kajian terhadap pengurusan warisan yayasan - unimas ir

24
KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN WARISAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ) Syed Badrul Rohaizad Bin Syed Mahmud 49164 Ijazah Saujana Muda dengan kepujian (Pengurusan Seni) 2017

Upload: khangminh22

Post on 08-May-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN WARISAN YAYASAN

WARISAN JOHOR (YWJ)

Syed Badrul Rohaizad Bin Syed Mahmud

49164

Ijazah Saujana Muda dengan kepujian

(Pengurusan Seni)

2017

KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN WARISAN YAYASAN

WARISAN JOHOR (YWJ)

SYED BADRUL ROHAIZAD BIN SYED MAHMUD

49164

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ( )

Final Year Project ReporT

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the………….day of……………..2016.

Student’s Declaration:

I……………………………………………………………………………………. hereby declare that

the work entitled………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….………. is my

original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where

due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me

by another person.

________________ __________________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I….........................………………………………………… hereby certifies that the work entitle

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………… was prepared by the above named

student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of

………………………………………………………………………………………................……and

the a forementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: _______________________________ Date: _____________

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be

placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as

follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose

of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the

Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis

once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed,

published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ____________

Current Address:

Yayasan Warisan Johor

Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,

Lot 888, Jalan Sungai Chat,

80100 Johor Bahru, Johor.

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure

a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Projek bertajuk “KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN WARISAN

YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)” telah disediakan oleh SYED

BADRUL ROHAIZAD BIN SYED MAHMUD dan telah diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana

Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_________________________

(Puan Rahah Haji Hasan)

Tarikh: ___________________

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan yang di pamerkan

dalam Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah digunakan sebagai bahan

sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini

atau institut pengajian tinggi (IPT) lain.

Yang Benar,

_____________________________

(SYED BADRUL ROHAIZAD BIN SYED MAHMUD)

49164

Program Pengurusan Seni

i

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Allah SWT kerana berkat doa, usaha dan kesabaran juga

bantuan dari semua pihak, akhirnya saya dapat menyiapkan projek ini. Pertama sekali saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasij yang tidak terhingga kepada penyelia penyelidikan ini

iaitu Puan Rahah Binti Hassan kerana banyak membinbim saya dan memberi pendapat dalam

memperbaiki projek tahun akhir saya ini. Jasa beliau amat saya hargai.

Seterusnya sekalung terima kasih kepada orang kuat di belakang saya yang banyak

memberi dorongan dan sokongan untuk saya terus bersemangat dan berusaha mengakhiri

penyelidikan ini. Mereka yang dimaksudkan ialah ahli keluarga terutamanya pada ibu saya

iaitu Hajah Na’aemah Binti Gambang. Kepada adik beradik saya terima kasih diucapkan

kerana turut memberi semangat kepada saya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pegawai-pegawai Yayasan Warisan Johor

terutamanya kepada ketua bahagian Pemuziuman En. Wasfi Mirza Bin Othman, ketua

bahagian Pembangunan Budaya En. Md Sahrizal Sahlan, ketua bahagian Persuratan dan

Sejarah Tuan Haji Kamdi bin Kamil dan ketua bahagian Seni Persembahan En On Bin Jaffar

kerana telah memberi kejarsama dalam membantu saya menjayakan penyelidikan ini.

ii

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada para pensyarah Program

Pengurusan Seni kerana memberi kata-kata perangsang agar sentiasa rajin berusaha. Kepada

rakan-rakan seperjuangan terutamanya Armi, Syasya, Faez dan serta mereka yang banyak

membantu secara langsung atau tidak langsung kepada saya dalam menjayakan kajian ini.

iii

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PERHARGAAN i – ii

ISI KANDUNGAN iii – vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI JADUAL X

