ciri budaya masyarkat cina di malaysia

Upload: mimi-khalid

Post on 10-Jul-2015

584 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah melayu, cina dan india. Sebagai Negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Orang Cina Malaysia adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Gelombang Pertama Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan. Gelombang Kedua Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya.Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan.Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat .Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat. Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan FuZhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia. Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut. Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV. Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia. Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian. Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh

kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis. Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora. Pendidikan Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma .Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar . Contohnya Bahasa Malaysia , Mandarin ,dan Tamil. Walaubagaimanapun, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah .Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris ,sekolah kebangsaan ,dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa. Pendidikan Cina Sekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815. Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an. Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan .Sekolah Cina yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penngantar. Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China . Bahasa Banci 2000 menunjukkan perbezaan dialek masyarakat Cina tempatan. Dialek Populasi

Hokkien (Minnan) 1,848,211 Hakka Kantonis Teochew Mandarin 1,679,027 1,355,541 974,573 958,467

Hainanese Min Bei Foochow

380,781 373,337 249,413

Walaupun terdapat perbezaan dalam asal-usul,tetapi perkahwinan antara pelbagai suku bahasa, menyebabkan kewujudan pelbagai dialek yang berbeza untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

Ekonomi Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. Pekerjaan Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta. Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan. Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah. Status ekonomi Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia. Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit .Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan. Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik.

Banci 2000 Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000, dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah: Dialek Penduduk[5] Hokkien (Minnan) 1,848,211 Hakka 1,679,027 Kantonis 1,355,541 Teochew 974,573 Mandarin 958,467 Hainan 380,781 Min Bei 373,337 Fuzhou (Hokchiu) 249,413 Agama Agama Masyarakat Cina Malaysia Agama Buddhism Taoism Kristian Islam Hinduism Agama Lain Agama Masyarakat Cina Tidak Beragama Percent 75.9% 10.6% 9.6% 1.0% 0.3% 0.2% 0.1% 2.3%

Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddhism, Taoism, Confucianism , dan penyembahan nenek

moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.

Orang hakka

suku kantonis

su

suku hokkien

lazimnya orang cina mempunyai fizikal seperti berkulit cerah dan bermata sepet.

Antara agama yang dianuti oleh Masyarakat cina

KELAHIRAN Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindaktanduk dan kegiatan seharian mereka.Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Pantang Larang Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang.Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin.Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas.Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi. Berpantang Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari.Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat.Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka.Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. Kenduri Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan.Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Mencukur Rambut Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru.Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. Memberi Nama Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu. Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa mengandung danselepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak d itimpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanitamengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalamikecacatan.Mereka juga terpaksa be rpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakatmelayu,mereka turut me ngadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan.Masyarakat cina jugamengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka meng anggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambutsementara.

PERKAHWINAN Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang danmengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaikbaiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengi kut aturan adat dianggap tidaksah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu ek splisit dan implisit.Pada asasnya,adat resamperkahwinan mereka merangkumi beberapa perin gkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakanggadis yang diingini.Hal ini kera na mereka terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dantingkah laku.S eorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkaraperkara berkaitanperka hwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki. Hari pertunanganpula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukan g tilik digunakan untuk menetapkantarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iait u Toongsu.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunangselama setahun atau mengikut tempo h yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk suratiaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka. Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan

pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan..Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. Bertunang Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Majlis Perkahwinan Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori.Baju pengantin sebaik-

baiknya bewarna putih, merah atau kuning.Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masingmasing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam Perkahwinan masyarakat Cina juga, upacara meminum teh Masyarakat Cina sangat penting dan masih diamalkan.Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

KEMATIAN Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soalsoal kematian.Apabila berlakukematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tand a penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akandimasukkan ke dalam keranda yang diper buat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebihramai orang untuk men angisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacarakemati an,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beber apa harisehingga hari perkabungan tamat.

