dewan rakyat - parlimen.gov.my · untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka...
TRANSCRIPT
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYATHouse of Representatives
PARLIMEN KELAPANEighth Parliament
PENGGAL KETIGAThird Session
Jilid III Bil. 38 Hari Selasa 2hb November, 1993
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-uadaag Perbekalan 1994 (Ruangan 35)
USUL:
Anggaran Pembangunan 1994 (Ruangan 35)
DR.2.11.93 - 1 -
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, 2hb November, 1993
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
PELABDR LUAR - JUMLAH
1. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Perdagangan Antarabaagsa danIndustri menyatakan:
(a) jumlah pelaburan luar yang telah masuk ke negaraini mulai Januari hingga September tahun ini danseterusnya jangkaan yang akan masuk lagisehingga akhir tahun 1993; dan
(b) sejauh manakah kesan pelaburan ke negara iniakibat dari perkembangan baru yang lebihmenggalakkan dari segi kemasukan pelaburan barudi Tanah Besar China, Vietnam, Kemboja dan Laosyang memberi saingan kepada Malaysia.
Setiausaha Parlimen Kementeriaa Perdagangan Antarabangsa dan
Industri [Datuk S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Bagi terapoh sembilan bulan pertama tahun 1993, sejumlah
497 "projek-projek perkilangan telah diluluskan dengan
jumlah pelaburan sebanyak RM8,464 juta. Dari jumlah
tersebut, RM4,883 juCa (58%) adalah merupakan modal
tempatan dan RM3,581 juta (42%) adalah sumber asing.
DR.2.11.93 - 2 -
Adalah dijangkakan bahawa jumlah pelaburan di sektor
perkilangan bagi baki tempoh tahun ini akan hanya
meningkat dalam kadar yang sederhana berdasarkan
kemerosotan ekonomi negara-negara pengeksport modal utama
dan peningkatan persaingan dari ncgara-negara jiran dan
beberapa negara seperti China, Vietnam dan Laos.
(b) Memang telah dijangkakan bahawa persaingan untuk
mendapatkan pelaburan baru pada masa ini adalah semakin
meningkat berikutan kemunculan pasaran ekonomi bebas baru
seperti China, Vietnam, Kemboja dan Laos serta beberapa
negara bekas komunis di Eropah. Walaupun demikian, arah
aliran ini dijangka tidak begitu membimbangkan,
memandangkan bahawa industri-industri baru yang dibawa ke
negara-negara tersebut lebih berintensif buruh, di mana
Malaysia tidak lagi menggalakkannya. Seperti Ahli Yang
Berhormat sedia maklum, dasar perindustrian sekarang ini
lebih menumpukan kepada pertumbuhan industri-industri
'hi-tech' dan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.
Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, dalam masa
sembilan bulan kebelakangan ini, sepertimana Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen telah menerangkan tadi bahawa ramai pelabur
telah masuk ke negara kita. Saya cuma hendak bertanya, daripada
pelabur-pelabur luar yang raasuk ke negara ini, berapa percentage
yang telah terlibat dan dalam sektor apa?
DR.2.11.93 - 3 -
Yang kedua, adakah Kementerian mempunyai angka dari segi
petabur negara kita yang telah menanam. modal di luar negara Malaysia
dan ke negara-negara mana pelabur tampatan telah menanam modal?
Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, angka-angka
pelaburan dalam negara kita dalam tempoh 9 bulan ini ialah lebih
kurang seperti berikut:
Pertanian - 17%
Perlombongan. (Petroleum) - 13%
Pembuatan - 69%
Lain-lain - 1.5%
Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka
yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat
di luar negeri daripada usahawan-usahawan negara kita oleh kerana
banyak pelaburan ini melalui lain-lain negeri seperci Singapura dan
Hongkong. Oleh yang demikian, kita tidak boleh memberi satu angka
yang tepat.
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Apakah benar pihak Kerajaan atau
Keraenterian telah menyekat atau melambat-lambatkan pelaburan ke
Kelantan? Misalnya, mini pelabuhan di Tumpat ataupun kilang simen
di Gua Musang. Apa yang difahamkan kepada saya ialah permohonan
untuk projek kilang simen itu sudah lama dibuat kepada pihak
Kerajaan. Apakah benar pihak Kerajaan telah menyekat atau
melambat-lambatkan projek atau pelaburan ke Kelantan?
DR.2.11.93 - 4 - .
Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya
tidaklah bcnar untuk mengatakan bahawa Kerajaan Pusat sedang
melambat-lambatkan permohonan untuk melabur di negeri Kelantan, Apa
yang berlaku sebenamya ialah kita tidak dapat usahawan-usahawan
yang melibatkan diri dalam negeri Kelantan pada masa kini. Ini saya
tidak boleh menjelaskan apakah sebabnya. Saya rasa Yang Berhormat
sendiri sedar apakah sebabnya,
Berkaitan dengan permohonan untuk kilang simen itu saya boleh
mengatakan bahawa kelambatan untuk meluluskan permohonan kilang
simen itu ialah disebabkan satu kajian yang Kementerian telah buat
keseluruhannya di dalam semua kilang simen yang ada di negara kita,
Tetapi saya boleh mengatakan bahawa ada satu jawapan baik yang akan
diterima oleh pihak kilang simen tidak lama lagi.
DR.2.11.93 - 5 -
WANITA PENGHIBUR BAGI TENTERA JEPUN - TUNTUTAN PAMPASAN
2. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama adaKerajaan Malaysia akan mendapatkan pampasan daripada Kerajaan Jepun,selain dari pengakuan kesudian memaafkan kesalahan yang dipohon olehKerajaan Jepun baru-baru ini yang mana mereka mengakui bahawatentera Jepun telah memaksa kaum wanita Asia termasuk wanitaMalaysia untuk menjadi wanita penghibur (comfort women) bagi anggotatentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dulu, jika tidak, mengapa,
Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin
Che Wan]: Tuan Yang di-Pertua, soal pampasan bcrkaitan dengan Perang
Dunia Kedua daripada Kerajaan Jepun telah pun diselesaikan di antara
Keraj
iaitu
aan Malaysia dengan Kerajaaan Jepun menerusi dua perjanjian
Amerika Syarikat pada 8.9.1991; dan
(ii) Perjanjian Dua-Hala yang ditandatangani pada 21.9.1967.
Bagaimanapun, kedua-dua perjanjian ini tidak menghalang
mangsa-mangsa peperangan tersebut di Malaysia untuk membuat tuntutan
secara individu daripada Kerajaan Jepun.
Tuan Yang di-Pertua, Kcrajaan Malaysia mengambil pendirian
bahawa soal pampasan oleh individu-individu warganegara Malaysia
termasuk wanita penghibur (comfort women) adalah isi moral . Oleh
yang demikian, Kerajaan Malaysia amat bersimpati dengan. mereka yang
berkenaan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia bersedia
memberikan bantuan sewajarnya dalam tuntutan mereka yang berkenaan
sekiranya terdapat bukti-bukti yang jelas.
DR.2.11.93 - 6 -
Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apa
yang dilakukan oleh tentera Jepun yang raeraaksa wanita Asia termasuk
wanita Malaysia pada masa Perang Dunia Kedua dahulu yang memaksa
mereka menjadi wanita penghibur (comfort women) adalah satu war
crime yang paling dahsyat dan tidak boleh dimaafkan dari segi peri
kemanusiaan. [Tepuk] Saya rasa terkejut dan tidak boleh terima dan
ingin menentang sekeras-kerasnya kenyataan .oleh... [Pembesar suara
dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
saya kena mencelah sebab Yang Berhormat bukan hendak menyoal, tetapi
nampaknya hendak berucap. Soal teruslah Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai: Itu backgroundlah. Tuan Yang di-Pertua,
soalan tambahan saya ialah berhubung dcngan kenyataan oleh Yang
Berhormat Timbalan Menteri bahawa isu ini adalah satu isu moral.
Saya tidak bersetuju dan ingin bertanya Yang Bcrhormat iaitu adakah
apa yang dipanggil Treaty -of Peace itu mangandungi perkara-perkara
yang berkait dengan comfort women? Adakah Kerajaan Malaysia dalam
perjanjian itu bersetuju kcpada kelakuan dan tindakan tentera Jepun
yang memaksa wanita Malaysia dijadikan comfort women pada Perang
Dunia Kedua itu? Adakah Kerajaan mengadakan satu pendirian rasmi
untuk membantu wanita-wanita penghibur dari Malaysia supaya membuat
Cuntutan kepada Kerajaan Jepun sebagai satu tanggungjawab Kerajaan
untuk membantu wanita-wanita Malaysia yang terlibat kerana mereka
telah mengalami kesengsaraan, kepayahan dan penderitaan yang amat
sangat? Ini yang pertama.
DR.2.11.93 - 7 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
nanti dulu.
Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, suara saya mungkin•
tinggi sedikit:...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tidak Yang
Berhormat, nanti dulu. Saya bukan hendak komen tentang suara.
Kalau tidak silap saya, ini pun mengandungi tiga soalan kecil:
Tuan Tan Kok Wai; Bukan, bukan ini satu soalan besar yang
mengandungi beberapa soalan kecil. [Ketawa] Soalan besar yang kedua,
adakah pernah Karajaan menerima aduan-aduan daripada wanita-wanita
penghibur Malaysia atau wakil-wakil mereka atau adakah pernah
Kerajaan membuat satu kajian terhadap aduan dan permintaan mereka
sama ada satu search perlu diadakan untuk menentukan beberapa wanita
Malaysia dijadikan wanita penghibur oleh tentera Jepun dan berapakah
pusat-pusat yang dijadikan pusat hiburan tentera Jepun itu?
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,
saya hairan sangatlah mengapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi
begitu marah-marah. Perkara ini adalah perkara yang kita anggapkan
sudah sejuk dan pihak Kerajaan pun sehingga kini belum secara rasmi
menerima apa-apa aduan dari mana-mana pihak bersabit dengan isu
comfort women. Tctapi kita buat lebih daripada itu. Kita sudah
menyiasat dan. kini kica dapati melalui Biro Pengaduan Parti MCA dan
melalui Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia, kini terdapat
daripada Malaysia sahaja lebih kurang 8 orang yang mungkin terlibat
dalam isu comfort women semasa Perang Dunia Kedua.
DR.2.11.93 - 8 -
Kita telah pun memberitahu bahawa kita sanggup membantu mereka
sekiranya mereka Inginkan pihak Kerajaan. membantu mereka mendapatkan
pampasan daripada Kerajaan Jepun. Tetapi mereka mestilah datang
kepada pihak Kerajaan sekiranya mereka mahu Kerajaan membantu
mereka. Tetapi, jikalau mereka tidak mahu, itu hak mereka dan kita
tidak boleh mencampur hak asasi mereka.
Tuan Abdul Malek Munip: Tuan Yang di-Pertua} soalan tambahan.
Ini soalan kecil dan saya ingin bertanya dalam bentuk yang penuh
lemah-lembut. Saya hendak bertanya mengenai masalah pampasan
comfort women, adakah boleh ianya diperluaskan untuk kezaliman dalam
bentuk-bentuk lain yang lebih dahsyat dari sekadar menggadai
kehormatan diri bahkan kadang-kadang menggadai jiwa?
Dato' Dr. Abdullab Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,
kita pun ada dengar desas-desus adanya sekumpulan. rakyat Malaysia
yang juga ada kemungkinan boleh menuntut pampasan dari segi sebab-
sebab lain daripada menjadi wanita penghibur pihak tentera Jepun..
Pihak kami telah pun menasihatkan pihak mereka ini supaya kumpulkan
segala bukti-bukti yang sahih, butir-butiran yang boleh kita
ketengahkan, dan kalau boleh, kita akan bawa ke tengah untuk
mendapat pertimbangan supaya diberi pampasan kepada mereka ini,
insya Allah kita akan usahakan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan Ong Tin Kim.
[Soalan No.3 - Y.B. Tuan Ong Tin Kim tidak hadir]
DR.2.11.93 - 9 ~
KEWARGANEGARAAN - SYARAT KELAYAKAN
4. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-
(a) apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada warga-negaraasing untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia; dan
(b) jumlah kes-kes yang telah diluluskan, ditolak dan di dalampertimbangan serta nyatakan sebab-sebabnya.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Di antara syarat-syarat untuk memperolehi kewarganegaraan
ialah orang-orang asing yang berumur 21 tahun atau lebih
yang mempunyai taraf pamastautinan tetap dan bermastautin
di Persekutuan selama tempoh 12 tahun dari tempoh mendapat
taraf Pemastautin Tetap, mereka juga hendaklah lulus
Bahasa Malaysia, berkelakuan baik dan mendapat restu
daripada Kementerian Dalam Negeri.
(b) Semenjak merdeka sehingga hari ini sebanyak 1,999,482
permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia telah
diluluskan dan 55,485 ditolak. Di antara sebab-sebab
penolakan tersebut ialah gagal ujian Bahasa Malaysia,
mempunyai rekod- jenayah, maklumat peribadi diragui dan
tidak menunjukkan niat untuk terus menetap di negara ini.
Tuan Maidom P. Pansai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Memandangkan negara Malaysia ini terdiri daripada berbagai negeri
termasuk Sabah dan Sarawak, adakah Kerajaan Persekutuan mengambil
tahu tentang kelulusan untuk mendapatkan kewarganegaraan ini
DR.2.11.93 - 10 -
daripada orang-orang asing, memberikan salinan atau senarai
nama-nama mereka yang telah menjadi warganegara terutamanya di Sabah
memandangkan di Sabah ini banyak orang-orang asing yang diberikan
kad pengenalan yang diragui. Jadi, bagaimana Kerajaan Negeri boleh
mendapat tahu yang manakah satu yang benar-benar telah mendapat
kelulusan untuk menjadi warganegara dan yang mana pula yang tidak?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, mengikut peraturan
memproseskan permohonan warganegara daripada peringkat daerah
Jabatan Pendaftaran Negara sehingga ibu pejabat sampai kepada
Kementerian Dalam Negeri memang peracuran adalah ketat dan semua
langkah-langkah adalah mengikut Perlembagaan. Kalau tidak silap
saya, Yang Berhormat dari Kota Belud cuba hendak bangkitkan hal
dafftar lewat bukan permohonan warganegara. Sebab seseorang
warganegara asing kalau dia tidak memenuhi mana-mana satu syarat
yang ditetapkan di bawah Perlembagaan tidak boleh- kita timbang
langsung. Jadi kalau sebut orang asing mungkin Yang Berhormat cuba
bangkit-hal-hal daftar lewat. Kalau-sekiranya ada bukti-bukti atau
ada sungutan mengatakan bahawa di Sabah dan Sarawak mempunyai
kes-kes daftar lewat yang....
Tuan Maidom P. Pansai:[Bangun]*
Tuan Ong Ka Ting: Nanti saya jawab dulu. Yang telah cuba
memberikan dokumen ataupun pengesahan yang kurang tepat,
Pihakberkuasa sanggup sentiasa menyiasat, kalau sekiranya benar kita
akan ambil tindakan undang-undang untuk membatalkan dan juga
terhadap pegawai yang menyeleweng. Itu adalah satu jaminan yang
boleh saya beri.
DR.2.11.93 - 11 -•
Tuan Maidom P. Pansai: Ini maksud soalan. Penjelasan yang
dibangkitkan tadi. Bukan, penjelasan sahaja. Sebagaimana yang kita
tahu, Ketua Polis Negara sendiri pernah menyatakan menerusi
persidangan akhbar di. Sabah bahawa terdapat 300,000 orang asing yang;-
tidak terdaftar di Sabah dan di kalangan mereka ini ramai yang
memiliki kad pengenalan yang palsu. Jadi, bagi Kerajaan Negeri
Sabah tidak tahu yang mana satu mereka ini yang sudah menjadi
warganegara dan yang mana satu yang belum, yang hanya memiliki kad
pengenalan palsu, Jadi, kita minta kepastian. supaya kita dapat
mengenal pasti di mana-mana.
Tuan Ong Ka Ting: Nampaknya Yang Berhormat sudah dapat dua
peluang untuk bertanya, tetapi saya cubalah menjawab. Mengikut
kenyataan Ketua Polis Negara, saya rasa Ketua Polis Negara kita
tidak mengatakan sekarang pihak berkuasa sudah tidak boleh
mebbezakan yang mana palsu dan yang bana tidak palsu. Itu bukan
kenyataan yang sebenar. Apa yang sebenarnya ialah ada pendatang
tanpa izin di Sabah, mungkin ada mempunyai kad pengenalan palsu.
Tetapi pihak berkuasa tidak bertolak ansur, Kita ambil tindakan
juga untuk mengesan kad pengenalan itu. Kalau palsu kita ambil
langkah-langkah mengusir, menangkap dan mendakwa.
Kad pengenalan sistem baru ini adalah satu cara untuk pada
akhirnya memastikan seraua mereka yang memiliki kad pengenalan pada
satu hari nanti mengikut sistem baru itu tidak boleh dipalsukan.
Sebab selama ini kad-kad yang palsu itu adalah kad plastik ataupun
kad pengenalan dikatakan baru tetapi kualitinya adalah lain daripada
sebenar. Jadi, itu sebenarnya sudah keluar sedikit daripada
tajuk.
' DR.2.11.93 - 12 -
Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa
terdapat pemohon-pemohon yang nemohon untuk menjadi warganegara
Malaysia sebab nereka sudah kahwin dengan rakyat Malaysia sama ada
perempuan dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan, ini berlaku
bukan dengan perempuan Taiwan sahaja tetapi di negeri Sarawak ramai
yang berkahwin dengan orang Indonesia. Maka adakah dasar Kerajaan
dalam perlaksanaan peraturan mereka, adakah pertimbangan tambahan
yang berdasarkan kepada kemanusiaan diberi kepada permohonan begini,
sebab dalam tangan saya beberapa permohonan belum diproses dan ia
sudah menimbulkan kesusahan yang banyak di antara
rumahtangga—rumahtangga tertentu sebab isterikah ataupun suamikah
terpaksa meninggalkan Malaysia setahun sekali untuk membaharui
dokumen perjalanannya?•
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, bagi seseorang isteri
asing ataupun isteri daripada negara asing, sekiranya seseorang itu
telah berkahwin dengan rakyat Malaysia secara sah mengikut
undang-undang perkahwinan Malaysia, maka rakyat asing itu kalau
sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, mereka
boleh terlebih dahulu mendapatkan visa isteri asing, tempohnya
adalah setahun ke setahun. Sehingga lima tahun duduk di sini maka
mereka layak untuk memohon status penduduk tetap iaitu PR, selepas
itu mereka boleh mendapatkan Kad Pengenalan Merah. Ini adalah
syarat-syarat asas. Selepas itu mereka boleh mengikut Perkara 15(1)
Perlembagaan Malaysia, memohon menjadi warganegara dengan tempoh
bermastautin hanya dua tahun. Tetapi semua isteri asing yang telah
dapat kedudukan Penduduk tetap, semuanya sudah
DR.2.11.93 - 13 -
layak di bawah . Artikel ini. Yang menjadi masalah sekarang ialah
ramai di antara mereka ini mereka tidak faham peraturan. Tidak
mengikut semua peraturan ataupun undang-undang memasukkan
permohonan. Ada di antara mereka memang tidak tahu terutamanya
mereka yang duduk di luar daripada bandar, mereka kurang faham.
Maka saya rasa kalau sekiranya mereka mengikut undang-undang ini,
mereka akan ditimbang dengan sewajarnya.
BAS MINI - PENGAMBILALIHAN PERKHIDMATAN
5. Tuan. Haji Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Perusahaan Awammenyatakan adakah pihak Kementerian akan bertindak mengambil alihperkhidmatan bas mini yang didapati melanggar syarat-syaratperlesenan pengangkutan awam.
Setiausaha Parlimen Kementeriaa Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan
ini bagi pihak Kementerian Perusahaan Awam. Kementerian Perusahaan,
Awam khususnya Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan boleh
menggantung ataupun membatalkan lesen-lesen bas mini yang melanggar
syarat lesen. Soal mengambilalih perkhidmatan bas mini tidak
berbangkit buat raasa ini kerana perkhidmatan yang serupa boleh
diberi oleh bas berhenti-henti yang sedia ada.
Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Tuan Yang di-Pertua,
saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat bersabit dengan bas
mini. Dari segi disiplia semua orang tahu bahawa bas mini tidak ada
mempunyai disiplin. Yang kedua, bas mini ini-asapnya lebih daripada
kenderaan yang lain-lain. Maknanya maintenance is very poor.
Apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan masalah besar ini?
Satu masalah environment, satu lagi masalah kemalangan yang
berleluasa berlaku sepanjang masa. Saya pohon penjelasan.
DR.2.11.93 - 14 -
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, bidang kuasa untuk
menjalankan penguatkuasaan adalah di bawah JPJ, Polis dan
pihakberkuasa tempatan. Jadi, untuk bas mini yang tidak
berdisiplin, maksud Yang Berhormat ialah driver ataupun pemiliknya,•
JPJ dan Polis dan juga penguatkuasa daripada Jabatan Alam Sekitar
sentiasa menjalankan penguatkuasaan. Sekiranya mereka selalu
melanggar undang-undang, maka rekodnya akan dirujuk kepada Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan di bawah Kementerian Perusahaan Awam
dan jika sekiranya bukti sudah cukup, lesen mereka boleh ditimbang
untuk dibatalkan.
Tuan Nasruddin bin Haji-Alang Saidin: Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
hendak minta penjelasankah?
Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Ya, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tetapi sekarang
bukanlah masanya hendak minta penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Terima kasih. Beri
peluang kepada yang lain pula.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sungai Besi.
Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen yang bukan dipertanggungjawabkan
kepada Kementerian yang tersebut. Saya ingin tahu sama ada Kerajaan
sedar, banyak bas-bas mini bukan diuruskan oleh pemegang permit.
tetapi diuruskan oleh orang yang tidak berkelayakan. Mereka yang
memegang permit tidak mengurus tetapi duduk di rumah mengutip
DR.2.11.93 - 15 -
sumbangan dan bayaran sahaja daripada mereka yang di"Ali-Baba"kan.
Adakah Kementerian bersetuju kepada keadaan ini atau tidak? Kalau
tidak, adakah Kerajaan sudi menarik balik permit-permit yang•
diberikan kepada mereka yang tidak menguruskan perniagaan ini?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, semua lesen-lesen bas
mini adalah dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Awam dengan
menetapkan syarat-syarat. Jadi, setiap syarat itu perlu dipatuhi.
Kalau sekiranya seseorang pengusaha itu tidak mematuhi mana-mana
satu syarat sama ada dikesani oleh pihak penguatkuasa dari
Kementerian sendiri atau mendapat aduan daripada orang awam, maka
Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan boleh ambil tindakan.
Jadi ,terpulang kepada sama ada mereka melanggar syarat-syarat atau
tidak.
DR.2.11.93 - 16 -
PASPORT TERHAD/ANTARABANGSA - JUMLAH DITAHAN
6. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Dalam Negeri menyatakanbilangan Pasport Terhad dan Antarabangsa yang telah ditahan olehpihak Jabatan Imigresen atas sebab keselamatan mengikut pecahanjenis sebab spesifik.
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli
Yang Berhormat, dari tahun 1985 hingga 19hb Oktober 1993, seramai
5,724 orang pemilik Pasport Antarabangsa Malaysia dan Pasport
Malaysia Terhad telah ditahan pasport mereka atas sebab-sebab
keselamatan. Pecahan perangkaan adalah seperti berikut:
Jenis Kesalahan Bilangan
Jenayah Berat 653 orang
Mengedar Dadah 4,246 "
Melawat Negara Terlarang 825 "
Jumlah 5,724 orang
Dr. Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada
seorang penyair yang terkenal dalam negara kita - Cecil Rejendra
DR.2.11.93 - 17 -
yang pasportnya telah ditahan oleh pihak Kerajaan. Sampai hari ini
rakyat jelata belum lagi diberitahu alasan mengapakah pasport
beliau ditahan. Saya juga difahamkan bahawa seorang conservationist
di Sarawak, pasporttiya juga ditahan. Bolehkah Kementerian tersebut*
memberi satu penjelasan yang penuh dan jelaskan atas Akta apa
tindakan itu diambil? Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar
Negeri ada sebuckan mengenai hak asasi rakyat Malaysia, jadi adakah
hak asasi meraka ini juga telah dicabuli?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, pasport adalah hakmilik
Kerajaan dan selalunya Kerajaan menggunakan. kuasa secara
berhati-hati dan dengan bijaksana. Dalam-kes yang disebutkan oleh
Yang Berhormat dari Petaling Jaya, mereka yang terlibat ini, oleh
kerana"pihak Berkuasa ada sebab untuk mempercayai sesuatu telah
dilakukan dari segi sama ada tingkah-lakunya telah memberikan satu
kesan negatif kepada imej negara ataupun kepada keselamatan, maka
Pihak Berkuasa, khasnya Jabatan Imigresen berhak menahan pasport
untuk disiasat. Jadi, penyiasatan itu akan menentukan sama ada
pasport itu akan terus ditahan ataupun dikembalikan. Di peringkat
ini, saya tidak ingin berulas apa sebab siasatan masih dijalankan.
