diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dari Scotland dan Ireland.
Pada asalnya, acara ini dikenal sebagai hop-step and jump, tetapi kemudiannya
dikenal sebagai triple jump. Pada tahun 1900, acara ini telah dimasukkan sebagai
salah satu acara dalam Sukan Olimpik, Iaitu dalam siri kedua sukan ini.
Bagaimanapun, corak lompatan pada ketika itu amat berlainan dengan cara
dan peraturan lompatan sekarang. Ketika itu, dua lonjakan (hop) mesti didahului
sebelum membuat lompatan. Ini berbeza dengan peraturan sekarang di mana hanya
satu lonjakan yang diikuti oleh satu langkah dimestikan sebelum membuat lompatan.
Kelengkapan
Sebagaimana lompat jauh, lompat kijang juga memerlukan lorong larian dan
ruang khas untuk membuat lompatan. Antara ruang dan peralatan yang diperlukan
dalam acara ini adalah seperti berikut.
Lorong Larian
Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai untuk pecutan, lonjakan
dan lompatan adalah diperlukan. Jarak lorong larian yang piawai berukuran 58m
panjang dan 1.22m lebar.
Papan Pelepas ( Take Off Board)
Papan pelepas digunakan sebagai petanda kawasan pelepasan untuk
memulakan lonjakan. Papan pelepas ini berukuran 20cm X 1.22m yang diletakkan
13m dari hujung terdekat kawasan pendaratan.
Petunjuk Plastisin
Ia digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang
dibuat oleh peserta. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas, dan sebarang kesan tapak kaki
yang dihasilkan pada plastisin ini, menandakan pembatalan pada lompatan itu.
Kawasan Pendaratan (Landing Area)
Kawasan pendaratan digunakan untuk pendaratan sesuatu lompatan.
Kawasan ini diisikan dengan pasir yang dilembabkan. Saiz standard kawasan
pendaratan ialah
9m X 2.75m.
Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak
lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat di
dalam kotak pendaratan, Yakni ke titik terdekat yang mampu dilompat oleh pelompat.
Dalam kebanyakan kejohanan antarabangsa, ukuran dibuat mengunakan alat
elektronik.
Pengukur Halaju Angin
Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan
dibuat, sama ada lompatan tersebut dibantu oleh tiupan angin atau tidak. Namun,
dalam kejohanan peringkat sekolah, daerah malah negeri, alat ini jarang digunakan.
Bendera Isyarat
Bendera digunakan oleh pengadil atau pegawai untuk mengawasi langkah
pelompat pada papan pelepas, dan satu lagi digunakan oleh pegawai yang
mengawasi petak mendarat. Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu
warna putih untuk memberi isyarat lompatan yang sah dan warna merah untuk
isyarat lompatan yang batal.
Kasut Berpaku (Spike)
Kasut yang sesuai penting untuk larian dan lompatan. Kasut berpaku dan
bertumit plastik yang keras sesuai digunakan untuk acara ini.
Aspek Dan Teknik Melompat
Ada enam aspek penting dalam lompat kijang yang perlu diberikan perhatian,
iaitu kelajuan larian, pelepasan, lonjakan, langkahan, lompatan dan pendaratan.
Kelajuan Larian
Larian yang tidak sesuai dan tidak dirancang boleh menyebabkan corak
langkah tidak konsisten, penggunaan tenaga yang maksimun sebelum lompatan
dibuat, lompatan yang tidak tepat, dan pendaratan yang tidak selesa boleh
menyebabkan kecederaan.
Lompat kijang lebih memerlukan daya tumpuan dan kebolehan untuk
mengimbangkan tenaga yang baik. Untuk menguasai keseimbangan ini, corak larian
hendaklah dikawal dan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan terancang.
Melalui kombinasi yang sesuai, ketiga-tiga tahap iaitu lonjakan, langkahan dan
lompatan akan dapat dimaksimumkan. Tahap yang maksimum ini dapat diwujudkan
apabila daya momentum yang mendatar pada larian dan menegak pada lonjakan,
langkah dan lompatan dapat dikawal dan dielakkan daripada kehilangan.
Teknik larian yang baik diukur berdasarkan jarak larian optimum.
i. Langkah antara 15 hingga 20 kali atau 2m - 2.5m sebelum membuat lompatan
disarankan.
ii. Untuk ketepatan, check-mark pada jarak 4 – 6 langkah dari papan pelepas
boleh dibuat.
iii. Lakukan larian mrngikut kelajuan dan kesesuai dengan check-mark agar
pelepassan dibuat dengan baik dan sempurna.
Pelepasan
Dalam satu-satu lompatan , terdapat tiga pelepasan yang akan berlaku
sebelum pendaratan dibuat. Setiap pelepasan inilah yang akan menentukan
keupayaan dan jarak yang mampu dicapai oleh seseorang pelompat. Penghasilan
corak pelepasan yang baik dapat memaksimumkan daya lompatan serta
mengurangkan gangguan akibat sudut hentian yang terjadi ketika momentum
menegak berlaku. Pada tahap pertama, Pelompat hendaklah mendisplinkan dirinya,
yakni hendaklah membahagikan keupayaan tangannya kepada nisbah tertentu. Ini
penting untuk menyimbangkan tenaga antara komponen momentum menengak dan
mendatar.
Lonjakan
Selepas pelepasan pertama, lonjakan akan dibuat. Dalam peraturan
lonjakan , kaki yang sama hendaklah digunakan apabila membuat lonjakan dan
pendaratannya. Maksudnya, sekiranya pelompat melonjak menggunakan kaki
kanan, maka pendaratannya hendaklah menggunakan kaki kanan juga. Penggunaan
keupayaan mengikut proposi yang cekap adalah perlu supaya tidak menjejaskan
tahap selanjutnya. Dengan ini, lonjakan yang dapat mengawal kehilangan
momentum mendatar hendaklah ditekankan.
Oleh itu, penggunaan teknik lonjakan yang baik amat perlu. Teknik ayunan
tangan (arm shift) dan kayuhan kaki (cycling) disarankan. Melalui teknik ayunan
tangan ke hadapan manakala kaki pula mengayuh akan dapat meningkatkan
keupayaan disamping mengawal keseimbangan semasa pendaratan dilakukan
dengan sebelah kaki.
Langkah
Selepas pendaratan dari tahap pertama tadi, pelepasan untuk tahap kedua
pula mengikuti. Tahap langkah ini merupakan tahap yang paling lemah dalam ketiga-
tiga tahap yang wujud dalam acara lompat kijang ini. Peraturan pada tahap ini
berbeza daripada peraturan yang dikenakan pada tahap lonjakan tadi. Pada tahap
ini, penggunaan kaki yang sama untuk melangkah dan mendarat dianggap batal.
Ini bermakna, sekiranya pelompat menggunakan kaki kanan untuk
melangkah, maka pendaratan hendaklah dibuat menggunakan kaki kiri pula.
Disebabkan tahap ini merupakan tahap yang paling lemah, ia perlu diperbaiki untuk
mencapai jarak lompatan yang lebih jauh. Teknik ayunan dua belah tangan dan
pembukaan yang luas disarankan. Dengan membuat ayunan kedua-dua belah
tangan ke hadapan, pelompat akan dapat membuat satu kombinasi dengan kakinya
yang dibuka luas yang dapat menolak badannya ke hadapan dengan lebih kuat lagi.
Lompatan
Tahap terakhir teknik lompatan bagi lompat kijang tidak banyak bezanya
dengan acara lompat jauh. Perbezaannya hanyalah daripada segi keupayaan yang
wujud. Pada tahap ini, tenaga yang ada telah pun dikurangkan dengan banyaknya
semasa lonjakan dan langkahan dibuat.
Berasakan hakikat ini, teknik ayunan punggung dan kayuhan separuh kaki
disarankan. Teknik ini akan membantu pelompat menghasilkan momentum menegak
yang kuat sebelum kaki mencecah pasir.
Penggunaan pergerakan kaki teknik jack-knifing adalah disarankan. Teknik ini
sesuai digunakan pada pendaratan yang terakhir yang mana ia berupayaan
mengelakkan momentum menegak daripada terus terhenti. Selanjutnya juga, teknik
ini berkemampuan memindahkan pusat graviti yang terdapat pada badan pelompat
ke bahagian kaki dan sebahagian kecil ke tangan. Maka, melalui pengawalan kaki
dan tangan setelah pelompat mencecahkan kakinya ke pasir, ia akan dapat
mengawal keseimbangan badannya untuk terus bergerak ke hadapan.
Undang-undang dan Peraturan
i. Setiap peserta akan diberikan peluang membuat tiga atau enam lompatan
seperti yang ditentukan oleh pegawai pertandingan. Jika bilangan peserta
ramai, lompatan kelayakan akan dijalankan untuk menentukan peserta ke
pusingan akhir.
ii. Lompatan paling jauh daripada lompatan yang sah dibuat akan dikira sebagai
pencapaian terbaik peserta.
iii. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan
di lorong melompat.
iv. Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihan papan lompatan,
lompatan itu tidak dikira atau dibatalkan dan jarak lompatan yang dibuat tidak
diambil kira.
v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak terhad, asalkan peserta tidak
terkeluar daripada lorong larian yang disediakan.
vi. Jika peserta membuat lompatan sebelum kaki memijak papan lompatan, maka
lompatan itu juga dikira batal.
vii. Pengukuran lompatan dibuat pada sudut 90° dari tempat paling hampir disentuh
oleh peserta di dalam kawasan sempurna atau sah sahaja diukur.
viii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut
atau spike untuk membuat lompatan.
LOMPAT JAUH
Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olimpik yang
tertua. Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh
setempat (standing long jump). Pada tahun 1896 di Sukan Olimpik Modern di
Athens, lompat jauh sambil berlari telah dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat
jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas,
lonjakan dan lompatan yang kuat.
i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan
lompatan, sudut peluncuran pusat graviti, ketinggian lompatan dan sisi
mendarat.
ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan
kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh
kesebelah depan papan lonjakan.
iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan
itu
tidak akan dikira walau sejauhmana sekalipun lompatan tersebut.
Lompatan sah daru papan lonjak. Lompatan batal kerana tersentuh pasir.
pasir pasir
kaki kaki
1
Papan Lonjakan
Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.
i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama.
Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts
atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai
borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak.
ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke
atas kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat
bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan.
Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan
bahu.
iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun
kehadapan sementari kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang.
Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.
iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua
lengan dibawa ke atas kepala.
v. Kaki bebas di bawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua
lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.
PAPAN LONJAKPLASTISIN
3O darjah
10 cm
12 cm
15 cm
Ansur Maju
Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendatar tidak ada
kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya
tendang kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh
didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung larian dan
melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh ditegaskan
dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan
mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan
bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.
LOMPAT TINGGI
Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di
antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur,
gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang
akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-peserta turut mengambil bahagian
sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut.
Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum
hadapan kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi
palang. Jadi penujuan dan lonjakan yang tepat adalah amat penting. Posisi badan,
sudut dan kelajuan melonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan;
lompat tinggi, lompat jauh dan lompat galah.
Gaya Guling Barat
Gaya ini sesuai untuk atlet yang baru mula belajar melompat. Ia senang
dipelajari dan pendaratannya adalah selamat. Ia juga sesuai untuk melompat paras
ketinggian yang rendah.
Penujuan
Penujuan adalah bahagian yang penting untuk kejayaan sesuatu lompataan.
