kesan kedatangan buruh asing

34
EPPE3014 KAEDAH PENYELIDIKAN SEMESTER 2 2013/2014 PROJEK 1 LAPORAN KAJIAN TAJUK KAJIAN: “KESAN KEDATANGAN BURUH ASING” DISEDIAKAN OLEH: KAMSIAH BINTI MAT SOHOR A139659

Upload: ukm

Post on 24-Jan-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EPPE3014 KAEDAH PENYELIDIKAN

SEMESTER 2 2013/2014

PROJEK 1

LAPORAN KAJIAN

TAJUK KAJIAN:

“KESAN KEDATANGAN BURUH ASING”

DISEDIAKAN OLEH:KAMSIAH BINTI MAT SOHOR A139659

NUR AZIRA BINTI LATIF A139641

PENSYARAH : Puan SITI HAJAR BT. MOHD. IDRIS

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Kedatangan buruh asing ke Malaysia bukanlah fenomena yang

baru dan begitu juga tindakan kerajaan untuk membanteras

fenomena ini. Pada abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam

sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik,

tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perkembangan

perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada

kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Hal ini

menjadi semakin hebat selepas campur tangan British di Negeri-

negeri Melayu. Kestabilan politik yang wujud membolehkan

eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Dari segi ekonomi,

perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah

menyebabkan kemasukan imigran Cina dan India secara beramai-

ramai. Hal inilah yang menyebabkan bermulanya kemasukan buruh

asing di Malaysia. Malah, penghijrahan masyarakat luar ke

Malaysia bukan sahaja melibatkan kaum Cina dan India, tetapi

juga orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa,

Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

Salah satu tujuan membawa masuk buruh asing adalah kerana

kos upah yang murah berbanding rakyat tempatan. Selain itu,

tidak dinafikan buruh asing telah menyumbang kepada

perkembangan ekonomi negara, terutama dalam sektor yang

mengalami masalah kekurangan pekerja seperti pembinaan dan

perladangan. Malah, kebergantungan Malaysia terhadap buruh

asing amat tinggi dalam sektor perkhidmatan, dan pembuatan.

Walau bagaimanapun, kebergantungan yang tinggi terhadap buruh

asing bukan hanya dialami di Malaysia, malah turut dihadapi

negara-negara yang mempunyai kadar pertumbuhan tinggi seperti

Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Secara keseluruhan, kedatangan buruh asing ke Malaysia

semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2011 telah

menunjukkan jumlah yang tertinggi iaitu seramai 2,088,358 yang

telah berhijrah ke Malaysia dibandingkan pada tahun 2010,

jumlah buruh asing yang berhijrah ke Malaysia hanya seramai

1,817,817 dan ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.1

peratus (Kementerian Dalam Negeri).

Secara khusus, kemasukan buruh asing boleh melambatkan

usaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam

masyarakat melalui dua cara. Pertama, kemasukan itu akan

menambah bilangan pekerja baru yang muda dan tidak mahir, dan

seterusnya membawa perubahan dalam struktur umur tenaga buruh.

Perubahan itu boleh meningkatkan ketidaksamaan pendapatan

walaupun tidak terdapat perubahan dalam struktur upah dan

pendapatan. Kedua, kemasukan secara beramai-ramai itu akan

merendahkan secara relatif upah pekerja tidak mahir sementara

upah pekerja mahir dan pulangan pemilik modal terus meningkat.

Akibatnya, jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat akan

melebar.

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Namun demikian, kemasukan buruh asing memberi impak

terhadap pengangguran warga tempatan di Malaysia. Sesebuah

negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang mampan jika kadar

penganggurannya rendah. Sebaliknya jika kadar pengangguran

tinggi, bermakna berlakunya pembaziran sumber manusia. Masalah

pengangguran terus merupakan satu daripada masalah ekonomi

yang sangat penting dan harus ditangani dalam pasaran buruh.

