borang pengesahan status tesis♦ - fp.utm.my€¦ · pada mulanya alat pemukul bagi permainan...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERBEZAAN KESAN PENGGUNAAN BAT SOFBOL JENIS ALUMINIUM
DAN BAT SOFBOL JENIS KOMPOSIT TERHADAP JARAK LANTUNAN
BOLA DALAM KEMAHIRAN BUNT
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya: KHAIRUN AZAM BIN RUDZI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ __________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia: 8/83 RUMAH KAKITANGAN FELDA EN SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
BUKIT TANGGA ,06050 BANDAR BUKIT
KAYU HITAM, KEDAH
Tarikh : _____________________ Tarikh: _______________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) ”
Tandatangan : _____________________________________
Nama Penyelia : EN SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
Tarikh : _____________________________________
PERBEZAAN KESAN PENGGUNAAN BAT SOFBOL JENIS ALUMINIUM
DAN BAT SOFBOL JENIS KOMPOSIT TERHADAP JARAK LANTUNAN
BOLA DALAM KEMAHIRAN BUNT
KHAIRUN AZAM BIN RUDZI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa tesis yang bertajuk “Perbezaan Kesan Penggunaan Bat Sofbol
Jenis Aluminium Dan Bat Sofbol Jenis Komposit Terhadap Jarak Lantunan Bola
Dalam Kemahiran Bunt” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tanda Tangan :………………………………………
Nama Penulis : KHAIRUN AZAM BIN RUDZI
Tarikh : MEI 2011
v
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda tersayang
Rudzi Bin Md Akhir Dan Hasnah Bte Basiron
Buat ahli keluarga yang tersayang
Khairon Naim Bin Rudzi
Khairon Ariff Bin Rudzi
Khairun Faiz Bin Rudzi
Khairon Akmal Bin Rudzi
Nureen Husna Bte Rudzi
Buat rakan-rakan sekelas terutamanya Mohd azli,Riduan Efandy, Muhamad Firdaus
dan rakan-rakan kelas yang lain. Tidak lupa juga kepada teman-teman SPS .
Terima kasih diucapkan kepada kalian selama ini yang banyak membimbing dan
menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini
Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang
Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang diinginkan dan
kenangan kita bersama tidak mungkin dapat dilupakan
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Disini saya
merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Syahrul
Ridhwan Bin Morazuki selaku penyelia PSM sini yang telah banyak bertungkus
lumus dalam memberi bimbingan dan pandangan sepanjang menjalankan dan
menyiapkan projek ini.
Selain daripada itu tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Sains
Sukan yang telah membantu memberikan pandangan dan tunjuk ajar sepanjang
menyiapkan projek ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada para subjek yang terlibat
secara langsung dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini.
Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan 4 Sains Sukan tahun
2010/2011 dan seluruh warga SPS yang banyak memberikan dorongan dan semangat
dalam menyelesaikan projek ini. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama
yang diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan penggunaan
bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit terhadap jarak lantunan
bola (bunt). Seramai sembilan orang pemain sofbol peringkat negeri yang berumur
16 tahun terlibat dalam penyelidikan ini. Terdapat lima jenis ujian kemahiran bunt
dijalankan iaitu bunt daripada balingan bola jenis straight, balingan bola jenis
drop, balingan bola curve in, balingan bola jenis curve out dan balingan bola jenis
rise up. Semua subjek dikehendaki melakukan kelima-lima pengujian tersebut
dengan menggunakan bat aluminium dan komposit. Hasil kajian mendapati
terdapat perbezaan jarak lantunan bola (bunt) yang signifikan bagi semua jenis
balingan di antara pengguna bat aluminium dan bat komposit . Kesimpulanya,
penggunaan bat sofbol jenis aluminium adalah lebih baik daripada bat sofbol jenis
komposit bagi semua jenis pengujian
ABSTRACT
This study was carried out to investigate the usage effects of aluminum
softball bat and composite bat towards the ball bounce distance (bunt). Nine state
level softball players aged 16 years involved in this study.there were five types of
bunt skills test conducted which are bunt against straight ball throws, drop ball
throw, curve in throw, curve out throw and rise up throw. Results of the study
was found that there were significant difference in ball bounce distance (bunt)
against all types of throw between the use of aluminium bat and composite bat. In
conclusion, the use of aluminum softball bat is better than composite bat in all
types of test
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii-xvi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv-xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-3
1.2 Latar Belakang Masalah 3-4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 5-6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasional 7-8
1.9 Penutup 8
ix
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Bat jenis Aluminium 9-10
2.3 Bat jenis Komposit 10
2.4 Jarak lantunan bola 11
2.5 Kajian-kajian berkaitan 11-12
2.6 Implikasi alatan kepada latihan 13
2.7 Penutup 13
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 14
3.2 Subjek Kajian 15
3.3 Instrumen Kajian 15
3.4 Lokasi Kajian 15
3.5 Rekabentuk Kajian 16
3.6 Prosedur Kajian 17
3.5.1 Penyerahan Surat Lantikan 17
3.5.3 Surat Persetujuan 17
3.5.4 Taklimat Kajian 17
3.7 Protokol kajian 18-19
3.8 Pengumpulan Data 20
3.8.1 Penganalisaan Data 20
3.9 Kajian Rintis 20
3.14 Penutup 21
x
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 22
4.2 keputusan Penganalisaan 23
4.2.1 Subjek 23
4.2.2Analisis Kebolehpercayaan
alat 24-28
4.2.3 Jarak lantunan bola dalam kemahiran
bunt bagi bola jenis straight 29-30
4.2.4 Jarak lantunan bola dalam kemahiran
bunt bagi bola jenis drop 31-33
4.2.5 Jarak lantunan bola dalam kemahiran
Bunt bagi bola jenis Curve in 33-35
4.2.6 Jarak lantunan bola dalam kemahiran
bunt bagi bola jenis curve out 36-38
4.2.7 Jarak lantunan bola dalam kemahiran
bunt bagi bola jenis rise up 38-41
4.5 Penutup 41
xi
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Ringkasan rekabentuk kajian 43
5.3 Perbincangan 44
5.3.1 Jarak lantunan 44-45
5.3 Kesimpulan 45-46
5.4 Permasalahan 46
5.4.1 peralatan 46
5.5 Cadangan 47
5.6.1 Permukaan padang 47
5.6.2 Blind Test 47
5.6.3 penglibatan ssubjek lelaki dan perempuan 48
5.7 Penutup 48
RUJUKAN 49-50
LAMPIRAN 51-55
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Protokol ujian kemahiran bunt menggunakan
bat sofbol jenis aluminium dan komposit
ke atas 5 jenis balingan 18-19
4.1 Purata, berat, umur dan tinggi subjek 23
4.2 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan
bola jenis straight 24
4.3 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan
bola jenis Jenis drop 25
4.4 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan
bola jenis curve in 26
4.5 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan
bola jenis curve out 27
4.6 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan
Bola jenis rise up 28
4.7 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola
terhadap balingan bola jenis straight. 29
4.8 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara
penggunaan bat aluminium dan komposit
terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan
kemahiran bunt bagi bola straight. 30
4.9 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola
terhadap balingan bola jenis drop. 32
4.10 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara
penggunaan bat aluminium dan komposit
terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan
kemahiran bunt bagi bola drop. 33
xiii
4.11 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola
terhadap balingan bola jenis curve in. 34
4.12 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara
penggunaan bat aluminium dan komposit
terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan
kemahiran bunt bagi bola curve in. 35
4.13 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola
terhadap balingan bola jenis curve out. 37
4.14 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara
penggunaan bat aluminium dan komposit
terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan
kemahiran bunt bagi bola curve out 38
4.15 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola
terhadap balingan bola jenis rise up. 39
4.16 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara
penggunaan bat aluminium dan komposit
terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan
kemahiran bunt bagi bola rise up 40
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Ringkasan rekabentuk kajian 16
4.1 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis
Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit
Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis straight 30
3.3 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis
Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit
Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis drop 32
3.4 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis
Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit
Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis curve in 35
3.5 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis
Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit
Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis curve out 37
3.6 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis
Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit
Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis rise up 40
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Borang Perlantikan subjek 51
B Gambar instrumen 52
C Borang Pengujian 53-55
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut catatan sejarah, permainan sofbol diperkenalkan secara tidak sengaja
oleh George W. Hancook di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago,
Illinois, Amerika Syarikat pada 16 September 1887. Ianya bermula apabila terdapat
beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang menonton pertandingan akhir
American Football antara Yale dan Harvard di Club Farragut Boat. Setelah skor
akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan
gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang
penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung
tinju itu. Melihat keadaan tersebut, seorang wartawan dari Chicago Board Trade,
George Hancoc telah mendapat idea untuk mencipta suatu permainan baru. Beliau
mencadangkan agar satu permainan dimainkan dalam suatu ruangan dengan
menggunakan bola yang dibuat dari sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat
menggunakan seutas tali. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancoc
menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.
