menemui cinta di taman perbukuan

22
Menemui Cinta Di Taman Perbukuan Hari Semakin Senja Dikala Ini Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias 1 Menemui Cinta adalah kepuasan dan kebahagiaan dicapai setelah 25 tahun sesudah mengetahui membaca, menulis dan mengira. Dalam usia sebegini [hampir menghinggap angka 40 tahun], ketegasan dan berprinsip dalam pemikiran mula muncul setelah lama bereksperimen pelbagai bahan bacaan. Hasil pembacaan terlampau banyak untuk dibaca, dan dikalah oleh usia yang singkat. Justeru, kita perlu terus membaca kepada sumber ilmu Islam yang paling diyakini yakni al Quran. Bermula kehidupan dengan keraguan dan kekeliruan. Ada juga bermula dengan keegoan ilmu agama yang banyak. Begitu dengan pangkat dan kekayaan ibubapa. Yang bermula baik tidak semestinya mempunyai pengakhiran yang baik, begitulah sebaliknya. Yang Awal, Yang Akhir itu bukanlah milik manusia. Tetapi Tuhan Yang Hak menyuluh laluan manusia dengan pemberian ilmu yang ditanzilkan oleh-Nya melalui al Quran. Al Quran dijamin ketulenannya dan al Quran mesti menjadi panduan dalam kehidupan ini. Sayyid Qutb dan Kepalsuan Alam Pembacaan Sayyid Qutb menyatakan, ‘Sebenarnya penulis sendiri pun adalah termasuk salah seorang yang telah menghabiskan empat puluh tahun [40 tahun] umurnya dalam alam pembacaan. Pembacaannya yang utama ialah mengenai pengetahuan-pengetahuan ‘kemanusiaan’ yang memang menjadi hobinya; tetapi akhirnya dia kembali ke pangkuan sumber akidah dan konsepnya sendiri. Disini didapatinya bahawa pembacaannya selama ini terlalu kecil dan kerdil berbanding dengan 1 Berasal dari Terengganu Darul Iman. Pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah, Antropologi dan Sosiologi. Seorang peminat dan penuntut ilmu Islam di masjid. Kini seorang pendidik. Penulis bukan seorang ustaz. Penulisan ini bukan penulisan ilmiah, ia hanya nota pembacaan penulis sahaja.

Upload: independent

Post on 30-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Menemui Cinta Di Taman Perbukuan Hari Semakin Senja Dikala Ini

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias1

Menemui Cinta adalah kepuasan dan kebahagiaan dicapai setelah 25 tahun

sesudah mengetahui membaca, menulis dan mengira. Dalam usia sebegini

[hampir menghinggap angka 40 tahun], ketegasan dan berprinsip dalam

pemikiran mula muncul setelah lama bereksperimen pelbagai bahan bacaan. Hasil

pembacaan terlampau banyak untuk dibaca, dan dikalah oleh usia yang singkat.

Justeru, kita perlu terus membaca kepada sumber ilmu Islam yang paling diyakini

yakni al Quran.

Bermula kehidupan dengan keraguan dan kekeliruan. Ada juga bermula dengan

keegoan ilmu agama yang banyak. Begitu dengan pangkat dan kekayaan ibubapa.

Yang bermula baik tidak semestinya mempunyai pengakhiran yang baik, begitulah

sebaliknya. Yang Awal, Yang Akhir itu bukanlah milik manusia. Tetapi Tuhan Yang

Hak menyuluh laluan manusia dengan pemberian ilmu yang ditanzilkan oleh-Nya

melalui al Quran. Al Quran dijamin ketulenannya dan al Quran mesti menjadi

panduan dalam kehidupan ini.

Sayyid Qutb dan Kepalsuan Alam Pembacaan

Sayyid Qutb menyatakan,

‘Sebenarnya penulis sendiri pun adalah termasuk salah seorang yang telah

menghabiskan empat puluh tahun [40 tahun] umurnya dalam alam pembacaan.

Pembacaannya yang utama ialah mengenai pengetahuan-pengetahuan

‘kemanusiaan’ yang memang menjadi hobinya; tetapi akhirnya dia kembali ke

pangkuan sumber akidah dan konsepnya sendiri. Disini didapatinya bahawa

pembacaannya selama ini terlalu kecil dan kerdil berbanding dengan

1 Berasal dari Terengganu Darul Iman. Pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah, Antropologi dan

Sosiologi. Seorang peminat dan penuntut ilmu Islam di masjid. Kini seorang pendidik. Penulis bukan seorang ustaz. Penulisan ini bukan penulisan ilmiah, ia hanya nota pembacaan penulis sahaja.

pembendaharaan dari sumber akidahnya yang begitu penuh dan padat. Penulis

sendiri sedar bahawa tiada jalan lain lagi kecuali menerima sahaja realiti yang

telah dilaluinya dan tidak menyesali umurnya 40 tahun yang telah dihabiskannya

itu; dapat mengenali kepalsuannya, kelemahannya, kementahannya dan sikap

angkuhnya yang membikinnya bertindak seolah-olah kucing berlagak harimau.

Dia mengetahui dengan jelas dan nyata bahawa seorang muslim tidak mungkin

menemui titik pertemuan di antara sumber-sumber Islam dengan sumber-

sumber jahiliah’.2

Penulis pernah menjelaskan tujuan pembacaan yang sebenarnya ialah mengenali

Allah dan mendekatinya; membezakan antara kebenaran dengan kejahilan;

penambahan maklumat dan pengetahuan. Pembaca yang baik bukan sahaja

mendapat ilmu tetapi beramal, istiqamah dengan amalan dan menyebarkan

kembali ilmu tersebut kepada orang lain.

Kita boleh banyak membaca tetapi hasil pembacaan tersebut biarkan kepada

pengukuhan iman yakni beriman kepada Allah SWT. Pembacaan yang banyak itu

baik tetapi jika untuk memenuhi hawa nafsu dan dicemari oleh sifat mazmumah

seperti riak, takbur, mahu membantai pendapat orang lain, mahu berhujah

adalah lambang kehilangan adab seorang penuntut ilmu dan manusia berilmu.

Allah Maha Mengetahui menurunkan konsep IQRA [Surah al –‘Alaq: 1-5]

menunjukkan bahawa Islam dan ilmu itu hubungannya sangat rapat. Kembali

kepada Tuhan jika kita seorang yang berilmu.

