remaja: suatu perspektif semasa

38
Remaja: Suatu Perspektif Semasa A. Definisi Remaja Dalam berbagai buku psikologi terdapat perbezaan pendapat tentang remaja, namun pada intipatinya mempunyai pengertian yang hampir sama. Penggunaan istilah untuk menyebutkan masa peralihan masa anak dengan dewasa, ada yang menggunakan istilah puberty (inggris), puberteit (Belanda), pubertasi (latin) yang berarti kedewasaan yang dilandasi sifat dan tanda-tanda kelaki-lakian dan keperempuanan. Ada pula yang menyebutkan istilah adulescento (latin) iaitu masa muda. Istilah pubercense yang berasal dari kata pubis yang dimaksud dengan pubishair atau mulai tumbuhnya rambut di sekitar kemaluan. Istilah yang dipakai di Indonesia para ahli psikologi juga bermacam- macam pendapat tentang definisi remaja. Disini dapat diajukan batasan remaja adalah pada masa peralihan dari masa anak dengan masa dewasa yang mengalami perkembangan semua aspek/fungsi untuk memasuki masa dewasa. Menurut Sarlito (1991), tidak ada profil remaja Indonesia yang seragam dan berlaku secara nasional. Masalahnya adalah kerana Indonesia terdiri dari berbagai suku, adat dan tingkatan sosial ekonomi, maupun pendidikan. Sebagai pedoman umum remaja di Indonesia dapat digunakan batasan usia 11 – 24 tahun dan belum menikah.(Sunarto : 1998 : 56) Batasan usia 11 – 24 tersebut didasarkan pada pertimbangan-pertimbangan sebagai berikut : 1. Usia 11 tahun adalah usia di mana pada umumnya tanda-tanda seksual sekunder mulai tampak (criteria fizik)

Upload: mmu-my

Post on 08-Jan-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Remaja: Suatu Perspektif Semasa

A. Definisi Remaja

Dalam berbagai buku psikologi terdapat perbezaanpendapat tentang remaja, namun pada intipatinya mempunyai pengertian yang hampir sama. Penggunaan

istilah untuk menyebutkan masa peralihan masa anak dengan dewasa, ada yang menggunakan istilah puberty (inggris), puberteit (Belanda), pubertasi (latin) yang berarti kedewasaan yang dilandasi sifat dan tanda-tanda kelaki-lakian dan keperempuanan. Ada pula yang menyebutkan istilah adulescento (latin) iaitu masa muda. Istilah pubercense yang berasal dari kata pubis yang dimaksud dengan pubishair atau mulai tumbuhnya rambut di sekitar kemaluan.

Istilah yang dipakai di Indonesia para ahli psikologi juga bermacam-macam pendapat tentang definisi remaja. Disini dapat diajukan batasan remaja adalah pada masa peralihan dari masa anak dengan masa dewasa yang mengalami perkembangan semua aspek/fungsi untuk memasuki masa dewasa.

Menurut Sarlito (1991), tidak ada profil remaja Indonesia yang seragam dan berlaku secara nasional. Masalahnya adalah kerana Indonesia terdiridari berbagai suku, adat dan tingkatan sosial ekonomi, maupun pendidikan. Sebagai pedoman umum remaja di Indonesia dapat digunakan batasan usia 11 – 24 tahun dan belum menikah.(Sunarto : 1998 : 56)

Batasan usia 11 – 24 tersebut didasarkan pada pertimbangan-pertimbangansebagai berikut :

1. Usia 11 tahun adalah usia di mana pada umumnya tanda-tanda seksual sekunder mulai tampak (criteria fizik)

2. Usia 11 tahun dianggap oleh masyarakat Indonesia sebagai masa akil balig, baik menurut adat maupun agama, sehingga mereka tidak diperlakukan sebagai anak-anak. (kriteria sosial ).

3. Pada usia tersebut mulai ada tanda – tanda penyempurnaan perkembangan jiwa seperti tercapainya identitas (ego identity), tercapainya fasa genetik dari perkembangan kognitif maupun moral.

4. Batas usia 24 merupakan batas maksima, yaitu untuk memberikan peluang bagi mereka kriteria sampai pada usia tersebut masih menggantungkan diri pada orang lain, belum mempunyai hak-hak penuh sebagai orang dewasa (secara tradisi)

5. Status perkawinan sangat menentukan, karena arti perkawinan masih sangat penting di masyarakat Indonesia secara menyeluruh. Seorang kriteria sudah menikah diusia berapapun dianggap dan diperlakukan sebagai orang dewasa.

Batasan usia diatas adalah sebagian pendapat dari berbagai pendapat yang dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi, pendapat lain tentang batasan usia remaja dikemukakan oleh Hurlock (1964) bahwa batasan usia remaja itu antara 13 sampai 21 tahun, yang terbahagi menjadi dua iaitu ; remaja awal usia 13 – 14 tahun, dan remaja akhir usia 17 – 21 tahun. Sedangkan WHO memberikan batasan usia remaja usia 19 – 20 tahun.WHO menyatakan walaupun definisi remaja utamanya didasarkan pada usia kesuburan (fertilitas) wanita, namun batasan itu juga berlaku pada remaja pria, dan WHO membagi kurun usia dalam dua bagian yaitu remaja awal 10 – 14 tahun dan remaja akhir 15 – 20 tahun.

Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun

1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk dirumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :

a) Tahap awal kanak-kanakb) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanakc) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikanpenuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak

terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian.Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokongUmamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusiayang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat initerteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanakdapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti olehperkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongankejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaanfizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebutsebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Iaakan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan samaada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalianmenyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."

KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN REMAJA SIHAT

Walaupun seorang anak itu telah memasuki alam remaja, masih menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidiknya, bahkan tanggungjawab itu menjadi semakin berat. Pada zaman ini, terdapat ramai ibubapa yang sudah melepaskan tanggungjawab mereka dalam memberi perhatian dan didikan terhadap anak remaja mereka dengan alasan mereka sudah meningkat dewasa. Inilah yang menyebabkan wujudnya masalah sosial dikalangan remaja-remaja apabila tiada bimbingan yang baik diberikan semasa mereka mula mengenali dunia yang sebenar. Pada usia remaja,

mereka cenderung untuk terpengaruh dan mula mencari identiti diri. Selain itu, alam remaja yang penuh kekeliruan menyebabkan peranan ibubapa sejak anak ini lahir lagi belum lagi tamat sehingga mereka sudah memasuki alam dewasa dan dapat membuat penilaian sendiri dengan matang dan baik. Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada remaja kerana sebahagian besar sikap remaja berdasarkan kepada kelakuan ibubapa dalam mendidik mereka.Pada usia remaja, remaja mula menunjukkan sikap memberontak dan menolakkongkongan ibubapa. Walaubagaimanapun, mereka masih dahagakan perhatiandan kasih sayang. Menurut kajian Montemeyer dan Hanson (1985), punca konflik antara remaja dan ibubapa bukanlah disebabkan oleh isu kebebasan, tetapi ia berkaitan dengan isu interpersonal. Apabila terdapat ganguan keatas interaksi remaja dan ibubapa, akan wujud perasaan tidak puas hati ke atas sesuatu masalah menyebabkan keadaan memberontak di jiwa remaja. Jiwa memberontak yang semakin mendalam akanmenyebabkan remaja menginginkan kebebasan sebagai helah untuk keluar dari konflik. Ibubapa perlu menyedarkan dan memberi kefahaman kepada anak remaja bahawa kebebasan yang sebenar adalah dengan membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka dan bukan bermakna mereka boleh menentukan segala-galanya tanpa menghiraukan persekitaran.