Saya ingin menjelaskan di sini, negara Malaysia ini memanglah
scbuah negara yang berdemokrasi, yang ada mempunyai kebebasan yang
tertentu. Kalau kita hendak membandingkan hak asasi manusia dengan
ketenteraan awam dan keselamatan, saya rasa hak asasi seseorang
individu itu tidak boleh dikatakan lebih penting daripada keadaan
keselamatan keseluruhan untuk negara. Itu adalah satu prinsip
yang Kerajaan Malaysia selalu patuhi. Jadi, dengan ringkasnya,
DR.2.U.93 - 18 -
Kerajaan telah menggunakan kuasa secara munasabah dan hak asasi
manusia dalam konteks Malaysia ini memang terjamin.
Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Bolehkah Kerajaan mengkaji semula terhadap pasport yang
ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk rakyat Malaysia yang
pergi ke negeri China tanpa visa yang sah? Kerana majoriti mereka
addalah orang-orang Cua dan kurang faham peraturan-peraturan•
Imigresen. Travel agencies juga begitu, Banyak masalah dan
kesulitan, khasnya di Sarawak, kerana hak untuk keluar atau renew
pasport itu telah ditarikbalik oleh Ibu Pejabat Imigresen di sini
mengakibatkan orang tua menghadapi banyak masalah dan kesulitan
untuk memohon. Mereka terpaksa tunggu lama walaupun melalui Wakil
Rakyat, untuk mendapat jawapan dari Ibu Pejabat Imigresen.
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, salah satu kategori
rakyat Malaysia yang telah kena tahan pasport, saya telah beritahu•
tadi iaitu melawat negara terlarang adalah seramai 825 orang. Di
antara 825 orang, termasuklah mereka yang pernah melawat negeri
China pada masa Malaysia belum buka peluang untuk rakyatnya pergi ke
negeri China tanpa memohon terleblh dahulu seperti hari ini. Walau
bagaimanapun, dengan adanya keadaan yang baru ini, Kerajaan
terutamanya Kementerian Dalam Negeri sudah buat satu keputusan di
mana tempoh penahanan pasport untuk kategori ini sudah dikurangkan
kepada 3 tahun. Setahu saya, kebanyakan mereka ini, hampir semua
atau lebih 90% pergi ke negeri China tanpa izin ini sudah lebih
daripada 3 tahun. Jadi, dengan pengurangan tempoh pcnahanan ini,
DR.2.11.93 - 19 -
masalah mereka boleh dikatakan selesai. Yang menjadi masalah,
mereka ini tidak faham prosedur untuk mengambil balik. Sepatutnya,
mereka sendiri kena merayu dengan menandatangani surat dengan
sendiri. Jangan beri kepada Wakil Rakyat atau orang lain untuk
menandatangani untuk dia. Dia kena merayu kepada Ketua Pengarah
Imigresen untuk perhatian Bahagian Keselamatan, dengan memberikan
nombor rujukan semasa pasportnya ditahan. Kalau sekiranya tidak
memberi nombor rujukan atau tidak ada butir-butir tepat, maka
Jabatan Imigresen susah hendak mengesan pasport yang telah
ditahankan lama dahulu. tni adalah satu prosedur yang Wakil-wakil
Rakyat boleh menerangkan kepada mereka.
KADAR CAJ RAWATAN DI KLINIK/HOSPITAL SWASTA - KAWALAN
7. Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta MenteriKesihatan menyatakan adakah Kerajaan berhasrat mengawal kadar cajrawatan di klinik dan hospital swasta kepada kadar yang lebih rendahdan termampu oleh pelbagai lapisan masyarakat supaya matlamatmasyarakat penyayang dapat dicapai.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' K,
Kumaran]: Tuan Yang di-Pertua, penentuan kadar caj rawatan yang
dikenakan oleh klinik dair hospital swasca tidak termasuk di bawah
bidangkuasa Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, sebagai
agensi yang bertanggungjawab terhadap masalah-masalah kesihatan yang
DR.2.11.93 - 20 -
dihadapi oleh rakyat, Kementerian Kesihatan amat prihatin terhadap
perkara ini. Satu Jawatankuasa yang terdiri dari wakil-wakil dari
Kementerian Kesihatan, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan
Pengamal Perubatan dan Persatuan Hospical Swasta telah ditubuhkan
untuk berunding dan mengkaji cadangan-cadangan kadar caj agar ianya
bersesuaian dengan kos penyediaan perkhidmatan serta kemampuan
pelbagai lapisan masyarakat.
Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Nampaknya, rawatan di hospital-hospital Kerajaan seperti Institut
Jantung Negara, yang sukar dapat rawatan segera kerana kekurangan
wang. Hospital Kerajaan di mana-mana tempat akan tambah bayarannya
kerana beberapa bidang akan diswastakan kelak. Oleh yang demikian,
semakin lama, bayaran seroakin meningkat. Memandangkan keadaan
semakin serius ini, adakah Kerajaan akan menggubal satu undang-
ndang, bukan sahaja menetapkan garispanduan bayaran rawatan klinik
dan hospital swasta, ia juga memaksa mereka mencatat bayaran butiran
yang lebih jelas seperti harga setiap jenis ubatnya berapa dan
consultation feenya berapa; dan mungkin hendak ambil giliran nombor
itu kena bayar berapa [Ketawa] dan sebagainya, supaya orang yang
ingin dapat rawatan di klinik dan hospital dapat merabuat
perbandingan yang lebih jelas sama ada dia hendak pergi ke klinik
inikah atau klinik itu? Kalau Kerajaan tidak mengadakan satu
garispanduan yang tertentu untuk memaksa mereka, mungkin tekanan
jiwa seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri
lebih daripada 900,000 orang kcna tekanan jiwa dan tekanan mental.
Kalau keadaan berlarutan, raungkin bilangan ini akan bertambah.
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan supaya
keadaan tidak bertambah serius lagi?
DR.2.11.93 -21-
Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua,. soalan asal adalah
berkenaan dengan hospital swasta dan klinik-klinik. Di sini
berkaitan , dengan hospical Kerajaan, kita ada Akta Fee di mana ada
diterangkan segala butiran. Oleh sebab itu, saya minta Ahli Yang
Bcrhormat merujuk kepada Akta Fee itu.
Tuan Lau Dak Kee: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
nanti dahulu Yang Berhormat. Sebenarnya, soalan asal itu bersabit
dengan klinik dan hospital swasta scpcrtimana yang disarankan tadi
itu, saya bersetuju.
Tuan Lau Dak Kee: Soalan saya ialah mengenai klinik swasta
dan hospital swasta. Saya telah meminta menentukan satu
garis panduan atau bukti bayaran. Tetapi mungkin Yang
Berhormat.....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat:,
dia sudah jawab tadi.
Tuan Lau Dak Kee: ......Setiausaha Parlimen itu tidak begitu
faham.
Timbalan Yang di-Pcrtua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya minta Yang*
Berhormat merujuk kepada jadual yang disediakan.
Tuan Lau Dak Kee: Betul! Saya tetap masukkan, tetapi dia
tidak beri masuk sahaja. [Ketawa]
Tuan Fong Kui Lun: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Klang.
DR.2.11.93 -22-
Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Baru-baru ini MMA meminta Kabinet meluluskan kenaikan caj rawatan
dan perubatan, tetapi ditolak. Soalan saya, adakah MMA ada membuat
cadangan baru? Jika ada, apakah pandangan Kerajaan?
Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya
jawabkan tadi, dalam Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian
Kesihatan, MMA juga adalah salah seorang anggota dalam Jawatankuasa
itu. Apabila kita mengadakan perundingan atau perbimbangan, kita
mengambilkira pandangan mereka sebelum kita mengambil sesuatu
keputusan. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat ada apa-apa cadangan atau
pandangan, kirimkan kepada Kementerian saya dan saya boleh bawa ke
Jawatankuasa itu untuk pertimbangan Jawatankuasa. [Disampuk]
PELUPUSAN BUANGAN INDUSTRI DI BUKIT NANAS,NEGERI SEMBILAN - PELAKSANAAN PROJEK
8. Tuan Sim Kwang Tang minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan sana ada Jemaah Menteri Persekutuan bersamadengan pihak Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan Projek WMC diBukit Nanas di Negeri Sembilan, dan adakah beliau. sedar, ramaipenduduk-penduduk tempatan di sekililing Bukit Nanas masih belummenerima pelaksanaan projek itu, walaupun kempen publisiti telahdilancarkan oleh syarikat berkenaan secara meluas.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Tuan
Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang.
Berhormat, Jemaah Menteri pada mesyuaratnya bertarikh 20hb Januari;
1993 telah bersetuju supaya Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar menyegerakan projek kemudahan pengolahan dan pelupusan
buangan industri di Bukit Nanas, Negeri Sembilan. Berdasarkan
kepada penilaian yang dibuat oleh ahli panel EIA, Ketua Pengarah
Alam Sekitar telah melaluskan laporan EIA bagi projek tersebut
DR.2.11.93 -23-
pada 26hb Ogos, 1993. Kelulusan bagi gunatapak projek masih
diperingkat pertimbangan oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan.
Saya sedar bahawa memang terdapat sebilangan kecil penduduk di
sekitar Bukic Nanas masih belum menerima pelaksanaan projek
tersebut, walaupun kajian menunjukkan bahawa projek tersebut tidak
memberi kesan .yang significant kepada manusia dan alam sekitar.
Dalam hal ini, pihak Kementerian berserta pihak pemaju projek akan
terus memberi penjelasan kedudukan sebenar projek ini kepada mereka
yang berkenaan.
Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah membaca
laporan EIA ke atas projek WMC di Bukic Nanas yang dicadangkan itu.
Soalan tambahan saya ialah tentang EIA ini dan EIA pada amnya dalam
projek ini skopnya terlalu sempit, sebab ia cuma menyiasat satu
kawasan 8km dari projek site sahaja. Kenapakah 8km sahaja? Kenapa
tidak lOkm ataupun schingga Port Dickson sebab, dengan izin,
underground water contamination boleh dibawa oleh sungai-sungai ke
laut. Ini pun boleh dipersoalkan di dalam mahkamah centang
kepakaran mereka yang menjalankan EIA, sebab saya rasa,dalam
syarikat kontraktor yang menjalankan EIA ini, tidak ada seorang pun
pakar environmental science, environmental engineering ataupun
environmental technology, Ini adalah bidang sains, dan kejuruteraan
yang baru. Maka adakah pihak Kerajaan sanggup mengkaji aemula
prosidur dan syarat-syarat untuk melayakkan sesuatu kontraktor
ataupun syarikat menyediakan EIA, bukanlah untuk Bukit Nanas sahaja,
bahkan untuk semua projek besar.
DR.2.11.93 -24-
Soalan kedua, tidak payahlah. Saya rasa dia pun tidak boleh
menjawab. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Janganlah buat
sangkaan Yang Berhormat. Tidak baik buat macam itu! [Ketawa]
Tuan Peter Chin Fah Kui: Soalan kedua, kosong.
Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya
bertanya sekejap. Saya mahu minta raaaf dan minta izin. Ini bukan
hendak menghina dia. Soalan kedua ialah, adakah Kerajaan bertujuan
untuk mengkaji semula taktik dan strategi dalam isu besar ini,
mungkin untuk menghidupkan semula suatu cadangan dulu ataupun
cadangan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Bukan untuk satu
WMC dibina di Bukit Nanas sahaja, tetapi dicentralise dan
diconstruct supaya ianya diletakkan dekat dengan tempat sisa-sia
toksid dikeluarkan untuk mengurangkan risiko dalam proses
pengangkutan dan supaya mengelakkan jangan memangsakan rakyat Bukit
Nanas yang tidak menikmati hasil dari program perindustrian. Saya
rasa ini dia memang kata "tidaklah", sebab saya sudah katakan tadi,
saya tarik balik.
Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Ahli
Yang Berhormat dari Bandar Kuchihg ini seolah-olah menjadi pakar
tentang perkara ini dan bolch menasihatkan panel EIA yang melibatkan
pakar-pakar tcntang perkara engineering dan sebagainya untuk
menjalankan usaha EIA tersebut.
Tuan Sim Kwang Yang: [Bangun]
Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, walau
bagaimanapun, saya hendak jawab.....
DR.2.11.93 -25-
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhorraat
Bandar Kuching, sabar.
Tuan Peter Chin Fah Kui: ....soalan-soalan yang ditujukan oleh
Ahli Yang Berhormat dari Bandar Kuching tadi. Kajian EIA ini telah
dijalankan dan pihak panel EIA yang ditubuhkan oleh Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar telah meneliti laporan EIA ini dan mereka telah
bermesyuarat beberapa kali dengan panjang lebar untuk menyelesaikan
perkara ini. Akhirnya, dalam keputusan panel EIA ini mereka
bersetuju EIA ini boleh diterima, projek ini boleh diluluskan dengan
syarat-syarat yang mereka masukkan dalam surat kebenaran itu.
Saya hendak menjelaskan di sini, kalau Ahli Yang Berhormat
dapat meneliti surat kelulusan itu, beliau boleh mendapati bahawa
syarat-syarat yang ketat dan sangat padat dari segi keselamatan dan
sebagainya supaya pihak peraaju iaitu Kualiti Alam Sdn. Bhd. apabila
menjalankan atau membina projek ini akan memberi penuh perhatian
supaya semua syarat-syarat ini dapat diawasi oleh semua pihak dan
supaya projek ini dari keseluruhannya selamat. Inilah yang telah
dibuat dan pihak panel EIA merasakan mereka berpuas hati. Oleh
sebab itu, barulah Ketua Pengarah memberi surat kelulusan kepada
pihak pemaju pada 20hb. Ogos, 1993. Ini bermakna dari sembilan
bulan sampai satu tahun mereka berunding dan bermesyuarat supaya
projek ini diberi sepenuh perhatian dan tidak sia-sia sahaja
diluluskan.
DR. 2.11.93 ' - 26 -
Mengenai cadangan oleh Ketua Pembangkang tentang
'decentralisation' projek ini, saya sudah memberi jawapan semasa
menggulung perbahasan' di dalara Dewan yang mulia ini. Saya sudah
memberi alasan yang cukup panjang iaitu buat masa sskarang kita
tidak boleh 'decentralise' projek-projek seperti ini, kerana kalau*
kita 'decentralise' projek ini, dari segi-private sectornya projek
ini tidak ekonomik dari segi returnnya, dan oleh itu projek ini
tidak dapat 'decentralised'. Kalau di'decencralised' hanya dapat
memberi pengolahan yang separuh sahaja, tidak menyeluruh. Apa
yang kita hendak buat ialah satu pusat di mana semua sisa-sisa ini
boleh diolahkan dengan cukup teknik dan cukup saintifik serta
dengan teknologi yang canggih. Inilah maksud dan pendirian
Kerajaan iaitu kita tidak boleh 'decentralise'kan projek ini. Itu
sahaja jawapannya.
Tuan Lim Kit Siang: Adakah Kerajaan memandangkan masalah
. atau protes oleh penduduk-penduduk tempatan terhadap Projek WMC
di Bukit Nanas dan hasrat mereka untuk menjaga alam sekitar mereka,
sebagai satu ancaman terhadap keselamacan negara, sehingga
suratkhabar diberi arahan secara langsung atau tidak langsung,
tidak memberi tempat atau ruang kepada masalah mereka?, Adakah ini
DR 2.11.93 - 27 -
membayangkan kalau mereka terus membuat protes bagi menjaga masa
depan mereka dan anak-cucu mereka, mungkin mereka akan ditahan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pernah dilakukan terhadap
aktivis-aktivis dalam isu radioactive waste di Papan dan Bukit•
Merah.
Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah
hendak membuat satu debate di dalam Dewan ini tencang sama ada
pihak Kerajaan sudah memberi pencraagan yang cukup atau
consultation dengan pihak penduduk. Di dalara jawapan asal saya
tadi, saya sudah menyatakan usaha-usaha untuk memberi penerangan,
untuk bermesyuarat dengan pihak penduduk di sekitar Bukit Nanas
itu masih dijalankan dan satu syarikat perhubungan awam
(consultant) telah dilantik oleh pihak Syarikat Kualiti Alam
bernama 'Burson-Marsteller' telah berusaha dari segi dialognya, dari
segi.....
Tuan Lim Kit Siang: Itu bukan jawapannya, saya bertanya sama
ada ISA akan digunakan.
Tuan Peter Chin Fah Kui: .... semua cara-cara untuk barhubung
dengan mereka supaya....
Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Jangan mencelah,
Yang Berhormat.
Tuan Peter Chin Fah Kui: .... mereka dapat memahami semua
kaedah-kaedah rentang projek ini, jangan disalah anggap dan
dipengaruhi oleh pihak-pihak berkenaan, seperti DAP.
Tuan Lim Kit Siang: Tidak faham! [Boo!]
DR 2.11.93 - 28 -
BAYARAN RAWATAN PERUBATAN DI SABAH - PENGECUALIAN
9. Tuan Radin Malleh minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) kenapakah permohonan pengecualian bayaranrawatan perubatan bagi mereka yang tidakberkemampuan di Sabah tidak lagi dilayan.Adakah Kementerian sengaja menyusahkan rakyatmiskin dan suka melihat kesengsaraan mereka;dan
(b) kenapakah pesakit-pesakit gigi di arah untukmembuat 'appoinment' acau temujanji dalammasa enam bulan barulah memperbaikinya sepertimenampal dan sebagainya. Bukankah tempohsebegitu tersangat lama bukan saja menambahkanrosak kepada gigi tetapi juga menjadikan gigibusuk dan buruk.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' K. Kumaran]:
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Permohonan pengecualian bayaran rawatan per-
ubatan daripada mereka yang tidak berkemampuan
boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh
mana-mana Ketua Hospital atau seseorang wakil
DR 2.11.93 - 29 -
yang dilantik olehnya di semua hospital-
hospital Kerajaan di seluruh negara,termasuk
Sabah. Perkara ini diperbekalkan di bawah
Perenggan 16(7) Perintah Fee 1982 dan masih
terus dilaksanakan sehingga sekarang.
(b) Pesakit yang memerlukan rawatan tampalan gigi
boleh diberi temujanji dalam tempoh masa
enam bulan sekiranya kerosakan gigi hanya
terjadi pada peringkat awal di mana belum
melibatkan dentina. Kerosakan gigi apabila
sampai ke peringkat dentina boleh merebak
dengan cepatnya sehingga ke peringkat pulpa.
Dalam keadaan ini, rawatan campalan perlu*
diadakan dengan segera supaya tidak terus
merebak. Telah menjadi amalan di semua Klinik
Pergigian Kerajaan di mana kes yang memerlukan
rawatan segera diberi rawatan serta-merta.
Tuan Radia Malleh: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan
tambahan ini berkaitan dengan Kementerian Kesihatan, walaupun tidak
berkait langsung dengan soalan asal, tetapi saya mengambil
kesempatan ini untuk meminta penjelasan daripada Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen. Adakah Kementerian sedar sama ada
ada directive ataupun pcruntukan-peruntukan undang-undang yang
membolehkan pihak Kementerian membenarkan pesakit-pesakit
DR. 2.11.93 - 30 --
terutama sekali di Sabah untuk 'employ', dengan izin,
pendatang-pendatang asing untuk menjaga mereka dan tidak
membolehkan saudara-mara untuk menjaga mereka.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
saya rasa soalan ini agak terkeluar dari soalan asal.
Dato' K. Kumaran: Ini luar daripada bidangkuasa Kementerian.
Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kali ini
tetap masuk ... [Katawa]
Timbalan Yaag di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Itu bukan
keputusan Yang Berhormat.
Tuan Lau Dak Kee: Ramalan saya memang betullah.
Timbalan Yang di-Petua [Tuan Oog Tee Keat]: Pak nujum!
Tuan Lau Dak Kee: Sebab berkenaan dengan pengecualian bayaran
rawatan perubatan, Adakah satu arahan telah diberi kepada mana-mana
klinik Kerajaan ataupun hospical Kerajaan. di mana apabila pesakit-
pesakit mendapat rawatan daripada hospital tersebut ataupun telah
sembuh, apabila mereka hendak keluar daripada hospital dan
bayaran-bayaran yang telah ditetapkan oleh hospital itu kena
dibayar, kalau mereka tidak membayar ataupun tidak menjelaskan
bayaran itu, mereka tidak boleh keluar daripada hospital tersebut.
Adakah itu satu arahan baru yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian?
DR. 2.11.93 - 31 -
Yang kedua, nampaknya jawapan daripada Yang Berhormat
Seciausaha Parlimen yang menyatakan berkenaan dengan- rawatan
pergigian ini, hanya mereka dapat membuat satu temujanji
(appointment) kalau penyakit-penyakit itu didapati adalah penyakit
di peringkat awal dan boleh tunggu, jadi mereka kena tunggulah
selama 6 bulan. Itukah sikap Kerajaan apabila penyakit yang tidak
begitu serius boleh tunggu, kalau penyakit yang serius boleh
mendapat rawatan yang segera, mana tahu? Mungkin pcnyakit itu
pada peringkat awalnya, dalam sekelip mata, boleh menjadi serius.
Jadi, macam mana Kerajaan dapat memastikan sama ada gigi itu akan
rosak dalam raasa 6 bulan atau tidak? Ini bergantung kepada tubuh
badan seseorang ataupun kualiti gigi itu, bukan daripada pandangan
Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sendiri.
Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, -saya hendak menjawab
soalan kedua dahulu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, tetapi
perkara ini dipastikan bukan olch orang biasa, bukan oleh saya atau•
orang lain, tetapi oleh seorang doktor yang berkelayakan penuh dan
dia juga boleh buat temujanji. Oleh scbab itu, soal ini tidak
timbul.*
Mengenai soalan tambahan yang pertama, pada pcndapat saya,
Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk
menahan seseorang pesakit yang telah di'discharged' daripada
hospital. Saya telah menerangkan bahawa jika seseorang yang tidak
mampu membayar mereka boleh dikecualikan iaitu mereka boleh
membuktikan ataupun meminta kebenaran daripada Ketua Hospital
uncuk mendapat pengecualian. Oleh sebab itu, arahan untuk menahan
seseorang pesakit jika mereka tidak mampu membayar bayaran hospital
itu tidak timbul dan saya adalah sedar mengenai hal ini. Walau
bagaimanapun, jika ada bukti, sila berikan dan saya boleh menyiasat
dan mengambil tindakan.
DR.2.11.93 - 32 -
TELEFON - PERKHIDMATAN KE RUMAH PANJANG, SARAWAK
10. Tuan Jawah Anak Gerang minta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan selaras dengan polisi Kerajaan untuk mengadakanperkbidmatan telefon ke scluruh kampung di seluruh negara, bilakahtiap-tiap rumah panjang di Sarawak akan menikmati telefonnyasendiri. Sama ada Kerajaan juga akan mengeksploitasikansungai-sungai yang deras dan kccil di luar bandar untuk dijadikanmini-hidro supaya penduduk-penduduk luar bandar akan juga dapatmenikmati keuntungan daripada janakuasa.
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S. Samy Vellu]:
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di samping
usaha-usaha untuk menyediakan kemudahan telefon dengan menggunakan
infrastruktur telekomunikasi yang sedia ada, Telekom Malaysia juga
sedang menguji satu sistem teknologi radio yang baru. Dengan adanya
sistem ini kelak, kemudahan telekomunikasi dapat disediakan kepada
kawasan-kawasan rumah panjang dan Telekom Malaysia menjangkakan
sasaran satu telefon di setiap kampung termasuk rumah panjang dapat
dinikmati menjelang tahun 1997.
Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha Kerajaan uncuk mengekspioitasi
sungai-sungai di Sarawak bagi projek mini-hidro sentiasa dijalankan.
Sebanyak 320 tempat seluruh negeri Sarawak telah dikenalpasti
sebagai tapak keupayaan untuk membina projek mini-hidro. Daripada
itu 60 tapak boleh dimajukan oleh kerana cukup dekat kepada kampung-
kampung.
Daripada itu 15 tapak telah dijalankan pcnyelidikan peringkat
pra kemungkinan (prefeasibility study) dan 11 buah projek terbaik
telah pun dipilih untuk pelaksanaan melalui Rancangan Malaysia
Keempat sampai Rancangan Malaysia Keenam.