Sayyid Qutb menghabiskan usia 40 tahun dalam alam pembacaannya yang

disifatkan kerdil. Pembacaan seorang sasterawan dan pakar pendidikan seperti

Sayyid Qutb sudah tentu banyak. Akhirnya, beliau kembali kepada pangkuan al

Quran setelah ‘pengetahuan kemanusiaan’3 yang dipegang selama ini adalah

khayali dan palsu.

2 Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Zaman, BC: CN, 2003.

3 Sayyid Qutb seorang sasterawan yang cenderung kepada sosialisme.

Fenomena Ekstrem

Fenomena ekstrem melibatkan individu dan kelompok dalam kelompok tertentu.

Ada sesetengah mereka keluar dan menubuhkan kelompok sendiri. Antara sifat

asasi kelompok ini ialah kefahaman tidak jelas dan dibuat secara literal,

pendekatan tidak berhikmah, hanya melihat teks bukannya konteks, dan budaya

penghukum. Mereka menghukum orang dan kelompok lain dengan melabel,

mengutuk, menghina, mencaci, mengkritik tanpa adab, menyesat dan sanggup

mengkafir orang lain.

Dalam gerakan Islam, kumpulan tareqat, aliran pemikiran dan dunia ulama,

terdapat para pemimpin dan para ulama melampaui batas-batas ilmu, dakwah

dan adab dalam mengemukakan pendapat/pandangan atau dalam

mempertahankan hujah mereka. Dalam Ikhwanul Muslimin zaman Mursyidul Aam

Kedua, Hassan Hudaybi, kelompok ekstrem terdiri daripada anak muda yang

terpengaruh dengan pemikiran Sayyid Qutb [Konsep al Hakimiyyah]4 telah

menyalah-guna pemikiran Sayyid Qutb dan memilih pendekatan keras sehingga

merebaknya fenomena ekstrem [Kafir mengkafir] dalam Ikhwan. kelompok

tersebut dikenali sebagai Takfir Wa al Hijrah. Dalam usaha mengendurkan

kelompok ekstrem, Hassan al Hudaybi menulis buku Pendakwah Bukannya

Penghukum.5

4 Sayyid Qutb berpegang kepada kefahaman tauhid menurut salafi iaitu penekanan terhadap al Uluhiyyah dan

Rububiyyah yang menjadi intipati al Tauhid. Ia adalah Tauhid al Ibadah atau al Ubudiyyah. Beliau juga berpegang bahawa meng-Esa-kan Allah dari sudut al Uluhiyyah adalah manifestasi daripada kalimah syahadah [Surah Muhammad: 19]. Perbezaan antara pegangan Tauhid Uluhiyyah atau Ubudiyyah ulama salafi atau ulama sezaman ialah Sayyid Qutb memperluaskan fahaman ini dengan menfokuskan kepada persoalan Hakimiyyah dan Tasyri’. Pemikiran Hakimiyyah [Surah at Taubah: 31, Surah Al Jatsiah: 23, Surah Asy Syura: 21] telah dibicara secara terbuka oleh Maulana Abul ‘Ala al Maududi. Sayyid Qutb membahagikan Tauhid Uluhiyyah kepada dua iaitu Tauhid Uluhiyyah pada zat dan sifat. Kedua, Tauhid Uluhiyyah pada Sultah, Hakimiyyah dan Tasyri’. Menurut Sayyid Qutb, konsep ibadah bertitik tolak kepada kalimah syahadah. Setiap muslim bukan sahaja mengucapkan kalimah syahadah tetapi mereka perlu menunaikan kandungan dan tuntutan kalimah syahadah iaitu mereka tidak boleh mengambil selain dari Allah sebagai Ilah termasuk dalam pemerintahan dan perundangan. Agama Islam adalah Hakimiyyah Allah, ternafi hakimiyyah ternafilah wujudnya agama ini. 5 Fasal IV buku ini, Hassan Hudaybi menolak konsep Hakimiyyah tetapi pendapat dalam Fasal V menyokong konsep

Hakimyyah secara tidak langsung dimana penguraian konsep Hakimiyyah tanpa menyebut konsep Hakimiyyah. Fasal IV membuka pintu fitnah apabila penulisan beliau digunakan oleh musuh Islam dan musuh Sayyid Qutb untuk

Konflik antara kelompok Salafi vs Khalaf, Tradisionalis vs Ahli Hadith, Wahabi vs Al

Ahbash dan Syiah vs Sunni menjadi ‘perang intelektual’ bahkan menjadi medan

sesat menyesatkan dan kafir mengkafir sehingga berbunuhan sesama orang yang

mengaku Islam.

Dalam penelitian kita terhadap fenomena ekstrem dalam masyarakat Islam

melibatkan budaya kafir mengkafir disebabkan oleh dua pengaruh iaitu perbezaan

dalam politik dan aliran pemikiran. Kita juga perlu mengetahui dan mengatasi

punca sebenar berlakunya budaya kafir mengkafir dan fenomena ekstrem itu

sendiri. Setakat hari ini, hanya agama Islam dan Umat Islam dituduh sebagai

pesalah tanpa melihat punca sebenar perkara ini. Antara sebab fenomena

ekstrem dan budaya kafir mengkafir berlaku ialah

1. Kejahilan individu dan kumpulan yang telah nyata melanggari perkara

membataskan iman dan kufur.

2. Pemerintah yang zalim menindas umat Islam dan memperlekehkan Islam.

3. Kuasa besar dan kuasa sebalik tabir kuasa besar yang sememang membenci

Islam berdasarkan Tanzil dan sejarah.

4. Kumpulan pembaharu Islam ala Barat yang jelas bermudah-mudahan dan

mengunakan logik akal dalam mengkaji al Quran dan hadith.

5. Kehilangan adab dan ilmu seperti sifat hormat menghormati dalam mendepani

pertembungan antara aliran pemikiran dalam umat Islam. Maka berlaku

pertembungan antara salaf vs khalaf, dan Wahabi vs Tradisionalis.

6. Kebiadapan pemimpin umat Islam terhadap Islam dan pendukungnya, apabila

mereka berani membuat kenyataan terbuka terhadap Allah, Rasul-Nya, al Quran

dan hukum-Nya, [Abdul Hadi Awang] menghina hukum Allah yang ada nas,

menghina sunnah Rasulullah SAW dan mempertikaikan ajaran al Quran.

