contoh bahan penulisan ilmiah maiza

43
<FAKULTI > FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA. <SEMESTER / TAHUN > KEENAM / MEI 2014. <KOD KURSUS> HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN. <TAJUK KURSUS> Pemilihan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Menggunakan Aplikasi Android Jenis Youtube. NAMA : SHARIPAH MAIZATUL AKMA BT. SYED MAHAMUD NO. MATRIKULASI : 660129065424001 NO. KAD PENGNEALAN : 660129- 06-5424 1

Upload: sek-keb-bandar-mentakab-skbm

Post on 24-Jul-2015

178 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

<FAKULTI >

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA.

<SEMESTER / TAHUN >

KEENAM / MEI 2014.

<KOD KURSUS>

HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN.

<TAJUK KURSUS>

Pemilihan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Menggunakan Aplikasi

Android Jenis Youtube.

NAMA : SHARIPAH MAIZATUL AKMA BT. SYED MAHAMUD

NO. MATRIKULASI : 660129065424001

NO. KAD PENGNEALAN : 660129-06-5424

NO. TELEFON : 013-9417468

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB.

1

Page 2: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK……………………………………………………………………………………4

1.0 PENGENALAN.

1.1 Apa itu Android………………………………………………………………………..5

1.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Aplikasi Apps Youube.

1.3 Video.............................................................................................................................6

2.0 KAJIAN ILMIAH

2.1 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)……………………..7

2.2 Kebaikan PPBK……………………………………………………………………….8

2.3 Latar belakang YouTube.

2.4 Sejarah Perkembangan YouTube………………………………………..……………9

2.5 Aplikasi YouTube dalam pendidikan…………………………………………………10

2.6 Pendidikan Perantaraan Gadget Smartphone,Tablet PC Peranti Mudah Alih

Teknologi di dalam bilik darjah…………………………………………………………11

3.0 METODOLOGI..................................................................................................................13

3.1 Objektif Kajian.

3.2 Prosedur kajian.................................................................................................................14

3.3 Instrumen Kajian.

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN................................................................17

4.1 Borang Soal Selidik Guru................................................................................................18

4.1.1 Bahagian A.

4.1.2 Bahagian B.................................................................................................................19

4.2 Analisa Soal Selidik Perisian Kursus...............................................................................20

2

Page 3: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

4.2.1 Penilaian Kriteria Isi Kandungan.

4.2.2 Penilaian Kriteria Aspek Teknikal……………………………………………………21

4.3 Cadangan penambahbaikan memilih Aplikasi dari android..............................................24

5.0 KESIMPULAN......................................................................................................................25

SENARAI RUJUKAN.................................................................................................................27

LAMPIRAN-LAMPIRAN.....................................................................................................29-34

3

Page 4: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

ABSTRAK

Dalam perkembangan teknologi telefon pintar dan tablet mudah alih, Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) menggunakan aplikasi Android dan Apple Apps

(iOS) yang berbentuk pendidikan semakin berkembang dengan pesatnya di Malaysia.

Pembelajaran mudah alih ini adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaaan

pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih dapat mencapai objektif pengajaran

mengikut sukatannya.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai (1) isi kandungan berkaitan ketepatan, kesesuaian

dan skop aplikasi hasil dari pemilihan perisian kursus aplikasi tersebut.(2) kesesuaian dari aspek

teknikal navigasi dan ciri-ciri penyimpanan rekod.(3) guru-guru menilai pembangunan perisian

secara sumatif diakhir proses pengajaran dan pembelajaran hasil dari sikap pelajar selepas

menggunakan aplikasi tersebut.

Laporan yang lengkap dengan analisis data yang dikumpulkan menggunakan Microsoft Word

dan diplotkan beberapa graf dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan perisian kursus dari app YouTube dalam PPBK,

dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran dengan graf yang akan ditunjukkan.

Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan untuk penyediaan lanjutan bagi

memilih app mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

juga ada diutarakan.

1.0 PENGENALAN.

Guru berperanan sebagai agen perubahan kepada perkembangan teknologi maklumat dalam

pendidikan. Sehubungan dengan itu, mereka perlu peka kepada perkembangan teknologi

maklumat yang semakin bertambah pesat ke arah meningkatkan profesionalisme dalam bidang

pendidikan. Pengetahuan mengenainya amat penting untuk generasi masa kini.

Ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan sistem komputer, sebaliknya

mencakupi penggunaan komputer dan telekomunikasi yang digunakan untuk memproses dan

menyebarkan maklumat.

4

Page 5: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Telefon merupakan sistem perhubungan yang utama dalam kehidupan seharian. Telefon

memudahkan kita dalam melaksanakan kerja. Telefon ini mudah dibawa ringan, kecil dan

mempunyai pelbagai guna. Telefon jenis Android dan Apple Apps (iOS) dapat menghantar

pesanan mesej ringkas dan menelefon dari jarak yang jauh tanpa menggunakan wayar. Ada juga

beberapa jenis teknologi telefon yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat

menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi,

termasuklah komputer riba.

Melalui capaian internet pula membolehkan pengguna membentuk komunikasi yang berkesan,

cepat dan mudah. Ia dapat digunakan dimana-mana dengan pelbagai media dalam aplikasinya

meliputi seluruh dunia serta mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

Ianya dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam bentuk media yang menarik melalui aplikasi Apps telefon selular Android.

1.1 Apa itu Android.

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan

notebook. Android dibangunkan oleh Google Corporation, sebuah syarikat enjin carian

terkemuka dunia. Asalnya android dibangunkan oleh Android Inc. ( firma yang kemudiannya

dibeli oleh google). Kemudian untuk mengembangkan android, dibentuklah Open Handset

Alliance, consortium daripada 34 syarikat telekomunikasi termasuk Google, HTC, Intel,

Motorola, Qualcomm, T-M0bile dan Nyidia. Ada lebih daripada 200,000 application / software

yang dikeluarkan untuk Android setakat 2011 dan majoritinya adalah percuma.

Justeru itu, guru perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi Android

percuma yang mudah didapati dan mudah diakses untuk diaplikasikan di dalam kaedah

pembelajaran mereka ( Hamdan et al., 2012).

Antara beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma yang sentiasa diakses pelajar

atau guru adalah Wikipedia, You Tube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search dan

whiteboard ( Hamdan et al., 2012).

1.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Aplikasi Apps You Tube.

5

Page 6: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Aplikasi pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan dengan menggunakan perisian kursus

berbentuk video yang telah dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

Pemilihan video ini dibuat kerana ianya benar-benar sesuai dengan topik isi kandungan yang

ingin disampaikan dalam pembelajaran Pendidikan Agama Islam mengikut sukatan tahun 4,

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Perisian ini melibatkan gabungan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi

untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan

berkesan.