Atlet hendaklah menuju palang pada sudut lebih kurang 45 darjah daripada kiri jika
atlet menggunakan kaki kanan dan daripada kanan jika menggunakan kaki kiri. Ini
akan memastikan kaki sepakan berada di luar dan kaki lonjakan berada di dalam.
Gunakan langkah-langkah minimum untuk fasa penujuan. Satu larian yang
menggunakan tujuh langkah, bermula dengan kaki lonjakan akan memberi atlet satu
penujuan yang baik dan mencukupi. Penujuan larian harus dilakukan dengan
perlahan tetapi melakukan pemecutan yang jelas pada tiga atau empat langkah
terakhir. Penujuan lompatan harus diakhiri dengan kaki lonjakan dan badan berjarak
lebih kurang satu panjang lengan dari pada palang.
LARI BERPAGAR
Pengenalan
Pada asasnya, lari berpagar adalah memecut, melompat pagar-pagar.
Tujuannya ialah untuk melepasi [pagar-pagar dengan sedikit sahaja gangguan dalam
ritma pecutan semulajadi. Ini bermaksud, pagar-pagar hendaklah dilintasi atau
dengan kata lain dilompat dengan aksi “langkah-lepas” Dan bukannya dengan
lompatan . Pergerakan atlit haruslah secara lembut sepenuhnya.
Acara lompat pagar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 110 meter
untuk lelaki Dan 100 meter untuk wanita. Manakala satu lagi ialah acara 400 meter
untuk lelaki an juga wanita. Semua acara berpagar ini dijalankan dalam lorong. Bagi
acara 100 meter Dan 110 meter berpagar dijalankan dijalankan dilorong lurus
manakala dalam acara 400 meter berpagar dijalankan di balapan selekoh.
Hurdles
Pagar-pagar diperbuat daripada logam atau lain-lain benda yang sesuai
dengan palang kayu atau lain benda yang sesuai. Pagar-pagar mesti mengandungi
dua alas Dan dua tiang yang cagak (sokong) bingkai bentuk empat segi bujur, Dan
diperkuatkan dengan satu atau dua palang Dan tiang-tiangnya diletakkan di hujung
setiap alas. Pagar itu mesti satu corak di mana kuasa yang menyama 3.6 kilogram
terkena ditengah sebelah atas palangnya perlu untuk menjatuhkan pagar tersebut.
Pagar itu boleh disesuaikan mengikut ketinggian yang perlu untuk setiap
acara. ‘Besi’ beratnya pun mesti disesuaikan supaya pada setiap ketinggian kuasa
yang menyama berat 3.6 kilogram Dan tidak lebih 4 kilogram diperlukan untuk
menjatuhkannya.
Peraturan-Peraturan Acara Lari Berpagar
Berikut adalah jarak bagi perlumbaan ini:
Lelaki Wanita
110 meter 100 meter
400 meter 400 meter
Tiap-tiap lorong akan mengandungi 10 pagar Dan diletakkan seperti berikut:
LELAKI
Jarak Tinggi Jarak dari garisan Jarak di Jarak dari
Perlumbaan Pagar permulaan hingga antara pagar pagar akhir
pagar pertama ke garisan
penamat
(meter) (meter) (meter) (meter) (meter)
110 1.067 13.72 9.14 14.02
400 0.914 45 35 40
WANITA
Jarak Tinggi Jarak dari garisan Jarak di Jarak dari
Perlumbaan Pagar permulaan hingga antara pagar pagar akhir
pagar pertama ke garisan
penamat
(meter) (meter) (meter) (meter) (meter)
100 0.840 13 8.5 10.5
400 0.762 45 35 40
Hak maksimum lebarnya ialah 1.20 meter, panjang asalnya ialah 0.70 meter,
Jumlah keberatan setiap pagar tidak kurang daripada 10 kilogram.
Fasa-Fasa Dalam Acara 110 Meter
Terdapat beberapa fasa dalam acara 110 meter berpagar ini. Oleh itu, aspek
asas biomekanik yang terlibat juga adalah berbeza mengikut fasa-fasanya.
Fasa Berlepas ( Take off )
Semasa berlepas kaki lonjakan atlit membentuk satu tempoh hentian
(moment of inertia) yang singkat dengan didahului oleh lutut ke pagar. Pusat graviti
badan dinaikkan sedikit sahaja untuk melepasi pagar. Atlit perlu mencondongkan
badan semasa take-off untuk memindahkan momentum menegak kepada badan
yang melintang. Hayunan membantu kelajuan, dimana lebih pants hayunan tangan,
lebih pants larian. Layangan melengkung semasa melepasi pagar membentuk satu
corak angular. Posisi badan yang condong ke hadapan. Ini membolehkan atlit
berada dalam keadaan memecut di daratan. Mata harus memandang ke dadapan
semasa take-off Dan perlu di fokuskan kepada pagar yang seterusnya.
Fasa Layangan (Hurdle Clearance)
Kaki melangkah ditinggikan Dan diluruskan sepenuhnya untuk
mengurangkan tempoh hentian (moment of inertia). Perlu mengurangkan rotasi
badan sejajar dengan sendi pinggul. Kaki lonjakan adalah kaki kuat untuk
menampung gerak badan Dan halaju iaitu momentum yang dihasilkan. Kemudian
momentum yang terkumpul dipindahkan untuk menghasilkan daya lonjakan melepasi
pagar. Badan yang berbentuk aero-dinamik membantu pergerakan ke depan dengan
cepat kerana dapat mengurangkan rintangan.
Fasa Mendarat ( Lending )
Tindakan Dan tindak balas adalah sama magnitudnya tetapi pada arah yang
bertentangan ( Hukum Newton 3 ). Posisi badan tidak sepatutnya condong ke
belakang semasa mendarat. Situasi ini adalah untuk menstabilkan kelajuan Dan
pusat graviti. Mata haruslah memandang ke hadapan, juga untuk kestabilan pelari
Dan mengelakkan daripada tersungkur. Penapakan kaki dengan lantai hanya berlaku
seketika sahaja Dan cepat untuk membolehkan kaki lonjakan bersedia untuk
lompatan seterusnya.
Butir-butir Mengajar dan Asas Biomekanik
Butir-Butir Mengajar Analisis Asas Biomekanik
Teknik Melepasi Pagar
1.Lonjakan Sebelum Pagar(Contoh 1)
a. Kaki yang terdahulu melangkah
hendaklah lurus ke hadapan.
b. Condongkan badan ke depan.
c. Tangan yang bertentangan dengan
kaki melangkah dihulur ke depan
selari dengan kaki itu.
d. Luruskan sendi pinggang, lutut Dan
pergelangan kaki semasa membuat
lonjakan dengan kaki belakang.
2. Melepasi Pagar (Contoh 2-3)
a. Lunjurkan bahagian bawah kaki
melangkah dengan laju.
b. Condongkan badan sedikit ke
depan.
Kaki melangkah ditinggi Dan
diluruskan sepenuhnya untuk
mengurangkan tempoh hentian
(moment of inertia).
Menggunakan pergerakan rotasi
badan sejajar dengan sendi pinggung.
Kaki lonjakan adalah kaki kuat untuk
menampung berat badan Dan halaju
iaitu momentum yang dihasilakan.
Momentum yang terkumpul
dipindahkan untuk menghasilkan daya
lonjakan dalam gerakan melepasi
pagar.
Semasa take-off, kaki lonjakan
membentuk satu tempoh hentian
(moment of inertia) yang singkat
dengan didahului oleh lutut ke pagar.
c. Tarik kaki belakang ke tepi badan.
d. Semasa melepasi pagar, paha
dibawa ke tepi selari dengan trek.
e. Tapak kaki belakang hendaklah
mengarah ke luar semasa kaki
hadapan melangkah melepasi
pagar. Lutut kekalkan
ketinggiannya.
3. Mendarat Selepas Pagar (Contoh 7-9)
a. Cepat mendarat dengan kaki
melangkah.
b. Mendarat dengan bebola kaki.
c. Tarik kaki belakang dengan pantas
ke bawah sebaik sahaja kaki
hadapan melangkah mencecah
tanah (mendarat)
d. Ketika kaki belakang dibawa
melepasi pagar, tangan di hadapan
dikilas ke belakang.
Pusat graviti badan dinaikkan sedikit
sahaja untuk melepasi pagar.
Condongkan badan ke hadapan
semasa take-off untuk untuk
memindahkan momentum menegak
kepada badan yang melintang,
layangan melengkung semasa
melepasi pagar.
Posisi badan condong ke hadapan
semasa melepasi pagar sehingga
mendarat dapat menukarkan kelajuan
ke hadapan. Ini membolehkan atlit
masih berada dalam keadaan
memecut di daratan.
Mata harus memandang ke hadapan
semasa take-off Dan menfokuskan
kepada pagar yang seterusnya.
e. Badan masih condong ke hadapan.
f. Selepas mendarat, lari dengan laju.
Berlari antara pagar
1. Pergerakan Kaki
a. Lutut diangkat tinggi.
b. Berlari di atas bebola kaki.
c. Kaki belakang sebagai kaki “drive”
diregang penuh ke belakang badan
untuk menolak badan ke hadapan.
d. Berlari 15/17 langkah sebelum
melepasi pagar seterusnya.
2. Pergerakan Tangan
Supaya langkah yang dibuat lebih
besar.
Untuk menghasilkan daya tolakan
yang kuat.
Hukum Newton Ketiga- Daya tolakan
kaki Dan tindak balas adalah sama
magnitud tetapi pada arah yang
bertentangan.
Ayunan tangan yang kuat
menghasikan daya tarikan yang kuat
untuk mengangkat lutut tinggi.
Ayunan tangan juga membantu
menghindarkan peredaran yang tidak
sepenuhnya ke belakang.
b. Ayunan tangan ke hadapan tidak
harus mengatasi bahu.
Menamatkan Lari Berpagar
1. Terus berlari dengan pantasnya.
2. Mendepakan tangan ke belakang.
3. Bahagian dada (torso) dilonjakkan ke
hadapan.
diperlukan akibat pergerakan kaki.
Atlit akan terus bergerak dengan
kelajuan Dan arah yang sama
sehingga terdapat satu daya yang
bertindak ke atasnya.
Langkah-langkah Keselamatan
1. Pelajar
i. Pastikan pelajar telah melakukan aktiviti regangan Dan memanaskan
badab dengan sempurna bagi mengelakkan kecederaan.
ii. Pastikan pelajar tidak melompat pagar dari arah yang salah.
iii. Pakaian pelajar hendaklah yang memudahkan mereka untuk
membuat lompatan Dan tidak mengganggu rentak larian.
2. Peralatan
i. Pastikan peralatan yang digunakan seperti tali atau buluh tidak boleh
mendatangkan kecederaan kepada pelajar.
ii. Jarak susunan pagar atau peralatan yang digunakan adalah selamat Dan
sesuai untuk pelajar.
iii. Ketinggian pagar atau peralatan yang digunakan adalah bersesuaian
dengan pelajar. Mulakan pada ketinggian yang sederhana Dan dinaikkan
peringkat demi peringkat.
iv. Bilangan pagar harus dikurangkan pada peringkat awal lompatan Dan
ditambah apabila pelajar telah mahir.
v. Pastikan pada setiap pagar terdapat rakan yang dapat membantu
sekiranya perlu.