7.Kejahilan mereka yang sangat cintakan Islam yang tidak dapat mengawal

perasaan marah terhadap kezaliman, kebiadaban dan penghinaan terhadap Islam mengkritik Sayyid Qutb. Ramai yang berpendapat pemikiran Sayyid Qutb melengkapkan pemikiran dan perjuangan Hassan al banna.

dan umat Islam. Mereka bersemangat terlalu tinggi sehingga melenting kerana

mempertahankan Islam yang sangat dikasihinya sehingga kadangkala melampaui

adab-adab dakwah, kaedah dan ilmunya.6

8. Sesetengah orang berpengetahuan agama termasuk para ulama yang

menyatakan hujah, dalil dan pandangan yang benar tetapi tujuan mereka batil.

Perkara ini digambarkan dalam gaya hidup mereka.

Akibatnya, pendekatan kafir mengkafir, sesat menyesatkan bahkan sanggup

membunuh dalam mencapai kebenaran palsu mereka.

Menyesatkan dan mengkafirkan orang lain perlu dijauhi daripada bersifat

bermudah-mudahan dalam menjatuhkan hukuman kafir dan sesat terhadap

seseorang individu dan kelompok. Jangan mudah menyesat dan mengkafirkan

orang lain kecuali mereka jelas menunjukkan kesesatan dan kekafiran mereka.

Pandangan mengkafir seseorang perlu diputuskan dengan adil dan penghukuman

dalam konteks ilmu dan adab.

Perkara membatalkan iman dan kufur perlu dibuat secara teliti dan berhati-hati

agar ia tidak melakukan keputusan yang tidak adil. Dalam Rukun Faham, Prinsip

20, Hassan al Banna menyatakan, Kita tidak mengkufurkan seorang muslim yang

mengucap dua kalimah syahadah dan masih mengamalkan tuntutan dua kalimah

syahadah serta menunaikan amalan fardhu –sama ada mengikut suatu pendapat

atau kerana melakukan suatu maksiat-kecuali jika dia mengeluarkan ucapan

kufur dan mengakuinya, atau menolak sesuatu yang menjadi asas agama atau

tidak mempercayai kenyataan al-Quran yang jelas, atau mentafsir al-Quran

menurut cara yang tidak bertepatan sama sekali dengan gaya bahasa Arab,

atau melakukan sesuatu yang tidak boleh diandaikan kecuali sebagai kufur.

Kenyataan Hassan al Banna wajar menjadi pembatas kepada kita agar tidak

mengkafir orang dengan mudah.

Mendepani budaya kafir mengkafir sangat sukar apabila pihak yang dituduh

sememangnya memiliki unsur-unsur atau ciri-ciri yang melayakkan mereka

6 Abdul Hadi Awang, Amanah Haji Hadi, KL: Jab Penerangan PAS, 2002.

dikafirkan. Manakala pihak yang mengkafir pula terlalu gopoh dan tidak

berhikmah dalam mendepani persoalan ini. Dilema ini membuat banyak gerakan

Islam mengambil keputusan menyelesaikan masalah ini secara diam atau dalaman

[menyokong nampak tidak dan menentang nampak tidak] dengan menasihat dan

membuat teguran dalaman. Kebanyakan anggota yang terlibat dengan

ekstremisme ini akhirnya akan keluar atau dipecat daripada gerakan Islam.

Hassan al Hudaybi dan ulama Ikhwan cuba mengatasi masalah fitnah takfir ini

melalui pelbagai dialog dan ceramah tetapi gagal. Golongan ini diseru agar

berbaiah kepada pimpinan dan jemaah. Mereka berkata “kami berbai’at untuk

mengikuti jemaah kecuali dalam masalah takfir. Hendaklah masalah ini

diserahkan pada ijtihad masing-masing orang!”

Hassan Hudaybi menjawab “harus mengikuti jemaah dalam segala hal termasuk

masalah takfir. Siapa yang tidak siap berbai’at seperti itu, maka hendaklah

mencari jemaah selain Ikhwanul Muslimin!”

Akhlak Dan Ulama

Akhlak adalah buah iman dan ilmu. Penanda aras dan suri teladan akhlak terbaik

buat manusia sepanjang zaman dan pada setiap ketika adalah akhlak Nabi

Muhammad SAW [Surah al Ahzab: 21]. Baginda mempunyai budi pekerti yang

mulia dan agung [Surah al Qalam: 4]. Maka, kita sebagai manusia perlu

mencontohi teladan daripada Nabi Muhammad SAW dalam menjalani kehidupan

seharian kita.

Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Siapakah antara orang beriman

yang paling baik?. Rasulullah SAW menjawab: ‘Yang paling baik antara mereka

ialah orang yang paling baik akhlaknya’ [Riwayat Ibnu Majah]

Pada hari ini, ramai lepasan pengajian Islam, kalangan ulama dan ilmuwan yang

mentafsirkan Islam dengan kehendak akal dan nafsu mereka. Antara tujuan

mereka untuk kepentingan diri, kumpulan dan aliran pemikiran. Mereka

mengunakan hujah yang benar tetapi tujuan yang batil.

Bagaimana kita hendak menghadapi keadaan seumpama ini?.

Kita boleh melihat pada diri manusia yang ‘bercakap tidak serupa bikin’ seperti di

bawah:

1. Bermalas-malasan melakukan perkara ketaatan yang dianjurkan oleh agama.

2. Tidak mengamalkan perkara yang diajar dalam al Quran, hadith dan kitab

karangan ulama.

3. Banyak meninggalkan perkara sunnah Rasulullah SAW.

4.Menjuzuk-juzukkan agama dengan bersifat selektif. Mengamalkan Islam semasa

mood baik dan melakukan amalan yang dirasa perlu sahaja.

5. Tidak berasa bersalah di atas kelalaian.

6. Meninggalkan bacaan al Quran dan zikir harian

7. Bermudah-mudahan dalam beragama

8. Tidak menjaga lidah dan akhlak mereka.

Kita manusia yang lemah, banyak kekurangan dan seringkali melakukan kesilapan.

Hidup ini menjadi proses kita membina kesempurnaan semampu mungkin kerana

kesempurnaan sebenar hanya milik Allah SWT. Dan maksum hanya sifat para rasul

bukannya sifat manusia secara amnya.

Ulama juga manusia biasa yang banyak kelemahan, kesilapan dan kekurangan.

Mereka hanya menyusun yang mempermudahkan umat Islam belajar agama

Islam dan mentaati agama. Kita tidak menafikan sesetengah ulama yang

berkepentingan bahkan bertujuan batil dan jahat serta ekstrem. Kita dianjurkan

kembali kepada ajaran al Quran dan hadith Rasulullah SAW. Kita boleh mengelak

daripada ditipu jika belajar tentang Islam terutamanya tentang al Quran walaupun

kita bukan ulama atau berasal dari pengajian Islam. Kita jangan salah penipu jika

kita ditipu (diperbodohkan), salahkan diri sendiri kerana merelakan diri ditipu.

