hari isnin : 8 ogos 2022 - parlimen malaysia

347
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022 HARI ISNIN : 8 OGOS 2022

Upload: khangminh22

Post on 11-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2022

HARI ISNIN : 8 OGOS 2022

NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ DR NELSON A/L RENGANATHAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato’ Dr Nelson a/l Renganathan minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan aktiviti-aktiviti khas yang

dijalankan serta bantuan yang sedia ada untuk menggalakkan

masyarakat kaum India untuk menceburi bidang keusahawanan.

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sejajar dengan semangat inklusiviti dalam konsep Keluarga

Malaysia, Kementerian melalui agensi-agensinya menawarkan pelbagai

kemudahan dan bantuan kepada semua perusahaan tempatan termasuk

usahawan informal, mikro, kecil dan sederhana daripada semua kaum,

mengikut keperluan masing-masing. Kemudahan dan bantuan yang

ditawarkan merangkumi pembiayaan, latihan dan bimbingan

keusahawanan.

Kementerian melalui TEKUN Nasional telah memperkenalkan

program khas untuk masyarakat India dengan memperuntukkan

sebanyak RM25 juta pada tahun 2022 melalui Skim Pembangunan

Usahawan Masyarakat India (SPUMI). Menerusi bantuan ini, usahawan

boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan bermula daripada nilai

RM1,000 sehingga RM100,000. Tempoh bayaran balik yang ditawarkan

adalah sehingga 10 tahun, dengan kadar keuntungan sebanyak 4%.

Sehingga Julai 2022, seramai 1,078 usahawan masyarakat India telah

menerima manfaat melalui inisiatif ini, yang melibatkan nilai kelulusan

pembiayaan berjumlah RM22.3 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga,

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memiliki 3,442 Sahabat Usahawan

AIM berbangsa India di seluruh negara. Sehingga Jun 2022, jumlah

pembiayaan yang telah dikeluarkan bagi usahawan India adalah RM12.1

juta.

NO SOALAN: 14

Khusus bagi aktiviti pembangunan kapasiti, Kementerian melalui

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyediakan Program

Bimbingan Asas Perniagaan, Program Latihan Perkembangan Bisnes,

serta Program Latihan Asas Bisnes yang merangkumi latihan asas

keusahawanan, latihan asas industri dan latihan asas kewangan. Untuk

tahun ini, sehingga Jun 2022, seramai 42 orang usahawan kaum India

telah mengikuti program latihan dan bimbingan oleh INSKEN.

Selain daripada skim pembiayaan SPUMI, usahawan masyarakat

India turut dibantu di bawah Skim Pembiayaan Mikro dan Informal (SPIM).

Di bawah SPIM seramai 906 usahawan masyarakat India telah menerima

manfaat SPIM melibatkan jumlah pembiayaan yang diluluskan sebanyak

RM7.89 juta.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO DR. NUING JELUING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

jumlah penerima dos penggalak kedua "second booster" buat masa

sekarang. Adakah kajian-kajian dibuat untuk menentukan kesan dos

kedua ini dan apakah kriteria untuk orang awam mendapat dos penggalak

kedua.

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sehingga 7 Ogos 2022, seramai 388,014 orang telah menerima dos

penggalak kedua dengan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Johor menunjukkan bilangan penerima tertinggi

iaitu seramai 117,750 orang bagi negeri Selangor, 94,485 orang bagi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 40,461 orang bagi negeri

Johor.

2. Kriteria untuk orang awam mendapatkan dos penggalak kedua

adalah seperti berikut:

a) Semua individu berumur 60 tahun dan ke atas dan telah

menerima dos penggalak pertama sekurang-kurangnya selepas

empat (4) bulan;

b) Individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan

petugas kesihatan barisan hadapan;

i. Individu berumur 18 hingga 59 tahun serta berisiko tinggi

untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang serius atau

teruk;

ii. Petugas kesihatan barisan hadapan seperti Pegawai

Perubatan, Jururawat dan lain-lain;

NO SOALAN: 15

iii. Individu sihat berumur 50-59 tahun jika mereka memilih

berbuat demikian untuk perlindungan daripada risiko

penyakit yang teruk; dan

iv. Sekurang-kurangnya enam (6) bulan selepas menerima

dos penggalak pertama dan setelah berbincang dengan

mana-mana pengamal perubatan berdaftar bagi individu

berumur 18 – 59 tahun yang lain.

c) Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi yang

telah lengkap menerima vaksinasi primer tiga (3) dos dan dos

penggalak pertama:

i. Remaja berumur 12 hingga 17 tahun dalam kategori

moderate or severely immunocompromised yang

disahkan oleh Pakar Perubatan kerajaan dan swasta; dan

ii. Sekurang-kurangnya empat hingga enam (4 – 6) bulan

selepas menerima dos penggalak pertama.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Pelaksanaan mekanisme pemberian dos penggalak kedua vaksin

COVID-19 dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan syor

Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) di bawah KKM serta bukti-bukti

saintifik terkini.

NO SOALAN: 15

4. Sehubungan dengan itu, satu Surat Pekeliling Ketua Pengarah

Kesihatan Bil 18/ 2022 bertarikh 18 Julai 2022 telah dikeluarkan

berkaitan dengan syor terbaru pemberian dos tambahan dan dos

penggalak bagi PICK bagi memberikan perlindungan daripada risiko

penyakit yang teruk akibat COVID-19. Kriteria kelayakan bagi

pemberian Dos Penggalak Kedua adalah:

a) Individu yang berisiko tinggi berumur 60 tahun dan ke atas

dengan komorbiditi berisiko tinggi sekurang-kurangnya empat

bulan (4) selepas menerima dos penggalak pertama;

b) Individu yang ingin keluar negara boleh diberikan dos penggalak

kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya satu (1) bulan

daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan

negara destinasi yang ingin dilawati;

c) Remaja berumur 12 hingga 17 Tahun yang berisiko tinggi dan

telah lengkap menerima vaksinasi primer tiga (3) dos dan dos

penggalak pertama:

i. Remaja berumur 12- 17 tahun dalam kategori moderate or

severely immunocompromised yang disahkan oleh Pakar

Perubatan kerajaan swasta; dan

ii. Sekurang-kurangnya empat hingga enam (4-6) bulan

selepas menerima dos penggalak pertama; dan

NO SOALAN: 15

d) Perluasan pemberian dos penggalak ini turut diperluaskan

kepada:

i. Individu berumur 18 – 59 tahun serta berisiko tinggi untuk

mendapat jangkitan COVID-19 yang serius dan teruk;

ii. Petugas kesihatan barisan hadapan seperti Pegawai

Perubatan, Jururawat dan lain- lain;

iii. Individu sihat berumur 50-59 tahun jika mereka memilih

berbuat demikian untuk perlindungan daripada risiko

penyakit yang teruk; dan

iv. Sekurang-kurangnya enam(6) bulan selepas menerima

dos penggalak pertama dan setelah berbincang dengan

mana- mana pengamal perubatan berdaftar bagi individu

berumur 18-59 tahun yang lain.

5. Saranan TWG adalah berdasarkan pendapat pakar- pakar serta

analisis data di dalam dan luar negara termasuk kajian-kajian dos

penggalak kedua daripada beberapa negara seperti Sweden,

Canada, US dan Israel yang telah diterbitkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ SHAMSUDDIN BIN HAJI ABD

GHAFFAR

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Shamsuddin Bin Haji Abd Ghaffar minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan :-

(a) kenapa berlaku kekurangan pekerja di sektor-sektor penting seperti

ladang, perkilangan, pembinaan dan pelancongan, manakala dalam

masa yang sama kadar penggangguran di kalangan rakyat agak

tinggi; dan

(b) apakah usaha pihak Kerajaan mengatasi masalah ini.

NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kekurangan pekerja di sektor-sektor penting seperti perladangan,

perkilangan, pembinaan dan pelancongan berlaku adalah disebabkan

oleh:

i. Pandemik COVID-19 yang memberi impak besar kepada

ekonomi seluruh dunia termasuk pasaran buruh negara.

ii. Penutupan pintu sempadan negara semasa pandemik dan

dasar pembekuan pengambilan pekerja asing yang

dilaksanakan sehingga 31 Disember 2021 turut memberi

kesan terhadap sektor-sektor kritikal ini.

Berdasarkan Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia, semasa pandemik Covid -19 kadar pengangguran negara telah

mencatat rekod tertinggi iaitu 4.9 peratus pada Januari 2021.

Daripada usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan, kini kadar

pengangguran telah menurun kepada 3.9 peratus pada Mei 2022.

Walaupun begitu kadar pengangguran ini masih belum kembali ke tahap

sebelum pandemik iaitu 3.2 peratus.

NO SOALAN: 16

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan telah mempergiatkan usaha

mengadakan program-program berikut:

i. Melaksanakan Program JaminKerja-Insentif Penggajian yang

akan memanfaatkan pencari kerja dari seluruh negara. Program ini

merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan

yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam

kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk

OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta

penganggur am. Sehingga 29 Julai 2022 sebanyak

120,237pencari kerja telah berjaya ditempatkan melalui pelbagai

aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui PERKESO.

ii. Sebagai kesinambungan kejayaan Program Perantisan pada

tahun 2021, JaminKerja-Insentif Penggajian akan meneruskan

program ini dengan pemberian insentif RM900 sebulan untuk

tempoh enam bulan kepada majikan yang menggajikan golongan

perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun

dalam jawatan Eksekutif. Golongan Perantis ini perlu ditawarkan

kontrak 6 bulan dengan bayaran gaji pemula berjumlah RM1,500.

Berdasarkan statistik, jumlah pekerja yang telah mendapat manfaat

daripada Program Perantisan JaminKerja-Insentif Penggajian

setakat 29 Julai 2022 adalah seramai 5,932 orang.

NO SOALAN: 16

iii. Kerajaan melalui HRD Corp telah menubuhkan Placement Centre

yang berperanan sebagai platform untuk memadankan pekerja

dengan peluang pekerjaan yang tersedia oleh majikan. Sehingga

31 Julai 2022, sebanyak 43,903 peluang pekerjaan tersedia

melalui platform ini di mana lebih 6,000 pekerja telah berjaya

mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti Perkhidmatan,

Perkilangan, Borong dan Runcit serta lain-lain lagi. Daripada jumlah

tersebut, sebanyak 60 peratus (3,600 pekerja) adalah daripada

golongan belia dan sebahagian besar mereka memperoleh gaji

sebanyak RM2,000 dan ke atas.

iv. Kerajaan juga telah melancarkan Inisiatif PENJANA HRDF dengan

memperkenalkan lima skim yang terdiri daripada Place & Train,

B40 Development, SME Development, Industrial Revolution 4.0

dan Gerak Insan Gemilang. Skim-skim ini diwujudkan dengan

tujuan untuk membantu rakyat termasuk golongan belia dan

graduan dalam mendapat pekerjaan, pekerjaan sendiri dan

menambah serta meningkatkan kemahiran mereka. Setakat 31

Julai 2022, sebanyak 85,527 pelatih telah mengikuti skim-skim

yang melibatkan penempatan pekerjaan dan pekerjaan sendiri.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Perusahaan

Perladangan Dan Komoditi menyatakan pendirian Kementerian

berkaitan cadangan untuk menaikkan harga getah sekerap bagi tujuan

membantu golongan penoreh.

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Harga getah asli sebagaimana harga komoditi lain bergantung kepada

permintaan dan penawaran pasaran di peringkat global. Memandangkan

syer pengeluaran Malaysia pada tahun 2020 hanya 4.0% daripada

pengeluaran getah dunia, maka kita tidak dapat mengawal harga getah.

Namun demikian, Kerajaan telah melaksanakan Insentif Pengeluaran

Getah (IPG) bermula tahun 2015 yang mana ia merupakan salah satu

langkah di peringkat domestik untuk menjamin kebajikan pekebun kecil

getah ketika krisis kejatuhan harga getah di samping memastikan

pengeluaran getah domestik yang berterusan. Oleh itu, Kerajaan telah

membuat pembayaran berjumlah RM439.59 juta kepada 202,443 orang

pekebun kecil di seluruh negara Bermula daripada 1 September 2015

sehingga 20 Jun 2022.

Berhubung cadangan meningkatkan harga pengaktifan IPG daripada

RM2.50 kepada RM3.50 sekilogram, Kerajaan telah mengkaji mekanisme

penambahbaikan kadar IPG berdasarkan hasil Kajian Impak

Pelaksanaan IPG Bagi Tempoh Lima Tahun Pertama (2015-2020).

Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk

pertimbangan dan kelulusan pada tahun ini. Beberapa elemen yang akan

dipertimbangkan dalam meningkatkan harga pengaktifan IPG kepada

RM3.50 adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 17

i. IPG berdasarkan produktiviti

Cadangan peningkatan atau penambahbaikan kadar IPG

hendaklah meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan

pengeluaran getah negara. Bayaran IPG bersandarkan tahap

produktiviti getah dijangka dapat memotivasikan mereka untuk terus

menoreh dan seterusnya dapat membantu meningkatkan

pengeluaran getah negara secara berterusan (sustainable); dan

ii. Manfaat kepada industri getah secara keseluruhan

IPG bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil

dengan menstabilkan pendapatan mereka, malah ia juga dapat

memberi manfaat kepada keseluruhan industri getah.

Sekian terima kasih.

NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN NORAINI BINTI IDRIS

TARIKH : 8 OGOS 2022 ( ISNIN )

Puan Noraini Binti Idris minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan inisiatif jangka pendek yang

sedang direncanakan oleh pihak Kementerian yang boleh meredakan

beban tanggungan pembiayaan hutang perumahan bagi pemilik rumah

dari segmen B40 dan M40 di negeri Sabah rentetan daripada kenaikan

kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia.

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Mesyuarat Majlis

Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bilangan 1 Tahun 2022 yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Februari 2022. Isu

pembiayaan dan pemilikan perumahan telah dibincangkan dalam

mesyuarat tersebut dan MPMMN berpandangan Bank Negara Malaysia

(BNM) sebagai badan kawal selia institusi kewangan dan perbankan,

perlu memainkan peranan untuk membantu pemilikan rumah dalam

kalangan B40 dan M40.

Bagi membantu meringankan beban rakyat termasuk penduduk di

negeri Sabah yang telah membeli rumah tetapi terbeban dengan bayaran

pembiayaan bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19, Kerajaan

menerusi Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pemberian

moratorium menerusi institusi kewangan bagi tempoh enam (6) bulan dan

dilanjutkan kepada moratorium bersasar untuk tempoh tiga (3) bulan atau

pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% selama enam (6) bulan.

Melalui inisiatif ini, rakyat boleh melaksanakan penstrukturan semula

pembiayaan yang dibuat dengan institusi kewangan berdasarkan

keupayaan kewangan masing-masing.

Kerajaan juga menyedari keresahan yang dialami oleh penjawat

awam yang merupakan pembeli bagi perumahan ini dan terpaksa

membayar ansuran bulanan walaupun rumah yang dibeli tersebut masih

dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Dalam hal ini, Lembaga

NO SOALAN: 18

Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memainkan peranan

penting untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada penjawat

awam yang ingin membeli rumah.

Atas keprihatinan tersebut, KPKT dengan kerjasama Kementerian

Kewangan Malaysia melalui LPPSA telah memperkenalkan Skim

Bantuan Khas iaitu penangguhan bayaran balik ansuran bulanan selama

enam (6) bulan kepada peminjam LPPSA yang layak. Permohonan untuk

mendapatkan Skim Bantuan Khas ini dibuka mulai 4 Februari 2022

sehingga 31 Disember 2022 melalui portal rasmi LPPSA.

Bagi membantu meringankan beban para pembeli yang terlibat

dalam projek perumahan swasta terbengkalai pula, Kementerian

mengambil inisiatif seperti berikut:

i. mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan swasta

terbengkalai kepada pembiaya akhir (end-financier) bagi unit

rumah berkaitan. Melalui surat pengesahan ini, para pembeli

boleh mendapatkan pertimbangan daripada institusi

perbankan bagi sebarang permohonan pengurangan kadar

faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan;

ii. memohon pertimbangan daripada Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) bagi permohonan pengeluaran

kali kedua;

NO SOALAN: 18

iii. bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan pula,

permohonan boleh dibuat bagi:

a. membatalkan pinjaman sedia ada dan diberi peluang

untuk memohon pinjaman baharu iaitu pinjaman penuh

seperti pinjaman pada kali pertama; atau

b. pengecualian pengenaan faedah pinjaman pada kadar 4%

sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama lima (5)

tahun (mana-mana yang terdahulu).

Walau bagaimanapun, semua perkara di atas adalah tertakluk

kepada penilaian institusi pembiaya ke atas peminjam-peminjam

berdasarkan merit setiap kes.

c. Kerajaan juga telah melanjutkan pengecualian duti setem

ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik

kepada pembeli asal projek perumahan swasta

terbengkalai sehingga 31 Disember 2025. Inisiatif ini telah

diperkenalkan sejak tahun 2013 bagi membantu

meringankan bebanan para pembeli yang terlibat dengan

projek perumahan swasta terbengkalai.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe CHAI minta MENTERI WILAYAH

PERSEKUTUAN menyatakan Brickfields dilihat sebagai kawasan mesra

komuniti tidak berpenglihatan. Persoalannya, sejauhmanakah DBKL

memastikan kawasan tersebut selamat untuk komuniti tidak

berpenglihatan.

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui usaha pengindahan

kawasan di Brickfields di bawah projek River Of Life (ROL) yang telah

disiapkan pada 25 Jun 2021, 70% daripada laluan utama pejalan kaki

telah dinaiktaraf bagi memberi lebih keselesaan kepada pejalan kaki dan

mesra kepada pengguna yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan

Upaya (OKU) termasuk kepada komuniti tidak berpenglihatan.

Laluan pejalan kaki dan koridor di hadapan deretan premis di

Brickfields dipastikan supaya bebas halangan. Selain itu, pembahagaian

zon telah dilaksanakan iaitu memisahkan zon pejalan kaki dengan zon

perabot jalan seperti tiang lampu jalan, pokok, tong sampah dan

sebagainya bertujuan mewujudkan zon bebas halangan kepada pejalan

kaki.

Di samping itu, kelebaran laluan telah ditetapkan kepada sekurang-

kurangnya 1,200mm. Permukaan laluan juga telah dinaiktaraf kepada

permukaan yang rata manakala di sepanjang laluan disediakan jubin

penunjuk arah bertekstur dan jubin amaran bertekstur untuk

memudahkan mereka yang Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan

bergerak.

DBKL juga masih lagi di dalam proses perancangan menyiapkan baki

30% kawasan keseluruhan Brickfields bagi memastikan kawasan

tersebut selamat dan mesra kepada komuniti OKU penglihatan menjelang

penhujung 2023.

NO SOALAN: 19

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK LIM PAY HEN minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan sejauh mana Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja

mencukupi untuk menjadi penanda aras kemahiran seseorang pelajar

susulan keputusan Kerajaan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan

Tiga (PT3).

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa melaksanakan

penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring

dengan keperluan semasa. Dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan

Kebangsaan, murid ditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) dan Peperiksaan Pusat.

Berikutan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

mulai tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun

2022, KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan PBS, melibatkan

komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani,

Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, PBS telah

diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu, iaitu mulai tahun 2011 di peringkat

sekolah rendah dan tahun 2012 di peringkat sekolah menengah.

Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai aspek intelek, emosi, rohani,

jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam konteks PBD, guru memantau perkembangan, kemajuan

dan penguasaan setiap murid dalam proses pembelajaran mereka

termasuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Dengan ini, guru boleh merancang dan mengubah suai kaedah

pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi membantu setiap murid

meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran mereka. Pelaksanaan

PBD secara berterusan dapat mempersiapkan murid dengan

NO SOALAN: 20

pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh untuk

mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya.

Antara pendekatan dalam pengukuhan PBD bagi murid Tahun 4

hingga Tingkatan 3 mulai tahun 2022 adalah dengan menambah baik

pengurusan ujian akhir sesi akademik melalui penyediaan soalan yang

setara standardnya oleh KPM. Soalan tersebut disediakan oleh guru

yang berkepakaran dalam pembinaan item dan disimpan dalam sistem

bank soalan yang dibangunkan oleh KPM.

Untuk tujuan pelaksanaan ujian akhir sesi akademik, pihak sekolah

akan menjana set soalan daripada sistem tersebut dan ditadbir di sekolah

seperti mana ujian akhir tahun sebelum ini. Panduan penskoran juga akan

disediakan untuk kemudahan guru.

Penambahbaikan kepada ujian akhir sesi akademik ini adalah bagi

membolehkan guru dan ibu bapa bersama-sama membantu

membangunkan potensi murid bermula daripada peringkat sekolah

rendah. Dalam mencapai hasrat ini, pelaporan ujian akhir sesi akademik

akan digunakan untuk membolehkan intervensi awal dilakukan bagi

mengoptimumkan potensi murid. Pelaporan ini bukan untuk tujuan

perbandingan pencapaian antara murid atau sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kejayaan dan

kemenjadian murid haruslah dilihat secara holistik dan bukan semata-

mata berdasarkan prestasi dalam bidang akademik sahaja. Justeru,

pentaksiran melalui PAJSK dan PPsi juga diperkukuh bagi menilai

perkembangan murid dalam aspek sukan, kokurikulum, nilai murni, minat

dan kecenderungan serta pembentukan sahsiah.

NO SOALAN: 20

KPM juga akan menambah baik dan memantapkan kaedah

pelaporan PBD. Melalui kaedah ini, pencapaian murid dilaporkan secara

menyeluruh sebanyak dua kali setahun iaitu pada pertengahan sesi

akademik dan akhir sesi akademik dengan menggunakan deskriptor

tahap penguasaan yang komprehensif dan jelas. Pelaporan ini juga

menilai tahap usaha murid dalam pembelajaran. Di samping itu, guru

kelas dan guru mata pelajaran akan memberi ulasan dan cadangan

intervensi bagi mengoptimumkan potensi murid.

Selain daripada pelaporan PBD, laporan akhir sesi akademik akan

turut disertakan dengan pelaporan PAJSK dan PPsi. Secara keseluruhan,

penambahbaikan pelaporan PBS dapat memberi gambaran mengenai

kemenjadian murid secara menyeluruh, komprehensif dan bermakna.

Pemerkasaan PBS merupakan antara pendekatan KPM untuk beralih

daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan kepada pembelajaran

yang lebih menyeronokkan untuk murid.

Selain itu, KPM juga mempergiatkan program latihan untuk

pentadbir dan guru bagi meningkatkan kemahiran serta memantapkan

pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah. Guru juga akan terus

dilatih untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam PdP, termasuk

penggunaan teknologi digital.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) adalah peperiksaan kebangsaan yang utama

dan ditadbir secara berpusat pada akhir pendidikan peringkat menengah

bagi tujuan pensijilan. Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM), calon SPM perlu menduduki Ujian Lisan Bahasa

Melayu dan Ujian Lisan Bahasa Inggeris. Bagi ujian Lisan Bahasa

NO SOALAN: 20

Inggeris, pentaksiran ini dijajarkan dengan Common European

Framework of Reference for Languages (CEFR), iaitu piawaian

antarabangsa yang menunjukkan tahap penguasaan bahasa.

Pencapaian calon dilaporkan melalui gred SPM dan tahap CEFR.

Selain itu, Ujian Amali Sains (UAS) bagi mata pelajaran Fizik, Kimia,

Biologi dan Sains Tambahan turut dilaksanakan dalam peperiksaan SPM.

Pelaksanaan semula UAS secara peperiksaan pusat ini merupakan

satu usaha KPM untuk mengukur penguasaan kemahiran proses sains

dan kemahiran manipulatif murid aliran sains.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan penandaarasan

dan penjaminan kualiti pada peringkat antarabangsa, KPM turut

melibatkan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara iaitu Cambridge

Assessment English (CAE), Cambridge Assessment International

Education (CAIE), dan Pearson, United Kingdom dalam pengendalian

peperiksaan SPM.

Dalam hal ini, sijil SPM yang merekodkan pencapaian akademik

murid boleh digunakan untuk menyambung pengajian, memohon

biasiswa

dan menceburi bidang pekerjaan. Sijil SPM juga diiktiraf oleh badan

pentaksiran antarabangsa bagi tujuan melanjutkan pengajian di luar

negara. SPM akan terus kekal sebagai peperiksaan utama kebangsaan

pada penghujung pendidikan menengah.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan apakah jumlah kemudahan pengangkutan awam termasuk

kenderaan dan infrastruktur seperti hentian bas dan hab pengangkutan

awam yang masih tidak mesra OKU serta usaha Kementerian bagi

memastikan kesemua hab pengangkutan awam berkonsepkan reka

bentuk sejagat.

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pengawalseliaan

hentian bas adalah berada di bawah bidang kuasa beberapa pihak seperti

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa (PLANMalaysia). Pada masa yang sama, Kementerian

Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

sedang membangunkan satu garis panduan penarafan gred terminal

pengangkutan awam dengan mengambil kira aspek aksesibiliti dan

kemudahan mesra OKU yang dijangka akan dilaksanakan pada

penghujung tahun ini.

2. Bagi perkhidmatan pengangkutan awam pula, Prasarana Malaysia

Berhad mempunyai lebih 800 bas yang beroperasi setiap hari seperti

Rapid Kuantan, Rapid Penang dan Rapid KL, dan kesemua bas ini adalah

mesra OKU.

3. Kementerian ini sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara

berterusan terhadap keperluan warga OKU dan pelaksanaan reka bentuk

sejagat (universal design) bagi hab pengangkutan awam adalah

diutamakan. Pemantauan bagi perkara ini dibuat melalui audit aksesibiliti

yang dijalankan secara berkala setiap tahun yang disertai oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

termasuk wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) OKU yang menjadi

ahli Jawatankuasa Pengangkutan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi

Orang Kurang Upaya (MKBOKU).

NO SOALAN: 21

4. Sejak tahun 2015, sebanyak 28 lokasi pengangkutan awam telah

diaudit dengan penambahbaikan telah dan sedang dilaksanakan oleh

penyedia perkhidmatan. Usaha ini adalah untuk memastikan

perkhidmatan serta fasiliti pengangkutan awam adalah mudah diakses

dan inklusif, seterusnya boleh digunakan oleh semua golongan

termasuklah golongan OKU.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' NELSON A/L RENGANATHAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Nelson a/l Renganathan minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah

bilangan warga emas kaum India yang ditaja oleh Kementerian, berada

di pusat jagaan warga tua, mengikut negeri.

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Perkhidmatan penjagaan institusi kepada warga emas yang

memerlukan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu pusat jagaan di

bawah kendalian Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan institusi kebajikan di

bawah kendalian Kerajaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) melihat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau dikenali

sebagai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) sebagai rakan strategik

yang melengkapi usaha Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan

sehingga ke peringkat akar umbi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

menampung sebahagian perbelanjaan kos makan dan minum (geran

rangsum) penghuni yang tinggal berkediaman di pusat penjagaan warga

emas kendalian PSK. Pada tahun 2021, JKM telah menyalurkan geran

rangsum kepada 22 buah PSK warga emas dengan peruntukan sebanyak

RM1.68 juta. Penajaan Kerajaan ini adalah bagi membiayai seramai

5,919 penghuni. Dari jumlah tersebut, seramai 128 orang warga emas

berbangsa India telah memanfaatkan pemberian bantuan ini.

Tuan Yang di-Pertua,

KPWKM melalui JKM menyediakan kemudahan institusi bagi warga

emas yang daif iaitu di Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan

(RE). Terdapat sepuluh (10) buah RSK di seluruh Malaysia di mana dua

(2) buah daripadanya sedang dalam pembinaan naik taraf bangunan.

Sehingga Julai 2022, seramai 1,061 warga emas yang masih boleh

NO SOALAN: 22

menguruskan diri telah ditempatkan di RSK dan dari jumlah tersebut 187

(18%) penghuni adalah warga emas berbangsa India.

Terdapat dua (2) buah RE disediakan untuk warga emas daif yang

sakit, uzur dan terlantar. Penghuni RE diberi penjagaan, rawatan dan

perlindungan mengikut keperluan mereka. Sehingga Julai 2022, terdapat

seramai 207 warga emas ditenpatkan di RE dan dari jumlah tersebut

seramai 23 (11%) orang adalah warga emas berbangsa India.

KPWKM sentiasa bersedia melindungi warga emas sebatang kara,

disisihkan keluarga dan tidak berkemampuan agar terus terbela dengan

penyediaan kemudahan berupa geran dan institusi perlindungan. Melalui

usaha-usaha ini, seramai 338 warga emas berbangsa India telah

menerima manfaat dari kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK

INSOL

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK INSOL minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan statistik tentang penipuan internet dari

segi bilangan kes, nilai kerugian, bilangan tangkapan dan sabitan bagi

tempoh tiga tahun yang lepas sehingga terkini.

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jumlah kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2020 hingga

Jun 2022 adalah sebanyak 48,396 kes yang melibatkan kerugian bernilai

RM1,434,649,732.74. Sepanjang tempoh ini juga, sebanyak 24,711

tangkapan telah dibuat dan 17,183 pertuduhan telah pun dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK NICOLE WONG SIAW TING

TARIKH : 8 OGOS 2022 ( ISNIN )

DATUK NICOLE WONG SIAW TING minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha dilaksanakan

oleh pihak Kementerian dalam menyelesaikan masalah rumah mampu

milik (RMM) tidak terjual dan langkah yang diambil untuk memastikan

pembangunan RMM dapat direalisasikan dengan lebih bersepadu antara

Kerajaan dan agensi.

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data dari Pusat

Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), bagi data awalan suku pertama

tahun 2022 (Q1P, 2022) terdapat sebanyak 35,592 unit rumah siap dibina

tidak terjual yang bernilai RM22.45 billion. Daripada jumlah ini, sebanyak

10,158 unit adalah rumah berharga kurang RM300,000. Antara punca

lambakan rumah tidak terjual ini berlaku adalah ekoran daripada

penawaran perumahan yang tidak sepadan dengan permintaan di

sesebuah lokaliti, harga rumah yang tidak sepadan dengan pendapatan

isi rumah, lokasi yang kurang menarik dan lain-lain lagi.

Mengambil kira punca-punca lambakan ini, Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan

beberapa tindakan untuk menangani isu ini bagi tempoh jangka masa

pendek dan panjang. Antara langkah utama yang telah diambil oleh

Kementerian adalah seperti berikut:

(i) memperkenalkan Dashboard Maklumat Rumah Mampu Milik

(RMM) untuk memudahkan penyedia perumahan di peringkat

Persekutuan, negeri dan pemaju swasta serta rakyat untuk

melihat maklumat RMM yang dinamik di bawah program

KPKT. Dashboard ini dibangunkan selaras dengan hasrat

Kerajaan untuk memantau sasaran RMM yang dirancang di

bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Sehubungan itu, KPKT

akan memperkenalkan Indeks Harga RMM berdasarkan

lokaliti. Indeks ini akan dijadikan sebagai panduan oleh Pihak

NO SOALAN: 24

Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju perumahan swasta

untuk membangunkan perumahan mengikut kemampuan

pembeli;

(ii) cadangan untuk memperkenalkan peraturan/ garis panduan

kepada para pemaju perumahan untuk mengemukakan

Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) semasa

memohon Kebenaran Merancang (KM). Hasil kajian ini dapat

membantu mengelak daripada berlakunya sebarang

pembangunan perumahan yang tidak sesuai dengan

permintaan pasaran;

(iii) membangunkan sistem Analisis Data Raya (Big Data

Analytics; BDA) Perumahan yang akan menghimpunkan data

perumahan yang komprehensif daripada pelbagai sumber

bagi mendapatkan gambaran sebenar kedudukan dan

ketersediaan data berkaitan sektor perumahan di Malaysia

sebelum pembangunan sistem yang berkaitan. Kajian

pembangunan BDA Perumahan ini telah dimulakan pada

bulan Februari 2021. Hasil kajian ini akan menentukan hala

tuju pembangunan sistem BDA dengan objektif seperti

berikut:

(a) membantu untuk mengetahui kedudukan pasaran

perumahan hartanah yang lebih jelas dan tepat demi

pembangunan sektor hartanah yang lestari dan efisien;

NO SOALAN: 24

(b) dijadikan input bagi pembangunan platform pusat

pengumpulan data hartanah yang meliputi permintaan

dan penawaran; dan

(c) membantu pihak Kerajaan dalam membuat keputusan

di peringkat Persekutuan dan kerajaan negeri dalam

penyediaan dasar dan perancangan perumahan negara

yang lebih komprehensif.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu pembangunan RMM

juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik

Negara (MPMMN). Selaras dengan strategi Rancangan Malaysia Kedua

Belas (RMKe-12) untuk meningkatkan bekalan RMM sebanyak 500,000

unit rumah, Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Kerja Perumahan

Mampu Milik Negara dan Jawatankuasa Pemandu Perumahan Mampu

Milik Negara bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai menjelang tahun

2025. Strategi pelaksanaan ini akan melibatkan KPKT sebagai

penyelaras utama kepada 15 Kementerian/ Agensi Persekutuan,

kerajaan negeri dan sektor swasta bagi memastikan pelaksanaan dapat

diadakan secara bersepadu antara Kerajaan dan agensi penyedia

perumahan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Paul Igai minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI

DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah punca ketirisan

wang peruntukan subsidi barangan berjumlah RM4 bilion untuk barang

keperluan harian dan bukti yang telah diketahui oleh pihak penguatkuasa

terbabit dalam mengatasi masalah ketirisan itu dan apakah langkah

sedang dan akan diambil untuk penyelesaian masalah tersebut.

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Antara faktor berlaku ketirisan barang kawalan bersubsidi adalah seperti

berikut:

a) Harga pasaran barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak,

petrol, diesel dan LPG adalah jauh lebih rendah berbanding harga

barang yang tidak subsidi. Oleh disebabkan itu, barang-barang

tersebut sering menjadi sasaran oleh mereka yang tidak

bertanggungjawab untuk diseleweng atau diseludup ke luar negara;

b) Peniaga-peniaga mengambil kesempatan untuk membeli dan

menggunakan barang kawalan bersubsidi sebagai bahan di dalam

operasi perniagaan mereka bagi mengurangkan kos pengeluaran;

c) Aktiviti sindiket penyelewengan dan penyeludupan yang semakin

licik dan modus operandinya yang sering berubah. Sebagai contoh,

minyak masak subsidi yang diseleweng untuk dijadikan bahan api

biodiesel dan digunakan sebagai minyak masak terpakai untuk

dieksport ke luar negara; dan

d) Banyak lorong tikus dan pengkalan haram di sempadan negara yang

panjang menyukarkan tindakan penguatkuasaan berkesan dalam

mengekang aktiviti penyeludupan barang kawalan bersubsidi ke

negara jiran.

NO SOALAN: 25

Bagi mengurangkan isu ketirisan tersebut, Kementerian sedang dan akan

mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

a) Mengarahkan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat

rantaian pengedaran minyak masak melalui kaedah semakan Pre-

Delivery Plan pemborong;

b) Menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga-

peniaga kecil dan pengusaha restoran;

c) Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong dan

peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng minyak

masak bersubsidi;

d) Menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak 3 paket

untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat menikmati

subsidi yang diberikan oleh Kerajaan;

e) Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi

penguatkuasaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM);

f) Melancarkan Ops ATM iaitu pemeriksaan bekalan ayam, telur dan

minyak masak secara harian di setiap peringkat rantaian pembekalan

dan pengedaran bagi memulihkan kestabilan bekalan dan

membanteras kegiatan sorok barang kawalan;

NO SOALAN: 25

g) Mengadakan publisiti yang meluas melalui media arus perdana dan

media sosial bagi mempertingkatkan kesedaran serta mewujudkan

kegerunan di kalangan peniaga;

h) Mengenakan peraturan larangan eksport minyak masak sawit tulen

dalam bungkusan polibeg; dan

i) Melaksanakan Ops Samar bagi membuat uji beli serta mengenal

pasti jika terdapat elemen sorok oleh peniaga terbabit.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah inisiatif-inisiatif yang dilakukan bersama

pemegang taruh seperti pihak industri dalam membiayai bersama atau

memberi geran dalam bidang TVET dan latihan dalam industri

memandangkan ianya juga akan menguntungkan pihak industri.