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

1.0 Pengenalan 1 – 2

1.1 Latar Belakang Kajian 3 – 5

1.1.1 Latar Belakang Yayasan Warisan Johor (YWJ) 3 – 4

1.1.2 Misi, Visi dan Objektif Yayasan Warisan Joho (YWJ) 5

1.2 Permasalahan Kajian 6

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Limitasi Kajian 10

1.7 Lokasi Kajian 11 – 12

1.8 Kesimpulan 13

iv

BAB 2 KAJIAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Pengurusan 15

2.2 Warisan 16

2.3 Teori 17

2.4 Kesimpulan 18

BAB 3 KAEDAH KAJIAN

3.0 Pengenalan 19

3.1 Kaedah Kualitatif 20

3.2 Data Primer 21

3.3 Data Sekunder 22

3.4 Instrumen Kajian 23

3.5 Kaedah Analisis 24

3.6 Kesimpulan 25

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 26

4.1 Perancangan 27

4.1.1 Misi 28

4.1.2 Objektif 29 – 30

4.1.3 Dasar 31

4.1.4 Strategi 32

4.1.5 Taktik 33

4.1.6 Prosedur 34

v

4.2 Pengorganisasian 36

4.2.1 Penentuan Objektif 37

4.2.2 Pengenalpastian Aktiviti 37

4.2.3 Pengelasan Aktiviti 37

4.2.4 Pengelompokan Aktiviti 38

4.2.5 Pengagihan Tugas, Autoriti, dan Tanggungjawab 38

4.3 Kepimpinan 39

4.3.1 Gaya Kepimpinan 39

4.3.2 Kuasa Sah 40

4.3.3 Kuasa Ganjaran 40

4.3.4 Kuasa Desakan 41

4.3.5 Kuasa Rujukan 41

4.3.6 Kuasa Kepakaran 41

4.3.7 Kuasa Formal dan Informal 41

4.4 Pengawalan 43

4.4.1 Menetapkan Standard 43

4.4.2 Mengukur Pencapaian 44

4.4.3 Membandingkan Pencapaian Dengan Standard 44

4.4.4 Membuat Langkah Pembetulan 45 – 46

4.5 Kesimpualn 47

vi

BAB 5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan Kajian 49

5.3 Ringkasan Kajian 50 – 51

5.4 Implikasi Kajian 52

5.4.1 Implikasi Kajian Terhadap Teori 52

5.4.2 Implikasi Kajian Terhadap Kaedah Penyelidikan 52

5.5 Cadangan Kajian 53

5.5.1 Cadangan Kepada Organisasi 53

5.5.2 Cadangan Kepada Bakal Pengurus 54

5.6 Kesimpulan 55

BILBIOGRAFI 56

LAMPIARN 57 – 59

vii

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cara dan gaya pihak pengurusan Yayasan Warisan

Johor (YWJ) memelihara warisan masyarakat Johor dengan pendokumentasian yang berbentuk

akedemik. Kaedah kualitatif digunakan akan memberikan gamabaran dalaman tentang

pengurusan warisan yang akan membantu pihak YWJ dalam meningkatkan kaedah pengurusan

warisan yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor.

viii

Abstract

The purpose of this study is to examine and identified the management codes of conduct

Yayasan Warisan Johor (WYJ) in maintaining the heritage and culture of Johor through

documentation. The methodology used for the study is a qualitative analysis, which allows the

bigger view and aspect of the management itself that may lead to better assistance of YWJ in

elevating the existing codes of conduct.

ix

SENARAI RAJAH

SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Rajah 1: Jenis Perancangan 27

Rajah 2: Proses Pengorganisasian 36

Rajah 3: Jenis-jenis Kuasa 40

Rajah 4: Proses Pengawalan 43

x

SENARAI JADUAL

SENARAI JADUAL MUKA SURAT

Jadual 1: Jenis-jenis Perancangan Yang Terdapat di YWJ 35

Jadual 2: Jenis-jenis Kuasa Yang Terdapat di YWJ 42

1

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.0 PENGENALAN

Kajian ini mengenai pengurusan budaya yang dilakukan oleh Yayasan Warisan

Johor. Yayasan Warisan Johor adalah satu organisasi yang bertanggungjawab menguruskan

sejarah, kesenian dan budaya yang terdapat di negeri Johor.