Masalah konflik dikalangan remaja dan ibubapa, sering berlaku disebabkan oleh zaman yang semakin berubah kearah kapitalis, dimana ibubapa sibuk mengejar kemewahan dan kurang mempunyai masa untuk bersama anak. Akibatnya, remaja keluar mencari perhatian diluar dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya, kawan istemewa dan sebagainya. Remaja masih memerlukan sokongan dan bimbingan ibubapa dalam membetuk disiplin diri, tetapi mereka juga ingin kebebasan. Oleh itu, ibubapa perlu memahami keperluan anak dan Cuba untuk bersama mereka dalam membangun individu remaja yang sihat dan bersedia untuk menempuh alam dewasa yang memerlukan pelbagai keputusan yang matang dalam mengharungi hidup.

Model ibubapa membentuk sikap remaja

Cara pendidikan yang ditonjolkan ibubapa terhadap anak mereka memainkanperanan dalam pembentukan sikap dan tingkahlaku remaja itu sendiri. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Diana Baumrind, terdapat empat

jenis model ibubapa yang memberikan kesan kepada perkembangan remaja iaitu ibubapa Autoritatif, Autoritarian, Permissif-Responsif dan Permisif-Mengabai.

Ibubapa Autoritatif

Ibubapa jenis ini memberi keyakinan kepada anak-anak untuk melakukan dan membuat keputusan. Anak-anak diajar supaya bijaksana dalam menyelasaikan masalah dan dalam didikan, ibubapa akan berdasarkan kepada didikan kesan dan penyebab. Ibubapa jenis ini menghormati anak dan memberi peluang kepada anak-anak memberi pandangan terhadap sesuatusituasi. Selain itu, mereka menggalakan perembangan tingkah laku berdikari serta menekankan soal tanggunjawab dalam diri anak mereka. Sifat kepositifan dapat dilihat melalui anak-anak yang dididik dengan model ibubapa ini seperti pandai berdikari, bijak menyesuaikan diri, kreatif, mempunyai keyakinan tinggi, ceria dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, anak yang dididik mempunyai kecekapan sosial, intelektual dan peningkatan dalam akademik.

Ibubapa Autoritarian

Model ibubapa jenis ini sering menggunakan arahan ketika mendidik anak.Anak-anak tidak diterangkan dengan situasi kesan dan penyebab menyebabkan anak-anak keliru dan lama-lama kurang berfikiran secara kritis. Anak-anak remaja dalam didikan ini tidak diberi peluang untuk mengutarakan pendapat kerana ibubapa jenis ini kurang percaya pada kebolehan anak, dan anak-anak tidak boleh mempersoalkan tindakan ibubapa. Ibubapa jenis ini kebiasaanya bersikap begini kerana ingin melahirkan anak-anak yang taat kepada ibubapa dan berdisiplin. Walaubagaimanapun, didikan jenis ini mungkin melahirkan anak-anak jenismemberontak dan kurang rapat dengan ibubapa. Terdapat beberapa sifat negetif yang ditonjolkan oleh anak remaja yang dididik oleh ibubapa jenis ini iaitu mereka kurang mahir dalam berinteraksi bersama rakan sebaya, kurang berminat menghadiri aktiviti sosial dan kurang responsifketika berhadapan dengan sesuatu masalah. Kebiasaan mereka tunduk akur kepada sesuatu arahan daripada ibubapa menyebabkan mereka kehilangan arah ketika perlu berhadapan dengan masalah dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, anak-anak ini cekap dalam bidang akademik.

Ibubapa Permissif-Responsif

Ibubapa permissif ini tidak menggunakan kuasanya dalam mendidik anak-anak. Anak-anak dibiarkan tanpa bimbingan dan tanggungjawab sebagai ibubapa diabaikan. Bagi ibubapa jenis permissif-responsif pula, mereka tidak terlibat dalam mendidik disiplin anak-anak mereka tetapi bersikappenyayang dan responsif terhadap keperluan anak-anak. Remaja dari keluarga jenis ini boleh memegang tanggungjawab, cekap di dalam akademik dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai suasana dan situasi. Namun begitu, oleh kerana tidak dibimbing oleh ibubapa mengenai baik buruk sesuatu keputusan dan tindakan, anak-anak remaja sering melakukan kesalahan demi kesalahan sebelum mempelajari cara membuat jalan pilihan yang betul. Anak-anak remaja ini cenderung melakukan kesalahan disiplin dan undang-undang seperti menagih dadah, melanggar undang-undang sekolah seperti ponteng dan meminum arak.

Ibubapa Permissif- Mengabai

Ibubapa jenis ini mengabaikan terus tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka tidak menggunakan kausa dalam membentuk peribadi dan disiplin anak, malah mengaibaikan keperluan anak-anak mereka. Berbanding dengan anak yang dididik oleh model ibubapa yang lain, ibubapa dari model ini melahirkan anak-anak yang kurang keyakinan diri,tidak bijak menyesuaikan diri terhadapa persekitaran, memberontak dan tidak cekap di dalam bidang akademik. Mereka kerap melakukan kesalahan di sekolah dengan melanggar disiplin, sering dilihat dalam keadaan murung dan kurang ceria.

Peranan Ibubapa

Peranan ibubapa dalam membentuk peribadi mulia dalam diri anak remaja mereka sangat berat. Ibubapa perlulah lebih banyak mengambil masa bersama anak remaja mereka dan berbincang. Mereka perlu menjadi seorangrakan yang baik kepada anak remaja. Didikan secara autoritif perlu dalam mewujudkan anak remaja yang lebih positif menangi masalah. Ibubapa perlu memberi peluang kepada anak remaja mereka untuk mengutarakan pendapat dan memberi bimbingan mengenai baik buruk, kesan

dan penyebab kepada keputusan yang diambil oleh anak mereka. Remaja memerlukan tempat untuk meluahkan hati, mengadu dan bermanja. Remaja mudah terpengaruh dan pada usia ini,mereka belum cukup matang untuk menilai baik buruk sesuatu perkara. Apabila ibubapa menjadi tempat mereka mencurahkan perasaan dan kekeliruan dalam menangani dunia remaja, keakraban dan kepercayaan terbentuk justeru ibubapa dapat mengetahui dan mengawal anak remaja mereka dari terjerumus ke jalan yang salah.

Berikut merupakan perkara-perkara yang diingini oleh remaja dari ibubapanya. Antaranya adalah minat dan bantuan, mendengar dan empati, kasih sayang dan perasaan positif, penerimaan dan persetujuan,kepercayaan, autonomi dan kawan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002:53-58).

Minat dan Bantuan

Remaja dapat mengetahui sama ada ibubpa mengambil berat keatas diri mereka atau tidak. Ia dilihat daripada minat yang ditunjukkan oleh ibubapa mengenai diri remaja itu sendiri berhubung dengan keperluannya,tahap pencapaian akademik, rakan-rakan, kejayaan dalam aktiviti social dan sebagainya. Jika ibubapa tidak menunjukkan sikap minat terhadap diri anak mereka,lama kelamaan remaja ini mula menjauhi ibubapa dan memberontak.

Disebabkan oleh ini, ibubapa perlu meluangkan sejumpal masa yang berkualiti bersama anak remaja mereka dan menjadi pendengar yang baik disambil memberi galakan dan sokongan moral. Apabila ibubapa meluangkansedikit masa utk bersama anak remaja, anak ini mula merasakan bahawa ibubapa tidak menyayanginya lagi-lagi jika waktu terluang itu diselikandengan gangguan panggilan dari pejabat dan sebagainya. Ibubapa perlu juga sentiasa sedia untuk membantu kerana sikap ini akan membuat remajamerasa dihargai dan ini akan membantu dalam perkembangan nilai murni remaja tersebut.

Mendengar dan Empati

Empati merujuka kepada keupayaan mengenal pasti fikiran, sikap, dan

perasaan orang lain. Empati juga merupakan kepekaan terhadap orang lainserta perkongsian pengalan dan emosi sesorang. Oleh sebab alam remaja penuh dengan pengalaman baru dan kekeliruan, remaja memerlukan ibubapa yang sedia mendengar segala permasalannya, idea dan pendapat yang mereka utarakan. Remaja akan merasa gembira apabila diberi empati dan akan lebih terbuka dalam berkongsi cerita dengan ibubapa mereka.