3. Persekitaran
i. Pastikan keadaan permukaan padang yang digunakan untuk pengajaran
baik Dan tidak mendatangkan bahaya kepada pelajar, sebaliknya pilih
permukaan yang rata.
Penutup
Setiap kemahiran perlu diserapkan atau didedahkan kepada individu
terutama kepada para pelajar pada peringkat rendah lagi. Langkah ini perlu diambil
perhatian oleh agensi-agensi tertentu terutama agensi kerajaan yang hampir dengan
pelajar iaitu agensi pendidikan. Kemahiran ini didedahkan agar mereka mendapat
keyakinan untuk melakukan sesuatu. Contohnya dalam acara lompat berpagar.
Aktiviti ansur maju yang didedahkan secara berperingkat kepada pelajar meyakinkan
mereka untuk melakukannya sama ada untuk rekreasi atau pertandingan.
Selain itu, budaya murni dapat ditonjolkan dalam konsep tolong-menolong
dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Para pelajar akan lebih berguna seandainya
kemahiran atau pelajaran baru dapat mereka perolehi. Oleh itu, keyakinan dalam
bidang kokurikulum perlu diajar kepada pelajar agar dapat membentuk seorang
insan yang sempurna Dan berketerampilan dari segi jasmani, emosi, rohani Dan
intelek.
LONTAR PELURU.
Pengenalan
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika
dibandingkan dengan acra balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya
dikuasai oleh atlit yang bertubuh besar Dan tegap serta mempunyai kekuatan otot.
Teknik lontaran merupakan faktor utama dalam menentukan jarak lontaran
yang dibuat. Ramai penonton menganggap atlit yang bertubuh besar Dan kuat boleh
membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi dalam sesuatu kejohanan.
Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti
dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak
lontaran dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh :
Halaju Pelepasan
Sudut ketika membuat lontaran
Ketinggian peluru ketika melontar
Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran Dan
kepantasan ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam
mencapai jarak balingan yang baik.
Peluru
Bahan atau peralatan yang digunakan dalam acara melontar peluru adalah
besi yang pejal ang berbentuk bulat Dan licin. Berat besi (peluru) ini adalah berbeza-
beza mengikut peringkat umur Dan jantina. Ini adalah untuk memudahkan lontaran
dibuat mengikut keupayaan atlit berdasarkan peringkat umur Dan jantina mereka.
Berat peluru bolek diketogerikan seperti berikut:
Kategori Berat Peluru
Lelaki Wanita
Dewasa 7.257kg 4.0kg
Remaja
Bawah 16 tahun 4.0kg 3.25kg
Bawah 17 tahun 6.0kg 4.0kg
Sek. Men 12.0Ib 8.0Ib
Untuk diameter peluru atlit lelaki ialah antara 110mm hingga 130mm manakala
wanita ialah 95mm hingga 110m.
Gelanggang
Gelanggang khusus telah disediakan dalam acara melontar peluru. Undang-
undang perlu diikuti untuk mengelakkan daripada atlit membuat lontaran yang
dibatalkan.
Gambarajah berikut spesifikasi gelanggang melontar peluru yang telah
ditetapkan oleh IAAF.
Peraturan-peraturan 181
i. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.
ii. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian , tiap-tiap
peserta dibenarkan membuat 3 percubaan Dan lapan orang peserta yang
terbaik diantara kesemuanya akan dibenarkan pula membuat 3 percubaan
tambahan. Jika berlaku seri ditempat kelapan, seri ini tidak diputuskan, tetapi
peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat 3 percubaan
tambahan bersama peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya lapan
peserta tadi atau kurang daripada lapan peserta bertanding, setiap peserta
dibenarkan membuat 3 percubaan sahaja.
iii. Di tempat pertandingan, setiap peserta diberi dua percubaan sahaja untuk
latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta yang
dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim-hakim.
iv. Lontaran hendaklah dibuat dari dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah
memulakan lontarannya dengan keadaan tidak bergerak. Seseorang peserta
dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.
v. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja.
Semasa peserta membuat permulaan lontaran dalam dagu dan tangan tidak
boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat ini semasa melontar. Peluru tidak
boleh dibawa ke belakang dari paras garisan bahu.
a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan dua atau lebih jari yang
boleh membantu peserta bila membuat lontaran akan
dibenarkan. Penggunaan pita di tangan tidak dibenarkan
kecuali untuk membalut luka.
b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.
c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta
dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai dibahagian
tangan sahaja.
d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dari kecederaan,
peserta-peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau
bahan-bahan sejenis itu.
e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang
bahan samada di dalam bulatan atau kasutnya.
vi. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seseorang peserta, sesudah
memasuki bulatan dan memulakan lontarannya tersentuh dengan mana-mana
bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian
atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika
membuat percubaan.
vii. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam
kawasan diantara dua sisi di sebelah dalam garisan 50mm lebar.
viii. Pengukuran setiap lontaran hendaklah dilakukan dengan segera dari titik mula
sentuhan peluru sehingga ke sisi sebelah dalam lingkaran bulatan sepanjang
garisan sehingga ke bahagian tengah bulatan.
ix. Setelah selesai lontaran, peluru mesti dibawa balik ke tempat permulaan atau
bulatan dan tidak secara dibaling.
x. Garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13m. Gelung besi bulatan mestilah
xi. sekurang-kurangnya 6mm tebalnya dan dicat putih.
xii. Ukuran papan penahan adalah diantara 112mm dan 300mm lebar, 1.21m
xiii. sehingga 1.23m panjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102mm
tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
Teori-teori Latihan
Jika diperhatikan kita akan menganggap kekuatan otot tangan adalah faktor
utama dalam menentukan jarak lontaran seseorang atlit. Sebenarnya bahagian otot
tubuh yang paling penting adalah mengikut peratusan berikut:
i. 50% otot kaki
ii. 30% otot trunk
iii. 20% otot tangan
Kesalahan yang biasa dibuat oleh seseorang atlit ialah lontaran tangan (am
throwing). Bahagian tangan hanya menyumbang 20% ketika lontaran manakala
bahagian bawah tubuh (lower body) menyumbang 80% kekuatan iaitu kaki dan
bahagian trunks.
Kuasa atau kekuatan kaki ialah kunci kejayaan atlit ketika membuat sesuatu
lontaran yang baik. Kuasa atau kekuatan bermula daripada bahagian kaki bergerak
kebahagian pinggang dan seterusnya ke bahagian bahu hinggalah peluru
dilepaskan.
Jenis-jenis latihan yang dicadangkan untuk seseorang atlet lontar peluru:
1. Vertical jump
2. Standing long jump
3. Bench press
4. Snatch
5. Power clean
6. Squat
Walaupun kekuatan adalah penting dalam melontar peluru tetapi ianya
bukanlah faktor utama untuk mencapai jarak lontaran yang jauh. Faktor yang paling
utama ialah “Explosive Strength”. “Explosive Strength” inilah yang digunakan ahli
angkat berat Olimpik dan latihan lompatan plyometrik.
Teknik-teknik Dalam Melontar Peluru
Tiga faktor utama yang mempengaruhi jarak lontaran bagi seseorang atlit lontar
peluru ialah:
Kedudukan badan
Halaju, sudut dan ketinggian peluru dilontar
Rintangan angin
Ketiga-tiga faktor ini banyak mempengaruhi jarak lontaran atlit melontar peluru.
Teknik dan Gaya Melontar Peluru
Diantara berikut adalah beberapa teknik Dan gaya melontar peluru yang
sering digunakan oleh atlit dunia dalam acara melontar peluru:
Side facing style technique
James Funcs (USA) style technique
Perry O’Brien back facing style technique
Alexander Barishnikov (USSR) style technique
Fasa Melontar Peluru
(GAYA PERRY O’BRIEN)
A. Fasa Persediaan
1. Kedudukan kaki semasa Dirian Belakang.
Berdiri di bahagian belakang bulatan.
Kaki kanan/kiri berada di hujung bulatan dan kaki kiri/kanan berada di belakang
kaki kanan/kiri.
2. Kedudukan Badan dan Gerakan Kaki.
Badan dibengkokkan dari pinggul.
Kaki kanan / kiri dinaikkan dan membawa paha kiri/kanan ke kiri /kanan ke kaki
kanan/kiri.
3. Gerakan Kaki / Gelungsuran
Kaki kanan/kiri ditolak ke arah papan penahan.
Kaki kanan/kiri digerakan dengan membawa badan melintasi pertengahan
bulatan.
4. Kedudukan Kaki Dan Gerakan Badan.
Kaki kanan/kiri menolak keseluruhan kanan badan.
Pinggang dikilaskan.
Bahagian dada menghadap ke atas sambil memindahkan daya melalui pinggul
ke bahagian bahu, lengan dan tangan.
B. FASA PELAKSANAAN / PEMULIHAN
5. Lontaran
Tolakan terakhir dibuat dari pergelangan tangan semasa peluru dilepaskan.
(Sudut pelepasan diantara 40-42 darjah)
Kaki kanan/kiri digerakan ke depan dengan cepat. (Ikut lajak)
Prinsip Biomekanik Dalam Melontar Peluru
1. Hukum Newton Pertama (Inertia)
Semasa permulaan perlu dikenakan satu daya yang lebih besar daripada berat
badan untuk menggerakkannya.
Untuk mula memecutkan peluru.
2. Hukum Newton Kedua (F=MA)
Dikenali sebagai Hukum Pecutan (Law Of Acceleration). Apabila sesuatu objek
dikenakan sesuatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya yang
berkenaan. Pecutan atau peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan
daya yang dikenakan Dan berkadar songsang dengan saiz Dan jisim objek.
Bagi semua acara lontaran ini, alatan tidak dapat diubah kerana terikat dengan
undang-undang pertandingan. Oleh itu atlit cuba menggunakan cara yang lain
untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh iaitu melalui impulse.
Kedudukan lengan pelontar lurus akan menghasilkan impulse yang tinggi pada
daya yang ditarik pada sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke
atas peluru.
3. Hukum Newton Ketiga (F1=F2)
Setiap aksi atau tindakan akan terdapat suatu reaksi (tindak balas) yang sama
magnitud dari arah yang bertentangan. Maka kita boleh memaksimakan daya
yang diaplikasi ke atas objek melalui daya tindak balas dari tanah. Demi
mengekalkan kestabilan semasa tindakan daya yang maksimum ini, kita perlu
mengarahkan posisi badan ke arah pergerakan yang telah ditentukan.
Tolakan kaki pada papan penghadang di tanah akan menghasilkan daya yang
bertentangan yang sama dengan tolakan peluru.
4. Sudut Lontaran (35-42 darjah)
Berdasarkan laluan parabola bahagian objek yang dilepaskan di udara. Sudut
pelepasan adalah terpenting sekali iaitu di antara 35 hingga 42 darjah.
Ketinggian atlit memainkan peranan yang penting. Seseorang atlit yang tinggi
akan dapat melontar dengan jarak yang lebih jauh daripelontar yang rendah.
5. Stabiliti
Sesuatu objek itu akan kekal dalam keadaan stabil selagi garisan pusat graviti
jatuh pada tapak sokongan objek tersebut. Jika garisan graviti jatuh ke titik
tengah tapak sokongan maka objek tersebut akan lebih stabil. Ini bermakna
semakin hampir garisan graviti garisan graviti jatuh ke pusat tapak sokongan,
maka semakin teguh stabiliti objek tersebut.