Bermula tahun 1992, kadar pengangguran di Malaysia berada

pada paras kurang daripada 4%. Dengan kadar pengangguran yang

rendah ini, ia boleh dianggap sebagai kadar pengangguran guna

tenaga penuh sebagaimana ahli-ahli ekonomi berpendapat kadar

pengangguran guna tenaga penuh wujud apabila kadar

pengangguran sesebuah negara mencapai kadar 5-6 %(Mc Connell &

Bruce 1995). Menyorot kembali situasi pasaran buruh di

Malaysia pada awal tahun 1980-an, kadar pengangguran telah

meningkat daripada 5.3% (1980) kepada 5.7% (1981). Masalah ini

semakin ketara apabila Malaysia mengalami kemelesatan ekonomi

pada tahun 1985. Kadar pengangguran meningkat kepada 5.6% pada

tahun 1985 dan 7.4% pada tahun 1986. Ia merupakan tahun yang

mencatatkan peratusan kadar pengangguran yang tertinggi dalam

tempoh 30 tahun (1981-2010) (Jabatan perangkaan

Malaysia,2009).

Selain itu, kemasukan buruh asing menjadi saingan bagi

rakyat tempatan dalam merebut peluang pekerjaan. Disebabkan

kehadiran mereka ini, peluang pekerjaan kepada penduduk

tempatan berkurang kerana persaingan yang berlaku dengan buruh

asing. Kemasukan buruh asing memberi kesan kepada pertumbuhan

ekonomi negara Malaysia. Hakikatnya, pertumbuhan ekonomi telah

menunjukkan kesan yang positif dari tahun ke tahun.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk

mengkaji :

i) Faktor penarik kemasukan buruh asing ke Malaysia

ii) Kesan kedatangan buruh asing terhadap pengangguran

rakyat Malaysia

iii) Impak kemasukan buruh asing terhadap pertumbuhan

ekonomi Malaysia

iv) Hubungan buruh asing, pengangguran dan pendapatan

negara

Secara khususnya, kajian ini akan melihat dan meneliti

isu pengangguran yang berkaitan dengan kehadiran buruh asing

yang semakin hangat diperkatakan sedangkan menurut akhbar-

akhbar harian seperti Utusan Malaysia mengatakan bahawa

kehadiran buruh asing ini diakui dapat mengatasi masalah

kekurangan pekerja malah meningkatkan kadar pertumbuhan

ekonomi negara.

BAB 2

LATAR BELAKANG KAJIAN

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Jadual 1 : Kadar pengangguran di Malaysia (bilangan orang),

1995-2012

Tahun Jumlah Pengangguran (orang)1995 2481001996 216800

1997 2149001998 2840001999 3137002000 2869002001 3424002002 3435002003 3698002004 3666002005 3681002006 3536002007 3514002008 3685002009 4180002010 3879002011 3829002012 396300

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

1995

1997

1999

2001

2003

2005

2007

2009

2011

050000100000150000200000250000300000350000400000450000

Pengangguran (orang)

Pengangguran (orang)

Rajah 1 : Arah Aliran Kadar Pengangguran di Malaysia Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia. Statistik pada

tahun 1995-2012

Jadual 1 menunjukkan jumlah pengangguran di Malaysia

iaitu dari tahun 1995 sehingga 2012. Manakala rajah 1

menunjukkan arah aliran kadar pengangguran yang wujud di

Malaysia. Secara keseluruhannya kadar pengangguran mengalami

peningkatan dan penurunan dari tahun 1995 sehingga 2012. Pada

tahun 1996, kadar pengangguran berkurang dan berterusan

sehingga tahun 1997 iaitu dari 216800 orang ke 214900 orang.

Begitu juga pada tahun 2000, kadar pengangguran berkurang dari

313700 orang pada tahun 1999 kepada 286900 orang. Pada tahun

2006, kadar pengangguran turut berkurang dan berterusan

sehingga tahun 2007. Ia kembali meningkat pada tahun 2008.

Kadar pengangguran meningkat kepada tahap yang paling tinggi

iaitu seramai 418000 orang pada tahun 2009. Ini berikutan

berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun 2008 yang

menyebabkan ramai pekerja hilang pekerjaan mereka kerana firma

hendak mengurangkan kos upah. Kadar pengangguran juga turut

mengalami penurunan pada tahun 2010 dan 2011.

Jadual 2 : Jumlah Buruh asing di Malaysia (bilangan orang),

1995-2012

Tahun Buruh Asing1995 2548001996 -1997 6272461998 3951401999 4096602000 8070962001 8498292002 10675292003 13369802004 14700902005 18152382006 18692092007 20448052008 20625962009 19181462010 1817817

2011 20883582012 1850063

Sumber : Kementerian Dalam Negeri

1995

1997

1999

2001

2003

2005

2007

2009

2011

0

500000

1000000

1500000

2000000

2500000Pekerja Asing (orang)

Pekerja Asing (orang)

Rajah 2 : Arah Aliran Jumlah Buruh asing di MalaysiaSumber : Kementerian Dalam Negeri. Statistik pada tahun 1995-2012

Jadual 2 menunjukkan bilangan buruh asing yang

terdapat di Malaysia. Manakala, rajah 2 pula menunjukkan arah

aliran jumlah buruh asing yang bekerja di Malaysia.