Kasih Sayang dan Perasaan Positif

Perasaan positif ini merujuk kepada kemesraan, kasih sayang dan kepekaan yang ditonjolkan kepada anak remaja. Kasih sayang dan layanan mesra sangat diperlukan oleh remaja daripada ibubapa mereka. Apabila kerenah mereka dilayan oleh ibubapa, mereka merasakan diri mereka dihargai.

Penerimaan dan Persetujuan

Tidak terdapat seorang pun di dunia yang dilahirkan sempurna, oleh itu amatlah penting bagi ibubapa menerima anak remaja mereka seadanya tanpasyarat. Ibubapa tidak bolehlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anak mereka dan membandingkan anak mereka dengan anak orang lain. Ini akan menyebabkan anak merasa tersisih dan tidak cukup baik untuk ibubapanya. Ibubapa perlu menerima kelemahan diri anak dan perlu membimbing mereka dalam menjadi lagi baik. Ini akan melahirkan anak remaja yang berkeyakinan dan dapat menerima kelemahan diri sendiri dengan cara yang sihat dan membina.

Kepercayaan

Remaja memerlukan ibubapa mempercayai mereka tetapi kepercayaan itu mestilah tidak keterlaluan sehingga anak tidak menghormati ibubapa. Kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa mestila ada tahap batasannya diikuti dengan didikan disiplin agar anak remaja itu tahu mengenai kesan dan akibat perbuatan mereka.

Autonomi

Remaja memerlukan keadaan autonomi dan identiti demi menerima peranan

dan tanggungjawab orang dewasa. Ibubapa perlu memberikan anak remaja mereka autonomi sikap dan emosi. Kuasa autonomi sikap diperlukan supayaremaja berupaya berdikari tanpa bantuan orang lain. Selain dari itu, kuasa autonomi emosi diperlukan supaya remaja tidak merasakan bahawa mereka masih dilayan seperti kanak-kanak seperti kuasa memilih pakaian dan kawan-kawan. Walaubagaimanapun, autonomi sikap perlu diberi sedikitdemi sedikit dan tidak secara sekali gus kerana ini akan memberi impak negetif kepada sikap anak remaja. Remaja menginginkan hak membuat pilihan sendiri, menonjolkan sikap berdikari, memikul tanggungjawab tetapi bukannya kebebasan secara keseluruhan.

Bimbingan dan Kawalan

Walaupun remaja menuntut kebebasan, tetapi mereka masih memerlukan sokongan dan bimbingan ibubapa. Pada usia keremajaan, ibubapa masih belum boleh melepaskan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak dan masih perlu mengawal segala perlakuan anak mereka. Konflik akan berlakudan masih berterusan walaupun ibubapa memberi kebebasan tanpa kawalan kerana remaja masih belum dapat berfikir secara matang mengenai tindakan mereka terhadap orang lain.

Remaja mahu menyanjungi dan merasa bangga dengan ibubapa mereka. Ciri-ciri orang dewasa yang disukai oeh remaja adalah individu yang bersikapceria, kelakar, tidak terlalu serius, dapat dipercayai dan jujur. Oleh itu, ibubapa perlu mengelakkan dari bersikap sebaliknya, suka berleter dan hipokrit. Walaupun ciri-ciri ibubapa ini bersifat terlalu ideal, ibubapa tidak seharusnya berputus asa, tetapi cuba berubah demi masa depan anak-anak mereka.

Anak-anak remaja ini juga wajib mentaati ibubapa kerana ibubapa telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita dari kecil lagi. Didikanagama penting dalam meletakkan batas nilai-nilai murni bagi mengelakkananak-anak menjadi tidak terkawal dan merosakkan diri sendiri seperti berzina dan menyalahgunakan dadah. Oleh itu, anak remaja perlu mengetahui tanggungjawab mereka terhadap ibubapa dan menghormati mereka. Ini kerana anak remaja ini juga akan menjadi dewasa dan mempunyai anak-anak mereka sendiri. Allah SWT sendiri berpesan agar anak-anak memperbanyakkan doa dan memohon ampun bagi ibubapa.

Tekanan Emosi Remaja Islam

PENDAHULUAN

Dari perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkansebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihanzaman,antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja,berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental danemosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Untuk mengimbangiperubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalahdan konflik. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalamdiri remaja.

Bagi remaja yang bersedia dengan kehadiran masalah dan sanggupmenerimanya dengan hati terbuka, mereka berjaya menerima perubahanperubahanitu sekalipun kadang kala pahit baginya. Tetapi bagi sesetengahremaja pula, tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudahperubahan tersebut, lalu menunjukkan gangguan psikologi pada dirinya.Keadaan ini boleh menimbulkan ketegangan dan tekanan kepada emosi remaja.Akibat dari tekanan yang dialami, remaja mungkin menunjukkan sikap yangagresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungandan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, lumba haram dan dadahbagi melepaskan rasa tertekan.

Dari perspektif dakwah, remaja yang mengalami tekanan emosi terdedahdengan masalah mental sekiranya permasalahan ini tidak ditangani lebih awal.

Golongan remaja ini merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dan tidakboleh diabaikan dalam usaha dakwah. Namun begitu, untuk mendapatkankeberkesanan dakwah, pendakwah perlu membuat kajian bagi mengenal pastimasalah yang dihadapi oleh remaja dan faktor-faktor yang menjadi puncakepada permasalahan tersebut. Di samping itu, pendakwah perlu memahamiperkembangan psikologi remaja supaya dakwah yang disampaikan memberikesan jauh ke dalam diri golongan ini. Untuk mendapatkan dakwah yangberkesan, pendekatan yang digunakan juga haruslah bersesuaian dan menarikminat kepada golongan ini.

Oleh itu, dari perspektif dakwah kajian ini melihat dari tiga sudut iaitumengenalpasti dan memahami permasalahan sasaran dakwah (mad’u) iaitugolongan remaja, pendekatan dakwah (manhaj dakwah) yang sesuai untukremaja yang mengalami tekanan emosi dan sudut pendakwah (da’i), iaitubagaimana pendakwah boleh membantu remaja untuk menangani tekanan emosi.

KERANGKA KONSEPTUAL

Apa yang diutarakan dalam kerangka konsep kajian ini ialah dakwah Islamiahmelihat tekanan emosi merupakan salah satu fenomena emosi yang dihadapioleh remaja dalam proses perubahan dan perkembangan psikologinya yang perluditangani oleh pendakwah. Tekanan emosi itu pula disebabkan oleh beberapafaktor sama ada faktor luaran mahu pun dalaman. Faktor luaran seperti faktorkeluarga, persekitaran, akademik dan faktor sosial. Faktor dalaman pulasepertiperubahan biologi, faktor personaliti dan konflik yang dihadapi oleh remaja.Tekanan emosi yang dihadapi oleh remaja itu pula, boleh dikenal pasti melaluisimptom-simptom atau tanda-tanda tekanan yang dialami oleh remaja.

Berdasarkepada kajian-kajian lepas sama ada perspektif Islam mahu pun Barat mendapatiterdapat tiga kategori tanda tekanan yang boleh dikenal pasti iaitu tanda-tandapsikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial. Berkaitan dengan cara-caramenangani tekanan pula, perspektif dakwah mengandungi banyak pendekatanyang boleh digunakan oleh pendakwah. Rencana ini mengemukakan hanyadua pendekatan utama iaitu sokongan sosial dan sokongan peribadi. Sokongansosial seperti melalui bimbingan dan kaunseling, sokongan keluarga danmotivasi. Sokongan peribadi pula melalui tazkiyah al-nafs.

