muhammad syukri salleh (1992), ucapan salam di kesibukan kota london(greetings in the midst of...

12
SIASAH DARUL ARQAM YANG TELAH DICUBA DENGAN BERKESAN 01 3/4 SAHAGIAN DUNIA SUSUNAN USTAZ YUSUF DIN ASOIB

Upload: usm

Post on 22-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SIASAH DARUL ARQAM YANG TELAH DICUBA DENGAN BERKESAN 01 3/4 SAHAGIAN DUNIA •

• SUSUNAN USTAZ YUSUF DIN ASOIB

POLmK DAKWAH

C.etakan Pe11ama Disember 1992

e Asoib International Limited Hakciplil Tuptlih4ra. Mana-mana bahagian penerbitan ini t idak boleb

dihasilkan semula, disimpM dalaru si,tem 1impMkekal liiJIU dipindA.hltan dalam sebarong bentulr. all\o sebarang cara sama ada cara elelr.tronik, sawatan, fotokopi dan sebagainya tJinpa terlebih dulu mendapat izin

bertulis daripada pihnk penerbit.

Ditl!rbitkan olt>h : Syeikh Publisher 9A Tingkat 1 Wisma Yakin, Jln Ma~jid India,

50100 Kuala Lumpur Tel : 03 - 2934087

Dnrgan izin Asoib International Lin•ited,

Suite 1.281 City Road, wnd~ln ECIV !LA.

Ri!kal~nlllk don layout oll!h: Unit Rekabentuk,

Bhg. Pengeluaran Minda Syeikhul Anj:un

Mtl&l Taip Tc-ks: PaL1tino, 10 poin

Diutak oft'h : lstiramai Enterprise Sdu. Bbd No. 6 & 12. Jalan Nirwana 37,

Taman Nirwnnn, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehs:u1, Tel ; 03-9850936 Fu : 603-9836350

ISBN 983-99786-4-0

Kandungan

Daripada Penerbit Kata-kata Penghargaan Mudir Syukbah Dakwah Kata-kata Aluan Syeikhul Arqam Prakata

SAHAGIAN PERTAMA: POUTIK DAKWAH 1 Menyambung Perjuangan Rasulullah 2 Mulakan Dari Diri 3 Persediaan Sebagai Pendakwah 4 Ubah Hati dan Filciran 5 Taktik Menawan Hati Manusia 6 Fahami Psikologi Masyarakat 7 Golongan Jahil Sasaran Utama 8 Strategi Dakwah Di Pedalaman 9 Siasah Pegawai Perhubungan Dakwah

10 Mutu Pendakwah 11 Panduan Untuk Kejayaan Pendakwah 12 Jemaah Sebagai Model 13 Wadah Darul Arqam 14 Masyarakat Islam Sudah Bermula 15 Tawan Dunia: Keyakinan dan Harapan 16 Perang Fikiran dan Perang Sikap 17 Operasi Khurasan: Mengubah Peta Dunia