Berdasarkan arah aliran tersebut, jumlah buruh asing mengalami

peningkatan pada setiap tahun iaitu dari tahun 1995 sehingga

2012 kecuali pada tahun 1996, 1998, 2009, 2010 dan 2012,

bilangan buruh asing mengalami penurunan. Bilangan buruh asing

mencapai pada tahap yang paling maksimum pada tahun 2011.

Manakala, pada tahun 2000 sehingga 2008, jumlah buruh asing

mengalami peningkatan. Antara faktor utama yang menyumbang

kepada peningkatan buruh asing ini adalah kawalan yang sukar

dibuat akibat dari nisbah buruh asing yang terlalu ramai

datang bekerja di Malaysia. Buruh asing juga bekerja di

Malaysia kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja

di beberapa sektor seperti pembinaan.

Jadual 3 : Keluaran Dalam Negeri Kasar Pada Harga Semasa di

Malaysia (RM Juta), 1995-2012

Tahun Keluaran Dalam Negeri Kasar (RM Juta)

1995 222,473

1996 253,732

1997 281,795

1998 283,243

1999 300,764

2000 343,404

2001 334,215

2002 362,012

2003 395,170

2004 450,152

2005 543,578

2006 596,784

2007 665,340

2008 769,949

2009 712,857

2010 797,327

2011 884,456

2012 -

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

1995

1997

1999

2001

2003

2005

2007

2009

2011

- 100,000 200,000 300,000 400,000 500,000 600,000 700,000 800,000 900,000

1,000,000 KDNK (RM Juta)

KDNK (RM Juta)

Rajah 3 : Arah Aliran Keluaran Dalam Negeri Kasar Pada Harga

Semasa di Malaysia

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia. Statistik pada tahun

1995-2012

Jadual 3 pula menunjukkan keluaran dalam negara kasar

pada harga semasa di Malaysia. Manakala rajah 3 menunjukkan

arah aliran keluaran dalam negara kasar di Malaysia dari tahun

1995 sehingga 2012. Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi di

Malaysia yang diukur melalui keluaran dalam negara kasar ini

menunjukkan arah aliran yang positif kecuali pada tahun 2009,

ia mengalami penurunan sebanyak 7.4%. Ini adalah disebabkan

krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008 sekali gus

menyebabkan pertumbuhan ekonomi di Malaysia jatuh.

BAB 3

KERANGKA TEORI DAN KAJIAN LEPAS

3.1 KERANGKA TEORI

Dalam kajian ini, dua pemboleh ubah telah dibincangkan iaitu

pengangguran dan pendapatan negara bagi mengetahui sama ada

pemboleh ubah tersebut signifikan atau tidak signifikan dalam

dipengaruhi oleh kemasukan buruh asing di Malaysia. Berdasarkan

pembolehubah yang telah dikemukakan, dua model telah dibentuk

melalui data siri masa iaitu model linear dan model bukan linear.

Kemasukan buruh asing ditentukan oleh tahun (t), pengangguran (P) dan

pendapatan negara (KDNK). Perisian Statistical Package for the Social Sciences(SPSS) akan digunakan untuk menganggar parameter-parameter yang

terdapat dalam model tersebut. Bentuk fungsi kemasukan buruh asing

adalah seperti berikut:

Y=f(P,KDNK)

Di mana,

Y = Jumlah buruh asing di Malaysia

P=Pengangguran

KDNK=Pendapatan Negara

Persamaan di atas merupakan fungsi kemasukan buruh asing ke Malaysia.

Melalui fungsi tesebut, satu model regresi berbilang akan dibentuk seperti

berikut:

Y=β0 + β1(P) + β2(KDNK) + µ (Model Linear)

lnY=β0 + β1ln(P) + β2ln(KDNK) + µ (Model Bukan Linear)

Di mana,

Y=Jumlah buruh asing di Malaysia

P=Pengangguran

KDNK=Pendapatan Negara

=Ralatµ

4.2 KAJIAN LEPAS

Pasaran buruh merupakan tempat di mana berlakunya

permintaan dan penawaran buruh dalam sektor pekerjaan.