DR.2.11.93 - 33 -
Setakat ini 7 buah projek yang bcrjumlah RM41.7 juta telah siap
dibina dan tapak baru sentiasa dicari untuk memfaedahkan
penduduk-penduduk luar bandar.
PENGLIBATAN MENTERI/KETUA MENTERI DALAM SYARIKAT BERDAFTAR
11. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan sama adaahli pendadbiran seperti Menteri dan Ketua Menteri dibenarkanberkecimpung dalam bidang perniagaan dan memiliki saham secaralangsung dalam syarikat berdaftar atau tidak menerusi syarikatpenama:
(a) dan kalau ya, apakah tindakan yang akan diambil ke atasmereka yang berbuat demikian seperti Ketua Menteri Melaka- Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik;
(b) dan kalau tidak, mengapa, serta adakah pihak Kerajaanbercadang untuk menghapuskan amalan ini; dan
(c) berapa banyakkah Menteri, Timbalan Menteri, SetiausahaParlimen, Ketua Menteri dan ahli EXCO mempunyaikepentingan dalam syarikat berdaftar.
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Douglas
Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, anggota pendadbiran termasuklah
Menteri dan Ketua Menteri memang tidak boleh berkecimpung secara
aktif dalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, mereka
dibenarkan memiliki sahara dalam syarikat-syarikat berdaftar
sekiranya jumlah pemilikan sahara tersebut tidak meraberi kuasa dalam
pengurusan syarikat yang berdaftar itu atau tidak membawa sebarang
conflict of interest.
DR.2.11.93 - 34 -
Jawapan bagi soalan-soalan seterusnya ialah:
(a) tindakan yang seauai akan diambi1 untuk menyiasat dengan
rapi apa-apa kes yang melibatkan amalan yang tidak
diingini oleh Kerajaan;
(b) pihak Kerajaan akan terus memastikan bahawa semua
anggota pentadbiran bebas daripada berkecimpung dalam
bidang perniagaan secara aktif; dan
(c) soalan ini adalah spesifik dan memerlukan masa untuk pihak
Kerajaan mendapatkan data yang relevant.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut telah
pun cukup.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan
Jawapan bagi Pertanyaan No. 3 dan No. 12 bingga 32 akan dimasukkan
dalam naskhah bercetak kelak
DR.2.11.93 - 35 -
RANG UNDANG-UNDANG
HANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1994
Bacaan Kali Yang Kedua
BAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 1994
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Rang Undang-undang
Perbekalan 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa Usul
yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta KumpulanWang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlahwang sebanyak tidak lebih daripada RM13,850,004,080(Ringgit Malaysia tiga belas bilion, lapan ratus limapuluh juta, empat ribu dan lapan puluh) dibelanjakandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1994 danbagi tujuan-tujuan dan buciran-butiran perbelanjaanpcmbangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan.atau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 1994 yangdibentangkan sebagai Kerteas Perintah 31 Tahun 1993,adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaanjumlah-jumlah yang bersetentangan " dengan butiran-butiranitu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut". [1hbNovember, 1993)
DR.2.11.93 - 36 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuaa Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Marang, diminta sambung.
3.35 ptg.
Tuaa Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua,
semalam saya telah menerangkan secara ringkas berkenaan dengan
prinsip dan pelaksanaan di dalam negara Islam yang telah berjaya
membuktikan kejayaannya ketika ia dilaksanakan. Namun begitu masih
banyak tanda-tanda yang menunjukkan kini tidak ada keyakinan kepada
cara Islam di kalangan orang-orang yang mengaku Islam sendiri dan
tidak serius untuk memperkenalkan cara Islam itu kepada dunia sama
ada dalam perkara dasar begitu juga dalam pelaksanaannya melalui
pentadbiran, pengurusan dan termasuklah untuk membanteras jenayah
yang begitu ketara sekarang. Mungkin kerana telah berlalu masa yang
lama dan hasil daripada kesan serangan pemikiran yang dibawa oleh
penjajah yang mencuba dan berusaha untuk melumpuhkan manusia
khususnya umat Islam supaya mereka tidak membina kekuatan ummah dan
kekuatan keperibadian manusia yang pernah dibuktikan oleh Islam
sehingga negara-negara penjajah ataupun yang mempunyai semangat
imperialisme tidak berjaya untuk menguasai negara-negara yang hendak
dijajah itu.
Melihat kepada betapa seriusnya keruntuhan peribadi manusia dan
bertambahnya kejadian jenayah, maka kita perlu mengkaji semula
terhadap apa yang dilaksanakan sekarang ini. Kejadian jenayah yang
berlaku dalam negara kita sungguh serius. Di sini saya ingin
mengemukakan bagaimana meningkatnya kejadian jenayah berlaku dalam
negara kita seperti yang pernah dinyatakan oleh Kementerian Dalam
DR.2.11.93 - 37 -
Negeri ketika menjawab soalan saya pada 12hb Mei, 1992. Kejadian
jenayah di antara tahun 1981 sehingga tahun 1991:
Membunuh - 258 pada tahun 1981, meningkat kepada 415;
Merogol - 360 meningkat kepada 706;
Mencuri - 63',356 menurun kepada 5,421;
Merompak - 4,937 meningkat kepada 5,804;
Mengedar dadah - 134 meningkat kepada 744.
Jumlah peratus peningkatan ataupun penurunan kadar kejadian
jenayah tersebut jika dibandingkan di antara tahun 1981 dan tahun
1991 ialah, membunuh meningkat kepada 37.8%; merogol meningkat
kepada 8.49%; mencuri menurun kepada 12.3%; merompak meningkat 15%.
Walaupun mencuri menurun kepada 12%, rompakan meningkat kepada 5%.
Ini mungkin pencuri sudah naik pangkat jadi peronpak. Kita perlu
melihat kepada peningkatan ini. Mengedar dadah meningkat kepada
81.99%. Inilah perkembangan jenayah yang berlaku. dalam negara
kica.
Sepatutnya Kerajaan sudah peka dengan keadaan sekarang di mana
pencurian, penyelewengan bukan lagi puluhan ribu ringgit tetapi
kepada peringkat juta dan jutawan. Membunuh bukan sekadar membunuh
tetapi sudah ke peringkat, mengerat-ngerat selepas dibunuh dan
membunuh bayi dan seterusnya dalam perkara-perkara yang lain
menunjukkan perlunya penyelesaian baru dicari, perlunya kita mencari
penyelesaian yang lain bagi mengatasi masalah tersebut.
Walau bagaimanapun, saya mengalu-alukan kenyataan Menteri
Undang-undang untuk mengorak langkah ke arah meninggalkan
undang-undang Inggeris dijadikan rujukan untuk kembali kepada
undang-undang yang sesuai dcngan masyarakat yang ada di Malaysia
ini. Oleh kerana undang-undang lslam adalah undang-undang daripada
agama yang dianut oleh sebahagian besar daripada masyarakat
Malaysia, maka ianya perlu diberi perhatian yang sungguh-sungguh.
DR.2.11.93 - 38 -
Walaupun perkara undang-undang Islam telah dijelaskan. beberapa kali
dalam seminar-seminar yang diadakan di pusat-pusat pengajian tinggi,
oleh Jabatan Kerajaan, pertubuhan-pertubuhsn ugama dan lain-lain,
Jabatan Agama Islam Kedah pernah menganjurkan seminar berkenaannya
dalam tahun 70-an, tetapi masih ramai yang tidak faham atau senjaga
tidak faham. Maka saya mahu mengulangi sekali lagi secara lebih
detail di Dewan ini, mudah-mudahan boleh diterima dan menyedari
kawajipan menerimanya menjadi suatu tanggungjawab yang tidak boleh
dipandang kecil dan remeh-temeh, kerana keadaannya sudah menjadi
parah dan perlu kepada rawatan yang segera dan berkesan. Tidak
berguna lagi kita meneruskan secara yang telah menunjukkan tidak
berkesan itu.
Sebenarnya syariah atau pcrundangan Islam ini tidak asing
kepada kita, seperti asingnya undang-undang Inggeris dan Perancis
yang banyak diamalkan di bekas-bekas tanah jajahan, - termasuklah
negara kita ini. Bahkan negara-negara Barat yang menghasilkan
undang-undang tersebut telah pun menunjukkan kebuntuan yang parah.
Apakah kita mahu menunggu masa depan yang parah juga? Kita
bertanggungjawab tidak boleh mengizinkannya sekali-kali, maka kami .
juga merasa bertanggungjawab walaupun memerlukan beberapa kali
menerangkan perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, syariat Islam atau perundangan Islam itu
berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana ia memberi
penekanan dalam dua aspek. Yang pertama, aspek spiritual, rohani,
menimbulkan keinsafan - adanya pengawasan Allah yang Maha Mengetahui
sehingga tidak boleh disembunyikan, termasuklah segala yang tersirat
DR.2.11,93 - 39 -
dalam hati manusia. Adanya perhitungan dosa dan pahala kepada semua
tindak-tanduk, baik dan jahat yang dilakukan oleh manusia, dan
seterusnya ada pula perhitungan selepas mati, yang baik dibalas baik
dan diberi ganjaran syurga, dan yang jahat dimasukkan ke dalam
neraka, walaupun terlepas daripada tindakan di dunia ini. Aspek ini
tidak ada dalam undang-undang manusia.
Yang kedua, aspek zahir melalui tindakan undang-undang oleh
Kerajaan dengan keterangan-keterangan dan syarat-syaratnya yang
ketat dan tegas. Kesemua undang-undang Islam itu merangkumi segala
aspck yang perlu dalam kehidupan manusia dalam kontaks individu dan
masyarakat, di mana melibatkan kepentingan agama, nyawa akal,
keturunan atau kekeluargaan dan harta benda sama ada di peringkat
negeri atau antarabangsa. Kesemua undang-undang ini pernah
dilaksanakan dengan cemerlangnya dan diterima bukan sahaja oleh
orang-orang Islam, bahkan diterima juga oleh orang-orang yang bukan
Islam yang merasai betapa baik kesannya ketika ia dilaksanakan dalam
masyarakat majmuk yang lcbih besar dari yang ada di Malaysia hari
ini. Apabila ternyata undang-undang tslam ini telah mewujudkan
keadilan, keamanan yang mutlak, maka negara Islam di masa itu
berjaya menarik kedatangan orang-orang yang bukan IsTara dari luar
datang melabur, mempelajari kepesatan tamaddun Islam dan lain-lain
lagi. Oleh itu, masalah kegerunan orang-orang yang bukan Islam
tidak timbul.
Undang-undang Islam yang telah tidak diberi peranan sekarang
perlu dikembalikan semula untuk dikaji dan dipraktik setelah manusia
dilanda oleh nilai kemanusiaan yang sangat dahsyat. Bertambahnya
kadar jenayah yang menjatuhkan martabat manusia yang mengancam
DR.2.11.93 - 40 -
sifat beragama, berakhlak, mengorbankan nyawa, akal fikiran,
keluarga dan harta benda. Berlakunya di seraua pcringkat sama adn•
berkolar putih atau biru, di kalangan dewasa dan remaja. Perkara
ini menjadi perbincangan hangat di kalangan pendidik dan
penguatkuasa undang-undang tanpa menghasilkan sesuatu penyelesaian
yang benar-benar berkesan, menandakan kegagalan undang-undang
manusia yang terlalu ketara sama ada undang-undang yang bcrsifat
keras ataupun lembut, di samping tidak ada pula suatu jaminan yang
menghalang adanya orang-orang yang mungkin menjadi mangsa
penganiayaan undang-undang itu kerana cara menghasilkan keterangan,
saksi dan sebagainya tidak merapunyai syarat-syarat yang baik,
Marilah secara ikhlas, insaf dan bertanggungjawab, tanpa fanatik,
kita melihat perundangan Islam dan memahaminya dalam segala aspek
yang ada di tengah-tengah masyarakat kita supaya masalah kita
bersama dapat diatasi setelah beberapa lama kita mencuba - undang-
undang Inggeris yang asing dari masyarakat Melayu, Cina dan India
yang menganut berbagai-bagai ugama di negara ini.
Di sini, saya ingin mengemukakan contoh undang-undang jenayah
sahaja untuk menyelesaikan masalah semasa yang sangat mendesak.
Islam membahagikan undang-undang jenayah kepada tiga bahagi. Yang
pertama dinamakan 'qisas' iaitu hukuman yang berkait dengan hak
manusia yang berhubung dengan nyawa sehingga menyebabkan kematian
dan kecederaan, di mana hukumannya ditentukan oleh Al-Quran dan
Hadis Nabi S.A.W. yang menjadi nas pemutus sama ada dalam qisas yang
dinaraakan "qatlul 'amal", pembunuhan dengan sengaja ataupun
"syibghul. 'amat", pembunuhan menyerupai sengaja ataupun
"al-qatlulkhata", pembunuhan secara tersilap ataupun tersalah.
DR.2.11.93 - 41 -
Dalam pembunuhan sengaja sebagai suatu contoh, sekiranya membunuh
dilakukan dengan alat yang membunuh dengan tujuan membunuh, maka
dijatuhkan. hukuman bunuh. Di samping itu, hukuman bunuh itu
dijatuhkan -dengan keterangan-keterangan yang ketat, dengan*
saksi-saksi yang disertai dengan syarat-syarat yang ketat, setelah
hukuman itu dijatuhkan, dibenarkan kepada keluarga si mati mengampun
bukan Lembaga Pengampunan yang mengampun. Dan setelah diampun,
dikenakan bayaran 'diat', gantirugi yang berat dan mahal dalam
perkara yang berkait dengan "syibghul. 'amat", pembunuhan menyerupai
sengaja dan perabunuhan secara tersilap ataupun pembunuhan sengaja
yang dilakukan oleh kanak-kanak, yang dilakukan oleh orang gila,
orang yang tidak berakal, maka Islam setelah mengenakan diat yang
keras - bukan dikenakan kepada penjenayah, tetapi
dipertanggungjawabkan kepada keluarga penjenayah, iaitulah
keluarga-keluarganya yang menerima pesaka secara ' asabah, iaitu di
kalangan keluarga lelaki yang menerima pesaka yang banyak mengikut
hukum Islam dan menerima secara menghabisi harta setelah ditentukan
beberapa bahagian kepada yang ditentukan bahagiannya. Ini dalam
perkara yang berkait dengan qisas.
Perkara yang kedua, yang dikenali hukum 'hudud'. Hukuman hudud
ini ialah hukuman yang ditentukan atau dihadkan kadarnya oleh Al-
Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang melibatkan hak Allah dan hak
manusia menurut ajaran Islam iaitu dalam perkara yang melibatkan
moral, harta benda yang sangat perlu dipelihara, iaitu kesalahan•
mencuri, di mana kesalahan mencuri yang ditakrifkan mengikut hukuman
Islam yang dimaksudkan dengan mencuri itu ataupun 'sariqah' iaiah
perbuatan memindah dengan cara bersembunyi harta-alih daripada
DR.2.11.93 - 42 -
jagaan atau milikan tauannya tanpa persetujuan tuannya yang mana
perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menghilangkan harta itu
daripada jagaan atau milikan tuannya. Orang yang melakukan
kesalahan ini, setelah dibuktikan dengan keterangan-keterangan sama
ada ikrar pengakuan daripada penjenayah ataupun dengan saksi yang
adil yang ketat syarat keadilannya, maka dijatuhkan hukuman potong
tangan.
Yang kedua, 'hirabah', iaitu yang berkait dengan merompak.
Mereka yang merampas harta orang dengan menggunakan kekerasan,
menggunakan senjata dengan cara paksaan, maka dijatuhkan hukuman
bunuh sekiranya dia membunuh dan disertai dengan salib sekiranya dia
membunuh dan mengambil harta, dan dipotong tangan dan kaki sekiranya
dia mengambil harta sahaja, dan dibuang daerah ataupun dipenjara
sekiranya dia melakukan ancaman sahaja, bclum lagi mengambil harta
ataupun membunuh.
DR.3.11.93 - 43 -
Yang ketiga, kesalahan berzina iaitu kesalahan persetubuhan
tanpa perkahwinan yang sah di mana Islam mentakrifkan perzinaan yang
dimaksudkan dengan zina ialah persetubuhan yang dilakukan bukan
melalui perkahwinan yang sah sama ada suka sama suka ataupun tidak,
sama ada dipaksa ataupun tidak, Ia adalah zina mengikut hukum Islam
di mana takrif yang begini luas tidak ada di dalam undang-undang
Barat. Hukuman zina ini ialah direjam sehingga mati kepada yang
telah berkahwin dan sebat sebanyak seratus kali kepada yang belum
pernah berkahwin.
Yang keempat, kesalahan qas!r iaitu menuduh zina tanpa saksi
yang adil, tanpa empac orang saksi, hukumannya ialah disebat
sebanyak lapanpuluh kali.
Yang kalima, syuruk iaitu meminum arak atau minuman yang
memabukkan dan hukumannya ialah disebat tidak lebih dari lapanpuluh
kali dan tidak kurang daripada empatpuluh kali.
Yang keenam ialah riddah ataupun murtad yang dikenakan kepada
orang-orang Islam sahaja, tidak dikenakan kepada orang yang bukan
Islam yang keluar dari Islam. Hukumannya ialah dibunuh kerana dia
telah melanggar perjanjiannya yang berkait dengan akidah dengan
Allah S.W.T.
Yang ketujuh, hukuman takzir iaitu hukuman kepada kesalahan-
kesalahan yang lain daripada hudud dan qiaas yang diserahkan cara
dan penentuannya mengikut kebijaksanaan badan perundangan ataupun
budibicara mahkamah.
DR.3.11.93 . - 4 4 -
Sekiranya kita mengkaji secara mendalam nescaya akan didapati
bahawa hukuman yang ditegaskan, hukumannya kepada jenayah yang
sangat besar kesannya kepada manusia tnengenai perkara-perkara yang
berhubung dengan mereka, dengan nyawa, dengan harta-benda, dengan
maruah dan lain-lain dalam perkara qisas. Memandangkan betapa
besarnya harga nyawa manusia dan jasad mereka supaya tidak boleh
diperlakukan sewenang-wenang kerana pencabulan nyawa dan anggota
bukan sahaja melibatkan mangsa, tetapi keluarga dan masyarakat.
Dalam perkara zina, kerana ia boleh meruntuhkan keluar"ga dan
keturunan di samping terdedahnya kepada jenayah-jenayah yang lain
kerana mahu menutup malu, berlakunya perabuangan bayi, pembunuhan dan
lain-lain dan terdedahnya kepada penyakit-penyakit yang sangat
merbahaya seperti AIDS, sifl is dan lain-lain yang bukan sahaja
membahayakan orang yang melakukan jenayah itu tetapi juga keluarga
dan masyarakat.
Begitu juga dalam perkara khodat iaitu menuduh orang tanpa
sakai supaya tidak ada manuaia yang menjadi mangsa fi tnah sesama
sendiri dalam perkara merompak dan mencuri kerana memandang betapa
kejamnya manusia yang mengambil harta secara zalim melalui kerja dan
tenaga orang lain, Dalam kesalahan meminum arak, kerana menghormati
harga akal fikiran yang waras yang menjadi pembeza di antara manusia
dengan haiwan supaya ianya tidak disalahgunakan sewenang-wenang.
Undang-undang Islam tidak boleh dilihat kepada betapa keras dan
menggerunkan hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah-penjenayah
itu sahaja tetapi mestilah diketahui untuk melaksanakannya dikenakan
DR.3.11.93 - 45 -
syarat-syarat yang sangat ketat yang berkait dengan perkara
keterangan, yang berkait dengan perkara saksi dan lain-lain lagi
sehingga apabila ia dikuatkuasakan, terlalu payah untuk menjatuhkan
hukuman kerana tidak -memenuhi syarat-syaratnya. Apa yang penting
ialah kesan psikologi daripada undang-undang ini sangat mendalam
kepada pemikiran masyarakat di mana kalau kita melihat betapa
ketatnya syarat-syarat yang dikenakan untuk menjatuhkan hukuman
berhubung dengan keterangan, kesemua kesalahan yang berkait dengan
undang-undang yang tersebut hendaklah dibuktikan dengan keterangan
lisan atau ikrar yang dibuat oleh yang dituduh tanpa paksaan atau
dengan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan itu
hendaklah sekurang-kurangnya dua orang kecuali dalam perkara zina,
hendaklah oleh empat orang.
Saksi-saksi itu mestilah di kalangan lelaki Islam yang berakal
supaya dia tidak boleh digertak, baligh, adil yakni tidak melakukan
dosa besar, tidak mengekali dosa kecil dan tidak melakukan perkara-
perkara yang menjatuhkan maruah. Kecuali' dalam kes yang dibawakan
oleh orang-orang yang bukan Islam, kita boleh menerima saksi di
kalangan mereka dengan s-yarat saksi mereka mestilah orang yang
benar-benar patuh kepada agama mereka dan berakhlak, tidak
mengekali, keterangan-katerangan yang diberi mestilah nyata sehingga
tidak ada kesamaran sedikit pun. Kesemua saksi mestilah berdiri
teguh dengan keterangannya, bukan sahaja di mahkamah tetapi juga
pada masa hukuman dijatuhkan. Tuduhan tanpa saksi yang adil atau
DR.3.11.93 - 46 -
salah seorang dari saksi menarik tuduhan atau ternyata tidak
memenuhi syarat dikenakan hukuman had qaa'r dalam perkara zina dan
fakzir dalam perkara yang lain.
Dalam perkara hakim pula, seseorang hakim itu bukan sahaja
berilmu dan bijaksana dalam syariat Islam dan mengendalikan
mahkamah, tetapi mestilah seorang yang beriman kepada undang-undang
itu dan mempunyai sifat-sifat yang sangat baik dan benar-benar adil
peribadinya, maka Islam tidak membenarkan hakim yang bersifat fasik
dan tidak bermaruah.
Rasulullah S.A.W. pernah bcrsabda, "Satu hakim ke dalam syurga
dan dua hakim ke dalam neraka. Hakim yang mengetahui perkara yang
benar dan menjatuhkan hukuman dengan cara yang benar ke dalam
syurga, hakim yang mengetahui perkara yang benar lalu tidak
menghukum dia atas yang benar kedalam neraka dan hakim yang tidak
mengetahui perkara yang benar dan menghukum tidak mengetahuinya juga
ke dalam neraka".
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya binasa umat yang
terdahulu kerana apabila orang bangsawan melakukan kesalahan, mereka
tidak menjatuhkan hukuman dan apabila orang yang dhaif melakukan
kesalahan, mereka menjatuhkan hukuman. Maka Aku sesungguhnya, jika
anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya Aku potong
tangannya".
Hakim mestilah mencari jalan untuk membebaskan orang yang
dituduh dengan mengkaji sehalus-halusnya dan sedalam-dalamnya.
DR.3.11.93 - 47 -
Bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman kerana mengikut kaedah
perundangan Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah. Dia
hanyalah dituduh. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hukuman hudud
digugurkan dengan adanya kekeliruan". Sabda Rasulullah S . A . W . ,
"Kesilapan seseorang hakim membebaskan seorang yang bersalah lebih
baik dari kesilapan menjatuhkan hukuman ke atas orang yang tidak
bersalah."
Tuan Yang di-Pertua, di sana terdapat kesalahan-kesalahan yang
mesti memenuhi syarat, contohnya dalam perkara mencuri, di mana
kesalahan itu tidak boieh dijatuhkan hukuman dalam keadaan-keadaan
berikut:-
(i) Apabila nilai harta yang dicuri kurang daripada
nisab harga yang ditetapkan;
(ii) apabila keterangannya tidak boleh dibuktikan;
(iii) apabila pesalah tidak mukallaf;
(iv) apabila pemilik harta tidak mengambil langkah yang
cukup untuk menjaga hartanya;
(v) apabila pesalah tidak memiliki secara sempurna
harta yang dicuri;
(vi) apabila harta yang dicuri tidak bernilai mengikut
hukum syarak;
(vii) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh orang
yang meraberi hutang kepada orang yang berhutang
kepadanya dengan syarat harta yang dicuri tidak
melebihi hutangnya;
DR.3.11.93 - 48 -
(viii) apabila kesalahan dilakukan dalam keadaaa yang
sangat mendesak seperti peperangan, kelaparan,
penyakit dan alam.
Begitu juga tidak boleh dijatuhkan hukuman kepada kesalahan
yang berlaku di kalangan keluarga seperti isteri mencuri harta suami
terutamanya suami yang bakhil dan anak mencuri harta bapa dan
sebaliknya. Apabila kesalahan dilakukan oleh kumpulan-kumpulan jika
dibahagikan nescaya tidak mencukupi nisab apabila pemilik harta
tidak lagi mengaku hartanya apabila pesalah itu membuat bantahan
yang boleh diterima oleh hakim berkenaan dengan saksi dan lain-lain
maka hukuman hendaklah digugurkan.