v

• lX

X

xiii xvi

3 9

14 19 38 54 61 66 68 73

101 112 116 126 134 147 155

BAHAGIAN KEDUA: LIKU-LIKU PERJUANGAN PENDAKWAH

1 Tidak Libatkan Politik, Itulah Politik 179 Ustaz Fakhrur Razi Hj Ashaari

2 Pengalaman Pertama 183 Ustaz Abdul Ghani Said

3 Liku-liku Perjuangan Awal 188 Ustaz Mohd Rom AI Hodri

4 Mengenal Ragam Warga Kota 206 Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

5 Kursus Dakwah Praktik Dalam Musafir 213 A.isyah Mohd Lajis

6 Dari Pejabat ke Rumah-rumah 218 Ustaz Rasidi Abdullah

7 Dakwah Lisanul Hal di Turki 225 Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

8 Ucapan Salam di Kesibukan Kota London 229 Dr Muhammad Syukri Salleh

9 Diancam Orang Syiah di Iran 235 Ustaz Jaafar Salleh

10 Kenangan Tragedi Lampung 241 Ustaz Rasidi Abd141lah

11 Bawa Masakan ke Rumah Keluarga Amerika 248 Ustaz Hj Hashim Ahmad

12 Melayan 'Gian' Ulama Muda Thai 252 Aisyah Mohd Lajis

13Dia~ di ~rn 2% Ustaz Pahrof Muhamad Juoi

14 Pasang Strategi di Kampus 263 Abu Hassan Morad

15 Disapa Angin Dakwah di New Zealand 267 Mohd Ubaidullah

16 Ceramah 5 Minit 271 Usfaz Sobri Abd Ghani

17 Dakwah di Katil Hospital 275 Jalilah Abdullah

• Vl

18 Peminat Majalah Melayu di Jordan 279 Ustazah Khadijah Aam

19 Misi Menawan Sabah 283 Ustaz Hj Taju( Ariffin Abd Rahman

20 Bantuan Allah dari Simpati Manusia 289 Nor Atiqah Ghazali

21 Musafir Dakwah di Negara Kristian 293 Ustaz Hj Hashim Ahmad

22 Bantu Mereka Dengan Mind 301 Mohamad Mahir Saidi

23 Jawapan Serampang Dua Mata 305 Zakaria Sungib

24 Politik Pilihanraya vs Politik Dakwah 308 Mohamad Mahir Saidi

25 Ziarah Pejuang Moro di Karachi 314 Nik Hasnan Abdullah

26 Lailatul Qadar di Belantara Nabawan 319 Ustaz Hj Hashim Ahmad

27 Berkat Tahlil Aurad Muhammadiah 325 Ustaz Mohd Fadhli Yusuf

28 Membetulkan ]alan Fikiran Masyarakat 328 Ustaz Shuib Sulaiman

29 Bertegas Pada Tempatnya 336 Abdul Rahman Ali

30 Lambaian Dakwah di Puncak Eiffel Tower 340 Ustaz Jamel Hj Othman

31 Ekspo 1slam Adalah Cara Hidup' di Paris 346 Ustaz ]amel Hj Othman

32 Cukuplah Bahasa Hati Menghubungkan Kita 351 Ustazah Rohana Razali

33 Sinar Islam di Negara Matahari Terbit 357 Ustaz Mahat Saring Htnnzah

34 Phuket (Memoir Ekspedisi) 365 Hj Ali Hj Ahmad

35 Jejak Asoib di Ma Wara Un Nahar 372. Ustaz Alias Muhammad

36 Menyusuri Laluan Sutera 379 Ustaz Raja Chulan Raja Ahmad Tajuddin

•• Vll

37 "China yang Banyak Menyedarkan ... " Ustaz. Hj Mohd Nasib Zawawi

38 Bukan Teori, Bukan Andaian Zaknria Sungib

39 Membawa Damai ke Hyde Park Ustaz Rtlja Chulan Rtlja Ahmad Tajuddin

40 Operasi Malaysia II Ustaz Hashim Jaafar

Indeks

••• Vlll

389

401

409

417

431

8 Ucapan Salam

di Kesibukan Kota London Oleh Dr Muhammad Syukri Salleh

SATU petang, keti.ka saya berdiri di atas tangga bergerak yang menurun ke sebuah stesen keretapi bawah tanah di London yang sibuk, saya terdengar suara orang memekik memberi salam. Saya menoleh ke kiri ke kanan dan akhirnya melihat seorang hamba Allah berkulit hitrun melambai-lambaikan tangannya dari atas tangga bergerak yang sedang naik.

Kalau dilihat sekali lalu, saya tidak akan menyangka bahawa dia itu orang Islam. Orangnya tinggi gagah, bibirnya tebal kebiruan dan pakaiannya seperti juga pakaian orang­orang lain yang berpusu-pusu berdiri di atas tangga itu.

Kemudian pada satu petang Ahad, ketika saya bersama beberapa orang kawan memerhati dan meninjau manusia­manusia aneh yang suka bermujadalah di speakers' corner di Hyde Park, seorang wanita muda datang kepada saya sam-

229

POLI'Ill< DAKW AH

bil memberi salam. Asalnya dari Filipina dan sekarang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah satu keluarga Greek di London.

Dia menceritakan pengalaman pahit deritanya di Filipina hingga dia datang menguji nasibnya di London. Setiap pe­tang Ahad dia akan datang ke Hyde Park untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Itulah hiburannya.