Pada mulanya alat pemukul bagi permainan sofbol adalah sebatang penyapu.
Permainan dibahagikan kepada dua pasukan dan Hancook menjerit kata-kata “play
ball”, maka permainan dimulakan. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman
diperkenalkan yang dinamakan sebagai Indoor Baseball. Disebabkan bentuk bola
yang berubah-ubah, nama sofbol sebelumnya juga telah diilhamkan dari bahan-
bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, nama-nama seperti kitten ball,
2
army ball, mush ball telah digunakan pada masa tersebut. Selain itu sofbol juga
dikenali dengan nama indoor-outdoor, recreational ball, dan playground ball.
Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar dewan. Pada tahun 1908
organisasi amatur juga telah diperkenalkan dalam permainan sofbol iaitu National
Amateur Playground Ball Association Of The United States. Organisasi ini juga
telah merancang agar sukan ini dimainkan di luar dewan. Pada tahun 1923 Kongres
Rekreasi Nasional (The National Recreation Congress) telah meminta kebenaran
untuk menstandardisasikan sukan ini. Pada tahun 1926 nama softball mula
digunakan walaupun belum dirasmikan.
Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan
Sofbol Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah
digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Pemenang untuk sofbol kategori
lelaki pada waktu tersebut adalah J.L. Gills dari Chicago, dan pemenang bagi
kategori wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan
yang dipertandingkan adalah amatur, kebiasaannya pasukan tersebut ditaja oleh
organisasi wilayah.
Sejak tahun 1933, softball telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun
1934, pembentukkan peraturan bersama telah menstandardisasikan peraturan
permainan sofbol. Sudah banyak perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya
pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan jumlah pemain dalam pasukan utama
iaitu dari 10 ke 9 orang. Pada tahun 1950 jarak antara pitcher’s plate dan home plate
ditambah untuk kategori lelaki dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter).
Dilihat dari segi penyertaan, sofbol telah berkembang menjadi sukan yang
popular dan digemari. Ini telah dibuktikan dengan 125,000 pasukan telah berdaftar
di Persatuan Sofbol Amatur Amerika. Pada tahun tersebut juga telah diadakan enam
kejuaraan nasional setiap tahun, ini tidak termasuk pasukan-pasukan yang bertanding
dalam pertandingan tidak rasmi.
3
Pada tahun 1949, pasukan Toronto’s Tip Top Tailors dari Kanada telah
menjuarai kejuaraan antarabangsa pertama yang telah dianjurkan oleh persatuan
sofbol amatur dan merupakan kejohanan pertama bertaraf dunia untuk kategori
lelaki. Pada tahun 1966, di bawah penajaan daripada International Softball
Federation, telah diadakan kejuaraan pertama bagi kategori wanita dan kejuaraan
tersebut telah dimenangi oleh pasukan Australia
Setelah kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa ini diadakan, sukan
sofbol ini mula diterima ke negara-negara Asia termasuklah Malaysia. Di Malaysia,
permainan sofbol ini telah diperkenalkan oleh pegawai-pegawai dari konsulat
Amerika iaitu Pasukan Khidmat bakti (peace Corps) kepada para pelajar dan rakyat
Malaysia. Pada tahun 1974 Persatuan Sofbol Malaysia ditubuhkan di Ipoh, Perak.
Tiga buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah mendaftar menjadi
ahli persatuan sofbol Malaysia. Presiden pertamanya ialah Datuk Seri Haji
Kamarudin bin Mohamed Isa, Beliau merupakan Menteri Besar Perak ketika itu dan
satu kejohanan telah diadakan pada tahun tersebut yang telah dimenangi oleh
pasukan Selangor.
Pada tahun 1976, Malaysia telah menganjurkan kejohanan Asean pertama di
Kuala Lumpur bagi kategori lelaki dan ianya telah disertai oleh kebanyakan negara
Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Selain itu, antara
kejohanan sofbol yang telah diadakan di Malaysia ialah Sukan Asean, Kejohanan
Terbuka Malaysia dan kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Permainan sofbol adalah salah satu permainan yang telah lama diperkenalkan
di dunia. Ia dimainkan oleh semua peringkat umur tetapi di Amerika Syarikat, ianya
lebih tertumpu dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Hal ini disebabkan oleh
rata-rata pemain lelaki lebih tertumpu kepada sukan baseball namun sukan ini masih
lagi popular di peringkat sekolah menengah, antarabangsa, negara, negeri persatuan
dan kelab-kelab.
Peralatan-peralatan yang berteknologi tinggi juga mula diperkenalkan bagi
meningkatkan lagi mutu permainan sofbol antaranya bola, sarung tangan kulit dan
juga bat. Kebanyakan peralatan tersebut dicipta bagi memudahkan pemain dan
dicipta mengikut teknologi-teknologi terkini sebagai contoh penghasilan bat-bat
sofbol daripada komposit. Dengan terhasilnya peralatan-peralatan tersebut telah
menarik minat ramai pemain sofbol menggunakannya terutamanya bat jenis
komposit. Ini menyebabkan penggunaan bat jenis aluminium semakin berkurangan.
Namun kebanyakan daripada pemain tidak mempunyai maklumat yang tepat dalam
memilih jenis bat yang sesuai ketika bermain.
Selain itu, bat sofbol juga mempengaruhi jarak lantunan bola ketika
melakukan pukulan. Hal ini kerana berlainan bat dihasilkan oleh bahan yang berbeza.
Sebagai contoh, bat jenis alumunium dan juga bat komposit. Kedua-dua bat tersebut
telah dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Namun, perbezaan bat yang
dihasilkan adalah berdasarkan kepada teknologi dan kajian yang telah dijalankan
supaya bat menjadi ringan, mudah dihayun dan sebagainya tetapi yang menjadi
persoalan sehingga kini, adakah bat dengan teknologi terkini lebih baik digunakan
bagi setiap kemahiran yang terdapat di dalam sukan sofbol.
Terdapat pelbagai kemahiran ataupun teknik pukulan dalam permainan
sofbol. Namun, pada masa kini, penggunaan bat sofbol jenis komposit lebih menjadi
keutamaan kepada pemain dan jurulatih untuk digunakan di dalam setiap jenis
kemahiran. Memandangkan tiada kepastian mengenai sejauhmana keberkesanan
penggunaan bat komposit bagi semua jenis kemahiran, pengkaji berpendapat bahawa
5
adalah perlu dijalankan satu kajian mengenai keberkesanan penggunaan bat sofbol
jenis komposit dan bat sofbol jenis aluminium terhadap kemahiran dalam sukan ini.
Sebagai permulaan, kajian ini memfokuskan keberkesanan penggunaan bat sofbol
jenis komposit dan bat sofbol jenis aluminium terhadap kemahiran bunt.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan adalah bagi melihat perbezaan jarak lantunan bola ketika
melakukan kemahiran bunt dengan menggunakan bat jenis aluminium dan komposit.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah mengkaji kesan penggunaan bat aluminium dan bat
komposit terhadap jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt.
