dirgahayu bahasaku

11
Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju) (1) Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Maksud Rangkap 1 Sebagai warga yang berbudi, setia dan amanah, bahasa diletakkan di tempat yang tinggi di hati bangsa. (2) Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Maksud Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik- baik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim. (3) Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Maksud Rangkap 3 Kecekalan dan semangat waja pejuang bangsa untuk memiliki dan mendaulatkan bahasa di seantero dunia. (4) Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Maksud Rangkap 4 Bahasa digunakan oleh perantau untuk menceritakan sejarah bangsa yang gemilang lantas mewujudkan hubungan dengan masyarakat di seluruh dunia. Penguasaan bahasa yang baik membolehkan sejarah bangsa yang gemilang diceritakan. (5) Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu kagu bahasamu bahsamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menerima kejayaan di alaf baru. Maksud Rangkap 5 Penyajak mengharapkan agar bahasanya kekal digunakan dan seterusnya berkembang pada peringkat antarabangsa. Keindahan bahasa yang mudah difahami itu juga merupakan alat yang digunakan untuk menyampaikan buah fikiran dengan cara yang sopan. Bahasa dituturkan oleh bangsa Melayu yang menempa kejayaan pada alaf baharu. (September 2000) Manuskrip Luka Bangsa, 2006 Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Tema

Upload: lawrence

Post on 12-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

past year

TRANSCRIPT

Page 1: Dirgahayu Bahasaku

Dirgahayu Bahasaku(Ahmad Sarju)

(1) Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah.Maksud Rangkap 1Sebagai warga yang berbudi, setia dan amanah, bahasa diletakkan di tempat yang tinggi di hati bangsa.

(2) Bahasa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguh.Maksud Rangkap 2Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik-baik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

(3) Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku memilikimuhak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah inimerentas dunia tak bertepi.Maksud Rangkap 3Kecekalan dan semangat waja pejuang bangsa untuk memiliki dan mendaulatkan bahasa di seantero dunia.

(4) Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraangagah pelautku membelah lautanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkamdari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.Maksud Rangkap 4Bahasa digunakan oleh perantau untuk menceritakan sejarah bangsa yang gemilang lantas mewujudkan hubungan dengan masyarakat di seluruh dunia. Penguasaan bahasa yang baik membolehkan sejarah bangsa yang gemilang diceritakan.

(5) Dirgahayu bahasakudi arena antarabangsa suaramu tumbuhmenusuk kalbu kagu bahasamubahsamu bahasa mindamudah akrab dan bertatasusiladaripada bangsa yang bernama Melayumenerima kejayaan di alaf baru.Maksud Rangkap 5Penyajak mengharapkan agar bahasanya kekal digunakan dan seterusnya berkembang pada peringkat antarabangsa. Keindahan bahasa yang mudah difahami itu juga merupakan alat yang digunakan untuk menyampaikan buah fikiran dengan cara yang sopan. Bahasa dituturkan oleh bangsa Melayu yang menempa kejayaan pada alaf baharu.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

Page 2: Dirgahayu Bahasaku

TemaUsaha memartabatkan bahasaHuraian: Penyajak mengajak pembaca menghayati dan mencintai bahasa kebangsaan seterusnya sama-sama berusaha untuk memartabatkannya di mata dunia.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan bahasaHuraian: Penyajak menyatakan bahawa bahasa merupakan wahana perpaduan, penyampaian ilmu dan menonjolkan kegemilangan bangsa.

2. Persoalan keindahan bahasa MelayuHuraian: Keindahan bahasa Melayu menggambarkan kesantunan penuturnya.

3. Persoalan semangat patriotik dalam diriHuraian: Usaha memartabatkan bahasa dilakukan kerana semangat cinta akan negara.

4. Persoalan perjuangan mendaulatkan bahasaHuraian: Para pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa bukan hanya di negara sendiri malah ke peringkat antarabangsa

5. Persoalan bahasa melambangkan maruah dan jati diri bangsaHuraian: Jati diri seseorang dapat dilihat melalui bahasa yang digunakan.

