nota untuk preview
TRANSCRIPT
AurAshifa Indonesia
APA AurAshifa?
AurAshifa adalah satu system program Training dan treatment yang sudah berpengalaman lebih dari dua puluhtahun dan telah berhasil menggabungkan konsep-konsep barat yang sangat saintifik seperti konsep Hypnosis &Hypnotherapy, NLP dengan konsep konsep Spiritual , esoteris dan Intuisi yang memasukan unsur-unsur religious. Dengan system AurAshifa berbagai masalah yang berhubungan dengan fisik, pikiran, spiritual dan ruhani dapat dengan cepat dicarikan solusi yang cepat dan tepat tanpa ada efek samping(side effect). Salah satu kelebihan kami dan yang membedakan kami dengan yang lain adalah penggunakan power of intuition untuk diagnosa awal sebuah masalah untuk seterusnya digunakankaidah kaidah yang sangat saintifik untuk menyelesaikanmasalah tersebut.
PROGRAM TRAINING
1.AURASHIFA BASIC HYPNOTHERAPY
Waktu : 1 hari
Target :
Setelah mengikuti program ini, peserta memiliki kemampuan dalam:
www.aurashifa.com Page 1
AurAshifa Indonesia
Memahami konsep concsious dan subconscious mind Memasuki Subconcsious mind dengan cara yang cepat
dan mudah Memahami konsep Mind set dan belief system Cara mengubah mind set negative Belief dan The Law of Spiritual Attraction Melalukan Program ulang Mindset dan Belief system
untuk berbagai masalah kehidupan. Aplikasi sederhana untuk mindset program:
Stress Management Motivasi diri Membuang kebiasaan buruk
2. AURASHIFA ADVANCE HYPNOTHERAPY(POWER INTUITION)
Waktu : 1 Hari
TARGET:
Setelah mengikuti program ini, peserta memiliki kemampuan dalam:
Melakukan diagnose dengan kemampuan intuisi Mengaktifkan Intuisi(Sixth Sense) dan aplikasinya Memiliki kemampuan komunikasi yang efektif dengan
client Memahami berbagai teknik induksi Memahami berbagai teknik deepening Memahami berbagai teknik Therapy:
Suggesttion Therapy, Regression Therapy, Spiritual Therapy
Aplikasi Mind Therapy untuk : Melakukan diagnose dengan intuisi(sixth sense)
www.aurashifa.com Page 2
AurAshifa Indonesia
Memperbaiki Teknik Komunikasi Bekomunikasi dengan bagian sakit pada tubuh
sendiri Berkomunikasi dengan tubuh orang lain Melakukan Mindset Program untuk orang lain secara
langsung Melakukan Mindset Program untuk orang lain dari
jarak jauh Treatment Scientifik untuk Kasus terkena Sihir,
santet dan Saka Aplikasi The Law Of Spiritual
3.AurAshifa Happy Family (AHF)
Waktu: 1 Hari
Untuk Siapa Workshop ini?
Suami atau Istri yang ingin mempertahankan keutuhan rumah tangga, atau yang tengah mengalami masalah akibatwww.aurashifa.com Page 3
AurAshifa Indonesia
ada orang ketiga, poligami, atau ada masalah dalam hubungan suami istri baik secara fisik(sex) maupun secara psikologi(komunikasi)
Ramai pasangan suami istri yang telah menikah bertahun tahun mengalami konflik yang berkepanjangan, terputus komunikasi , adanya gangguan dari pihak ketiga dan beribu masalah lainnya.
Punca dari semua masalah dalam keluarga adalah tidak adanya komunikasi dan saling pengertian diantara keduanya. Sesungguhnya Allah Swt telah menganugerahkan kepada kita potensi yang power full yaitu minda bawah sadar (sub conscious mind) yang dapat di program ulang sehingga boleh menjadi solusi untuk mencapai kebahagiaan dalam keluarga.
Minda bawah sedar terkena virus negative adalah punca dari segala keretakan dan kegaduhan dalam rumah tangga.