1.5 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian yang diramalkan adalah:
Ho1: tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jarak lantunan bola ketika
melakukan kemahiran bunt diantara penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan
bat sofbol jenis komposit
Ha1: terdapat perbezaan yang signifikan bagi jarak lantunan bola ketika
melakukan kemahiran bunt di antara penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan
bat sofbol jenis komposit
6
1.6 Kepentingan kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bagi memberi panduan kepada
jurulatih dan atlit di Malaysia khususnya. Kajian ini memberi ruang kepada atlet dan
jurulatih dalam memilih bat sofbol yang sesuai ketika latihan mahupun ketika
perlawanan sebenar. Penggunaan bat yang sesuai ini juga mampu meningkatkan
mutu dan kualiti sukan di Malaysia khususnya tentang penggunaan bat yang sesuai
ketika perlawanan.
1.6.1 Pemain
Membantu pemain membuat pilihan jenis bat yang sesuai digunakan dalam
permainan sofbol, terutama pemain yang baru menceburi permainan ini.
1.6.2 Jurulatih
Membantu jurulatih dalam merancang program dan memilih bat yang sesuai
untuk di gunakan oleh pemain semasa latihan serta perlawanan bagi membantu
meningkatkan prestasi pemain juga dalam melakukan taktikal semasa perlawanan
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan di dalam kajian ini. Antaranya ialah :
7
1.7.1 Kajian terbatas kepada 9 orang pemain yang mewakili Johor pada kejohanan
sofbol Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM).
1.7.2 Semua subjek sudah mempunyai teknik tersendiri dalam melakukan
kemahiran bunt.
1.8 Definisi Operasional
Berikut merupakan beberapa definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini:
1.8.1 Kemahiran bunt
Alan Yong dan Helen Ten (1995) menyatakan bahawa kemahiran bunt ialah
apabila bola yang diketuk dengan sah dan bukannya dihayun, tetapi sengaja ditahan
dengan bat dan diketuk dengan perlahan.
1.8.2 Bat Sofbol Jenis Komposit
Menurut Subic (2007), bat sofbol jenis komposit merupakan sejenis bat yang
telah dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya
gentian yang kukuh seperti gentian , kevlar atau gentian karbon.
8
1.8.3 Bat Sofbol Jenis Aluminium
Bat sofbol jenis aluminium merupakan sejenis bat yang telah direka pada
tahun 1970 bagi menggantikan bat sofbol jenis kayu dan ianya direka lebih ringan
daripada bat sofbol jenis kayu (subic,2007)
1.8.4 Pitching Machine
Sebuah mesin yang digunakan untuk melepaskan bola sofbol dan bola
baseball berbeza mengikut kelajuan dan gaya bola dilepaskan
1.9 Penutup
Bab 1 membincangkan tentang latar belakag masalah, pernyataan masalah,
objektif kajian, kepentingan kajian serta batasan kajian.
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi sukan pada masa kini seiring dengan perkembangan
teknologi semasa. Hal ini kerana telah banyak kajian-kajian yang telah dilakukan
oleh ahli-ahli sains sukan bagi meningkatkan lagi mutu permainan sukan. Menurut
Aish (2001), dengan terciptanya peralatan-peralatan dan teknologi dalam sukan
menjadikan sesuatu sukan semakin diminati. Selain itu, teknologi membuatkan
sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat.
Teknologi diperlukan untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular
dalam masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Pada
aspek jurulatih pula, dengan adanya alat bantuan seperti bowling machine dalam
sukan kriket, sofbol dan baseball dapat membantu jurulatih untuk melatih pemain
pada kadar yang ramai. Ini secara tidak lansung tidak membosankan pemain untuk
menunggu giliran mereka.
2.2 Bat Sofbol Jenis Aluminium
Menurut Subic (2007), bat sofbol jenis Aluminium mula dicipta pada tahun
1970 dan hanya terdapat sedikit perubahan yang dilakukan sehingga tahun 1990. Bat
sofbol jenis komposit merupakan alternatif baru selepas terciptanya bat sofbol jenis
kayu.
10
Bat aluminium juga dicipta bagi memudahkan pemain baru untuk mencuba
permainan sofbol kerana bat sofbol jenis aluminium dicipta lebih ringan berbanding
bat kayu sekaligus memudahkan seseorang pemain membuat hayunan. Ini
disokong oleh pernyataan Russel (2006) yang menyatakan bat yang lebih ringan
mempercepatkan hayunan dan memudahkan pemain untuk mengawal ketika
melakukan hayunan . Ini membolehkan pemain melakukan pukulan yang baik.
2.3 Bat Sofbol Jenis Komposit
Komposit merupakan jenis campuran bahan yang telah digunakan dalam
penghasilan beberapa peralatan sukan. Ianya telah mula digunakan dalam
kebanyakan peralatan sukan sejak awal 90-an, termasuklah di dalam sukan sofbol
iaitu dalam pembuatan bat sofbol. Menurut Subic (2007), penghasilan bat sofbol
jenis komposit bermula pada era 90-an di mana penghasilan bat sofbol jenis
komposit di campur dengan beberapa bahan lain supaya penghasilannya lebih kukuh.
Dengan penghasilan bat jenis komposit, penggunaan bat sofbol jenis
aluminium dan bat sofbol jenis kayu semakin berkurangan. Hal ini disokong oleh
Rosandich (2000) yang menyatakan peralatan terkini menarik minat pemain untuk
menggunakannya dan penggunaan peralatan lama semakin dilupakan. Hal ini juga
kerana penghasilan setiap peralatan yang berteknologi adalah daripada hasil-hasil
kajian yang telah dijalankan.
11
2.4 Jarak Lantunan Bola
Menurut Alan Yong dan Helen Tan (1995), kemahiran bunt ialah bola yang
ditahan dengan sah, bukannya dihayun tetapi ditahan dengan bat dan dengan
perlahan supaya menghasilkan jarak lantunan yang dekat.. Menampan adalah cara
khas dalam permainan sofbol. Ianya tidak melibatkan hayunan dan gerakan ikut
lajak.
Kemahiran bunt memerlukan bola yang ditahan tidak bergerak jauh.
Kemahiran bunt juga merupakan salah satu inisiatif lain yang boleh dilakukan
pemain ketika perlawanan dan merupakan taktikal permainan. Menurut pernyataan
Aish (2001), kemahiran menampan adalah kemahiran yang amat berguna tetapi
malangnya tidak digunakan dan diamalkan dengan secukupnya oleh para pemain
terutama pemain muda yang masih kekurangan kuasa dan kemahiran memukul .
2.5 Kajian-kajian Berkaitan
Menurut Russel (2006), terdapat perbezaan yang ketara di antara bat sofbol
dan juga bat baseball dari segi perbezaan panjang dan perbezaan bat. Berat dan
panjang bat sofbol yang dibenarkan digunakan dalam kejohanan-kejohanan sofbol
adalah 32 inci- 34 inci bagi sofbol manakala 31 inci- 34 inci bagi baseball. Bagi
berat pula, unit yang digunakan ialah ounce. Satu ounce bermaksud 28gram. Bagi
berat bat sofbol yang dibenarkan di dalam perlawanan adalah 23oz - 28oz manakala
bat baseball adalah 28oz hingga 31oz. Hal ini kerana bola yang digunakan oleh
pemain baseball dan pemain sofbol adalah berbeza dan bat tidak ditetapkan kepada
satu berat sahaja supaya pemain dapat memilih bat yang sesuai sebelum melakukan
pukulan. Ini menunjukkan pemilihan bat oleh pemain juga menjadi salah satu faktor.