PERAYAAN KAUM CINA Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besarbesaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangantahun baru menurut kalender mere ka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungikalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan be rsama pada malam Tahun Baru.Buah limaumandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi TahunBaru Cina adalah perayaan C hap Goh Meh. Bukan sahaja masyarakat melayu,masyarakat cina turut menyambut dua perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat cina. Bersama-sama dengan warna merah ,tanglung , mercun dan pakaian cheongsam sebagai symbol tradisi masyarakat cina. Pada Tahun Baru Cina, hidangan wajib seperti kuih bulan dan limau mandarin. Tema merah digunakan kerana dikatakan membawa tuah. Bagi masyarakat cina,pada malam tahun baru semua saudara akan berkumpul di rumah ibubapa dan menjalankan upacara makan besar bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selepas itu,mereka akan berdoa dan menjalankan upacara Shuo Sui yang memanjangkan umur seseorang. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api dibakar menandakan sambutan tahun baru. Keesokkannya, mereka akan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan dengan membawa limau mandarin yang bermaksud kelayaan. Turut menjadi tradisi kaum cina iaitu pemberian angpau kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Seterusnya, lima belas hari selepas Tahun Baru Cina sekali lagi masyarakat cina menyambut Chap Goh Mei sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang besar-besaran,di mana colok besar dibakar dan diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Persembahan kebudayaan bagi perayaan tersebut akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung,tarian naga atau singa dan mengimbang bendera besar Chingay

PAKAIAN KAUM CINA Pada asalnya,busana kaum cina berlapislapis,penuh dengan sulaman benang emas dan sutera. Namun,ia masih bolehdilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah labuh,Cheongs am,Baju Shanghai dan Samfoo masih kekaldipakai dalam upacara majlis.Kebanyakannya dih asilkan dari negara China dengan menggunakan fabrik sutera danbroked yang berwarna teran g dengan ragam hias benang emas dan sutera. CHEONGSAM

Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam. Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut

SAMFOO

Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar. Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

JUBAH LABUH

Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina. Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu. Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.

BAJU SHANGHAI

Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita. Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh. Baju Cheongsam

Cina

Dua wanita memakai cheongsam dalam iklan Shanghai 1930an ini. Cheongsam adalah sebuah pakaian satu keping Cina untuk wanita yang berpeluk badan (dimodifikasikan di Shanghai); versi lelakinya adalah changshan. Ia digelar dalam Bahasa Cina Mandarin sebagai qpo (), qpor (), Wade-Giles ch'i-p'ao, dan juga digelarkan dalam Bahasa Inggeris sebagai gaun mandarin. Cheongsam yang bergaya dan seringnya muatan ketat paling sering dikaitkan dengan hari ini telah dicipta pada zaman 1920an di Shanghai dan telah dibuatkan berfesyen oleh wanita sosialit dan kelas atasan.

Wanita Laman Kemaharajaan Cina sewaktu Dinasti Qing Seorang wanita dalam qipao gedoboh muatan longgar tradisional dipakai dengan jaket Kegunaan moden Pada zaman 1950an, wanita dalam tenaga kerja di Hong Kong bermula memakai cheongsam yang lebih berfungsi diperbuat dari kain skhlat, twill, dan bahan lain. Kebanyakan adalah muatan jahitan dan sering datang dengan jaket sepadan. Gaungaunnya adalah fusyen tradisi Cina dengan gaya moden. Cheongsam umumnya diganti dengan pakaian yang lebih selesa seperti baju panas, seluar jean, sut dan skirt bisnes. Oleh kerana sifat terhadnya, ia kini pada umumnya dipakai sebagai pakaian rasmi untuk upacara penting. Mereka kadang-kadang dipakai oleh ahli politik dan artisdi Taiwan dan Hong Kong.

Cheongsam gaya moden Wanita dalam permainan video sering memakai cheongsam, oleh itu perempuan pertunjukkan boleh memakai cheongsam pada waktu pertunjukkan. Cheongsam biasanya diperbuat dari getah atau sutera, mencerminkan pada warna untuk menangkap fokus kamera, dengan lengan pendek dan bahagian bawah cheongsam ke pertengahan paha. Mereka biasanya dipakai dengan sarung kaki dan kasut putih. Sewaktu Olimpik Musim Panas 2008, cheongsam adalah seragam untuk pembawa pingat. Mereka juga dipakai oleh ahli-ahli wanita pada pasukan Sweden dan pasukan Sepanyol dalam upacara pembukaan, dengan warna-warna kebangsaan biru dan kuning.

