bml3083 semantik dan pragmatik dalam bahasa melayu
TRANSCRIPT
BML 3083:
SEMANTIK DAN PRAGMATIK DALAM BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MD ALI BIN AB AZIZ D046102 013-6076140
NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD RASHID BIN MD IDRIS
TARIKH SERAH: 05 APRIL 2012
1
PORTFOLIO
TUGASAN 1
PEMARKAHAN1.
ESEI ILMIAH(a)(b)
2.
FORUM
JUMLAH
ISI KANDUNGAN FORTFOLIO
PERKARA HALAMAN
Pengenalan 3-4
1.0 Contoh metafora dalam Bahasa Melayu
1.1 Metafora dalam pembinaan puisi
1.2 Metafora dalam penulisan novel
1.3 Metafora dalam peribahasa
1.4 Metafora dalam pemilihan tajuk drana
1.5 Metafora dalam lirik lagu
5
6
7-8
8-9
9-10
2.0 Rumusan 11
Biblografi 19-10
Tugasan B
Pengenalan
20-21
1.0 Sinonim
2.0 Antonim
3.0 Polisem atau polisemi
4.0 Homonim
5.0 Hiponim
22
Rumusan 21
Bibliografi 22
Forum 23-26
Tugasan A
2
Pengenalan
Bahasa merupakan sistem yang amat penting bagi manusia. Bagi suatu unsur yang
dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati menggunakan pelbagai pendekatan untuk
mengkajinya. Antara pendekatan yang digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan
makna. ‘Semantik’ atau bidang makna sebenarnya menjadi sebahagian ilmu linguistik yang
mengkaji tentang makna sesuatu perkataan ,frasa, ayat dan ajaran .
Berdasarkan modul Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu ( 2011 : 131),
menjelaskan Semantik secara ringkasnya sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji makna
perkataan dan ayat dalam bahasa. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu merujuk
aspek–aspek seerti dan rujukan , perkataan , ayat , jenis-jenis makna, peribahasa ( termasuk
simpulan bahasa ) dan unsur semantik dalam nahu.
Justeru itu , terdapat pelbagai perkatan yang menjekaskan maksud bahasa. Antaranya
merujuk kepada ‘metafora’. Berdasarkan maklumat [online], http://muhd-
arif.livejournal.com/1712.html , perkataan metafora dikatakan berasal daripada perkataan
Greek iaitu ‘meta’ bermaksud ‘atas’ manakala ‘ pherein’ bermaksud ‘diangkat’. Oleh itu
metafora merujuk kepada asatu proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu
objek ‘diangkat ke atas ‘ atau dipindahkan kepada orang lain.
Berdasarkan Kamus Dewan (4th,2001; pg 1029), metafora ialah pemakaian kata-kata
yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna
sebenar perkataan berkenaan ( sebagai perbandingan atau kiasan ).Ini bermaksud sesuatu
perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan tertentu.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd ( 1996) pula berpendapat bahawa metafora ialah
kiasan yang tidak menggunakan perkataan – perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakan-
akan, bak, seperti, laksamana, macam , bagai dan umpama.
3
Menurut Lakoff dan Johnson (1980) menyatakan bahawa metafora menembus
kehidupan seharian , bukan sekadar bahasa tetapi fikiran dan tindakan. Merujuk kepada
kenyataan ini berikut adalah contoh-contoh metafora dalam Bahasa Melayu yang digunakan
dalam kehidupan seharian kita.
Contoh Metafora dalam Bahasa Melayu
Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia, manusia
menggunakan metafora untuk memberikan keterangan tentang sesuatu yang abstrak atau
sesuatu konsep yang baru dan sukar untuk diterangkan. Cara yang terbaik ialah mengaittkan
dengan sesuatu perkara yang konkrit atau fenomena yang dikenali dan mudah difahami oleh
masyarakat.
Setelah membuat kajian dan penelitian , metafora digunakan dalam pelbagai jenis
penyampaian yang merujuk kepada perbandingan alam,haiwan,objek dan sebagainya dengan
maksud yang merujuk sekitar kehidupan manusia khususnya. Antara contoh metafora dalam
Bahasa Melayu yang diperolehi adalah dalam pembinaan puisi, penggunaan peribahasa,
tajuk drama masyarakat, kata-kata nasihat dan hujah para pemikir Islam , lirik lagu dan
penulisan novel. Biarpun begitu mungkin banyak lagi contoh metafora digunakan tetapi saya
akan mengupas enam di antaranya seperti gambarajah 1 berikut.