12
Menurut Marian dan Charles (2007), pemilihan bat yang sesuai adalah amat
penting dalam menjadikan pukulan yang dilakukan berkesan. Pemilihan bat dalam
sukan sofbol dipengaruhi oleh sifat pemain tersebut iaitu ketinggian pemain tersebut,
berat pemain tersebut dan juga teknik pukulan pemain tersebut. Ini adalah kerana
setiap pemain mempunyai kemahiran tersendiri dan bentuk badan yang sendiri
berbeza diantara satu sama lain.
Selain daripada pemilihan bat yang sesuai pukulan yang tepat juga diperlukan
untuk mendapatkan momentum yang lebih kuat dan menghasilkan pukulan yang
jauh. Ini disokong oleh Aish (2001), yang menyatakan sweet spot merupakan
faktor lain yang menjadikan bola yang dipukul adalah lebih berkualiti. Menurut
beliau kawasan sweet spot adalah 5-10 inci dari hujung hadapan bat yang dipegang
oleh pemain.
Tambahan lagi, Russel (2007) menyatakan momentum bola adalah lebih baik
apabila bola dikenakan pada kawasan sweet spot. Hal ini kerana apabila bola yang
dipukul dikenakan tepat pada kawasan sweet spot akan menjadikan bat yang dipukul
menjadi sedikit fleksibel. Apabila bat tersebut fleksibel membantu dalam
menghasilkan momentum yang lebih baik dn mengurangkan gegaran pada bat
tersebut. Selain itu, kajian beliau juga menerangkan bahawa pukulan yang tidak tepat
akan menghasilkan gegaran pada bat dan boleh menyebabkan pemain mendapat
kecederaan.
Kecederaan juga boleh berlaku bukan sahaja ketika pemain membuat pukulan
malahan teknik balingan yang salah juga akan mengakibatkan kecederaan kepada
pemain. Ini disokong oleh Barrentine, et. al (1998) yang menyatakan teknik
balingan kincir angin (windmill) oleh pitcher (pembaling) boleh menyebabkan
kecederaan kepada pemain. Kecederaan akan dialami pada bahagian bahu dan siku.
Kecederaan akan terjadi apabila paksaan dilakukan ketika pembaling membuat
balingan dengan membuat teknik balingan kncir angin (windmill).
13
2.2 Implikasi Alatan Kepada Latihan
Menurut Yusof Ismail (1999), kemunculan teknologi terkini telah banyak
membawa perubahan dalam setiap peringkat kehadapan termasuk latihan sukan.
Alat teknologi dianggap satu media yang bertujuan untuk membolehkan seseorang
jurulatih mencapai maklumat yang ditetapkan semasa latihan.
Bagi sesetengah sukan, latihan dijalankan dengan menggunakan peralatan
adalah lebih berkesan jika dibandingkan tanpa peralatan. Ini kerana teknologi yang
direka cipta pada masa kini adalah spesifik untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran
tertentu. Dengan bantuan peralatan tersebut maka latihan akan berjalan dengan
lancar dan berkesan selain dari dapat menarik minat pemain ketika latihan.
Menurut Teng Bong Tong (2001), dengan adanya peralatan teknologi dalam
latihan, maka seseorang jurulatih dapat menjalankan latihan dengan lebih berkesan.
Di samping itu, atlit berpeluang untuk menikmati keseronokan semasa latihan serta
dapat melakukan latihan mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing.
2.4 Penutup
Sorotan kajian ini digunakan sebagai rujukan dalam pelaksanaan metodologi
kajian serta sebagai rujukan bagi perbincangan hasil kajian.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Tujuan utama kajian dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan
penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit ketika
melakukan kemahiran bunt. Terdapat beberapa metodologi atau kaedah kajian yang
digunakan oleh penyelidik untuk melaksanakan kajian ini. Dalam bab ini,
penyelidik membincangkan dan menghuraikan perkara-perkara berikut:
(i) Subjek kajian
(ii) Instrumen kajian
(iii) Lokasi kajian
(iv) Reka bentuk kajian
(v) Prosedur kajian
(vi) Pengumpulan data
(vii) Kajian rintis
15
3.2 Subjek Kajian
Seramai 9 orang atlit lelaki sukan sofbol yang mewakili Johor untuk
kejohanan Majlis sukan sekolah sekolah Malaysia (MSSM) terlibat dalam kajian
ini.
3.3 Instumen kajian
Instrumen yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah:
i. Pitching Machine
ii. Bat sofbol jenis aluminium
iii. Bat sofbol jenis komposit
iv. Bola
v. Pita pengukur
3.4 Lokasi kajian
Kajian ini dijalankan di Padang Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi,
Johor
16
3.5 Rekabentuk Kajian
Kajian berbentuk eksperimental ini dijalankan bagi menyelidik tentang
perbezaan jarak lantunan bola dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan
bat sofbol jenis komposit dalam kemahiran bunt. Pengujian bagi setiap kemahiran
tersebut dilakukan pada lima jenis balingaan yang berbeza iaitu balingan bola jenis
straight, balingan bola jenis drop, balingan bola jenis curve in, balingan bola jenis
curve out, balingan bola jenis rise up. Ringkasan rekabentuk kajian adalah seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 3.1
Rajah 3.1 : Ringkasan rekabentuk kajian
Subjek (n=9)
Kemahiran bunt
Bola jenis straight
Bat komposit
Bat aluminium
Bola jenis curve in
Bola jenis drop
Bola jenis straight
Bola jenis rise up
Bola jenis curve
out
Bola jenis curve in
Bola jenis drop
Bola jenis rise up
Bola jenis curve out
10 biji bola
dilepaskan
dengan sela
masa rehat 20
saat atas setiap
pelepasan
17
3.6 Prosedur Kajian
Kajian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada langkah-langkah
berikut:
3.6.1 Penyerahan surat lantikan
Setiap subjek diberikan surat perlantikan yang memaklumkan bahawa
mereka terpilih bagi menjalani kajian ini.
3.6.2 Surat persetujuan
Subjek yang terpilih diberikan surat persetujuan yang mengandungi syarat-
syarat pelepasan tanggungan. Subjek perlu menandatangani surat perjanjian ini bagi
menyatakan bahawa subjek telah bersetuju dan bersedia mematuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan dalam ujian ini.
3.6.3 Taklimat Kajian
Satu sesi taklimat mengenai prosedur kajian diberikan kepada subjek supaya
subjek mendapat maklumat dan memahami prosedur ujian serta dapat memberikan
kerjasama yang baik dalam melaksanakan kajian.
18
3.7 Protokol Kajian
Jadual 3.1: Protokol ujian kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis
aluminium dan komposit ke atas 5 jenis balingan.
Ujian Pengujian bertujuan melihat jarak lantunan bola selepas
kemahiran bunt dilakukan ke atas bola jenis straight, bola jenis
drop, bola jenis curve in, bola jenis curve out dan bola jenis
rise up dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan
komposit
Peralatan 1. pitching machine
2. bat sofbol jenis aluminium
3.bat sofbol jenis komposit
4. bola
Prosedur 1. Setiap subjek diperuntukkan masa selama 5 minit untuk
melakukan aktiviti memanaskan badan (warm up).
2. Subjek dikehendaki berada dalam keadaan bersedia di batting
box.
3. Subjek diberikan arahan bersedia setelah penyelidik mendapat
isyarat bahawa subjek sudah bersedia.
4. Bola sebanyak 3 biji akan dilepaskan melalui pitching machine.
Sela masa bagi setiap bola yang dilepaskan adalah selama 20
saat.
19
5. Subjek diminta melakukan bunt bagi setiap bola yang
dilepaskan dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium.
Bagi memastikan subjek melakukan kemahiran bunt setiap kali
bola dilepaskan, penyelidik telah terlebih dahulu menerangkan
teknik bunt sebelum pengujian dijalankan.
6. jarak lantunan bola direkodkan. Subjek diberi rehat 30 minit.
7. 30 minit selepas rehat subjek diminta melakukan prosedur yang
sama dengan menggunakan bat sofbol jenis komposit.
8. Seminggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian
menggunakan bola jenis drop,
9. 2 minggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian
menggunakan bola jenis curve in
10. 3 minggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian
menggunakan bola jenis curve out
11. 4 minggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian
menggunakan bola jenis rise up
20
3.8 Pengumpulan data
Semua data pengujian yang diperolehi drekodkan di dalam borang skor yang
telah disediakan
3.8.1 Penganalisisan Data
Data-data yang diperolehi semasa menjalankan ujian kemahiran bunt bagi
kesemua jenis balingan dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan
komposit dianalisis menggunakan program Microsoft Excel 2007 dan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0
3.9 Kajian Rintis
Kajian rintis terhadap kebolehpercayaan Pitching Machine dalam melepaskan
bola sebelum penyelidikan sebenar telah dijalankan di Sekolah Vokasional Kota
Tinggi (SMVKT). Pengujian kebolehpercayaan instrumenn dilakukan bagi setiap
jenis pengujian pelepasan bola.
Ujian yang digunakan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan ialah menggunakan kaedah uji ulang uji. Uji ulang uji dilakukan
menggunakan instrumen pitching machine ke atas sasaran yang sama dalam 2
keadaan masa yang berbeza. Data daripada uji ulang uji yang telah dilakukan
diambil dan dianalisis menggunakan kaedah korelasi untuk mendapatkan nilai
kebolehpercayaan.
21
3.10 Penutup
Bab ini menerangkan dengan terperinci rekabentuk kajian dan prosedur
dihuraikan dengan jelas bagi memudahkan dan melicinkan proses melaksanakan
ujian kemahiran bunt. Bab seterusnya akan melihat kepada data-data yang
diperolehi dan juga analisis data.
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil keputusan proses penganalisaan data mentah
yang diperolehi melalui ujian yang dijalankan terhadap sembilan orang pemain
sofbol yang mewakili Johor pada kejohanan MSSM bagi peringkat umur bawah 16
tahun. Data mentah yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel 2007 dan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0.
Penganalisaan dilakukan bertujuan untuk melihat perbezaan penggunaan bat sofbol
jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt.
Sebahagian daripada analisis deskriptif diterjemahkan dalam bentuk jadual
dan graf manakala analisis inferensi pula dilakukan menerusi Independent-samples T
Test dengan nilai signifikan ditetapkan pada 0.05.
23
4.2 Keputusan Penganalisaan
4.2.1 Subjek
Kajian ini melibatkan sembilan orang subjek lelaki (n=9) yang mewakili
Pasukan Johor dalam Sukan Sofbol U-16 pada sesi 2010.
Jadual 4.1 Purata umur, berat dan tinggi subjek.
Subjek Umur Berat(Kg) Tinggi(Cm)
1 16 56 160
2 16 63 158
3 16 71 170
4 16 58 162
5 16 63 165
6 16 46 156
7 16 60 166
8 16 54 158
9 16 48 161
Purata 16 58.0 162.0
Sisihan piawai 0.0 7.8 4.5
Berdasarkan Jadual 4.1, kesemua subjek berumur 16 tahun. Min berat
keseluruhan subjek adalah 58.0kg dengan nilai sisihan piawai sebnyak 7.8. Bagi
ketinggian nilai purata dan sishan piawai adalah 162.0 ± 4.5cm.
24
4.2.2 Analisis Kebolehpercayaan Alat
Jadual 4.2: Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis straight
Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi antara kedua-dua ujian yang
dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine adalah 0.885. Merujuk
kepada jadual korelasi, nilai positif 0.885 adalah nilai korelasi yang sangat kuat yang
menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu memberikan keputusan yang konsisten
pada setiap ujian yang dijalankan.
Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2
Straight Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
10
.885 (**)
.001
10
Straight2 Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.885 (**)
.001
10
1
10
25
Jadual 4.3: Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis drop
Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara
kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine
adalah 0.667. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.667 adalah nilai
korelasi yang sederhana kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang
dibangunkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang sederhana tinggi iaitu mampu
memberikan keputusan yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.
Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2
Drop Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
10
.667(**)
.035
10
Drop2 Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.667 (**)
.035
10
1
10
26
Jadual 4.4 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis curve in
Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara
kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine
adalah 0.937. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.937 adalah nilai
korelasi yang sangat kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu memberikan keputusan
yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.
Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2
Curve in Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
10
.937(**)
.000
10
Curve in2 Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.937 (**)
.000
10
1
10
27
Jadual 4.5: Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis curve
out
Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara
kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine
adalah 0.764. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.764 adalah nilai
korelasi yang kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu memberikan keputusan
yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.
Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2
curve out Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
10
.764 (**)
.010
10
curve out 2 Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.764(**)
.010
10
1
10
28
Jadual 4.6: Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis rise up
Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara
kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine
adalah 0.667. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.667 adalah nilai
korelasi yang sederhana kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang
dibangunkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu
memberikan keputusan yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.
Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2
Rise up Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
10
.667 (**)
.035
10
Rise up2 Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.667(**)
.035
10
1
10
29
4.2.3 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Straight
Rajah 4.1 menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola dalam
kemahiran bunt bagi bola jenis straight yang dilakukan menggunakan bat sofbol
jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit dilakukan oleh semua subjek . Jarak
tahanan bola diukur dalam meter (m). Dapatan kajian menunjukkan purata jarak
lantunan bola daripada kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis komposit
adalah lebih jauh berbanding jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis
aluminium.
Rajah 4.1 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol
jenis komposit dalam kemahiran bunt bagi bola jenis straight.
Selain itu, dapatan kajian yang diukur menunjukkan subjek yang pertama
mencatatkan perbezaan jarak lantunan tertinggi iaitu sebanyak 1.89m setelah
mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis komposit
sebanyak 5.32 ± 0.96m berbanding bat sofbol jenis aluminium sebanyak 3.43 ±
1.22m. Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak lantunan sebanyak
1.17m apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan jarak lantunan bola sebanyak
3.21 ± 0.65m manakala bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola
yang lebih jauh iaitu 4.38 ± 0.56m.
30
Jadual 4.7 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan
bola jenis straight.
Subjek Aluminium Komposit
1 3.43 ± 1.22 m 5.32 ± 0.96 m
2 3.41 ± 0.85 m 5.09 ± 0.25 m
3 3.95 ± 0.40 m 5.03 ± 0.57 m
4 3.77 ± 0.44 m 4.74 ± 0.45 m
5 2.46 ± 0.68 m 3.45 ± 0.68 m
6 3.02 ± 0.34 m 4.80 ± 0.42 m
7 3.49 ± 0.76 m 4.23 ± 0.61 m
8 2.76 ± 0.60 m 3.58 ± 0.81 m
9 2.57 ± 0.59 m 3.18 ± 0.25 m
min 3.21 ± 0.65 m 4.38 ± 0.56 m
Berdasarkan Jadual 4.8, purata jarak lantunan bola ketika melakukan
kemahiran bunt terhadap balingan bola jenis straight dengan menggunakan bat
aluminium dan komposit masing-masing adalah 3.2 ± 0.65 m dan 4.4 ± 0.6 m. Di
samping itu, analisis ujian t-test tidak bersandar mendapati perbezaan jarak lantunan
di antara penggunaan kedua-dua jenis bat tersebut adalah signifikan (p=0.02).
Jadual 4.8 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat
aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran
bunt bagi bola jenis straight. .
Bat min
Sisihan
piawai Ind. T-test
Aluminium 3.21 0.65 0.02
Komposit 4.38 0.56
31
4.2.4 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Drop
Rajah 4.2 menunjukkan nilai jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola
jenis drop yang dilakukan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol
jenis komposit oleh semua subjek adalah terdapat perbezaan. Jarak tahanan bola
diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi menunjukkan semakin
jauh pergerakan bola tersebut.
Rajah 4.2 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol
jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis drop
Dapatan kajian purata jarak lantunan bola daripada kemahiran bunt dengan
menggunakan bat sofbol jenis komposit adalah lebih jauh berbanding jarak lantunan
bola dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium.
