PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA
PELAJAR TINGKATAN DUA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya: NURUL HAFIZA BINTI ABDUL AZIZ (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO. 43, LORONG MAKAM LAMA, CABANG TIGA, 21000, KUALA TERENGGANU.
PN MARLINA BINTI ALI
Nama Penyelia
Tarikh : 4 APRIL 2008 Tarikh : 4 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PUAN MARLINA BINTI ALI
Tarikh : 4 APRIL 2008
i
TAHAP KEFAHAMAN DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA PELAJAR
TINGKATAN DUA
NURUL HAFIZA BINTI ABDUL AZIZ
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Pelajar : NURUL HAFIZA BINTI ABDUL AZIZ
Tarikh : 4 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Teristimewa buat bonda yang tercinta,
Hajah Zainab@Seri Binti Hj. Ibrahim
Pengorbanan tidak terhingga banyaknya hingga aku menjadi insan yang berguna dan
berjaya dalam hidup serta sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya.
Tidak lupa juga buat kekanda dan adinda.
Yang sentiasa memberi dorongan dan perangsang kepada ku.
Doa kalian telah membuahkan kejayaan.
Insan yang teritimewa dalam hidupku, terutama rakan-rakan taulan yang sentiasa
bersedia menghulurkan bantuan terutamanya di saat-saat diperlukan.
Yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dalam mencapai cita-cita murni untuk
kesejahteraan masa depan bersama.
Semoga ukhwah persahabatan antara kita yang terjalin bukan persis sekuntum bunga,
tetapi persis untaian tasbih.
Ada awal, tiada penghujung.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Amin……
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya,
maka saya telah dapat menyempurnakan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PUAN MARLINA BINTI ALI di
atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran sepanjang tempoh
menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih ditujukan kepada Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di atas kebenaran menjalankan kajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Tidak dilupakan juga ribuan
terima kasih kepada pengetua dan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Desa Skudai, Johor Bahru di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan dalam
menyempurnakan kajian ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih rakan-rakan seperjuangan,
semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara langsung atau tidak
langsung untuk menyiapkan kajian ini. Semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat
hendaknya.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman dalam Tajuk
Ungkapan Algebra di kalangan pelajar tingkatan dua. Seramai 145 orang pelajar dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor yang terdiri daripada 73
pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Umur pelajar yang
terlibat dalam kajian ini ialah 14 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini
adalah soal selidik iaitu Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra (UDUA). Statistik
deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t,
dan korelasi Pearson-r digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan,
tahap kefahaman pelajar Tingkatan Dua dalam tajuk Ungkapan Algebra keseluruhannya
adalah sederhana iaitu (44.88%). Analisis korelasi Pearson-r menunjukkan tidak terdapat
perbezaan min yang bererti terhadap tahap kefahaman Ungkapan Algebra merentas
jantina pada aras .05. Manakala terdapat pertalian positif yang rendah antara minat
dengan tahap kefahaman pelajar tingkatan dua dalam Tajuk Ungkapan Algebra.
Pertalian ini tidak bererti pada aras .01.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the level of understanding among Form
Two students on the topic Algebraic Expression. This study involved 145 Form Two
students of Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor that consists of
73 males and 72 females. Their ages are 14 years old. Ujian Diagnostik Ungkapan
Algebra (UDUA) is used as the instrument for this study. Means, standard deviation,
percentage, t-test, and Pearson correlation were used in this study to analyze the data.
