peranan guru sains dan kakitangan makmal sains

40
PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan . kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik. 4.1.1 Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik a. Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang berpengalaman. b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik. c. Gred jawatan DG 44.

Upload: independent

Post on 08-Feb-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL

SAINS                                         

 Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara

langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di

sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas

keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program

kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan,

pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar

merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan

kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan

Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang

Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar

dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan

pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi

perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap

anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang

Sains berjalan dengan lancar. 

4.1       Ketua Bidang Sains dan Matematik 

Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal

sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.           

            4.1.1    Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains

dan Matematik 

a.      Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang

berpengalaman.

b.      Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik.

c.      Gred jawatan DG 44.

 

            4.1.2    Latihan yang diperlukan

 

a.      Pengurusan stok.

b.      Pengendalian peralatan sains.

c.      Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains.

d.      Pengendalian peralatan   ICT.

e.      Pengurusan dan keselamatan makmal sains.

 

4.1.4    Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

 

Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada

Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan

kokurikulum semua mata pelajaran sains dan matematik di

sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan,

penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik

juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional

kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains.

Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran

mereka, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

serta pengurusan makmal melalui program perkembangan staf.

 

Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam

pengurusan makmal sains adalah seperti :

 

a.              Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal

seperti  sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja

secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.

b.              Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada

dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.

c.              Merancang dan menyediakan :

i.                         Pelan tindakan keselamatan semasa

kecemasan

ii.                       Peraturan keselamatan

iii.                     Latihan kecemasan dan kebakaran

iv.                   Kelengkapan pencegahan kebakaran dan

jadual penyelenggaraan

v.                     Kit pertolongan cemas yang lengkap dan

tidak luput tarikh penggunaannya

d.              Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan

makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.

e.              Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu

kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan

waktu kerja tersebut dipatuhi.

f.                  Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal

sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

g.              Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan

serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang

ditetapkan.

h.              Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan

tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta

keperluan makmal sains.

i.                   Mengenal pasti dan menguruskan perolehan

peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan

Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.

j.                   Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan

sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut

bilangan dan spesifikasinya.

k.               Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan

Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).

l.                   Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.

m.         Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau

aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan

kakitangan makmal.

n.              Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam

makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

o.              Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal

dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.

p.              Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua

dari masa ke semasa.

 

 

4.2      Ketua Panitia Sains

 

Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua

Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan

dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai

oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab

mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik,

Kimia dan Biologi.

Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik

oleh Pengetua dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata

pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara

automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan

semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia

bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan

berkesan.

                4.2.1       Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains

                Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan

bilik sains adalah seperti      berikut :

 

a.              Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi

perolehan peralatan dan bahan sains.

b.              Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik

sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang

tahun.

c.              Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan

hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.

d.              Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains

dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan

bersistem.

 

e.              Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal

dan bilik sains seperti berikut :                                                                                                              

                             i.                        Pesanan

peralatan dan bahan sains                                                                                                              

                           ii.                        Stok makmal

sains

                                                                                                              

                         iii.                        Pinjaman atau

pemindahan peralatan dan bahan sains                                                                                                              

                       iv.                        Kerosakan dan

kehilangan                                                                                                              

                         v.                        Penyelenggaraan dan

pemeriksaan                                                                                                              

                       vi.                        Kemalangan                                                                                                              

                     vii.                        Rekod penggunaan

makmal sains

f.                  Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen

dengan sempurna.

g.              Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem

bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain

berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.

h.              Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik

sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang

menggunakan makmal dan bilik sains.

i.                   Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan

makmal dan bilik sains.

j.                   Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa

bersih, ceria dan selamat.

k.               Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru

dalam panitianya dan kakitangan makmal  dan bilik sains.

l.                   Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan

bagi panitianya.

m.         Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan

bilik sains.

n.              Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik

sains.

o.              Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta

peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.

p.              Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik

sains.

q.              Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf

untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains

berkaitan dengan :                                                                                                              

                             i.                        Pengurusan

makmal dan bilik sains                                                                                                              

                           ii.                        Pengendalian dan

penyelenggaraan peralatan                                                                                                              

                         iii.                        Pengendalian dan

penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan

berbahaya yang lain

r.                 Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan

peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.

s.              Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok

tahunan.

t.                  Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.

u.              Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua

dan Guru Besar dari masa ke semasa.