Dalam workshop ini anda akan mendapatkan materi-materi:
Medeteksi kondisi rumah tangga anda Konsep alam bawah sadar dan cara memprogramnya Mengakses minda bawah sadar pasangan anda Teknik mempengaruhi alam bawah sadar pasangan anda Membuang pikiran negative dari alam bawah sadar Membina hubungan saling terbuka dengan pasangan Membaca pikiran pasangan secara langsung atau jarak
jauh Teknik proteksi untuk pasangan anda Mendeteksi keberadaan pasangan anda dari jauh(sixth
sense) Membongkar kebohongan pasangan anda
www.aurashifa.com Page 4
AurAshifa Indonesia
Solusi mengatasi affair (perselingkuhan) pasangan anda
Memutuskan hubungan pasangan yang tidak sah secara syariat
Meningkatkan kecintaan pasangan anda dengan Aura Healing
Mengatasi masalah seksual dalam pasangan anda
4. MASTER AURASHIFA TRAINING
Waktu : 2 hariTUJUAN
Setelah mengikuti sesi workshop ini, peserta akan memiliki kemampuan:
Menganalisa dan melakukan terapi stress Mengaktifkan dan menggunakan power of Intuition Counter Attact Program Aplikasi Law of Spiritual Attraction :untuk menarik
dan mendapatkan apapun yang anda inginkan(Empowerment of Aura)
Law of Connection : there is a solution to improving your communication and building better, healthier relationships(Married Couples, Dating Couples, Parent And Children, Teacher And Student, Business To Business, Management and Staff.
Law of Resonance : program jarak jauh untuk penyembuhan, Telekenesis program, Bouncing effect, mengendalikan pikiran orang lain dari jarak jauh.
Self Healing and Self Empowerment
YANG DAPAT DIPELAJARI OLEH PESERTA
www.aurashifa.com Page 5
AurAshifa Indonesia
Pemahaman konsep dasar Aura dan Mind Pemahaman fungsi dan peranan subconscious
mind(minda bawah sadar) Therapy Stres: Suggestion Therapy Regresion Therapy Spiritual therapy Power of Intuition dan Aplikasinya Praktik Law of Spiritual Attraction Membaca potensi orang lain dan menaklukannya dengan
Law of Connecting Memprogram pikiran orang lain dari jarak jauh, atau
menarik benda-benda yang kita inginkan dengan Law of resonance
Self Healing and Empowerment
Berita AurAshifa: Harian Metro Malaysia
Ahad, 15 November 2009 Alam bawah sedarOleh TUAN ASRI TUAN HUSSEIN [email protected]
PENULIS dihipnosis oleh Pak Rahmat dan diberitahu tidakwww.aurashifa.com Page 6
AurAshifa Indonesia
akan mampu bangun daripada kerusi yang diduduki. Kata Pak Rahmat, semakin penulis berusaha untuk bangun, badan menjadi semakin berat.
SITUASI 1:
PENULIS dihipnosis oleh Pak Rahmat dan diberitahu tidakakan mampu bangun daripada kerusi yang diduduki. Kata Pak Rahmat, semakin penulis berusaha untuk bangun, badan menjadi semakin berat.
Memang itu yang penulis rasakan. Biarpun beberapa kali mencuba, namun tetap gagal. Semakin kuat dicuba, badan semakin berat. Penulis bukan tidak sedarkan diri, sebaliknya mampu turut ketawa selepas diketawakan peserta lain kerana gagal bangun daripada kerusi.
SITUASI 2:
SEPASANG suami isteri bertemu Pak Rahmat untuk mengubati penyakit saka dialami si isteri (Puan X), malah mereka juga mengesyaki dia disihir. Pertemuan itukali kedua selepas pertemuan pertama tiga hari sebelumnya.
Untuk merawat Puan X, Pak Rahmat menggunakan peserta kursus, Norashikin Mohd Amin, 22, atau Shikin sebagai perantara kerana dia perlu bersentuhan dengan Puan X.
Pak Rahmat menekap tangannya ke tangan Shikin. Seterusnya Shikin disuruh menggosok perut Puan X dan Shikin berasa tangannya kebas dan menyucuk-nyucuk.www.aurashifa.com Page 7
AurAshifa Indonesia
Pak Rahmat menyuruh Shikin mengibas tangan seperti membuang rasa kebas itu dan kembali menggosok perut puan X. Proses itu berulang beberapa kali sehingga Shikin berkata rasa kebas di tangannya hilang.
