borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (PIND. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA STRUKTUR KERANGKA
TERHADAP PRESTASI GO-KART.
SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006 Saya MOHD AZLI BIN MOHD RAMLI .
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ___________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
KG BATU HAMPAR,
71300 REMBAU,
PM DR. ABD. HAFIDZ BIN HJ OMAR
NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia
Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TIDAK TERHAD
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : PM Dr Abd Hafidz Bin Hj. Omar
Tarikh : 28 April 2006
MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA STRUKTUR KERANGKA TERHADAP
PRESTASI GO-KART
MOHD AZLI BIN MOHD RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
iii
DEDIKASI
For you my love
I wish I had the gift of making rhymes,
for me thinks there is poetry in my head and heart
since I have been in love with you…
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya, maka
usaha saya menyiapkan laporan kajian ini telah dapat dilaksanakan dalam jangka waktu
yang ditetapkan.
Di kesempatan ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih khusus kepada penyelia saya Prof. Madya Dr. Hj. Abd. Hafidz B. Hj. Omar
yang sentiasa melapangkan masa memberi panduan, bantuan, nasihat dan sokongan
moral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan
laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad Anizu Mohd Noor selaku
penasihat akademik saya yang memantau perkembangan pengajian saya selama ini.
Buat Dr.Zainal Abidin Zainuddin, jasa baik tuan tidak saya lupakan.
Buat seisi keluarga, terutama insan teristimewa Andriani Tambeh, mak ayah dan
rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa menghulurkan sokongan dikala susah dan
senang. Jasa kalian akan terus dikenang.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah atas kelemahan
saya sendiri. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya. Terima
kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk eksperimental dan dijalankan untuk
membuktikan bagaimana spesifikasi sesuatu bentuk sesuatu struktur kerangka go-kart
itu mampu mempengaruhi prestasi penggunaan go-kart. Prestasi go-kart adalah diukur
daripada purata masa yang diambil dalam 10 pusingan bagi setiap struktur kerangka
yang berbeza ciri spesifikasinya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
Microsoft Excel 2003 dan juga ‘Statistical Packages for Social Sciences’’ versi 11.5
(SPSS 11.5 ). Sampel terdiri daripada tiga jenis go-kart yang berbeza iaitu go-kart jenis
X,Y dan Z. Kajian ini dijalankan dalam 3 sesi ujian bagi setiap struktur yang mewakili
setiap perbezaan ciri spesifikasi. Hasil ujian menunjukkan bahawa perbezaan spesifikasi
struktur kerangka tidak mempengaruhi tahap prestasi sesebuah go-kart.
vi
ABSTRACT
These experimental studies try to prove that how the different type of go-kart
structure based on structure feature of weight, length from flatten surface and wheelbase
that influent the performance of the go-kart itself. And in these studies, a structure type
X, Y and Z are used in a test. A kart’s performance are measure according to the
accumulate time that taken in 10 round which is using a different type of structure in 3
session. The data will be analyzed with Microsoft Excel 2003 and Statistical Packages
for Social Sciences Version 11.5 (SPSS 11.5). The findings strongly suggest that using
a different type of structure accordingly on structure feature is not influence the go-
kart’s performance.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xi
Senarai Lampiran xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
viii
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.10 Penutup 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian-kajian Berkaitan 11
2.3 Kaedah Rekabentuk 13
2.4 Penutup 15
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 16
3.2 Rekabentuk Kajian 16
3.3 Sampel Kajian 17
3.4 Tempat Kajian 17
3.5 Instrumen Kajian 17
3.6 Prosedur Kajian 18
3.7 Pengumpulan Data 19
3.8 Penganalisaan Data 19
3.9 Penutup 20
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 21
4.2 Analisis Deskriptif 22
4.3 Analisis Inferensi 31
4.4 Penutup 33
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 34
5.2 Perbincangan 35
5.3 Kesimpulan 36
5.4 Cadangan 37
5.5 Penutup 39
RUJUKAN 40
LAMPIRAN
Lampiran A – D 42 - 48
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Jenis Go-Kart Berdasarkan Perbezaan Berat 22
4.2 Analisis Ujian Masa Struktur Kerangka Go-Kart
Berdasarkan Perbezaan Berat 23
4.3 Jenis Go-Kart Berdasarkan Perbezaan Jarak
Ketinggian Dari Permukaan Rata 25