4
CONTOH METAFORA DALAM BAHASA
MELAYU
i)Dalam pembinaan puisi
ii)Dalam penulisan novel iii)Dalam
peribahasa
iv)Dalam tajuk drama
v)Dalam lirik lagu
Rajah 1 : contoh-contoh metafora dalam Bahasa Melayu
i) Metafora Dalam Pembinaan puisi
Muhamad Haji Salleh (2002: pg 135) dalam huraian tentang Sungai Hayat, 2006 ;
menjelaskan bahasa perlambangan atau metafora adalah elemen penting dalam puisi
Melayu dan menentukan nilai estetikanya : “ Kita dapat menyimpulkan bahawa ‘Metafora”
atau kias ibarat adalah antara alatan terpenting sastera Melayu sejak awal lagi , melalui
zaman penulisan sehinggalah zaman mutakhir. Oleh sebab itu orang Melayu suka
menyampaikan makna secara tidak langsung , maka ini menjadi amat penting malah menjadi
satu ciri dasar dalam estetikannya.”
Daripada kenyataan itu jelaslah menunjukkan kebanyakan karya penulis Melayu
dipengaruhi oleh kejadian alam semulajadi . Unsur metafora dalam penulisan puisi
membawa makna, pemikiran dan mesej puisi . Contohnya , melalui penulisan kumpulan puisi
,’ Sungai Hayat’( Jair Sulai, 2001) unsur alam semulajadi iaitu ‘sungai’ yang diberi sifat
‘hayat’ iaitu manusia yang hidup menumpukan sebuah metafora yang membawa cerita
perlambangan tentang sebatang sungai yang maksudnya perjalanan diri sentiasa berterusan ,
menempuh pelbagai pengalaman menuju ke negeri yang abadi, sama seperti sebatang sungai
yang mengalir ke muara.Ini jelas dapat dilihat dari baris-baris puisi (pg. 38) berikut :
Sungai Hayat
Ini sungai berliku
Airnya sekeras batu
Arusnya mata pisau
Muaranya tanda tanyaku
Dengan nyali keyakinan
Di sini ku kayuh sampan harapan
Pada airnya ku saring kelembutan
Padaarusnya ku jarring kebeningan
Ini sungai berliku
Mengapungkan degup rinduku
Mengalirkan pijar cintaku
Kesamudera Maha Khalikku
5
ii) Metafora Dalam Penulisan Novel
“ Novel menjadi salah satu bahagian dari bahasa tulis yang perkembangannya tidak
luput dari bahasa kreatifitas pengarangnya, Wujud dari kreativitas pengarang tersebut salah
satunya melalui penulisan gaya bahasa, antaranya metafora,” ( Puji Mawarti, 2009 dalam
Kajian Gaya Bahasa Metafora dalam Novel Laskar Pelangi ).
Berdasarkan kepada kenyataan ini jelaslah bahawa gaya bahasa metafora digunakan juga
dalam penulisan novel bagi mengindah dan mempelbagaikan penyampaian bahasa untuk
mengamit pembacaan penggemar novel. Bukan itu sahaja penggunaan metafora di dalam
novel juga memberi impak makna yang tersirat dalam kata-kata yang diungkapkan . Selain
itu memberikan tajuk menggunakan bahasa metafora juga melambangkan isi kandungan flot
penceritaan sesuatu novel. Sebagai contohnya, saya memilih novel ‘ Ombak Rindu ‘ yang
tidak asing lagi malahan sebagaimana umum tahu novel ini juga telah difilemkan.
‘Ombak’ dititipkan dengan sifat manusia, ‘Rindu’ membandingkan perlambanagan
sifat ombak yang menyimpan seribu satu rahsia yang tersirat di dalam lautan dengan
membawa makna perasaan yang dibawa . Novel ini mengisahkan kisah hidup Izzah, yang
penuh dengan keperitan dan permainan rahsia perasaan . Akhirnya kehidupan yang berliku
dan dihadapi dengan penuh kesabaran membuahkan kebahagiaan dan kasih antara watak
utamanya. Tajuk novel yang berunsurkan metafora menerangkan keseluruhan penceritaan
novel itu.
6
Sumber: koleksi novel pilihan isteri saya.
iii) Metafora Dalam Peribahasa
Peribahahasa dilihat berupaya mendukung pelbagai takrifan. Menurut lukman Ariffin &
Abu Khair Atan dalam dalam Modul Semantik dan Pragmatik,UPSSI (2011: 65 )
menyatakan peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang
kita yang membandingkan reality kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam
sekeliling.