Nilai1. Nilai cinta akan bahasa

Huraian: Usaha memartabatkan bahasa menggambarkan nilai cinta akan bahasa.2. Nilai cinta akan negara

Huraian: Masyarakat yang cinta akan negara berusaha memartabatkan bahasanya untuk kedaulatan negara.

3. Nilai bangga akan bahasaHuraian: Pejuang bahasa bangga akan keindahan bahasa yang boleh memainkan pelbagai peranan penting.

4. Nilai semangat juangHuraian: Para pejuang bahasa berusaha memartabatkan bahasa dengan semangat juang yang tinggi.

5. Nilai perpaduanHuraian: Bahasa wahana perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Pengajaran1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.2. Kita hendaklah bertanggungjawab mendaulatkan bahasa kebangsaan dan menjaganya agar terus

berkembang.3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan

sebagai lambang maruah bangsa.4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian

masyarakat dunia.5. Kita tidak sepatutnya mengabaikan kepentingan bahasa kebangsaan dalam mengejar kejayaan.6. Kita hendaklah menguasai bahasa kebangsaan untuk mengukuhkan perpaduan kaum.

Kecek(Abdullah Awang)

(1) seorang pengarahmembuka akaun semasanyadi sebuah bank ternamatetapi dalam diamdia mencantum kemiskinanorang lainke dalam amanahnya

Page 3: Dirgahayu Bahasaku

yang telah lama pecah.Maksud Rangkap 1Seorang pengarah mengumpul kekayaan melalui hasil simpanan akaun semasanya di sebuah bank. Kekayaannya itu hasil daripada kesusahan/kemiskinan hidup orang lain. Dia pecah amanah dalam menjalankan tugas dan perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan.

(2) di kampungseorang petanimembuka akaun kemiskinannyadi ruang kedaifandan mengunci sedozen anak-anaknyadi dalam pagar sengsaratetapi dia tidak pernah mencantumkekayaan orang lainke dalam getirnyayang sudah lamaberumbi.Maksud Rangkap 2Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

(3) di pantaiseorang nelayanmembuka akaun sengsaranyadi rahang laut terngangadan mengurung sederet anak-anaknyadi bawah pusaran nasibtapi dia tidak pernah mengumpulkesenangan orang lainke dalam kegusarannyayang telah sekian musimberlumutdi papan hidupnya.Maksud Rangkap 3Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupannya yang susah.

(4) Tuhan tidak pernah mungkirmencatatkan setiap angkadan nilai hitungan paling kecilke dalam akaun-Nyadi rumah keadilan.Maksud Rangkap 4Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan daripada Tuhan seperti yang telah dijanjikan di akhirat kelak.

(Dewan Sastera, Mac 1989)

Doa terakhir, 1995Dewan Bahasa dan Pustaka

TemaSikap amanah dalam mencari rezekiHuraian: Kita perlu bersikap amanah dalam mencari rezeki kerana wang yang diperoleh digunakan untuk

Page 4: Dirgahayu Bahasaku

menyara keluarga. Golongan yang berjawatan tinggi didapati sering kali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan

1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.Huraian: Seorang pengarah mendapat kekayaan melalui sikapnya yang pecah amanah.

2. Persoalan golongan miskin terus dibelenggu kemiskinan dan hidup susah.Huraian: Golongan petani dan nelayan hidup dalam kemiskinan.

3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah.Huraian: Setiap tindakan manusia di muka Bumi ini akan mendapat balasan daripada Allah.

Nilai1. Nilai amanah

Huraian: Sikap amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakanlah dengan penuh amanah.

2. Nilai bertanggungjawabHuraian: Setiap orang bertanggungjawab untuk mencari rezeki yang halal.

3. Nilai kegigihanHuraian: Kegigihan seseorang mencari rezeki walaupun dalam kesusahan.

4. Nilai rasionalHuraian: Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.

Pengajaran1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.

Huraian: Sikap amanah diperlukan dalam menjalankan tugas.2. Seorang ketua keluarga hendaklah bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.

Huraian: Seorang bapa bertanggungjawab untuk memastikan rezeki yang diperoleh adalah halal untuk keluarganya.

3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.Huraian: Untuk mendapat kekayaan dan kesenangan hidup, kita tidak sepatutnya menindas orang lain.