The results show that the level understanding among Form Two students on the topic
Algebraic Expression is moderate. This study shows there is no significant on
correlation between genders and understanding. It shows that there are no differences
between males and females students of understanding Algebraic Expression at alpha
level .05. While, there is low positive correlation towards interest and the level of
understanding Algebraic Expression among students. This study also shows no
differences at alpha level .01.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
KELULUSAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Peryataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kerangka Konsep Kajian 8
viii
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Takrifan Operasi 11
1.10 Rumusan 12
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 14
2.1 Definisi Kefahaman 14
2.2 Tokoh Dalam Ungkapan Algebra 16
2.3 Teori-Teori Yang Berkaitan 18
2.4 Tahap Kefahaman Merentasi Jantina 20
2.5 Kesilapan dalam Ungkapan Algebra 21
2.6 Ke Arah Memahami dan Mengurangkan Kesukaran 25
Dalam Pembelajaran Matematik
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 30
3.1 Reka Bentuk Kajian 30
3.2 Sampel Kajian 30
3.3 Alat Kajian 31
3.4 Tatacara Kajian 32
3.5 Analisis Data 35
3.6 Andaian 37
3.7 Batasan Kajian 37
3.8 Rumusan 38
ix
4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 40
4.1 Analisis Data 40
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.1.2 Taburan Responden Mengikut Minat 41
4.1.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42
4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan Matematik 42
UPSR
4.1.5 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan Matematik 43
Semasa Peperiksaan Akhir Tahun
4.2 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 43
4.2.1 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap 44
Tajuk Ungkapan Algebra
4.2.2 Tahap Kefahaman Ungkapan Algebra Merentasi Jantina 46
4.2.3 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap 46
Tajuk Ungkapan Algebra Dengan Minat
4.3 Rumusan 47
5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.0 Pendahuluan 48
5.1 Ringkasan 48
5.2 Kesimpulan Kajian 49
5.3 Perbincangan 50
5.4 Cadangan 53
5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 58
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Subtopik Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra 31
3.2 : Julat Markah Peratusan Mengikut Tahap Kefahaman 36
3.3 Pertimbangan Penilaian Tahap Terhadap 36
Keputusan UPSR
3.4 Skala Davies Untuk Tafsiran nilai Pekali Korelasi-r 36
3.5 Kaedah Statistik Kajian 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Minat 41
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan 42
Matematik UPSR
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan 43
Matematik Semasa Peperiksaan Akhir Tahun
4.6 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap 44
Tajuk Ungkapan Algebra Mengikut Subtopik
4.7 Tahap Pencapaian Pelajar Tingkatan Dua Terhadap 45
Tajuk Ungkapan Algebra
4.8 Ujian-t Tahap Kefahaman Ungkapan Algebra 46
Merentasi Jantina
4.9 Korelasi Pearson-r Antara Minat Dengan Tahap 46
Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Tajuk
Ungkapan Algebra
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian. 8
2.1 Penyempurnaan Kuasa Dua Al-Khawarizmi 17
3.1 Carta Alir Perancangan Kajian Penyelidikan 33
xiii
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
PMR - Penilaian Menengah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia
B Surat Kebenaran Daripada Jabatab Pelajaran
Johor
C Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan
D Surat Pengesahan Daripada Sekolah
E Surat Pengesahan Soal Selidik
F Soal Selidik
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Matlamat pendidikan matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan
pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta
kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya
pelajar dapat berfungsi dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab serta menghargai
kepentingan dan keindahan matematik (KPM 1988). Ini ditegaskan lagi oleh Byres
(1983):
Murid-murid hanya didedahkan kepada perspektif bahawa matematik itu adalah
suatu mata pelajaran yang bersifat formal dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Tahun
berganti tahun, segala tanda yang menunjukkan pertikaian dan perdebatan antara ahli-
ahli matematik dihapuskan dengan sepenuhnya...ilmu matematik yang diajar kepada
murid-murid adalah...betul-betul menakutkan (Byres, 1983, m.s 23).
Pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini
masih pada tahap rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. Kenyataan ini
disokong oleh, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Dr Sharifah Maimunah
Syed Zin, yang berkata masalah itu tetap berlaku walaupun kerajaan memberi penekanan
serius terhadap pembangunan bangsa yang celik sains dan teknologi serta menyediakan
2
pelbagai insentif, (Berita Harian, Shuhada Choo Abdullah dalam Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002 ).
Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam sesuatu topik amat
penting dalam pendidikan matematik. Selain daripada kemahiran matematik yang bersifat
heirarki menurut Ngean, (1984 ), dan penguasaan konsep yang mantap akan
memudahkan aktiviti penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996; Travers, et. al., 1977).
Matematik juga sering dinyatakan sebagai satu pelajaran yang sukar difahami dan
dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Malah tidak kurang juga yang berpendapat bahawa
matematik merupakan satu mata pelajaran yang abstrak, khususnya bagi tajuk Ungkapan
Algebra, set, kebarangkalian, trigonometri dan integer. Kenyataan ini dijelaskan oleh
Stringer (1979):
Terdapat ramai orang dewasa yang mengalami kesulitan dengan perkara-
perkara mudah seperti mencampur wang, menyemak baki wang dalam urusan jual beli
dan mengira harga lima gelen minyak petrol. Namun mereka bukanlah orang yang tidak
terdidik, malah sesetengahnya adalah orang yang terpelajar, tetapi tidak dapat
menguasai arithmetik yang mudah.
Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di
samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Melalui penyeliaan di bilik darjah
didapati bahawa aktiviti pengajaran pembelajaran lebih berpusatkan kepada guru di mana
para pelajar lebih banyak menyelesaikan latihan secara individu.