Kemasukan buruh asing ke dalam Malaysia menjadi satu isu yang

sangat membimbangkan apabila saban tahun bilangan mereka

semakin banyak. Oleh itu, kajian berkenaan buruh asing telah

banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini bagi

mengenalpasti faktor kemasukan dan impak daripada kemasukan

mereka ini.

Hasil kajian Peter, M (1993), Simon Chapple, John

Yearsbley.et al (1994) dan Withers (2000), mendapati migrasi

buruh asing telah memberi kesan positif ke atas ekonomi

sesebuah negara. Melalui kajian secara empirik yang dilakukan

di beberapa buah negara, migrasi tidak menyebabkan

pengangguran kekal di negara berkenaan dan sebarang kesan ke

atas upah juga adalah rendah. Namun kesan yang dinyatakan

bergantung kepada jumlah dan jenis migrasi.

Akira Shimada (2005), membuat kajian tentang penyertaan

buruh asing dalam pasaran buruh dan kebajikan ekonomi. Beliau

menjalankan kajian untuk mengenalpasti perubahan yang berlaku

dalam penggunaan buruh asing kepada pasaran buruh yang

mempengaruhi kebajikan ekonomi. Pengkaji mengandaikan bahawa

semua buruh asing tidak boleh memasuki pasaran buruh

disebabkan sekatan yang dikenakan terhadap buruh asing.

Berdasarkan keputusan yang diperoleh, pengkaji mendapati

kebajikan ekonomi boleh ditingkatkan dengan mengelakkan

sekatan terhadap buruh asing tidak mahir dan menggalakkan

penyertaan mereka dalam pasaran buruh.

Aminudin Mokhtar dan Usha a/p Thamotharan (2008),

membuat kajian berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi

pengambilan buruh asing oleh majikan. Berdasarkan kajian yang

dilakukan, didapati majikan-majikan ini cenderung menggajikan

buruh asing berbanding pekerja tempatan disebabkan faktor

disiplin, faktor produktiviti, jam bekerja, kepatuhan terhadap

arahan majikan, upah yang dibayar dan kesukaran mendapatkan

pekerja tempatan untuk bekerja di sektor-sektor tertentu.

Kajian Jayanthi (1993), melihat perubahan sosio-ekonomi di

Sungai Buloh, Selangor akibat kedatangan buruh asing dari

Indonesia dan juga memerhati beberapa faktor pendorong

kemasukan mereka. Hasil kajian mendapati faktor ekonomi

memainkan peranan penting terhadap kemasukan buruh asing

Indonesia selain faktor lain seperti kemudahan untuk datang

secara haram, senang mendapat kerja, faktor upah yang tinggi

dan peranan oleh rakan dan saudara.

Che Hashim Hassan (2010) dalam kajiannya, beliau melihat

anggaran bilangan buruh asing yang berada di Malaysia, trend

buruh asing tidak mahir, buruh asing mengikut negara asal,

mengikut sektor, faedah yang diperoleh oleh negara asal mereka

dan faedah kepada negara Malaysia. Daripada kajian, didapati

buruh asing datang ke Malaysia disebabkan faktor upah yang

ditawarkan kepada mereka adalah lebih tinggi berbanding upah

di negara asal mereka. Kesan yang dihadapi oleh negara

Malaysia adalah berlakunya aliran keluar wang ke luar negara.

Pada tahun 2007, sebanyak RM17.2 bilion mengalir keluar.

BAB 4

METODOLOGI KAJIAN

3.1 SUMBER DATA

Kajian ini dijalankan menggunakan data siri masa bagi 17 tahun

iaitu dari tahun 1995 hingga tahun 2012. Data-data yang

terlibat adalah data buruh asing, data Keluaran Dalam Negeri

Kasar (KDNK) dan data pengangguran. Data yang digunakan adalah

data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan

Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

3.2 PEMBENTUKAN MODEL

Secara umumnya, terdapat pelbagai faktor yang dipengaruhi oleh

kemasukan buruh asing ke Malaysia. Faktor-faktor ini boleh

dikaji menggunakan pembolehubah kuantitatif mahupun

pembolehubah kualitatif.