Begitulah juga dalam hal-hal yang lain yang berkait dengan
perzinaan, yang berkait dengan rompakan dan lain-lain lagi hendaklah
dilihat kepada syarat-syaratnya yang ketat. Sekiranya kesalahan itu
berlaku tetapi tidak boleh memenuhi syarat-syarat untuk dijatuhkan
hukuman hudud, maka hendaklah dikenakan hukuman takzir.
Bagaimana hukuman dilaksanakan? Ini juga suatu perkara yang
perlu diberi perhatian. Sesuatu hukuman hudud yang dijatuhkan tidak
boleh dilaksanakan melainkan pesalah telah diperiksa oleh doktor
yang adil bahawa pesalah itu dalam keadaan sihat di mana hukuman
tidak boleh dilakukan ke atas pesalah perempuan yang hamil sehingga
dia melahirkan anak dan suci dari darah nifas. Kalau yang
dijatuhkan hukmnan rejam, biarlah sehingga anaknya selesai tempoh
penyusuan dan ada penjaganya, mestilah dalam perkara yang berkait
dengan hukuman sebat.
Bagaimanakah sebat di dalam Islam? Terdapat perbezaan yang
jauh di antara sebat di dalam Islam dengan sebat yang berlaku di
dalam penjara pada hari ini,
DR.2.11.93 - 49 -
Mestilah dilakukan dengan alat yang sederhana, membahagikan pukulan
di merata-rata badan dengan pukulan yang sederhana, tidak boleh
mengangkat lebih tinggi daripada kepala, secara berturut-turut dan
tidak raelebihi bilangan yang ditetapkan dan pesalah hendaklah dalam
keadaan berdiri dan berpakaian nipis yang menutup aurat mengikut
hukum syarak. Jika pesalah tidak raampu lagi mengikut pengesahan
Pegawai Perubatan maka ditangguhkan dengan serta merta sehingga
boleh disambung seraula dan Islam memberi penekanan dalam perkara
yang berkait dengan pengampunan.
Dalam perkara yang herkait dengan pengampunan dengan hukum
qisas yang berhubung dengan hak manusia, Islam menggalakkan.
pengampunan di mana hak pengampunan itu ialah kepunyaan mangsa yang
masih hidup dalam perkara kecederaan atau melukakan dan diberi hak
pengampunan kepada walinya dalam perkara pembunuhan. Apabila
berlakunya pengampunan maka hukuman qisas digugurkan secara damai
sama ada diganti dengan bayaran diat ataupun tidak secara
mewujudkan perdamaian yang menimbulkan kasih sayang dan Islam
memberi penegasan dalam perkara ini dengan firman Allah S.W.T. di
dalam Al-Quranul-Karim yang bermaksud:-
"Maka barangsiapa.. yang mendapat kemaafan daripada
saudaranya, orang yang memaafkan itu mengikuti dengan cara
yang baik yang demikian itu adalah satu keringanan
daripada Tuhan kamu dan rahmat. Maka sesiapa yang
melampaui batas selepas itu maka baginya azab yang pedih".
Ada pun hak pengarapunan yang diberi kepada satu Lembaga
Pengampunan yang dilantik pada hari ini tidak boleh memadamkan rasa
dendam dan permusuhan yang membawa kepada melakukan jenayah yang
lain pula .
Kepada penjenayah yang tidak sengaja, sebagai suatu
DR.2.11.93 - 50 -
contoh, Islam mewajibkan kepada penjenayah itu membayar diat yang
- dikenakan. kepada penjenayah c.an ditanggung oleh keluarganya iaitulah
di kalangan assabah,di kalangan orang-orang yang menerima pesaka
secara menghabisi di kalangan keluarganya'. Yang lelaki mesti
membayar diat bagi pihak orang yang raelakukan kesalahan secara
tersilap ataupun kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang
yang tidak mukallaf seperti orang gila, kanak-kanak hendaklah
dibayar oleh asabah yakni di kalangan keluarga lelakinya. Kepada
orang yang melakukan kesilapan yang melibatkan kepada pembunuhan ini
juga Islam mengenakan syarat ia mestilah memerdekakan seorang
hamba. Sekiranya tidak ada hamba maka dia hendaklah berpuasa dua
bulan berturut-turut.
Ini adalah merupakan suatu hukuman yang terlalu keras yang
dikenakan dalam perkara pembunuhan sama ada secara sengaja ataupun
tidak sengaja, dan kita melihat bagaimana dalam perkara pengampunan
ini Islam menggalakkan orang-orang yang melakukan maksiat itu
bertaubat. Jangan dia menyerah diri kepada pemerintah, di mana
seorang yang melakukan kesalahan zina, mencuri, merompak dan
lain-lain, dia bertaubat sebelum dibawa kepada pengadilan adalah
lebih afdal, adalah lebih baik mengikut ajaran Islam. Bagaimana
pula Islam mengenakan hukuman had ini dengan syarat-syarat yang
ketat bukan sahaja pada masa dibicarakan di mahkamah bahkan pada
masa undang-undang itu dilaksanakan.
Mengikut hukum Islam, umpamanya di dalam perkara yang berkait
dengan rejam, sebagai suatu contoh, ketika direjam orang yang
melakukan kesalahan secara mengaku melakukan perzinaan, ia direjam
ataupun disebat; setelah ia menarik balik pengakuannya, maka
DR.2.11.93 - 51 -
hendaklah dihentikan. Kalau orang yang direjam itu rnelarikan diri,
tidak boleh diburu lagi, hendaklah dihentikan kerana mungkin dia
telah menarik balik pengakuannya dan tidak dimestikan kepada
Kerajaan mencarinya dan memaksa supaya dia mengaku semula, Ini
menunjukkan bagaimana tujuan daripada undang-undang itu lebih
berbentuk untuk mendidik dan mengajar.
Dalam menguatkuasakan undang-undang Islam, kita akan dapati
wujudnya penekanan mendidik masyarakat supaya menjauhkan diri
daripada melakukan jenayah-jenayah yang meruntuhkan moral melalui
kesan psikologi dengan kehebatan undang-undang yang sangat mendalam
kepada penjenayah, bakal penjenayah dan masyarakat di mana
berlakunya perkara-perkara berikut:-
(i) hukuman yang dikenakan benar—benar menginsafkan
penjenayah sehingga dia t idak mengulangi lagi
kesalahannya dengan kesan hukuman itu dan hilangnya
dosa dengan hukuman itu dan dengan ber taubat raelalui
k e m a f a n n y a dalam hukuman yang cidak membawa kepada
mematikannya atau dia mati dalam keadaan ber taubat
dan dtampunkan dosanya;
(ii) hukuman itu benar-benar menggerunkan bakal-bakal
penjenayah sehingga dia memberhentikan hasrat untuk
melakukan jenayah;
(iii) masyarakat Islam dididik supaya menghargai dan
bersimpati kepada orang-orang yang bertaubat dan
insaf walaupun dengan menerima hukuman oleh mahkamah
dengan undang-undang Islam;
DR.2.11.93 - 52 -
(iv) simpati hendaklah diutamakan kepada mangsa jenayah
dan masyarakat bukannya kepada penjenayah. Apa yang
berlaku sekarang, simpati diberi kepada penjenayah
tetapi tidak diberi kepada masyarakat yang menjadi
mangsa penjenayah. Ini adalah hujah yang dilakukan
oleh mereka yang menolak pelaksanaan hukum syariat
yang berkait dengan jenayah; dan
(v) berlakunya apa yang ditegaskan oleh firman Allah
S.W.T, yang bermaksud: "Cegahan daripada Allah", se-
hingga jenayah dapat diatasi di mana keberkatannya
tidak dirasai dan tidak dapat digambarkan dengan
ucapan. Dengan pelaksanaan, kesannya terbukti ketika
Islam dilaksanakan di zamam silam dan di negara zaman•
kini yang pernah melaksanakan hukum hudud sejak
sekian lama, yang tarnyata kadar jenayahnya paling
kurang daripada negara-negara iain. Orang-orang yang
bukan Islam, mereka tidak dipaksa.
Para ulama telah mengemukakan pandangan-pandangan mereka
berhubung dengan orang-orang yang bukan Islam dan mereka diberi hak
memilih sama ada mereka mahu atau tidak dikuatkuasakan undang-undang
Islam. Sekiranya agama tnereka mempunyai undang-undang, maka
diizinkan mereka melaksanakan undang-undang agama mereka. Sekiranya
agama mereka tidak aJ. undang-undang, pemerintah tidak boleh
membiarkan jenayah berlaku begitu sahaja, maka diberi hak
menjatuhkan hukuman takzir mengikut kebijaksanaan pemerintah. Ini
adalah pandangan-pandangan yang luas yang dikemukakan oleh
ulama-ulama Islam di dalam kicab-kitab mereka yang kaya dengan
penghuraian. berbagai-bagai masalah.
DR.2.11.93 - 53 -
Sebenarnya kita boleh mengizinkan pelaksanaan undang-undang-
Islam di Malaysia amnya dan di Kelantan khasnya yang sepatutnya
diberi keizinan sekiranya kita menafsirkan Artikel 3, Perlembagaan
Malaysia secara membebaskan diri daripada pemikiran yang
dibelenggukan oleh penjajah dengan menafsirkan Islam secara Barat
yang telah menyempitkan kedudukannya. Sekiranya di tafsirkan Islam
itu mengikut pengertiannya yang sebenar, maka tidak ada halangan
untuk dilaksanakan undang-undang Islan tanpa menjejaskan penganut
agama lain untuk beramal dengan ajaran agama mereka berdasarkan
kepada perintah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud; "Tidak ada
paksaan di dalam agama".
Rasullallah s .a .w. mengizinkan orang-orang bukan Islam di
kalangan Yahudi supaya menghukum dengan undang-undang agama mereka
sekiranya agama mereka mempunyai undang-undang dan mangsa-mangsa
jenayah yang bukan Islam juga dibenarkan sekiranya mereka mahukan
undang-undang Islam dilaksanakan kepada orang-orang yang melakukan
kezaliman ke atas hak mereka.
Sejarah membuktikan bahawa orang-orang yang bukan Islam lebih
berminat untuk dibicarakan berdasarkan kepada undang-undang Islam
kerana syaratnya yang terlalu ketat . Orang-orang yang dituduh lebih
mudah untuk dibebaskan daripada undang-undang yang diamalkan oleh
manusia dan sejarah telah membuktikan apabila undang-undang Islara
diamalkan, ternyata ianya memberi kesan psikologi yang sangat
mendalam. Jangan kita memikirkan apabila ia dilaksanakan akan
DR.2.11.93 . - 54 -
ramailah orang-orang yang kudung, akan ramailah orang-orang yang
direjam, akan ramailah orang-orang yang disebat, sebalikaya
sekiranya ia dilaksanakan akan terhentilah orang-orang yang
melakukan jenayah. Terlalu payah untuk kita melihat dalam masa
beberapa tahun orang yang dipotong tangannya. Mudah-mudahan dengan
kita dapat mengawal masalah moral yang berlaku dalam masyarakat,
maka perkembangan kebendaan, kemajuan yang kita nyatakan itu akan
dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Tanpa moral yang baik,
tanpa pembendungan kepada keruntuhan moral yang berlaku sekarang,
kita tidak akan dapat mencapai kejayaan walaupun di dalam bidang
ekonomi dan bidang kebendaan.
DR.2.11.93 - 55 -
Tuan Yang di-Pertua, penutup ucapan. Saya ingin mengingatkan
Kerajaan supaya tidak memuji diri sendiri, terutamanya lebih dari-
pada yang patut dan memberhentikan sikap mengampu kerana ia termasuk
dalam perkara pembohongan dan tidak ikhlas. Kerajaan yang baik dan
bersih tidak perlu mengisytiharkan dirinya sendiri baik dan bersih
kerana kalau benar-benar baik dan bersih, siapa pun tidak berjaya
menafikannya tetapi mestilah menyedari adanya kelemahan- kelemahan.
Hanya Tuhan sahaja yang tidak ada kelemahan langsung. Oleh itu,
contohilah Abu Bakar radiallahu anhu apabila dilantik menjadi
Khalifah, beliau menyatakan:
Maksudnya: "Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi Ketua*
kamu. Saya bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu.
Sekirannya saya baik, tolonglah saya. Sekiranya saya ter-
pesong, perbetulkanlah saya. Benar adalah amanah, bohong ada-
lah khianat. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di
sisiku, sehingga aku mengembalikan hak yang dirampas daripada
orang yang lemah dan orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat
di sisiku sehingga aku membelanya dan mengembalikan haknya yang
dirampas oleh orang yang kuat."
Umar pula menyatakan: "Apabila kamu melihat pada diri-ku ini.
penyelewengan, maka memperbetulkan aku."
Contohilah Nabi Yusof alaihissalam yang pernah memerintah bukan
sahaja dalam perkara ekonomi, 7 tahun subur persediaan menghadapi 7
tahun kemarau selepasnya tetapi juga dalam perkara prinsip politik,
ekonomi dan akhlak, dengan menegaskan:
DR.2.U.93 - 56 -
Yang bermaksud: "Itulah daripada apa yang diajarkan kepada
ku oleh Tuhanku. Scsungguhnya, tegas Nabi Yusof alaihis-
salam, aku telah meninggalkan agama yang dibawa oleh kaum
yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada
hari akhirat, mereka mengengkarinya dan aku dengan
tegasnya mengikut ajaran yang dibawa oleh ayahku,
nenek-moyangku, Ibrahim Ishak Yaacob, dan aku tidak
sekali-kali menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
dan itu semua adalah kurnia daripada Allah kepada kami dan
kepada keseluruhan manusia. Tetapi kebanyakan manusia
tidak bersyukur."
Apakah dalam sebahagian daripada perkara ekonomi, kita
mencontohi Nabi Yusof alaihissalam tetapi dalam perkara-perkara yang
lain, dalam perkara yang berkait dengan halal dan haram, dalam
perkara yang berkait menentang kezaliman, dalam perkara menentukan
dosa ddan pahala, kita tidak mencontohi Nabi Yusof alaihissalam.
Mudah-mudahan menjadi renungan kepada kita semua.
Sekian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Alor Setar.
DR.2.11.93 - 57 -
4.14 ptg.
Tuan Chor Chee Heung [Alor Setar]: Tuan Yang di-Pertua, saya
berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang
kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 1994 yang telah
dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 29hb Oktober,
1993.
Saya juga dengan ikhlasnya mengucapkan tahniah kepada Yang
Berhomat Menteri Kewangan, pada kali ini membentangkan satu
Belanjawan yang dikatakan berimbang. Boleh dikatakan sejak negara
kita mencapai kemerdekaan, kemungkinan pada kali pertama inilah
Belanjawan berimbang tercapai iaitu segala perbelanjaan mengurus dan
pembangunan tidak melebihi pendapatan daripada semua sektor.
Dari satu aspek, Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan Belanjawan
tersebut boleh ditafsirkan sebagai satu Belanjawan untuk
berpendapatan rendah dan miskin kerana ia begitu memberi tekanan ke•
atas kebajikan mereka dalam golongan ini. Belanjawan tersebut juga
mcmberi tanda-tanda ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang lebih
tinggi yang dijangka akan mencapai tahap 3.2% tahun hadapan. Saya*
yakin Belanjawan ini memberi kesan "spin-off" untuk memesatkan lagi
pembangunan negara ke tahap dan peringkat yang lebih tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga dapat melihat bahawa Kerajaan
memang dapat menguruskan ekonomi negara dengan begitu baik sekali
berbanding dengan kebanyakan negara dalam rantau Asia ini.
Kestabilan harga yang menghasilkan Indeks Harga Pengguna hanya
bertambah pada kadar yang begitu rendah iaitu 3.7% tahun ini
berbanding dcngan 4.7% tahun lalu. Inflasi telah dikawal ke tahap
DR.2.11.93 - 58 -
yang minimum dan saya yakin bahawa pelaburan asing akan terus
berkcmbang dan syarikat-syarikat tempatan akan digalakkan berkembang
dengan pelaburan modal yang lebih tinggi memandangkan cukai
persyarikatan juga telah diturunkan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam awal tahun ini sahaja, kita semua
telah melihat betapa baiknya prestasi bursa saham negara dengan
pencapaian kapita bursa (market capitalisation) sebanyak RM370
bilion. Ini bukan sahaja bursa saham yang tcrbesar di rantau ini
bahkan salah satu yang terbesar di dunia. Pencapaian hariannya
sepanjang tahun ini kadangkala melebihi Bursa Saham New York,
hakikat bahawa 68 dari saham kita telah dipilih oleh pengurus dana
(fund manager) Amerika Syarikat, Morgan Stanley, supaya mereka
dihubungkaitkan dengan World Index dan juga Europe, Australia, Asia
dan Far East. Index (EAFE) menunjukkan bahawa pasaran saham dunia
menghargai pasaran saham kita.
Prestasi bursa sahara negara ini bcrbanding dengan prestasi yang
lembab pasaran saham yang lain di dunia telah menarik begitu banyak
dana asing juga membuktikan bahawa Kerajaan kita mengurus negara ini
dengan baik. Oleh yang demikian, adalah munasabah pada hari ini,
ucapan .saya akan menyentuh tentang pasaran sekuriti sahaja. Akan
tetapi saya juga ingin menyatakan di sini bahawa saya telah
mengikuti perkembangan bursa saham negara kita dengan begitu rapi
sekali.
Selain daripada terlibat sebagai, seorang pelabur yang sah, saya
tidak mengalami sebarang kerugian di bursa aaham, tidak seperti Yang
DR.2.11.93 - 59 -
Berhormat dari Tanjong. Mungkin itulah sebabnya beliau apabila
menyoal tentang soal Union Paper Holdings Berhad (UPHB), beliau
melepaskan geram begitu sahaja dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun dengan rekod bursa
saham kita yang kian berkembang, kami berharap Suruhanjaya Sekuriti
akan mempertingkatkan lagi tugas pengawasannya dan 'pengawalseliaan
yang telah dijalankan dengan begitu baik selama ini. Syabas! Akan
tetapi pada pandangan. saya, Bursa Saham Kuala Lumpur masih lagi
longgar dan tidak begitu teratur dalam menguruskan segala transaksi
keadaan pasaran sekuriti kita iaitu dalam ertikaca syarikat-syarikat
broker di seluruh negara mestilah mematuhi segala peraturan dan
perintah Bursa Saham Kuala Lumpur dengan rapi. Ini merupakan salah
satu prasyarat untuk mewujudkan satu pasaran sekuriti sihat dan
maju. Demikian juga dengan Suruhanjaya Sekuriti yang mesti
senantiasa mengawasi semua syarikat-syarikat yang telah disenaraikan
supaya syarikat-syarikat ini tidak bertindak sewenang-wenangnya yan-g
dapat memberi kesan negatif kepada para pelabur.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada
beberapa pemerhatian yang telah. dibuat oleh saya dan dipersetujui
oleh beberapa orang pakar dalam industri sekuriti demi mewujudkan
sebuah pasaran yang sihat dan bertaraf hubungan antarabangsa di
mana pengurus dana asing sudi datang melabur di mana sudah tentunya
BSKL merupakan satu bursa yang unggul di rantau dunia ini. Saya
percaya peranan-peranan yang dimainkan oleh BSKL dan Suruhanjaya
Sekuriti adalah sungguh penting dan sangat memerlukan perhatian.
DR.2.11.93 - 60 -
Suruhanjaya Sekuriti mesti senantiasa berwaspada dan mengawal
prestasi syarikat-syarikat yang tersenarai demi memastikan pihak
pengurusan ataupun sindiket tidak memanipulasikan pasaran sahingga
menjejaskan hak dan kebajikan pelabur kecil.
Pada masa yang sama, perana BSKL juga harus mengawalseliakan
semua syarikat-syarikat broker saham dalam peranan. sebagai pihak
perantaraan ataupun broker saham dan bukan semata-mata sebagai satu
pihak yang hanya mencari keuntungan dalam urusniaga saham dan. tidak
menghiraukan kepentingan para pelabur kecil yang Lain yang mana ia
akan membawa konflik kepentingan berlaku.
DR.2.11.93 -61-
Sebentar lagi saya akan menerangkan macam mana konflik akan
berlaku jika broker saham tidak dengan semata-matanya menjalankan
tugas tetapi telah melibatkan diri dalam urusniaga jual dan beli
saham. Adalah lebih adil mendesak pihak yang berkuasa mengambil
tindakan serta-merta terhadap pihak yang bertanggungjawab ataupun
menyiasat hal tersebut dan bukan setakat membuat pengumuman ataupun
kenyataan di dalam media massa berkenaan dengan kesalahan ataupun
pecah amanah yang telah berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan.
Tindakan sedemikian ini bukan sahaja akan mengakibatkan kejatuhan
harga saham yang palsu dan sengaja tetapi juga akan memberi peluang
kepada mereka yang bertanggungjawab terlepas dari hukuman dan
denda.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun ini sahaja didapati 3 buah
syarikat yang telah diberikan amaran oleh BSKL dengan tidak memberi-
tahu BSKL mengenai maklumat penyata kewangan awalan seperti yang
dikehendaki oleh syarat-syarat BSKL. Kita juga telah melihat sebuah
syarikat yang telah memecah amanah para pemegang sahamnya dengan
menggunakan sejumlah wang yang bcsar dari saham terbitan untuk
kegunaan tujuan-tujuan lain yang tidak dipersetujui di dalam
mesyuarat agung luar biasa.
Saya berpendapat bahawa Suruhanjaya Sekuriti ataupun BSKL
sepatutnya mendesak diadakan hukuman lebih berat bukan setakat
memberi amaran sahaja di dalam kes-kes kesalahan yang lain yang
DR.2.11,93 -62-
dilakukan oleh syarikat yang sama. Suruhanjaya Sekuriti dan BSKL
seharusnya mempunyai dasar yang bukan sahaja Cepat tetapi perlu
bertindak sebelum masalah yang berkaitan timbul. Jika tidak, ini
akan menakutkan iklim pelaburan dan seolah-olah BSKL kita tidak
mempunyai satu sistem yang matang dan mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin menyeru BSKL untuk
memastikan bahawa syarikat-syarikat broker saham meraatuhi dengan
tegas peraturan-peraturan dagangan dan tidak mengenakan
syarat-syarat lain dengan sewenang-wenangnya. Di Malaysia,
syarikat-syarikat broker saham memang mengamalkan sistem
penyelesaian tetap ataupun dengan izin, fixed settlement system,
bagi semua transaksi belian dan jualan saham. Ini bermakna sebarang
belian mesti dijelaskan bayarannya dalam tempoh 8 hari iaitu dari
tarikh pembelian ataupun dikatakan "T + 7 hari". Akan tetapi
sepanjang 6 bulan yang lepas, kita dapati bahawa setengah-setengah
syarikat broker saham teLah mengenakan berbagai peraturan dan
sekatan ke atas alasan dagangan di Bursa Saham terlalu hangat.
Setengah syarikat pula hanya menjalankan dagangan secara tunai dan
yang lain. pula bayaran belian dijelaskan pada hari keempat. Kalau
tidak, faedah akan dikenakan atas harga pembelian. Saya .melihat
keadaan sedemikian sebagai tidak memadai kerana pada hari keempat,
saham-saham tersebut mungkin belum masuk scan. Jadi, bagaimana
seorang itu perlu membayar faedah? Bolehkah Yang Berhormat Menteri
Kewangan dapat memberi sedikit penjelasan ke atas soalan ini?
DR.2.11.93 -63-
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin setengah-setengah pengarah
syarikat broker saham memang berspekulasi dan berjudi dengan sengaja
memberi arahan kepada remiser dalam syarikat mereka, hanya menerima
dagangan secara tunai dan dengan itu menjatuhkan harga saham supaya
mereka sendiri dapat membelinya dan selepas itu mengarahkan remiser
mereka pula melepaskan sekatan belian secara tunai dan membenarkan
belian" tanpa bayaran sehingga hari kelapan iaitu transaksi pada
lazimmya. Tidakkah tindakan sedemikian satu penipuan dan
manipulasi?