Pada satu rnasa yang lain, ketika saya berjalan dari ste­sen bas ke stesen keretapi bawah tanah Victoria, saya sekali lagi disapa dengan salam oleh seorang hamba Allah berkulit hitam. Dia rnenghulurkan tangannya untuk bersalam dan memperkenalkan dirinya. Kalau tidak silap dia berasal dari Ghana dan akan berangkat pulang dengan kapal terbang petang itu.

Setelah berkenalan, dia menceritakan bahawa dia ke­hilangan dompetnya dan memohon sedikit bantuan kewang­an. Mulanya saya agak ragu-ragu, tetapi setelah dia tunjuk­kan pasport dan tiket penerbangan serta sah bahawa dia memang benar akan berangkat ke Ghana petang itu, saya memenuhi permintaannya dengan menghulurkan sedikit wang untuk tambang keretapi bawah tanah ke Lapangan Terbang Heathrow.

Sekarang saya tidak terkejut lagi kalau tiba-tiba di tengah­tengah kesibukan bandaraya London atau di mana-mana di England ini terdengar orang memberi salam kepada saya. Itu sudah menjadi perkara biasa kerana mernang sudah kerap perkara itu berlaku kepada saya. Ia berlaku di tengah jalan, di dalam keretapi bawah tanah, di Hyde Park, di tempat­tempat perhimpunan rnalah di mana-mana saja. I<adang­kadang orang yang tidak disangka-sangka pun datang mem­beri salarn dan memperkenalkan dirinya seorang Islam.

Saya kadang-kadang berfikir, kenapa mereka suka benar memberi salam kepada saya? Bila mereka beri salam ertinya tentulah rnereka yakin sa.ya ini juga orang Islam. Tetapi apa­kah yang rnembuatkan mereka yakin bahawa saya ini orang Islam?

Saya cuba tilik-tilik diri dan mencari-cari tanda ke-lslam­an saya. Kalau kerana ucapan dua kalimah syahadah, saya

230

UCAPAN SALAM 01 KESIBUKAN KOTA LONOON

tidak pernah melaung-laungkan ucapan syahadah di mana­mana. I<alau kerana saya sembahyang, saya tidak pula sem­bahyang sambil berjalan. Kalau kerana janggut dan misai saya, orang-orang lain pun ramai yang berjanggut dan bermisai. Kalau kerana zikir, saya tidak pernah menghayun-hayunkan tasbih ketika berjalan di mana·mana. Jadi kerana apa?

Satu pagi, ketika saya berdiri menunggu bas untuk ke universiti, berhenti sebuah kereta dan pemaudunya mem­pelawa saya naik.. Saya agak gusar, tetapi setelah terdengar bacaan ayat-ayat Al Quran dari kaset dalam keretanya dan melihat pelekat ayat-ayat Quran di atas deskboardnya, saya membuka pintu kereta.

Dia memberi salam dan yakinlah saya bahawa dia itu orang Islam. Asalnya dari Libya, dan setelah berkahwin dengan wanita Inggeris, dia menetap di Kidlington, sebuah bandar kecil lebih kurang tujuh batu dari rumah sewa saya di Oxford.

Dia dalam perjalanan balik ke Kidlington tetapi setelah terpandang saya berdiri di perhentian bas di sebelah jalan sana, dia pusing kembali ke arah Universiti Oxford.

"BeritahuJah ke mana saudara mahu pergi, insya-Allah saya akan hantarkan ke mana sahaja," katanya dengan riang.

Saya bertanya dia: "Bagaim.ana saudara tahu saya ini orang Islam?"

"Jubah dan serban saudara," jawabnya spontan. Itulah saja yang ada pada saya secara lahiriah. Jadi saya

yakin pakaian Sunnah yang saya pakailah yang cukup me­yakinkan mereka bahawa saya ini orang Islam. Di mana-mana punorang mengiktiraf pakaian yang saya pakai ini sebagai lambang ke-Islaman saya. Bukan itu saja, malah pakaian begini juga boleh membuatkan orang yakin untuk memberi salam dan meminta pertolongan. Mereka tabu orang yang berpakaian begini setidak-tidaknya ada cita-cita hendak menjadi baik.