4.4 Analisis Ujian Masa Struktur Kerangka Go-Kart
Berdasarkan Perbezaan Jarak Ketinggian Dari
Permukaan Rata. 26
4.5 Jenis Go-Kart Berdasarkan Perbezaan Jarak Di antara
Bahagian Hadapan Dengan Gandar Roda Belakang 28
4.6 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan
Perbezaan Jarak Antara Bahagian Hadapan Dengan
Gandar Roda Belakang. 29
4.7 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan
Perbezaan Berat 31
4.8 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan
Perbezaan Jarak Ketinggian Dari Permukaan Rata. 32
4.9 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan
Perbezaan Jarak Antara Bahagian Hadapan Dengan
Gandar Roda Belakang. 33
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Graf Palang Purata Masa Struktur Kerangka
Go-kart Berdasarkan Perbezaan Berat 24
4.2 Graf Palang Purata Masa Struktur Kerangka
Go-kart Berdasarkan Perbezaan Jarak Ketinggian
Dari Permukaan Rata 27
4.3 Graf Palang Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart
Berdasarkan Perbezaan Jarak Antara Bahagian Hadapan
Dengan Gandar Roda Bahagian Belakang 30
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Jadual Pengelasan Go-Kart Berdasarkan Perbezaan
Ciri-Ciri Spesifikasi 42
B Borang Skor Ujian Masa Mengukur Prestasi
Go-kart Berdasarkan Ciri-Ciri Spesifikasi 43
C Analisis Inferensi Multi Comparisons 44
D Gambar-gambar Berkaitan Kajian 47
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bersukan atau bersenam merupakan satu amalan yang baik untuk diri dan perlu
dijadikan sebagai salah satu daripada aktiviti hidup yang berterusan. Dengan senaman
atau latihan fizikal yang sistematik dan teratur, kecergasan fizikal dapat dikekalkan dan
dipertingkatkan, seterusnya dapat membantu individu untuk mengurangkan tekanan
hidup dalam pengurusan kehidupan seharian. Sikap yang baik mempunyai hubungkait
dengan keperluan untuk memperolehi dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal
berdasarkan program pembangunan pendidikan jasmani yang sistematik.
Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan telah merangkumi aspek-
aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi
seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan
pergerakan) seperti jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.
2
Corbin dan Linsey (1994) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan
keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan berkesan. Seseorang
individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi akan mempunyai tenaga yang
penuh untuk melakukan aktiviti harian, serta boleh melakukan kerja dengan berkesan.
Menurut mereka lagi, kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan motor.
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengembangkan lagi potensi sukan di
negara ini, misalnya, Malaysia telah menghantar sebuah kontingen sukan permotoran
yang dikalangan kanak-kanak berusia di antara 8 hingga 17 tahun ke Parques das
Narques, Lisbon di Portugal baru-baru ini untuk mengambil bahagian dalam acara
Formula Fortune Dunia. Dan mereka berjaya menjadi johan keseluruhan kejohanan
dengan pungutan pingat yang memberangsangkan dan seterusnya mengekalkan gelaran
juara keseluruhan yang telah dimenangi dalam kejohanan yang sama tahun lalu.
Tahniah untuk adik Azri Yahya, Aminur Hafiz dan yang lain-lain.
Selain daripada itu juga, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil
inisiatif untuk memajukan sukan negara kita ke peringkat lebih tinggi. Ini berdasarkan
kepada kejayaan Majlis Sukan Negara merangka program-program pembangunan atlit
bagi menghadapi cabaran sukan tanahair dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia.
Hasilnya terbukti, dengan kejayaan yang cemerlang dalam Sukan Sea 2003 yang lepas.
Selain daripada itu, potensi seseorang atlit sebenarnya perlu digilap sejak usia
masih mentah lagi. Fenomena ini masih baru dalam masyarakat kita. Ramai ibu bapa
yang tidak cenderung membenarkan anak-anak mereka terlibat secara aktif dalam
bidang sukan lantaran khuatirkan masa depan anak- anak mereka tidak menentu dan
menjejaskan prestasi pelajaran mereka. Tidak ramai ibubapa yang mempunyai wawasan
untuk memajukan anak- anak mereka dalam bidang sukan. Hanya segelintir sahaja
masyarakat di negara ini yang berfikiran terbuka dalam kegiatan sukan. Sebagai contoh,
3
Dato’ Haji Sidek, yang telah menggalakkan anak-anaknya menceburi bidang sukan
khususnya sukan badminton. Begitu juga dengan Shalin Zulkifli dan juga Nicol Ann
David yang memduduki ranking ketiga dunia ketika ini, yang merupakan ratu sukan
negara kita. Mereka ini, maju dalam bidang sukan di awal usia. Justeru itu timbul
persoalan, adakah fenomena ini akan memberikan kepuasan yang sebenar dalam
menikmati kehidupan.