Justeru itu bertepatan dengan kajian metafora dalam kehidupan seharian ini maka
peribahasa tergolong dalam metafora juga. Dalam menilai metafora yang digunakan dalam
peribahasa, metafora yang digunakan adalah ‘metafora ontologikal ‘ yang dilihat pada objek
fizikal yang diberi sifat perorangan. Keadaan ini menyebabkan kita memahami sesuatu
pengalaman dengan entiti bukan manusia dari sudut motivasi, tingkahlaku dan aktiviti-
aktiviti manusia. Contoh ini dapat dlihat dalam huraian peribahasa yang dipilih iaitu :
Harapkan pagar, pagar makan padi
‘Pagar’ merupakan objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan di mana pagar
digambarkan berupaya melakukan aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk terus hidup
seperti ‘makan’ sewaktu perut lapar. Peribahasa ini bermaksud seseorang yang diharapkan
boleh menjadi pelindung sebaliknya telah memusnahkannya.
Selain itu , antara lain contoh peribahasa dengan corak metafora adalah ‘resmi padi,
semakin berisi semakin menunduk’, ‘melukut di tepian gantang’,’ biar mati anak jangan mati
adat’ dan lain-lain.
7
iv) Metafora Dalam Pemilihan Tajuk Drama.
Berdasarkan kajian Zurinah Hassan (2001) dalam tesisnya menjelaskan adanya
penggunaan penciptaan metafora yang menghubungkan unsur alam dan manusia seperti ‘kaki
pagi’, ‘lambaian senja’ dan lain-lain lagi. Menurutnya lagi Gian Battista Vico, seorang ahli
falsafah Itali menyifatkan kaedah pembinaa metafora seperti ini sebagai ‘anthopomorphic
metaphore”.
Kenyataan itu dikukuhkan lagi dengan ulasan Ullman & Stephen ( 1966:84), “
expressions reffering to inaminate objects formed by transfers from the body and its part,
from human sense and human passions.”
Justeru itu antara sedar atau tidak banyak drama-drama tempatan menggunakan kaedah
bahasa metafora dalam pemilihan tajuk drama tersebut. Antara yang menarik perhatian saya
adalah drama ‘ Denai Berbisik’. Drama ini pernah ditayangkan di Astro Prima pada 9
Disember 2009 dan diulang-tayang terkini pada minggu lepas ( 5 April 2012 ). Tajuk drama
ini mengambarkan keseluruhan flot cerita.
Sumber : http://gengkeretasapu.blogspot.com/2011/07/denai-berbisik-telemovie-argh.html#ixzz1rrhVK44g
8
Merujuk Kamus Dewan (2007,4th :332) denai bermaksud bekas jejak binatang di hutan
( semak, belukar dan lain-lain ). Penggunaan metafora pada ‘ Denai Berbisik’ bersesuaian
dengan jalan cerita drama ini yang menyayat hati. Kisah perjalanan hidup seorang abang
yang dilakunkan oleh Zulhuzaimi yang sangat sukar dan berliku, penuh dugaan dan cabaran
dalam memikul amanah ibunya untuk menjaga adiknya yang terencat akal sehingga akhirnya
dia terpaksa kehilangan adiknya yang disahkan mengidap AIDS.
v) Metafora dalam Lirik Lagu
Lagu adalah salah satu cabang seni yang sangat mementingkan persembahan lirik yang
indah dan puitis. Sebagimana sajak atau pun syair, setiap bait dalam lirik merupakan
penceritaan kepada lagu tersebut. Lirik yang ada unsur perbandingan objek, alam yang
dikaitkan dengan perorangan atau maksud lagu yang dikiaskan dengan pengalaman, sedih ,
suka, duka, kecewa, gembira dan sebagainya yang ditafsirkan melalui metafora. Tajuk lagu
juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej keseluruhan lirik lagu. Sebagi
contohnya lagu-lagu Siti Nurhaliza di antaranya ‘ Jalan Berduri’, Bicara Luka’, Purnama
Merindu’.
Unsur metafora pada ‘Jalan’, Kemudahan alam yang disifatkan ada duri, ‘ Berduri’.