Pengurusan warisan adalah satu pengurusan yang memfokuskan kepada pengelolaan

kebudayaan yang merangkumi sejarah, seni dan budaya. E.B Taloy (1996) mengatakan

maksud warisan ialah satu rutin yang merangkumi pengetahuan moral, kepercayaan, hukum,

kesenian dan adat istiadat yang dilakukan oleh manusia sebagai ahli masyarakat. Selain itu,

menurut buku Komunikasi Bisnis, Edisi 3, karya Djoko Purwanto, Lehman dan rakannya

mendefinisikan warisan adalah sebagai satu kumpulan pengamal hidup yang terdapat di

dalam masyarakat mereka sendiri. Di dalam buku yang sama, menurut Mitchel

mendefinisikan warisan adalah, pelengkap bagi kepercayaan, pengetahuan, moral dan

perilaku yang disampaikan oleh masyarakat dan individu-individu, yang menentukan

bagaimana seseorang itu bertindak, berperasaan dan memandang dirinya dan orang lain.

2

Pengurusan adalah proses perancangan, pengarahan, penyusunan dan pengawalan

usaha ahli organisasi dan menggunakan kesemua sumber organisasi untuk mencapai

matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Menurut Jaafar Muhammad (1992) pengurusan

merupakan satu proses organisasi menguruskan tenaga kerja dan sumber ekonomi dengan

cara pengorganisasian, perancangan, pengawalan dan pengarahan untuk mendapatkan segala

perkhidmatan dan produk yang diperlukan oleh para pelanggan supaya objektif organisasi

yang telah ditetapkan tercapai. Selain itu, Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu

proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan penyertaan, penglibatan dan kerjasama ahli-

ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat yang paling

berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan

pentadbiran akan menyumbangkan kepada matlamat organisasi. (Morphet et al, 1982)

3

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1.1 LATAR BELAKANG YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

Yayasan Warisan Negeri Johor (YWJ) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 11

Oktober 1988 apabila bangunan Yayasan Warisan Negeri Johor telah diluluskan oleh Dewan

Negeri Johor. Tujuan Yayasan negeri ini ditubuhkan untuk memelihara warisan budaya dan

sejarah negeri serta memebuat peruntukan yang berkaitan denganya.

Pada mulanya, kegiatan Yayasan Warisan Johor bertumpukan kepada kerja-kerja

mencari tapak sejarah yang terdapat di negeri Johor untuk dibangunkan dan dimajukan

semula bersama Muzium Negara. Antara muzium yang telah dibangunkan oleh YWJ dengan

kerjasama Muzium Negara ialah, Muzium Sejarah di Kota Tinggi dan kawasan sejarah di

Pagoh Muar.

Bangunan-bangunan bersejarah yang utama telah diambil alih oleh Yayasan sebagai

langkah memulihara bangunan tersebut. Pertama ialah Bangunan Dato’ Jaafar di Bukit

Senyum dan bangunan bekas kediaman Menteri Besar Johor ketiga iaitu Allahyarham Dato’

Abdullah Bin Jaafar di JKR144 Jalan Petrie, Johor Bahru. Selain itu, dengan kerjasama

Profesor Kamaruddin Ali dari Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Yayasan telah dapat mengenal pasti beberapa rumah tradisional Melayu Johor di Daerah

Muar, Batu pahat, Pontian dan Johor Bharu untuk dijadikan contoh atau model rumah-rumah

tradisional Melayu Johor.

