dn-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan...

100
Bil. 10 Selasa 5 Julai 2011 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

Upload: ngodung

Post on 14-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

Bil. 10 Selasa 5 Julai 2011

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

Page 2: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga
Page 3: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2011

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 (Halaman 21) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 (Halaman 27) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 (Halaman 51) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 (Halaman 67) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 40) Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 15(3) (Halaman 87) UCAPAN PENANGGUHAN: Merakyatkan Outcome Teknologi Hijau – Peserta FELDA, FELCRA dan RISDA - YB Senator Datuk Akbar bin Ali (Halaman 87)

Page 4: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga
Page 5: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

7. “ Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan)

8. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka)

9. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I

10. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan I

11. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

12. “ Tuan Boon Som a/l Inong (Dilantik)

13. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik)

14. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

16. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal (Dilantik)

17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II

19. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik)

20. “ Datuk Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu)

21. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

22. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) - Senator – Timbalan Menteri Belia dan Sukan I

23. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

24. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

25. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

26. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

27. ” Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

28. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

29. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

30. “ Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

31. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah)

Page 6: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

ii DN 5.7.2011

32. Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik)

33. “ Puan Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

34. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

35. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia

36. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

37. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

38. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

39. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

40. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

41. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

42. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

43. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang)

44. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang)

45. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

46. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

47. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

48. “ Dato’ G. Palanivel (Dilantik) – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II

49. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

50. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

51. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

52. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

53. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W.P. Kuala Lumpur)

54. “ Tuan Saiful Izham binti Ramli (Kedah)

55. “ Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) – Senator – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

56. “ Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan (Dilantik)

57. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

58. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

59. “ Tan Sri Datuk Tee Hock Seng (Dilantik)

60. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang)

61. “ Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram (Dilantik)

62. “ Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik)

63. ” Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan)

64. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Kedah)

65. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu)

66. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang)

Page 7: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Hajah Supiah binti Dewak

Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh

Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Zaidi bin Mahmood Mohd. Izwan bin Mohd. Esa

Hazrul bin Sharif Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Ainuddin bin Ahmad Tajuddin

Page 8: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga
Page 9: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 5 Julai 2011

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Zaitun binti Mat minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menggalakkan golongan muda berkahwin lebih awal dan mengelakkan maksiat di kalangan golongan muda termasuklah seperti mengadakan program majlis pernikahan beramai-ramai bagi menjimatkan perbelanjaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Zaitun dan juga seluruh Dewan memulakan soalan pagi ini dengan soalan kahwin di usia muda, bukan kahwin muda.

Tuan Yang di-Pertua, isu menggalakkan kahwin di usia muda adalah satu isu yang dikira begitu subjektif dan kadang-kadang sensitif bagi sesetengah pihak. Bagi satu pihak yang lain mungkin dikatakan satu jalan untuk mengelak gejala-gejala sosial seperti seks bebas, buang anak dan seumpamanya. Perkahwinan di usia muda adalah perlu jika berlaku keperluannya seperti untuk mengelakkan maksiat dan zina. Manakala perkahwinan itu akan menjadi tidak baik jika dilangsungkan juga apabila individu tersebut tidak berkeyakinan dia pasti akan melakukan kekerasan, kezaliman dan ketidakadilan ke atas isterinya serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Maksud pengabaian tanggungjawab di sini adalah seperti tidak dapat menyediakan tempat tinggal yang sempurna, memberikan pakaian, makanan, jaminan kesihatan dan keselamatan serta lain-lain keperluan asas yang sepatutnya seperti yang dituntut oleh syarak ke atas setiap suami.

Sama ada berkahwin di usia muda ataupun sebaliknya, maka apa yang perlu dilihat ialah kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Malah, apa yang paling penting ialah persediaan individu tersebut daripada pelbagai aspek sama ada ilmu perkahwinan, persediaan ekonomi dan seumpamanya adalah sangat penting dalam usaha menguruskan sebuah rumah tangga. Dalam konteks program khususnya sesi-sesi ceramah kekeluargaan yang dilaksanakan sama ada JAKIM ataupun JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri), penjelasan mengenai isu persediaan rumah tangga adalah sangat diutamakan. Sama ada seseorang itu hendak berkahwin muda atau sebaliknya, ia bukanlah suatu isu yang utama.

Apa yang lebih penting ialah persediaan individu berkenaan untuk memikul tanggungjawab dalam perkahwinan. Sekiranya seseorang itu mempunyai persediaan yang cukup untuk berkahwin, maka isu perkahwinan di usia muda bukanlah satu masalah, malah ia amat digalakkan bagi mengelak ia menjadi fitnah dan untuk mengelakkan dosa besar.

Justeru, JAKIM dan juga JAIN amat mengambil berat mengenai isu perkahwinan di usia muda dengan memberikan ilmu-ilmu berkaitan supaya individu yang hendak berkahwin dapat mengelak diri daripada melakukan dosa besar seperti zina dan seterusnya dapat juga menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut lunas-lunas agama.

Page 10: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

2 DN 5.7.2011

Manakala cadangan untuk diadakan perkahwinan beramai-ramai sebagaimana

yang dicadangkan, memang majlis-majlis agama Islam, jabatan-jabatan agama Islam termasuk di wilayah ini, JAWI bersama dengan MAWIP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) mengadakannya pada saban tahun. Bahkan pada tahun yang lalu di Wilayah Persekutuan terdiri daripada seramai 250 pasangan. Dalam erti kata, kalau mengikut 250 pasangan, kalau campur pasangan jadi 500 orang dan didaftarkan sebagai World Guinness Record kerana jumlah pasangan teramai yang berkahwin di Wilayah Persekutuan.

Program sebegini sentiasa berterusan berjalan dan mungkin saya boleh jelaskan, memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga sambil lewa kerana setiap pasangan pengantin tidak kira apa kedudukan ekonomi, dia amat mengharapkan itulah hari yang pertama dalam sejarah dan terakhir terutamanya bagi kalangan perempuan. Lelaki sebagaimana saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini memang kekal dengan yang pertama itulah juga. Cumanya mungkin oleh sebab – ramai Senator wanita setuju dengan saya nampaknya.

Jadi saya melihat apabila soal itu pertama dan terakhir dalam kehidupan mereka, memang mereka nak sesuatu yang nampak meriah, nampak hebat supaya ianya menjadi satu ingatan abadi dalam sejarah kehidupan mereka. Jadi sebab itu untuk memberikan sedikit kekuatan perkahwinan yang dicadangkan, sebab itu majlis-majlis agama Islam wilayah dan juga termasuk di negeri-negeri yang lain telah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai dan termasuk NGO mengadakan yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Zaitun binti Mat: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan saya, adakah pihak JAKIM mempunyai program sebagai match maker atau penemu jodoh bagi pasangan Muslim dan seterusnya untuk menjadi pasangan suami isteri? Terima kasih.

■1010

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom: Jawapan ringkasnya Yang Berhormat Senator, JAKIM tidak ada lagi program yang diatur untuk menemukan jodoh sebab kadang-kadang kita tengok, bukan setakat itu sahaja. Program realiti TV pun jodoh dipertemukan tetapi di luar TV tidak berjodoh juga.

Akan tetapi walau bagaimanapun, ada NGO-NGO yang memberikan ada ruang untuk mereka mempertemukan jodoh. Jadi, ini berjalan kerana kadang-kadang dalam proses pertemuan jodoh ini, dalam alam maya, dalam dunia siber dan sebagainya ini ia kurang berkesan begitu. Kita tidak menyebutkan secara khusus tetapi secara umumnya begitu. JAKIM buat masa sekarang saya kata belum ada lagi program ke arah menemukan jodoh tersebut dan mungkin boleh dipertimbangkan di masa hadapanlah.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu, bagaimana kementerian melihat pasangan yang menyahut cadangan kerajaan khususnya JAKIM supaya golongan muda ini berkahwin lebih awal tetapi dengan jalan mudah iaitu berkahwin di negara jiran atas alasan kos yang murah, tiada kebenaran wali dan juga poligami yang sering kali ia tidak didaftarkan kerana ini menyusahkan pasangan isteri bila berlaku apa-apa musibah seperti kematian suami dan juga aspek pembahagian harta waris. Jadi, bagaimana kementerian dapat memikirkan kaedah terbaik supaya kebajikan para isteri ini terjaga dan tidak merempat di kemudian hari. Terima kasih.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom: Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara yang ditimbulkan oleh Senator Datin Paduka Nor Hayati dalam perkara ini. Pertamanya, pasal macam mana JAKIM hendak menggalakkan perkahwinan supaya orang lebih suka pergi berkahwin di sempadan dan soal poligami. Saya tidak tahulah. Oleh sebab itu saya kata tadi boleh jadi sensitif perbincangan ini sebab apatah lagi pergi kepada soal poligami. Jadi, akan ada satu pihak setuju sangat-sangat dan satu pihak tidak bersetuju sangat-sangat.

Page 11: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 3

Jadi, yang pertamanya sekali memang sebab itu kenapa perkahwinan sebenarnya

bukan murah di Selatan Thailand. Sama juga sebab ia bergantung pada cara. Kalau sebab buat di Malaysia pun, kalau hanya sekadar akad nikah dengan dia punya mas kahwin sahaja, tiada tuntutan serba satu dan sebagainya, tidak ada lagi tambahan-tambahan mengikut tarikh.

Ada sesetengah Tuan Yang di-Pertua, tahun ini tahun 2011, tarikh orang booking untuk 11.11.2011 sudah ramai. Masjid-masjid dan dewan-dewan sudah penuh sebab dia hendak ambil tarikh itu. Hantaran pun Tuan Yang di-Pertua, pun 11,111.01 sen. Bukan setakat itu, dia pesan pula imam, datang pukul 11.11 minit... [Ketawa] Jadi, maknanya hendak tunjukkan, sebab bagi orang dia nostalgia macam-macam. Jadi, itu keadaannya dan itu yang menyebabkan nanti kosnya jadi semakin meningkat sebab hendak booking tok imam itu untuk datang pukul 11.11 minit, 11 saat tadi menyebabkan kos-kos yang tertentu dan sebagainya. Jadi, itu keadaannya. Akan tetapi bila berkahwin di Siam sana, dia hanya bawa bagi jamu saksi makan dua orang.

Oleh sebab Senator Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin dia dekat dengan Siam di Baling itu... [Ketawa] Jadi, mudah, kosnya hanya sekadar bayar tok imam, selesai di situ. Akan tetapi oleh sebab itu kita di dalam akta ataupun dalam enakmen Majlis Agama Islam di wilayah dan di negeri-negeri ia ada peraturan. Tidak dibenarkan perkahwinan di luar dan sebagainya dan oleh sebab itu ada hukuman denda.

Namun begitu, implikasi yang lebih besar saya hendak sebutkan kepada Dewan yang mulia ialah apabila berlaku perceraian, soal yang pertamanya, kalau tidak berlaku perceraian pun, bila dapat anak, status anak untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara timbul masalah yang besar. Ini kerana kalau sijil nikah dia itu tidak disahkan di Malaysia, menyebabkan status anak mungkin akan susah untuk didaftarkan. Itu satu hal. Apabila anak itu tidak didaftarkan dengan ‘bin’ dan sebagainya yang sah, menyebabkan nanti pewarisan kesan di belakangnya. Apatah lagi kalau berlaku perceraian. Kalau berlaku perceraian, tuntutan untuk isteri dan sebagainya.

Oleh sebab itu kita dikuatkuasakan dengan enakmen dan juga peraturan mestilah berdaftar dan sebagainya dan ini bukan untuk tujuan keburukan dan kepayahan tetapi untuk menjaga kebaikan. Ini adalah sebab apatah lagi kalau yang berpoligami seperti yang disebutkan tadi, dia berkahwin di luar tanpa pengetahuan isteri yang tua dan sebagainya, menyebabkan apabila sampai pada saat kematian, barulah muncul pihak wanita yang kedua dan anak-anak tadi. Sudah tentunya proses untuk hendak diberikan nafkah termasuk nafkah untuk bahagian pangku ataupun bahagian jenazah dan juga termasuk anak-anak itu akan menjadi masalah. Ini adalah kerana dokumen rasmi ataupun dokumen yang boleh dipegang sebagai dokumen yang menyebut ataupun fakta yang menyebut kata dia ada talian kekeluargaan dan sebagainya tidak boleh diatur di situ. Jadi, oleh sebab itu, peraturan yang sedia ada pada hari ini bukan untuk mengikat, bukan untuk memayahkan tetapi ialah untuk menjaga kebajikan.

Bukan pada hari itu sahaja sebab poligami, hari yang perkahwinan itu memang seronok. Akan tetapi selepas daripada itu keadaannya mungkin jadi tidak seronok dan sebagainya dan menyusahkan. Jadi, peraturan ini ada di Majlis-majlis Agama Islam tentang poligami dan sebagainya untuk kebaikan semua pihak. Terima kasih.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah trend sekarang ini sudah terdapat, boleh dikatakan ramai juga, wanita muda yang lebih suka kepada lelaki senior, veteran macam sayalah, macam Datuk Akbar Ali dan berpoligami. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat menteri dalam hal ini?

Keduanya, baru-baru ini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara telah mengeluarkan satu kajian yang mendapati 30 peratus wanita yang berusia 25 tahun hingga 29 tahun, dia melambatkan perkahwinan, dia tidak mahu kahwin. Di mana ini mungkin boleh menjejaskan sebab ini wanita ini selain tugas-tugas yang lain, dia ada satu tugas yang cukup penting iaitu melahirkan generasi kita. Jadi, bagaimanakah tindakan kerajaan untuk mengatasi dalam hal ini, hendak menggalakkan poligamikah atau bagaimana? Terima kasih.

Page 12: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

4 DN 5.7.2011

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom: Tuan Yang di-Pertua, oleh

sebab itu saya kata tadi tajuk ini tajuk yang cukup diminati. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin tadi sebutkan bahawa hari ini kalangan wanita-wanita muda lebih berminat kepada lelaki-lelaki yang berumur.

Tentunya kalau di sudut ukuran kemampuan, sebab saya sebutkan di awal tadi ialah kemampuan untuk melaksanakan perkahwinan, tentunya tidak ada masalah. Apatah lagi kalau lelaki berumur macam Senator Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin dengan handsome dia pula lagi, senator pula lagi, dia bergelar ‘YB’ pula dari Baling. Jadi, tentunya akan memberikan lebih impak minat orang... [Ketawa] Jadi, oleh sebab itu, saya katakan tadi dalam hal macam ini, perkahwinan seperti ini, ia tidak menjadi satu perkara yang memayahkan dalam konteks kalau sekiranya dilaksanakan dengan betul. Kalau tadi disebutkan ada 30 peratus yang hari ini berumur 25 tahun hingga 29 tahun yang belum lagi berkahwin dan mereka ada faktor tanggungjawab yang lain selain daripada tanggungjawab menguruskan rumah tangga ialah untuk melahirkan generasi-generasi negara ataupun rakyat Malaysia.

Jadi, memang kita amat mengharapkan bahawa Yang Berhormat Senator cadangkan supaya kalau dibenarkan untuk dipoligamikan. Jadi, kalau saya tidak hendak sebut soal poligami atau tidak, sebab keizinan dalam Islam diaturnya begitu... [Menyebut sepotong ayat al-Quran] Ia begitu simple, al-Quran ajar senang sahaja. “Kahwin, dua, tiga dan empat”. Dua, tiga dan empat dalam konteks kita di Malaysia, dua, tiga dan empat, jangan campur atau jangan kali sebab ada juga orang dia pegang dalam konteks campur. Dua campur tiga campur empat dan kemudiannya satu. Jadi, sepuluh pun ada. Jadi, yang ini keluar. Dalam konteks kita di Malaysia ialah empat orang sahaja. Al-Quran mengikat... [Menyebut sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Kalau sekiranya kamu bimbang, kamu tidak boleh berlaku adil”. Macam saya atau pun Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan pun satu... [Menunjuk ke arah tempat duduk Yang Berhormat berkenaan] sebab kita hendak memberikan keadilan kepada wanita. Jadi, oleh sebab itu satu... [Menyebut sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “...cukup sekadar satu”. Jadi, soal poligami ini perkara yang begitu subjektif dan itu rezeki masing-masinglah ya... [Ketawa]

■1020

Ini kerana kalau boleh pergi bercuti empat orang sekali gus dan sebagainya tapi bukan takat empat, dua pun bukan takat bercuti tapi dia terpaksa ambil cuti di hospital. Ha itu menimbulkan masalah. Jadi kalau itu saya rasa tidak sesuai untuk berpoligamilah tetapi kalau sekiranya suasana keizinan, kemampuan dan sebagainya, maka kesesuaian itu sudah terkandung dalam al-Quran. Terima kasih.

2. Tuan Pau Chiong Ung minta Menteri Pelancongan menyatakan:

(a) adakah benar aduan daripada Persatuan Pemandu Pelancong Wanita yang menyatakan bahawa pemandu pelancong wanita terpaksa berkongsi bilik dengan pemandu bas yang menimbulkan pelbagai isu; dan

(b) apakah panduan sebenarnya yang ditentukan pihak kementerian kepada agensi-agensi pelancongan dalam perkara sedemikian.

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung, aduan daripada Persatuan Pemandu Pelancong Wanita Malaysia menyatakan bahawa pemandu pelancong wanita terpaksa berkongsi bilik dengan pemandu bas adalah tidak benar. Siasatan Kementerian Pelancongan terhadap aduan ini telah mendapati syarikat pengendalian pelancongan terbabit telah menyediakan sebuah bilik khas kepada pemandu pelancong wanita berkenaan dan tiada arahan untuk beliau untuk berkongsi bilik dengan pemandu bas yang dimaksudkan.

Page 13: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 5

Bagi memastikan semua syarikat pengendalian pelancongan mematuhi arahan

larangan perkongsian bilik di antara pemandu pelancong dan pemandu bas pelancong yang berlainan jantina semasa menjalankan tugasan mengendalikan pakej pelancongan yang diaturkan, kementerian ini telah mengambil langkah meminda Peraturan-peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan Pindaan 2010) dengan memasukkan peraturan 6(1)(n) di mana pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh pesuruhjaya daripada semasa ke semasa. Pindaan ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 2010. Selaras dengan pindaan ini, kementerian telah mengeluarkan Garis Panduan Pematuhan Syarat-syarat Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang ditetapkan oleh pesuruhjaya seperti berikut;

Syarat 13 – tanggungjawab ke atas pegawai kakitangan syarikat ataupun pemegang lesen hendaklah tidak membenarkan pegawai dan kakitangan berlainan jantina termasuklah pemandu pelancongan dan pemandu bas persiaran berkongsi bilik penginapan semasa mengendalikan pakej pelancongan. Syarat lesen ini telah pun diedarkan kepada semua syarikat pengendalian pelancongan semasa kelulusan lesen baru dan pembaharuan lesen.

Tambahan kepada itu, kementerian ini telah juga mewajibkan semua syarikat pengendalian pelancongan yang dilesenkan untuk menghadiri kursus pengurusan pelancongan dan pengembaraan yang menekankan aspek perundangan, peraturan dan syarat lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan Peraturan-peraturan Industri Pelancongan yang perlu dipatuhi. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

Tuan Pau Chiong Ung: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan diberi tadi. Soalan tambahan saya ialah sehingga kini, berapakah bilangan pemandu pelancong lelaki dan wanita yang didaftarkan oleh kementerian dan adakah sebarang aduan dikemukakan di mana pemandu pelancong wanita menghadapi gangguan oleh rakan sekerja atau pelancong semasa menjalankan tugas. Sekiranya ada, apakah tindakan kementerian ambil untuk mengatasi masalah sedemikian. Sekian.

Dato Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung atas soalan tambahan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini yang terkini, bilangan pemandu pelancong lelaki ialah seramai 5,966 orang, bilangan pemandu pelancong perempuan pula jumlah keseluruhannya ialah 2,952 orang. Sebelum ini tidak pernah laporan tentang pemandu pelancong perempuan yang berkongsi bilik sama pemandu pelancong lelaki, setakat inilah tidak ada. Bagi dua tahun setengah yang lepas, bilangan kompelin semuanya ialah 724 tetapi tidak satu pun ada kompelin tentang kes sekarang, kes berkongsi bilik seperti sekarang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Datuk Maijol untuk soalan tambahan.

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah adakah kementerian memberikan galakan secara beramai-ramai kepada pemandu-pemandu pelancong kita untuk mempelajari bahasa asing? Saya rasa penguasaan bahasa asing adalah penting bagi mereka supaya mereka boleh menjadi pemandu pelancong yang baik kepada pelancong-pelancong dari luar negara. Saya mengingati pengalaman kami waktu di Beijing, pemandu pelancong adalah dari China tetapi dia berbahasa Melayu, first class. Sampai peribahasa Melayu dia pandai, pantun Melayu pun dia pandai jadi kami rasa selesa dengan itu. Saya rasa demikian juga pemandu-pemandu asing yang datang ke Malaysia akan selesa kalau pemandu asing kita bercakap dengan bahasa mereka sendiri. Jadi adakah kementerian menuju ke arah itu secara holistik, secara beramai-ramai supaya menjadi satu budaya pelancongan kita. Terima kasih.

Page 14: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

6 DN 5.7.2011

Dato Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk

Maijol tentang soalan tambahan tersebut iaitu sama ada kementerian menggalakkan pemandu pelancong asing juga untuk datang ke negara kita dan pemandu pelancong negara kita untuk belajar bahasa asing. Kementerian sememangnya menggalakkan pertamanya pemandu pelancong negara kita sendiri untuk belajar apa sahaja bahasa-bahasa asing kerana pelancong luar negara, pelancong asing yang datang ke negara kita ramai daripada kalangan mereka seperti dari negara China tidak faham percakapan dan perbualan dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Malaysia tetapi pemandu pelancong kita yang pandai berbahasa Mandarin memang ramai.

Selain daripada itu, pemandu pelancong kita juga yang memang pandai berbahasa Arab, itu pun ramai. Jadi senang untuk mengendalikan pelancong-pelancong dari luar negara. Berkenaan pemandu pelancong dari luar negara, kita juga membenarkan mereka masuk ke negara kita membawa kumpulan pelancong untuk melancong kerana mereka dalam bahasa mereka sendiri dan mereka juga faham bahasa Inggeris dan juga mungkin ada yang faham juga bahasa kita iaitu bahasa Malaysia yang disebut oleh Yang Berhormat Senator tadi. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Dato' Azian bin Osman.

3. Dato’ Azian bin Osman minta Perdana Menteri menyatakan, kesediaan kerajaan terutama kerajaan negeri bagi FELDA dalam mencari perluasan tanah rancangan yang baru untuk dibangunkan secara komprehensif dengan tujuan penempatan peneroka baru dan membasmi kemiskinan

■1030

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Dato’ Senator Azian Osman hari ini bersekali dengan Yang Berhormat Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan yang dijadualkan esok kerana kedua-duanya adalah berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Pada Januari 1990 kerajaan telah membuat keputusan bahawa tidak ada lagi peneroka baru diambil untuk mengisi kawasan-kawasan rancangan. Akan tetapi pada tahun 2006 Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri pada ketika itu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membuka semula rancangan FELDA dengan syarat ada kerajaan-kerajaan negeri bersedia untuk memberi kawasan tanah baru. Namun sehingga ke beberapa bulan yang lepas, tidak ada sebuah kerajaan negeri pun yang bersedia untuk memberi tanah baru bagi FELDA membuka rancangan dan mengambil peneroka baru.

Walaupun begitu, baru-baru ini Kerajaan Negeri Sarawak ada mengemukakan cadangan kita tahu bahawa Sarawak masih terdapat lagi rakyat yang miskin dan pada ketika yang sama keluasan tanah negeri Sarawak itu hampir sama luas dengan Semenanjung Malaysia. Kita sedang mengkaji tentang tawaran ini dan kita akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak setakat manakah yang mereka inginkan.

Satu lagi yang saya ingin mengumumkan bahawa daripada 112,635 peneroka, jumlah peneroka Melayu adalah sebanyak 108,322, peneroka kaum Cina 1,097 keluarga, peneroka kaum India 1,522 dan lain-lain bumiputera khasnya di Sabah 1,694 keluarga. Jika kita membuka rancangan baru seperti yang dicadangkan di Sarawak yang akan dibincangkan, kemungkinan bukan lagi sebagaimana yang kita buat selama ini memberikan tanah sepuluh ekar ataupun tapak rumah suku ekar dan sebuah rumah, mungkin kita ada model baru. Lima ekar dengan pertanian bersepadu bersekali dengan ternakan dan juga tanaman kontan apabila ditanam sawit sementara menunggu sawit itu besar. Kita sedang mengkaji model ini dan perbincangan-perbincangan telah pun dilakukan.

Page 15: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 7

Kita ingin juga memaklumkan bahawa oleh kerana FELDA adalah merupakan

suatu usaha pembangunan tanah yang paling berjaya dalam dunia ini, sebuah negara di Afrika iaitu Sierra Leone telah memohon supaya Kerajaan Malaysia membantu membina rancangan seumpama FELDA di negara Sierra Leone. Adalah dimaklumkan bahawa kita telah selesai menanam kelapa sawit, membantu mereka menanam kelapa sawit dalam sejumlah ekar yang tertentu.

Dan sekarang ini FELDA menuju kepada fasa yang kedua iaitu membina perumahan di kawasan itu dan juga akan membina kilang di Sierra Leone. Ini menunjukkan bahawa konsep FELDA ini sesuai diadakan di negara-negara khususnya untuk membasmi kemiskinan.

Kemudian disebut bahawa masa depan generasi belia-belia yang kurang berpelajaran yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Datuk Subbaiyah. Sebenarnya FELDA ini bukan untuk itu tujuan dia. Tujuannya ialah untuk membasmi kemiskinan. Syaratnya adalah tidak mempunyai tanah dan perkara ini telah kita laksanakan dan ternyata bahawa semua yang memasuki FELDA mereka tidak lagi miskin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat bersama-sama kita pagi ini ialah satu delegasi daripada Parlimen Tanzania yang diketuai oleh Yang Berhormat Anna Abdallah... [Tepuk] Bagi pihak Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya mengalu-alukan kedatangan mereka ke negara Malaysia. Semoga kehadiran delegasi Tanzania dapat mengeratkan lagi persahabatan baik antara Parlimen Malaysia dan Tanzania serta ikatan persaudaraan antara kedua-dua negara yang telah sekian lama terjalin kukuh selama ini. Terima kasih.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi. Tanah adalah asas kepada FELDA. Jadi kita lihat sekarang tiada pertambahan tanah kecuali Sarawak setakat ini oleh kerajaan negeri. Masalah FELDA ini yang pertamanya saya lihat di bawah sana jumlah warga FELDA ini bertambah, tanah tidak bertambah. Bagaimanakah langkah jangka panjang pihak FELDA dan kerajaan untuk mengatasi masalah penempatan generasi kedua, ketiga, keempat, kelima FELDA nanti.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, bila tiada tanah bermakna aset FELDA tidak bertambah. Jadi bagaimanakah FELDA akan menguruskan terutama pendapatan FELDA pada keadaan jangka sekarang untuk masa depan. Sekian.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan:Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Saya ingin menyatakan di sini bahawa transformasi yang cukup hebat dan berjaya kalau kita ingin melihat kejayaannya ialah daripada FELDA. FELDA ini membangun hutan. Apabila hutan telah dibangunkan menjadi kampung, selepas menjadi kampung dan pada ketika masa yang sama menjadi ladang, hutan-kampung-ladang. Selepas itu apa yang berlaku transformasi pada FELDA ini, kita membina syarikat setakat ini ada 88 anak syarikat. Seterusnya transformasi yang hebat sekarang ini dilaksanakan ialah daripada hutan kepada global. Terdapat 12 negara yang kita mempunyai pelaburan bererti FELDA bukan hanya dikenali sebagai membuka ladang tetapi mempunyai perniagaan-perniagaan yang berjaya di dalam negara dan juga 12 buah negara di peringkat antarabangsa. Yang disebut oleh Yang Berhormat tentang jumlah cucu cicit peneroka ini sekarang ini berjumlah 1.6 juta orang. Peneroka ini ramai anak. Sebab di antara puncanya ialah kerana kawasan mereka ini kawasan hulu, kawasan jauh, kawasan tepi-tepi hutan lampu tutup awal Yang Berhormat... [Ketawa]

Apabila lampu tutup awal mereka menjadi manusia yang produktif. Itu sebab ramai anak dan jumlah 1.6 juta orang anak cucu ini...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, orang tinggal dan duduk di bandar pun ada anak ramai juga.

Datuk Ahmad bin Maslan: Ya betul, betul! Itu sengaja tutup awal lampu... [Ketawa] Rezeki masing-masing. Jumlah 1.6 juta orang ini sebahagiannya berada dalam FELDA dan sebahagiannya berada di luar FELDA. Bagaimanakah cara untuk kita menambahkan penempatan tanah yang semakin sentiasa jumlahnya tetap sama tetapi orang makin ramai.

Page 16: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

8 DN 5.7.2011

Kita membenarkan peneroka untuk membesarkan rumah mereka, tanah suku ekar

itu boleh tinggal beberapa kaki sahaja di kiri dan kanan dan mereka boleh dirikan rumah bertingkat pun tidak apa di atas tanah itu asalkan daripada atas nampak satu bumbung. Hendak buat tiga tingkat kalau cukup duit, hendak 12 bilik ada peneroka 12 bilik Tuan Yang di-Pertua, sebab anak dia sebelas. Rumah dan setiap satu bilik ada bilik air. Ini satu kejayaan yang ingin saya kongsikan di sini.

Selain daripada itu kita juga sedang menambah penempatan peneroka ini sudah ada 11 projek perumahan warga FELDA dan pada hari Khamis ini 7 Julai setiap tahun ialah Hari Peneroka. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan Hari Peneroka di Bandar Pusat Jengka dan akan menukar nama Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak mengingati pengasas FELDA, Tun Abdul Razak. Pada hari Khamis ini satu program yang besar yang akan dihadiri oleh 12,000 orang yang kita tunggu lagi pengumuman-pengumuman yang lain.

Yang soalan kedua adalah aset FELDA. Aset FELDA ataupun harta FELDA. Setakat ini jumlahnya RM19 ribu juta. Jumlah cash di tangan FELDA sekarang ini ada RM2.8 ribu juta. Jumlah saham yang boleh dicairkan campur aset RM2.8 ribu juta jumlahnya RM10 ribu juta. FELDA ini jauh daripada bankrap sebagaimana tuduhan pembangkang. Dan RM19 ribu juta aset itu sebenarnya tidak dinilai mengikut harga semasa. Kalau kita ikut nilai harga semasa tanah 331,000 hektar itu saya rasa empat lima kali ganda daripada jumlah aset yang ada.

Bagaimanakah kita menguruskan aset ini? Kita menguruskan aset sebagaimana saya sebutkan tadi macam-macam yang kita buat. Satu lagi perkara yang kita buat sekarang ini ialah menukar FELDA menjadi gedung makanan negara. Di mana kita boleh mengumpul barang-barang keluaran seperti pertanian, sayuran, tumbuhan, ternakan dan akuakultur dijadikan pusat di kawasan FELDA. Satu lagi FELDA sekarang ini tauke gula Tuan Yang di-Pertua.

■1040

Dulu Robert Kuok tauke gula. Kita beli saham Robert Kuok itu RM1.5 ribu juta dan kita senaraikan syarikat yang berkenaan iaitu MSM pada 28 Jun baru-baru ini. Pukul sahaja gong, untung RM1.40 dan daripada hasil itu, sejumlah RM1.1 ribu juta dana terkumpul hasil daripada penyenaraian MSM Holding.

Satu kejayaan yang besar dan perkara-perkara macam ini kita akan terus laksanakan bagi mengusahakan aset FELDA menuju kepada biodiesel, biomass dan juga bioteknologi. Kita ada satu pusat bioteknologi yang terbesar di Asia iaitu di Nilai untuk kita menubuhkan dan juga melakukan R&D bagi mendapatkan benih-benih dan baka-baka yang baik untuk kelapa sawit, getah dan juga tumbuhan-tumbuhan lain yang sedang kita usahakan sekarang. Banyak perkara baru. Transformasi yang cukup berjaya yang dilaksanakan oleh FELDA. Terima kasih.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada kerajaan, khususnya pengurusan FELDA, kerana FELDA adalah satu lambang flagship, dengan izin, antara kejayaan Malaysia di samping Lembaga Tabung Haji dan PNB.

Soalan saya berkisar kepada dua perkara Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih atas penjelasan yang diberikan tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjelaskan tentang beberapa usaha kerajaan terutama memanfaatkan biotech dan juga teknologi hijau seperti biomass dan lain-lain yang disebut tadi. Soalan saya, dalam hal ini, apakah manifestasi daripada kejayaan itu yang dapat dinikmati oleh peserta FELDA sendiri khususnya dalam bentuk peningkatan pendapatan supaya kami dapat kongsi bersama di atas kejayaan itu.

Yang keduanya, saya memahami constrain yang dihadapi oleh FELDA dari segi peluasan tanah. Apakah forward planning, dengan izin, FELDA yang sekarang berasaskan horizontal farming, dengan izin, mengarah kepada apa yang dipanggil vertical farming. Dengan itu dapat meningkatkan pengeluaran dan dapat mengatasi masalah food security dan seterusnya dapat meningkatkan GNI per kapita di bawah MBE. Sekian, terima kasih.

Page 17: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 9

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Hebat soalan Yang Berhormat Senator

Datuk Akbar Ali. Apakah manifestasi terhadap kejayaan FELDA ini? Antaranya dari segi tambahan pendapatan, purata lebih kurang pendapatan yang meneroka dan menanam getah lebih kurang RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Yang menanam kelapa sawit antara RM4,500 hingga RM6,500 sebulan, kecuali yang tanam semula. Purata pendapatannya kuranglah sebab belum berhasil. Ada yang rajin mengusahakan dan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Sampai RM7,000 hingga RM8,000 pun ada pendapatan sebulan. Itu contoh manifestasi kejayaan dari segi hasil ladang.

Manifestasi kejayaan dari segi hasil anak peneroka yang dibina dengan baik melalui pendidikan, sistem persekolahan, sistem gotong-royong dan seluruhnya seperti keceriaan kampung dan macam-macam menyebabkan mereka boleh belajar dengan baik. Apakah manifestasi akhir? Yang kita lihat ialah kejayaan anak-anak peneroka di mana-mana kita boleh dapati.

Antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi adalah anak peneroka, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia adalah anak peneroka, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ialah anak peneroka, Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri ialah anak peneroka, penyanyi yang hebat iaitu Mawi pun anak peneroka, chef yang paling hebat di Malaysia pun anak peneroka iaitu Chef Wan dan antara orang Melayu yang paling kaya di Malaysia iaitu Tan Sri Rozali Ismail pun anak peneroka. Itu satu lagi manifestasi kejayaan.

Yang Ahli Yang Berhormat sebut forward planning, vertical farming, perkara yang saya sebut tadi, kita sedang melaksanakan suatu yang dipanggil gedung makanan negara. Kita memperuntukkan RM700 juta, bukan sedikit kepada gedung makanan negara ini dan di antara perkara yang kita mulakan ialah menanam, memperhebatkan apa yang dipanggil sebagai edible garden di sebelah rumah peneroka di seluruh negara. Tanam dengan sayur-sayuran dan kemudian dijual kepada FAMA. Kemudian satu lagi yang kita laksanakan ialah tanaman pisang berangan secara agak besar, tanaman cili kulai yang agak besar, ternakan ikan tilapia yang agak besar dan juga lembu daging yang agak besar, yang kita laksanakan bagi memastikan bahawa tanah yang digunakan itu akan digunakan secara optimum. Terima kasih.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah isu kerajaan negeri tidak memberi tanah untuk dibangunkan sebagai skim FELDA ini adalah suatu yang standardlah. Di mana-mana pun. Cuma yang saya ingin tanyakan ialah apakah telah diusahakan benar-benar antara FELDA dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah seperti di Pahang dan di Johor dengan pendekatan-pendekatan baru. Contohnya ialah, umpamanya kalau hendak buka FELDA baru di Johor, maka sewajarnyalah peneroka-peneroka itu datangnya daripada Johor kerana ini akan menyelesaikan masalah kemiskinan di Johor dan sekali gus apabila tanah itu nanti mendapat hak milik, dia akan pergi kepada orang Johor.

Begitu juga di Pahang dan negeri-negeri lain. Selama ini buka FELDA ini open. Orang Kelantan pergi ke Pahang, orang Kedah pergi ke Johor. Jadi, ada baiknya. Ada baiknya tetapi ada juga kesan-kesan yang kurang baik. Apakah FELDA mempunyai atau meneroka kaedah-kaedah baru ini untuk mengusahakan balik semula dengan kerajaan-kerajaan negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini juga mengalu-alukan kehadiran pengetua, guru-guru dan penuntut dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan... [Tepuk] Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop. Ya, ada satu lagi perkara yang menjadi permintaan kepada anak-anak peneroka ini yang kita sedang memenuhinya dengan bantuan kerajaan negeri.

Page 18: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

10 DN 5.7.2011

Lot-lot kosong mereka inginkan untuk jadi tapak rumah dan kita sudah mulakan

dengan memberikan lot-lot kosong 4,000 kaki persegi hingga 5,000 kaki persegi kepada anak-anak peneroka di Johor. Kerajaan Negeri Pahang pun mula memohon perkara yang sama termasuk juga Kerajaan Negeri Sembilan.

Jadi, permohonan tanah ini tidak berkesudahan nampaknya. Kalau kita hendak memberikan tanah lagi untuk membasmi kemiskinan, memang saya setuju 100 peratus tetapi kemiskinan tegar semakin sifar di negara Malaysia. Pada saya elok kita memberikan tanah dalam bentuk baru seperti lima ekar bersepadu misalnya kepada yang miskin tegar dan jumlah miskin tegar ini hampir sifar. Tinggal 100 buah keluarga atau beberapa lagi di negara Malaysia ini. Oleh kerana itu tanpa mengira kaum, patut kita beri untuk selesaikan perkara itu. Orang yang miskin memang ramai sebab miskin ini relatif. Miskin yang relatif. Dia boleh jadi mudah miskin dan mereka kembali miskin berdasarkan kepada harga barang, berdasarkan kepada purata pendapatan mereka.

Kalau itu kita hendak selesaikan, memang agak tidak ada kesudahan. Walau bagaimanapun, saya menerima baik cadangan Yang Berhormat itu dan kita cuba mulakan dengan Sarawak sebab Sarawak mempunyai tanah yang luas dan saya juga setuju bahawa penduduk yang termiskin di negeri itu diberikan tanah di negeri itu. Walaupun begitu, pada tahun 1956 iaitu 55 tahun yang dahulu, kita memilih tanpa mengira negeri. Oleh kerana itu, peneroka Pahang, kawasan yang paling luas ada kawasan FELDA tetapi penerokanya majoriti bukan daripada negeri Pahang dan kadang-kadang menimbulkan masalah juga terutama peneroka-peneroka daripada Kelantan yang bukan hanya datang ke situ membawa diri, mereka datang ke situ juga membawa ideologi. Jadi hal kepada kita. Terima kasih atas soalan itu. Itulah pandangan saya. Terima kasih.

■1050

4. Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah kementerian memantau bahawa kaunter tambah nilai Touch ‘n Go menggunakan kemudahan kad kredit jauh lebih kurang berbanding tunai, apakah kemudahan ini lebih menjurus kepada keuntungan kepada syarikat daripada kemudahan untuk rakyat dan nyatakan jumlah kutipan bulanan melalui tunai dan kad kredit bagi tempoh dua tahun hingga kini.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam operasi dan transaksi kewangan syarikat Touch ‘n Go Sdn. Bhd. atau dikenali TNGSB bukan terletak di bawah bidang kuasa kementerian ini, sebaliknya ia dipantau oleh Bank Negara Malaysia menerusi Akta Sistem Pembayaran 2003 atau dikenali Akta 627. Di samping perkhidmatan tambah nilai secara tunai TNGSB juga turut menyediakan perkhidmatan tambah nilai menggunakan kad kredit.

Perkhidmatan ini boleh diperolehi di kaunter-kaunter dan hab Touch ‘n Go, kaunter-kaunter plaza tol terpilih atau tambah nilai secara automatik menerusi kemudahan auto reload kad kredit Zing Touch ‘n Go. Sebarang kos dan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bank setiap kali pengguna membuat transaksi tambah nilai menggunakan kad kredit adalah ditanggung oleh TNGSB kecuali bagi kemudahan auto reload di mana pengguna akan dikenakan caj tambahan antara RM1 hingga RM3 tertakluk kepada kadar perjanjian antara pihak bank terbabit dengan TNGSB. Caj ini bertujuan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank dan TNGSB.

Sehingga 31 Mei 2011 terdapat tujuh bank yang telah mengambil bahagian dalam menyediakan kemudahan auto reload kad kredit Zing Touch ‘n Go. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga sehingga tahun berakhir 2010, jumlah keseluruhan tambah nilai kad Touch ‘n Go ianya sebanyak RM1.737 juta, daripada jumlah tersebut sebanyak hampir RM340 ribu atau 19.6 peratus ialah transaksi tambah nilai menerusi kad kredit. Statistik jumlah tambah nilai secara tunai dan kad kredit oleh TNGSB untuk tahun berakhir 2010 dan tahun 2011 sehingga 31 Mei akan dikemukakan kepada Ahli Yang Berhormat secara bertulis kerana ia panjang sangat. Sekian, terima kasih.

Page 19: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 11

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapannya. Baru-baru ini saya dapati pengguna lebuh raya yang menggunakan kad Touch ‘n Go masih belum menuntut rebat 20 peratus yang kini berjumlah RM111 juta. Yang Berhormat Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan sesetengah orang tidak memerlukan rebat ataupun lupa untuk berbuat demikian. Hakikat sebenarnya adalah sistem yang diguna pakai oleh pihak Touch ‘n Go didapati sentiasa offline. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri saya sendiri telah pergi ke beberapa kaunter pada satu minggu yang lepas tetapi tiada satu kaunter pun yang boleh membantu saya reload. Alasan yang diberikan adalah offline. Kalau sistem yang digunakan ini tidak dapat menampung permintaan jangan menyalahkan rakyat. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya ini adalah perkara yang saya baru dengar hari ini. Saya akan melihat di mana masalahnya dan saya akan membawa isu ini kepada pihak berkenaan supaya ia diberikan satu jawapan yang benar. Sekian, terima kasih.