Dalam al Quran dan al Sunnah, kebanyakannya ayat-ayat al Quran yang boleh kita

fahami maksud melalui kitab terjemahan dan tafsir al Quran. Tidak banyak ayat al

Quran yang sukar7 [Surah Ali Imran: 7] difahami yang perlu dirujuk kepada ulama

yang rabbani dan berwibawa.8 Justeru, lazimkanlah pengkajian al Quran dilakukan

pada setiap hari. Punbegitu, dalam pembinaan ijtihad, kita perlu mempelajari

dengan guru berwibawa dan mengikuti kaedah-kaedah ilmu yang sebenar.

Kita juga mesti berguru dengan guru yang berwibawa, berakhlak dan beramal

secara istiqamah dengan Islam. Kita perlu belajar dengan pelbagai guru daripada

pelbagai aliran dan tempat agar ilmu kita tidak menghasilkan diri kita sebagai

pentaksub yang jumud, sesat dan ekstrem.

Manusia, Akal dan Berfikir

Al Quran adalah kitab hidayah dan syariat. Mukjizat Rasulullah SAW yang paling

agung menyinari zaman dan setiap nafas dalam setiap waktu dengan

pemeliharaan dan penjagaan daripada Allah [Surah al Hijr: 9] tentang keaslian al

Quran. Al Quran menjadi bukti kekuasaan Allah di alam dan pada diri manusia

sendiri [Surah Fussilat: 53] bagi sesiapa yang berakal dan mahu berfikir.

Manusia yang mahu berfikir dan berakal sering memerhatikan fenomena alam

[Surah Ali Imran: 190-191] untuk menyatakan kekerdilan manusia yang bijak

berbanding kekuasaan dan kebesaran Allah SWT [Surah al A’raf: 185]. Manusia

perlu merenung keajaiban semua kejadian Allah SWT [Surah al Ra’ad: 2-4]:

1. Berfikir tentang lautan [Surah Nahl: 14-18]

2. Berfikir tentang binatang [Surah al Nahl: 66]

7 Ayat Muhkamaat yang tetap. Ayat Mutasyaabihaat yang samar.

8 Seseorang perlu mempelajari kaedah ilmu tafsir. Dalam memikirkan ayat al Quran, seeorang tidak boleh

mengutamakan pentafsiran ayat al Quran mengikut kehendak akal dan nafsu mereka sahaja. Ayat al Quran perlu ditafsir dengan ayat al Quran diikuti dengan ayat al Quran ditafsir dengan al sunnah. Jika tafsiran kita bertentangan dengan al Quran dan al Sunnah, secara automatiknya pentafsiran kita adalah ditolak. Kebanyakan Salafussoleh tidak mentakwil ayat-ayat al Quran kerana dibimbingi menyalahi maksud. Perbincangan ayat al Quran tanpa mentafsirkannya dengan al Quran dan al Sunnah perlu berhati-hati supaya tidak terjerumus ke lembah kesesatan ekoran menuruti kehendak akal dan nafsu manusia.

3. Berfikr tentang bahasa dan warna kulit yang berlainan [Surah al Rum: 22]

4. Berfikir tentang kejadian hujan dan petir [Surah al Rum: 24]

5.Berfikir tentang kejadian tumbuh-tumbuhan [Surah Fatir: 27-28. Surah al An’am:

95]

6. Berfikir tentang Kejadian manusia [Surah al Rum: 20. Surah al An’am: 98. Surah

al Hajj: 5. Surah al syura: 49-50]

7. Berfikir tentang sejarah manusia yang lampau [Surah Yusuf: 109. Surah al Rum:

9. Surah al Mu’min: 21-22]

Allah SWT telah menyatakan pelbagai dalil supaya manusia berfikir tentang

hakikat kejadian alam untuk mengenali dan mendekatkan lagi manusia dengan

diri-Nya. Jangan sesekali manusia menzalimi diri sendiri dengan menolak

kebenaran al Quran [Surah al An’am: 104. Surah al Kahf: 57. Surah an Nisa’: 82]

yang telah menjadi bukti hakikat kewujudan Allah.

Allah menurunkan al Quran dalam konteks ilmu [Surah al A’raf: 52] yang

membolehkan kita berfikir dengan waras dan tenang. Sesiapa yang waras dan

berakal pasti menemui faedah dan hidayah daripada al Quran [Surah Sad: 29].

Memahami Tuhan dan Agama

Adakah Tuhan wujud?. Bagaimanakah Tuhan Wujud?. Seorang agnostik iaitu

seseorang yang tidak tahu sama ada Tuhan wujud atau tidak. Mereka tidak dapat

membuktikan sama ada Tuhan wujud atau tidak.

Semua sistem kepercayaan agama dikaitkan dengan apa cara jua dengan

kebenaran asas yang sama iaitu berkenaan keWUJUDan tetapi cara pengetahuan

ini dapat dizahirkan sebagai kepercayaan agama tidak terbatas.

Sekiranya kita hidup seolah-olah seperti Tuhan tidak wujud, tentu tidak ada

masalah hanya jika Tuhan tidak benar-benar wujud tetapi tentu kita mempunyai

masalah serius jika Tuhan memang WUJUD. Seorang agnostik, apa yang paling

logik adalah untuk menerima hakikat bahawa Tuhan wujud kecualilah terbukti

sebaliknya.9

Ramai kalangan kita memahami agama Islam dan Tuhan berdasarkan akal dan

nafsu kita. Ada pula cuba memahami Islam dan Tuhan daripada kacamata Barat

dan ilmu-ilmu moden. Memahami Islam dan Allah perlu daripada kacamata al

Quran dan al Sunnah. Bahkan memahami kehidupan manusia dan dunia ini perlu

melalui kacamata al Quran dan al Sunnah kerana hakikat kebenaran dalam

kehidupan ialah dari Tuhan Yang Hak yakni Allah Maha Pencipta. Mana mungkin

kita memahami kehidupan dengan fahaman manusia sedangkan al Quran

dikurniakan kepada kita.

Sesetengah daripada kita memahami agama daripada konteks ilmu sosiologi.

Justeru, kita menilai Tuhan dan Islam sebagaimana pemikir Barat menilai agama

dan Tuhan mereka. Perkara ini jelas melanggari konsep Tanzil.

Kebenaran yang Allah tanzilkan melalui al Quran dengan pengutusan Nabi

Muhammad SAW pembawa berita gembira dan amaran [Surah al Isra’: 105].