Antara pembolehubah kuantitatif yang dipengaruhi oleh

kemasukan buruh asing adalah seperti pengangguran warga

tempatan, pendapatan negara, bilangan buruh asing, tingkat

upah dan sebagainya. Manakala, melalui pembolehubah kualitatif

pula iaitu faktor yang tidak boleh diukur melalui angka,

seperti masalah setinggan, masalah sosial, kebajikan dan

sebagainya.

Dalam kajian ini, dua pembolehubah telah dipilih iaitu

pengangguran dan pendapatan negara untuk menguji sama ada

kedua-dua pembolehubah tersebut dipengaruhi oleh kemasukan

buruh asing ke Malaysia atau tidak. Berdasarkan pembolehubah

tersebut, satu model regresi berbilang yang berbentuk linear

dan bukan linear akan dibentuk untuk menguji kemasukan buruh

asing ke Malaysia. Bentuk fungsi kemasukan buruh asing adalah

seperti berikut:

Y=f(P,KDNK)

Di mana,

Y = Jumlah buruh asing di Malaysia

P=Pengangguran

KDNK=Pendapatan Negara

Persamaan di atas merupakan fungsi kemasukan buruh asing ke

Malaysia. Melalui fungsi tesebut, satu model regresi berbilang

akan dibentuk seperti berikut:

Y=β0 + β1(P) + β2(KDNK) + µ (Model Linear)

lnY=β0 + β1ln(P) + β2ln(KDNK) + µ (Model Bukan

Linear)

Di mana,

Y=Jumlah buruh asing di Malaysia

P=Pengangguran

KDNK=Pendapatan Negara

µ=Ralat

Dari data siri masa dari tahun 1995 sehingga 2012 telah

diregrasikan melalui perisian SPSS dan dijelaskan dalam fungsi

atau persamaan di bawah. Fungsi kemasukan buruh asing yang

diperolehi adalah seperti berikut:

MODEL LINEAR

Y=f(P,KDNK)

Y=β0 + β1(P) + β2(KDNK) + µ

Y= -932168.866 + 3.342(P) + 2.228E-006(KDNK) + 247380.016

Model regresi di atas dipilih disebabkan ia adalah signifikan

dan mempunyai taburan residual yang lebih rawak. Maka, model

tersebut digunakan untuk menganalisis masalah dalam kajian

ini.

MODEL BUKAN LINEAR

Y=f(P,KDNK)

lnY=β0 + β1ln(P) + β2ln(KDNK) + µ

lnY=-27.770 + 0.782 ln(P) + 1.182 ln(KDNK) + 0.28429

Model regresi di atas dipilih disebabkan ia adalah signifikan

dan mempunyai taburan residual yang lebih rawak. Maka, model

tersebut digunakan untuk menganalisis masalah dalam kajian

ini.

BAB 5

DAPATAN KAJIAN

5.1 ANALISIS MODEL

Setelah pembentukan ke atas model kajian, maka penilaian

hendaklah dilakukan bagi melihat hubungan yang wujud antara

pembolehubah-pembolehubah yang dipilih.

Kemasukan tenaga buruh asing akan menyumbang kepada

peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi negara dan turut

menyebabkan peningkatan dalam jumlah pengangguran di Malaysia.

Oleh itu, pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar

mempunyai hubungan positif dengan jumlah kemasukan tenaga

buruh asing. Justeru itu, pekali koefisien βı dijangka akan

mempunyai tanda yang positif.

Bagi pembolehubah kadar pengangguran pula dijangka akan

mempunyai hubungan langsung dengan tingkat kemasukan buruh

asing ke Malaysia. Ini berikutan semakin meningkat bilangan

buruh asing di Malaysia menyebabkan jumlah pengangguran

semakin meningkat. Oleh itu, jangkaan ke atas pekali koefisyen

β2 mempunyai tanda positif.

Manakala, cecara umumnya, nilai R2 digunakan untuk

mengukur tahap kebaikan padanan garisan regresi dengan data

siri masa sampel secara keseluruhannya. R2 menunjukkan sama ada

garis panduan dan model regresi adalah bersesuaian bagi set

data sampel. Penentu R2 dalam kajian ini untuk menguji model

kemasukan buruh asing yang dibentuk. Ujian t dan ujian F juga

dijalankan untuk menguji model kemasukan buruh asing ke

Malaysia.