5. Tuan Ng Fook Heng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kenapa boleh berlaku masalah pada MyKad memandangkan ianya adalah satu dokumen yang amat penting bagi setiap rakyat. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato' Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng kerana mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, masalah pada MyKad dapat diklasifikasikan kepada pelbagai kategori seperti masalah kad rosak, kehilangan dan lain-lain. Ciri-ciri keselamatan MyKad hari ini adalah di tahap yang terbaik dan tidak boleh diciplak untuk membuat MyKad palsu. Antara penambahbaikan MyKad yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut:

(i) penggunaan MyKad struktur baru 100 peratus polikarbonat bermula 13 Mei 2009 yang mengandungi lapisan laminated anti tanggal bagi mengatasi masalah kualiti MyKad yang mudah terkopak dan mencegah pemalsuan MyKad;

(ii) makmal incoming quality check di pusat pengeluaran kad Jabatan Pendaftaran Negara yang bertujuan menguji dan mengesan kualiti kad mentah dari pembekal bagi memastikan menepati piawaian smart card secara real time; dan

(iii) teknologi optical variable devices di permukaan hologram dipertingkat kualiti supaya lebih mudah dikesan.

Selain dari itu, Jabatan Pendaftaran Negara sedar banyak pihak yang sedang berusaha untuk menjiplak bagi membuat MyKad palsu, dengan sebab itu JPN sentiasa membuat penambahbaikan yang berterusan bagi menghalang orang-orang yang tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk menjiplak dan memalsukan MyKad. Antara perkara-perkara yang sedang dirancang untuk penambahbaikan adalah seperti berikut:

(i) menggunakan invisible personalize information, invisible constant image bagi menyimpan maklumat tersembunyi pemilik kad yang hanya boleh dilihat di bawah kanta khas;

(ii) menggunakan imej ultra violet di atas permukaan kad yang menggunakan teknologi percetakan terbaik dan tidak boleh ditiru;

(iii) lindungan lamination ultra tempered evidence pada gambar potret yang mudah terkoyak apabila cuba dikopek bagi tujuan pemalsuan; dan

Page 20: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

12 DN 5.7.2011

(iv) menggunakan tulisan laser pada gambar dan mikrotech MyKad

agar cetakan tidak mudah tertanggal dan diubah pinda.

Sekian, terima kasih.

Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih atas jawapan tadi. Terdapat juga maklumat yang tertera dalam MyKad atau yang tertulis dalam MyKad itu tidak sama dengan maklumat dalam cip. Contohnya saya sendiri baru-baru ini dapat tahu bahawa dalam cip tarikh lahir saya adalah 12 tetapi yang tertera itu adalah sepuluh. Jadi ini menyusahkan saya bila pergi ke bank. Bank tolak permohonan saya dan satu lagi ialah ada juga kawan saya dia lelaki tetapi nombor akhir itu adalah nombor genap. Sebenarnya lelaki kena nombor ganjil kan?

Jadi kenapa boleh berlaku begini dan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengesan kesalahan pada MyKad dan untuk mengatasi masalah ini. Sekian.

■1100

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, sekiranya terdapat mana-mana maklumat tidak betul, adalah menjadi tanggungjawab pemegang MyKad tersebut hendaklah dengan segera untuk melaporkan hal ini kepada Pejabat Pendaftaran yang terdekat dan memohon kad pengenalan gantian dengan mengandungi butir-butir yang betul. Bagi mengatasi masalah maklumat cip tidak betul, pemegang MyKad adalah dinasihatkan mendapat cetakan chip content di mana-mana Pejabat Pendaftaran semasa mengambil kad pengenalan yang telah siap dan membuat semakan bagi memastikan semua maklumat di dalam cip dan pada kad adalah tepat dan betul. Setelah disemak sekiranya didapati maklumat dalam cip tidak betul, Jabatan Pendaftaran Negara akan mengambil tindakan membuat gantian kad pengenalan dengan segera dan dikecualikan bayaran fi. Terima kasih.

Tuan Lee Cheam Choon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini terdapat dakwaan mengatakan kerajaan telah mengeluarkan MyKad kepada warganegara asing terutamanya dari Indonesia dan yang berlaku juga di Sabah. Jadi pengeluaran MyKad ini kepada warga asing adalah untuk tujuan yang tertentu khususnya bagi pilihan raya yang akan datang. Jadi adakah dakwaan ini benar atau palsu? Sekian, terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, MyKad atau kad pengenalan Malaysia hanya dikeluarkan oleh kerajaan kepada individu yang bertaraf warganegara Malaysia sahaja. Kerajaan tidak pernah mengeluarkan ataupun memberikan MyKad kepada warganegara asing.

Bagi setiap permohonan kad pengenalan, pemohon tersebut hendaklah memenuhi atau mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan. Antara perkara yang diperlukan bagi memproses setiap permohonan kad pengenalan adalah seperti berikut:

(i) setiap permohonan kad pengenalan mestilah dibuat bersama penganjur. Bagi permohonan semasa usia 12 tahun, penganjur sama ada ayah atau ibu adalah diwajibkan untuk hadir bersama. Dalam kes-kes tertentu jika kedua-duanya tiada, makcik dan pakcik atau adik-beradik lain yang berusia lebih 21 tahun dibenarkan untuk menjadi penganjur; dan

(ii) sijil lahir terkini yang sah dan teratur diperlukan, manakala permohonan kad pengenalan bagi permohonan daftar lewat pula sama ada sijil lahir atau sijil warganegara yang sah dan teratur diperlukan.

Sekian, terima kasih.

6. Dr. Syed Husin Ali minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, purata kelajuan internet jalur lebar di Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran dan bagaimana tahap liputan serta kelajuannya dapat ditambah.

Page 21: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 13

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I [Dato’ Joseph

Salang anak Gandum]: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, perbandingan akses internet boleh dilihat dari beberapa konteks yang berbeza seperti kualiti sambungan internet jalur lebar, kapasiti antarabangsa dan dari segi keperluan aplikasi semasa. Buat masa ini, kelajuan jalur lebar pengguna yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan adalah antara 384 kbps sehingga 20 mbps, manakala bagi kegunaan perniagaan adalah sehingga 1 gbps. Juga tertera dalam rekod kementerian ini, menerusi Kampung WiFi atau Kampung Tanpa Wayar, hampir kesemuanya bermula dengan kelajuan 20 mbps hingga 4 mbps. Bagi Telekom Malaysia pula, di zon khusus seperti di zon ‘A’ kawasan ekonomi, ianya mencapai sehingga 50 mbps.

Pada masa ini kelajuan akses internet dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding dengan negara-negara serantau seperti China, India dan Filipina. Namun demikian, pelbagai langkah sedang diambil oleh kerajaan bagi menambah baik kelajuan akses internet di Malaysia agar setanding dengan negara-negara maju. Setakat ini, liputan jalur lebar termasuk jalur lebar mudah alih 3G adalah 30 peratus di kawasan berpenduduk. Dana pemberian perkhidmatan sejagat atau USP akan menyediakan liputan sehingga 97 peratus di kawasan berpenduduk dan boleh digunakan untuk menambah liputan 3G atau jalur lebar mudah alih.

Antara usaha yang sedang diambil bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti internet di negara ini ialah:

(i) meningkatkan kapasiti dan kualiti rangkaian teras iaitu rangkaian tulang belakang atau backhaul;

(ii) meningkatkan keupayaan rangkaian antarabangsa termasuk membangunkan infrastruktur baru seperti stesen pendaratan kabel dasar laut;

(iii) menggalakkan pertukaran trafik internet dalam negara dengan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik internet atau MyIX di seluruh negara; dan

(iv) menggalakkan pemberi kandungan utama antarabangsa seperti Yahoo! dan Facebook untuk meletak pelayan laman web atau hosting mereka di Malaysia bagi mengurangkan pengaliran trafik internet ke luar negara.

Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita buat perbandingan, kita lihat bahawa kelajuan Malaysia adalah paling teruk di negara Asia ini dan harganya pula boleh dikatakan paling mahal. Saya berikan angkanya. Dari segi kelajuan, Malaysia – 3.1 mbps; Vietnam – 8.28 mbps; Thailand – 5.52 mbps dan Filipina – 3.38 mbps.

Jadi ertinya dari segi kelajuan, Malaysia adalah jauh lebih rendah terutama sekali kalau dibandingkan dengan Singapura iaitu 17.53 mbps. Kalau dikatakan bahawa akses adalah susah di kawasan-kawasan luar bandar mengakibatkan kita slow, ini tidak dibuktikan dengan keadaan Vietnam, Filipina dan Thailand di mana lebih baik kelajuannya.

Dari segi harga pula, kita dapati...

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Soalannya ialah mengapakah berlakunya perkara ini? Keduanya ialah dari segi harga, kita dapati harga di Malaysia ialah USD26.8; Singapura cuma USD5.2; Thailand – USD4.36; Vietnam – USD15.37; dan Filipina – USD34.34. Jadi ertinya, harga untuk kelajuan ini adalah paling tinggi di Malaysia selain daripada Filipina dan jauh lebih rendah daripada negara-negara lain. Jadi, saya hendak tahu apakah sebabnya, maka berlaku kelajuan yang slow ini dan harga yang begitu tinggi untuk Malaysia? Terima kasih.

Page 22: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

14 DN 5.7.2011

■1110

Dato’ Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Yang Berhormat Senator dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang diakui bahawa kelajuan internet kita di Malaysia ada kurang daripada beberapa buah negara tetapi bukanlah seteruk yang digambarkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu di Asia Pasifik kita adalah di angka ke-15. Mengapakah kelajuan ini sangat kurang daripada misalnya, Singapura. Singapura adalah sebuah negara yang boleh dianggap sebagai bandar raya. Sekiranya kita bandingkan satu persatu iaitu Bandaraya Singapura dengan Kuala Lumpur, mungkinlah kita boleh bandingkan tetapi jangan bandingkan dengan seluruh negara. Akan tetapi, begitu juga kalau ditanya mengapa pula Thailand, Vietnam dan Philippines.

Jadi, ada beberapa faktor yang mengurangkan kelajuan internet kita di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara tersebut. Kita mesti lihat daripada segi perspective penduduknya kerana penduduknya lebih pesat, lebih senang disediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dan yang lebih ketara iaitu di Malaysia kebanyakan trafik kita adalah ke luar negara. Di negara-negara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, Thailand, Filipina dan Vietnam, kebanyakan trafiknya adalah trafik dalam negara. Oleh yang demikian, ia tidak memesatkan trafik antarabangsa mereka dan itulah adalah satu-satunya sebab yang boleh mengurangkan kelajuan internet kita di Malaysia.

Kedua, berkenaan dengan mengapa pula harga ataupun tarif internet kita di Malaysia lebih tinggi daripada negara-negara yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kita mesti lihat daripada segi kos infrastrukturnya, bagaimanakah kita mengendalikan internet ini dan infrastrukturnya yang mana kepesatan penduduk lebih tinggi dari tempat-tempat misalnya, di Malaysia. Oleh kerana kalau kita bandingkan Malaysia dengan negara-negara yang disebutkan oleh Yang Berhormat, penduduk kita adalah sangat tidak begitu pesat daripada segi beberapa aspek iaitu di luar bandar misalnya, kita memang kurang penduduk. Oleh yang demikian, walaupun kurang penduduk, kita mesti sediakan perkhidmatan dan mesti sediakan infrastruktur.

Ini adalah sedikit sebanyak menaikkan kos per subscriber daripada segi pengendalian infrastruktur. Banyak lagi perkara lain yang boleh kita bincangkan dalam pemberian perkhidmatan internet ke negara. Sebagaimana yang telah saya katakan dalam jawapan asal saya tadi, kementerian memang sedar akan kedudukan kita sekarang dan kita mencari jalan bagaimana kita boleh memperluaskan lagi bukan hanya meninggikan lagi kelajuan tetapi memperluaskan lagi perkhidmatan ini ke seluruh negara. Beberapa langkah yang sedang diambil, saya percaya akan meningkatkan prestasi internet kita di Malaysia dan mungkin tidak lama lagi boleh setanding dengan negara-negara yang disebutkan oleh Yang Berhormat.

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar: Assalamualaikum. Soalan saya nombor 7.

7. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah kementerian melaksanakan koperasi induk bagi mengurangkan penguasaan orang tengah dalam memastikan harga barangan keperluan harian rakyat terus stabil.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Waalaikummussalam. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengurangkan penguasaan orang tengah dalam memastikan harga barangan keperluan harian rakyat terus stabil, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah melaksanakan konsep koperasi induk khusus bagi koperasi-koperasi pengguna yang menjalankan aktiviti peruncitan. Koperasi induk ini bertindak sebagai pengedar barangan pengguna kepada koperasi peruncitan melalui pembelian secara pukal. Dengan cara ini, penguasaan orang tengah dapat dikurangkan dan rakyat terutama di luar bandar mendapat harga patut bagi barangan keperluan harian.

Koperasi induk ini telah dilaksanakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung, koperasi induk ialah Koperasi Permodalan Felda Berhad melalui anak syarikatnya 100 peratus milik koperasi iaitu Felda Trading Sdn. Bhd. Di bawahnya terdapat beberapa buah koperasi lain sebagai peserta yang membuat belian barangan pengguna.

Page 23: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 15

Di Sabah pula, koperasi induknya ialah Koperasi Majlis Daerah Keningau Berhad

yang mempunyai 22 buah koperasi peserta. Di Sarawak, sebanyak 43 buah koperasi peserta menjadi mentee di bawah koperasi induk iaitu Koperasi Kampung Bunan Berhad. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Hajah Zainun binti A. Bakar, soalan tambahan.

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, sejauh manakah keberkesanan peranan koperasi induk bagi setiap daerah untuk menstabilkan dan mengelakkan kenaikan harga barang secara melampau? Nyatakan jumlah koperasi induk di peringkat daerah yang telah wujud di seluruh negara dan perancangan yang seterusnya bagi memperkembangkan koperasi induk di daerah-daerah?

Sejauh manakah koperasi induk mampu menjadi payung pada 48 buah koperasi pemborong yang sudah beroperasi di seluruh negara serta dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menstabilkan harga barangan di kawasan setempat? Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun atas soalan tambahan itu tadi. Tuan Yang di-Pertua, setelah kita wujudkan koperasi induk ini semenjak tahun 2009, alhamdulillah ia telah memberikan banyak manfaat pada khasnya koperasi-koperasi yang berada di bawah koperasi induk tersebut. Satunya adalah daripada segi mendapat bekalan. Satunya adalah mendapat bekalan dengan harga yang berpatutan memandangkan koperasi induk ini ia membeli secara pukal. Ini juga adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh koperasi-koperasi mentee, kita panggil yang di bawah itu mentee, memandangkan kebanyakan koperasi mentee ini berada di luar bandar. Jadi, memang ini adalah sesuatu yang begitu baik sekali. Permulaannya memang Yang Berhormat, kita ada tiga buah koperasi induk ini dan insya-Allah ia akan kita buat lagi supaya ia menjadi satu outreach pada banyak lagi koperasi.

Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini kita sudah ada 50 buah koperasi pemborong di seluruh negeri dan angka ini asyik bertambah sebab ia terbuka kepada koperasi untuk memohon khasnya untuk menjadi koperasi pemborongan. Jadi, kita telah luluskan 50 buah tetapi banyak juga kita tolak dan ada juga di dalam pertimbangan. Jadi, bila koperasi ini bertambah, bermakna di dalam perancangan kita juga kita akan menambah juga koperasi induk. Sebab kadang-kadang koperasi induk ini kita pilih berdasarkan lokasi, lokasi yang jauh.

Satu juga kita berdasarkan berapa banyak koperasi pemborongan yang diwujudkan berdekatan dengan koperasi induk. Jadi Yang Berhormat dari segi keberkesanan boleh dikatakan syukur alhamdulillah ia sangat berkesan dan bukan itu sahaja kami juga ada perancangan untuk menambahkan lagi supaya memudahkan. Akan tetapi dari segi barangan dan sebagainya banyak daripada masalah dan juga harga dari segi bekalan dan harga itu dapat diatasi. Terima kasih Yang Berhormat.

■1120

8. Datuk Chin Su Phin minta Perdana Menteri menyatakan, setiap kali kejadian banjir berlaku di Sabah dan di mana-mana jua di negara ini, sudah pasti akan kedengaran luahan dan rintihan rakyat yang mengadu mengapa bantuan yang disalurkan lambat tiba kepada mereka dan apakah langkah-langkah atau strategi kerajaan dalam mengatasi masalah karenah birokrasi dan memastikan bantuan sampai kepada mangsa dengan segera.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Chin atas soalan pertama di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil berat dan juga amat prihatin terhadap masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat akibat daripada kejadian bencana dengan memberi bantuan pada mangsa bencana.

Bagi tujuan tersebut terdapat dua jenis bantuan utama yang disalurkan kepada mangsa bencana iaitu banduan wang ihsan tunai yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga bantuan makanan dan juga barangan yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Page 24: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

16 DN 5.7.2011

Penyaluran bantuan ihsan ini bukanlah bersifatkan rugi ataupun pampasan

sebaliknya berbentuk ihsan kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Kerajaan melalui MKN telah mengeluarkan mekanisme dan juga tatacara untuk memproses permohonan bantuan ihsan ini.

Bantuan yang disalurkan adalah berdasarkan permohonan yang dibuat oleh mangsa melalui Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri ataupun daerah dan dimajukan permohonan tersebut kepada MKN untuk diperakukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah untuk mempercepatkan proses pemberian wang ihsan, namun ia bergantung kepada jumlah mangsa banjir yang terbabit. Walaupun secara teorinya nampak mudah, tetapi Tuan Yang di-Pertua kerajaan perlu membuat semakan teliti bagi mengelakkan unsur penipuan dan juga pertindihan nama mangsa agar bantuan ihsan dapat disalurkan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkemaskan jentera bantuan kemanusiaan terutama telah menentukan pusat pemindahan yang sempurna dan kesesuaian untuk menempatkan mereka yang terlibat dengan bencana. Selain itu juga JKM telah mewujudkan lima depot bekalan bencana di negeri Kedah, negeri Selangor, Johor, Kelantan dan juga Terengganu dan 422 buah pangkalan hadapan. Depot dan juga pangkalan ini diwujudkan bagi memudahkan penyaluran bantuan barangan dan juga makanan semasa bencana. Kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan positif daripada semua pihak untuk memantapkan lagi sistem penyampaian pengurusan bencana ini kerana pengurusan bencana bukan terletak kepada tanggungjawab kerajaan semata-mata sebaliknya ia turut melibatkan orang awam, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan ataupun NGO dengan izin. Sekian, terima kasih.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ke atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah seperti berikut.

Rakyat sudah semestinya faham dan sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil berat dan amat prihatin terhadap masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka akibat daripada kejadian bencana. Walau bagaimanapun, panduan-panduan yang diberikan oleh agensi-agensi berkenaan seperti dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan sebentar tadi adalah hanya merupakan penyelesaian kepada masalah dalam jangka masa pendek atau short term measure, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, rakyat sudah mulai bosan dengan malapetaka yang sering dialami mereka setiap tahun. Sebagai contoh di Sabah, kejadian banjir...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tolong ya bagi soalan terus tidak perlu contoh.

Datuk Chin Su Phin: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan.

Datuk Chin Su Phin: Saya ingin mengetahui apa langkah-langkah dan jalan penyelesaian jangka masa panjang atau long term measure, dengan izin, bagi mengatasi masalah bencana banjir dan tanah runtuh yang sering berlaku ini? Selain itu saya juga ingin tahu ada satu tabung bantuan khas disediakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah-masalah bencana ini walaupun ia hanya berlaku di daerah-daerah negeri Sabah dan bukan di antara dua negeri dan sebagainya.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, daerah-daerah di negeri Sabah keluasannya adalah hampir sama...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Yang Berhormat, dua soalan cukup ya.

Datuk Chin Su Phin: Okey.

Timbalan Yang di-Pertua: Kita minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Sila duduk.

Page 25: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 17

Datuk Chin Su Phin: Yang Berhormat tolong menjelaskan. Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Chin atas soalan tambahan ini yang amat relevan.

Tuan Yang di-Pertua, kejadian seperti banjir ini pada kebelakangan tahun ini memang sering berlaku bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negeri Sarawak dan juga terlibat dengan seluruh negeri di Semenanjung. Kata-kata saintis, ini mungkin disebabkan oleh global warming dan kita baru-baru ini telah pun melihat kejadian banjir yang berlaku di Queensland di Australia, di New Orleans di Amerika Syarikat, baru-baru ini di negara China dan juga di Manila di Philippines tetapi syukurlah bahawa kita bertuah di negeri Sabah bahawa dikenali sebagai negeri di bawah bayu, kita tidak dilandai oleh taufan ataupun bencana yang begitu teruk kalau dibandingkan dengan negara jiran.

Akan tetapi walau bagaimanapun kerajaan sememangnya telah pun mengambil measure yang long term untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa pada masa banjir. Antara measure yang telah pun diambil oleh pihak kerajaan ialah untuk memantapkan sektor penyelidikan dan juga pembangunan dalam bidang pengurusan bencana yang dilaksanakan secara bersama oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Meteorologi Negara, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, Jabatan Mineral dan juga Geosains dengan institut-institut pengajian tinggi negara. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga mengambil langkah untuk membangunkan dan juga memastikan pelaksanaan arahan Majlis Keselamatan Negara dapat disalurkan kepada pihak yang berkenaan mengenai dasar dan juga mekanisme pengurusan bantuan bencana negara.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, langkah juga diambil untuk membangunkan beberapa peraturan-peraturan tetap operasi seperti PTO, pengendalian bencana banjir, bencana kebakaran hutan, bencana kebakaran terbuka dan jerebu, gempa bumi, bencana tsunami dan juga bencana kemarau. Ini tidak terhad dengan hanya banjir sahaja. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga memperkemaskan jentera bantuan bencana melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga menambah baik sistem amaran awal bagi gempa bumi, tsunami, amaran cuaca serta banjir melalui Jabatan Meteorologi Malaysia dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

■1130

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Selain daripada itu kerajaan juga menjalankan rancangan tebatan banjir di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Ini bertujuan untuk mengurangkan dan juga seterusnya Tuan Yang di-Pertua untuk mencegah kejadian banjir.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga sentiasa mengadakan program untuk meningkatkan kependidikan dan juga kesedaran rakyat tentang bencana banjir untuk menggalakkan mereka yang terlibat dalam keadaan seperti banjir ini dapat keluar seberapa cepat apabila keadaan tidak memberikan keselamatan kepada mereka. Kesedaran bencana ini adalah dibuat melalui peringkat masyarakat. Ini amatlah penting agar masyarakat dapat faham bahaya yang dihadapi oleh mereka. Mengenai isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chin tadi mengenai tabung bantuan bencana khas, saya difahamkan bahawa kerajaan telah pun menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara pada 15 September lagi tahun 2005.

Jadi ini – bantuan ialah untuk memberi bantuan bencana di peringkat kebangsaan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua membiayai aktiviti program berkaitan dengan pengurusan dan juga pengendalian bencana. Selain daripada itu memberi bantuan kepada pihak kerajaan negeri di mana negeri-negeri tersebut melibatkan banjir dan juga agensi-agensi yang tidak mempunyai peruntukan dalam tabung bencana negeri tersebut. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

9. Tuan Khoo Soo Seang minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, kadar pengangguran para siswazah dalam dua tahun yang terkini serta langkah-langkah yang diambil demi mengurangkan masalah sosial.

Page 26: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

18 DN 5.7.2011

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Maznah binti Mazlan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan tersebut. Mengikut perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia, peratus pengangguran pada tahun 2010 ialah sebanyak 3.4 peratus bersamaan 387,900 orang. Dari jumlah tersebut 65,500 adalah siswazah.

Manakala pada suku tahun pertama 2011 iaitu tahun ini kadar pengangguran telah menurun kepada 3.1 peratus dan bilangannya adalah dalam 381,300 orang yang mana graduan adalah sebanyak 71,600 orang. Berdasarkan piawaian antarabangsa sekiranya kadar pengangguran adalah di bawah 4 peratus ia adalah dianggap sebagai guna tenaga penuh. Kita dapati bahawa kerajaan telah mengadakan pelbagai langkah bagi membantu golongan siswazah yang menganggur ini untuk mendapat pekerjaan dan di antaranya ialah menawarkan khidmat singkat iaitu skim khidmat singkat bekerja dengan jabatan-jabatan kerajaan yang mana melibatkan 2,748 orang sehingga ini.

Selain daripada itu berbagai program lagi seperti program apprenticeship dan internship juga dilaksanakan. Di antara program-program ini adalah seperti program di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, di bawah Kementerian Kerja Raya, di bawah institusi-institusi pengajian tinggi seperti UiTM dan lain-lain, di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan lain-lainnya.

Program-program ini dilaksanakan untuk memberi penekanan kepada peningkatan, kebolehpasaran siswazah dan ia juga membantu memfokuskan dan memberi pendedahan kepada pengetahuan keusahawanan. Ini adalah bertujuan supaya siswazah tidak hanya bergantung kepada kerajaan ataupun untuk bekerja akan tetapi juga dapat menceburi bidang-bidang keusahawanan.

Inisiatif terkini yang dibuat oleh kerajaan di dalam membantu siswazah menganggur di negara ini ialah di bawah Skim Latihan 1Malaysia yang mana pada 1 Jun 2011 baru-baru ini kerajaan telah melancarkan program ini yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai mengikut kelayakan mereka. Di mana di bawah skim ini siswazah yang tidak bekerja dalam tempoh enam bulan puratanya selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat berkaitan GLC selama setahun.

Mereka juga ditawarkan elaun berjumlah RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut. Selain didedahkan dengan kemahiran dan juga soft skills dengan izin, siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja ataupun latihan praktikal dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan. Bagi fasa pertama, 3,000 orang siswazah akan menyertai program di bawah Bank Negara dan 25 GLC yang telah disenaraikan.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua saya juga mohon memaklumkan bahawa di bawah Kementerian Sumber Manusia sendiri kita secara berterusan menawarkan khidmat pendaftaran pekerjaan. Selain daripada 80 pejabat Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara kita juga menawarkan portal melalui sistem JobsMalaysia dan juga 19 pusat JobsMalaysia di seluruh negara, di mana mereka yang menganggur boleh mendaftar dan kita membantu mereka di pusat-pusat JobsMalaysia ataupun mereka boleh secara interaktif dengan JobsMalaysia, portal ini membuat pendaftaran dan mencari kerja sendiri.

Kita dapati bahawa Jabatan Tenaga Kerja juga menganjurkan karnival kerja sepanjang tahun. Dalam tahun 2011 ini kita merancang 178 jobs karnival ataupun karnival kerja yang mana 38 telah dilaksanakan. Kaedah ini ialah kita turun padang ke seluruh negara dan kita membawa bersama-sama kita majikan-majikan untuk mengiklankan dan membuat temu duga terus.

Sehingga Jun 2011 sebanyak 116,672 penempatan pekerjaan telah dapat dilaksanakan dan penjodohan pekerjaan telah dibuat dan kita dapati bahawa bilangan graduan daripada jumlah ini ialah 40,007 telah mendapat pekerjaan. Sehingga hari ini kekosongan aktif yang ada di dalam portal JobsMalaysia ialah 65,369.

Program baru telah saya sebutkan tadi dan saya percaya bahawa kerajaan hari ini akan terus menganjurkan berbagai-bagai inisiatif untuk menangani masalah pengangguran di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 27: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 19

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga saya ucapkan tahniah di atas usaha kementerian untuk mengatasi masalah ini. Soalan tambahan saya ialah masalah pengangguran ini adakah ia disebabkan – apakah faktor utama. Adakah keadaan ekonomi ataupun kekurangan kemahiran yang tertentu ataupun mismatching, kelayakan dan keperluan pasaran sumber manusia. Adakah kementerian bercadang untuk memaparkan ramalan keperluan pasaran sumber manusia di website agar yang akan masuk ke universiti akan tahu keperluan mungkin dalam lima tahun atau sepuluh tahun akan datang dan mereka boleh pilih program yang sesuai. Sekian, terima kasih.

■1140

Dato’ Maznah binti Mazlan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya ada beberapa sebab. Antaranya yang boleh saya maklumkan di sini, ialah kita dapati bahawa bidang-bidang yang dipilih itu mungkin adalah bidang-bidang yang tidak begitu tepat dengan keperluan industri. Di dalam Program Transformasi Nasional, kita dapati bahawa semua aspek pelajaran dan pendidikan baik daripada tahap pendidikan awal, persekolahan dan seterusnya sampai ke IPT sedang dikaji untuk dipertingkatkan supaya ia dapat meningkatkan lagi kebolehpekerjaan graduan-graduan nanti.

Saya difahamkan bahawa setiap institusi pengajian tinggi dan juga pusat-pusat latihan dan lain-lainnya secara berterusan melaksanakan kajian pengesanan ataupun dengan izin, traces study untuk melihat kebolehpekerjaan graduan. Mereka sentiasa mengemas kini dan menyesuaikan pengisian dan lain-lainnya supaya masalah ini tidak berlarutan. Selain daripada itu, Kementerian Sumber Manusia sendiri ada menganjurkan kajian sikap pencari-pencari kerja pada tahun 2008 bersama dengan Universiti Utara Malaysia. Kita dapati di antara punca ataupun sebab mengapa mereka tidak bekerja adalah di antaranya, 51.2 peratus daripada graduan ini mereka didapati memilih jurusan pengajian dan melihat imbuhan dan ganjaran sebagai satu faktor penting dalam memilih dan mendapat pekerjaan. Jadi, kita dapati ini adalah keadaan yang mendorong mereka tidak bekerja selagi mereka tidak dapat yang sesuai seperti kehendak mereka.

Dalam 52 peratus pula pencari kerja ini, mereka adalah dari semua jurusan yang tidak cenderung dengan kerja-kerja yang hands-on, dengan izin. Ada yang mengatakan ini sebagai kerja yang 3D iaitu kerja yang mungkin kotor, sukar dan bahaya, mereka tidak minat dan mereka suka bekerja dalam keadaan yang selamat, selesa dan ceria. Itu salah satu punca. Dalam 41.5 peratus daripada pencari-pencari kerja pula adalah semua jurusan pengajian yang mementingkan tempat kerja yang mempunyai kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan dan tempat tinggal yang baik di samping lokasi yang berdekatan dengan bandar ataupun yang berdekatan dengan tempat asal mereka.

Selain itu, 21.2 peratus pencari-pencari kerja pula adalah daripada jurusan pengajian kejuruteraan, perakaunan dan kewangan serta perundangan dalam bidang profesional lebih mengutamakan tempat-tempat kerja yang menawarkan kerja yang setimpal dengan kelulusan mereka. Jadi, mereka ini sebahagiannya rela tidak bekerja walaupun ada kerja kosong lain sehingga mereka dapat yang sesuai dengan bidang mereka.

Akhir sekali saya rasa negara pada masa ini, tahap tenaga berkemahiran tinggi dalam pekerjaan adalah sangat rendah iaitu 28 peratus berbanding dengan Singapura sudah 50 peratus, berbanding dengan Taiwan dan Hong Kong sudah 40 peratus, berbanding dengan negara-negara membangun seperti Eropah, Jepun dan lain-lainnya sudah 70 peratus - 80 peratus. Oleh itu, salah satu strategi kerajaan juga ialah untuk memperkasa dan mengarusperdanakan bidang kemahiran tinggi yang mana menjurus kepada kerja-kerja berkaitan dengan kemahiran di tahap yang lebih tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Page 28: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

20 DN 5.7.2011

10. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta Perdana Menteri menyatakan, berapa individu telah melalui Witness Protection Programme melalui Akta Perlindungan Saksi sejak berkuat kuasa, dan adakah mereka ini masih selamat dan berada di negara ketiga serta jumlah perbelanjaan kerajaan setakat ini dan perincikan mengikut tahap kepentingan atau keseriusan kes.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz atas soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Saksi yang dikuatkuasakan pada 15 April 2010 telah pun dipertanggungjawabkan kepada Unit Perlindungan Saksi (UPS) di Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakannya. Setakat ini, beberapa orang saksi yang telah diterima masuk sebagai peserta Program Perlindungan Saksi. Perlindungan yang diberikan kepada setiap peserta adalah berbeza berdasarkan penilaian tahap ancaman yang telah dibuat dan juga keperluan setiap kes yang berbeza.

Berkenaan isu penempatan peserta program ke negara ketiga pula, setakat ini tiada sebarang penempatan dibuat ke mana-mana negara lain termasuk negara ketiga disebabkan ketiadaan sebarang bentuk perjanjian ditandatangani dengan mana-mana negara luar untuk membolehkan penempatan peserta Program Perlindungan Saksi dibuat ke mana-mana negara luar.

Selain itu, ketiadaan sebarang perjanjian ini juga menyebabkan Unit Perlindungan Saksi tidak melakukan penempatan peserta ke negara-negara lain kerana tidak dapat menjamin keselamatan peserta program. Buat masa ini, perbelanjaan kerajaan dalam pelaksanaan Program Perlindungan Saksi adalah pada tahap minimum kerana kebanyakan kemudahan diperoleh dengan mendapatkan bantuan agensi kerajaan yang lain seperti kemudahan rumah perlindungan, pusat latihan dan juga latihan kepakaran.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, bagi tujuan keselamatan, jumlah individu ataupun organisasi yang terlibat serta jumlah sebenar perbelanjaan tidak boleh didedahkan berdasarkan peruntukan seksyen 17(1) Akta Perlindungan Saksi 2009 yang berbunyi seperti berikut, “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam akta ini, ketua pengarah atau mana-mana pegawainya, sama ada dalam tempoh pemegangan jawatannya atau tempoh pengajiannya atau selepas itu dan mana-mana orang lain yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal program, tidak boleh memberikan atau selainnya mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.”

Sementara itu, bagi tujuan kemasukan ke dalam Program Perlindungan Saksi, perhatian akan diberikan kepada kes-kes jenayah serius dan berat yang melibatkan kepentingan awam. Peruntukan seksyen 8 dan seksyen 9 Akta Perlindungan Saksi 2009, Akta 696 akan digunakan sebagai garis panduan. Penilaian ancaman pula akan dibuat dan faktor ini akan ditimbangkan dengan mengambil kira terutamanya kepentingan keterangan saksi dan juga perbelanjaan yang akan digunakan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, tambahan Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berapakah peratusan conviction rate yang telah kita capai setelah kita melaksanakan Witness Protection Programme ini dan adakah setakat ini saksi-saksi yang telah diberikan perlindungan ini telah memberikan keterangan di mahkamah sebagai tujuan kita memberikan perlindungan kepada mereka? Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan ini. Buat setakat ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada statistik yang mengatakan berapakah conviction rate yang terlibat dengan saksi-saksi yang dilindungi oleh akta ini. Saya akan bekalkan statistik yang diperlukan oleh Yang Berhormat secara bertulis. Sekian.

Page 29: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 21

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab masa tidak

mengizinkan, selesailah sudah agaknya soalan-soalan lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

■1150

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG MAKTAB KERJASAMA

(PERBADANAN) (PINDAAN) 2010

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [4 Julai 2011]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, semalam kita masih lagi membahaskan Rang Undang-undang Maktab Kerjasama. Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan bahawa ada beberapa Ahli lagi hendak berucap. Sila bangun yang ingin berucap. Mengikut catatan di sini hanya ada tiga orang sahaja lagi, Dato’ Mustafa Kamal, beliau tidak ada. Dr. Syed Husin Ali dan Datin Paduka Datuk Nor Hayati. So, saya silakan kepada Dr. Syed Husin memberikan ucapan. Silakan.

11.53 pg.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan...

Tuan Yang di-Pertua: Saya mohon izin kepada semua Ahli Yang Berhormat kalau boleh cuba pendekkan dan ringkaskan, kerana kita ada banyak rang undang-undang yang perlu kita luluskan dalam jangka masa yang kita telah tetapkan, ya.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih dan saya faham maksud Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membincangkan akta ini secara umum dan mengaitkan Maktab Koperasi Malaysia ini dengan gerakan koperasi seluruhnya. Kita lihat dalam negara ini perkembangan koperasi dianggap semakin menurun bahkan satu waktu sampai ada tindakan ataupun ada anggapan bahawa perlu digugurkan sahaja koperasi ini daripada kementerian tertentu. Akan tetapi perkara ini tidak berlaku dan sekarang ini kita dapati koperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Peranannya dalam kementerian tidaklah begitu penting. Walau bagaimanapun, kita dapati bahawa Maktab Koperasi Malaysia itu adalah di bawah kementerian secara khusus dan mendapat peruntukan daripada kementerian tersebut.

Sebenarnya kalau kita lihat daripada angka-angka yang rasmi, yang terdapat daripada penyata tahunan koperasi sendiri, kita dapati bahawa kedudukan koperasi dalam negara ini sebenarnya tidaklah sebegitu lemah yang disangkakan.

Kita dapati pada tahun 2009 sebanyak lebih 7,100 koperasi berdaftar. Memanglah antaranya ada yang hanya pada nama sahaja berdaftar dan tidak bergerak sangat. Akan tetapi dari segi bilangan itu adalah penting dan memang banyak juga yang bergerak terutama sekali koperasi pinjam meminjam.

Keduanya, dari segi anggota nampaknya keanggotaannya sangat tinggi iaitu lebih daripada 6 juta. Saya tidak tahu dari mana datangnya tetapi itulah angka rasminya dan pendapatan daripada koperasi ini adalah sebanyak RM9.28 bilion. Ini merupakan sumbangan sebanyak 5 peratus kepada KDNK.

Page 30: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

22 DN 5.7.2011

Jumlah 5 peratus itu mungkin kecil tetapi sesuatu yang signifikan dan saya harap

perkembangan koperasi ini akan berterusan walaupun ada kesulitan untuk ia berkembang dalam suasana sistem iaitu pasaran bebas yang kita amalkan sekarang ini. Soal yang penting sekarang ini ialah bagaimanakah Maktab Koperasi Malaysia itu boleh membantu pergerakan koperasi itu dan sebaliknya?

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) ditubuhkan seperti yang kita ketahui pada tahun 1956 dan menjadi badan berkanun pada tahun 1968. Mengikut penyata tahunannya juga bilangan pelajarnya pada tahun 2009 adalah hampir 21,000 dan bilangan kursus yang diberi ialah melebihi 500 kursus. Saya pun tidak faham bagaimana boleh begitu banyak sekali kursus dan apa jenis kursus yang diberikan. Pendapatan yang dijanakan oleh koperasi-koperasi ini ialah sebanyak RM24.4 juta dan perbelanjaannya pula RM23.7 juta. Jadi, soalan tadi timbul setakat manakah Maktab Koperasi Malaysia ini dapat digunakan untuk memperkuatkan gerakan koperasi. Adakah koperasi dan maktab ini akan bertambah kuat hanya dengan membuat pindaan ini dan mengubah nama kerjasama kepada koperasi? Pindaan tidak boleh memberikan dorongan atau sokongan yang besar, tetapi sikap pemerintah sendiri terhadap koperasi dan terhadap Maktab Koperasi Malaysia itu adalah penting bagi perkembangan mereka. Saya lihat bahawa sikap itu tidaklah begitu menggalakkan bagi gerakan koperasi dalam negara ini.

Maktab Koperasi Malaysia ini saya lihat sebagai merupakan institusi yang tersendiri dan agak unik. Ia tidak merupakan sebahagian daripada sistem pengajian tinggi di negara ini. Ia terbebas dan terasing daripada itu juga mempunyai tadbiran-tadbiran yang tersendiri, kuasa kewangannya tersendiri, dan untuk memberi misalnya bantuan tersendiri. Saya tidak tahu apakah ini yang terbaiknya. Adakah perlu kita fikirkan misalnya maktab ini merupakan sebahagian daripada sistem pengajian tinggi di negara ini? Saya akan nyatakan sebabnya kemudian dengan memberikan contoh. Ada kemungkinannya Maktab Koperasi Malaysia ini dijadikan tersendiri kerana ia mempunyai jenis-jenis pelajar tertentu.

Tetapi saya tidak mengetahui sama ada daripada akta ini ataupun daripada dokumen-dokumen lain, apakah jenis-jenis pelajar yang boleh diterima di maktab dan apakah kelayakan untuk mereka masuk ke maktab tersebut? Adakah misalannya sebahagian besar daripada pelajar-pelajar itu adalah diambil daripada pemimpin-pemimpin koperasi di badan-badan koperasi yang wujud di negara ini?

Adakah dengan mengambil mereka ini akan membantu pergerakan koperasi? Mungkin jikalau inilah sebahagian besar pelajarnya, itu sebab barangkali mengapa ia tidak boleh dijadikan sebahagian daripada institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, saya rasa soal ini harus difikirkan. Saya tidak setuju bahawa maktab ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar baru dengan kelayakan-kelayakan SPM ataupun sebagainya. Saya lebih minat untuk melihat, selain daripada itu terdapat juga mereka yang mempunyai pengalaman walaupun tidak ada kelayakan. Pengalaman dalam koperasi diterima untuk belajar di maktab itu supaya mempertingkatkan pengetahuan mereka hingga dapat memberikan sumbangan yang lebih bererti kepada gerakan koperasi itu. Soal pelajar ini dan soal kaitannya dengan pengajian tinggi adalah penting kerana saya lihat ada unsur misalnya pengawasan maktab itu melalui kementerian tertentu yang mengakibatkan ia boleh digunakan terutama sekali untuk tujuan politik kepartian.

Saya ialah seorang yang percaya bahawa pelajar di peringkat tinggi, berapa umurnya, dan apa jantinanya memang baik terlibat dalam politik dengan secara bebas. Akan tetapi adalah tidak sesuai kalau misalnya mereka diperalatkan untuk politik kepartian tidak kira sama ada parti pembangkang ataupun parti pemerintah terutama sekali yang mempunyai sumber-sumber. Apa yang malangnya ialah kita dapati bahawa pelajar-pelajar di Maktab Koperasi Malaysia ini terbukti telah digunakan untuk kempen-kempen politik tertentu. Ini kelihatan misalnya dalam kempen Pilihanraya Kecil Tenang baru-baru ini. Dalam Pilihanraya Kecil Tenang, pelajar-pelajar di Maktab Koperasi Malaysia telah berkempen. Mereka membuktikan hal ini dalam facebook Maktab Koperasi Malaysia yang memaparkan satu album bertajuk ”Berkempen di Tenang”.