Walaupun kajian-kajian lepas telah banyak mengkaji tentang fenomenatekanan remaja, namun kajian tersebut adalah kajian dari perspektif psikologiBarat dan huraiannya juga hanya dari perspektif dan teori Barat semata-mata.Oleh itu, dalam rencana ini, penulis akan membincangkan tekanan emosi dariperspektif dakwah Islamiah dan juga menggabungkannya dengan perspektifBarat. Perbincangan secara konsep dari kedua-dua perspektif ini membentuksatu kerangka teori tekanan emosi dalam definisi, faktor-faktor tekananemosidan tanda-tanda tekanan emosi. Penggabungan dua perpektif ini kerana darisudut keilmuan, Islam tidak pernah menolak mana-mana pandangan atau teoriselagi ia tidak bertentangan dengan akidah Islamiah.

TEKANAN EMOSI

Terdapat pelbagai takrif yang diberikan oleh pengkaji tentang tekanan dalamusaha untuk memahami fenomena tekanan. Dalam Lisan al-Arab istilah tekanan

disebut sebagai d.agt.. Mu’jam ‘Ilm al-Nafs telah menjelaskan maknad.agt. sebagai keadaan jiwa atau emosi yang mengalami pergolakan dankegelisahan yang amat dalam (Fakhir ‘Akil 1985: 110).

TEKANAN DIDEFINISIKAN

Definisi ini selari dengan huraian Morstt & Furst (1979: 7) tentang tekanan.Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhioleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidakselesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuhbadan.

Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981: 121) pula, memberikandefinisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjanganuntuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untukmengendali suatu situasi.

Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad UthmanNajati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulungmelihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia sepertigelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hatimanusia tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga dikaitkandengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisahkisahdalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepadamasyarakat. Misalnya, kisah-kisah para Nabi ketika menyampaikan dakwahIslamiah telah menerima tekanan dari masyarakat yang kufur dan juga peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku terhadap orang yang beriman. Keadaan-keadaanini ada diceritakan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Maidah, 6: 27-30,

Ali-Imran, 3: 38, Maryam, 19: 5 dan 20 dan surah Yusuf, 12: 86.

Hans Selye (1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakaryang banyak mengkaji tentang tekanan, mengatakan tekanan sebagai satu tindakbalas atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan ataupermintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi daripadakemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan. Pendapat ini selaridengan pandangan yang diberikan oleh Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah(2002: 209) yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balasseseorang terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu sertamemerlukan penyesuaian sama ada untuk sistem badan atau pun pemikiran.Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalammendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296)yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individumenyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampauikeupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebutakan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannyasendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.Emosi pula merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindakbalas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yangberlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang(Muhammad Uthman Najati 1993: 73).

Oleh itu, tekanan emosi ditakrifkan sebagai keadaan seseorang dalam keadaan tertekan emosinya akibat daripada peristiwa, pengalaman atau bebanan tugas yang di luar kemampuan mereka. Oleh itu, fenomena tekananmerupakan sebahagian daripada reaksi emosi.

Menurut Richard S. Lazarus (1993: 23), emosi dijuruskan kepada satu setemosipositif seperti kasih sayang, cinta, kegembiraan dan ketenangan dan

juga satuset negatif seperti marah, cemburu, takut, keluh kesah, sedih, dengki dan benci.Manakala tekanan emosi pula, menurut beliau berpusat kepada emosi yangnegatif.

Dalam konteks dakwah Islamiah pula, tekanan emosi merupakan suatukeadaan jiwa manusia yang berada dalam keadaan tidak tenang seperti resahgelisah, kecewa, sedih, berdukacita, menurut hawa nafsu dan melanggar perintahAllah. Ahli psikologi Islam seperti Imam al-Ghazali, Muhammad Uthman Najatidan Muhammad Izzudin Taufik berpandangan, emosi yang tidak tenang iniadalah kerana manusia tidak mendekatkan atau menghubungkan diri denganAllah. Sebaliknya mereka banyak menurut hawa nafsu. Oleh itu, emosi yangtertekan ini perlu diubati dengan seruan dakwah Islamiah dengan menggunakanuslub atau pendekatan yang sesuai.

FAKTOR TEKANAN EMOSI

Mengenai faktor atau punca tekanan emosi pula, terdapat pelbagai faktoryangmenyebabkan remaja mengalami tekanan emosi. Adnan al-Sharif (1987: 86),menyatakan bahawa tekanan bukan sahaja wujud kerana dipengaruhi olehgangguan mental dan emosi tetapi tekanan juga wujud apabila manusia merasaketidaktenteraman jiwa atau jiwa yang berada dalam keadaan gelisah, keluhkesah, ketakutan, kecemasan dan was-was.

Gangguan dan ketidaktenteraman jiwa itu pula, sama ada berpunca daripersekitaran luar mahu pun dalam diri manusia itu sendiri. Kasmini Kassim(1992: 26), Pakar Psikiatri Kanak-Kanak di Malaysia berpendapat bahawa,gangguan emosi yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja

kebanyakannya disebabkan reaksi terhadap tekanan yang dialami olehmereka.

Manakala Uthman Najati (1992: 67), pula menjelaskan bahawa manusiamenghadapi gangguan dan ketidaktenteraman jiwa atau emosi apabilaberlakunya konflik psikis atau pertembungan antara dua jiwa manusia iaitujiwa yang beriman kepada Allah S.W.T dan jiwa yang menurut hawa nafsu.Keadaan jiwa manusia seperti ini dapat digambarkan dalam kisah anak NabiAdam iaitu Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya, Habil. Kisah initerdapat dalam surah al-Maidah, 6: 27-30 .

Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah-kisahmanusia yang mengalami tekanan emosi dan faktor-faktor yang menyebabkantekanan emosi. Contohnya dalam al-Quran ada menjelaskan bahawa manusiamengalami tekanan emosi adalah disebabkan faktor biologi atau fitrah kejadianmanusia. Fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada aktiviti sistem sarafdan unsur kimia boleh mempengaruhi perasaan, mental dan jasmani manusia.Dalam hal ini, Allah telah menjelaskan dalam firman-Nya dalam surah al-Anbiya’, 21: 37 dan surah al-Ma‘arij, 70: 19-22.

Maksud: Manusia itu diciptakan bersifat tergesa-gesa. Nanti akan Kuperlihatkan kepadakamu keterangan-keteranganKu; sebab itu, janganlah kamu meminta kepadaKu supayadicepatkan (Surah al-Anbiya’, 21: 37).

Maksud: Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahayamenyinggungnya, dia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (kekayaan),amatlah kikirnya. Bukan begitu orang-orang yang mengerjakan sembahyang (Surah al-

Ma‘arij, 70: 19-22).

Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T telah mencipta manusiadalam keadaan memiliki sifat tergesa-gesa dan gelisah kerana pengaruh susunansistem saraf badan yang sangat peka. Kepekaan itu diperlihatkan melaluiemosidan tingkah laku yang bertindak balas terhadap faktor dalaman dan luaran yangmempengaruhinya.

Ibn Kathir (1970: 116) dalam mentafsirkan surah al-Ma‘arij, 70: 19-22,beliau menyatakan bahawa dalam ayat ini Allah menerangkan tabiat manusiayang memiliki sifat takut, kurang sabar, selalu berkeluh kesah. Jika ditimpabencana dan mala petaka ia selalu mengeluh dan berputus asa, jika mendapatkeuntungan atau kebaikan maka ia amat kikir, kedekut dan bakhil. Kecualiorang-orang yang tekun melakukan solat, khusyuk dan tenang dalam solatnya.Dalam menjelaskan faktor yang menyebabkan tekanan emosi, RohatyMajzub (1992: 90), seorang pakar psikologi perkembangan remaja di Malaysia,menyatakan bahawa remaja mengalami tekanan emosi yang memuncakdisebabkan perubahan fisiologi dan psikologi yang berlaku ke atas diri mereka.Perubahan yang pesat berhubung dengan kematangan seksual juga menyebabkanremaja tidak pasti tentang dirinya, keupayaan dan minatnya.Perubahan ketika zaman remaja, menyebabkan jangkaan dan aspirasimasyarakat terhadap golongan ini semakin tinggi. Keadaan ini menyebabkanremaja merasa lebih tertekan emosinya apabila mereka cuba memenuhi aspirasidiri mereka, aspirasi ibu bapa dan aspirasi masyarakat. Jika remaja

gagalmencapai aspirasi-aspirasi ini, remaja akan mengalami kekecewaan.