Keimanan dan ketundukan [penyerahan diri] seseorang individu bergantung

kepada ilmu yakni al Quran yang ditanzilkan oleh Allah [Surah al Isra’: 107].

Keimanan dan ketundukan-penyerahan diri individu ini dalam usaha melunaskan

Perjanjian Asali dengan Allah dalam Alam Roh [Surah al Isra’: 108].

Tanzil inilah menjadi hakikat kebenaran mutlak kerana sumber ilmu ini datang

terus daripada Allah SWT. Ketundukan kepada apa yang diTanzil menentukan

tahap keimanan kita dan menentukan kedudukan kita sama ada muslim atau

mukmin, munafik atau bertaqwa, dan Islam-beriman atau kafir. Dan Islam

menolak kebenaran relatif yang meragukan, pragmatis [tidak tetap dan tidak

berprinsip] dan keliru dalam persoalan agama dan Tuhan.

‘Al-Tanzil’ adalah satu panduan hidayah untuk manusia mengenali Allah dan

sekaligus tanggungjawab Allah [Surah al Rahman: 2-4] membimbing manusia

menuju kepada diri-Nya.

9 Muhammad al Mahdi, Teori Kesatuan Kewujudan, KL: ITBM, 2011.

Ilmu Bukan Sekadar Modal Untuk Berwacana

Antara fungsi ilmu ialah [1] mengenali Allah, [2] mendekatkan diri dengan Allah,

[3] pengetahuan yang memberi batas antara perkara baik dengan jahat/batil, [3]

membimbing ke arah kebenaran. Ilmu bukan sekadar tahu/pengetahuan yang

menjadi ruang mimpi indah bagi pengkhayal ilmu, alat untuk membantai orang

lain, wacana tanpa penyelesaian, perbincangan yang melekakan dan menjahati

orang lain. Ilmu itu adalah sumber untuk beramal dan istiqamah dalam amalan.

Imam al Ghazali mengatakan,

‘Ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu pula adalah sia-sia’.10

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan manusia daripada perbuatan

maksiat dan belum mendorong kita untuk taat dan tidak menjauhkan diri kita

daripada neraka. Perkara ini berlaku kerana kita tidak mahu beramal dengan ilmu

yang benar ada pada diri kita dan tidak membuat pembetulan ke atas segala

kesilapan dan kelemahan masa lalu.

Imam al Ghazali menyatakan,

‘Pati segala ilmu itu ialah bahawa engkau mengetahui cara mengerjakan

ketaatan dan ibadat akan Allah Taala.

Taat dan ibadat itu ialah aturan Allah pada segala suruhan, larangan, perkataan

dan perbuatan. Semuanya mesti mengikut peraturan [Syariat].

Tanpa taat dan ibadat kepada Allah, ilmu tidak akan berguna buat diri di dunia

dan akhirat. Ketinggian ilmu sehingga PhD tidak memberi apa-apa makna jika

tidak mentaati dan beribadat kepada Allah.

‘Siapakah antara orang beriman yang paling bijak? Rasulullah SAW menjawab,

‘Orang yang paling banyak mengingati mati dan paling rapi membuat persiapan

untuk kehidupan selepas matinya. Mereka itulah orang yang paling bijak’

[Riwayat Ibnu Majah]

10

Imam al Ghazali, Ayyuhal Walad, KB: Pokok Sena, 2007.

Ketinggian ilmu dan banyak membaca bukanlah paling bijak di sisi Allah dan Rasul-

Nya kerana orang paling bijak banyak mengingati Allah dan bersedia untuk

hidup selepas mati.

‘Ilmu itu untuk dipraktis bukan sekadar sembang kencang’

Ilmu dan Tulisan

Ilmu tidak ke mana tanpa tulisan. Belajar dan mencari ilmu perlu disertai dengan

menulis.

Jika tidak pengkongsian dengan orang lain, paling kurang tulisan dapat

menginsafkan diri dan memantapkan lagi ilmu berada dalam ‘dada’ kita.

Penulisan adalah alat dakwah.

Mencari Ilmu Fundamental (Asas)

Adat berguru, bertanya. Disinilah punca ilmu para pendamba ilmu dan penuntut

ilmu. Bertanyalah orang yang mengetahui jika kita tidak mengetahui [Surah an

Nahl: 43].

Ilmu dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu ilmu untuk manfaat di

akhirat dan ilmu untuk manfaat dunia. Dalam ilmu untuk manfaat di akhirat

terbahagi dua iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

Ilmu untuk manfaat dunia mahupun ilmu untuk manfaat akhirat, sumbernya

adalah sama iaitu al Quran dan Sunnah diikuti dengan akal dan pengalaman

manusia yang dibatasi oleh al Quran dan Sunnah.

‘Ilmu itu terletak kepada keaslian sumber, keyakinan dan kefahaman seseorang’

Ilmu Bukan Hanya Pada Selebriti Agama

Dalam menerima nasihat, jangan lihat pada akhlak dan peribadi seseorang, lihat

pada apa [ucapan dan tulisan] yang beliau nasihati. Kemudian, jangan sesekali

cuba mencungkil cerita nak tahu tentang akhlak dan amalan orang yang

menasihati, kelak nanti kita akan kecewa.

Ilmu bukan sekadar kata-kata atau ucapan. Ilmu juga berkait dengan pengamalan,

keyakinan dan hati manusia. Pengamalan, ucapan, akhlak, keyakinan dan hati

manusia dipengaruhi oleh kadar ilmu yang seseorang miliki.

‘Tanpa adab dan akhlak, ilmu tidak berkesan pada hati nurani dan pemikiran

[pandangan alam] seseorang’

Jika Kamu Mahu Berilmu

Jika kamu mahu berilmu, carilah guru yang berwibawa dari segi ilmu dan

akhlaknya.

Jika kamu mahu berilmu, berguru dengan pelbagai guru dan pelbagai aliran serta

merantau ke pelbagai ceruk rantau.

Jika kamu mahu berilmu, kasihi dan hormati para ulama. Mereka tidak maksum

dan banyak kekurangan dan kesilapan, segala teguran perlu dibuat dengan penuh

adab.

Jika kamu mahu berpihak [organisasi dan aliran] dan bertaklid, jangan sesekali

tergolong dalam kelompok ekstrem. Berbahas dalam konteks ilmu dan adab.

Hormat-menghormati dan kasih mengasihi walaupun berbeza pandangan dan

kumpulan.