4. Kita sepatutnya bertindak secara rasional dalam kehidupan.Huraian: Sikap rasional yang diamalkan dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.

Bangkitlah(Rejab F.I)

(1) Anak-anak yang sedang lenabangkitlahmatahari sudah tinggidi puncak gunung.Maksud Rangkap 1Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju.

(2) Lihat jernihnya pagi iniburung-burung berterbangan di udaradan pepohon hijau merendang daunnyaapa kau masih belum bangkit?Maksud Rangkap 2Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa lain sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya sebab anak bangsanya masih leka.

(3) Bangkitlah

Page 5: Dirgahayu Bahasaku

jangan sesal nantimadu bumi yang kekeringanisi laut kekosongandan perut belantara menjadi ladang.Maksud Rangkap 3Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.

(4) Anak-anakesok apa yang akan kaumakan?tanah atau batu atau debu?kau mahu terus nangistanpa air mata?Maksud Rangkap 4Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkin terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.

(5) Kalau tidakbangkitlahmatahari belum lagi rembangdan burung-burung belum lagi menjamah awan!Maksud Rangkap 5Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan.

Rejab F.ILangit di Tangan, 1995Dewan Bahasa dan Pustaka

TemaPatriotisme/Semangat cinta akan negaraHuraian: Anak-anak bangsa yang patriotik/cinta akan negara perlu bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Huraian: Anak-anak bangsa perlu menyedari dan mengikuti arus pembangunan dalam negara.

2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Huraian: Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa pun.

3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Huraian: Aktiviti pembangunan yang rancak dijalankan menyebabkan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.

4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka.Huraian: Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka.

Nilai1. Nilai kegigihan

Huraian: Kegigihan dalam usaha meningkatkan kehidupan selari dengan arus pembangunan.2. Nilai kerjasama

Huraian: Kerjasama dalam kalangan anak bangsa untuk memastikan pembangunan dilaksanakan.3. Nilai kerajinan

Huraian: Sikap kerajinan anak-anak bangsa boleh memajukan diri dalam menghadapi cabaran pembangunan.

Pengajaran (SPM Nov. 2012)

Page 6: Dirgahayu Bahasaku

1. Kita janganlah lalai mencari rezeki agar orang lain tidak mengambil kesempatan atas kekayaan dan kemakmuran tanah air kita.

2. Kita hendaklah berusaha merebut peluang yang ada supaya hasil bumi tidak dieksploitasi oleh bangsa lain.

3. Kita hendaklah sedar akan kepentingan membina masa depan yang cemerlang agar kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

4. Kita hendaklah segera melakukan sesuatu sebelum terlambat agar kita tidak terus dibelenggu kemiskinan.

Pasar Perasaan(T. Alias Taib)

(1) ini pasar perasaanpada gerainya duduk penjual sentimentalyang sering dikunjungi pembeli emosional.Maksud Rangkap 1Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

(2) ini pasar perasaanmereka memperdagangkan kata-katayang terbit daripada kalbubukan terbit daripada akal.Maksud Rangkap 2Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.

(3) mereka memperdagangkan hujahyang rapuh dan lapukbagai kayu buruk;yang mudah dipatahkanbagai ranting kering.Maksud Rangkap 3Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh.Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.

(4) ini pasar perasaandi dalamnya mengalir sungai manusiayang menghilirkan suara kosong.Maksud Rangkap 4Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

(5) ini pasar perasaanyang memperdagangkan akal cetekdan tawar-menawar yang dangkal.Maksud Rangkap 5Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

(6) kumasuki pasar inikususuri sungai sibuk inidi tengah-tengah penjual dan pembeliyang kaya dengan perasaantetapi miskin dengan kebijaksanaan.

Page 7: Dirgahayu Bahasaku

Maksud Rangkap 6Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

(7) ini pasar tidak berakalyang diriuhkan kekosongan.Maksud Rangkap 7Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

(Mingguan Malaysia, 20 Mei 2001)

Nasi Ayam Laut Sepinggan, 2002Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

TemaKerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung/perbincangan kosong di kedai kopi.Huraian: Penyair secara sinis telah menegur sikap masyarakat yang menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal fikiran./Sering kali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Sering kali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.

Persoalan

1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.