Saya berpendapat tindakan -sedemikian manipulasi pada peringkat
tertinggi dan jelas sekali mcnunjukkan bahawa para pelabur kecil
dijadikan mangsa-mangsa syarikat! broker saham besar itu. Adalah
tidak memeranjatkan bahawa setengah-setengah pengarah syarikat
broker sahara juga mengawal syarikat broker sahara yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, jika BSKL dan Suruhanjaya Sekuriti tidak
mengeluarkan satu set peraturan tetap untuk mengurus semua transaksi
dagangan, saya yakin semua kepentingan pelabur kecil tidak akan
dilindungi. Sudah tentu kita berasa gembira bahawa kapitalisasi
bursa telah mencapai tahap yang bernilai RM360.7 bilion pada
pertengahan tahun dan telah menjadi Bursa Sahara yang terbesar di
ASEAN dan salah satu daripada 10 bursa saham di seluruh dunia yang
mencatatkan jumlah dagangan harian sebanyak RM2.48 bilion. Akan
tetapi, adalah jelas dan betul untuk mengatakan bahawa tidak mungkin
kita tidak mempunyai elemen spekulasi dalam bursa saham. "Tidak ada
sebarang bursa saham dapat beroperasi dan maja tanpa wujudnya
DR.2.11.93 -64-
ciri-ciri spekulasi. Para pelabur senantiasa berspekulasi dan
seharusnya tidak wujud sebarang campurtangan dari sesiapa pun
termasuk agensi-agensi Kerajaan jika semua yang terlibat bertindak
mengikut peraturan yang dikenakan oleh BSKL.
Kes Union Paper Holdings Bhd. adalah salah satu contoh yang
baik. Dalam kes ini wujud spekulasi yang banyak persamaan dengan
semua pihak yang terlibat tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan,
telah mengakibatkan satu trajedi yang menyedihkan. Pada pendapat
saya, BSKL dan Suruhanjaya Sekuriti telah gagal mengenakan kawalan
yang ketat, tidak sehingga segala kemusnahan muncul. Saya tidak
ingin mengulangi kes ini kecuali untuk mengatakan bahawa kejadian
sedemikian tidak harus berulang lagi.
Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga saya ingin mengemukakan soalan
ini kepada pihak Kerajaan iaitu apakah syarat-syarat yang perlu
dipenuhi sebelum sesuatu lesen broker saham dapat dikeluarkan.
Setakat hari ini bcrapa banyak lesen tersebut telah dikeluarkan dan
berapa banyak lagi yang telah diluluskan tetapi lesen itu masih
belum digunakan untuk berniaga?
Saya bertanya soalan ini kerana jika diperhatikan apabila
dagangan Bursa Saham menjadi sangat hangat iaitu, dengan izin, when
the bulls were charging in, ataupun apabila pasaran saham kita
mengalami satu keadaan yang'"bullish" dan di mana wang ringgit para
pelabur. tidak dilindungi langsung, jika para pelabur dengan
sewenang-wenangnya melabur wang ringgit di Bursa Saham dan membeli
saham-saham mereka yang minati melalui broker saham. Ini merupakan
DR.2.11.93 -65-
satu keadaan yang tidak adil kerana sebelum sesuatu lesen
dikeluarkan, lindungan insuran yang- mcncukupi perlu diadakan
senantiasa untuk melindungi kepentingan para pelabur.
Kita harus mempelajari dari pengalaman di negara Taiwan yang
mana pada beberapa tahun yang lepas, episod kenaikan harga saham dan
penurunan harga saham yang mengejut telah menyebabkan beberapa
syarikat broker saham mempunyai kesukaran untuk menjelaskan wang
Dollar NT kepada pelabur.
Saya ingin juga bertanya Kementerian Kewangan, siapakah yang
akan masuk campur untuk mempertahankan pelaburan-pelaburan para
pelabur sekiranya syarikat broker saham menjadi muflis atau, dengan
izin, insolvent. Memang salah satu contoh ialah dalam bidang
perundangan yang mana semua anggota peguam di dalam negara ini telah
membeli insuran yang dikenali sebagai professional inderanity. Jika
para professional macam peguam dapat tnengadakan suatu indemnity
ataupun insuran untuk melindungi kepentingan pelanggan-pelanggan,
saya percaya dalam aspek broker saham ini, memang dapat juga membeli
satu insuran yang mana kepentingan para pelabur dapat dijaga.
DR.2.11.93 - 66 -
Adalah raenjadi satu cadangan yang baik jika pihak Kerajaan
boleh memulakan satu kajian, sama ada lebih banyak lesen syarikat
broker saham dapat dikeluarkan demi mengelakkan situasi monopoli
berlaku supaya lebih ramai rakyat dapat berkecimpung dalam • Bursa
Saham. Jika kita ingin melihat dan memelihara suatu keadaan yang
sihat dan mempunyai skop dagangan yang luas, saya mencadangkan
bahawa modal yang dikenakan ke atas semua syarikat-syarikat broker
saham hendaklah sekurang-kurangnya RM40 juta, sebab ada setengah
broker saham yang mempunyai modal pusingan RM20 juta dan ini
tidak lagi mencukupi pada masa sekarang.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan
yang sedang mengkaji kemungkinan membenarkan jualan singkat yang
teratur atau pun regulated short-selling, dengan izin, dalam
industri sekutiri. Ini jelas menunjukkan bahawa pasaran sekuriti
negara kita akan menjadi matang dan canggih lagi, akan tetapi
sebelum ianya dilaksanakan, sistera jualan singkat yang sedia wujud,
yang diaraalkan di bursa-bursa saham lain di negara lain seperti
di New York perlu dikaji, kerana jenis jualan singkat yang teratur
itu memerlukan sokongan yang kukuh dari suatu atau beberapa pusat
peminjam skrip, yang mana lesen-lescn kepada syarikat yang
menjalankan tugas peminjam skrip seperti CDS (Central Deposicory
DR 2.11.93 - 67 -
System) yang baru-baru ini dilaksanakan di negara ini demi
memudahkan jualan singkat dan pinjaman skrip dengan bayaran
kadar yuran yang tertentu. Sudah tentu jika regulated
short-selling, dengan izin, dibenarkan suatu industri lain, seperti
syarikat broker sahara akan wujud, tetapi industri ini hanya
melibatkan dalam urusniaga skrip atau saham.
Jualan singkat ada beberapa bentuk, Tuan Yang di-Pertua,
seperti yang diamalkan oleh Bursa Saham New York. Di dalam sistem
New York, jualan singkat ini mungkin boleh dipostpone daripada 6
bulan sampai 12 bulan. Ini memang salah satu sistem yang telah
lama wujud di New York, tetapi pada pendapat saya, kalau kita memang
benar akan membenarkan regulated short-selling dalam negara kita,
kita mesti mempunyai satu tempoh masa yang akan pendek. Sebab
dalam masa 6 bulan hingga satu tahun akan berbangkit beberapa
masalah, Walau bagaimanapun, apa jua bentuk yang diamalkan untuk
menjalankan jualan singkat yang teratur dan betul, BSKL perlu
memastikan bahawa jualan singkat tidak akan berlaku akibat
maklumat dalaman atau insider information, dengan izin, dengan
tujuan hendak memanipulasikan saham tarsebut seperti contohnya Union
Paper Holdings Berhad.
Untuk memastikan kemajuan BSKL, Taan Yang di-Pertua, saya
berpendapat Suruhanjaya Sekuriti harus mengkaji dengan terperinci
bagaimana hendak mewujudkan suatu sistera untuk mendakwa pihak-pihak
DR 2.11.93 - 68 -
yang terlibat dalam dagangan dalaman (insider trading). Walaupun
kita mempunyai undang-undang mengcnai kesalahan insider trading,
tetapi sehingga hari ini tidak sesiapa atau pihak mana-mana dengan
berjayanya dihadapkan ke mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara maju mahupun di Barat
atau di manapun memang juga mempunyai masalah berkaitan dengsn
insider trading dan Bursa Saham Kuala Lumpur adaiah juga tidak
dikecualikan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bursa Saham London oleh
kerana telah mempunyai berbagai masalah berkaitan- dengan insider
trading dan selama ini tidak berjaya untuk menangkap
penjenayah-penjenayah, baru-baru ini telah memperolehi satu sistem
iaitu yang dipanggil Integrated Monitoring and Surveillance System•
(IMASS) untuk membantu mereka dalam menencang insider trading.
Memang pada masa ini saya tidak begitu tahu macam mana IMASS ini
menjalankan tugas, tetapi walau bagaimanapun jika London, sebagai
satu bursa saham yang begitu lama, telah menggunakan sistem ini,
saya percaya Kerajaan kita juga harus mencari satu jalan ataupun
mencari satu sistem, yang mana kita dapat menentang insider
trading.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, BSKL dan Suruhanjaya
Sekuriti perlu mempertingkatkan lagi kecanggihan dan perabangunan
yang lebih lanjut pada bursa saham demi memastikan pertumbuhan yang
DR 2.11.93 - 69 -
sihat dan maju. Janganlah kita semua terlupa bahawa negara
Malaysia merupakan salah satu daripada 15 buah negara yang sedang
membangun dalam dunia ini yang mempunyai pertumbuhan dan•
pembangunan ekonomi yang tertinggi pada keseluruhannya.
Akhirnya, saya sekali mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Yang di-Pertua yang telah memberikan saya peluang dan juga saya
mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan yang telah
menjalankan kerja-kerja ini dengan begitu licin dan teratur dan
sehingga hari ini kita dapdt mencapai satu Belanjawan yang
'berimbang'. Maka dengan" kata-kata ini saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Bandau.
4.36 ptg.
Tuan George Sangkin [Bandau]: Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil
bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan negara
1994 di Dewan yang mulia ini.
Saya juga turut mengucapkan syabas dan mengucapkan tahniah
kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Malaysia kerana telah
menyediakan Belanjawan negara yang begitu. menyeluruh dan baik.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Kewangan
di atas kejayaan beliau dalam usahanya untuk menduduki kerusi yang
kedua tertinggi dalam UMNO, yang juga sudah pasti menempatkan
beliau dalam kerusi yang kedua tertinggi dalam Kerajaan Malaysia
yakni Timbalan Perdana Menteri.
DR 2.11.93 - - 70 -
Sebagai rakyat Malaysia dan salah seorang pemimpin dari negeri
Sabah, saya ingin melihat suatu perubahan yang positif terhadap
dasar-dasar negara, terutamanya berhubung dengan usaha Kerajaan•
untuk membawa pembangunan yang seimbang kepada seraua negeri di
negara ini. Rakyat Malaysia di Sabah ingin melihat perubahan ke
atas persepsi para pemimpin.Pusat terhadap rakyat dan negeri Sabah
yang selama ini agak begitu tidak memberangsangkan.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan yang telah dibentangkan oleh
Yang Berhormat Menteri Kewangan itu telah mendapat reaksi yang
kebanyakannya positif dari berbagai golongan, terutamanya golongan
korporat, peniaga-peniaga, pemaju-pemaju dan juga daripada kumpulan
pekerja. Sehingga hari ini kita masih membaca berbagai-bagai komen
dan analisa daripada media-media cetak mengenai impact Belanjawan
ini yang telah berjaya menghasilkan suatu 'Belanjawan berimbang'.
Pertumbuhan ekonomi negara ini yang terus kukuh di paras
8%-9% selama 6 tahun berturut-turut telah membolehkan Menteri
Kcwangan menyediakan 'Belanjawan yang berimbang'. Inilah, Tuan
Yang di-Pertua, antara hasil yang dapati diperolehi daripada
pertumbuhan ekonomi yang. kukuh. Belanjawan ini, menurut Menteri
Kewangan, bertujuan untuk terus mempertahankan pertumbuhan ekonomi
yang kukuh dengan menggunakan strategi Belanjawan seperti berikut:
DR 2.11.93 - 71 -
Pertama: mempastikan pertumbuhan ekonomi terus utuh, segar
dan mampan;
Kedua: membanteras inflasi;
Ketiga: menggilap ketrampilan dan menguasai tsknologi; dan
Keempat: membina masyarakat seimbang dan saksama."
Strategi-strategi yang diambil oleh Kerajaan untuk
mencapai matlamat Belanjawan ini memanglah baik bagi memastikan
plan-plan tindakan yang telah diatur akan dapat memantapkan lagi
serta terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara ini. Saya setuju
bahawa pengurusan kewangan yang baik dan teratur akan membolehkan
pihak Kerajaan menggunakan dananya dengan optima.
Kita juga amat berbangga ke atas kejayaan serta kekukuhan
pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih baik daripada pertumbuhan
ekonomi-ekonomi negara-negara maju yang hanya pada kadar 0.2%-i.5/i,
DR.2.11.93 - 72 -
Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga melebih jauh daripada pertumbuhan
ekonomi dunia keseluruhannya iaitu pada kadar 1.7% hingga 2% sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi pengangguran pula, kita masih
boleh mengorak senyuman kerana kita hanya di paras 3% berbanding
dengan masalah-masalah pengangguran di negara-negara industri iaitu
pada paras 8.3%. Di dalam keghairahan kita dengan kejayaan-kejayaan
yang telah kita lalui ini, para pemimpin Kerajaan haruslah peka
dengan masalah-masalah yang boleh membawa kesangsaraan kepada
masyarakat.
Saya amat tertarik kepada strategi yang keempat, iaitu membina
masyarakat seimbang dan saksama di mana ianya bertujuan untuk
merapatkan jurang ekonomi dan pembangunan serta keadaan kehidupan
antara kawasan dan kumpulan pendapatan. Sehubungan dengan ini,
sejumlah RM162 juta disediakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan
dalam pembangunan sosisl dan ekonomi antara negeri dan kawasan, di
mana peruntukan ini digunakan bagi penyediaan kawasan perindustrian,
mengadakan program menggalakkan kemasukan industri dan mempelbagai-
kan asas ekonomi negara melalui Lembaga Kemajuan Wilayah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh serba-sedikit
mengenai satu masalah yang nampaknya menjadi satu daripada isu
hangat yang sering dianalisa oleh para sarjana dan juga para
penggubal dasar di negara ini, iaitu masalah pembangunan ekonomi
yang tidak seimbang dan pembangunan wilayah atau, dengan izin,
regional economic in equality and regional development.
DR.2.11.92 - 73 -
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), para penggubal dasar negara
telah mengenengahkan strategi pembangunan wilayah dengan membawa
bersama secara rapi integrasi di kalangan semua negeri-negeri di
negara ini. Dasar ini sebenarnya bertujuan untuk mengagih-agihkan
secara adil dan saksama atau, dengan izin, equitable distribution ke
atas pendapatan negara dan juga kemudahan-kemudahan kesihatan,
pendidikan, perumahan, perkhidmatan, rekreasi dan yang penting
sekali ialah peluang untuk, dengan izin, economic and social
advancement of the people.
Secara ringkasnya, Dasar Pembangunan Wilayah menurut DEB adalah
untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara negeri-
negeri di Malaysia, dan pada ketika itu, antara strategi-atrategi
yang telah diambil ialah;
Pertama, Strategi Pembangunan Tanah Baru dan Sumber atau,
dengan izin, the Resource and New Land Development. Strategi ini
melibatkan perabukaan tanah-tanah yang subur untuk ditanam atau
diusahakan. Sumber hutan untuk kayu balak dan hasil-hasil balak dan
perlombongan. Misalnya FELDA, FELCRA, RISDA dan RIDA telah ditubuh
dan ditugaskan untuk melaksanakan strategi ini.
Kedua ialah Strategi Pembangunan Luar Bandar In-situ (In-situ
Rural Development Strategy). Ini dilaksanakan melalui Projek
Pembangunan Pertanian Bersepadu atau, -dengan - izin, Integrated
Agricultural Development Projects (IADP)s yang melibatkan
agensi-agensi seperti FELCRA, RISDA, MADA, KEMUBU dan Besut.
Ketiga, Industrial Disposal Strategy, dengan izin, dan ini
telah melibatkan agensi untuk melaksanakannya seperti MIDA dan
SEDCO.
DR.2.11.93 - 74 -
Yang terakhir ialah Rural Organisation and. New Growth Centre
Strategy, dengan izin. StraCegi ini bertujuan untuk mempercepatkan
industriallsasi dan program urbanisasi.
Menurut kajian yang dilakukan oleh para sarjana di negara ini
selepas strategi-strategi ini dijalankan, didapati masalah ketidak-
seimbangan pembangunan ekonomi dan pembangunan wilayah masih lagi
berleluasa di kalangan negeri-negeri di Malaysia dengan bersandarkan
kepada indikator seperti GNDP, dengan izin, di mana kita dapati
masih ada negeri-negeri yang maju bertambah maju dan negeri yang
kurang maju bertambah kurang maju.
Tuan Yang di-Pertua, semangnya ada perbezaan cara untuk
melaksanakan Dasar Pembangunan Negara di antara Wilayah Semenanjung,
Sabah dan Sarawak. Contohnya, dalam Rancangan Malaysia Kelima,
program untuk menghapuskan kemiskinan di sektor pertanian ialah
berlainan caranya di Semenanjung dan di Sabah. Di Semenanjung telah
mengadakan 15 projek Integrated Agricultural Development, dengan
izin, dengan menggunakan wang sejumlah RMl,020 juta tetapi tidak
terdapat di negeri Sabah rancangan serupa ini dalam jangka masa yang
sama.
Tuan Yang di-Pertua, pengalaman dapat mengajarkan kita dalam
uaaha mengatasi masalah ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi ini,
iaitu di antara negeri-negeri ataupun wilayah-wilayah yang mana pada
ketika itu kita telah menemui kegagalan kerana ketidakberkesanan
strategi-strategi yang telah diamalkan itu. Misalnya, segala
langkah-langkah yang telah diambil untuk menggalakkan penempatan
industri-industri di negeri yang kurang maju telah gagal untuk
DR.2.11.93 - - 75 -
menarik pelabur-pelabur. Malah pelabur-pelabur itu tadi terus
memilih tempat-tempat atau kawasan-kawasan yang lebih maju ataupun
yang sudah sedia maju. Maka sebab itu masalah ketidakseimbangan
antara negeri dan wilayah semakin berterusan dan jurang perbezaannya
semakin bertambah di ancara negeri yang maju dengan yang kurang
maju.
Sememangnya strategi-strategi yang telah di"adopt", dengan
izin, itu adalah baik belaka tetapi cara pelaksanaannya yang telah
menemui kegagalan, dan besar kemungkinan dalam proses kita untuk
melaksanakan RJPK atau dengan izin, OPP 2 akan terus menemui
kegagalan juga. Misalnya, menurut pelunjuran (projection) dalam OPP
2, dapat dirumuskan bahawa pembangunan akan terus tertumpu di
negeri-negeri yang sudah sedia maju seperti Wilayah Persekutuan,
Selangor dan Pulau Pinang sementara negeri-negeri lain dijangka akan
tidak mengalami perubahan atau menjadi ketinggalan jauh.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, the spill-over effects yang
diharap-harapkan dalam OPP 2 ini untuk membawa kesan, dengan izin,
trickled down to the less developed areas tidaklah semudah seperti
yang dikatakan. Kerana menorut kajian, kesan proses ini amatlah
lambat dan hanya membawa kesan yang minimal.
Dalam OPP 2 ini juga kita akan menghadapi masalah, dengan izin,
regionalisation and institutional conflict. Dalam OPP 2 ini
tiap-tiap negeri telah didefinasikan sebagai wilayah. Sementara se
waktu OPP 1 dahulu, pengwilayahan bukanlah berupa begini. Pengwi-
layahan dalam OPP 2 ini boleh mengakibatkan, dengan izin, non-
optimal untilisation of resources dan juga institutional conflict di
antara Pusat dan Negeri.
DR.2.11.93 - 76 -
Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana serupa ini memanglah negeri
Kelantan dan Sabah akan terus ketinggalan memandangkan kedua-dua
negeri ini bukan komponen Barisan Nasional. Sangat jelas sekali,
bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh bukan komponen Barisan
Nasional akan menerima peruntukan yang berkurangan. Tambahan kepada
itu juga, terdapat masalah pelaksanaan projek-projek Persekutuan
yang akan mengakibatkan kelambatan kadar pembangunan di kedua-dua
negeri tersebut. Akibat daripada ketidakseimbangan ini, kaum
bumiputera akan terus ketinggalan memandangkan kebanyakan
negeri-negeri yang kurang maju secara demografik adalah dikuasai
oleh kaum bumiputera yang masih ketinggalan. jauh dari segi sektor
industri, Keadaan ini akan berterusan kerana kebanyakan
peluang-peluang ekonomi adalah tertumpu, dengan izin, kepada
corridor Semenanjung di kawasan-kawasan seperti Klang Valley, Pulau
Pinang, Butterworth dan Johor Bahru.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kerajaan akan mengambilkira
sepenuhnya masalah ketidakseimbangan ini terutamanya dalam usaha
Kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan industri-industri di Pantai
Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Saya berharap pemberian
galakkan taraf printis kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk
melabur ke kawasan-kawasan tadi akan dilaksanakan secara agresif.
DR.2.11.93 - 77 -
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai pelepasan
bagi anak-anak belajar di luar negeri. Saya menggesa Kerajaan untuk
memikir serta mcngkaji semula ke atas cadangan untuk mengurangkan
pelepasan untuk anak-anak yang menuntut di Luar negeri daripada
empat kaliganda kepada dua kaliganda pelepasan biasa. Tuan Yang di-
Pertua, menghantar anak-anak untuk melanjutkan pendidikan ke luar
negeri adalah satu enterprise, dengan izin, yang mahal dan memerlu-
kan banyak wang. Kebanyakan yang menghantar anak-anak mereka ke
luar negeri itu bukan kerana semata-maca mahukan anak mereka ke luar
negeri, tetapi kerana ketiadaan pilihan kerana kekurangan peluang
pendidikan terdapat di dalam negara kita ini. Sehubungan dengan
ini, saya menggesa Kerajaan supaya menubuhkan lebih banyak
institusi-institusi pengajian tinggi di dalam negara ini - mungkin
barangkali satu universiti bagi satu negeri - supaya galakan
pelepasan empat kaliganda ini untuk anak-anak menuntut dalam negeri
membawa banyak faedah yang lebih maksima.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh mengenai dengan
persempadanan baru piliharnaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Walaupun ianya mungkin awal, tetapi peluang untuk berucap seumpama
ini bukanlah selalu ada, jadi, saya menyentuh di sini. Tindakan
untuk mengubah persempadanan baru pilihanraya Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri tidaklah mendatangkan kebaikan. Malah ianya telah
mendatangkan keraguan dan kebencian oleh rakyat Malaysia di negeri
Sabah. Tindakan ini telah menghapuskan kawasan Dewan Undangan
Negeri Tempawan dan Langkon dan telah membuka dua kawasan yang lain.
DR.2.11.93 - 78 -
Bagi kawasan Langkon, saya ingin menumpukan perkara ini
di mana ianya terletak dalam kawasan saya sendiri, iaitu satu
inquiry, dengan izin, telahpun diadakan pada 27hb September, 1993
yang lalu di mana pegawai-pegawai tinggi dari Suruhanjaya
Pilihanraya telah mendengar bancahan dan rayuan pemimpin-pemimpin
dalam kawasan tersebut. Namun di sini, saya ingin menambah sedikit
perkara-perkara yang saya rasa penting mengenai perkara ini.
Persempadanan baru tni telah memindah beberapa pengundi dari
tempat asal mereka ke tempat yang lain yang mengakibatkan
kemusykilan kerana jarak yang jauh, misalnya di pusat mengundi.
Kampung Taritipan, sebelum persempadanan baru mengundi dalam kawasan
N.5 Tandek, dan kini telah dipindahkan kc N.4 Matunggong yang
melibatkan jarak jauh lebih kurang 20 batu jauhnya. Demikian juga
berapa pusat mengundi lain seperti Ongkilan, Bongon, Mengaris,
Ranauj Tegaroh, Simpangan dan Malangkap. Kesemua pengundi di
pusat-pusat mengundi ini terpaksa berjalan jauh untuk menemui Wakil
Rakyat mereka kelak apabila persempadanan baru ini dikuatkuasakan.
Masalah-masalah yang timbul, Tuan Yang di-Pertua, adalah seperti
berikut.
Pertama, para pengundi ini terpaksa berjalan kaki dengan jarak
yang jauh di antara 10 hingga 30 batu jauhnya untuk menemui Wakil
Rakyat . mereka untuk berurusan dengan . Wakil . Rakyat. tersebut,.,
sedangkan jalanraya di tempat-tempat ini adalah tidak baik, tambahan
lagi dengan ketiadaan sistem pengangkutan yang baik. Kebanyakan
mereka ini kelak akan berjalan kaki untuk hanya semata-mata menemui
Wakil Rakyat mereka.
DR.2.11.93 - 79 -
Kedua, ini akan merumitkan pentadbiran seorang Wakil Rakyat
nanti kcrana bilangan pengundi yang diawasi oleh ADUN atau Ahli
Dewan Undangan Negeri itu kelak akan bertambah banyak, dan keluasan
kawasan juga bertarabah besar. Ini akan mengurangkan kecekapannya
untuk melayan rakyat di bawah jagaannya kelak atas sebab perhubungan
yang tidak baik dan penduduk-penduduk yang bertaburan.
Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan luar
bandar akan berkurangan. Misalnya dalam kawasan saya, iaitu P.135
Bandau atau dalam persempadanan baru P.147 Bandau, ini bermakna fasa
pembangunan untuk meninggikan taraf hidup penduduk di tempat ini
akan terganggu. Pada masa kini, terdapat tiga kerusi Dewan Undangan
Negeri dalam kawasan P.135 Bandau, iaitu N.4 Matunggong, N.5 Tandek
dan N.6 Langkon. Apabila persempadanan baru ini dikuatkuasakan,
maka hanya N. 4 Matunggung dan N. 5 ' Tandek sahaja lagi yang masih
ditetapkan dalam kawasan P.135 Bandau, sementara N.6 Langkon
disatukan dalam kawasan DUN N.5 Tandek.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi peruntukan, Ahli Dewan Undangan
Negeri menerima peruntukan khas setiap tahun, dan pada tahun ini
ketiga-tiga Ahli Dcwan Undangan Negeri dalam kawasan ini menerima
peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RMl.5 juta.
Peruntukan-peruntukan ini akan dibahagi-bahagikan ke seluruh
kampung-kampung di luar bandar untuk membiayai projek-projek bagi
keperluan mereka, seperti jalan raya kecil, membina surau, balai
raya, gelanggang sepak takraw dan sebagainya. Kini dengan
penghapuaan N.6 Langkon, bererti kawasan P.135 Bandau akan
DR.2.11.93 - 80 -
kehilangan peruntukan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.
Ini akan mengakibatkan terganggunya pembangunan luar bandar yang
kebanyakannya rakyat yang kurang mampu atau kurang berada. Saya
ingin bertanya, Tuan Yang di-Pertua, bukankah ini bertencangan
dengan hasrat Wawasan 2020 kerana kita semua tahu bahawa wawasan ini
mahukan negara ini maju. Tetapi dalam keadaan ini Kerajaan Pusat
pula mengganggu pembangunan, malah memusnahkan arus pembangunan yang
baik dan menggantikan dengan sistem yang tidak baik. Kita mohon
supaya rayuan ini dapat didengar.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, dengan terhapusnya
N.6 Langkon bermakna peluang untuk menjadi, Wakil Rakyat pun
berkurangan, bukan sahaja dari golongan orang-orang muda daripada
PBS, mahupun juga daripada UMNO dalam kawasan tersebut.
Persempadanan baru ini telah mengumpul atau mengasingkan suatu kaum
dan agama daripada masyarakat umum. Misalnya, kebanyakan
pengundi-pengundi daripada pusat raengundi Ongkilan dan Taritipan
adalah beragama, Islam dan berkeCurunan Bajau. Kesemuanya telah
dimasukkan ke dalam satu bakul atau raga dan dipindahkan ke kawasan
N.4 Matunggung daripada N.5 Tandek, kerana bertujuan untuk
menambahkan bilangan pengundi di N.4 Matunggong yang berketurunan
dan beragama sedemikian. Adakah perkara ini satu amalan yang
sihat? Saya yakin ini adalah tidak sihat kerana ianya menggalakkan
perkauman dan membabitkan perkara agama dan kepercayaan. Akibat
daripada ini, ramai masyarakat Islam yang terlibat sangat marah
dengan persempadanan baru ini.
Saya mencadangkan persempadanan baru ini tidak diteruskan kerana
ianya mengakibatkan berbagai masalah kepada rakyat dan mempunyai
DR.2.11.93 - 81 -
iraplikasi seperti segregasi (segregation) suatu kaum dan agama dan
sebagainya. Sepatutnya kawasan seperti Langkon dan Nabawan tidak
dihapuskan, malah ditambah dengan kerusi Dewan Undangan Negeri yang
Lebih banyak, memandangkan kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri
ini adalah kawasan yang luas dan lebar, di mana penduduk-penduduknya
bertaburan dan ditambah pula dengan keadaan kesukaran perhubungan
yang semakin mendesak. Saya mcncadangkan supaya Dewan Undangan
Negeri Nabawan dan Langkon ditetapkan seperti sediakala.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh seterusnya mengenai
pendaftaran Kad Pengenalan baru yang saya telah dapati bahawa
gerakan pendaftaran bergerak yang telah diadakan di daerah Kota
Marudu yang telah dijalankan dengan tidak mengikuti prosedur-
prosedur yang betul, tetapi mengikut kemahuan suatu golongan. Saya
berkaca demikian kerana didapati beberapa pemimpin-pemimpin parti
politik, terutamanya daripada UMNO yang turu bersama-sama dalam
gerakan pendaftaran itu, menggalakkan pendaftaran kepada orang-orang
asing,terutamanya Filipina. Didakwa juga bahawa pegawai-pegawai
Pendaftar ini mengadakan pendaftaran tersebut secara ' sulit-sulit
dengan tidak memberikan pengetahuan kepada Pegawai-pegawai Daerah
atau pemimpin-pemimpin di peringkat kampung, kalau di Sabah seperti
ketua kampung dan sebagainya. Didakwa juga, bahawa kumpulan
pendaftar ini telah menyediakan seorang yang digelar sebagai- -
penghulu, iaitu seorang yang menyebelahi pihak UMNO menandatangani
kesemua borang-borang pengakuan acau pengesahan kepada
DR.2.11.93 - 82 -
pemohon-pemohon dari orang asing bagi membolehkan mereka mendaftar
untuk mendapatkan kad pengenalan baru ini. Didapati juga kumpulan
ini mengadakan pendaftaran di waktu malam dan ini amatlah meragukan,
Saya mencaangkan supaya perbuatan seumpama ini dapat disiasat
kerana ianya akan membawa implikasi yang buruk kepada negara ini.
Mungkin pada ketika ini kita tidak boleh rasai, tetapi pada
masa-masa yang lampau kita akan merasai kesemua bersama.
DR.2.11.93 - 83 -
Saya minta kepada Kementerian Dalam Negeri, khususnya Jabatan
Pendaftaran Negara untuk mengadakan penyiasatan terhadap perkara ini
dan mengarabil tindakan yang tertentu bagi memastikan tiada orang
asing akan mendapat kad pengenalan baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, topik terakhir yang ingin saya sampaikan
di sini. ialah mengenai dengan tuntutan Filipina ke atas negeri
Sabah. Nampaknya isu ini bukan pula dapat diselesaikan dengan
teratur malah ianya semakin bertambah rumit dan kadangkala boleh
mengakibatkan ketakutan kerana masa hadapan yang tidak menentu
terhadap isu ini. Saya ingin tahu apakah perkembangan terbaru yang
telah dilakukan bagi menyelesaikan perkara tuntutan ini? Nampaknya
pihak kita tidak begitu serius untuk menyelesaikan perkara ini.
Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan cepat,
saya khuatir semakin banyak perkara-perkara akan timbul yang boleh
mengakibatkan perasaan prasangka dan sebagainya. Contohnya, Tuan
Yang di-Pertua, Sultan Sulu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu
menyatakan kesediaannya untuk menggunakan Muslim separatist rebels,
dengan izin, bagi memerang negara kita sekiranya Malaysia tidak
memandang berat atas tuntutan atau, dengan izin, proprietary claim
oleh Sultan Sulu tersebut.
Perkara ini teLah dikatakan oleh jurucakap kepada Sultan
tersebut iaitu Firdausi Abbas yang merupakan peguam kepada Sultan
Sulu iaitu Sultan Jamalul Kiram III. Suratkhabar tempatan
DRJ8.11.93 - 84 -
scperti Borneo Mail telah melaporkan pada 30 September 1993 di mana\
Firdausi Abbas menyatakan, dengan izin, "The Sultan will not
hesitate to have an armed confrontation with the Malaysian
Government and that he could mobilize at least 100,000 members of
the Moro National Liberation Front and the Moro Islamic National
Liberation Front to pursue his cause".
Tuan Yang di-Pertua, itulah petikan kenyataan yang dikeluarkan
oleh Sultan Sulu ke atas tuntutan tersebut. Bagi saya, kenyataan
serupa ini amatlah kuat dan harus diberikan perhatian yang berat
serta diikuti dengan langkah-langkah diplomatik untuk menyelesaikan
tuntutan ini. Sultan tersebut juga menuntut sewa sejumlah US$10
bilion ataupun lebih kurang RM25 bilion dari Kerajaan Malaysia dan
royalti sejumlah 5% daripada semua hasil-hasil daripada sumber alam
dari negeri Sabah.
Permintaan serupa ini mungkin bagi orang yang lebih tamadun
adalah dikatakan sebagai suatu yang tidak berperikemanusiaan, tetapi
ianya cukup untuk mengingatkan kita bahawa pemerintahan manusia
kadangkala boleh menggunakan peraturan binatang atau, dengan izin,
the rule of the beaat untuk mendapatkan kemahuannya.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini mestilah dipandang berat dan
perhacian yang serius oleh pemimpin negara kita terutamanya Perdana
Menteri dan Kementerian Luar dengan meneruskan perbincangan
diplomatik sehingga masalah ini diselesaikan. Sekian, saya mohon
menyokong.
DR.2-11.93 - 85 -
Tuan Yang di-Pertua: Sibu.
5.04 ptg.
Tuan Robert Lau Hoi Chew [Sibu]: Tuan Yang di-Pertua, saya
dengan ikhlas hati mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Yang
Berhormat Menteri Kewangan kcrana membentangkan satu Belanjawan yang
seimbang dan memandang jauh pada 29 Oktober 1993.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat di segenap lapisan hidup di negara
kita telah mengatakan rasa puas hati mereka dan memberi komen yang
memuaskan mengenai Belanjawan itu apabila dicemuramah oleh pihak
auratkhabar, radio dan televisyen. Saya yakin bahawa Belanjawan
1994 ini akan mencapai empat tujuah yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan ke satu tahap yang tinggi.
Sebagai seorang Wakil Rakyat dari Sibu, Sarawak maka wajarlah
ucapan saya mengutarakan pandangan dan aspirasi rakyat Malaysia di
Sarawak amnya dan di Sibu, khususnya, supaya Kerajaan Persekutuan
akan dapat memberi perhatian ke atas pembangunan Sibu dan Sarawak
untuk menjadi setaraf dengan Seracnanjung Malaysia dalam masa yang
singkat.
Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi harapan saya aupaya jalinan
bekerjasama yang rapat dan raraah antara Barisan Nasional Kerajaan
Negeri Sarawak dart Barisan Nasional Kerajaan-Persekutuan akan dapat
diperkukuhkan lagi ke arah satu negara yang bersekutu dan bersatu
bagi mencapai tujuan mendorong negara menjadi satu negara yang
berindustri tinggi pada tahun 2020.
DR.2.11.93 - 86 -
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira melihat jumlah
Perbelanjaan Mengurus untuk 1994 ditingkatkan daripada RM32.29
bilion kepada RM33.285 bilion - satu pertambahan sebanyak lebih
ditinggikan daripada RMl 1.854 bilion pada tahun 1993 kepada RM13.85
bilion pada tahun 1994 - satu pertambahan sebanyak RM1.996 bilion.
Dari itu, jumlah Belanjawan meningkat kepada RM47.135 bilion pada
tahun 1994 daripada RM44.145 bilion pada tahun 1993 dan ini
merupakan satu pertambahan sebanyak lebih kurang RM3 bilion.
Disebabkan oleh pertumbuhan' ekonomi yang utuh, anggaran hasil
Kerajaan Persekutuan untuk tahun 1994 adalah RM44.73 bilion
merupakan satu defisit keseluruhan yang sangat kecil sebanyak 0.3%
dari Keluaran Negara Kasar (KNK).
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa
pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan menjana hasil pendapatan
secukupnya untuk mencapai Belanjawan berimbang.
Tuan Yang di-Pertua, Keluaran Negara Kasar kita telah meningkat
pada kadar 8% hingga 9% semenjak 6 tahun yang dahulu, manakala pukul
rata dunia adalah kira-kira 1.7% sehingga 2% yang dikira memang
gagal. Ini adalah mustahil berdasarkan kestabilan politik oleh
Kerajaan Barisan Nasional baik pada peringkat Persekutuan mahupun
peringkat negeri dengan peraturan dan pemikiran mereka yang luwes
atau flexible, dengan izin, terbuka, moden dan pro-aktif.
Keyakinan para pelabur asing kita masih kukuh walaupun kita
terpaksa bersaing dengan negara-negara China, Vietnam dan sebagainya
untuk buruh berintensif dan pelaburan industri berteknologi rendah.
Going hitech, dengan izin, hanyalah merupakan salah satu daripada
pilihan untuk mengekalkan kuasa saingan kita. Kita perlulah
meneliti dengan serius pilihan yang lain.
DR.2.11.93 - 87 -
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi aaya benar-benar memohon
kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji dengan serius potensi
besar ekonomi negeri Sarawak yang merupakan ncgeri terbesar di
Malaysia, sebesar Semenanjung Malaysia tanpa ncgeri Perlia. 'Dalara
negeri Sarawak, bahagian-bahagiannya adalah sebesar negeri-negeri
yang ada di Semenanjung Malaysia dan dari itu Sarawak mempunyai
tanah yang luas manakala Semenanjung Malaysia menghadapi kekurangan
tanah.
Tuan Yang di-Pertua, Sarawak mempunyai potensi tenaga terbesar
di negara kita. Sekarang rizab minyak, arang batu, gas dan hidro
cukup untuk menampung pertumbuhan ckonomi di masa hadapan. Di bawah
pimpinan Kerajaan BN3, negeri Sarawak telah mencapai kestabilan
politik dan dengan dijangkanya kemasukan Parti Bansa Dayak Sarawak
(PBDS) ke dalam BN3 Kerajaan Negeri, kestabilan politik akan terus
diutuhkan lagi. Polltik pembangunan Yang Amat Berhormat Ketua
Menteri Sarawak telah mulai membuatkan hasil berdasarkan industri
pembuatan, kayu, elektronik dan sebagainya yang sedang berkembang.
Sebenarnya pengeluaran kayu lapis telah melebihi Semenanjung
Malaysia dan pengeluaran minyak kelapa sawit juga meningkat secara
mengejut serta akan menjadi setanding dengan Semenanjung Malaysia
sepertimana industri kayu lapis. Bagaimanakah Sarawak boleh dijadi-
kan sebagai kuasa besar ekonomi negara kita?
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bila mendapat tahu
bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah bercadang untuk
mengurangkan kadar cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan
aktiviti yang digalakkan di koridor Pantai Timur Semenanjung, Sabah
DR.2.11.93 - 88 -
dan Sarawak daripada 10% kepada 5% di bawah Akta Penggalakan
Pelaburan 1986 dan juga pertambahan dalam peruntukan pembangunan
infrastruktur di Sarawak. Tetapi malangnya langkah yang diambil
olch Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan infrastruktur
pembangunan, pelabuhan, bandaraya dan insentif cukai adalah tidak
mencukupi, terganggu dan tidak spesitik untuk negeri Sarawak. Tidak
terdapat sebarang desakan terhadap pelan induk untuk pembangunan
masa depan dan tidak cukup menggalakkan Sarawak sebagai satu tempat
yang sesuai bagi pcmbangunan industri dan destinasi untuk para
pelancong.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan belanjawan tahunan untuk negeri
Sarawak haruslah dikaji seraula dengan mengambil kira keluasan negeri
Sarawak dari segi geografi. Harus diingatkan bahawa satu Bahagian
dalam negeri Sarawak adalah sama besarnya dengan sebuah negeri di
Semenanjung dan. kami mempunyai sembilan Bahagian dalam negeri
Sarawak. Sekiranya Sarawak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya
dari Kcrajaan Persekutuan, saya rasa potensi ekonominya tidak akan
dapat diutilisasikan secara produktif dan tepat pada waktunya
sebagai. kuasa besar ekonomi Malaysia dalam membantu usaha negara
kita untuk mencapai tujuan Wawasan 2020.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan menumpukan keperluan negeri
Sarawak dari Kerajaan Persekutuan di bawah peruntukan belanjawan
Kementerian bcrikut.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa jumlah
peruntukan untuk Kementerian Pendidikan telah meningkat daripada
RM8.525 bilion pada tahun 1993 kepada RM9.001 bilion pada 1994 dan
masih lagi merupakan jumlah peruntukan yang terbesar di antara semua
DR.2.11.93 - 89 -
Kementerian. Jumlah peruntukan yang besar ini menunjukkan bahawa
Barisan Nasional (Kerajaan Persekutuan) adalah prihatin dan melabur
agak tinggi dalam pendidikan.
Tuan Yang di-Pertuat saya sebagai wakil dari Sarawak juga ingin
melahirkan rasa bersyukur kerana universiti yang kelapan, Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri semasa perayaan Hari Kebangsaan di
Bahagian Samarahan, Sarawak. Untuk tahun 1994, sejumlah RM15 juta
telah diperuntukkan kepada UNIMAS. Saya pasti bahawa UNIMAS akan
dapat memainkan peranan yang penting dalam menyediakan lebih banyak
lagi tempat bagi pengajian tinggi kepada pelajar-pelajar kita dan
juga bertindak sebagai sumber sokongan teknologi untuk pembangunan
industri negeri Sarawak khususnya.
Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini saya telah
menyuarakan beberapa kali mengenai masalah kekurangan cabung pem-
bangunan yang runcing untuk pembangunan sekolah dan "kemudahan meng-
ajar di luar bandar. Di Sarawak terdapat terlalu banyak sekolah
terutamanya di luar bandar yang berada dalam keadaan yang usang dan
menyedihkan sehinggakan ada yang hampir runtuh. Misalnya, di
kawasan Pilihanraya saya, SRB Choi Siew kini sedang menghadapi
masalah keruntuhan kerana hakisan tebing Sungai Rajang dan sekolah
ini pula sedang menanti peruntukan tambahan daripada Kementerian.
Pendidikan untuk membaiki dinding tebing sungai itu. Saya berharap
dengan adanya Tabung Pembangunan Sekolah sebanyak RMl.287 bilion
pada tahun 1994, situasi yang amat menyedihkan ini akan dapat
diatasi.
DR.2.11.93 - 90 -
Tuan Yang di-Pertua, raasalah kekurangan guru masih lagi
serius. Bolehkah Kementerian berkenaan memberi kami jangka masa
yang tetap untuk menyelesaikan masalah ini. sepenuhnya? Berilah kami
satu pelan tindakan sebenar yang khusus berserta masa yang tetap
untuk menyelesaikan raasalah yang telah lama ada ini. Kesesakan di
sekolah-sekolah bandar terutaraanya di sekolah rendah bantuan (SRB)
Cina, pertambahan dalam jumlah bilik darjah di SRB Cina bandar
haruslah setanding dengan pengurusan yang cekap dan SRB Cina yang
baru hendaklah dibina di kawasan perumahan di mana penduduknya
memerlukan SRB Cina kerana SRB Cina ini memainkan peranan yang
penting dalam sistem pendidikan kebangsaan kita dan akan memain
peranan yang lebih penting bila mana pengetahuan asas dalam bahasa
Mandarin menjadi aset dalam urusan perniagaan antarabangsa di rantau
ini.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengeruaikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin memohon kepada
Kementerian Pendidikan untuk membina sebuah institusi pengajian
tinggi di Sibu yang menjadi pusat perniagaan dan pengurusan di
Lembangan Rajang dengan 5% daripada penduduk negeri Sarawak. Pada
masa ini ia adalah merupakan satu kekosongan. Satu-satunya maktab
perguruan di Sibu telah pun ditutup beberapa tahun yang lalu.
Hakikatnya bandar Sibu tanpa sebuah institusi pengajian tinggi akan
melambatkan program perindustriannya dan akan diambilalih oleh
bandar besar yang lain di Sarawak.
DR.2.11.93 - 91 -
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa Kerajaan kita
mengamalkan polisi yang terbuka luas dan bcrguna mengenai usahasama
antara institusi pengajian tinggi swasta dengan universiti luar
negeri dan pembinaan cawangan di Malaysia olch universiti luar
negeri. Pada hari ini, saya ingin memohon kepada Kerajaan untuk
menilai sewajarnya perraohonan yang dicadangkan olch Lcmbaga
Pcngurusan Bersatu Sckolah Mcncngah Cina bebas untuk membina sebuah
kolej pengajian tinggi sebagai satu tenaga tambahan untuk memajukan
pendidikan negara kita ke satu arah yang kukuh dan berbagai.
Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai Yang Berhormat Menteri
Kewangan kerana memberi pelepasan cukai uncuk anak-anak yang meng-
ikuti pelajaran tinggi dalam Malaysia sehingga 4 kali ganda tuntutan
biasa. Namun, saya tidak bersetuju jika perkara tersebut dikurang-
kan kepada 2 kali untuk anak-anak yang mengikuti pengajian tinggi di
luar negeri.
Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan ibu-bapa di Malaysia menghantar
anak-anak mereka ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran kerana
tidak terdapat tempat pengajian tinggi yang secukupnya di Malaysia,
terutamanya atas sistem kuota. Ramai ibu-bapa terpaksa menjual
tanah, saham dan lain-lainnya untuk menampung perbelanjaan
persekolahan anak-anak di luar negeri. Dari itu saya ingin
DR.2.11.93 - 92 -
mencadangkan bahawa pembayar cukai yang menghancar anak-anak untuk
belajar ke luar negeri haruslah diberi pelepasan cukai pendapatan
sebanyak 4 kali ganda tuntutan biasa dari pelepasan cukai pendidikan
anak-anak.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa sejumlah RM2.39
bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan pada tahun
1994 - sedikit penurunan daripada RM2.482 bilion pada tahun 1993.
Kos rawatan kesihatan di Malaysia adalah salah satu yang paling
murah di dunia walaupun adanya skim rawatan insurans kesihatan.
Namun demikian, Kementerian Kesihatan masih menghadapi kerumitan
untuk melatih pakar-pakar, pcgawai perubatan dan jururawat kerana
sektor swasta mampu menyediakan gaji yang lebih lumayan.
Saya celah pun berapa kali mencadangkan kepada Kementerian
Kesihatan di dalam Dewan yang mulia ini supaya menaikkan gaji para
pegawai perubatan di hospital Kerajaan berserta dengan insentif
untuk terus berkhidmat di hospital Kerajaan dan skim untuk membenar-
kan doktor swasta menyewa kemudahan hospital Kerajaan dan sebaliknya
dilaksanakan dengan segera untuk menangani masalah kekurangan pakar
perubatan, pegawai perubacan dan jururawac di hospital Kerajaan di
seluruh negara.
Oleh kerana hospital Kerajaan dan kemudahan perubatan di
universiti tempatan memerLukan lebih ramai pakar perubatan dan
Pangarah, saya mencadangkan agar Kerajaan melonggarkan peraturan
kefasihan dalam Bahasa Malaysia. Kekurangan kakitangan di hospital
Kerajaan telah memberi banyak tekanan kepada pegawai perubatan dan
lebih banyak kecelakaan di dalam bilik pembedahan dijangka akan
DR.2.11.93 - 93 -
berlaku. Kementerian berkenaan perlulah mengutarakan satu
penyelesaian kepada masalah ini untuk menghindari kecacatan yang
tidak diingini ataupun kehilangan nyawa.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat gembira bahawa jumlah peruntukan
bagi Kementerian Kcrja Raya telah pun ditingkatkan kepada RM2.685
bilion pada tahun 1993 kepada RM3.591 bilion pada tahun 1994.
Namun, saya berasa araat kecewa kerana hanya RMl18.4 j uta sahaja
diperuntukkan uncuk membina lebuhraya di Sarawak dan sejumlah RM29.5
juta lagi telah diperuntukkan untuk membina jalan raya biasa di
Sarawak di bawah Jabatan Kerja Raya.
Tuan Yang di-Pertua, Lebuhraya Pan-Borneo amat memerlukan
sebuah jambatan untuk menyambung Sungei Rajang dekat Sibu. Saya
mendapat tahu bahawa terdapat berlainan pendapat dalam memilih tapak
yang sesuai untuk pembinaan Jambatan Rajang. Diharap dapat memberi-
kan jawapan yang tepat mengenai jadual pembinaan jambatan ini dan
saya benar-benar berharap Kerajaan tidak akan menangguhkan lagi
perkara ini. Dengan ini sekali lagi saya memohon Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri untuk menimbang dengan sewajarnya
permohonan untuk membina jambatan yang akan menghubungkan Bandar
Sibu ke sebelah Barat di bawah Kajian Setengah Penggal Rancangan
Malaysia Keenam pada bulan Disember depan.