5.2 FUNGSI MATEMATIK

MODEL LINEAR

Y= -932168.866 + 3.342(P) + 0.000002228(KDNK) + 247380.016

Berdasarkan persamaan yang terbentuk di atas, sebarang

perubahan pemboleh ubah tidak bersandar akan memberi kesan

kepada perubahan pemboleh ubah bersandar. Contohnya ialah

peningkatan dan penurunan nilai pemboleh ubah yang terlibat

adalah konstan.

Sekiranya terdapat pertambahan dalam seunit kadar

pengangguran, peningkatan kemasukan buruh asing ke Malaysia

turut meningkat sebanyak 3.342 unit. Keadaan yang sama akan

berlaku terhadap pemboleh ubah tidak bersandar iaitu

pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Sebarang peningkatan seunit dalam keluaran dalam negara kasar

akan menyebabkan peningkatan kepada kemasukan buruh asing

sebanyak 0.000002228 unit. Melalui analisis ini menunjukkan

bahawa wujud hubungan positif antara kemasukan buruh asing ke

Malaysia dengan faktor pengangguran dan keluaran dalam negara

kasar.

Manakala, melihat kepada R2 yang diperolehi iaitu 0.881

menunjukkan bahawa 88.1% daripada model kemasukan buruh asing

ke Malaysia dapat diterangkan oleh pemboleh ubah tidak

bersandar iaitu faktor pengangguran dan faktor keluaran dalam

negara kasar. Ini bermaksud R2 tersebut adalah bersesuaian

dengan data yang diperolehi kerana nilainya melebihi 0.5 atau

50%. Ia bersesuaian dengan data yang digunakan.

Nilai F ialah 48.110. dengan ujian 0.000. Ujian F ini

menunjukkan bahawa pada aras keertian 1% atau α=0.01, nilai

ujian adalah 0.000<0.01. Ini bermakna pemboleh ubah bersandar

dalam model anggaran ini dapat diterapkan oleh faktor-faktor

yang mempengaruhinya.

MODEL BUKAN LINEAR

lnY=-27.770 + 0.782 ln(P) + 1.182 ln(KDNK) + 0.28429

Berdasarkan persamaan yang terbentuk di atas, sebarang

perubahan pemboleh ubah tidak bersandar akan memberi kesan

kepada perubahan pemboleh ubah bersandar. Contohnya ialah

peningkatan dan penurunan nilai pemboleh ubah yang terlibat

adalah konstan.

Sekiranya terdapat pertambahan dalam seunit kadar

pengangguran, peningkatan kemasukan buruh asing ke Malaysia

turut meningkat sebanyak 0.782 unit. Keadaan yang sama akan

berlaku terhadap pemboleh ubah tidak bersandar iaitu

pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Sebarang peningkatan seunit dalam keluaran dalam negara kasar

akan menyebabkan peningkatan kepada kemasukan buruh asing

sebanyak 1.182 unit. Melalui analisis ini menunjukkan bahawa

wujud hubungan positif antara kemasukan buruh asing ke

Malaysia dengan faktor pengangguran dan keluaran dalam negara

kasar.

Manakala, melihat kepada R2 yang diperolehi iaitu 0.851

menunjukkan bahawa 85.1% daripada model kemasukan buruh asing

ke Malaysia dapat diterangkan oleh pemboleh ubah tidak

bersandar iaitu faktor pengangguran dan faktor keluaran dalam

negara kasar. Ini bermaksud R2 tersebut adalah bersesuaian

dengan data yang diperolehi kerana nilainya melebihi 0.5 atau

50%. Ia bersesuaian dengan data yang digunakan.

Nilai F ialah 37.094. dengan ujian 0.000. Ujian F ini

menunjukkan bahawa pada aras keertian 1% atau α=0.01, nilai

ujian adalah 0.000<0.01. Ini bermakna pemboleh ubah bersandar

dalam model anggaran ini dapat diterapkan oleh faktor-faktor

yang mempengaruhinya.