SITUASI 3:
SETERUSNYA Pak Rahmat menghipnosis Shikin dan menyuruh Shikin pergi ke kampung Puan X untuk bertemu seorang wanita tua yang dikatakan pemilik saka di dalam badan Puan X.
Selepas bertemu, Pak Rahmat menyuruh Shikin mengarah perempuan tua itu keluar dari badan Puan X dan perempuan tua itu akur. Menariknya, selepas Shikin disedarkan, air matanya mengalir.
Apabila ditanya, Shikin tidak pasti mengapa dia menangis, cuma katanya, dia sedih. Penulis bertanya, apakah yang dirasakannya ketika dia dihipnosis dan berjumpa perempuan itu.
Kata Shikin, dia seperti ada di satu tempat lain dan mendengar segala arahan Pak Rahmat seperti suara yang sayup-sayup dan bergema, manakala wajah perempuan tua yang ditemuinya itu hodoh.
TIGA situasi di atas penulis lihat dan alami ketika membuat liputan Kursus Pengurusan Minda Bawah Sedar (Subconcious Mind Managemet — ScM) yang dikelolakan oleh Rachmat Setiawan atau lebih mesra dengan panggilanPak Rahmat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
www.aurashifa.com Page 8
AurAshifa Indonesia
Siapa Pak Rahmat
Berusia 50-an dan berasal dari Bandung, Indonesia, beliau ahli terapi dan jurulatih ScM dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu.
Bermula dengan usaha mencari jawapan kepada pengalaman diri sendiri yang sukar difahaminya, Pak Rahmat mula meneroka dan belajar mengenai alam minda bawah sedar secara serius sejak berusia 30 tahun.
Pada 1999 beliau mula berkongsi kepakarannya dengan memberi kursus kepada orang ramai di Bandung sebelum memperluaskannya di Malaysia, bermula 2002.
“Saya menggunakan pendekatan dan penjelasan saintifik mengenai kelebihan atau manfaat minda bawah sedar kepada orang ramai, selain mengaitkannya dengan ajaran Islam. Mungkin ini bezanya pendekatan saya berbanding orang lain,” katanya.
Apa Minda Bawah Sedar
Menurut Pak Rahmat, minda bawah sedar adalah pancaindera keenam yang ada pada setiap manusia dan sangat banyak kegunaannya, namun tidak ramai mampu meneroka serta menggunakannya.
Beliau berkata, dalam kehidupan normal, seseorang itu hanya menggunakan 12 peratus daripada kuasa mindanya manakala 88 peratus lagi yang ada pada peringkat bawah sedar atau disebut juga alam alpha, tidak digunakan.
www.aurashifa.com Page 9
AurAshifa Indonesia
“Ada pelbagai cara untuk seseorang itu masuk ke minda bawah sedar. Sebahagian kecil dianugerahi Tuhan untuk memilikinya secara semula jadi (gifted) manakala ramai lagi yang perlu berusaha.
“Usaha itu pula pelbagai. Ada yang melakukan amalan danbacaan spiritual dan ada juga dengan jalan pintas menggunakan kuasa makhluk halus atau jin.
“Cara yang saya gunakan adalah bersih dan selamat iaitukaedah hipnosis. Ini satu kaedah saintifik dan boleh dilakukan sesiapa saja yang mempelajarinya.
“Di Barat, pengkajian mengenai hipnosis dilakukan sejak1800 lagi dan dalam Islam pun ilmu mengenai minda bawahsedar memang ada, namun ia mungkin dikenali dengan terma lain serta kaedah menerokainya juga mungkin berbeza,” katanya.
Kegunaan minda bawah sedar
Supaya lebih mudah difahami, Pak Rahmat menyamakan alampemikiran manusia dengan gelombang (frekuensi) radio atau walkie talkie.
Katanya, untuk memasuki minda bawah sedar atau ke alam alpha, kita perlu menukar gelombang pemikiran kita daripada gelombang sedia ada ke gelombang lain.
“Apabila sudah menghipnosis diri kita untuk ada di alamalpha, kita boleh melakukan apa saja yang kita mahu. Sebagai contoh, jika kita kuat makan hingga badan
www.aurashifa.com Page 10
AurAshifa Indonesia
gemuk, ketika di alam alpha, katakan pada diri kita: ‘Selepas ini apabila aku sedar, aku hanya akan makan makanan yang perlu dan sihat’.