1.3 Video

Video adalah satu siri skrin yang memuatkan gambar-gambar yang diiringi bunyi-bunyian yang

dimainkan pada kadar yang laju. Contoh : MPEG1 (VCD), MPEG2(DVD) , Quict Time

(Mscintost) 7. Hipermedia dan Hiperteks -dokumen tanpa urutan yang terdiri daripada teks,

audio dan maklumat visual yang disimpan dalam komputer.

Hipermedia merupakan media berpautan atau kombinasi media. Ianya merujuk kepada perisian

komputer yang mengintegrasikan elemen teks, grafik, animasi, video dan audio yang saling

berhubungan dalam proses pengaksesan maklumat.

2.0 KAJIAN ILMIAH

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan kepada hampir semua

aspek kehidupan termasuklah pendidikan. Perkembangan dalam bidang teknologi juga telah

mengubah cara manusia belajar (Naismith et al., 2004). Selain itu, proses pembelajaran kini telah

melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005), bersifat globalisasi dan

sepanjang hayat (Sharples, 2000).

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001), Kementerian Pelajaran

Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga

ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam

penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan

peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya.

6

Page 7: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan

yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan,

organisasi sekolah dan keguruan. Isu yang ingin dibincangkan dalam penulisan ilmiah ini ialah

lebih kepada penggunaan teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK). Penggunaan teknologi dalam PPBK adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang

berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan.

2.1 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran dan pembelajaran

yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan

melalui komputer. PPBK juga dikenali sebagai:

(a) Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika; atau

(b) Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom.

Oleh itu, dalam mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan

dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1997). Pendidik-pendidik harus

lebih didedahkan kepada penggunaan teknologi terkini untuk membantu memantapkan lagi

proses pengajaran serta sentiasa dibekalkan dengan maklumat-maklumat terbaru agar dapat

seiring dengan perubahan-perubahan teknologi yang bergerak pantas. Kenyataan ini turut

disokong oleh Robiah (1994) yang mengatakan, seseorang pendidik harus sentiasa mengikut

peredaran masa dan memahami tuntutan-tuntutan perkembangan teknologi dan sains.

Perisian kursus ini melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video,

audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti

pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Sila rujuk Rajah 1.1.

7

Page 8: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Rajah 1.1: Elemen-elemen dalam perisian kursus

2.2 Kebaikan PPBK

Pusat Perkembangan Kurikulum dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan perisian kursus

PPBK di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapa kelebihan, iaitu, ia berupaya:

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.

2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.

3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

4. Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat dan

5. Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara

berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.

Menurut Alessi & Trollip (1991), PPBK yang dilaksanakan dengan betul akan dapat

meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Jensen (1996), dalam satu kajian, telah membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan

perisian kursus dengan pelajar yang menggunakan kaedah konvensional. Beliau mendapati

pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus PPBK lebih baik daripada pelajar yang

tidak menggunakannya. Perisian kursus yang digunakan adalah tentang osmosis.

2.3 Latar belakang You Tube.

8

Page 9: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

YouTube merupakan laman website yang kita boleh kongsikan muat naik (upload) sebarang

video ataupun lagu. Pada asal penciptaannya menjadi bahan tawa buat sesetengah pihak yang

menjangkakan tiada siapa yang akan melihat televisyen online berbentuk seperti ini.

Namun, segalanya telah berubah, kerana penggunaan youtube boleh dikatakan setiap hari kerana

fungsi youtube bukan seperti televisyen lagi. Bahkan lebih dari itu. Ada rancangan lain yang

lebih bagus boleh kita tonton dan tiada rancangan baik seperti itu di TV mahupun Astro. Rajah

1.2, berikut adalah laman web YouTube penulis.

Rajah 1.2 : laman web YouTube penulis.

2.4 Sejarah Perkembangan YouTube.

Tiga orang pencipta asal YouTube.com ialah Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim, yang

mana mereka ialah pekerja dari Paypal. Domain youtube.com ini telah diregisterkan pada 14

February 2005. Menurut laporan statistik yang telah dikeluarkan oleh USA Today (Gannett Co.

Inc.) pada 16 Julai 2006 menurut Survey, 100 million video clips ditonton setiap hari di

YouTube, dan 65,000 videos baru diupload setiap 24 jam.

Menyedari kekuatan Youtube ini, Google telah membeli Youtube pada oktober 2006 (setahun

kemudian). Mereka bergelar jutawan apabila menjualnya sebanyak 1.65 billion dollars kepada

Google.

Jawed Karim (35 tahun) ialah seorang anak imigran dari Bangladesh dan sekarang dia bernilai

US140 juta. Ayahnya berkahwin dengan seorang german saintis, dan keluarga mereka berpindah

ke Amerika Syarikat pada tahun 1999.

9

Page 10: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Ini menunjukkan seorang muslim boleh bersaing dalam sektor teknologi jika dia mencari ilmu

dengan gigih. Satu inspirasi kepada semua muslim di dunia ini.

2.5 Aplikasi YouTube dalam pendidikan.

Melalui aplikasi ini, ianya telah membawa Cikgu Romie dianugerahkan Johan Guru Inovatif -

Kategori Individu Menengah Tahun 2013. Aplikasi ini merupakan aplikasi pembelajaran

PERCUMA yang pertama dicipta untuk pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Melalui aplikasi

LKJ Mobile android yang diciptanya, pelajar boleh menonton video Pembelajaran dan

Pengajaran Lukisan Kejuruteraan dengan capaian akses internet. Jadi dengan adanya aplikasi

LKJ Mobile, pelajar dan pengguna tidak hanya menggunakan gajet mudah alih ini sebagai alat

komunikasi atau alat hiburan semata-mata tetapi mampu mengisi masa yang terluang dengan

aktiviti pembelajaran. Dengan adanya aplikasi LKj Mobile, pelajar boleh mengulangkaji Lukisan

Kejuruteraan tanpa mengira waktu dan lokasi. Lihat,contoh rakaman selama 3.21 minit ini.

http://www.youtube.com/watch?v=bURi-wdr1SU

Akhbar Kosmo 15 Nov 2013, memberi jolokan Cikgu Youtube kepada hasil rakaman video

Pengajaran dan Pembelajaran yang banyak di Youtube. Diharapkan dengan paparan ini akan

mengembangkan lagi promosi cikguromie.net sebagai sumber pembelajaran alaf baru.