‘Bicara’, perbuatan manusia yang dititipkan perasaan , ‘Luka’. ‘Purnama’, objek dalam alam
yang diberi sifat manusia ,’Merindu’. Berikut contoh lirik lagu ‘Jalan Berduri’;
Jalan Berduri
Awan mendung yang berarak kedinginan
Lautan keruh yang bergelora kecewa
Bayu nan lembut yang berhembusan kesedihan
Kini jadi taufan kehilangan rakan
9
Sekian lama daku mencari bahagia
Namun tiada ku semukakanya di mana
Jalanan ku tempuh penuh duri
Beginilah suratan hidupku ditentukan.
Mengapa duka lara seringkali melingkari diri
Bilakah berakhir kisah pilu dari hidupku
Jauh ku pergi bawa hati
Jauh ku pergi bawa diri yang sepi
Oh mungkinkah ku bertemu oh bahagia yang ku cari
Segala kepahitan kurasa ku pendamkan
Tak mungkin dapat ku meluahkan pedihnya
Biarlah daku mengharungi sendiri
Waktu sakitnya daku rasakan derita
Gaya bahasa metafora merujuk kepada lirik yang berwarna merah .
10
Penyanyi:
Siti Nurhaliza Taruddin
RUMUSAN
Setelah dihurai dengan panjang lebar dan berdasarkan penelitian dari bahan bacaan
dan maklumat yang diperolehi daripada bahan rujukan didapati metafora adalah satu gaya
bahasa yang sangat indah, penuh dengan makna yang dirungkaikan menggunakan
perbandingan alam, objek, tumbuhan dan yang seerti dengannya yang dikaitkan atau
dihubungkan dengan sifat manusia , pengalaman, perasaan, perbuatan dan sebagainya
yang berkaitan.
Metafora juga adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej atau
makna dalam bentuk teringkas, termudah, indah, puitis dan penuh penceritaan. Jelaslah
bahawa masyarakat Melayu khususnya sangat akrab dengan metafora kerana penggunaannya
yang kerap terutamanya dalam lisan dan bertulis dalam bentuk persembahan, sesi dialog,
ilmiah, perkongsian , pernyataan perasan dan pengajaran dengan pengalaman bahasa yang
realtif.
( 1548 patah perkataan )
11
BIBLIOGRAFI
Definasi Metafora, (2012 ) [online] : http://muhd-arif.livejournal.com/1712.html acessed : (2012/3/30)
Denai Berbisik, (2009),[online] : http://gengkeretasapu.blogspot.com/2011/07/denai- berbisik-telemovie-argh.html#ixzz1rrhVK44g accessed (2012/4/14)
Fauziah Ashari , ( 2012 ), OmbakRindu (25th)Shah Alam, Grup Bahasa Karangkraf.
Hajah Noreshah bt Baharom et . al. ( 2007), Kamus Dewan Bahasa ( 4 th ),Kuala
Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jair Sulai, (2006), Sungai Hayat : Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Puji Mawarti, (2009), Kajian Gaya Bahasa Metafora Dalam Novel Laskar Pelangi
Karya Andrea Hirata: Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Muhamadiyah
Surakarta[online]
:www.searchinpdf.com/KAJIAN_GAYA_BAHASA_METAFORA_DALAM_NOVEL_LA
NSKAR_PELANGI_KARYA_... acessed ,( 2012/4/14)
Ullman & Stephen , (1966), Languange and Style, Oxford Basil Blackwell.
Universiti Pendidikan Sultan Idris , ( 2011 ) , BML Semantik dan Pragmantik Bahasa
Melayu : Tanjung Malim
Zarinah Hassan (2001) Penggunaan Unsur Alam Sebagai Pelambangan Dalam Puisi
Melayu Moden; Universiti Putra Malaysia : Tesis Master Sastera [online] ,
http://zarinahhassan:blogspot.com/2011/10menyusur_metafora_dalam_sungai_hayat.html.
acessed :(2012/3/30)
12
TUGASAN B
PENGENALAN
Semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji
tentang makna sesuatu perkataan , frasa, ayat, dan ujaran. Kata “semantik” ini sebenarnya
berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu ‘sema’ yang bermaksud isyarat. Perkataan
‘sema’ akan menerbitkan kata ‘se mainein’ yang bermaksud beerti. Kemudian ‘se mainein’
diinggeriskan menjadi se mantics dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik (UPSI , 2011
dalam modul Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu )
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat (2007 : 1433 ) semantik bermaksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Clark & Clark ( 1977: 409 ) dalam Linguistik Melayu (Zulkifley Hamid et al,, 2006)
pula menjelaskan pandangan yang membayangkan bahawa kajian semantik bermula dengan
mengkaji makna-makna perkataan, mengkaji makna-makna frasa yang membentuk gatra ayat
, dan akhir sekali melihat makna ayat yang terhasil daripada gabungan frasa.