Gambar-gambar yang dipamerkan adalah sempena Hari Pengguna Koperasi FELDA Tenang pada 23 Januari 2011. Perkara ini boleh berlaku mungkin kerana maktab ini bukan di bawah pengajian tinggi dan di bawah AUKU.

Page 31: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 23

■1200

Tidak bererti pula saya mengatakan bahawa saya menyokong AUKU supaya mengawal pelajar-pelajar ini. Akan tetapi apa yang saya katakan ialah pelajar-pelajar ini mesti diberi kursus yang profesional dan diberikan bimbingan yang tidak menguntungkan parti-parti politik yang tertentu. Jadi peranan yang harus diberikan kepada MKM ini adalah peranan bukan sahaja untuk memberikan pendidikan, meningkatkan pengetahuan tentang koperasi tetapi untuk menguatkan lagi gerakan koperasi di seluruh negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati

12.01 tgh.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Selamat tengah hari, dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya juga ruang untuk membahaskan sama Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1998 yang saya kira semalam sudah di bawa oleh ramai rakan saya dan tadi Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah tentang isu-isu ini. Saya tidak bercadang untuk mengulanginya tetapi untuk menokok tambah dan juga kalau adapun ia telah disebut, saya hanya ingin menguatkan kenyataan tersebut.

Pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai pencapaian Maktab Kerjasama di dalam topik yang ingin saya tahu iaitu yang pertama, bagaimanakah kementerian memantau beberapa aspek syllabus yang dipelopori oleh Maktab Kerjasama ini terutamanya daripada segi sudut seperti berikut:

(i) memberi latihan yang berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2000;

(ii) memastikan program Diploma Pengurusan Koperasi sentiasa memenuhi standard MQA;

(iii) memastikan penemuan semua penyelidikan yang dijalankan oleh MKM dibentangkan kepada gerakan koperasi; dan

(iv) memastikan skor penilaian kursus kepada keseluruhannya mendapat penilaian tidak kurang daripada empat dalam skala satu hingga sepuluh.

Sejauh manakah maktab ini menjalinkan kerjasama dengan koperasi serta agensi yang mampu membantu menaikkan taraf maktab ini? Apakah peluang graduan maktab ini untuk maju dalam bidang akademik yang lebih tinggi? Adakah terdapat JV (joint venture) dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam ataupun luar negara bagi memudahkan para graduannya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? Sejauh manakah kuasa diberikan dalam melatih dan mengurus dana yang disalurkan?

Seksyen 4A ada menyentuh mengenai Lembaga Koperasi Maktab Koperasi. Jadi sejauh manakah, kuasa yang diberi dan apakah kriteria yang diperlukan bagi melayakkan seseorang itu untuk menduduki sebagai ahli lembaga ataupun board? Misalnya, perlukah seseorang itu menjadi ahli koperasi dan sebagainya? Sejauh manakah ahli lembaga ataupun board berperanan untuk membuat keputusan? Perlukah ia dilaporkan kepada Menteri terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan sesuatu keputusan itu? Apakah ahli-ahli lembaga ini diberikan elaun tetap ataupun elaun menghadiri mesyuarat sahaja?

Kita juga dimaklumkan bahawa masa depan maktab ini sebagai tunjang industri koperasi di Malaysia. Sejauh manakah kementerian yakin bahawa maktab ini bakal melahirkan bakal graduan koperasi yang benar-benar berkebolehan yang boleh menaikkan imej koperasi itu sendiri?

Page 32: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

24 DN 5.7.2011

Bagi seksyen 4L yang menyentuh isu pelantikan Ketua Pengarah ini, adakah

lantikan dibuat daripada kalangan penjawat awam sahaja ataupun peluang dibuka kepada orang ramai terutamanya dari sektor swasta?

Akhirnya, saya ingin tahu juga, adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan Bank Koperasi seterusnya selepas melihat kejayaan Bank Rakyat serta Bank Persatuan yang melahirkan konsep koperasi yang banyak memberi manfaat kepada rakyat bawahan dan juga pertengahan? Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Cukuplah setakat itu. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

12.05 tgh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I [Dato’ Tan Lian Hoe]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua tiga orang Yang Berhormat Senator iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Fatimah binti Hamat, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali dan Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati yang telah pun mengambil bahagian, memberi cadangan dan persoalan yang diutarakan semasa sesi perbahasan ke atas Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPK), dimaklumkan bahawa sumbangan ke dalam Kumpulan Wang Amanah ini merupakan sumbangan daripada koperasi yang mendapat untung bersih teraudit melebihi RM50,000 yang mana koperasi tersebut wajib mencarum dua peratus ke dalam Kumpulan Wang Amanah ini dan ia dikecualikan kepada koperasi sekolah. Pengecualian ini adalah bagi memberi galakan kepada para pelajar menguasai ilmu koperasi dan perniagaan dan bukannya untuk tujuan keuntungan. ANGKASA telah diberi peranan untuk membangunkan koperasi sekolah melalui pendidikan.

Bagi tahun 2010, jumlah kutipan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi ini adalah sebanyak RM54.3 juta, yang mana RM21.1 juta telah pun disalurkan kepada MKM bagi tujuan pendidikan dalam latihan, manakala bakinya digunakan untuk aktiviti pengembangan dan promosi koperasi serta pinjaman pelajaran kepada anak-anak anggota koperasi yang mengikuti program diploma di MKM.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Ahli Lembaga Pengarah MKM berhubung cadangan untuk mengkaji semula jumlah anggota lembaga pengarah, ingin saya maklumkan bahawa MKM akan ditadbir oleh 15 orang anggota lembaga yang akan mewakili pihak kerajaan, gerakan koperasi dan pakar dalam bidang yang berkaitan. Jumlah ini adalah wajar memandangkan bahawa gerakan koperasi merangkumi pelbagai fungsi seperti kewangan, perladangan, perumahan, pengguna, pembinaan, pengangkutan dan perkhidmatan.

Bagi tempoh lantikan pula, Lembaga Pengarah MKM kecuali Pengerusi Eksekutif SKM dan Ketua Pengarah MKM dilantik untuk tempoh tidak melebihi dua tahun. Namun, mereka layak dilantik semula...

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit celahan.

Dato’ Tan Lian Hoe: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan cadangan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada Yang Berhormat bangun bertanya. Ya, silakan.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin sedikit penjelasan berhubung dengan lembaga pengarah kerana kita difahamkan dalam seksyen ini menyebutkan bahawa MKM akan mengeluarkan diploma.

Page 33: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 25

Jadi adakah lembaga pengarah ini akan bertindak sebagai Majlis Senat dalam

MKM dan adakah sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MKM ini mempunyai nilai-nilai dari segi MQA? Terima kasih.

Dato’ Tan Lian Hoe: Untuk makluman Yang Berhormat Senator, ia sudah pastinya bahawa iaitu sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MKM ini memang mempunyai standard MQA lah. Berkaitan dengan soalan yang kedua tadi, MKM ini sebenarnya belum ada lagi senatnyalah.

Untuk menjawab berkaitan dengan program sangkutan. Yang Berhormat Senator juga mengutarakan mengenai program sangkutan di mana ingin saya maklumkan bahawa sejak tahun 2006, MKM telah menghantar pegawai-pegawai mengikuti program sangkutan di luar negara bagi tujuan mempelajari kejayaan koperasi di sana. Antara negara yang terlibat yang telah kita hantar ialah di negara Iran, Vietnam, Singapura, Korea, New Zealand, Jepun, India, Netherlands, Indonesia, China dan Spain.

■1210

Hasil daripada program ini pegawai-pegawai terlibat telah menghasilkan bahan penulisan dan juga telah menganjurkan seminar bagi menghebahkan hasil penemuan mereka. Di samping itu, MKM juga menghantar pegawai-pegawainya untuk membuat kajian kes mengenai koperasi di dalam negara yang mana bahan-bahan yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan latihan juga.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan koperasi sekolah pula, cadangan Yang Berhormat Senator untuk menjadikan koperasi MRSM sebagai model. Kementerian sebenarnya mengambil maklum akan perkara tersebut dan sememangnya kejayaan koperasi sekolah khususnya Koperasi MRSM wajar diberi pujian. Ini kerana tujuan penubuhan koperasi sekolah adalah untuk memupuk ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. MKM dengan kerjasama MARA telah pun menganjurkan beberapa program khas untuk semua koperasi sekolah MRSM di seluruh negara sejak tahun 2009 dan telah pun dapat menyumbang kepada kejayaan koperasi sekolah. Pendidikan kepada ahli-ahli koperasi sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar dilaksanakan oleh ANGKASA, manakala MKM memberikan latihan kepada guru-guru yang menjadi lembaga pengarah koperasi.

Oleh itu kementerian melalui SKM sedang mempromosikan penubuhan koperasi di kalangan ibu bapa di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara di mana terdapat hampir 7,000 sekolah dengan tumpuan aktiviti peruncitan contohnya, untuk kita hendak memodenkan kedai buku di sekolah-sekolah yang mana koperasi dilihat mempunyai potensi ekonomi yang begitu tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah. Sehingga 31 Disember 2010 jumlah koperasi sekolah yang telah diwujudkan adalah sebanyak 2,135 buah koperasi dengan jumlah modal syer bernilai RM18.9 juta dan keanggotaannya seramai 2.1 juta orang.

Menyentuh mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator berhubung dengan jumlah potongan yang telah dikutip oleh Biro Pemotongan ANGKASA iaitu BPA, sehingga 30 Disember 2010 kutipan BPA telah mencecah sebanyak RM9 bilion. Bagi soalan berkaitan dengan Amanah Saham ANGKASA, ingin saya maklumkan bahawa skim amanah ini telah ditutup dan semua pelaburan telah dipulangkan kepada semua ahli-ahli koperasi dan kerugian sebanyak RM4 juta itu sebenarnya telah pun ditampung oleh ANGKASA, manakala ahli-ahli koperasi tidak menanggung sebarang kerugian.

Soalan yang dibangkitkan juga ialah berkaitan dengan MKM dengan kerjasama SKM terlibat dalam program transformasi kedai runcit iaitu TUKAR melalui latihan untuk memodenkan kedai sedia ada kepada yang berkonsepkan kedai runcit moden. Sasaran bagi tahun 2011 ini untuk kita hendak memodenkan kedai koperasi ini ialah sebanyak 100 kedai koperasi.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, sejauh manakah pindaan yang dibuat di dalam rang undang-undang ini mampu menjadikan maktab dan koperasi ini lebih maju.

Page 34: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

26 DN 5.7.2011

Dengan pindaan ini, maka pembangunan untuk modal insan bagi gerakan

koperasi ini dapat kita perkukuhkan dan jenis-jenis pelajar yang layak belajar di Maktab Koperasi Malaysia ini adalah iaitu terdiri daripada anggota lembaga ataupun kakitangan koperasi, pelajar-pelajar lepasan SPM.

Apakah kelayakan yang diperlukan? Sebenarnya bagi kursus jangka pendek, tidak ada pun kelayakan yang diperlukan tetapi untuk kursus diploma, memerlukan kelulusan SPM dengan tiga kredit yang sama dengan keperluan MQA. Berkaitan dengan tuduhan Yang Berhormat berkaitan ahli-ahli koperasi koperator ini berkempen semasa di Pilihan Raya Kecil Tenang ini saya ingat adalah tidak tepat sebab sebenarnya kebetulan kita ada pelancaran kedai koperasi di Tenang ketika itu.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati, adakah keanggotaan Lembaga MKM hanya terdiri daripada penjawat awam sahaja atau bolehkah orang awam menjadi ahli lembaga. Sebenarnya orang awam boleh menjadi ahli lembaga di mana enam orang mewakili gerakan koperasi, tiga orang yang mempunyai pengalaman dalam bidang latihan dan pendidikan dan pelantikan Ketua Pengarah MKM adalah terbuka kepada orang lain dan tidak hanya terhad kepada penjawat awam sahaja.

Soalan juga yang dikemukakan oleh Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati juga adakah Lembaga MKM juga bertindak sebagai ahli senat dalam penganugerahan diploma, memang ada sebagai senat.

Ada juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali berkaitan dengan kementerian sama ada pantau silibus MKM untuk pastikan kursus yang ditawarkan mengikut standard ISO menepati standard SKOR penilaian kursus memperoleh SKOR empat dan selebihnya. Kursus jangka pendek ini dipantau dengan mendapat pengiktirafan ISO 9001-2008 dari SIRIM Berhad dan kursus Diploma MKM telah mendapat kelulusan MQA dari JPA dan Skornya adalah empat dengan menggunakan skala satu hingga lima.

Juga dibangkitkan tentang apakah kelayakan untuk menjadi Lembaga MKM dan perlukan menjadi ahli koperasi untuk menjadi Lembaga MKM. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, anggota Lembaga MKM ini sebenarnya dilantik berdasarkan kepakaran seperti ahli akademik dan lain-lain. Tidak semestinya hanya ahli koperasi sahaja yang boleh dilantik sebagai Ahli Lembaga MKM. Soalan yang dibangkitkan juga ialah satunya tentang elaun untuk ahli lembaga untuk setiap kali mesyuarat. Ada atau tidak elaun tetap. Mulai Mei 2011 ini Ahli Lembaga MKM dibayar elaun tetap bulanan dan apabila mereka hadir dalam mesyuarat sahajalah.

Soalan yang seterusnya yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan bank kKoperasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati. Kerajaan sebenarnya mensasarkan untuk mewujudkan iaitu empat buah bank koperasi menjelang tahun 2020. Kini terdapat dua buah bank koperasi yang menjalankan aktiviti perbadanan iaitu Bank Rakyat dan Bank Koperasi Persatuan Malaysia Berhad. Kita akan cuba mencapai dua lagi bank koperasi ini.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah soalan-soalan yang telah dibangkitkan dan sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator kerana telah pun memberikan pandangan dan cadangan untuk kita dapat menambahbaikkan dan memperkasakan iaitu Maktab Koperasi Malaysia. Sekian, terima kasih.

■1220

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

Page 35: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 27

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PEMERBADANAN)(PINDAAN) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.23 tgh.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1965 dibaca kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia atau MIDA merupakan agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menggalakkan serta menarik pelaburan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. MIDA memainkan peranan penting di dalam transformasi negara di bawah pelbagai fasa pembangunan industri sepanjang tempoh empat dekad yang lalu. MIDA juga telah muncul sebagai institusi yang diiktiraf di kalangan pelabur asing dan domestik di peringkat tempatan dan antarabangsa. Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 22 Mac 2010, dan 3 Mei 2010, telah memutuskan supaya MIDA di perkasa dan dikorporatkan untuk menjadikannya sebuah agensi penggalakan pelaburan yang lebih efektif. Antara keputusan utama Majlis Mesyuarat Ekonomi adalah seperti berikut:

(i) mengkorporatkan MIDA untuk memberikan fleksibiliti organisasi dengan tahap saraan berdasarkan prestasi sama seperti Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC) dan Malaysia Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp.) Ini akan memberi fleksibiliti kepada MIDA untuk mewujudkan struktur perjawatan dan melantik tenaga kerja yang diperlukan bagi fungsi MIDA yang baru;

(ii) MIDA akan dinamakan sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan mengekalkan singkatan nama MIDA;

(iii) MIDA bukan hanya untuk memfokuskan kepada jumlah pelaburan, akan tetapi juga kualiti pelaburan, dari segi teknologi, kemahiran, rantaian nilai dan pembangunan cluster. MIDA harus mengenal pasti jurang dalam rantaian nilai dan industri bagi menjalankan pendekatan yang lebih berfokus dalam menggalakkan pelaburan;

(iv) MIDA akan menjadi agensi penggalakan pelaburan pusat bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan kecuali kewangan dan utiliti;

Page 36: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

28 DN 5.7.2011

(v) MIDA akan menyelaras semua kegiatan penggalakan pelaburan

dan maklumat statistik oleh agensi koridor ekonomi melalui task force on investment;

(vi) penubuhan National Committee on Investment (NCI), untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Action Committee on Industry (ACI), National Committee on Investment in Services Sub Sector, Jawatankuasa Tertinggi Galakan Istimewa (JTGI) dan jawatankuasa di pelbagai koridor pembangunan wilayah yang sedia ada. NCI akan dipengerusikan oleh Pengerusi MIDA dan Ketua Pengarah MIDA sebagai pengerusi alternate;

(vii) penurunan kuasa membuat keputusan mengenai perlesenan dan insentif dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau Kementerian Kewangan melalui wakil kanan kementerian berkenaan dalam NCI dan keputusan ini adalah muktamad. MIDA akan mengeluarkan surat kelulusan atau penolakan dalam real time;

(viii) MIDA akan beroperasi sebagai satu organisasi yang mempunyai fleksibiliti untuk melantik dan memberhentikan kakitangan. MIDA akan dibenarkan untuk melantik tenaga kerja profesional secara langsung dan membenarkan kemasukan pakar pada pelbagai peringkat atau multilevel entry of talent;

(ix) selain pelaburan langsung asing atau FDI, MIDA juga harus meningkatkan usaha untuk menggalakkan pelaburan tempatan dan pelaburan semula oleh syarikat-syarikat multinasional yang sedang beroperasi di dalam negara;

(x) penurunan kuasa daripada Kementerian Kewangan kepada MIDA untuk membuat keputusan muktamad bagi pengecualian duti kastam; dan

(xi) MIDA diberikan autonomi penuh bagi menguruskan bajet dan hal-hal operasi.

Blok bajet untuk tujuan pembangunan dan operasi dan skim perkhidmatan baru serta saraan akan dibincangkan bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 15 November 2010 juga telah memutuskan bahawa MIDA diberikan autonomi sepenuhnya dalam mengurus bajet tahunan. Peruntukan bajet tahunan akan diberikan secara terus oleh Kementerian Kewangan kepada MIDA. Ketua Pengarah MIDA adalah merupakan pegawai pengawal kewangan yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan bajet tahunan dan akan memutuskan peruntukkan bagi semua aktiviti termasuk pembangunan dan operasi.

Susulan daripada keputusan Majlis Ekonomi Jawatankuasa Nasional mengenai pelaburan atau NCI telah pun ditubuhkan di MIDA pada Mei 2010 untuk menilai, mempertimbangkan dan meluluskan projek pelaburan secara real time. Jawatankuasa ini diwakili oleh pegawai atasan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi dan keputusan NCI adalah muktamad.

Pasukan petugas khas mengenai pelaburan atau special task force on investment juga telah ditubuhkan di MIDA untuk menyelaras segala aktiviti penggalakan pelaburan oleh agensi penggalakan di setiap negeri termasuk di koridor ekonomi serta bertanggungjawab dalam pengumpulan data pelaburan. Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada keputusan-keputusan Majlis Ekonomi tersebut, Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1965 perlu dipinda selaras dengan perubahan fungsi dan peranan MIDA.

Page 37: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 29

■1230

Pindaan ini perlu dilaksanakan bagi memastikan MIDA berupaya memainkan peranan lebih berkesan untuk mencapai matlamat pembangunan sektor perkilangan dan perkhidmatan kecuali utiliti dan kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan. Peruntukan baru dan pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Pindaan kepada preamble dan tajuk panjang. Pindaan kepada preamble dan tajuk panjang bertujuan untuk menggambarkan perubahan nama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Perubahan nama ini adalah lanjutan perluasan fungsi MIDA bagi membolehkan kerajaan meningkatkan koordinasi dan kohesi antara pelbagai badan penggalakan pelaburan di negara.

Pindaan kepada seksyen 1 - Pindaan kepada seksyen 1 bertujuan untuk meminda tajuk ringkas akta. Akta ini akan dikenali sebagai Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) 1965. Pindaan tersebut adalah bertujuan untuk memperuntukkan nama baru MIDA seperti yang telah dipersetujui di Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 3 Mei 2010.

Pindaan kepada seksyen 2. Pindaan kepada seksyen 2 adalah bertujuan untuk meminda definisi atau takrif yang sedia ada dan memasukkan definisi atau takrif baru untuk mengambil kira nama baru dan fungsi MIDA, lanjutan pindaan kepada seksyen 1. Antara pindaan ini termasuklah:

(i) definisi autoriti dengan menggantikan perkataan ”industrial” dengan perkataan “investment”;

(ii) definisi “director general” Menggantikan perkataan “director general” dengan perkataan ”chief executive officer”;

(iii) definisi baru government entiti iaitu;

(a) the Federal Government, or any State Government, State Authority or local government; and

(b) any ministry, department, office, agency, authority commission, committee, board, council or other body, corporate or unincorporated, of the Federal Government, or of any State Government, whether established under written law or otherwise;’

(iv) definisi ‘Minister’, dengan menggantikan perkataan “industrial development” dengan perkataan “international trade and industry”.

Pindaan kepada seksyen 3. Pindaan kepada seksyen 3 adalah untuk memperuntukkan penubuhan semula Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Pindaan kepada seksyen 3A. Pindaan kepada seksyen 3A adalah bertujuan menggantikan perkataan “director general” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “chief executive officer”.

Pindaan kepada seksyen 3D. Pindaan kepada seksyen 3D berbangkit daripada perubahan gelaran ketua pengarah kepada ketua pegawai eksekutif dan bertujuan untuk memberi ketua pegawai eksekutif kuasa untuk menguruskan belanjawan tahunan MIDA.

Pindaan kepada seksyen 6. Pindaan kepada seksyen 6 bertujuan untuk menjelaskan secara spesifik peranan dan fungsi MIDA sebagai agensi utama bagi menggalakkan pelaburan bagi mencerminkan skop semasa MIDA dan meluaskan skop kepada sektor-sektor lain yang dahulunya bukan di bawah bidang kusa MIDA kecuali kewangan dan utiliti. Antara peranan utama MIDA adalah seperti:

Page 38: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

30 DN 5.7.2011

(a) menerajui, menyelaras dan memantau dan menilai pelaksanaan

dasar, strategi, aktiviti dan pembangunan pelaburan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan kecuali kewangan dan utiliti;

(b) menjalankan aktiviti mengenai promosi pelaburan bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan kecuali kewangan dan utiliti di dalam dan di luar Malaysia;

(c) menjalankan aktiviti penyelidikan dan perancangan mengenai pelaburan;

(d) menasihati kerajaan mengenai polisi dasar penggalakan pelaburan termasuk pemberian lesen pengilang, penggalakan pelaburan, jawatan pegawai dagang, pengecualian duti kastam serta lain-lain galakan fiskal dan bukan fiskal;

(e) menggubal, menyelaras dan ‘memfailisitasi’ aktiviti berkaitan penggalakan dan pelaksanaan pelaburan; dan

(f) bertindak sebagai pusat pengumpulan, rujukan dan penyebaran maklumat mengenai pelaburan merangkumi semua sektor ekonomi.

Pindaan kepada seksyen 6A. Pindaan kepada seksyen 6A bertujuan untuk memperuntukkan kuasa baru MIDA yang kini mempunyai kuasa untuk menghendaki entiti kerajaan, syarikat dan badan atau orang lain yang bertanggungjawab bagi atau menjalankan atau berniat untuk menjalankan pembangunan di Malaysia untuk mengemukakan laporan kepada MIDA berhubung dengan aktivitinya.

Pindaan kepada seksyen 7A. Pindaan kepada seksyen 7A berbangkit daripada perubahan gelaran ketua pengarah kepada ketua pegawai eksekutif.

Pindaan kepada seksyen 7B. Pindaan kepada seksyen 7B berbangkit daripada penambahan perkataan “servants”, selepas perkataan ”officers”.

Seksyen baru 7C. Seksyen baru 7C bertujuan untuk memberi MIDA kuasa untuk menubuhkan syarikat bagi menjalankan aktiviti untuk menghasilkan pendapatan.

Pindaan kepada seksyen 10. Pindaan kepada seksyen 10 berbangkit daripada perubahan nama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Pindaan kepada seksyen 10A. Pindaan kepada seksyen 10A bertujuan untuk meluaskan bidang kuasa MIDA dalam memberikan apa-apa bantuan kewangan kepada sesebuah syarikat atau orang perseorangan dan juga membolehkan MIDA untuk menawarkan tajaan biasiswa atau lain-lain bantuan kewangan kepada mana-mana pihak yang berkenaan.

Seksyen baru 10AA. Pindaan kepada seksyen 10AA bertujuan untuk membenarkan MIDA untuk membuat pelaburan bagi menghasilkan pendapatan.

Pindaan pada seksyen 12. Pindaan pada seksyen 12 bertujuan untuk membenarkan MIDA memberikan laporan tahunannya kepada Menteri pada masa yang lebih sesuai.

Pindaan pada seksyen 13. Pindaan pada seksyen 13 bertujuan untuk memperuntukkan kenaikan penalti bagi kesalahan melanggar kewajipan mengekalkan kerahsiaan.

Pindaan Jadual - Pindaan kepada Jadual berbangkit daripada perubahan nama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Page 39: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 31

Peruntukan Kecualian dan Peralihan. Semua sebutan mengenai Akta Lembaga

Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1965 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah apabila akta ini mula berkuatkuasa ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) 1965.

Semua tindakan, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan, garis panduan dan tindakan eksekutif lain yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah atau mengikut atau menurut kuasa akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa akta ini, hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah atau mengikut atau menurut kuasa peruntukan yang bersamaan yang dimasukkan atau dipinda oleh akta ini.

Dan ia hendaklah terus mempunyai kuatkuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan atau dibatalkan di bawah mengikut atau menurut kuasa peruntukan yang bersamaan yang dimasukkan atau dipinda oleh akta ini.

Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang disempurnakan oleh lembaga di bawah meterai Perbadanan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia sebelum permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya apabila akta ini mula berkuatkuasa. Rang undang-undang akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan kepada kerajaan di mana nilainya tidak boleh ditentukan pada masa ini, sehingga terma dan syarat berkaitan saraan dimuktamadkan.

Dengan pindaan akta ini, MIDA akan berperanan sebagai agensi utama penggalakan pelaburan yang lebih efektif dan dapat bersaing dengan agensi promosi pelaburan asing lain di rantau ini seperti Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) di Singapura dan Lembaga Pelaburan (BOI) di Thailand.

Pindaan akta ini akan memberi sokongan perundangan kepada MIDA bagi menjalankan kegiatan penggalakan pelaburan bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan kecuali kewangan dan utiliti dan seterusnya meningkatkan koordinasi dan kohesi antara pelbagai badan penggalakan pelaburan di dalam negara. Pindaan akta ini juga akan memberikan MIDA lebih kuasa dan fleksibiliti untuk melantik tenaga kerja yang berpengalaman dan berkaliber tinggi serta mewujudkan struktur perjawatan yang diperlukan oleh fungsi MIDA yang baru. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, ada siapa menyokong?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

■1240

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1965 dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk di bahas.

Sebelum itu, saya minta semua Ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas mengemukakan nama-nama bagi saya pertimbangkan untuk senang saya hendak panggil. Pertama sekali saya mempersilakan Yang Berhormat Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi, dipersilakan.

12.40 tgh.

Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat mengalu-alukan pemindaan akta ini dan sebenarnya ia memang very timely. Yang Berhormat, kita tahu dalam keadaan sekarang di mana negara kita dari segi daya saing menarik pelaburan, di dalam keadaan yang tidak berapa menggalakkan.

Kita tahu mengikut laporan yang negara-negara jiran kita. Tidak payahlah Singapura kerana Singapura memang terlalu maju. Akan tetapi negara Vietnam, Thailand telah mula membelakangkan Malaysia dari segi menarik pelaburan.

Page 40: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

32 DN 5.7.2011

Jadi, saya gembira dan sangat menyambut baik cadangan ini kerana saya sangka cadangan ini tentulah dibuat setelah mengkaji apakah kelemahan-kelemahan kita dari segi daya penarikan pelaburan negara kita. Sebenarnya kalau kita melihat khususnya EDB, EDB ini bergerak macam satu corporate organisation. Ia adalah business organisation. Apabila ia pergi ke sesuatu tempat untuk menarik pelaburan, bila berbincang dengan pelabur-pelabur, mereka almost boleh buat deal on the spot. Saya mengharapkan supaya pemindaan Akta MIDA ini akan memberi kuasa yang sama.

Apabila mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya mempunyai perasaan bahawa inilah juga hasrat kita di sini. Satu lagi yang saya fikirkan ialah bagaimanakah kita pastikan supaya mereka yang kita pilih nanti untuk menjadi CEO. Saya suka ia digelar sebagai CEO supaya prestasinya akan diukur secara komersial dan secara lebih performance oriented. Akan tetapi bagaimanakah kita boleh pastikan CEO dan pegawai-pegawainya nanti akan benar-benar – kita menarik CEO dan pegawai-pegawai yang benar-benar agresif dan apabila mereka membuat sesuatu perundingan atau negotiation, that they will really make the deal.

Yang Berhormat, saya pernah semasa dalam kerajaan dahulu merasa sedih. Beberapa kali kita melihat pelaburan-pelaburan yang besar-besar datang cuba menarik minat Malaysia. Walaupun kita berminat, walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berminat, walaupun Yang Berhormat Menteri berminat tetapi apabila dia berinteraksi dengan sistem kita, dengan birokrasi kita, ini semua – mereka pilih pergi ke tempat lain. Saya berharap bila dengan adanya pemindaan akta ini, saya berharap CEO dengan pegawai-pegawai yang profesional, saya harap kita dapat memastikan kali ini yang kalau ada minat, kalau ada cadangan pelaburan, kita akan dapat make the deal.

Satu lagi yang saya ingin cadangkan di sini dan saya suka ialah CEO dan pegawai-pegawainya dilantik secara profesional. Saya harap mereka juga akan di KPI kan dari segi performance. Maknanya kita ingin melihat yang satu daripada terms of reference mereka ialah dari segi investment yang mereka akan tarik dan ini dibandingkan dengan pencapaian investment yang ditarik oleh negara-negara yang berjiran dengan kita supaya Malaysia dapat bertanding sama. Kalau boleh we take the lead daripada kedudukan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mempunyai satu pandangan mengenai apa yang patut kita fokuskan dari segi industri yang harus kita galakkan. Ini adalah kerana terlalu banyak masa lampau kita ke dunia dan meminta dan cuba menarik berbagai-bagai pelaburan dengan kurang fokus, itu dari pendapat saya. Kita ada pelbagai insentif.

Saya masih ingat semasa saya di dalam Jawatankuasa Pelaburan dahulu. Kita meluluskan beratus-ratus juta ringgit untuk satu investment sama ada dari segi tax incentive and research.

Saya fikir kita buat dengan secara yang tidak begitu fokus. Jadi, cadangan saya kali ini ialah kalau boleh kita kaji, apakah pelaburan-pelaburan yang kita benar-benar ingin Malaysia tarik and we become very good at this. We become number one in the world, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. We become dan kita jadi paling terbaik sekali dari segi menarik pelaburan-pelaburan ini. Katakanlah dalam pelaburan knowledge industry yang mana kita pilih. We become the best in that one. Ini kerana kita tidak boleh compete di dalam semua bidang.

Jadi, saya berharap pegawai-pegawai MIDA, pegawai CEO dan Jawatankuasa serta ahli-ahli pengurusan baru MIDA ini akan lebih strategik, lebih fokus dan insya-Allah dengan pindaan ini mereka akan boleh lebih berkesan. Saya juga mengharapkan ia akan mengatasi masalah dahulu di mana bila pelabur datang, pelabur mengalami, mereka terpaksa ke banyak agensi. Saya berharap dengan ini, mereka hanya berinteraksi, hanya deal dengan satu one-stop agency iaitu dengan MIDA, yang benar-benar one-stop dan bukan dengan verbal sahaja. Jadi, saya dengan pandangan-pandangan ini sangat menyokong pemindaan akta ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Puan Doris Sophia ak Brodi.

Page 41: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 33

12.47 tgh.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya betul-betul berbangga diberi peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini kerana seperti apa yang telah dikatakan oleh rakan saya sebelum tadi Yang Berhormat Senator Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi bahawa pemindaan rang undang-undang ini memang tepat sekali.

Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian kita kepada fasal 14 yang menyentuh isu kebenaran memberi pinjaman dan keperluan memantau proses berkenaan. Ini kerana Kumpulan Wang Dibelanjakan bakal memberi kebenaran atau authority kepada lembaga walaupun ia tertakluk kepada persetujuan dari pihak Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memberi pinjaman atau bantuan kewangan kepada mana-mana agensi atau individu yang berkelayakan.

Saya agak sedikit reserve dan terpanggil untuk menyentuh isu ini kerana dengan kuasa mengawal selia pinjaman, jumlah dana yang bakal disalurkan begitu tinggi dan mungkin berjumlah berjuta-juta ringgit. Dengan itu, saya betul-betul mengharapkan agar wang ini perlu disalurkan kepada mana-mana syarikat yang benar-benar jujur dan dedikasi untuk tujuan pembangunan pelaburan di Malaysia. Kita tidak mahu berlaku situasi projek ‘white elephant’ atau projek terbengkalai.

Saya juga ingin bertanya adakah terdapat selection committee atau select committee untuk memantau pemberian pinjaman dan pengeluaran bantuan kewangan. Bagaimana selection syarikat yang bakal dipilih? Perlukah proposal dibentangkan kepada Board of Director (BOD)? Adakah terdapat konsep geran ataupun bantuan kewangan tanpa perlu membayar balik seperti konsep the ScienceFund atau TechnoFund di bawah MOSTI yang bertujuan menggalakkan syarikat membawa pelaburan masuk ke negara kita.

Keduanya, saya juga ingin menarik pandangan Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat kepada fasal 15 yang menyentuh authority atau kebenaran lembaga untuk melabur wang perbadanan. Saya harap pelaburan ini dibuat dengan teliti, yang berdaya saing serta yang mampu menjana keuntungan sama ada di dalam negeri atau di luar negeri.

■1250

Sebarang pelaburan termasuk pembelian bon, syer dan aset terutamanya di luar negara perlu dibuat dengan membuat feasibility study yang teliti dan menggunakan khidmat nasihat konsultan yang bertauliah. Kita mahu mengelakkan insiden salah percaturan dalam membuat keputusan pelaburan yang akhirnya mengheret kerajaan untuk bail out dan menyelamatkan wang pelaburan. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan implikasi kewangan.

Saya mohon bertanya berkaitan perbelanjaan tambahan ataupun additional spending yang bakal ditanggung oleh pihak kerajaan, kalau dapatlah ya. Berapakah jumlah kasar yang bakal dibelanjakan. Ini supaya setiap ringgit yang bakal disalurkan diharap dapat memacu FDI masuk serta aktiviti pelaburan yang menggalakkan selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dalam usaha transformasi ekonomi atau economic transformation plan serta NKRA serta NKEA, di samping menjadikan Malaysia sebagai tumpuan ataupun hab pelaburan terkemuka di rantau Asia dan seterusnya menjadi negara maju menjelang Wawasan 2020. Terima kasih, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kita ada lebih kurang sembilan minit lagi. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali.

12.51 tgh.

Datuk Akbar bin Ali: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan rang undang-undang ini. Yang Berhormat Datuk, terima kasih di atas penjelasan yang diberikan, cuma saya ada beberapa perkara yang saya ingin menarik perhatian.

Page 42: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

34 DN 5.7.2011

Pertama sekali berkenaan dengan fasal 5, seksyen 3(3) yang mana seksyen ini

memberikan pelbagai kerja kepada MIDA yang baru ini. Selepas itu kalau saya menarik kepada fasal 14 berkenaan dengan seksyen 10A akta ibu juga diberi tugas untuk memberi geran biasiswa dan sebagainya dan dikaitkan pula dengan fasal 12, iaitu berkenaan seksyen baru 7C yang mana ia juga telah diberi kuasa untuk menubuhkan syarikat menjalankan perniagaan.

Saya gembira kerana MIDA diperkasa dengan pelbagai tugas sedemikian cuma saya ingin mendapat jaminan, bagaimanakah MIDA dalam bentuk baru yang direbranding, dengan izin, boleh melaksanakan tugas-tugas ini supaya kita boleh memberikan keyakinan penuh bahawa setelah Dewan yang mulia ini meluluskan rang undang-undang ini, maka ia sesungguhnya dapat dilaksanakan.

Seterusnya saya ingin menarik kepada fasal 8 sebab kali ini saya ingin terus kepada seksyen-seksyen tertentu yang memperkatakan berkenaan seksyen 6 iaitu mempromosikan khusus tentang pelaburan di bidang sektor pembuatan dan juga services atau perkhidmatan dan secara jelas disebut tidak termasuk kewangan dan utiliti. Di sini saya ingin bertanya dua perkara. Pertama, bidang kuasa siapakah pula bagi sektor-sektor yang tidak disebutkan contohnya pertanian, pembinaan supaya semua sektor ini turut diliputi.

Kedua, saya lihat dia agak bercanggah sedikit kerana di sana sini disebut kecuali sektor kewangan dan juga perkhidmatan dan hanya yang diliputi ialah pembuatan dan perkhidmatan tetapi bagi seksyen 6(j), dia kata all sectors of the economy MIDA diberi tanggungjawab seperti mana Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi sebut tadi, menjadi one-stop center untuk menyebarkan maklumat dan sebagainya. Tidakkah ia dilihat seolah-olah macam bercanggah kerana di satu pihak bidang tugasnya sudah dihadkan, tetapi di bawah seksyen 6(j) ini, ia diberi kuasa untuk melihat keseluruhan sektor ekonomi.

Seterusnya saya ingin echoing, dengan izin, apa yang diperkatakan oleh kedua-dua Yang Berhormat awal tadi bahawa pengenalan atau pemindaan atau rebranding MIDA ini pada masa ini adalah memang tepat pada masanya, kerana dalam landscape environment yang agak hostile di peringkat dunia pada masa ini dan dalam masa yang sama daya saing begitu meningkat, maka tugas baru perlu diberi kepada MIDA supaya kita tidak tertinggal dalam yang saya katakan environment yang agak hostile terutama dalam menarik pelaburan dan perdagangan.

Jadi di sini saya ingin menarik perhatian bahawa di peringkat ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada MIDA kerana mampu sebelum ini menarik pelaburan yang agak baik, walaupun seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi, kita agak ketinggalan berbanding dengan other profit centers, di Vietnam, China, dan sebagainya. Namun demikian, apa yang telah diusahakan itu harus juga diberikan pengiktirafan dan apa yang dilakukan oleh Ketua Pengarah MIDA yang sekarang dengan Datuk Jalilah dan Pengerusi Tan Sri Sulaiman Mahbob dan disokong oleh kementerian termasuk Yang Berhormat Datuk sendiri adalah satu kejayaan. Sebagai contoh, dalam tempoh lebih kurang dua tahun, 2009 hingga Februari 2011, kita telah berjaya menarik RM86 bilion FDI. Ini satu kebanggaan tetapi KPI kerajaan sekarang melalui MIDA untuk menarik pelaburan supaya kita mencapai GNI per kapita daripada USD7,000 sekarang kepada USD15,000 pada 2020 nanti ialah RM1,115 bilion setahun.

Ini KPI yang telah ditetapkan agar kita dapat menjana pertumbuhan GDP seperti mana yang diharapkan dan GNI seperti mana yang telah disasarkan.

Jadi usaha ini perlu diteruskan dan diharap vehicle yang baru ini yang dinamakan semula dapat mencapai sasaran itu. Dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian bahawa usaha menarik pelaburan bukanlah usaha MIDA seorang atau MIDA sebagai satu agensi semata-mata. Dia merupakan peranan oleh semua pihak dan di sini, kerajaan sendiri selain daripada MIDA per se, kerajaan sendiri di bawah pengemudian Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib telah melakukan pelbagai perkara untuk antara lain merangsang ekonomi dengan menaik pelaburan swasta khususnya kerana pelaburan adalah the engine of growth, dengan izin.

Page 43: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 35

Saya sedar dan saya setuju bahawa seperti mana yang dikatakan Einstein, “doing

the same thing over and over and over again and expecting different results is lunatic”, dengan izin.

Yang demikian, Dato’ Sri Mohd. Najib telah mengubah strategi untuk menjana dan merangsang ekonomi agar kita boleh melonjak dan melompat masuk bersama-sama dengan masyarakat berpendapatan tinggi. Beliau memperkenalkan GTP, beliau memperkenalkan ETP, memperkenalkan MBE dan NKRA. Ini adalah usaha-usaha yang dapat menyokong secara keseluruhan untuk meningkatkan pelaburan sesuai dengan topik yang kita bincangkan. Dalam pada itu, saya ingin menarik perhatian juga bahawa usaha-usaha lain yang mesti juga dibuat. Dalam hal ini, syarikat sendiri mestilah meningkatkan daya saing masing-masing. Ini dapat diukur oleh IMD ataupun the ease of doing business di bawah kelolaan the World Bank dan indikator-indikator ini menunjukkan bahawa kita ada improvement atau peningkatan daripada misalnya kedudukan 26 kepada kedudukan 23 dan di bawah IMD, alhamdulillah dari kedudukan 19 kita dah meningkat kepada the top ten.

Ini semua usaha yang perlu dibuat supaya dapat mewujudkan environment bagi menarik kedua-dua sekali FDI dan DDI dan kerajaan telah melaksanakan ataupun dalam proses melaksanakan GTP dan kita harap pihak kementerian di pusat dan pihak kementerian yang lain-lain di Putrajaya begitu juga di peringkat negeri dan sampailah kepada peringkat PBT, kita harap dapat menyerapi apa yang cuba disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya sikap business as usual dapat dikikis dan dihapuskan. Kalau tidak, hanya lagu berdendang di Putrajaya dan lagu yang didendangkan itu menjadikan kita tidur di negeri dan di kampung. Saya harap dengan usaha yang dilaksanakan di bawah program GTP, maka government efficiency akan meningkat dan dengan meningkatnya efficiency kerajaan, maka ia membantu pula peningkatan di sektor swasta. Yang demikian, overall productivity yang diukur oleh TFP akan meningkat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kerana masa telah menunjukkan tepat jam satu, sungguhpun saya berminat nak dengar perbahasan Yang Berhormat, kita tangguhkan dahulu dan sambung semula pada jam 2.30 petang nanti dan juga untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, saya ada menerima enam orang lagi Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan dan ingin berbahas, maka saya harap semua yang telah memberi nama itu akan bersedia selepas jam 2.30 nanti.