Dalam melontar peluru, pusat graviti bagi atlit bermula dari penghujung tapak
sokongan Dan berakhir di hadapan tapak sokongan pelontar.
Geseran
Merupakan satu daya yang bertindak di kawasan pada dua permukaan yang
bersentuhan yang menentang pergerakan atau tendensi pergerakan.
Tapak kasut pelontar akan bergeseran dengan lantai/sektor lontaran.
7. Daya Centrepetal Dan Daya Centrefugal
Daya yang menarik masuk dari pusat dipanggil Daya Centrepetal, manakala
daya yang menarik keluar dari pusat pula dipanggil Daya Centrefugal.
Langkah-langkah Keselamatan
a) Sentiasa mendengar dan mengikut arahan daripada guru atau jurulatih.
b) Memastikan kawasan lontaran bebas dari laluan orang lain.
c) Memastikan kawasan latihan sesuai dan selamat digunakan.
d) Memastikan peluru berada di kawasan yang sepatutunya.
e) Memastikan peluru tidak dijadikan bahan mainan.
f) Memakai pakaian yang sesuai ketika latihan.
g) Memakai kasut yang sesuai.
h) Memastikan peluru tidak dilontar/golek ke arah rakan.
i) Memastikan peralatan seperti peluru berada dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
LARI PECUT
Pengenalan
Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian
terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian terpantas ini bergantung
pula pada beberapa faktor seperti jarak, kederasan tiupan angin, permukaan
balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin
juga intensif daripada perlumbaan itu. Ini bererti adalah larian pada kebolehan
tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada satu jarak yang ditetapkan umpamanya
50 meter, 100 meter, 200 meter, dan 400 meter.
Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut. Faktor ini amat
berkesan dalam menentukan kelajuan lariannya. Faktor ini ialah kelajuan kaki dan
jarak langkah semasa berlari. Untuk memperoleh kelajuan tertinggi, pelari haruslah
mempunyai koordinasi yang baik, mobiliti atau kelenturan yang tinggi dan keupayaan
merehatkan diri atau badab semasa berlari. Tentang faktor jarak langkah pula,
terdapat jarak optimum pula berbeza-beza seorang pelari dengan pelari lain, yang
dipengaruhi panjang kaki, kekuatan dan mobiliti bergerak. Pelari biasanya
mempunyai jarak langkah 1.5 hingga 2.0 meter pada larian pecut. Jarak langkah ini
boleh dipertingkatkan dengan cara memperbaiki mobiliti Dan kekuatan.
Sejarah Lari Pecut
Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan
olahraga yang pernah dicatat. Sukan Olimpik Kuno di Greek mengandungi hampir
hampir keseluruhan acara daripada acara pecut. Pada zaman moden, antara rujukn
terawal ialah pertandingan lari pecut yang diadakan di kalangan pekerja serta orang
suruhan golongan bangsawan. Salah satu perlumbaan pecut yang dicatat ialah
perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent, England. Pada abad ke-19 lari
pecut ini menjadi semakin popular. Perkembangan larian pecut pada abad ini telah
dihalang oleh ketiadaan undang-undang Dan peraturan piawai Dan prosedur
permulaan serta ketiadaan penjagaan masa yang tepat Dan betul. Pelbagai cara
permulaan diadakan, sehingga selalu menjadi masalah untuk menerima cara yang
mana dapat diterima oleh semua pelajar.
Walau bagaimanapun setelah pelbagai cara digunakan, persetujuan dibuat
untuk menjadikan permulaan berdiri sebagai permulaan yang paling baik Dan sesuai
serta dapat diterima oleh semua pihak. Cara ini dianggap sebagai kaedah terbaik
ketika ini. Cara ialah dengan meletak kaki hadapan pada garis permulaan, manakala
kaki belakang berada 15-20 cm daripada garis itu. Tubuh pelari pula dicondongkan
ke hadapan sehingga pada sudut 90 darjah atau selari dengan padang.
Peralatan Untuk Acara Lari Pecut
Dalam acara-acara pecut, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan oleh
seorang pelari pecut. Antaranya ialah seperti berikut:
a) Kasut Lari
Kasut lari atau spike amat penting kepada seorang atlit. Terdapat berbagai-
bagai jenis kasut lari, tetapi sebaik-baiknya gunakan kasut lari yang ringan. Paku
pada spike tersebut mestilah tidak melebihi 11 batang dan tidak melebihi 25 mm
panjang.
b) Blok Permulaan
Walaupun penggunaan blok permulaan (starting Blok) ini tidak diwajibkan,
namun dalam acara lari pecut, ia amat perlu. Malahan , dalam kebanyakan kes, blok
permulaan ini telah membantu pelari-pelari meningkatkan larian mereka. Namun
demikian penggunaan blok permulaan ini perlu mengikut beberapa peraturan.
c) Pakaian Yang Sesuai
Ahli-ahli sukan khususnya olahraga hendaklah menyediakan pakaian trek
yang sesuai untuk dipakai sebelum atau selepas mengambil bahagian dalam
sesuatu acara. Kegunaannya ialah untuk mengawal suhu badan pelari.
Peraturan
a) Kasut
Peserta-peserta boleh bertanding dengan berkaki ayam atau berkasut pada
sebelah atau kedua-dua belah kakinya. Tujuan berkasut di dalam pertandingan ialah
untuk memberi perlindungan dan cengkaman kuat di atas tanah agar langkah
peserta-peserta menjadi tetap.
b) Bilangan Paku
Tapak dan tumit kasut dibuat begitu rupa supaya ianya dibolehkan untuk 11
tempat paku. Sebarang bilangan paku sehingga ke 11 boleh digunakan tetapi
bilangan tempat paku tidak boleh melebihi 11.
c) Panjang Paku
Apabila pertandingan dijalankan di atas balapan getah tiruan serba cuaca ,
bahagian paku yang teranjur dari tapak atau tumit tidak melebihi 9 mm.
d) Nombor
Setiap peserta hendaklah diberi dua nombor yang mesti dipakai di belakang
dan di dada supaya jelas kelihatan.
e) Gangguan Di atas Balapan
Sesiapa di antara peserta yang menyinggung, berlari atau berjalan melintasi
atau mengganggui peserta lain yang boleh membantut kemajuan langkah peserta
itu, boleh menyebabkan penyingkirannya. Jika di dalam mana-mana perlumbaan
seseorang peserta disingkirkan kerana sebab-sebab di atas, referi mempunyai kuasa
memerintahkan perlumbaan itu dijalankan semula.
f) Berlari di dalam lorong
Di dalam semua perlumbaan di atas lorong, setiap peserta akan berlari di
dalam lorong yang ditetapkan kepadanya dari mula hingga akhir. Sekiranya
seseorang peserta di tolak atau di paksa berlari di luar lorongnya oleh peserta lain,
dan sekiranya tidak menguntungkan, peserta itu seharusnya disingkirkan.
g) Keluar dalam masa pertandingan
Seseorang peserta selepas meninggalkan balapan dengan sendirinya tidak di
benarkan menyambung permulaan semula.
h) Pusingan Dan Saringan
Pusingan-pusingan permulaan (saringan) akan diadakan dalam acara-acara
balapan apabila bilangan peserta-peserta terlalu ramai untuk membolehkan
pertandingan dijalankan dengan memuaskan di dalam satu pusingan (akhir). Di
mana pusingan-pusingan awal diadakan semua peserta mesti bertanding dan
melayakkan diri di dalam pusingan-pusingan seterusnya.
Gaya Permulaan Bagi Acara Pecut 100 Meter
a) Gaya Peluru
Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan
pada jarak 28 cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak
kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga
memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang
demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru
menyertai acara pecut.
b) Gaya Sederhana (Medium)
Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis
gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana
mengikut keselesaan peserta.
c) Gaya Panjang (elongated)
Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang Dan
kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini
jarang digunakan kerana dengan meletakkan kaki belakang jauh dari garisan
permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan
larian.
Latihan Ansur Maju / Butiran Mengajar / Asas Biomekanik (100 meter
Aktiviti / Butiran Mengajar Asas Biomekanik
1. Lari atas bebola kaki
Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki.
Murid skip dengan menggunakan bebola kaki.
2. Angkat lulut tinggi.
Lutut angkat sama tinggi dengan pinggang. Badan condong ke hadapan lebih
Murid berlari di atas bebola kaki untuk mendapatkan lonjakan ke hadapan.
Hentakan kaki keseluruhan akan mengakibatkan kecederaan pada sendi-sendi kaki.
Badan tegak menambahkan seretan udara rintangan udara.
Berat tubuh harus diubah ke hadapan dengan menolak kaki ke belakang
kurang 45 darjah. Kepala tegak jangan terhangguk. Mata tumpu terus di hadapan lebih
kurang 2m ke hadapan. Bahu relaks.
3. Hayunan tangan
Siku bengkok lebih kurang 90 darjah. Hayun tangan ke belakang melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul. Tangan hayun dengan cepat Dan bebas. Jari bengkok sedikit.
4. Berlari mengikut lorong
Murid melakukan larian pecut sejauh 30 cm dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan.
Murid akan melakukan lari pecut sejauh 30 m dengan teknik yang betul.
(Law of Action Reaction) Hukum Newton Ketiga.
Dapat kurangkan rintangan angin. Tubuh kita bersifat serupa dan
seimbang . Langkah kaki kanan akan memutarkan kearah kiri (action dan reaction)
Kurangkan rintangan.
Teknik Permulaan Dekam
1. Permulaan Sederhana
Berdiri di belakang garisan permulaan.
Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 sm.
Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tegak dengan garisan permulaan.
2. Kedudukan Ke Garisan
Kaki berada di atas blok-blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang.
Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan.
Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari Dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas
Jarak yang sesuai memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada atlit semasa berada dalam kedudukan sedia.
Untuk keselamatan dan daya tolakan yang lebih berkesan.
Untuk membolehkan permulaan pada satu garisan lurus ke bahagiandalam lorongnya yang berselekoh.
Berat badan dipindahkan ke lutut belakang dan kedua-dua tangan.
Bahu dibuka dan tangan diletakkan di belakang garisan permulaan.
Bahu berada di hadapan daripada tangan.
bahu. Kedudukan kepala adalah seperti
biasa, mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.
3. Kedudukan Sedia
Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras tanah.
Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus tinggi sedikit daripada kepala.
Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.
Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan.
Mata memandang pada titik satu meter ke hadapan.
4. Kedudukan berlepas
Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badab serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.
Tolakan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok.
Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.
5. Permulaan Larian
Kaki lonjakan dibawa ke hadapan. Tubuh badan direndahkan. Kepala ditundukkan sedikit. Mata tertumpu pada trek. Langkah permulaan pendek pada 10
meter pertama. Kaki diluaskan sedikit.
6. Semasa Larian
Atlit memecut dengan langkah panjang dan cepat.
Lutut diangkat tinggi. Mengayun lengan dengan kuat. Lari atas bebola kaki. Siku dirapat pada badan dan
dibengkok pada sudut 90 darjah.
Untuk menolak pusat graviti ke hadapan.
Hukum Newton 1- Jasad yang statik / bergerak akan sentiasa ada kuasa lain yang mengubahnya.
Badan yang dekam dan kepala yang ditunduk sedikit membentuk arrow dinamik untuk menambahkan kelajuan dan mengurangkan rintangan semas berlepas.