“‘Perut aku tidak akan dapat menerima makanan jika aku kenyang dan jika makanan itu banyak kolesterol atau lain-lain unsur tidak sihat’. Kesannya, selepas kita kembali ke alam biasa tubuh kita akan melaksanakan segala diarahkan ketika di alam alpha.
“Jadi, insya-Allah hasrat kita untuk menjadi kurus dan lebih sihat akan tercapai. Begitu juga jika kita ingin berhenti merokok, menjadikan diri lebih berkeyakinan, berani, berfikiran positif dan mengawal masalah atau tekanan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Pak Rahmat berkata, selepas seseorang itu mahir dengan kaedah hipnosis untuk masuk ke alam bawah sedar dengan mudah, peringkat seterusnya ialah dia mampu menghipnosis orang lain supaya turut ada di alam bawah sedar.
“Mengambil contoh gelombang radio tadi, apabila saya menghipnosis orang lain, ia bermaksud saya cuba menyamakan gelombang alam bawah sedar saya dengan gelombang orang berkenaan.
“Apabila berkongsi gelombang sama, kami dapat berhubungan. Dengan itu saya tahu keadaan dirinya (jikadia berpenyakit atau bermasalah) dan mampu mengawal atau mengatasi masalahnya dengan kekuatan minda bawah sedar saya,” katanya.
www.aurashifa.com Page 11
AurAshifa Indonesia
Pak Rahmat berkata, kemahiran itu berguna kepada seseorang untuk urusan kerjaya mereka, contohnya kepadapengamal perubatan, ahli motivasi, kaunselor, pensyarah, guru dan juga ketua jabatan dalam usaha memotivasikan kakitangannya.
“Sebagai contoh, anggota polis boleh menggunakan kaedahini jika mahu menyoal siasat penjenayah dan kaunselor boleh menjalankan tugas mereka dengan lebih cemerlang.
“Malah, di Barat kaedah hipnosis ini turut digunakan sebagai satu kaedah siasatan, terutama dalam kes forensik,” katanya yang turut terbabit dalam merawat sekumpulan pelajar sekolah mengalami histeria di Tanjung Lumpur, Pahang, awal tahun ini.
Salah faham dan salah guna
Pak Rahmat berkata, di kalangan masyarakat Melayu, ramai salah faham dengan menyamakan hipnosis dengan pukau dan perkataan pukau itu pula lebih merujuk kepadaelemen negatif.
“Hakikatnya, hipnosis dan pukau berbeza. Orang yang dihipnosis masih sedar, sedangkan orang yang dipukau 100 peratus tidak sedar dan tidak tahu apa yang dia lakukan.
“Anda (penulis) sendiri tadi saya hipnosis dan anda memang tidak mampu bangun daripada kerusi tapi bukankahanda masih sedar, malah mampu bergelak ketawa dengan saya?” katanya.
www.aurashifa.com Page 12
AurAshifa Indonesia
Bagaimanapun, beliau mengakui kemahiran memasuki minda bawah sedar ini boleh disalah guna untuk tujuan jahat, namun menegaskan itu tidak bermakna ia tidak sepatutnyadipelajari atau diajar kepada orang lain.
“Kita perlu rasional. Hakikatnya, semua benda dalam dunia ini boleh digunakan untuk tujuan baik atau jahat.Contoh mudahnya, pisau boleh sekadar untuk memotong sayur dan boleh juga menjadi senjata untuk membunuh.
“Begitu juga barangan lain seperti komputer dan kereta.Jadi, jika ia disalahgunakan, jangan salahkan kemahiranatau ilmu ini tetapi salahkan individu yang menyalahgunakannya,” katanya.
Menurut Pak Rahmat, sebagai langkah berjaga-jaga apa yang mampu dilakukannya ialah menapis atau bersifat selektif dalam mengambil peserta kursus.
“Insya-Allah dengan sedikit kelebihan yang ada, saya mampu menilai diri seseorang itu sama ada dia mahu belajar dengan saya untuk tujuan baik atau sebaliknya. Jika saya rasa dia ada tujuan jahat atau tidak sesuai, saya tidak akan menerimanya.“Selain itu, siapa yang mengikuti kursus saya akan diajar cara mengelak dihipnosis jika dia enggan dan inisekali gus dapat menyelamatkan dirinya daripada menjadimangsa perbuatan jahat,” katanya.