Sekarang saya tangguhkan mesyuarat sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Datuk Akbar Ali untuk menyambung perbahasan.

2.33 ptg.

Datuk Akbar Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Keadaan agak sukar sedikit ya Tuan Yang di-Pertua hendak mewujudkan momentum tadi itu. Please be patient with me, dengan izin, dan ada kemungkinan saya akan menjadikan sedikit boring kerana ada kemungkinan sedikit repetition. Tadi saya ada bercakap Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan tentang daya saing yang mana ini perlu diusahakan oleh kerajaan dan juga oleh syarikat-syarikat ataupun pihak swasta.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada menyebutkan bahawa berdasarkan indeks IMD, kedudukan kita telah bertambah baik daripada kedudukan 26 bertambah baik kepada 23 dan pada tahun 2011, alhamdulillah menjadi lebih baik kepada kedudukan 21. Kita harap kedudukan kita ini akan bertambah baik lagi supaya kita boleh berada di tahap top ten. Untuk itu, saya rasa MPC dan juga MIDA boleh memberikan perhatian selain daripada agensi-agensi lain, melihat komponen di dalam IMD ini yang digunakan sebagai ukuran supaya kita boleh fokus untuk memperbetulkan ke arah memperbaiki daya saing tadi.

Page 44: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

36 DN 5.7.2011

Antara lain, contohnya kita mempunyai kedudukan yang cukup baik dari segi

getting credit, sebab itu salah satu komponen dalam IMD di mana kita dari kalangan 183 buah negara yang diukur oleh IMD, kita mempunyai kedudukan nombor satu. Kita juga mempunyai kedudukan yang agak baik dari segi protecting investors di mana kedudukan kita adalah nombor empat dari kalangan 183. Akan tetapi bagi komponen lain, kedudukan kita agak kurang baik. Inilah yang patut diusahakan oleh MIDA di bawah fungsinya contoh di bawah seksyen 6(g).

Kalau saya mengambil contoh sekali lagi iaitu starting business di mana ranking kita agak kurang baik kerana kita berada di kedudukan 113 kerana kita mengambil masa tujuh hari untuk meluluskan satu-satu business berbanding New Zealand di mana kedudukannya berada di tahap paling tinggi nombor satu kerana ia boleh meluluskan sesebuah perniagaan dalam masa sehari. Jadi kita mesti berusaha ke arah itu.

Jadi dalam hal ini, saya katakan sekali lagi, MIDA boleh memainkan peranan itu tetapi selain daripada daya saing, yang memacu daya saing itu adalah produktiviti antara lain. Di sinilah macam saya kata tadi MPC patut juga bersama-sama berusaha dan meneruskan usaha. Bukan MPC tidak pernah berusaha tetapi kita mesti teruskan usaha meningkatkan produktiviti terutama menjadi TSP supaya sama-sama dapat seiring dalam usaha meningkatkan daya saing tadi.

Selain daripada itu, saya telah berkata juga tadi dan saya ingin ulangi bahawa kerajaan sendiri telah berusaha dengan begitu gigih di bawah environment yang hostile untuk mewujudkan environment perniagaan yang kondusif. Saya katakan tadi di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, beliau memperkenalkan banyak gagasan idea baru seperti GTP, ETP, NKRA dan sebagainya.

Jadi di sini saya ingin menarik perhatian bahawa bukan sahaja Einstein kata, “Doing the same thing over and over and over again, expecting different result is lunatic,” tetapi di bawah environment sekarang, dengan melaksanakan perkara yang sama belum tentu menjanjikan hasil yang sama. Begitulah sukarnya landscape environment kita pada masa ini.

Jadi salah satu lagi usaha yang beliau perkenalkan supaya dia sama-sama menyokong ke arah menarik FDI dan DDI ini ialah menyentuh salah satu sensitiviti pelabur iaitu rasuah, dan rasuah adalah di bawah salah satu NKRA. Jadi usaha ini berbeza dengan pihak lain hanya tahu mengkritik tetapi beliau berusaha untuk menanganinya. Ini kerana dari segi ukuran yang dibuat, kalaulah kita dapat meningkatkan mata CPI – bukan consumer price index, tetapi corruption perception index. Kalau satu mata dapat kita naikkan dengan pelbagai usaha yang mana diterajui oleh SPRM dan di dokong oleh semua rakyat Malaysia, sekiranya satu mata dapat ditingkatkan, maka telah diukur bahawa FDI dapat dibawa masuk equivalent 0.5 percents of GDP. Dalam konteks sekarang, usaha satu mata itu ia boleh ditranslate atau diterjemahkan pada masa ini FDI equivalent to RM4 billion. Inilah antara usaha yang seiring patut dilaksanakan supaya kita dapat menarik pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, daya saing, produktiviti, rasuah adalah keseluruhannya mestilah berpayungkan keamanan. Ini juga telah diusahakan oleh kerajaan dan ia terdapat dalam NKRA iaitu tentang menangani crime (jenayah). Ini bukanlah seronok-seronok sendiri diukur di kalangan kita oleh pihak polis dan sebagainya tetapi ada juga ukuran antarabangsa iaitu GPI. GPI menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia adalah secara relatifnya aman kerana di kalangan 200 lebih negara, kita berada di tahap yang ke-19 atau top 20 dan di Asia, kita berada di kedudukan yang kedua.

■1440

Jadi, dengan usaha ini, maka negara kita aman dan kita dapat sama-sama menghirup udara keamanan itu. Malangnya, ada pula pihak-pihak tertentu yang dalam usahanya yang boleh dicurigai ingin mengadakan demonstrasi yang mana ini boleh menggugat keamanan. Keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati ini boleh, dengan izin, evaporates seperti mana air panas yang evaporating. Jadi, ini kita kena jaga kerana kita cukup sedar bahawa kita tidak mahu sejarah negeri Melaka berulang.

Page 45: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 37

Saya ingin menarik perhatian ini kerana kita tidak dapat lari dalam banyak situasi

yang akan dibaca mengikut perspektif perkauman. Jadi, ini harus diberi ingatan supaya mereka yang beria-ia benar menganjurkan itu tidak tersalah berpijak di bumi Malaysia ini.

Oleh itu saya ingin menarik kepada sejarah. Melaka tumbang antara lain mengikut sejarah adalah kerana peranan Si Kitul dan kita tahu apa keturunan Si Kitul itu. Hari ini agak malang dan kalau boleh kita elakkan peristiwa Si Kitul ini berlaku kerana perbuatan Si Kitul, Kesultanan Melayu Melaka tumbang. Pada hari ini, kumpulan yang menamakannya BERSIH dan dipimpin pula secara kebetulan oleh seseorang dari keturunan yang sama dengan Kitul. Ini agak unfortunate apabila ia dibaca mengikut cermin mata perkauman. Ini kerana dilihat apabila kaum lain, pemimpin India, pemimpin Cina telah menyuarakan mereka tidak mahu menyertai perhimpunan ini, maka perhimpunan ini nampaknya akan disertai oleh kaum Melayu sahaja atau majoritinya Melayu kerana nampak kaum inilah yang beria-ia antara seronok dengan gembira dibayar atau mungkin tidak dibayar. Yang beria-ia benar mahu berhujan dan berjemur pada 9 Julai nanti kalau jadi.

Jadi, kalau kita lihat pemimpin dari satu kaum lain dan majoriti yang menjadi peserta dari kaum lain pula, maka ini akan boleh dibaca. Sejarah Melaka berulang kembali dan kalaulah ia berlaku huru-hara kerana dikatakan ramai akan hadir, maka ia mungkin boleh menyumbang ke arah tumbangnya kerajaan. Adakah ini yang sesungguhnya dimahukan? Maka, adakah Ambiga mahu menjadi Kitul kedua atau The New Kitul. Jadi, ini kita kena hati-hati dan kita haraplah Puan Ambiga dengan minda yang cool dan yang sabar, dengan hati yang begitu tawaduk dapat memikirkan semula usaha untuk mengadakan perhimpunan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita harap perhimpunan kali ini mereka sedar bukanlah seperti perhimpunan - riot yang mungkin berlaku pada kali ini tidak sama seperti riot yang berlaku pada 13 Mei. Peristiwa 13 Mei adalah antara kaum yang bergaduh dan bertelagah tetapi kali ini nampaknya antara sesama kaum iaitu Melayu dengan Melayu tetapi pengarahnya atau directornya ialah bukan Melayu. Ini berbahaya.

Oleh yang demikian, saya haraplah nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong didengari dan diikuti. Saya rasa kerana tahap Yang Di-Pertuan Agong begitu tinggi, maka eloklah pihak yang hendak menganjurkan perhimpunan itu berjumpa pihak lain yang sesungguhnya sesuai dengan isu yang dibangkitkan itu supaya ia tidak mencemarkan Duli Yang Maha Mulia. Sekiranya perhimpunan ini diteruskan juga, di Dewan yang mulia ini saya meminta pihak-pihak yang berkenaan supaya melihat semula sekiranya penganjur ini sesungguhnya melakukan penderhakaan, sesungguhnya melakukan pelanggaran undang-undang negara, maka eloklah dilihat semula tarafnya sebagai warganegara Malaysia, tahapnya sebagai penerima anugerah Sultan dan tahapnya sebagai pengamal undang-undang. Eloklah disemak semula selaras dengan undang-undang yang ada sekiranya pelanggaran berlaku.

Saya ingin menarik perhatian bahawa Malaysia sesungguhnya tidak sama dengan Tunisia, Mesir, Yemen dan lain-lain kerana di sana kadar pengangguran cukup tinggi. Kadar kemiskinan juga tinggi iaitu sekitar lebih 20 peratus.

Inflasi juga tinggi melebihi 10 peratus tetapi di Malaysia, kadar pengangguran kita berada di tahap guna tenaga penuh kerana di bawah 4 peratus iaitu 3.6 peratus. Inflasi juga di tahap yang manageable. Sekarang sudah meningkat 3.3 peratus berbanding di masa lalu bawah 3 peratus. Begitu juga indicator-indicator yang lain yang menunjukkan kita berada di bumi yang bertuah ini, yang jauh lebih baik kehidupannya berbanding dengan negara yang saya sebutkan tadi.

Jadi, keadaan sungguh berbeza. Oleh itu, kita juga kena membaca apa yang berlaku di sana bahawa keadaan yang diharapkan jauh lebih baik sebelum kerajaan-kerajaan itu tumbang tetapi sebenarnya keadaan sekarang jauh lebih buruk daripada apa sebelum the spring revolution, kalau hendak dikatakan satu revolusi kerana kadar pengangguran bertambah tinggi, bukannya menurun. Kadar kemiskinan kerana kadar pengangguran meningkat, kadar kemiskinan juga meningkat dan oleh kerana bekalan makanan jadi masalah, inflasi juga turut meningkat.

Page 46: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

38 DN 5.7.2011

Maka, you sacrifice the peace dan yang dapat keadaan yang lebih buruk. Oleh itu

saya mengharapkan bahawa kita kembali berfikir dengan sejuk dan tenang supaya kita terutamanya orang Melayu hendaklah ingat akan nasihat orang tua-tua, “Antan sama lesung berlaga, biasanya ayam yang kenyang.” Dan kita tidak mahu menjadi seperti kerbau yang penat membajak di sawah tetapi kucing yang kenyang makan nasi di rumah. Saya bercakap demikian bukan kerana hendakkan hak sesiapa, cuma kita berpegang kepada pantun Melayu.

Kita hanya hendak ke kota,

Kita tidak hendak ke seberang, Kita hanya hendak hak kita,

Kita tidak hendak hak orang... [Tepuk]

Oleh itu...

Kita hendak belayar ke Pulau Rebat,

Bangka Belitung berhampiran, Jangan yang kejar tidak dapat,

Yang dikendong berciciran.

Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Orang Melaka, ya. Pandai bermadah. Silakan Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn.

2.48 ptg.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan selamat tengah hari. Salam 1Malaysia.

Terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua telah memberikan saya sedikit peluang untuk bangun juga berbahas Rang Undang-undang Akta Penggalakan Pelaburan 1980 ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kementerian di atas anjakan paradigma yang telah dilakukan kerana ini merupakan demi untuk kebaikan kementerian, pelabur-pelabur dan juga ekonomi negara kita.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada kementerian dan juga MATRADE dan juga MIDA serta agensi dan individu terlibat di atas daya usaha menarik pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Ini kerana saya ada memetik laporan akhbar pada Disember 2010, perbandingan nilai pelaburan asing antara 2010 dan juga 2009 di mana laporan menyatakan bahawa jumlah pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM17.1 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama 2010 berbanding dengan RM5 bilion yang diperoleh pada 2009. Sekali gus ia mencerminkan keyakinan pelabur asing dan keberkesanan langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Soalan saya, berapakah jumlah pencapaian FDI bagi enam bulan pertama 2011 dalam nilai ringgit berbanding enam bulan pertama tahun 2010 dan 2009. Ini kerana saya juga memetik kenyataan oleh Ketua Pengarah MIDA yang baru-baru ini menyatakan bahawa Malaysia mampu menarik pelaburan sebanyak RM55 bilion di dalam sektor pembuatan pada tahun 2011 serta MIDA sendiri difahamkan sudah berbincang dengan pelabur-pelabur serius di dalam sektor tersebut yang melibatkan potensi pelaburan sebanyak RM14 bilion.

■1450

Soalan saya, saya ingin tahu status perbincangan dengan pelabur-pelabur serius serta subsektor pembuatan yang dimaksudkan oleh Ketua Pengarah MIDA tersebut.

Page 47: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 39

Apakah mekanisme yang diguna pakai MIDA dalam usaha mencapai sasaran FDI

sebanyak RM20 bilion sekurang-kurangnya mengambil kira kelembapan ekonomi dunia. Saya kira ianya tidaklah mustahil kerana pada tahun 2010 lalu kita sudah menghampiri nilai FDI RM17.1 bilion berbanding 2009 hanya RM5 bilion.

Saya juga difahamkan bahawa MIDA turut menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan NCI pada Mei 2010. Bagi meluluskan projek pelaburan di Malaysia dan di mana sekiranya pelaburan itu terlalu besar melibatkan jumlah melebihi RM1 bilion ianya akan dihantar ke Majlis Ekonomi (EC) yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Soalan saya ialah saya menyokong penubuhan NCI ini tetapi saya ingin bertanya siapakah barisan panel yang terlibat dan apakah syarat lantikan mereka serta status penubuhan juga pencapaian kelulusan projek-projek pelaburan setakat ini. Apakah kerajaan juga mempunyai kuasa veto jika sesuatu pelaburan yang hendak dibuat tanpa menilai sepenuhnya untuk kepentingan rakyat? Apakah pencapaian dalam usaha MIDA pula untuk memberi tumpuan kepada sektor minyak dan gas setakat ini serta status perancangan MIDA untuk mengubah bahagian minyak dan gas (O&G) kepada MIDA Inc. hasil kerjasama dengan Petronas dan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) di mana fokus yang lebih boleh diberikan.

Saya juga berharap agar taburan pelaburan yang bakal dimasukkan di Malaysia ini diberikan ataupun diagihkan sama rata ataupun mengikut keperluan para pelabur di negeri-negeri lain dan tidak hanya tertumpu kepada Lembah Klang sahaja.

Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada melawat ke Kazakhstan dan ia telah membuka peluang-peluang baru pelaburan di dalam sektor oil and gas dan kerana Kazakhstan mempunyai 90 peratus sumber ekonominya disumbangkan oleh industri minyak dan gas dan kini telah mengalami transformasi yang begitu pesat namun hanya negara seperti Korea, Turki dan Rusia aktif melabur di Kazakhstan manakala tiada syarikat satu pun daripada Malaysia melabur di negara itu setakat ini. Bagaimanakah kementerian dan MIDA melihat potensi pelabur-pelabur dari negara Kazakhstan ini untuk datang melabur di dalam sektor yang menjadi kepakaran mereka seperti kerjasama dalam sektor oil and gas ini serta industri IKS seperti pembuatan karpet dan ukiran yang sememangnya orang Kazakhstan memiliki kepakaran yang tinggi. Mungkin ianya boleh dimanfaatkan oleh IKS di dalam bentuk kerjasama mahupun latihan kemahiran.

Oleh kerana Kazakhstan ini juga selain daripada O&G antara bidang yang berpotensi ialah petrokimia dan penapisan perumahan, lebuh raya, transit aliran ringan, perkhidmatan perbankan, sistem kumbahan dan rawatan air, jana kuasa, teknologi komunikasi maklumat, program penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, restoran dan pemprosesan makanan halal serta perabot maka saya berharap MIDA dapat mengambil kesempatan ini di atas tawaran kerajaan Kazakhstan yang telah mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di samping menikmati insentif seperti geran bangunan dan subsidi dengan faedah tujuh peratus berbanding 14 peratus di samping kita juga perlu aktif menggalakkan pelabur mereka untuk melabur ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri saya ingin bertanya berapakah jumlah FDI bagi tempoh satu tahun dalam nilai ringgit dan apakah kita mempunyai pelabur-pelabur yang berpotensi dan anggaran yang diramal mengikut pelaburan asing dan adakah industri yang menjadi pilihan pelabur-pelabur asing ini dan apakah kita mempunyai pakar di dalam industri sedemikian rupa.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyokong saya ingin menyahut seruan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru-baru ini menggalakkan agar 30 peratus penyertaan wanita di dalam barisan pembuatan keputusan untuk saya mencadangkan agar CEO yang bakal dilantik nanti juga bolehlah terdiri daripada wanita yang layak dan mampu memegang jawatan tersebut. Semoga dengan pelantikan wanita ini esok sebagai CEO di dalam ini akan membawa kejayaan yang lebih besar dan bermakna dan lebih baik kepada negara. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Page 48: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

40 DN 5.7.2011

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sebelum kita meneruskan perbahasan kita pada petang ini saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

2.56 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 6 Julai 2011”.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Fadillah bin Yusof]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

2.57 ptg.

Dato' Zaitun binti Mat: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kerana turut diberi kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1965.

Pertama saya ingin menyentuh seksyen 1 subseksyen 1(1) berhubung perubahan nama perbadanan daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Perubahan ini memberi implikasi kepada perbadanan ini yang sebelum ini menumpukan untuk kemajuan perindustrian negara kepada aspek pelaburan di bidang pembuatan dan perkhidmatan kecuali pelaburan di bidang kewangan dan utiliti. Perubahan nama ini juga memberi impak ke atas Program Transformasi Ekonomi (ETP) di peringkat persekutuan dan negeri. Dalam hubungan ini, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan berhubung peranan rangkaian sedunia MIDA yang kini terdapat di Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Sejauh manakah pejabat MIDA di luar negara ini telah berjaya menarik pelaburan asing ke negara ini dan keberkesanan pejabat-pejabat MIDA ini dalam melicinkan mewujudkan pengilangan di negara ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh seksyen 3A yang meminda akta ibu seksyen 3A subseksyen 1(e) di mana Ketua Pengarah, “Director General” kepada Ketua Pegawai Eksekutif, “Chief Executive Officer”. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan kewajaran memansuhkan jawatan Ketua Pengarah dan menggantikan dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Adakah perubahan dari Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia telah menjadi organisasi ini sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan atau GLC berbanding dengan badan berkanun ini? Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan sumber dana atau kewangan MIDA dan sejauh manakah MIDA mampu menjana sumber sendiri termasuklah mendapat keuntungan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pindaan seksyen 6, Akta Ibu dengan menggantikan dengan seksyen yang baru dari segi fungsi MIDA. Pindaan yang paling ketara ialah dinyatakan di dalam Akta Ibu - fungsi MIDA adalah untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan manakala pindaan yang baru, MIDA adalah bertanggungjawab menggalakkan pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan.

Page 49: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 41

■1500

Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan sejauh manakah perubahan ini mampu untuk melonjakkan industri pembuatan negara sama ada dalam negara mahupun luar negara sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 6(b) dan apakah langkah serta strategi yang diambil untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan sebagaimana seksyen 6(e).

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang seksyen baru iaitu seksyen 7C yang memberi kuasa MIDA untuk menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 yang akan terlibat dalam pengurusan projek dan enterprise khususnya bagi memenuhi 11 fungsi MIDA yang dinyatakan dalam seksyen 6 termasuk perkhidmatan perundingan termasuklah latihan dan bantuan teknikal sebagaimana seksyen 6(g) dan membantu syarikat Malaysia mendapat teknologi dan peluang pelaburan luar negara sebagaimana seksyen 6(i). Dalam hubungan ini saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan jumlah modal yang bakal diperuntukkan bagi syarikat yang akan ditubuhkan dan bidang perniagaan yang akan dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, MIDA mempunyai objektif untuk menggalakkan dan menyelaras pelaburan asing dan tempatan dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan dengan aktiviti termasuk perancangan strategi industri dan kerjasama antarabangsa, pelaburan asing, kemajuan industri elektronik, industri ICT dan sebagainya. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung dengan prestasi MIDA bagi tahun 2009 dan tahun 2010 dari segi penilaian permohonan lesen, bilangan rombongan galakan pelaburan seberang laut, pameran dan seminar di dalam dan luar negara, permohonan kecualian duti import, cukai dan bilangan bantuan dan khidmat nasihat kepada pelabur.

Bagi tahun 2011, MIDA mendapat peruntukan sebanyak RM16.2 juta untuk dasar baru. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan berhubung dasar baru yang ingin dilaksanakan dalam tahun 2011 ini.

Dalam tahun 2011 ini juga MIDA mendapat peruntukan one-off sebanyak RM8 juta untuk program penggalakan pelaburan dan perdagangan, sejauh manakah keberkesanan program penggalakan pelaburan luar negara ini khusus bagi meningkatkan pelaburan luar langsung luar negara (FDI).

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya berharap pindaan akta ini akan melonjakkan lagi peranan MIDA bukan sahaja menggalakkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, saya juga berharap MIDA dapat membantu usahawan bumiputera yang ingin menceburkan diri dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Datuk Subbaiyah.

3.04 ptg.

Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk turut serta membahaskan rang undang-undang ini.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang kemudahan pinjaman berhubung dengan pendidikan seperti mana yang tertera dalam pindaan seksyen 10A. Saya dapat lihat bahawa usaha MIDA dalam menyumbang bantuan kewangan ataupun biasiswa kepada mana-mana orang bagi maksud pendidikan adalah amat dialu-alukan. Sehubungan dengan ini, saya ingin penjelasan apakah garis panduan dan kriteria bagi permohonan sedemikian sama ada dihadkan kepada tujuan MIDA ataupun semua aspek pendidikan.

Apakah pihak MIDA akan memperluaskan pinjaman ini kepada belia-belia kita yang mengikuti jurusan teknikal dan bukan sahaja menumpukan kepada pembelajaran tradisional sahaja. Ini adalah kerana ramai belia kita yang tidak mempunyai pencapaian yang cemerlang yang ingin meneruskan pengajian secara vokasional atau lebih kepada teknikal di mana skil menjadi tunjang dalam menyertai sesuatu program.

Page 50: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

42 DN 5.7.2011

Kemahiran vokasional kini menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar yang gagal

memperoleh pencapaian untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Mohon agar kerajaan dapat menjelaskan kriteria serta kemudahan-kemudahan yang dipanjangkan.

Seterusnya saya ingin tahu berapakah jumlah pejabat MIDA di seluruh dunia dan jumlah pekerja yang kini diguna pakai di semua pejabat di luar negara. Dari kalangan ini berapakah jumlah pekerja mengikut kaum? Memandangkan kepakaran ekonomi serta kewibawaan menembusi pasaran asing adalah amat penting, apakah peluang ini dapat dipenuhi dengan sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, sekian, saya memohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali.

3.06 ptg.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat bahawa sekarang ini seolah-olah telah menjadi tren mengubah nama ataupun mengubah jawatan dengan harapan bahawa rebranding itu boleh membawakan perubahan yang lebih besar.

Dalam rang undang-undang ini, ada dua perubahan yang pokok. Antara lain nama MIDA diubah dan juga jawatan ketua pengarah diubah kepada CEO. Yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah adakah menjadi kepercayaan bahawa perubahan seperti ini benar-benar akan membawa kepada tujuan ataupun matlamat yang diharapkan?

Dalam rang undang-undang ini, matlamat adalah nyata bahawa MIDA diharapkan akan mempunyai imej yang baru untuk mempromosi Malaysia bagi mendapatkan pelaburan. Selain daripada itu MIDA juga diharapkan akan menjadi sebuah badan yang efektif untuk menarik pelaburan-pelaburan bagi mendirikan perindustrian ataupun perkilangan. Bagi saya dan saya percaya tentu bagi ramai juga, untuk menggalakkan pelaburan datang dan untuk industri menjadi lebih luas kita memerlukan banyak perubahan dalam politik, ekonomi, perundangan dan sosial di negara ini. Soal politik berkaitan dengan soal keamanan dan saya tidak ingin misalnya berkempen politik macam dilakukan oleh seorang yang lebih awal tadi tentang soal keamanan. Akan tetapi walau macam mana pun soal keamanan memang merupakan satu faktor yang penting bagi mempromosikan imej kita.

Soal ekonomi pula ialah tentang bagaimana peluang umpamanya untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan itu. Soal sosial pula berkaitan dengan soal korupsi. Soal undang-undang pula, bagaimana mereka boleh misalnya mengharapkan masalah-masalah dan pertikaian-pertikaian yang berlaku dapat diselesaikan di dalam negara ini tanpa mereka harus ke luar negara untuk pergi ke mahkamah di Singapura, Hong Kong dan sebagainya.

■1510

Jadi, yang hendak saya tekankan di sini ialah bahawa memang banyak faktor bagi mendapatkan pelaburan yang diharapkan oleh MIDA. Perkara ini memang diperlukan kerana sehingga tahun 2009, kedudukan pelaburan luar yang datang ke negara ini sama ada melalui MIDA atau lainnya adalah agak parah. Beberapa tahun sebelum tahun 2009, bukan sahaja pelaburan menurun bahkan ada kalanya ia negatif. Memang benar bahawa dalam tahun 2010, tahun 2011, ada peningkatan pelaburan yang berlaku di negara ini. Akan tetapi ini bukanlah satu peningkatan yang khusus bagi Malaysia. Peningkatan tersebut pada tahun 2010 dan tahun 2011, berlaku di seluruh negara Asia. Bahkan apa yang berlaku di Malaysia kalau dibandingkan dengan sesetengah negara lain adalah agak terkebelakang.

Kita lihat misalnya daripada segi FDI, sebuah majalah bernama Business Monitor menyatakan bahawa negara yang sekarang ini paling menarik sekali bagi pelaburan asing ialah Indonesia dan Vietnam. Dalam tahun 2010, tahun 2011, di Indonesia ia meningkat sebanyak 174 peratus dan di Vietnam ia meningkat sebanyak 140 peratus. Jadi, kita harus mengkaji apakah dia faktor yang membuatkan penarikan pelaburan itu begitu baik sekali pada Vietnam dan Indonesia. Bagaimanakah mereka boleh menjadi kompetitif?

Page 51: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 43

Kita katakan tadi kita mahukan kedudukan Malaysia ini lebih kompetitif bagi

mendapatkan pelaburan orang asing. Kita juga mengatakan bukan sahaja pelaburan asing yang kita hendak tarik tetapi kita harus dapat mobilize pelaburan tempatan. Apa yang menjadi masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah kalau kita lihat misalnya mobilisasi pelaburan tempatan, kita dapati bahawa trend yang berlaku dalam beberapa tahun yang lalu ini ialah mengalir keluarnya modal daripada negara ini ke tempat lain. Itu sebabnya ada kalanya kita sampai menghadapi masalah negative investment.

Nampaknya ada dua jenis pelaburan yang keluar itu. Pertama, ialah jenis yang misalannya digalakkan sebagai satu polisi pada suatu waktu untuk melabur di sesetengah negeri yang agak mundur, ini terutama sekali berlaku pada zaman Tun Dr. Mahathir. Selain daripada itu juga, ada dalam kalangan pemodal-pemodal yang menganggap bahawa suasana keuntungan dan sebagainya di negara ini kurang baiknya dibandingkan dengan negara yang lain. Maka, oleh kerana itulah mereka berpindah.

Jenis yang kedua pula ialah adanya suasana atau keadaan yang mana kita dapati bahawa modal atau pengaliran modal secara haram. Baru-baru ini didedahkan bahawa lebih daripada RM800 bilion telah mengalir keluar secara haram ini. Apakah langkah-langkah yang diambil bukan sahaja untuk mengurangkan pengaliran keluar modal tempatan tetapi untuk menyekat pengaliran modal ataupun pelaburan yang dilakukan secara haram itu?

Seorang ahli ekonomi UBS, Joe Anderson telah mengejutkan pasaran dan dunia kewangan dengan menyatakan bahawa pengaliran keluar modal dari Malaysia adalah sebanyak 44 peratus daripada KDNK. Ini adalah suatu perkara yang harus diambil serius. Jadi, bukan sahaja soal kita harus mengemukakan imej supaya kompetitif untuk menarik modal luar tetapi juga kita harus mengambil langkah-langkah untuk memastikan dapat dikekang atau disekat pengaliran keluar modal yang harus digunakan di sini tetapi mengalir keluar.

Sekarang Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk merujuk pada beberapa seksyen daripada akta ini terutama sekali untuk menyatakan apakah implikasinya. Pertama ialah berkaitan seksyen 3D(d) iaitu penukaran nama ketua pengarah kepada CEO. Adakah jelas bahawa berlaku perbezaan kuasa di antara kedua-duanya itu? Sekiranya perbezaan kuasa dan peranan tidak berubah, menukar nama sahaja tidak cukup. Jadi, kita harus dijelaskan dengan apakah maksud sebenarnya untuk mengubah nama ini dan bukan semata-mata hanya untuk membuat perubahan atau for the sake of perubahan.

Perkara kedua ialah seksyen 6(c), “undertake or cause to be undertaken research and planning on matters relating to investment in the manufacturing and services sectors (excluding financial and utilities.” Memang baik sekali kalau misalnya MIDA mengadakan seksyen atau bahagian untuk melakukan research atau penyelidikan. Akan tetapi penyelidikan itu bukan seharusnya di batas hanya untuk kegunaan MIDA sahaja. Segala hasil penyelidikan harus mudah terbuka kepada mereka yang mempunyai minat dan terlibat dengan perkembangan industri dan perkilangan kerana ini boleh membantu mereka.

Selain daripada itu, kita perlu juga memberikan peluang kepada para akademik untuk mendapatkan hasil ini kerana mereka juga boleh mengemukakan pandangan-pandangan barangkali untuk mencari jalan bagi membuat MIDA lebih kompetitif lagi daripada segi penarikan modal. Malangnya dalam soal research ini, pada masa-masa yang lepas sehingga sekarang, kita dapati adalah lebih mudah bagi para akademik asing dari luar negara untuk mendapat maklumat-maklumat daripada kerajaan. Sebaliknya susah bagi para akademik tempatan mendapat hasil-hasil penyelidikan yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan dan ini merupakan satu rungutan daripada pihak mereka.

Ketiga ialah fasal 12 seksyen 7C iaitu, “Power to establish companies – The Authority may, with the approval of the Minister, establish companies under the Companies Act 1965 [Act 125] to carry out and have the charge, conduct and management of any project, scheme, or enterprise which has been planned or undertaken by the Authority in the performance of its functions or the exercise of its powers.” The Authority may, with the approval of the Minister, sekarang ini bukan sahaja kadang-kadang autoriti mempunyai kepentingan.

Page 52: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

44 DN 5.7.2011

Bukan sahaja misalnya CEO boleh mempunyai kepentingan tetapi pihak Menteri

pun mempunyai kepentingan dan kepentingan-kepentingan ini boleh melibatkan berlakunya korupsi. Jadi, berhubung dengan seksyen ini, saya ingin mendapatkan jaminan tentang bagaimana caranya yang akan dilakukan oleh kementerian dan kerajaan seluruhnya untuk memastikan bahawa kelemahan berlakunya ataupun berlakunya korupsi tidak akan terbuka dengan wujudnya seksyen seperti ini.

Seterusnya pada fasal 14, seksyen 10A yang sekarang ini, “(ca) giving financial assistance or credit facilities, with or without interest, or any contribution to any person for educational purposes, scholarships or any other purposes subject to the approval of the Minister with the concurrence of the Minister of Finance;”.

■1520

Saya tidak tahu apakah prosedur untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman tersebut? Saya harap prosedur itu akan diadakan walaupun tidak ada dalam akta, tetapi dia boleh diadakan secara administrative dan siapakah dia yang boleh memohon untuk bantuan-bantuan tersebut? Jikalau hanya untuk memberikan bantuan untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya, mengapakah menjadi perlu untuk kelulusan daripada Menteri? Tidak bolehkah seorang CEO itu diberikan kepercayaan ataupun Lembaga MIDA itu diberikan kepercayaan untuk menentukan siapa dan bagaimana seseorang itu harus diberikan hadiah tersebut? Kita tidak boleh terlalu misalnya memberikan penumpuan kuasa kepada seorang Menteri kerana ini boleh menimbulkan lebih teruk lagi keadaan korupsi boleh berlaku.

Kemudian yang fasal 15 tentang Investment yang ditulis di sini sebagai 10AA iaitu pada muka lapan, “The moneys of the Authority, insofar as they are not required to be expended by the Authority under this Act, may be invested in such manner as the Minister may, with the concurrence of the Minister of Finance approve.” Saya merasa agak kurang senang dengan seksyen ini kerana ia seolah-olah memberikan kuasa yang terlampau kepada Menteri. Adakah dengan demikian, dibelakangkan semua sekali peranan Lembaga? Kita ada Lembaga. Kita sudah naikkan misalnya kalau dinaikkanlah Ketua Pengarah itu sebagai seorang CEO. Kita hendak jalankan urusan-urusan secara komersial yang boleh mendatangkan keuntungan.

Akan tetapi kita masih bergantung kepada misalnya kekuasaan daripada Menteri dan ini akan mengurangkan kepercayaan, pelabur dan juga orang ramai terhadap MIDA itu dan terhadap pegawai-pegawai dan lembaga yang menjalankan segala usaha. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap dengan implikasi-implikasi yang saya sebutkan tadi akan dapat ditimbangkan masalah perubahan ini kerana bagi saya yang seperti saya sebutkan tadi, perubahan tidak harus hanya pada nama, but it must has been in fact. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah.

3.23 ptg.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011. Saya juga mengalu-alukan rang undang-undang yang baru ini bukan kerana sudah sampai masanya, tetapi sudah long overdue bagi Malaysia mempunyai satu agensi atau lembaga yang benar-benar boleh memainkan peranan aktif dan proaktif dalam usaha menarik minat pelabur asing ke negara kita.

Hari ini jelas kalau kita ikut seksyen 6 bahawa MIDA yang namanya dikekalkan, saya rasa tidak ada renewal, rebranding di sini sebagai mana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Hanya sedikit perubahan berhubung dengan nama tetapi lebih menjurus ke arah usaha-usaha penggalakan. Dalam 13 fungsi yang disebut dalam seksyen 6, lima fungsi lembaga menyebut tentang promosi iaitu aktiviti-aktiviti untuk mempromosi kegiatan menarik pelaburan ke negara kita.

Page 53: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 45

Keduanya, berhubung dengan seksyen 6(c) sebagaimana yang juga telah

disentuh oleh Yang Berhormat sebelum saya berhubung dengan research and planning. Mungkin saya ingin penerangan lebih lanjut, apakah sebenarnya yang termaktub ataupun yang dihasratkan melalui seksyen ini? Setakat mana yang telah dilakukan oleh MIDA sebelum ini dan adakah dengan wujudnya seksyen ini, yang mana melibatkan research dan planning, MIDA akan lebih tersusun dalam strategi direction, dengan izin, bagi benar-benar berusaha ke arah meningkatkan jumlah pelaburan asing atau FDI ke negara kita? Adakah hari ini MIDA sudah mempunyai rancangan jangka pendek, jangka panjang dan seterusnya. Five years plan, ten years plan dan seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan seksyen 7C, “Power to establish companies”. Jadi di sini diperuntukkan bahawa MIDA ataupun lembaga dengan kelulusan pihak Menteri boleh menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Saya rasa ini satu usaha yang sesuai. Soalannya ataupun cadangan saya ialah supaya penubuhan company ini, syarikat ini hanya selaras dengan objektif MIDA ditubuhkan. Bermaksud supaya kita tidak menubuhkan syarikat yang lari daripada tujuan asal. Oleh kerana hari ini MIDA selaku lembaga penggalak kalau kita hendak tubuhkan satu syarikat yang membantu usaha ini, saya rasa ada kesesuaiannya. Di kala yang lain mungkin sudah lebih economic bagi MIDA menimbangkan untuk outsourcing sahaja daripada kita menubuhkan syarikat yang kadangkala atau selalunya tidak berfungsi dan dormant begitu sahaja.

Perkara seterusnya yang ingin saya sentuh ialah berhubung dengan seksyen 10A. Dalam seksyen 10A (b) ada menyebut; dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut iaitu “(ca) giving financial assistance or credit facilities, with or without interest...” Jadi ini saya mohon diperbetulkan. Dalam usaha ke arah kita menggalakkan sistem kewangan Islam dan sistem Muamalah Islam hari ini kita lupakanlah masalah ataupun perkara-perkara yang melibatkan riba. Kita boleh sebut sana charges instead of interest dan interest sebenarnya riba’. Kenapa kita hendak libatkan diri dengan riba.

Seksyen 10AA berhubung dengan Investment. Jadi di sini, “The moneys of the Authority, insofar as they are not required to be expended by the Authority under this Act, may be invested in such manner...” Ini satu clause ataupun satu seksyen yang saya rasa hari ini ataupun sebelum ini memang ada. Akan tetapi pandangan saya jangan jadikan seksyen ini sebagai satu instrument bagi kita untuk membuat pelaburan tanpa kajian yang teliti ataupun yang terperinci.

■1530

Ini kerana saya selalu melihat kadangkala ada state bodies ataupun badan-badan yang membuat pelaburan yang merugikan, yang sepatutnya tidak berlaku akan tetapi berlaku. Kenapa kita harus hendak melabur? Lebih baik kita fokus kepada core competency kita. Kalau hari ini tugas kita hendak menarik pelaburan, jangan kisah hendak melabur. Itu bukan tugas kita. Bukan area kita. Fokus ke arah menggalak pelaburan. Ada duit lebih, your surplus, just place in the bank, masuk dalam bank. Hidupkan sistem perbankan kita. Tambah liquidity dalam perbankan kita. Jangan kita hendak susah-susah pening kepala hendak melabur.

Perkara yang seterusnya ialah berhubung dengan seksyen 6(h) – kerjasama serantau. Di sebut di sini, “undertake any activity that promotes co-operation with other countries in line with the objectives of the Government with respect to investment in the manufacturing and services sectors…”. Ini satu usaha yang baik kalau kita boleh praktikkan, di mana kita boleh menjual bukan sahaja negara kita tetapi serantau. Usaha ke arah kerjasama serantau ini saya tidak pasti sudah wujud sebelum ini, tetapi boleh dimulakan dan boleh dicuba. Contohnya kalau dalam semangat ASEAN misalnya, kalau ASEAN terlampau besar, mungkin secara regional nya dua tiga negara yang cluster boleh kita mulakan mempromosikan. Instead of Malaysia as a Malaysia, tetapi tiga empat negara sebagai satu destinasi penggalakan pelaburan.

Saya juga ingin bertanya, hari ini kita sedia maklum usaha-usaha menarik pelaburan di samping dijalankan oleh peringkat Persekutuan, pak-pak Menteri, kita juga dapati ada usaha-usaha yang dijalankan sendiri oleh negeri-negeri.

Page 54: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

46 DN 5.7.2011

Adakah terdapat koordinasi ataupun perbincangan bersama di antara pihak negeri

dan pihak Federal supaya tidak ada pertindihan (overlapping) dalam usaha kita menarik pelaburan dari satu-satu pasaran tertentu.

Sebentar tadi sahabat saya Yang Berhormat Datuk Akbar telah menyentuh berhubung dengan daya saing ataupun competitiveness dalam doing business. Kalau kita mengikut laporan Bank Dunia yang mana dicatatkan bahawa Malaysia sebagai di kedudukan yang ke-21 in term of competitiveness in doing business, dengan izin, ada menunjukkan peningkatan sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, tetapi ada dua faktor ataupun indicator yang menyebabkan kita tidak meningkat lebih tinggi lagi. Tadi Yang Berhormat Datuk Akbar ada mencadangkan agar kita berusaha ke arah mencapai the top ten misalnya.

Salah satu daripada dua penyebabnya iaitu indicator yang pertama ialah starting the business. Ertinya memulakan perniagaan itu. Di dalam ekonomi 183 buah negara dalam survey yang dibuat itu, kita duduk di tangga yang ke-113. Sedangkan dalam indicator yang lain, contohnya untuk mendapatkan kredit, kita yang pertama. Jadi terdapat jurang yang terlalu berbeza. Kalau kita boleh fokus ke arah dua indicator yang pertama saya sebut tadi starting a business, memulakan perniagaan dan yang kedua ialah berhubung dengan mendapatkan permit pembinaan yang mana kita duduk di ranking yang ke-108 daripada 183 buah negara.

Jadi saya berharap ada satu kolaborasi di antara pihak kementerian dan juga mungkin kementerian-kementerian yang lain agar kita dapat pendekkan masa dan meningkatkan ranking kita dalam sektor ataupun indicator starting a business dan yang kedua, dealing with construction permit. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

3.35 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir]: Tuan Yang di-Pertua saya bagi pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta di dalam perbahasan ini iaitu untuk rang undang-undang pindaan Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1965.

Penyertaan Yang Berhormat membuktikan kepada kita bahawa Yang Berhormat prihatin soal pelaburan yang sudah tentu memainkan satu peranan yang penting di dalam menjana pendapatan bagi negara kita seterusnya dan sekali gus dalam pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.

Saya bermula dengan soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Mohd. Effendi Norwawi mengenai pelaburan yang perlu berfokus kepada sektor-sektor tertentu. Pada hemat saya, maksudnya juga ialah dalam usaha untuk menarik pelaburan asing yang berkualiti tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kini memang menumpukan usaha kepada memastikan bahawa FDI yang berkualiti terus mengalir masuk. Dasar kerajaan sekarang tidak lagi menggalakkan pelaburan yang berintensifkan buruh tetapi memfokus kepada pelaburan yang bernilai tambah tinggi, berintensifkan modal dan pengetahuan serta teknologi baru muncul.