 

  

4.3          Guru Sains

 

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains

dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :

                                    

a.              Mematuhi jadual penggunaan makmal  dan bilik sains.

b.              Melaksanakan PEKA Sains.

c.              Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan

keselamatan makmal dan bilik sains.

d.              Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria

dan selamat.

e.              Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang

akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku

pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.

f.                  Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya

digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah

keselamatan.

g.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua

Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.

h.              Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan

sains.

i.                   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh

Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

 

 

4.4          Pembantu Makmal

 

                4.4.1       Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

 

a.              Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran

Malaysia.

b.              Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu

daripada mata pelajaran sains.

c.              Lulus Bahasa Melayu.

 

4.4.2       Keperluan Latihan Pembantu Makmal

 

a.              Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan

(kemolaran).

b.              Kemahiran menyediakan larutan piawai.

c.              Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya

bahan toksik.

d.              Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan

dengan mikroorganisma.

e.              Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat,

berkarat dan mudah teroksida.

f.                  Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan,

seperti tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan

elektrik dan seumpamanya.

g.              Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat

atau bahan sains yang sistematik.

h.              Kemahiran mengendalikan komputer.

i.                   Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem

pendawaian dan sistem paip air.

j.                   Kemahiran menguruskan stok.

k.               Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama

yang memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan

timbangan.

l.                   Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains

mengikut prosedur.

m.         Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan

sains.

 

4.4.3       Tugas-tugas Pembantu Makmal

 

                4.4.3.1    Tugas Harian

 

a.               Membuka pintu makmal dan pintu bilik

persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran

bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi

pembelajaran makmal berakhir.

b.              Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal

sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.

c.              Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan

selamat.

d.              Menyediakan alat, radas dan bahan sains

seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku

penyediaan alat / radas atau borang pesanan.

e.              Memastikan semua peralatan dan bahan sains

berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.

f.                  Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan

yang diperlukan untuk kerja amali.

g.              Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam

mengendalikan peralatan dan bahan sains.

h.              Mengambil tindakan yang sewajarnya jika

berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan

kecederaan.

i.                   Membersih dan menyimpan peralatan dan

bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan

setelah selesai kerja amali.

j.                   Membersih meja makmal, sinki dan menutup

paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap

kerja amali.

k.               Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal

sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.

l.                   Membantu guru sains, mengawas dan membantu

murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa

amali.

m.         Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja

amali yang terakhir pada setiap hari :                                                                                                              

                                                                        

                 i.            Membersih bekas dan sisa

bahan sains yang telah digunakan                                                                                                              

                                                                        

               ii.            Menutup bekalan gas, air

dan elektrik

                                                                                                               

                                                                        

             iii.            Menutup tingkap, mengunci

pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains                                                                                                              

                                                                        

           iv.            Menyimpan kunci bilik makmal

sains mengikut arahan pengetua

n.              Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor

dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan

kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua

Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

o.              Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal

sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.

p.              Mencuci peralatan sains yang kotor.

q.              Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan

menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak

pembekal.

r.                 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan

oleh Pengetua dari masa ke semasa.

 

4.4.3.2    Tugas Semasa Cuti sekolah

 

a.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan

guru sains mengemas kini rekod stok.

b.              Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan

sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.

c.              Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan

larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada

botol reagen jika perlu.

d.              Mengubah suai dan membuat inovasi daripada

bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.

e.              Menghasilkan air suling.

f.                  Membantu membaik pulih kerosakan kecil

peralatan sains.

g.              Mengecas dan discas akumulator.

h.              Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca,

slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.

i.                   Menyusun peralatan dan bahan sains dengan

selamat dan bersistem.

j.                   Menyemak dan memastikan bahan beracun dan

bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang

ditetapkan.

k.               Memeriksa dan memastikan kit pertolongan

cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap,

berfungsi dan tidak luput tarikh.

 

l.                   Mengecat permukaan meja makmal sains dan

peralatan sains jika perlu.

m.         Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang

telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan

seterusnya.

n.              Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok

berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan

kimia dan bahan biologi yang baru diterima.

o.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik

dalam kerja hapus kira dan pelupusan.

p.              Menyelia dan membantu kerja membaik pulih

perabot makmal sains.

q.              Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan

kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur.

r.                 Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal

termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika

berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan

perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.

s.              Menyemak semula dan memastikan bahan yang

beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan

yang ditetapkan.

t.                  Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik

membuat anggaran belanjawan.