MAKANAN MASYARAKAT CINA Sehubungan dengan itu, dalam masyarakat budaya cina juga terdapat budaya makanan mereka yang tersendiri. Bila bercerita tentang makanan, orang cina lazimnya sering dikaitkan dengan kuih bulan. Kuih bulan merupakan makanan tradisi bagi masyarakat mereka. Kuih bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan pada waktu perayaan pertengahan musim luruh.kuih bulan di hasilkan daripada adunan yang manis dan mempunyai inti yang diperbuat daripada biji buah teratai atau kacang merah atau dengan telur kuning masin di tengahtengahnya. Kuih bulan juga turut di hidangkan semasa musim perayaan mereka iaitu pada tahun baru cina. Kuih bulan ini sangat popular dalam budaya masyarakat cina dan menjadi tradisi dalam hidup mereka. Selain itu, kaum cina juga mempunyai makanan yang bernama Ding Bian iaitu merupakan sejenis makanan orang Foochow. Masyarakat cina menjadikan makanan ini sebagai gentian kepada bubur nasi dan ia di kenali sebagai bubur kulat. Makanan ini biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Kaum meraka percaya bahawa bubur ini mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu dapat membuang panas di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

TARIAN CINA Tarian Singa Tarian singa lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina. Tarian Singa merupakan salah satu persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Bagi menjayakan tarian ini, pergerakan singa biasanya disesuaikan dengan kostum singa yang telah dihasilkan. Kostum singa ini dimainkan oleh dua penari. Seorang penari akan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari akan bergerak-gerak seakanakan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh paluan gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah.

Tarian Naga Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tarian ini juga dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Selain itu, tarian naga merupakan sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang penari yang mahir bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini dipersembahkan dengan penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi menjadikannya seakan-akan naga yang bergerak..

SENIBINA MASYARAKAT CINA Senibina masyarakat cina pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun1646 manakala senibina Baba-Nyonya banyak terdapat di negeri pulau pinang dan melaka.Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan pemasangan jubin yang cantik dan mempunyai corak serta berwarna-warni.Tambahan pula,terdapat juga senibina masyarakat cina yang menggabungkan unsur Cina dan Barat.Senibina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di masjid Tengkera Melaka yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur senibina cina di bumbung dan digabungkan dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CHINA MAHJONG

Mahjong atau mahjung merupakan permainan tradisional untuk empaat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergatung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjad satu isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer. Objektif permainan adalah membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan ini untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Ningpo, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Madiao. Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru komunis melarang aktiviti perjudian, yang dianggap simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan ini dihidupkan semula, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis CINA

WUSHU sejarah Wushu atau kungfu merupakan seni bela diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu. Pada waktu itu seni bela diri ini muncul karena ada kebutuhan dari masyarakat untuk menghadapai gangguan binatang buas dan mencari makan. Wushu dalam bahasa Cina artinya seni perang. Ada banyak aliran dalam wushu tapi secara garis besar wushu dapat dibagi dua golongan, yaitu Uay Kung (Gwa Kang) dan Nei Kung (Iwee kang). Pada Uay Kung unsure kekerasannya lebih besar (70%) dibandingkan kelemasan. Sementara itu Nei Kung hampir seluruhnya menggunakan kelemasan. GAYA YANG DIPERTANDINGKAN Taolu (peragaan) Jurus Panjang (Changguan) Jurus Selatan (Nangguan) Pedang (Jianshu) Tombak (Qianshu) Toya (Gunshu) Toya Selatan Golok Selatan Taichi Pedang Sanhsu (perkelahian bebas)

BUDAYA CINA Tarian : tarian Singa, tarian Naga.. Kelahiran : pantang larang.. Seni mempertahankan diri : wusyu.. Bahasa : Hokkien, Kantonis.. Permainan : mahjong Makanan : Kuih Bulan Perkahwinan : upacara tukar cincin.. Perayaan : Tahun Baru Cina, Pesta Kuih Bulan.. Pakaian : cheongsam Senibina : tokong-tokong