Menurut Nik Azis Nik Pa (1992), pengajaran dan pembelajaran dalam matematik
berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan
daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu
konsep dengan tepat dan menyeluruh.
3
Melihat kepada fenomena ini penyelidik berpendapat bahawa satu kajian
mengenai tahap kefahaman Ungkapan Algebra di Tingkatan Dua di peringkat sekolah
menengah perlu dijalankan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mengetahui dan memahami konsep merupakan di antara tujuh objektif yang
disenaraikan dalam sukatan pelajaran matematik menengah rendah. Dalam kajian Ng See
Ngean (1988), beliau mendapati 50% pelajar bencikan matematik. Seterusnya 145%
daripada 50% pelajar itu mengatakan matematik adalah susah dan kurang menarik.
Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan kelemahan tahap
kefahaman Ungkapan Algebra di kalangan pelajar Tingkatan Dua.
1.2.1 Konsep Asas Yang Lemah Di Kalangan Pelajar
Salah satu sebab matematik itu susah ialah kurang kefahaman dan mempunyai
asas matematik yang lemah. Kenyataan ini dijelaskan lagi dengan kajian oleh Saripah
Latipah (2000) mendapati pelajar tidak menguasai konsep asas Ungkapan Algebra
dengan baik dan ini menyebabkan berlakunya salah konsep dalam operasi asas algebra.
Kenyataan ini juga di sokong oleh Dr.Sheller Kriegler.
“The line between the study of informal algebraic ideas and formal algebra is often
blurred, and the algebra ideas identified here are intended to be studied in concrete or
familiar contexts so that the student will develop a strong conceptual foundation for later
in-depth and abstract study of mathematics” (Dr. Sheller Kriegler).
4
Sahrir bin Mohd Zain (1982), menyatakan beberapa kesilapan algebra yang biasa
diturunkan oleh pelajar STP, dan ini menunjukkan ketidakfahaman mereka akan
beberapa konsep asas algebra. Punca utama pelajar membuat kesilapan ini ialah pelajar
tidak ditegur atau tidak diberikan hujah oleh sesiapapun dalam beberapa keadaan
sehingga mereka tergantung-gantung bersendirian untuk mencari hujahnya. Keadaan ini
berlaku kerana, semasa dibangku sekolah pelajar tidak mempunyai asas aritmetik yang
kukuh, mereka memberi bermacam-macam tafsiran dan sebab yang menyesatkan
sehingga mereka membuat qias (analogi yang salah).
Abd. Rahim Abd. Rashid (1996), mencadangkan satu langkah penting yang
membina kecekapan dan kemahiran dalam matematik ialah menekankan kefahaman dan
penguasaan konsep matematik, Pelajar juga perlu dapat mengkonseptualkan konsep
matematik bagi membolehkan mereka memahami dan mengaplikasikan konsep tersebut
dalam hal yang berkaitan. Seringkali pelajar tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan
serta mengaplikasikan sesuatu kemahiran matematik kerana konsep matematik adalah
bersifat abstark yang memerlukan daya taakulan pemikiran beraras tinggi.
Schoenfield (1985), berpendapat bahawa untuk memahami proses penyelesaian
masalah, sumber-sumber pengetahuan konsep dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan
serta kemahiran sokongan adalah diperlukan. Dalam kajiannya, beliau menyatakan
pelajar kerap mengunakan kaedah penyelesaian yang salah disebabkan kesilapan dalam
memahami sesuatu konsep. Memahami matematik memerlukan pembinaan konsep aras
yang jelas dan petaakulan sesuatu konsep menjadi mudah jika ia dilakukan secara
berhierarki. Pendapat ini turut disokong oleh Resnich & Ford (1981), yang menyatakan
bahawa pelajar perlu menguasai konsep tertentu dalam matematik di mana didalamnya
terkandung peraturan-peraturan, prosedur-prosedur, prinsip-prinsip matematik yang
mudah.
Guru perlu memastikan bahawa pelajar telah menguasai kemahiran asas seperti
tambah, tolak, darab dan bahagi selain boleh membezakan sebutan anu sebagai
pembolehubah yang serupa, dan tidak serupa. Sebagaimana pendapat oleh David Ausubel
5
(1968), sesuatu pengetahuan baru dapat diterima oleh seseorang. Cuma bila seseorang itu
sudah mempunyai pengetahuan asas terhadap pengetahuan baru untuk dikaitkan semula
dan diasimilasikan untuk menjadi pengetahuan yang baru.
