contoh karangan penerokaan angkasa lepas

Upload: achett-amid

Post on 17-Oct-2015

303 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Malaysia telah berjaya mencipta sejarah dalam bidang aeroangkasa apabila angkasawan pertama negara, Datuk Sheikh Muzaffar Syukor memulakan misi penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun lepas sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Penghantaran angkasawan pertama negara itu, sekali gus menempatkan Malaysia dalam kumpulan elit 37 negara di dunia yang berjaya menakluki angkasa lepas sejak kejayaan misi pertama manusia ke cakerawala oleh angkasawan bekas Soviet Union, Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Sesungguhnya, program ini membawa banyak kemaslahatan kepada negara kita jika diteliti secara mendalam sehingga ke akar umbi.

Pada hemat saya, sains angkasa dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman kita terhadap kewujudan alam dan keselesaan alam semulajadi. Sains dan teknologi angkasa boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu sains angkasa lepas dan industri penerbangan. Teknologi angkasa lepas boleh dilihat daripada tiga bidang iaitu kajian dan penerokaan angkasa lepas dari segi kefahaman kita tentang alam semulajadi. Aspek ini mempunyai dua bidang utama iaitu astronomi dan pengembaraan angkasa lepas untuk tujuan komunikasi. Khususnya penggunaan satelit perhubungan. Dalam mengeksploi angkasa lepas dari segi komunikasi akan melibatkan kemajuan sains dan nilai komersil.

Sejumlah berbillion ringgit setiap tahun untuk industri angkasa. Industri angkasa berada pada era kemuncak teknologi baru dalam beberapa bidang. Penemuan-penemuan baru dalam bidang angkasa kerap menyumbangkan kearah banyak industri lain, termasuk oeronautik, komunikasi, kejuruteraan aeroangkasa, komputer. Malah kita tidak harus melepaskan peluang untuk menceburi malah memimpin industri angkasa. Walau bagaimanapun industri angkasa yang berjaya mestilah melaburkan suoser-suoser dalam aspek penyelidikan dan pembangunan dalam usaha mencari dan memperkenalkan keluaran dan kepercayaan.

Kerjasama antarabangsa merupakan saluran utama dalam mengembangkan sains dan teknologi terutamanya dalam bidang penggunaan teknologi antarabangsa. Buat masa ini, bidang penerokaan angkasa merupakan contoh yang jelas dalam kerjasama antarabangsa dan sangat penting demi kepentingan semua negara. Di Malaysia amnya, memang tidak dinafikan lagi bahawa pembangunan sains dan teknologi angkasa mesti selaras dengan aktiviti angkasa antarabangsa. Faktor ini bukan sahaja dari segi pasaran untuk industri, tetapi sebagai jalan masuk kepada teknologi dan tenaga mahir.

Industri angkasa menawarkan peluang untuk Malaysia membangunkan industri berkaitan dengan kepentingan sains dan tentera diangkasa. Pada alaf yang canggih ini, dengan kedatangan sistem komunikasi satelit, sistem pandu arah satelit dan penderiaan jauh, industri angkasa yang lebih kepada bidang komersil telah diperkenalkan. Pasaran buOleh itu kerjasama antara rakyat Malaysia perlu dipupuk untuk menstabilkan dan memantapkan industri angkasa dinegara ini dalam melahirkan generasi bijak dan berprestij untuk kecemerlangan negara.

Oleh itu kerjasama antara rakyat Malaysia perlu dipupuk untuk menstabilkan dan memantapkan industri angkasa dinegara ini dalam melahirkan generasi bijak dan berprestij untuk kecemerlangan negara. Sesungguhnya, program seumpama ini bukan pembaziran melainkan suatu lagi tanda kemajuan kegara dalam bidang sais dan teknologi.