Mengikut UNCTAD World Investment Report tahun 2006, pelaburan berkualiti ditakrifkan sebagai investments that would significantly increase employment, enhance skills and boost the competitiveness of local enterprises, dengan izin. Maka dengan itu, kementerian juga telah memperkenalkan pendekatan berfokus ataupun targeted approach, dengan izin, bagi menggalakkan kemasukan pelaburan. Sasaran pelaburan asing pada masa ini adalah untuk menarik syarikat-syarikat terkemuka khasnya di dalam sektor-sektor berteknologi tinggi untuk melabur di Malaysia.

Page 55: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 47

Di antara sektor-sektor yang digalakkan Tuan Yang di-Pertua, adalah

aeroangkasa, tenaga boleh diperbaharui, advance electronics, dengan izin, petrokimia, bioteknologi, mesin dan peralatan dan peralatan perubatan. Galakan ini juga adalah selaras dengan Model Ekonomi Baru yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berteraskan kepada inovasi, kreativiti dan sumber-sumber pertumbuhan yang bernilai tinggi ataupun high value source of growth.

Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Dr. Mohd Effendi juga telah bangkitkan soal perlunya dikenakan KPI bagi menilai prestasi CEO dan pegawai-pegawai MIDA. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MIDA sememangnya mempunyai KPI pelaburan yang perlu dicapai. Bagi tahun 2011, KPI yang dikenakan bagi sektor perkilangan adalah jumlah pelaburan sebanyak RM55 bilion. Bagi sektor perkhidmatan pula, jumlah pelaburan perlu di bawa masuk bagi tahun 2011 adalah berjumlah RM41 bilion. Jadi, sebagai CEO ataupun Ketua Pegawai Eksekutif kepada MIDA, sudah tentu ini adalah KPI yang penting untuk dipenuhi oleh sesiapa pun yang menyandang jawatan tersebut. Yang Berhormat Senator...

Dato’ Sri Dr. Mohd Effendi bin Norwawi: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Ya, silakan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Sri Dr. Mohd Effendi bin Norwawi: Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih memberi jawapan kepada isu-isu yang saya timbulkan. Saya ingin bertanya dari segi specialization. Apa yang saya maksudkan tadi ialah – saya faham yang kementerian mempunyai targeted industries. Saya ingat ini memang baik.

■1540

Akan tetapi yang saya maksudkan ialah kalau misalnya kita target biotechnology misalnya, yang saya maksudkan ialah, adakah kita mempunyai rancangan supaya dari segi bioteknologi, we become very best in the world. Dia tidak pilih Singapura and New Zealand kerana kita punya polisi, kita punya infrastruktur, kita punya manpower yang paling baik di dunia, maka mereka akan datang ke negara kita. Ini yang saya maksudkan to be specialized, to become the very best, dengan izin. Terima kasih.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya memang betul dan tepat sekali apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi dan memang pun kita cuba untuk specialize dalam bidang-bidang tertentu. Contohnya, oleh sebab kita begitu mahir dalam bidang pengilangan semikonduktor dengan wujudnya beberapa syarikat-syarikat gergasi yang mendirikan kilang-kilang mereka di sekitar negara Malaysia ini sehingga eksport produk semikonduktor ini ke seluruh dunia daripada Malaysia pada tahap yang begitu tinggi sekali. Atas pengalaman dan keupayaan itu, maka kita di MITI dan juga MIDA telah mengenal pasti satu lagi sektor yang dianggap penting dan baru iaitu dalam pengilangan panel solar yang sebenarnya menggunakan bahan yang lebih kurang sama dengan semikonduktor iaitu wafer technology.

Dengan keupayaan dan kemampuan kita di sini, maka kita telah berjaya untuk menarik tiga daripada enam syarikat terbesar di dunia yang membuat solar panels ini untuk melabur di Malaysia. Oleh sebab itu, di Melaka kita sudah ada Sunpower, di Selangor Science Park 2, kita ada Q-Cells daripada Germany, Kulim Hi-Tech di Kedah ada First Solar dan ada dua, tiga lagi syarikat yang kecil, tetapi kurang besar pelaburannya di dalam bidang solar panel ini dibuat oleh syarikat-syarikat asing yang lain.

Jadi, ini satu pendekatan berfokus seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Mohd. Effendi sebentar tadi. Saya ingat usaha-usaha seperti ini akan kita teruskan. Apabila kita buat begitu, maka sudah tentu antara yang pentingnya seperti yang disebut sebentar tadi ialah penyediaan prasarana atau infrastruktur yang secukupnya, persediaan modal insan dari segi jumlah pekerja yang berkemahiran tinggi yang juga mencukupi dan menepati permintaan pengilang-pengilang tersebut, mesti disediakan supaya keputusan mereka untuk melabur di negara kita ini adalah satu keputusan yang tepat dan tidak mereka kesali kemudian hari.

Page 56: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

48 DN 5.7.2011

Yang Berhormat Senator Datuk Akbar Ali telah membangkitkan soal seksyen 6

dan juga telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang mana ia menyatakan bahawa fungsi MIDA meliputi penggalakan pelaburan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan (kecuali utiliti dan kewangan). Walau bagaimanapun, dalam klausa (j) menyatakan fungsi MIDA meliputi semua sektor ekonomi.

Untuk makluman Yang Berhormat, MIDA telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti promosi pelaburan bagi hanya sektor perkilangan dan perkhidmatan. Dua ini sahaja pun sudah agak besar. Penggalakan pelaburan di dalam sektor-sektor lain seperti kewangan dan utiliti adalah di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing. Walau bagaimanapun, MIDA juga telah diberi peranan untuk mengumpul maklumat pelaburan iaitu perangkaan merangkumi semua sektor ekonomi. Justeru klausa (j) memberi kuasa kepada MIDA untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai pelaburan merangkumi semua sektor ekonomi. Maksud di sini ialah selama ini memang pun tumpuan MIDA adalah dalam perkilangan, hanya beberapa tahun yang lepas, perkhidmatan juga disertakan sebagai satu tumpuan bagi MIDA.

Pada waktu yang sama, seperti yang kita tahu apabila kita mengumumkan pelaburan ataupun FDI dan DDI (direct domestic investment) dalam negara kita ini, sebenarnya angka-angka daripada kewangan dan utiliti pun agak besar sebenarnya, tetapi ia tidak dimasukkan dalam angka-angka MIDA. Maka apabila MIDA membuat pengumuman, kadang-kadang itu ia memberikan gambaran yang tidak tepat. Ini kerana yang kita umumkan hanya sebenarnya perkilangan ataupun dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan sahaja. Oleh sebab itu, dalam pindaan akta ini dimohon supaya MIDA diberikan mandat mengumpul data-data ini daripada pihak-pihak yang berkewajipan supaya apabila di umum angka tersebut, ia merangkumi semua sektor ekonomi. Dengan cara itu, maka pengumuman itu akan lebih tepat mengenai jenis pelaburan dan jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negara kita ini termasuk jugalah pelaburan dalam sektor swasta tempatan.

Yang Berhormat Senator Datuk Akbar Ali juga telah membangkitkan soal mempermudah dan mempercepatkan kelulusan projek-projek. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan di sini dan untuk mengulas kenyataan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi bahawa MIDA sentiasa berusaha untuk mempermudah kelulusan projek-projek. Buat masa ini, proses untuk mengeluarkan lesen pengilang bagi projek pengilangan adalah dalam masa dua hari sahaja. Ini pun kita cuba untuk menambah baik lagi. Di samping itu, Jawatankuasa Nasional mengenai pelaburan atau NCI telah ditubuhkan di MIDA semata-mata untuk menilai, mempertimbangkan dan meluluskan projek-projek pelaburan secara real time. Jadi, ini antara kelebihan yang dapat kita gunakan setelah MIDA dikorporatkan.

Kalau kita hendak bersaing dengan agensi-agensi penggalakan dan promosi pelaburan asing yang lain, kita perlu mempunyai keupayaan ini supaya apabila kita berhadapan dengan pelabur, kita dapat membuat keputusan secara cepat ataupun real time tanpa perlu merujuk kepada pihak-pihak atasan.

Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia ak Brodi telah bangkitkan soal apakah implikasi kewangan pindaan akta kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, nilainya tidak dapat ditentukan buat masa ini sehingga terma dan syarat berkaitan dengan saraan dimuktamadkan.

Yang Berhormat Puan Doris juga telah membangkitkan soal fasal 15, seksyen baru 10A(a) membenarkan MIDA membuat pelaburan. Ini pun telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Pindaan ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membenarkan MIDA untuk melabur dalam industri berteknologi tinggi dan terkini untuk merintis pertumbuhan industri baru muncul iaitu new and emerging technologies. Kajian yang teliti tetap akan dilaksanakan untuk memastikan setiap pelaburan yang diluluskan ini akan membawa manfaat yang optimum kepada negara dan sudah tentu kita elakkan daripada berlaku masalah gajah putih yang telah dibangkitkan sebentar tadi.

Page 57: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 49

Yang Berhormat Puan Doris juga telah membangkitkan soal pindaan seksyen 10A

iaitu meluaskan bidang kuasa MIDA dalam memberikan bantuan kewangan kepada syarikat dan juga penawaran tajaan biasiswa. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pemberian bantuan kewangan atau geran kepada syarikat pelaburan adalah dilakukan melalui Jawatankuasa Nasional mengenai pelaburan atau NCI dengan Majlis Ekonomi atau Economic Council, dengan izin. Manakala pemberian biasiswa dan lain-lain bantuan dilakukan melalui Lembaga Pengarah MIDA atau Board of Directors.

Saya teringat tadi Yang Berhormat Senator Datuk Akbar Ali juga telah membangkitkan soal keamanan dalam negara kita khususnya apabila berlaku kekecohan di jalanan dan sebagainya, adakah ini akan menjejaskan imej negara. Sudah tentu ia akan menjejaskan imej negara dan seperti yang kita lihat daripada kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan juga pemimpin-pemimpin kita, kekhuatiran kita sebenarnya ialah dalam soal hendak memulihkan imej yang sudah tentu akan memakan masa yang agak lama.

■1550

Seperti yang kita sedia maklum, apabila perkara yang sama berlaku di negara-negara jiran sehingga ke hari ini pun imej itu masih lagi berkait dengan mereka dan sudah tentu ia akan menjejas kemampuan mereka untuk menarik pelaburan. Ini yang kita hendak elakkan berlaku kepada Malaysia. Walaupun kejadian itu mungkin makan masa satu atau dua hari, tetapi proses untuk memulihkan imej akan mungkin memakan masa lebih daripada setahun, dua tahun, lima tahun atau sepuluh tahun.

Jadi, itu sebabnya usul-usul kita untuk menarik pelaburan ini satu usaha yang begitu penting sekali, memakan belanja yang besar dan ia satu kerja yang agak berat dan kita haraplah semua pihak akan bekerjasama, tidak menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati telah bangkitkan soal NCI sebentar tadi mengenai apa yang akan menjadi wakil di dalam NCI itu sendiri? Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman pada 22 Mac 2010 kerajaan telah memutuskan untuk memperkasa dan mengkorporatkan MIDA untuk menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, maka NCI atau jawatankuasa baru iaitu Jawatankuasa Nasional mengenai pelaburan telah ditubuhkan yang dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Perancangan Ekonomi, Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini wakil-wakil yang akan menyertai NCI.

Jawatankuasa ini menggantikan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain sebelum ini yang menimbang permohonan lesen pengilang insentif terutamanya bagi projek-projek berimpak tinggi serta jawatan Pegawai Dagang sedia ada iaitu Jawatankuasa Bertindak Berkenaan Perindustrian, Jawatankuasa Tertinggi Galakan Istimewa, Jawatankuasa Nasional pelaburan Sektor Perkhidmatan dan Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan Koridor Ekonomi Wilayah. Semuanya terangkum di bawah NCI.

Penubuhan NCI akan mempercepatkan proses kelulusan pelaburan memandangkan keputusan NCI adalah serta-merta dan ia juga adalah muktamad. Jadi, soal yang telah dibangkitkan sebentar tadi mengenai perlunya kita mengelak daripada terjadinya kejadian di mana pelabur itu terpaksa berjumpa dengan begitu ramai agensi yang berlainan semata-mata untuk mendapat kelulusan dan lesen-lesen yang bermacam-macam ini dapat kita elakkan dengan pengkorporatan MIDA dan terwujudnya NCI ini.

Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati juga telah bertanya mengenai berapakah jumlah pencapaian FDI bagi enam bulan pertama 2011, 2010, dan 2009. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan iaitu FDI oleh MIDA daripada bulan Januari hingga April, kita cuma ada hingga bulan April sahaja buat masa ini yang kita umumkan. Tahun 2011 adalah RM9 bilion daripada Januari hingga Jun 2010 RM7.5 bilion, Januari hingga Jun 2009 RM10.6 bilion. Jadi, maksudnya walaupun angka pada tahun 2011 cuma empat bulan daripada Januari hingga April tetapi sudah mencecah RM9 bilion iaitu melebihi jumlah enam bulan pertama tahun lepas.

Page 58: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

50 DN 5.7.2011

Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati juga telah

membangkitkan soal taburan pelaburan yang tidak seharusnya ditumpukan kepada Lembah Klang sahaja tetapi juga diagihkan sama rata kepada negeri-negeri lain. Sukacita saya makluman kepada Dewan yang mulia ini bahawa FDI yang tertinggi mengikut negeri pada tahun 2010 ya.

Ada kawan-kawan kita dari Pulau Pinang mungkin akan rasa seronok dengan angka-angka ini iaitu Pulau Pinang mendapat RM10.5 bilion, Selangor RM5.1 bilion, Sarawak RM3.6 bilion, Johor RM2.6 bilion, dan Perak RM1.6 bilion. Akan tetapi pada tahun 2009 iaitu pada tahun sebelumnya, Selangor mendahului yang lain dengan jumlah pelaburan RM2.75 bilion, Sarawak RM2.74 bilion, Johor RM1.5 bilion, Pulau Pinang RM716 juta, dan Perak RM494 juta. Jadi, dari segi ranking ini berubah-ubah dari setahun ke setahun.

Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat telah membangkitkan soal bilangan dan peranan pejabat-pejabat luar negara di dalam menarik masuk pelaburan asing. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, MIDA kini mempunyai 26 buah pejabat di luar negara termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia. Pejabat-pejabat ini memainkan peranan penting dalam mengenal pasti syarikat-syarikat asing yang berpotensi dan strategik meliputi pelbagai sektor seperti solar, jentera, dan kelengkapan pengangkutan, aeroangkasa dan sebagainya. Kejayaan pejabat MIDA dapat dilihat dari segi jumlah pelaburan asing yang dibawa masuk sebagai contoh bagi tahun 2010 lima negara, semua pelaburan tertinggi adalah RM11.7 bilion daripada Amerika Syarikat, RM4 bilion daripada Jepun, RM2.8 bilion daripada Hong Kong, RM2.2 bilion daripada Singapura, dan RM2 bilion daripada Jerman.

Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun juga bangkitkan soal sumber kewangan MIDA selepas dikorporatkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun setelah dikorporatkan MIDA satu badan yang ditubuhkan di bawah akta masih menerima bajet tahunan daripada kerajaan. Seterusnya di bawah rang undang-undang ini juga MIDA telah memberikan kuasa untuk menubuhkan syarikat bagi menjana pendapatan sendiri dan juga dibenarkan membuat pelaburan.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali telah membangkitkan soal jaminan bagi mengelakkan korupsi bagi setiap agensi. Suka saya makluman di sini bahawa semua penggunaan dan perbelanjaan ke atas bajet tahunan yang di peruntukan kepada MIDA akan dibentangkan di Parlimen mengikut seksyen 12 akta ini. Jadi, kita akan dapat melihat sendiri bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara yang seperti itu dalam pengendalian perbelanjaan MIDA ini.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali dan juga Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah telah bangkitkan soal seksyen 15 dan juga seksyen baru 10A(a) mengenai Kuasa Lembaga MIDA yang perlu dirujuk atau diluluskan bersama oleh Yang Berhormat Menteri MITI dan juga Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun MIDA mempunyai lembaga sendiri, keperluan kelulusan bersama Yang Berhormat Menteri MITI dan juga Kementerian Kewangan adalah bagi memastikan semua perbelanjaan dilakukan atau pun dibelanjakan secara yang berhemah dan telus.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan telah bangkitkan soal seksyen 10A dan mengenai pemberian bantuan siapakah yang layak untuk mendapat bantuan ini. Untuk makluman semua mengikut pindaan yang dibuat ianya boleh diberikan kepada dengan izin, any person.

Dengan ini sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan bagi tujuan pendidikan boleh mohon bantuan tersebut. Garis panduan dan syarat-syarat bagi permohonan ini akan dibuat secara teliti selepas ini di bawah seksyen 14. Dari permohonan ini juga perlu mendapat kelulusan Yang Berhormat Menteri MITI dan juga Kementerian Kewangan untuk memastikan semua perbelanjaan dilakukan atau dibelanjakan secara berhemah dan telus.

Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat juga membangkitkan soal kewajaran menggantikan gelaran Ketua Pengarah kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif dan ini juga dibangkitkan atau disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Page 59: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 51

■1600

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penukaran nama ini adalah untuk memperlihatkan peranan dan tanggungjawab baru yang akan dipikul oleh MIDA selepas dikorporatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, antara fungsi baru MIDA adalah sebagai agensi pusat penggalakan pelaburan negara untuk menyelaras aktiviti-aktiviti penggalakan pelaburan di kalangan agensi-agensi penggalakan pelaburan tempatan serta pengumpulan maklumat statistik pelaburan. Ini juga termasuklah semua agensi penggalakan dan promosi pelaburan di peringkat negeri dan koridor. MIDA juga perlu memenuhi KPI pelaburan yang ditetapkan bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Peranan MIDA yang baru ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 di mana ianya akan membantu mencapai sasaran pelaburan tahunan seperti yang telah ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa lagi perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersifat statistik dan angka-angka ini akan kami kemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanyakan soalan-soalan ini secara bertulis supaya ianya lebih terkini dan tepat.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Saya ucapkan terima kasih di atas penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membangkitkan semua yang berkait dengan pengkorporatan MIDA ini dan saya harap usaha seperti ini dapat kita teruskan dari semasa ke semasa untuk kepentingan negara kita ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal 1 hingga 19 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENGGALAKAN PELABURAN (PINDAAN) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.05 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dibaca kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan meminda akta bagi mengambil kira di dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Semua pakej insentif yang diumumkan semasa bajet 2008 yang telah pun dilaksanakan secara pentadbiran.

Page 60: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

52 DN 5.7.2011

Bajet tahunan merangkumi pelbagai langkah-langkah khusus untuk merangsang

pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan daya tahan negara serta mewujudkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang lebih kondusif. Insentif-insentif yang telah diumumkan dalam bajet 2008 bertujuan menggalakkan pembangunan industri dan pelaburan dalam aktiviti:

(i) penubuhan makmal pengujian peralatan perubatan;

(ii) penjanaan tenaga boleh diperbaharui; dan

(iii) penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri.

Selain itu, bajet 2008 juga telah mengumumkan bahawa insentif untuk syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti ICT yang terletak di luar Cybercities dan Cybercentres diberhentikan. Pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini adalah sebagaimana berikut:

(i) pindaan kepada seksyen 1. Pindaan ini bertujuan untuk mencadangkan agar akta ini telah mula berkuat kuasa pada 8 September 2007 supaya insentif yang diperkenalkan melalui belanjawan tahun 2008 dapat dilaksanakan;

(ii) pindaan kepada subseksyen 5(1D). Pindaan ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan untuk suatu permohonan bagi taraf perintis bagi syarikat yang menubuhkan makmal pengujian peralatan perubatan;

(iii) pindaan kepada subseksyen 5(1DB). Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan peruntukan untuk suatu permohonan bagi taraf perintis bagi syarikat yang menyertai atau berhasrat untuk menyertai dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui melainkan untuk kegunaan sendiri di Malaysia;

(iv) pindaan kepada subseksyen 5(1DC), subseksyen 5(1DD), subseksyen 5(1DE) dan subseksyen 5(1E). Pindaan ini bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan bahasa dalam subseksyen tersebut;

(v) pemotongan subseksyen 5(1DG), seksyen 26O, seksyen 27O, seksyen 29P. Insentif ini merupakan insentif untuk syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti ICT termasuk pembangunan perisian komputer yang terletak luar di Cybercities dan Cybercentres. Subseksyen-subseksyen ini dipotong kerana insentif ini telah berhentikan dalam bajet 2008;

(vi) pindaan kepada seksyen 21, 21A, 21B, 21BA, 21C, seksyen 21D, 21DA, 21E dan 21F. Pindaan kepada seksyen-seksyen ini adalah sejajar dengan sistem taksiran sendiri yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mana Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak lagi mengeluarkan penyata kepada syarikat perintis berkaitan dengan jumlah pendapatan perintis yang dikecualikan atau dikurangkan. Penyata tersebut akan diselenggarakan sendiri oleh syarikat tersebut;

(vii) pindaan kepada seksyen 21F. Pindaan ini adalah bagi memperuntukkan perhitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai taraf perintis yang diberikan bagi syarikat yang menubuhkan makmal ujian peranti perubatan;

(viii) pemotongan seksyen 22. Seksyen ini dipotong selaras dengan pelaksanaan sistem taksir sendiri di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967;

Page 61: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 53

(ix) memasukkan seksyen 22A yang baru. Seksyen ini dimasukkan

untuk mengehendaki sesuatu syarikat untuk menyelenggarakan penyata bagi pendapatan yang dihitung semasa tempoh pelepasan cukai selaras dengan peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967;

■1610

(x) pindaan seksyen 24. Seksyen ini dipinda bagi memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membuat taksiran tambahan iaitu daripada dalam tempoh 12 tahun pada dalam tempoh enam tahun berkenaan pendapatan yang tersalah dikecualikan;

(xi) memasukkan subseksyen 26F(2A) yang baru. Subseksyen ini dimasukkan untuk mengadakan peruntukan agar sesuatu syarikat yang ingin menikmati elaun cukai pelaburan bagi penubuhan atau menaik taraf makmal ujian peranti perubatan agar membuat permohonan secara bertulis kepada Yang Berhormat Menteri;

(xii) memasukkan subseksyen 26I(1A) yang baru. Subseksyen ini dimasukkan untuk meluaskan insentif berkenaan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(xiii) pindaan pada seksyen 27C, 27E, 27F, dan 27G. Seksyen ini dipinda untuk memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk meluluskan permohonan elaun cukai pelaburan kepada syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak, syarikat yang menjalankan penyelidikan dalam syarikat, syarikat yang menubuhkan atau menaik taraf makmal ujian peranti perubatan, dan syarikat latihan teknikal atau vokasional di bawah subseksyen 26C(1), 26E(1), 26F(1) dan 26G(1). Masing-masing secara kuat kuasa ke belakang sehingga tiga tahun dari tarikh permohonan itu diterima oleh Yang Berhormat Menteri; dan

(xiv) pindaan-pindaan lain. Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga membuat:

(i) pindaan consequential seperti dalam fasal-fasal 3, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 26, 38, 45, dan 53; dan

(ii) pindaan teknikal bagi tujuan penyeragaman penggunaan bahasa seperti dalam fasal 4, 5 ,24 ,29 ,30, 31, 33, 39, 40, 41, 42, 43, 46, 47, 48, dan 49.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ada siapa yang menyokong?

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan ya, Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz.

Page 62: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

54 DN 5.7.2011

4.13 ptg.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan ruu untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Ada beberapa isu yang hendak saya tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, berkenaan dengan disebut makmal peranti perubatan. Dalam tahun 2007, kita ada meluluskan satu akta yang dipanggil Akta Makmal Patologi. Jadi, dalam akta tersebut banyaklah dibincangkan tentang makmal-makmal dan saya hendak tanya apakah perbezaan di antara makmal patologi yang telah diberikan satu akta yang begitu terperinci berbanding dengan makmal bahan-bahan peranti sebagaimana yang disebutkan pada hari ini. Jika untuk makmal bahan-bahan peranti ini ia diberikan pengecualian jadi untuk makmal patologi yang kita luluskan pada tahun 2007 itu bagaimana statusnya, itu yang kita mahu.

Berkenaan dengan disebut juga tentang penggalakan. Saya juga hendak tanya kepada pihak kerajaan. Tadi disebut antara tujuan pindaan ini ialah untuk membenarkan kesilapan tersalah diberikan pelepasan cukai oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berkaitan dengan status perintis. Jadi, saya hendak tahu berkenaan dengan rang undang-undang ini berapa banyakkah jumlah yang telah tersilap bayar sebagaimana yang disebutkan tentang status perintis dan kenapakah daripada tahun 2008 sampai tahun 2011, baru perkara ini disedari dan dibuat pindaan supaya perkara ini menjadi sah? Itu yang kedua.

Yang ketiga, bila disebut tentang penggalakan pelaburan, kita ingat dalam bajet tahun lepas pihak Perdana Menteri ada menyebut antara cara-cara yang akan dikemukakan bagi menggalakkan sektor pelancongan ke Malaysia ialah untuk menubuhkan tujuh hab kelab malam bagi menggalakkan kedatangan pelancong khususnya daripada negeri barat supaya mereka dapat hiburan. Jadi, saya hendak kait dengan – bila disebut dengan Akta Penggalakan Pelaburan ini, meminta kerjasama pihak kerajaan untuk memastikan apa pun usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan secara rasmi, saya pohon agar tidak melibatkan perkara-perkara yang secara direct akan menyebabkan wang dalam Kumpulan Wang Disatukan itu terlibat dengan perkara yang disebut direct dari segi maksiat.

Ini berkenaan dengan bila disebut tentang hab hiburan tadi kerana bila ditanya kepada pihak kerajaan, apakah dapatan ataupun survey yang telah dibuat bagi memastikan kita buat kelab malam ini atas permintaan daripada pelancong. Jadi, bila diminta data ini daripada pihak Kementerian Pelancongan, didapati daripada survey yang dibuat oleh pihak Kementerian Pelancongan tidak ada data yang konkrit bagi menyokong usaha kerajaan untuk memastikan antara cara untuk menggalakkan pelaburan dalam negara ini dengan menubuhkan kelab-kelab malam sebagai mana yang telah disebutkan oleh pihak kerajaan dalam masa bajet tahun lepas. Jadi, saya pohon agar perkara ini diberikan perhatian.

Tadi, kita baru sahaja meluluskan satu akta berkenaan dengan untuk memajukan industri dalam negara kita. Saya hendak tahu juga dalam konteks ini, dari segi penggalakan pelaburan serta penggalakan kepada kemajuan industri di Malaysia, adakah kita mempunyai majlis penasihat khusus yang akan secara spesifik membincangkan tentang penggalakan pelaburan yang terdiri daripada pihak-pihak swasta, peniaga dan orang ramai dalam memastikan bahawa industri ini benar-benar mencapai maksud sebagaimana yang dikehendaki berdasarkan undang-undang.

Bila disebut juga tentang penggalakan pelaburan, sebelum ini kita lihat manifesto semasa Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dilancarkan beberapa koridor. Jadi, saya difahamkan untuk di Kelantan, diisytiharkan bahawa akan ada 52 projek yang akan dibawa untuk memastikan ECER ini berjalan. Saya dapat taklimat daripada pihak PKINK, dimaklumkan bahawa hanya tiga projek yang diluluskan dan yang lain tidak berjalan lagi sampai hari ini. Jadi, saya hendak tanya Akta Penggalakan Pelaburan ini, bagaimana perkara ini dapat kita selaraskan agar kalau kita sebut tentang 52 projek, kalau dapat separuh pun sudah okey. Ini bagaimana hanya boleh tiga sahaja daripada 52 yang dicadangkan? Apakah perkembangan terbaru tentang penggalakan pelaburan khususnya kepada semua koridor yang telah disebut oleh pihak kerajaan sebelum ini, ECER, NCER dan sebagainya.

Page 63: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 55

Berkenaan dengan juga sasaran bagi kita memastikan pelaburan ini datang

dengan baik ke Malaysia ini, saya hendak tanya apakah sasaran kerajaan khususnya untuk memastikan antara negara-negara ASEAN, China, negara Arab dan negara Eropah dari sudut kita memastikan sasaran yang kita hendak. Maknanya kalau target RM5 bilion atau RM20 bilion, sekarang ini ada atau tidak kita membuat sebarang target bagi memastikan orang Arab yang datang ke negara kita ini benar-benar terlibat dengan penggalakan pelaburan kerana kita lihat mereka ini mempunyai kuasa yang begitu tinggi dari segi kemampuan kewangan. Jadi, kalau kita ambil kesempatan atau membuat target yang tertentu secara spesifik, kemungkinan dari segi gerak kerja untuk mempromosikan pelaburan seperti ini tidak akan dibuat secara baik oleh pihak kita.

Saya hendak tahu, apakah beza di antara aktiviti teknologi maklumat, saya difahamkan tadi disebut tentang ICT. Ada beberapa syarikat yang diberikan taraf perintis oleh pihak kerajaan dalam bajet sebelum ini dan kita difahamkan dalam sidang yang lepas bahawa terdapat beberapa kerajaan negeri yang telah melancarkan sistem pemancar ataupun telekomunikasi yang pada awalnya diberikan status sebagai perintis tetapi kemudiannya dimaklumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri perkara ini telah pun dibatalkan oleh pihak kerajaan. Adakah yang kita pinda hari ini melibatkan subseksyen (1DG) ini melibatkan sistem pemancar telekomunikasi yang telah pun dibuat di kebanyakan kerajaan negeri di seluruh Malaysia.

Adakah ianya melibatkan ICT – teknologi seperti ini? Sekarang ini, bila mana kita melancarkan ICT secara meluas di luar kawasan Cybercities, apa pula insentif kerajaan bila kita membatalkan yang lepas? Jadi, untuk task yang baru ini, untuk syarikat-syarikat yang baru naik ataupun yang sedia ada berapa banyakkah insentif yang kita beri dan saya juga hendak tanya, bila disebut tentang penubuhan makmal ujian peranti perubatan seksyen 27F(c)(1A), yang menyebut bahawa kita ada dua pilihan. Pertama, untuk menubuhkan makmal ujian peranti perubatan dan yang kedua, menaik taraf.

Jadi, kalau menaik taraf ini ertinya makmal ujian peranti perubatan ini banyak dalam negara kita. Berapa banyakkah makmal seperti ini ada dalam negara dan kalau boleh secara spesifik kita mahu tahu apakah alat-alat peranti perubatan kita yang telah pun ada dalam negara sama ada ia digunakan untuk pasaran tempatan ataupun digunakan untuk pasaran antarabangsa.

■1620

Selain daripada akta pada hari ini, berapa kalikah pihak kerajaan telah membuat undang-undang backdated seperti ini, iaitu apabila kita memberikan pelepasan sebagai perintis, tiba-tiba kita sedar bahawa tersilap dan kita buat semula. Jadi saya hendak tahu adakah ini amalan akan disemak setiap tiga tahun atau ini adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan supaya perkara-perkara seperti ini kita tidak mahu berlaku lagi pada masa-masa yang akan datang, tersilap bagi perintis.

Ini kerana apabila syarikat itu telah menggunakannya, jadi adalah tidak elok untuk kerajaan mengundurkannya semula seperti ini.

Saya juga hendak bertanya berkenaan dengan persediaan kerajaan khususnya melibatkan insentif untuk menubuhkan makmal untuk analisa perkara-perkara yang melibatkan institusi halal, jadi di dalam negara kita ini kalau kita lihat di antara perkara yang menjadi fokus ialah hab halal dan hab halal ini melibatkan banyak makmal. Jadi adakah makmal-makmal yang akan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan institusi halal ini akan diberikan insentif khas oleh pihak kerajaan khususnya bagi memastikan galakan kepada pelaburan daripada pelabur-pelabur daripada seluruh dunia untuk datang dan membuat kajian ataupun mendapatkan sijil halal daripada negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Doris Sophia ak Brodi....

Puan Doris Sophia ak Brodi: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: ...Dan selepas itu Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim dan Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah.

Page 64: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

56 DN 5.7.2011

Saya minta kalau semua Ahli Yang Berhormat berminat untuk membahaskan rang

undang-undang ataupun tajuk ini, sila kemukakan nama-nama dan bersedia, saya rasa ada masa Yang Berhormat semua untuk berbahas, tolong berikan kerjasama untuk mengemukakan nama-nama sesiapa yang hendak berbahas rang undang-undang yang ada sekarang ini. Silakan dan teruskan Yang Berhormat.

4.22 ptg.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang sekali lagi dan kali ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011.

Saya akan berucap ataupun berhujah secara ringkas sahaja dan cuma ingin menyentuh beberapa isu yang saya kira agak penting. Isu yang pertama ialah berkenaan dengan kelebihan kos tenaga buruh yang murah di negara China dan Vietnam, pertanyaan saya berkenaan dengan isu ini ialah bagaimanakah kementerian dan MIDA sendiri menangani persaingan yang lebih sengit untuk foreign direct investment (FDI) dari ekonomi yang sedang pesat membangun khususnya negara yang mempunyai kos pekerja yang lebih rendah seperti di China dan Vietnam, yang juga telah mengakibatkan kepada aliran masuk bersih yang lebih rendah kerana pelabur cenderung memilih lokasi yang strategik, kos buruh yang murah dan serta infra yang stabil termasuk juga senario politik yang stabil.

Kedua, saya ingin membangkitkan isu berkenaan dengan pelaburan dari sektor awam dan swasta. Sementara sektor awam memainkan peranan penting sebagai penyokong keseluruhan perbelanjaan modal, sektor swasta juga merupakan kunci yang menambahkan dan meningkatkan modal bagi memacu prestasi pelbagai sektor di dalam ekonomi. Saya juga ingin bertanya bagaimanakah pencapaian pelaburan awam dan swasta bagi separuh penggal tahun 2011 berbanding tempoh sama dalam tahun sebelum ini iaitu tahun 2010.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan kualiti pelaburan, dengan izin, there is a need to take cautious approach ataupun kita memerlukan pendekatan berhati-hati dalam menjana masuk pelaburan asing, kerana di sebalik keghairahan dengan dasar liberalisasi untuk menarik pelaburan daripada Amerika dan dana global, saya juga terpanggil untuk memberikan pandangan ataupun to express my concern, dengan izin, menyuarakan, rasa risau saya kerana bukan semua pelabur asing berminat, pelabur benar-benar kompetitif dan membawa keuntungan kepada Malaysia, kepada kita malah terdapat juga golongan pelabur daripada Amerika yang sangat bersifat agak manipulatif, mungkin akan mendedahkan negara Malaysia, negara kita kepada ketidaktentuan.

Saya juga mengakui Amerika adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia, tetapi krisis ekonomi yang melanda Amerika harus menjadikan Malaysia lebih berhati-hati dan sepatutnya mencari alternatif lain.

Saya khuatir kerana dalam usaha menarik pelaburan Amerika melalui dasar liberalisasi yang semakin luas, ia akan mendedahkan Malaysia kepada pelbagai sistem yang pincang dan sudah bersarang di dalam sistem ekonomi kapitalistik Amerika itu sendiri. Amerika juga mungkin bakal menggunakan segala syarat perdagangan yang jauh lebih memihak kepada kepentingan mereka sendiri dan segala perjanjian dua hala juga akan pasti dimanipulasikan agar ekonomi Amerika menjadi lebih dominan. Oleh itu, kita jangan terbawa-bawa dan harus berhati-hati di dalam menjana masuk pelaburan asing.

Oleh itu saya ingin memberikan cadangan supaya MIDA mengambil sikap yang penuh berhati-hati dan membuat anjakan baru di dalam perdagangan luar negara agar tidak terus bergantung kepada pelaburan dan Western financial system ataupun sistem kewangan Barat.

Sebagai tambahan saya juga berpendapat bahawa Malaysia perlu melakukan sesuatu proses di globalisasi ini, in phases ataupun secara beransur-ansur sehingga asas perdagangan dan ekonomi kita dapat lebih melebar sambil menumpukan usaha untuk mengukuhkan pasaran domestik.

Page 65: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 57

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap agar kerajaan dan MIDA

khususnya mengambil pendekatan ekonomi berasaskan prinsip-prinsip sistem kewangan Islam yang terbukti berkesan dan mampu menjana pelaburan asing masuk. Dengan itu sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim. Ini Senator baru kita...

Puan Norliza binti Abdul Rahim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: ...Kalau boleh itu sila tunjukkan bakat Yang Berhormat agar menarik perhatian kita semua di Dewan ini, silakan Yang Berhormat.

4.27 ptg.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas buat pertama kalinya di Dewan yang mulia ini, yang mana kita akan membahaskan mengenai Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum Malaysia adalah sebuah negara yang baik untuk kita melabur dan kerajaan kita juga telah mewujudkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan memperuntukkan sejumlah USD440 bilion untuk aktiviti ini. Perdana Menteri kita juga pernah menyatakan bahawa melabur di Malaysia bermakna mereka dapat akses pasaran kepada lebih 600 juta rakyat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dianggarkan sejumlah USD2 trilion pada tahun ini.

Saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, adakah kerajaan kita masih terus melakukan liberalisasi perkhidmatan utama seperti dua tahun yang lalu di mana kita telah meliberalisasikan 27 perkhidmatan subsektor dengan membenarkan pelabur asing meluaskan akses pasaran dengan ekuiti 100 peratus di samping kerajaan membantu menjayakan perniagaan dengan mewujudkan Program Transformasi Kerajaan. Tujuan saya bertanyakan ini adalah, kalau kita lihat dari segi negara-negara luar, sebelum ini Jepun telah pun memegang ekonomi dunia kedua tertinggi selain daripada Amerika Syarikat, tetapi semenjak dua tahun yang lalu dan sedikit penyelidikan yang telah saya buat, kita mendapati pada Februari tahun ini, negara China telah memegang ekonomi yang kedua terbesar di dunia.

Walaupun terdapat banyak bantahan sewaktu mereka ingin memperkenalkan ekuiti 100 peratus pelabur asing, tetapi negara China still, dengan izin, negara China masih melakukannya dan alhamdulillah sekarang ini negara China telah menjadi pemegang ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Jadi saya merasakan adalah amat baik sekiranya kita dapat menggalakkan pelaburan asing, tetapi adakah kita mengambil peluang ini dengan melatih masyarakat kita untuk menimba kepakaran dari luar supaya apabila mereka tidak lagi beroperasi di sini kita masih mampu menjadi pengeluar, kerana pada masa itu kita mempunyai tenaga-tenaga pakar tempatan.

Selain itu, adakah kementerian membuat pemantauan di dalam hal ini dan seterusnya dengan memberikan pengecualian cukai dan pelbagai elaun, ia akan menjadi tarikan penggalakan pelaburan khususnya kepada syarikat yang terlibat di dalam penubuhan makmal ujian peranti perubatan dan juga penjanaan tenaga boleh diperbaharui. Walau bagaimanapun, adakah situasi semasa negara kita ini mempunyai kekurangan infrastruktur atau struktur kewangan dan juga kekurangan tenaga pakar dalam bidang ini untuk kita menggalakkan pelaburan ini dalam Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan ini?

■1630

Pindaan ke atas Akta Penggalakan Pelaburan 1986 ini antara lain mencadangkan bahawa mana-mana syarikat yang bercadang melaksanakan aktiviti berkenaan dibenarkan untuk memohon mendapatkan taraf perintis selain permohonan untuk mendapatkan elaun cukai pelaburan.

Page 66: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

58 DN 5.7.2011

ni bermakna setiap yang hendak dilaksanakan kerajaan dalam penggalakan

pelaburan adalah bagi membolehkan negara terus sustainable dan berdaya saing.

Sekian sahaja pandangan daripada saya dan saya harap pihak kementerian dapat memberi jawapan. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Baguslah, saya ingat tadi panjang lagi, pendek sangat. Tidak apa, baguslah itu. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Ramakrishnan.

4.31 ptg.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dihormati. Saya tumpu perhatian saya kepada pindaan seksyen 5 yang fokus kepada penubuhan makmal ujian peralatan perubatan dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia diguna pakai untuk taraf perintis (pioneer status) bagi tempoh dari 8 September 2007 hingga 31 Disember 2012.

Mengapa dikhususkan penubuhan makmal ujian peralatan perubatan? Siapakah yang akan mendapat manfaat dengan pindaan ini? Adakah alasan mengapa kerajaan berminat untuk menggalakkan pertumbuhan industri khusus ini? Mengapa permohonan mesti diterima di antara 8 September 2007 hingga 31 Disember 2012 untuk kedua-dua industri? Mengapa perlu menetapkan tarikh akhir?

Tuan Yang di-Pertua, syarikat-syarikat pelaburan luar negara tidak lagi memberi tumpuan kepada infrastruktur asas dan kadar cukai. Mereka kini lebih menumpukan kepada ketersediaan (availability) tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan kualiti pendidikan yang dapat melahirkan pekerja yang mahir, berdisiplin, rajin dan minda positif. Akan tetapi, Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir, brain drain yang serius dan ini akan menghalang pelaburan asing. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan langkah-langkah yang juga dipersetujui oleh pelabur asing? Bagaimanakah FDI selepas tahun 2007? Bolehkah Menteri memberitahu bidang mana yang diminati oleh FDI ke Malaysia?

Yang Berhormat Menteri, adakah makmal ujian peralatan perubatan menggunakan haiwan atau binatang import untuk lab testing, untuk drugs ataupun apa-apa tujuan di makmal ini – biasanya syarikat-syarikat perubatan yang tidak dibenarkan beroperasi di negara-negara Barat pindah ke negara lain sebab negara lain mungkin memberi izin, untuk animal testing di makmal ini.

Yang berikutnya ialah, baru-baru ini, ada juga syarikat tempatan pula melabur di negara-negara luar. Adakah kerajaan mengenal pasti apakah sebab mereka melabur di negara lain dan bukan melabur di Malaysia sendiri? Itulah perkara yang saya hendak minta penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, pendek-pendek belaka nampaknya ini. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Usha Nandhini.

4.34 ptg.