Bidang ilmu semantik yang terus berkembang telah mengupas kaedah pemberian
makna dengan melihat hubungan antara unsur-unsur yang membentuk makna perkataan.
Struktur makna tersebut dikenali dengan sinonim, antonim, polisemi, hononim dan hiponim.
13
STRUKTUR
MAKNA
SINONIM ANTONIM
POLISEMI
HIPONIM
HONONIM
1.0 Sinonim
Dalam ilmu semantik, istilah sinonim merujuk kepada perkataan yang mempunyai
makna yang serupa atau sama. Sebagai contoh, apabila menyukai seseorang . boleh dikatakan
mengasihi, menyintai dan menyayangi. Kasih , cinta dan saying adalah tiga perkataan yang
dianggap mempunyai makna yang sinonim iaitu menggambarkan sesuatu perasaan yang
positif dan penilaian yang tinggi terhadap seseorang.
Zulkifley Hamid et al. ( 2006 : 92 ) menyatakan , bukan sahaja kata sifat yang
mempunyai pasangan yang mempunyai makna yang sinonim tetapi kata nama dan kata kerja
juga mempunyai sifat kesinoniman. Kata kerja sepak adalah sinonim dengan kata kerja
tendang dan teranjang. Contoh ayat, ‘Ali menendang bola itu ke dalam gol’ . ‘Ali
menyepak bola itu ke dalam gol’. Walaupun begitu sebahagian sinonim tidaklah
mempunyai makna yang benar-benar serupa sperti dalam contoh kata kerja di atas sepak ,
tending dan terajang adalah sinonim tetapi kata yang biasa digunakan adalah ‘sepak dan
tendang’ tetapi tidak pada perkataan ‘ terajang’ kerana tahap sinonim perkataan ‘terajang’
tahap sinonimnya tidaklah sepenuhnya.
Terdapat kata-kata sinonim yang hampir serupa tetapi bermasalah kerana perkataan-
perkataan yang digunakan adalah gaya yang berbeza. Contohnya meninggal dunia, mati dan
mampus. Berdasarkan contoh ini, ‘meninggal dunia’ dikatakan membawa gaya yang lebih
sopan,’ mati’ pula menggunakan gaya yang kurang sopan dan gaya bahasa bagi ‘mampus’
adalah tidak sopan.
Selain itu sebahagian kata nama juga mempunyai kata yang mempunyai makna yang
sinonim. Contohnya ,’ kasut dan sepatu’, ‘ kereta dan motokar’, ‘gerek dan basikal’,
‘dakwat dan tinta’, dan ‘jenazah dan mayat’.
14
RAJAH 1 : STRUKTUR MAKNA (DALAM SEMANTIK
Terdapat 4 jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman , contohnya ‘belalang’ bermakna
patung dalam dialek Melayu, ‘cakcibau’ dalam dialek Perak. Ke dua, sinonim konteks ,
contohnya perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokal. Ke
tiga, sinonim laras sosial , contohnya ‘penyanyi’ ialah orang menyanyi manakala biduan
bermaksud lebih tinggi dalam bidang seni. Ke empat sinonim kolokasi , contoh ‘banyak’ dan
‘ramai’. Contoh ayat : ‘Banyak kilang telah ditutup’, ‘Ramai pelajar gembira dengan
keputusan itu’
Sinonim juga dapat diertikan sebagai perkatan yang mempunyai makna kata yang
sama.Perkataan sinonim mempunyai hubungan dua hala dengan perkataan yang sinonom
dengannya.Ini bermaksud,setiap perkataan sinonim dapat menggantikan perkataan yang
bersinonim dengannya tanpa merubah maksud perkataan.Contohnya perkataan ibu dan
emak.simbol dengan lambing yang tidak akan berubah ayat jika ia digantikan denngan salah
satu perkataan tersebut.Ini menunjukkan konsep kata sinonim yang bersifat dua hala dengan
ayat sinonimnya dalam sesuatu ayat.Walaupun perkataan diubah kepada perkataan yang
bersinonim dengannya,maksud ayat masih sama dan tidak berubah.
