rancangan integrasi murid untuk perpaduan rimup

6
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN( RIMUP )

Upload: independent

Post on 24-Mar-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN( RIMUP )

PENGENALAN

Ia bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan

kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama

dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara

yang aman dan damai.

RIMUP memberi peluang kepada guru-guru dan murid-

murid dari sekolah berlainan aliran dapat berintegrasi dengan

aktifnya dan positifnya. Sebanyak RM1500.00 diperuntukkan

bagi setiap sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan

penglibatan masyarakat setempat, para guru dan

kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas

serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,

penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi

Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa

dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan

mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan

bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta

warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam

kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana

muhibah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di

sekolah.

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan

kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

CONTOH AKTIVITI

Sambutan perayaan tahun baru cina, hari raya, gawai antara sekolahSambutan hari guruSukan PIBG.