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Manusia menerusi jabatan dan agensi

bersama pemegang taruh seperti pihak industri telah mengambil inisiatif-

inisiatif dalam membiayai latihan dalam bidang TVET , antaranya:

i. Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang

diperkenalkan pada 2005 oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran. SLDN merupakan kaedah latihan berasaskan

kerjasama strategik antara institusi penyedia TVET bersama

pihak industri. Pelaksanaan SLDN ini berkonsepkan 70%

latihan di industri atau tempat kerja, dan 30% latihan pula

dijalankan di pusat latihan TVET. Selain daripada perkongsian

sumber seperti perlalatan latihan dan kepakaran, terdapat juga

sebahagian pihak industri yang terlibat dalam pelaksanaan

SLDN ini menyediakan dana pembiayaan kepada para perantis

mereka.

ii. Pelaksanaan secara berterusan program latihan re-skilling dan

up-skilling oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad

(PSMB). Berdasarkan Akta Pembangunan Sumber Manusia

Berhad (Akta PSMB 2001), majikan yang berdaftar dengan

PSMB akan membayar levi Pembangunan Sumber Manusia

berjumlah 1% daripada gaji pekerja warganegara. Levi ini

digunakan bagi melaksanakan insentif latihan peningkatan

kemahiran dan latihan semula kemahiran bagi pembangunan

pekerja tempatan, perantis dan pelatih. Setakat Julai 2022,

NO SOALAN: 26

seramai lebih 600,000 pelatih telah diluluskan merangkumi

pelbagai sektor meliputi bidang latihan kemahiran; insaniah

(softskills) dan teknikal.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI AZIZ BIN ARIFFIN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Haji Aziz bin Ariffin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah usaha

dan inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengawal harga

barangan keperluan asas serta makanan yang dijual di gerai-gerai

makanan agar tidak dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga dan apakah

kekangan yang dihadapi oleh pihak Kementerian dalam menjalankan

kerja-kerja tersebut.

NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) sentiasa mengambil perhatian yang serius dan bertindak

memantau mana-mana peniaga dalam negara bagi memastikan harga

barang di pasaran adalah berpatutan. Pelbagai langkah serta inisiatif

telah dilaksanakan bagi memastikan harga barangan keperluan

berpatutan di pasaran untuk dinikmati oleh rakyat.

Antara langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil adalah:

i. melaksanakan penguatkuasaan tegas di bawah Akta Kawalan

Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 iaitu:

a. penguatkuasaan terhadap pencatutan atau pengambilan

untung secara tidak munasabah oleh peniaga di bawah

Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan

(Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang

Tidak Munasabah) 2018 yang mula berkuatkuasa pada 6 Jun

2018;

b. pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi

seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan

di seluruh negara di bawah Ops Catut 9.0, Ops Rantai 8.0 dan

Ops Pasar 2022. pelaksanaan pemeriksaan pematuhan

kepada peniaga bagi mencegah manipulasi harga dan

pengambilan keuntungan yang tidak munasabah yang

melibatkan industri daripada pelbagai sektor iaitu pengilangan,

NO SOALAN: 27

pengedaran, pemasaran, pengimportan, pemborongan,

peruncitan, dan sektor perkhidmatan.

c. pengeluaran Notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011

ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga

secara mendadak dan ketara untuk mendapatkan maklum

balas dan penjelasan secara bertulis mengenai kenaikan harga

bagi menentukan berlakunya elemen pencatutan;

ii. mengadakan program libat urus untuk memberi penjelasan,

khidmat nasihat dan kerjasama bersama peniaga dalam memahami

dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan;

iii. melaksanakan langkah kolaborasi bersama agensi Kerajaan

yang berkaitan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

(NACCOL) seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

(MAFI) untuk memastikan bekalan mencukupi dan ditawarkan pada

harga yang munasabah;

iv. meningkatkan keberadaan (omnipresence) pegawai-pegawai

penguatkuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi

mewujudkan persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika.

Kekangan yang dihadapi oleh Kementerian dalam menjalankan tugasan

adalah aduan yang tidak jelas dari pengadu serta premis perniagaan yang

tidak tetap atau bermusim yang menyukarkan tugasan penyiasatan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD

AL-BAKRI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-bakri minta PERDANA MENTERI

menyatakan mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa

mendengar kesalahan berhubung penghinaan terhadap agama Islam.

Adakah Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Sekiranya kedua-dua

mahkamah ini berbidangkuasa terhadap kesalahan ini, mahkamah

manakah yang patut mengadili kes sedemikian dan adakah keputusan

dari mana-mana mahkamah akan menolak keputusan yang satu lagi.

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi kes penghinaan

terhadap agama yang dituduh di Mahkamah Sivil, peruntukan yang

terdapat dalam Kanun Keseksaan adalah di bawah seksyen 298A

seperti berikut:

298A. Menyebabkan, dsb, atas alasan agama, suasana tidak

harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci

membenci atau niat jahat atau memudaratkan dsb,

pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

(1) Sesiapa sahaja melalui perkataan, sama ada secara lisan atau

bertulis, atau dengan isyarat, atau melalui pernyataan zahir, atau

dengan apa-apa perbuatan,aktiviti atau kelakuan atau dengan

menganjurkan, mempromosi atau mengatur, atau membantu

dalam mengatur, mempromosi atau mengatur, apa-apa aktiviti,

atau sebaliknya dalam apa-apa cara lain—

a. menyebabkan, atau cuba untuk menyebabkan, atau

berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni,

perpecahan, atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat;

atau

NO SOALAN: 28

b. memudaratkan atau cuba memudaratkan atau yang

berkemungkinan memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni

atau perpaduan, atas alasan agama, antara orang atau kumpulan

orang yang menganut agama yang sama atau berbeza, hendaklah

dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun

dan tidak lebih daripada lima tahun

2. Selanjutnya dalam bidang kuasa Syariah pula, Ketua Pendakwa

Syarie mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya

bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding

bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah sebagaimana

diperuntukkan dalam seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang

Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Kesalahan menghina atau

menyebabkan dipandang hina agama Islam adalah merupakan satu

kesalahan yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 Akta Kesalahan

Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen

berkenaan menyatakan:

7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama

Islam

Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau

dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain-

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam

dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau

upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-

mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah

Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam adalah

NO SOALAN: 28

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

3. Seksyen 46(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-

Wilayah Persekutuan) 1993 juga menyatakan bahawa Mahkamah

Syariah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa

kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang Islam yang boleh

dihukum di bawah mana-mana Akta berkaitan termasuklah Akta

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

seperti berikut:

46. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah—

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa

kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh

dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang

Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta

303], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain

yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-

rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa, dan boleh

mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan

baginya;

NO SOALAN: 28

4. Bagi menjawab persoalan berkenaan mahkamah yang mempunyai

bidang kuasa mendengar kesalahan berhubung penghinaan terhadap

agama Islam, kedua-dua mahkamah mempunyai bidang kuasa

tersendiri mengikut peruntukan undang-undang masing-masing

bergantung kepada di mana kes tersebut didakwa sama ada di

Mahkamah Sivil atau di Mahkamah Syariah (bagi yang beragama Islam

sahaja).

Sekian terima kasih.

NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF

TARIKH : 8 OGOS 2022 ( ISNIN )

DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah

sudah ada perancangan dan peruntukan untuk menyediakan landskap,

kemudahan rekreasi dan kawasan perkelahan di Kelantan.

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN)

bertanggungjawab dalam penyediaan infrastruktur hijau negara menerusi

pendekatan program pembangunan landskap secara menyeluruh bagi

memastikan manfaat infrastruktur hijau dapat dinikmati oleh rakyat.

Bagi negeri Kelantan, dalam tempoh Rancangan Malaysia

Kesebelas (RMKe-11), terdapat sebanyak empat (4) projek naik taraf

taman awam dan empat (4) projek pembangunan persekitaran kehidupan

telah siap dilaksanakan manakala satu (1) projek taman awam dan satu

(1) projek pembangunan landskap perbandaran dalam fasa pembinaan.

Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) pula iaitu dari

tahun 2021 hingga kini, terdapat dua (2) projek naik taraf taman awam

telah siap dilaksanakan manakala dua (2) projek naik taraf taman dan

dua (2) projek pembangunan persekitaran kehidupan dalam peringkat

pra-pelaksanaan. Keseluruhan peruntukan bagi pelaksanaan projek-

projek berkenaan di bawah RMKe-11 dan RMKe-12 adalah sebanyak

RM65.74 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rolling Plan Ketiga

(RP3), RMKe-12 Tahun 2023, Kementerian melalui JLN juga

mengemukakan permohonan projek baharu kepada Unit Perancang

Ekonomi (EPU) iaitu Taman Awam Pasir Mas, Kelantan dan Taman

Awam Tanah Merah, Kelantan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN

KHIRUDIN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin minta MENTERI

PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan senarai bilangan

serta jenis-jenis AP bagi barangan makanan yang telah dimansuhkan

bagi menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia menghadapi

tekanan inflasi pada hari ini.

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai 18 Mei 2022,

Kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan Approved Permit (AP)

terhadap empat (4) komoditi pertanian di bawah kawal selia Kementerian

Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) iaitu kobis bulat, kelapa tua biji,

susu cair dan daging ayam (ayam bulat dan keratannya) bagi memastikan

bekalan komoditi-komoditi tersebut dapat dibawa masuk oleh lebih

banyak syarikat tempatan yang berkeupayaan dengan lebih cepat tanpa

melalui kelulusan AP.

Namun begitu, hanya satu (1) komoditi iaitu beras masih

memerlukan Approved Permit (AP) bagi tujuan pengimportan ke dalam

negara. Ini adalah bertujuan untuk melindungi komoditi strategik makanan

ruji rakyat Malaysia serta pesawah yang berkecimpung di dalam industri

beras tempatan.

Pada masa sama, pengimportan komoditi-komoditi tersebut masih

tertakluk kepada Permit Import (IP) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan

Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi tujuan kawalan biosekuriti untuk

melindungi negara dari ancaman penyakit, makhluk perosak,

keselamatan serta kebersihan makanan termasuk aspek halal.

Dengan pemansuhan AP ini, Kementerian menjangkakan harga

komoditi tersebut di dalam negara dapat distabilkan setelah bekalan

dapat memenuhi permintaan domestik. Ini memberi kesan positif di dalam

usaha Kerajaan menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

NO SOALAN: 30

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ AJIS BIN SITIN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATO’ AJIS BIN SITIN minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk

mengkaji Akta 134 - Akta Orang Asli 1954 bersesuaian dengan kemajuan

negara sekarang.

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan dalam proses meminda Akta

Orang Asli 1954 (Akta 134). Pindaan ini akan melibatkan 3 fasa utama.

Pada fasa pertama satu kajian semakan akta akan dilaksanakan dan

dijangka bermula pada suku keempat tahun ini. Satu sesi libat urus akan

diadakan bersama masyarakat Orang Asli dan Kementerian serta Agensi

berkaitan.

Pada fasa kedua, draf pindaan akan disediakan hasil daripada kajian

semakan akta dan sesi libat urus terbabit.

Fasa ketiga akan melibatkan kelulusan Kabinet dan Parlimen sebelum ia

diwartakan dan dijangkakan siap pada tahun 2025.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Seruandi bin Saad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

sejauh mana perancangan dan kesediaan Kementerian dalam mengatasi

gelombang baharu dan peningkatan kes COVID-19 pada masa kini dan

adakah dos penggalak kedua dan pemberian vaksin kepada kanak-kanak

akan diperluas.

NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Peningkatan kadar jangkitan COVID-19 telah mula dikesan sejak

pertengahan bulan Jun 2022 yang lalu berdasarkan jangkitan baru

melebihi 2,000 kes dan trend jangkitan yang terus meningkat

sehingga kini. Berdasarkan hasil surveilan genom SARS-CoV-2 yang

dilaksanakan oleh ahli-ahli Konsortium IMR-KPT-MGVI serta hasil

penyumberluaran perkhidmatan penjujukan genom SARS-CoV-2,

didapati bahawa trend kenaikan kes adalah melibatkan varian BA.5

iaitu seperti yang sedang berlaku di negara-negara lain seperti

Singapura, Afrika Selatan dan Eropah.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, varian BA.5 merupakan

sublineage di bawah varian Omicron dan mempunyai dua ciri utama

iaitu:

(i) kadar jangkitan yang lebih tinggi berbanding dengan sub-

varian Omicron yang lain; dan

(ii) mempunyai kerintangan lebih tinggi terhadap antibodi yang

dihasilkan oleh vaksin COVID-19 dan dengan ini boleh

menyebabkan jangkitan semula.

NO SOALAN: 32

3. Bagi menghadapi ancaman varian baharu ini, Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melaksanakan strategi

sepertimana yang telah dilaksanakan semasa menghadapi

gelombang varian Delta dan Omicron sebelum ini, iaitu dengan

menggunakan pendekatan bagi:

(i) menyelamatkan nyawa;

(ii) mengurangkan tahap keterukan jangkitan COVID-19, terutama

sekali dalam kalangan golongan berisiko tinggi;

(iii) melindungi sistem kesihatan awam negara bagi memastikan ia

mampu untuk berfungsi secara optimum pada setiap masa;

dan

(iv) memudahkan proses pemulihan penghidupan (livelihood)

rakyat yang terjejas akibat kejadian pandemik yang berlaku.

4. Justeru, KKM telah mempersiapkan beberapa langkah proaktif

sebagaimana berikut:

(i) Mengaktifkan semula National COVID-19 Rapid Response

Task Force (RRTF) apabila peningkatan kes COVID-19

mencapai suatu nilai ambang yang dikenal pasti. Pasukan

RRTF ini ditubuhkan bagi mengelakkan krisis apabila sistem

kesihatan di Malaysia semakin dibebani dengan lambakan kes

COVID-19. Antara objektif utama penubuhan pasukan RRTF

adalah bagi:

NO SOALAN: 32

a) menyelamatkan nyawa dengan memastikan akses rakyat

kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko

Rendah (PKRC) dan hospital terjamin serta melakukan

pemantauan kes positif COVID-19 melalui Pusat

Penilaian COVID-19 secara maya (Virtual COVID-19

Assessment Centre);

b) memastikan akses kecemasan dan krisis sentiasa

tersedia apabila diperlukan, seperti menyediakan jumlah

ambulans yang mencukupi dan tepat waktu melalui

sistem pengurusan berpusat;

c) memastikan kebajikan individu yang terkesan dengan

jangkitan COVID-19 tidak terabai termasuk anak-anak

kepada kes positif selain menitikberatkan kesihatan

mental mereka; dan

d) memastikan pengendalian dan penyampaian komunikasi

strategik yang berkesan bagi mengurangkan serta

meredakan kegusaran dalam kalangan masyarakat

umum.

(ii) Memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke

dalam COVID-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April 2022

dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di Klinik

Kesihatan, CAC, PKRC dan hospital KKM. Ubat ini merupakan

ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit

COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,

atau pun kategori 2 dan kategori 3. Keutamaan pemberian

NO SOALAN: 32

rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-

19 yang berisiko tinggi.

Seterusnya, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada

pesakit, rawatan ini telah juga diperluaskan ke fasiliti kesihatan

swasta dikenal pasti bermula 20 Jun 2022. Pemberian ubat ini

kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara

percuma. Namun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat

rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti

kesihatan swasta tersebut.

(iii) Meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin

dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan,

jangkitan serius serta kematian. KKM menggesa agar semua

individu yang layak, tampil untuk mendapatkan perkhidmatan ini

supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang

optimum terhadap penyakit COVID-19. Bagi menggalakkan lagi

individu mengambil dos penggalak ini, KKM telah mengambil

langkah-langkah berikut iaitu:

a) bekerjasama dengan fasiliti swasta bagi pengoperasian

PPV termasuk PPV Integrasi di fasiliti tersebut serta PPV

“Offsites” serta membenarkan pemberian vaksin secara

“walk-in” di semua PPV;

b) menggunakan pendekatan “outreach” bagi kawasan yang

sukar dicapai; dan

NO SOALAN: 32

c) meningkatkan hebahan melalui media sosial dan media

arus perdana serta di kawasan setempat.

(iv) Mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan

pengurusan kesihatan. Perkara ini dilaksanakan dengan

menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan

FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang

di automasikan. Melalui pendekatan ini, individu yang menjalani

ujian pengesanan COVID-19 kendiri boleh melaporkan

keputusan ujian mereka ke dalam aplikasi MySejahtera – selain

melakukan ujian tersebut di fasiliti kesihatan. Keputusan ujian

akan segera dikemaskini dalam MySejahtera pengguna. Kes

positif akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian

(Home Surveillance Order; HSO) dan juga Pelepasan Perintah

Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order; RO) secara

digital dan tidak perlu hadir secara fizikal di Pejabat Kesihatan

Daerah mahupun COVID-19 Assessment Centre (CAC);

(v) Memastikan semua CAC yang beroperasi secara fizikal (iaitu di

Klinik Kesihatan dan di komuniti) mahupun secara maya

bersedia untuk menerima kedatangan/ panggilan pesakit yang

tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan

positif jangkitan COVID-19. Fungsi CAC meliputi perkara-

perkara berikut iaitu:

a) mengenal pasti pesakit yang memenuhi kriteria untuk

dipantau di rumah;

NO SOALAN: 32

b) menilai dan memantau perkembangan pesakit sepanjang

tempoh pengasingan;

c) memulakan rawatan Paxlovid kepada kumpulan pesakit

COVID-19 yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria yang

ditetapkan;

d) mengenal pasti dan menyelaras pesakit yang perlu dirujuk

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah

(PKRC)/ hospital; dan

e) menjalankan penilaian dan pelepasan (release order)

kepada kes positif yang telah tamat tempoh pengasingan

– bagi individu yang tidak menerima digital HSO.

(vi) Memantau rapi penularan jangkitan COVID-19 dalam

masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan

lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) dan severe acute

respiratory infection (SARI) di seluruh negara. Perkara ini turut

disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh (whole

genome sequencing – WGS) bagi virus SARS-CoV-2 serta

aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan

dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara.

(vii) Menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

sejak awal tahun 2022 di semua peringkat. Inisiatif ini antara lain

bertujuan untuk memperkasa kawalan kendiri kesihatan

merangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan

pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan

NO SOALAN: 32

kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu iaitu

penjarakkan fizikal, kerap mencuci tangan dan pemakaian

pelitup muka.

ANMS turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti

dalam membudaya hidup sihat. MyCHAMPION atau Malaysian

Health Community Agent merupakan satu platform kolaborasi

merentasi pelbagai kementerian, organisasi sektor awam,

swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai rakan strategik

untuk memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan

dalam inisiatif dan aktiviti promosi kesihatan di peringkat

komuniti serta sebagai penggerak dan penyokong (advocator).

Keperluan penyelarasan sukarelawan dan agen kesihatan amat

penting bagi membolehkan inisiatif ini dilaksanakan secara

bersepadu dan terancang.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Pemberian dos penggalak kedua telah dilaksanakan pada 14 April

2022. Pada awalnya, pemberian dos penggalak kedua disasarkan

kepada kepada individu yang berisiko tinggi berumur 60 tahun dan

ke atas dengan tempoh sekurang-kurangnya empat bulan (4)

selepas menerima dos penggalak pertama.

6. Perluasan dos penggalak adalah berdasarkan kepada penilaian data

terkini keberkesanan dan keselamatan vaksin terhadap kumpulan

sasaran dan setelah disyorkan oleh Technical Working Group (TWG)

yang dianggotai oleh pakar-pakar perubatan tempatan.

NO SOALAN: 32

7. Pada 18 Julai 2022, melalui surat Pekeliling Ketua Pengarah

Kesihatan Bil 18/2022, pemberian dos penggalak kedua telah

diperluaskan kepada individu seperti berikut:

a) Individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan petugas

kesihatan barisan hadapan:

i. Individu berumur 18 hingga 59 tahun serta berisiko tinggi

untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang serius atau

teruk;

ii. Petugas kesihatan barisan hadapan seperti Pegawai

Perubatan, Jururawat dan lain-lain;

iii. Individu sihat berumur 50-59 tahun jika mereka memilih

berbuat demikian untuk perlindungan daripada risiko

penyakit yang teruk;

iv. Sekurang-kurangnya enam (6) bulan selepas menerima

dos penggalak pertama dan setelah berbincang dengan

mana-mana pengamal perubatan berdaftar bagi individu

berumur 18 – 59 tahun yang lain.

b) Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi yang

telah lengkap menerima vaksinasi primer tiga (3) dos dan dos

penggalak pertama:

NO SOALAN: 32

i. Remaja berumur 12 hingga 17 tahun dalam kategori

moderate or severely immunocompromised yang disahkan

oleh Pakar Perubatan kerajaan dan swasta;

ii. Sekurang-kurangnya empat hingga enam (4 – 6) bulan

selepas menerima dos penggalak pertama.

8. Sehingga 25 Julai 2022, seramai 294,542 orang telah menerima dos

penggalak kedua dengan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Johor menunjukkan bilangan penerima tertinggi

iaitu seramai 87,429 orang bagi negeri Selangor, 70,871 orang bagi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 30,222 orang bagi negeri

Johor.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI BASHIR BIN HAJI ALIAS

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Haji Bashir Bin Haji Alias minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian

bagi memastikan potensi Labuan sebagai pusat kewangan luar persisir

pantai dapat diperkasakan dan ditingkatkan menerusi kerjasama

Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-

Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Kewangan melalui Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan (Labuan FSA) sentiasa mengambil inisiatif untuk

memastikan pembangunan Labuan sebagai Pusat Perniagaan dan

Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) kekal relevan dan terkini

selaras dengan kehendak dan piawaian antarabangsa.

Bagi tujuan tersebut, Pelan Pembangunan Strategik untuk tempoh

5 tahun dari 2022 hingga 2026 untuk pembangunan Labuan IBFC telah

diperkenalkan. Antara fokus utama yang akan diberi perhatian adalah

membangunkan Labuan IBFC sebagai pusat kewangan Islam dan

Syariah berasaskan digital di peringkat global selain menjadi pusat

insurans kaptif utama Asia yang dapat menyokong kerjasama di antara

Malaysia (Labuan IBFC) dan Brunei-Indonesia-Malaysia-Phillipines East

ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA).

Antara langkah-langkah dan inisiatif yang sedang dipertimbangkan

di bawah Pelan Pembangunan Strategik tersebut adalah seperti berikut:

a. Merangka dan mencadangkan insentif-insentif khusus untuk

menarik penyertaan lebih ramai peserta antarabangsa ke Labuan

IBFC. Antara insentif-insentif ini termasuklah yang meliputi skop

kewangan antarabangsa seperti insentif bagi pekerja yang

mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu seperti pakar IT;

penasihat Shariah; penaja jamin insurans “insurance underwriter;

dan pengurusan kredit karbon;

NO SOALAN: 33

b. Memperkukuhkan sumbangan Labuan IBFC kepada pembangunan

ekonomi Malaysia dengan penawaran platform dan produk khusus

yang dapat menjimatkan kos insurans iaitu melalui penggunaan

produk Insurans Kaptif Labuan / takaful digital kaptif; dan

c. Labuan IBFC akan mewujudkan peluang ekonomi digital

konvensional iaitu “Securities Digital Exchange” atau berlandaskan

syariah iaitu “Islamic Digital Exchange” (IDE) bagi membolehkan

peserta-peserta global termasuk dari rantau BIMP-EAGA

meningkatkan sumber pendanaan serta pelaburan secara digital

melalui penerbitan token konvensional atau berlandaskan Shariah.

Pada masa yang sama, pihak Kerajaan juga akan memberi

perhatian dan keutamaan yang sewajarnya kepada penambahbaikan

perundangan Labuan dan rangka kerja pengawalan supaya seiring

dengan perkembangan teknologi dan mencapai tahap piawaian

antarabangsa yang ditetapkan oleh badan-badan penilaian antarabangsa

seperti Financial Action Task Force (FATF), Organization for Economic

Co-Operation and Development (OECD), International Association of

Insurance Supervisors (IAIS) dan International Islamic Financial Market

(IIFM).

Pewartaan Peraturan-peraturan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan

(Kehendak bagi Aktiviti Perniagaan Labuan) pada 22 November 2021

membuktikan komitmen Kerajaan untuk memastikan keputusan dan

pelaksanaan dasar cukai dibuat tepat pada masanya supaya Labuan

IBFC dapat mengekalkan daya saing di pasaran antarabangsa.

NO SOALAN: 33

Pelaksanaan semua inisatif tersebut diharap dapat memperkasa

dan menjadikan Labuan sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa

yang kekal berdaya saing di dunia.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN

TARIKH : 8 OGOS 2022

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah

terdapat sebarang rombakan terhadap sistem atau peraturan sedia ada

dalam menangani isu harga bekalan makanan yang semakin meruncing

dan apakah bentuk tindakan yang dikenakan kepada pihak yang dikesan

mengambil kesempatan mengaut untung berlebihan.

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tujuan menambahbaik undang-undang sedia ada, Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa

melakukan sesi libat urus bersama pemain industri dan penyedia

perkhidmatan penghantaran makanan bagi mendapatkan pandangan

melalui libat urus bersama mereka. Kementerian turut mengadakan

perbincangan dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara

serta kementerian-kementerian lain yang berkaitan bagi mendapatkan

pandangan berkaitan penambahbaikan undang-undang sedia ada.

Pelbagai usaha serta inisiatif bagi menyediakan barangan keperluan

utama yang lebih berpatutan telah dan sedang dilaksanakan. Antara

tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah:

i. melaksanakan penguatkuasaan tegas di bawah Akta Kawalan

Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 iaitu:

a. penguatkuasaan terhadap pencatutan atau pengambilan

untung secara tidak munasabah oleh peniaga di bawah

Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan

(Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang

Tidak Munasabah) 2018 yang mula berkuatkuasa pada 6 Jun

2018;

b. pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi

seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan

NO SOALAN: 34

di seluruh negara di bawah Ops Catut 9.0, Ops Rantai 8.0 dan

Ops Pasar 2022. pelaksanaan pemeriksaan pematuhan

kepada peniaga bagi mencegah manipulasi harga dan

pengambilan keuntungan yang tidak munasabah yang

melibatkan industri daripada pelbagai sektor iaitu pengilangan,

pengedaran, pemasaran, pengimportan, pemborongan,

peruncitan, dan sektor perkhidmatan.

c. pengeluaran Notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011

ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga

secara mendadak dan ketara untuk mendapatkan maklum

balas dan penjelasan secara bertulis mengenai kenaikan harga

bagi menentukan berlakunya elemen pencatutan;

ii. mengadakan program libat urus untuk memberi penjelasan,

khidmat nasihat dan kerjasama bersama peniaga dalam memahami

dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan;

iii. melaksanakan langkah kolaborasi bersama agensi Kerajaan

yang berkaitan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

(NACCOL) seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

(MOA) untuk memastikan bekalan mencukupi dan ditawarkan pada

harga yang munasabah;

iv. meningkatkan keberadaan (omnipresence) pegawai-pegawai

penguatkuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi

mewujudkan persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN SR. HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMAD

TARIKH : 08 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menstabilkan harga

ayam di pasaran pada masa sekarang dan masa hadapan.

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian telah mengambil langkah-langkah untuk menstabilkan

harga ayam di pasaran seperti mana berikut:

i. Melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dan Skim

Harga Maksimum Keluarga Malaysia bagi menetapkan harga

maksimum untuk barangan tertentu bagi tempoh tertentu.

ii. Melaksanakan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur

Ayam sehingga 31 Ogos 2022 ini bagi menstabilkan harga.

iii. Kerajaan juga memberikan subsidi kepada penternak dalam usaha

memastikan kestabilan harga dan keberadaan bekalan ayam di

pasaran.

iv. Melaksanakan penguatkuasaan di semua peringkat rantaian

pembekalan.

v. Bekerjasama dengan MAFI untuk memastikan bekalan yang cukup

yang akan menjamin kestabilan harga.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK WIRA KOH NAI KWONG

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan mekanisme yang akan dilaksanakan menerusi Bajet 2023

dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan

hasil cukai.

NO SOALAN: 36

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian yang berterusan

dijalankan oleh Kerajaan bagi meningkatkan kutipan hasil cukai, di

samping meneruskan usaha untuk menstruktur sistem percukaian yang

seimbang, adil dan saksama dalam usaha meningkatkan hasil negara.

Di samping itu, pelbagai inisiatif percukaian khusus dilaksanakan

oleh Kerajaan untuk membantu syarikat atau individu terutamanya dalam

2 tahun yang lepas melalui pelbagai pakej rangsangan serta melalui

pengumuman Bajet.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan telah

melaksanakan beberapa langkah cukai untuk meningkatkan hasil seperti

mengenakan cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diremitkan ke

dalam Malaysia, pengenaan Cukai Makmur iaitu cukai secara one-off bagi

tahun taksiran 2022 sahaja dan meningkatkan kadar duti setem dari 0.1

peratus sehingga 0.15 peratus bagi nota kontrak jual-beli saham

tersenarai di Bursa Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022.

Bagi Bajet 2023, Kerajaan akan terus mengkaji dasar serta

menambahbaik dasar sedia ada selain dari meningkatkan keupayaan

pematuhan cukai di kalangan pembayar cukai. Ini adalah bagi

memastikan pungutan cukai dapat dibuat secara optimum dan efektif

serta tidak membebankan rakyat ataupun perniagaan yang baru sahaja

di dalam proses pemulihan akibat pandemik COVID-19.

NO SOALAN: 36

Pada masa sama, Kerajaan akan terus memberi fokus untuk

membanteras isu ketirisan hasil cukai akibat aktiviti penyeludupan

barangan berduti tinggi seperti rokok dan minuman keras, dengan

memperkasakan tindakan penguatkuasaan dan meningkatkan langkah

kawalan khususnya di sempadan yang luas, meningkatkan kerjasama

antarabangsa dan perkongsian maklumat serta risikan melangkaui

sempadan negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah sebab utama, kelayakan dan kaedah yang

dipertimbangkan dalam pelantikan ahli politik sebagai pesuruhjaya

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat pelantikan pesuruhjaya

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ialah seorang Warganegara Malaysia,

memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang berkaitan

dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan

Malaysia, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang praktikal

dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang yang berkaitan,

bukan seorang yang bankrap dan calon hendaklah lulus tapisan

keutuhan oleh SPRM. Calon-calon akan disenarai pendek oleh

Jawatankuasa Pemilihan Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

Malaysia sebelum dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri untuk

pertimbangan dan perakuan sebelum disyorkan kepada Yang di-Pertuan

Agong. Perkara ini berdasarkan peruntukan seksyen 5 Akta

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2009 [Akta A1353], di mana

pelantikan anggota Suruhanjaya hendaklah mendapat perkenan Yang

di-Pertuan Agong.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. MD. NASIR BIN HASHIM

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah Kerajaan akan menaikkan bayaran minima kepada

pesakit-pesakit yang datang untuk mendapat rawatan di hospital dan

klinik kesihatan.

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan penjagaan kesihatan

pesakit dengan mengenakan kadar caj perubatan yang berpatutan.

Warganegara yang mendapatkan kemudahan perubatan di fasiliti

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dikenakan caj

perubatan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Perintah Fi

(Perubatan) (Pindaan) 2017. Bagi pesakit warga asing, caj perubatan

yang dikenakan di fasiliti KKM adalah berdasarkan Perintah Fi

(Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014.

2. Pada masa kini, KKM mengenakan caj pendaftaran sebanyak RM1

kepada pesakit warganegara dan RM40 kepada pesakit warga asing

di Jabatan Pesakit Luar Am. Manakala di Jabatan Pesakit Luar

Pakar, caj pendaftaran adalah sebanyak RM5 bagi pesakit

warganegara dan RM120 bagi pesakit warga asing.

3. Kerajaan akan mengambil kira aspek beban kewangan pesakit

dalam proses semakan semula caj-caj perkhidmatan kesihatan di

fasiliti KKM pada masa akan datang supaya caj-caj yang dikenakan

adalah berpatutan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD HISAMUDIN BIN YAHAYA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK MOHD HISAMUDIN BIN YAHAYA minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam membaik-pulih bangunan-

bangunan Kerajaan Persekutuan dan kuarters yang telah berusia lebih

20 tahun di Putrajaya.

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jawapan kepada soalan ini merangkumi dua perkara utama

iaitu pengurusan Bangunan-bangunan Pejabat Kerajaan

Persekutuan dan Bangunan-bangunan Kuarters Gunasama

Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

2. Dalam konteks pengurusan Bangunan-bangunan Pejabat

Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, Kerajaan merancang dan

melaksanakan usaha membaik-pulih seperti berikut:-

i. Kerajaan sentiasa menitik beratkan aspek pengurusan

dan penyelenggaraan bangunan-bangunan pejabat

Kerajaan agar sentiasa berada dalam keadaan selesa,

selamat dan sesuai bagi penempatan pelbagai Agensi

Persekutuan menjalankan fungsi dan pengoperasiannya.

Pada ketika ini, terdapat pelbagai model pengurusan dan

penyelenggaraan bangunan-bangunan pejabat Kerajaan

yang sedang dilaksanakan oleh pelbagai pengurus fasiliti

dan kontraktor mengikut skop kerja yang telah

dimuktamadkan.

ii. Langkah menambah baik model-model pengurusan dan

penyelenggaraan ini sedang dilaksanakan oleh pihak

NO SOALAN: 39

Kerajaan menerusi pembangunan model baharu yang

bersifat komprehensif dengan mengambil kira

peningkatan usia aset-aset bangunan Kerajaan,

kompleksiti penyelenggaraan dan pertambahan semasa

bilangan Agensi Persekutuan di kawasan Putrajaya. Skop

utama pembangunan model baharu ini antara lain perlu

meliputi kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan,

penggantian aset-aset kritikal, keselamatan bangunan,

pembaharuan/penaiktarafan ruang pejabat serta

persekitaran bangunan dan program penjanaan nilai

tambah aset. Di samping itu, tahap kompetensi pengurus

fasiliti dan kontraktor turut menjadi kriteria utama

pemilihan bagi mendokong kebolehlaksanaan sesuatu

model pengurusan dan penyelenggaraan agar aset-aset

Kerajaan sentiasa berada pada tahap yang terbaik serta

berfungsi sepanjang masa.

iii. Keutamaan pihak Kerajaan dalam mempertimbangkan

sebarang opsyen model pengurusan dan

penyelenggaraan adalah dari segi kebolehfungsian

bangunan dan fasiliti, keupayaan nilai tambah kepada

aset-aset Kerajaan jangka panjang dan menyesuaikan

dengan kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

3. Dalam konteks pengurusan bangunan-bangunan Kuarters

Gunasama Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, melibatkan

22,007 unit pelbagai kelas, Kerajaan telah menyediakan

peruntukan RM 207.13 juta di bawah Peruntukan

Pembangunan yang mana sebahagiannya adalah untuk

NO SOALAN: 39

menampung kos penyelenggaraan kuarters di sekitar

Putrajaya, merangkumi perkara berikut:-

I. Kerja-kerja pembaikan unit-unit kuarters kosong setiap

tahun;

II. Membaiki unit-unit yang mengalami kebocoran lantai

melalui “waterproofing”;

III. Kerja-kerja penggantian aset kritikal seperti tangki air

dan lif;

IV. Pembaikan sistem pendawaian elektrik;

V. Kerja-kerja mengecat semula bangunan sedia ada;

VI. Menaiktaraf sistem GAS bangunan melibatkan kerja-

kerja pembaikan sistem perpaipan; dan

VII. Pengurusan fasiliti berjangka pendek tidak melebihi

lima tahun

4. Melalui Pelan Strategik Bahagian Pengurusan Hartanah,

Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan menetapkan Inisiatif

pengurusan fasiliti Bangunan Gunasama Persekutuan yang

lebih komprehensif dan dinamik dengan perancangan

mewujudkan model baharu pengurusan fasiliti dan aset-aset

kritikal Bangunan Gunasama Persekutuan secara bersepadu

pada Tahun 2025 demi menghadapi cabaran menguruskan

bangunan-bangunan yang berusia lebih 20 tahun namun

masih kondusif dan selamat untuk diduduki.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN

NAIR

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR minta MENTERI

BELIA DAN SUKAN menyatakan pendekatan yang sedang

direncanakan bersama Malaysia Football League (MFL) bagi

mengawal pemilikan pemain-pemain tempatan dan import yang

dimonopoli oleh mana-mana kelab bola sepak tempatan yang boleh

merencatkan mutu persaingan bola sepak tanah air.

NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia Football League

(MFL) merupakan badan pengendali Liga Malaysia secara sepenuhnya

bermula dari tahun 2015 yang bertanggungjawab dalam menetapkan

syarat-syarat pertandingan yang harus dipatuhi oleh pasukan yang

bertanding.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian mahupun Persatuan

Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun MFL tidak mempunyai kuasa untuk

mengawal pemilikan pemain-pemain tempatan dan import oleh mana-

mana kelab bola sepak tempatan. Tiada istilah monopoli pemain dalam

liga bola sepak kerana setiap tawaran untuk menyertai sesebuah

pasukan terletak di tangan pemain itu sendiri yang bersetuju ke atas

perjanjian yang ditandatangani antara pemain dan pihak pengurusan

kelab.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat kelebihan untuk

kelab-kelab yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dalam

membentuk pasukan dari kalangan pemain terbaik tempatan atau

mendapatkan tenaga import berkualiti mengikut kuota yang ditetapkan

oleh MFL untuk menguasai saingan di peringkat tempatan dan mahupun

Asia. Berdasarkan statistik penyertaan pemain dalam Liga Premier,

didapati hampir 70% kelab telah menggunakan khidmat pemain import

manakala dalam Liga Super pula adalah sebanyak 92%. Setiap kelab

mempunyai strategi masing-masing untuk membentuk pasukan yang

NO SOALAN: 40

berdaya saing dan secara tidak langsung mewujudkan persaingan liga

domestik yang kompetitif dan bersifat komersial.

Namun begitu, ini tidak merencatkan mutu persaingan bola sepak

tanah air tetapi ia perlu dilihat sebagai satu motivasi dan galakan

kepada pemain-pemain tempatan untuk terus mempamerkan prestasi

yang terbaik sepanjang musim untuk terpilih dalam kelab-kelab yang

kukuh seperti JDT.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Haji Ahmad Bin Yahaya minta MENTERI PERPADUAN NEGARA

menyatakan tindakan jangka panjang yang diambil bagi membenteras isu

penghinaan terhadap agama, kaum dan bangsa.

NO SOALAN: 41

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Perpaduan Negara telah mengambil inisiatif

menggerakkan agenda perpaduan nasional secara inklusif merentasi

pelbagai golongan masyarakat untuk kemakmuran bersama.

2. Agenda ini dilaksanakan selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia

yang menekankan kepada nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan

dan Kesyukuran.

3. Sehubungan itu, Dasar Perpaduan Negara (DPN) telah dihasilkan

dengan menetapkan tiga (3) teras utama iaitu:

i) Patriotisme dan demokrasi;

ii) Identiti nasional; dan

iii) Ekosistem perpaduan.

4. Dengan penghasilan dokumen dasar dan pelan tindakan ini, agenda

perpaduan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tersusun

melalui kerjasama dan kesepakatan daripada semua golongan

masyarakat tanpa mengira fahaman dan ideologi bagi memastikan

keamanan, keharmonian dan perpaduan dapat dicapai.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

TARIKH : 8 Ogos 2022

Datuk Paul Igai minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apa

sebab negara Indonesia menghentikan penghantaran pekerjanya ke

Malaysia mengakibatkan kesan kepada sektor tempatan. Apakah

langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk menyelesaikan

perkara tersebut.

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Mulai 1 Ogos 2022, Kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk

menarik balik penangguhan sementara kemasukan tenaga kerja warga

Indonesia ke Malaysia.

Malaysia telah mengambil langkah dengan mengadakan Mesyuarat

Pertama Kumpulan Kerja (Joint Working Group-JWG) pada 27 dan 28

Julai 2022 bersama Kerajaan Republik Indonesia bertempat di Jakarta,

Indonesia. Semasa sesi mesyuarat tersebut, Kementerian Sumber

Manusia dan Kementerian Ketenagakerjaan Republik Indonesia

mengulangi komitmen untuk sama-sama menjayakan pelaksanaan

Sistem Saluran Tunggal (One Channel System-OCS) sebagai satu

mekanisme untuk pengambilan dan penempatan tenaga kerja warga

Indonesia di Malaysia.

OCS sedang dalam proses integrasi antara Jabatan Imigresen

Malaysia dan Kedutaan Republik Indonesia di Malaysia selaras dengan

terma yang dipersetujui dan syarat sepertimana dalam Memorandum

Persefahaman.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi

mempergiatkan kempen kesedaran mengenai OKU oleh kesemua stesen

TV dan radio di negara ini serta apakah tindakan Kementerian dalam

mewajibkan kesemua stesen berita menyediakan perkhidmatan

jurubahasa isyarat Malaysia seperti yang digariskan dalam Pelan

Tindakan OKU 2016-2022.

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM)

berpegang kepada prinsip inklusiviti dalam komunikasi dengan

memastikan tiada sesiapa terpinggir termasuk komuniti Orang Kurang

Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses kepada maklumat kerajaan.

Setiap jabatan dan agensi di dalam K-KOMM telah melaksanakan

pelbagai inisiatif bagi menyemai kesedaran kepada masyarakat

mengenai isu kesamarataan hak OKU dan peluang untuk menjalani

kehidupan seperti masyarakat yang lain termasuk akses kepada inisiatif

dan kemudahan yang disediakan kerajaan selari dengan aspirasi

Keluarga Malaysia.

K-KOMM melalui jabatan dan agensi dibawahnya telah

memainkan peranan yang jitu dalam mempromosi dan menyebarluas

maklumat mengenai golongan OKU kepada masyarakat menerusi

pelbagai platform iaitu televisyen, radio dan media sosial rasmi seperti

berikut:

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

i. Program khas yang mengetengahkan dan mengangkat peranan

OKU antaranya telemovie khas bertajuk Isyarat Cinta Alya,

Robohnya Rumah Kecil dan Cangkul Dahlan, Dokumentari

Syahadah serta kapsul berkaitan OKU yang disiarkan melalui

saluran televisyen TV1, TV2, Okey dan Saluran Berita.

NO SOALAN: 43

ii. Siaran kapsul, promo dan Pesanan Khidmat Masyarat (PSA)

berkaitan OKU menerusi stesen radio RTM seluruh negara.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

i. Program BERNAMA Radio bertajuk "Kawan Luar Biasa" yang

memaparkan kejayaan rakan-rakan dari komuniti OKU bertujuan

memberikan motivasi kepada komuniti OKU dan masyarakat

secara keseluruhan.

ii. Siaran kapsul-kapsul mengenai OKU menerusi platform

BERNAMA TV bagi mempergiatkan kempen kesedaran

mengenai golongan ini.

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)

i. Pewujudan Cawangan Komunikasi Penghakupayaan Orang

Kurang Upaya (CKPOKU) pada 12 Julai 2021 yang berperanan

untuk menyediakan dan menyampaikan maklumat berkaitan

inisiatif, polisi dan dasar Kerajaan kepada komuniti OKU

antaranya melalui platform media sosial seperti Facebook Live.

Merujuk kepada soalan berkaitan tindakan Kementerian dalam

mewajibkan kesemua stesen berita menyediakan perkhidmatan

jurubahasa isyarat (JBI) seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan

OKU 2016-2022, untuk makluman, semua stesen penyiaran rasmi

Kerajaan telah diwajibkan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut

bagi program-program yang disiarkan seperti berita, program-program

khas dan program bicarawara.

NO SOALAN: 43

Manakala bagi stesen penyiaran swasta, Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil inisiatif menyediakan

“Garis Panduan Bagi Industri Penyiaran Swasta Aksesibiliti OKU Kepada

Kandungan Televisyen” sebagai rujukan untuk meningkatkan tahap

aksesibiliti golongan OKU kepada kandungan televisyen mereka. Skop

utama Garis Panduan ini adalah tertumpu kepada:

• Keutamaan rancangan (priority) yang perlu disediakan dengan

akses OKU;

• Kemudahan, kesinambungan dan ketepatan akses OKU; dan

• Mewujudkan kesedaran dan menggalakkan kolaborasi dalam

penyediaan akses OKU kepada kandungan televisyen.

SKMM juga telah menganjurkan satu seminar bersama Forum

Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) pada 19 Julai

2022 untuk memperkenalkan garis panduan ini serta untuk memupuk

kesedaran dalam kalangan pihak penyiaran swasta dalam penyediaan

perkhidmatan akses televisyen kepada golongan OKU.

Pada masa yang sama, pihak penyiaran swasta telah diarahkan

untuk menyediakan perkhidmatan ini secara berperingkat mulai Jun 2022

dan telah ada stesen televisyen swasta melaksanakan inisiatif ini. Pihak

SKMM akan terus memantau pelaksanaan mereka dari masa ke semasa

dan memastikan garis panduan ini diguna pakai sepenuhnya oleh pihak

penyiar swasta dalam meningkatkan tahap aksesibiliti golongan OKU

kepada kandungan televisyen.

NO SOALAN: 43

K-KOMM juga mengambil langkah membantu kesemua stesen

berita menyediakan perkhidmatan JBI. BERNAMA dipilih melaksanakan

program latihan jurubahasa untuk stesen televisyen dan radio dengan

kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Jurubahasa

Isyarat Malaysia (MyASLI) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Calon-calon yang dipilih akan dilatih oleh BERNAMA sebelum

ditempatkan sebagai JBI di stesen televisyen. Bagi tahun 2022 terdapat

empat (4) fasa latihan dengan 15 orang peserta telah mengikuti kursus,

manakala seramai 50 orang peserta telah berkursus pada tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH MOHD

SALLEH

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan bagaimana Kerangka Dasar Luar Negeri yang

dipacu oleh Wisma Putra pada waktu ini membantu menaikkan imej

negara di peringkat antarabangsa.

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada YANG BERHORMAT

SENATOR PUAN HAJAH NURIDAH di atas pertanyaan yang

dikemukakan berhubung peranan Kerangka Dasar Luar Negeri dalam

menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

2. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, penularan pandemik

COVID-19 telah memberi kesan mendalam kepada isu-isu politik dan

keselamatan, ekonomi dan sosial di peringkat antarabangsa.

Sehubungan ini, Kementerian Luar Negeri telah mengambil inisiatif untuk

menggubal Kerangka Dasar Luar Negeri bagi memperincikan rancangan

dan keutamaan pentadbiran Keluarga Malaysia yang berkaitan dengan

hal ehwal luar negeri, terutamanya untuk mengemudi dan menyokong

usaha pemulihan negara pasca pandemik COVID-19.

3. Bertemakan ‘tumpuan dalam kesinambungan’ (Focus in Continuity),

Kerangka Dasar Luar Negeri memberikan penekanan kepada dua (2)

komponen utama iaitu keperluan dan cabaran semasa yang perlu

diberikan perhatian dan ditangani segera oleh Kerajaan, terutamanya

dalam konteks pandemik COVID-19; serta hala tuju hubungan

antarabangsa Malaysia untuk jangka masa sederhana dan panjang.

4. Dalam menangani cabaran semasa dengan segera serta bagi

memastikan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa terjamin dan

terpelihara, Kerangka ini telah menggariskan lapan (8) bidang

berkepentingan iaitu:

NO SOALAN: 44

(i) Menggiatkan Semula Hubungan Malaysia Di Dalam Ekonomi

Global (Revitalise Malaysia’s Links to the Global Economy);

(ii) Diplomasi Kesihatan (Health Diplomacy);

(iii) Ekonomi Digital (Digital Economy);

(iv) Keselamatan Siber (Cybersecurity);

(v) Diplomasi Bahasa dan Kebudayaan (Language and Cultural

Diplomacy);

(vi) Falsafah Hidup Bersama Dalam Budaya Damai (Peaceful

Coexistence);

(vii) Mendukung Prinsip Multilateralisme (Upholding Multilateralism);

dan

(viii) Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable

Development Goals 2030 – SDGs).

5. Seyogia ditekankan bahawa Kerangka ini berperanan penting

dalam mengemudi hala tuju bagi membaik pulih ekonomi dan sosial

Malaysia. Contohnya, mengambil kira kesan perubahan rantaian

dagangan global ke atas sektor agromakanan, Kerangka ini telah

memberi penekanan terhadap sekuriti makanan di bawah Perkara VII

‘Upholding Multilateralism’ menerusi wadah pelbagai hala. Hal ini telah

menjadi pemangkin kepada Kementerian dan Agensi Kerajaan yang

berkaitan untuk menggembleng usaha ke arah pengukuhan sekuriti

makanan negara dalam sektor pertanian dan perdagangan

agromakanan, sekali gus memenuhi permintaan dalam negara serta

pengeluaran produk pertanian dan industri makanan bagi tujuan eksport.

Kaedah ini dijangka mampu memberikan kesan berganda (multiplier

effect) dalam penjanaan ekonomi negara.

NO SOALAN: 44

6. Selain itu, bidang-bidang keutamaan yang digariskan di dalam

Kerangka ini membolehkan Malaysia untuk memperjuang isu-isu sejagat

yang memberi manfaat serta melonjakkan nama negara di persada

antarabangsa. Hal ini termasuklah perjuangan hak-hak politik golongan

tertindas seperti rakyat Palestin dan Rohingya, hak-hak kesamarataan

akses kepada vaksin COVID-19 dan alatan perubatan, serta hak-hak

ekonomi negara-negara membangun dan mundur yang boleh

diketengahkan menerusi wadah diplomasi dua hala, pelbagai hala serta

serantau.

7. Justeru, Kementerian Luar Negeri kekal komited dalam

mengetengahkan pendirian dan pandangan Malaysia serta inisiatif-

inisiatif berhubung lapan (8) bidang keutamaan di dalam Kerangka Dasar

Luar Negeri sekali gus menaikkan nama baik dan imej Malaysia sebagai

sebuah negara yang makmur, progresif dan mempunyai daya saing yang

tinggi di peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan polisi dan inisiatif Perlindungan Kanak-kanak yang

mengalami gangguan seksual di sekolah.

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Perlakuan gangguan seksual tidak wajar dianggap kecil, remeh dan

tidak penting kerana ia memberikan kesan negatif terutamanya kepada

psikologi mangsa seperti trauma, fobia, takut dan seterusnya

menjejaskan rutin harian, produktiviti, kesejahteraan dan kehidupan

mangsa secara keseluruhan.

Hakikatnya, pada zaman ini, kanak-kanak terdedah dengan

gangguan seksual bukan sahaja di sekolah malah di mana-mana tempat

sama ada secara fizikal atau dalam talian. Zaman sekolah kanak-kanak

adalah suatu fasa penting yang seharusnya dilalui dengan gembira.

Namun, kes gangguan seksual akan memberi kesan yang mendalam

kepada kanak-kanak.

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

[Akta 792] di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah

digubal untuk memberi perlindungan lebih baik kepada kanak-kanak

dengan melindungi kepentingan dan kebajikan mereka serta

mengadakan pencegahan berkesan bagi kesalahan seksual. Akta ini

mempunyai peruntukan khusus bagi mengendalikan sebarang kelakuan

gangguan seksual terhadap kanak-kanak termasuklah kesalahan

pengantunan seksual sebagai satu kes jenayah.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) juga telah mengambil inisiatif untuk menggubal Rang Undang-

Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS) sebagai forum alternatif untuk

NO SOALAN: 45

mendengar dan menyelesaikan aduan gangguan seksual dengan

mampu, mudah dan cepat termasuk melibatkan kanak-kanak. Bagi

seseorang kanak – kanak atau Orang Kurang Upaya yang terbabit dalam

prosiding tribunal, ia boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad

litemnya.

[Nota: Penjaga ad litem merupakan seorang sukarelawan yang

dilantik mahkamah bagi melindungi hak dan membela kepentingan

seseorang kanak-kanak yang terbabit dalam prosiding mahkamah.]

KPWKM dengan Kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sedang menyemak semula Dasar

Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan yang dijangka selesai pada

hujung tahun 2022. Dasar Kanak-kanak Negara yang baharu akan

menggabungkan Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perlindungan

Kanak-kanak Negara dan elemen kanak-kanak dalam Dasar Kesihatan

Reproduktif dan Seksual serta Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-

Kanak Dalam Dunia Siber (PTCOP). Dasar Kanak-Kanak Negara

merupakan satu dasar yang menyeluruh untuk semua kanak-kanak di

Malaysia bagi tujuan memastikan mereka memiliki tahap kelangsungan

hidup, perkembangan, perlindungan dan penyertaan yang lebih terjamin.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut

memaklumkan sedang giat menjalankan program-program pencegahan

isu gangguan seksual di sekolah. KPM pada tahun 2019 telah

membangunkan Modul Intervensi Jenayah Seksual Kanak-Kanak di

Sekolah (IHSAN) yang bertujuan untuk memberi pemahaman serta

meningkatkan kesedaran murid berkaitan jenayah seksual.

NO SOALAN: 45

KPM menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2002 juga telah

melancarkan Program Sekolah Selamat untuk mewujudkan persekitaran

selamat dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta

kegiatan kokurikulum tanpa gangguan. Program kesedaran berterusan

dilaksanakan oleh KPM dengan kerjasama agensi kerajaan atau bukan

kerajaan dalam menyebarluaskan maklumat psiko-pendidikan, kesihatan

reproduktif dan ancaman gangguan seksual.

Selain itu, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari Polis Diraja

Malaysia (PDRM) yang ditempatkan di semua sekolah KPM, turut

memainkan peranan untuk memastikan keselamatan murid. Ini termasuk

salah laku jenayah seperti gangguan seksual dan masalah disiplin.

Saya menyeru kerjasama semua pihak agar lebih ramai yang cakna

akan akta khusus berkenaan dengan gangguan seksual yang melibatkan

kanak-kanak. Semua lapisan masyarakat tidak terlepas daripada memikul

tanggungjawab dan membuka mata terhadap isu gangguan seksual

kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN NORAINI BINTI IDRIS

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Puan Noraini Binti Idris minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN

BUDAYA menyatakan usaha yang sedang difokuskan bagi menarik

minat graduan baharu di negeri Sabah untuk menyertai sektor

pelancongan sebagai usahawan mahupun profesional dan apakah

solusi yang telah dirangka oleh Kementerian bagi menyelesaikan

masalah kekurangan sumber manusia dalam sektor pelancongan negeri

itu.

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sektor pelancongan negara kini kembali bangkit setelah

pembukaan semula sempadan negara bermula pada 1 April 2022.

Walau bagaimanapun, semua sektor perkhidmatan di Malaysia

termasuklah sektor pelancongan mengalami masalah kekurangan

pekerja.

2. Dalam hal ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

(MOTAC) telah bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Keselamatan

Sosial (PERKESO) dan Kementerian Sumber Manusia bagi menangani

isu kekurangan tenaga kerja dalam industri pelancongan di seluruh

negara dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(i) Sesi Webinar PERKESO & MOTAC mengenai pengenalan

kepada #MyFutureJobs dan Akta Sistem Insurans

Pekerjaan 2017 [Akta 800] serta Program Subsidi Upah

(PSU) di bawah Bajet 2022 bersama Para Penggiat

Industri Pelancongan;

(ii) melaksanakan Program-program Temu Duga Khas oleh

PERKESO di beberapa buah bandar;

(iii) melaksanakan Temu Duga Mingguan dengan melibatkan

seramai lebih 40 majikan dan 1,200 calon pencari kerja;

NO SOALAN: 46

(iv) melancarkan Mini Karnival Kerjaya Industri Pelancongan

(secara serentak) di semua Pejabat PERKESO pada 5

Julai 2022 di seluruh negara; dan

(v) terkini, menganjurkan Tourism Career Fair 2022 dengan

kerjasama PERKESO yang akan diadakan bersempena

dengan Program Magic of the Night 2022 pada minggu

lalu.

3. Bagi Sabah, penganjuran salah satu Mini Karnival Kerjaya Industri

Pelancongan di negeri ini pada 5 Julai 2022 yang lalu telah menawarkan

kepada rakyat tempatan sebanyak 84 jawatan kosong ditawarkan oleh

tujuh (7) majikan daripada industri pelancongan tempatan bagi

subsektor perhotelan, spa serta taman tema.

4. Usaha untuk terus membantu para penggiat industri pelancongan

berkaitan isu kekurangan sumber tenaga manusia di setiap negeri akan

tetap diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai

agensi kerajaan dan juga swasta. Antara perancangan yang akan

dilaksanakan termasuklah:

(i) melaksanakan Program Temu Duga Khas bagi Industri

Pelancongan secara berkala dengan kerjasama

PERKESO di seluruh negara;

(ii) pelaksanaan seminar kepada industri pelancongan

terutama majikan yang memerlukan tenaga manusia

melalui kerjasama MOTAC dan Tourism Productivity

Nexus; dan

NO SOALAN: 46

(iii) penglibatan industri pelancongan di dalam Karnival

Kerjaya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

sebagai platform mempromosikan peluang kerjaya bagi

sektor pelancongan.

5. Pada masa yang sama, MOTAC sedang meneliti peluang untuk

melaksanakan padanan antara industri dan institut pengajian tinggi,

khususnya membabitkan pelajar jurusan bidang pelancongan dan

hospitaliti. Padanan ini dilihat berpotensi untuk membawa situasi

menang-menang antara penggiat industri pelancongan dan juga

generasi muda.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK WIRA KOH NAI KWONG

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK WIRA KOH NAI KWONG minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk

mengatasi aduan sukatan makanan dikecilkan oleh pengusaha kantin

sekolah atas alasan kos bahan mentah meningkat dan bagaimana

Kerajaan memastikan dan menjamin pelajar dapat menerima makanan

yang berkhasiat untuk proses pembesaran di samping memberikan

tenaga yang mencukupi kepada pelajar untuk menumpukan ke atas

pelajaran harian.

NO SOALAN: 47

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil berat tentang

keluhan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengusaha kantin sekolah

akibat kenaikan harga bahan mentah.

Dalam hubungan ini, KPM telah memberikan inisiatif pengecualian

sewaan kantin sekolah KPM selama 28 bulan, iaitu bermula 1 Mac 2020

sehingga 30 Jun 2022. KPM juga telah melanjutkan lagi pengecualian

sewaan kantin selama enam bulan bermula 1 Julai 2022 sehingga 31

Disember 2022. Melalui inisiatif ini, KPM percaya bantuan dan

pengecualian ini mampu meringankan beban pengusaha kantin sekolah

daripada masalah kewangan serta dapat membantu menstabilkan

prestasi perniagaan mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, KPM melalui

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid di sekolah bertanggungjawab

memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa bersih,

bermutu, berkhasiat, selamat dan mencukupi. Langkah ini dapat

membantu murid bersedia dan memberi fokus untuk mengikuti

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Jawatankuasa ini juga memantau pengoperasian kantin sekolah

dan mengadakan perbincangan dengan pengusaha kantin bagi

memastikan peraturan yang terkandung dalam buku Panduan

Pengurusan Kantin Sekolah Sihat (2011) dipatuhi. Jawatankuasa ini turut

menguruskan aduan dan isu-isu berkaitan pengurusan kantin serta

NO SOALAN: 47

mengambil tindakan penambahbaikan demi menjaga kebajikan semua

pihak yang berkepentingan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, menu makanan

yang disediakan di kantin sekolah hendaklah memenuhi saranan Piramid

Makanan Malaysia yang mengambil kira kumpulan makanan iaitu bijirin,

buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan susu. Cara penyediaan

makanan berkhasiat turut ditekankan dengan mengurangkan

penggunaan minyak, gula dan garam dalam hidangan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI WILAYAH

menyatakan apakah langkah pihak DBKL dalam meneliti semula prosedur

tatacara permohonan lesen peniaga kecil agar dipermudahkan kerana

menurut aduan ia mengambil tempoh yang lama untuk diluluskan.

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya

permohonan lesen DBKL adalah berdasarkan beberapa jenis kategori

lesen seperti dalam bangunan yang melibatkan pusat penjaja dan pasar,

kawasan terbuka seperti di pasar malam dan pasar pagi, dan

permohonan menjalankan aktiviti perniagaan di tempat awam seperti tepi

jalan, siar kaki dan lain-lain.

Sebagai langkah penambahbaikan kepada prosedur permohonan

lesen peniaga kecil yang sebelum ini dilaksanakan secara manual, DBKL

telah mula menggunakan Sistem eLesen sepenuhnya pada 1 Julai 2022

bagi memudahkan proses permohonan lesen dibuat secara atas talian.

Ini dapat mengurangkan tempoh masa permohonan bagi setiap kategori

lesen.

Bagi permohonan lesen di dalam pusat penjaja dan berbangunan

adalah berdasarkan iklan kekosongan unit sedia ada. Pemaklumanan

keputusan permohonan lesen dan tawaran sewa unit terbabit adalah

dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan tersebut. Manakala keputusan bagi

permohonan tapak pasar malam dan pasar pagi akan dikeluarkan dalam

tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima. Permohonan tersebut

adalah melalui penganjur yang dilantik.

NO SOALAN: 48

Seterusnya keputusan bagi permohonan lesen yang melibatkan

gerai tepi jalan di tempat awam, siar kaki dan lain-lain, tempoh yang

diambil adalah selama 30 hari dari tarikh permohonan diterima serta

tertakluk kesesuaian lokasi.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI

MUSA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (KHAMIS)

Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan

agensi yang meneraju agenda kelestarian "sustainability" Malaysia

daripada perspektif pembangunan ekonomi dan perdagangan. Apakah

usaha yang telah dilaksanakan oleh agensi tersebut, Sekiranya dilihat di

persada antarabangsa, agenda ini digunakan bukan sahaja untuk

penjagaan alam sekitar tetapi untuk membantu syarikat tempatan

berkembang dan menghalang import dari negara asing.

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

MITI adalah bertanggungjawab ke atas agenda kelestarian

pembangunan industri pembuatan negara serta perdagangan

antarabangsa. Agenda kelestarian pembangunan industri pembuatan

dipacu oleh Dasar Pelaburan Baharu Negara yang berlandaskan kepada

elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social &

Governance - ESG). Dasar Pelaburan Baharu Negara berteraskan

Aspirasi Pelaburan Nasional (National Investment Aspirations-NIA)

menfokuskan kepada transformasi agenda pelaburan nasional yang

menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi bukan sahaja daripada aspek

tahap kompleksiti ekonomi, integrasi dengan rantaian bekalan global dan

pewujudan pekerjaan berpendapatan tinggi tetapi yang paling utama

mengimbangi pertumbuhan ekonomi negara secara mampan dengan

kelestarian alam sekitar.

Penekanan ESG di dalam Dasar Pelaburan Baharu Negara juga

seiring dengan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa di bawah

United Nations Sustainable Development Goals (UNSDG).

Penerapan elemen ESG dalam agenda pembangunan industri

pembuatan negara adalah bagi memastikan industri kekal berdaya saing

dan prestasi perdagangan antarabangsa negara dipertingkatkan dalam

menghadapi cabaran lanskap pelaburan global dan perdagangan

antarabangsa yang memberi penekanan pematuhan ESG. Sebagai

contoh, Kesatuan Eropah akan mula melaksanakan Carbon Border

Adjustment Mechanism, iaitu mekanisma bagi mengenakan cukai karbon

NO SOALAN: 49

merentasi sempadan atau carbon border tax, ke atas produk atau

barangan yang memasuki Kesatuan Eropah dan tidak menepati piawaian

pelepasan karbon yang ditetapkan. Dalam hal ini, sekiranya produk

Malaysia yang dieksport ke Kesatuan Eropah dikenakan cukai

berkenaan, sudah semestinya ia menjejaskan daya saing produk negara

daripada segi harga produk. Selain daripada perdagangan antarabangsa,

pelaburan langsung asing juga semakin menekankan elemen ESG dalam

sektor ekonomi yang dilaburkan. Justeru itu, Kerajaan perlu mengambil

langkah proaktif dalam merangka dasar pelaburan nasional yang

berwawasan serta komprehensif untuk memenuhi keperluan lanskap

pelaburan global yang mengutamakan pembangunan ekonomi secara

mampan.

MITI sedang merangka dasar serta pelan tindakan untuk mengarus

perdanakan ESG dalam pembangunan industri pembuatan negara. Di

peringkat global, terdapat beberapa standard penetapan kriteria ESG

yang mana MITI sedang dalam proses libat urus dengan beberapa pihak

berkepentingan termasuk Bank Negara Malaysia, institusi perbankan,

firma audit dan syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan untuk

mengenalpasti standard yang bersesuaian dengan struktur industri

negara. MITI juga sedang terlibat dalam Indo-Pacific Economic

Framework (IPEF) bersama-sama dengan 13 buah negara lain termasuk

Amerika Syarikat yang turut membincangkan mengenai tenaga bersih

dan usaha-usaha penyahkarbonan atau decarbonisation.

NO SOALAN: 49

Dalam menggalakkan industri melabur dalam teknologi hijau serta

menggunakan tenaga boleh diperbaharui dalam proses pengeluaran,

Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan

Hijau (GITE) telah dilaksanakan oleh MIDA. Dana seperti Geran Automasi

Pintar dan Dana Intervensi Industry4WRD bertujuan menggalakkan

Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana (PMKS) mempertingkatkan tahap

automasi dan menggunakan teknologi Industri 4.0 bagi

mempertingkatkan produktiviti dengan mengoptimumkan penggunaan

sumber.

Inisiatif-inisiatif yang disebutkan merupakan sebahagian daripada

usaha MITI dalam menyokong dan merancakkan usaha Kerajaan dalam

melaksanakan agenda ESG selaras dengan komitmen untuk menjadi

negara sifar karbon menjelang tahun 2050. Ia juga bertujuan membantu

syarikat-syarikat pembuatan tempatan memenuhi kriteria ESG selari

dengan keperluan negara-negara destinasi eksport disamping memenuhi

komitmen negara di peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN SR. HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMAD

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI

PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan kesan bekalan

gandum dalam negara ekoran konflik Rusia-Ukraine.

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2021, 12% baja

(bernilai RM660 juta) dan 1% minyak dan lemak sayuran/haiwan (bernilai

RM112 juta) yang diimport dari Rusia. Selain itu, Malaysia mengimport

3.6% lemak dan minyak sayuran/haiwan (bernilai RM399.1 juta), 0.9%

bijirin termasuk gandum dan jagung (bernilai RM78.8 juta) serta 0.9%

makanan haiwan ternakan (bernilai 67.9 juta) dari Ukraine. Walaupun

Ukraine di dalam krisis, aktiviti pengeksportan bahan makanan dari

Ukraine ke Malaysia masih dapat diteruskan menggunakan pelabuhan

negara-negara lain di Eropah. Oleh itu, bekalan makanan import masih

terjamin.

Berdasarkan trend import gandum untuk tahun 2022, sebanyak 63

peratus gandum di import dari Australia, 13 peratus dari Canada, 10

peratus dari India, 8 peratus dari Argentina dan 6 peratus dari Amerika

Syarikat.

Jumlah import gandum bagi tempoh Januari hingga Mei 2021

adalah sebanyak 624,907 tan metrik dengan nilai RM666,683,798

manakala bagi tempoh Januari hingga Mei 2022 adalah sebanyak

610,154 dengan nilai RM1,037,203,744. Perbandingan bagi tempoh 5

bulan pertama tahun 2022 berbanding 2021 menunjukkan penurunan

2.34 peratus sahaja. Konflik Russia-Ukraine yang berlaku tidak memberi

kesan yang ketara secara langsung kepada bekalan gandum negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD HISAMUDIN BIN YAHAYA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Mohd Hisamudin Bin Yahaya minta MENTERI WILAYAH

PERSEKUTUAN menyatakan bagaimanakah DBKL dapat memastikan

penjanaan pendapatannya dalam Bajet 2023 akan dapat menampung

semua kos yang timbul supaya ianya tidak lagi menghasilkan bajet defisit

seperti tahun-tahun yang lalu.

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, hasil utama Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL) adalah terdiri daripada hasil cukai taksiran iaitu

lebih kurang 60% daripada keseluruhan hasil DBKL dan caj

pembangunan iaitu lebih kurang 20% daripada keseluruhan hasil DBKL.

Dianggarkan hasil cukai taksiran adalah melebihi RM1bilion dan caj

pembangunan melebihi RM400 juta pada tahun 2022.

Memandangkan ekonomi negara kini bertambah pulih dan

pembangunan kembali rancak, adalah dijangkakan pada tahun 2023

akan berlaku peningkatan hasil daripada kutipan cukai taksiran dan caj

pembangunan.

Di samping itu, DBKL menjana hasil melalui sewaan yang kini hampir

mencecah RM100 juta. Pendapatan daripada sewaan Rumah Majlis

yang merupakan sumber pendapatan baharu akan mula diterima pada

sukuan keempat tahun 2022 dan ini akan meningkatkan keseluruhan

hasil DBKL.

Selain itu, DBKL telah memohon supaya Kerajaan Persekutuan

dapat menyalurkan sepenuhnya peruntukan yang belum diterima yang

melibatkan bayaran tunggakan yuran pelupusan sampah (tipping fee)

Bukit Tagar, kos pengalihan utiliti lebuhraya SPRINT, peruntukan

MARRIS dan kos penyelenggaraan perumahan Perumahan Awam (PA)

dan Program Perumahan Rakyat (PPR).

NO SOALAN: 51

DBKL sentiasa melaksanakan perbelanjaan berhemah dan

berdasarkan nilai yang terbaik dengan meneruskan projek-projek yang

mengutamakan kesejahteraan warga kota. Oleh itu, DBKL juga telah

memohon supaya Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan peruntukan

yang lebih tinggi pada tahun 2023.

Secara keseluruhannya, pendekatan peningkatan hasil dan kawalan

perbelanjaan yang dilaksanakan oleh DBKL dijangka akan mengelakkan

Belanjawan DBKL mengalami defisit pada tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk

membangunkan saliran dan pengairan di kawasan padi luar jelapang

yang bertanam padi satu musim sahaja setahun, supaya membolehkan

padi ditanam dua kali setahun di Kelantan demi keselamatan makanan

negara.

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan

Industri Makanan (MAFI) sentiasa komited untuk meningkatkan

pengeluaran beras negara bagi menjamin keselamatan bekalan makanan

negara. Antara perancangan jangka masa panjang MAFI dalam

meningkatkan pengeluaran hasil padi negara adalah untuk menaik taraf

infrastruktur pengairan dan saliran di kawasan penanaman padi di luar

jelapang yang berpotensi untuk dibangunkan bagi penanaman padi dua

(2) kali setahun.