Pendidikan dari segi falsafahnya adalah bertujuan untuk memperkembangkan
potensi individu yang merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan sosial (Sharifah
Alawiyah Al-Sagoff, 1985). Menyedari hakikat ini, maka Kementerian Pendidikan
Malaysia ( KPM ) telah mewajibkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( 1994 ) dan juga Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah ( 1989 ). Walaupun terbukti yang nilai-nilai positif dalam bersukan
telah disedari dan diterima umum, kebimbangan masyarakat terhadap gangguan prestasi
akademik masih tetap wujud ( Kantha Kumar, 1985 ).
Oleh yang demikian, maka sesuatu program yang dirancang adalah perlu di
mulakan dari akar umbi. Dan dengan mengambil kira faktor ini, maka penggiat-
penggiat sukan harus memikirkan suatu jenis sukan yang mampu melahirkan atlit
bertaraf dunia. Berdasarkan elemen ini, maka penggerak sukan di universiti ini (
Universiti Teknologi Malaysia ) akan mengutarakan suatu program sukan permotoran
yang boleh dikatakan semakin berkembang pesat di Malaysia kini. Sukan permotoran
tersebut ialah sukan Go-Kart. Sesuai dengan bidang kajian utama yang terdapat di
universiti ini, yang berasaskan teknologi, maka dengan gabungan kepakaran dalam
bidang sukan dan teknologi, pembangunan sukan Go-Kart di universiti ini akan di
rangka dan dibangunkan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar bagi
mengalami situasi sebenar dalam aspek pembangunan, latihan, penyediaan atlit dan
sebagainya. Dan segala pengetahuan
4
yang diperolehi sepanjang penglibatan dalam sukan ini akan diadaptasikan dalam
persekitaran pendidikan rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada zaman sains dan teknologi ini pelbagai peralatan sukan telah direka cipta.
Begitu juga dengan perihalnya sukan permotoran. Berbagai-bagai bentuk sukan
permotoran yang telah menjadi kegilaan masyarakat kini. Samada di luar atau di dalam
negara. Diperingkat antarabangsa, antara sukan permotoran yang popular adalah sukan
Formula One yang mana ianya merupakan sukan yang berkaitan dengan perlumbaan
kereta. Perlumbaan ini dijalankan diseluruh pelusuk dunia dengan di adakan di litar-litar
yang terpilih di sesebuah negara. Bagi negara Malaysia, kita juga tidak ketinggalan
menganjurkan sukan Formula One ini saban tahun yang diadakan antara bulan Mac
hingga Mei.
Jika dilihat perkembangan ini, ternyata ianya merupakan sukan yang berpotensi
untuk mengetengahkan atlit dari kalangan rakyat negara ini. Dan telah terbukti dengan
pernyataan ini bahawa Saudara Alex Yoong merupakan individu pertama dari kalangan
rakyat Malaysia yang menceburkan diri dalam perlumbaan Formula One.
Justeru itu, jika dilihat daripada perkembangan kerjaya Alex Yoong ini, ternyata
ianya bermula daripada penglibatan sukan go-kart. Maka dengan keadaan ini, dapat
dijelaskan bahawa setiap individu yang berjaya menceburi bidang perlumbaan Formula
One, asalnya adalah daripada penglibatan di dalam sukan go-kart itu sendiri.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Di Malaysia, kesedaran untuk mempertingkatkan tahap pencapaian atlit sudah
lama di perkatakan dan telah banyak program dijalankan dan dirangka bagi mencapai
objektifnya. Namun peratusan yang mencapai tahap yang diingini adalah rendah.
Mungkin strategi yang digunakan tidak tepat atau pun mungkin pemilihan jenis sukan
juga adalah antara faktornya. Oleh yang demikian adalah dicadangkan agar sukan yang
tidak melibatkan sentuhan fizikal ( ‘body contact’ ) dikesampingkan tetapi wujudkan
peluang bagi sukan yang tiada elemen ( ‘body contact’ ) ini untuk diketengahkan.
Pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negara, Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia harus diteruskan dan bersama menggembeling tenaga,
dan juga penubuhan pusat-pusat permotoran yang menjurus kepada bidang permotoran
ini terutamanya go-kart oleh pihak swasta harus dipandang serius.
Secara tidak langsung, hasrat kerajaan untuk membangunkan dan memajukan
pencapaian mutu sukan kita untuk menonjol di peringkat antarabangsa akan tercapai.
Sesungguhnya, terlalu banyak program yang dijalankan dan dirangka dengan baik oleh
kerajaan dengan kerjasama agensi swasta. Namun begitu, sambutan yang dingin serta
kurang memberangsangkan di kalangan masyarakat menyebabkan negara kita
ketandusan atlit – atlit yang berpotensi, dan mampu untuk diketengahkan diperingkat
antarabangsa.
Selain daripada itu juga, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa melalui
kegiatan sukan ini, kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dan juga memupuk
semangat setiakawan yang berpotensi untuk membentuk sebuah negara yang
mengamalkan integrasi nasional antara kaum serta semangat patriotik di kalangan muda
mudi.