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dua isu yang pada pendapat saya adalah penting untuk masyarakat umum dan juga kerajaan agar ianya dapat mencapai matlamat dan juga visi kerajaan dan juga kementerian. Pertamanya ialah penyediaan modal insan yang berkemahiran, dan keduanya ialah penyediaan modal insan yang berpengetahuan dalam meraih peluang pelabur-pelabur asing di negara ini.

Page 67: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 59

Untuk makluman umum, kita tahu baru-baru ini satu persidangan meja bulat

perdagangan Malaysia telah diadakan di mana kita dapat melihat ramai penyertaan daripada golongan pelabur-pelabur asing mencerminkan minat mereka untuk melabur dan juga untuk meneroka peluang-peluang perniagaan di negara kita. Walaupun kita bangga dengan kestabilan negara kita, walaupun kita bangga dengan kestabilan politik negara kita ditambah dengan kedudukan negara kita yang begitu strategik, dengan kemudahan infrastruktur yang sedia ada dan yang pentingnya dengan adanya insentif yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pelabur-pelabur asing, kita haruslah mempergunakan segala kemudahan ini untuk dijadikan sebagai satu mekanisme supaya kita dapat melatih pakar-pakar tempatan kita.

Dan juga kita dapat melatih belia-belia kita supaya mereka juga dapat menimba ilmu pengetahuan di kalangan pelabur-pelabur yang jauh berpengalaman ini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan sedemikian, saya ingin bertanya apakah kita bersedia untuk menyediakan modal insan serta kemahiran yang diharapkan oleh pelabur-pelabur asing ini? Sehubungan dengan ini, apakah kerajaan kini bersedia dalam menguruskan permit masuk dan juga keluar khasnya bagi pelabur asing? Apakah MIDA akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan pengeluaran visa dan juga bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan? Apakah kementerian mempunyai sebarang MOU dengan pihak berkuasa dalam isu pengurusan visa ini dan juga kemudahan membawa masuk peralatan perniagaan khususnya peralatan perniagaan pelabur dari sektor pengeluaran?

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang ingin saya sentuh di sini adalah berhubung dengan Talent Corporation. Apakah kita mempunyai kepakaran dalam menguruskan isu modal insan berkemahiran tinggi dalam sektor-sektor tertentu? Apakah usaha yang telah diambil agar tenaga pakar kita yang berkhidmat di luar negara dapat kembali ke negara kita untuk berkhidmat di sini? Saya ingin tahu apakah insentif ataupun kemudahan yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian untuk menarik minat pakar kita supaya kembali ke tanah air? Apakah kadar kejayaan yang telah kita capai setakat ini? Berapa ramaikah warganegara kita yang sudah pun kembali untuk meneruskan perniagaan mereka serta kepakaran mereka di Malaysia? Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak berbahas dalam rang undang-undang ini? Silakan Yang Berhormat Dato’ Mustafa.

4.38 ptg.

Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk ikut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Rang undang-undang tersebut bertujuan untuk menawarkan beberapa insentif untuk menggalakkan lagi aktiviti pelaburan khususnya kepada syarikat yang terlibat dalam penubuhan makmal ujian peranti perubatan dan penjanaan kuasa boleh diperbaharui. Bidang tersebut antara lain mencadangkan bahawa mana-mana syarikat yang bercadang untuk melaksanakan aktiviti berkenaan dibenarkan untuk memohon mendapatkan taraf perintis selain permohonan untuk mendapatkan elaun cukai pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang Bio-Valley. Projek Bio-Valley yang bermatlamat menjadi nukleus industri bioteknologi Malaysia telah memulakan pembangunannya pada tahun 2003 di bawah RMKe-8. Kos pembangunannya adalah sebanyak RM2 bilion dan dijangka akan siap pada tahun 2009. Semasa beroperasi secara penuh, Bio-Valley ini akan menjadi sebuah pusat merangkumi kajian, komersial, pendidikan, hiburan yang ditempatkan di kawasan seluas 800 hektar.

Dalam Belanjawan 2004, sebanyak RM183.6 juta diperuntukkan untuk program penyelidikan dan pembangunan R&D, di samping tiga institusi pendidikan baru akan ditubuhkan di Bio-Valley ini. Ini adalah diharapkan agar sektor tersebut mampu menyumbang 1.5 peratus kepada KDNK negara.

Page 68: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

60 DN 5.7.2011

■1640

Kerajaan juga berjanji akan membina infrastruktur dan kemudahan menjelang tahun 2006 yang akan menempatkan lebih kurang 150 buah ke 200 buah syarikat bioteknologi. Manakala dalam Belanjawan Tahun 2008, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM238 juta bagi membangunkan infrastruktur sektor bioteknologi ini. Tambah lagi syarikat yang berstatus BioNexus dibenarkan menggunakan makmal dengan kemudahan penyelidikan di pusat-pusat universiti tempatan.

Persoalannya apakah status Bio-Valley tersebut sekarang, dan apakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam projek tersebut serta apakah pulangannya? Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan UNCTAD 2010, Malaysia telah mengalami kemerosotan pelaburan yang kritikal dalam sejarah negara yang mana negara telah tewas kepada Filipina buat kali pertamanya dalam sejarah pada tahun 2009. Di sekitar ASEAN pula, prestasi negara adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina dan hanya lebih baik daripada Cambodia, Burma dan Laos sahaja.

Dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2008 sehingga tahun 2009, pelaburan asing Malaysia merosot dengan paling parah di antara negara-negara ASEAN iaitu sebanyak 81 peratus ataupun USD7.3 bilion pada tahun 2008 kepada USD1.4 bilion pada tahun 2009. Selain daripada itu, di antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia yang mengalami pengaliran pelaburan negatif manakala negara-negara yang kurang maju seperti Cambodia, Burma pula mencatat pelaburan positif.

Secara komoditinya dari tahun 2001 sehingga tahun 2009, ini merupakan kali pertama stok pelaburan keluar negara mengatasi stok pelaburan ke dalam negara. Semenjak tahun 1990, ini merupakan kali kedua pelaburan asing ke Malaysia tidak melebihi USD2 bilion. Kali pertama berlaku ialah pada tahun 2001. Trend juga menunjukkan bahawa prestasi negara diatasi oleh negara-negara jiran secara berterusan. Ini merupakan satu keadaan yang merunsingkan. Laporan terkini trend pelaburan global UNCTAD, pelaburan langsung asing FDI global dan serantau tahun 2010 menunjukkan aliran masuk FDI berjumlah USD7.0 bilion ke Malaysia dicatatkan pada tahun berkenaan berbanding dengan USDD1.4 bilion pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, peningkatan ini tidaklah dapat menandingi pencapaian pada tahun 2008 iaitu USD7.3 bilion.

Secara keseluruhannya, peningkatan dan penguncupan drastik tersebut menunjukkan mungkin akibat ketidakstabilan dan kelemahan ekonomi negara. Pelabur-pelabur cuba mengelak risiko apabila masa menjadi tidak menentu.

Peningkatan kemasukan FDI ke Malaysia pada tahun 2011 bukanlah merupakan satu fenomena luar biasa malah trend peningkatan dilihat merentasi Asia Tenggara secara keseluruhannya. Indonesia dan Vietnam dipilih oleh Business Monitors sebagai negara yang paling digemari oleh pelabur asing pada tahun 2011. Kemasukan FDI ke Indonesia, Vietnam boleh mencapai kadar peningkatan sebanyak 174 peratus dan 140 peratus. Saya ingin bertanya, apakah kedudukan Malaysia sekarang dalam kaca mata pelabur-pelabur asing? Apakah Vietnam dan Indonesia telah mengatasi kita menjadi kegemaran pelabur asing? Apakah kita tidak dapat lagi mencapai FDI yang mengagumkan seperti dahulu?

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan yakin, mampu mencapai sasaran RM83 bilion bagi pelaburan swasta pada tahun ini. Secara keseluruhannya, jumlah pelaburan berpotensi negara mampu mencecah RM127 bilion dengan mengambil kira semua pelaburan yang telah dirancang. Pelaburan yang dibuat dalam Projek Permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka dapat menjana sebanyak RM76 bilion bagi tahun 2011. Sasaran yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) adalah untuk mencapai pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion setahun. Persoalan saya, mengapakah kerajaan hanya meletakkan sasaran sebanyak RM85 bilion pada tahun 2011 sedangkan sasaran pelaburan yang ditetapkan dalam RMKe-10 adalah sejumlah RM115 bilion setahun.

Sasaran ini amat tidak munasabah kerana pertumbuhan dan pemilikan ekonomi peringkat global pada tahun 2010 adalah amat kuat sekali. Antaranya, Singapura mencatat penubuhan KDNK sebanyak 14.5 peratus dengan Indonesia sebanyak 6.1 peratus.

Page 69: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 61

Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Idris Jala memberitahu bahawa 73 peratus dari

pelaburan diterima adalah merupakan pelaburan tempatan (DDI). Manakala 27 peratus adalah pelabur asing (FDI) berdasarkan sasaran jumlah pelaburan sebanyak RM83 bilion bagi tahun 2011, RM22.4 bilion adalah terdiri daripada FDI dan RM60.6 bilion adalah dari DDI.

Persoalan saya, adakah DDI tersebut betul-betul tulen dan berapakah peratus DDI tersebut yang terdiri dari bukan GLC? Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sedikit untuk menyentuh tentang Koridor Raya Multimedia (MSC). Kerajaan telah melancarkan MSC pada 1 Ogos 1996 untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara ekonomi kukuh menjelang tahun 2020.

Fasa pertama MSC merangkumi Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Fasa kedua pembangunan MSC bermula pada tahun 2004 sehingga tahun 2010 yang melibatkan pembangunan bandar dan pusat siber di seluruh negara di mana kita menyaksikan kewujudan bandar raya siber seperti Cyberjaya, Kulim Hi-Tech Park dan Bandar Cyber Pulau Pinang serta pusat siber seperti KL Central, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Menara MSC dan Cyber Port, Johor.

Fasa ketiga bagi tempoh 2010 hingga tahun 2020 dijangka memperluaskan koridor ke seluruh negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah masyarakat berpengetahuan. Bilangan syarikat global berstatus MSC akan dipertingkatkan kepada 500 buah syarikat. Dalam fasa ini, MSC dijangka menjadi sebuah medan ujian antarabangsa bagi aplikasi multimedia baru untuk mempromosikan persekitaran pengawalseliaan yang memudahkan aktiviti multimedia terdapat juga rancangan untuk menubuhkan mahkamah keadilan siber antarabangsa dalam MSC.

Di samping itu dalam tempoh ini, Malaysia dijangka mencapai status sebagai pengeksport produk dan perkhidmatan ICT. MSC juga akan berhubung dengan 12 buah bandar raya bestari dalam rangkaian maklumat antarabangsa untuk mempertingkatkan faedah sosial dan ekonomi. Maka kerugian kerajaan dalam projek MSC bukan sahaja atas perancangan dan pembangunan infrastruktur yang telah dibelanjakan berbilion-bilion ringgit. Malahan juga pengecualian cukai serta hasil dari pemberian taraf perintis dan juga kos melepas (opportunity cost) iaitu kos tidak membelanjakan peruntukan tersebut dalam bidang lain. Saya ingin memohon penjelasan, apakah kerajaan membeli jumlah kos yang diperuntukkan untuk membangunkan projek MSC serta jumlah kehilangan kutipan cukai akibat pemberian status MSC kepada syarikat-syarikat yang layak. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

■1650

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Hajah Dayang Madinah.

4.50 ptg.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dalam usaha berterusan kementerian mempelbagaikan dasar dan pendekatan bagi menarik dan menggalakkan pelaburan asing ke Malaysia untuk menjana ekonomi negara ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi. Dalam menjayakan usaha-usaha untuk menarik dan menggalak pelabur-pelabur asing datang melabur di Malaysia, saya percaya soal keamanan, kestabilan politik, keselamatan, kemakmuran dan adanya kemudahan-kemudahan pelaburan seperti prasarana yang tersedia ada merupakan keperluan-keperluan dan juga faktor-faktor utama yang dititikberatkan oleh para pelabur asing sebelum mereka komited nak datang ke negara kita untuk melabur.

Page 70: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

62 DN 5.7.2011

Saya sependapat dengan hujah daripada rakan saya tadi Yang Berhormat Senator

Datuk Akbar Ali, tentang sejarah dan harga kemerdekaan yang perlu kita pelihara dengan menjamin negara kita sentiasa aman makmur dan rakyat terus sejahtera, bahagia dan bersatu padu.

Malaysia mncapai kemerdekaan dengan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Nak mencapai kemerdekaan sesebuah negara tak ubah seperti membina sebuah gedung dan untuk mendapat dan menentukan pengisian gedung itu memerlukan masa, perancangan, usaha, toleransi, tanggungjawab dan komitmen semua pihak. Jadi, apakah kita rela melihat gedung yang telah kita bina lebih daripada 50 tahun itu roboh dalam sekelip mata?

Negeri Sarawak dengan koridornya iaitu SCORE juga giat berusaha menarik dan menggalak pelabur-pelabur asing untuk masuk melabur dalam SCORE. Justeru, kita di Sarawak juga bertanggungjawab untuk menentukan negara kita Malaysia tercinta terus aman, makmur, selamat dengan kestabilan politik supaya pelabur-pelabur asing berminat juga datang melabur di Sarawak. Bak kata pepatah Melayu, “cubit paha kanan, paha kiri juga terasa”. Begitulah jika tercetusnya huru-hara di tanah Semenanjung Malaysia yang pastinya akan menghalang dan menjejas kedatangan pelabur-pelabur asing ke Malaysia yang juga melibatkan negeri Sarawak. Maksud saya, ia juga akan menghalang kedatangan pelabur-pelabur asing ke negeri Sarawak. Justeru sama-samalah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan kalau kita mahu negara kita terus maju jaya dan membangun serta rakyat terus hidup sejahtera dan bahagia.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kerana tidak ada siapa-siapa lagi yang nak berucap, maka saya persilakan minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

4.55 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berdiri membahaskan rang undang-undang ini yang sekali gus membuktikan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perbahasan rang undang-undang PIA ini. Ingin saya mulakan dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz mengenai perbezaan aktiviti ICT dan telekomunikasi. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, di bawah rang undang-undang ini, insentif bagi aktiviti ICT di luar Cybercities dan Cybercentres diberhentikan. Namun demikian, syarikat yang layak masih boleh menikmati insentif berkenaan bagi aktiviti ICT di bawah MDeC. Ini adalah bagi mengelak pertindihan fungsi di antara MIDA dan MDeC dalam pemberian galakan kepada aktiviti ICT.

Maksudnya, sebelum ini aktiviti ICT di dalam kawasan-kawasan Cybercities dan Cybercentres ini adalah di bawah bidang kuasa MDeC, manakala di luar kawasan-kawasan ini di bawah MIDA. Untuk menyelaraskan usaha ini, maka MIDA telah menyerahkan semula segala insentif bagi aktiviti ICT di luar Cybercities dan Cybercentres ini kepada MDeC.

Jadi, itu tujuan rang undang-undang ini. Selain itu, berhubung dengan pemancar telekomunikasi, ianya tergolong di bawah kategori penyedia perkhidmatan atau service provider telekomunikasi. Insentifnya boleh diberi di bawah Jadual 7B, Akta Cukai Pendapatan 1967, di mana ianya memerlukan kelulusan daripada Menteri Kewangan iaitu elaun pelaburan perkhidmatan.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz juga telah menyoal tentang tarikh kuat kuasa insentif pada September 2007 tetapi pindaan akta baru dibuat. Mengapa terlalu lambat sehingga tiga tahun dan adakah ini satu amalan biasa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, insentif-insentif yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Bajet 2008 adalah berkuatkuasa mulai hari belanjawan iaitu 7 September 2007.

Page 71: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 63

Insentif tersebut adalah insentif bagi penubuhan makmal pengujian peralatan

perubatan, penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri.

Jadi, berikutan pengumuman insentif-insentif tersebut, Akta Penggalakan Pelaburan 1986 perlu dipinda untuk melaksanakan pemberian insentif-insentif tersebut. Maksudnya, insentif yang kita bangkitkan pada hari ini yang melibatkan penubuhan makmal pengujian peralatan perubatan, penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri telah dibangkitkan dalam Bajet 2008. Sudah tentu kita mempunyai banyak lagi insentif lain yang melibatkan sektor-sektor yang lain tetapi yang telah dibangkitkan dalam Bajet 2008 cuma tiga ini. Itu sebabnya kita perlu menyelaraskan Akta Penggalakan Pelaburan 1986 untuk melaksanakan pemberian insentif tersebut. Jadi, itu penjelasannya.

Jadi, pindaan akta ini telah mengambil masa yang agak lama disebabkan pindaan tersebut perlu disemak dengan teliti dan beberapa pindaan yang berhubung dengan Akta Cukai Pendapatan perlu diambil kira. Jadi, cadangan pindaan itu perlu disahkan oleh beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti MITI, Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan MIDA. Akta yang dipinda juga telah disemak dengan terperinci oleh Jabatan Peguam Negara. Walaupun begitu, insentif-insentif yang diumumkan telah dilaksanakan secara pentadbiran sejak pengumuman Bajet 2008. Jadi, biasanya pindaan dibuat selepas pengumuman bajet setiap tahun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga kerana dibangkitkan soal FDI dan direct domestic investment (DDI).

■1700

Maka, ingin saya maklumkan disini bahawa angka-angka terkini yang kita ada, FDI berjumlah RM9 bilion dan DDI RM9.6 bilion, jadi jumlahnya RM18.6 bilion. Ianya daripada 272 projek perkilangan yang telah diluluskan oleh pihak MIDA. Jadi, ini angka-angka terkini.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza Abdul Rahim telah membangkitkan soal liberalisasi sektor perkhidmatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sektor perkhidmatan merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbangkan sebanyak 57.4 peratus kepada KDNK pada tahun 2010. Sektor ini juga mewakili 53.6 peratus dari jumlah pekerjaan di Malaysia.

Menyedari akan potensi pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, kerajaan telah mengambil keputusan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan tanpa sebarang syarat ekuiti. Subsektor ini adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan perniagaan dan perkhidmatan komputer dan yang berkaitan. Kerajaan mengambil langkah untuk meliberalisasikan subsektor perkhidmatan yang lain secara progresif dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan telah membangkitkan soal sektor utama yang menyumbang kepada DDI dan FDI sepanjang tahun 2010. Ingin saya nyatakan di sini bahawa ada lima sektor utama yang menyumbang kepada FDI adalah seperti berikut iaitu:

(i) produk petroleum termasuk petrokimia berjumlah RM4.7 bilion;

(ii) kelengkapan pengangkutan RM2.8 bilion;

(iii) produk logam asas RM1.7 bilion;

(iv) produk elektronik dan elektrikal RM1.5 bilion; dan

(v) pengilangan makanan RM1.2 bilion.

Yang Berhormat Hajah Mumtaz juga tadi telah bangkitkan soal perbandingan Akta Makmal Patologi dengan pindaan ini iaitu Akta Makmal Patologi yang telah diluluskan pada tahun 2007 yang bertujuan untuk mengawal selia dan pengawalan makmal patologi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Jadi, pindaan kepada akta yang sedang kita bahaskan hari ini ialah bagi tujuan pemberian insentif bagi penubuhan makmal ujian peralatan perubatan iaitu insentif yang telah diumumkan dalam Bajet 2008.

Page 72: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

64 DN 5.7.2011

Bagi penubuhan makmal ujian peralatan perubatan yang bertujuan untuk

menggalakkan pelabur swasta melabur di dalam makmal ujian peralatan perubatan bertaraf antarabangsa. Jadi, syarikat yang layak mendapat bermacam insentif supaya dapat mereka melabur di dalam makmal baru atau syarikat yang menaik taraf makmal sedia ada bagi menguji peralatan perubatan. Jadi, pelbagai insentif yang telah diberikan, jadi itu antara perbezaannya antara pindaan akta ini dengan Akta Makmal Patologi yang telah bangkitkan oleh Yang Berhormat Hajah Mumtaz sebentar tadi.

Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan juga telah bangkitkan soal tenaga pakar dan brain drain iaitu tenaga pekerja yang kita ada dan ianya juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Puan Usha Nandhini sebentar tadi. Di samping usaha-usaha untuk menambahkan bilangan pakar saintis tempatan melalui IPTA dan IPTS tempatan bagi menangani kekurangan tenaga pakar dan saintis di dalam negara, kerajaan juga meluluskan permohonan jawatan asing ataupun expatriate post melalui MIDA. Syarikat-syarikat yang ingin membawa masuk pakar dan saintis asing ini boleh memohon kelulusan daripada MIDA.

Pengaliran keluar individu berkemahiran tinggi Malaysia kebanyakannya tertumpu kepada Singapura iaitu 80 peratus, Australia 15 peratus dan Amerika Syarikat 10 peratus selain negara GCC seperti Emiriah Arab Bersatu.

Dengan tertubuhnya Talent Corp. yang telah diberi tanggungjawab antara lainnya untuk menggalakkan diaspora Malaysia untuk pulang ke tanah air, untuk mengekalkan bakat yang ada di dalam negara dan untuk menarik individu asing berkemahiran tinggi ke Malaysia. Antara kemudahan yang disediakan oleh Talent Corp. adalah Returning Experts Programme, di mana para profesional Malaysia yang bekerja di luar negara ditawarkan kadar cukai pendapatan pada 15 peratus untuk tempoh lima tahun dan pas residen yang memudahkan pemegangnya menetap di Malaysia untuk tempoh sepuluh tahun tanpa dikaitkan dengan pas pengajian atau kontrak yang lain.

Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan juga telah tanyakan kenapa ditetapkan tarikh akhir permohonan iaitu tempoh tamat bagi insentif makmal pengujian peralatan perubatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, insentif ini diperkenalkan melalui Bajet 2008 seperti yang saya nyatakan tadi bagi menggalakkan penubuhan makmal bagi pengujian peralatan perubatan di Malaysia yang mana biasanya syarikat Malaysia akan hantar ke luar negara untuk tujuan pengujian peralatan perubatan mereka. Jadi, mengenai sunset clause yang telah disebutkan tadi yang ditetapkan pada 31 Disember 2012, adalah bagi memastikan syarikat-syarikat yang bercadang menubuhkan makmal ini melaksanakan projek atau mengambil peluang sebelum tarikh tempoh ditetapkan. Ia juga bagi menarik pelaburan ke dalam sektor tersebut dengan kadar yang segera dan memastikan industri ini tertubuh selaras dengan objektif dan hasrat kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Mustafa Kamal Mohd. Yusoff telah bangkitkan soal kemerosotan FDI sehingga 81 peratus pada tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh World Investment Report 2010. Sebenarnya, kita sekarang ini dah masuk bulan Julai 2011, jadi sudah banyak yang telah berlaku sejak tahun 2009 yang telah membuktikan kepada kita bahawa usaha-usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing dan pelabur-pelabur tempatan ini begitu berjaya sekali. Jadi, angka-angka yang pada tahun 2009 itu memang kita akui pada tahap yang begitu rendah, saya tidak perlu huraikan apa sebabnya kerana kita semua sudah banyak kali diterangkan di dalam Dewan yang mulia ini dan juga di Dewan Rakyat mengenai krisis global yang sudah tentu tempiasnya dirasai oleh Malaysia juga tetapi yang lebih penting daripada itu Yang Berhormat, ialah apa yang telah berlaku selepas itu.

Dengan pelbagai program yang telah dilancarkan oleh kerajaan termasuklah Program Tranformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, NKRA, Model Baru Ekonomi dan yang terbaru ini EPP dan sebagainya, maka kita sudah lihat keyakinan daripada pelabur asing untuk melabur di dalam Malaysia itu begitu mendadak sekali sehinggakan memberi kita satu keyakinan bahawa Malaysia kini sudah kembali dilihat sebagai destinasi pelaburan yang begitu menarik. Oleh kerana itu, kita tidak perlu lagi hendak melihat ke belakang tetapi lebih penting kita melihat ke depan, apakah insentif-insentif yang kita berikan kepada pelabur asing dan tempatan untuk mereka melabur di dalam negara kita ini, buat masa ini, benar-benar berjaya.

Page 73: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 65

Kita lihat angka-angka yang begitu memberangsangkan seperti yang telah saya

maklumkan sebentar tadi, angka hingga bulan April tahun ini.

Yang Berhormat Dato’ Mustafa juga telah bangkitkan soal MSC bahawa diberikan gambaran bahawa kononnya MSC itu satu projek gergasi yang memakan belanja yang begitu besar tetapi gagal. Sebenarnya, suka saya nyatakan di sini bahawa MSC Malaysia adalah satu success story, dengan izin. Daripada FDI yang kita terima melibatkan begitu banyak sekali syarikat-syarikat gergasi antarabangsa yang telah memilih MSC sebagai tempat untuk ditempatkan pelaburan mereka, antaranya HSBC, DHL, Shell, Standard Chartered, IBM, Motorola, OCBC Bank, TRW, Amway, Dell, Ericsson, Cargill, Huawei Technologies, Intel, Epson, AIG, Nokia, Prudential dan banyak lagi.

■1710

Kemudian yang telah memilih MSC sebagai International Outsourcing Delivery Centre, dengan izin, adalah vPRO, EDS, IBM, ACL, TeleTech, dan banyak lagi. Selain daripada yang asing ini, ada juga syarikat tempatan yang juga dianggap sebagai success story untuk MSC. Antaranya Sybase, iTopia, SCAN, Microling, Infopro, Arahe, e-Lock, VADS, Teledirect, SMT, Vantage Point, Scicom, MoBIF, Silverlake, ePROTEA, Tricubes, iTopia dan yang terlibat dalam sektor animasi iaitu Les' Copaque dengan Upin dan Ipin nya, Inspidea, Backbone Entertainment, Cartoon for Kids, Animasia dan sebagainya. Jadi, ini adalah cita-cita dan kejayaan yang membuktikan kepada kita bahawa apa yang dilaburkan oleh kerajaan untuk membina infrastruktur di MSC itu memberi pulangan yang begitu baik sekali kepada negara.

Malah suka saya nyatakan di sini pada tahun 2008 contohnya, KDNK negara ialah sebanyak RM741 bilion, MSC telah menyumbangkan 0.67 peratus iaitu RM5 bilion. Pada tahun 2009, KDNK negara ialah sebanyak RM680 bilion dan MSC menyumbangkan 0.88 peratus iaitu RM6 bilion dan pada tahun 2010, KDNK negara sebanyak RM766 bilion dan sumbangan MSC sebanyak 1 peratus iaitu sebanyak RM7.65 bilion. Ini semuanya kejayaan sebenarnya, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff juga membangkitkan soal FDI pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Tuan Yang di-Pertua, berasaskan data imbangan pembayaran atau balance of payment yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kemasukan pelaburan asing secara keseluruhan pada tahun 2009 adalah RM5 bilion, bagi tahun 2010 adalah RM29.3 bilion manakala bagi tempoh suku tahun pertama tahun ini sebanyak RM11 bilion. Jumlah FDI pada tahun 2010 mencatatkan peningkatan sebanyak 535.7 peratus berbanding tahun 2009 yang hanya merekodkan kemasukan FDI sebanyak RM5 bilion pada tahun tersebut.

Kemasukan FDI untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2008 adalah sebanyak RM23.9 bilion. Jadi, selain itu juga dibangkitkan mengenai mengapakah kerajaan menetapkan sasaran pelaburan sebanyak RM83 bilion pada tahun 2011, sedangkan sasaran pelaburan tahunan di bawah RMKe-10 adalah RM115 bilion. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, RMKe-10 telah menetapkan sasaran purata pelaburan tahunan sebanyak RM115 bilion dengan kadar pertumbuhan 12.8 peratus setahun. Maksudnya kita tidak menganggap bahawa dalam lima tahun itu kita akan ada angka yang mendatar tetapi kita ada daripada base yang sedikit rendah kemudian meningkat dan secara puratanya RM115 bilion setahun.

Oleh yang demikian, sudah tentulah sasaran pelaburan bagi setiap tahun tidak boleh ditetapkan sebanyak RM115 bilion. Sasaran yang ditetapkan akan meningkat setiap tahun bermula dari RM83 bilion pada tahun 2011.

Walaupun begitu, sukacita saya maklumkan bahawa jumlah pelaburan yang diluluskan bagi seluruh sektor ekonomi bagi tahun-tahun yang lepas sememangnya agak tinggi. Umpamanya jumlah pelaburan yang diluluskan bagi seluruh sektor ekonomi adalah RM148.8 bilion pada tahun 2007, RM136.9 bilion pada tahun 2008, RM104.8 bilion pada tahun 2009 dan RM105.6 bilion pada tahun 2010. Itu sebabnya kita rasa yakin bahawa sasaran RM115 bilion ini akan dapat kita capai.

Page 74: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

66 DN 5.7.2011

Maaf, saya melompat tadi tetapi soalan daripada Yang Berhormat Senator Puan

Hajah Mumtaz binti Md. Nawi mengenai makmal Halal Hub akan diberi insentif untuk menggalakkan industri ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tidak ada insentif khas bagi makmal halal hab. Walaupun begitu, bagi menggalakkan pembangunan industri halal, kerajaan telah menyediakan insentif kepada syarikat yang mengeluarkan makanan halal di bawah PIA 1986. Jadi, kerajaan juga menyediakan insentif bagi halal industri di bawah Halal Development Corporation (HDC), kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di hab halal yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Bangun]

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Secara keseluruhannya saya dapati bahawa soalan-soalan yang dikemukakan adalah semuanya berkisarkan...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta satu soalan? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, silakan.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya minta satu soalan di mana adakah kemungkinan haiwan digunakan untuk ujian di makmal ujian peralatan perubatan. Adakah apa-apa pengetahuan mengenai itu? Terima kasih.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon supaya soalan itu dijawab oleh kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan bukannya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana apa yang kita bahaskan pada hari ini ialah Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011.

Saya ingat itu sahaja yang hendak saya kemukakan pada petang yang mulia ini dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan kita pada petang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah sudahnya rang undang-undang yang telah pun kita bahaskan sebentar tadi. Sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan maslah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemuka kepada Jawatankuasa.

Fasal 1 hingga 54 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Rang undang-undang dilaporkan dengan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Page 75: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 67

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum kita mulakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan semua Ahli yang berminat untuk membahaskan rang undang-undang ini, sila kemukakan nama kepada saya supaya dapat saya mencatur masa yang sewajarnya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

5.19 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan l [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dibaca kali yang kedua sekarang.

■1720

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2011 ini adalah dibentangkan menurut perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2011 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini.

Anggaran tambahan perbelanjaan perbekalan yang dipohon untuk diluluskan di bawah fasal 2, rang undang-undang yang dibentangkan ini adalah sebanyak RM13,186.7 juta. Sebahagian besar daripada peruntukan tambahan ini adalah untuk menampung keperluan subsidi petrol, diesel dan gas masak ekoran peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia. Kementerian-kementerian yang terlibat di dalam anggaran perbelanjaan tambahan ini adalah seperti berikut:

Sebanyak RM6,000,000,000 untuk Maksud B.11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan yang melibatkan sebahagian besar untuk pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum tahun 2011, membiayai subsidi pengecualian pembayaran bil elektrik bulanan RM20 ke bawah untuk tahun 2011 serta menampung dana jaminan di bawah Skim Rumah Pertamaku.

Sebanyak RM1,540.4 juta untuk Maksud B.41 – Kementerian Pelajaran dan sebahagian besarnya iaitu RM1.3 bilion adalah untuk emolumen.

Sebanyak RM1,383.8 juta untuk Maksud B.21 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, untuk pembayaran subsidi termasuklah subsidi bekalan beras ST15 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, subsidi baja padi dan insentif peningkatan hasil padi dan subsidi menjamin bekalan makanan negara.

Sebanyak RM1,037.8 juta untuk Maksud B.42 – Kementerian Kesihatan dan sebahagian besarnya iaitu RM1 bilion adalah untuk emolumen.

Sebanyak RM786.2 juta untuk Maksud B.20 – Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi membiayai tuntutan-tuntutan di bawah Skim Penstabilan Minyak Masak sehingga Disember 2011 dan penempatan semula kakitangan Lembaga Getah Malaysia.

Sebanyak RM493.3 juta untuk Maksud B.60 – Kementerian Pertahanan antara lain termasuk penyelenggaraan kapal selam.

Sebanyak RM458.7 juta untuk Maksud B.48 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi bantuan kebajikan untuk bulan Ogos hingga Disember 2011.

Page 76: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

68 DN 5.7.2011

Sebanyak RM442.2 juta untuk Maksud B.43 – Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan dan sebahagian besarnya adalah untuk kos pelaksanaan Akta 672 (Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal).

Dan sebanyak RM317.4 juta untuk Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri antara lain termasuk pembayaran penyelenggaraan Terminal Bersepadu Selatan, pengurusan fasiliti KIK dan JB Sentral serta menampung kadar kenaikan elaun imam dan guru takmir.

Selain daripada itu, tambahan ini juga melibatkan peruntukan bagi kementerian-kementerian berikut:

Sebanyak RM213.3 juta untuk Maksud B.22 – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebanyak RM198.7 juta untuk Maksud B.28 – Kementerian Pengangkutan.

Sebanyak RM100 juta untuk Maksud B.27 – Kementerian Kerja Raya.

Sebanyak RM70.3 juta untuk Maksud B.47 – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Sebanyak RM38.5 juta untuk Maksud B.23 – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sebanyak RM30 juta untuk Maksud B.62 – Kementerian Dalam Negeri.

Sebanyak RM28 juta untuk Maksud B.13 – Kementerian Luar Negeri.

Sebanyak RM15 juta untuk Maksud B.32 – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Sebanyak RM13.1 juta untuk Maksud B.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebanyak RM11.3 juta untuk Maksud B.1 – Parlimen.

Sebanyak RM7.7 juta untuk Maksud B.30 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dan sebanyak RM1 juta untuk Maksud B.8 – Jabatan Peguam Negara.

Tuan Yang di-Pertua, butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2011 adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 tahun 2011 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A tahun 2011.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II [Datuk Maglin Dennis D'Cruz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya mulakan, saya persilakan Yang Berhormat Puan Norliza.

5.27 ptg.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi saya diberi peluang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 pada petang ini.

Page 77: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 69

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan peruntukan tambahan tadi ia menjadikan

anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah daripada kira-kira RM163 bilion yang diluluskan pada tahun lepas kepada RM176 bilion. Berdasarkan rang undang-undang ini saya melihat kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan di bawah Maksud B.11 iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu. Di bawah Maksud B.11 iaitu sebanyak RM100 juta diperuntukkan kerajaan untuk menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama mendapat pinjaman sehingga 100 peratus daripada institusi kewangan di bawah Skim Rumah Pertamaku.

Melalui skim ini ia membolehkan golongan muda memperoleh pembiayaan 100 peratus dan membuka ruang untuk memiliki kediaman yang berharga antara RM100,000 sehingga RM220,000 mengikut kelayakan masing-masing. Rumah mampu milik yang berharga kurang RM150,000 kekal digemari pengguna dengan penguasaan kira-kira 57.1 peratus jumlah transaksi kediaman dengan peratusan terbesar antara adalah bagi unit kediaman berharga antara RM100,000 dan RM150,000. Atas faktor-faktor itu saya percaya Skim Rumah Pertamaku dapat memenuhi keperluan rakyat di peringkat asas di samping prasarana yang lain seperti bekalan air, elektrik, pendidikan sekolah dan jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat di negeri Pulau Pinang orang-orang Melayu mewakili 42.4 peratus iaitu kira-kira 600,000 orang daripada populasi Pulau Pinang, tetapi yang menjadi masalah sekarang hampir 60 peratus isi rumah orang Melayu mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan yang mana mereka ini tergolong dalam golongan miskin bandar, mempunyai kuasa beli yang rendah lantas tercicir dalam banyak aspek pembangunan dan dipotretkan sebagai Melayu terpinggir.

Tanah untuk milik orang Melayu untuk keseluruhan Pulau Pinang dan Seberang Perai hanyalah 20.41 peratus. Di pulau, sebagai pecahan tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus dan di Balik Pulau dan di barat daya adalah 15.7 peratus. Selaras dengan Skim Rumah Pertamaku dan senario yang berlaku di negeri Pulau Pinang, apakah mekanisme terbaik dalam memberi ruang kepada mereka untuk memiliki kediaman idaman mereka. Ini yang boleh menjadi persoalan dan saya amat berharap kerajaan memandang serius dalam perkara ini.

■1730

Saya juga berharap dan mengesyorkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengenal pasti tanah-tanah yang boleh dibangunkan bagi tujuan Skim Rumah Pertamaku di Pulau Pinang. Apa salahnya tanah-tanah wakaf yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam dibangunkan dengan Skim Rumah Pertamaku. Saya difahamkan lebih 1,000 lot dengan keluasan kira-kira 952 ekar tanah wakaf berada di negeri Pulau Pinang. Saya percaya kerajaan dapat melihat akan keuntungan yang boleh dicapai dalam tempoh jangka panjang, malahan tanah wakaf di Pulau Pinang ini kebanyakannya terletak di tempat yang lokasinya amat strategik iaitu di kawasan-kawasan bandar.

Saya juga ingin bertanya apakah insentif-insentif yang diberi oleh kementerian kepada pemaju untuk membantu mengurangkan bebanan kos pemaju yang kemudiannya pemaju akan cajkan semula kos ini kepada pembeli? Pertanyaan saya juga, adakah badan atau unit yang memantau pemilihan pembeli-pembeli agar keistimewaan ini tidak disalahgunakan? Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang

5.31 ptg.

Tuan Khoo Soo Seang: Jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk turut terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan yang mulia ini.

Pembentangan bill ini yang berjumlah RM13.2 bilion memang bukan satu jumlah yang kecil dan tidak harus dipandang ringan. Oleh yang demikian, perolakan di dalam dan di luar Bangunan Parlimen memang boleh difahami.

Page 78: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

70 DN 5.7.2011

Jumlah RM13.2 bilion merupakan 8.1 peratus daripada perbelanjaan mengurus

yang asal iaitu sejumlah RM162.8 bilion dan ini adalah bajet yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Oleh yang demikian, ia wajar diteliti secara rapat terutama sekali ini merupakan wang rakyat yang kita diamanahkan untuk mengurus demi kepentingan mereka.

Kerajaan berhasrat untuk memajukan negara dan mentransformasikannya menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pelbagai program ekonomi seumpamanya Program Transformasi Ekonomi. Sambil itu, kita juga bercita-cita untuk mengurangkan defisit negara. Hakikatnya, walau dengan peruntukan tambahan tersebut, kita berjaya mengawal defisit pada paras 5.4 peratus dari GDP negara. Keperluan bill Perbekalan Tambahan itu mungkin disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka terlebih dahulu ataupun jangkaan kos perbelanjaan yang terendah. Sekiranya kita hendak komen tentang kesesuaian jumlah peruntukan tersebut, bukan sahaja kita perlu bandingkan dengan jumlah peruntukan bagi tahun-tahun yang lepas, bahkan kita juga harus melihat faktor-faktor dalaman dan luaran.

Di segi faktor luaran, dunia telah dilanda pelbagai krisis termasuk yang disebabkan kejadian semula jadi ataupun kesilapan manusia, dan Malaysia juga tidak dapat dikecualikan daripada krisis-krisis tersebut.

USA telah melancarkan pelbagai program ekonomi mahupun monetari untuk menghidupkan semula ekonominya sejak kegawatan ekonomi yang melanda negaranya pada tahun 2009. Di antaranya termasuklah program membeli bon yang menelan belanja USD600 bilion. Ini merupakan satu jumlah yang tidak ada perbandingannya. Kesannya, purata kadar pengangguran USA semenjak tahun 2009 masih setinggi 9 peratus walaupun sebanyak 722,000 jawatan baru telah didirikan.

Ini bermaksud jumlah individu yang menganggur masih sebanyak 13.5 juta orang dan sekiranya hidden unemployment diambil kira, jumlah itu menjangkau 20 juta orang. Ini kalau berbanding dengan Malaysia yang pagi tadi saya baru mendapat jawapan iaitu kadar pengangguran di Malaysia ialah 3.4 peratus ataupun 388,000 pada tahun lepas.

Eropah juga baru-baru ini meminjamkan EUR110 bilion kepada Greece dan EUR85 bilion kepada Iceland dan EUR78 bilion kepada Portugal walau hakikatnya hampir EUR1 trilion sudah disalurkan kepadanya pada tahun lepas.

Di rantau Pasifik atau Pacific Ocean pula, Japan ditimpa gempa bumi diikuti tsunami yang mengakibatkan krisis nuklear. Bencana tersebut bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta melebihi USD300 bilion, bahkan ia menyebabkan impak ekonomi sedunia yang amat serius.

Ketidakstabilan politik di Egypt, Tunisia dan Libya dan sebagainya telah melonjakkan harga petroleum ke paras USD120 setiap barrel dalam bulan April. Kesannya ke atas ekonomi dunia amat sukar disukat.

Berbalik ke tanah air kita, kerajaan sedang berlumba dengan masa untuk mentransformasikan ekonomi dari yang berpendapatan sederhana ke yang berpendapatan tinggi sebelum tahun 2020. Pelancaran program-program GTP dan ETP menunjukkan kegigihan pihak kerajaan untuk mencapai cita-cita tersebut.

Walau bagaimanapun, saya tidak percaya Wawasan 2020 akan berjaya tanpa kerjasama, sokongan dan usaha gigih daripada sektor awam, sektor swasta dan rakyat jelata secara keseluruhannya. Yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua, amalan-amalan yang tidak kondusif kepada kemajuan competitiveness harus dikaji semula dan diganti dengan dasar yang lebih competitive. Kerajaan harus timbang semula amalan subsidi, kawalan harga yang tersangat ketat, juga harus diganti dengan polisi yang menggalakkan persaingan yang sihat untuk meningkatkan produktiviti.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah bangkitkan masalah yang timbul akibat langkah pemutihan pekerja asing yang haram pada penggal lepas. Sekali lagi saya hendak tegaskan isu itu secara lebih mendalam dan dari segi yang berlainan. Saya pernah berbincang dengan pihak-pihak yang memang mengupah ramai pekerja asing untuk memahami mengapa pekerja yang legal itu mereka hendak melarikan diri menjadi pekerja haram, kemudian diputihkan semula menjadi pekerja asing.