Oleh kerana kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur pengairan dan

saliran ini melibatkan kos yang tinggi termasuk kos bagi pengambilan

tanah, maka pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.

Pelaksanaan peringkat ini akan melibatkan beberapa proses seperti

pengambilan tanah yang akan diselesaikan terlebih dahulu, dan

kemudiannya akan diteruskan dengan kerja-kerja fizikal membaikpulih

dan menaiktaraf infrastruktur sedia ada serta pembinaan

komponen/struktur baru.

Infrastruktur pengairan dan saliran yang telah dinaiktaraf ini akan

dapat menambahbaik keupayaan skim tersebut, sekaligus dapat

meningkatkan pengeluaran hasil tanaman padi melalui penanaman dua

(2) kali setahun.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan sama ada Kementerian akan mengkaji semula SOP tentang

membawa jenazah yang positif COVID-19 menggunakan kapal terbang

antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak, di mana SOP yang masih

berkuatkuasa tidak membenarkan jenazah positif COVID-19 dibawa

menggunakan kapal terbang (kecuali abu mayat), memandangkan

negara sudah beralih kepada fasa endemik dan penumpang juga tidak

perlu menjalankan sebarang ujian COVID-19 sebelum menaiki kapal

terbang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

NO SOALAN: 53

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perkara berkaitan pengurusan jenazah positif COVID-19 telah

dibincangkan bersama pakar-pakar di Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dalam mesyuarat yang diadakan pada 26 Jun 2022

yang lalu. Setelah mengambil kira aspek risiko penularan wabak,

pesakit yang meninggal dunia akibat positif COVID-19 hendaklah:

(i) dielakkan daripada proses pengawetan (embalming); dan

(ii) dilarang untuk diangkut menggunakan kapal terbang.

2. Perkara ini disarankan untuk mengelakkan risiko jangkitan COVID-

19 kepada orang awam. Walau bagaimanapun, KKM masih

mengekalkan SOP bahawa hanya abu mayat yang dibenarkan

dibawa menaiki kapal terbang.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, WHO juga tidak

menggalakkan proses embalming dilakukan ke atas mayat yang mati

akibat jangkitan COVID kerana dikhuatiri akan menyebabkan

manipulasi badan mayat yang berlebihan dan seterusnya

mengakibat aerosol generating.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH minta MENTERI

KANAN PENDIDIKAN menyatakan apakah intervensi daripada

Kementerian dalam isu murid tahap satu yang lemah penguasaan

kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) di Terengganu

terutamanya pasca pandemik dan sejauh mana keprihatinan pihak

Kementerian terhadap kerisauan masyarakat Malaysia terhadap sistem

pendidikan di Malaysia.

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha

untuk memastikan pendidikan murid, terutamanya dalam aspek literasi

dan numerasi diberi keutamaan. Kemahiran membaca, menulis dan

mengira (3M) merupakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan

murid di Tahap Satu, iaitu Tahun 1, 2 dan 3.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, KPM telah

melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu semua murid Tahap

Satu, termasuk di Terengganu untuk menguasai kemahiran 3M.

Antaranya, KPM melaksanakan Program Pemulihan Khas untuk murid

sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas

3M. Guru pemulihan dengan kerjasama guru mata pelajaran Bahasa

Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang bersesuaian kepada

murid sehingga mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M.

KPM juga telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi

Sekolah Rendah untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai

sekurang-kurangnya tahap minimum (Tahap Penguasaan 3) dalam

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pelaksanaan program

ini adalah sebagai sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang

menyeluruh untuk membantu memantapkan tahap penguasaan 3M.

Antara aspek yang diberi penekanan dalam program ini ialah Pemugaran

Literasi dan Numerasi. Penekanan juga diberikan kepada penglibatan ibu

bapa dalam menyokong pelaksanaan PdP. Program ini dirangka bagi

memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi

NO SOALAN: 54

semasa PdP yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid untuk

mengikuti pembelajaran seterusnya. Pada masa ini, murid Tahap Satu

yang telah dikenal pasti dibekalkan dengan Modul Asas Literasi dan

Modul Asas Numerasi bagi mempertingkatkan penguasaan 3M mereka.

Khusus di negeri Terengganu, antara langkah yang dilaksanakan

oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi meningkatkan

penguasaan 3M murid adalah dengan melaksanakan intervensi melalui

Modul Kemahiran 3M yang dikenali sebagai Modul Cakna Pembelajaran

(MCP3M).

JPNT juga menubuhkan pasukan AKRAM Pemulihan Khas yang

terdiri daripada guru pakar Pemulihan Khas untuk membina modul, bahan

bantu mengajar, instrumen saringan serta menjadi pakar rujuk serta

perkongsian kaedah amalan terbaik PdP Pemulihan Khas. Selain itu,

JPNT turut melaksanakan Bengkel Introduction To Dyslexia dengan

kerjasama Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) dan Abu

Hurairah Initiative Terengganu bagi melatih guru mengenal pasti murid

yang mempunyai masalah 3M.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, KPM sentiasa

prihatin akan perubahan persekitaran yang memerlukan

penambahbaikan sistem pendidikan secara berterusan seiring dengan

keperluan semasa. Pada masa ini, KPM menambah baik sistem

pendidikan berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025. Pelan ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang

mempunyai enam ciri utama iaitu berpengetahuan; kemahiran

dwibahasa; kemahiran kepimpinan; kemahiran berfikir; beretika dan

kerohanian; serta beridentiti nasional.

NO SOALAN: 54

KPM yakin program intervensi dan langkah strategik yang

dilaksanakan ini dapat memastikan murid menguasai kemahiran asas 3M

dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN

NAIR

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan sejauh manakah MySejahtera dapat diperluaskan fungsinya

sebagai sebuah aplikasi yang boleh melancarkan proses pendermaan

organ di negara ini memandangkan tidak sampai 1 peratus daripada

senarai penderma yang benar-benar menderma organ mereka seperti

yang dilaporkan oleh Pusat Sumber Transplan National (NTRC).

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada masa ini, capaian umum pada sistem pendaftaran pengikrar

derma organ adalah melalui ikon Jom Ikrar pada laman web Derma

Organ sahaja, manakala selebihnya dilakukan melalui aktiviti

kempen secara fizikal yang dilakukan dari masa ke masa.

2. Cadangan penggunaan aplikasi MySejahtera dilihat dapat

memudahkan aktiviti pendaftaran pengikrar derma organ yang

secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar pengikrar. Di

samping itu, aplikasi MySejahtera juga boleh dijadikan sebagai

medium penyebaran maklumat dan infografik terkini secara

berterusan bagi meningkatkan kesedaran tentang pendermaan

organ.

3. Sehubungan dengan itu, MySejahtera sedang dalam proses untuk

menambah fungsi pendermaan organ. Ciri baharu yang dirancang ini

merangkumi pendaftaran pendermaan organ, mempromosi dan

mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan dan

pemindahan organ.

4. Melalui perancangan ini, mereka yang berhasrat untuk menjadi salah

seorang penderma, mereka boleh berdaftar melalui aplikasi

MySejahtera dengan mengisi borang ikrar persetujuan untuk

menderma organ. Pengguna akan memperoleh lencana dalam

aplikasi MySejahtera yang mengesahkan bahawa mereka adalah

seorang penderma organ yang berdaftar.

NO SOALAN: 55

5. Selain itu, inisiatif awal yang dilakukan termasuk memaparkan

maklumat berkaitan pendermaan organ secara mingguan melalui

aplikasi MySejahtera.

6. Ciri baharu ini disasarkan dapat memudahkan proses pendaftaran

pendermaan organ serta meningkatkan kadar dan prestasi

pendermaan organ pada masa akan datang.

7. Selain itu, pihak Kementerian juga sedang dalam proses

memasukkan komponen pendaftaran pengikrar derma organ iaitu

Jom Ikrar ke dalam aplikasi MySejahtera dengan integrasi terhadap

sistem sedia ada.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ AJIS BIN SITIN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATO’ AJIS BIN SITIN minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan apakah status kemajuan pelaksanaan Pusat

Latihan JAKOA di Paya Bungor, Kuantan, Pahang. Bilakah pusat ini akan

mula beroperasi.

NO SOALAN: 56

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Yang Berhormat, status kemajuan fizikal bagi Projek

Membina dan Menaiktaraf Pusat Latihan (Jahitan) JAKOA di Paya

Bungor, Kuantan, Pahang sehingga 14 Julai 2022 bagi Fasa 1 ialah 93%

manakala bagi Fasa 2 ialah 78%. Kerja-kerja pembinaan di tapak sedang

giat dijalankan pada ketika ini oleh pihak FELCRA selaku agensi

pelaksana dilantik. Projek masih dikategorikan sebagai projek sakit dan

pihak FELCRA telah diberikan teguran/peringatan dalam mesyuarat dan

lawatan pemantauan di tapak bagi memastikan projek dapat disiapkan

sepenuhnya dengan kadar segera.

Selain daripada pemantauan di peringkat KPLB, Pemantauan prestasi

fizikal dan kewangan pelaksanaan projek ini turut dilakukan oleh agensi

pusat Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Kewangan dan Unit

Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Projek ini dijangka siap pada bulan Februari 2023. Justeru, Pusat ini

dijangka akan mula beroperasi setelah semua kerja disiapkan

sepenuhnya sepertimana dinyatakan dalam kontrak dan bangunan telah

menerima CCC seterusnya diserahkan kepada pihak JAKOA.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO’ SIDEK

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek minta PERDANA MENTERI

menyatakan inisiatif-inisiatif yang telah diambil untuk mengatasi

kelewatan pendengaran kes-kes perceraian, tuntutan nafkah anak dan

lain-lain tuntutan pasca perceraian di Mahkamah Syariah.

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Mahkamah Syariah merupakan institusi Islam yang berperanan

melaksanakan keadilan undang-undang mengikut bidang kuasa yang

diberikan. Salah satu cara keadilan diberikan adalah dengan

memutuskan sesuatu pertikaian atau kes dengan sesegera yang

mungkin.

2. Selepas didaftarkan, semua kes akan diberikan tarikh sebutan

dalam tempoh tidak lebih daripada 21 hari daripada ianya

didaftarkan. Kebiasaannya, kes-kes Syariah dapat diselesaikan

dalam tempoh kurang daripada 6 bulan kecuali kes-kes tertentu yang

perlu mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan atas

pelbagai faktor.

3. Antara faktor tersebut adalah permohonan penangguhan yang

dibuat oleh pihak-pihak, kegagalan penyampaian dokumen,

kegagalan untuk mengemukakan saksi pada hari perbicaraan, pihak-

pihak atau peguam gagal hadir, penangguhan oleh mahkamah atas

sebab hakim bercuti sakit dan sebagainya.

NO SOALAN: 57

4. Pentadbiran mahkamah Syariah sentiasa membuat pemantauan

kepada kes-kes bagi memastikan ianya dapat diselesaikan dengan

segera. Kes-kes yang telah melebihi tempoh satu tahun akan

diberikan keutamaan untuk pendengaran/perbicaraan.

5. Antara inisiatif-inisiatif yang telah diambil untuk mengatasi

kelewatan pendengaran kes-kes di Mahkamah Syariah termasuklah :

i) Melaksanakan penjadualan semula kes-kes dengan memberikan

tarikh-tarikh sambung prosiding sesegera yang mungkin.

Keutamaan penetapan tarikh perbicaraan akan diberikan kepada

kes-kes yang telah melewati tempoh satu tahun daripada ianya

didaftarkan;

ii) Melantik Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah Litar yang

terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah

Malaysia untuk membicarakan kes-kes di Mahkamah Syariah

Wilayah-Wilayah Persekutuan. Setakat ini seramai 4 orang

pegawai JKSM telah diberikan tauliah sebagai Hakim Mahkamah

Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sejak Februari tahun

2021;

iii) Mewujudkan Mahkamah laluan pantas (fast track) bagi kes-kes

yang telah mempunyai perjanjian persetujuan secara sulh,

permohonan cerai secara persetujuan bersama dan kes-kes

faraid selapis yang telah lengkap dokumen;

iv) Mewujudkan Mahkamah Khas Nafkah dan Mahkamah Khas

Hadhanah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Kedua-

dua Mahkamah ini menyasarkan untuk menyelesaikan 80% kes

dalam tahun semasa;

NO SOALAN: 57

v) Melaksanakan perbicaraan secara inquisitorial bagi kes-kes

permohonan perceraian dan pengesahan lafaz cerai

sebagaimana Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 7 Tahun

2019 – Garis Panduan Perbicaraan Kes Mal Secara Inquisitorial

di Mahkamah Syariah; dan

vi) Menggalakkan pihak-pihak untuk membuat penyelesaian kes

melalui Majlis Sulh. Berdasarkan statistik, sebanyak 35,957 kes

Sulh telah didaftarkan daripada tahun 2019 hingga Jun 2022 di

seluruh Malaysia dan daripada jumlah tersebut sebanyak 15,294

kes (72%) telah berjaya merekodkan penyelesaian persetujuan.

Hanya 28% kes sahaja yang perlu di bawa untuk perbicaraan di

hadapan hakim.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB AKNAN EHTOOK

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

TUAN AKNAN EHTOOK minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan apakah program yang dilaksanakan dalam usaha

untuk menjamin kesejahteraan penduduk luar bandar dan golongan

minoriti seperti masyarakat Siam agar kemakmuran negara dinikmati

bersama secara adil.

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, program pembangunan

sosioekonomi masyarakat luar bandar yang dilaksanakan oleh

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi-agensi di

bawahnya menyasarkan semua peringkat masyarakat luar bandar tanpa

mengira latar belakang kaum dan agama. Di bawah Rancangan Malaysia

Kedua Belas (RMKe-12) 2021-2025, KPLB melaksanakan pelbagai

program pembangunan prasarana dan sosioekonomi untuk

kesejahteraan penduduk luar bandar seperti berikut:

a) Penyediaan infrastruktur dan prasarana asas yang lengkap di luar

bandar dalam menyokong pembangunan ekonomi seperti

penyediaan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar

Bandar (BELB), Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa

(JPD) dan Program Ameniti Sosial (PAMS);

b) Membina dan membaik pulih rumah melalui Program Perumahan

Rakyat Termiskin (PPRT);

c) Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi golongan miskin dan

miskin tegar, Program Komuniti Sejahtera bagi menggerakkan aktiviti

ekonomi secara berkelompok serta Program Latihan Kemahiran dan

Kerjaya (PLKK) bagi kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan

jangka pendek, sederhana dan panjang;

NO SOALAN: 58

d) Program-program pembangunan dan pemerkasaan keusahawanan

luar bandar termasuk Program Sokongan Pengukuhan

Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Program Pembangunan

Keusahawanan Start Right serta Program Pembangunan Usahawan

Bergerak;

e) Program Desa Lestari yang merupakan program bantuan geran bagi

mewujudkan komuniti desa yang berpendapatan tinggi melalui

penglibatan dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan;

f) Program DesaMall@KPLB bagi membantu usahawan luar bandar

memasarkan produk yang dahulunya dipasarkan secara offline atau

runcitan kepada pemasaran secara dalam talian melalui platform e-

Dagang;

g) Projek Agropolitan dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi

Kampung (PROSPEK) misalnya PROSPEK di Kulim dan Sik, Kedah,

PROSPEK di Dungun, Terengganu serta PROSPEK di Jeli,

Kelantan;

h) Program pembangunan kawasan tanaman getah dan sawit di bawah

Felcra Berhad, RISDA, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan

Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB); dan

i) Program-program pembangunan sosioekonomi oleh Lembaga

Kemajuan Wilayah (LKW) termasuk Program Transformasi Desa dan

Pengupayaan Komuniti oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah

(KEDA) dan Program Rehabilitasi Komuniti oleh Lembaga Kemajuan

Kelantan Selatan (KESEDAR).

NO SOALAN: 58

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 59

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN

KHIRUDIN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

TUAN Ir. Ts. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN minta PERDANA

MENTERI menyatakan apakah pendirian Jemaah Menteri pada hari ini

berkenaan pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi polemik

dalam kalangan rakyat pada hari ini.

NO SOALAN: 59

2

JAWAPAN

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

1. Pelantikan Jemaah Menteri mahupun Timbalan-Timbalan Menteri

adalah hak prerogatif Perdana Menteri bagi memastikan urusan-

urusan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar. Kerajaan

berpandangan, buat masa ini jumlah anggota pentadbiran adalah

yang terbaik berdasarkan keperluan, cabaran dan tanggungjawab

serta kepakaran yang diperlukan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI

DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah solusi yang telah

berjaya dicapai dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Dan adakah pasukan yang ditubuhkan ini melibatkan sebarang

pembayaran dana atau elaun.

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang telah diumumkan pada 30 Jun

2022, diketuai oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia adalah

bertujuan untuk meneliti, memantau serta mencadangkan kepada

Kerajaan langkah-langkah segera bersifat jangka pendek dan sederhana

untuk dilaksanakan bagi menangani isu inflasi. Bagi pelaksanaan inisiatif

yang melibatkan implikasi dasar, maka ia akan diangkat kepada Majlis

Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Jemaah Menteri.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi penekanan dan tumpuan

terhadap strategi yang memberi impak segara bagi mengubah persepsi

dan jangkaan (expectation) rakyat. Sepanjang penubuhan pasukan ini,

beberapa keputusan penting telah diambil seperti berikut:

(i) Pelaksanaan operasi bersepadu KPDNHEP bersama Polis

Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(Kastam), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan

Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

bagi menangani ketirisan minyak masak bersubsidi ke luar

negara;

(ii) Memperkenalkan Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia

berharga RM3.50 sepinggan di universiti-universiti;

(iii) Peluasan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) ke 600

kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara

hingga akhir tahun 2022;

(iv) pewartaan larangan eksport minyak sawit tulen dalam

bungkusan polibeg; dan

NO SOALAN: 60

(v) Mekanisme penetapan harga siling minyak masak botol tidak

bersubsidi ditentukan secara bulanan untuk seluruh Malaysia

mengikut harga purata minyak sawit mentah (CPO) bagi satu tan

metrik di pasaran dunia pada bulan sebelumnya. Harga siling

minyak sawit botol 5kg untuk Sabah, Sarawak dan dan Labuan

ditetapkan pada paras RM34.70 sama seperti di Semenanjung,

berkuatkuasa pada 8 Ogos ini. Turut ditentukan adalah harga

siling minyak masak tidak bersubsidi kemasan botol seperti

berikut:

(a) 1kg iaitu RM7.70;

(b) 2kg iaitu RM14.70; dan

(c) 3kg iaitu RM 21.70.

Ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (JIHAD) tidak menerima

sebarang elaun khas. Lain-lain kementerian boleh dipanggil sekiranya

terdapat isu timbul terutamanya melibatkan kemaslahatan rakyat.

Pasukan Khas JIHAD ini adalah bersifat action-oriented, justeru ia akan

mengutamakan penyelesaian segera sesuatu masalah yang boleh

menyebabkan kenaikan barangan dan perkhidmatan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' JUHANIS BINTI ABD AZIZ

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI PELANCONGAN, SENI

DAN BUDAYA menyatakan tindakan Kementerian untuk mengawal

harga hotel di seluruh negara memandangkan pengusaha hotel

menaikkan harga sehingga tidak masuk akal dan tidak sesuai dengan

keadaan dan kualiti yang ditawarkan.

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di

bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]

bertanggungjawab untuk melaksanakan pendaftaran dan

penggredan Premis Penginapan Pelancong (PPP). Sehingga Julai

2022, sebanyak 4,712 PPP telah berdaftar yang mana 2,072

daripadanya telah diberikan penggredan Bintang dan Orkid (Hotel

Bajet).

2. Untuk makluman, kriteria dan garis panduan semasa

penggredan PPP tidak menetapkan sebarang syarat bagi kawalan

harga bilik yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis penginapan

yang menjalankan aktiviti perniagaan. Penetapan harga bilik hotel

ditentukan oleh pengurusan masing-masing bergantung kepada

konsep, jenama dan perkhidmatan yang ditawarkan.

3. Penentuan harga barangan, perkhidmatan dan komisen yang

dibayar adalah berdasarkan kepada faktor-faktor yang berbeza di

antara satu premis penginapan pelancongan dengan premis yang

lain, merangkumi faktor-faktor seperti permintaan dan penawaran

(demand and supply), aturan perniagaan (business to business

arrangement), nilai tambah (added value) dan sebagainya.

4. Secara amnya, harga bilik hotel adalah lebih tinggi untuk hotel

bertaraf Bintang yang lebih tinggi. Harga bilik hotel yang diberi

penggredan Bintang mahupun Orkid pada masa ini tidak dikawal

NO SOALAN: 61

selia di bawah mana-mana perundangan. Justeru, orang awam

mempunyai banyak pilihan untuk memilih hotel yang bersesuaian

dengan kriteria yang diinginkan, seperti kelengkapan fasiliti, lokasi

dan harga.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI AZIZ BIN ARIFFIN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Haji Aziz Bin Ariffin minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah perkara yang mempengaruhi kadar insurans

sesebuah kenderaan serta adakah terdapat sebarang usaha dan kajian

yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi menurunkan kadar insurans

kenderaan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang kian

meningkat ditanggung oleh rakyat.

NO SOALAN: 62

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Secara amnya, kadar insurans sesebuah kenderaan mengambil

kira beberapa faktor risiko seperti nilai diinsuranskan, model dan umur

kenderaan, keupayaan enjin, sejarah tuntutan, tujuan kenderaan samada

persendirian atau komersil, lokasi kenderaan diparkir serta jenis insurans

kenderaan. Insurans kenderaan Komprehensif mempunyai skop

perlindungan yang lebih luas manakala insurans kenderaan Pihak

Ketiga mempunyai skop lebih terhad.

Bagi memastikan penetapan kadar insurans berdaya saing,

liberalisasi kadar tarif telah dilaksanakan secara berfasa bermula tahun

2016. Ini membolehkan pemandu yang berhemat dan mempunyai profil

risiko yang rendah memperoleh kadar premium yang berpatutan di

pasaran.

Pemegang polisi digalakkan membuat perbandingan bagi

mendapatkan pilihan produk yang bersesuaian dengan keperluan

masing-masing memandangkan terdapat pelbagai insurans yang

berbeza. Sebagai contoh, terdapat produk innovatif seperti insurans ‘pay-

as-you-drive’ yang menetapkan premium berdasarkan jarak yang

dipandu. Selain itu, pembelian insurans secara langsung dari

penanggung insurans tanpa melalui agen insurans (umpamanya secara

atas talian) juga layak menerima rebat sebanyak 10 peratus.

NO SOALAN: 62

Sehubungan ini, pemegang polisi boleh merujuk kepada laman

sesawang Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan maklumat

lanjut tentang liberalisasi kadar tarif. Pihak Bank sentiasa membuat

pemantauan untuk memastikan pemegang polisi mendapat akses

berterusan kepada insurans kenderaan pada kadar yang berpatutan

berdasarkan profil risiko pemandu dan kenderaan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan apakah pendirian Kementerian pada waktu ini

berkenaan sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang jelas tidak

selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal untuk

tidak mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) yang

dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC)

berlandaskan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. SMPC

menjalankan pendidikan peringkat menengah dengan menggunakan

kurikulum yang digubal dan dibangunkan atas inisiatif Dong Zong. Selain

itu, sistem pendidikan SMPC menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa

pengantar utama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Dasar Pendidikan

Kebangsaan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan

yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama, melaksanakan kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid

bagi menduduki peperiksaan yang sama. Penetapan ini adalah bagi

memenuhi aspirasi dan keperluan negara di masa hadapan serta sebagai

usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selaras dengan

prinsip Rukun Negara.

Oleh yang demikian, UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan

Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh

kerajaan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 64

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

TUAN ROBERT LAU HUI YEWminta PERDANA MENTERI menyatakan

adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan secara

mengurangkan gaji ahli pentadbiran serta ahli parlimen dan

menghentikan pelantikan utusan khas ke luar negara serta penasihat

khas kepada kerajaan.

NO SOALAN: 64

2

JAWAPAN

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gaji Anggota Pentadbiran

adalah seperti mana yang terdapat dalam Akta Ahli Parlimen

(Saraan) 1980 dan sebarang keputusan yang melibatkan pindaan

kepada elaun ataupun gaji Anggota Pentadbiran akan diteliti

bersama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

2. Selain itu, Kerajaan melantik individu-individu untuk memegang

jawatan-jawatan tertentu sebagai utusan khas atau penasihat khas

adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai jaringan

hubungan, pengalaman dan kepakaran yang boleh memberi faedah

kepada usaha-usaha memajukan kepentingan-kepentingan

negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO DR. NUING JELUING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN menyatakan apakah status terkini dan usaha-usaha yang

diambil Kementerian dalam memastikan barangan makanan asas

mempunyai stok yang mencukupi bagi memenuhi kehendak jaminan

makanan "food security" dalam tempoh yang ditentukan. Apakah sasaran

yang hendak dicapai berdasarkan bilangan stok dan apakah senarai

barangan asas yang dikategorikan dalam stok jaminan makanan "food

security" ini.

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan bekalan

makanan negara mencukupi, pelan tindakan khusus bagi sekuriti

makanan iaitu Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan

Tindakan DSMN) 2021-2025 dan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0

telah dibangunkan. Antara strategi utama yang digariskan termasuklah

usaha-usaha untuk:

i. memperluaskan adaptasi teknologi dalam sistem makanan sebagai

langkah pragmatik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti

berteraskan skala ekonomikal dan pertanian mampan;

ii. memperkasa penyelidikan dan pembangunan berteraskan sekuriti

makanan ke arah meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dan

input pertanian seperti makanan ternakan, baka dan benih berkualiti

secara domestik;

iii. memperkasa ketersediaan data sekuriti makanan bagi mengenal

pasti dan memantau tahap sekuriti makanan penduduk Malaysia

berdasarkan lokaliti;

iv. menterjemah aspirasi Food Security as A Shared Responsibility

dengan memfokuskan usaha untuk memperluas kolaborasi

strategik berteraskan sekuriti makanan antara kementerian,

kerajaan-kerajaan negeri dan juga sektor swasta; dan

NO SOALAN: 65

v. memperkukuh tadbir urus merentas Jabatan dan Agensi untuk

merapatkan jurang dalam sistem makanan bagi meningkatkan

kecekapan pemantauan sekuriti makanan negara.

DAN 2.0 dan Pelan Tindakan yang sedang dilaksanakan ini dapat

menyumbang dalam memperkukuh sistem makanan negara supaya lebih

berdaya tahan dan mampan. Sekaligus menjamin kelangsungan bekalan

makanan yang cukup, selamat, bernutrisi dan mampu beli secara

berterusan kepada rakyat.

Kerajaan juga sentiasa komited dalam memastikan sistem

makanan negara terus mampan dan terjamin bagi memastikan rakyat

tidak berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan makanan. Dalam hal

ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengenal

pasti beberapa intervensi yang bertujuan untuk memastikan bekalan

makanan kekal terjamin.

Antara strategi jangka pendek dalam pelaksanaan adalah:

1. melaksanakan sekatan eksport ayam berkuat kuasa 1 Jun 2022

melibatkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan;

2. mewujudkan stokpail ayam melibatkan 4536 tan metrik oleh

Lembaga Pertubuhan Peladang untuk menstabilkan bekalan dan

harga ayam di pasaran;

3. mewujudkan stokpail ikan melibatkan 1000 tan metrik oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk menjamin kesinambungan

bekalan ikan semasa musim tengkujuh dan perayaan;

NO SOALAN: 65

4. mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam

dengan membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan;

5. memudah cara prosedur import (IP) soya, gandum, jagung dan

makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan melalui

penangguhan fi permit serta mewujudkan priority lane bagi proses

kemasukan pantas makanan asas;

6. mempercepatkan proses permohonan lesen pengimportan di

bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerusi kelulusan

secara interim bermula 1 Julai 2022 dengan proses kelulusan dalam

tempoh masa tujuh (7) hari bekerja berbanding 30 hingga 90 hari;

7. mewujudkan insurans tanaman iaitu Skim Takaful Agromakanan

yang akan dilancarkan pada suku ketiga 2022 dengan

memanfaatkan seramai 189,500 pesawah padi;

8. memberi tunai tambahan sebanyak RM100 kepada isi rumah

kategori B40 dan RM50 kepada golongan bujang;

9. melaksanakan moratorium penguatkuasaan bagi pengambilan

pekerja asing dalam industri penternakan ayam supaya produktiviti

di tahap optimum; dan

10. melaksanakan advokasi berteraskan kehilangan lepas tuai dan

pembaziran makanan secara berterusan untuk mengoptimumkan

sumber dalam sistem makanan.

NO SOALAN: 65

Manakala intervensi langkah sederhana dan panjang merangkumi

usaha untuk:

1. mengkaji mekanisme untuk mengurangkan kos minyak sawit

mentah kepada syarikat pengilangan makanan ternakan sebagai

inisiatif untuk mengurangkan kos makanan ternakan;

2. mempelbagaikan sumber import makanan dengan menambah

bilangan loji di luar negara;

3. mewujudkan One Stop Quarantine Centre (OSQC) yang bertujuan

untuk menambahbaik pemeriksaan biosekuriti negara melibatkan

tujuh (7) perkhidmatan merentasi lapan (8) kementerian;

4. menggalakkan pertanian bandar melalui pemerkasaan Program

Kebuniti 3.0; dan

5. memperkukuhkan industri input pertanian menerusi pembangunan

aditif makanan ternakan dan penambahbaikan formulasi makanan

ternakan.

MAFI yakin intervensi yang diambil ini mampu menjamin sekuriti

makanan negara terutamanya dari aspek ketersediaan makanan dalam

memastikan bekalan makanan kekal mencukupi kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB IR. MD NASIR BIN HASHIM

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Ir. Md Nasir Bin Hashim minta PERDANA MENTERI

menyatakan cadangan pembentangan Akta Pendanaan Politik.

NO SOALAN: 66

JAWAPAN

YB DATO’ SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Cadangan Pelaksanaan Dasar Penggubalan RUU Sumbangan Politik

telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai

Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 15 Bilangan 1 Tahun 2022 pada 19 Mei

2022 lalu dan skop dasar bagi RUU tersebut telah dipersetujui untuk

dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan selaras

dengan dasar semasa Kerajaan.

Selaras dengan inisiatif 1.2.3, Laporan Semakan Semula Pelan

Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, kajian terperinci berhubung

penggubalan rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan sumbangan

dana politik akan dilaksanakan selari dengan sesi-sesi libat urus

sebelum undang-undang baharu ini dapat diperkenalkan bagi

memastikan mekanisme pelaksanaan yang berkesan kelak.

RUU ini penting kerana sehingga kini tiada undang-undang atau

peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik dan ia dapat

mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa melibatkan ahli

politik melalui pelaporan dana politik yang berteraskan prinsip ketelusan

dan akauntabiliti.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK DR HAJI AZHAR BIN AHMAD

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi

mempertingkatkan kekuatan dan meluaskan akses internet di kawasan

luar bandar bagi kegunaan pelajar sekolah serta penduduk di kawasan

luar bandar.

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pihak Kerajaan sentiasa memberikan tumpuan bagi meluaskan

liputan dan meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara

terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui Pelan

Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Antara usaha penambahbaikan liputan dan meningkatkan kelajuan

internet termasuklah penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi

satelit untuk memberikan liputan internet dan kualiti pengalaman yang

lebih baik kepada pelajar sekolah dan penduduk di kawasan luar bandar

dan pedalaman.

Di bawah Pelan JENDELA Fasa 1, bagi meningkatkan capaian

internet di kawasan luar bandar dan pedalaman, sebanyak 839 lokasi

telah siap dipasang dan beroperasi dengan jalur lebar satelit di seluruh

negara setakat suku kedua 2022.

Selain itu, Kerajaan turut melaksanakan projek penyediaan

infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP)

hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam

memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat

diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah luar bandar dengan lebih baik.

NO SOALAN: 67

Pelaksanaan ini akan menjadikan lokasi berhampiran sekolah luar

bandar sebagai hab untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian

optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis

kerajaan berhampiran dan masyarakat sekelilingnya. Secara

keseluruhannya, Fasa 1 bagi projek PoP ini akan melibatkan 630 lokasi

berhampiran sekolah luar bandar dan Fasa 2 pula akan melibatkan 3693

lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK BOBBEY BIN SUAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

apakah Kementerian mengambil kira pandangan negara-negara lain

sama ada meneruskan pemberian vaksin terutamanya vaksin penggalak

yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya terutama kepada rakyat

Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas.

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 18/ 2022 bertarikh 18

Julai 2022 telah dikeluarkan berkaitan dengan syor terbaru

pemberian dos tambahan dan dos penggalak bagi PICK secara

terperinci.

2. Secara keseluruhannya, objektif pemberian dos tambahan mahupun

dos penggalak oleh KKM pada ketika ini adalah mengikut keutamaan

dan bukti saintifik khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi

serta memerlukan perlindungan daripada penyakit yang teruk akibat

COVID- 19 yang terdiri daripada:

(i) Individu berisiko tinggi dalam kategori moderate or

severe immunocompromised yang disahkan oleh Pakar

Perubatan awam atau swasta. Kriteria bagi dos tambahan

ataupun dos penggalak adalah seperti contoh berikut :

a. Kriteria dos tambahan ketiga :

- Kanak- kanak berumur 5 hingga 11 tahun dalm kategori

ini perlu diberikan dos ketiga bagi melengkapkan

vaksinasi primer tiga (3 ) dos sekurang-kurangnya lapan

( 8) minggu selepas menerima dos kedua. Dos yang

digunakan adalah berbeza dengan dos bagi remaja

berumur 12- 17 tahun.

NO SOALAN: 68

- Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang tergolong

dalam kategori ini perlu diberikan dos ketiga bagi

melengkapkan vaksinasi primer tiga (3 ) dos sekurang-

kurangnya empat (4) minggu selepas menerima dos

kedua.

b. Kriteria dos penggalak pertama

- Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang tergolong

dalam kategori ini yang sangat berisiko tinggi perlu

lengkap menerima vaksinasi primer tiga (3) dos

sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum menerima

dos pengalak pertama.

c. Kriteria dos penggalak kedua

- Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang tergolong dalam

kategori ini yang sangat berisiko tinggi perlu lengkap

menerima vaksinasi primer tiga (3) dos dan dos penggalak

pertama terlebih dahulu sebelum diberikan dos penggalak

kedua. Individu tersebut perlu sekurang-kurangnya empat

hingga enam (4-6) bulan selepas menerima dos penggalak

pertama.

(ii) Individu 18 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi

seperti penyakit yang mengalami penyakit jantung, paru- paru

dan lain- lain dan berisiko tinggi untuk dimasukkan ke hospital,

unit rawatan rapi dan kematian.

NO SOALAN: 68

- Individu berumur 60 tahun ke atas perlu menerima dos

penggalak kedua sekurang-kurangnya empat (4) bulan

selepas menerima dos penggalak pertama; manakala

- Individu berumur 18-59 tahun perlu menerima dos

penggalak kedua sekurang-kurangnya enam (6) bulan

selepas menerima dos penggalak pertama.

(ii) Individu yang sihat berumur 50-59 tahun namun berisiko

untuk mendapat penyakit yang teruk akibat COVID- 19

berdasarkan faktor umur, pekerjaan seperti petugas

kesihatan atau Individu yang ingin keluar negara bagi

memenuhi keperluan negara destinasi yang ingin dilawati.

