penataran format upsr bm 011

27
PENATARAN FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

Upload: independent

Post on 22-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENATARAN FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN

BAGI PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

(UPSR) MULAI TAHUN 2016

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

KOD: 011/021/031

PERBANDINGAN FORMAT SEDIA ADA DENGAN FORMAT TAHUN 2016 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN KOD 011

BIL PERKARA FORMAT MULAI TAHUN 2016 1 Jenis Instrumen Objektif

Subjektif 2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan

Objektif Pelbagai Bentuk Respons Terhad

3 Bilangan / Bahagian Soalan Bahagian A 20 soalan Bahagian B 5 soalan

4

Jumlah Markah Bahagian A 20 markah Bahagian B 30 markah Jumlah : 50 markah

5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 6 Konstruk • Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa

• Kemahiran Aplikasi Maklumat • Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa

7 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal

1. JENIS INSTRUMEN

Terbahagi kepada dua: 1. Objektif 2. Subjektif

2. JENIS ITEM

Terbahagi kepada tiga: 1. Objektif Aneka Pilihan (MCQ) 2. Objektif Pelbagai Bentuk 3. Respons Terhad (struktur)

Contoh Item Objektif Pelbagai Bentuk • Item isi tempat kosong • Item betul / salah, ya / tidak, • Item padanan • Item lengkapkan ayat • Item bulatkan / lorek / garisi jawapan dan lain-lain

Definisi Respons Terhad

• Mengehadkan bentuk respons murid

• Dihadkan melalui skop soalan

• Markah yang diperuntukkan

• Respons – perkataan / frasa / perenggan / bergantung pada ruang jawapan yang disediakan

Definisi Item Struktur

• Merupakan respons terhad juga

• Stimulus diberi diikuti dengan soalan

• Perlu menjawab beberapa siri soalan

3. BAHAGIAN / BILANGAN SOALAN

Bahagian A : 20 soalan Bahagian B : 5 soalan Jumlah : 25 soalan

4. JUMLAH MARKAH

Bahagian A : 20 markah Bahagian B : 30 markah Jumlah : 50 markah

5. TEMPOH UJIAN

1 jam 15 minit

6. KONSTRUK

Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa Kemahiran Aplikasi Maklumat Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa

7. KAEDAH PENSKORAN

Dikotomus Analitikal

BAHAGIAN A: Objektif (Aneka Pilihan) 1. Bumbung kereta itu ___________ akibat ditimpa oleh sebiji buah kelapa. A kecut B ranap C hancur D kemik

BAHAGIAN A: Objektif (Aneka Pilihan Kompleks) 12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Dia menyelam sampai asal sungai untuk mencari tiram. II Dia berjaya dalam pelajaran asal usahanya yang gigih. III Kami tidak tahu dari mana asal budak itu. IV Bentuk asal masjid itu tetap dikekalkan. A I dan II B II dan II C I dan IV D III dan IV

....Puteri Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan. Selepas memeluk Islam, Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansor Syah. Sultan Mansor Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Li Po manakala pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina.

BAHAGIAN A: Objektif (Aneka Pilihan Petikan)

17 Siapakah yang bersama-sama Puteri Li Po ke Melaka? A Maharaja Yongle B PadukaTun Mamat C Pengiring-pengiringnya D Pegawai-pegawai Sultan

BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Isi tempat kosong)

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. dan di atau untuk

yang tetapi pada kerana Semua murid dikehendaki supaya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Satu daripada aktiviti kokurikulum yang mesti disertai ialah sukan dan permainan. Terdapat pelbagai jenis sukan ____________ boleh dipilih oleh murid. Antaranya, mereka boleh memilih sama ada hendak menyertai sukan hoki, bola sepak, bola jaring _____________ badminton. Aktiviti kokurikulum penting _____________ dapat membantu perkembangan mental, fizikal ____________ sahsiah murid-murid. [4 markah]

BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Garis jawapan) Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat di bawah. 1.Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

2.Angkasawan itu mendarat di bulan dengan selamatnya. [2 markah]

BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Betul/Salah) Tandakan ( ) atau ( ) pada ayat yang betul. 1.Pereka busana muslim itulah yang paling terkenal di rantau ini. ( )

2.Hulu keris yang diperbuat daripada gading gajah merupakan artifak yang paling unik sekali dalam pameran itu. ( ) [2 markah]

BAHAGIAN B: Respons Terhad (Pengetahuan) Soalan 24 Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kepada sahabatku yang berada di Kota Kinabalu. Apa khabar? Semoga saudari sekeluarga sihat sejahtera. Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang pantang larang masyarakat Melayu untuk dijadikan bahan buku skrap Bahasa Melayu seperti yang kehendaki oleh guru saudari. a. Perkataan masyarakat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan __________. [1 markah]

BAHAGIAN B: Respons Terhad (Menaakul) Soalan 24 Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Untuk pengetahuan saudari, generasi dahulu lebih suka menggunakan kiasan daripada berterus terang kerana mereka tidak mahu golongan muda dan anak-anak ini berkecil hati. Tujuannya adalah untuk mendidik mereka agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Perkara yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi kita perlu memahami mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diturunkan secara lisan oleh nenek moyang kita. b. Mengapakah orang-orang tua dahulu lebih suka menegur anak-anak muda dengan menggunakan bahasa kiasan? _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ [2 markah]

BAHAGIAN B: Respons Terhad (Menganalisis) Soalan 24 Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. d. Adakah anda percaya akan pantang larang tersebut? Mengapa? _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ [3 markah]

8. RUBRIK PENSKORAN KERTAS BAHASA MELAYU PEMAHAMAN –

BAHAGIAN B

PENSKORAN KRITERIA

3 markah

i. Jawapan yang tepat dan jelas berdasarkan soalan.

ii. Penggunaan ayat yang gramatis.

iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan.

2 markah

i. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan.

ii. Penggunaan ayat yang gramatis

iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan soalan.

1 markah

i. Jawapan masih tepat berdasarkan soalan.

ii. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas atau tidak gramatis.

iii. Penggunaan kata dan kosa kata terhad tetapi sesuai dengan jawapan.

0 markah i. Jawapan tidak tepat.

PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (3 MARKAH)

PENSKORAN KRITERIA CATATAN

2 markah

i. Jawapan yang tepat dan jelas berdasarkan soalan. ii. Penggunaan ayat yang gramatis. iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan. iv. Penggunan ejaan dan tanda baca yang betul.

Nota; Bagi Item Betul atau Salah / Padanan • 1 betul - 0 markah • 2 betul - 1 markah • 3 betul - 2 markah

1 markah

i. Jawapan masih tepat berdasarkan soalan. ii. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas atau tidak gramatis. iii. Penggunaan kata dan kosa kata terhad tetapi sesuai dengan jawapan. iv. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat.

0 markah i. Jawapan tidak tepat.

PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (2 MARKAH)

PENSKORAN KRITERIA

1 markah

i. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan tanpa sebarang kesalahan.

Nota ; Jawapan yang terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca, dikira salah

dan tiada markah.

PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (1 MARKAH)