Page 79: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 71

Jadi saya difahamkan bahawa di antara sebab-sebabnya ialah melalui proses itu,

pekerja asing itu akan mendapat kerja dengan pendapatan yang lebih tinggi ataupun yang lebih lumayan. Ini juga disebabkan oleh kekurangan pekerja asing di sektor-sektor yang tertentu dan oleh itu keperluan pekerja asing begitu tinggi. Misalannya saya berikan contoh, baru-baru ini di kawasan Tebrau sedang dibina sebuah sekolah Cina baru dan kontraktor juga menghadapi kekurangan pekerja asing sehingga kemajuan projek itu agak lambat.

■1740

Jadi, mereka juga kadang-kadang selain daripada memilih gaji yang lebih tinggi, mereka juga memilih syarikat yang memberikan overtime yang lebih banyak oleh kerana ini akan menambahkan pendapatan mereka. Juga kadang-kadang persekitaran kerja yang lebih baik, lebih kondusif. Apa yang saya ingin tanya ialah adakah syarikat-syarikat yang tidak layak untuk mengupah pekerja asing boleh mengambil pekerja asing melalui proses ini? Proses dahulu, pekerja asing yang haram diputihkan kemudian bolehkah kerja di syarikat yang kalau mengikut syaratnya mereka tidak layak untuk mengupah pekerja asing. Kita juga perlu jaga bahawa jangan biarkan orang tengah mengambil kesempatan ini untuk eksploitasi majikan mahupun pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya menyebut tentang angka pengangguran negara asing, sekarang biar kita lihat kedudukan tanah air kita. Pagi ini saya sudah bertanya tentang pengangguran para graduan universiti kerana saya bimbang tentang implikasi sosial dan kestabilan politik. Kalau ramai orang yang tidak ada kerja, menganggur, khususnya yang berkelayakan tinggi, mereka akan tidak puas hati dengan kerajaan dan ini ada impak yang serius. Baru-baru ini saya difahamkan, ini mungkin perlu dapat kepastian daripada kerajaan bahawa pada mungkin lima tahun atau enam tahun yang akan datang, negara kita akan kelebihan doktor perubatan.

Saya difahamkan bahawa mungkin pada masa itu, Kementerian Kesihatan mungkin ada masalah menempatkan mereka di hospital untuk housemanship dan kalau tidak ada housemanship, mereka tidak boleh menjadi doktor yang berkelayakan. Jadi, ini adalah sebabnya pagi tadi saya bertanya tentang soalan ini. Ini sebabnya pagi tadi saya juga mencadangkan bahawa mungkin semua kementerian dan Kementerian Sumber Manusia perlu bekerjasama untuk membuat satu forecast, satu ramalan peluang pekerjaan dalam lima tahun sehingga sepuluh tahun yang akan datang dan mungkin kita paparkan di laman web kerajaan.

Jadi, sebelum seseorang pemuda masuk ke universiti, dia boleh lihat apa keperluan pasaran daripada selepas dia graduate, baru dia diberitahu. Kalau yang masuk ke universiti pada hari ini, selepas lima tahun dia diberitahu, sorry, tidak ada tempat untuk housemanship. Jadi, dia akan menjadi sangat-sangat marah, mengapa kerajaan tidak beritahu saya awal-awal sebelum saya ambil kursus ini.

Setakat ini, kursus perubatan masih merupakan satu program yang sangat digemari sehingga baru-baru ini, ada seorang ibu yang menelefon saya, anaknya mendapat 9A+ dan dia takut anaknya tidak boleh mendapat kursus perubatan, dia menasihatkan anaknya itu untuk mengambil farmasi. Akhirnya, kawan anaknya yang mendapat 9A+ masuk kursus perubatan, ibu tersebut merasa begitu kecil hati. Dia kata, “I misled my son to think that he have no chance. Dan saya sudah rosakkan masa depan anak saya”.

Saya kata, “Farmasi atau doktor, sama”, tetapi kepada ramai orang, mereka masih merasa bahawa doktor ini sangat glamour... [Berkata kepada Yang Berhormat Senator Dr.Yeow Chai Tiam] Dr. Yeow, sangat glamour... [Ketawa] Semua orang hendak menjadi doktor sahaja.

Saya juga mencadangkan selain daripada itu, mungkin Kementerian Pengajian Tinggi boleh hadkan pengambilan penuntut itu mengikut keperluan. Jangan mengikut tempat yang boleh ditawarkan sekiranya kalau dijangka pekerjaan yang tertentu, profesion yang tertentu, keperluannya lebih, kita beri lebih banyak peluang, intake lebih ramai. Kalau kita rasa bahawa mengikut forecast kita, pekerjaan yang tertentu tidak perlu begitu ramai, jadi jangan ambil penuntut yang ramai dan selepas itu tidak ada kerja.

Page 80: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

72 DN 5.7.2011

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak mengambil kesempatan ini untuk

menyentuh sedikit tentang makanan. Baru-baru ini kita tiba-tiba difahamkan bahawa ada daging daripada haiwan yang sudah mati. Walaupun apa yang kita tahu, apa yang dibangkitkan ialah daging babi sahaja. Akan tetapi saya difahamkan melalui sumber-sumber tertentu, ini bukan terhad pada daging babi sahaja bahkan ayam pun ada. Mungkin lain-lain binatang pun ada. Kita juga dengar bahawa seperti saya yang tidak suka makan pisang goreng. Akan tetapi difahamkan bahawa semasa mereka menggoreng pisang, mereka masukkan beg plastik, menjadikan pisang goreng itu... [Disampuk] Lebih sedap...

Seorang Ahli: Rangup!

Tuan Khoo Soo Seang: Rangup dan boleh tahan lama. Jadi, apabila kita mendengar ini, kita memang takut. Saya difahamkan bahawa ini bukan khabar angin. Ada hakikatnya. Jadi kalau begini, saya rasa bahawa kerajaan perlu check. Jangan biarkan. Sekarang kita sudah takut apa yang hendak dimakan. Makan daging pun tidak boleh, makan sayur takut racun...

Seorang Ahli: Pisang pun takut.

Tuan Khoo Soo Seang: Pisang pun takut kena racun. Jadi, tidak tahu hendak– saya tadi baru makan ubi kayu sahaja... [Ketawa] Yang lain tidak berani makan. Jadi, saya rasa bahawa kita perlu control. Saya pernah tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, adakah hendak buat rang undang-undang akta makanan di lobi Dewan Negara? Sebab saya lihat banyak yang berlemak... [Disampuk] Banyak yang bergoreng dan sebagainya. Tidak sesuai untuk kesihatan kita.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang saya ingin sentuh sedikit ialah berkenaan dengan kesedaran orang ramai tentang pemuliharaan alam sekitar. Oleh kerana saya dapati walaupun ada banyak pihak yang amat mementingkan perkara ini, banyak program yang dilancarkan dan sebagainya tetapi pada keseluruhannya, rakyat jelata kita masih tidak mementingkan tentang pemuliharaan alam sekitar. Pada saya, saya rasa bahawa saya pernah sentuh, cakap banyak kali, bahawa tempat yang paling sesuai untuk mendidik rakyat jelata ialah di sekolah sejak mereka muda.

Baru-baru ini, di sebuah sekolah yang kita sedang bina, kami menulis kepada kerajaan, minta sedikit peruntukan untuk memasang rainwater harvesting system. Rainwater harvesting system iaitu menggunakan air hujan untuk misalnya, menyiram pokok, basuh tandas dan sebagainya dan walaupun saya sedar bahawa wang yang dibelanjakan untuk ini, mungkin tidak dapat dijimatkan daripada menggunakan air yang kurang kerana air sekarang begitu murah. Akan tetapi pada saya, selain daripada perbelanjaan, mungkin di rumah kita tidak pakai oleh kerana kita tidak boleh jimat apa-apa tetapi untuk sekolah, ini adalah satu pendidikan. Biarkan anak-anak sedar daripada kecil-kecil lagi bahawa ini penting, bahawa kita berikan keutamaan pada ini.

Jadi, saya hendak merayu kepada kementerian yang berkenaan untuk menimbang semula, mungkin di sekolah-sekolah. Saya percaya ia tidak perlukan perbelanjaan yang sangat besar. Mungkin di antara RM200,000 pun sudah mencukupi untuk sebuah sekolah. Jadi, ini akan menjadi satu pelajaran kepada anak-anak kita. Dengan kata-kata seperti yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: [Bangun]

■1750

Tuan Yang di-Pertua: ...Seterusnya saya hendak maklumkan bahawa yang menulis kepada saya untuk berucap ialah Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru, Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok, Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, Yang Berhormat Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin, Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah binti Hamat, Yang Berhormat Tuan Muhammad Olian bin Abdullah, Yang Berhormat Puan Hajah Zainun binti A. Bakar, Yang Berhormat Dato’ Zaitun binti Mat, Yang Berhormat Syed Husin Ali dan Yang Berhormat Hajah Mumtaz binti Md. Nawi.

Page 81: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 73

Ini yang sudah ada untuk berucap pada petang ini. Yang Berhormat hendak

berucapkah..., tidak? Ada, ada hantarkah, ada hantar kepada sayakah..., ada? Okey baik, saya masukkan sekarang... [Bertanya kepada kedua-dua Yang Berhormat berkaitan] Dua-dua ya? Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

5.51 ptg.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi peluang saya membahaskan dalam Rang Undang-undang Anggaran Tambahan ini. Banyak perkara yang saya lihat dalam anggaran perbelanjaan tambahan ini adalah merupakan tambahan-tambahan yang sebenarnya bukan di luar jangka, yang boleh dijangka yang boleh dianggar tetapi kelihatan di luar jangka yang menyebabkan terpaksa kita adakan anggaran tambahan. Ini sebagai contohnya – nanti, biar saya pergi satu ke satu perkara mungkin kita boleh melihat sendirilah.

Walau bagaimanapun, izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang sempat saya semak dan rujuk untuk kita sama-sama melihat perkara-perkara tersebut. Untuk maksud B.1 Parlimen ini yang kita ada kepentinganlah. Jadi angka yang ada di sini ialah sebanyak RM11.3 juta dan saya ingin bertanya sama ada ini termasuk dalam anggaran ubahsuai yang sedang dilakukan untuk Dewan yang bakal kita duduk tidak lama lagi. Saya berpendapat ataupun berpandangan mungkin ini tidak masuk tetapi saya ingin penjelasanlah yang angka RM11.3 juta ini.

Untuk B.6 Jabatan Perdana Menteri Tuan Yang di-Pertua, daripada RM110 juta tambahan yang diperuntukkan untuk penyelenggaraan Terminal Bersepadu Selatan yang mana sedikit masa dahulu menjadi satu bahan yang dipertikaikan kerana operasi bermula, tarikh bermula tetapi banyak pengusaha pengangkutan tidak mahu masuk atas beberapa sebab tertentu. Jadi saya ingin tahu apakah keadaannya sekarang, kerana yang pentingnya sebagai sebuah institusi ataupun kompleks yang begitu mahal belanjanya kita hendak pastikan pengusaha-pengusaha pengangkutan ini menggunakan facility tersebut sepenuhnya. Mungkin kita boleh ingin tahu bilakah break-event pointnya, ertinya berdasarkan kepada kos untuk membina dan pendapatan hasil daripada sewaan kepada pengusaha-pengusaha transport tersebut, bilakah break-event pointnya?

Perkara kedua di bawah B.6 tadi berhubung dengan RM66 juta bagi menampung kenaikan elaun imam dan juga guru-guru takmir. Ini sesuatu yang telah diumumkan lebih awal hanya saya ingin merayu dan juga memohon agar pembayaran kepada imam-imam ini dapat diselaraskan segera supaya tidak ada keadaan-keadaan yang tertunggak kerana saya sering mendapat maklum balas daripada imam sehingga kadang-kadang lapan bulan masih tidak dapat lagi. Saya telah jadikan sebagai satu soalan semasa sesi persidangan bulan April yang lalu dan ini masih lagi berlaku. Saya minta kita berikanlah perhatian.

Mereka gembira kerana telah dinaikkan tetapi di satu sudut pula mereka merasa sedih kerana tidak mendapat imbuhan ataupun penambahan elaun itu pada waktu yang dijanjikan. Hari ini di samping imam, pegawai-pegawai masjid yang lain juga bertanya bilakah mereka akan mendapat ganjaran seperti mana yang didapati oleh imam. Contohnya bilal, dan saya sendiri mengalami pengalaman di separuh masjid, pegawai-pegawai yang tidak mendapat lebihan itu ataupun tambahan itu telah meletakkan jawatan kerana mereka merasakan ada diskriminasi. Oleh kerana sahabat ataupun rakan mereka yang lain dapat sedangkan bilal tidak dapat.

Saya ingin merujuk Perkara 5, sebanyak RM19.7 juta yang dibelanjakan untuk Aerostructure Manufacturing Innovation Centre. Ini mungkin sesuatu yang baru tetapi hanya sekadar untuk mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan Ops Piramid yang diperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menampung perbelanjaan membawa balik anak ataupun penuntut kita daripada Timur Tengah.

Saya ingin tahu, berapakah perbelanjaan keseluruhannya dan adakah kita membayar kepada pihak syarikat penerbangan yang sama-sama membantu membawa mereka pulang, terutamanya AirAsia dan juga MAS.

Page 82: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

74 DN 5.7.2011

Dari gambaran yang saya sendiri alami ketika berada di lapangan terbang ketika

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyambut kepulangan penuntut-penuntut tersebut, ada gambaran seolah-olah sebilangan mereka yang kita bawa balik ini tidak rasa bersyukur di atas usaha titik peluh kerajaan tanpa apa-apa kos yang dikenakan kepada penuntut itu, bawa balik tetapi mereka rasa seolah-olah tidak bersyukur. Saya berada di sana bersama-sama juga dengan pegawai-pegawai yang lain bagi menyambut kepulangan penuntut-penuntut kita dari bukan sahaja dari Mesir dan juga dari beberapa negeri yang lain dan ini kita dapati pada ketika itu sebilangan pelajar telah menunjukkan seolah-olah mereka ini cuba mengelak daripada bersua dengan pemimpin-pemimpin pada ketika itu yang menyambut di hadapan tangga kapal terbang. Insiden seperti ini saya rasa seolah-olah mereka tidak menunjuk rasa hormat dan terima kasih kepada pihak kerajaan.

Perkara ataupun maksud B.11 Tuan Yang di-Pertua, RM5.6 bilion satu angka yang cukup besar bagi menampung pembayaran subsidi berikutan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol baru-baru ini. Kesannya kerajaan terpaksa menambah subsidi yang bernilai RM5.6 bilion untuk tahun 2011 ini. Apa yang sedihnya sebelum keputusan untuk kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada ketika itu semua lapisan masyarakat memberi pandangan dan berharap kerajaan akan mengekalkan. Akan tetapi setelah harga tersebut dikekalkan Tuan Yang di-Pertua, tidak nampak mana-mana individu atau badan yang berterima kasih dengan kerajaan. Bayangkan hari ini kita masih lagi membayar RM1.90 bagi satu liter RON95. Baru-baru ini saya baru pulang daripada Taipei Tuan Yang di-Pertua, bila saya maklumkan di sana harga petrol kita RM1.90, mereka terperanjat.

■1800

Ini kerana hari ini minyak petrol di Taiwan adalah RM3.50 satu liter, hampir dua kali ganda. Sejumlah RM150 juta di bawah B.11 (ii), untuk menampung pembayaran subsidi pengecualian bil elektrik bulanan yang RM20 ke bawah. Berapa ramai kah yang telah menerima kemudahan ini dan kalau boleh mengikut pecahan negeri-negeri yang terlibat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua Perkara B.13 (i), RM19.9 juta yang dianggarkan bagi menampung penganjuran LID 2011 yang baru tamat. Bagi saya ini adalah satu anggaran ataupun angka yang besar untuk satu program antarabangsa. Akan tetapi saya ingin mengetahui apakah economics significant nya kepada negara dalam menganjurkan program yang semahal begini. Adakah ianya untuk program berbentuk PR ataupun kita memandang ke arah lebih jauh bagi mendapat economic benefit nya, dengan izin.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Satu lagi Perkara B.22 - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sejumlah RM150 juta telah diperuntukkan untuk JKKK berikutan kenaikan elaun untuk fungsi JKKK daripada RM450 sebulan kepada RM800 sebulan. Ini yang saya maksudkan tadi. Oleh kerana pengumuman ini telah dibuat semasa bajet 2011 pada bulan Oktober yang lalu kenapa kita tidak masukkan semasa kita bentang belanjawan 2011 yang lalu. Kenapa baru sekarang kita hendak buat separate budget.

Perkara B.23 – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Perkara 4 sebanyak RM2 juta diperlukan untuk membiayai kos pelantikan perunding ataupun konsultan bagi membuat kajian berhubung cadangan untuk pembangunan zoo baru di Janda Baik. Ini sesuatu yang kita alu-alukan kerana Zoo Negara hari ini dalam keadaan yang sungguh sempit dan daif sebenarnya. Jadi saya berharap dan saya mencadangkan agar pembinaan baru untuk Zoo Negara ini dibuat dengan sebaik mungkin dengan satu anggaran perbelanjaan yang sederhana akan tetapi boleh kita banggakan agar Zoo Negara hari ini akan berubah wajah yang boleh menjadikan kebanggaan negara.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Datuk Abdul Rahman Bakar.

Page 83: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 75

6.04 ptg.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Bismillaahi Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah kepada Timbalan Menteri Kewangan. Saya melihat negara kita bila kita bentangkan bajet kewangan sering defisit. Tidak ada yang tidak defisit. Tidak cukup wang. Saya ingat defisit itu dalam lingkungan 5.6 peratus. Mana-mana negara bila bentang belanjawan akan ada defisit kebanyakan. Akan tetapi ada juga yang tidak ada defisit. Jadi saya hendak tanya apakah rancangan kerajaan untuk mengurangkan defisit ini. Khususnya dalam – dari segi memastikan perbelanjaan kita lebih efektif, lebih berkesan dan berasaskan benar-benar kepada keutamaan dan kepentingan. Maknanya tidak semua yang dituntut yang diminta oleh kementerian-kementerian kita penuhi, kita layan.

Apakah juga rancangan-rancangan khusus kerajaan untuk pastikan kekurangan malah tidak ada ketirisan dalam belanjawan kita. Saya fikir wujudnya akta ini sebab kita defisit, kita short anggaran belanja. Jadi muncullah tambahan RM13.1 bilion. Sekali lagi saya hendak tanya apakah benar-benar perbelanjaan yang akan diluluskan ini benar-benar yang utama dan penting dengan membawa pulangan yang setimpal untuk negara. Besar ini, bukan kecil, besar. Tentu ada jawapan. Apa pun kita hendakkan jawapan yang berkesan. Jawapan yang memuaskan hati kita Ahli-ahli Dewan. Sekarang mari kita lihat satu persatu butiran maksud yang diutarakan ini.

Pertama kita lihat Maksud B.01 – Parlimen. Belanjanya bukan kecil iaitu berjumlah RM11.305 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen Malaysia.

Saya hendak tanya, apakah skop kerja-kerja yang ditulis, yang dimaksudkan itu. Harapan saya bila buat bangunan baru itu kenalah ada kemudahan-kemudahan asas seperti pejabat Ahli-ahli Parlimen, tempat yang mencukupi untuk pekerja-pekerja, tempat rehat termasuk tandas yang mencukupi. Kita tidak hendak bangunan sahaja akan tetapi kemudahan tidak cukup. Hatta saya dapati di Parlimen ini kena tukar, kena buat baru yang lama-lama.

■1810

Contoh, kereta-kereta lama, van-van lama, bas-bas lama, usang, buruk, tidak sesuai. Kita banyak pelawat, banyak kursus, banyak kegunaan. Jadi, hendakkan supaya peruntukan itu benar-benar menyeluruh, tidak kata pada bangunan itu sahaja. Kedua, saya lihat banyak sangat bajet untuk selenggara bangunan Parlimen. Dahulu RM60 juta lebih. Sekarang RM11 juta lebih, itu sedang dibuat di belakang kita. Bangunan Parlimen sudah dibuat lama. Saya fikir bangunan ini dibuka yang pertamanya pada tahun 1955. Kalau tahun 1955, sudah 56 tahun. Semua buka dia buat dahulu. Jadi, kira-kira hampir sudah 60 tahun semua ini, sudah 60 tahun.

Saya dengan ini mencadangkan Parlimen atau kerajaan rangka satu bangunan yang baru, yang besar, yang canggih, yang kontemporari semasa untuk kegunaan Ahli-ahli Parlimen baik daripada Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara. Tidak mengapalah rangka sekarang, hendak buat masa kemudian, pada tahun 2015 kah, dan tahun 2020 menjadi kenyataan kah, perlu buat.

Saya melawat banyak tempat di dunia, saya dapati dibandingkan dengan Parlimen kita dengan mereka di luar sana, jauh beza. Contoh, Dewan kita sempit, sesak dan tidak canggih. Jadi, saya bukan mengesyorkan sesuatu yang membazir tetapi sesuai dengan perubahan masa dan tuntutan semasa. Itu yang pertama.

Kedua, saya lihat B.6, Jabatan Perdana Menteri bahagian dua, sebanyak RM66 juta menampung elaun imam dan guru takmir. Baik, tahniah, syabas. Akan tetapi, kalau boleh elaun guru-guru ini mesti di atas garis kemiskinan semasa. Tidak ada maknanya kita beri elaun – bagi orang kampung, dia kata gaji sebab dia tidak ada kerja lain. Tidak ada maknanya kita beri di bawah paras kemiskinan, itu yang pertama. Kedua, selepas beri gaji perlu beri kursus, perlu faham.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb, kalau belajar mesti syukur. Begitu juga imam, guru takmir, bilal perlu bersyukur. Perlu bersyukur dan perlu berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional. Ada yang tidak bersyukur.

Page 84: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

76 DN 5.7.2011

Dapat duit, dapat gaji, dapat senang, masih lagi gigit paha, gigit tangan, gigit betis

kerajaan macam – kalau hendak cakap nanti kasar sangat, macam animal, dengan izin. Jadi, bolehlah saya simpulkan mereka ini tidak bersyukur sebab tidak cukup diajar, tidak cukup kesedaran dan tidak cukup insaf. Jadi apa pun, dilihat pemberian ini besar, RM66 juta. Terima kasih.

Bahagian 7, beri peruntukan RM5 juta kepada selenggara Pulau Sipadan. Pulau ini pulau yang cantik, perlu ada perubahan kerana ada banyak tarikan kepada pelancong asing. Perlu banyak iklan, perlu banyak chalet, perlu banyak kemudahan dan keselamatan perlu dijaga. Jadi RM5 juta ini sedikit sangat. Harapan saya, di masa akan datang ditingkatkan.

Begitu juga saya rujuk kepada jumlah RM5 juta lagi untuk kakitangan Projek Banci Penduduk. Saya hendak minta satu laporan dibuat oleh pihak kementerian, laporan banci tahun 2011 apabila akhir tahun. Apa hasilnya? Berapa ramai yang tepat, angka yang tepat penduduk kita, gendernya, pekerjaannya, umurnya, kategorinya dan lain-lain yang berkenaan. Kalau boleh, satu kertas putih dikeluarkan untuk penduduk-penduduk di Malaysia. Sekarang kita pakai teka sahaja. Ada orang kata 27 juta, ada orang kata 28 juta, ada orang kata banyak perempuan daripada lelaki, ada orang kata banyak lelaki dan ada orang kata banyak janda daripada anak dara. Macam-macam. Jadi, kita hendak tuntut. Bayar gaji mahal-mahal, satu laporan yang kemas kini dikeluarkan agar kita tidak lagi teraba-raba, tercari-cari angka yang sebenarnya.

Seterusnya nombor 13, sebanyak RM1 juta untuk kos penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock. Sudah lama sangat. Masih bicara, bicara, bicara, bicara! Sampai bila hendak habis? Adalah saya ramalkan, kepala saya ini masih sihat walaupun suara saya tidak lagi sihat sepenuhnya. Dalam kepala saya kita terikut-ikut rentak tari gendang pembangkang. Banyak orang mati, bukan sahaja Teoh mati. Betul?

Beberapa Ahli: Betul!

■1820

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Beribu lagi orang mati. Kenapa tidak tumpu seperti ini? Kenapa tidak tubuh suruhanjaya? Konon-kononnya tubuh suruhanjaya untuk memuaskan hati pembangkang. Jangan layan sangat pembangkang ini, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali dia boleh layan, dia baik orangnya. Dia okey, tetapi menentukan masa yang panjang, menubuhkan satu suruhanjaya yang tidak ada faedahnya, “Boo lah” kata Dato’ Awang Datuk Dr. Awang Adek Hussin , berhentilah. Boo! Kata orang Kelantan. Jadi, saya fikir, cukuplah satu juta untuk orang mati, sudah mati, matilah. Kita ada cukup pegawai polis dan pegawai siasatan, tubuh lagi suruhanjaya guna untuk puas hati kepada pembangkang. Saya anggap ini kerja sia-sia. Lain kali jangan buat begini lagi. Maksud B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Kita lihat nombor (i), RM5.6 bilion untuk tuntutan subsidi minyak 2011, sangat banyak.

Sebentar tadi Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb kata minyak kita murah sangat. Negara Taiwan dia kata RM3.50 sen pun you carilah satu ASEAN. Minyak kita RM1.90 sen paling murah daripada Vietnam dan jauh lebih murah daripada Indonesia atau Singapura kecuali Brunei. Dia murah sebab negara dia negara atas minyak, korek sahaja minyak aduh! Jadi murah. Oleh sebab itu saya hendak syorkan kerajaan jangan baik sangat sampai jadi bodoh, sudahlah cukuplah subsidi. Selepas pilihan raya ini iklan naik minyak tidak ada lagi subsidi.

Malah, saya syorkan potong subsidi guna biar sama-sama rasa sakit, senang, dan sama-sama susah. Kalau kerajaan sahaja yang sakit, rakyat senang tidak ada guna. Ke hulu sama dituruni, ke gunung sama didaki. Itu konsep dan cara kita tadbirkan negara.

Kedua, saya tertarik kepada nombor (iii), sebanyak RM100 juta bagi kos latihan kemahiran seluruh negara. Bagi saya pusat-pusat latihan banyak, ada milik Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, dan kementerian-kementerian yang lain tetapi saya rasa ada yang banyak pusat tetapi pelajar kosong. Saya boleh kata tidak ada satu pun pusat latihan contohnya di bawah Kementerian Sumber Manusia. Yang penuh. Ada 70 peratus, 60 peratus lebih, dan 80 peratus lebih.

Page 85: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 77

Jadi, buat, lulus, rancang, dan tampung okey. Akan tetapi make sure pusat-pusat

latihan itu dipenuhi dengan semaksimum-maksimumnya.

Satu lagi saya rujuk kepada nombor (iv), iaitu Skim Rumah Pertamaku. Ini yang diilhamkan oleh Yang Berhormat Dato Sri Mohd. Najib - bagus, tahniah. Semua orang dan semua bangsa boleh milik tetapi sedikit sangat. Harapan saya dibesarkan, diluaskan lagi, dan diperbanyakkan lagi. Lantik kontraktor yang lebih ramai. Maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri. Sebanyak RM19.9 juta untuk satu Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) saya hendak minta supaya IKS dimasukkan. Sekarang saya difahami hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang terlibat. Mana ada yang kecil-kecil. Ada, tetapi saya difahamkan hanya tidak sampai 20 peratus sahaja. Oleh itu, dialog yang bagus ini perlulah ditingkatkan dengan penyertaan IKS yang ada di negara kita.

Maksud B.20 - Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Satu, sebanyak RM700 juta diperlukan untuk tuntutan di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Saya hendak faham untuk apa tuntutan-tuntutan ini? Ia banyak sangat dan perlu beri butir-butir. Kalau tidak boleh terperinci pun, kasar-kasar lima atau enam butir-butir tuntutan tidak mengapalah. Ini tuntutan-tuntutan apa saya tidak faham. Begitu juga saya rasa kawan-kawan saya hendakkan penjelasan.

Maksud B.21 - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - 7(i), sebanyak RM488 juta bagi menampung bekalan beras subsidi. Saya rasa ada kaitan dengan Maksud B.2, B.3 baja subsidi, banyak sangat subsidi tidak elok juga. Daripada diberikan ikan, lebih baik beri joran. So, saya fikir kerajaan perlu buat sawah yang lebih banyak dan buka tanah-tanah pertanian untuk padi yang lebih banyak. Buka pekerjaan yang lebih banyak untuk padi, bukan tanah kita tidak sesuai tanam padi. Cuma tidak diusahakan betul-betul.

Kedua, saya lihat sangat banyak sawah terbiar seluruh negara, bukan hanya di Kelantan, Terengganu, Pahang ataupun di lain-lain negeri. Semua negeri ada tanah sawah terbiar. Jadi, untuk cukup beras dan kita tidak eksport beras apa kata kita mulakan pembukaan tanah baru dengan yang lama dihidupkan kembali.

Jadi, saya meneliti Maksud B.22 - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Satu, sebanyak RM150 juta untuk elaun JKK dan JKKP.

Saya hendak minta bentangkan profil JKK dan JKKP, tidak ada gunanya saban hari dan bulan kita beri duit, duit, duit. Profil kampung tidak ada. Pergi ke kampung, “Eh! Mana profil kampung?” Huh! Garu kepala, jawab, “Tidak ada”. Sebab malas dan tidak ada peraturan. Kita hanya beri duit tetapi kita tidak beri tugas dan tanggungjawab. Profil kampung tidak ada, satu. Berikan tugas mereka, buat kerja seperti Bumi Hijau, 1Kampung 1Industri. Itu kerjalah, buat apa dia beri duit sahaja, mereka dibayar sahaja tetapi tidak ada hasil. Tidak salah mereka tetapi salah kementerian. Tidak ada panduan, tidak ada bidang tugas hendak diberikan kepada mereka. Menteri Kewangan bagi duit sahaja. Tugas untuk JKKK, JKKKP adalah tugas Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

■1830

Satu lagi, bahagian II, RM63.3 juta untuk Sistem Rawatan Air Pelbagai Sumber untuk Orang Asli. Tahniah, Orang Asli mesti sokong, angkat tangan sudah, sokong sudah. Akan tetapi saya fikir dalam memastikan kemudahan untuk segala masyarakat, segala bangsa, segala kaum – Orang Asli, Orang Aslilah. Akan tetapi banyak lagi kampung-kampung di Sabah terutamanya, di Sarawak khasnya, di Semenanjung amnya, tidak ada air bersih, tidak ada sumber air. Jadi syor saya, selepas Orang Asli, lain-lain kaum kena juga buat, kena juga tumpukan.

Satu lagi, B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Bahagian IV, sebanyak RM2 juta untuk kajian in-depth pembangunan zoo baru. Last month saya pergi zoo negara. Oh! kesian-kesian. Sudahlah binatang, ditambat, dikurung macam lebih daripada binatang, kesian. Saya kadang-kadang tidak sampai hati. Walaupun binatang itu bukan manusia, tetapi saya simpati. Jadi kita kena jaga mereka, treatment mereka betul-betul sebagai disifatkan perikemanusiaan.

Page 86: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

78 DN 5.7.2011

Saya tertarik kepada jaringan konsep terbuka di Janda Baik. Saya pergi melawat

banyak zoo di dunia dan salah satunya yang dekat ialah di Bandung, Jawa. Dia tidak kurung binatang itu, dia lepas sahaja. Hatta, singa pun dia lepas dalam kandang yang besar. Digali parit, badak, kuda semua dia lepas. Jadi binatang itu suka hati. Dia suka tidak macam kita suka ketawa. Dia tidak macam itu. Dia suka kita lihat dia ceria, binatang itu galak, ceria, muka happy sebab ia tidak dikandangkan seperti lebih teruk daripada binatang. Jadi saya syorkan supaya open concept di Janda Baik, Bentong di segerakan.

Saya juga menyentuh...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, banyak lagi kah cadangan? Yang Berhormat sudah ambil masa 30 minit. Ada 13 orang lagi Ahli-ahli Yang Berhormat turut berbahas dalam rang undang-undang ini. Jadi minta kerjasama. Sudah boleh gulung.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: [Menyampaikan serangkap pantun]

Bunga kiambang bunga melati,

Di sunting oleh dara sunti, Makin petang Speaker makin ambil hati, Biarlah bagi saya sedikit masa lagi... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Lagi lima minit boleh?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Okey, okey, cukuplah.

Timbalan Yang di-Pertua: Masa tambahan.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya dapati satu lagi – tadi saya berhenti kepada Kementerian Kerja Raya. Saya lihat RM100 juta untuk baiki jalan raya. Apa yang saya dukacita, baiki, lubang, gali lubang, tutup lubang, gali, tutup, gali, tutup. Mungkin mutu tampal bukan mutu baiki, takkanlah – you pergi di Belanda air banyak, pergi Eropah sana air banyak, ada lubang juga. Akan tetapi bila sudah tutup lubang, sampai lima, enam tahun tahan. Kita tutup ini, sebulan, dua bulan lagi berlubang balik. Jadi kita hendakkan mutu yang baik, mutu baiki yang baik. Tidaklah sekadar baiki tetapi tidak bermutu.

Satu lagi yang saya hendak katakan ialah mengenai B.41 di bawah Kementerian Pelajaran. Sebanyak RM1.3 bilion untuk bayar kakitangan awam, bayar gaji time based. So saya serupa juga dengan yang lain-lain supaya guru-guru – syukur mata pelajaran makin cemerlang dan jangan ingat guru sahaja, kena ingat kakitangan rendah, kena ingat nazir-nazir di sekolah-sekolah, kena ingat pegawai-pegawai daerah. Pegawai pelajaran daerah kena juga naik gaji, naik skim.

Saya hendak juga sentuh mengenai makanan tambahan. Saya hendak minta satu data lengkap mengenai berapa orang murid yang terima kemudahan ini, cara mana dia simpan maklumat murid dan sebagainya.

Saya juga hendak sentuh B.42 di bawah Kementerian Kesihatan. Sebanyak RM1 bilion lebih diperuntukkan. Saya hendak minta semua pegawai perubatan yang diberi elaun bekerjalah dengan amanah, jujur dan mutu perkhidmatan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Jadi saya hendak sentuh juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebanyak RM400 juta untuk menampung melaksana sisa pepejal. Saya hendak syorkan supaya diswastakan sebahagiannya. Jadi tidaklah beban kepada kita sahaja kerajaan.

Seterusnya B.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Sebanyak RM8.6 juta diperuntukkan bagi pampasan Utusan Malaysia. Ini bagus, tahniah kerajaan. Kena lihat, Utusan yang banyak berjasa dan di lain-lain masa kena bagi lagi, kena sokong lagi.

Seterusnya B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sebanyak RM458.7 juta – saya hendak minta penjelasan, apakah pecahan-pecahan atau kategori yang di buat di dalam bill ini?

Page 87: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 79

Seterunya B.60 di bawah Kementerian Pertahanan. Saya sokong penuh sebab

saya lihat kita perlukan kapal selam Scorpene dengan submarine sebab kita ada masalah dengan negara-negara jiran terutama di Selat Melaka dengan Indonesia dan Singapura. Di Selat Tebrau juga ada masalah dengan Singapura. Selat Sulawesi di utara Sabah juga ada masalah dengan Indonesia. Jadi Laut China Selatan pun ada masalah. Perebutan Kepulauan Spratly dan Paracel di antara Malaysia negara kita, Vietnam, Filipina, Taiwan dan China.

■1840

Jadi, kita hendaklah berjaga-jaga demi tanah air kita, demi maruah kita. Jadi, belanja RM417.6 juta, saya sokong diluluskan. Sejumlah RM56.160 juta untuk SMER juga disokong. Akhir sekali, saya lihat kesemuanya yang dibentangkan ini ialah bentangan bajet yang cukup menarik, cukup penting untuk rakyat dan negara kita. Cukup lima minit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, kerana menepati janji. Sila Yang Berhormat Dr. Malasingam.

6.41 ptg.

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat, di Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011. Rang undang-undang bagi pengeluaran sejumlah wang RM13.186,713,000 daripada Kumpulan Wang yang Disatukan bagi maksud perbelanjaan tambahan seperti mana yang dimaksudkan dalam Jadual bagi tahun 2011. Saya ingin menyentuh sedikit tentang beberapa perkara.

Pertama bagi maksud B.1 Parlimen. Saya ingin penjelasan, apakah jenis-jenis kerja penyelenggaraan bangunan yang dilakukan dan di kalangan ini berapakah jumlah kontraktor yang pernah digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sedemikian. Di kalangan kontraktor-kontraktor ini berapakah bilangan di antara mereka ini bukan bumiputera. Keduanya adalah, apakah kedudukan bangunan baru Dewan yang kini dalam pembinaan. Bilakah dijangka siap dan apakah halangan yang dihadapi sehingga kini jika ada. Apakah segala aspek keselamatan serta kemudahan bagi staf-staf Parlimen bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka tanpa sebarang rintangan.

Kita sedar tanpa bantuan dan komitmen mereka, saya percaya Dewan ini tidak dapat berjalan dengan selesa. Ini termasuk semua pegawai dan anggota dari kalangan tukang kebun sehingga Ketua Pentadbir Parlimen. Saya juga ingin menyentuh tentang kemudahan internet di bangunan Parlimen ini. Apakah yang menyebabkan kemudahan internet ini sering terganggu dan kepantasan melayari internet juga dilihat amat perlahan. Kredibiliti kita terjejas apabila tetamu kita tidak dapat melayari internet kita yang didapati terlalu perlahan.

Dalam Maksud B.6 berhubung dengan ICT di mana sebanyak RM7.5 juta disediakan dalam membantu memperkasakan sokongan keselamatan ICT di sektor awam yang meliputi perisian dan penyelenggaraan. Baru-baru ini kita dapati penggodam laman web telah membuat serangan yang telah mencalarkan maruah serta kredibiliti sistem ICT kita. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam menjamin perkara yang sedemikian tidak berulang. Apakah kepakaran kita tidak mencukupi. Apakah kerajaan bersedia dalam mewujudkan satu sistem ICT yang lebih selamat dan kebal dari sebarang anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab di negara ini. Apakah kerajaan telah mengenal pasti siapa yang terlibat dalam perbuatan itu. Apakah tindakan yang telah diambil bagi mewujudkan kesedaran rakyat terhadap perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.

Dalam Maksud B.41 yang menyentuh Kementerian Pelajaran. Syabas kepada Kementerian Pelajaran yang kini dilihat lebih efisien dan teratur. Walau bagaimanapun saya masih menerima beberapa aduan serta ketidakpuasan hati apabila berlaku pertukaran setelah tamat tempoh latihan. Saya ingin bertanya, apakah kriteria yang diguna pakai dalam mengagihkan guru-guru ini terutama guru Bahasa Inggeris.

Page 88: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

80 DN 5.7.2011

Berapakah jumlah guru Bahasa Inggeris yang keluar setiap tahun dari institut

perguruan kita. Apakah jumlah ini tidak dapat dinaikkan. Alasan guru tidak mencukupi terutama dalam jurusan Bahasa Inggeris ke kawasan pedalaman tidak lagi munasabah dan saya percaya kegagalan kementerian menyediakan guru Bahasa Inggeris terutama di kawasan pedalaman tidak seharusnya berulang lagi. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab kementerian dalam menyediakan guru yang cukup dan segala pertukaran ini harus dilihat secara menyeluruh. Ini kerana saya terima aduan mengatakan apabila seseorang guru itu memohon pertukaran, jawapan yang diterima itu amat menyakitkan hati terutama oleh ibu bapa guru tersebut.

Saya juga ingin memberi tahu kementerian bahawa kami dari kalangan Ahli-ahli Dewan negara sedar akan tanggungjawab serta arah panduan kerajaan. Oleh yang sedemikian saya harap segala sokongan serta bantuan yang dipohon oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Dewan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Agar dapat kita sama-sama membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan pelajaran yang selesa dan makmur bagi kedua belah pihak.

Saya hendak sentuh sedikit masalah tempatan saya. Ada dua parcel tanah di mana terdiri kediaman kakitangan kerajaan di dalam, dengan izin, the heart of the town. Dua parcel tanah ini diberikan kepada pihak swasta untuk membina bangunan. Saya hendak tanya, apakah rasionalnya kerajaan membuat begitu sebab pasar awam yang patut berada di dalam pekan telah ditukar dan dibina dua kilometer dari pekan. Soalan saya ialah, apa sebab tidak boleh bina pasar itu dalam pekan. Ini susahkan siapa. Susahkan rakyat. Rakyat sakit hati sebab dia hendak- bukan dari mana saya datang, tempat itu kecil. Bukan semua orang ada kemudahan motokar semua, ramai orang jalan kaki atau guna motor. So, bila pasar berada di luar pekan, mereka susah.

Satu lagi ialah tentang subsidi, kerajaan belanja satu jumlah yang besar untuk subsidi. Akan tetapi rakyat kita tidak tahu kita beri subsidi sebab dia tidak faham apa ini subsidi. Minyak subsidi, tepung subsidi, beras subsidi. Apa yang saya hendak kerajaan buat ialah tiap-tiap beg beras atau tong gas yang bila kita bekalkan, ia mesti tulis atas beg plastik atau tong gas itu. Patut harga, contohnya gas RM46, subsidi kerajaan berapa dan jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat berapa. Baru dia boleh faham setiap kali dia pakai itu benda, dia tahu berapa subsidi yang diberi oleh kerajaan.

Mengenai dengan air. Air satu hal yang mustahak. Nasib baik kita di negara ini kita ada banyak air. Kita boleh pakai sekarang. Akan tetapi for generasi yang akan datang, apa yang kita hendak buat. Kita tidak boleh banjir air. Kalau kita banjir air, dengan izin, we will face the consequences in the near future, in the next generations kita akan face the consequences. So, saya cadang bagaimana seorang Ahli Dewan Negara berkata tadi, kita mesti ada collection point for air hujan dan kita boleh pakai air hujan untuk kebun-kebun, bunga-bunga atau mencuci rumah semua.

■1850

Di Australia, baru-baru ini saya ada pergi ke sana di kawasan Queensland dan di sana hanya dibenarkan mandi hanya empat minit sahaja, mereka ada shower glass di bilik air di mana apabila hendak membuka paip ia turn on the hour glass and empat minit sahaja boleh mandi. I think di sini kita mandi setengah jam pun ada dan sekarang satu jam pun ada. Okey berapa banyak air kita belanja? It’s a pure waste, dengan izin.