3. Saranan TWG termasuk sela masa pemberian dos tambahan

mahupun dos penggalak adalah berdasarkan pendapat pakar-

pakar serta analisis data di dalam dan luar negara termasuk

kajian-kajian dos penggalak kedua daripada beberapa negara

seperti Sweden, Canada, US dan Israel yang telah diterbitkan.

4. KKM akan terus menjalankan pemantauan dan penilaian secara

berterusan berkaitan keperluan dos penggalak tersebut kepada

golongan yang memerlukannya dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK NICOLE WONG SIAW TING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Nicole Wong Siaw Ting minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah langkah/pelan Kementerian untuk mengatasi kadar

kebankrapan dalam kalangan golongan belia, selain daripada menaikkan

nilai ambang kebankrapan.

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah kes

kebankrapan yang direkodkan dalam kalangan golongan belia (individu

berumur kurang daripada 35 tahun) menunjukkan trend penurunan.

Jumlah kes kebankrapan yang direkodkan dalam kalangan golongan

belia bagi tahun 2022 sehingga bulan Jun ialah sebanyak 431 kes atau

mencakupi 13.6% daripada jumlah kes kebankrapan yang direkodkan

pada tempoh yang sama (purata 2017-2019: 24.9% daripada jumlah kes

kebankrapan yang direkodkan).

Secara keseluruhannya, sejak tahun 2015, lebih 60% kes

kebankrapan didorong oleh pinjaman berkaitan penggunaan seperti sewa

beli, pembiayaan peribadi dan kad kredit. Walau bagaimanapun, sebelum

sebarang tindakan kebankrapan diambil, institusi kewangan dikehendaki

untuk memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan dalam

membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan

yang sewajarnya berdasarkan Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna

Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang

dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Bagi peminjam yang

menghadapi kesulitan kewangan, termasuk mereka yang masih belum

pulih sepenuhnya dari kesan pandemic COVID-19, institusi-institusi

kewangan kekal komited membantu mereka. Pengenaan tindakan

kebankrapan terhadap peminjam terus menjadi pilihan terakhir oleh

institusi kewangan selepas semua usaha pemulihan lain telah diambil

untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberi kepada peminjam.

NO SOALAN: 69

Di samping itu, pihak Kerajaan turut memberi tumpuan pada

langkah-langkah awalan yang memastikan peminjam tidak menghadapi

kesukaran kewangan. Sebahagian daripada usaha yang berterusan yang

diambil oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan seperti BNM

termasuklah:

i. Pertama, melaksanakan Garis Panduan Pembiayaan

Bertanggungjawab atau Guidelines on Responsible Financing sejak

2012, untuk memastikan individu meminjam mengikut kemampuan

membayar balik pinjaman masing-masing dalam tempoh yang telah

ditetapkan untuk mengelakkan bebanan hutang yang berlebihan.

ii. Kedua, menggalakkan individu yang mempunyai masalah

pengurusan kewangan dan hutang untuk mendapatkan nasihat dan

perkhidmatan penyusunan semula hutang daripada institusi

kewangan masing-masing dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan

Kredit (AKPK). Sehubungan ini, peminjam yang menghadapi

kesulitan kewangan digalakkan untuk mengambil tindakan proaktif

dalam menghubungi institusi kewangan masing-masing atau

mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK sebelum pinjaman

tersebut menjadi pinjaman tidak berbayar.

iii. Ketiga, mempergiat usaha meningkatkan literasi kewangan dalam

kalangan individu, termasuk golongan belia menerusi Jaringan

Pendidikan Kewangan atau Financial Education Network (FEN)

supaya mereka boleh membuat keputusan kewangan yang

bertanggungjawab dan termaklum berdasarkan maklumat yang

mencukupi. Usaha ini termasuk kemas kini secara berkala platform

media sosial FEN mengenai pelbagai isu semasa berkaitan

NO SOALAN: 69

pendidikan kewangan yang relevan kepada golongan belia,

contohnya pengambilan hutang baharu, penipuan kewangan dan

pengurusan kewangan peribadi.

Selain institusi kewangan, tindakan kebankrapan turut diambil oleh

pemiutang lain, seperti syarikat pemberi kredit, pembekal dan

sebagainya. Sehubungan ini, pihak Kerajaan melalui kementerian dan

agensi yang terbabit dalam hal ini sedang giat berusaha untuk

memastikan peminjam/penghutang mendapat layanan yang adil dan

bertanggungjawab melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna (AKP) dan

di bawah Kementerian Kewangan serta penetapan standard dan garis

panduan yang seragam berkaitan dengan Prinsip Layanan Adil kepada

Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

PUAN LIM HUI YING minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI

menyatakan status perancangan terhadap penerokaan mineral elemen

nadir bumi atau Rare Earth Element (REE) di Ulu Muda yang bakal

mencemarkan Sungai Muda dan secara tidak langsung akan

menjejaskan bekalan air serta mengancam 4.2 juta penduduk di Kedah,

Perlis dan Pulau Pinang.

NO SOALAN: 70

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Melalui semakan daripada rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG)

Negeri Kedah, terdapat 2 permohonan Lesen Penjelajahan dan 1

Lesen Mencarigali untuk unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)

telah diterima bagi Kawasan Hutan Simpan Ulu Muda. Namun

demikian, sehingga 25 Julai 2022, tiada sebarang Lesen

Penjelajahan dan Lesen Mencarigali yang diluluskan oleh Pihak

Berkuasa Negeri Kedah bagi kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.

2. Selain itu, semakan juga mendapati 1 Lesen Penjelajahan pernah

dikeluarkan Pihak Berkuasa Negeri Kedah pada 26 Januari 2021

kepada sebuah syarikat usaha sama untuk kawasan seluas 1,220

hektar di atas kawasan yang merangkumi tanah milik persendirian,

tanah ladang hutan, tanah Kerajaan di Mukim Jeneri dan

sebahagian Hutan Simpan Bukit Enggang. Aktiviti penjelajahan

tersebut dikawalselia oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah

mengikut Enakmen Mineral Negeri Kedah 2004.

3. Sehingga 25 Julai 2022, terdapat 1 permohonan untuk pajakan

melombong NR-REE telah diterima oleh Pihak Berkuasa Negeri

Kedah untuk kawasan yang pernah dikeluarkan lesen penjelajahan

tersebut di atas. Permohonan tersebut telah dilulus pada 24 April

2022 oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah.

NO SOALAN: 70

4. KeTSA juga amat menekankan prinsip perlombongan secara

bertanggung jawab dan mampan. Dalam hal ini, walaupun KeTSA

menggalakkan usaha membangunkan industri mineral, namun

KeTSA masih berpendirian tidak akan menyokong dan

mengeluarkan apa-apa Surat Kelulusan Skim Pengendalian

Melombong (OMS) sekiranya permohonan perlombongan adalah di

atas tanah berstatus HSK atau rizab perlindungan dan kawasan yang

diwartakan sebagai KSAS.

5. Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE di

Malaysia telah berada di peringkat akhir penyediaan dan boleh

menjadi rujukan kepada semua Pihak berkuasa Negeri sekiranya

ingin menjalankan perlombongan NR-REE di negeri masing-masing.

SOP Perlombongan NR-REE Di Malaysia tersebut merangkumi

semua perundangan yang sedang berkuatkuasa seperti Akta

Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral Negeri, Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

6. Sekiranya Kerajaan Negeri Kedah hendak menjalankan

perlombongan NR-REE, beberapa kelulusan termasuk Laporan

Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Kebenaran

Merancang, perlulah diperolehi terlebih dahulu. Aktiviti

perlombongan NR-REE ini merupakan sebahagian aktiviti yang

ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang

Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.

Sebarang aktiviti yang ditetapkan hendaklah mengemukakan

Laporan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan dan

kelulusan.

NO SOALAN: 70

7. Kerajaan yakin bahawa dengan pematuhan segala peraturan dan

SOP yang ditetapkan akan dapat membantu melindungi dan

memelihara daripada sebarang aktiviti yang boleh menganggu gugat

kawasan tadahan sumber air Sungai Muda.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan tindakan tegas yang diambil bagi menghalang kemasukan

filem-filem berunsur LGBTQ ke dalam negara ini.

NO SOALAN: 71

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri (KDN)

melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) melaksanakan tugas dan

tanggungjawab penapisan filem berdasarkan kepada Akta Penapisan

Filem 2002 [Akta 620]. Merujuk kepada peruntukan tersebut, LPF

bertanggungjawab ke atas filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan,

dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan

secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia

(kecuali melalui internet).

Dalam melaksanakan proses penapisan filem, LPF menggunapakai Garis

Panduan Penapisan Filem, KDN 2010. Terdapat empat (4) aspek utama

yang digariskan dalam garis panduan tersebut yang diteliti dan diberi

perhatian khusus oleh ahli-ahli Lembaga semasa menapis sesebuah

filem, iaitu:

i. Keselamatan dan Ketenteraman Awam;

ii. Keagamaan;

iii. Sosiobudaya; dan

iv. Ketertiban dan Ketatasusilaan.

Secara umumnya, usaha mengekang normalisasi dalam filem yang

mengandungi unsur mempromosi gaya hidup Lesbian, Gay, Bisexual,

Transgender, Queer/Questioning (LGBTQ) adalah dilaksanakan oleh

kerajaan melalui proses penapisan filem yang dijalankan oleh LPF.

Sekiranya jalan cerita, tema, adegan atau dialog sesebuah filem didapati

mengandungi unsur-unsur mempromosi gaya hidup LGBTQ, pihak

NO SOALAN: 71

syarikat, penerbit atau pengedar filem perlu melakukan pengubahan ke

atas adegan, paparan, dialog mahupun sari kata filem tersebut (potongan

adegan, kaburkan paparan, senyapkan dialog atau padamkan sari kata)

dan sekiranya pihak syarikat penerbit atau pengedar filem enggan

mematuhi arahan tersebut atau keseluruhan kandungannya didapati

keterlaluan, LPF tidak akan meluluskan filem tersebut untuk tayangan

kepada masyarakat umum berdasarkan Garis Panduan Penapisan Filem,

KDN 2010.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI

MUSA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan langkah yang diambil untuk mengawal kualiti dan

keselamatan barang-barang yang dijual di platform e-dagang seperti

Lazada dan Shoppee.

NO SOALAN: 72

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian memandang serius isu-isu kualiti dan keselamatan

barangan yang dijual di pasaran khususnya di platform e-dagang. Bagi

tujuan tersebut, Kementerian telah mewajibkan peniaga yang

menjalankan perniagaan atas talian untuk berdaftar dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Seksyen 2, Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 (Akta 197), di mana peniaga perlu memaparkan 8

perkara utama sepertimana berikut:

1. Nama – Individu/perniagaan/syarikat;

2. Nombor pendaftaran perniagaan/syarikat;

3. Emel, no telefon atau alamat perniagaan;

4. Perihal ciri-ciri utama barangan atau perkhidmatan;

5. Harga penuh termasuk kos penghantaran, pengangkutan, cukai

atau kos-kos lain;

6. Kaedah pembayaran;

7. Terma dan syarat; dan

8. Anggaran masa penghantaran.

Ini adalah bagi memastikan langkah melindungi pengguna terpelihara dan

kegagalan peniaga untuk mematuhi 8 perkara tersebut akan diambil

tindakan penguatkuasaan selaras dengan Peraturan-Peraturan

Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 73

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN

ABDUL KHALID

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ABDUL KHALID minta

MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan bagaimana prestasi

pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 baru-baru ini

khususnya subjek wajib lulus seperti Bahasa Melayu dan Sejarah.

Apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian bagi

meningkatkan jumlah murid lulus subjek Sejarah dalam SPM.

NO SOALAN: 73

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bilangan calon Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) tahun 2021 yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah seramai 12,150 orang calon bersamaan dengan 3.2

peratus manakala, bagi mata pelajaran Sejarah pula seramai 39,470

orang calon bersamaan dengan 10.4 peratus.

KPM prihatin akan calon yang tidak lulus mata pelajaran Bahasa

Melayu dan Sejarah. Justeru, bagi calon tersebut, mereka boleh

menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada

setiap tahun. SPMU menawarkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa

Melayu, Sejarah

dan Matematik. Untuk tahun ini, SPMU akan dilaksanakan pada bulan

September.

Selain daripada itu, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM

sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya. Keputusan

peperiksaan ini boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan sahaja

melalui perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM. Calon yang telah

memperoleh sijil SPM kali pertama mulai tahun 2009 layak untuk

memohon perkhidmatan ini. Dengan cara ini, calon masih berpeluang

untuk mendapatkan sijil SPM atau memperbaiki keputusan mereka.

NO SOALAN: 73

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu calon

menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM,

KPM telah melaksanakan Inisiatif Pemartabatan Pendidikan Bahasa

Melayu. Melalui inisiatif tersebut, pelbagai program seperti Program Bijak

Bahasa Melayu, Program Interaktif Bahasa Melayu, Program

Pembelajaran Berasaskan Projek dan Program Kecemerlangan Bahasa

Melayu SPM dijalankan.

Khusus bagi membantu calon menguasai mata pelajaran Sejarah

dalam peperiksaan SPM, KPM memastikan kualiti pedagogi dan

pengetahuan guru mata pelajaran Sejarah sentiasa dipertingkatkan

melalui pembangunan profesionalisme yang berterusan. Di samping itu,

KPM juga menyediakan pelbagai bahan sokongan dalam bentuk

bercetak dan digital. Bahan yang boleh diakses melalui pelantar DELIMa

dan repositori SumberKU adalah termasuk:

i. nota komprehensif bagi setiap bab yang merangkumi

ringkasan bab, nota penuh, latihan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) berbentuk esei pendek, latihan objektif dan

latihan struktur;

ii. latihan pengukuhan bagi setiap bab yang lebih komprehensif

merangkumi ringkasan bab, latihan KBAT (Esei Pendek),

latihan objektif dan latihan struktur;

iii. Modul Latihan Objektif Berpandu untuk mata pelajaran

Sejarah bagi setiap bab Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 berserta

skema jawapan; dan

iv. Modul Lonjakan SPM Sejarah merangkumi set soalan

berformatkan SPM berserta skema jawapan.

NO SOALAN: 73

Selain itu, KPM turut melaksanakan pelbagai usaha bagi

meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu dan Sejarah seperti berikut:

i. melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi murid dan

calon

SPM 2022 yang berprestasi rendah dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu dan Sejarah;

ii. membimbing guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Sejarah daripada sekolah menengah terpilih dengan

kerjasama School Improvement Special Coach bagi

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP);

iii. memperkasa peranan Ketua Panitia di sekolah menengah

terpilih yang memerlukan intervensi;

iv. memperkasa peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di

sekolah terpilih yang memerlukan intervensi bagi mengenal

pasti murid yang memerlukan pendekatan pemulihan dan

pengukuhan; dan

v. melaksanakan intervensi berfokus kepada murid berprestasi

rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah

bagi menarik minat mereka terhadap kedua-dua mata

pelajaran tersebut.

KPM akan terus mengukuhkan usaha dalam melaksanakan

intervensi khusus bagi meningkatkan minat dan pemahaman murid dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Razali bin Idris minta Perdana Menteri menyatakan apakah

langkah Kerajaan dalam usaha membanteras jenayah menghina agama

Islam yang semakin berleluasa sehingga menjadi bahan jenaka.

NO SOALAN: 74

JAWAPAN

YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam di

peringkat pusat sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa

agama negeri-negeri bagi membendung sebarang bentuk

penghinaan terhadap agama Islam yang berlaku di dalam negara ini.

Beberapa kes yang melibatkan penghinaan agama Islam berlaku di

media sosial sehingga mendapat liputan meluas kebelakangan ini.

Sehubungan itu, Pihak Penguat kuasa Agama di Jabatan Agama

Islam Negeri (JAIN) telah meningkatkan usaha membendung

kegiatan menghina agama Islam samada secara fizikal mahupun

yang dimuat naik di media sosial.

2. Dari sudut undang-undang, jika didapati mana-mana pihak yang

melakukan sebarang aktiviti menghina agama Islam boleh diambil

tindakan yang sewajarnya. Sebagaimana yang berkuat kuasa di

Wilayah Persekutuan, di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah

Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-

Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam

Dan Institusinya:

NO SOALAN: 74

“Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan

gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain:-

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam

dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau

upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-

mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah

Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam.

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”

3. Di samping itu, pendekatan lain yang telah, sedang dan akan

dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menangani isu penghinaan

terhadap agama Islam ialah:

(i) Bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan

Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam aspek pemantauan

dan tindakan di bawah peruntukan undang – undang

kesalahan jenayah syariah.

(ii) Memperkukuh kerjasama dengan pihak Polis Di Raja Malaysia

(PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

bagi membanteras kegiatan menghina agama Islam.

NO SOALAN: 74

(iii) Meluaskan hebahan melalui media sosial, media cetak dan

media elektronik yang bertujuan mendidik masyarakat tentang

nilai-nilai murni serta saling hormat menghormati dalam

kepelbagaian kaum dan agama.

(iv) Menjalankan kajian pantas dan berkongsi maklumat dengan

rakan-rakan strategik yang lain seperti agensi penguatkuasaan

di peringkat persekutuan dan pihak berkuasa agama negeri

bagi tujuan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang yang

berkuatkuasa.

(v) Melaksanakan secara konsisten kelas Pengajian Takmir di

masjid dan surau termasuk di Institusi-Institusi di bawah

Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di seluruh

negara melalui guna sama guru takmir seramai 5,000 orang.

Kerajaan juga dengan kerjasama Majlis Agama Islam / Jabatan

Agama Islam Negeri-Negeri telah melaksanakan beberapa

program pemantapan dan pengukuhan Aqidah Ahlus Sunnah

Wal Jamaah seperti Persidangan Ulama Asia Tenggara,

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri, Program

Perkaderan Fuqaha Guru Takmir, Program Pemukiman

Pengurusan Takmir dan sebagainya bagi memberi kesedaran

kepada masyarakat kepentingan memelihara kesucian agama

Islam serta memastikan kefahaman Islam yang sebenar dapat

disebar luaskan sehingga ke akar umbi.

NO SOALAN: 74

(vi) Memberi khidmat nasihat agama dan melaksana istitabah

kepada mereka yang terlibat bagi membantu mengembalikan

kefahaman dan akidah yang selari dengan ajaran agama Islam

yang sebenar.

(vii) Memperbanyakkan program-program berbentuk keharmonian

agama dan kaum sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia

Keluarga Sejahtera.

(viii) Mewujudkan kerjasama erat dengan Pertubuhan Bukan

Kerajaan (NGO) untuk menyebarluaskan maklumat dan

kefahaman tentang kepentingan memelihara keharmonian

agama dan kaum di Malaysia.

(ix) Menyemarakkan peranan masjid – masjid utama yang turut

berfungsi memberi penjelasan kepada para pengunjung

tentang keindahan dan kesucian Islam.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Puan Fadhlina binti Dato' Sidek minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan pendirian Kerajaan terhadap regulasi dan kawalan dalam

penggunaan Cannabidiol (CBD) untuk rawatan perubatan di negara ini.

NO SOALAN: 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menghalang

penggunaan keluaran (ubat) mengandungi ekstrak kanabis seperti

cannabidiol untuk rawatan perubatan di negara ini sekiranya terdapat

bukti saintifik yang mencukupi untuk penggunaannya bagi rawatan

penyakit tertentu.

2. Dalam hal ini, KKM amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang

mempunyai bukti saintifik untuk penggunaan keluaran mengandungi

ekstrak kanabis untuk tujuan perubatan untuk mengemukakan

permohonan pendaftaran keluaran tersebut kepada Pihak Berkuasa

Kawalan Dadah bagi membolehkan ia dipasarkan di Malaysia.

3. Selaras dengan pendirian ini dan keputusan Jemaah Menteri dalam

mesyuaratnya pada 13 April 2022, KKM telah menubuhkan

Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum

Bagi Tujuan Perubatan bagi mengenal pasti potensi penggunaan

kanabis dan ketum untuk tujuan perubatan dan mesyuarat pertama

Jawatankuasa ini telah diadakan pada 25 Julai 2022.

4. Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan

dengan keanggotaannya terdiri daripada semua kementerian dan

agensi berkaitan termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan

Peguam Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertanggungjawab untuk

NO SOALAN: 75

mengkaji serta merangka hala tuju pembangunan industri kanabis

dan ketum bagi tujuan perubatan.

5. Jawatankuasa ini akan mendapatkan pandangan pakar berhubung

penggunaan kanabis dan ketum untuk tujuan perubatan terutamanya

daripada aspek keselamatan. Pada masa ini, pemohon pendaftaran

keluaran yang mengandungi ekstrak kanabis dan ketum dikehendaki

mematuhi syarat sedia ada pendaftaran New Drug Product yang

ditetapkan di bawah Drug Registration Guidance Document (DRGD)

Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN NORAINI BINTI IDRIS

TARIKH : 8 OGOS 2022

Puan Noraini Binti Idris minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan tahap penguatkuasaan Akta Kerja (Pindaan) 2022 terhadap

majikan swasta khususnya yang melibatkan sektor yang menggajikan

pekerja asing dan sejauh manakah pindaan tersebut mampu

merencanakan anjakan baharu dalam aspek kebajikan serta keselamatan

pekerja wanita terutamanya yang bergelar ibu.

NO SOALAN: 76

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Akta Kerja 1955 merupakan akta buruh utama dalam negara

ini. Pindaan Akta Kerja 1955 telah diluluskan di Parlimen pada 29 Mac

2022 telah diwartakan pada 10 Mei 2022 dan akan mula berkuat kuasa

pada 1 September 2022.

Akta Kerja (Pindaan) 2022 menetapkan supaya majikan yang ingin

menggaji pekerja asing hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua

Pengarah Tenaga Kerja terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat

permohonan pekerja asing. Ini adalah bagi memastikan pematuhan

undang-undang perburuhan di pihak majikan dan hanya majikan yang

layak diberi kelulusan untuk menggaji pekerja asing.

Penguatkuasaan Akta Kerja (Pindaan) 2022 ini akan dilaksanakan

oleh Jabatan-jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara bagi memastikan

pematuhan majikan terhadap Akta ini termasuk majikan yang

menggajikan pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Manusia amat prihatin terhadap keselamatan

dan kebajikan semua pekerja di dalam negara ini termasuk pekerja

wanita. Antaranya :

NO SOALAN: 76

Pindaan bagi meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada

98 hari adalah selari dengan ILO Maternity Protection Convention 2000

(No. 183) dan larangan sebarang bentuk diskriminasi dalam pekerjaan.

Akta Kerja (Pindaan) 2022 juga memperuntukkan peruntukan

baharu bagi membolehkan pekerja memohon aturan kerja fleksibel sama

ada dari segi waktu bekerja; hari bekerja atau tempat kerja bagi jenis

pekerjaan yang sesuai; serta mewajibkan majikan mempamer notis

larangan gangguan seksual. Selain itu, Akta ini juga memansuhkan

peruntukan-peruntukan sekatan pekerja wanita dalam pekerjaan di

bawah keadaan-keadaan tertentu.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI

MUSA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Seri Hajah Zurainah Binti Musa minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan penjelasan mengenai penggunaan peguam

Kerajaan untuk menguruskan kes saman sivil peribadi seorang guru dan

bekas guru besar terhadap pelajar Ain Husniza Saiful Nizam dan

bapanya. Walaupun ia telah ditarik balik, mengapa Kementerian terlibat

dalam kes peribadi.

NO SOALAN: 77

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, seorang guru telah

memulakan tuntutan sivil iaitu saman fitnah terhadap Nurain Husniza binti

Saiful Nizam serta bapanya dengan menggunakan khidmat peguam yang

dilantik oleh guru tersebut. Nurain Husniza binti Saiful Nizam serta

bapanya mengemukakan pembelaan bagi saman fitnah dan tuntutan

balas yang menuntut ganti rugi daripada guru tersebut selaku Defendan

Pertama, Sarimah binti Mohammed Nor selaku Pengetua sekolah

sebagai Defendan Kedua, Hajah Anismah binti M.Noh selaku Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebagai Defendan Ketiga, YB Datuk

Dr. Mohd Radzi Md Jidin sebagai Defendan Keempat dan Kerajaan

Malaysia sebagai Defendan Kelima. Defendan Kedua hingga Kelima

dinyatakan sebagai majikan kepada Defendan Pertama dan

bertanggungjawab secara vikarius (vicarious liability) dalam kapasiti

peribadi dan rasmi terhadap Defendan Pertama.

Perenggan 24(2)(b) Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] jelas

memperuntukkan bahawa apabila penjawat awam disaman kerana

menjalankan tugas rasmi, yang mana dalam kes ini Defendan Pertama

adalah seorang guru yang mengajar dalam kelas di mana Nurain Husniza

binti Saiful Nizam merupakan murid dalam kelas tersebut, Defendan

Pertama boleh diwakili oleh pegawai undang-undang (legal officer) dalam

prosiding sivil. Seterusnya, subseksyen 2(2) Akta 359 telah mentafsirkan

“pegawai undang-undang” termasuklah Peguam Persekutuan. Maka

dalam kes ini, kehadiran Peguam Persekutuan untuk mewakili guru

tersebut adalah teratur sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta 359

NO SOALAN: 77

kerana beliau disaman ketika menjalankan tugas rasmi.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 ( ISNIN )

DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah hasil daripada "war

room" yang diwujudkan khususnya bagi isu berkaitan perumahan seperti

projek sakit dan kelewatan pemaju menyiapkan projek.

NO SOALAN: 78

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat War Room

Pemantauan Pemajuan Projek Perumahan Swasta diadakan oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi

menyelesaikan sebarang isu kelewatan projek perumahan. Mesyuarat ini

berperanan sebagai satu platform untuk melaporkan status projek

perumahan swasta sakit dan terbengkalai serta mencadangkan langkah-

langkah pemulihan bagi projek berkenaan. Selain itu, penubuhan war

room adalah untuk membincangkan permasalahan, mengenal pasti

kaedah penyelesaian, penyelarasan pelaksanaan dan pelan tindakan

kepada isu-isu berkaitan pemajuan perumahan swasta.

Antara hasil pelaksanaan war room sejak 27 Oktober 2021 adalah

seperti berikut:

i. sebanyak 10 projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia

(PPAM) dan dua (2) projek SPNB yang sakit telah memperolehi

Certificate of Completion and Compliance (CCC) Penuh;

ii. Kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor

Awam (LPPSA) telah memperkenalkan Skim Bantuan Khas iaitu

penangguhan bayaran balik ansuran bulanan selama enam (6)

bulan kepada peminjam LPPSA yang layak. Permohonan untuk

mendapatkan Skim Bantuan Khas ini dibuka sehingga

31 Disember 2022 dan boleh dimohon melalui portal LPPSA;

dan

NO SOALAN: 78

iii. pengurusan PR1MA telah mengambil inisiatif dengan memberi

bayaran pendahuluan kadar ganti rugi ditetapkan (Liquidated

Ascertained Damages, LAD) kepada pembeli bagi projek yang

gagal disiapkan dalam tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB).

Selain itu, antara tindakan lain yang telah diambil oleh KPKT bagi

membantu memulihkan projek sakit ini adalah seperti:

i. membuat pemeriksaan dan lawatan tapak secara berkala;

ii. mengadakan mesyuarat bersama pemaju dengan lebih kerap;

dan

iii. mengarahkan pemaju untuk mengemukakan laporan kemajuan

pada setiap bulan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tindakan

penguatkuasaan turut diambil oleh KPKT ke atas pemaju perumahan

swasta berlesen yang terlibat dengan projek sakit seperti berikut:

i. mengenakan tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas

pemaju-pemaju yang tidak mematuhi peruntukan dan peraturan

yang terkandung di dalam Akta 118;

ii. sekiranya projek sakit tidak dapat disiapkan seperti yang

dijanjikan, projek tersebut disyorkan sebagai projek

terbengkalai;

NO SOALAN: 78

iii. menyenarai hitam pemaju-pemaju yang menyebabkan projek

perumahan terbengkalai, yang terlibat dengan projek sakit,

yang gagal membayar kompaun dan yang “ingkar award”

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Apabila disenarai hitam,

pemaju dan ahli lembaga pengarah syarikat terbabit tidak boleh

memohon Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan

Jualan; dan

iv. membuat paparan di laman sesawang KPKT di bawah projek

sakit untuk rujukan pembeli dan stakeholders yang lain.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan jumlah statistik pelajar keciciran berdasarkan pecahan kaum

di Malaysia dan apakah usaha Kementerian dalam mengenal pasti

mereka lebih awal serta menyerapkan mereka dalam pendidikan alternatif

lain seperti kemahiran / TVET untuk mengurangkan kadar keciciran di

kalangan pelajar yang kurang minat dalam pendidikan berbentuk

akademik.

NO SOALAN: 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada definisi

keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem

pendidikan tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh

persekolahan.

Berdasarkan rekod KPM, kadar keciciran murid Bumiputera di

peringkat sekolah rendah KPM pada tahun 2018 adalah 0.64 peratus

berbanding tiada keciciran pada tahun 2021. Manakala bagi murid bukan

Bumiputera pula, peratus keciciran di sekolah KPM telah meningkat

daripada sifar peratus pada tahun 2018 kepada 0.09 peratus pada tahun

2021. Keciciran peringkat sekolah menengah KPM pula menunjukkan

trend menurun untuk Bumiputera dan bukan Bumiputera pada tahun 2021

berbanding 2018. Pada tahun 2018 murid cicir Bumiputera adalah 2.18

peratus menurun kepada 0.03 peratus pada tahun 2021. Sementara

murid cicir bukan Bumiputera adalah 0.53 peratus pada tahun 2018

menurun kepada 0.37 peratus pada tahun 2021.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pelbagai langkah

membendung keciciran telah dijalankan oleh KPM antaranya

menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah

(GPMBC). GPMBC ini telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2018 dengan

objektif membantu pihak sekolah mengenal pasti murid berisiko cicir serta

mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik. GPMBC

ini juga bertujuan memastikan pemantauan murid khususnya murid

berisiko cicir dapat dilaksanakan oleh pihak jabatan pendidikan negeri

NO SOALAN: 79

(JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan

agar murid kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan 5.

KPM turut menyediakan modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI)

sebagai panduan untuk melaksanakan intervensi dalam menangani

keciciran murid. Melalui modul ini, aktiviti sokongan yang sistematik dapat

dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan murid kekal bersekolah

sehingga tamat persekolahan.

KPM telah menyediakan Dashboard Murid Berisiko Cicir KPM

sebagai langkah pencegahan murid agar tidak tercicir daripada sistem

pendidikan. Dashboard ini juga boleh memantau murid yang berisiko cicir

di seluruh negara termasuk sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan

kerajaan. Selain itu, KPM mengadakan intervensi berfokus melalui

kerjasama dengan pelbagai pihak, agensi dan komuniti setempat bagi

membantu murid yang tercicir meneruskan persekolahan sehingga tamat

Tingkatan 5 di semua PPD sejak tahun 2019. Objektif program intervensi

ini adalah membantu murid cicir untuk kembali bersekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, KPM telah

melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) bagi tujuan

menjadikan pendidikan vokasional sebagai salah satu pilihan bidang

pengajian selain daripada aliran perdana bermula tahun 2012. TPV telah

mengubah landskap pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET)

dalam menghasilkan graduan TVET KPM yang berkualiti serta

mempunyai kebolehpasaran (marketability), kebolehkerjaan (workability)

dan kebolehgajian (employability) yang tinggi untuk memenuhi keperluan

revolusi perindustrian.

Antara program yang disediakan adalah program Diploma

NO SOALAN: 79

Vokasional Malaysia (DVM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) dan sijil profesional yang dilaksanakan di

kolej vokasional KPM. Selain daripada itu, TVET KPM juga dilaksanakan

di sekolah menengah harian (SMK) melalui Program Pendidikan

Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan Perantisan Industri Menengah

Atas (PIMA).

Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penerimaan

masyarakat berhubung TVET, KPM melaksanakan aktiviti jerayawara dan

hebahan di seluruh negara, menggiatkan program kesedaran dan

jangkauan serta kempen bersama pelbagai pihak untuk mempromosikan

TVET sebagai pilihan utama. Antara langkah yang telah dilaksanakan

adalah seperti berikut:

i. mempromosi kejayaan lepasan TVET KPM dalam bidang

pekerjaan atau menjadi usahawan berpendapatan tinggi

melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook,

Instagram, twitter danYouTube serta media cetak dan

elektronik;

ii. menguar-uarkan laluan artikulasi pengajian murid lepasan

Diploma Vokasional Malaysia ke peringkat Ijazah Sarjana

Muda Teknologi yang dilaksanakan oleh Malaysian Technical

University Network (MTUN) dan lain-lain institusi pengajian

tinggi;

iii. menyediakan program pengajian yang menepati keperluan

industri melalui pelaksanaan industry-led curriculum yang

mana murid juga memperoleh pengalaman industri melalui

pelaksanaan

On-The-Job Training (OJT) dan program perantisan dalam

NO SOALAN: 79

tempoh pengajian;

iv. menggalakkan tenaga pengajar dan murid TVET KPM

berdaftar dengan Malaysian Board of Technologists (MBOT)

bagi menaik taraf mereka sebagai juruteknik bertauliah dalam

bidang masing-masing;

v. mempromosikan kemenangan dan kejayaan murid TVET KPM

dalam pertandingan kemahiran dan inovasi peringkat

kebangsaan dan antarabangsa;

vi. meningkatkan kerjasama strategik antara KPM dan industri,

institusi pendidikan serta badan profesional berfokuskan

kepada pemindahan teknologi, kepakaran dan latihan

kemahiran. Kerjasama strategik ini dimeterai melalui Note of

Understanding (NoU) dan Memorandum of Understanding

(MoU). Antara pihak yang terlibat ialah Association of

Chartered Certified Accountants (ACCA), Universiti Kuala

Lumpur (UniKL), Johor Petroleum Rapid Development (JPDC),

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysia Digital

Economy Corporation (MDEC), McDonald’s dan Shell Berhad;

dan

vii. melaksanakan kerjasama dengan industri secara berfokus bagi

meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET KPM serta

mempromosikan bidang industri kepada masyarakat.

NO SOALAN: 79

KPM yakin usaha yang dilaksanakan ini dapat memberi peluang

murid yang tidak cenderung dalam bidang akademik mengikuti bidang

TVET seterusnya mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan murid.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG minta PERDANA MENTERI

menyatakan sejauh mana sektor-sektor ekonomi negara terjejas

berikutan Kerajaan Indonesia telah menghentikan sementara semua

proses berkaitan pengambilan pekerja dari negaranya di semua sektor

bermula hari ini.

NO SOALAN: 80

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ekonomi

Malaysia telah berkembang sebanyak 3.1% pada tahun

2021 berbanding dengan penguncupan sebanyak -5.5%

pada tahun 2020. Meskipun berhadapan dengan

persekitaran ekonomi dan perdagangan global yang

mencabar terutamanya disebabkan oleh pandemik

COVID-19 dan konflik Rusia-Ukraine, keluaran dalam

negeri kasar (KDNK) Malaysia masih mencatatkan

pertumbuhan 5.0% pada suku pertama tahun 2022.

2. Pada tahun 2021, terdapat seramai 15.1 juta penduduk

bekerja di Malaysia. Komposisi penduduk bekerja bukan

warganegara berkurangan kepada 12.7% berbanding

dengan 14.8% pada tahun 2019, iaitu sebelum

pandemik COVID-19. Majoriti pekerja bukan

warganegara ini bekerja di tiga sektor ekonomi, iaitu

sektor pertanian, pembinaan dan pembuatan. Walau

bagaimanapun, sumbangan pekerja bukan warganegara

mengikut sektor ini turut berkurangan berbanding

sebelum pandemik berlaku, terutamanya dalam sektor

pertanian.