TESTIMONI
Nor Ashikinwww.aurashifa.com Page 13
AurAshifa Indonesia
(Eksekutif Am sebuah firma swasta)
“SAYA berminat mengikuti kursus ini kerana saya selalu mengalami stres atau tekanan akibat beban kerja dan pergaulan. Jadi, saya berharap saya mampu mengatasi masalah ini dengan menggunakan Minda Bawah Sedar dan teknik Hypnotherapy.
Selain itu, saya selalu berasa seperti ternampak kelibat makhluk halus. Insiden ini mengganggu hidup saya. Saya tak tahu sama ada ini satu anugerah atau sekadar gangguan syaitan.
Dengan mengikuti kursus ini banyak perkara baru yang saya belajar dan insya-Allah jika saya mampu menggunakan minda bawah sedar saya, kelibat makhluk halus yang saya nampak itu tidak akan mengganggu hidup saya lagi.”
Zakaria Yasin, 43:(Pengarah Urusan sebuah syarikat perunding latihan)
“SEBAGAI graduan bidang psikologi, saya memang tahu mengenai kaedah hipnosis dan minda bawah sedar serta kegunaannya. Namun ketika di universiti semuanya saya belajar setakat teori.
Kini, memandangkan saya bekerja dalam bidang penyediaanlatihan dan mengendalikan kursus motivasi, saya percayailmu hipnosis sungguh bermanfaat untuk kerjaya saya. Itu sebab utama saya mengikuti kursus ini.
www.aurashifa.com Page 14
AurAshifa Indonesia
Saya juga ingin merasai pengalaman dihipnosis dan yang paling istimewa mengenai kursus AurAshifa Bacis dan Advance ialah ia banyak dikaitkan dengan ajaran Islam.Jadi, doa tertentu juga diajar bagi mempermudahkan lagiusaha kita untuk menguasai minda bawah sedar kita.”
Ust. Majid(therapist sihir dari Akrine)
Hujung minggu lepas saya diberi kesempatan dan kelapangan oleh ALLAH mengikuti kursus 6th Sense yang dianjurkan oleh Ust. Rachmat Setiawan dari Aurashifa, Bandung Indonesia.
6th sense atau deria ke enam bukanlah deria baru, ia dimiliki semua yang bernama manusia. Ia adalah otak manusia.
Mengikut Ust. Rachmat yang merujuk kepada pakar-pakar 6th sense seperti Eric mitson dan William J Oubsy (mungkin tersilap catit) otak manusia 12% adalah minda sedar dan 88% minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini jika digarap dengan baik maka orang berkenaan akan berjaya menggunakan 6th sensenya.
Orang yang berjaya ke kursus Bacis dan Advance AurAshifa mempunyai beberapa kelebihan seperti:1. Mampu menghilangkan penyakit pada dirinya2. Boleh melakukan perlindungan dari sebarang gangguan3. Boleh mengatur kehidupan dengan lebih baik samada hal2 melibatkan personel, kemasyarakatan dan kewangan4. Boleh merawat secara hypnoteraphywww.aurashifa.com Page 15
AurAshifa Indonesia
5. Dapat melihat makhluk halus tanpa berkhadam atau bersaka
Mengikuti kursus seperti ini sebagai seorang perawat yang meletakan Islam sebagai landasan kehidupan termasuk hal2 rawatan tentulah pada mulanya meletakan tahap kecurigaan samada benar atau hanya suatu penipuan.... adakah ada proses attunement sepertima reiki dsb.
Ust Rachmat telah menggunakan pendekatan relaksasi dalam program membuka intuisi . Peserta diajak untuk berlindung dengan ALLAH dari gangguan jin dan syaitan, memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesalahan kepada kita, mengingati dosa-dosa lampau lantas memohonkeampunan dari ALLAH SWT.
Peserta diajar kaedah merehatkan diri dengan mudah dan apabila ini dilakukan maka intuisi dapat dibuka.