Tuan Yang di-Pertua; rakyat Sibu yang berada di Lembangan
Rajang telah menanti kedua-dua jambatan itu dan adalah diharapkan
agar permohonan ini tidak dikecewakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat gembira bahawa jumlah
peruntukan untuk Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos akan dinaikkan
DR.2.11.93 - 94 -
daripada RM49.37 juta pada tahun 1993 kepada RM89.869 juta pada
tahun 1994. Pada tahun 1994, Sarawak telah diperutitukkan sebanyak
RM15.999 juta untuk memajukan pelan hidro elektrik mini.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sibu yang berada di sepanjang
Lembangan Rajang berasa sangat bimbang mengenai,cadangan pembinaan
Empangan Hidro Elektrik Bakun. Saya difahamkan bahawa kuasa
elektrik yang dijanakan itu akan disalurkan ke Semenanjung. Dalam
hal ini, rakyat di Lembangan Rajang akan sentiasa bimbang atas
sebarang kecelakaan biar pun kecil di mana sekali pun.
Tuan Yang di-Pertua, dari itu bagi pihak rakyat Sibu yang
berada di sepanjang Lembangan Rajang, saya dengan tegasnya memohon
kepada Kerajaan Persekutuan agar menimbangkan pcrkara berikut
mengenai Empangan Hidro Elektrik Bakun iaitu:
(a) Kajian ekologi alam sekitar, termasuk laporan kajian bio-
diversity dijalankan secara teliti oleh pakar dan diumum-
kan kepada orang ramai, terutamanya yang berada di .
sepanjang Lembangan Rajang;
DR.2.11.93 -95-
(b ) Sibu sebagai sebuah pusat perniagaan dan pentadbiran
Limbungan Rajang dijadikan sebagai pusat penguruaan
bagi projek Bakun.
(c) Kerajaan hendaklah mengariakan satu pelan induk
pembangunan ekonomi sosial yang raenyeluruh dan
bersepadu, dengan menjadikan Sibu sebagai pusat
terutaraanya mengenai kadar elektrik yang lebih murah,
membangunkan kawasan perindustrian yang menggunakan
kuasa tenaga tinggi dan institusi pengajian tinggi
dengan penguasaan dalam industri kayu, perkapalan,
pertanian dan hidro-elektrik.' Pelan induk ini
hendaklah merupakan salah satu bahagian di dalam
projek package deal, dengan izin, Projek Bakun.
Keraudahan telekomunikasi untuk luar bandar hendaklah
ditingkatkan lagi terutama di Sarawak yang mempunyai kawasan luar
bandar yang luas. Saya telah banyak menerima aduan tnengenai
syarikat telefon ATUR yang menjual terlalu banyak telefon dengan
kawat talian yang tidak mencukupi sehinggakan araat sukar untuk
menghubungi kawan. Siasatan haruslah dijalankan oleh pihak
Kerajaan ke atas syarikat-syarikat telefon untuk memastikan
kepentingan pengguna telefon dilindungi.
DR.2.11.93 -96-
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan tempoh selaraa tiga minggu
untuk membayar bil-bil telefon adalah tidak memadai terutamanya
bagi pelanggan telefon di luar bandar Sarawak di mana surat-menyurat
selalunya lambat sampai ke tangan penerima. Dari itu saya
mencadangkan denda sebanyak RM50 dikenakan jika amaun bil tertunggak
adalah kurang daripada depositnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa jumlah
peruntukan untuk pembangunan luar bandar telah dinaikkan kepada
RM1.748 bilion pada 1994 daripada RMl.427 bilion pada 1993. Saya
berasa gembira melihat skim elektrikfikasi luar bandar untuk Sarawak
akan dinaikkan kepada RM40 juta pada 1994 daripada RM2.8 juta pada
1993. Akan tetapi, bekalan air luar bandar Sarawak hanya
diperuncukkan dengan sejumlah RM20 juta sahaja atau pengurangan
sebanyak RM4.8 juta j ika dibandingkan dengan tahun 1993. Jalan
kampung sejumlah RM55.4 juta dan lain-lain peruntukan misalnya
bantuan kepada golongan termiskin, saya berharap bahawa peruntukan
untuk pembinaan jalan luar bandar sebanyak RMllO juta akan dapat
dibahagikan sama rata di antara semua negeri.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan sebanyak RM5.367 bilion
untuk pertahanan negara pada 1994 marupakan peruntukan yang kedua
terbesar selepas pendidikan. Sekali lagi saya merasakan bahawa
pertahanan negara adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia Dari
itu, saya mencadangkan bahawa sistem khidmat negara yang wajib
diperkenalkan untuk memupuk rasa tanggungjawab di kalangan rakyat
Malaysia dan menyelesaikan masalah kekurangan tindak-balas dalam
DR.2.11.93 -97-
pengambilan rekrut baru. Sementara itu, sistera ini akan
menyama-ratakan pembabitan semua bangsa dalam bidang pertahanan dan
perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, aliran pasaran saham yang meningkat pulih
baru-baru ini di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) telah
menimbulkan minat mendalam di antara rakyat Malaysia untuk melabur.
Berdasarkan khabar angin yang tidak berasas dan bukan keuntungan
yang sebenar dan nilai aset saham-saham tersebut, Minat mendalam
dalam pembelian dan penjualan saham hendaklah diawasi supaya pelabur
besar dan ejen sekuriti tidak dapat memanipulasikan pasaran tanpa
memikirkan kepentingan kebanyakan pelabur kecil.
Tuan Yang di-Pertua, sekatan atas penggunaan cakera parabola
haruslah dikaji semula supaya penoncon televisyen di Malaysia
mempunyai banyak program untuk dibeli dan memberi saingan kepada
sistem televisyen tempatan untuk memperbaiki program televisyen
mereka. Saya benar-benar merasakan bahawa penonton televisyen di
Sarawak haruslah dibenarkan untuk menggunakan cakera parabola kerana
resepsi program televisyen di kawasan luar bandar adalah teruk dan
agak mustahil.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju benar dengan raeningkatkan
pengecualian cukai untuk para saintis dan artis yang memperolehi
pendapatan melalui kemampuan kreatif. Selain daripada artis dan
saintis, saya mencadangkan bahawa Kerajaan harus menghargai
sumbangan besar terhadap pembangunan negara oleh kakitangan dari
segi bidang seperti penyertaan industri, khidmat Kerajaan dan
DR.2.11.93 -98-
pertahanan, dengan pingat Kerajaan dan hadiah wang ataupun insentif
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 1994 tidak menyatakan dengan
jelasnya sama ada kadar cukai individu akan diturunkan sepertimana
kadar cukai syarikat. Saya mencadangkan bahawa kadar cukai individu
harus juga diturunkan setirapal dengan kadar cukai syarikat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan bahawa penurunan serta
penghapusan cukai import ke atas lebih 1,000 barangan diberikan
kepada pengguna. Kerajaan hendaklah merangkakan satu cara untuk
memastikan tujuan ini dapat dicapai.
Tuan Yang di—Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang
Berhormat Menteri Kewangan kerana prihatin terhadap golongan hak
milik perumahan kos rendah. Peruntukan sebanyak RMl.4 bilion adalah
merupakan satu peruntukan perumahan yang baik. Namun. dernikian, di
Sarawak kos lebih RM25,000 adalah sukar untuk dicapai kerana kos
pembinaan yang lebih tinggi. Dari itu saya merayu kepada Kerajaan
Persekutuan untuk membuat peruntukan tertentu bagi Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat gembira bahawa Yang Berhormat
Menteri Kewangan telah mencadangkan untuk menggalakkan penanaman
semula hutan yang dianggap sebagai satu industri strategik. Saya
mencadangkan bahawa syarikat pembalakan yang sedia ada untuk menanam
semula hutan dengan insent i f . Jabatan Perhutanan bersama-sama
dengan Jabatan Pertanian hendaklah bersatu tenaga untuk memilih
jenis kayu yang paling sesuai bagi menghasilkan kayu serabut (wood
fiber) yang. baik dalam jangka masa yang pendek.
DR. 2.11.93 - 99 -
Kawalan ke atas pencemaran oleh kilang-kilang hendaklah diper-
kukuhkan. Kempen 'Indah dan Bersih' haruslah dikekalkan di seluruh
negara.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 1994 adalah satu Belanjawan
yang penyayang terutama kepada golongan miskin melalui peningkatan
rebat, pelepasan cukai dan sebagainya. Potongan cukai ke atas
perbelanjaan bagi menyediakan pusat penjagaan anak adalah
penyayang dan produktif, kerana negara kita tnemerlukan kaum wanita
untuk turut serta di dalam pekerjaan. Namun demikian, Belanjawan
tersebut tidak mengatakan dengan jelas sama ada yuran yang dibayar
kepada pusat penjagaan anak di luar syarikat untuk para pekerja
adalah layak untuk dipotongkan daripada cukai.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya nampak di dalam
Belanjawan 1994, peruntukan sebanyak hampir RM16 juta telah
diperuntukkan. Tetapi saya telah menerima beberapa aduan dari
pemohon kerja dan pegawai-pegawai Kerajaan supaya hasil kerja
(performance) JPA masih tidak begitu berkesan dan cepat.
Saya difahamkan JPA telah ditubuhkan untuk memberi khidmat
untuk mencari pekerja awam bagi Kementerian-kementerian. Tambahan
pula, Ahli Lembaga JPA ialah orang kanan, tetapi bukan pakar
spesifik dalam sektor perkhidmatan pakar dan profesional kerana itu.
DR. 2.11.93 - 100 -
Ketua Jabatan Kerajaan menguasai interview pemohon-pemohon kerja
dan memberi rekomendasi kepada JPA untuk membuat keputusan!
Prosidur itu sangat memakan masa kerana semua pemohon di Jabatan-
jabatan Kerajaan haruslah menunggu aelama lebih kurang 8 bulan
sebelum menerima keputusan daripada JPA. Di dalam masa itu,
produktiviti Jabatan Kerajaan akan menurun kerana kekurangan
kakitangan dan pemohon-pemohon jawatan kosong telah pergi ke negeri
jiran atau luar negeri yang lebih cepat meluluskan permohonan
mereka. Itu adalah satu kerugian besar kepada negara kita, Tuan
Yang di-Pertua, kerana ibu bapa telah mengeluarkan wang yang banyak
untuk mendidik anak-anak mereka, tetapi akhirnya negara lain atau
negara jiran yang memperolehi perkhidmatan anak-anak mereka.
Tuan Yang di-Pertua, hoapital-hospital Kerajaan di seluruh
negeri tidak cukup doktor pakar dan jururawat, kerana itu doktor-
doktor pakar di hospital-hospital Kerajaan haruslah bekerja berat,
mungkin seorang perlu memberi tanggungjawab kepada 2-3 orang
pesakit di hospital, iaitu j ika ada kemalangan serius, if an
accident happens sometimes leading to loss of life, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, saya merayu Kementerian Kesihatan bersama
Kementerian Pendidikan dapat menubuhkan satu JPA sendiri supaya
Kementerian Kesihatan boleh mengisi kekosongan jawatan mereka
dengan cepat, tambahan pula pegawai kanan di lain-lain Jabatan
Kerajaan harus dihadkan untuk memberi keputusan bagi mengisi
kekosongan kerja jika pengisian kekoaongan telah diluluskan oleh
JPA.
DR 2.11.93 - 101 -
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengatakan segala
perkara yang tersebut di atas adalah berdasarkan keikhlasan hati
dan kepercayaan saya. Masa depan Malaysia menjadikan Kerajaan
Barisan Nasional yang sedia ada diberi mandat unCuk menerajui
Kerajaan negara kita. Sistem konfrantasi dalam policik dan
perselisihan industri harus diketepikan oleh rakyat. Seluruh rakyat
Malaysia harus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan
Nasional dalam usahanya untuk memberi kestabilan politik,
keharmonian kaum, pembangunan ekonomi dan tnasa depan yang cerah
untuk semua rakyat Malaysia yang tercinta.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan ini. Sekian,
terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
dari Hulu Selangor,
5.47 ptg.
Tuan G. Palanivel [Hulu Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, saya
ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan
yang berjaya membentangkan Belanjawan bagi tahun 1994, yang raana
memberi penumpuan terhadap kedudukan sosio-ekonomi khasnya rakyat
berpendapatan rendah.
Salah satu keutaraaan sosio-ekonomi yang ditumpukan adalah
dalam sektor rumah kos rendah, semestinya Belanjawan tahun ini
menunjukkan perhatian dalam sektor ini. Kerajaan bercadang untuk
DR 2. 11.93 - 102 -
membuat satu Program Rumah Kos Rendah yang beranggaran RM1.4
bilion, yang mana jelas menunjukkan Kerajaan memberi penumpuan
kepada golongan yang berpendapatan rendah. Ini juga menunjukkan
Kerajaan mengambilkira cadangan daripada beberapa orang Wakil
Rakyat semasa berucap mengenai isu ini di dalam Dewan yang mulia
ini .
Adalah diharapkan dengan insentif-insentif pembinaan rumah kos
rendah dalam Belanjawan tahun ini, Kerajaan akan berusaha untuk
melancarkan satu program segera (crash programme) untuk membina
rumah koa rendah. Kini Program Rumah Kos Rendah sudah lebih jauh
daripada Rancangan Malaysia Keenam, di mana sasarannya adalah
343,800 unit rumah.
Cadangan Kerajaan untuk memberi pelbagai insentif kepada
pemaju perumahan dan inst i tuai kewangan akan menggalakkan pemaju
perumahan uncuk melibatkan diri dalam projek pembinaan rumah kos
rendah. Tetapi aspek yang paling penting adalah untuk memastikan
satu peraturan dikemaskinikan bagi memastikan golongan yang
memerlukan rumah kos rendah sahaja diberikan turapuan semasa
penjualan rumah kos rendah ini.
Masalah rumah kos rendah kini merupakan masalah yang besar
dan saya mencadangkan sekali lagi supaya Kerajaan mengambil
tindakan yang segera untuk menubuhkan Lembaga Pembangunaa Perumahan
Kos Rendah. Tindakan-tindakan segera mesti diambil oleh Kerajaan
dan Kementerian berkenaan untuk menubuhkan lembaga tersebut.
Walaupun Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
telah membuat beberapa cadangan dalam isu ini, tetapi langkah-
langkah penubuhan lembaga ini berjalan dengan begitu perlahan
sekali.
DR.2.11.93 - 103 -
Kerajaan aeharusnya mempercepat dan memberikan tumpuan yang
serius dalam langkah-langkah untuk menubuhkan Lcmbaga ini. Dcngan
tidak tertubuhnya satu lembaga yang tetap untuk membuat kerja-kerja
berhubung dengan program perumahan kos rendah negara,. sektor ini
mungkin tidak akan dapat pcnumpuan yang diharapkan dan rakyat yang
berpendapatan rendah terpaksa menunggu untuk Belanjawan yang baik
seperti kali ini untuk mendapatkan penekanan dalam sektor perumahan
kos rendah. Apabila tertubuhkan Lembaga ini, maka adalah terjamin
kepada mereka yang memerlukan rumah kos rendah dengan segala
kelengkapan asas. Kita juga mesti mengadakan satu program
pendaftaran peringkat nasional kepada mereka yang memerlukan rumah
kos rendah dengan satu sistem rckod yang teratur yang mempunyai
butir-butir mengenai pemohon rumah kos rendah. Semua pemohon harus
yang dipohon.
juga dimaklumkan bilakah mereka akn diperuntukkan rumah kos rendah
penting. Kerajaan mesti memberikan perhatian dan keutamaan yang
diperlukan kepada sektor ini. Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan secara peribadi mengawasi hal ini
maka kehendak golongan berpendapatan rendah akan dapat disempurna-
kan. Wawasan 2020 mungkin tidak akan tercapai sekiranya penduduk
berpendapatan rendah tidak mempunyai rumah Setakat ini projek
perumahan kos rendah sudah ketinggalan jauh ke belakang dan banyak
aduan diterima dalam sektor ini mengenai rasa tidak puashati
DR.2.11.93 - 104 -rakyat. Untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar, Kerajaan
dengan. segera mesti menubuhkan Lembaga tersebut. Lembaga ini
seharusnya mengandungi ahli-ahli yang mempunyai minat, komitmen,
berdedikasi serta berpandangan serius dalam sektor ini supaya dapat
menjamin kejayaan dan keadilan dalam program ini.
Program rumah kos rendah. Kerajaan buat masa ini mempunyai
banyak kelemahan yang mana akhirnya membawa kepada penyalahgunaan.
Kadang-kadang pemohon terpaksa menunggu selama 10 hingga 15 tahun
untuk mendapatkan rumah kos rendah. Ini adalah satu jangka masa
yang agak lama untuk ditunggu. Selain dari itu, ada juga kes-kes
di mana rumah kos rendah diperuntukkan kepada mereka yang berada.
Dengan tidak adanya rumah yang sempurna, secara automatik
masalah-masalah lain akan timbul seperti kemudahan air dan elektrik
yang seterusnya menjejaskan kualiti dan taraf hidup golongan yang
berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, saya berasa gembira pihak
Kerajaan telah menumpukan perhatian dalam hal ini dan memberikan
harapan kepada golongan yang berpendapatan rendah yang tidak
mempunyai rumah.
Tuan Yang di-Pertua, aaya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Santubong.
5.54 ptg.
Puan Rohani binti Abd. Karim [Santubong]: Tuan Yang di-Pertua,
saya turut bangun untuk menyokong usul Belanjawan yang telah
dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 29hb Okttobcr,
1993.
DR.2.11.93 - 105 -
Saya merasa sungguh kagum atas Usul Belanjawan yang sangat
perihatin akan permintaan dan keadaan semasa. Belanjawan sebegini
akan menempah tempat negara kita menuju ke arah Wawasan yang
diidamkan dan seterusnya menempah nama negara kita di dalam golongan
negara maju di dunia ini.
Seperti diperjelaskan dalam Ucapan Bclanjawan uncuk pertama
kalinya dalam sejarah negara, kita telah berjaya menghasilkan
Belanjawan berimbang, iaitu satu matlamat Bclanjawan yang menjadi
idaman semua negara. Oleh yang demikian, rakyat akan sentiasa peka
dan responsif terhadap scbarang pembaharuan positif yang dilakukan
oleh pihak Kerajaan di mana akan datang, supaya kemajuan kita tetap
berterusan dan cemerlang. Keempat-empaC strategi Belanjawan yang
dicadangkan iaitu:
(i) mempastikan pertumbuhan ekonomi terus utuh, segar dan
mampan;
(ii) membanteraa inflasi;
(iii) mengilap ketrampilan dan menguasai teknologi; dan
(iv) membina masyarakat seimbang dan saksama membawa hasrat
Wawasan 2020 ke arah meningkatkan martabat dan darjah
bangsa.
Anggaran Perbelanjaan yang dicadangkan bagi tahun 1994 yang
berjumlah RM47.135 bilion iaitu RM33.285 bilion iaitu peratusan
70.62% untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM13.850 bilion iaitu 29.38%
untuk perbelanjaan Pembangunan menunjukkan bahawa Kerajaan mengambil
berat soal kepentingan rakyatnya dan menumpukan penuh perhatian
terhadap meneguhkan lagi jentera Kerajaan yang memberikan segala
DR.2.11.93 - 106 -
perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat jelata.
Di dalam perbahasan kali ini, saya ingin menyentuh beberapa
perkara yang berkaitan dengan k«hendak negara kita bagi mewujudkan.
masyarakat penyayang, masyarakat perdagangan dan perindustrian dan
masyarakat maju dan berpendidikan.
Mengenai masyarakat penyayang, satu perkara penting yang telah
diberi penekanan dalam Wawasan Negara ialah supaya kita mewujudkan
masyarakat penyayang yang tidak mengira bangsa, agama, budaya dan
kcpercayaan. Tctapi malangnya, baru-baru ini masyarakat kita
digempar oleh gejala-gejala yang jauh menyimpang daripada hasrat
yang dicita-cita, iaitu tnasalah pembuangan bayi. Moral yang
mclakukan perkara yang terkutuk ini telah runtuh dan langsung tidak
menunjukkan perasaan perikemanusiaan.
Masalah remaja lari dari rumah; masalah tidak mcnghormati orang
tua; masalah remaja melepak; dan yang sering kita dengar ialah
masalah meningkatnya jumlah penagih dadah.
Mengenai pembangunan sosial dan perpaduan, adalah tidak dapat
dinafikan bahawa masa depan Malaysia amat bargantung kepada
kestabilan dan perpaduan negara. Program-program pembinaan bangsa
dan masyarakat penyayang perlu dititik-berat dan diamalkan oleh
semua pihak. Pihak Kerajaan melalui beberapa Kementerian dan agensi
telah mengaturkan beberapa program yang menuju ke arah matlamat ini.
Tuan Yang di-Pcrtua, saya telah difahamkan bahawa Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah merancang berbagai
program perpaduan dan perabangunan masyarakat. Tetapi di dalam
Belanjawan ini tidak begitu menampakkan pembahagian peratusan
DR.2.11.93 - 107 -
perbelanjaan yang diperlukan. Saya tahu bahawa Kementerian tersebut
bertanggungjawab ke atas penduduk Malaysiaiaitu prograra yang
merangkumi aspek Sebelum seseorang itu lahir - iaitu dari bayi dalam
kandungan sehingga ke saat masuk ke liang tahad - iaitu sehingga
mati. Saya mohon pihak Kerajaan khasnya Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Penerangan menyebarkan
seluas-luasnya program-program yang akan dirancang dan dilaksanakan
mengenai aspek perpaduan dan pembangunan masyarakat.
Saya amat tertarik hati dengan beberapa program yang
dijalankan oleh Kementerian yang saya rasa harus dipertingkatkan di
masa akan datang. Program-program seperti "Titian Emas", "Sedar
Padu", "Hari Perpaduan", "Rukun Tetangga", "Jiran Muda dan Jiran
Wanita", "Tabika Perpaduan", "Program Pendidikan Tidak Formal",
"Khemah Kerja Kejiranan" dan "Prograra Integrasi". Malangnya
kebanyakan program-program ini tidak mendapat publisiti yang
setimpal.
Tuan Yang di-pertua, mengenai kes perabuangan anak-anak,
kejadian yang kejam ini telah memberi satu kejutan yang menggerun
serta membimbangkan. Langkah yang diambil olch Kementerian
Perpaduan Megara dan Pembangunan Masyarakat amat dialu-alukan} iaitu
ibu bapa atau penjaga yang tidak berupaya atau tidak mahu memelihara
bayi mereka haruslah melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
yang berhampiran agar bayi itu dapat dibantu dan diberikan penjagaan
yang sempurna. Tetapi saya berharap Kementerian akan mengkaji
pelaksanaannya nanti sebab takut langkah ini akan menggalakkan
pula kejadian ramai bayi yang dilahirkan di luar nikah dan
setengah-setengah golongan orang akan mengambil peluang ini untuk
melepaskan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
DR.2.11.93 - 108 -
Kita tidak mahu pula negara kita menjadi sebuah negara, dcngan izin,
welfare state. Perkara masalah sosial, saya ingin kaitkan dengan
peranan wanita. Yang mengandung dan yang menjadi mangsa adalah
wanita, dan yang kena kutuk oleh masyarakat adalah wanita. Tetapi
sebenarnya gejala seperti pembuangan bayi, pelacuran dan lari dari
rumah bukan harus dipersalahkan hanya sebelah pihak, tetapi bak kata
pepatah Melayu "tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi". Oleh
yang demikian, saya seru kepada pihak HAWA, iaitu Bahagian Hal Ehwal
Wanita dan NCWO, iaitu National Council of Women's Organisations,
termasuk agensi-agensi lain untuk menilai semula strategi pembangun-
an wanita dan mengikut garis panduan di dalam dasar wanita negara.
Di sini saya ingin memetik ucapan perasmian Yang Berhormat Dato'
Seri Anwar Ibrahim iaitu Menteri Kewangan di forum Perancangan dan
Pembangunan Kependudukan Pcringkat ASEAN pada 26hb Oktober, 1993
yang berbunyi berikut, dengan izin:
"Thus, expanding educational programmes for girls and
eraployment opportunities for women and improving
information on health and nutrition will result in
smaller families. With education, and not some crude
method of family planning, they will be able to
decide on the size of their family."
Dengan kenyataan bcgitu adalah disokong di sini bahawa melalui
pendidikan, kita dapat menghapuskan gejala-gejala yang tidak sihat
seperti, dengan izin, ignorance dan gender discrimination.
Kebanyakan fakcor yang mendorong berlakunya dengan berleluasa
perkara anti-soaial sekarang ini disebabkan mereka ini adalah dari
DR.2.11.93 - 109 -
golongan, dengan izin, dropouts akibat pembangunan ekonomi,
keluasan pembandaran, penambahan pelbagai macam rangkaian perhubung-
an dan pengangkutan serta peningkatan sebaran media massa telah
merangkumi para individu anggota masyarakat ke dalam jaringan sosial
yang amat luas, dan terlibat dalam arus perubahan yang amat pesat.