 

4.4.3.3    Tugas-tugas Lain

 

a.              Menyediakan senarai barang yang diperlukan

oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-

syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal

persekolahan).

b.              Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan.

Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua

Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia.

c.              Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan

supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru

sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal.

d.              Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.

e.              Menyediakan carta-carta, model, slaid

mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang

diperlukan untuk pengajaran sains.

f.                  Membantu mengurus buku stok / inventori.

g.              Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia

yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat

dalam buku stok utama dan kad stok.

h.              Menyenaraikan radas dan bahan utama yang

kurang dalam borang pesanan.

i.                   Memasang klip buaya pada dawai.

j.                   Menyediakan radas dan bahan kimia untuk

pameran sains, kem sains dan sebagainya.

k.               Menajamkan alat-alat  pemotong.

l.                   Merekod radas rosak atau pecah semasa

amali.

m.         Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat

pemeliharaan binatang jika ada

n.              Membantu melakukan pembelian runcit bahan

untuk amali.

o.              Membantu mengadakan kursus dalaman kepada

kakitangan baru.

p.              Membuat catatan dalam buku kerosakan  atau

pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang

berkaitan.

q.              Berada dalam bilik makmal atau bilik

persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains

apabila pertolongan diperlukan.

 

4.4.4       Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah

(diluluskan mulai tahun 2009)

 

Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Formula pengiraan kelayakan bagi :

 

a.              Pembantu Makmal Gred C17

  

  

b.              Pembantu Makmal Gred C22

 

Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua

buah kelas Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu

jawatan Pembantu Makmal C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan

wujud perjawatan C22 di sekolah harian biasa. (Rujuk Surat

Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2

(11) bertarikh 14 Mei 2009.

 

Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut :

  

                 

 c.              Pembantu Makmal Gred C26

 

Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan

jawatan Pembantu Makmal gred C26

4.5               Cadangan

 

Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas

berkaitan kerja-kerja               di makmal sains sebelum penempatan

dilakukan.

 

 

 

Lampiran 4.1

 

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)

 

 

1.      Merancang dan mengawal operasi makmal.

 

2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

 

3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

 

4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

 

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

 

 

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17) 

 

1.      Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

 

(a)   Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang

akan dilaksanakan.

(b)   Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan

makmal/amali di makmal.

(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut

prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

(d)   Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal

yang digunakan.

(e)   Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta

papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang

menggunakan makmal.

(f)     Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi

peraturan-peraturan ketika berada di makmal.

(g)   Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan

persekitaran makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian

susun atur perabot di makmal.

 

 

2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

 

(a)   Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.

(b)   Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel

mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di  tempat

kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)

(c)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur

bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

 

 

3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

 

(a)   Mengklasifikasikan peralatan makmal.

(b)   Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian.

(Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh

daripada sumber haba)

(c)   Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan

sempurna.

(d)   Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).

(e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur

peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

(f)     Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya

kanta pembesar, mikroskop)

(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.

 

 

4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

 

(a)   Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa

amali berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah

apabila diperlukan.

(b)   Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar

prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi.

(c)   Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan

berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.

(d)   Memastikan radas yang telah selesai digunakan

dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu.

(Contohnya membersihkan radas menggunakan air suling)

(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan

bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi

bermula.

(f)     Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan

disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

 

5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

 

(a)   Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan /

peralatan untuk kegunaan makmal.

(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan serta

pengendalian stor mengikut prosedur.

(c)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan

terkawal.

(d)   Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan

peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.

(e)   Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan /

peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar

diambil tindakan.

 

 

Lampiran 4.2

 

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

 

 

1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

 

2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

 

3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

 

4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

 

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

 

6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal

ehwal urus tadbir makmal sains.

 

 

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

 

 

1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

 

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang

akan dilaksanakan.

(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti

pengurusan makmal / amali di makmal.

(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut

prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut

kesesuaian makmal yang digunakan.

(e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan

penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu

sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.

(f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan

persekitaran (dalam dan luar makmal).

 

 2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

 

(a)   Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan

dengan tersusun dan betul.