Jika kamu mahu berguru, ingatlah bahawa gurumu tidak maksum, aliranmu tidak

semestinya benar. Maka ikutilah al Quran dan hadith sahih dalam menyemak

amalan kamu dan pandangan ilmu daripada ulama yang kamu pelajari. Ikut al

Quran dan hadith bukan ikut ajaran gurumu.

Jika kamu mahu berilmu, pertimbangan ilmu menjadi neraca dan adab menjadi

jalan.

Jika kamu mahu berilmu, keganasan dan kekerasan hendaklah ditolak.

Jika kamu mahu berilmu, terima Islam secara syumul bukannya mengikut

kehendak akal dan nafsu.

Jika kamu mahu berilmu, jangan sesekali meninggalkan ilmu tauhid, ilmu feqah

dan ilmu tasawuf. Rangkaian ilmu yang wajib dalam Islam.

Jika kamu mahu berilmu, tasawuf itu terbahagi kepada tiga elemen iaitu tasawuf

falsafah/ilmu, tasawuf zikir/tareqat dan tasawuf akhlak. Ketiga-tiga elemen perlu

digabung dan berada dalam satu ‘gelas’. Berhati-hati dalam bertareqat jangan

sampai menyalahi syariat dan taksub pada guru serta menyisih ajaran al Quran

dan Sunnah. Pada hari ini, tareqat dan guru mursyid hampir tiada dek

pancaindera manusia yang sudah dirosakkan oleh maksiat yang mengelapkan

hati.

‘Tasawuf tidak semestinya bertareqat, bertareqat adalah tasawuf selagi

menepati ajaran al Quran dan al Sunnah’.

Setelah Berilmu, Beramal

Imam al Ghazali menyatakan,

‘Jadi jika engkau belajar ILMU seratus tahun lamanya (belajar selama 100 tahun),

dan engkau menghimpunkan seribu buah kitab (1000 buah kitab) maka engkau

masih BELUM layak mendapat RAHMAT Allah Taala kecuali dengan

mengAMALkan ilmu ini’.

Berilmu jika tidak beramal bagaikan menanam pokok tetapi tidak menghasilkan

buah. Amalan adalah buah ilmu.

Berilmu dengan beramal menunjukkan tahap keyakinan kita terhadap ilmu itu

sendiri. Adakah ilmu itu setakat cakap-cakap atau sembang kencang di forum-

forum?. Adakah tahap keyakinan terhadap ilmu yang dipelajari, 100%, 75%, 50%,

25% atau bersifat jahil?.

Kejahilan menunjukkan ilmu kita tanpa darjah keyakinan yang tinggi. Apabila tiada

keyakinan, amalan tidak akan dilaksanakan. Orang Musyrikin Mekah mengakui

Allah itu ada tetapi meragui dan tidak menyakini Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Umat zaman ini? Mengetahui tentang Allah tetapi tidak menyakini al Quran.

Beramal Biar Istiqamah

Belajar dan memiliki ilmu lebih mudah daripada beramal. Beramal lebih mudah

daripada istiqamah dalam amalan. Semua orang tahu tetapi sedikit yang

menyakininya. Keyakinan adalah kekuatan sebenar manusia. Keyakinan

melahirkan istiqamah dalam amalan dan berprinsip dalam tindakan. Manakala

kefahaman kita membentuk diri kita. Jangan sampai kefahaman kita bertuhan

dalam diri. Biarkanlah kefahaman Islam daripada kacamata/pandangan al Quran

dan Hadith membina aqidah, amalan dan akhlak kita.

‘Jangan hanya hidup berdasarkan kefahaman kita sahaja, biar kefahaman kita

berpasak dalil al Quran dan Sunnah Rasulullah’

Mati Biar Beriman

Kamu yakin kamu akan mati?

Jika kamu yakin, luruskan aqidah. Carilah Allah melalui jalannya iaitu Islam dan

sumber ilmu Islam iaitu al Quran.

Jika kamu yakin, jaga akhlakmu sama ada dalam ucapan dan tulisan. Akhlak hasil

pengungkapan hati kita. Bersihkan hati, jangan dikotori.

Jika kamu yakin, usaha kamu di dunia beriringan dengan mengingati Allah dan

berdasarkan pertimbangan hari akhirat.

Jika kamu yakin, ikat ukhwah dengan anggota keluarga, sahabat dan jiran.

Jika kamu yakin, bersedeqah untuk tuaian hasil di akhirat kelak.

Jika kamu yakin, berusaha sekeras mungkin untuk kekal solat berjemaah awal

waktu di masjid. Datang 10 minit lebih awal.

Jika kamu yakin, lazim membaca al Quran dan terjemahan paling kurang satu

halaman setiap hari.

Jika kamu yakin, basahi bibirmu dengan zikir dan selawat sepanjang dirimu

bernafas.

Jika kamu yakin, puasa sunat Isnin dan Khamis

Jika kamu yakin, bangun malam untuk beribadah dan mengamalkan solat sunat.

Solat sunat seharian yang perlu dibuat oleh orang beristiqamah ialah Solat

tahajud, Dhuha (waktu pagi-siang) dan Witir. Sesungguhnya menjadi orang soleh

adalah satu proses yang mencabar dan ia disusuli antara kejayaan dan kegagalan.

Berjuanglah.

Menolak Bida’ah

Dalam Prinsip 20 Rukun Faham, Hassan al Banna menyatakan,

11. Setiap amalan bid‘ah yang dimasukkan ke dalam agama Allah dan tidak

berasas (diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada

mereka menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat dan perlu

diperangi serta dihapuskan dengan cara yang terbaik dan tidak membawa kepada

keadaan yang lebih buruk.

12. Bid‘ah yang dilakukan dengan cara menambah [Bida’ah idhafiyyah] ataupun

meninggalkan[ Bida’ah al Tarkiyyah] atau beriltizam dengan mengamalkan

sesuatu ibadat merupakan masalah perbezaan pendapat dari sudut fikah. Masing-

masing mempunyai pendapat yang tersendiri. Namun tidak salah untuk mencari

kebenaran dengan berpandukan dalil dan bukti.

13. Mengasihi, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan

baik yang mereka lakukan adalah suatu amalan mendekatkan diri dengan Allah

Taala. Apa yang dimaksudkan dengan wali ialah mereka yang disebutkan oleh

firman Allah:"(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka

pula sentiasa bertaqwa." ( Surah Yunus: 63)

Karamah berlaku pada mereka dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Namun perlu diyakini mereka yang diredai oleh Allah ini tidak mampu

mendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan untuk diri mereka sendiri ketika

hayat mereka dan juga setelah kematian mereka, apatah lagi untuk

melakukannya kepada orang lain.