Saya diuji oleh Ust. Rachmat dalam beberapa keadaan seperti transfer anak saya yang autism kepada diri sayadan melihat fenomena makhluk halus dibelakang seoarang peserta. Terperanjat juga saya apabila saya adalah anak saya dan disimpulkan kewujudan jin saka yang degilmengganggu anak saya. Ust Rachmat mengajar saya dalam kes autism kena disconect hubungannya dengan alam mereka.... bagaimana? Saya akan ajukan pertanyaan ini lebih lanjut kepada Ust. Rachmat.
Ust. Racmat meminta saya melihat di belakang salah seorang peserta yang gagal memasuki Minda bawah Sedar. Saya melihat secara intuisi kehadiran makhluk halus
www.aurashifa.com Page 16
AurAshifa Indonesia
dalam bentuk cahaya merah panas.... apakah minda saya sudah terbuka? WALLAHUA'LAM
InsyaALLAH saya akan terus mendalami ilmu ini atas saranan Ust Rachmat kerana ia membantu saya dalam melakukan rawatan. Saya berpendapat teknik Hypnoteraphyada kesamaan dengan teknik kembara & rawat saya (TKR) dan TKR lebih mudah daripada usha-usha menidurkan pesakit dalam hypnoteraphy. Saya akan lebih memokus kepada membuka imtuisi saya untuk melihat gangguan padapesakit saya biizniLLAH.
JazakALLAH khairan katsira untuk Ust. Rachmat dan penganjur.
www.aurashifa.com Page 17
AurAshifa Indonesia
AurAshifa HYPNOSIS BISA MENGATASI GANGGUAN HISTERIA DAN SIHIR
(Artikel Harian Utusan Malaysia)
SEORANG gadis yang mengadu sering sakit kepala diminta duduk dan memejamkan mata. Setelah disuruh bertenang dan mengosongkan fikiran, dia dibimbing secara lisan untuk cuba tidur dalam kiraan tiga berserta petikan jari. Gadis itu kemudiannya terlena.“Dia sebenarnya masih dapat mendengar arahan saya dan boleh mengatasi sendiri masalahnya,” terang pakar terapi minda Aura Syifa’ dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan.Selepas memberi arahan khusus tentang sesuatu, gadis tersebut dilihat merapatkan kedua tangannya seperti hendak menangkap sesuatu di belakang kepalanya. Kemudian dia membuat pergerakan tangan seperti mencampakkan sesuatu ke hadapannya.Dahinya tidak lagi berkerut selepas itu. Dia lebih tenteram dan kemudian dikejutkan semula dalam kiraan tiga dan petikan jari.Ini adalah apa yang diberitahu gadis itu kepada Jurnal:“Saya terlihat ada seekor burung besar yang mencengkam kepala dan tengkuk saya. Saya telah membuangnya ke laut. Selepas itu, sakit kepala saya beransur-ansur reda.“Sebagai cabang ilmu hipnosis, itu adalah antara kaedahrawatan yang boleh anda temui dalam teknik terapi minda.“Selalunya, sebarang bentuk gangguan kesihatan boleh diatasi sendiri oleh pesakit sementara pengamal kaedah www.aurashifa.com Page 18
AurAshifa Indonesia
ini hanya memberi bimbingan,” kata Rachmat yang memintapenulis mengetepikan dahulu spekulasi tentang bayangan burung besar itu.Lazimnya, masyarakat kita terlalu cepat mengaitkan masalah kesihatan dengan gangguan entiti atau jin, hingga ramai yang ‘tunduk’ padanya tanpa mengetahui bahawa sesiapa pun mampu mengatasinya sendiri.Melalui teknik seperti ini, penyelesaian bukan milik mutlak pengamal terapi. Keyakinan dan penaakulan logik pesakit dipertingkat ketika pesakit diprogram semula dalam keadaan alpha iaitu minda bawah sedar.