BAB 6

6.1 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian yang telah dijalankan bertujuan untuk mengenal

pasti kesan kemasukan buruh asing ke atas ekonomi Malaysia,

terutamanya kesan terhadap pengangguran dan juga pertumbuhan

ekonomi negara bagi tempoh 17 tahun iaitu dari tahun 1995-2012

dengan menggunakan data siri masa. Kajian ini memfokuskan

kepada dua pembolehubah makroekonomi yang bertindak balas

terhadap kemasukan buruh asing iaitu pengangguran dan Keluaran

Dalam Negeri Kasar (KDNK). Pemilihan pembolehubah-pembolehubah

ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah

dilakukan. Pengujian empirikal dilakukan menggunakan kaedah

ekonometrik siri masa dengan pengisian SPSS untuk melihat

hubungan antara kemasukan buruh asing dengan pembolehubah yang

telah dinyatakan. Keputusan daripada kajian didapati bahawa

Kedua-dua pembolehubah iaitu pengangguran dan KDNK berhubungan

positif dengan kemasukan buruh asing ke Malaysia.

Bagi mengatasi masalah kebanjiran buruh asing ke dalam

Malaysia, semua pihak memainkan peranan dalam hal ini. Sebagai

ahli masyarakat, setiap individu harus peka dengan keadaan ini

kerana ia mampu memberi impak kepada negara. Tanggungjawab ini

tidak hanya tertumpu di pundak kerajaan semata-mata. Tahap

pendidikan yang tinggi menyebabkan terdapat segelintir

masyarakat menjadi seorang yang sangat memilih dalam soal

pekerjaan. Hal ini menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh

dalam sektor-sektor tertentu. Pihak majikan yang tidak

mempunyai pilihan lain terpaksa menggaji buruh asing yang

berlumba-lumba mencari pekerjaan di dalam Malaysia.

Walaupun permintaan terhadap buruh asing ini adalah

tinggi dalam kalangan majikan disebabkan gaji yang diberikan

kepada mereka adalah lebih rendah berbanding buruh tempatan,

pihak berkuasa perlu mengehadkan kemasukan buruh asing ini.

Pemantauan pengambilan buruh asing perlu dipertingkatkan dari

masa ke semasa. Perlu diwujudkan satu nisbah yang sesuai

antara pekerja tempatan dan pekerja bagi setiap sektor

mengikut keperluan. Hal ini bagi memastikan kemasukan buruh

asing yang semakin meningkat saban tahun dapat dikurangkan.

Secara tidak langsung, perkara ini menjadi salah satu

inisiatif dalam mengurangkan masalah sosial yang berlaku yang

melibatkan buruh asing yang menganggur.

Pihak majikan perlu sedar bahawa mereka merupakan agen

penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Apabila

majikan menawarkan pekerjaan, mereka perlu mengutamakan buruh

tempatan terlebih dahulu bagi memastikan aliran keluar wang ke

luar negara adalah terkawal. Pengaliran keluar mata wang ini

sudah tentu boleh memberi kesan perkembangan ekonomi negara

dan mewujudkan defisit ke atas imbangan pembayaran.

Permintaan terhadap buruh asing memang tidak dapat

dihentikan secara drastik. Tambahan pula, negara berada dalam

landasan peralihan daripada negara membangun ke arah negara

maju, kebergantungan ini tidak dapat dielakkan. Namun begitu,

kehadiran buruh asing mestilah menjadi pelengkap dan bukannya

sebagai pesaing kepada tenaga kerja tempatan. Kebergantungan

terhadap buruh asing yang keterlaluan sudah tentu boleh

mengancam kelancaran pembangunan sesebuah negara.

LAMPIRAN

Data siri masa 1992-2012

Tahun Buruh Asing Pengangguran KDNK1995 254800 248100 222,4

73,000,0001996 216800 253,7

32,000,0001997 627246 214900 281,7

95,000,0001998 395140 284000 283,2

43,000,0001999 409660 313700 300,7

64,000,0002000 807096 286900 343,4

04,000,0002001 849829 342400 334,2

15,000,0002002 1067529 343500 362,0

12,000,0002003 1336980 369800 395,1

70,000,0002004 1470090 366600 450,1

52,000,0002005 1815238 368100 543,5

78,000,0002006 1869209 353600 596,7

84,000,0002007 2044805 351400 665,3

40,000,0002008 2062596 368500 769,9

49,000,0002009 1918146 418000 712,8

57,000,0002010 1817817 387900 797,3

27,000,0002011 2088358 382900 884,4

56,000,0002012 1850063 396300Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri

Output Komputer (SPSS)

Model Linear

Variables Entered/Removeda

Model VariablesEntered

VariablesRemoved

Method

1PENGANGGURAN, KDNKb . Enter

a. Dependent Variable: ASINGb. All requested variables entered.