NO SOALAN: 80

Tuan Yang Dipertua

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu kekurangan

pekerja, terutamanya pekerja asing telah dibangkitkan

oleh beberapa pemain industri seperti dalam sektor

pertanian, pembinaan dan pembuatan. Pelbagai langkah

telah diambil oleh Kerajaan untuk memastikan

kemasukan pekerja asing ini berdasarkan keperluan

industri tersebut. Kemasukan pekerja asing telah

meningkat daripada 818 orang pada bulan Januari 2022

kepada 10,399 pada bulan Julai 2022.

4. Langkah Kerajaan Indonesia yang menghentikan

sementara semua proses berkaitan penghantaran

pekerja Indonesia di semua sektor ekonomi telah

memberi kesan kepada ekonomi. Walaupun Indonesia

merupakan penyumbang terbesar dari segi bilangan

pekerja bukan warganegara, namun Malaysia turut

mengambil tenaga kerja di negara lain seperti

Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Mesyuarat Kumpulan

Kerja Bersama antara Malaysia dan Indonesia pada 28

Julai 2022 telah bersetuju untuk Indonesia menarik balik

langkah pembekuan kemasukan pekerjanya ke Malaysia

mulai 1 Ogos 2022. Perkembangan ini dijangka akan

mempercepatkan lagi kemasukan pekerja asing ke

Malaysia dan menyokong usaha pemulihan ekonomi

negara.

NO SOALAN: 80

Tuan Yang Dipertua

5. Dalam jangka masa panjang, seperti yang digariskan di

bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025

(RMKe-12), penekanan Kerajaan adalah untuk

mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja

berkemahiran rendah pada masa hadapan, terutamanya

pekerja asing. Selain itu, tumpuan juga diberikan untuk

mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi serta

pendigitalan. Ini bagi memanfaatkan penerimagunaan

teknologi termaju dalam semua sektor ekonomi bagi

mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau 4IR.

Usaha ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan

kepada pekerja asing yang berkemahiran rendah dan

meningkatkan permintaan terhadap kumpulan tenaga

kerja berkemahiran tinggi bagi mewujudkan peluang

pekerjaan berpendapatan tinggi kepada pekerja

tempatan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK

INSOL

TARIKH : 8 OGOS 2022 ( ISNIN )

PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK INSOL minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan inisiatif-

inisiatif yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan

komuniti dalam membangunkan bandar mampan.

NO SOALAN: 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa komited dalam melaksanakan

program-program komuniti yang bermatlamat untuk mendaya upaya

komuniti bandar ke arah membangunkan bandar yang mampan. Selaras

dengan salah satu teras Pelan Strategik KPKT iaitu membangunkan

komuniti yang berdaya saing, progresif dan inklusif, KPKT melaksanakan

pelbagai program komuniti di seluruh negara dari semasa ke semasa.

Perkara ini dizahirkan melalui inisiatif utama yang dijalankan oleh

pihak kementerian iaitu pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA21)

secara tahunan. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk

menggalakkan serta memberi dorongan kepada komuniti setempat

supaya lebih kreatif, bertanggungjawab, bersatu padu dan sentiasa

mengutamakan konsep bekerjasama dalam menjaga kawasan

persekitaran komuniti setempat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan program LA21

adalah merupakan kolaborasi antara pihak kementerian bersama Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Bukan Kerajaan serta pihak swasta.

Program ini juga memfokuskan kepada kemampanan bandar serta tahap

daya huni atau Liveable Malaysia menerusi penambahbaikan dan

peningkatan aspek sosial, ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar.

Setiap program yang dilaksanakan di bawah LA21 perlu menepati kluster

di bawah Dasar Komuniti Negara dan juga mencapai matlamat

Sustainable Development Goals (SDGs).

NO SOALAN: 81

Sehingga bulan Julai 2022, 67 program LA21 telah diluluskan

dengan jumlah kos program sebanyak RM832,449.00. Antara Program

LA21 yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

a. Program Penambahbaikan Projek Pertanian Bandar "Kebun

Komuniti";

b. Program Urban Farming Berkonsepkan Sistem Hidroponik; dan

c. Program Kebersihan, Alam Sekitar & Kesihatan yang bertemakan

"Bersih, Hijau, Mampan Tanggungjawab Bersama".

Selain itu, KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi

meningkatkan kesedaran awam dan menggalakkan penglibatan komuniti

dalam membangunkan bandar mampan. Antara program-program yang

dilaksanakan adalah:

a. Program Trash to Cash;

b. Modul Latihan Kelab Kitar Semula;

c. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat

Kebangsaan (PerKISS);

d. Waste to Art Competition;

e. Program Kitar Semula Sisa Fabrik;

f. Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran;

g. Kempen Pembitaraan Amalan 3R dan Budaya Kebersihan di

Pejabat Kerajaan dan Swasta; dan

h. Komuniti Sifar Sisa (KOSIS).

NO SOALAN: 81

Inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan ini akan diteruskan bagi

menggalakkan penyertaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat

terhadap gaya hidup yang lestari melalui pembudayaan amalan 3R dan

budaya kebersihan. Kerjasama antara SWCorp dan agensi lain akan

dipergiat dalam memastikan kemampanan alam sekitar yang terjamin

untuk generasi yang akan datang

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN menyatakan langkah-langkah yang berjaya dilaksanakan

dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan bahan makanan

asas kepada sumber import dan apakah sektor-sektor pertanian bernilai

tinggi yang akan diberi tumpuan khusus melalui Dasar Agromakanan

Negara.

NO SOALAN: 82

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2021, import

makanan mencatat nilai RM63.6 bilion berbanding RM55.4 bilion pada

tahun 2020 terutamanya bagi memastikan bekalan makanan domestik

kekal terjamin berikutan pandemik COVID-19. Antara bahan makanan

yang menyumbang kepada nilai import yang tinggi termasuk bijirin dan

sediaan bijirin; kopi, koko, teh, rempah dan keluaran; keluaran dan

sediaan makanan lain; daging; hasil tenusu; makanan ternakan; sayur-

sayuran dan buah-buahan. Perangkaan ini juga meliputi import beras

serta sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim sederhana (temperate)

dari luar negara yang tidak ekonomik untuk diusahakan secara tempatan.

Kerajaan mengambil perhatian yang serius terhadap isu

kebergantungan terhadap import makanan yang semakin meningkat

setiap tahun. Dalam hal ini, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara

2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan

Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN), langkah proaktif telah

diambil untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan bagi

mengimbangi dagangan dan meningkatkan tahap sekuriti makanan

adalah seperti berikut:

i. meningkatkan pengeluaran beras negara dengan pendekatan

Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang

menyasarkan peningkatan purata hasil per hektar daripada 3.5 tan

metrik kepada 7.0 tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia

Kedua Belas (RMKe-12);

NO SOALAN: 82

ii. memperkukuh dan menambah baik infrastruktur, kemudahan dan

fasiliti di kawasan pengeluaran makanan seperti jelapang padi,

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan kompleks/ jeti

perikanan;

iii. menyokong pemodenan dan pertanian pintar melalui kemudahan

pembiayaan di bawah Program Modenisasi Rantaian Nilai

Agromakanan berjumlah RM60 juta;

iv. mempergiat aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan

dan inovasi (R&D&C&I) untuk menghasilkan baka dan varieti/ benih

berhasil tinggi, rintang penyakit dan berdaya tahan terhadap

perubahan iklim serta teknologi/ input penanaman yang mesra

alam. Antara varieti baharu adalah seperti benih padi MR315 dan

MRQ104 yang mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan

perosak;

v. meningkatkan jumlah bilangan ternakan ruminan terutama bagi

penghasilan daging lembu dan susu segar serta memastikan

kelestarian industri ternakan ayam/itik;

vi. memastikan industri perikanan dan akuakultur diuruskan secara

mampan supaya dapat mengekalkan dan meningkatkan stok ikan

sedia ada;

NO SOALAN: 82

vii. menggalakkan penyertaan golongan belia melalui Program

Agropreneur Muda dan Program Latihan Kemahiran Pertanian

Kebangsaan. Bermula tahun 2016 sehingga kini, seramai 7,571

orang agropreneur muda seluruh negara telah menerima manfaat

geran dan pembiayaan di bawah Program Agropreneur Muda; dan

viii. memperluas aktiviti pertanian bandar dan kebun komuniti di

kawasan-kawasan yang bersesuaian.

Justeru dengan pelaksanaan strategi-strategi ini diyakini dapat

menyumbang kepada pengurangan dalam kebergantungan negara

kepada import makanan. Berdasarkan perangkaan semasa, Tahap Sara

Diri (SSL) bagi kesemua sayur-sayuran juga telah melebihi 100% kecuali

bagi halia, cili dan kobis bulat. Selain itu, antara komoditi bernilai tinggi

(High Value Commodity - HVC) yang telah dikenal pasti mempunyai

potensi dan akan diberi tumpuan khusus melalui DAN 2.0 adalah sarang

burung walit, ikan hiasan, rumpai laut, herba dan rempah, florikultur,

cendawan, guarana, madu kelulut, durian, kelapa dan nanas.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan pelan-pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan

panjang dalam usaha meminimumkan penghijrahan pakar-pakar dalam

bidang-bidang tertentu ke luar negara di samping menggalakkan

graduan-graduan universiti kembali berkhidmat ke tanah air.

NO SOALAN: 83

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Manusia melalui Talent Corporation

Malaysia Berhad (TalentCorp) bertindak sebagai pemudah cara

kepada industri dan sektor swasta dalam usaha menarik, mewujud

dan mendorong tenaga kerja berkemahiran tinggi sama ada di

Malaysia atau di luar negara.

Antara fokus utama TalentCorp adalah untuk menggalakkan

rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi dan juga graduan Malaysia

yang belajar diluar negara untuk pulang ke Malaysia. Pelajar-pelajar

yang sedang menuntut di luar negara dan para profesional di

seberang laut merupakan talent pool yang boleh menyumbang

kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Pelaksanaan program bersama sektor awam dan swasta

dalam mengetengah serta mempromosikan peluang-peluang

tersedia dalam negara khususnya bagi manfaat pelajar Malaysia di

luar negara termasuklah:

i. Pameran Kerjaya Secara Maya

Program pameran kerjaya secara maya bagi pelajar-pelajar

Malaysia yang sedang belajar diluar negara merupakan

antara langkah proaktif TalentCorp bersama sektor swasta

negara dalam mempromosikan peluang-peluang kerjaya yang

tersedia di Malaysia. Program yang dianjurkan oleh

TalentCorp dengan sokongan dan kerjasama Pejabat

NO SOALAN: 83

Kedutaan Malaysia di luar negara dan Malaysian Student

Association Abroad (MSA) ini melibatkan penyertaan GLC

dan syarikat terkemuka negara seperti Petronas, Exxon,

Celcom Axiata, Maybank Berhad, CIMB Bank, Shell Malaysia

dan Khazanah Nasional Berhad. Program pameran kerjaya ini

diadakan pada setiap tahun tertumpu kepada negara-negara

in demand contohnya Korea Selatan, Jepun, Jerman,

Perancis, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Antara program yang diaturkan sempena program pameran

kerjaya ini adalah sesi libat urus bersama syarikat-syarikat

yang terlibat, program kepimpinan dan juga program

kesedaran kerjaya yang mengetengahkan pelbagai diskusi

dengan tajuk yang menarik untuk memberi bimbingan dan

celik akal kepada bakat global muda negara dalam

menguruskan isu peribadi dan kerjaya dalam kehidupan

sehari-harian. Melalui usaha ini, TalentCorp berhasrat untuk

memberi gambaran yang lebih jelas dan meningkatkan

kesedaran para pelajar tentang prospek kerjaya di Malaysia

yang semakin berkembang dan berdaya saing.

ii. STAR

TalentCorp berkolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA) menerajui inisiatif Scholarship Talent Attraction

& Retention (STAR) yang berperanan untuk memudahcara

transisi graduan tajaan Kerajaan yang tidak berpeluang

mendapat penempatan pekerjaan di sektor awam untuk

menyempurnakan ikatan perjanjian biasiswa bersama

syarikat dan pemain industri terkemuka Malaysia. Sebagai

NO SOALAN: 83

usaha mengoptimumkan pulangan pelaburan Kerajaan

(Government’s Return on Investment), pelajar tajaan

Kerajaan ini dilihat sebagai aset negara dan takungan bakat

berkepentingan dalam membantu memacu pertumbuhan

ekonomi negara ke arah yang lebih mampan.

Sehingga Disember 2021, lebih 7,000 graduan JPA kini

berkhidmat bersama syarikat berdaftar STAR dengan

kerjasama lebih 3,000 majikan berdaftar dan terlibat

memantau pelaksanaan inisiatif ini bagi pihak TalentCorp dan

JPA adalah seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS),

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),EY Malaysia,

PwC Malaysia, Public Bank Berhad, CIMB Berhad, GAMUDA

dan banyak lagi.

iii. Summer Break Programme (SBP)

Pelaksanaan program ini melibatkan penglibatan pemain

industri sektor utama negara seperti sektor kewangan &

perakaunan, minyak & gas, dan kejuruteraan. Pelajar

Malaysia yang menuntut di luar negara yang sedang

menikmati cuti penggal semester atau berpeluang menyertai

program ini bagi manfaat pendedahan kepada peluang

kerjaya dan maklumat industri bersama sektor utama negara.

Antara elemen lain yang diserapkan dalam program ini

termasuklah lawatan kerja, bengkel persediaan resumè dan

sesi temuduga bersama industri.

NO SOALAN: 83

iv. MyASEAN Internship Program

Pelaksanaan program MyASEAN Internship diperkenalkan

sebagai langkah bagi mempromosikan ASEAN dan Komuniti

Ekonomi ASEAN (AEC) khususnya kepada generasi muda

Malaysia. Program ini menawarkan peluang kepada graduan

untuk menjalani latihan industri bersama pemain industri

terkemuka Malaysia seperti BDO, Axiata, CIMB, Air Asia,

Maybank, dan Nestle dirangkaian serantau ASEAN.

Pelaksanaan rasmi program MyASEAN Internship telah

berjaya menempatkan lebih 231 pelajar dan graduan ASEAN

untuk menimba pengalaman berharga ini di bandar-bandar

berdaya maju termasuklah Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta

dan Phnom Penh.

Menyedari perkembangan globasisasi di mana perbincangan

brain drain kini telah berevolusi kepada brain circulation, usaha

TalentCorp melibatkan diaspora kini diperluaskan melangkaui usaha

untuk memudahcara kepulangan mereka kepada mengoptimumkan

sumbangan mereka walau di mana mereka berada. Satu struktur

yang strategik sedang dibangunkan di bawah inisiatif Malaysia @

Heart atau MyHeart untuk merealisasikan aspirasi ini. Pembangunan

inisiatif ini adalah berdasarkan kepada hasil dapatan kaji selidik yang

telah dilaksanakan dalam kalangan diaspora Malaysia pada awal

2021 di mana 92 peratus daripada diaspora bersedia untuk

menyumbang kepada negara dalam pelbagai kapasiti, manakala 85

peratus lagi bersedia untuk kembali ke Malaysia.

NO SOALAN: 83

MyHeart ini berperanan sebagai ‘jambatan’ di antara bakat

global Malaysia di luar negara, kementerian, agensi, universiti dan

syarikat-syarikat bereputasi tinggi di Malaysia. Untuk bakat global

Malaysia yang sedang berada di luar negara, mereka berpeluang

untuk mendapatkan maklumat berkenaan industri, pasaran kerjaya,

mengenalpasti peluang pekerjaan yang wujud di Malaysia, dan

menyertai sesi sesi libat urus bersama pemegang taruh yang terlibat.

Manakala bagi pemegang taruh, mereka mempunyai akses langsung

dengan takungan bakat global tempatan. Usaha pemerkasaan

MyHeart ini akan diteruskan lagi dengan pembinaan pangkalan data

diaspora yang lebih strategik, sejajar dengan agenda Rancangan

Malaysia ke-12 yang menyatakan;

“Mekanisme untuk memanfaatkan kepakaran diaspora Malaysia

yang berada di luar negara akan diwujudkan. Returning Expert

Programme (REP) akan ditambah baik supaya rakyat Malaysia

yang sedang dan bercadang untuk bekerja di luar negara serta ingin

kembali bekerja di Malaysia diwajibkan melapor kepada kerajaan.

Pangkalan data menyeluruh yang mengandungi maklumat diaspora

Malaysia akan dibangunkan bagi membolehkan bakat yang tersedia

lebih dimanfaatkan untuk kepentingan negara.”

Usaha bersepadu ini disusuli dengan program jangkau luar dan

libat urus diaspora di negara-negara utama di atas serta lain-lain

negara seperti United Kingdom, Australia, Korea Selatan dan Jepun

adalah usaha berterusan TalentCorp untuk memastikan usaha untuk

menarik atau ‘entice’ akan dilaksanakan secara holistik serta lestari

dan tidak hanya bersifat programme-based atau one-off.

NO SOALAN: 83

Justeru, kolaborasi bersama syarikat swasta dan agensi

Kerajaan merupakan elemen terbaik dalam usaha mempromosikan

peluang tersedia dalam negara kepada golongan pelajar Malaysia di

luar negara. Usaha secara berterusan ini bakal memanfaatkan

Malaysia menarik modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan

oleh sektor ekonomi utama tempatan menjelang tahun 2030.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PENGAJIAN

TINGGI menyatakan sejauh manakah pendekatan meritokrasi ditekankan

dalam pengambilan pelajar ke universiti awam (prosedur, penelitian dan

kaedah yang digunakan).

NO SOALAN: 84

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dasar pengambilan pelajar yang dilaksanakan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi

dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah

kokurikulum. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan

markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup

dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam

(ILKA). Kejayaan calon mendapat tempat turut bergantung kepada

kedudukan merit serta memenuhi syarat am dan syarat khas yang

ditetapkan.

Prinsip meritokrasi ini telah dilaksanakan dalam keseluruhan proses

pengambilan pelajar melibatkan permohonan, pemprosesan, pemilihan,

hebahan dan rayuan. Dalam melaksanakan meritokrasi, dasar dan

kriteria pemilihan yang ditetapkan adalah seperti berikut;

i. Pencapaian akademik dalam peperiksaan.

ii. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.

iii. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program

pengajian yang dipohon.

iv. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengiraan markah

akademik.

v. Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas seperti yang

ditetapkan oleh IPTA dan ILKA.

NO SOALAN: 84

vi. Lulus temu duga dan/atau ujian bagi yang menetapkan syarat

berkenaan.

vii. Program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan.

viii. Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan ILKA.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan status dan pendekatan yang diambil untuk

mempercepatkan penambahbaikan ketersambungan terutamanya di

kawasan luar bandar contohnya di Sarawak. Penggunaan satelit amat

praktikal untuk menjamin ketersambungan dalam masa terdekat.

NO SOALAN: 85

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Usaha penambahbaikan rangkaian di kawasan luar bandar

termasuklah penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi satelit akan

diteruskan untuk memberikan liputan dan kualiti pengalaman yang lebih

baik kepada pengguna.

Bagi meningkatkan kesalinghubungan di Negeri Sarawak, melalui

Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1, pencapaian setakat

suku pertama 2022 adalah seperti berikut:

Inisiatif Tapak Menara Baharu Naik Taraf Stesen

Pemancar

Premis Tersedia

Gentian Optik Jalur Lebar Satelit

Negeri/

Parlimen Siap Pelaksanaan Siap Pelaksanaan Siap Pelaksanaan Siap Pelaksanaan

Sarawak 85 741 2,933 247 78,262 29,914 523 -

*Data setakat suku pertama 2022

Kesemua inisiatif ini masih dalam peringkat pelaksanaan dan

dijangka akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun

2023, manakala sebanyak 523 lokasi di negeri Sarawak telah dipasang

dan siap beroperasi dengan jalur lebar satelit.

Sejak pelaksanaan JENDELA, peratusan liputan 4G di kawasan

berpenduduk di Sarawak telah meningkat kepada 84.24% pada suku

pertama 2022 berbanding 73.67% sebelum pelaksanaan JENDELA.

NO SOALAN: 85

Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Sarawak Multimedia

Authority (SMA) untuk mengenalpasti keperluan dan menyelaraskan

inisiatif jalur lebar di negeri Sarawak bagi menambahbaik liputan dan

kualiti.

Bagi membolehkan ketersediaan dan kebolehcapaian liputan

rangkaian 4G di Malaysia berada pada tahap memberansangkan selain

daripada pembinaan menara-menara telekomunikasi dan satelit.

Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar

menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik yang

merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan

infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah

dan berpenduduk dengan lebih baik.

Pelaksanaan ini akan menjadikan lokasi berhampiran sekolah luar

bandar sebagai hub untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian

optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis

kerajaan berhampiran dan masyarakat sekelilingnya. Secara

keseluruhannya, Fasa 1 bagi projek PoP ini akan melibatkan 630 lokasi

berhampiran sekolah dan Fasa 2 pula akan melibatkan 3,693 lokasi

berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara. Manakala

bagi Sarawak jumlah PoP di bawah kedua-dua fasa adalah sebanyak

741.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan

perancangan jangka pendek dan panjang untuk menyelesaikan isu

pinjaman PTPTN memandangkan tahap gaji graduan yang baru bekerja

adalah rendah dan tidak mampu membayar hutang pinjaman tersebut.

NO SOALAN: 86

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

PTPTN sentiasa prihatin mengenai isu bayaran balik yang dihadapi

oleh peminjam. Di bawah pelaksanaan dasar sedia ada, bayaran balik

oleh peminjam hanya akan bermula selepas 12 bulan peminjam

menamatkan pengajian bagi memberi ruang dan peluang untuk mereka

memperoleh pendapatan yang stabil, sebelum memulakan bayaran balik

pinjaman. Di samping itu, peminjam juga boleh memohon untuk

menstruktur atau menjadual semula bayaran balik pinjaman mengikut

kemampuan serta boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik

pinjaman mereka sehingga tempoh maksimum selama 24 bulan

sekiranya masih gagal mendapatkan pekerjaan.

PTPTN juga sentiasa proaktif dalam memastikan bayaran balik

pinjaman yang berterusan diterima daripada peminjam. Selain daripada

dasar serta pendekatan sedia ada, PTPTN juga telah mengambil

pendekatan awal untuk melaksanakan sesi atau program libat urus

(engagement) dengan peminjam-peminjam tahun akhir di IPTA bagi

memberikan penerangan serta kesedaran mengenai pengurusan

kewangan serta kepentingan untuk membuat bayaran balik pinjaman

pendidikan PTPTN. Selain itu, bagi memudahkan peminjam untuk

membuat bayaran balik dan menyemak penyata pinjaman pada bila-bila

masa dan di mana-mana sahaja, PTPTN telah melancarkan aplikasi

mudah alih (mobile apps) myPTPTN.

NO SOALAN: 86

Dari segi perancangan jangka panjang pula, PTPTN telah

merangka pelan/ strategi kelestarian komprehensif bagi tempoh 5 tahun

melalui Pelan Strategik PTPTN 2021 – 2025 dan RMK-12 yang

memfokuskan kepada objektif untuk melestarikan PTPTN melalui strategi

kewangannya yang teguh demi kelangsungan ekosistem pembiayaan

pengajian tinggi negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah

rakyat Malaysia yang telah menerima dos vaksin pertama, dos vaksin

kedua dan dos penggalak vaksin mengikut negeri-negeri.

NO SOALAN: 87

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sehingga 7 Ogos 2022, seramai 28,077,843 penduduk (86.0% dari

keseluruhan populasi) di Malaysia telah menerima sekurang-

kurangnya satu dos vaksin COVID-19, sementara 27,465,018 orang

(84.1%) lagi telah menerima dos vaksin COVID-19 yang lengkap.

2. Negeri-negeri yang mencatatkan populasi tertinggi menerima vaksin

dos pertama dan dos kedua dari keseluruhan populasi negeri

tersebut adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (181.2%),

Putrajaya (142.0%), Pulau Pinang (90.8%), Negeri Sembilan (90.0%)

dan Johor (86.7%). Sila rujuk Lampiran 1.

3. Bagi liputan dos penggalak pertama, seramai 16,193,346 orang dari

keseluruhan populasi yang disasarkan (“eligible population”) iaitu

23,528,200 orang telah menerima vaksin dos penggalak pertama.

Ianya bersamaan dengan 68.6% dari populasi sasaran.

4. Sehingga 8 Ogos 2022 ini juga, seramai 388,014 populasi berumur

12 tahun ke atas seperti pesakit dalam kategori moderate to severe

immunocompromised dan populasi berumur 50 tahun ke atas yang

sihat serta kategori 18 tahun ke atas yang mempunyai faktor

komorbid telah menerima dos penggalak kedua dengan negeri

Selangor (117,750 penerima) , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(94,485 penerima), Johor (40,461 penerima) dan negeri Sarawak

dengan 31,293 penerima.

Sekian, terima kasih

NO SOALAN: 87

LAMPIRAN 1

Pemberian dos vaksin pertama, dos vaksin kedua dan dos

penggalak mengikut negeri

Negeri Dos 1 Peratus Liputan Dos 1

Dos 2 Peratus Liputan Dos 2

Penggalak 1

Penggalak 2

Johor 3,348,244 88.2% 3,290,539 86.7% 2,139,381 40,461

Kedah 1,695,942 77.3%

1,661,156 75.7% 747,794 7,717

Kelantan 1,252,440 64.9% 1,225,078 63.5% 337,007 2,436

Melaka 794,619 84.7% 779,636 83.1% 545,910 12,217

Negeri Sembilan 1,032,298 91.4% 1,015,611 90.0% 660,710 14,076

Pahang 1,279,385 75.9% 1,252,042 74.3% 629,978 9,659

Perak 2,023,409 80.6% 1,979,357 78.9% 1,166,536 26,562

Perlis 217,059 85.0% 213,400 83.5% 79,497 498

Pulau Pinang 1,633,633 92.1% 1,611,291 90.8% 1,082,276 15,905

Sabah 2,610,351 68.1% 2,521,579 65.8% 931,384 10,909

Sarawak 2,501,995 88.6% 2,421,890 85.7% 1,578,769 31,293

Selangor 5,249,735 80.1% 5,161,955 78.7% 4,070,422 117,750

Terengganu 935,964 73.4% 917,489 71.9% 356,181 2,490

W.P. Kuala Lumpur 3,247,078 185.9% 3,164,133 181.2% 1,734,163 94,485

W.P. Labuan 89,581 89.5% 85,035 85.0% 49,984 420

W.P. Putrajaya 166,110 143.1% 164,827 142.0% 84,354 1,136

Malaysia 28,077,843 86.0% 27,465,018 84.1% 16,194,346 388,014

NO SOALAN: 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK NICOLE WONG SIAW TING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Nicole Wong Siaw Ting minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan apakah langkah strategik Kerajaan dalam meningkatkan gaji

permulaan dan kadar penambahan pendapatan untuk graduan baru dan

belia di Malaysia, memandangkan kos sara hidup yang semakin

menyekat.

NO SOALAN: 88

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dasar gaji minimum kebangsaan digubal untuk menetapkan gaji

lantai (floor wages) atau gaji pokok bagi pekerja kategori terendah dalam

pasaran buruh. Intervensi terhadap pasaran buruh dengan pelaksanaan

dasar gaji minimum adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan

dan kuasa beli rakyat supaya dapat memenuhi keperluan asas diri dan

keluarga mereka.

Kos sara hidup merupakan antara indikator sosioekonomi yang

diambil kira dalam penetapan kadar gaji minimum. Indikator lain yang turut

diambil kira ialah pendapatan garis kemiskinan, penengah gaji

(keupayaan majikan untuk membayar gaji), kadar pengangguran dan

produktiviti buruh. Kerajaan perlu memastikan agar kadar gaji minimum

baharu tidak menjejaskan daya saing negara supaya pasaran buruh

negara mampu berdepan dengan cabaran untuk mencipta pekerjaan

baharu yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji

Negara (MPGN) komited melaksanakan kajian semula perintah gaji

minimum secara konsisten iaitu sekurang-kurangnya sekali setiap dua

tahun selaras dengan peruntukan seksyen 25 Akta MPGN 2011 [Akta

732].

NO SOALAN: 88

Dasar gaji minimum merupakan salah satu daripada instrumen yang

membantu meningkatkan jaminan pendapatan pekerja bagi menangani

kos sara hidup. Dasar ini perlu disokong oleh dasar-dasar lain merentasi

sektor awam dan swasta agar strategi dan pelan tindakan Kerajaan

berkaitan isu kos sara hidup dapat dilaksanakan secara holistik dan

bersepadu.

Manakala, penetapan gaji pekerjaan yang memerlukan kelayakan

pendidikan tertiari pula tertakluk kepada kuasa penawaran dan

permintaan dalam pasaran buruh. Kadar gaji yang setimpal dengan taraf

pendidikan, kemahiran dan pengalaman boleh dirundingkan dengan

pihak majikan melalui kontrak perkhidmatan atau perundingan Perjanjian

kolektif bagi pekerja yang mempunyai kesatuan sekerja. Kadar gaji

perlulah selaras dengan jenis pekerjaan dan bukan semata-mata taraf

kelayakan pekerja tersebut supaya kadar gaji setimpal dengan kemahiran

dan produktiviti pekerja.

Kementerian menggalakkan majikan untuk membayar tambahan gaji

kepada pekerja berdasarkan produktiviti selain bayaran gaji pokok.

Pendekatan seperti melaksanakan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan

Produktiviti (Productivity Linked Wage System [PLWS]) yang

diperkenalkan oleh Kementerian sejak tahun 1996 bukan sahaja mampu

meningkatkan pendapatan pekerja melalui peningkatan produktiviti,

malah akan meningkatkan daya saing syarikat kerana dapat

mengekalkan kos buruh yang kompetitif.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan berapakah kadar mortaliti dan morbiditi akibat pneumonia

dalam kalangan warga emas dan pesakit-pesakit kronik dan adakah

Kerajaan berhasrat untuk memberi suntikan vaksin pneumonia secara

percuma kepada golongan rentan ini.

NO SOALAN: 89

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak

tahun 2017 hingga 2021, bilangan kemasukan pesakit warga emas

ke hospital-hospital di bawah KKM menunjukkan trend menaik dan

menurun. Dalam tempoh ini, bilangan discaj daripada hospital

ialah:

(i) 442,422 orang pada tahun 2017;

(ii) 504,729 orang pada tahun 2018;

(iii) 530,877 orang pada tahun 2019;

(iv) 464,801 orang pada tahun 2020; dan

(v) 489,263 orang pada tahun 2021.

2. Daripada jumlah yang dinyatakan di atas, bilangan pesakit warga

emas yang meninggal dunia (disebabkan pneumonia dan juga

penyakit kronik) berbanding bilangan yang discaj ditunjukkan

dalam jadual berikut:

Tahun

Pesakit Warga Emas (Pneumonia)

Pesakit Warga Emas (Pesakit Kronik)

Bilangan Discaj

Bilangan Kematian

Bilangan Discaj

Bilangan Kematian

2017 36,664 4,898 112,062 9,748

2018 41,168 5,947 133,070 11,674

2019 41,283 6,250 139,954 12,775

2020 29,807 5,364 130,728 12,211

NO SOALAN: 89

2021 34,827 9,937 111,455 12,012

3. Pada masa ini tiada suntikan vaksin pneumonia diberikan secara

percuma kepada golongan rentan dan warga emas. Walau

bagaimanapun, aktiviti survelan akan terus dilaksanakan dan perkara

berhubung pemberian vaksin akan dikaji dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' SHAMSUDDIN BIN HJ. ABD

GHAFFAR

TARIKH : 8 OGOS 2022

Dato' Shamsuddin Bin Hj. Abd Ghaffar minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan:

(a) apakah status terkini kedudukan inflasi di negara ini dan kesannya

terhadap pemulihan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat; dan

(b) apakah langkah-langkah mitigasi yang diambil oleh pihak Kerajaan

bagi menangani kesan buruk inflasi.

NO SOALAN: 90

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Tekanan inflasi pada tahun 2022 merupakan fenomena global

selaras dengan harga minyak mentah Brent yang kekal melebihi

USD100 setong semenjak hujung Mac 2022. Gangguan rantaian

bekalan dunia yang telah menjejaskan bekalan baja dan makanan

ternakan juga telah meningkatkan harga makanan dengan mendadak.

Sebagai sebuah ekonomi yang terbuka, Malaysia tidak terkecuali

daripada tekanan inflasi global. Oleh itu, kenaikan harga barangan

khususnya produk siap dan barangan pengantara yang diimport sukar

untuk dielakkan sepenuhnya sehinggalah tekanan daripada faktor luaran

ini kembali stabil. Namun begitu, Kerajaan sentiasa prihatin terhadap

peningkatan kadar inflasi yang menimbulkan keresahan dalam kalangan

rakyat dan perniagaan serta terus memantau perkembangan ekonomi

global semasa.

Kadar inflasi di Malaysia pada bulan Jun 2022 mencatat 3.4

peratus, didorong oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol

(6.1 peratus), pengangkutan (5.4 peratus) serta restoran dan hotel (5.0

peratus). Pada bulan yang sama, kadar inflasi di beberapa negara maju

dan serantau seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom melebihi 9

peratus, Thailand melebihi 7 peratus, serta Singapura dan Filipina

melebihi 6 peratus.

NO SOALAN: 90

Kadar inflasi Malaysia pada bulan Jun tahun ini yang sederhana

berbanding negara lain adalah berikutan terutamanya oleh langkah

kawalan harga ke atas barangan dan perkhidmatan keperluan asas

terpilih khususnya melalui pemberian subsidi harga bagi bahan api dan

makanan tertentu serta rebat elektrik untuk pengguna domestik.

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai langkah jangka pendek untuk menangani peningkatan

inflasi dalam negara, Kerajaan terus melaksanakan pemberian subsidi

kepenggunaan yang merangkumi petrol, diesel, LPG, minyak masak,

tepung, elektrik, ayam dan telur. Pada tahun ini, subsidi kepenggunaan

diunjur sebanyak 51.4 bilion ringgit. Kerajaan juga terus menyediakan

pelbagai bantuan sosial termasuk bantuan tunai kepada golongan sasar

untuk meringankan beban kos sara hidup mereka. Seperti yang telah

diumumkan dalam Bajet 2022, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

dengan peruntukan berjumlah 8 bilion ringgit dijangka memanfaatkan 8.6

juta penerima. Selain itu, Kerajaan turut mengumumkan bantuan tunai

tambahan berjumlah 630 juta ringgit mulai 27 Jun 2022 untuk membantu

menangani kenaikan harga barangan makanan asas. Jumlah

keseluruhan subsidi dan bantuan sosial tahun 2022 dijangka sebanyak

77.7 bilion ringgit yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam

sejarah.

NO SOALAN: 90

Selain itu, produktiviti pengeluaran juga akan diberi perhatian bagi

memastikan pengeluar mempunyai keupayaan dan daya saing untuk

menghasilkan produk mereka dalam pasaran tempatan sekaligus

membantu menstabilkan penawaran untuk memenuhi permintaan yang

dijangka meningkat susulan pembukaan ekonomi pasca COVID-19.