Semasa keluar daripada blok permulaan tolakan kedua-dua belah kaki pada blok.
Semasa larian tolakan kaki ke bumi. Hayunan tangan lebih pants dari
larian.(Hukum Newton Ketiga)
Atlit perlu equilibrumnya atau rasa tumit ke hadapan semasa berlepas apabila angkat tangan daripada bumi menghayunkannya.
Langkah 1-10 dilakukan lebih pantas, dan kaki dibuka luas.(stabiliti)
Badan dicondong ke hadapan untuk pusat graviti supaya atlit sentiasa mencari stabiliti baru dan dengan ini berlari pantas ke hadapan. Atlit berlari di atas bebola kaki.
Hayunan tangan yang kuat menghasilkan tarikan yang kuat untuk mengangkat tinggi.
Hayunan tangan membantu menghindari peredaran yang tidak diperlukan antara pergerakan kaki.
(aerodinamik)
Langkah-Langkah Keselamatan
1. Kesihatan
Sebelum menjalani satu-satu latihan:
Perhatikan tentang fizikal peserta.
Perhatikan kedudukan mental peserta.
Beban latihan- sesuai dengan keadaan peserta.
2. Pakaian
Memakai pakaian yang selesa / sesuai untuk membuat pergerakan
Tidak memakai barang hiasan.
Kasut kanvas- sesuai untuk jogging.
3. Tempat Latihan
Permukaan padang / trek yang rata dan tidak berlopak.
Kawasan /ruangan yang selesa.
Tiada halangan-halangan.
4. Alatan
Menggunakan alat sesuai dengan peringkat umur.
Keadaan alat yang sesuai.
Menggunakan alat-alat dengan cara yang betul.
Penutup
Acara lari pecut memerlukan seseorang individu yang berkebolehan untuk
berlari dengan pants serta mengambil masa yang paling singkat. Namun begitu, jika
seseorang atlit itu tidak didedahkan dengan teknik larian yang betul maka
kelajuannya tidak dapat ditingkatkan. Mengaitkan setiap latihan lari pecut dengan
prinsip biomekanik juga dapat membantu para atlit memperoleh kejayaan yang
diidam-idamkan oleh setiap individu.
LARI BERGANTI-GANTI
PENGENALAN
Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau
berkumpulan dalam sukan olahraga. Ada acara untuk peserta lelaki dan juga acara
untuk peserta untuk wanita. Dalam sesuatu pertandingan olahraga , lari berganti-
ganti sering menjadi tumpuan ramai.
Lari berganti-ganti juga adalah acara yang paling menarik dalam bidang trek dan
padang. Biasanya acara berganti - ganti 4x 100 dan 4 x 400 meter disusun pada
akhir program sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan
pasukan-pasukan yang bertanding dalam sesuatu pententangan hebat dari segi
kederasan dan kemahiran penukaran baton.
LARI BERGANTI-GANTI
Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dikesan selepas keputusan
terakhir tersebar sebaba ada kemingkinana ada baton yang terjatuh, pelari - pelari
menerima baton luar daripada zon terhad untuk pertukaran baton atau pembatalan
lain. Dalam keadaan ini , pasukan yang mempunyai keempat-empat pelari yang
pantas dengan hantaran yang tidak baik akan ditewaskan oleh pasukan di mana
pelari-pelarinya yang mempunyai kepantasan sedarhana sahaja tetapi hantaran
mereka licin dan baik.
Oleh kerana teknik larian dipelajari, maka pelajar-pelajar perlu diajar
kemahiran - kemahiran ansur maju dalam teknik menerima dan memberi baton.
Susunan pelari-pelari mengikut kualiti masing- masing perlu diambil kira.
'Synchronisation ' antara kempat-empat atlit sangat penting sebab ini akan
memastikan kelicinan dalam teknik penukaran baton yang baik bila mereka sampai
ke peringkat antarabangsa.
Sejarah
Menurut sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan ialah pada akhir
abad ke 19 di Amerika Syarikat dan dihasilkan oleh dua orang peminat olahraga dari
peminat oalahraga dari Universiti Pennsylvania iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin.
Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada
empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh 403. 34 m ) iaitu suku batu
dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua,
ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang
mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893. Sejak
dari itu lari berganti- ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat
sambutan ramai.
Dua tahun kemudian wujud pula ' Pennsylvania Realy carnival ' yang
merupakan acara tahunan di bandar Amerika syarikat. Dari situ acara lari berganti-
ganti dikembangkan ke bandar-bandar lain di Amerika dan terus mendapat
sambutan yang amat menggalakkan.
Terdapat pelbagai acara berganti-ganti, walaupun kebanyakan peminat
sukan olahraga didedahkan dengan acara 4 x 100 dan 4 x 400 m sahaja. Antaranya
termasuklah sebagai acaar dalam beberapa kejohanan olahraga ialah 4 x 200 meter,
4 x 800, 4 x 1500 m dan lari berganti-ganti jarak jauh. Selain daripada itu terdapat lari
berganti-ganti campuran atau gabungan seperti 100 x 200 x 400 x 800 meter, 100 x
100 x 200 x 400 meter dan 200 x 200 x 400 x 400.
Menurut sejarah hanya acara 4 x 100 sahaja yang diadakan pada tahun 1893
di Pennsylvania. Ini bermakna 4 x 400 meter adalah cabang daripada 4 x 100
meter.Dalam acara 4 x 400 meter atau satu pusingan balapan, menjadikan
keseluruhan jarak yang dilalui oleh keempat-empat orang pelari ialah 1600 meter.
Cara larian adalah sama dengan acara lari berganti-ganti yang lain, iaitu
peserta pertama akan berlari sejauh satu pusingan dengan membawa baton untuk
diberi kepada pelari kedua, yang akan berlari seterusnya kepada pelari ketiga dan
pelari terakhir. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga , acara 4 x 400 diletak
sebagai acara terakhir yang kadang -kadang merupakan penentu kepada
pencapaian sesebuah pasukan dalam menentukan jumlah keseluruhan punggutan
pingat.
Peralatan baton
Baton mestilah tiup kosong, licin danbulat. Diperbuat daripada kayu, logam
atau benda yang kejor / tegar dalam satu pecahan . Panjangnnya tidak lebih
daripada 30 cm daripada 28 cm. Lingkaran kelilingnya antara 120 hingga 130mm
( 4.75 inci ) dan beratnya tidak kurang daripada 50 gram. Baton eloklah terang
supaya mudah dilihat pada masa perlumbaan.
Ukuran balapan
Panjang balapan bagi acara balapan termasuklah acara lari berganti-ganti 4 x
100m dan 4 x 400m ialah tidak kurang daripada 400m. Balapan mestilah tidak
kurang daripada 7.32 m lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen
atau lain- lain benda yang sesuai lebih kurang 50mm tinggi dan 50 mm lebarnya.
Jika di atas balapan rumput , bendera hendaklah dipacakkan diatas garisan pada
setiap 5 meter untuk menghindarkan peserta -peserta daripada berlari diatasnya.
Bendera -bendera itu dicondongkan 60 darjah dengan bumi ke sebelah dalam.
Bendera berukuran 0.25m x 0.2 m.
Balapan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 6 lorong dan lapan
lorong . Lebar lorong ialah antara 1.22 hingga 1. 25. Bagi acara 4 x 100m pelari
pertama hingga pelari keempat mestilah berlari di lorong masing-masing. Dalam
acara 4 x 400m pula, pusingan pertama dan sebahagian pusingan kedua hingga
akhir lencungan pertama hendaklah berlari dalam lorong masing-masing.
Peserta-peserta dibenarkan memotong masuk di mana bahagian balapan
selepas lengkungan pertama. Tempat memotong akan ditandakan dengan bendera
bertiapng tinggi di kedua-dua belah balapan. Bagi acara 4 x 100m, pelari pertama
akan berlari sejauh 106m, pelari kedua dan pelari ketiga sejauh 126m dan pelari
keempat sejauh 120m . bagi acara 4 x 400 pula, peserta akan berlari pada jarak
yang sama . Zon pertukaran baton dalam acara 4 x 100 ialah pada jarak 20m.
Prinsip-prinsip mekanik dalam lari berganti-ganti
Kompenan kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan
analisa, sinyisis dan penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. Pembentukan
konsep prinsip-prinsip mekanik dan saintifik dalam lari berganti- ganti membolehkan
murid memahami kenapa dan bagaimana badan mereka bergerak apabila mereka
melakukan sesuatu ianya dapat memberi kesan yang baik kepada peserta.
Lari berganti- ganti adalah acara pecut ( sprint event ) oleh kerana
kebanyakan prinsip-prinsip mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut.
1) Hukum pergerakan Newton
a) Hukum inertia
Segala-galanya akan bergerak terus dan hanya menghala ke lain sekiranya
ada sesuatu kuasa yang menghalakannya.
b) Hukum halaju
Kelajuan badan terpulang kepada kekuatannya daya tekanan yang bertindak.
c) Hukum tindak balas
Untuk sesuatu tindakan ada sesuatu tindak balas yang sama dan
berlawanan.
2) Pusat graviti
Pusat graviti adalah pusat perimbangan badan
3) Gerakan badan yang jatuhkan ( falling body )
Pelari-pelari perlu menjarakkan pusat graviti semasa membuat permulaan
seberapa ke hadapan yang boleh sehingga ia mula melangkah untuk berlari .
Semasa lari pecut, tubuh badan diangkat ke udara dalam masa yang singkat
sekali.
4) Daya tekanan
Pergerakan berlaku jika ada tekanan
a) Daya sentrifigal
b) Daya sentripetal
5) Kelajuan dan langkah
Jika kelajuan bertambah ,amaka langkah menjadi lebih panjang.
6) Pergerakan
Pergerakan terdiri daripada
a) Pergerakan terus - yang bergerak dari satu tanda ke satu tanda.
b) Pergerakan paksi - yang mempunyai satu paksi cthnya pergerakan kaki yang
berpaksi di bahagian punggung di mana pelari bergerak lebih laju ke depan.
Domain psikomotor
Domain ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran berdasarkan membaiki
kualiti tindakbalas pergerakan.
Domain Afektif
Perasaan dan sensitiviti
Permulaan dalam lari berganti- ganti
Dalam acara lari berganti-ganti permulaannya adalah pada selekoh balapan.
Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat adalah seperti berlari untuk lari pecut hanya
perbezaan pada landasan larian. Pelari pertama dikehendaki memasang bloknya
pada sebelah kanan lorong itu mengikut garisan lurus kelengkungan bahagian dalam
lorong itu sebab-sebabnya antara :
1) Boleh mendapat kelajuan yang maksima mengikut pergerakan lurus (liner motion
) jika dibandingkan dengan permulaan berlari dari selekoh.
2) Dapat mengurangkan sedikit jarak larian. Selepas mencapai kelajuan . Pelari itu
mestilah berlari sebeberapa dekat dengan garisan dalam lorong itu dan dekam
badan ke depan serta condong kesebelah kiri mengikut selekoh itu.
Butir-butir kognitifnya adalah kerana dapat mengurangkan jarak larian jika
mengambil selekoh kecil daripada mengambil selekoh yang besar. Dekamkan
badan adalah untuk keseimbangan . Badan dicondongkan untuk imbangan daya
tarikan sentrifigal dan sentripetal. Jika daya tarikan sentrifugal melebihi daya
tarikan sentripetal maka kita akan tercampak keluar dari trek.