Tekanan emosi boleh juga disebabkan oleh faktor luaran seperti faktorpersekitaran. Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimanapersekitaran yang melingkungi remaja boleh menyebabkan mereka tertekanseperti persekitaran yang terlalu padat dengan penduduk, pembangunan yangterlalu pesat, suasana masyarakat yang kurang baik dan suasana yang bising.Perbandaran yang terlalu pesat berlaku merupakan penyebab kepada tekanan.Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumbameningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu, perbandaran jugamenyebabkan individu banyak menghabiskan masa di jalan raya keranakesesakan lalu lintas. Situasi ini memberi kesan kepada hubungan dalamkeluarga terutama antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa tidak mempunyaimasa yang banyak untuk berinteraksi dengan anak-anak, menyediakan masakan,bermain, mendidik dan berbual-bual dengan anak-anak. Keadaan beginimenyebabkan anak-anak rasa terpinggir, kecewa dan tidak dipedulikan.Sekiranya ia berlarutan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan tekananemosi kepada anak-anak remaja (Parameshvara 1979: 3).

Mengenai faktor persekitaran, Rasulullah s.a.w pernah merasa tertekanapabila persekitaran masyarakat yang tidak memberangsangkan ketika bagindamenyampaikan seruan dakwah Islamiah kepada masyarakatnya. Keadaan inidapat dilihat dalam firman Allah dalam surah al-H. ijr, 15: 97.Maksud: Dan sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa dada engkau menjadi sesakdisebabkan ucapan mereka.

Ayat ini menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad s.a.w yangmengalami tekanan emosi disebabkan persekitaran masyarakat yang tidak

baikterhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telahdilemparkan dengan pelbagai ejekan yang menyakitkan hati. Penentangan yanghebat dari kaumnya di Mekah ketika itu, telah menerbitkan rasa dukacitakepadaRasulullah s.a.w kerana penentangan itu melampaui batas-batas kemanusiaandengan menuduh Rasulullah s.a.w sebagai pendusta dan tukang sihir (Ghalwasht. th: 183).

Konflik yang dialami oleh manusia juga boleh menyebabkan tekanan emosi.Konflik ini bermaksud ialah apabila manusia terpaksa membuat pilihan danpilihan itu pula sukar untuk ditentukan. Al-Quran ada menggambarkan tentangkonflik kejiwaan yang pernah dialami oleh Nabi Zakaria. Nabi Zakariamenghadapi konflik sehingga menimbulkan tekanan kepadanya kerana bagindabelum mempunyai zuriat yang boleh mewarisi perjuangannya untuk meneruskandakwah supaya manusia beriman kepada manusia, sedangkan ketika itu, bagindasudah semakin tua, dan isterinya pula mandul. Tekanan emosi yang dialamioleh Nabi Zakaria ini diceritakan dalam surah Ali-‘Imran, 3: 38, surah al-Anbiya’, 21: 89 dan surah Maryam, 19: 5. Dalam ketiga-tiga ayat ini jelasmenggambarkan tentang keresahan dan tekanan emosi yang dialaminya sehinggamendorong Nabi Zakaria untuk berdoa dan merayu dengan Allah S.W.T supayadikurniakan zuriat walaupun baginda sedar dirinya telah tua.

Konflik di peringkat umur remaja pula seringnya berlaku antara remajadengan ibu bapa. Konflik ini timbul mengenai apa yang hendak mereka

lakukanpada masa hadapan, eksploitasi pencapaian akademik yang berbeza antararemaja dan ibu bapa serta harapan yang terlalu tinggi supaya anak remaja berjaya.Keadaan perbezaan aspirasi, pandangan dan kehendak menimbulkan konflik.Menurut Habibah Elias (1997: 144), remaja lebih cenderung untuk bertindak,berfikir dan berpakaian seperti rakan sebaya, ibu bapa pula tidak bersetujudengan kehendak mereka, maka di sini timbul konflik. Konflik yang berterusanini boleh menyebabkan emosi remaja merasa tertekan.

Faktor keluarga turut menyumbang kepada tekanan emosi remaja. Sekiranyakeluarga bahagia, maka emosi remaja stabil, tetapi jika keadaan keluarga tidakbahagia dan berada dalam keadaan kucar-kacir, maka mengganggu emosiremaja. Berhubung dengan faktor keluarga pula banyak aspek yang bolehmempengaruhi tekanan emosi remaja seperti kestabilan rumah tangga,persekitaran keluarga, corak tingkah laku ibu bapa, sosioekonomi ibu bapa,latar belakang pendidikan keluarga, kualiti hubungan ibu bapa dan anak sertakualiti hubungan adik beradik. Berdasar kajian yang dilakukan FatanahMohamed (1997: 61) tentang perkaitan pencapaian akademik dengan faktorpersonaliti dan persekitaran keluarga mendapati, keluarga yang akrab dan tinggidimensi pernyataan perasaan menghasilkan remaja yang kurang tertekan. Remajadaripada keluarga yang berperancangan adalah lebih stabil, tenang dan selesa.Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya, yang boleh memberitekanan emosi kepada remaja ialah faktor akademik. Dalam peringkat usiabegini, remaja sedang berhadapan dengan dunia akademik. Oleh kerana, tuntutandan harapan diri sendiri, ibu bapa, guru dan masyarakat yang terlalu tinggiuntuk melihat golongan ini berjaya dengan cemerlang, boleh menyebabkan

emosi remaja tertekan.

Kajian Donna Mates dan Kenneth R. Allison (1992: 461), mendapati antarafaktor akademik yang menyebabkan tekanan emosi remaja ialah tahappencapaian akademik, persaingan untuk memasuki universiti, menyelesaikantugasan atau tugasan yang terlalu banyak, guru yang terlalu tegas, jangkaandan harapan guru yang terlalu tinggi terhadap pelajar dan sikap guru yangprejudis serta tidak meraikan remaja sebagai seorang dewasa.

Personaliti yang dimiliki oleh seseorang turut boleh menjadi punca kepadatekanan emosi. Personaliti merujuk kepada ciri-ciri keperibadian yang dimilikioleh seseorang. Misalnya, penghargaan kendiri, perasaan dan paras kebimbangan.Menurut Encylopedia Dictionary of Psychology (1992: 874), personalitiialah satu konsep yang global yang mempunyai beberapa makna. Pertama, iamerujuk kepada tingkah laku dan perangai yang biasanya ada pada setiapindividu. Kedua, ia merujuk kepada cantuman kesedaran diri atau ego. Ketiga,ia adalah topeng bagi sosial. Manakala menurut Uthman Najati (1993: 188)pula, personaliti bermaksud perangai atau tingkah laku seseorang hasil daripadafaktor luaran dan faktor dalaman yang dipupuk dengan keimanan dan ketakwaankepada Allah S.W.T. Faktor luaran seperti kejayaan yang diperolehi, semangat,pujian dan sebagainya. Faktor dalaman pula, ialah perasaan cinta kepadaAllah,bertakwa, sabar dan segala sifat baik. Hasil daripada gabungan ini akanmewujudkan seorang muslim yang berpersonaliti berpandukan al-Quran danmampu menghadapi dugaan hidup. Dari perspektif Islam, personaliti lebihdikenali dengan sahsiah atau secara umumnya disebut sebagai akhlak.