“Kita sering mendengar ahli paranormal yang melakukan pelbagai ritual pelik, mereka-reka cerita yang menakutkan serta kemudiannya mengenakan bayaran yang melampau. Dan kita mempercayai mereka,” ujarnya yang hadir ke pejabat Aura Syifa’ Malaysia di Shah Alam, Selangor.Beliau juga tidak bersetuju dengan ahli paranormal yangberselindung di sebalik imej alim ulama seperti berserban, bercelak atau membawa tasbih di tangan tetapi ‘menipu’ apabila mengubati pesakit. Imej itu, kata Rachmat hanya akan memburukkan lagi pemahaman tentang Islam.Kaedah rawatan di Aura Syifa’ bukan sahaja boleh digunakan untuk menangani masalah jiwa dan ‘gangguan’ makhluk halus. Malah, pendekatannya boleh membantu individu membina keyakinan diri, mencetus potensi rohani dan jasmani, seterusnya diperkembangkan dalam realiti hidup dan dunia kerjaya.Rachmat dan rakan pakar terapi di cawangan Malaysia itu, Noor Azizan Abdul Majid, pernah digegaskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk menawarkan khidmat mereka ketika kes histeria
www.aurashifa.com Page 19
AurAshifa Indonesia
kronik mengganggu ketenteraman guru dan pelajar sekolahitu.“Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan,” kata Rachmat.Bersetuju dengan pendapat Rachmat, Noor Azizan menambahbahawa bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh ‘entiti’ tersebut.“Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh gangguan entiti,” kata Noor Azizan.Tetapi ketika dirasuk, tindakan dan pendekatan lain perlu segera diambil. Pemikiran manusia pula perlu ‘dibersihkan’ melalui kaedah terapi minda.“Contohnya, sebuah komputer yang terjejas fungsi akibatjangkitan virus tidak akan pulih jika pengguna sekadar mengulang salin data antivirus yang sama.“Komputer itu perlu diprogram semula dan dimasukkan paten antivirus baru. Barulah menampakkan hasil,” jelasRachmat.Tambahnya, rawatan hadir dalam pelbagai sumber dan carayang boleh disepadukan. Selain pemantapan rohani melalui konsep ibadah, seseorang perlu mencapai status minda yang ideal melalui terapi. Jika perlu, rawatan perubatan termasuk rujukan pakar psikiatri.Tidak mengapa tinggal serumah dengan entitiMengulas tentang kes individu atau keluarga yang mengadu tentang kehadiran entiti dalam kediaman mereka,Rachmat menerangkan bahawa ia perkara yang boleh diatasi.“Mereka boleh dibimbing untuk berdialog dengan entiti
www.aurashifa.com Page 20
AurAshifa Indonesia
tersebut. Kami yang akan menyelia sebarang maklum balasdaripada apa yang ‘dilihat’ oleh mereka ketika minda mereka dilaras ke keadaan bawah sedar,” terang Noor Azizan.Namun tidak dinafikan terdapat entiti degil yang melambatkan proses pengusiran atau berkeras tidak mahu berpindah. Jika itu berlaku, pemikiran manusia dalam rumah itu akan diprogram semula menggunakan teknik terapi minda untuk memutuskan semua hubungan komunikasidi antaranya.“Ini bermakna, entiti masih berada dalam rumah itu bersama keluarga manusia. Masing-masing menjalani kehidupan tersendiri tetapi kedua-dua pihak tidak bertembung atau mempunyai sebarang medium komunikasi,” terangnya.Menurut Rachmat, orang yang sentiasa ceria mempunyai semangat yang kuat dan sihat. Kesihatan minda dan tubuhnya tidak mudah mengalami gangguan.“Sebaliknya, mereka yang suka bersendiri, penyedih, sugul, pemarah, berprasangka atau sering rasa terpinggir dan tidak disayangi, akan berhadapan dengan masalah. Ketika itulah, entiti akan cuba mempengaruhi minda bawah sedar,” ulasnya.
www.aurashifa.com Page 21
AurAshifa Indonesia
Artikel Majalah Islam i Malaysia edisi April 2011
Rawat Stress dengan Terapi Spiritual Oleh MOHD ADIB MOHD SIDEK
Stress merupakan masalah yang lazim dilalui oleh masyarakat pada hari ini. Saban hari terpampang dada-dada akhbar pelbagai kisah manusia yang kehilangan arahdan punca apabila berada dalam keadaan tertekan atau stress. Stress yang tidak dikawal dan diurus dengan baik berpotensi membawa kepada masalah yang lebih besar.