Fasa- fasa lari berganti - ganti
1) Fasa sokongan
Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan.
Mendarat atas bebola kaki pada masa permulaan fasa ini.
2) Fasa tolakan
Pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya.
3) Fasa pemulihan
Kaki belakang ditarik tinggi ke belakang.
4) Fasa hayunan
Lutut kaki depan ditinggikan ke depan
Kedudukan pelari 4 x 100
Pelari pertama
Boleh berlari lencong dengan pantas. Bermula dengan gaya dekam baton di
tangan kanan mengikut lorong dalam lari mula hingga habis.
Pelari kedua
Menunggu di zon kederasan di tempat sesah ( check mark ). Berdiri di belah
kanan dan berada dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda yang
telahditetapkan. Pelari kedua mempunyai kepantasan dan daya tahan .
Pertukaran baton mestilah dilakukan dalam zon pertukaran baton.
Pelari ketiga
Berdiri di sebelah kiri lorong seperti nota pelari kedua dan aksi adalah sama.
Pelari ini merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan.
Pelari keempat.
Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Pelari ini perlu
mempunyai kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar ' Anchor man
'. semua pelari akan menunggu mengikut lorong masing-masing dari mula hingga
akhir.
Kedudukan pelari 4 x 400 meter
Pelari pertama
Bermula gaya dekam dengan baton berada di tangan kanan. Pelari pertama
akan berlari dalam lorong sendiri dari mula hingga akhir.
Pelari kedua
Pelari ini akan menunggu di zon pertukaran baton lorong sendiri dan akan
menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ini akan memotong masuk lorong
pertama selepas lencongan pertama.
Pelari ketiga dan keempat
Menunggu dan menerima baton 10 meter dari belakang garisan penamat. ( Ini
adalah untuk pertandingan antara lebih daripada tiga pasukan. )
Langkah-langkah ansur maju dalam lari berganti-ganti
Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang
pengajaran berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara maju bari acara lari
berganti-ganti.
1) Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton
Setiap pelajar diminta untuk memegang seperti yang ditunjukkan di dalam
gambarajah sepanjang larian mereka. Para pelajar perlu diterangkan rasional
menerima baton yang maksimum bagi pelari yang akan menerima baton.
Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri berlari dengan membawa
baton dengan cara yang betul. Guru meminta murid agar dapat membiasakan
menggunakan kedua-dua belah tangan.
25 meter
Gambarajah : lari ulang alik dengan membawa baton.
2) Fasa memberi dan menerima baton
Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah
pasukan ialah kelancaran hantaran baton. Oleh itu teknik yang sering
digunakan semasa hantaran baton ialah :
a) teknik pandang
Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400m dimana pemerima
baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga menarima
baton tersebut.
b) teknik tanpa pandang
Teknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di
mana penarima baton menunggu di tempat yang sesuai dalam zon
kederasan sambil penghantar baton tiba di tempat yang ditandakan .
Sebaik sahaja penghantar baton tiba di tempoat yang ditandakan ,
penerima terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlari pada
kelajuan maksima. Penerima baton menghulurkan tangan ke belakang
lurus dan tapak tangan dibuka menghala ke atas dalam bentuk 'V '
apabila mendapati isyarat daripada penghantar baton. Penerima baton
tidak memandang ke arah penghantar baton semasa menerima baton
tidak akan terjejas.
Langkah ansur maju.
Pelari - pelari 1, 2, 3 dan 4 berbaris antara mereka berjarak hantaran
antara satu sama lain dan mereka berlari setempat. Pelari hendaklah
mencondongkan badan dan melakukan latihan hayunan tangan. Bila
diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan menersukan
hayunan. Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan.
Seterusnya baton dihantar dari belakang ke hadapan iaitu dari
nombor 1 ke no 2 ke no 3 dan no 3 ke no 4. Apabila pelari nombor 4
menerima baton itu, semua pelari menukar arah dan latihan
diulangkan.
Dimana pelari nombor satu berada di belakang sekali. Pelari nombor
satu membawa baton di tangan kanan. Pelari kedua menerima baton
dengan tangan kiri, manakala pelari ketiga menerima baton dengan
tangan kanan dan pelari keempat menerima baton dengan tangan kiri.
Setelah menerima baton pelari keempat jatuhkan baton didepannya
dan meneruskan larian anak. Apabila pelari nombor satu tiba di maan
baton dijatuhkan, dia akan menungutnya dan meneruskan aktiviti ini.
Berdua- Pelari pertama dan perlari kedua berlari anak mengelilingi
trek. Pelari pertama memegang baton dan memberi siyarat di mana
pelari kedua bertindak mengeluarkan tangannya ke belakang dan
menerima baton . Selepas baton dihantarkan , pelari pertama berlari
ke depan pelari kedua sehingga dia mendapat isyarat dari pelari
kedua untuk menerima baton daripadanya. Proses ini berterusan
diatas trek. Selepas beberapa kali latihan, pelari tadi menukar tangan
untuk menerima baton iaitu dari kanan ke kiri bagi pelari pertama dan
kiri ke kanan bagi peserta pelari kedua.
Hantaran terus - Bilangan pelari terdiri daripada angka yang
genap. Keperluan : trek 400m dan pertanda dengan bendera pada
tiap-tiap 50m di trek. Jumlah stesyen adalah lapan.
Organisasi
Pada tiap-tiap stesyen letakkan pelari-pelari
Pelari pada stesyen satu bermula membawa baton dengan tangan
kanan. Pelari pada stesyen kedua menerima baton dengan tangan
kiri, kemudian menghantar baton pada peserta stesyen tiga yang
menerima dengan tangan kanana. Tiap- tiap pelari berbuat demikian
sehingga baton balik kenombor satu daripada pelari nombor lapan.
Selepas menghantar baton, pelari anak balik ke tempat asalnya.
Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepaanjang latihan
ini. Jangka masa latihan terpulang kepada jurulatih.
Hantaran berterusan - ( sembilan pelari sepasukan ).
Semua pelari pergi kelapan-lapan stesyen seperti aktiviti
lapan berpasukan. Pelari nombor satu dan pelari nombor satu memegang
baton dengan tangan kanan, dan dia akan menerima kembali dengan
tangan kiri. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima
baton dengan tangan kanan dan tangan kiri.
Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan.
Jarak diantara peserta adalah dua puluh hingga tiga puluh minit. Seperti
biasa prserta pertama tiba di stesyen pertama, peserta kedua
menghulurkan tangannya ke belakang bila perseta pertama memberi
isyarat. Demikian juga dengan pelari-pelari seterusnya. Selepas nombor
lima menerima baton dalam tangan kanan, semua pelari berpusing dan
jarak pelari pertama pada kali ini.
3) Fasa larian dalam zon pertukaran baton.
Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon
larian yang telah ditetapkan. Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x
100m ialah 20 meter. Semua atlit perlu didedahkan tentang zon tersebut di
mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton. Sebagai pemberi,
atau orang yang akan menerima baton kepada penerima, seseorang itu perlu
memberi isyarat apabila ingin menyerahkan baton dan hantar dalam kawasan
terhad. Baton juga perlu diserahkan sepanjang 1 / 3 kepada penerima dan
pastikan hantaran itu dalam tangan penerima. Sebagai seorang penerima ,
larian perlu dilakukan daripada garisan awal sepanjang zon dan
janganmemandang ke belakang. Terima baton dengan cepat semasa pelari
menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat. Penerima baton perlu
berada di luar pertengahanlorong jika menerima dengan tangan kanan. Lari
dalam separuh bahagian lorong bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi
pelari yang akan menerima baton.
Langkah ansur maju.
1) Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan. Garisan
atau kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda.
Pelari atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga
ke kawasan akhir penanda. Lakukan aktiviti berulang-ulang.
2) Lakukan aktiviti ini secara berpasanagan. Seorang akan menjadi pemberi dan
seorang lagi sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar kawasan zon
dan penerima akan berlari anak hingga kegarisan yang telah ditandakan
sesuai untuk menerima baton. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali dan
menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar bagi
memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut.
3) Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan.
Aktiviti ini dilakukan seperti tahap 2 tetapi menggunakan padang yang
sebenar. Peserta akan mengambil tempat sebagaimana yang telah
ditetapkan. Buat permulaan, peserta membuat larian anak. Setelah beberapa
kali dilakukan seperti keadaan yang sebenar bagi membiasakan murid
melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan dengan
kemas dan betul.
4) Fasa penamat
Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat, pastikan rentak larian
tidak berubah. Dada peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu
garisan penamat. Peserta yang dadanya dahulu menyentuh garisan penamat
dianggap pemenang.
Langkah ansur maju.
Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu
larian dengan jarak 20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat murid
mendepankan dada dahulu supaya melintasi garisan penamat. Latihan ini
dilakukan berulang-ulang.
Undang-undang dalam lari berganti-ganti.
Dalam satu acara berganti-ganti terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan
oleh peserta dalam setiap pasukan. Antaranya :
1) Setiap peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam lorong pasukan lain sebaik
sahaja baton telah diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya.
Pasukan-pasukan yang bertanding dinasihatkan berlari mengikut lorong
masing-masing sehingga semua peserta telah melintasi zon terhad.
2) Peserta-pserta daripada setiap pasukan tidak dibenarkan berlari lebih dari
satu kaki.
3) Setiap baton yang dihantar atau diberikan kepada rakan sepasukan mestilah
di zon pertukaran yang telah ditetapkan. Zon bagi jarak pertukaran baton
sejauh 20 meter.
4) Jika terjadi sesuatu perkara seperti baton terjatuh semasa sesi pertukaran
setiap pelari yang memberi atau menghantar baton itu dikehendaki
mengambilnya semula.
5) Apabila berlaku keadaan di mana baton jatuh diluar daripada kawasan
hantaran maka pelari yang mennjatuhkan baton tersebut mestilah
memungutnya atau mendapatkannya semula.
.LEMPAR CAKERA.
Sejarah
Lempar cakera merupakan acara lemparan yang mula-mula dicipta
sebagai acara sukan walaupun acara merejam lembing sudah lama menjadi aktiviti
manusia zaman silam. Lempar cakera dimasukkan ke dalam acara Sukan Olimpik
kuno di Greek. Pada masa itu peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh
lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini. Cakera
yang digunakan dalam Sukan Olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-
akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada
kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi di sekelilingnya
serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir 2
kilogram iaitu 1.923kg.
Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata arah, disediakan suatu
kawasan khas yang berbentuk segiempat sama dengan 2.5 meter panjang dan
lebar. Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi
permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam iaitu
menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkok.
Tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini
menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.
Pada Sukan Olimpik di Stockholm, acara melempar cakera dipertandingkan
menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah peserta akan membuat
lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan dan kali kedua menggunakan
tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat
sambutan kerana kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera
juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920 dan
selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.
Perkembangan Masa Kini
Pada ketika ini, lempar cakera merupakan salah satu acara yang
dipertandingkan dalam kebanyakkan sukan olahraga termasuk di peringkat sekolah.
Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita. Hanya saiz dan berat cakera sahaja
yang berbeza. Jenis cakera ini ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap
penganjur sesuatu kejohanan olahraga di mana sahaja.
Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan lebih mudah dilakukan oleh
sesiapa sahaja. Bagaimanapun, ianya tidaklah semudah yang disangkakan. Mungkin
ada yang agak jauh tetapi dari segi teknik atau cara melakukan lemparan mungkin
tidak betul atau kurang tepat. Bagi mendapatkan teknik lemparan yang betul serta
jarak yang jauh, seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan jurulatih atau guru
pengawas yang berpengalaman.
Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan
khas. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa, kawasan
lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya yang
terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan
jarak lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan
terbuka keseluruhannya. Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera
mencederakan seseorang jika terlepas dari pegangan pelempar.
Cakera.
Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu dan
dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah
berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada
besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat
tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah asalkan bahagian tengah ini
berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang
ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan
berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk
wanita. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut
lelaki dan wanita adalah seperti berikut :
PERKARA/BAHAGIAN LELAKI WANITA
1. Berat keseluruhan untuk
pertandingan. 2.0 kg (Minimum) 1.0 kg (Minimum)
2. Ketebalan bahagian tengah
cakera. 44 – 46 mm 37 – 39 mm
3. Diameter piring atau kawasan
rata pada tengah cakera. 50 – 57 mm 50 – 57 mm
4. Diameter keseluruhan cakera. 218 – 221 mm 180 – 182 mm
5. Ketebalan logam pada sekeling
cakera. 12.0 mm 12.0 mm
BULATAN LEMPARAN.
Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas
untuk peserta cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk
bulatan hendaklah diperbuat daripada besi logam lain dan kayu dengan bahagian
atasnya sama aras dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini
hendaklah diperbuat daripada simen atau bahan lain yang tidak licin. Permukaan
bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5 meter pada
diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada dua bahagian yang sama
besar.
Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada
garisan lebih kurang 5 meter, manakala garisan bulatannya lurus sekurang-
kurangnya 6 meter tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5 cm lebar
hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75 cm pada kedua-dua
belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan
lain yang sesuai.
KAWASAN LEMPARAN.
Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan
separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini
hendaklah lebih kurang 60 meter panjang, manakala bagi peringkat antarabangsa
boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100 meter. Panjang kawasan hendaklah
diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan.
Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakan
pada jarak tertentu umpamanya 30 meter, 40 meter dan 50 meter untuk peringkat
sekolah dan jarak yang lebih jauh seperti 50 meter, 60 meter dan 70 meter untuk
peringkat yang lebih tinggi.
KURUNGAN KESELAMATAN.
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa
acara lemparan cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah
diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan
keselamatan di kawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan
dipasang kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2 kg serta
dilempar pada kelajuan sehingga melebihi 25 meter sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk ‘U’ dan terdiri daripada minimum 6 batang
tiang yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah selebar 6 meter
terletak 5 meter di hadapan setiap bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini
hendaklah hendaklah sekurang-kurangnya 4 meter tinggi. Jaringnya hendaklah
diperbuat daripada bahan sintetik atau yang seumpamanya.
Jika cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang
disediakan, kemungkinan besar ia akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan
demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan berpagar dan tidak
membahayakan orang lain. Lemparan tersebut juga batal jika gagal mengikut arah
atau laluan yang disediakan.
PITA PENGUKUR.
Acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraannya ditentukan oleh jarak
lemparan yang dibuat. Jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita
pengukur. Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh
peserta kecuali lemparannya dibatalkan. Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang
dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian bulatan lemparan itu.
Di peringkat antarabangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk
menggantikan penggunaan pita pengukur. Dengan ini setiap jarak yang dibuat dapat
diukur dengan lebih cepat dan tepat.
CARA MEMEGANG CAKERA.
Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta
mengetahui menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang
cakera dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak
menghasilkan jarak yang jauh malah boleh membahayakan diri sendiri atau orang
lain. Bagi mendapatkan pegangan yang betul, peserta hendaklah mendapatkan
cakera yang betul mengikut saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan
jantina.
Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat iaitu mereka mestilah
boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut
sudut layangan yamg betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada
mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah
memilih gaya atau pegangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan
tangannya.
CARA PEGANGAN PERTAMA.
Cara pegangan ini ialah dengan menekapkan tangan pada permukaan cakera
yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera
yang dipegang hanya pada bahagian hujung jari peserta yang dibengkokkan
mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan
cakera untuk memberi pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera
hendaklah pada jarak yang sama antara satu sama lain.
Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan baik dan selesa,
peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan ke
belakang. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang
dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara
memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.
CARA PEGANGAN KEDUA.
Pegangan cakera ini hampir sama dengan cara pegangan yang pertama.
Perbezaan yang ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan
tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan
menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu
dirapatkan dengan jari kelengkeng. Ibu jari pula dirapatkan pada permukaan cakera
iaitu pada bahagian atasnya untuk mengawal pegangan tangan secara
keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya
tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah
menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dan ke belakang beberapa kali diikuti
dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan
pegangan yang selesa dengan cara ini.
CARA PEGANGAN KETIGA.
Adakalanya peserta mempunyai jari-jari tangan yang pendek dan mungkin
menjadi masalah padanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun
dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah pegangan cara ketiga ini
adalah khusus untuk mereka yang mempunyai jari-jari yang agak pendek. Peserta
henndaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera dengan menutup
dua per tiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera.
Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai ke logam cakera. Ini
bermakna bahagian atas cakera disokong oleh bahagian lengan peserta. Ini perlu
bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari
adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua. Bagi memastikan pegangan itu
kemas dan selesa, peserta boleh mengikut langkah dalam pegangan pertama dan
kedua iaitu menghayunkan cakera sebelum melontarnya.
TEKNIK MELEMPAR CAKERA.
Umumnya terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera iaitu gaya
berdiri dan gaya berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya
lain yang merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam lempar cakera.
Bagi pelajar yang baru belajar, adalah memadai dan sesuai untuk peringkat
permulaan. Latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai
salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka
biasa atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan
gaya rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka.
Teknik Gaya Berdiri.
Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90%.
Fasa 1 : Persediaan.
1. Pelajar berdiri dengan cakera menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah
kawasan cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki
berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki
kiri.
2. Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.
Fasa 2 : Hayunan Awalan.
1. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan
menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi
sokongan kepada cakera. Lihat juga fasa 1.
2. Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan
dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke
kaki kanan mengikut rentak hayunan.
3. Semasa hayunan ke belakang, pelajar handaklah merendahkan badannya sedikit
(bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di
atas hujung kaki.
Fasa 3 : Membuat Lemparan.
1. Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan)
pelajar mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala
mendongak.
2. Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus.
Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke arah bahu kanan.
Sudut lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai ialah 30 – 35
darjah.
Fasa 4 : Ikut Lajak dan Pemulihan.
1. Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan
sehingga badan terangkat. Tindakan kaki ini penting untuk menambah daya
kepada lemparan itu.
Teknik Gaya Berpusing dan Melempar.
Teknik ini agak sukar bagi pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih
belum menguasai kemahiran amelempar dengan gaya berdiri. Teknik gaya
berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan secara ansur maju.
Dengan gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta
memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar disaat-saat
akhir.
Fasa 1 : Persediaan.
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan
pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti gaya berdiri. Kaki
berjarak seluas bidang bahu.
Fasa 2 : Hayunan Awalan.
Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan
seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan
badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.
Fasa 3 : Rotasi Atau Berpusing.
Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan
berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah
ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.
Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli
pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik
sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus
bergerak ke depan diikuti pusingan badan.
Fasa 4 : Membuat lemparan.
Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan
lemparan, tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras
bahu tangan tersebut. Peserta akan berasa logam cakera itu semakin menekan
di atas ruas jarinya. Pada ketika inilah cakera itu di lempar dengan tangan yang
lurus dan jari-jari memutar mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan
terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan kedua-kedua belah kaki membantu
tindakan melempar dengan menolak kuat ke atas tanah.
Fasa 5 : Ikut Lajak dan Pemulihan.
Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak
menyilang badan di atas leher dan kemudian membengkok di akhir
pergerakkannya. Pada masa yang sama, kaki kanan akan ke depan bulatan dan
kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan badannya, peserta terus
memerhati cakera hingga ia mendarat.
Kebaikan Teknik Lemparan Gaya Berpusing.
i. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan
menerusi pusingan badan dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak
yang lebih jauh.
ii. Pergerakkan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu
mendapatkan keputusan yang membanggakan.
iii. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakkan dan lemparan serta dapat
mengelakkan daripada pembaziran tenaga.
iv. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil
bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan ini.
v. Keburukan Teknik Lemparan Gaya Berpusing.
vi. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang
diperlukan.
vii. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh
merugikan lemparan yang dibuat.
viii. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.
ix. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.
LATIHAN ANSUR MAJU.
Latihan 1.
Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.
Latihan ini boleh dilakukan secara berpasangan.
i. Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki
sedikit.
ii. Hayun cakera berulangkali ke depan dan ke belakang sisi badan. Ingat supaya
jangan mengenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum ini.
iii. Setelah menghayunkan cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan,
lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus
ke depan. Disaat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan
pergerakan jari tengah dan telunjuk.
Latihan 2.
Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.
Berdiri dan melempar cakera dengan kilasan badan.
i. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan.
Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
ii. Hayun cakera ke belakang dengan tangan menyilang dengan tangan kanan.
Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
iii. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan
kedua-dua belah kaki melempar cakera ke kawasan pendaratan.
Latihan 3.
Tujuan : Latihan berpusing selepas menghayun cakera.
i. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan
sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
ii. Pada kali kedua sambill menghayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah
lawan jam (sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
iii. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi.
iv. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
v. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan
memusingkan badan sebagai panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan
pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur maju.
Nota : Pada peringkat awalan, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan
lemparan dan tanpa memegang cakera.
Latihan 4.
Tujuan : Simulasi selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
i. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan
lemparan dan hayunkan cakera.
ii. Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan
badan ke depan bulatan.
iii. Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan bulatan, kaki kanan
berpaksi dan pengilasan badan disempurnakan sehingga badan menghadap ke
kawasan lemparan.
iv. Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilemparkan ke depan. Pada ketika
lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat ke atas tanah.
Biomekanik Dalam Melempar Cakera.
Faktor- faktor Aerodinamik.
Jarak dalam melempar cakera adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :
i. Pengumpulan dan pemindahan daya.
ii. Daya ‘centripetal’ dan ‘centrifugal’.
iii. Struktur badan pelempar.
iv. Kelajuan lemparan.
1. Pengumpulan dan pemindahan daya.
Faktor-faktor yang patut diambilkira ketika penerbangan cakera ialah seperti berikut :
i. Halaju pelepasan.
ii. Sudut pelepasan.
iii. Sudut ‘attitude’.
iv. Halaju angin yang bertiup.
v. Putaran cakera.
vi. Ketumpatan udara yang dilalui.
~ Halaju pelepasan ~ Sudut ‘attitude’ ~ Sudut pelepasan
2. Daya ‘centripetal’ dan ‘centrifugal’.
Daya ‘centripetal’ (Fc) adalah daya sesuatu jasad yang bergerak ke dalam sesuatu
bulatan.
Fc = MV di mana M = jisim, V = halaju, R = jejari
R
Daya ‘centrifugal’ adalah daya yang bertentangan dengan daya ‘centripetal’ dan
bergerak keluar dari bulatan.