Misalnya satu pagi ketika dua orang pendakwah A1 Arqam berjalan berhampiran Istana Buckingham di London, datang berlari-lari seorang pemuda Pakistan yang bukan sahaja memberi salam tetapi dari jauh mendepakan tangan-

231

POI.JTl1( DAKW AH

nya untuk memeluk kedua-dua pendakwah tersebut. Dari pakaian mereka, dia sudah tahu bahawa kedua-dua

mereka itu mesti orang Islam. Ketika dia memeluk kemas kedua-dua ustaz itu, air matanya mencurah-curah keluar. Lepas itu baru mereka berkenalan dan beberapa ketika selepas itu dia berkata: "Saudara orang musafir. Tentu saudara perlu­kan wang."

Kedua-dua pendakwah itu menolak pemberiannya den· gan baik; Orang Pakistan itu kemudian berkata: "Rumah saya di Luton, datanglah. Kalau saya tidak ada di rumah, masuk· lah dulu. Ada satu bilik khusus untuk tetamu, beritahulah isteri saya bahawa saudara kawan saya. Tunggulah hingga saya pulang."

Satu hari yang lain, sedang saya dan dua orang lagi sahabat berjalan menuju stesen keretapi bawah tanah di Marble Arch setelah turun dari bas Oxford City Link, datang seorang wanita Inggeris yang masih muda mengadu dia dalam kesusahan. Bersamanya ada seorang bayi, dan tidak jauh darinya ada dua orang lagi kawan wanita itu yang juga mempunyai bayi. Mereka mungkin ada muslihat lain. Tetapi terfikir oleh saya, kenapa dalam ramai-ramai orang yang lalu· lalang itu, dia memilih kami untuk mengadu hal?

Sah bahawa tidak ada sebab lain kecuali kerana pakaian kami. Dia tahu bahawa orang-orang Islam atau setidak-tidak­nya orang-orang agama yang memuliakan syiar, biasanya baik hati dan sanggup menyelesaikan masalah sesama manusia. Itulah imej umum yang dipersetujui oleh semua orang walau­pun orang bukan Islam.

Di Kuala Lumpur sendiri satu hari ketika saya menaiki teksi bersama seorang sahabat dari AI Arqam, drebar teksi berbangsa Cina itu pun boleh mengandaikan bahawa orang yang berpakaian macam kami umumnya tidak akan melakukan perkara-perkara jahat. Dia asyik menceritakan tentang kekejaman perompak-perompak yang sering merompak drebar-drebar teksi di Kuala Lumpur. Saya berkata kepadanya, ''Sekarang kita hanya bertiga dalam teksi ini. Saudara tidak takutkah kami berdua merompak saudara?"

Dia menjawab dengan yakin, ''Mana boleh ooo. You orang

232

V CAPAN SALAM Dl KFSlSUKAN KOTA LONDON

sembahyang mana buat jahat sama orang. Saya tahu you mesti orang baik oo ... "

Memikirkan tentang pengalaman-penglarnan ini, maka bertambah yakinlah saya bahawa pakaian memainkan pe­ranan penting dalam menentukan identiti dan mengembang­kan sifat berbaik sangka dalam masyarakat. ltulah identiti lahiriah ke-Islaman dan itulah tanda yang mereka persetujui secara sepakat.

Dengan lain perkataan, sama ada secara langsung atau tidak, hati kecil mereka bukan sahaja telah sepakat mengakui bahawa itulah pakaian Islam, tetapi juga telah mengakui bahawa secara umumnya orang berjubah dan berserban boleh memayungi mereka dan tidak mungkin akan melakukan ke­jahatan. Maka orang berjubah serban perlu ditolong apabila mereka perlukan pertolongan dan perlu dibela apabila mereka ditekan.

DR MUHAMMAD SYUKRI SALLEH adalah pensyarah dan Pengerusi Sahagian Pengajian Pembangunan di Universiti Sains Malaysia. Setelah m~amatkan iJaza~ per:amanya eli USM, beliau rneneruskan pengajian ~njutanny~ dt Untvers1ty of East Anglia (M.A. dan Graduate Diploma m Economtcs) dan University of Oxford (ljazah Doktor Falsafah). Catat­an ini ditulis ketika beliau sedang menghabiskan pengajian Doktor Fal­safahnya di Universiti Oxford.

Beliau lahir di Kt1ala Besut, Terengganu pada 1 Ogos 1954.

233

Atas: Or Muhammad Shukri Salleh (klri seka/1) sedang berdakwah dl Hyde Park, London. Bewah: Bermesra dengan pelajar-pelajar tanahair di Pusat Pelajar-pelajar Malaysia, London.

234