Menyedari masalah ini, Spiritual Therapy ScM Resources hadir dengan membawa solusi bagaimana menguruskan stress dengan lebih berkesan dan praktikal. Menurut trainer program ini, Pak Rachmat Setiawan, pengalamannya selama 20 tahun dalam bidang ini mendapati kebanyakan masalah stress ini berpunca
www.aurashifa.com Page 22
AurAshifa Indonesia
daripada minda yang sudah diprogram dengan pelbagai perkara negatif.
“Apabila mereka tidak dapat mengawal stress itu, maka wujud pelbagai masalah lain. Pernah saya dipanggil ke Tanjung Lumpur untuk merawat pelajar-pelajar yang histeria. Saya dapati semuanya berpunca daripada tekanan dan stress yang tuidak terurus,” kata Pak Rachmat.
“Persoalannya, bagaimana untuk merawat dan mengawal stress dalam diri kita? Nah, di sini kami di ST-ScM bakal memberi training kepada sesiapa sahaja yang inginmenjadi terapis kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya.
s/h: Keistimewaan ST-ScM
ST-ScM adalah satu program training dan treatment yang berbentuk workshop. Menariknya program ini menggabungkan konsep-konsep Barat yang sangat saintifikseperti konsep Hypnosis dan Hypnotherapy, NLP dengan konsep spiritual, intuisi yang memasukkan unsur-unsur keagamaan, islamik.
“Jika kita lihat kepada situasi di luar sana, terdapat dua golongan iaitu religious addict yang sangat kurang ikhtiarnya sebaliknya lebih banyak pasrah kepada takdir. Sebaliknya, satu lagi golongan, yang lebih
www.aurashifa.com Page 23
AurAshifa Indonesia
moden dan kebaratan, mereka mampu mencapai sesuatu perkara itu dengan kemampuan diri sendiri, namun tanpa elemen agama dan ilahiyah diterapkan. Dari sini, kami hadir dengan satu program yang menggabungkan konsep-konsep Barat ini dengan unsur-unsur islamik agar ia seimbang dan menjadi lebih baik.
“Dengan system ST-ScM pelbagai masalah yang berhubungandengan fizikal, minda, spiritual dan rohani dapat dengan cepat dicarikan solusi yang cepat dan tepat tanpa ada kesan sampingan,” kata Pak Rachmat.
Program Stress Management ST-ScM yang terbahagi kepada tiga modul yang berlainan iaitu;1. ScM Spiritual Marketing2. ST-ScM Spiritual Stress Management3. ST-ScM Spiritual Parenting
Ketiga-tiga modul ini mensasarkan target audien yang berbeza mengikut bidang dan keperluan masing-masing. Misalnya dalam ScM Spiritual Marketing peserta bakal dilatih bagaimana menetapkan minda (mind set) dengan cara yang baik yakni dengan berdoa atau afirmasi. Ini bagi mewujudkan keseimbangan keyakinan dan keinginan mereka dalam bisnes misalnya.
Begitu juga dalam modul ST-ScM Spiritual Stress Management yakni modul yang terpenting dalam ST-ScM. Peserta bakal menyatakan masalah mereka kepada trainer.
www.aurashifa.com Page 24
AurAshifa Indonesia
Kemudian, trainer akan memberi penyelesaian dari segi teori dan mencari punca kepada masalah tersebut.Hubungan dua hala yang sangat interaktif ini memungkinkan peserta berasa sangat selesa sepanjang workshop berlangsung. Mereka juga akan diajar untuk menjadi terapis kepada diri sendiri, iaitu bagaimana untuk mengurus dan mengawal stress.
“Salah satu kelebihan kami dan yang membezakan kami dengan yang lain adalah penggunakan power of intuition untuk diagnosis permulaan sebuah masalah untuk seterusnya digunakan kaedah-kaedah yang sangat saintifik untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata ketua trainer ST-ScM ini.
Peserta yang mengikuti bengkel ini akan diberikan tips-tips pengurusan stress yang sangat praktikal dilakukan sendirian di rumah. Di samping itu, dengan kapasiti peserta dari 10 hingga 30 orang dilihat memungkinkan wujudnya suasana yang akrab antara trainer dan peserta.
Pihak pengurusan ST-ScM juga menerima tawaran untuk mengadakan training secara in-house di jabatan-jabatan atau organisasi tertentu. Modul akan dibentuk mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi terbabit.
www.aurashifa.com Page 25