14. Menziarahi kubur adalah sunnah dan disyariatkan dengan cara yang

dinyatakan oleh sunnah. Walaupun bagaimanapun meminta bantuan ahli kubur

walau siapapun mereka atau menyeru nama mereka atau meminta sesuatu hajat

daripada mereka dari dekat atau jauh atau bernazar untuk mereka atau membuat

binaan atas kubur atau menyelimutkan kubur atau memasang lampu di kubur

atau menyentuh dan mengucup kubur itu atau bersumpah dengan nama yang lain

daripada nama Allah atau apa sahaja bid‘ah yang berkenaan dengannya adalah

dosa besar yang perlu diperangi. Kita tidak akan bertolak ansur dengan semua

amalan ini agar tidak timbul perkara yang lebih buruk.

15. Doa yang dikaitkan dengan tawasul kepada Allah menggunakan perantaraan

salah satu makhlukNya adalah perkara yang melibatkan perselisihan pendapat

yang bersifat cabang. Masalah ini lebih kepada masalah dalam kaedah berdoa dan

bukan masalah akidah.

Kita berpegang kepada pendapat Imam Hassan al Banna seperti di atas.

Kehidupan Adalah Medan Ujian, Adil Dalam membuat Pilihan

Untuk mencapai kerja yang baik, seorang pelajar mesti mengambil ujian. Sebelum

mengambil ujian, guru akan mengajar pelajar mengunakan buku teks. Daripada

buku tekslah skema jawapan untuk ujian tadi disediakan. Untuk berjaya seseorang

pelajar itu perlu menjawab berdasarkan apa yang diajar oleh guru tersebut

berdasarkan buku teks. Dalam ujian, ada yang gagal dan ada yang berjaya.

Allah SWT mencipta manusia dengan penuh pertanggungjawaban dan bukan

main-main [Surah al Anbiya’: 16]. Ada sesetengah kita mempersoalkan keadilan

Allah yang mencipta manusia dengan hidayah dan sesetengahnya dibiarkan kafir.

Allah SWT mengutuskan para rasul dan mentanzilkan al Quran [Surah Ibrahim: 1.

Surah al An’am: 38. Surah al Sad: 65] untuk memimpin umat manusia ke arah

kebenaran. Justeru, manusia perlu mencari skema jawapan yang benar [yakni al

Quran] agar dapat menjawab dengan tepat dan benar melalui para rasul yang

perlu mereka yakini [ Surah Muhammad: 19].

Segala ujian harus diharungi dengan tabah, sabar dan tenang [Surah At Taghabun:

11]. Setiap ujian adalah tanda Allah menguji hamba-Nya [Surah al Anbiya: 35].

Bumi dijadikan perhiasan [Surah al Kahf: 7], bermegah-megahan [Sural at

Takathur: 1], tidak mensyukuri nikmat Allah [Surah al Qari’ah: 6]. Dalam

mengharungi segala ujian, manusia memerlukan ilmu yang benar untuk

membimbing mereka.

Tanpa ilmu, manusia itu jahil; pengetahuan tidak jelas, meragukan, mengelirukan

dan bersikap kesangsian. Kejahilan ini menyebabkan mereka tidak dapat

menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Kejahilan juga

menyebabkan seseorang gagal melakukan keadilan dalam membuat pilihan dan

keputusan sehingga menzalimi diri sendiri [Surah Luqman: 13. Surah al Zumar:

32].

Manusia mengambil risiko apabila sanggup menerima tanggungjawab sebagai

Khalifah di mukabumi ini [Surah al Ahzab: 32]. Pelantikan sebagai khalifah Allah

membolehkan Darjah kemuliaan manusia semakin tinggi disebabkan ilmu mereka.

Manusia diberi ilmu sehingga mengatasi malaikat dan iblis [Surah al Baqarah: 30-

36].Al Quran memberi rupa [mencorak] kepada manusia [ Surah al Baqarah: 139]

dalam keseluruhan aspek kehidupan seseorang manusia.

Ilmu yang mengatasi Malaikat dan Iblis ialah ilmu mengenali Tuhan11; ilmu

pengetahuan agama [Surah al Mujadilah: 11]; ilmu mentadbir alam.

Mengenal Allah tidak bermakna melihat Allah. Melihat Allah mengunakan

pancaindera manusia adalah perkara mustahil. Mengenal Allah dan menyakini-

percayai Wujud-Nya melalui penciptaan alam ini [Surah Yunus: 101. Surah al

A’raf: 185]. Sesetengah manusia menZALIMi diri mereka sendiri dengan

mengingkari kewujudan Allah kerana tidak dapat mengesani Allah melalui

pancaindera mereka.

Ada sesetengah mereka mengakui Allah tetapi hati dan fikiran mereka buruk

kerana tidak mengenali Tuhan Yang Hak. Mereka mensyaratkan mengenal Tuhan

dengan melihat Tuhan. Melihat Tuhan adalah satu perkara yang tidak munasabah

bagi hamba Allah yang kerdil ini. Al Quran menyatakan orang sebegini adalah

orang yang sombong, jahil, sesat dan zalim yang menguasai diri mereka [Surah al

Baqarah: 55, 118. Surah al Furqan: 21-22. Surah Ghafir: 36-37. Surah an Nisa’:

153].

Dalam membuat pilihan dan keputusan dalam sesuatu perkara terutamanya

persoalan ketuhanan dan agama, seseorang itu perlu mendahului keadilan [Surah

al Maidah: 8]. Keadilan ini dipimpin oleh ilmu yang benar yakni ilmu yang telah

ditanzilkan oleh Allah.

Berpolitik Atas Pertimbangan Ilmu dan Konteks Adab

Setiap orang diberi ruang dan peluang untuk memilih bersama wadah politik atau

berpendirian dalam politik. Dalam politik, kita perlu membezakan pendirian

politik dan politik kepartian. Berpolitik tidak semestinya menyertai politik

kepartian. Menyertai politik kepartian bermakna berpolitik. Politik kepartian

sekalipun menyertai beberapa tahap sokongan iaitu [1] pemimpin atau ahli aktif,

[2] ahli tidak aktif, [3] penyokong tanpa keahlian dan [4] simpatis bergantung

kepada isu dan mood. 11

Ulama Tauhid menyatakan, ‘yang pertama di dalam agama itu mengenal Allah’. Yang pertama mengenal dalam ilmu mengenal Allah ialah mempercayai keWUJUDan-Nya dengan betul dan benar.