4

Penglibatan Yayasan dalam kerja-kerja mengali semula khazanah warisan budaya

dan sejarah Johor ini amat banyak dan meluas sehingga ke pelusuk negeri Johor. Sebagai

contoh, Bangunan Dato’ Jaafar di Bukit Senyum dan bangunan JKR144 di Jalan Petrei yang

sekarang ini sebagai Geleri Seni Johor pada masa pada masa itu keadaannya sudah terlalu

uzur dan memerlukan peruntukan yang besar bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan-

bangunan tersebut.

Usaha-usaha menyelamat warisan sejarah, seni dan budaya Melayu Johor kini

sedang giat dijalankan oleh Yayasan Warisan Johor. Empat bahagian telah diwujudkan

mengikut kepakaran masing-masing bagi menjalankan tugas memelihara warisan Johor,

iaitu Bahagian Permuziuman, Bahagian Pembangunan Seni dan Budaya, Bahagian

Persuratan dan Sejarah dan Bahagian Seni Persembahan.

5

1.1.2 MISI, VISI DAN OBJEKTIF YAYASAN WARISAN JOHOR

• MISI

o Memartabatkan warisan sejarah persuratan seni dan budaya negeri Johor

• VISI

o Pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa itu harus seimbang berpaksikan

pendekatan holistic dan menyeluruh

• OBJEKTIF

o Untuk menjalankan penyelidikan dan usaha-usaha pemeliharaan sejarah

persuratan, seni dan budaya.

o Untuk mengenalpasti bagi tujuan pengumpulan bahan-bahan yang berkaitan

dengan warisan sejarah persuratan seni dan budaya.

o Untuk memelihara secara sistematik dan saintifik warisan sejarah (termasuk

tanah, tapak tanah dan monument sejarah), persuratan, seni dan budaya.

o Untuk mendokumentasi dan menyebarkan hasilan usaha pemelihara warisan

sejarah persuratan seni dan budaya melalui tugas-tugas pengelasan,

pengkatalogan dan penyimpanan data secara sistematik.

o Untuk membina muzium-muzium yang berfungsi untuk mengenengahkan

ciri-ciri sejarah persuratan, seni dan budaya Johor.

o Untuk mengolah warisan persuratan, seni dan budaya yang bernilai sejarah

sebagai sumber ekonomi.

6

1.2 PEMASALAHAN KAJIAN

Pengkaji membuat kajian yang memfokuskan kepada pengurusan budaya yang

dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Warisan Johor. Menurut sumber yang pengkaji

perolehi, antara fungsi Yayasan Warisan Johor adalah menjana kesedaran dan

kecenderungan orang ramai untuk bekerjasama dan menyokong usaha-usaha pemeliharaan

dan pemuliharaan warisan sejarah, seni dan budaya Johor. Masalah yang dapat dilihat

adalah, adakah kesedaran dan kecenderungan orang ramai terhadap warisan, seni dan budaya

Johor telah tercapai piawaian yang telah ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Warisan

Johor.

Selain itu, fungsi Yayasan Warisan Johor juga memelihara dan memulihara

monument-monument dan eksibit-eksibit yang berkaitan warisan sejarah, seni dan budaya

Johor. Melalui fungsi ini, masalah yang dapat dilihat adalah, sejauh mana pemeliharaan dan

pemuliharaan terhadap monument-monument dan eksibit-eksibit yang telah dilakukan oleh

pengurusan Yayasan Warisan Johor.

7

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

• Antara objektif kajian terhadap kajian ini ialah:

o Mengenalpasti cara pengurusan yang diuruskan oleh Yayasan Warisan Johor

dalam memelihara budaya masyarakat Johor.

o Mengkaji gaya pengurusan budaya dan warisan yang dilaksanakan oleh

Yayasan Warisan Johor.

o Mendokumentasi pengurusan budaya yang dilakukan di Yayasan Warisan

Johor.

8

1.4 PERSOALAN KAJIAN.

1. Bagaimanakah Yayasan Warisan Johor menguruskan budaya masyarakat di negeri

Johor.

2. Apakah gaya pengurusan budaya yang dilakukan oleh pihak pengurusan di Yayasan

Warisan Johor.