capa rengat antologi komsas

7
1 CAPA RENGAT (BAHARUDDIN KAHAR) Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung- burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” seperti belangkas. Pada sebelah petangnya, Akutidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya. Seorang budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali, “Aku” diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akan memecahkannya. “Aku” cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa- rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan. Tiba-tiba, ketika “Aku” dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. “Aku” mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya. Pada sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air. “Aku” ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur. Sinopsis

Upload: shawn-collins

Post on 23-Sep-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Capa Rengat Antologi Komsas Tingkatan Sekolah Menengah

TRANSCRIPT

  • 1

    CAPA RENGAT

    (BAHARUDDIN KAHAR)

    Cerpen Capa Rengat mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di

    kampung ibunya. Pada waktu petang, Aku akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto,

    ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-

    burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan Aku seperti

    belangkas.

    Pada sebelah petangnya, Aku tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto

    pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu Aku pula berasa bosan tinggal lebih lama di

    kampung. Aku mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di

    sebidang paya, Aku melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.

    Seorang budak perempuan, Su mengajak Aku bermain bersama-sama mereka.

    Permainan yang dimainkan begitu janggal dan Aku berasa kekok pada permulaannya

    tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok Aku. Akhir sekali,

    Aku diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak Aku siap dibina, Su akan

    memecahkannya.

    Aku cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan Aku. Rupa-

    rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa

    diduga, Su menghampiri Aku dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau

    bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila

    berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.

    Tiba-tiba, ketika Aku dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan,

    seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah

    dengan segera. Aku mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada

    kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya.

    Pada sebelah malamnya, Aku tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat

    diletakkan di dalam botol berisi air. Aku ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat

    dalam tidur.

    Sinopsis

  • 2

    Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung

    dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di

    kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. Aku berasa terharu untuk

    meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.

    Dalam keadaan separuh sedar , Aku bertanyakan kepada ibu tentang

    kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan

    untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai.

    Keputusan ibu membuatkan Aku sedih apabila Aku terpandang bunga Capa Rengat yang

    sudah layu dan terkenangkan wajah Su.

    Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. Aku telah mengalami

    pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa Aku mengikut Pak Cik

    Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.

    1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.

    Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.

    2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.

    Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.

    3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.

    Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.

    4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.

    Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain kota Buatan tempat asal ibunya.

    Tema

    Persoalan

  • 3

    Permulaan

    Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka

    dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara Aku.

    Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani Aku dengan membawanya berjalan-jalan di bukit

    sekeliling kampung.

    Perkembangan

    Pada sebelah petang, Aku merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke

    kota untuk berurusan dengan peguam. Aku bertemu dengan sekumpulan budak kampung

    yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang

    bernama Su mengajak Aku bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su

    telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain,

    Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. Aku pulang ke rumah dan

    meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.

    Klimaks

    Keesokan paginya, Aku dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. Aku

    berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana

    kampung.

    Peleraian

    Aku pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat

    daripada Su, seorang gadis kampung.

    Teknik Penceritaan

    Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa. 1. Pemerian

    Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak.

    Plot

  • 4

    2. Dialog

    Contoh: Cantik,ya ! kata budak perempuan itu.

    Cantik, jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.

    3. Kejutan

    Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa Aku sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya.

    Aku

    Seorang anak remaja

    Menghargai alam sekitar

    Proaktif dan cergas

    Mempunyai pandangan bernas

    Berfikiran positif

    Ibu

    Pertengahan usia

    Tegas dengan pendirian

    Sikap terburu-buru membuat keputusan

    Prihatin terhadap orang lain

    Berperilaku mesra

    Su

    Budak perempuan awal remaja

    Bersikap periang

    Aktif dan cergas

    Bijak mengolah keadaan

    Taat kepada ibu

    Watak dan Perwatakan

  • 5

    Pakcik Kinto

    Bapa saudara Aku

    Mahir selok-belok di kampung

    Mempunyai kemahiran menembak

    Ikhlas melayani tetamu

    Melaksanakan urusan dengan cekap

    Masa

    Cerita berlatarkan masa sehari Aku tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah oleh

    pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam.

    Pagi Aku dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.

    Petang Aku dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto

    untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

    Malam Aku tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain

    dengan budak-budak kampung.

    Tempat

    Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-

    bukau dan tanah paya

    Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto tempat Pak Cik Kinto membawa Aku

    bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

    Paya tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.

    Rumah Pak Cik Kinto tempat Aku dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.

    Masyarakat

    1. Masyarakat bandar

    Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.

    Latar

  • 6

    2. Masyarakat kampung

    Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.

    3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam

    Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.

    4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar

    Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.

    5. Masyarakat yang suka berburu

    Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.

    1. Kata Ganda Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik 2. Anafora Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian? 3. Inversi (Keterbalikan ayat)

    Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.

    4. Personifikasi Contoh: Melahirkan sinar cemburu. 5. Simile Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku. 6. Simpulan bahasa Contoh: Seperti belangkas

    1. Nilai keberanian

    Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.

    2. Nilai hemah tinggi

    Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.

    Gaya Bahasa

    Nilai

  • 7

    3. Nilai kerajinan

    Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.

    4. Nilai kerjasama

    Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.

    1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.

    Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.

    2. Kita hendaklah menghargai persahabatan.

    Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.

    3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.

    Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.

    4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.

    Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak.

    Pengajaran