Beliau juga telah dianugerahkan Guru Inovatif Negeri Perak 2013 sempena sambutan Hari Guru

Peringkat Negeri Perak di MRSM Felda Trolak. Rajah 1.3, keratan akhbar Kosmo ini.

Rajah 1.3, Keratan Akhbar Kosmo 15 Nov 2013

10

Page 11: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Sebagai kesimpulan dari kajian ilmiah ini, didapati PPBK menggunakan perisian YouTube di

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab ini memang

telah biasa digunakan kerana memudahkan guru dan pelajarnya dalam mencapai objektif

pengajaran. Namun penggunaan smart phone oleh pelajar tidak dapat diaplikasikan tetapi guru-

gurunya dapat memilih bahan yang sesuai darinya dan diaplikasikan ke komputer utuk kegunaan

pelajar.

2.6 Pendidikan Perantaraan Gadget Smartphone,Tablet PC Peranti Mudah Alih Teknologi

di dalam bilik darjah.

Telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk

berkomunikasi dan telah berjaya menarik minat golongan muda (Hamdan, Din & Abdul Manaf,

2012). Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit 2007 yang dikeluarkan

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, lebih separuh daripada 21 juta pengguna telefon

bimbit di negara ini gemar menggunakan khidmat SMS atau khidmat MMS sebagai medium

berkomunikasi. Teknologi telekomunikasi juga terus mengalami perkembangan yang mendadak

di seluruh dunia terutamanya dalam peralatan mudah alih seperti telefon bimbit dan PDA

(Landell, 1997).

Di samping itu juga, beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada

pelantar Android, iOS dan BlackBerry Os yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah Wikipedia,

Youtube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search dan whiteboard (Hamdan et al.,

2012).

Secara keseluruhannya M-Learning boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia

kerana ia adalah satu perkhidmatan dan kemudahan yang membekalkan pengguna dengan

maklumat elektronik secara am dan kandungan pendidikan yang membantu pencarian tanpa

mengira masa dan tempat. Melalui penggunaan pembelajaran mudah alih secara tidak langsung

boleh dijadikan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Yaakub (1996), pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan yang

baru mahupun yang mengalami perubahan, kemahiran dan penyusunan semula pengetahuan

yang sedia ada. Dalam konteks kajian ini, pembelajaran membawa maksud proses memperolehi

11

Page 12: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

ilmu pengetahuan atau kemahiran menggunakan sebarang peranti mudah alih yang direka bentuk

untuk membolehkan maklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan pada setiap masa.

Perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya

kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi,

termasuk institusi pendidikan. Seperti di negara-negara maju, negara-negara membangun di Asia

Tenggara semakin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pendidikan dalam

meningkatkan sumber manusia (modal insan). Kemajuan dan penularan penggunaan ICT dalam

masyarakat membawa maksud bahawa sistem pendidikan di rantau ini semakin memanfaatkan

ICT dalam mengendalikan banyak cabaran yang timbul yang dihadapi oleh sistem pendidikan di

Asia Tenggara.

Sebagai contoh, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika mengikuti Kelas Seni

Bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang. Transformasi ini menyebabkan kehidupan lebih

ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa muatan yang berat ke

sekolah. Pada masa akan datang, pelajar hanya membaca melalui komputer tablet. Hasil revolusi

digital yang dibawakan ke dalam pendidikan juga membolehkan ribuan pelajar mendapat

pembelajaran daripada pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru terbaik dunia melalui

internet.

Hal ini turut sama dikongsi oleh Korea Selatan yang merencanakan digitalisasi buku-buku teks

untuk dasar pada tahun 2015 nanti. Buku yang tebal dan membebankan pelajar akan ditukarkan

ke dalam versi digital dengan perantaraan Smartphone dan Tablet PC. Semua pelajar sekolah

dari segenap usia dapat menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa

gadget tersebut.

Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada

menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998)

menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di

kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga

kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam

persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak

12

Page 13: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang

agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global.

3.0 METODOLOGI.

Metodologi adalah kaedah yang digunakan untuk membuat penyelidikan. Bagi membuat kajian

ini, pengkaji telah memilih aplikasi Android dari YouTube, sukatan pelajaran pendidikan Islam

pendidikan khas tahun 4 sebagaimana akan dijelaskan berikutnya. Analisa merupakan langkah

pertama yang paling penting dalam pembangunan perisian kursus PPBK. Dalam langkah ini, kita

perlu menentukan dengan jelas:

1. Tujuan perisian kursus dibangunkan;

2. Untuk siapa ia dibangunkan;

3. Matlamat dan objektif pengajaran;

4. Kandungan pelajaran yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut;

5. Pengetahuan sedia ada pelajar; dan

6. Strategi pengajaran.

3.1 Objektif Kajian.

Objektif kajian adalah untuk menilai bahan app YouTube bertajuk wuduk yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dari segi isi kandungan dan aspek teknikal

dapat mencapai objektif pengajaran. Lihat lampiran A, Rancangan Pengajaran Harian.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, hasil dari video ini akan :

Aras i : Murid dapat menyatakan cara berwuduk yang sempurna meliputi perkara sunat dan

rukun wuduk.

Aras ii : Murid dapat menyusun gambar cara berwuduk secara print screen dan crop dengan

turutan yang betul dengan bimbingan guru.

Selain itu objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap:

13

Page 14: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

a) pengetahuan guru terhadap penggunaan PPBK dari aplikasi telefon pintar mudah alih.

b) sikap guru terhadap penggunaan aplikasi dari android.

c) motivasi guru terhadap penggunaan PPBK android.

Kepentingan kajian adalah untuk membiasakan guru-guru meneroka dan memilih aplikasi apps

dari telefon mudah alih yang dapat membantu sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PPBK).

3.2 Prosedur kajian

Pengkaji telah meneliti setiap app dari android yang digunakan untuk mencari bahan sesuai

berkaitan tugasan yang diperlukan disamping berbincang melalui Forum myVLE OUM dan

Group face book OUMmac2012 (guru-guru yang mengikuti kursus PJJ OUM ) yang sama dari

seluruh negeri di Malaysia.Lihat contoh rajah 1.4 ini.

Rajah 1.4, Group forum myVLE OUM dan Group Facebook OUMmac2012.

Selain itu pengkaji juga menilai kesesuaian bahan berpandukan sukatan pelajaran, membaca bahan-bahan bacaan, jurnal secara on-line dan bahan bercetak lain yang bersesuaian dengan penyelidikan.

Rasionalnya, pengkaji memilih guru-guru dari aliran Pendidikan Khas untuk menilai aplikasi ini kerana mereka lebih arif tentang tahap kemampuan pelajarnya.