(b)   Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan /

spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya

menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu

rendah)

(c)   Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang

lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya

campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan

untuk P&P (amali).

(d)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur

bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

 

 

3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

 

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal

dilakukan dengan tersusun dan betul.

(b)   Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut

kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan

jauh daripada sumber haba)

(c)   Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia

dapat berfungsi dengan sempurna.

(d)   Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan

memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).

(e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur

peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

(f)     Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar,

mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan

baik dan berhati-hati.

(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.

 

 

4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

 

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam

pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang

kompleks dan merbahaya.

(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia

berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah

apabila diperlukan.

(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan

sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.

(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan

yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan

selepas digunakan.

(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan

bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi

bermula.

 

  

5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

 

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan

makmal.

(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.

(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur

yang betul.

(d)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan

terkawal.

(e)   Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak

dapat dibaiki.

(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan

bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak

pentadbir.

 

 

6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal

Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

 

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap

operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di

bawah seliaannya.

(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam

pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.

(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui

dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak

luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.

(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan

spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal

apabila diperlukan.

(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan

pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian

dan tindakan pihak pentadbir.

(f)     Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan dipatuhi.

(g)   Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal

yang bercuti atas kelulusan rasmi.

 

 Lampiran 4.3

 

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)

 

 

1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

 

2.      Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan.

 

3.      Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan

peralatan.

 

4.      Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

 

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

 

6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal

ehwal urus tadbir makmal sains.

 

 

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

 

 

1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

 

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang

akan dilaksanakan.

(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti

pengurusan makmal / amali di makmal.

(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut

prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut

kesesuaian makmal yang digunakan.

(e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan

penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu

sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.

(f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan

persekitaran (dalam dan luar makmal).

 

 

2.      Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

 

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di

makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.

(b)   Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan

bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya

menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu

rendah)

(c)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar

berhubung dengan urusan memproses / menyediakan bahan

keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan

ketelitian (contohnya campuran tindak balas,

elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).

(d)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan

dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-

hati.

 

 

3.      Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan

Peralatan

 

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal

dilakukan dengan tersusun dan betul.

(b)   Memantau dan memastikan peralatan yang diterima

disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang

tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)

(c)   Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk

mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.

(d)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar

berhubung urusan menyediakan peralatan yang lebih

kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P

(amali).

(e)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan

dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan

berhati-hati.

(f)     Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya

kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan

disenggara dengan baik dan berhati-hati.

(g)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar

berhubung urusan membaiki kerosakan kecil pada peralatan

sains.

 

 

4.      Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

 

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam

pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang

kompleks dan merbahaya.

(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia

berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah

apabila diperlukan.

(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan

sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.

(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan

yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan

selepas digunakan.

(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan

bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi

bermula.

 

 

5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

 

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan

makmal.

(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.

(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur

yang betul.

(d)   Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan

terkawal.

(e)   Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan

tidak dapat dibaiki.

(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan

bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak

pentadbir.

 

 

6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal

Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

 

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap

operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di

bawah seliaannya.

(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam

pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.

(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui

dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak

luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.

(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan

spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal

apabila diperlukan.

(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan

pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian

dan tindakan pihak pentadbir.

(f)     Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan dipatuhi.

(g)   Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti

atas kelulusan rasmi.

 

  

 

Bibliografi

 

1.    Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan

Keselamatan

               Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala

               Lumpur

 

2.     Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam

JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2

        bertarikh 14 Mei 2009

 

3.     Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)

(BPO)253/2/11-6 

        Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008

 

BIDANG SAINS & MATEMATIK

KETUA BIDANG

PN. MAIZAH BT. ZAINAL ABIDIN

SENARAI KETUA PANITIAMATA PELAJARAN KETUA PANITIA

1.       Sains Teras

Pn. Cik Juraida bt. Zainun

2.       Biologi Pn. Nor Suhailiza bt.Md Zain

3.       Fizik En. Mohd Hamil b. Basiron

4.       Kimia Pn. Mimi Marnie bt. Abdul Rahim

5.       Matematik En. Mohd Helmi b.

Moden Harun6.       Matematik Tambahan

En. Nazar b. Mohd Amin

TUAN HAJI SALIM B. SUHAIMI, AMP