Hubungan personaliti dengan tekanan emosi ialah bagaimana tingkah lakudan peribadi seseorang boleh mempengaruhi cara mereka menghadapi sesuatukeadaan sehingga menyebabkan tekanan kepada mereka. Misalnya, remaja yangmempunyai personaliti yang suka memendam perasaan, sentiasa dalam keadaantakut, rigid dan terlalu sempit fikiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa merekaakan lebih terdedah kepada tekanan emosi. Begitu juga, individu yangmempunyai personaliti seperti kurang sabar, ganas, tinggi daya saing serta mudahmarah akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat tekanan emosi.Personaliti negatif seperti terlalu pemalu, bimbang keterlaluan, kurangyakindiri, pemarah dan kurang sabar boleh menyebabkan remaja mengalami tekananemosi apabila mereka berhadapan dengan suatu keadaan yang bertentangandengan personaliti mereka atau berhadapan dengan cabaran hidup.

TANDA TEKANAN EMOSI

Mengenai tanda-tanda atau simptom tekanan pula, pernah dikaji oleh beberapapengkaji seperti Muhammad Shah Burhan (1993), Kasmini Kassim (1992),Muhammad ‘Izzuddin Taufik (1998), Ainsah Omar (2001) dan Muhd MansurAbdullah (1992). Tanda-tanda atau simptom tekanan boleh dikenal pasti berdasarkantiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi, psikologi dan tingkah laku.Dalam konteks dakwah Islamiah pula, pengkajian tentang tanda-tandatekanan emosi boleh dikaji dalam al-Quran yang mengisahkan tentang kisahkisahNabi dan umat terdahulu. Misalnya, kisah yang diceritakan dalam surahYusuf, 12 dan surah Maryam, 19 banyak memaparkan persoalan psikologimanusia termasuk hal yang berkaitan dengan tekanan. Selain daripada al-Quran,

buku-buku sirah Rasul yang banyak menulis tentang sejarah dan peristiwaperistiwayang dilalui dalam penyebaran Islam, boleh juga dilihat dari aspekpsikologi.

Tindak balas fisiologi terhadap tekanan ialah menimbulkan simptomsimptomkardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol dangastrousus seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit, loya dan ulser perut.Rangsangan emosi akibat tekanan boleh menyebabkan pembebasan hormonkatekolamin dan asid urik (Fatimahwati Halim 2002: 312).

Orang yang mengalami tekanan emosi sering menghadapi masalah darisegi kesihatan. Mereka akan mengalami sakit kepala, lenguh-lenguh badan,letih dan sesak nafas. Kajian yang dibuat oleh Muhammad Shah bin Burhan(1993: 57) mengenai tanda-tanda remaja mengalami tekanan dari sudut fisiologiialah remaja yang sering mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut, sakitkepala dan bisa-bisa seluruh badan. Tanda-tanda fizikal yang lain menurut kajianini ialah kaki dan tangan kerap berpeluh, cepat berasa letih dan tidak bermaya,tidak nyenyak tidur, berat badan yang menyusut atau berat badan naik mendadak,berasa sesak nafas dan tangan sering menggeletar.

Tanda-tanda tekanan seperti ini pernah dialami oleh Rasulullah (s.a.w) iaitu,ketika menerima wahyu yang pertama di dalam Gua Hira’. Dipaparkan bahawakeadaan Nabi Muhammad (s.a.w) ketika itu dalam keadaan tertekan keranaketakutan yang amat sangat sehingga seluruh badannya gementar dan menggigil,jantungnya berdenyut dan hatinya berdebar-debar. Tubuhnya menggigil seperti

orang demam. (Muhammad Hussain Haekal 1989: 80).

Hasil kajian di atas menyamai tanda-tanda yang dikemukakan oleh KasminiKassim (1992: 31) dalam bukunya Psikiatri Kanak-Kanak, iaitu, rasa loya, sakitperut, cirit-birit, muntah, pening kepala, mulut rasa kering, degupan jantungsemakin cepat, tapak tangan seram sejuk, berpeluh, kerap kencing dan rasahendak pitam.

Tindak balas psikologi pula terhadap tekanan ialah perubahan-perubahanemosi yang berlaku seperti perasaan tidak puas hati, mudah marah, merasakecewa dan berputus asa dan murung. Menurut Kasmini Kassim (1992: 42), antaratanda-tanda psikologi akibat tekanan emosi ialah tidak boleh menyesuaikan diridengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah untuk bergaul, mudah cemas,merasa diri terdedah kepada bahaya dan ancaman, cepat marah dan mengalamikemurungan. Manakala menurut Hamdan Mohd Ali (2002: 30), tanda-tandapsikologi terhadap tekanan ialah kemurungan dan tidak boleh bertenang .Manakala menurut Muhammad ‘Izzuddin Taufik (1998: 389 & 396), antaratanda-tanda psikologi ialah fanatik, ketegangan, cepat marah kerana perkaraperkarayang remeh temeh, ketakutan yang berlebihan, melarikan diri, lupadan sukar memberi tumpuan.

Di dalam al-Quran turut memaparkan kisah manusia yang mengalamitekanan dan menggambarkan bagaimana tindak balas tekanan dari aspekpsikologi. Di antaranya ialah kisah Nabi Yaakub yang kehilangan anaknyaYusuf(surah Yusuf, 12), kisah Maryam ibu Nabi Isa yang dicemuh oleh masyarakatnyakerana hamil tanpa melalui proses perkahwinan (lihat Surah Maryam, 19),kisah

ibu Nabi Musa yang terpaksa menghanyutkan bayi lelakinya ke dalam sungaibagi mengelakkan dibunuh oleh Firaun (Surah al-Qasas).

Tanda-tanda psikologi yang pernah dialami oleh Nabi Yaakob, ialah ketikabeliau kehilangan Yusuf anak yang disayanginya. Nabi Yaakob ketika itu hidupdalam keadaan bersedih hati dan murung sehingga badannya menjadi lemahdan tidak bermaya. Keadaan ini telah dipaparkan dalam al-Quran dalam surahYusuf, 12: 84.

Selain daripada itu, simptom tekanan juga boleh dilihat dari aspek tingkahlaku. Antara kategori tingkah laku akibat daripada tekanan emosi ialah perananpelajar seperti prestasi dalam pelajaran merosot, penggunaan dadah dan rokok,ponteng sekolah, kurang berdisiplin, vandalisme, samseng, terlibat gejala sosialdan lari dari rumah.

Menurut Pakar Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),Ainsah Omar (2001: 2), antara tanda-tanda tekanan dari aspek tingkah lakuialah penyalahgunaan dadah, meminum minuman keras, menghisap rokok danbermasalah dalam perhubungan sosial.

Kenyataan ini selaras dengan hasil kajian yang dibuat oleh Shaun Dugan,Barbara Llyod dan Kelvin Lucas (1999: 870), di sekolah-sekolah menengahdiSelatan Sussex, mendapati bahwa remaja yang mengalami tekanan emosi akanmenunjukkan tingkah laku merokok bagi tujuan meredakan tekanan. Begitujuga dengan kajian yang dibuat Jacques dan Diana (1990: 217) ke atas 622

remaja yang tinggal di Ladang Midwestern telah mendapati bahawa tanda-tandaremaja mengalami tekanan ialah kemurungan, personaliti delinkuen danpenyalahgunaan dadah.

Sebagai kesimpulannya, remaja yang mengalami tekanan emosi bolehdikenali melalui simptom-simptom tekanan yang dialami oleh mereka samaada simptom fisiologi, psikologi atau tingkah laku. Simptom-simptom tekananyang dialami tidak semestinya ditunjukkan oleh seseorang remaja itu dalamketiga-tiga kategori serentak. Mungkin simptom yang dialami oleh remajaberbeza dengan remaja yang lain. Kemungkinan juga individu itu hanyamengalami satu kategori simptom sahaja. Ini semua bergantung kepada tahaptekanan yang dialami dan juga sejauhmana remaja berjaya menangani tekananyang dialami.