Nilai perbezaan yang diukur menunjukkan jarak lantunan tertinggi telah
dicatatkan oleh subjek yang ke-8 iaitu sebanyak 2.62m setelah mencatatkan purata
jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis komposit sebanyak 4.89 ±0.46 m
berbanding jarak lantunan bola dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium
sebanyak 2.27 ± 0.36 m.
32
Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak lantunan bola
sebanyak 2.10m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan 1.68 ± 0.9 m
dan bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola yang lebih jauh iaitu
3.78 ± 0.51 m.
Jadual 4.9 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan
bola jenis drop.
Subjek Aluminium Komposit
1 1.55 ± 1.73 m 3.89 ± 0.37 m
2 2.29 ± 0.61 m 3.20 ± 0.24 m
3 1.21 ± 1.11 m 2.85 ± 0.53 m
4 1.52 ± 1.03 m 3.61 ± 0.71 m
5 0.88 ± 0.76 m 3.45 ± 0.19 m
6 1.43 ± 0. 88 m 3.97 ± 0.60 m
7 2.70 ± 0.53 m 4.54 ± 0.90 m
8 2.27 ± 0.36 m 4.89 ± 0.46 m
9 1.25 ± 1.11 m 3.60 ± 0.64 m
min 1.68 ± 0.9 m 3.78 ± 0.51 m
Keputusan analisa berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan nilai ujian T-test
tidak bersandar bagi bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit bagi
perbezaan jarak lantunan bola adalah signifikan (p=0.00). Keputusan ujian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor purata bagi
bola jenis Drop di antara bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis
komposit iaitu masing-masing mencatatkan 1.7 ± 1.0m dan 3.8 ± 0.5 m .
33
Jadual 4.10 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat
aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran
bunt bagi bola jenis Drop.
Bat min
Sisihan
piawai Ind. T-test
Aluminium 1.68 0.9 0.00
Komposit 3.78 0.51
4.2.5 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Curve In
Rajah 4.3 menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola dalam
kemahiran bunt bagi bola jenis curve in yang dilakukan menggunakan bat sofbol
jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit oleh semua subjek. Jarak tahanan bola
diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi menunjukkan semakin
jauh pergerakan bola tersebut.
Rajah 4.3 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol
jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis curve in
34
Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan purata jarak lantunan bola
daripada kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis komposit menunjukkan jarak
yang lebih jauh berbanding jarak yang ditunjukkan oleh subjek yang melakukan
kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis aluminium.
Nilai perbezaan jarak lantunan tertinggi telah dicatatkan oleh subjek yang ke-
3 iaitu sebanyak 2.65 m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola
menggunakan bat sofbol jenis komposit sebanyak 3.99 ± 0.21 m berbanding bat
sofbol jenis aluminium sebanyak 1.34 ± 1.41 m.
Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak lantunan sebanyak
2.14m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan 2.46 ± 0.78 m manakala
bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola yang lebih jauh iaitu 4.60
± 0.74 m.
Jadual 4.11 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan
bola jenis curve in.
Subjek Aluminium Komposit
1 1.35 ± 1.66 m 2.70 ± 2.37 m
2 2.11 ± 0.70 m 4.36 ± 0.56 m
3 1.34 ± 1.41 m 3.99 ± 0.21 m
4 1.59 ± 1.40 m 4.22 ± 0.70 m
5 2.03 ± 0.34 m 3.54 ± 0.66 m
6 3.41 ± 0.63 m 6.04 ± 0.55 m
7 3.29 ± 0.32 m 4.94 ± 0.30 m
8 3.32 ± 0.28 m 6.95 ± 0.66 m
9 3.74 ± 0.27 m 4.64 ± 0.67 m
min 2.46 ± 0.78 m 4.60 ± 0.74 m
35
Berdasarkan analisa jadual 4.12, purata jarak lantunan bola ketika melakukan
kemahiran bunt terhadap balingan bola jenis curve in dengan menggunakan bat
aluminium dan komposit masing-masing adalah 2.5 ± 0.8m dan 4.6 ± 0.7m. Di
samping itu, analisis ujian t-test tidak bersandar mendapati perbezaan jarak lantunan
di antara penggunaan kedua-dua jenis bat tersebut adalah signifikan (p=0.02).
Jadual 4.12 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat
aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran
bunt bagi bola jenis curve in.
Bat Min
Sisihan
piawai Ind. T-test
Aluminium 2.46 0.78 0. 02
Komposit 4.60 0.74
4.2.5 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Curve Out
Berdasarkan Rajah 4.4, jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola
jenis curve out yang dilakukan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat
sofbol jenis komposit oleh semua pemain menunjukkan perbezaan. Jarak tahanan
bola diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi menunjukkan
semakin jauh pergerakan bola tersebut.
36
Rajah 4.4 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol
jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis curve out
Melalui dapatan kajian menunjukkan setiap subjek yang melakukan
kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis komposit menunjukkan jarak yang
lebih jauh berbanding jarak yang ditunjukkan oleh subjek yang melakukan
kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis aluminium.
Nilai perbezaan jarak lantunan tertinggi telah dicatatkan oleh subjek yang ke-
9 iaitu sebanyak 2.23m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan
bat sofbol jenis komposit sebanyak 4.9 ± 0.3 m berbanding bat sofbol jenis
aluminium sebanyak 2.67 ± 2.32 m. Purata keseluruhan pula menunjukkan
perbezaan jarak sebanyak 1.22m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium
mencatatkan 5.14 ± 1.28 m manakala bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak
lantunan bola yang lebih jauh iaitu 3.92 ± 0.89 m..
37
Jadual 4.13 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan
bola jenis curve out.
Subjek Aluminium Komposit
1 2.22 ± 1.92 m 3.31 ± 2.96 m
2 3.21 ± 0.28 m 5.40 ± 0.83 m
3 3.62 ± 0.25 m 4.62 ± 0.51 m
4 2.82 ± 0.38 m 4.38 ± 0.65 m
5 3.93 ± 0.26 m 5.06 ± 0.67 m
6 5.53 ± 1.09 m 6.43 ± 0.46 m
7 5.31 ± 1.04 m 5.17 ± 4.48 m
8 6.01 ± 0.50 m 6.95 ± 0.66 m
9 2.67 ± 2.32 m 4.90 ± 0.30 m
min 3.92 ± 0.89 m 5.14 ± 1.28 m
Berdasarkan keputusan analisa menunjukkan nilai ujian T-test tidak
bersandar bagi bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit bagi
perbezaan jarak lantunan bola adalah signifikan (p=0.01). Keputusan ujian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor purata bagi
bola jenis Curve out di antara bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis
komposit iaitu masing-masing mencatatkan 3.3±0.9m dan 5.1±1.0m
Jadual 4.14 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat
aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran
bunt bagi bola jenis curve out.
Bat purata
Sisihan
piawai Ind. T-test
Aluminium 3.92 0.89 0.01
Komposit 5.14 1.28
.
38
4.2.6 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Rise Up
Berdasarkan Rajah 4.5 menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola
dalam kemahiran bunt bagi bola jenis Rise up yang dilakukan menggunakan bat
sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit oleh semua pemain. Jarak
tahanan bola diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi
menunjukkan semakin jauh pergerakan bola tersebut.
Rajah 4.5 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol
jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis rise up
Dapatan kajian menunjukkan setiap subjek yang melakukan kemahiran bunt
menggunakan bat sofbol jenis komposit menunjukkan jarak yang lebih jauh
berbanding jarak yang ditunjukkan oleh subjek yang melakukan kemahiran bunt
menggunakan bat sofbol jenis aluminium.
