cacarair

3
Cacar Air Apa itu jangkitan cacar air? Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-ka nak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:  Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air i tu mengalami batuk atau bersin.  Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.  Dengan menyentuh benda/permuka an yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut. Apakah tanda-tanda dan gejala? Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengala mi jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius. Gejala-gejala :  Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.  Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,k edua-dua lengan dan kaki.  Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)  Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Upload: dewi-puspita-sari

Post on 07-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CacarAir

8/6/2019 CacarAir

http://slidepdf.com/reader/full/cacarair 1/3

Cacar Air

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus.

Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan

kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke

seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh

(blisters). Ianya merebak:

•  Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau

bersin.

•  Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.

•  Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh

tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang

mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga

semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang

tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala :

•  Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

•  Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan

termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke

muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.

•  Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian

pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)

•  Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu

untuk hilang.

Page 2: CacarAir

8/6/2019 CacarAir

http://slidepdf.com/reader/full/cacarair 2/3

Cacar air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun,

virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa

dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan

pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk,

iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan

badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

•  Jangkitan kuman pada kulit

•  Jangkitan pada darah

•  Radang paru-paru

•  Keradangan otak 

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

•  Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam

menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak 

kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.

•  Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

•  Minum banyak air masak.

•  Ambil makanan yang seimbang.•  Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

•  Sapu losen kalamine di tempat ruam.

•  Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan

air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.

•  Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.

•  Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangatsehingga anak anda tidak dapat tidur.

Page 3: CacarAir

8/6/2019 CacarAir

http://slidepdf.com/reader/full/cacarair 3/3