KAEDAH KAJIAN

Seramai 403 orang remaja telah dipilih untuk kajian ini. Mereka terdiridaripadapelajar-pelajar lelaki (174 orang) dan perempuan (229 orang) dari lima buahsekolah di sekitar Kajang yang berumur antara 16-17 tahun. Responden dipilihsecara rawak mudah. Alat ukuran terdiri daripada soal selidik yang dibentukuntuk mengetahui simptom-simptom tekanan, faktor-faktor tekanan dan caracararemaja menangani tekanan. Soalan yang berkaitan dengan simptom tekanan,penulis telah berpandukan soal selidik Health Opinion Study (HOS) dan soalselidik Stress Asses V2.1 yang telah diubah suai daripada Bill dan rakan-rakan(1985) kemudian telah diterjemah oleh Fatimahwati Halim dan Wan Shahrazad

Wan Sulaiman (2002). Beberapa pengubahsuaian telah dibuat oleh pengkajidengan memasukkan item-item dari perspektif Islam dengan tujuan untukkesesuaian dengan kajian ini. Soal selidik yang berkaitan dengan faktor-faktortekanan pula, pengkaji telah membina soal selidik ini dengan membahagikanitem-item kepada lima kategori iaitu item yang berkaitan dengan faktor keluarga,faktor sosial, faktor personaliti, faktor akademik dan faktor persekitaran. Manakalasoal selidik yang berkaitan dengan cara-cara remaja menangani tekanan,pengkaji telah berpandukan kepada soal selidik yang telah diperkenalkanolehFrydenberg dan Lewis (1997) iaitu Adolescent Coping Scale (ACS) yang kemudiannyatelah diterjemahkan oleh Sim Siew Bee (1998).

Cara-cara ini pengkaji membahagikannya kepada dua bentuk iaitu cara-cara yang positif (produktif) dan cara-cara yang negatif (tidak produktif). Dalam membina soal selidik bahagian ini, pengkaji turut membuat pengubahsuaian terutama dibahagian caracara positif iaitu dengan memasukkan item-item dari perspektif Islam.Kajian rintis dibuat bagi menguji kefahaman responden tentang soalan yangdikehendaki dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan Cronbach’sCoefficient Alpha (α) dalam mengukur kebolehpercayaan (reliability) itemitemsoal selidik. Indeks nilai kebolehpercayaan cronbach alpha (α) bagi soalselidik bahagian simptom atau tanda tekanan emosi ialah .8122, bahagianfaktortekanan ialah .9049 dan bahagian cara-cara menangani tekanan emosi ialah.8379. Nilai-nilai ini menepati tafsiran nilai cronbach alpha (α) correlationcoefficients yang mengatakan bahawa nilai .80 hingga .90 adalah customarycoefficients/acceptable realibility.

Penganalisisan data adalah dengan bantuan komputer yang diprosesmenggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Teknikyang digunakan dalam penyelidikan ini ialah teknik statistik deskriptifyangdijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan,peratusan (%) dan mod.

SIMPTOM TEKANAN MENGIKUT KATEGORI TINDAK BALAS

Daripada 30 simptom yang disenaraikan (Jadual 1), simptom tekanan yang selaludialami oleh responden yang mencatatkan peratus tertinggi ialah simptonmudahbosan iaitu seramai 134 orang responden atau 33.3 peratus. Manakala simptomtekanan yang kadang-kadang dialami oleh responden yang mencatatkan peratustertinggi ialah sering lupa iaitu seramai 310 orang atau 76.9 peratus. Simptomyang tidak pernah dialami oleh responden yang mencatatkan jumlah tertinggiialah melakukan hubungan seks yang dilarang iaitu seramai 380 orang atau94.3 peratus.

Simptom-simptom lain yang selalu dialami oleh responden yang turutmencatatkan jumlah yang tinggi ialah sering mengalamun (101 orang atau 25.1peratus), takut gagal (90 orang atau 22.3 peratus), merasa kecewa dan gelisah(86 orang atau 21.3 peratus), mudah panik (88 orang atau 21.8 peratus) dantidak dapat tidur lena iaitu seramai 74 orang (18.4 peratus).Bagi simptom-simptom lain yang kadang-kadang dialami oleh respondenyang juga mencatatkan jumlah yang tinggi ialah tiada tumpuan dalam

kelasatau ketika belajar iaitu seramai 302 orang atau 74.9 peratus.Jika dianalisis dari sudut mod (skor yang kerap berlaku dan terbanyak)pula, didapati simptom yang menjadi mod bagi responden yang menjawab“selalu” ialah simptom mudah bosan iaitu 134 atau 33.3 peratus. Simptomyangmenjadi mod bagi responden yang menjawab “kadang-kadang” ialah seringlupa iaitu 310 atau 76.9 peratus. Manakala simptom yang menjadi mod bagiresponden yang menjawab “tidak pernah” ialah terlibat dengan seks yangdilarang iaitu 380 atau 94.3 peratus.

Berdasar kepada data yang diperolehi melalui nilai peratus dan mod,menunjukkan bahawa antara simptom yang selalu dialami oleh ramai respondenialah simptom yang melibatkan kategori psikologi seperti mudah bosan, seringlupa, tiada tumpuan dalam kelas, merasa tidak tenang, mudah panik ketikaberhadapan dengan masalah, merasa kecewa dan gelisah serta takut gagal.

Simptom dari aspek tindak balas fisiologi pula adalah yang kedua banyakseperti,responden yang mengalami badan yang tidak bermaya dan mudah letihmerupakan simptom yang selalu dialami oleh responden mencatatkan jumlahtertinggi. Manakala simptom yang selalu dialami responden dari aspek tingkahlaku yang menunjukkan jumlah tertinggi responden ialah ingin lari dari rumahdan merokok. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa remaja yang mengalamitekanan banyak memperlihatkan tanda-tanda atau simptom dari aspek psikologi.Manakala tanda-tanda tekanan dari aspek tindak balas tingkah laku adalah yangpaling sedikit ditunjukkan oleh responden. Hasil kajian ini juga menunjukkanremaja yang mengalami tekanan emosi akan memberi kesan kepadaperkembangan psikologinya.

Dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa remaja yang tertekan emosilebih memperlihatkan tanda dari aspek psikologi dan keletihan emosi. Hasilkajian ini tidak mustahil kerana tekanan emosi adalah fenomena yang berkaitandengan psikologi manusia. Al-Quran ada menggambarkan tentang fenomenaini seperti dalam surah Maryam, 19: 22 dan surah Yusuf, 12: 84.Temubual penyelidik bersama Prof. Dr Sufean Husin (Temubual, 28hb.Sept. 2004) yang melakukan penyelidikan mengenai tabiat merokok di kalanganremaja di Malaysia (2003), turut mendapati bahawa faktor utama remajamerokok adalah untuk melepaskan rasa bosan dan tekanan yang dialami.Dapatan kajian ini mengesahkan lagi bahawa remaja yang mengalami tekananemosi menunjukkan rasa bosan.

FAKTOR REMAJA MENGALAMI TEKANAN

Berdasar kepada kajian terdahulu mengenai faktor-faktor tekanan emosi, didapatiterdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan manusia merasa tertekanseperti faktor perubahan biologi, personaliti, keluarga, persekitaran, konflikdan akademik. Kajian ini telah menyenaraikan 30 item yang dikenal pastimenjadi punca kepada tekanan emosi remaja. 30 item ini pula meliputi itemdari aspek keluarga, tingkah laku sosial, personaliti, akademik dan persekitaran.Aspek-aspek ini yang dipilih kerana didapati aspek-aspek tersebut yangmelingkungi hidup remaja.