6
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat sejauh
mana keberkesanan program sukan permotoran yang diterapkan dari akar umbi
memberi pulangannya.
1.4 Ojektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan spesifikasi struktur kerangka
go-kart dan kaitannya dengan pencapaian prestasi yang maksimum pada go-kart itu
sendiri. Melalui dapatan data yang akan diperolehi, penyelidik akan membandingkan
prestasi go-kart dan juga mengenalpasti spesifikasi struktur kerangka yang lebih baik
dalam memberikan prestasi yang sempurna.
1.4.1 Melihat keberkesanan penggunaan spesifikasi struktur kerangka yang berlainan
terhadap prestasi go-kart
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif di atas, dapatan kajian ini adalah dapat diharapkan
untuk menjawab soalan berikut:
1.5.1 Apakah spesifikasi seperti berat, jarak ketinggian struktur
7
dari permukaan rata dan juga jarak diantara bahagian depan dengan gandar roda
bahagian belakang mempengaruhi prestasi go-kart?
1.6 Hipotesis Kajian
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart
berdasarkan 3 jenis ukuran berat pada struktur kerangka.
Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart
berdasarkan 3 jenis ukuran berat pada struktur kerangka.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart
berdasarkan 3 jenis ukuran jarak ketinggian dari permukaan rata
pada struktur kerangka.
Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart
berdasarkan 3 jenis ukuran jarak ketinggian dari permukaan rata
pada struktur kerangka.
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart
berdasarkan 3 jenis ukuran jarak antara bahagian hadapan dengan
gandar roda belakang.
Ha3 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart
berdasarkan 3 jenis ukuran jarak antara bahagian hadapan dengan
gandar roda belakang.
8
1.7 Kepentingan Kajian
Tujuan kajian atau penyelidikan ini adalah untuk memberikan gambaran sebenar
tentang pemilihan sampel ( struktur kerangka go-kart ) yang sesuai berdasarkan ciri-ciri
spesifikasinya yang dapat mempengaruhi prestasi sesebuah go-kart. Dan pemilihan
sampel yang sesuai ini adalah diharapkan dapat dijadikan panduan kepada atlit yang
ingin mendapatkan tahap prestasi pemanduan yang tinggi bagi menjamin kemenangan
dalam mana-mana pertandingan yang disertai.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini adalah tertumpu kepada dua perkara utama, iaitu spesifikasi struktur
kerangka, dan juga hubungannya dalam mempertingkatkan prestasi sesebuah go-kart itu
sendiri. Oleh yang demikian, berikut dinyatakan antara batas-batas kajian:
1.8.1 Enjin
Enjin yang digunakan adalah sama iaitu enjin jenis 2 lejang berkuasa 100 cc.
Tetapi, penggunaan enjin ini adalah berbeza dari segi tahap penyelenggaraannya. Ini
akan memberikan impak dalam menghasilkan keputusan kajian. Ini bermaksud,
penyelenggaraan harus dilakukan pada enjin selepas sesuatu tempoh penggunaan bagi
memaksimumkan prestasinya.
9
1.8.2 Tayar
Tayar yang digunakan juga mungkin berbeza dari segi penyesuaian dengan
keadaan litar, samada kering atau basah. Dalam kajian ini, penyelidik akan
menggunakan dua jenis tayar iaitu jenis ‘Slicky” dan ‘Rain Tyre’, bergantung kepada
keadaan cuaca semasa ujian pemanduan dijalankan. Penggunaan tayar yang sesuai ini
juga bagi menjamin keselamatan pemandu. Keadaan tayar juga akan menjadi haus
apabila kerap digunakan, dan ini akan memberikan satu kelemahan dari aspek
cengkaman tayar pada permukaan litar semasa sesi pengujian masa dari satu sesi ujian
dengan satu sesi ujian yang lain. Penggunaa tayar yang sama akan dihentikan apabila
ianya telah digunakan sehingga 30 pusingan dan digantikan dengan tayar yan baru.
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Rekabentuk
Menurut A.K Hosking dan M.R Harling ( 1981 ), rekabentuk adalah proses yang
menggunakan unsur-unsur dalam sains, kejuruteraan, matematik, lukisan teknologi dan
prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan plan dimana kemudian membawa
kepada penyelesaian masalah dan seterusnya kepada keperluan praktikal dalam
merekabentuk.
10
1.9.2 Prestasi Go-Kart
Dalam kajian ini prestasi go-kart adalah diukur melalui catatan masa purata
yang diambil daripada setiap 10 pusingan.
1.10 Penutup
Bab I ini membincangkan tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian serta kepentingan kajian. Dalam bab
yang seterusnya, ia akan melihat kepada sorotan kajian.