3.3 Instrumen Kajian.

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) menggunakan aplikasi YouTube

telah biasa digunakan oleh guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam

memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab,

14

Page 15: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Pahang. Contohnya dalam Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Kemahiran Manipulatif, Kem

Bestari Solat Program Pendidikan Khas Integrasi, Bahasa Melayu, Tingkahlaku dan lain-lain

pelajaran.

Seramai 10 orang guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) terlibat dalam

menilai aplikasi ini. Lima orang darinya adalah guru Pendidikan Islam dari Pendidikan Khas

Bandar Temerloh dan lima orang lagi guru yang sama dengan pengkaji di sekolah ini. Seramai 3

orang pelajar terlibat dalam pelajaran Pendidikan Islam sukatan Tahun empat (PKBP) bertajuk

Wuduk ini. Berikut adalah rajah menunjukkan App YouTube yang menjadi pilihan penilai.

Rajah 1.5, Contoh App YouTube pilihan kajian.

Kaedah analisis kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal

selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian pemilihan perisian

kursus dari App YouTube tersebut. Dua jenis video digunakan:

1. Disampaikan secara tutorial diikuti dengan tunjuk cara berwuduk. Lihat,

https://www.youtube.com/watch?

v=qL7XrgV92aw&index=4&list=FLrNEaypRl5uw2Tja2oPjL-w Rakaman ini

mengambil masa 5 minit 25 saat.

15

Page 16: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

2. Kandungan video dalam bentuk nyanyian bertajuk cara-cara berwuduk yang mengambil

masa 3 minit 25 saat.. Lihat, http://www.youtube.com/watch?

v=44UH6LBufEs&index=6&list=FLrNEaypRl5uw2Tja2oPjL-w

Sebagai latihan kepada pelajar yang terlibat, pengkaji akan tunjukkan cara mengambil gambar

dari video menggunakan teknik Print Screen dengan menyusun semula perlakuan wuduk yang

sunat dan rukun ke Mikrosoft word dan cara-cara crop gambar untuk mendapatkan saiz yang

betul. Hasil kerja pelajar akan di print dan dipamerkan di bilik j-QAF Pendidikan Khas dan

dijadikan pameran semasa Sambutan Hari Pendidikan Khas di akhir tahun persekolahan 2014.

Rajah 1.6, Dua Video iaitu penerangan wuduk dan lagu cara-cara berwuduk.

Kedua-dua video ini akan disimpan ke komputer untuk memudahkan pengkaji pamerkan kepada

pelajar dan guru-guru yang akan menilai app ini. Ini adalah cara yang selamat jika capaian

internet bermasalah semasa ianya hendak digunakan dalam PPBK.

Untuk kajian ini, dua set borang soal selidik dalam bentuk jawapan terbuka mengandungi 8

soalan dan soal selidik skala Likert terdiri daripada 25 soalan diedarkan. Penilaian perisian

kursus adalah mengikut indikator nombor 1 hingga 5 iaitu dari skor sangat tidak setuju, kurang

setuju., sederhana setuju, setuju dan sangat setuju. Borang pertama untuk guru yang menilai

perisian kursus dan kedua untuk menilai perisian kursus video bertajuk wuduk. Lihat contoh

lampiran B.

Soalan jawapan terbuka untuk melihat sejauh mana pengetahuan guru berkaitan aplikasi yang

menggunakan app dari telefon bimbit dan tahu menggunakannya dalam PPBK alaf baru ini.

16

Page 17: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Sedikit sebanyak ianya akan menyumbang kepada hasil dapatan kajian yang akan diulas nanti

diikuti dapatan dari soalan soal selidik skala likert. Segala maklum balas yang diberikan akan

dirahsiakan.

Melalui kaedah ini, pengkaji mengkaji mengenai kriteria pemilihan perisian kursus dari segi isi

kandungan dan aspek teknikal. Edaran borang, link video dan RPH ini di buat secara email

kepada 5 orang guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh

untuk menilai video yang dipilih. Manakala 5 borang lagi dijelaskan guru penilai secara

bersemuka kerana mereka mengajar di aliran dan sekolah yang sama dengan pengkaji.

Berpandukan jadual di lampiran C, Objektif pengajaran akan menentukan kandungan dan

aktiviti suatu perisian kursus PPBK. Oleh itu, pembangun suatu perisian kursus PPBK perlu

mengadakan aktiviti pengajaran yang terbaik agar objektif dicapai. Model pengajaran Gagne

(1981) banyak dirujuk dalam pembangunan perisian kursus ini. Ia melibatkan sembilan tahap

pengajaran yang boleh digunakan dalam penilaian memastikan isi kandungan PPBK ini menepati

objektif sukatan pelajaran yang telah disediakan.

Menurut Atan (1980), konsep pembelajaran merupakan hasil tingkah laku atau pengalaman

seseorang rentetan daripada aktiviti pengolahan pemikiran ke atas ransangan-ransangan yang

diterima. Ransangan-rangsangan ini terdiri daripada bunyi, warna, gambar, bentuk rasa dan juga

gabungan pelbagai unsur tersebut. Jika dilihat penggunaan kedua-dua video ini turut melibatkan

penggunaan grafik, warna, gambar, teks, audio dan video.

Sebelum PPBK menggunakan perisian YouTube ini selesai, pengkaji akan pamerkan video

kedua dalam bentuk nyanyian. Skrin video lagu wuduk ini telah siap dipaparkan teks senikata

lagu. Pelajar perlu ikut nyanyian dari grafik yang ditayangkan. Guru akan ulang-ulang rakaman

supaya murid dapat ingat semula langkah-langkah berwuduk dengan urutan yang betul seperti

lirik lagu ini.

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN.

Robiah Sidin (1992) mengatakan, penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara

sistematilk. Justeru itu penilaian terhadap perisian PPBK adalah sangat penting untuk

17

Page 18: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

memastikan perisian tersebut dapat membantu pelajar untuk mewujudkan pengajaran

pembelajaran yang berkesan. Walaupun penilaian yang dijalankan memakan masa, ia dapat

memastikan perisian tersebut sesuai digunakan oleh pelajar. Penilaian merangkumi beberapa

aspek agar kelemahan-kelemahan dapat dikenalpasti dan pemilihan tepat dapat dilakukan. Aspek

yang hendak dinilai hendaklah bergantung kepada tujuan penilaian dilakukan.

4.1 Borang Soal Selidik Guru.

Berpandukan borang soal selidik, lampiran B, ini didapati kesemua penilai menggunakan

teknologi telefon mudah alih dan mengamalkan PPBK dalam pengajaran mereka. Layanan yang

baik diberikan sepanjang proses penilaian ini dijalankan. Segala persoalan dijawab dengan baik

dan semua maklumat dan data yang diperlukan dapat diambil dan dikumpul dengan baik.

Dalam masa yang sama juga, borang kaji selidik diedarkan untuk mendapatkan penilaian

perisian kursus dari segi isi kandungan dan aspek teknikal menggunakan aplikasi Android You

Tube video bertajuk Wuduk dan lagu cara-cara berwuduk.

Sepanjang tempoh kajian ini, data dan maklumat diperolehi untuk rujukan bagi menyiapkan

tugasan ini. Dalam kajian ini juga, jelas menunjukkan perisian kursus yang dipilih pengkaji amat

bersesuaian dengan sukatan pelajaran yang diajar dan dapat mencapai objektif yang dirancang.

Ini kerana responden memberi markah yang tinggi terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

4.1.1 Bahagian A.

Tumpuan kajian adalah kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru dalam aspek pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer aplikasi android/iOS.

1. Jantina.

Dalam kajian ini, majoriti responden perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki.

Responden perempuan seramai 8 orang iaitu 80%, manakala responden lelaki pula, seramai 2

orang sahaja iaitu 20%. Lihat jadual 1.1 berikut.

2. Pengalaman mengajar.

Kurang daripada 5 tahun 2 orang

5 hingga 10 tahun. 4 orang

Lebih daripada 10 tahun. 4 orang

18

Page 19: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Jadual 1.1, pengalaman mengajar guru penilai.

3. Guru yang menggunakan komputer semasa pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun kebanyakan guru yang ditemu bual menyatakan PPBK membantu P&P, namun 3

orang menyatakan sekali sekala atau jarang, 7 orang kerap iaitu setiap minggu. Tiada guru yang

tidak pernah menggunakan perisian kursus. Lihat jadual 1.2 berikut.

Tidak pernah tiada

Sekali sekala atau jarang 3 orang

Kerap (setiap minggu). 7 orang

Jadual 1.2, menunjukkan penggunaan PPBK.

4. Guru penilai ada mempunyai alatan berikut. Rajah 1.7, Peralatan TMK yang digunakan

penilai.

Rajah 1.7, Peralatan TMK yang digunakan penilai

5. Peralatan TMK yang digunakan penilai untuk tujuan peribadi majoritinya adalah What’s App,

Facebook, Messenger dan YouTube.

6. Manakala yang menggunakan TMK untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berikut adalah:

Blog. [ 3 ] Facebook. [ 10 ] Insta gram. [ 8 ] Messenger. [ 10 ]

Twitter. [ 1 ] What’s App. [ 10 ] Yow Tube. [ 8 ] Slide share. [2 ]

19

Page 20: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Google Map. [ 10 ] Tiada satu pun dari di atas. [ 0 ]

4.1.2 Bahagian B.

1. Soalan pendapat tentang penggunaan teknologi (komputer/Internet) di dalam kelas. Hasil dari

soalan ini, 8 orang menyatakan komputer/Internet sangat penting digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Manakala 2 orang lagi menyatakan ianya hanya perlu digunakan mengikut

situasi, tempat, capaian internet, dan kemudahan yang mencukupi untuk semua pelajar.

2. Penggunaan internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran lima orang

menyatakan ya dan 5 orang lagi menyatakan tidak. Jawapan ’Ya’, guru meneroka bahan

pengajaran dan pembelajaran di rumah dan jawapan ’Tidak’ kerana kekangan masa di sekolah

untuk meneroka pengajaran dan pembelajaran manakala di rumah pula mereka tiada capaian

internet.

4.2 Analisa Soal Selidik Perisian Kursus.

Didalam borang soal selidik yang saya sediakan saya telah membahagikan kepada dua kriteria

iaitu penilaian isi kandungan dan aspek teknikal.

4.2.1 Penilaian Kriteria Isi Kandungan.

Bagi kriteria isi kandungan saya telah membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu ketepatan,

kesesuaian dan skop. Dapatan daripada ketepatan yang menilai maklumat seperti perisian yang

dipilih bebas daripada kesilapan, maklumat terkini, pendapat nilai murni yang sangat relevan

dengan perlakuan yang ditunjukkan, sesuai dan menepati dengan tuntutan islamiah dan

penggunaan bahasa Arab dan Melayu yang betul dari segi nahu, ejaan dan struktur ayat

menunjukkan semua penilai amat bersetuju bahawa aras ketepatannya sangat tinggi.Lihat rajah

carta bar 1.8 berikut.

20

Page 21: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Rajah 1.8, analisa ketepatan isi kandungan.

Bagi kesesuaian pula yang menilai tentang konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar,

maklumat sesuai dengan objektif yang disasarkan dan interaksi komputer-pelajar sesuai dengan

tahap pelajar, guru-guru juga memilih dengan aras yang tertinggi. Lihat rajah 1.9 di bawah.

Rajah 1.9, kesesuaian isi kandungan.

Manakala bagi skop yang menilai kandungan disampaikan berada dalam skop topik cara

berwuduk dan lagu cara-cara berwuduk yang hendak diajar, kandungan disampaikan mengikut

turutan susunan yang sesuai, kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti juga dipilih pada aras

tertinggi. Lihat carta 1.10 di bawah.

21

Page 22: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Rajah 1.10, skop isi kandungan.

Ulasan yang diberikan, penilai berpendapat simulasi dari video pertama dan lagu cara-cara

berwuduk adalah amat sesuai dengan tahap pelajar pendidikan khas yang dijadikan sasaran.

Ianya dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan

menyeronokkan.

4.2.2 Penilaian Kriteria Aspek Teknikal.

Bagi kriteria aspek teknikal, saya bahagikan kepada empat bahagian iaitu navigasi, ciri-ciri

penyimpanan rekod, persembahan dan kualiti. Navigasi menilai maklumat yang dicari mudah

dan cepat, penggunaan menu, ikon dan arahan yang intuitif , mempunyai pilihan untuk

mengawal perjalanan perisian, berhenti atau keluar serta bunyi yang boleh dikawal, guru-guru

memberi penilaian pada aras tinggi. Ulasan yang diberikan, perisian ini mudah untuk dikongsi

bersama guru-guru kerana hanya berkapasiti rendah iaitu video pertama 9.72 MB dan video

kedua 8.22 MB yang memudahkan untuk di simpan dalam komputer, smarthphone atau ‘thumb

drive’ dan bunyi yang disediakan jelas. Bunyi boleh dikawal daripada speaker atau pembesar

suara yang terdapat dalam komputer riba. Lihat rajah 1.11 dibawah.

22

Page 23: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Rajah 1.11, berkaitan navigasi.

Pada penilaian ciri-ciri penyimpanan rekod pula, guru-guru juga sangat bersetuju menyimpan

maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu perisian dan mengambil serta menyimpan nota

apabila perlu. Ulasan yang diberikan menyatakan, pencarian secara google dan link yang ada

memudahkan segala-galanya.Lihat rajah carta 1.12 berikut.

Rajah 1.12, ciri-ciri penyimpanan rekod.

Persembahan yang menilai kepada isi kandungan yang disampaikan dapat merangsang pelajar,

aktiviti yang menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif, maklum balas yang membina,

kemudahan untuk mendapatkan bantuan, susun atur paparan yang baik, penerangan yang

mencukupi,teks yang mudah dibaca penilai-penilai bersetuju dengan memilih pada aras yang

tertinggi. Lihat rajah 1.13 ini.

23

Page 24: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Rajah 1.13, penilaian aspek persembahan.

Manakala kualiti yang menilai kepada visual yang sesuai dengan pelajaran, audio yang jelas dan

mudah difahami dan suara serta muzik yang berkaitan dengan paparan juga di nilai pada tahap

yang tertinggi. Lihat rajah 1.14 dibawah.

Rajah 1.14, menunjukkan kualiti aspek teknikal.

Penilaian sumatif pula digunakan untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai oleh

pelajar. Penilaian ini memberi maklum balas terhadap keberkesanan perisian kursus yang

dihasilkan.

Dari aspek teknikal, secara umum PK yang dibangunkan adalah mesra pengguna. Sebagai

contoh, PK memberi ruang untuk guru mengawal urutan isi kandungan, PK boleh didownload

terlebih dahulu ke komputer supaya dapat elakkan masalah capaian interrnet dalam P&P dan

sistem bunyi yang sesuai.

24

Page 25: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Dengan yang demikian, dapat dikatakan bahawa objektif pengajaran dapat dicapai oleh 3 pelajar

Pendidikan Khas dalam PPBK ini kerana perisian digunakan menepati aras yang dikehendaki

dan guru pengkaji telah memilih perisisn yang bertepatan dengan sukatan pelajaran yang

berkaitan.

4.3 Cadangan penambahbaikan memilih Aplikasi dari android.

Walaupun pengkaji seorang guru option Pendidikan Agama Islam, sudah mahir dengan sukatan

pelajaran yang akan disampaikan, namun melalui tugasan ini didapati bahan-bahan apps

berkaitannya perlu dimurnikan lagi dengan teknologi terkini.

Banyak topik pendidikan islam yang telah diteroka mempunyai bahasa yang tidak sesuai kerana

datangnya dari Indonesia perlu diubah menngikut Bahasa Melayu untuk memartabatkan lagi

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Melalui kaedah yang digunakan ini pengkaji akan memastikan kajian yang dibuat dapat

mencapai objektif-objektif yang telah dirangkakan. Kajian ini juga diharapkan akan dapat

memberi faedah kepada semua yang terlibat dalam pemilihan perisian yang sesuai untuk

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

Untuk memenuhi tujuan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran agar ia lebih berkesan

beberapa pendekatan dan amalan-amalan tertentu untuk membantu guru dalam pengajarannya

haruslah diberi keutamaan, antaranya;

1. Mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan

Sebenarnya tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar

dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.

Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan

masa, tempat dan pelajar.

Berikut adalah sedikit cadangan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu perisian kursus

Android dalam pengajaran, antaranya ialah:

1. Mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran.

2. Mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.

3. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar .

4. Mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.

25

Page 26: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.

6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.

7. Mestilah memilih yang sesuai dengan kemudahan yang sedia ada.

5.0 KESIMPULAN.

Pada keseluruhannya, dapatan kajian daripada hasil soal selidik keatas penilaian Pengajaran

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) aplikasi YouTube wuduk dan lagu cara-cara

berwuduk telah, menunjukkan bahawa reka bentuk perisian latih tubi dan tutorial ini sesuai dan

menepati keperluan perlaksanaan proses pengajaran pembelajaran berbantukan komputer bagi

matapelajaran Pendidikan Islam. Ini menunjukkan bahawa pengintegrasian tiga strategi

pembelajaran serta strategi penerapan nilai-nilai murni menerusi aspek isi kandungan dan aspek

teknikal membolehkan pengwujudan suasana dan persekitaran pengajaran pembelajaran

berbantukan komputer.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir dengan

pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi

digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh

media teknologi yang digunakan ialah Samsung Galaxy Note II, video, perisian komputer,

perisian kursus, internet dan printer.

Memandangkan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

penting, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek utama. Tanpa kemahiran

mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa hebat dan canggihnya peralatan tersebut ianya

tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak

kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran sekiranya ia tidak digunakan,

maka samalah ertinya seperti kayu buruk yang menunggu masanya hanya untuk reput.

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk

mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga

serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling

26

Page 27: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

maksimum. Penggunaan media komputer, internet dan aplikasi app android smarthphone

mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

bermakna. Justeru itu, warga pendidik perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan

teknologi ini dalam proses pengajaran. Dengan ini, guru-guru dapat menyahut cabaran pada

masa depan dengan lebih yakin. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami

perubahan lebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat

tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Walaupun pengkaji seorang guru option Pendidikan Agama Islam, sudah mahir dengan sukatan

pelajaran yang akan disampaikan, namun melalui tugasan ini didapati bahan-bahan apps

berkaitannya perlu dimurnikan lagi dengan teknologi terkini.

Banyak topik pendidikan islam yang telah diteroka mempunyai bahasa yang tidak sesuai kerana

datangnya dari Indonesia perlu diubah mengikut Bahasa Melayu untuk memartabatkan lagi

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Melalui kaedah yang digunakan ini pengkaji akan memastikan kajian yang dibuat dapat

mencapai objektif-objektif yang telah dirangkakan. Kajian ini juga diharapkan akan dapat

memberi faedah kepada semua yang terlibat dalam pemilihan perisian yang sesuai untuk

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

4,890 patah perkataan tidak termasuk rujukan.

SENARAI RUJUKAN

Atan L. (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Edisi Ke-4. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

27

Page 28: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Alessi, S. M. & Trollip, S. R. (1991). Computer-based instruction methods and development.

Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Ahmad Fauzi bin Mohamed (2011). Program Pengkomputeran Di Sekolah. Kedah: Universiti

Utara Malaysia.

Gagne, R. M., Wager, W., & Rojas, A. (1981). Planning and authoring computerassisted

instruction lessons. Educational Technology, 21 (9), 17-21.

Hamdan, A., Din, R. & Abdul Manaf, S. Z. (2012). Penerimaam M-Pembelajaran dalam Sistem

Pendidikan di Malaysia. The Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) :

Satu Analisis Literatur. UKM, Malaysia 1st International Conference on Mobil Learning,

Applications, and services (mobilcase2012).

Hallinger, P., & Heck, R. H. (1998). Exploring the principal’s contribution to school

effectiveness: 1980-1995. School Effectiveness and School Improvement, 9 (2), 157-191.

http://www.taufiksm.com/web/index.php/2011/07/27/mari-mengenali-apa-itu-android/

http://eprints.uthm.edu.my/5372/1/NORLIZA_BINTI_A.RAHIM.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/YouTube

https://www.facebook.com/ILOVETUNM?fref=photo

http://cikguromie.net/xoops/modules/news/index.php?storytopic=3&storynum=10

http://www.cikguromie.net/xoops/

http://www.slideshare.net/sha220390/penulisan-ilmiah-13037924

http://wifecintabgaku.blogspot.com/2011/11/teknologi-maklumat-dalam-pendidikan.html

http://nurulhuda66.blogspot.com/

Jensen M. S. (1998). A computer-assisted instruction unit on diffusion and osmosis with a

conceptual change design. Journal of computers in mathematics and science teaching, 12 (2), 49-

64.

Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For Educators And

Trainers. London, UK : Routledge.

28

Page 29: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Landell, K (1997). Management by Menu. London: Wiley and Sons.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Pembangunan pendidikan 2001-2010: perancangan

bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia,. ISBN

9839522078, 9789839522075

Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004). Literature Review in Mobile

Technologies and Learning. Dicapai pada Ogos 11, 2012, dari

http://www.futurelab.org.uk/reasearch/reviews/reviews_11_and12/11_01.htm

Omar Zakaria et al. Edisi Kedua, April 2014, HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam

Pendidikan, Open University Malaysia, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Selangor.

Rabiah Bt. Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia, Cabaran Untuk Masa Depan . Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sharples, M. (2000). The Design of Personel Mobile Technologies for Lifelong Learning,

Computers and Education, 34, 177-193.

Sufean Hussin (2004). Management of Teacher Education for Excellence: Current and Future

Developments at UM. Paper presented at the National Seminar on Teaher

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala Tuju Ke Masa

Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Yaakub, I. (1996), Alamak Pendidikan. Edisi Pertama. Kuala Lumpur. Berita Publising.

LAMPIRAN-LAMPIRAN.

Lampiran A.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) menggunakan Aplikasi Android Yow Tube.

29

Page 30: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Nama Guru

Status

Jenis Android

Jenis Aplikasi (App)

Mata pelajaran

Kelas

Kumpulan Sasaran

Tempat

Masa

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Pengetahuan sedia ada murid

Objektif

Isi Pelajaran

Sharipah Maizatul Akma Syed Mahamud.

Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI) Pendidikan Khas.

Samsung Galaxy Note II.

Yow Tube (i) Wuduk dan (ii) Lagu cara-cara berwuduk lihat link berikut :https://www.youtube.com/watch?v=qL7XrgV92aw&index=4&list=FLrNEaypRl5uw2Tja2oPjL-w

http://www.youtube.com/watch?v=44UH6LBufEs&index=6&list=FLrNEaypRl5uw2Tja2oPjL-w

Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tahun 4, Asas Ulum Syariah (Ibadah).

Tahun 4 Intelek.

3 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran.

Makmal Komputer.

8.40 pagi hingga 9.40 pagi (1 jam).

5.2 : Memahami konsep bersuci.

5.2.2 : Cara berwuduk yang sempurna meliputi perkara sunat dan rukun wuduk.

Pelajar telah mengetahui maksud bersuci anggota badan, pakaian dan tempat daripada najis, dan kotoran.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, Aras i : Murid dapat menyatakan cara berwuduk yang sempurna meliputi perkara sunat dan rukun wuduk.Aras ii : Murid dapat menyusun gambar cara berwuduk dengan turutan yang betul dengan bimbingan guru.

Murid dapat memahami maksud wuduk, Lafaz Niat wuduk, anggota wuduk yang wajib dan sunat serta menyatakan perlakuan wuduk dengan betul.

30

Page 31: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Nilai-nilai murni

Bahan Bantu Mengajar

Jagalah kebersihan tubuh badan,pakaian dan tempat tinggal. Badan bersih, otak sihat dan minda cerdas. Kekotoran mendatangkan penyakit. Kebersihan sebahagian daripada iman.

Buku Teks dan Buku Aktiviti Pendidikan Islam Masalah Pembelajaran Tahun 4, Komputer, Telefon Samsung Galaxy Note II, LCD, printer, kertas A4 dan capaian internet.

Lampiran B.

Borang Soal selidik dalam bentuk jawapan terbuka dan skala Likert.

BORANG SOAL SELIDIK GURU (Latar belakang Guru Penilai).

Tujuan servey ringkas ini, adalah untuk menilai kesesuaian aplikasi Android Yow Tube dari segi

isi kandungan dan teknikal dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK),

pelajaran pendidikan islam mengenai cara-cara berwuduk. Segala maklum balas yang diberikan

akan dirahsiakan. Kerjasama anda dalam melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Bahagian A.

Sila jawab semua soalan.

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]

2. Pengalaman mengajar selama _________________

Kurang daripada 5 tahun [ ]

5 hingga 10 tahun. [ ]

Lebih daripada 10 tahun. [ ]

Lain-lain______ tahun.

3. Semasa pengajaran dan pembelajaran saya____________ menggunakan komputer.

31

Page 32: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Tidak pernah [ ] Sekali sekala atau jarang [ ] Kerap (setiap minggu) [ ]

4. Saya mempunyai : (Boleh pilih lebih daripada satu jawapan).

-Komputer [ ] -Telefon bimbit biasa (kecil) [ ]

-Smarthphone (contoh : Samsung Galaxy, iPhone, HTC One, Sony Xperia tablet (contoh :

ipad, Galaxy Tab). [ ]

5. Saya menggunakan yang berikut untuk tujuan peribadi ( bukan untuk pengajaran dan

pembelajaran). (Boleh pilih lebih daripada satu jawapan).