1.2.2 Konsep Ungkapan Algebra Yang Di Anggap Abstrak Oleh Sesetengah
Pelajar
Masalah ini menjadi lebih kritikal kerana pelajar beranggapan bahawa Ungkapan
Algebra merupakan satu konsep yang abstrak. Menurut Saripah Latipah (2000), secara
amnya matematik merupakan mata pelajaran yang dianggap susah oleh kebanyakan
pelajar, walaupun kadang-kadang pelajar tadi cerdas dalam mata pelajaran lain.
Tanggapan ini semakin menebal apabila mereka didedahkan dengan topik-topik yang
belum pernah mereka pelajari sewaktu di sekolah rendah dengan konsepnya yang abstrak
seperti tajuk ”Ungkapan Algebra”. Malah kajian beliau juga mendapati kebanyakan guru
bersetuju dengan peryataan bahawa tajuk Ungkapan Algebra mempunyai konsep yang
abstrak.
Jonhnson (1977), mendapati pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik
dalam aljabar berkeupayaan untuk mengaplikasikan aljabar ke dalam kehidupan sebenar
serta menyokong lain-lain disiplin. Kajian aljabar adalah berkaitan dengan proses
pemikiran yang abstrak (Green: 1975). Tajuk ini dikatakan hanya dipelajari oleh pelajar
yang boleh menguasai hal-hal yang abstrak. Ini merupakan suatu kesukaran bagi pelajar
yang kurang cerdas akalnya untuk mengendalikan sesuatu kuantiti yang tidak tetap dan
abstrak. Oleh itu terdapat pertalian yang rapat antara kecerdasan dengan kebolehan
seseorang yang diperlihatkan dalam aljabar.
6
1.2.3 Kurang Minat Dalam Matematik
Ramai pelajar kurang minat dengan matapelajaran matematik, ini dapat dilihat
daripada bengkel perancangan Pendidikan Matematik pada bulan Februari 1987 di
Universiti Pertanian Malaysia. Tinjauan ini mendapati pelajar menganggap matematik
sebagai satu matapelajaran yang sukar, ditambah pula dengan minat yang sangat rendah
dan kurang, menyebabkan kurang penumpuan yang dapat diberikan terhadap
matapelajaran itu. Ada kalanya juga mereka berasa takut dan kurang yakin kepada
kebolehan mereka sendiri. Sikap-sikap negatif dan kaedah pembelajaran yang tidak
sempurna di peringkat sekolah menengah boleh dilihat berterusan hingga ke universiti.
Mengikut kajian oleh Saripah Latipah (2000) mendapati 90% guru bersetuju, dan
10% tidak pasti mengenai pelajar yang tidak berminat dalam matematik amat susah untuk
memahami Ungkapan Algebra. Pelajar yang mempunyai minat yang kuat akan memberi
galakkan kepada mereka dalam memberikan tumpuan secara rela hati semasa sesi
pembelajaran berlangsung. Ini akan memberi motivasi yang berkesan dalam menghadapi
mata pelajarannya dan menguasai pembelajaran tersebut sehingga berjaya. Selain itu,
menurut Maznah (1999), minat juga adalah suatu daya penggerak yang dapat mendorong
seseorang pelajar supaya memberikan perhatian terhadap seseorang, sesuatu benda atau
kegiatan. Minat terhadap sesuatu perkara adalah berhubung-kaitan dengan desakan, motif
dan gerak balas emosi. Beliau merumuskan bahawa minat yang tinggi bermaksud
seseorang itu melakukan sesuatu perkara adalah bukan berdasarkan paksaan daripada
mana-mana pihak tetapi adalah mengikut hati yang sukarela.
1.3 Peryataan Masalah
7
Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan di bahagian latar belakang
masalah, penyelidik berpendapat satu kajian tentang tahap kefahaman pelajar dalam
Ungkapan Algebra Tingkatan Dua perlu dijalankan.
1.4 Objektif Kajian
Bagi menjawab peryataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk beberapa
objektif kajian;
i. Mengkaji dan mengenal pasti tahap kefahaman pelajar Tingkatan Dua dalam
tajuk Ungkapan Algebra
ii. Membandingkan tahap kefahaman Ungkapan Algebra pelajar Tingkatan Dua
merentas jantina.
iii. Menentukan tahap kefahaman Ungkapan Algebra dengan pertalian yang bererti
antara minat.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dibina. Persoalan
kajian dalan kajian ini adalah seperti berikut:
1.5.1 Apakah tahap kefahaman pelajar Tingkatan Dua dalam tajuk Ungkapan
Algebra?
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan bererti terhadap tahap kefahaman Ungkapan
Algebra merentas jantina?
1.5.3 Adakah terdapat pertalian yang bererti antara tahap kefahaman Ungkapan
Algebra dengan minat?