Saya mengucapkan terima kasih kerana dimasukkan dalam
Belanjawan satu bab pendek mengenai pengiktirafan peranan wanita
dalam pembangunan negara. Saya sangat berharap Pusat Sumber
Maklumat Wanita akan terus meraberi satu arah tujuan kepada peranan
wanita dalam negara serta merekodkan segala sumbangan yang telah
diberikan oleh tokoh-cokoh wanita di Malaysia. Saya juga menyeru
kepada pihak HAWA yang mengendalikan Pusat Sumber Maklumat Wanita
lebih proaktif dan menyebarkan perolehan serta kajian yang telah
dijalankan, sekurang-kurangnya memberitahu mengenai aktiviti dan
kajian kepada golongan ahli-ahli politik wanita khasnya.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai potensi tenaga belia. Satu lagi
gejala yang telah hangat diperbincangkan ialah budaya lepak.
Kebanyakan mereka yang melepak adalah dari golongan muda. Generasi
muda umumnya dianggap sebagai golongan yang memasuki zaman ber-
masalah dalam tahap-tahap perkembangan manusia. Mereka bukan sahaja
dianggap menimbulkan pelbagai masalah kepada diri, tetapi juga
terhadap orang lain di sekitarnya, khususnya golongan tua. Tetapi
golongan inilah yang banyak berpotensi, dan merekalah yang kita
harap untuk menjadi bakal pemimpin di masa akan datang. Golongan
remaja mempunyai beberapa ciri-ciri yang positif yang boleh di-
terokai. Ciri-ciri adalah seperti berikut:
DR.2.11.93 - 110 -
- mempunyai tahap tenaga fisikal yang tinggi;
peningkatan ketara tingkahlaku penerokaan atau
ingin tahu;
perkembangan secara significant kebolehan ber-
fikir dengan jelas;
- membolehkan remaja menghadapi masa depan dan alam-
sekitarnya yang semakin kompleks dan mencabar
dengan cara yang berkesan.
Oleh sebab yang demikian, golongan ini mudah dipengaruhi, ter-
utama sekali dari golongan peer groupnya. Oleh yang demikian saya
serukan di sini kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian
Sumber Manusia agar menerokai sumber goLongan remaja yang berpotensi
ini. Sehubungan dengan perkara yang sama, saya terbaca dalam surat-
khabar yang mengatakan bahawa negara kita memerlukan tenaga kerja
yang mahir seramai 60,270 dalam masa lima tahun yang akan datang.
Tidakkah dapac Kementerian yang berkenaan menggunakan tenaga golong-
an remaja ini diberi latihan yang diperlukan, kalau tidak dalam
tenaga mahir, sekurang-kurangnya dalam tenaga separa mahir, dan
sediakan mereka ini sebagai sumber tenaga pekerja yang diperlukan?
Kalau mereka ini diberi latihan secukupnya dan masa dihabtskan
dengan kursus orientasi, saya rasa masalah lepak akan dapat diatasi.
Masalah pada masa ini adalah mereka ini tidak dapat mengisi masa
lapang yang banyak terluang. Gunakan sistem seperti, dengan izin,
National Service, di mana mereka dikehendaki berkhidmat kepada
Kerajaan dalam satu tempoh masa yang akan dicetapkan. Dengan jalan
ini, selain dari menghindar golongan belia terjebak dalam gejala
anti-sosial yang tidak diingini, Kerajaan kica akan sentiasa ada
satu 'pool' tenaga pekerja yang mahir dan separa mahir, Dengan cara
DR.2.11.93 - 111 -
begini, negara kita dapat menggunakan serta menggerakkan sumber
tenaga belia ini untuk pembangunan negara.
Saya cadangkan di sini supaya belia-belia menganggur berumur 16
hingga 18 tahun diserapkan dalam National Service, di mana mereka
ini diberi kursus dan orientation oleh Biro Tata Negara dan agensi-
agensi yang berkenaan, dan selepas itu mereka ini diberi latihan
yang mahir atau separa mahir seperti machinist iaitu 4,519 kekosong-
an, plant maintenance mechanic iaitu 3,688 kekosongan, juru-clektrik
2,452 kekosongan, weldcrs 2,031 kekosongan, cools and dye makcrs
1,417 kckosongan, juruteknik 13,312 kekosongan, jurutcra 9,273
kekosongan, dan pada masa yang sama negara akan memerlukan 192,480
tenaga kerja separa mahir dan 92,485 tenaga kerja tidak mahir.
Dengan cara begini adalah diharapkan negara kita akan mempunyai
tenaga mahir, separa mahir dan tidak mahir dengan lebih dari men-
cukupi. Pada masa tersebut, ncgara kita boleh menghantar tenaga
kerja kita yang terlatih ke luar negara yang memerlukan. Dengan
keadaan bcgini, kita tidak perlu mengarabil pekerja asing lagi dan
masalah sosial akan dapat dibendung seperti masalah dadah dan budaya
lepak.
Tuan Yang di-Pertua, masalah penagihan dadah. Sejumlah 10,242
orang pcnagih dadah telah dikesan di scluruh Malaysia tiap bulan.
Angka ini sangat memeranjatkan dan menakutkan. Keadaan ini akan
menggugat keamanan dan kesejahteraan ncgara. Daripada jumlah ter-
sebut, 3,741 orang atau 36.5% adalah pcnagih baru, dan 6,501 orang
atau 63.5% adalah kes-kes relapse. Setakat ini sejumlah 25,257
orang penagih dadah masih dalam rawatan pemulihan di bawah
Kementerian Dalam Negeri. Di sini, saya ingin bertanyakan
Kementerian Dalam Negeri, setakat ini apakah keberkesanan yang di-
perolehi di dalam program merawat dan memulih penagih dadah di
pusat-pusat serenti ini?
DR.2.11.93 - 112 -
Banyak benar perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk tujuan
tersebut dan banyak juga peruntukan telah disediakan untuk
menghantar pegawai-pegawai berkursus di dalam dan di luar negeri
untuk tujuan yang sama.
Saya juga hendak mengambil peluang ini untuk bertanya kepada
Kementerian Dalam Negeri mengenai tindakan yang sedang dan akan
diambil mengenai masalah penghiduan gam. Masalah ini kian merebak
dan memang menjadi masalah utama di Sarawak terutama sekali yang
dialami oleh golongan belia dan penuntut sekolah. Pada masa ini,
masalah penagihan dadah adalah dianggap sebagai penyakit tetapi saya
rasa, eloklah kita kaji semula dan mungkin mengambil langkah yang
lebih drastic dan menganggap penagihan dadah sebagai offence.
Peruntukan yang banyak untuk tujuan tcrsebut boleh dipcruntukkan
untuk pembinaan lebih banyak kelas-kelas atau sckolah-sekolah.
Tuan Yang di-Pertua, kualiti pcndidikan. Di bawah Anggaran
Mengurus bagi Kementerian Pendidikan, sebanyak KM7.715 bilion
merupakan scbanyak 23.2% daripada keseluruhan jumlah Perbelanjaan
Mengurus tahun 1994. Sebahagian besar daripada peruntukan ini
adalah untuk pembiayaan emolumen termasuk keperluan membiayai
tambahan lebih kurang 5,799 jawatan guru baru dan 160 jawatan
sokongan. Oleh hal yang demikian, saya ingin mempersoalkan masalah
kualiti pcndidik yang harus menanggung tanggungjawab ke arah
mewujudkan masyarakat berpendidikan.
DR.2.11.93 - 113 -
Kualiti pendidikan adalah bersangkut secara langsung kepada
kualiti pendidiknya. Ini telah terbukti di dalara sebuah kajian yang
telah dijalankan oleh Institut Teknologi MARA, Kampus Sarawak yang
memberi sebab berlakunya kelemahan dan ketidak-prihatinan penuntut
kepada matapelajaran Matematik adalah diakibatkan oleh tiada
motivasi atau galakan dari pihak guru, malah ada dilaporkan bahawa
terdapat guru yang tidak terlatih dalam matapelajaran tersebut.
Memang diakui bahawa satu daripada sebabnya guru-guru tidak dapat
memberi perhatian penuh kepada prestasi. penuntut adalah disebabkan
bcbanan tugas dan tanggungjawab yang kian bertambah yang disebabkan
perubahan kurikulum.
Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan langkah yang diambil
oleh pihak Kerajaan untuk mewujudkan sistem kenalkan pangkat dalam
pcrkhidmatan pcndidikan. Sistera ini amat dialu-alukan oleh kerana
sistem ini menambah ganjaran dengan memberikan peluang kenaikan
pangkat bagi guru-guru dari pelbagai disiplin tanpa memerlukan
mereka bertukar ke sekolah lain bagi menjalankan tugas pcntadbiran.
Cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kccemerlangan pendidikan dan menarik pclajar-pelajar dari
negara-negara lain juga akan memberi kesan mendalam terhadap sistem
pendidikan negara. Oleh yang demikian, adalah dialu-alukan usaha
untuk memperkenalkan Akta Pcndidikan baru yang menyeluruh dan ianya
harus disegerakan.
DR.2.11.93 - 114 -
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan penubuhan Institut
Kajian Strategi Pendidikan (ISPEN). Sebagai pusat, perlu
disegerakaa kerana dengan wujudnya ISPEN, kita yakin rakyat akan
dirangsang supaya berfikir menoleh ke belakang, memandang jauh ke
hadapan, menganalisa dan seterusnya mengorak strategi untuk
menencukan tujuan pendidikan di dalam konsep yang menyeluruh.
Kita berharap agar ISPEN akan dapat merangkumkan seraua pihak
yang terlibat dalam pendidikan supaya berusaha secara kolektif dan
bersatu-padu bagi memikirkan semula strategi pendidikan. Kita
berharap juga supaya perabcntukan ISPEN akan mengkaji kelemahan
dalam sistem pcndidikan masa kini dan mengimbanginya dengan sebuah
perubahan pemikiran yang mengambilkira akan keadaan masa kini.
Kita berharap satu strategi baru yang lebih mantap dan komited
untuk melahirkan generasi baru dan berilmu, bermoral dan mampu
bersaing dalam era saintifik dan teknologi sejagat masa hadapan.
Pemikiran ini harus mempertahankan identiti Kebangsaan memandangkan
Malaysia akan menjadi negara paling maju menjelang tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan. Pcruntukan sebanyak
RM276 juta kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
dan Lembaga Penggalakan Pclancongan Malaysia adalah satu peruntukan
yang besar, Ini mcnunjukkan betapa pentingnya induatri pelancongan
kepada negara kita. Industri pelancongan telah meningkat dengan
pesatnya dan hasil dari peningkatan ini, kita dapati ada pertambahan
peluang pekerjaan, perhotelan, perbekalan makanan dan industri
kraftangan.
DR.2.11.93 - 115 -
Rakyat yang berada di persekitaran pusat-pusat pelancongan
telah dapat menikmati betapa pesatnya pertumbuhan industri ini.
Saya mengalu-alukan insentif pengecualian cukai yang diberi kcpada
syarikat pengusaha pelancongan tempatan ke atas pendapatan
mengendalikan sekurang-kurangnya 500 pelancong asing yang
dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2000 dan memperluaskan kemudahan
ini supaya meliputi semua pelancong yang datang melalui udara, darat
dan laut.
Saya juga mengalukan penurunan duti import motorised home
kepada 35% sebagai satu langkah untuk mempelbagaikan tarikan
pelancong ke Malaysia. Saya juga berharap agar rakyat Malaysia akan
menceburi hobi baru iaitu melancong dalam negara dengan menggunakan
motoriscd home. Kemudahan yang seterusnya seperti penyediaan tapak
parking motorised home, kemudahan bekalan elektrik dan air serta
tandas dan bilik mandi awam dan juga kawalan keselamatan harus
disediakan di merata tempat di Malaysia.
Bagi Sarawak, industri pelancongan adalah satu potensi untuk
menambahkan pendapatan tetapi untuk tnencapai tujuan ini serta
menambahkan lagi 'significance'nya, kita berharap Kerajaan
Persekutuan terutama sekali Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan akan mcrabantu mengatasi bcbcrapa masalah yang ketara dan
yang telah menyekat industri ini berkembang dengan lebih pesat lagi.
Masalah-masalah ini adalah tidak cukup publisiti atau
penerangan mengenai Sarawak sebagai sebuah pusat pelancongan dan
DR.2.11.93 - 116 -
masalah kedua adalah air accessibility, dengan izin, yang tidak
mencukupi,
Tuan Yang di-Pertua, jumlah kenusukan pelancong asing ke
Sarawak telah meningkat semenjak tahun 1986, Semcnjak tahun
tersebut sehingga tahun 1990, juralah kemasukan pelancong asing telah
bcrtambah tiga kali ganda iaitu daripada 145,236 orang hingga kepada
434,343 orang. Pertumbuhan. yang begitu pesat yang dialami oleh
Sarawak ialah dalam tahun 1990 sempena dengan pelancaran Tahun
Melawat Malaysia sccara besar-bcsaran iaitu 33.6% dari tahun 1989.
Pada keseluruhannya pula, Malaysia telah mencatatkan kemasukan
pelancong asing berjumlah 7.5 juta orang dalam tahun 1990. Jika
dibandingkan peratusan tersebut dan hanya yang memasuki Sarawak,
angkanya amat mengecewakan.
Oleh yang dcmikian, saya menyeru kcpada Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pclancongan untuk merangka satu program yang lebih
strategik dan lebih menggalakkan lagi untuk mengutarakan Sarawak
sebagai satu destinasi pelancongan di Malaysia. Banyak pendapat
pelancong asing mengatakan. bahawa Sarawak berpotensi dalam industri
pelancongan sebab Sarawak masih banyak alam semulajadi yang dapat
diterokai o4eh pelacong seperti mengembara dalam hutan, mendaki
gunung dan berperahu di sungai yang penuh dengan rapids, dengan
izin. Saya berharap, dalam aturcara Tahun Melawat Malaysia 1994
akan menampakkan pertambahan dalam kemasukan pelancong asing ke
Sarawak.
DR.2.11.93 - 117 -
Tuan Yang di-Pertua, pengujudan EAEC dan AFTA. Saya sangat
mengalu-alukan kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri' .Perdagangan
Antarabangsa dan Industri bahawa Perundingan Ekonomi Asia Timur
(EAEC) yang dicadangkan penubuhannya oleh Perdana Menteri, Dato'
Seri Dr. Mahathir Mohamad tiga tahun lalu dijangka beroperasi tahun
hadapan. Cadangan supaya sebuah forum perundingan longgar di
kalangan negara-ncgara Asia Timur itu mula dilaksanakan juga
menjelang tahun hadapan. Berita baik juga telah disebar di media-
massa mengenai pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
mungkin menjadi kenyataan lebih awal daripada yang dijangkakan
berikutan sokongan padu di kalangan negara anggota ASEAN.
Tuan Yang di-Pertua, prospek perdagangan antarabangsa masih
belum meyakinkan kerana keengganan ncgara-negara maju mencapai
kesepakatan dalam Perundingan Perdagangan Pusingan Uruguay, termasuk
mengadakan pelbagai sekatan tarif serta bukan tarif dan munculnya
blok perdagangan NAFTA termasuk EC.
DR.2.11.93 - 118 -
Oleh yang demikian, saya sangat bersetuju bahawa daya saing barangan
kita perlu terus diperbaiki sehingga dapat menembusi segala sekatan
yang dihadapi dan pada masa yang sama kita perlu mengaju strategi
perdagangan yang lebih agresif, meneroka pasaran baru di Negara-
negara Selatan serta mempercepatkan integrasi ekonomi rantau ini.
Saya juga berpendapat bahawa pengwujudan EAEC seharusnya
dilihat dari perspektif yang berlainan. Usaha untuk mendapat
sokongan dari luar negara ASEAN adalah satu proses yang akan memakan
masa yang panjang dan tidak ada penghujungnya akibat masalah
non-affinity dan diversity nilai-nilai nasional. EAEC harus diwujud
sebagai kesinambungan ASEAN dan usahasama harus dipupuk oleh semua
anggota ASEAN secara lebih serius. Ini akan membolehkan EAEC ber-
tindak sebagai sebuah 'econoraic cooperation' dan mempunyai potensi
sebagai sebuah 'trading bloc'. ASEAN sepatutnya mengorak laagkah
untuk mempercepatkan dan mempertingkatkan intra-ASEAN cooperation.
Saya berpendapat bahawa pada masa kini usaha ini agak perlahan dan
kejayaan kerjasama ini adalah terhad kepada Common Preferential
Tariff (CEPT) dan joint ventures yang tidak berapa visible. Oleh
yang demikian, dengan terlaksananya AFTA segala masalah ini akan
dapat diatasi dan perdagangan antara negara-negara ASEAN akan dapat
dipertingkatkan dan kita harus mempercepatkan lagi proses
perdagangan kita untuk memenuhi matlamat penubuhan ASEAN dan memper-
kembangkan AFTA untuk diselaraskan dengan pengwujudan EAEC.
DR.2.U.93 - 119 -
Pembangunan Usahawan Bumiputera
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dipertanggungjawab
menyediakan beberapa pakej perkhidmatan bersepadu membangun sebuah
masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Strategi
pembangunan usahawan dan korporat oleh PUNB meliputi program Skim
Vendor dengan syarikat-syarikat Kerajaan dan syarikat
multi-national, program pertukaran usahawan, program industri
sasaran dan program pendekatan terus. Semua program ini, saya yakin
adalah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan
perindustrian. Tetapi saya ingin mempersoalkan pelaksanaan
program-program ini.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya berpendapat bahawa PUNB
belum mencapai tujuannya dan belum lagi memberi kesan yang ketara di
dalam soal meningkatkan status usahawan bumiputera. Saya berharap
PUNB mesti memperhebatkan usaha pemasaran dan publisitinya di luar
kawasan Lembah Kelang. Saya berpendapat demikian, memandangkan
bahawa di kawasan Lembah Kelang sudah didapati terlalu banyak
usahawan-usahawan bumiputera yang telah meningkat maju jika
dibandingkan dengan negeri lain. Ini adalah disebabkan terdapat
suasana yang kompetitif, mudah mendapat maklumat dan pinjaman
kewangan dan kemudahan yang lengkap di kawasan Lembah Kelang. Lain
pula keadaannya di negeri-negeri lain, terutama sekali di Sarawak.
Kemudahan adalah sangat terhad dan usahawannya adalah kurang
kompetitif dan bergantung semata-mata atas kontrak Kerajaan.
Kesimpulannya, usahawan di luar kawasan Lembah Kelang sangat
memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan serta bantuan PUNB.
Usahawan sebeginilah harus diberi perhatian oleh pihak PUNB.
DR.2.11.93 - - 120 -
Pengkomputeran sektor perkhidmatan Kerajaan
Tuan Yang di-Pertua, pengkomputeran bukan lagi sesuatu yang
mewah dan ianya adalah sesuatu yang perlu bagi mengimbangi pem-
bangunan yang pesat masa kini. Bahkan sejumLah peruntukan telah
disediakan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan
dengan pesat sistem pengkomputeran di Jabatan-jabatan Kerajaan. Di
dalam sektor Kerajaan, banyak Jabatan-jabatan Kerajaan telah meng-
gunakan sistem komputer di dalara urusan harian mereka. Apa yang
ingin saya persoalkan di sini adalah sama ada pihak Kerajaan
bercadang untuk menggubal dan mengadakan sebuah pelan pengkomputeran
nasional untuk meneliti dan mengkaji keperluan pengkomputeran sektor
dilakukan pada masa ini. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai
apakah pandangan pihak Kerajaan mengenai perkara ini termasuk juga
jenis-jenis 'data-base' yang diperlukan. Di dalam bidang yang sama,
saya ingin mengetahui mengenai idea yang telah dibincangkan tahun
lepas, iaitu "Public Service Network" yang hendak diwujudkan.
Sehingga kini belum lagi diketahui perkembangannya.
Isu tenaga elektrik
Tuan Yang di-Pertua, kita di negara ini sangat bertuah oleh
kerana kita mempunyai sumber tenaga yang banyak termasuk sumber
tenaga dari minyak, gas asli, eletrik hidro dan arang batu, Krisis
tenaga di negara kita adalah terkawal akibat campurtangan yang cepat
dari pihak Kerajaan. Tetapi kebelakangan ini, Kerajaan telah
membuka peluang kepada pihak swasta untuk membekalkan elektrik.
DR.2.11.93 - 121 -
Valaupun langkah penswastaan adalah baik, tetapi dalam hal ini saya
ingin menyeru kepada pihak Kerajaan supaya berhati-hati dan meneliti
secara terperinci pelan pelakaanaannya. Di dalam peringkat
pelaksanaannya nanti, pihak Kerajaan mesti memastikan bahawa segala
aktiviti dan mungkin kemudian permintaan pihak swasta mudah diselia
dan dikawal. Ini adalah berkaitan dengan derived effect yang akan
timbul, iaitu kos elektrik/tenaga atau harga tenaga yang ditetapkan
oleh pihak swasta yang membekalkan tenaga tersebut. Semua ini
sepatut dan seharusnya dikawal sepenuhnya oleh pihak Kerajaan. Oleh
yang demikian, saya ingin menyarankan agar semua keperluan asas
seperti bekalan tenaga dan air masih kekal di' bawah bidangkuasa
Kerajaan dan seterusnya bertanggungjawab secara langsung untuk mem-
bekalkan keperluan kepada rakyat, lebih-lebih lagi kos tenaga yang
tinggi akan memberi kesan langsung kepada pembangunan industri di
negara ini, terutama sekali ianya akan melemahkan penyertaan pelabur
asing ke negara ini,
Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri ucapan ini, saya meng-
ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri
Kewangan yang telah memberikan kita satu Belanjawan yang berimbang.
Kesemua aspek telah diambil kira dan saya rasa tidak ada apa lagi
yang tertinggal atau yang akan menjadi isu pihak pembangkang.
Faktor keadilan, keharmonian sosial, kesejahteraan hidup dan
kemakmuran rakyat telah diberi penekanan. Kita bersyukur kerana•
negara dan rakyat sentiasa dalam keadaan aman dan damai dan ini
adalah hasil dari perjuangan semua golongan dan lapisan rakyat dan
juga adalah hasil dari kestabilan politik dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
DR.2.11.93 - 122 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Pasir Mas.
6.27 ptg.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Tuan Yang di-Pertua,
iltizam politik Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja memungkinkan
suatu Belanjawan yang dinamakan Belanjawan daripada hati pemimpin
kepada rakyat tetapi melahirkan apa yang dinamakan 'Belanjawan
berimbang' untuk tahun 1994. Apabila disebut Belanjawan berimbang,
banyak pihak memberi pentafsiran apakah erti."berimbang".
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat ataupun mengkaji
Belanjawan yang dibencang ataupun yang dikemukakan oleh negara-
negara maju ataupun oleh negara-negara lain yang sedang membangun,
kita dapati boleh dibilang dengan jari, tidak mungkin ada sebuah
negara dalam keadaan sekarang ini boleh mengemukakan suatu
Belanjawan yang berimbang (balanced Budget) dan inilah suatu
kejayaan yang sememangnya di luar dugaan sama sekali.
Pertama, saya ingin merujuk kepada laporan Hansard ataupun
laporan Penyata Rasmi Parlimen, sesudah mengikuti perbahasan yang .
dimulakan semalam dan hari ini terutamanya daripada Ahli Parlimen
Marang dan juga daripada Ahli Parlimen Tanjong sebagai Ketua
Pembangkang,Saya hendak merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh
Ahli Parlimen Marang yang saya kira ucapannya yang memakan masa
hampir dua jam tetapi pada pandangan saya dalam konteks prosedur
perbahasan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Marang adalah out of
context. Tidak lebih daripada datang membaca suatu ready text of
speech yang sememangnya bertentangan dengan amalan peraturan Dewan
Rakyat, dan kandungan ucapannya itu ialah kandungan ucapan berbuku,
DR.2.11.93 - 123 -
yang tiga perempat daripada apa yang disebutkan, memang kita semua
tahu, yang saya sentiasa menyebutkan seolah-olah bukan perbahasan
dalam Dewan RakyaC tetapi penyampaian khutbah Jumaat yang seolah-
olah mempersoalkan di kalangan Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat,
seolah-olahnya belum mengetahui tanggungjawabnya kepada Allah
S.W.T., tidak mengetahui hukum-hakam dari segi agama, maka beliau
memperkecil-kecilkan dengan mengatakan kenyataan yang saya anggap
cukup bercanggah dengan ucapan beliau sendiri.
Timbalan Yaog di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Yang Berhormat,
masa sudah suntuk ya.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Elok. Saya sambung esok, Tuan Yang
di-Pertua.
Timbalan Yang dl-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
diminta sambung esok.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Ya, terima kasih.
Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang
esok.
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.