39
Nilai perbezaan jarak lantunan tertinggi telah dicatatkan oleh subjek yang ke-
3 iaitu sebanyak 1.84m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan
bat sofbol jenis komposit sebanyak 6.17 ± 0.96 m berbanding bat sofbol jenis
aluminium sebanyak 4.33 ± 0.78 m. Purata keseluruhan pula menunjukkan
perbezaan jarak lantunan sebanyak 1.17m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium
mencatatkan 4.73 ± 0.68 m manakala bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak
lantunan bola yang lebih jauh iaitu 5.90 ± 0.97 m.
Jadual 4.15 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan
bola jenis rise up.
Subjek Aluminium Komposit
1 4.78 ± 1.15 m 5.67 ± 0.70 m
2 3.74 ± 0.42 m 3.94 ± 3.44 m
3 4.33 ± 0.78 m 6.17 ± 0.96 m
4 3.76 ± 0.40 m 5.38 ± 1.01 m
5 3.79 ± 0.15 m 4.88 ± 0.35 m
6 5.10 ± 0.76 m 6.37 ± 0.99 m
7 5.70 ± 1.28 m 7.26 ± 0.37 m
8 5.64 ± 0.76 m 6.53 ± 0.53 m
9 5.76 ± 0.40 m 6.90 ± 0.40 m
min 4.73 ± 0.68 m 5.90 ± 0.97 m
Keputusan analisa menunjukkan nilai ujian T-test tidak bersandar bagi bat sofbol
jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit bagi perbezaan jarak lantunan bola
adalah signifikan (p=0.3). Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan antara skor purata bagi bola jenis Rise up di antara bat sofbol jenis
aluminium dengan bat sofbol jenis komposit iaitu masing-masing mencatatkan
4.7±0.7m dan 5.9±1.0 m .
40
Jadual 4.16 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat
aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran
bunt bagi bola rise up.
Bat purata
Sisihan
piawai Ind. T-test
Aluminium 4.73 0.68 0.03
Komposit 5.90 0.97
4.3 Penutup
Penganalisaan data dilakukan dan maklumat dinyatakan dalam bentuk jadual
, graf dan jadual Ujian – t (sampel tidak bersandar) supaya lebih jelas dan mudah
difahami. Hasil kajian ditunjukkan bagi memenuhi objektif kajian dan bincangkan di
dalam bab seterusnya.
BAB V
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, penyelidik membuat perbincangan, rumusan
keseluruhan dan cadangan berdasarkan keputusan analisis data yang diperolehi di
dalam Bab 4. Perbincangan dilakukan merujuk kepada dapatan ujian yang
dijalankan ke atas subjek dan diperjelaskan dengan lengkap mengikut data yang
telah dianalisis. Melalui perbincangan, penyelidik menerangkan faktor-faktor
yang mungkin menyumbang terhadap dapatan kajian. Setelah perbincangan
dilakukan, penyelidik membuat rumusan keseluruhan berdasarkan daripada
perbincangan bagi menunjukkan bahawa kajian ini boleh dijadikan sebagai bahan
sokongan kepada individu mahupun pihak-pihak tertentu dalam mengkaji topik
yang berkaitan dengan kajian ini pada masa akan datang.
Selain itu, cadangan yang diberikan adalah untuk kegunaan dalam
meningkatkan lagi mutu kajian supaya selari dengan perkembangan teknologi
penyelidikan semasa. Dalam usaha menjayakan kajian ini, penyelidik telah
melakukan kajian berdasarkan prosedur dan protokol yang telah ditetapkan bagi
memastikan hasil kajian tepat dan berkualiti. Ringkasan kajian meliputi perkara-
perkara seperti pernyataan masalah, metodologi kajian, instrumen kajian serta
penganalisaan data. Bahagian kesimpulan pula merumuskan dapatan kajian dan
bahagian cadangan mengandungi beberapa pandapat dan saranan untuk panduan
pihak-pihak tertentu dan penyelidik baru pada masa akan datang.
43
5.1.2 Ringkasan Rekabentuk Kajian
Tujuan utama kajian dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan
penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit dalam
kemahiran bunt terhadap bola jenis straight, drop, curve in, curve out dan rise up.
Selain itu, ia juga untuk membantu pemain dan juga jurulatih dalam melakukan
pemilihan bat sofbol yang sesuai untuk kemahiran bunt. Penyelidik melakukan
ujian dengan menggunakan bantuan pitching machine untuk melepaskan kelima-
lima jenis balingan bola dan kajian rintis telah dilakukan bagi menilai
kebolehpercayaan instrumen tersebut. Hal ini supaya pitching machine tersebut
mengeluarkan bola dengan konsisten setiap kali bola dilepaskan.
Menurut Azizi Yahya (2007), apabila elemen kesahan dan
kebolehpercayaan wujud pada sesuatu alat pengukuran maka instrumen tersebut
berjaya untuk mengukur konsep atau komponen yang sepatutnya diukur. Ia
disokong oleh Safrit (1986) yang menyatakan jika instrumen baru hendak
digunakan sebagai pengganti kepada istrumen lama maka pekali kesahan dan
kebolehpercayaan 0.90 dan ke atas adalah sangat bersesuaian Ujian tersebut
dilakukan ke atas sembilan orang pemain sofbol Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Johor (MSSJ) yang mewakili johor pada kejohanan sofbol bawah 16 tahun
kebangsaan
Subjek dikehendaki menjalani lima ujian kemahiran bunt iaitu dengan
menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit daripada
balingan bola jenis straight, balingan bola jenis drop, balingan bola curve in,
balingan bola jenis curve out dan balingan bola jenis rise up. Prosedur ujian
adalah dengan melengkapkan tiga kali bunt bagi setiap jenis balingan bola dengan
menggunakan bat aluminium dan bat komposit. Tujuan kelima-lima jenis ujian
dilaksanakan adalah untuk mengukur jarak lantunan bola kesan penggunaan bat
sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt.
44
5.2 Perbincangan
Dapatan kajian yang diukur adalah untuk mengetahui kesan penggunaan
kedua-dua jenis bat dalam kalangan subjek bertujuan melihat perbezaan
penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit terhadap
kemahiran bunt. Hasil kajian ini juga dapat membantu pemain untuk memilih bat
sofbol yang sesuai dan selesa dengan permainan mereka, ini akan meningkatkan
lagi prestasi permainan sofbol.
5.2.1 Jarak lantunan bola
Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola
dalam kemahiran bunt dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat
sofbol jenis komposit. Terdapat lima sesi ujian telah dijalankan ke atas subjek.
Subjek diminta melakukan kemahiran bunt ke atas lima jenis balingan iaitu bola
straight, bola curve in, bola curve out, bola rise up dan bola drop dengan
menggunakan dua jenis bat sofbol iaitu bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol
jenis komposit
Setelah dianalisis didapati jarak lantunan bagi setiap kali subjek melakukan
kemahiran bunt dengan menggunakan bat sofbol jenis komposit adalah lebih jauh
berbanding ketika subjek melakukan kemahiran bunt dengan menggunakan bat
sofbol jenis aluminium. Ini disokong oleh Fadhli (2009), Hasil daripada kajian
beliau telah mendapati terdapat perbezaan yang signifikan ke atas penggunaan
kayu hoki jenis komposit berbanding kayu hoki jenis kayu. Ketika membuat
pukulan dalam permainan hoki.
45
Selain itu, faktor seperti penggunaan jenis bahan pada bat sofbol juga
banyak mempengaruhi, bat sofbol jenis komposit menggunakan bahan seperti
Kevlar, carbon fiber dan glass fiber supaya bat yang digunakan lebih ringan dan
dapat menghasilkan daya pukulan yang lebih kuat.
Ini menjadikan setiap kali bola dikenakan pada bat sofbol jenis komposit
menghasilkan lantunan yang lebih jauh. berbanding penggunaan bat sofbol jenis
aluminium pada kelima-lima jenis balingan. Namun di dalam kemahiran bunt bat
sofbol jenis komposit dilihat kurang memberi kesan kerana kemahiran bunt
memerlukan seseorang pemain itu mengawal bola dan mengurangkan daya supaya
bola tidak melantun jauh.
