dasar sosial negara

7
DASAR SOSIAL NEGARA (DSN) PENGENALAN 1. Negara Malaysia seharusnya berbangga dengan kemajuan ekonomi, pembangunan yang pesat dan peningkatan taraf hidup rakyat berbilang kaum, agama dan budaya. 2. Namun begitu, proses pembangunan dan kemajuan tidak dapat lari daripada pelbagai masalah jika terdapat ketidakseimbangan di antara pembangunan fizikal dengan pembangunan rohaniah. 3. Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pembentukanan dan pelaksanaan Dasar Sosial Negara yang komprehensif bagi pembangunan insan dan negara. 4. Pelancaran DSN oleh Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2003, jam 2.30 petang di PWTC, Kuala Lumpur. DEFINISI Dasar Sosial Negara(DSN) ialah dasar payung yang merangkumi falsafah semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020 serta komitmen negara di peringkat antarabangsa. TUJUAN

Upload: sally

Post on 06-Jun-2015

12.016 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dasar sosial baru di negara tertentu..pelbagai jenis dasar sosial yang diamalkan dan menberi peluang pekerjaan yang lebih banyak.>,

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR SOSIAL NEGARA

DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)

PENGENALAN

1. Negara Malaysia seharusnya berbangga dengan kemajuan ekonomi, pembangunan yang pesat dan peningkatan taraf hidup rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.

2. Namun begitu, proses pembangunan dan kemajuan tidak dapat lari daripada pelbagai masalah jika terdapat ketidakseimbangan di antara pembangunan fizikal dengan pembangunan rohaniah.

3. Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pembentukanan dan pelaksanaan Dasar Sosial Negara yang komprehensif bagi pembangunan insan dan negara.

4. Pelancaran DSN oleh Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2003, jam 2.30 petang di PWTC, Kuala Lumpur.

DEFINISI

Dasar Sosial Negara(DSN) ialah dasar payung yang merangkumi falsafah semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020 serta komitmen negara di peringkat antarabangsa.

TUJUAN

1. DSN bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi.

2. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

KESEIMBANGAN ANTARA PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SOSIAL

1. Pembangunan negara haruslah berpaksikan konsep pembangunan seimbang yang bermaksud pembangunan ekonomi yang diimbangi dengan pembangunan

Page 2: DASAR SOSIAL NEGARA

dan kemajuan sosial termasuk pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

2. Matlamat utama pembangunan ialah kesejahteraan dalam masyarakat secara keseluruhan iaitu kesejahteraan rohani, jasmani dan alam fizikal.

3. Dalam hubungan ini, usaha perlu diambil untuk memperkuatkan faktor-faktor sentripetal seperti kesejahteraan, keharmonian, persefahaman, perkongsian dan sebagainya yang mendorong anggota masyarakat untuk saling berkompromi dan bekerjasama demi mempertahankan kepentingan bersama dalam merealisasikan masyarakat maju dan mantap.

OBJEKTIF UMUM DSN

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan kominiti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan wilayah agar dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

OBJEKTIF KHUSUS DSN

1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. 2. Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap

individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati, antara persekitaran fizikal yang baik serta persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Dasar Sosial Negara juga digubal untuk memastikan bahawa keperluan hidup yang menyeluruh menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.

4. Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, taraf perkhawinan dan keupayaan fizikal.

5. mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. 6. Hal ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan

sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai maklamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup.

7. Usaha berterusan dibuat untuk memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.

8. Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota

Page 3: DASAR SOSIAL NEGARA

masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan yang bermutu.

MENJANA SINERGI MULTISEKTOR

1. Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat.

2. Kerjasama ini bertujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.

3. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.

4. Melalui usaha-usaha ini, kita dapat memupuk kesedaran di kalangan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti.

JENTERA PELAKSANA

1. Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan.

2. Majlis Sosial Negara merupakan badan yang tertinggi.3. Majlis Sosial Negara dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan

keanggotaan terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial.

4. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai Urusetia.

5. Di peringkat negeri, Majlis Pembangunan Negeri dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar/Ketua Menteri.

6. Peranan mereka ialah merealisasikan Dasar Sosial Negara dan merancang projek-projek pembangunan fizikal.

7. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu diantau bagi mamastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial.

Page 4: DASAR SOSIAL NEGARA

SOALAN :

1. Siapakah yang melancarkan Dasar Sosial Negara ?A. Yang di-Pertuan AgongB. Perdana MenteriC. Timbalan Perdana MenteriD. Setiusaha Majlis Parlimen

2. Antara penyataan berikut, yang manakah berikut merupakan tujuan Dasar Sosial Negara ? I masyarakat berpeluang memperkembangkan potensi diri II mewujudkan alam sekitar yang bersihIII menjalinkan hubungan dengan negara luarIV mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mantap

A. I dan II B. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

3. Keseimbangan pembangunan dan kemajuan sosial termasuklah pembangunan I emosi II jasmani III intelektualIV rohani

A. I, II, III dan IVB. I, II dan IIIC. I, II dan IVD. II, III dan IV

4. Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan badan yang tertinggi di peringkat persekutuan di bawah Dasar Sosial Negara?

Page 5: DASAR SOSIAL NEGARA

A. Majlis ParlimenB. Majlis Sosial NegaraC. Majlis Amanah RakyatD. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

5. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang Dasar Sosial Negara ?I. Dasar Sosial Negara digubal untuk memastikan bahawa keperluan

hidup yang menyeluruh menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.

II. Majlis Sosial Negara dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.III. Majlis Pembangunan Negeri dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri.IV. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara akan bertindak

sebagai Urusetia.

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV