contoh amali kelas makanan

8
IBSE_TUGASAN_B03 Tajuk : Bab 2: Nutrisi Subtopik : Kelas-kelas makanan Objektif : Menganalisisa kelas-kelas makanan Hasil Pembelajaran : Murid dapat: Menguji kanji, glukosa, protein dan lemak Ibse : Confirmation Inquiry PENGENALAN UJIAN MAKANAN Ujian makanan dilakukan untuk menguji kehadiran bahan-bahan tertentu seperti glukosa, kanji, protein dan lemak. Glukosa adalah karbohidrat ringkas manakala kanji adalah karbohidrat kompleks. Karipap ayam mengandungi kanji, protein dan lemak. Kanji (karbohidrat) diperolehi dalam kulit karipap dan kentang. Protein diperolehi daripada inti ayam manakala lemak diperolehi daripada minyak masak yang digunakan untuk mengoreng karipap dan menyediakan inti. Karipap ayam tidak mengandungi glukosa (karbohidrat ringkas). Ujian Pemerhatian Inferens Ujian Iodin untuk karbohidrat Warna larutan iodin bertukar daripada perang kepada biru tua Terdapat kehadiran kanji dalam karipap. Ujian Benedict untuk glukosa Tiada perubahan. Larutan Benedict kekal warna biru. Tiada kehadiran glukosa dalam karipap. Ujian Millon untuk protein Mendakan merah bata terbentuk. Terdapat kehadiran protein dalam karipap Ujian untuk lemak menggunakan kertas turas Terdapat tompok lutsinar pada kertas turas Terdapat kehadiran lemak dalam karipap. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Upload: nur-dalila

Post on 22-Oct-2015

273 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Amali Kelas Makanan

IBSE_TUGASAN_B03

Tajuk : Bab 2: NutrisiSubtopik : Kelas-kelas makananObjektif : Menganalisisa kelas-kelas makananHasil Pembelajaran : Murid dapat:

Menguji kanji, glukosa, protein dan lemakIbse : Confirmation Inquiry

PENGENALAN

UJIAN MAKANAN

Ujian makanan dilakukan untuk menguji kehadiran bahan-bahan tertentu seperti glukosa, kanji, protein dan lemak. Glukosa adalah karbohidrat ringkas manakala kanji adalah karbohidrat kompleks. Karipap ayam mengandungi kanji, protein dan lemak. Kanji (karbohidrat) diperolehi dalam kulit karipap dan kentang. Protein diperolehi daripada inti ayam manakala lemak diperolehi daripada minyak masak yang digunakan untuk mengoreng karipap dan menyediakan inti. Karipap ayam tidak mengandungi glukosa (karbohidrat ringkas).

Ujian Pemerhatian InferensUjian Iodin untuk karbohidrat Warna larutan iodin

bertukar daripada perang kepada biru tua

Terdapat kehadiran kanji dalam karipap.

Ujian Benedict untuk glukosa Tiada perubahan.Larutan Benedict kekal warna biru.

Tiada kehadiran glukosa dalam karipap.

Ujian Millon untuk protein Mendakan merah bata terbentuk.

Terdapat kehadiran protein dalam karipap

Ujian untuk lemak menggunakan kertas turas

Terdapat tompok lutsinar pada kertas turas

Terdapat kehadiran lemak dalam karipap.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 2: Contoh Amali Kelas Makanan

IBSE_TUGASAN_B03

PANDUAN AKTIVITI

1. Karipap ayam mengandungi kanji, protein dan lemak.2. Apakah yang dapat diperhatikan jika karipap ayam diuji dengan larutan larutan iodin, larutan

Benedict, reagen Millon dan kertas turas?3. Hancurkan karipap ayam tersebut dengan menggunakan mortar sehingga hancur. Kemudian

masukkan ke dalam bikar.4. Tambahkan sedikit demi sedikt air suling ke dalam bikar dan kacau sehingga suatu campuran likat

terhasil.5. Masukkan 2cm3 campuran tersebut ke dalam tabung uji. Titiskan beberapa titik larutan iodin ke atas

cebisan kulit itu.6. Masukkan 2cm3 campuran tersebut ke dalam tabung uji. Tambahkan 2 cm3 larutan Benedict.

Panaskan tabung uji bersama kandungannya di dalam kukus air.7. Masukkan 2cm3 campuran tersebut ke dalam tabung uji. Tambahkan 2 cm3 reagen Millon. Panaskan

tabung uji bersama kandungannya di dalam kukus air.8. Titiskan 2 hingga 3 titik campuran ke atas sekeping kertas turas.9. Perhatikan perubahan warna pada larutan iodin, larutan Benedict dan reagen Milon serta keadaan

kertas turas. Catatkan pemerhatian anda dalam Buku Amali Sains.10. Karipap ayam mengandungi pelbagai jenis kelas makanan. Bahan-bahan yang terdapat dalam karipap

ayam adalah tepung gandum, kentang, ayam dan minyak.11. Ramalkan jenis kelas makanan yang terdapat dalam roti sandwich dan roti canai. Jelaskan jawapan

anda? 12. Tuliskan jawapan anda dalam Buku Amali Sains. 13. Kemudian, jawap lembaran kerja yang diberikan.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 3: Contoh Amali Kelas Makanan

IBSE_TUGASAN_B03

CADANGAN LAPORAN AKTIVITI MURID

Topik : NutrisiTajuk : Ujian MakananTujuan : Menjalankan ujian makanan untuk menguji karbohidrat (kanji dan glukosa), protein,

dan lemakBahan : Sebiji karipap, larutan iodin, larutan Benedict, reagen Millon, kertas turas, etanol, air

sulingRadas : Tabung uji, bikar, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, penitis, rod kacaKaedah : 1. Sebiji karipap ayam diambil dan dipotong kepada beberapa bahagian kecil.

2. Karipap ayam tersebut dihancurkan dengan menggunakan mortar sehingga hancur. Kemudian karipap ayam itu dimasukkan ke dalam bikar.

3. Sedikit demi sedikt air suling ditambahkan ke dalam bikar dan dikacau sehingga suatu campuran likat terhasil.

4. 2cm3 campuran tersebut dimasukkan ke dalam tabung uji. Beberapa titik larutan iodin dititiskan kepada campuran itu.

5. 2cm3 campuran tersebut dimasukkan ke dalam tabung uji. 2cm3 larutan Benedict ditambahkan kepada campuran tersebut. Tabung uji dipanaskan bersama kandungannya di dalam kukus air.

6. 2cm3 campuran tersebut dimasukkan ke dalam tabung uji. 2 cm3 reagen Millon ditambahkan kepada campuran tersebut. Tabung uji dipanaskan bersama kandungannya di dalam kukus air.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 4: Contoh Amali Kelas Makanan

IBSE_TUGASAN_B03

7. 2 hingga 3 titik campuran dititiskan ke atas sekeping kertas turas.

8. Perubahan warna diperhatikan pada larutan iodin, larutan Benedict dan reagen Milon serta keadaan kertas turas.

9. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual.

Keputusan : Ujian Pemerhatian InferensUjian Iodin Warna perang bertukar kepada

biru tua.Terdapat kanji

Ujian Benedict Tiada perubahan Tiada glukosaUjian Millon Mendekan merah bata terhasil Terdapat proteinUjian lutcahaya Terdapat tompok lutcahaya. Terdapat lemak

Analisis : 1. Kehadiran karbohidrat diuji mengunakan larutan iodin dan larutan Benedict. Larutan iodin menguji kehadiran kanji manakala larutan Benedict menguji kehadiran glukosa.

2. Kehadiran protien diuji menggunakan Reagen Benedict.3. Kehadiran lemak diuji dengan mengesan tompok lutsinar pada kertas turas.4. Karipap ayam mengandungi kanji, protein dan lemak. Kanji diperolehi dalam

kulit karipap dan kentang. Protein diperolehi daripada inti ayam manakala lemak diperolehi daripada minyak masak yang digunakan untuk mengoreng karipap dan menyediakan inti.

5. Kanji adalah karbohidrat kompleks manakala glukosa adalah karbohidrat ringkas. Karipap hanya mengandungi karbohidrat kompleks sahaja.

Kesimpulan : Karipap ayam mengandungi kanji, protein dan lemak tetapi tidak mengandungi glukosa.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 5: Contoh Amali Kelas Makanan

IBSE_TUGASAN_B03

LATIHAN

1. Nyatakan bahan yang perlu digunakan untuk menguji kehadiran kanji. (Mengingat)

___________________________________________________________________________________ [1 markah]

2. Terangkan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa terdapat kehadiran glukosa dalam madu. (Memahami)

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ [3 markah]

3. Aini telah menguji urin (air kencing) ibunya dengan ujian Benedict. Dia mendapati warna larutan Benedict berubah.

a) Apa pendapat anda, mengapakah warna larutan Bendecit berubah. (Memahami)

_____________________________________________________________________________ [1 markah]

b) Cadangkan diet atau amalan yang perlu diamalkan ibu Aini amalkan supaya urin (air kencing) tidak mengubahkan warna larutan Benedict itu. (Mereka cipta)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ [2 markah]

4. Razak telah mencairkan air liurnya. Kemudian, dia mencampurkan air liur tersebut dengan nasi. Selepas dua jam, dia menguji campuran itu menggunakan ujian Benedict. Dia dapati warna larutan Benedict berubah daripada jenih kepada mendakan merah bata.

Mengapakah Razak perlu membiarkan campuran selama dua jam sebelum membuat ujian Benedict? (Menilai) _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Page 6: Contoh Amali Kelas Makanan

IBSE_TUGASAN_B03

CADANGAN JAWAPAN

1. Larutan iodin 1M

2. -Ambil sedikt madu dan cairkannya dengan air suling.2cm3 larutan madu cair dimasukkan ke dalam tabung uji. -2 cm3 reagen Millon ditambahkan kepada campuran tersebut. -Tabung uji dipanaskan bersama kandungannya di dalam kukus air.

1M1M1M

3. a) Kerana terdapat glukosa dalam urin (air kencing)b) - kurangkan makan nasi dan karbohidrat - banyakkan senaman

1M1M1M

4. Di dalam air liur terdapat enzim amilase.Oleh itu, masa yang lama diperlukan untuk enzim amylase mencernakan kanji menjadi glukosa.

1M

1M

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013