Namun demikian, dari sudut pengurusan fiskal, pemberian subsidi

yang lebih bersasar perlu dilaksanakan agar perbelanjaan Kerajaan

dilaksanakan secara cekap dan berkesan. Hal ini adalah bagi

memastikan kedudukan kewangan Kerajaan kekal kukuh, seterusnya

dapat menyediakan ruang fiskal yang mencukupi dalam menghadapi

sebarang krisis pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

4 /4

NO SOALAN: 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK BOBBEY BIN SUAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK BOBBEY BIN SUAN minta PERDANA MENTERI menyatakan

bagaimanakah Kerajaan membantu dalam penyelarasan bantuan dan

sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta sukarelawan

semasa bencana dan situasi kritikal negara kerana dilaporkan terlalu

banyak birokrasi dan syarat yang ketat dikenakan

NO SOALAN: 91

JAWAPAN:

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

1. Semasa berlakunya bencana, Kerajaan sentiasa mengalu-alukan

bantuan dan sumbangan semua pihak termasuk badan bukan Kerajaan

(NGO), swasta dan sukarelawan persendirian dalam pengurusan

bencana selaras dengan konsep “Pengurusan Bencana Tanggungjawab

Bersama” dan “Keluarga Malaysia Siaga Bencana”.

2. Selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20:

Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, penyelarasan

bantuan NGO atau sukarelawan dilaksanakan di sesuatu kawasan

bencana melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang

diaktifkan di kawasan belakunya kejadian bencana. Penyelarasan oleh

PKOB ini bertujuan supaya bantuan-bantuan dapat disampaikan secara

menyeluruh dan lebih ramai mangsa menerima bantuan yang diperlukan.

Di samping itu, untuk mengelakkan pembaziran berlaku yang mana

penyumbang memberi barangan yang tidak diperlukan oleh mangsa dan

mangsa yang sama menerima terlalu banyak bantuan.

3. PKOB disarankan supaya melantik Pegawai Bertanggunjawab

untuk bekerjasama dan menyelaras bantuan-bantuan daripada

sukarelawan sama ada dalam fasa sebelum, semasa atau pun pasca

bencana.

NO SOALAN: 91

4. Kawalan pergerakan/bantuan oleh orang awam atau NGO di

kawasan bencana dilaksana berdasarkan penilaian Komander Operasi

Bencana dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana untuk

memastikan keselamatan awam kerana kawasan bencana merupakan

zon merah iaitu zon bahaya yang merupakan kawasan larangan.

5. Sehubungan itu, NGO, sukarelawan dan orang awam dinasihatkan

menghubungi PKOB bagi tujuan penyelarasan bantuan dan sumbangan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. MD. NASIR BIN HASHIM

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah cadangan untuk membenarkan satu RUU bagi

penanaman ganja dan ketum untuk tujuan perubatan.

NO SOALAN: 92

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian

terhadap keperluan untuk menyemak semula dasar kawalan

penanaman kanabis dan ketum untuk tujuan perubatan agar selaras

dengan keperluan dan perkembangan perubatan semasa.

2. Sehubungan itu, KKM telah menubuhkan Jawatankuasa Induk

Pembangunan Industri Kanabis Dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan

selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya

pada 13 April 2022 dan mesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah

diadakan pada 25 Julai 2022.

3. Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan

dengan keanggotaannya terdiri daripada semua kementerian dan

agensi berkaitan termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan

Peguam Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertanggungjawab untuk

mengkaji serta merangka hala tuju pembangunan industri kanabis

dan ketum bagi tujuan perubatan.

NO SOALAN: 92

4. Justeru, keperluan untuk mewujudkan akta baharu atau meminda

Akta sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Racun

1952 bagi membenarkan penanaman kanabis dan ketum untuk

tujuan perubatan adalah bergantung keputusan Jemaah Menteri

terhadap hasil dapatan Jawatankuasa ini dengan mengambil kira

aspek perundangan, keselamatan, sosiobudaya, kesihatan,

ekonomi, hukum syarak.

5. Dalam pada itu, mana-mana pihak yang mempunyai bukti saintifik

untuk penggunaan keluaran (ubat) mengandungi ekstrak kanabis

[contohnya cannabidiol (CBD)] atau ekstrak ketum (mitragynine) bagi

tujuan perubatan, KKM amat mengalu-alukan pihak berkenaan untuk

mengemukakan permohonan pendaftaran keluaran tersebut kepada

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi membolehkan ia dipasarkan di

Malaysia.

6. KKM ingin menekankan bahawa Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta

Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak menghalang

pengimportan, penjualan, pembekalan atau pengilangan keluaran

mengandungi ekstrak kanabis [contohnya cannabidiol (CBD)] atau

ekstrak ketum (mitragynine) untuk tujuan rawatan perubatan selagi

mana aktiviti tersebut dilakukan dengan mematuhi undang-undang.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam

menangani isu jenayah penipuan atas talian dan berapakah jumlah

semasa mangsa yang ditipu pada ketika ini.

NO SOALAN: 93

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Beberapa tindakan proaktif Kementerian dalam mengurangkan jenayah

penipuan dalam talian telah dilaksanakan. Terkini adalah Kempen

Pencegahan Jenayah dengan tema “Kesedaran Jenayah Komersil

Kesedaran Komuniti” dan tagline “Be Alert Stay Smart” yang diisi dengan

pelbagai pengisian yang merangkumi wawancara media, temuramah

akhbar, khutbah jumaat, program tazkirah/ kuliah di rumah ibadat, ‘Meet

And Greet’, ‘High Profile Policing’ dan ceramah. Kempen ini bertujuan

untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat yang menjurus kepada

jenayah penipuan dalam talian ke pelbagai lapisan masyarakat agar lebih

berwaspada ketika berurusan melalui medium atas talian. Kesedaran

komuniti dalam mengatasi penipuan ini adalah amat diperlukan kerana

capaian media sosial adalah sangat meluas.

Jumlah kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2022 sehingga

bulan Jun, adalah sebanyak 10,468 kes. Berdasarkan statistik, jumlah kes

melibatkan Belian Online mencatatkan kes tertinggi berbanding kes-kes

yang lain iaitu sebanyak 4,640 kes.

Sepanjang tempoh yang sama, sebanyak 6,492 tangkapan telah dibuat

dan 5,169 pertuduhan telah pun dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN

ABDUL KHALID

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid minta MENTERI

KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha Kementerian

dalam memastikan talian telefon dan jaringan internet khususnya di Kuala

Kangsar, Perak dapat ditambah baik.

NO SOALAN: 94

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Bagi meningkatkan kesalinghubungan melalui Pelan Jalinan

Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di Parlimen Kuala Kangsar dan negeri

Perak setakat suku pertama 2022 adalah seperti berikut:

Inisiatif Tapak Menara Baharu Naik Taraf Stesen

Pemancar

Premis Tersedia

Gentian Optik Jalur Lebar Satelit

Negeri/

Parlimen Siap Pelaksanaan Siap Pelaksanaan Siap Pelaksanaan Siap Pelaksanaan

Perak 64 128 1,998 184 214,989 96,188 73 -

Kuala

Kangsar 1 3 32 1 2,879 1,642 2 -

*Data setakat suku pertama 2022

Kesemua inisiatif ini masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka

akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2023,

manakala sebanyak 73 lokasi di negeri Perak termasuklah dua (2) di

Kuala Kangsar telah dipasang dan siap beroperasi dengan jalur lebar

satelit.

Sejak pelaksanaan JENDELA, peratusan liputan 4G di kawasan

berpenduduk di Perak telah meningkat kepada 96.79% pada suku

pertama 2022 berbanding 94.71% sebelum pelaksanaan JENDELA.

Manakala, di Parlimen Kuala Kangsar pula, peratusan liputan jalur lebar

4G telah meningkat kepada 93.47% berbanding 82.75% sebelum

pelaksanaan JENDELA. Usaha penambahbaikan rangkaian termasuklah

penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi satelit akan diteruskan

NO SOALAN: 94

untuk memberikan liputan dan kualiti pengalaman yang lebih baik kepada

pengguna.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk John Ambrose minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah

kesan kepada Sabah dan Sarawak dari segi ekonomi dan sosial akibat

pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan apakah rancangan

yang akan dilaksanakan atau peruntukan yang akan disalurkan untuk

Sabah dan Sarawak dimanfaatkan daripada pemindahan tersebut

NO SOALAN: 95

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan mengambil maklum mengenai perancangan Kerajaan

Indonesia untuk membangunkan ibu negara baharu, yang telah

dinamakan sebagai Nusantara di kawasan Kalimantan Timur,

Indonesia. Kerajaan percaya bahawa pembangunan ibu kota baharu

ini dijangka akan mempererat lagi hubungan Malaysia-Indonesia dan

merancakkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, khususnya

negeri Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan,

Indonesia.

2. Bagi merancakkan lagi ekonomi kedua-dua negara, khususnya

negeri Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan,

Indonesia satu lawatan kerja ke Indonesia telah diadakan oleh YB

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan YB Menteri di

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) pada 26

Mac – 1 April 2022. Antara peluang ekonomi dan pelaburan yang

boleh diterokai termasuklah dari segi pembangunan dan pelaburan

infrastruktur, pengembangan perdagangan serta penyediaan

perkhidmatan dan pengetahuan teknikal.

NO SOALAN: 95

3. Dalam aspek mengoptimumkan peluang kerjasama ekonomi antara

kedua-dua negara semasa pembangunan Nusantara, para

pengeksport barangan dan penyedia perkhidmatan serta kepakaran

dari Malaysia khususnya dari Sabah dan Sarawak berpotensi

memperluaskan pasaran mereka di Kalimantan. Pada masa ini,

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri (MITI) mengenal pasti bidang perancangan bandar,

pembinaan, pembangunan infrastruktur, reka bentuk dan seni bina

sebagai potensi bersasar kepada negara. Selain itu, syarikat-syarikat

Malaysia turut berpotensi untuk membekalkan bahan-bahan

pembinaan, jentera, peralatan, produk hijau serta perkhidmatan

logistik. Kegiatan-kegiatan ekonomi ini dijangka akan memberi kesan

secara langsung yang baik serta melalui kesan limpahan kepada

kawasan sekitarnya termasuk Sabah dan Sarawak

4. Bagi memanfaatkan kesan limpahan ekonomi yang bakal berlaku

susulan perpindahan ibu kota baharu Indonesia ini, Kerajaan

berusaha untuk meningkatkan infrastruktur asas dan

ketersambungan jalan di kawasan sempadan. Kerajaan telah

meluluskan pelaksanaan Kajian Pembangunan Ekonomi Sempadan

Sabah di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Kajian ini dilaksanakan dengan matlamat terutamanya untuk

memanfaatkan cross-border value chains antara sempadan Sabah

dan Kalimantan Utara. Di samping itu, kajian ini juga akan mengenal

pasti isu keselamatan di sempadan dan memperkukuh perancangan

pembangunan yang bersesuaian di sepanjang kawasan sempadan

Sabah dan Sarawak. Perancangan pembangunan yang lebih holistik

dan komprehensif juga dijangka dapat dibuat setelah kajian ini siap

sepenuhnya pada tahun 2024.

NO SOALAN: 95

5. Di samping itu, Kerajaan telah membentuk sebuah Pasukan Petugas

Khas (Taskforce) Mengenai Pembangunan Di Kawasan Sempadan

Malaysia dan Indonesia (Sabah-Sarawak-Kalimantan) di bawah

Jawatankuasa Kerja Sosio-Ekonomi (JKSE). Taskforce ini bertujuan

untuk meneliti perkara-perkara berkaitan pembangunan di kawasan

sempadan tersebut. Antara hala tuju Taskforce ini adalah merancang

dan menyelaras penyediaan Pelan Tindakan Pembangunan di

Sempadan Malaysia dan Indonesia (Sabah-Sarawak-Kalimantan)

dan memantau pelaksanaan.

6. Kerajaan yakin bahawa usaha-usaha yang dilaksanakan dalam

mengambil peluang limpahan kesan ekonomi akibat pemindahan ibu

negara Indonesia ke Kalimantan ini akan menyumbang kepada

peningkatan sosioekonomi dan kesejahteraan penduduk di negeri

Sabah dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan perancangan menempatkan semula pekerja-pekerja di

bawah Program Jaminan Kerja selepas tamatnya kontrak. Adakah

mereka akan menjadi penganggur sekiranya kontrak tamat atau

bagaimana Kerajaan memastikan pekerja-pekerja ini mempunyai

pekerjaan bagi jangka panjang.

NO SOALAN: 96

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha menyediakan

penempatan pekerjaan kepada keluarga Malaysia, Kerajaan telah

melancarkan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia. Inisiatif ini terdiri

daripada tiga (3) komponen utama iaitu Insentif Penggajian Jamin Kerja,

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) serta Program

Latihan dan Peningkatan Kemahiran.

Program Insentif Penggajian Jamin Kerja oleh PERKESO

dijalankan bertujuan untuk membantu majikan yang membuat

pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022. Insentif ini bukan

sahaja membantu pencari kerja untuk ditempatkan pekerjaan secara

kontrak malah secara tetap dengan sasaran sebanyak 300 ribu peluang

penempatan pekerjaan. Perancangan efektif bagi jangka masa panjang

turut diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO

kepada mereka yang ditamatkan kontrak dan yang masih bekerja. Antara

perkhidmatan pekerjaan yang disediakan adalah seperti kaunseling

kerjaya, temu duga, program kebolehpasaran pekerjaan dan latihan yang

akan diberikan khusus buat mereka yang ingin meningkatkan kemahiran

dan tingkatkan nilai kemahiran yang sedia ada

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik

PERKESO sehingga 15 Julai 2022, sebanyak 431,544 kekosongan

pekerjaan aktif yang telah diiklankan oleh majikan di Portal

MYFutureJobs. Penawaran kekosongan pekerjaan ini melibatkan

pelbagai jenis sektor, bidang dan jenis pekerjaan. Untuk itu, Kementerian

NO SOALAN: 96

Sumber Manusia melalui PERKESO juga sentiasa mengambil tindakan

proaktif dalam membantu pekerja-pekerja di bawah Program Insentif

Penggajian Jamin Kerja sekiranya mereka ditamatkan kontrak untuk terus

bekerja di dalam bidang dan sektor yang telah diceburi melalui

pemadanan penawaran dan permintaan pekerjaan semasa.

Selanjutnya, MySTEP merupakan inisiatif Kerajaan yang bertujuan

memberi peluang pekerjaan jangka pendek secara kontrak di pelbagai

Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Melalui program MySTEP ini, Kerajaan berharap para peserta dapat

meningkatkan kemahiran dan pengalaman sekaligus meningkatkan

kebolehpasaran mereka dalam mendapatkan pekerjaan tetap.

Seterusnya, program latihan dan peningkatan kemahiran juga turut

dilaksanakan bagi membantu Keluarga Malaysia mendapatkan program

latihan yang berkaitan dalam menjajarkan kemahiran dan pengetahuan

mereka terhadap keperluan industri terutamanya yang mempunyai

permintaan yang tinggi.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif Jamin Kerja Keluarga

Malaysia disamping mengambil kira fasa pemulihan ekonomi, Kerajaan

yakin setiap peserta yang telah mendapat manfaat inisiatif ini mempunyai

peluang yang cerah untuk diserap dan diambil bekerja oleh industri.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah kaedah, perundangan dan regulasi Kementerian

dalam memastikan rawatan persenyawaan In Vitro (IVF) tidak

membebankan para bakal ibu bapa, dari segi kewangan dan kesihatan.

NO SOALAN: 97

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan National

Assisted Reproductive Technology (ART) Policy pada tahun 2021.

Tujuan dokumen tersebut dihasilkan adalah untuk mengawal selia

perkhidmatan rawatan kesuburan di negara ini termasuklah rawatan

persenyawaan In Vitro (IVF). Polisi tersebut merupakan satu langkah

interim untuk mengawal selia perkhidmatan rawatan kesuburan

(ART) sementara satu akta khusus dihasilkan.

2. Pada masa ini, terdapat 4 buah hospital KKM yang menyediakan

perawatan kesuburan termasuk persenyawaan in vitro (IVF) bagi

pesakit-pesakit yang memerlukan. Perancangan sedang dilakukan

untuk menambah bilangan hospital KKM yang menyediakan rawatan

kesuburan. Hospital-hospital KKM yang menyediakan rawatan

tersebut adalah:

(i) Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur;

(ii) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar;

(iii) Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu; dan

(iv) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

NO SOALAN: 97

3. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan penjagaan kesihatan

rakyat Malaysia dengan mengenakan kadar caj perubatan yang

berpatutan. Pada masa ini, kadar Caj Perkhidmatan Assisted

Reproductive Technology (ART) di Fasiliti KKM berjumlah RM4,200

sehingga RM5,500 berbanding caj di fasiliti swasta yang secara

purata berjumlah RM8,000 sehingga RM20,000.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Seruandi bin Saad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan usaha dan perancangan Kementerian

bersama syarikat telekomunikasi bagi mengkaji harga pelan internet yang

tinggi namun kualitinya tidak memuaskan dan seolah-olah menindas

pengguna.

NO SOALAN: 98

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam usaha menyediakan kesalinghubungan yang lebih baik

dengan harga mampu milik, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil beberapa inisiatif

untuk menambahbaik infrastruktur digital melalui Pelan Jalinan Digital

Negara (JENDELA) Fasa 1 serta pada masa yang sama mengambil

langkah-langkah berikut bagi menyediakan ekosistem yang berupaya

mendorong pengurangan kos perkhidmatan rangkaian internet:

i. Menggalakkan perkongsian infrastruktur oleh operator seperti

menggunakan Multi Operator Core Network (MOCN) yang

seterusnya mengurangkan perbelanjaan operasi (OPEX) dan

perbelanjaan modal (CAPEX). Dasar ini menggalakkan

penjimatan kos pembangunan infrastruktur komunikasi yang

mampu menjadi faktor kepada penurunan harga

perkhidmatan mudah alih;

ii. Menguatkuasa instrumen Standard Mandatori Mengenai

Harga Capaian (Mandatory Standard on Access Pricing -

MSAP) yang dikawal selia oleh SKMM sebagai satu langkah

untuk ke arah penawaran harga runcit yang lebih kompetitif.

Kajian semula mengenai instrumen ini sedang dibuat oleh

SKMM dan dijangka selesai pada bulan Disember 2022.

Untuk makluman, MSAP yang telah disemak pada tahun 2017

telah membawa penurunan harga runcit lebih daripada 40%

secara purata untuk perkhidmatan jalur lebar tetap

berkelajuan tinggi; dan

NO SOALAN: 98

iii. Penubuhan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai syarikat

tunggal untuk membangunkan rangkaian 5G di Malaysia

(single wholesale network - SWN) dijangka akan

mengurangkan kos pembangunan infrastruktur untuk rakyat

menikmati perkhidmatan 5G pada harga runcit yang lebih

rendah.

iv. Memperkenalkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu

Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga

Malaysia.

Bagi menangani isu kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan,

terdapat pelbagai instrumen kawal selia yang digunapakai untuk mengkaji

kualiti perkhidmatan iaitu melalui instrumen Standard Mandatori Kualiti

Perkhidmatan untuk khidmat pelanggan, pekhidmatan selular,

perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dan perkhidmatan jalur lebar talian

tetap. SKMM turut mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan

yang gagal mematuhi Standard Mandatori yang telah ditetapkan tersebut.

SKMM juga telah meningkatkan aktiviti audit pengukuran bermula

tahun 2022 bagi semua pemberi perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Setakat 18 Julai, sebanyak tiga (3) Arahan Suruhanjaya telah dikeluarkan

kepada pemberi perkhidmatan (Celcom, Digi dan U Mobile) untuk

menyelesaikan isu kualiti dalam tempoh masa yang ditetapkan. Denda

yang lebih tinggi sehingga RM200,000 boleh dikenakan kepada pemberi

perkhidmatan bagi setiap ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya di

bawah seksyen 109 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

[Akta 588].

NO SOALAN: 98

Bagi memastikan pengguna mempunyai saluran untuk

menyampaikan aduan sekiranya aduan yang telah dibuat kepada

pemberi perkhidmatan masih tidak memuaskan hati, Forum Pengguna

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah ditubuhkan di bawah

Akta 588 sebagai forum untuk melindungi hak pengguna. Melalui Kod

Amalan Am Pengguna Komunikasi dan Multimedia (GCC), CFM akan

menentukan sama ada pemberi perkhidmatan telah mematuhi

peruntukan GCC dalam pelbagai aspek, seperti maklumat penetapan

harga dan bayaran yang akan dikenakan kepada mana-mana pengguna.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LSIAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

TUAN AKNAN EHTOOK Minta PERDANA MENTERI menyatakan

sejauh manakah usaha untuk mengemaskini senarai nama mereka yang

layak untuk mendapat bantuan agar hanya mereka yang benar-benar

layak sahaja yang diberikan bantuan dan apakah kaedah yang digunakan

untuk memastikan tidak ada unsur penyelewengan semasa proses

pengemaskinian itu.

NO SOALAN: 99

JAWAPAN

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR. ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

1. Dalam usaha memastikan tiada golongan miskin yang tercicir

dalam menerima bantuan, orang awam sama ada individu

ataupun kumpulan masyarakat, pemimpin-pemimpin tempatan

(YB-YB Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/

Ketua-Ketua Kampung, Tok Batin), NGO, NGI, agensi Kerajaan

Persekutuan dan Negeri boleh membuat pelaporan mengenai isi

rumah miskin yang berpendapatan isi rumah RM2,208 ke bawah

melalui pejabat daerah ataupun terus ke Pejabat Pembangunan

Negeri (PPN) untuk didaftarkan di dalam pangkalan data

kemiskinan nasional iaitu eKasih. Nama-nama yang telah

disahkan di dalam eKasih akan dikongsikan dengan agensi

pemberi bantuan untuk tindakan lanjut pihak berkenaan.

2. Di samping itu, melalui Arahan No. 1 Tahun 2022, Focus Group

Kesejahteraan Rakyat di Peringkat Negeri dan juga Daerah

(FGN/ FGD) telah diperkasakan dengan peranan bagi

mengesahkan senarai permohonan pendaftaran eKasih. Bagi

mengelakkan berlakunya penyelewengan, FGN/FGD ini turut

bertanggungjawab merancang, menyelaras serta memantau

program/ projek pembasmian kemiskinan di peringkat negeri

dan daerah bagi memastikan program/ bantuan yang disalurkan

sampai kepada kumpulan sasar yang layak tanpa mengira kaum

dan latar belakang.

NO SOALAN: 99

3. FGN dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang

mana ahli-ahlinya terdiri daripada Pengarah-Pengarah Agensi/

Kementerian peringkat negeri. Manakala FGD pula,

dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan ahli-ahlinya terdiri

daripada YB Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri serta

agensi-agensi berkaitan di peringkat daerah dilihat sebagai

platform terbaik di lapangan dalam memastikan kumpulan sasar

yang layak tidak tercicir serta mendapat bantuan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 100

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah langkah awal dan inisiatif yang Kerajaan akan

laksanakan bagi penggunaan Cannabidiol (CBD) di Malaysia serta

apakah usaha bagi memastikan OKU dapat diberi akses penuh bagi

penggunaan CBD bagi tujuan rawatan dan pemulihan.

NO SOALAN: 100

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menghalang

penggunaan keluaran (ubat) mengandungi ekstrak kanabis seperti

cannabidiol untuk rawatan perubatan di negara ini sekiranya terdapat

bukti saintifik yang mencukupi untuk penggunaannya bagi rawatan

penyakit tertentu.

2. Dalam hal ini, KKM amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang

mempunyai bukti saintifik mengenai penggunaan keluaran

mengandungi ekstrak kanabis untuk tujuan perubatan untuk

mengemukakan permohonan pendaftaran keluaran tersebut kepada

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi membolehkan ia dipasarkan di

Malaysia.

3. Selaras dengan pendirian ini dan keputusan Jemaah Menteri dalam

mesyuaratnya pada 13 April 2022, KKM telah mengambil langkah

awal dan inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk

Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan

bagi mengenal pasti potensi penggunaan kanabis untuk tujuan

perubatan dan mesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah diadakan

pada 25 Julai 2022.

NO SOALAN: 100

4. Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan

dengan keanggotaannya terdiri daripada semua kementerian dan

agensi berkaitan termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan

Peguam Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertanggungjawab untuk

mengkaji serta merangka hala tuju pembangunan industri kanabis

dan ketum bagi tujuan perubatan.

5. Jawatankuasa ini akan mendapatkan pandangan pakar berhubung

penggunaan kanabis dan ketum untuk tujuan perubatan terutamanya

daripada aspek keselamatan. Pada masa ini, pemohon pendaftaran

keluaran yang mengandungi ekstrak kanabis dan ketum dikehendaki

mematuhi syarat sedia ada pendaftaran New Drug Product yang

ditetapkan di bawah Drug Registration Guidance Document (DRGD)

Kementerian Kesihatan Malaysia.

6. Sehubungan itu, KKM ingin menekankan bahawa undang-undang

sedia ada iaitu Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan

Akta Jualan Dadah 1952 membenarkan penggunaan keluaran

mengandungi ekstrak kanabis seperti cannabidiol untuk tujuan

rawatan semua pesakit termasuklah OKU di negara ini selagi mana

pengimportan, penjualan, pembekalan atau pengilangan keluaran

tersebut dilakukan dengan mematuhi undang-undang.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD RIDHWAN BIN MOHD ALI

TARIKH : 8 OGOS 2022

Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh pihak

Kementerian dalam menangani isu kemasukan tenaga kerja asing yang

agak lewat sehingga menyebabkan kerugian dalam sektor perladangan

di negara ini.

NO SOALAN: 105

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada 7 April 2021, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan

kemasukan 32 ribu pekerja asing di sektor perladangan secara

pengecualian khas berikutan keperluan mendesak pengusaha ladang

terutamanya sektor kepala sawit. Selaras dengan keputusan Jemaah

Menteri tersebut, pada 11 Oktober 2021, Kementerian Sumber Manusia

(KSM) telah membentangkan Peraturan Tetap Operasi (Standard

Operating Procedure - SOP) dan mengenalpasti Pusat Kuarantin Pekerja

Asing sebagai persediaan bagi pengambilan pekerja asing dari negara

sumber.

Langkah tersebut telah diambil kerana dalam tempoh tersebut,

kebanyakan sempadan negara - negara masih ditutup dalam usaha

mengawal penularan wabak COVID-19. Kebanyakan negara terutama

negara Indonesia tidak membenarkan tenaga kerja untuk keluar negara

untuk bekerja. Bagi sektor perladangan, tenaga kerja asing yang menjadi

pilihan majikan ialah dari negara Indonesia.

KSM telah mengambil langkah untuk memuktamadkan

Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Malaysia dengan

Kerajaan Indonesia berhubung Pengambilan dan Penempatan

Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI). MOU tersebut telah

dimuktamadkan dengan segera kerana Republik Indonesia telah

meletakkan syarat bahawa penghantaran tenaga kerja Indonesia ke

negara ini untuk sektor-sektor pekerjaan selain daripada Pekhidmat

Domestik akan ditangguhkan selagi status MOU PDI tidak diselesaikan.

NO SOALAN: 105

MOU PDI tersebut telah ditandatangani pada 1 April 2022 di antara

YB Menteri Sumber Manusia dengan TYT Menteri Ketenagakerjaan

Republik Indonesia dan disaksikan oleh YAB Perdana Menteri dan TYT

Presiden Indonesia. Sempadan negara juga telah mula dibuka bermula 1

April 2022 selaras peralihan fasa pandemik ke endemik negara. Telah

adanya kemasukan Tenaga Kerja Warga Indonesia (TKI) secara

berperingkat selepas MOU itu dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada 12 Julai 2022, TYT Duta Besar Indonesia telah

mengumumkan penangguhan sementara kemasukan pekerja warga

Indonesia ke Malaysia kerana Malaysia tidak mengikut cara kemasukan

Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) sepertimana yang telah dipersetujui

pada 1 April 2022. Namun begitu, isu ini telah diselesaikan dengan

pengintegrasian sistem Jabatan Imigresen Malaysia dan sistem Kedutaan

Besar Republik Indonesia. Lanjutan itu, Indonesia telah mengumumkan

penarikan balik sekatan sementara kemasukan tenaga kerja warga

Indonesia mulai 1 Ogos 2022.

Adalah dijangkakan bahawa dengan penarikan balik sekatan

kemasukan ini, kemasukan pekerja warga Indonesia ini akan dapat

menampung kekurangan keperluan tenaga di sektor perladangan

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 102

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN

KHIRUDIN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN minta Perdana

Menteri menyatakan peranan Yayasan Keluarga Malaysia dalam

membantu rakyat Malaysia yang sedang bergelut dengan tekanan inflasi

yang semakin meningkat pada hari ini.

NO SOALAN: 102

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR. ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

1. Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) berperanan sebagai sebuah

institusi bukan bersifat keuntungan yang membantu anak-anak

Keluarga Malaysia yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau

kedua-duanya akibat pandemik COVID-19, kemalangan atau lain-lain

bencana seumpamanya dalam memperoleh sokongan terutamanya

daripada aspek kebajikan dan pendidikan sehingga mereka mencapai

usia 18 tahun. Dalam keadaan tertentu, YKM juga memberi bantuan

kebajikan dan pendidikan sehingga ke peringkat pengajian/ kemahiran

tinggi.

2. Dalam hal ini, fokus utama YKM adalah membantu meringankan

beban waris-waris iaitu anak-anak yatim dan yatim piatu yang

kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Ini secara tidak

langsung juga dapat membantu Keluarga Malaysia yang terkesan

dalam menghadapi tekanan akibat inflasi yang semakin meningkat.

3. Setakat 8 Ogos 2022, sebanyak RM336,400.00 telah disalurkan

kepada 282 orang penerima.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 103

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN SR HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMAD

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Sr Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan akan terus membuka

peluang tambahan kepada permintaan untuk mengeluarkan simpanan

KWSP.

NO SOALAN: 103

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sedia maklum,

empat (4) program pengeluaran sementara (khas) daripada simpanan

KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas adalah

pengeluaran pra-persaraan yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini

dan tidak termaktub di dalam Akta KWSP. Ianya dilaksanakan sebagai

langkah jangka masa pendek dan bersifat sementara disebabkan oleh

keadaan dan situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu bagi

membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuhi cabaran dan

impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Secara keseluruhannya, ahli KWSP yang layak di bawah keempat-

empat pengeluaran ini boleh mengeluarkan dana persaraan mereka

sehingga RM81,000, tertakluk kepada jumlah baki simpanan mereka.

Dalam tempoh dua (2) tahun ini, seramai 8.14 juta ahli atau 64 peratus

daripada 12.78 juta ahli yang berumur di bawah 55 tahun telah

memanfaatkan sekurang-kurangnya satu daripada program pengeluaran

ini.

Bagi ahli yang bekerja, mereka juga telah dapat memanfaatkan

program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi

tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022). Secara

keseluruhannya, impak program-program berkaitan COVID-19 ini ke atas

simpanan ahli adalah dianggarkan sebanyak RM155 bilion, iaitu terdiri

daripada RM145 bilion amaun yang dikeluarkan oleh ahli di bawah

NO SOALAN: 103

keempat-empat program pengeluaran dan hampir RM10 bilion impak

daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja.

Secara keseluruhannya, program-program pengeluaran ini

khususnya yang melibatkan pengeluaran daripada Akaun 1 telah

memberikan kesan jangka panjang terhadap kecukupan simpanan

persaraan ahli. Ini dapat dilihat melalui penurunan dalam peratusan ahli

aktif di bawah umur 55 tahun yang mempunyai simpanan di dalam Akaun

1 melebihi Kuantum Simpanan Asas mengikut umur, iaitu menurun

daripada 36 peratus pada Disember 2020 kepada 28 peratus pada Jun

2022.

Secara amnya, sebarang pengeluaran baharu atau tambahan akan

menjejaskan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini

telahpun berada dalam tahap yang membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, sebarang pertimbangan terhadap

cadangan pengeluaran tambahan atau baharu adalah perlu berpandukan

dengan objektif penubuhan dan mandat KWSP serta mengambilkira

keperluan untuk mengimbangkan antara keperluan semasa dan

kepentingan simpanan persaraan.

Isu ketidakcukupan simpanan persaraan akan memberikan impak

jangka panjang ke atas kemampuan fiskal Kerajaan bagi pembiayaan

program-program bantuan warga emas pada masa hadapan

memandangkan Malaysia semakin menghampiri status Negara Tua

menjelang tahun 2030 di mana peratusan rakyat yang berumur 60 tahun

dan ke atas dijangkakan berjumlah 15 peratus daripada keseluruhan

penduduk.

NO SOALAN: 103

Dengan pertambahan jumlah penduduk tua yang hidup semakin

panjang iaitu sehingga 75 ke 80 tahun serta kos kesihatan yang

meningkat memerlukan seseorang individu itu mempunyai simpanan

persaraan yang mencukupi untuk membiayai sara hidup dalam tempoh

sehingga 20 tahun selepas bersara. Sekiranya ahli tidak mempunyai

simpanan yang mencukupi sebagai sumber pendapatan, maka mereka

berkemungkinan akan miskin di usia tua dan bergantung sepenuhnya

kepada kerajaan untuk membiayai kehidupan mereka hingga akhir hayat.

Pada ketika negara kini telah berada pada fasa endemik, selaras

dengan pembukaan sektor ekonomi dan sempadan negara yang telah

mempergiatkan pemulihan perniagaan dan merancakkan kembali

pertumbuhan ekonomi domestik, fokus KWSP adalah sewajarnya

tertumpu kepada usaha-usaha untuk membina kembali simpanan

persaraan ahli serta memperkenalkan ciri-ciri produk yang membantu ahli

memperoleh pendapatan persaraan bulanan yang konsisten dan

berpanjangan.

Selain itu, terdapat pelbagai program bantuan lain yang telah,

sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam membantu rakyat

Malaysia secara amnya bagi menangani cabaran untuk memenuhi

keperluan hidup semasa.

Sebagai penyelesaian jangka masa panjang pula, sistem

perlindungan sosial negara akan diperkukuhkan bagi memastikan rakyat

Malaysia mempunyai perlindungan apabila berlaku perkara yang tidak

dijangka seperti kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Usaha ini

memerlukan kerjasama erat antara agensi-agensi Kerajaan dengan

semua pihak berkepentingan dalam membina dan membangunkan

NO SOALAN: 103

sistem perlindungan sosial yang menyeluruh dan mampan bagi

kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' JUHANIS BINTI ABD AZIZ

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan statistik penajaan terkini Majlis Amanah Rakyat

(MARA) untuk pelajar yang menyambung pengajian ke luar negara.

NO SOALAN: 104

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tahun 2022, sehingga 30 Jun, terdapat seramai 3,229 pelajar tajaan

MARA di luar negara sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai

peringkat dan bidang pengajian.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK PAUL IGAI minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

jumlah rakyat negara yang ada memohon dan menukar kerakyatan

mereka menjadi rakyat luar negara sejak 2010 dan bilangan yang

terkandas dengan sengaja (tamat tempoh Visa) di luar negara.

NO SOALAN: 105

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2010 hingga 22 Julai 2022,

sebanyak 113,226 permohonan pelepasan kewarganegaraan diterima di

bawah Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan. Ini memandangkan

permohonan kewarganegaraan negara luar, visa masuk oleh seseorang

individu yang tinggal di luar negara adalah di bawah bidang kuasa dan

perundangan pihak imigresen dan pendaftaran negara berkenaan dan ia

dikemukakan secara terus oleh individu kepada negara tersebut.

Sekian, terima kasih

NO SOALAN: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

TARIKH : 8 Ogos 2022

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan cabaran yang dihadapi oleh Kementerian dalam

meluluskan pengambilan pekerja asing serta usaha mengatasi cabaran

tersebut dan memastikan bekalan pekerja kepada industri-industri

tempatan mencukupi.