Model Summaryb

Model R R Square Adjusted RSquare

Std. Error ofthe Estimate

1 .939a .881 .863 247380.016

a. Predictors: (Constant), PENGANGGURAN, KDNKb. Dependent Variable: ASING

ANOVAa

Model Sum ofSquares

df Mean Square F Sig.

1

Regression5888336689222.920

22944168344611.460

48.110 .000b

Residual795559336918.519

1361196872070.655

Total6683896026141.438

15

a. Dependent Variable: ASINGb. Predictors: (Constant), PENGANGGURAN, KDNK

Coefficientsa

Model UnstandardizedCoefficients

StandardizedCoefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1(Constant) -932168.866 464007.397 -2.009 .066KDNK 2.228E-006 .000 .715 4.878 .000PENGANGGURAN 3.342 1.799 .272 1.858 .086

a. Dependent Variable: ASING

Residuals Statisticsa

Minimum Maximum Mean Std.Deviation

N

Predicted Value 392763.84 2318368.75 1302158.69 626542.719 16Std. Predicted Value -1.451 1.622 .000 1.000 16Standard Error ofPredicted Value

68938.992 171245.125 104188.870 25697.580 16

Adjusted PredictedValue

217771.83 2429816.50 1302163.39 655929.955 16

Residual -376806.375 319964.719 .000 230298.261 16Std. Residual -1.523 1.293 .000 .931 16Stud. Residual -1.631 1.381 -.002 1.031 16Deleted Residual -432235.781 409474.188 -4.699 286182.718 16Stud. DeletedResidual

-1.758 1.436 -.007 1.062 16

Mahal. Distance .227 6.250 1.875 1.500 16

Cook's Distance .000 .438 .086 .112 16Centered LeverageValue

.015 .417 .125 .100 16

a. Dependent Variable: ASING

Model Bukan Linear

Variables Entered/Removeda

Model VariablesEntered

VariablesRemoved

Method

1LNkdnk,LNpengangguranb

. Enter

a. Dependent Variable: LNasingb. All requested variables entered.

Model Summaryb

Model R R Square Adjusted RSquare

Std. Error ofthe Estimate

1 .922a .851 .828 .28429

a. Predictors: (Constant), LNkdnk, LNpengangguranb. Dependent Variable: LNasing

ANOVAa

Model Sum ofSquares

df Mean Square F Sig.

1

Regression 5.996 2 2.998 37.094 .000b

Residual 1.051 13 .081

Total 7.046 15a. Dependent Variable: LNasingb. Predictors: (Constant), LNkdnk, LNpengangguran

Coefficientsa

Model UnstandardizedCoefficients

StandardizedCoefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1(Constant) -27.770 5.290 -5.250 .000LNpengangguran .782 .674 .203 1.161 .266LNkdnk 1.182 .273 .754 4.322 .001

a. Dependent Variable: LNasing

Residuals Statisticsa

Minimum Maximum Mean Std.Deviation

N

Predicted Value 12.8264 14.7970 13.9002 .63223 16Std. Predicted Value -1.699 1.418 .000 1.000 16Standard Error ofPredicted Value

.082 .220 .119 .032 16

Adjusted PredictedValue

12.4674 14.8776 13.8808 .68930 16

Residual -.44318 .35574 .00000 .26466 16Std. Residual -1.559 1.251 .000 .931 16Stud. Residual -1.692 1.970 .023 1.087 16Deleted Residual -.52238 .88172 .01948 .37735 16Stud. DeletedResidual

-1.842 2.260 .021 1.149 16

Mahal. Distance .324 8.011 1.875 1.799 16Cook's Distance .005 1.913 .182 .467 16Centered LeverageValue

.022 .534 .125 .120 16

a. Dependent Variable: LNasing

Rujukan

Norhayati Baharin, Ishak Yussof dan Rahmah Ismail. 2012.Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangguran di Malaysia.Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti KebangsaanMalaysia.

Utusan Online. 2013. Hampir RM20 bilion dihantar keluar olehpekerja – Ahmad. Diambil daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131111/ek_03/Hampir-RM20-bilion-dihantar-keluar-oleh-pekerja---Ahmad

Aminuddin Mokhtar. 2008. Buruh asing di Malaysia: faktor-faktor yang mendorong majikan mengambil buruh asing. Prosidingperkem iii, jilid 1.