2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

Nilai1. Nilai rasional

Huraian: Kerasionalan seseorang dalam menyampaikan maklumat.2. Nilai kerajinan

Huraian: Kerajinan mencari ilmu untuk menguasai kemahiran.3. Nilai kebijaksanaan

Huraian: Kebijaksanaan dalam mengemukakan maklumat.4. Nilai kesabaran

Huraian: Kesabaran menghadapi cabaran hidup.5. Nilai keprihatinan

Huraian: Keprihatinan terhadap persekitaran amat penting.

Pengajaran1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

Di Bawah Langit Yang Sama(Lim Swee Tin)

MaksudRangkap 1Penyajak menggambarkan bahawa walau di mana-manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama kerana sama-sama berada di bumi ciptaan Tuhan. Oleh itu, taraf manusia pun sama.

Page 8: Dirgahayu Bahasaku

Rangkap 2Penyajak suka akan gerimis di kota London dan terpesona dengan angin dingin-tajam di Washington. Pohon-pohon hijau beraneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa namun di tempat-tempat yang berlainan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Penyajak menekankan manusia adalah sama walaupun tinggal di Australia atau Afrika (walaupun di mana-mana).

Rangkap 3Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat warga dunia bersama-sama memperjuangkan keamanan.

Rangkap 4Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang untuk mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam kerana manusia tinggal di bawah langit yang sama/di dunia yang sama.

TemaKesamarataan (sama taraf) manusia walau di mana-mana mereka berada.Huraian: Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

Persoalan

1. Persoalan keindahan dan keistimewaan sesuatu tempat.Huraian: Setiap tempat mempunyai keindahan alam semula jadi yang tersendiri/keistimewaan yang tersendiri.

2. Persoalan garis sempadan sering kali memisah dan membezakan manusia.Huraian: Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.

3. Persoalan tanggungjawab manusia di seluruh dunia untuk mengekalkan keamanan sejagat.Huraian: Menjadi tanggungjawab seluruh manusia untuk melupakan sengketa, sebaliknya hendaklah bersama-sama mewujudkan keamanan dunia.

4. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Huraian: Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.

Nilai1. Nilai menghargai keindahan alam.

Huraian: Keindahan alam perlu dihargai.2. Nilai hormat-menghormati sesama manusia.

Huraian: Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.3. Nilai bertoleransi antara masyarakat.

Huraian: Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.4. Nilai bekerjasama dalam mewujudkan keamanan/menjayakan sesuatu.

Huraian: Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.

Pengajaran1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di mana-manapun mereka

berada/berlainan negara.2. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.3. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.4. Kita perlulah mewujudkan dan mengekalkan keamanan sejagat.5. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.6. Kita hendaklah sedar bahawa manusia sering kali dipisahkan dan dibezakan oleh sempadan waktu

dan tempat.

Arkitek Kota

Page 9: Dirgahayu Bahasaku

(SN Muhammad Hj Salleh)

1 hanya seniman peka yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota.Maksud Rangkap 1Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

2 kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga.Maksud Rangkap 2Hal ini kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

3 dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda.Maksud Rangkap 3Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.

4 pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.Maksud Rangkap 4Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.

TemaKeperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.

Persoalan

1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Huraian: Keprihatinan penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.

2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat dari pelbagai aspek.

Page 10: Dirgahayu Bahasaku

Huraian: Pembangunan kota dilihat menerusi pelbagai sudut untuk memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat.

3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Huraian: Alam sekitar dijaga untuk kepentingan bersama.

4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Huraian: Generasi muda mempunyai idea-idea baharu yang bernas untuk pembangunan.

Nilai1. Nilai cinta akan alam sekitar.

Huraian: Alam sekitar dipelihara untuk kepentingan bersama.2. Nilai bertoleransi.

Huraian: Nilai bertoleransi diamalkan dalam menjalani kehidupan seharian terutama di kota.3. Nilai bertanggungjawab.

Huraian: Nilai bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar untuk kesejahteraan hidup.4. Nilai kebijaksanaan.

Huraian: Nilai kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.5. Nilai rasional.

Huraian: Kerasionalan penting dalam semua aspek.

Pengajaran1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang

pembangunan.2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota.5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.