3. Struktur badan pelempar.
Selain daripada kekuatan, ketinggian badan pelempar adalah suatu faktor
yang penting. Seorang pelempar yang tinggi akan melempar dengan jarak yang lebih
jauh. Ini adalah kerana hasil ‘range’ atau julat yang lebih besar.
4. Kelajuan pelempar.
Penambahan kelajuan melempar cakera memberi penambahan jarak yang
lebih kerana ‘lift’ cakera adalah berkadar ganda dua halaju. Kelajuan lemparan juga
berpunca daripada pusingan yang sempurna dan kemas. Semasa melakukan
pusingan, hendaklah dilakukan di atas bebola kaki kerana permukaan yang kecil
akan mengurangkan rintangan terhadap permukaan gelanggang.
Semua daya udara ke atas cakera boleh dicampur menjadi paduan yang
bertindak di satu titik yang dipanggil pusat tekanan (centre of pressure). Apabila
sudut ‘attack’ menambah, pusat tekanan ini akan ke depan dan daya paduan pun
bertambah. Ini ada hadnya kerana apabila had ini terlebih, ‘turbulence’ di belakang
cakera akan mengganggu pengaliran udara di bahagian atasnya, maka daya ke atas
pun hampir hilang dan ‘drag’ menambah. Had sudut ini dipanggil ‘stalling angle’ dan
cakera pun jatuh oleh tarikan daya graviti.
UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN SERTA KEPEGAWAIAN
UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN
i. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut
susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.
ii. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang, mereka akan diberi tiga lemparan
dan lapan peserta yang mempunyai lemparan yang paling jauh akan
memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga
lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang
peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberi enam percubaan
seorang, dan lemparan yang paling jauh daripada enam percubaan ini akan
menentukan pemenang keseluruhan.
iii. Setelah pertandingan bermula peserta tidak lagi dibenarkan menggunakan
kawasan lemparan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan sama
ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.
iv. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannya atau pemenang mengikut jarak
lemparan paling jauh dan sah.
v. Cakera hendaklah dilempar bermula dari kawasan lemparan yang disediakan
dan hendaklah bermula dari kedudukan statik.
vi. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan bulatan lemparan sebelum
cakera mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan. Cara keluar dari
bulatan yang tidak betul dikira batal.
vii. Untuk menjadikan lemparan itu sah, cakera hendaklah jatuh didalam kawasan
pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak
garisan yang mengelilingi bulatan.
viii. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh
peserta, walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan
sebelum.
ix. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh
memberikan kelebihan atau menjarakkan jarak lemparan cakera.
x. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan
atau pada tapak kasut dengan tujuan memberi kelebihan kepadanya atau
lemparanya.
xi. Sekiranya terdapat keputusan yang seri, semakan akan dibuat pada jarak
kedua terbaik bagi setiap peserta. Semakan ketiga dilakukan dengan
membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.
Peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan di kira
pemenang.
xii. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang – undang yang
ditetapkan, termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.
xiii. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh
semangat kesukanan, sekira lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira.
xiv. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang telah
ditetapkan untuk acara ini.
PEGAWAI PERTANDINGAN
Dalam mengadili acara lempar cakera ini tiga hingga lima orang pegawai atau
pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang
pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal ataupun sah, menerusi
sentuhan kaki peserta pada garisan bulat lemparan, atau cakera yang gagal
dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua oran
pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan da
dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh peserta.
LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN
i. Kesihatan – Sebelum menjalankan sesuatu latihan perlu dibuat soal selidik dari
segi kesihatan peserta. Perhatikan tentang fizikal, kedudukan mental dan
beban latihan peserta sesuai dengan keadaan peserta.
ii. Pakaian – Memakai pakaian yang sesuai untuk membuat pergerakan . Tidak
memakai barang perhiasan.
iii. Tempat latihan – Tidak basah dan licin. Tempat yang sesuai dan selamat.
iv. Alatan – Mempunyai alatan yang cukup dengan bilangan peserta. Peserta
menggunakan alat yang sesuai dengan peringkat umur. Keadaan alat yang
baik dan menggunakan alat dengan cara yang betul.
v. Prosedur alat – Prosedur atau disiplin. Memberikan arahan mengikut ansur
maju, mengikut peraturan sesi latihan, patuhi langkah – langkah keselamatan
semasa melempar cakera. Melempar cakera ke arah yang sama. Tidak
membuat lemparan cakera kepada pasangan yang berhadapan dan tidak
membuat lemparan dan mengumpul cakera pada masa yang sama.
vi. Memastikan setiap pelajar tidak berada di hadapan atau tempat sasaran
semasa lemparan dilakukan.
vii. Pelajar yang tidak melempar hendaklah berada sekurang – kurangnya tiga
meter daripada pelajar yang akan membuat lemparan.
viii. Lemparan hendaklah dilakukan mengikut giliran masing – masing. (seorang
lepas seorang).
ix. Cakera diambil setelah semua pelajar telah melakukan lemparan.
x. Elakkan bermain – main, mengacah – acah dan bergurau dengan kawan
menggunakan cakera.
KOMPONEN KECERGASAN
APAKAH KECERGASAN
Ahli-ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan
di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya
tanpa kelesuan dengan penggunaaan tenaga lebihan untuk digunakan di masa
kesenggangan dan ketika di dalam keadaan kecemasan. Ini secara keseluruhan
melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi.
Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan atau baka dan cara hidup
seseorang itu.
Konsep kecergasan merangkumi aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial
dan kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah sumber yang membolehkan
seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan
sangatlah perlu bagi seseorang oleh kerana kesihatan yang tinggi dapat
menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin
membahayakan diri.
Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa
kecergasan adalah hak perseorangan yang perlu ditingkatkan bagi memcapai
kehidupan yang sihat dan cergas. Menurut ahli fisiologi kecergasan boleh
dibahagikan kepada beberapa aspek kesihatan dan perlakuan motor.
Kecergasan Yang Berlandaskan Kepada Kesihatan
Komponen yang terlibat di dalam kecergasan aspek kesihatan ini adalah seperti
berikut :
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan otot
iv. Kelembutan
v. Komposisi badan
Daya tahan kardiovaskular adalah kompenon yang terpenting dalam profil
fisiologi manusia. Ia melibatkan daya tahan aerobik dan daya tahan anaerobik.
Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi saluran darah, jantung
dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru
yang efisyen sebab situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya
pengaliran darah yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan
aktiviti tersebut.
Peningkatan kecergasan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat
serta menjadikan jantung lebih sihat. Hasil daripada ini, peredaran darah menjadi
lebih efisyen serta peningkatan kebolehan paru-paru ke kalasiti penggunaannya
yang optima diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan ke otot untuk mengelakkan
keletihan dan kelesuan.
Daya tahan otot dan kekuatan otot pula boleh membantu sseseorang individu
dalam melakukan segala pergerakan dengan lancar dan mudah. Bila otot bertambah
kuat, maka kerja-kerja biasa menjadi ringan dan individu dapat bekerja lama kerana
anggota badan lambat lesu.
Kelembutan atau kerenggangan otot dan kelonggaran sendi membolehkan
bergerak dengan licin tanpa sebarang rintangan. Keadaan begini dapat mengelakkan
kecederaan ke atas otot-otot ketika individu itu melakukan gerakan yang kompleks
atau pekerjaan yang sukar yang hendak dilakukan dalam keadaan kecemasan.
Peratusan lemak badan akan menentukan berat badan seseorang itu. Berat
badan yang lebih tinggi tidaklah begitu bahaya kepada kesihatan sekiranya
kelebihan itu adalah di bahagian otot. Tetapi sekiranya peratusan berat badan itu
adalah dari kumpulan lemak, maka keadaan ini tidak baik dan kemungkinan akan
menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan pula. Kebolehan mengurangkan
peratusan lemak yang tidak perlu oleh badan harus dijadikan satu amalan yang
berterusan. Hanya melalui aktiviti fizikal dan dibantu dengan makanan yang
seimbang dapat mengatasi masalah bertambahnya lemak dalam tubuh badan.
Kecergasan Yang Berlandaskan Kepada Perlakuan Motor
Komponen-komponen kecergasan dalam aspek perlakuan motor terdiri
daripada :
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa/daya
v. Masa tindak balas
vi. Kepantasan
Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang bersabit
dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran tersebut
dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang
mungkin timbul ketika anda giat melakukan aktiviti yang lebih dari lakuan kebiasaan
seperti mengangkat benda-benda yang berat.
Kemampuan motor dapat membantu dalam proses pencapaian kecergasan
keseluruhan. Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan komponen
perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman yang dilakukan
secara berterusan dapat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat.
Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan
Baka
Setiap manusia dilahirkan dengan kekuatan serta kelemahan tersendiri yang
saling mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri. Boleh
dikatakan baka menentukan limitasi potensi kepada seseorang itu. Oleh itu,
kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian dengan keupayaan dan
kebolehan fizikal individu itu.
B. Alam Sekitar
Banyak kajian telah menyatakan bahawa alam sekitar dapat mempengaruhi
status kesihatan individu. Alam sekitar juga dikatakan berperanan penting dalam
menyekat perkembangan positif kendiri. Sebagai contoh, seseorang yang berada
jauh dari kesibukan bandar akan merasai nikmat udara yang nyaman ketika berada
di dalam alam sekitar yang penuh dengan pokok yang hijau dan di paras tinggi yang
mana udara serta iklimnya lebih sejuk. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
memberikan sumbangan yang menggalakkan dalam perkembangan aktiviti-aktiviti
fizikal.
C. Tingkahlaku
Tingkah laku manusia dapat menetuntukan ke arah mana seseorang itu.
Sekiranya kecergasan yang optima yang dihajatkan maka tingjah laku yang positif
terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus diutamakan. Seseorangtu jika baka
dan persekitaran yang baik tetapi sekiranya tingkahlakunya negatif maka kecergasan
fizikalnya akan terganggu. Ia akan sentiasa berada dalam keadaan yang kurang
sihat dan kerap mengalami tekanan emosi, sosial, fizikal dan mental yang
melemahkan kecergasan diri.
Daya tahan otot
Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya
berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa tertentu atau otot-otot menguncup untuk
suatu masa yang lama.
Komposisi badan
Lemak adalah salah satu komponen struktural yang asas pada badan.
Komposisi badan menekankan peratusan lemak dalam badan berbanding dengan
berat badan yang terdiri daripada tulang dan otot-otot badan. Berat badan yang lebih
tidak merbahaya jika pada otot-otot. Peratusan lemak dalam badan merupakan
petunjuk bagi kesihatan individu.
BIBLIOGRAFI
Astrand, P.O. and K. Rodahl (1986). Textbook of Work Physiology. McGraw-Hill:
New York.
Bouchard, C. et. al. (1991). Testing anaerobic power and capacity In Physiological
Testing of the High Performance Athlete. Human Kinetics: Champaigh,IL.
Gerald D. Tharp (1997). Experiments in Physiologi, Seven Edition. Prentice Hall:
Upper Saddle River.
Henry J. Montoye et.al.(1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure.
Human Kinetics: Canada.
Jack H. Wilmore \ David L. Costill ( 1994). Physiology of Sport and Exercise. Human
Kinetics: United States of America.
Peter J. Maud / Carl Foster (1995). Physiological Assessment of Human Fitness..
Human Kinetics: United States of America.
Scott K. Powers & Edward T. Howley . Exercise Physiology : Theory and Application
to Fitness and Performance. McGraw-Hill Companies: United States of
America.