Blog. [ ] Facebook. [ ] Insta gram. [ ] Messenger. [ ] Pinterest. [ ]

Twitter. [ ] What’s App. [ ] Yow Tube. [ ] Slide share. [ ]

Google Map. [ ] Tiada satu pun dari di atas. [ ]

6. Saya menggunakan yang berikut untuk tujuan pengajaran dan pengajaran. (Boleh pilih lebih

daripada satu jawapan).

Blog. [ ] Facebook. [ ] Insta gram. [ ] Messenger. [ ] Pinterest. [ ]

Twitter. [ ] What’s App. [ ] Yow Tube. [ ] Slide share. [ ]

Google Map. [ ] Tiada satu pun dari di atas. [ ]

Bahagian B.

1. Apakah pendapat anda tentang penggunaan teknologi (komputer/Internet) di dalam kelas?

Sila jawab dengan ikhlas.

_____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

2. Adakah anda menggunakan internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran.

Ya. [ ] Tidak [ ]

32

Page 33: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

BORANG SOAL SELIDIK PERISIAN KURSUS (Apps Video bertajuk Wuduk).

Soal selidik skala likert.

Sila lengkapkan borang kaji selidik ini. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas guru bagi meningkatkan mutu pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Pendidikan Islam dengan menggunakan aplikasi Android Yow Tube bertajuk Wuduk .

Sila Bulatkan Jawapan Anda berpandukan skala berikut.

Skala Skor

Sangat Tidak Setuju. 1

Kurang Setuju. 2

Sederhana Setuju. 3

Setuju 4

Sangat Setuju. 5

KRITERIA ISI KANDUNGAN (A)

KetepatanNo.

Soalan Skor

1 Perisian yang dipilih bebas daripada kesilapan. 1 2 3 4 5

2 Maklumat terkini. 1 2 3 4 5

3 Pendapat nilai murni yang sangat relevan dengan perlakuan yang ditunjukkan.

1 2 3 4 5

4 Sesuai dan menepati dengan tuntutan islamiah. 1 2 3 4 5

5 Penggunaan bahasa Arab dan Melayu yang betul dari segi nahu, ejaan dan struktur ayat.

1 2 3 4 5

(B)Kesesuaian

1 Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar. 1 2 3 4 5

2 Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak disampaikan.

1 2 3 4 5

3 Interaksi komputer-pelajar sesuai dengan tahap pelajar.

1 2 3 4 5

(C) 1 Kandungan disampaikan berada dalam skop topik 1 2 3 4 5

33

Page 34: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Skop cara berwuduk yang hendak diajar.2 Kandungan disampaikan mengikut turutan susunan

yang sesuai.1 2 3 4 5

3 Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.

1 2 3 4 5

KRITERIA ASPEK TEKNIKAL (D) Navigasi

1 Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat. 1 2 3 4 5

2 Penggunaan menu, ikon dan arahan yang intuitif. 1 2 3 4 5

3 Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian, berhenti atau keluar.

1 2 3 4 5

4 Sistem bunyi yang boleh dikawal. 1 2 3 4 5

(E)Ciri-ciri penyimpanan rekod

1 Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu perisian.

1 2 3 4 5

2 Mengambil dan menyimpan nota apabila perlu. 1 2 3 4 5

(F)Persembahan

1 Isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran pelajar.

1 2 3 4 5

2 Maklum balas yang membina. 1 2 3 4 5

3 Susun atur paparan yang baik. 1 2 3 4 5

4 Penerangan yang mencakupi bagi visual. 1 2 3 4 5

5 Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz yang sesuai dengan kumpulan sasaran.

1 2 3 4 5

(G) Kualiti

1 Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran. 1 2 3 4 5

2 Audio yang jelas dan mudah difahami dan dikawal. 1 2 3 4 5

3 Suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual.

1 2 3 4 5

Lampiran C. Model Pengajaran Gagne Dalam Pembangunan Perisian Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

Tahap Pembelajaran Keterangan

Mendapatkan perhatian Pengajaran mestilah dimulakan dengan sesuatu yang dapat menarikminat atau perhatian pelajar. Sesetengah perisian kursus menggunakan video atau audio yang digabungkan dengan animasi atau grafik yang menarik.

34

Page 35: Contoh bahan penulisan ilmiah maiza

Memaklumkan objektif kepada pelajar

Tujuan pengajaran mestilah dijelaskan kepada pelajar agar merekalebih bersedia menerima apa yang akan diajar.

Mengingat kembalipengetahuan sedia ada

Pelajar hendaklah digalakkan mengingat kembali pengetahuan sediaada. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan meminta pelajarmenjawab beberapa soalan ringkas atau dengan menyatakanmaklumat penting yang diperlukan.

Menyampaikan maklumat Maklumat mestilah disampaikan dengan tepat dan ringkas. Ia hendaklah disampaikan dengan menarik dengan menggunakan grafik yang sesuai, animasi, audio dan video. Untuk membantu pelajar memahami pelajaran, bilangan isi atau fakta di dalam satu skrin yang disampaikan hendaklah dihadkan supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah.

Membantu pembelajaran Isi dan fakta hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang sesuai bagi membantu pemahaman pelajar. Seringkali kaedah EGRUL(contoh-rumusan) atau RULEG (rumusan-contoh) digunakan.

Memberi latihan Latihan yang dijalankan hendaklah sesuai dengan kandungan pelajaran yang disampaikan. Latihan boleh dilakukan sama ada melalui soalan-soalan yang dibekalkan bersama dengan perisian kursus atau soalan-soalan yang disediakan oleh guru. Pencapaian atau respons pelajar kepada soalan-soalan menentukan sama ada mereka telah memahami kandungan pelajaran yang disampaikan.

Memberi maklumbalas

Satu kelebihan penggunaan perisian kursus PPBK ialah ia mampu memberi maklum balas semerta kepada pelajar. Bergantung pada pencapaian pelajar dalam latihan, mereka diberikan pengukuhan atau pemulihan. Bagi perisian kursus yang komprehensif, aktiviti pengukuhan dan pemilihan mungkin disediakan. Walau bagaimanapun, guru juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ini di dalam kelas jika ia tidak disediakan atau jika guru berpendapatbahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan tidak mencukupi atau tidak sesuai.

Menilai pencapaian Di akhir suatu pengajaran, pelajar biasanya diberikan ujian untuk menilai pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari.

Mengingat kembali Adalah penting bagi pelajar untuk mengingati kembali apa yang telah dipelajari dan seterusnya menggunakan pengetahuan ini dalam situasi yang berbeza. Perisian kursus PPBK perlu menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan bagi membolehkan ini berlaku.

35