Hasil kajian memperlihatkan bahawa setiap faktor ada menyumbang kepadatekanan emosi remaja. Daripada 30 item yang disenaraikan didapati item“sekiranya ibu bapa meninggal dunia” dan item “sekiranya ibu bapa bercerai”paling utama menyebabkan remaja sangat tertekan. Item-item ini adalahmerupakan faktor keluarga. Bagi kategori faktor akademik pula, item

“gagalmenunjukkan prestasi akademik yang baik” merupakan perkara yangmenyebabkan remaja merasa sangat tertekan, kemudian diikuti dengan perkaraatau item “harapan yang terlalu tinggi ibu bapa dalam pelajaran”. Faktor sosialpula, kajian ini mendapati sekiranya remaja terlibat dengan masalah alkohol/rokok/dadah/gansterisme/pelacuran boleh menyebabkan remaja merasa sangattertekan. Manakala perkara yang berkaitan dengan “disisih rakan sebaya”jugaboleh menyebabkan remaja merasa sangat tertekan. Faktor personaliti sepertimerasa berdosa dengan ibu bapa/Allah boleh menyebabkan remaja merasasangat tertekan. Manakala bagi faktor persekitaran pula, hasil kajianmenunjukkan persekitaran yang sangat bising menjadi punca utama remajamerasa sangat tertekan.

Hasil kajian ini turut mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuatoleh beberapa pengkaji mengenai remaja. Misalnya, kajian oleh FatanahMohamed (1997) mendapati konflik dalam keluarga menimbulkan banyakketegangan di kalangan pelajar. Ciri-ciri keluarga yang mempunyai tahapkeakraban yang rendah dan tahap konflik yang tinggi menjadi petunjuk kepadasuasana tertekan di kalangan pelajar remaja. Mengenai faktor tingkah laku sosialpula, dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian Dobson(1980), Donna Mates (1992), Shamsuddin A. Rahim (1994), Dugan (1999),Sufean Hussin (2003) dan kajian Rozmi Ismail (2004) yang mendapati remajayang mengalami tekanan seringnya adalah yang terlibat dengan masalah sosialseperti merokok, dadah, lepak, lumba haram, vandalisme, memberontak, kecewadan agresif.

Hasil kajian yang menunjukkan faktor personaliti boleh menyebabkantekanan telah disokong oleh tulisan Imam al-Ghazali (1967), Mohammad‘Uthman Najati (1992) dan Harussani Hj. Zakaria (2004) yang mendapatibahawa ketidaktenteraman jiwa manusia adalah berpunca dari sifatnya sepertikelemahan hati, kelemahan akal, kelemahan iman, terpengaruh dengan nafsudan mempunyai penyakit-penyakit hati. Hasil kajian ini turut menyamai hasilkajian yang dibuat oleh Rozmi Ismail (2004) mengenai gejala perlumbaan haramdi kalangan remaja. Kajian beliau mendapati remaja yang terlibat denganperlumbaan haram mempunyai hubungan dengan jenis personaliti neurotik iaitubersifat murung, stress, tidak rasional, cemas dan sentiasa tegang. Oleh itu,kajian ini menemui faktor-faktor utama yang menyebabkan remaja tertekanialah faktor keluarga, persekitaran, personaliti, tingkah laku sosial danakademik.

Tujuan cara-cara remaja menangani tekanan dikaji adalah untuk mengetahuiapakah cara-cara atau tindakan yang digunakan oleh remaja bagi mengendalikantekanan yang dialami. Aspek yang dikaji ialah sama ada remaja menggunakancara positif (produktif) atau cara negatif (tidak produktif) dalam mengendalikantekanan emosi. Kajian ini telah menyenaraikan 25 item mengenai cara atautindakan dalam menangani tekanan emosi.

Hasil analisis data menunjukkan bahawa mengerjakan sembahyangmerupakan cara positif (produktif) yang selalu digunakan oleh respondendalammenangani tekanan emosi. Ini kerana keputusan kajian menunjukkan itembersembahyang mendapat jumlah tertinggi iaitu seramai 238 orang atau

59.1peratus. Manakala berdoa dan cuba memperbaiki diri merupakan cara keduayang selalu digunakan oleh responden dalam mengendalikan perasaantertekan.Manakala item yang tidak pernah digunakan oleh responden yang mendapatjumlah tertinggi ialah lari dari rumah (88.1 peratus). Kemudian diikutidenganitem mengambil alkohol, rokok atau dadah (85.1 peratus).

Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan bahawa remajamengambil tindakan yang positif (cara yang produktif) dalam menanganimasalah tekanan emosi seperti yang dipaparkan dalam Jadual 3 tiada dalamteks. Ini kerana menggunakan cara-cara yang positif dalam menguruskan tekananterutama sekali menggunakan pendekatan agama Islam adalah lebih berkesanturut disokong oleh hasil kajian yang dibuat oleh Mohd Asin Dollah (1988),Harussani Hj. Zakaria (2004), al-Ghazali (1967) dan Muhammad ‘UthmanNajati (1992) yang mendapati bahawa dengan bersolat, berdoa, wirid, berzikirdan mengaji al-Quran boleh mengubat emosi yang tertekan dan resah gelisah.Manakala kajian Hamdan Mohd Ali (2002) pula mendapati melakukan aktivitiyang baik seperti bersukan dan bersenam memberi kesan dari aspek psikologiiaitu boleh mententeramkan jiwa dan mengurangkan tahap kemurungan dantekanan.

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati secara keseluruhannya remaja ada mengalami tekananemosi. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian, iaitu hampir semua respondenpernah mengalami simptom-simptom tekanan. Simptom-simptom dari aspekpsikologi adalah yang paling banyak dialami oleh remaja. Kajian dari

aspekfaktor tekanan, didapati setiap faktor menyumbang kepada tekanan, tetapi faktorutamanya adalah faktor keluarga. Ini menunjukkan bahawa, remaja akanmengalami tekanan sekiranya mempunyai situasi keluarga yang tidak stabildan tidak harmoni. Manakala dari aspek cara-cara remaja menangani tekananpula, kajian ini mendapati, remaja masih menggunakan cara-cara yang positifdalam menangani tekanan.

Sebagai satu strategi dakwah jangka panjang, usaha yang sistematik perluuntuk membentuk kekuatan remaja dari segi mental, emosi, rohani, fizikal,motivasi, nilai, sahsiah dan semangat remaja sebagaimana acuan yangdikehendaki agama dan negara. Tekanan emosi tidak boleh diselesaikan denganlangkah ad hoc. Ia memerlukan satu strategi dakwah yang berhikmah, terancangdan tersusun. Ini kerana tekanan emosi wujud dari dalam diri remaja dari segijiwa yang tidak tenteram kerana keadaan keluarga yang tidak stabil dan harmoni,kebosanan dengan routine harian dalam dunia akademik, persekitaran yangtidak selesa dan kurang bimbingan, sokongan serta kumpulan contoh dalammenuju ke arah remaja yang cemerlang.

Oleh itu, satu program dakwah yang bersepadu perlu dirancang untukmenangani tekanan emosi remaja. Program ini perlu melibatkan ibu bapa,organisasi dakwah, pihak sekolah, pemimpin remaja, pembuat dasar, pertubuhanbukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Perlaksanaan dakwah yang ingindibuat perlu mengambil kira soal kesesuaian sasaran dakwah iaitu remajasertakesesuaian dengan fungsi dan peranan organisasi yang diwakili.

Dalam kajian ini turut menyarankan dua bentuk sokongan yang bolehdiberikan kepada remaja yang mengalami tekanan emosi. Pertama, sokongansosial iaitu yang datang dari keluarga khususnya ibu bapa, pendakwah, guru,kaunselor dan ahli masyarakat. Kedua, sokongan peribadi yang datang daridalam diri remaja itu sendiri untuk menangani tekanan. Pendekatan dakwahyang boleh digunakan dalam memberikan sokongan sosial ialah melaluibimbingan dan kaunseling, penasihatan, contoh teladan yang baik, perhatiandan kasih sayang serta motivasi. Sokongan peribadi pula boleh menggunakanpendekatan tazkiyah al-nafs dan remaja berusaha membentuk sahsiah dan akhlakyang baik.