NO SOALAN: 106

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, Kementerian Sumber Manusia (KSM) mula

mengambil alih peranan proses permohonan kuota dan kelulusan

kemasukan pekerja asing sejak Mac 2022. KSM menghadapi beberapa

cabaran dalam proses permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing

seperti berikut:

(i) permohonan majikan yang tidak berdasarkan permintaan dan

keperluan sebenar dengan majikan didapati bukan majikan

sebenar serta permohonan adalah dari ejen-ejen pekerjaan dan

syarikat penyumberluaran (outsourcing companies);

(ii) terdapat majikan yang tidak mengemukakan dokumen lengkap

semasa membuat permohonan;

(iii) permintaan tinggi terhadap pekerja asing ekoran penutupan

sempadan negara dalam tempoh COVID-19. Ini menyebabkan

berlaku kekurangan guna tenaga dalam beberapa sektor/industri

yang terkesan (perladangan, pembinaan dan pembuatan).

Perkara ini memberi cabaran kepada dasar untuk mengurangkan

kebergantungan tinggi terhadap pekerja asing.

(iv) keupayaan sistem dalam proses permohonan yang mengalami

‘hiccups’. Ini berlaku kerana jumlah permohonan yang terlalu

tinggi dan penggunaan dan pemprosesan data secara

mendadak.

NO SOALAN: 106

(v) sumber buruh dari negara sumber masih di tahap rendah.

Penutupan sempadan semasa pandemik COVID-19 juga

melibatkan negara sumber. Ini menyebabkan aktiviti ekonomi

terhenti yang menjejaskan pendaftaran pencari kerja/calon

pekerja, perekrutan dan pengambilan, latihan sebelum

keberangkatan, proses pendataan/dokumentasi, dan saringan

yang akan mengambil masa. Di samping itu, tempahan tiket

penerbangan adalah terhad dan mahal;

(vi) faktor keupayaan majikan serta pemilihan negara sumber.

Majikan diberikan tempoh selama 18 bulan bagi membawa

masuk pekerja asing sama ada secara sekaligus atau secara

berkala. Ini melibatkan keupayaan kewangan majikan untuk

menanggung kos kemasukan pekerja asing.

(vii) kesesakan berlaku di One Stop Center (OSC) di mana OSC perlu

memproses permohonan dalam kapasiti yang tinggi; dan

(viii) kesukaran sesetengah majikan dalam menyediakan kemudahan

penginapan yang memenuhi standard yang diperuntukkan di

bawah Akta 446.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi mengatasi permasalahan ini, Kementerian Sumber Manusia

telah melaksanakan beberapa langkah intervensi seperti berikut:

NO SOALAN: 106

(i) hanya majikan sahaja yang boleh membuat permohonan

secara dalam talian. Permohonan yang dibuat secara manual

tidak diterima;

(ii) semakan dokumen dilakukan semasa sesi temuduga di

Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan dokumen

lengkap dan sahih;

(iii) pemeriksaan secara rawak dilaksanakan bagi memastikan

kesahihan premis serta pematuhan dari aspek perburuhan;

(iv) majikan diwajibkan mengiklankan kekosongan dalam portal

MyFutureJobs dalam tempoh 30 hari. Namun permohonan

kuota pekerja asing diproses tanpa menunggu tempoh 30 hari

tamat;

(v) menggalakkan majikan meningkatkan peralihan kepada

automasi dalam proses pengeluaran;

(vi) pihak pengendali sistem meningkatkan keupayaan server dan

menambah baik modul e-quota yang digunakan untuk

permohonan kuota pekerja asing supaya lebih efisien;

(vii) Kerajaan telah membuka sempadan mulai 1 April 2022

dengan mengguna pakai 1 SOP dan 9 protokol. Kerajaan juga

telah memberi beberapa kelonggaran dari segi keperluan

kuarantin hanya terpakai kepada mana-mana pengembara

yang tidak melengkapkan vaksinasi;

NO SOALAN: 106

(viii) Kerajaan telah memuktamadkan proses serta prosedur

kemasukan pekerja asing dengan beberapa negara sumber

dan menyelesaikan semua isu dan masalah teknikal yang

berbangkit;

(ix) cadangan bagi pemendekan tempoh sah laku Surat Kelulusan

Bersyarat dari tempoh 18 bulan kepada hanya 12 bulan

supaya majikan merancang pengeluaran dan juga

kemasukan pekerja asing bagi mempertingkatkan

pengeluaran serta produktiviti syarikat;

(x) majikan dicadangkan agar mempelbagaikan negara sumber

pekerja asing dan tidak bergantung kepada satu-satu negara

sumber sahaja;

(xi) Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti keperluan

pelaksanaan OSC mengikut zon iaitu, Zon Utara, Zon

Tengah, Zon Selatan serta Zon Timur. Pelaksanaan proses

temuduga mengikut zon akan melibatkan Agensi Kawal Selia

(AKS) berkaitan; dan

(xii) cadangan penyediaan Kuarters Pekerja Berpusat (Centre

Labour Quarters) bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh

majikan. Ketika ini, jumlah CLQ yang telah diberi perakuan

oleh JTKSM ialah sebanyak 1,769.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 107

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan

pemberian suntikan vaksin influenza kepada bayi dan kanak-kanak

sebagai salah satu vaksin wajib di dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan

memandangkan wabak influenza ini bermusim saban tahun dan

berbahaya yang boleh membawa kepada kesan sampingan yang

memudaratkan.

NO SOALAN: 107

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Tidak dinafikan pemberian vaksinasi dapat membantu dalam

membendung penularan kejadian jangkitan influenza terutamanya

bagi mengurangkan jangkitan yang teruk dalam kalangan golongan

yang berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit

kronik dan wanita hamil. Walau bagaimanapun, bagi memastikan

kadar perlindungan yang berkesan, vaksin influenza perlu diberikan

secara tahunan mengambil kira bahawa vaksin ini perlu sepadan

dengan jenis virus influenza yang sedang menular di sesuatu

kawasan geografi pada suatu tempoh masa tertentu.

2. Pada masa ini, program pemberian vaksin influenza sedia ada yang

dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah

lebih ditumpukan kepada para petugas kesihatan dan perubatan. Ini

mengambil kira golongan tersebut sangat berpotensi untuk terdedah

kepada virus influenza melalui skop tugasan mereka. Jika dijangkiti,

mereka seterusnya akan menularkannya kepada pesakit-pesakit

yang dirawat mahupun anggota keluarga serta individu lain di

persekitaran mereka. Pendekatan ini adalah selaras dengan saranan

yang digariskan oleh Strategic Advisory Group Of Experts on

Immunization (SAGE), yang turut disokong oleh Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) bagi melindungi para petugas berkenaan,

pesakit dan juga sistem kesihatan.

NO SOALAN: 107

3. Pemberian vaksin influenza kepada bayi dan kanak-kanak sebagai

salah satu vaksin wajib di dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan perlu

diteliti dan dikaji daripada segi kumpulan umur yang dicadangkan,

tempoh pemberian vaksin serta implikasi kewangan sekiranya vaksin

ini ingin diberikan.

4. Selain vaksin, langkah kawalan dan pencegahan seperti sentiasa

mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh

tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer,

mengamalkan adab batuk yang baik, memakai pelitup muka dengan

betul, menjaga jarak fizikal dengan individu bergejala, mengasingkan

diri sekiranya bergejala dan mengamalkan cara hidup sihat perlu

sentiasa dipraktikkan agar dapat membendung kejadian influenza.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK MOHAN A/L THANGARASU minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan data sebenar tunggakan permohonan kewarganegaraan di

bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan mengikut kaum dan

kenapakah Kementerian mengambil tempoh yang lebih lama sehingga 6

hingga 7 tahun untuk diluluskan yang menyebabkan hak pemohon untuk

mendapatkan pendidikan sering dinafikan.

NO SOALAN: 108

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 22,941

permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan

Persekutuan diterima dari tahun 2017 hingga 22 Julai 2022. Dari jumlah

berkenaan, sebanyak 14,334 permohonan sedang diproses dan tiga

kaum tertinggi adalah Indonesia 5,561, Filipino 2,599, Cina 759 dan baki

5,371 permohonan dari lain-lain kaum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap permohonan

kewarganegaraan yang diterima oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)

melalui JPN akan diproses dan diteliti dengan sewajarnya sebelum

sesuatu keputusan dikeluarkan. Beban untuk membuktikan kelayakan

untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah

tanggungjawab setiap pemohon dan proses pertimbangan adalah

tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan

Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964]

serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran

perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan

imigresen.

Permohonan kewarganegaraan dikemukakan secara berasingan dengan

kandungan maklumat dan dokumen sokongan yang berbeza-beza, maka

hasil penilaian dan pertimbangan juga adalah berbeza mengikut

keperluan, bukti dan fakta kes berdasarkan maklumat yang diberikan.

Fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan

diteliti mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan.

NO SOALAN: 108

Sehubungan dengan itu, tiada tempoh tertentu yang ditetapkan bagi

pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes.

Sukacita diingatkan bahawa syarat-syarat yang ditetapkan dalam

Perlembagaan Persekutuan hanya melayakkan permohonan

dikemukakan tetapi tidak menjamin bahawa permohonan akan

diluluskan.

KDN juga ingin menegaskan di sini bahawa sebagai sebuah negara

berdaulat, penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu

bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak

eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan

dengan sewenang-wenangnya seperti yang termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan.

Sekain, terima kasih.

NO SOALAN: 109

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan strategi Kerajaan dan langkah-langkah yang diambil

(sebelum ini, sekarang dan bakal diambil pada masa hadapan) dalam

mengurangkan kertas kerja yang wajib dibuat oleh para guru, supaya

mereka dapat menumpukan lebih banyak masa dalam mendidik murid-

murid.

NO SOALAN: 109

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil

langkah proaktif dalam usaha mencari penyelesaian terbaik

meningkatkan kecekapan sistem pelaporan dan perekodan data di

sekolah bawah KPM di seluruh negara.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat Senator, KPM telah

melaksanakan penambahbaikan ke atas fungsi pengurusan di sekolah

melalui pewujudan Modul Tadbir Urus Sekolah (MySG) yang

diperkenalkan pada tahun 2021. MySG menjelaskan dengan lebih

terperinci empat komponen pengurusan sekolah, iaitu Pengurusan dan

Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Selain itu, KPM melaksanakan pelbagai inisiatif yang merangkumi

intervensi seperti berikut :

i. memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi;

ii. pengurusan data dan sistem dalam talian;

iii. penyeragaman borang dan proses pemantauan; dan

iv. Sistem Rekod Kesihatan Murid secara dalam talian (e-RKM).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, KPM turut

melaksanakan Bengkel Kerja Berkaitan Beban Tugas Guru melibatkan

wakil guru dari seluruh negara. Bengkel tersebut bertujuan untuk

mendapatkan input secara lebih berfokus daripada guru berkaitan beban

tugas mereka pada masa kini. Hasil daripada bengkel tersebut, KPM

sedang meneliti beberapa inisiatif berkaitan sistem perekodan data

NO SOALAN: 109

secara bersepadu, modul jadual waktu serta pengurusan takwim aktiviti

kurikulum dan kokurikulum secara berpusat. Sehingga kini, KPM telah

mengintegrasikan modul pengurusan murid (Aplikasi Pangkalan data

Murid- APDM), modul pengurusan guru (Sistem e-OPERASI) dan modul

pengurusan sekolah (Education Management Information System - EMiS)

untuk memudahkan pelaporan dan mengurangkan proses kemasukan

input yang berulang.

KPM akan terus memperkasakan kecekapan sistem pelaporan dan

perekodan data di sekolah bawah KPM di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 110

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk John Ambrose minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) adakah semua undang-undang dan peraturan berkaitan dengan hak

untuk mengundi kepada mereka yang berumur 18 tahun telah selesai

dipinda/ditambah atau dimansuhkan; dan

(b) pelan dan program meningkatkan kesedaran seperti penganjuran

dialog, wacana, hebahan di media sosial kepada golongan ini oleh SPR.

NO SOALAN: 110

JAWAPAN

YB DATO’ SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

a. Undang-Undang Berkaitan Pengundi 18 Tahun

Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

telah melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan

pendaftaran pemilih secara automatik apabila Akta Perlembagaan

(Pindaan) 2019 dikuatkuasakan mulai 15 Disember 2021 di bawah

warta P.U.(B) 615.

Persiapan yang telah dilaksanakan oleh SPR bagi pelaksanaan

umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara

automatik adalah meliputi:

i. pindaan kepada peraturan dan undang-undang yang

berkaitan; dan

ii. penyediaan sistem serta infrastruktur.

Susulan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan

di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603]

berkaitan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara

automatik, SPR juga telah membuat pindaan yang perlu kepada

perundangan subsidiari seperti berikut:

i. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)

2002 (dipinda dan dikuatkuasakan di bawah warta P.U.(A)

433); dan

NO SOALAN: 110

ii. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)

1981 (dipinda dan dikuatkuasakan di bawah warta P.U.(A)

434).

Tuan Yang di-Pertua,

b. Program Meningkatkan Kesedaran Pengundi 18 Tahun

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui Akademi Pilihan

Raya (APR) telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi

(Voter Education - VE) bermula tahun 2017 sehingga kini

bertujuan mendekati setiap lapisan masyarakat. Objektif Program

ini adalah untuk memberi kefahaman terhadap peri pentingnya

demokrasi, aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya,

proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia,

tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan implikasinya

terhadap negara serta menjelaskan isu-isu/cabaran yang

sering dibangkitkan semasa pillihan raya diadakan.

Dalam era pandemik COVID-19, Akademi Pilihan Raya (APR) juga

telah mengoptimumkan pengaplikasian teknologi dengan

melaksanakan Program Pendidikan Pengundi Secara Maya

(Virtual Voter Education – VVE) sebagai alternatif/normal baharu

dalam melaksanakan Program Pendidikan Pengundi. Pelaksanaan

program ini menunjukkan komitmen tinggi Akademi Pilihan Raya

(APR) dalam memastikan masyarakat negara ini sentiasa

berinformatif dan celik demokrasi khususnya dalam proses pilihan

raya di Malaysia.

NO SOALAN: 110

Susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan

pendaftaran pemilih secara automatik yang telah dikuat kuasakan

mulai 15 Disember 2021, Akademi Pilihan Raya (APR)

menggandakan usaha untuk menyantuni golongan ini melalui

Program Pendidikan Pengundi secara intensif. Menyedari cabaran

dan kompleksiti, impak daripada pelaksanaan Undi18, kerjasama

erat dengan agensi Kerajaan, institusi pendidikan, pihak NGO,

persatuan-persatuan penduduk dan sebagainya ditingkatkan demi

memastikan capaian informasi, galakan keluar mengundi dan

kesedaran kepentingan suara memilih kepada setiap lapisan

masyarakat dapat dilaksanakan.

Dalam mendepani PRU Ke-15, Kerajaan melalui platform pelbagai

Kementerian/Jabatan telah mengambil tindakan proaktif dengan

menganjurkan platform optimum berimpak tinggi dengan kerjasama

strategik bersama SPR dalam memastikan segenap lapisan

masyarakat khususnya anak-anak muda didedahkan dengan

peranan mereka membentuk negara bangsa melalui proses pilihan

raya. Kerjasama strategik yang dilaksanakan meliputi pelbagai

strategi pelan tindakan yang melibatkan semua pihak bukan

sekadar tanggungjawab SPR sahaja. Kerajaan melihat dedikasi

Kementerian/Jabatan dalam bergerak bersama-sama SPR dalam

kempen Undi18 ini diyakini mampu menarik minat golongan anak

muda untuk terlibat dalam pembentukan negara pada masa

hadapan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 111

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JUHANIS BINTI ABD AZIZ

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato’ Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan punca tidak ramai pencarum Pertubuhan Keselamatan

Sosial (PERKESO) memanfaatkan Program Saringan Kesihatan atau

Health Screening Programme (HSP) sebelum ini dan apakah strategi

Kementerian dalam memastikan lebih ramai pencarum menggunakan

manfaat ini.

NO SOALAN: 111

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Program Saringan Kesihatan (HSP) telah dimulakan pada tahun

2013 dan sehingga Disember 2021, seramai 580,029 orang pencarum

PERKESO iaitu 18.7% daripada pencarum yang layak telah

menggunakan faedah ini.

Pihak kementerian mengambil maklum bahawa bilangan pekerja

yang menggunakan manfaat ini masih rendah. Berdasarkan kajian yang

telah dilaksanakan oleh PERKESO, didapati punca yang paling utama

adalah kerana pekerja masih kurang kesedaran untuk menjalankan

saringan kesihatan bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis,

darah tinggi , tahap kolesterol, ujian air kencing dan sebagainya.

Bagi memastikan lebih ramai pekerja memanfaatkan program ini,

Kementerian melalui PERKESO telah melancarkan semula Program

Saringan Kesihatan (HSP) pada bulan Julai 2022 dengan strategi-strategi

seperti berikut:

i. Pada 7 Julai 2022, Kementerian melalui PERKESO telah

melancarkan semula HSP secara rasmi menerusi Majlis

Pelancaran Program Saringan Kesihatan (HSP) 2.0 yang telah

diadakan bersama majikan Sime Darby Plantation bertempat di

Pulau Carey.

ii. Kementerian juga turut menyokong Inisiatif Saringan Kesihatan

Kebangsaan (NHSI) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia

NO SOALAN: 111

di mana PERKESO juga merupakan rakan strategik yang turut

terlibat bagi menjayakan program outreach yang dilaksanakan di

bawah Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat. Program ini

adalah penting bagi meningkatkan lagi kesedaran golongan

pekerja berkenaan saringan kesihatan.

iii. Kementerian melalui PERKESO turut mempromosi HSP

dibawah program Promosi Kesihatan Tempat Kerja (Workplace

Health Promotion) yang dilaksanakan kepada majikan.

iv. Program Saringan Kesihatan PERKESO yang baru dilancarkan

menggunakan aplikasi telefon mudah alih yang memudahkan

lagi akses kepada kemudahan tersebut bagi golongan pekerja,

termasuklah membuat temujanji dan menyemak keputusan

saringan dan tahap kesihatan masing-masing.

v. Program Saringan Kesihatan PERKESO kali ini turut

membolehkan pekerja berumur 30 tahun ke atas yang

mempunyai risiko penyakit tidak berjangkit untuk turut menjalani

saringan kesihatan tersebut di klinik-klinik di premis pencarum

masing-masing, tertakluk kepada persetujuan majikan dan klinik.

Ini memudahkan pekerja untuk menjalani saringan kesihatan

masing-masing.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 112

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO DR. NUING JELUING

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan peratusan pengangguran dalam tahun 2021 jika

dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya mengikut pecahan

kumpulan umur. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk

mengurangkan penggangguran dalam kalangan belia.

NO SOALAN: 112

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan laporan Survei Tenaga Buruh Tahun 2021 oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran keseluruhan bagi

tahun 2021 adalah 4.6% berbanding 4.5% pada tahun 2020 dan 3.3%

pada tahun 2019. Secara keseluruhannya, kadar pengangguran pada

tahun 2021 bagi semua peringkat umur masih belum kembali ke tahap

sebelum pandemik iaitu tahun 2019.

Mengikut pecahan kumpulan umur, kadar pengangguran adalah

seperti berikut:

i. bagi kumpulan umur 15 hingga 19 tahun, kadar

pengangguran adalah 13.5% pada tahun 2021, lebih rendah

berbanding 14.4% pada tahun 2019;

ii. bagi kumpulan umur 20 hingga 24 tahun kadar

pengangguran adalah 10.4% pada tahun 2021, lebih tinggi

berbanding 9.5% pada tahun 2019;

iii. bagi kumpulan umur 25 hingga 29 tahun, kadar

pengangguran pada tahun 2021 adalah 5.8% berbanding

3.8% pada tahun 2019;

iv. bagi kumpulan umur 30 hingga 34 tahun, kadar

pengangguran adalah 3.0% pada tahun 2021 berbanding

1.8% pada tahun 2019;

v. bagi kumpulan umur 40 hingga 44 tahun, kadar

pengangguran adalah 1.6% pada tahun 2021, berbanding

1.0% pada tahun 2019;

NO SOALAN: 112

vi. bagi kumpulan umur 45 hingga 49 tahun, kadar

pengangguran adalah 2.1% pada tahun 2021, berbanding

0.7% pada tahun 2019;

vii. bagi kumpulan umur 50 hingga 54 tahun, kadar

pengangguran adalah 2.1% pada tahun 2021, berbanding

0.8% pada tahun 2019;

viii. bagi kumpulan umur 55 hingga 59 tahun, kadar

pengangguran adalah 1.9% pada tahun 2021, berbanding

0.5% pada tahun 2019; dan

ix. bagi kumpulan umur 60 hingga 64 tahun, kadar

pengangguran adalah 6.5% pada tahun 2021, berbanding

0.6% pada tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua,

Kadar pengangguran yang tinggi di kalangan kumpulan berumur 15

hingga 24 tahun dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi oleh

kebanyakan negara di seluruh dunia. Ia mengambil kira kumpulan umur

ini berada di dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada

pasaran pekerjaan seterusnya melalui proses untuk mendapatkan

pekerjaan.

NO SOALAN: 112

Kerajaan secara berterusan merangka dan melaksanakan pelbagai

inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi membantu

mengurangkan kadar pengangguran secara keseluruhannya termasuk di

kalangan belia. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Melaksanakan Program JaminKerja-Insentif Penggajian yang

akan memanfaatkan pencari kerja dari seluruh negara. Program ini

merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan

yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam

kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk

OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta

penganggur am. Sehingga 29 Julai 2022 sebanyak

120,237pencari kerja telah berjaya ditempatkan melalui pelbagai

aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui PERKESO.

ii. Sebagai kesinambungan kejayaan Program Perantisan pada

tahun 2021, JaminKerja-Insentif Penggajian akan meneruskan

program ini dengan pemberian insentif RM900 sebulan untuk

tempoh enam bulan kepada majikan yang menggajikan golongan

perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun

dalam jawatan Eksekutif. Golongan Perantis ini perlu ditawarkan

kontrak 6 bulan dengan bayaran gaji pemula berjumlah RM1,500.

Berdasarkan statistik, jumlah pekerja yang telah mendapat manfaat

daripada Program Perantisan JaminKerja-Insentif Penggajian

setakat 29 Julai 2022 adalah seramai 5,932 orang.

iii. Kerajaan melalui HRD Corp telah menubuhkan Placement Centre

yang berperanan sebagai platform untuk memadankan pekerja

dengan peluang pekerjaan yang tersedia oleh majikan. Sehingga

NO SOALAN: 112

31 Julai 2022, sebanyak 43,903 peluang pekerjaan tersedia

melalui platform ini di mana lebih 6,000 pekerja telah berjaya

mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti Perkhidmatan,

Perkilangan, Borong dan Runcit serta lain-lain lagi. Daripada jumlah

tersebut, sebanyak 60 peratus (3,600 pekerja) adalah daripada

golongan belia dan sebahagian besar mereka memperoleh gaji

sebanyak RM2,000 dan ke atas.

iv. Kerajaan juga telah melancarkan Inisiatif PENJANA HRDF dengan

memperkenalkan lima skim yang terdiri daripada Place & Train,

B40 Development, SME Development, Industrial Revolution 4.0

dan Gerak Insan Gemilang. Skim-skim ini diwujudkan dengan

tujuan untuk membantu rakyat termasuk golongan belia dan

graduan dalam mendapat pekerjaan, pekerjaan sendiri dan

menambah serta meningkatkan kemahiran mereka. Setakat 31

Julai 2022, sebanyak 85,527 pelatih telah mengikuti skim-skim

yang melibatkan penempatan pekerjaan dan pekerjaan sendiri.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 113

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO' DR. NELSON A/L RENGANATHAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Dato' Dr. Nelson A/L Renganathan minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan bilangan murid daripada kaum India yang

telah mendapat tempat untuk mengikuti program matrikulasi.

NO SOALAN: 113

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kerajaan

menetapkan dasar pengambilan pelajar ke Program Matrikulasi adalah

tertakluk kepada kuota 90 peratus bagi pelajar bumiputera dan 10

peratus bagi pelajar bukan bumiputera. Bagi pengagihan kuota 10

peratus kepada pelajar bukan bumiputera, Kerajaan telah memutuskan

bahawa peratusan pengambilan pelajar adalah mengikut nisbah 5.43

peratus untuk kaum Cina, 3.72 peratus untuk kaum India dan 0.85

peratus untuk lain-lain. Oleh demikian, tawaran kemasukan ke Program

Matrikulasi adalah mengikut komposisi yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 114

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD HISAMUDIN BIN YAHYA

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya minta MENTERI BELIA DAN

SUKAN menyatakan adakah kaedah pencahayaan matahari selama

empat jam memadai untuk semua jenis rumput di dalam stadium dan

jika perlu, adakah reka bentuk bumbung stadium perlu diubah bagi

tujuan itu.

NO SOALAN: 114

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu pencahayaan dan

pengudaraan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Stadium

Nasional, Kuala Lumpur Sports City dengan mengambil kira struktur

fizikal stadium itu sendiri yang berada di bawah aras tanah. Justeru itu,

kaedah pencahayaan matahari selama empat (4) jam hanya memadai

untuk beberapa jenis rumput “warm season” sahaja.

Berhubung perkara ini, struktur bumbung memainkan peranan

penting dalam memastikan rumput menerima pancaran matahari secara

menyeluruh. Di Stadium Nasional sendiri, struktur fizikal bumbung sedia

ada memerlukan kaedah “growlight” bagi pencahayaan yang

mencukupi. Cahaya daripada “growlight” dapat membantu dalam

pertumbuhan rumput terutamanya di kawasan yang tidak terkena

pancaran matahari. Selain itu, rentetan daripada arahan penutupan

Stadium Nasional mulai 15 Jun 2022, Perbadanan Stadium Malaysia

(PSM) bersama-sama dengan Unit Forensik Jabatan Kerja Raya sedang

dalam tindakan membuat pemeriksaan terperinci ke atas keseluruhan

struktur bumbung dan bangunan Stadium Nasional. Ini bertujuan untuk

memastikan sama ada struktur bumbung tersebut boleh diubah ataupun

sebaliknya.

NO SOALAN: 114

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian Belia dan

Sukan bersama-sama PSM sentiasa mengkaji proses pemeriksaan

terperinci ke atas keseluruhan struktur stadium antaranya ialah

penggunaan jenis rumput, pencahayaan dan sistem perparitan untuk

memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 115

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA.

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK BOBBEY BIN SUAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

DATUK BOBBEY BIN SUAN minta MENTERI KANAN KERJA RAYA

menyatakan apakah sebab-sebab Kerajaan bercadang untuk menukar

sistem pembayaran di semua tol lebuh raya daripada kemudahan Touch

'n Go dan SmartTAG ke RFID (Radio Frequency Identification).

NO SOALAN: 115

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pelaksanaan sistem

pembayaran tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification

(RFID) merupakan alternatif kemudahan pembayaran tol tambahan

kepada pengguna lebuh raya. Syarikat konsesi lebuh raya masih perlu

mengekalkan mod pembayaran menggunakan kad Touch n Go dan

SmartTag.

Pengenalan teknologi RFID ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan

untuk mengatasi masalah kesesakan di plaza tol sebelum beralih

kepada sistem kutipan tol tanpa henti atau juga dikenali sebagai Multi

Lane Free Flow (MLFF) menjelang tahun 2025. Teknologi RFID juga

telah diguna pakai secara meluas oleh kebanyakan negara maju

yang telah melaksanakan MLFF.

Pembayaran tol secara RFID ini dijangka dapat melancarkan aliran trafik

di plaza tol memandangkan pengguna tidak perlu lagi berhenti

untuk menyentuh kad pada reader. Antara kelebihan penggunaan

sistem RFID adalah seperti berikut:

1. Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkandung

di dalam satu pelekat yang kemudiannya ditampal pada Pelekat RFID

adalah unik yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi setiap

kenderaan berbanding kad Touch n Go dan SmartTag yang

mempunyai risiko hilang dan kecurian;

NO SOALAN: 115

2. Pelekat RFID tidak boleh dipindah milik serta dihubungkan

dengan aplikasi mudah-alih, Touch ‘n Go eWallet. Aplikasi ini

membolehkan pengguna memantau baki akaun dengan mudah dan

dapat melakukan tambah nilai secara atas talian melalui pilihan-

pilihan yang disediakan seperti perbankan atas talian, kad

debit/kredit dan melalui penggunaan nombor pin (soft pin).

3. Pemilihan teknologi RFID adalah lebih baik dan bersesuaian

kerana ianya menggunakan gelombang radio yang mempunyai had

pengesanan yang lebih luas di samping kos yang lebih rendah

berbanding dengan SmartTag yang menggunakan teknologi Infrared,

teknologi ini mempunyai kekangan tertentu yang tidak membolehkan

teknologi tersebut menyokong pelaksanaan MLFF.

Pada masa kini Kerajaan tidak mewajibkan pengguna untuk bertukar

kepada kaedah pembayaran tol menggunakan RFID sepenuhnya.

Pengguna masih mempunyai pilihan untuk memilih mod pembayaran

yang bersesuaian sedia ada iaitu Touch 'n Go dan SmartTAG. Pihak

Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya akan sentiasa mengambil

langkah penambahbaikan berterusan dan meneliti pilihan yang sesuai

bagi memastikan pengguna menikmati perjalanan yang lancar, selesa

sekaligus dapat mengatasi masalah kesesakan di plaza tol.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN:116

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2022, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN

TARIKH : 8 OGOS 2022 (ISNIN)

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta KEMENTERIAN

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan

apakah insentif-insentif bagi menarik pelaburan asing (FDI) ke negara ini

bagi menjamin Malaysia kekal menjadi pilihan utama pelabur asing

berikutan kebanyakan pelaburan FDI ini lebih berminat melabur di negara

ASEAN lain seperti Indonesia dan Vietnam.

NO SOALAN:116

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Berdasarkan kepada Porter Diamond of Theory of National

Advantage, kelebihan saingan atau competitive advantage yang dimiliki

oleh sesebuah negara adalah bergantung kepada sejauh mana kelebihan

dalam beberapa segi atau faktor. Faktor-faktor merangkumi struktur

industri, permintaan pasaran, ketersediaan infrastruktur, modal insan dan

bekalan sumber bahan mentah atau sumber asli, serta kehadiran industri

sokongan dan berkaitan menjadi penentu kepada jenis pelaburan

langsung asing di negara berkenaan. Justeru, setiap negara termasuk di

rantau ASEAN mempunyai kelebihan tersendiri yang menyumbang

kepada persaingan sihat dalam menarik, mengekalkan dan

mengembangkan pelaburan langsung asing di negara masing-masing.

Malaysia kekal sebagai antara destinasi pelaburan asing di rantau

Asia Pasifik di mana Malaysia merupakan negara keempat yang

menerima jumlah pelaburan asing tertinggi pada tahun 2021 selepas

negara-negara ASEAN lain iaitu Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan

dan Pembangunan (United Nations Conference on Trade and

Development-UNCTAD) merekodkan bahawa aliran masuk FDI ke

negara-negara ASEAN telah meningkat sebanyak 43.6 peratus untuk

tahun 2021, dengan jumlah aliran masuk sebanyak USD175.2 billion.

NO SOALAN:116

Kebanyakan negara ASEAN telah mencatat pertumbuhan aliran

masuk FDI yang positif kecuali Vietnam (-1%), Kemboja (-3%) dan Brunei

(-67%). Peningkatan aliran masuk FDI ke Malaysia dilaporkan sebanyak

263 peratus berbanding negara ASEAN lain pada tahun 2021. Malaysia

merupakan negara keempat yang menerima jumlah pelaburan asing

tertinggi pada tahun 2021.

Jumlah pelaburan dalam sektor ekonomi (perkilangan,

perkhidmatan dan utama) yang telah diluluskan bagi tahun 2021 adalah

sebanyak RM309.4 bilion dari 4,568 projek yang akan menyediakan

sebanyak 105,022 peluang pekerjaan. Sektor perkilangan menyumbang

RM195.1 bilion kepada nilai pelaburan yang diluluskan, manakala sektor

perkhidmatan sebanyak RM97.0 bilion dan sektor utama sebanyak

RM17.3 bilion. Pelaburan langsung asing (FDI) mendominasi pelaburan

yang diluluskan iaitu sebanyak RM208.6 bilion. Bagi tahun 2021,

sumbangan FDI melonjak sebanyak 224.4 peratus berbanding kelulusan

pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM64.3 bilion.

Bagi suku pertama tahun 2022, Malaysia telah berjaya menarik

pelaburan sebanyak RM42.8 bilion, yang mana 65 peratus daripadanya

atau RM27.8 bilion merangkumi pelaburan langsung asing.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dalam

menawarkan insentif-insentif strategik untuk menarik pelaburan

khususnya pelaburan langsung asing. Syarikat pelabur asing baharu dan

sedia ada layak menikmati pelbagai pakej insentif antaranya galakan

umum, galakan berteknologi tinggi atau galakan dalam sub-sektor

tertentu seperti industri aeroangkasa, automotif dan komponen sistem

NO SOALAN:116

bangunan industri. Antara galakan pelaburan utama adalah seperti

berikut:

i. Taraf Perintis atau pengecualian cukai pendapatan antara 70

peratus atau 100 peratus untuk tempoh 5 tahun atau 10 tahun

tertakluk kepada keluaran dan aktiviti yang dicadangkan oleh

pelabur; atau

ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus atau 100 peratus

ke atas perbelanjaan modal yang layak selama 5 tahun atau

10 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk ditolak dengan 70

peratus atau 100 peratus daripada pendapatan berkanun bagi

setiap tahun taksiran.

Kerajaan juga telah mengumumkan Insentif Khas di bawah Pelan

Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun 2020 untuk

syarikat perkilangan yang memindahkan perniagaan ke Malaysia. Di

bawah Bajet 2021, Kerajaan telah memperluaskan skop Insentif Khas

PENJANA tersebut kepada aktiviti perkhidmatan terpilih, termasuk

syarikat yang mengadaptasi Revolusi Industri 4.0 dan teknologi

pendigitalan.

Insentif Khas PENJANA ini ditawarkan seperti berikut:

Untuk Syarikat Perkilangan

i. Syarikat baharu – 0 peratus kadar cukai khas untuk 10 tahun

atau 15 tahun bergantung pada tahap pelaburan modal antara

RM300 juta hingga melebihi RM500 juta.

NO SOALAN:116

ii. Syarikat sedia ada – 100 peratus Elaun Cukai Pelaburan ke

atas perbelanjaan modal yang layak selama 5 tahun dan

elaun itu boleh diimbangi dengan 100 peratus daripada

pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.

Untuk Syarikat Perkhidmatan

i. Syarikat baharu – 0 peratus atau 10 peratus kadar cukai khas

untuk tempoh sehingga 10 tahun.

ii. Syarikat sedia ada –10 peratus kadar cukai khas untuk

tempoh sehingga 10 tahun.

Selain menawarkan pakej insentif, Malaysia juga mempunyai daya

tarikan tersendiri dalam menarik pelabur antaranya infrastruktur, akses

kepada bakat sedia ada dan ekosistem rantaian bekalan yang memenuhi

keperluan pelabur. Ini dapat dilihat melalui pengiktirafan Malaysia pada

kedudukan pertama dalam Asia Tenggara sebagai negara paling

berpotensi untuk menarik pelabur asing berdasarkan Global Opportunity

Index, Bloomberg 2022. Malaysia menerima kedudukan tertinggi di rantau

ini berdasarkan prestasi kukuh merentas semua kategori yang dinilai.

Sekian, terima kasih.