cbran dialog

32
MASA DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN: DIALOG TAMADUN DAN ISU-ISU SEMASA PENGENALAN Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik danpenuh perasaan muhibbah. Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun-tamadun ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidakbermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh disepakati bersama.

Upload: salwa-binti-bahadun-salwa

Post on 11-Feb-2017

6.958 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cbran dialog

MASA DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN: DIALOG TAMADUN DAN ISU-ISU SEMASA PENGENALAN

Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan

pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang

telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun-

temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa

kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah

sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita

dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun

lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian

tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat

ini dengan lebih realistik danpenuh perasaan muhibbah.

Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita

untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun-tamadun

ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan

muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan

ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun

tidakbermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-

perkara yang boleh disepakati bersama.

Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang

telah kita pelajari banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan

beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal

alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.Perkara-

perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar

potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha-

usaha dialog antara tamadun.Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal

akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi

menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang

mendatang.Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita

Page 2: Cbran dialog

pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang

kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral

dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara

alam tabii dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu

sendiri.

Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah

daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan

yang kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya.

Oleh sebab itu, usaha-usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini

perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup

masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang

tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai

tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat

oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata

rantai tamaduntamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia

terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke

satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan

semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita

pelajari.

DUNIA BERBILANG TAMADUN: CABARAN GLOBALISASI1) Dampak Budaya Kebendaan Barat

Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar

tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang

dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak

dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidakakan dapat merancang

masa depan kita dengan sebaik-baiknya. Kesan dan dampak dunia Barat moden ke

atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan

sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada

peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada

peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah ‘sebuah dunia

Page 3: Cbran dialog

Barat yang besar’ yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung memperlihatkan

identiti selain daripada identiti tamadun Barat.

Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada

sejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas

dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi,

institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat

dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami

perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka

sendiri.Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian

ketamadunan manusia. Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk

menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri.

Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat

dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari

ini. Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai

kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk

dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau.

Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri

dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup

seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan.

Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam

menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru.

2) Dominasi Politik Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang

besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan.

Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan

kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa,

masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik

antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar

(super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.

Page 4: Cbran dialog

Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang

Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis

yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. Negara

Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis

Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya

bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.

Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia

yang terpenting.Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar

mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang

mempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengan kepentingannya, Amerika

Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektifobjektif

tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan

bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam

persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk

memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas.

Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarabangsa ini terbukti sekali lagi

apabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada

2003. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa

sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain,

Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri

mereka sebagai ‘polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi

dunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalah

disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dingin

berakhir dengan robohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan Soviet Union

pada 1991, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar

dunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkan satu dunia unipolar, tanpa

imbangan kuasa. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan

senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh

sebuah Negara yang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa-

bangsa manusia yang lain. Pada masa yang sama ia melarang dengan keras, usaha

Korea Utara dan Iran, untuk mempunyai program nuklear mereka sendiri

Page 5: Cbran dialog

3) Dominasi Ekonomi Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat

mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini

keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti

Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga

Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat

berkenaan

telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil

perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidak

cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil

syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang

dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang

secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa

manusia yang lain. Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-

institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World

Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8.

Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa

sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara

mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di

hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negaranegara membangun dan mundur

tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai

kepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumber semula jadi di

negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini

merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan

perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economic globalisation.

4) Dominasi Media Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan

maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dengan

dominasi dalam bidang politik dan ekonomi, dunia Barat khususnya Amerika Syarikat

mahu turut mendominasi media massa. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini,

Page 6: Cbran dialog

media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan

syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa

terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat

tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada

masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia

Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya

oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.

Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mereka bahkan mereka

sendiri sendiri menurut kaca mata Barat.

5) Dominasi Budaya Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad

kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia

dengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling

berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem,muzik, nyanyian, kartun dan

komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia

sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Rancangan-rancangan

televisyen seperti American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara

lain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita

remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti menghormati dan

menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas nama

keterbukaan di dalam memberi pandangan.

Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janama

seperti Coca-cola, McDonalds, Levi’s dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada

budaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan

mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlah

yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahaja

Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat

dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika

Syarikat.Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang-

Page 7: Cbran dialog

bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam

ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain

termasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari Amerika

Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam

masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasional

yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dari segi

pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yang

terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan

pada mana-mana negara.Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat

telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak

lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu. Dominasi Barat

daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana.

Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan-

keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang

besar kepada politik dan ekonomi kita. Mereka telah m emakaikan kaca mata mereka

kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka.

Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka sebagai

norma dan mudah diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut,

penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia

bukanlah mudah. Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yang

dikembangkan oleh tamadun Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telah

membantu mengurangkan kemiskinan,meningkatkan taraf hidup dan membawa

keselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat manusia.

Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan

kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehingga

kepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada pengaruh tamadun Barat juga, idea dan

institusi yang berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan individu, hak

menyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyat

dan kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. Dunia

Barat juga bertanggungjawab menimbulkan kesedaran yang bertambah-tambah

berhubung persoalan-persoalan ini dalam tamadun Islam dan Asia. Barat juga

Page 8: Cbran dialog

kadangkala menggunakan nilai politik sebagai senjata di dalam persaingan

perdagangan antarbangsa, di mana negara yang tidak mengamalkan demokrasi ala

Barat, atau mempunyai rekod hak asasi manusia yang ’buruk’, akan dikenakan sekatan

ekonomi. Namun sifat hipokrit ini terbongkar dengan adanya pendedahan mengenai

kekejaman tentera Amerika terhadap tahanan di Iraq, dan di Teluk Guantanamao.

Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif.

Kemunculan system ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-

negara perindustrian kuat yang kebanyakannya terletak di dunia Barat, sebahagiannya

bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan tertentu

manusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakin

melebar. Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratas

dan 20 peratus yang golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun

1994 nisbah ini semakin melebar kepada 1:78. Bukan sekadar permasalahan

kemiskinan dan jurang perbezaan kaya-miskin, tetapi juga pemusatan kuasa di Barat

terutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yang

menjadikan perdagangan senjata dan dadah lebih menguntungkan daripada

perdagangan komoditi dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia.

Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi global hari ini, spekulasi mata wang dan

kewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia yang secara tepat

dinamakan sebagai ‘kapitalisme kasino’.

Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana boleh wujud kesaksamaan dalam

konteks ekonomi di dunia hari ini. Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk dan

ditaja oleh dunia Barat tidak mungkin dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosok

dunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi dan pencemaran

persekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitu

didesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial dan

psikologi turut bertambahtambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusi

kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada disedari atau tidak keadaan yang seperti

ini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempattempat

tertentu.Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan dan

politik, meskipun semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikan

Page 9: Cbran dialog

oleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah sebenarnya yang tidak demokratik dengan

membelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa veto yang diberikan pada

lima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat

boleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan ( impunity).

Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia

tiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri. Dari satu sudut

budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya

tidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lain

sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki

oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan. Oleh sebab itu, perjuangan untuk

menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan

satu tema perjuangan yang harmonis dengan agama Islam dan agama-agama Asia

yang lain. Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan

Asia dalam abad ke-21 akan datang.

Dari sudut yang lain, kita juga harus akur bahawa tamadun dan kuasa Barat

bukanlah sinonim dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini jelas terbukti dengan adanya

tentangan daripada Jerman dan Perancis terhadap penaklukan Iraq oleh Amerika dan

Britain. Namun demikian Jerman dan Perancis dan juga Rusia juga akhirnya akur

kepada kehendak Amerika Syarikat di dalam isu berkaitan dengan program nuklear Iran

pada tahun 2005 ini. Walaupun Barat tidak semestinya bersatu, sebagaimana juga

dunia Islam tidak bersatu dan tidak bersifat monolitik, namun pada umumnya terdapat

jurang di antara

dunia Barat dan Timur, yang sebahagian darinya disebabkan oleh faktor budaya dan

ketamadunan.

6) Teori Pertembungan Tamadun HuntingtonPada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika,

Francis Fukiyama telah mengemukakan teori ‘The End of History’ yang menyatakan

bahawa dunia akan menjadi homogeny dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan

demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori Fukiyama ini hampir menjadi

kenyataan bilamana kuasa-kuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula menerima

Page 10: Cbran dialog

pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomi

dan politik masing-masing. Negara Rusia dan China yang dilihat sebagai simbol blok

Timur sebelum ini sudah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih

kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan politik. Bagaimanapun telahan ini

kelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Uniersiti Harvard, Samuel P.

Huntington mengemukakan teori ‘The Clash of Civilizations’ (Pertembungan

Tamadun). Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993

bertajuk “The Clash of Civilizations?”, Huntington telah menjangkakan akan berlaku

pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan

mencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannya memperkembangkan makalah ini

untuk dijadikan sebuah buku dengan judul “The Clash of Civilizations and the Remaking

of World Order” yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini telah menghuraikan

dengan lebih mendalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuan

menjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh para pengkritik makalah asalnya.

Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang

pelbagai reaksi baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakat

Barat sendiri. Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga

andaian utama:

Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat

sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya. Tamadun

merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah

disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan

antara tamadun.

Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa

sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.

Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations),

ianya seperti tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan

tamadun-tamadun lain terutama tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara

petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun

1990.Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi

perhatian oleh semua pihak,di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik

Page 11: Cbran dialog

pandangan beliau. Para intelektual telah mengkritik pandangan Huntington daripada

persoalan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yang

dibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Huntington ini

sangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains

politik.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun

sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001

sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran

ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.Meskipun pelbagai kritikan akademik telah

dikemukakan untuk menyanggah teori pertembungantamadun sehingga pernah disebut

bahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir telah

memperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak mungkin situasi yang

berlaku ini tidak boleh dikaitkan dengan ramalan akan berlakunya pertembungan

tamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara dunia Barat dengan

dunia Islam dengan pelancaran ‘Perang Terhadap Keganasan’oleh Amerika Syarikat

dan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, dunia

Barat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya.

7) Dampak Peristiwa 11 SeptemberPeristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan

dunia Barat.Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke atas

kepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, World

Trade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef yang dikatakan seorang

fundematalis Islam. Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikattelah terbunuh

dan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.

Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobi

telah dibom menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11

September, pada Oktober tahun 2000,Kapal USS Cole telah diserang di Yemen

menyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera.Kesemua peristiwa di atas

dikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yang

mendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine

Page 12: Cbran dialog

yang menuntut kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaian

pengganas. Begitu juga perjuangan masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnya

turut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah golongan yang disebut sebagai

fundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yang

agak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru dorongan

ke arah mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan dunia

Barat ini sudah pasti memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001.

Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan,

Asia Tenggara dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas dunia

mereka oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telah

dikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan dari segi penyebaran sains

dan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung.

Masyarakat Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutup

peluang untuk meneruskan pengajian S&T mereka di peringkat tinggi di negara-negara

seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-negarayang sebelumnya dilihat

tiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan semula dasar

luar mereka berkaitan dengan dunia Islam. Pada umumnya, peristiwa September 11

telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan antara Amerika Syarikat dan

dunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara Amerika

Syarikat dan dunia Islam menjadi semakin keruh dan tidak menentu. Banyak pihak di

dunia Islam

menaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantau

Asia Barat. Perubahan besar yang berlaku di Iraq sebagai akibat daripada pelanggaran

Amerika Syarikat akan pastinya merubah peta politik dan agama negara itu dan jiran-

jirannya. Bukan sahaja Asia Barat yang menerima padah buruk daripada pencerobohan

Amerika Syarikat. Amerika sendiri telah ditimpa krisis ekonomi yang semakin

meruncing dengan terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang begitu tinggi.

Bagaimana pun, sebagai akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islam

minoriti dan golongan bukan Islam majority semakin meningkat. Menerusi dialog-dialog

ini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama

Page 13: Cbran dialog

Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebih

memahami tentang ajaran

Islam. Menurut sesetengah pihak, masyarakat Islam di Amerika boleh menyumbang ke

arah mewujudkan

kesefahaman yang lebih baik antara Amerika Syarikat dan dunia Islam di masa depan.

DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME MENYAHUT CABARAN Tamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan

yang timbul melalui sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai

kepincangan, ketidakadilan dan penindasan di dalam hubungan di antara tamadun di

dunia hari ini. Selain itu wujud juga salah faham,jurang komunikasi dan prejudis di

dalam hubungan antara tamadun. Ini amat jelas dan ketara di dalam hubungan antara

dunia Barat dan dunia Islam masakini, di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalam

negeri, walaupun hubungan antara kaum yang berdasarkan pelbagai tamadun seperti

tamadun Melayu,Islam, India dan Cina, adalah agak baik, namun masih wujud rasa

curiga di kalangan setengah pihak berdasarkan perbezaan-perbezaan antara mereka.

Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum di kalangan

rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun, tidak boleh diabaikan dan

mesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis di kalangan rakyat

Malaysia akan terus terjalin.

Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubungan

antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi,

tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah dailog peradaban mempunyai peranan di dalam

hubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini.

Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadun

dunia. Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang

lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi,

kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yang

bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini

dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar

Page 14: Cbran dialog

kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan

hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa

menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan

minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata.Ketidakadilan seperti ini

merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana.

Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu

tamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi

kumpulan teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke

peringkat global.

Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan

elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber

kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan

untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan

masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama

ada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.

Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan

merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara

membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation)

budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis

yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang

menjadi ciri penting tamadun Islam.

Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan

dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh

masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina

kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir

manusia tertentu. Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah

melalui sesi-sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti

sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai

dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah

dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu

bertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di

Page 15: Cbran dialog

mana-mana sahaja, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina

satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia

terutama kuasa Barat dan bonekanya. Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai

budaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat yang lain. Hari ini seluruh

manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam

sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam

masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah,

penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut ini

memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah

melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam

dan Asia.

Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini

merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar

semula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar.

Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan

sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan

hubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah

melahirkan ‘kapitalisme kasino’ yang merebak secara global. Bila persoalan memberi

perkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatan

berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dan

kepentingan diri.

Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalam

kehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi

semakin dominan dalam masyarakat.Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa

menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistem

falsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasa

diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang

dalam masyarakat menurut pendirian Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama

yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam

masyarakat kita yang berbilang agama,etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi

dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat

Page 16: Cbran dialog

membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka

kongsi bersama dalam pemerintahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber,

keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan

dan perasaan saling hormatmenghormati,

mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang

pelbagai etnik, budaya dan agama.

PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama

dalam tamadun Islam dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan sesi dialog dalam

semua peringkat masyarakat. Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-

sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam

dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi.

Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda

utama dalam kegiatankegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama

dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti

memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di

radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan

lagi usaha ini.

Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem

pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar.

Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti

digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan

kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi

seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog

seumpama ini, usaha dialog tamadun pada tahap akal dan minda sahaja, tidak

membawa sebarang kesan bermakna. Seharusnya diakui dialog tamadun pada tahap

mana sekalipun akan menempuhi halangan yang kuat. Dalam sebarang masyarakat

tentunya terdapat elemen yang menganggap dialog tamadun sebagai ancaman

terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang

berpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama

Page 17: Cbran dialog

lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka. Golongan

seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati terhadap dialog tamadun. Terdapat

juga golongan yang melihat dialog tamadun sebagai kegiatan terawang (esoterik)

semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk di

berikeutamaan.

Biar apapun bangkangan terhadap dialog tamadun, haruslah disedari bahawa

tidak akan wujud satu masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan

dialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan gerakan agama mula bertapak di dunia

Islam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitan

gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama,

upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin

diterima oleh masyarakat yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya.

Kebangkitan agama memberi peluang kepada kita untuk memulakan dan

mengembangkan dialog tamadun. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah

tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait

rapat dengan agama masing-masing. Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidak

mesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman teknologi komunikasi yang telah

berupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia, iaitu satu

keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia pada

penghujung abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitu

masyarakat manusia daripada pelbagai agama dan tamadun berbanding dengan

masyarakat manusia sebelum ini.

Sekiranya kita tidak berusaha berdialog dan mengenali antara satu sama lain

dalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan kita bersama akan berubah

kepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa kepada

ketegangan dan konflik yang besar. Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas,

kita mesti membuat pendirian untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yang

diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidup

bersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untuk

selamalamanya.

Page 18: Cbran dialog

ISU-ISU YANG PERLU DITANGANI DALAM DIALOG TAMADUN Dialog tamadun boleh memainkan peranan yang penting di dalam hubungan

domestik dan antarabangsa pada masakini. Ini adalah kerana sebahagian dari

permasalahan yang wujud pada hari ini, yang telah menimbulkan keganasan dan

ketidakadilan, adalah berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat

untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan yang berasaskan

dialog, termasuk dialog tamadun. Dailog tamadun mampu mengurangkan ketegangan

yang wujud di dalam hubungan manusia, melalui kesefahaman yang dipupuk mengenai

pemikiran dan cara kehidupan masing-masing. Memang diakui bahawa bukan semua

masalah berpunca daripada kejahilan tentang tamadun, justeru penyelesaiannya tidak

mungkin tercapai melalui dialog tamadun. Ada masalah yang berpunca daripada

perebutan kuasa politik atau ekonomi mithalnya. Malahan konflik antara dunia Islam

dan Barat, lebih tepat dilihat sebagai konflik di antara Amerika dan sekutunya Britain,

dengan golongan Islam radikal, yang juga melibatkan kepentingan ekonomi seperti

penguasaan telaga minyak di Teluk Parsi.

Namun demikian tidak dapat dinafikan juga bahawa unsur-unsur kejahilan

tamadun wujud di kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus sering

dilihat sebagai permusuhan tamadun. Misalnya layanan buruk terhadap orang-orang

Islam yang bermastautin di negara-negara Barat di satu pihak, dan pengeboman hotel

dan tempat pelancongan yang dikunjungi oleh orang Barat, di pihak yang lain. Untuk

mewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepada

keamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan di kalangan pihak-pihak

yang terlibat, untukcuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.

Usaha-usaha sedemikian boleh dilakukan di peringkat Kebangsaan dan juga

Antarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran dan lain-lain.

Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intra-

civilisational, perlulah diwujudkan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu,

Cina, India, dan kaum Peribumi yang lain, supaya wujud toleransi di antara kaum-kaum

di negara ini yang budaya mereka berlatarbelakangkan tamadun-tamadun tersebut.

Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya kaum-kaum

tersebut, perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut,

Page 19: Cbran dialog

tanpa menimbulkan konflik. Di samping itu, nilai-nilai sejagat yang murni yang dikongsi

bersama oleh agamaagama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalam

kepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-unsur persamaannya. Mithalnya sifat

kesabaran, keikhlasan dan kejujuran, serta saling menghormati sesama manusia,

adalah dianjurkan oleh kesemua agama besar di dunia ini. Tidak ada agama yang

menanamkan sifat benci di antara manusia di dunia ini. Sekiranya terdapat perbezaan

pada zahirnya, sama ada dari segi kepercayaan atau pun amalan, maka

ini juga perlu dijelaskan supaya pihak lain dapat melihat kerasionalan di sebalik

perbezaan tersebut. Dengan secara demikian, maka prasangka dan fikiran negatif

mengenai kepercayaan dan amalan golongan lain, dapat dikurangkan. Satu contoh

yang baik ialah Hari Perayaan setiap kaum di negara ini, seperti Hari

Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali, di mana kepercayaan dan amalan masing-

masing perlulah dijelaskan supaya konsep dan amalan rumah terbuka akan menjadi

lebih bermakna lagi.

DIALOG TAMADUN: DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARANa) Dialog Dalaman: Dialog Antara Tamadun di Malaysia

• Persefahaman kaum yang berasaskan nilai-nilai budaya dan tamadun sepunya

• Peranan Rukunegara sebagai asas pembagunan tamadun baru Malaysia

• Islam Hadhari dan Penjelasannya kepada orang Islam dan Bukan Islam

• Menjelaskan kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteks

masyarakat majmuk di Malaysia

b) Dialog Luaran: Dialog Antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia• Isu nilai-nilai sepunya

• Dunia Barat perlu mengiktiraf dan menghormati konsep dunia berbilang tamadun

• Isu saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan

• Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam

• Memahami isu keganasan dan terrorisme bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi

juga dari perspektif masyarakat Islam dan masyarakat Asia

Page 20: Cbran dialog

6.7 KESIMPULANZaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakan satu zaman yang cukup

mencabar dan salah satu

sebab terpenting ialah cabaran yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun yang

dibawa oleh proses

globalisasi. Cabaran ini tidak boleh dihadapi dengan berdiam diri atau berpeluk tubuh,

kerana itu akan

memburukkan keadaan serta membawa kerugian kepada mereka yang kecil, lemah

dan mudah tertindas.

Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu proaktif di dalam mengenengahkan wacana

kita sendiri

mengenai dialog tamadun dengan harapan akan wujud titik pertemuan di antara

pelbagai pihak dan

tamadun, yang berbeza dan justeru berpotensi bertelagah. Bagi masyarakat Malaysia,

cabaran dialog

tamadun harus dihadapi di dua peringkat; iaitu dalaman dan luaran. Dialog dalaman

harus menumpukan

perhatian kepada hubungan antara kaum yang didasari oleh tamadun, agama dan

budaya yang berlainan di

dalam negara-bangsa yang satu, iaitu Malaysia. Di peringkat luaran pula, kita harus

berdepan dengan

139

hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam, yang kadangkala tegang. Menangani

isu-isu yang berkaitan

dengan dialog tamadun bukan satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan asas

kehidupan dan

Page 21: Cbran dialog

pandangan alam yang berlainan. Namun kita tidak harus membiarkan perbezaan dan

kepelbagaian menjadi

faktor bagi pertelingkahan dan peperangan. Kita perlu menghadapi situasi sedemikian

dengan penuh

hikmah dan dialog tamadun adalah satu cara yang berhikmah untuk menghadapi

cabaran tersebut.

RUJUKANBakar, Osman. 1997. Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly Universal

Civilization.

Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Bakar, Osman. ‘The impact of the American war on terror on Malaysian Islam.’ Journal

of Islam and

Christian-Muslim Relations, vol. 16, no. 2 (April 2005), pp. 107-128

Brecher, Jeremy, et. al. (eds.). 1993. Global Visions. Boston: South End Press.

Camilleri Joseph A. dan Chandra Muzaffar, (eds.). 1998 Globalisation: The

Perspectives and Experiences

of the Religious Tradition of Asia Pasific. Petaling Jaya: JUST

Chandra Muzaffar, 1993. Human Right and the New World Order. Pulau Pinang