Kita menerima Islam secara syumul meliputi ekonomi, sosial dan politik. Kita

menyokong parti politik Islam dan NGO Islam atas nama Islam bukannya

organisasi. Sokongan kepada PAS, AMANAH, ABIM, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi

Awang, Nik Abdul Aziz bukan kerana nama parti atau diri pemimpin tersebut.

Sokongan kita kerana ISLAM.

Dalam bab politik kepartian, kita memilih menyokong wadah politik Islam tetapi

tidak menyertai atau menganggotai secara aktif. Kita berpegang kepada

pandangan awal Hassan al Banna tentang politik kepartian:

‘Saya yakin walaupun politik kepartian sesuai untuk sesetengah keadaan dan di

sesetengah negara namun amalan ini tidak semestinya sesuai dalam semua

keadaan.’

Menurut Hassan al Banna lagi, politik kepartian mewujudkan perpecahan dan

persengketaan sesama anggota masyarakat sehingga mengancam kesejahteraan

rakyat dan negara. Ia juga boleh membawa campurtangan asing ke dalam politik

negara kita sama ada bantuan kewangan, senjata dan lain-lain bantuan. Amalan

politik kepartian juga boleh merosakkan nilai-nilai murni yang ada dalam

masyarakat. Politik mesti berteraskan kaum majoriti mentadbir negara dengan

adil.

Politik kepartian dan demokrasi menyebabkan masa dihabiskan untuk berpolitik

bukannya membangunkan negara dengan adil dan saksama. Pentabdiran negara

perlu dihadkan tempoh pemerintahan selama 2 penggal iaitu 10 tahun. Dalam

konteks Malaysia, Yang Dipertuan Agung yang bergilir itu akan melantik Perdana

Menteri dan anggota kabinet yang bukan kalangan anggota keluarga diraja.

Menteri Besar dilantik oleh Sultan yang memerintah negeri manakala Ketua

Menteri dilantik oleh YDP Agung. Parti politik diharamkan.

Hassan al Banna meneruskan lagi hujahnya, ‘Ikhwan al Muslimin yakin idea

persefahaman antara parti-parti politik tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Ikhwan yakin cara ini hanyalah bersifat sementara bukannya penyelesai masalah

yang sebenar. Lambat laun parti-parti ini yang menjalin persefahaman akan

berpecah semula. Malah persengketaan mereka bertambah sengit lebih buruk

daripada sebelum persefahaman diwujudkan’.

Berpolitik atas pertimbangan ilmu dan dalam konteks adab. Kita menolak politik

kepartian yang ekstrem sehingga hilang hormat menghormati antara parti dan

individu yang berlainan. Berparti menyebabkan pertimbangan ilmu dan konteks

adab kita menjadi sukar kerana terpaksa mengikuti pendirian parti walaupun

tidak dipersetujui.12 Kita mengakuri budaya berorganisasi tetapi perbezaan

pendapat harus ditangani dalam suasana beradab dan mengikut saluran yang

ditentukan oleh organisasi. Tidak perlu melabel dan mengutuk jika ada perbezaan

pendapat.

Sesetengah organisasi Islam mempunyai Majlis Syura atau Sayap Ulama yang

membuat ijtihad dan seringkali dirujuk serta memantau setiap keputusan

organisasi Islam tersebut agar menepati nas al Quran. Disini pertimbangan ilmu

sudah ada, cuma penataran keputusan di peringkat bawahan tidak diiringi dalam

konteks adab.

Pertembungan pertimbangan ilmu antara seseorang individu dengan keputusan

organisasi boleh diselesaikan dengan beberapa cara, [1] menyalurkan pendapat

atau kritikan melalui saluran betul, [2] tawaquf yakni berehat daripada aktif dan

berlepas diri daripada keputusan kepimpinan semasa dan [3] keluar organisasi

tersebut. Jika hujah, pendapat, kritikan dan teguran kita tidak diterima dan pada

masa yang sama kita masih taat tanpa mahu tawaquf, kita boleh berdiam diri dan

berlepas diri daripada kesilapan, kelemahan dan kekurangan sesuatu keputusan

kerana hak berdasarkan pertimbangan ilmu kita telah dilaksanakan. Maka, dosa

dipertanggungjawabkan kepada kepimpinan sedia ada walaupun kelemahan dan

kesilapan kepimpinan semasa adalah tanggungjawab bersama.

‘berpolitik jangan mematikan pertimbangan ilmu dan konteks adab kita’

12

Dalam budaya berorganisasi, kita perlu akur kepada arahan dan keputusan mesyuarat tertinggi sesebuah organisasi walaupun berbeza dengan pendapat peribadi kita. Kelemahan dan kesilapan keputusan atas ijtihad organisasi adalah kesilapan bersama.

Sains dan Teknologi Mengosong Jiwa

Sains dan teknologi mengosongkan jiwa. Di tengah kesibukan kota, di meja makan

dan majlis keramaian, masing-masing senyap membisu mengetik gajet. Kita hidup

dalam alam maya tidak berpijak pada alam realiti.

Sikap materialistik dan individualistik semakin ketara. Amalan ibadah seperti solat

berjemaah semakin terpinggir dek kelekaan dengan segala urusan dunia.

Ilmu dan maklumat semakin banyak, semakin jauh manusia untuk bertuhan.

Manusia sudah tidak mengharap kebergantungan dan harap pada Allah SWT.

Sains dan teknologi tidak membangunkan jiwa untuk bertuhan melainkan

melekakan manusia semata-mata. Sains dan teknologi telah menjadi alat yang

benar-benar memberi bukti kebenaran yang pertama bagi faham ateis.

Perubahan, dinamika dan kemajuan menjadi diri manusia semakin longgar dalam

mendakapi Tuhan dan ajaran agama. Manusia dikhayalkan dengan ilmu berkasta

tinggi, kesibukan mencari harta dan kekayaan, hedonisme, mengejar pangkat dan

populariti. Akhirnya, amalan ibadat seperti sedeqah dan solat berjemaah

dianggap tidak bermakna dan diletakkan di tempat terkebelakang.

Kesimpulan

Tidak cukup sekadar BAIK tetapi BAIK mesti BENAR. Usaha dan amalan yang baik

tetapi dibuat secara tidak benar dan bertujuan batil, maka amalan tersebut

adalah sia-sia bahkan boleh berdosa.

Disudahi pada waktu subuh, 12 Mei 2016 di Tanah Putih, Pekan, Pahang.