Berkaitan pula dengan doktor. Kerajaan berhasrat ialah tiap-tiap 600 orang rakyat, kita menyediakan satu pegawai perubatan, one doctor to 600 population dengan izin. Akan tetapi kita mempunyai ramai pegawai perubatan yang kita perlu adalah pakar perunding (specialist). Pakar perunding di beberapa bidang barulah kita boleh mengatakan bahawa kita memberi rakyat satu kesihatan yang mencukupi, maksudnya ialah tiap-tiap hospital daerah kita mesti ada pakar perubatan di semua dengan izin, all disciplines of medicine, that means pakar perunding medicine, pakar perunding surgeri, pakar perunding sakit puan, pakar perunding kulit, pakar perunding mata dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita lihat di beberapa rumah sakit di daerah dan semuanya hanya ditugaskan oleh pegawai perubatan dan pegawai perubatan yang baru keluar atau baru habis sebagai doktor pelatih. Jadi keadaan ini mesti ditukar dan kesihatan rakyat mesti dinaiktarafkan.

Page 89: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 81

Satu lagi yang saya hendak sentuh ialah mengenai beg plastik polystyrene, kita

mesti menghapuskan beg plastik dan polystyrene ini kerana beg plastik dan polystyrene ini dengan izin, down the line 100 or 1,000 years also it will not disintegrate, ertinya, ia tidak boleh dihapuskan. Jadi kerajaan mesti mengambil satu tindakan yang wajar dan tegas untuk memberhentikan pemakaian beg plastik dan polystyrene ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap.

6.53 ptg.

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut berbahas mengenai dengan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011. Saya ingin menyentuh beberapa kementerian sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pertama ialah yang sudah saya catatkan di sini ialah berhubung dengan Kementerian Kesihatan, di mana Kementerian Kesihatan akan membelanjakan lebih kurang RM1.3 bilion dan saya ingin menyatakan di sini bahawa kalau kita ingin terus maju, kita mesti mempunyai ilmu dan juga kesihatan yang baik. Oleh itu kesihatan amat relevan dan penting kepada kita, maka saya menyokong segala usaha kerajaan untuk menaikkan tahap kesihatan di negara kita.

Akan tetapi apa yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua ialah terdapat banyak kelemahan yang terdapat di hospital-hospital kita di seluruh negara saya percaya, mengikut pengalaman daripada apa yang saya tahu kerana secara kebetulan hal keluarga, saya juga mendapat kemalangan dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan saya melihat sendiri keadaan yang berlaku.

Saya berikan satu contoh ialah di Kota Kinabalu. Keadaan yang begitu sesak di dalam hospital, sedang menunggu bangunan baru yang sedang dibina sekarang ini yang mengambil masa begitu lama sekali menyebabkan kesukaran dan kesesakan di hospital yang lama ini sehingga menyebabkan sebelum seseorang pesakit itu pulih sepenuhnya dan masih lagi memerlukan rawatan di Kota Kinabalu ini, lalu dihantar balik ke hospital daerah masing-masing, yang hanya dirawati oleh doktor-doktor biasa yang tidak mempunyai kepakaran dan ini menyebabkan pesakit itu tidak akan sembuh tetapi akan dihantar balik ke Hospital Queen Elizabeth untuk lawatan lanjut. Jadi keadaannya kelam kabut dan amat mengkompromikan kesihatan pesakit tersebut.

Saya mendengar ucapan atau bahas Yang Berhormat tadi, beliau mengatakan bahawa memang ramai doktor di negara kita dan perkara itu saya kurang pasti, mungkin kita perlu melihat statistik dan analisis sama ada benar atau tidak. Akan tetapi apa yang pasti ialah saya sememangnya menyokong apa yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Dr. Malasingam, bahawa apa yang diperlukan di negara kita ini adalah doktor-doktor pakar di dalam semua aspek seperti pakar otak, pakar kardiologi, buah pinggang dan sebagainya dan ini amat perlu kerana saya melihat sendiri bahawa sebagai contoh pakar otak neurosurgeon, saya difahamkan bahawa di seluruh negara kita hanya mempunyai 200 pakar di dalam bidang ini, 80 orang berada di klinik-klinik swasta dan 120 orang lagi di hospital-hospital kerajaan. Manakala di Sabah, hanya dua orang sahaja pakar sakit otak. Bayangkanlah hanya dua orang sahaja dan dua orang ini terpaksa berganti-ganti jika salah seorang pergi berkursus dan yang seorang pergi bercuti maka tidak ada lagi yang merawat pesakit-pesakit otak ini.

Maksudnya yang menjalani pembedahan otak yang memerlukan rawatan yang amat rapi sekali. Jadi saya ingin menyarankan kepada Kementerian Kesihatan supaya melihat perkara yang amat penting ini bukan sahaja neurosurgeon ini tetapi semua pakar dan tempatkan mereka dan saya menyokong Yang Berhormat Dr. Malasingam iaitu tempatkan mereka di hospital-hospital daerah kerana di hospital daerah ini yang ada hanya generalist sahaja tetapi tidak mempunyai kepakaran untuk mengubati lalu mengkompromikan kesihatan dan keselamatan pesakit-pesakit.

Page 90: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

82 DN 5.7.2011

Perkara seterusnya yang ingin saya sentuh ialah Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Di sini kita melihat bahawa perbelanjaan yang diperlukan adalah RM458 juta dan apa yang saya lihat ialah kementerian ini memang aktif untuk turun padang, pergi ke akar umbi untuk melihat tentang keperluan rakyat golongan yang kurang berkemampuan bagi menaikkan ekonomi mereka. Sebagai contoh tidak kama dahului, kita telah melihat pelancaran yang dipanggil ‘1Azam Akhiri Zaman Miskin’ yang telah dilaksanakan oleh kementerian tersebut dan itu baik, dan saya menyokong.

■1900

Akan tetapi apa yang perlu ialah mereka haruslah memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ini di luar bandar supaya lebih ramai rakyat di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang diberikan. Di negara kita ini tahap ataupun poverty, kemiskinan, kemiskinan tegar dan mudah miskin tegar ini masih tinggi lagi. Saya terbaca di dalam surat khabar tidak lama dahulu bahawa sebagai contoh di negeri Sabah ada 45,000 orang yang masih dalam golongan miskin tegar. Di Sabah kita mempunyai lima daerah, ertinya kalau kita bahagikan 25, ertinya dalam satu daerah itu kita masih mempunyai dua ribu sehingga tiga ribu golongan miskin tegar. Jadi inilah sebenarnya sasaran 1Azam ini. Sasaran kementerian ini untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan, target kan mereka ini dan tumpukan supaya bantuan spesifik boleh diberi kepada mereka ini dan bukan secara general begitu sahaja, dengan izin.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pelajaran, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menambah perancangan Kementerian Pelajaran untuk memperbanyakkan ataupun melihat tentang keadaan sekolah-sekolah kita di negara ini kerana kebanyakan sekolah kita ini sudah pun usang sebenarnya. Seluruh negara mempunyai 10,000 buah sekolah dan 2,000 daripadanya adalah di Sabah dan Sarawak. Apa yang saya lihat dan baca dalam surat khabar bahawa Kementerian Pelajaran sudah pun membuat audit terhadap kedudukan dan status bangunan-bangunan sekolah di seluruh negara ini dan didapati bahawa peratusnya tinggi untuk sekolah yang memerlukan pembaikan. Saya harap ini akan dibuat dengan segera kerana saya melihat bahawa sekolah-sekolah kita di luar bandar amat daif sekali, memerlukan pembaikan dan sebagainya.

Saya juga ingin menyarankan bahawa kementerian harus mengaudit keperluan sekolah-sekolah di luar bandar ini supaya mereka dapat tahu densitinya, berapa lagi yang diperlukan sekolah-sekolah yang diwujudkan di luar-luar bandar. Kadang-kadang perancangan itu tidak berapa betul, ada sekolah yang berdekatan yang jaraknya amat dekat sekali tetapi ada sekolah yang amat berjauhan seolah-olah perancangan dan keputusan itu terus silap.

Jadi saya ingin menyarankan bahawa audit akan dibuat supaya lebih banyak sekolah dapat dibina untuk memastikan bahawa ia memberi kemudahan kepada anak-anak kita. Secara spesifiknya saya menyentuh sekolah di Kota Marudu yang bernama, belum sekolah lagi tetapi saya mendengar bahawa ada cadangan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran ini untuk membina satu sekolah dipanggil Sekolah Menengah Marak Parak di Daerah Kota Marudu dan saya harap Kementerian Pelajaran akan melihat ini dan mempercepatkan pembinaan sekolah tersebut.

Menteri Pelajaran tidak ada di sini, timbalan pun tiada di sini tetapi pegawai-pegawai tertentu ada untuk mencatat dan juga memberikan keutamaan kepada sekolah ini kerana saya perhatikan, saya melawat sekolah ini dan perhatikan bahawa di sekelilingnya itu memang perlulah diwujudkan satu sekolah menengah di situ. Dalam kesempatan ini saya juga ingin menyentuh tentang keinginan, kecenderungan dan juga semangat kaum-kaum dan suku-suku kaum di negara kita ini untuk memberikan kesinambungan terhadap bahasa ibunda masing-masing.

Di Sabah ini saya perhatikan bahawa kaum-kaum dan suku-suku kaum di Sabah ini amat cenderung sekali untuk mengajar bahasa ibunda mereka kepada anak-anak. Itu sudah tentu, itu kita galakkan. Kita bangga kerana mereka mempunyai semangat seperti itu. Apabila kita menubuhkan negara kita yang bernama Malaysia ini, kita sudah pun membuat undang-undang di mana kita menjadikan Bahasa Melayu ini sebagai Bahasa Kebangsaan.

Page 91: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 83

Dan itu adalah satu yang baik kerana Bahasa Melayu ini sebagai Bahasa Malaysia

adalah lingua franca kita. Kalau saya berjumpa dengan suku kaum lain, sudah tentu saya berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan beliau akan mengerti dan boleh berkomunikasi. Akan tetapi dalam masa yang sama saya juga melihat bahawa kita harus mendukung semangat dan keinginan suku-suku kaum ini untuk mempertahankan bahasa ibunda masing-masing.

Di Sabah ini, saya nampak bahawa ada sudah bermulanya kaum-kaum dan suku kaum yang memulakan taska dan tadika untuk mengajar bahasa ibunda masing-masing. Bumiputera-bumiputera minoriti, yang kaum-kaum seperti ini sudah sebenarnya mengorbankan bahasa masing-masing dengan kita mewujudkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama kita. Secara langsung, sedar atau tidak bahawa dengan adanya Bahasa Malaysia ini maka kadang-kadang dan selalunya mengikut pengalaman kita, kanak-kanak kita terlupa pula bercakap bahasa ibunda masing-masing kerana di rumah pun cakap Bahasa Melayu atau Inggeris. Sedangkan kemahuan kita adalah bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia ini akan berterusan.

Jadi saya nampak bahawa Kementerian Pelajaran sentiasa memberi peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini membantu mereka kerana mereka juga mahu supaya bahasanya diajar supaya kesinambungan terhadap bahasa masing-masing juga berterusan. Jadi kalaulah demikian pendirian kerajaan, maka saya ingin mengesyorkan, menyarankan di sini dan meminta pada kerajaan supaya memberikan peruntukan, menambahkan peruntukan di bawah Kementerian Pelajaran ini untuk membantu kaum-kaum dan suku-suku kaum di negara ini yang saya nampak sudah mula di Sabah untuk membantu mereka untuk menubuhkan dan juga untuk menjalankan sekolah taska, tadika masing-masing untuk belajar bahasa ibunda masing-masing.

Saya mahu ini supaya dilaksanakan sebab kita sebagai rakyat di Malaysia ini memang menyokong sebagai tunjang kita adalah Bahasa Kebangsaan tetapi apa salahnya di samping-samping itu kita mempunyai bahasa ibunda masing-masing yang harus diperjuangkan dan diteruskan. Saya harap ini akan diambil kira oleh Kementerian Pelajaran.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya melihat bahawa liputan atau jangkauan kemudahan prasarana yang dibuat oleh Kementerian Luar Bandar ini amat baik sekali. Beberapa hari lalu kita sudah pun mendengar penerangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang perancangan yang dibuat, dibuat NKRA yang sudah pun meliputi keseluruhan targetnya, 100 peratus dalam segi prasarana luar bandar, dalam segi pemberian air bersih dan elektrik sudah menjangkau 50 peratus.

■1910

Akan tetapi apa yang saya ingin sarankan di sini bahawa kementerian haruslah tidak melihat ini sebagai satu target yang statik. Ia haruslah melihat target ini sebagai dinamik di mana keperluan itu sentiasa ada dan ia harus buat perancangan supaya lebih banyak lagi jalan raya dibina atau diperbaiki. Ini kerana di Sabah dan saya percaya juga di Sarawak ini bahawa banyak lagi jalan yang perlu diperbaiki di luar bandar. Kalau kita masuk sahaja di luar daripada Kota Kinabalu, kita sudah nampak bahawa jalan-jalan itu amat perlu diperbaiki.

Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar tadi bercakap bahawa jalan kita banyak lubang, memang betul. Kalau sudah ada lubang-lubang di Semenanjung, apa lagi di Sabah ini. Ditutup begitu, sekejap berlubang balik. Jadi, itulah masalahnya dan saya ingin menyarankan supaya peruntukan di masa akan datang akan ditambah untuk memperbanyakkan lagi peruntukannya bagi pembinaan ataupun pembaikan jalan-jalan raya terutama sekali di luar bandar. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah ucapan?

Datuk Maijol Mahap: Lebih kurang lima minit.

Timbalan Yang di-Pertua: Berapa minit?

Datuk Maijol Mahap: Lima minit.

Page 92: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

84 DN 5.7.2011

Timbalan Yang di-Pertua: Okey.

Datuk Maijol Mahap: Kementerian Dalam Negeri. Di negara kita ini memang kita harus hargai jasa dan bakti dan juga kerja yang dibuat oleh PDRM ini kerana sentiasa memantau dan juga memberikan keselamatan kepada rakyat kita. Akan tetapi apa yang saya perhatikan bahawa masih ada ruang yang perlu dibuat untuk diperbaiki dan saya ingin menyarankan di sini bahawa rancangan PDRM dahulu untuk menempatkan balai-balai polis di perumahan-perumahan kita ini akan diteruskan kerana inilah hot spot sebenarnya yang selalunya jenayah boleh berlaku. Dengan adanya kehadiran balai polis di bahagian kawasan perumahan itu, maka ia mempunyai satu deterrent, dengan izin, untuk memastikan bahawa penjenayah-penjenayah tidak akan melakukan jenayah di kawasan tersebut.

Saya ingin menyentuh di sini tentang satu keperluan yang diluahkan oleh penduduk di Kota Marudu iaitu di daerah saya, di mana daerah Kota Marudu mempunyai satu kampung kawasan dipanggil Tandik. Mereka telah menyatakan bahawa ada perlunya untuk menubuhkan satu balai polis yang kecil di Pekan Tandik, Kota Marudu.

Saya telah menyuarakan perkara ini di dalam soalan saya dan saya telah pun mendapat jawapannya bahawa kementerian tidak berniat untuk membina atau mewujudkan balai polis kecil di Pekan Tandik kerana tiada keperluan berbuat demikian. Malahan kawasan tersebut hendaklah dijaga oleh daerah lain iaitu Pitas. Saya melihat bahawa ini tidak logik sebab Tandik itu adalah jauh dari Pitas, lebih dekat dengan Kota Marudu dan keperluannya saya rasa ada. Ini adalah sebab memandangkan populasi yang amat padat dan juga jenayah yang mula meningkat di situ serta juga ada rungutan-rungutan dari penduduk setempat bahawa perlulah diwujudkan balai polis tersebut. Saya minta wakil-wakil pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri untuk mencatatkan ini supaya dimilikilah di masa akan datang.

Yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya. Saya teringat tentang saranan suatu ketika dahulu iaitu waktu saya mula-mula menjadi Senator dahulu. Tiga, empat tahun yang lalu saya sudah menyuarakan ini iaitu tentang apakah status jalan raya, lebuh raya yang sudah dicadangkan merentasi Sabah dan Sarawak ini, Pan Borneo Highway. Jawapan pada ketika itu saya dapat bahawa memang dalam perancangan tetapi bajet belum mengizinkan. Saya harap perkara-perkara itu masih alive, dengan izin, kerana kita perlukan lebuh raya ataupun highway yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ini. Sekarang ini kita terpaksa pergi ke negara asing lagi iaitu Brunei Darussalam sebelum kita pergi ke Sarawak kalau dari Sabah. Jadi, saya rasa itu tidak berapa tepat, tidak berapa baik kerana kita harus mampu dengan sendiri merentasi di negara sendiri tanpa menggunakan negara lain. Saya harap iaitu kementerian akan memberi penekanan ini di masa akan datang dengan memberikan peruntukan yang secukupnya.

Saya juga menyokong cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain tentang apakah perancangan kementerian ini untuk menaikkan lebuh-lebuh raya, jalan-jalan utama di negeri Sabah, yang kalau kita lihat bahawa tidak padan, tidak layak dipanggil sebagai lebuh raya sebenarnya. Ini kerana sudah pun ia two way, ia bukan jalan sehala maksud saya. Sudah pun begitu, keadaannya teruk sekali di mana lubang-lubang di sana-sini kalau kita melalui jalan, contohnya jalan Kota Marudu pergi ke Kota Belud. Kita nampak bahawa memang tidak sesuai.

Saya difahamkan bahawa memang sudah ada kontraktor untuk memperbaiki. Akan tetapi dalam jangka panjangnya semua highway di Sabah ini harus diperbaiki, harus dilonjakkan statusnya sebagai satu jalan yang sebenar-benar menjadi jalan raya dan lebuh raya supaya rakyat negeri Sabah juga menikmati kemudahan yang begitu rupa seperti rakan-rakan kita di Semenanjung ini. Itu sahaja yang saya ingin bahaskan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua. Maka oleh itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat juga menepati janji. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Chew Lee Giok.

Page 93: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 85

7.17 mlm.

Puan Chew Lee Giok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011. Perbahasan saya tidak akan panjang kerana memberi peluang kepada Yang Berhormat yang lain untuk berbahas.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Puan Chew Lee Giok: Tuan Yang di-Pertua, dalam penelitian peruntukan, terdapat RM7,959,000 iaitu 60.3 peratus daripada peruntukan adalah untuk membayar subsidi. Antaranya RM6 bilion adalah untuk skim pengecualian bil elektrik, dana gerenti untuk Skim My First Home dengan izin dan juga untuk subsidi petrol yang ditingkatkan. Di samping itu, RM1.3 bilion digunakan sebagai kebajikan tambahan kepada guru Ini menunjukkan bahawa kerajaan menghargai sumbangan guru dan RM458.75 juta adalah untuk kebajikan yang lain iaitu untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah membantu golongan miskin, golongan orang tua, orang cacat dan juga ibu tunggal.

Di sini saya ingin minta perhatian kementerian bahawa terdapat banyak permohonan bantuan kebajikan yang telah dihantar tetapi menunggu masa yang lama untuk mendapatkan kelulusan.

Tuan Yang di-Pertua, lebih separuh daripada peruntukan itu adalah untuk subsidi. Ini jelas membayangkan Kerajaan Barisan Nasional menunjukkan belas kasihan memahami nasib rakyat dan mengetahui bahawa penyingkiran drastik subsidi akan menyebabkan kesengsaraan rakyat. Dengan pemahaman ini, kerajaan telah mengambil pendirian untuk menanggung beban rakyat semasa mengurangkan subsidi dengan beransur. Dengan jumlah yang diberikan dalam subsidi, kebajikan dan kebajikan tambahan, tidakkah ini dapat membayangkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan kebajikan yang prihatin dan mengambil berat demi kebajikan dan kebaikan rakyat.

■1920

Selepas penelitian yang terperinci, saya sendiri mempunyai satu permintaan iaitu berkenaan dengan peruntukan biasiswa. Dalam kejadian biasiswa yang tidak mencukupi untuk pembahagian kepada pelajar yang cemerlang dan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran dengan jumlah RM1,540 juta daripada RM1.3 bilion yang sepatutnya digunakan dalam kebajikan, saya mencadangkan bahawa kerajaan memberi peruntukan yang lebih banyak untuk biasiswa supaya para belia kita dapat peluang untuk belajar di universiti-universiti yang terkenal supaya mereka dapat memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang dipelajari demi membantu pembangunan negara satu hari nanti. Itu sahaja, sekian. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Haji Ahamat Yusup.

7.21 mlm.

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan tentang Akta Perbekalan Tambahan 2011. Perkara pertama yang ingin saya sentuh ialah di bawah Maksud B.43 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang pertamanya memperuntukkan RM400 juta dikehendaki untuk menampung kos pelaksanaan Akta 672 iaitu Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal bagi Penswastaan Penuh Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Kerja-kerja Pembersihan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu peruntukan yang sangat besar khusus bagi suatu kerja penswastaan yang mana Akta 672 ini telah pun diwartakan pada 2007 lagi dan serentak dengan itu juga satu Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 673 juga telah diwartakan pada tahun 2007.

Page 94: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

86 DN 5.7.2011

Namun sehingga kini, pelaksanaan akta tersebut telah tertangguh beberapa kali

dan menurut maklumat yang paling akhir, ia akan dilaksanakan pada 1 Ogos tahun ini. Itu pun saya belum pasti lagi. Mungkin Yang Berhormat menteri boleh memberikan kepastian.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang yang pernah berkhidmat sebagai ahli majlis dalam majlis kerajaan tempatan di Johor selama lebih enam tahun, saya amat memahami tentang isu pengurusan sisa pepejal ini yang mana matlamat kerajaan mengadakan penswastaan ialah untuk meringankan beban tanggungan kerajaan terhadap isu ini dan pada masa yang sama untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada syarikat-syarikat yang diberikan konsesi kutipan sampah ini dan di samping tidak mengenakan caj yang tinggi kepada pengguna-pengguna.

Penswastaan pengurusan sisa pepejal telah dibuat secara interim lama dulu lagi tetapi baru sekarang hendak di kuatkuasakan akta tersebut dan sepanjang tempoh interim tersebut, banyak isu yang timbul. Isu-isu yang timbul kerana antaranya ialah pihak berkuasa tempatan sendiri yang terbahagi kepada tiga kategori setengahnya tidak mampu untuk menampung kos yang tinggi yang disebabkan oleh penswastaan itu sendiri.

Ada tiga bentuk PBT. Pertama ialah dewan bandar raya. Kalau Johor, ada satu sahajalah, Dewan Bandaraya Johor Baru. Kemudian kita ada majlis perbandaran dan yang paling rendah sekali, yang paling miskin sekali ialah majlis daerah yang kutipan cukainya tidak pun mencukupi nak menampung kadang-kadang untuk membayar gaji dan kos saraan harian, apa lagi untuk membayar kos kutipan sampah.

Saya tahu sesetengah PBT ini khususnya yang bertaraf majlis daerah ini menanggung beban hutang kepada syarikat-syarikat penswastaan itu tadi, umpamanya kalau di selatan - Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Syarikat SWM (Southern Waste Management) dan kalau di kawasan tengah ini ialah Alam Flora dan ada satu lagi iaitu Idaman Bersih di utara. Saya menaruh sedikit kebimbangan apabila penswastaan ini dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini, apakah jaminan yang boleh diberi oleh kerajaan bahawa syarikat penswastaan ini tidak akan mengenakan caj yang lebih kepada pengguna-pengguna memandangkan setengah-setengah majlis daerah seperti yang disebut tadi tidak pun mempunyai dana yang cukup untuk membiayai kos tersebut.

Kedua, apakah kerajaan nanti khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan terus menyalurkan bantuan-bantuan kepada majlis-majlis daerah tadi khusus untuk menampung kos yang tinggi yang dikenakan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Ketiga, ini adalah urusan Perbadanan Sisa Pepejal yang mana kementerian perlu mengambil perhatian yang serius iaitu mutu perkhidmatan, prestasi syarikat-syarikat tersebut mestilah ditingkatkan sepenuhnya sejajar dengan program penswastaan itu sendiri iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang ingin saya sentuh ialah tentang B.21 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, khususnya perkara kedua di mana peruntukan tambahan sebanyak RM471,000 untuk menampung pemberian subsidi baja padi dan insentif peningkatan hasil padi. Saya bersetuju dengan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sebelum ini yang menyebut bahawa perlunya kerajaan mengurangkan subsidi daripada semasa ke semasa sesuai dengan tuntutan semasa akan tetapi saya merasa lega kerana baru-baru Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa subsidi padi tidak akan ditarik balik sekiranya kerajaan Barisan Nasional masih lagi berkuasa menjelang pilihan raya yang akan datang ini.

■1930

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat kerajaan untuk mengekalkan subsidi padi ini. Jumlahnya kalau tidak silap saya lebih kurang RM1 bilion untuk satu tahun. Ini kerana subsidi padi ini adalah khusus untuk pesawah-pesawah yang secara kecil-kecilan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi ucapan?

Tuan Haji Ahamat@ Ahamad bin Yusop: Tidak sampai dua, tiga minit sahaja, boleh?

Page 95: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 87

Timbalan Yang di-Pertua: Berapa minit?

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Dua, tiga minit sahaja, bukan 23 minit. Dua minit atau tiga minit.

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh selesaikannya ya.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Ya. Pesawah-pesawah kecil-kecilan yang mengusahakan sawah mereka satu dua ekar sahaja di merata-rata. Bukan pengusaha yang mengusahakan jelapang padi seperti di Kedah dan di Perak.

Cuma yang ingin saya ketengahkan masalahnya di sini ialah pemberian subsidi baja padi dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan racun rumpai dan sebagainya selalunya lambat sampai kepada pesawah-pesawah. Selalunya lambat. Padi ini tiga bulan sahaja sudah boleh dituai. Ada masanya subsidi ini tidak sampai atau lambat sampai dan ini telah pun saya kemukakan satu ketika dahulu dan apabila saya perhatikan dan saya siasat, saya dapati kelambatan ini adalah disebabkan oleh peranan orang tengah, di mana kementerian melantik beberapa kontraktor untuk membekalkan baja dan sebagainya, mereka ini yang lambat. Salah satu daripadanya ialah persatuan peladang daerah yang mengusahakan ini. Selalu banyak birokrasi sehinggakan kadang-kadang baja sampai lambat, racun rumpai sampai lambat, padi sudah menguning. Itu adalah perkara yang ingin saya utarakan dan dengan ini saya ingin menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya seramai sepuluh orang lagi Ahli-ahli Yang Berhormat turut berbahas dan kita sambung esok pagi. Tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih bertahan di dalam Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Inilah pemimpin yang baik dan faham apa itu tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Tahniah sekali lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk dikemukakan Usul Penangguhan.

USUL

MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH

PERATURAN MESYUARAT 15(3)

7.33 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 15(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Dato’ Haji Hasan bin Malek]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

UCAPAN PENANGGUHAN

Merakyatkan Outcome Teknologi Hijau –

Peserta FELDA, FELCRA dan RISDA

7.33 mlm.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Tajuk ucapan penangguhan saya ialah “Merakyatkan outcome teknologi hijau khusus untuk peserta FELDA, FELCRA dan RISDA.”

Page 96: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

88 DN 5.7.2011

Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini sepanjang lapan persidangan yang

lalu, saya telah berpeluang membahas dan mengetengahkan beberapa idea pandangan termasuklah idea mengenai meningkatkan pendapatan golongan bawahan seperti nelayan, petani, penternak, pekebun kecil, dan termasuklah para peserta FELCRA, RISDA dan FELDA sepertimana yang saya sebutkan tadi.

Di peluang ini pula, secara khusus saya ingin memacakkan idea menambahkan pendapatan para peserta FELDA, FELCRA dan RISDA yang menanam kelapa sawit. Penambahan ini adalah melalui nilai tambah ataupun dengan izin, value added yang boleh diperoleh melalui proses merakyatkan outcome penggunaan biotech dan teknologi hijau yang dipromosikan oleh tidak lain dan tidak bukan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Terlebih dahulu, wajarlah saya merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada ketiga-tiga agensi kerajaan ini yang telah berjaya membangunkan tanah kebun dan sumbangan outcomenya ialah peluang pekerjaan yang bertambah, pengeluaran dan eksport negara meningkat, aktiviti ekonomi bertambah rancak, pendapatan para peserta melompat, sebagai contoh sebanyak dua kali ganda antara tahun 2005 ke tahun 2010, dan seterusnya kadar kemiskinan telah dapat diturunkan dan jurang pendapatan telah dapat dikecilkan.

Ini semua telah saya lakarkan dalam ucapan membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 20 April lalu. Dalam konteks tiga agensi yang saya sebutkan tadi, kejayaan tersebut dicapai di bawah paradigma yang boleh saya panggil paradigma tradisional iaitu amalan pertanian yang baik atau dalam bahasa Inggerisnya, good agriculture practisesm, dengan izin, penggunaan higher varieties dan tissue cultures dengan izin, penggunaan baja yang optima dan seumpamanya. Pendapatan para peserta agensi berkaitan dibayar berdasarkan dua punca sahaja iaitu:

(i) OER (oil extraction rate) daripada buah sawit; dan

(ii) OER daripada palm kernel ataupun isi rong sawit.

Kadarnya ialah bagi buah sawit adalah sebanyak antara 16 peratus ke 20 peratus dan isi rong sawit OERnya adalah antara 4.5 peratus ke 6 peratus. Dua punca dan OER tersebut telah digunakan sejak 30 tahun yang lalu. Ia tidak ditambah baik dengan merebut pelbagai faedah yang dihasilkan biotech dan teknologi hijau yang berkembang pesat. Yang demikian, berlakulah ketirisan dari segi pendapatan para peserta dan juga hasil agensi kerajaan yang berkaitan. Manakala pihak lain yang arif yang tahu memanfaatkan teknologi tersebut meraih keuntungan yang cukup besar.

Ketirisan yang berlaku itu ialah para peserta tidak mendapat apa-apa faedah daripada bahan buangan sawit seperti EFB (empty fruit bunches), tempurung, batang dan pelepah sawit yang sesuai digunakan untuk menghasilkan bio bahan api, baja organik, makanan binatang, medium density fibreboard (MDF), papan lapis, papan serpai, kertas dan pulpa. Mereka juga tidak mendapat sebarang faedah daripada efluen dari kilang ataupun POME yang sekarang sudah boleh digunakan untuk memerangkap biogas bagi penjanaan elektrik. Ia juga mengandungi bahan fenolik yang tinggi dan berpotensi untuk merawat H1N1. Bahkan, gas buangan ataupun waste gasses juga boleh diperangkap untuk diproses dan dijadikan fly ash bagi mengurangkan kos untuk membuat kongkrit.

Justeru, diusulkan di Dewan yang mulai ini supaya pihak pengurusan tertinggi di ketiga-tiga buah agensi itu memulakan inisiatif merangka roadmap untuk merakyatkan outcome penggunaan biotech dan teknologi hijau itu supaya para peserta turut mendapat faedah daripada teknologi hijau dan biotech ini. Roadmap ini mestilah mendapat input daripada pakar-pakar seperti daripada MPOB dan juga pakar daripada estet kelapa sawit swasta dan juga daripada para pengilang minyak sawit. Roadmap itu hendaklah mengambil kira tujuh perkara yang saya cadangkan yang akan saya bentangkan ini iaitu:

(i) merealisasikan ataupun menterjemahkan konsep waste no waste dan juga from waste to wealth agar pendapatan para peserta meningkat ekoran kemajuan di bidang biotech dan teknologi hijau;

Page 97: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 89

■1940

(ii) mengkaji semula formula yang diguna pakai dalam penjualan buah tandan segar (BTS);

(iii) menggalakkan pembinaan kilang minyak kelapa sawit yang berkemampuan ataupun berkonsepkan zero waste effluent yang seterusnya dapat menyumbang kepada pengurangan Green House Gases (GHG) dan seterusnya dapat mengurangkan pemanasan Malaysia dan dunia;

(iv) menyemak semula kontrak jualan dengan pihak kilang;

(v) mengambil kira nilai keseluruhan BTS yang merupakan milik para peserta. BTS itu mengandungi bukan sahaja buah sawit ataupun palm kernel tetapi minyak sawit, minyak isirung, empty fruit bunch (EFB), dengan izin, tempurung, pumi dan suspended particulates, dengan izin, dalam menentukan pendapatan dari penjualan BTS berkenaan;

(vi) menjadikan sumber pendapatan peserta dari hasil bahan buangan sawit seperti pelepah dan batang sawit; dan

(vii) mengkaji sumber-sumber lain yang boleh menjadi sumber baru pendapatan bagi para peserta.

Pelaksanaan idea ini dijangka akan menjana pendapatan tambahan kepada para peserta antara 20 peratus hingga 30 peratus yang boleh dimanfaatkan oleh 600,000 orang peserta FELCRA, FELDA dan RISDA yang dapat menampung pula seramai tiga juta orang ahli keluarga iaitu kira-kira 11 peratus daripada penduduk Malaysia.

Yang demikian, ia akan turut menyumbang kepada kejayaan visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang komited untuk meningkatkan GNI per kapita kepada RM50,000 setahun menjelang tahun 2020 melalui lonjakan pendapatan yang saya sebutkan tadi. Disedari idea ini memerlukan masa untuk dihalusi dan dilaksanakan tetapi prasyarat kejayaannya ialah:

(i) ia hendaklah dilihat secara positif dan dilakukan by in, dengan izin, oleh semua pihak yang terlibat; dan

(ii) ia hendaklah dimulakan sekarang.

Ini kerana, “kerja beransur tidak bertahan, kerja bertangguh tidak menjadi”. Atas prinsip dan konsep yang sama, maka golongan lain seperti nelayan, penanam jagung dan pisang hendaklah juga mendapat faedah yang sama kerana nilai seekor ikan bukanlah bergantung kepada isinya sahaja tetapi hendaklah mengambil kira nilai kepala, nilai tulang, nilai insang, nilai ekor dan juga nilai sisiknya yang semuanya berguna. Begitu juga pokok jagung dan pokok pisang. Dari akar sampai ke daun, sampai ke buah, semuanya bernilai dan berharga dan bukan sekarang hanya mengambil kira nilai buahnya sahaja. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

7.44 mlm.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah l [Dato’ Haji Hasan bin Malek]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Akbar bin Ali yang telah mengusulkan cadangan mengenai merakyatkan outcome teknologi hijau bagi peserta-peserta FELDA, FELCRA dan juga RISDA. Kami menghargai pandangan dan idea Yang Berhormat Senator yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan peneroka, peserta rancangan dan juga pekebun kecil.

Page 98: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

90 DN 5.7.2011

Seperti mana Yang Berhormat Senator sedia maklum dan diperjelaskan di dalam

dua pertemuan sebelum ini di antara Yang Berhormat Senator dan agensi, langkah-langkah yang dicadangkan ini sebahagian besarnya telah dilaksanakan oleh FELDA, FELCRA dan RISDA walaupun bukan secara menyeluruh.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui FELDA Berhad dan RISDA sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap peserta dan pekebun kecil yang terlibat dalam sektor komoditi. Begitu juga dengan FELDA yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri turut bertanggungjawab terhadap peneroka. Adalah menjadi tanggungjawab kesemua entiti ini untuk memastikan kebajikan mereka terjaga dengan memastikan taraf hidup mereka berada dalam keadaan baik selaras dengan konsep, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Salah satu kaedahnya adalah dengan memastikan pendapatan mereka melalui hasil ladang adalah tinggi. Apatah lagi dalam situasi semasa waktu ini di mana harga komoditi seperti getah dan sawit adalah dalam keadaan baik dan tinggi harganya.

Walau bagaimanapun, adalah diakui masih terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik. Antaranya adalah melalui cadangan-cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi. Kementerian serta semua agensi terlibat tidak pernah menolak mana-mana cadangan, pandangan dan idea daripada mana-mana pihak untuk membantu kami meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab usul Yang Berhormat mengenai pelaksanaan konsep waste no waste dan juga waste to wealth, sebagaimana istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Senator tadi, agensi-agensi ini antara lain telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut. Ada tujuh langkah-langkah yang dapat saya senaraikan pada hari ini.

(i) mengoptimumkan penggunaan semula bahan buangan seperti buah tandan kosong (BTK) atau empty fruit bunch (EFB) yang kini menjadi bahan asas utama di dalam penghasilan baja bio organik di kilang-kilang sawit;

(ii) menggunakan bahan buangan seperti tandan kosong dan pelepah sawit sebagai bahan sungkupan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengawal rumpai di ladang seperti mana yang digariskan di dalam amalan pertanian baik atau good agricultural practices (GAP);

(iii) menggunakan ternakan lembu secara integrasi terurus dalam ladang bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam kawalan rumpai dalam ladang;

(iv) mengurangkan penggunaan racun kimia dalam kawalan rumpai melalui tindakan merumpai secara terkawal dan pilihan seperti memancah, memesin rumput menggunakan rotor secure yang ditarik oleh traktor, menanam kekacang penutup bumi dan tanaman integrasi lain seperti tembikai bagi mengurangkan pendedahan tanah kepada agensi degradasi tanah seperti matahari dan hujan secara terus;

(v) memungut buah tandan segar atau fresh fruit bunch (FFB), menggunakan kerbau di ladang bagi mengurangkan penggunaan bahan api fossil dan mengurangkan pelepasan karbon ke udara;

(vi) memproses bahan buangan kilang kepada baja organik bagi mengurangkan baja kimia ke tahap minimum. Ini juga dapat menjamin kesihatan tanah dan memulihara alam sekitar; dan

(vii) mengawal musuh tanaman secara biologi, integrated phase management melalui penanaman tanaman bermanfaat seperti turnera salburlata, bakteria dalam kawalan kumbang badak dan burung hantu dalam kawalan tikus.

Page 99: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

DN 5.7.2011 91

Merujuk kepada isu kajian semula formula yang diguna pakai dalam penjualan

EFB tadi, formula ini adalah ditentusahkan, divalidated oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia iaitu Malaysia Palm Oil Board (MPOB). Formula ini adalah disemak setiap dua bulan dan telah mengambil kira faktor-faktor seperti produktiviti, status pemilik pengusaha dan kos pengangkutan hasil ladang ke kilang. Selain itu, keadaan ekonomi semasa dan harga minyak mentah dunia juga memainkan peranan dalam memastikan harga yang ditawarkan di negara ini adalah kompetitif dan selari dengan kehendak pasaran. Namun begitu pemantauan harian ke atas harga pasaran sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh MPOB bagi memastikan pekebun kecil mendapat harga yang terbaik.

■1950

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator turut menyentuh isu pembinaan kilang minyak sawit berkonsepkan zero waste influence. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, langkah ini telah pun dilaksanakan di kilang sawit FELDA Serting Hilir Jempol Negeri Sembilan dan ini insya-Allah akan diperluaskan ke kilang-kilang agensi yang lain.

Penjanaan elektrik di kilang ini adalah berpunca daripada tenaga biomas yang dihasilkan dari bahan buangan kilang malah teknologi hijau yang sama telah dirancang untuk diaplikasikan kepada kenderaan sebagai bahan bakar.

Oleh yang demikian, saya amat berbesar hati menjemput Yang Berhormat Senator jika berkelapangan sudilah kiranya melawat kilang tersebut, seeing is believing. Dari segi kontrak jualan pula ianya adalah di bawah bidang kuasa agensi masing-masing dan pengilang. Walau bagaimanapun, kontrak jualan ini sentiasa disemak dan ditambah baik bagi memastikan kumpulan sasar mendapat pulangan yang menguntungkan.

Usul Yang Berhormat supaya kajian semula ke atas formulasi harga supaya mengambil kira nilai tambah ataupun value added yang boleh diperoleh daripada bahan buangan sawit sekali gus menjana pendapatan tambahan pekebun kecil adalah di bawah bidang kuasa MPOB bersama-sama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang mengawal selia sektor komoditi negara. Adalah diharapkan dengan timbulnya isu ini KPPK insya-Allah kalau ada dalam Dewan ini dapat membantu kementerian dalam merencanakan hasrat Yang Berhormat untuk membantu peneroka berserta rancangan dan pekebun kecil di negara kita ini.

Yang Berhormat juga turut mencadangkan supaya agensi mengkaji sumber-sumber lain yang boleh menjadi sumber baru pendapatan kumpulan sasar. Selain dari memperoleh pendapatan langsung dari hasil ladang, kementerian dan agensi-agensi juga sentiasa mencari alternatif dan kaedah lain untuk membantu meningkatkan pendapatan. Antaranya melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) oleh RISDA. RISDA ada programnya sendiri nama AET. Melalui aktiviti ini pendapatan pekebun kecil dapat ditambah melalui hasil aktiviti sampingan yang dijalankan melalui kebun dapur, kraf tangan dan ternakan. Itu RISDA.

Selain itu pihak FELCRA turut melaksanakan program intercropping di antara tanaman sawit dan ternakan lembu. Manakala FELDA pula menggalakkan peneroka menceburi bidang perniagaan dalam pelbagai bidang seperti peruncitan dan perkhidmatan melalui skim usahawan FELDA. Malah FELDA juga telah diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan inisiatif gedung makanan negara sebagai salah satu langkah untuk menjamin bekalan makanan negara. Melalui inisiatif ini kumpulan peneroka dapat menambah pendapatan melalui hasil tanaman yang ditanam di kawasan mereka. Dalam lain perkataan bermacam-macam diusahakan selain menumpukan kepada the core business tetapi mereka juga cuba diberikan program-program lain dalam rangka tujuan untuk menambahkan pendapatan peneroka, peserta dan juga peserta peladang dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan dan pandangan Yang Berhormat Senator. Sedaya mungkin kementerian dan agensi terlibat akan cuba merealisasikannya bagi memberi manfaat kepada pekebun kecil untuk sama-sama membantu negara mencapai Gross National Income (GNI) RM50,000 setahun menjelang tahun 2020. Terima kasih.

Page 100: DN-05072011 sdg semak - parlimen.gov.my · memanglah untuk mengurangkan bebanan untuk perkahwinan tetapi dalam masa yang sama juga kalau kita buat ramai-ramai ini, tidak boleh juga

92 DN 5.7.2011

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-

ahli Yang Berhormat, Usul Penangguhan sebagaimana yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 6 Julai 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.55 malam.