Oleh itu bat sofbol jenis aluminium dilihat lebih memberi kesan dalam
melakukan kemahiran bunt kerana bahan yang digunakan pada bat jenis
aluminium lebih padat dan dapat mengurangkan daya yang dikenakan pada bat
tersebut. Ini jelas menjadikan lantunan bola menjadi semakin perlahan berbanding
menggunakan bat sofbol jenis komposit
5.3 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan
penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap
kemahiran bunt setelah dikenakan balingan bola jenis straight, drop, curve in,
curve out dan rise up.
46
Hasil dapatan kajian menunjukkan Ho1 ditolak kerana terdapat perbezaan
yang signifikan jarak lantunan bola ketika melakukan kemahiran bunt kesan
penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit. Melalui
perbincangan secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa hasil ujian-t yang
diperolehi menunjukkan keputusan perbezaan yang signifikan iaitu bola jenis
straight menunjukkan nilai p=0.02, bola jenis drop menunjukkan nilai p=0.00 iaitu
sangat signifikan, bola jenis curve in p=0.01 adalah signifikan, bola jenis curve
out p=0.01 adalah signifikan dan balingan bola jenis rise up p=0.03 juga signifikan
dalam semua ujian kemahiran bunt yang dibuat terhadap kesan penggunaan bat
sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit.
5.4 Permasalahan
5.4.1 Peralatan
Semasa proses merekod data menggunakan pitching machine mengalami
beberapa masalah kerana peralatan ini memerlukan kuasa eletrik untuk berfungsi
dan tempat kawasan kajian yang tidak mempunyai sumber kuasa eletrik. Oleh
sebab itu penyelidik perlu menggunakan kabel penyambung yang panjang dari
sumber kuasa eletrik ke tempat kawasan kajian untuk menggunakan peralatan ini.
47
5.4.2 Permukaan Padang
Permukaan padang yang sedikit tidak rata menyebabkan terdapat sedikit
ralat dalam pengukuran yang dijalankan. Kawasan kajian ini dijalankan adalah di
padang Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi (SMVKT).
5.4.3 Subjek kurang mahir dalam kemahiran bunt
Terdapat subjek yang kurang konsisten dalam melakukan kemahiran bunt.
Ini dibuktikan apabila terdapat perbezaan jarak lantunan di antara ketiga-tiga
percubaan oleh subjek yang pertama ketika melakukan kemahiran bunt terhadap
balingan bola jenis drop yang menyebabkan sishan piawai menjadi besar.
5.5 Cadangan
Daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang
dirasakan mempengaruhi keputusan kajian. Oleh itu untuk mempertingkatkan lagi
kajian-kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan maka terdapat beberapa
cadangan serta langkah yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah:-
5.5.1 Subjek Kajian
Pemilihan subjek adalah dicadangkan diperluaskan lagi populasi kepada
pemain dari negeri-negeri lain ataupun dalam kalangan pemain Ini membolehkan
dapatan kajian lebih signifikan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
48
5.5.2 “Blind test”
Penyelidik juga mencadangkan menggunakan kaedah “blind Test”
terhadap subjek bagi mengelakkan subjek mengetahui bat jenis mana yang
digunakan untuk ujian kemahiran. Kedua-dua jenis bat ini dicat dengan warna
yang sama bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik.
5.5.3 Penglibatan Subjek Lelaki dan Perempuan
Selain itu penyelidik mencadangkan mengambil subjek perempuan dan
lelaki untuk melihat perbezaan kesan penggunaan bat sofbol kedua-dua jenis bat
mengikut jantina.
5.6 Penutup
Kajian yang telah dijalankan ini masih mempunyai kelemahan dan perlu
diperbaiki pada kajian akan datang supaya dapatan yang diperolehi akan lebih
tepat dan konsisten. Walau bagaimanapun, kajian ini diharapkan dapat dijadikan
panduan kepada penyelidik-penyelidik lain pada masa akan datang yang ingin
melakukan kajian dalam bidang berkaitan.
49
RUJUKAN
Aish, A. (2001). How to Choose a Softball Bat. Journal of sports recreation.
16: 71-76
Alex, Y. dan Helen, T. (1995). Sofbol. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd
America College of Sports Medicine. (2000). ACSM’s Guideline For Exercise
Testing and Prescription. (6th
ed). Baltimore, MD: Pillincott, Willians dan
Wilkins.
Azizi, Y., Shahrin, H., Jamaludin, R., Yusof, B., dan Abdul, R. H. (2007).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Barrentine, S. W., Fleisig, G. S., Whiteside, J. A., Escamilla, R. F., Andrews, J. R.
(1998). Biomechanics of Windmill Softball Pitching with Implications about
Injury Mechanisms at the Shoulder and Elbow. Journal of Orthopaedic &
Sports Physical Therapy. 28(6): 405-414.
Marian, E. K. dan Charles, L. M. (2007) Softball: Slow and Fast Pitch. (6th
ed).
Lincoln, NB: University of Nebraska Press
Rosandich, T. J. (2000). Sports Equipment and Technology. The Sport Journal. 3(2).
USA: United States Sports Academy.
Russell, D. A. (2006). Pysic and Acoustics of Baseball and Softball Bats, Journal of
sports recreation. 18: 42-44
50
Sheikh, K. S. A. (1994). Pendekatan Pendidikan Sains Sukan Ke Arah Berteknologi
Tinggi Tahun 2020. Seminar dan Ekspo Pendidikan Sains Sukan Kebangsaan.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Sheikh, K. dan Sarjit, S. (1998). ( Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur:
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia Dengan Kerjasama Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.
Sheikh, K. S. A. (2000). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. (3rd
ed). Kuala Lumpur:
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia.
Subic, A. (2007). Material In Sports Equipment Vol 2. Cambridge: Woodhead
Publishing dan CRC Press.
Teng, B. T. (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Malaysia:
Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd.
Yusof, I. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
51
LAMPIRAN A
SURAT PERLANTIKAN SUBJEK
KHAIRUN AZAM BN RUDZI
4 SPS Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai,
Johor Darul Ta’zim
Kepada,
_______________________
_______________________
_______________________
_______________________ 7 OKTOBER 2010
Saudara/Saudari,
Perlantikan Sebagai Subjek Kajian Projek Sarjana Muda (PSM)
Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa
saudara telah dipilih menjadi subjek bagi kajian Projek Sarjana Muda saya yang bertajuk
“Perbezaan Keberkesanan Penggunaan Bat Sofbol Jenis Aluminium Dengan Bat Sofbol Jenis
Komposit Terhadap Kemahiran Bunt”.
2. Sesi taklimat akan diadakan untuk memberi penerangan jelas tentang prosedur
kajian dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh subjek akan diadakan seperti
butiran berikut:
Tarikh : 14 OKTOBER 2010
Hari : Khamis
Masa : 5.00 petang
Tempat : Padang sekolah SMTVKT .
3. Segala kerjasama dari pihak saudara saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………….
(KHAIRUN AZAM BIN RUDZI)
53
LAMPIRAN C
BORANG PENGUJIAN
BORANG PENGUJIAN
TAJUK KAJIAN:
PERBEZAAN KESAN PENGGUNAAN BAT SOFBOL JENIS ALUMINIUM DAN BAT
SOFBOL JENIS KOMPOSIT TERHADAP JARAK LANTUNAN BOLA DALAM
KEMAHIRAN BUNT
DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRUN AZAM
870202385009
AP 070033
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(SAINS SUKAN)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
54
Semua data bagi kajian ini adalah sulit dan bertujuan untuk kajian akedemik
semata-mata
Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
LAMPIRAN D
BORANG PENGUJIAN
1. Latar Belakang Subjek
Nama :________________________________________________
Umur :________________
Jantina :________________
Berat :________________
Tinggi :________________
Jenis Sukan :________________ Peringkat (level) ________________
2. Data Ujian
Bola Jenis Sraight
Aluminium komposit
Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3
Bola Jenis drop
Aluminium komposit
Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3