Adullah Yusuf(2009) menyatakan bahawa sinonim dikatakan mempunyai cirri
pengganti kepada perkataan yang bersinoim dengannya Contoh perkatan-perkatan dalam
bahasa Melayu yang sinonim adalah seperti binatang dan haiwan,bohong dan tipu, budak-
budak dan kanak-kanak,misalnya dan contohnya, bijak ,pandai,cerdik dan,pintar dan lain-lain
lagi.
Walaupon sinonim bermaksud sama makna,namun terdapat beberapa kata sinonim
yang memperlihatkan perbezaannya.contohnya ialah perkataan meninggal dan mati.Kedua-
dua perkataan ini mempunyaikesamaan makna iaitu tamat riwayat hidup.Walaupun perkataan
inimempunyai makna yang sama,namun penggunaan perkataan tersebut membuatkan
wujudnya perbezaan antara perkataan tersebut.Perkataan meninggal hanya akan digunakan
untuk manisia sahaja dan tidak sesuai untuk haiwan manakala perkataan mati pula digunakan
15
untuk haiwan dan tdaksesuai untuk manusia.Hal ini menunjukkanpemakaian perkatan boleh
menyebabkan perbezaan antara perkataan bersinonim.
Kesinoniman dalam sesuatu bahasa akan terjadi apabila banyak serapan antara
bahasa,dialek dan ragam bahasa berlaku. Kesantunan dan ketertiban menuturkan katajuga
menjadi lebih teratur dan terjamin.
2.0 Antonim
Antonim ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani Kuno.Perkataan
antonim berasal daripada perkataan ‘anoma’yangmembawa maksud ‘nama’dan ‘anti’yang
membawa maksud’melawan’(Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin,2004).Ramai ahli
bahasa telah mendifinisikan dan memberi pendapat tentang antonim.Antonim ialah perkataan
yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kulper &
Allan, 2004:57). Asmah Haji Omar(2008)ula menyatakan antonim sebagai kata lawan dan
maknanya ialah kata yang mempunyai pertentangan dari segi maknanya dengan kata lain.
Contoh bagi kata ‘gemuk’ mempunyai kata lainnya iaitu kata ‘kurus’.Di sini dapatlah
disimpulkan bahawa antonim ialah sesuatu kata yang mempunyai sesuatu kata yang berlawan
dengannya seperti jantan lawannya betina,masam lawannya manis danlain-lain lagi.
Menurut Abdullah Yusof ,Alias Mohd Yatim,dan Moh Ra’in Shaari(2009),antonim
dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama iaitu antonim berpasangan,antoim
berperingkat,dan antonim berhubung.
16
PEMBAHAGIAN ANTONIM
Antonim Berpasangan
Antonim Berperingkat
Antonim Berhubungan
Antonim berhubung membawa maksud hubungan antara dua maujud daripadasatu
sudut pandangan yang berbeza.Contohnya tarik lawanya tolak,jatuh lawannya bangun,beli
lawannya bangun dan lain-lainlagi. boleh dibahagikan ialah perkataan tinggi lawannya
rendah.
Antonim berpasangan juga dikenali sebagai antonim penggenap dan juga disebut
sebagai komplimentarian yang melengkapi antara satu dengan lain.Contohnya lelaki lawanya
perempuan,hidup lawanya mati,siang lawanya malam dan lain-lain lagi. Antara contoh
antonim yang saling melengkami Lawan perkataan di atas ialah di bawah. Contoh ayat,
‘Naziman membasuh daun pandan itu lalu diletakkan di atas talam’. Perkataan di atas
menunjukkan tempat atau kedudukan. Contoh ayat di bawah ialah, ‘Kucing itu tidur di
bawah meja’. Kedua-dua ayat ini menujukkan kedudukan tempat yang berbeza iaitu di atas
talam dan di bawah meja.
Antonim berperinkat juga dipanggil sebagai antonim tafsiran dan sering dikaitkan
dengan kata adjektif. Berdasarkan contoh ayat yang berbunyi, ‘Daun pokok pandan nipis,
panjang dan kecil’. Perkataan nipis, panjang dan kecil digunakan untuk memberitahu rupa
bentuk daun pandan yang sebenar kepada pembaca. Perkataan nipis dan kecil memberi
gambaran bahawa daun pandan itu ringan dan saiznya kecil. Lawan perkataan nipis ialah
tebal. Panjang pula lawannya ialah pendek dan kecil lawannya besar. Contoh ayat
daripada perkataan tebal dan besar. Buku itu sangat tebal dan besar. Perkataan tebal dan
besar pula memberitahu bahawa buku itu berat dan bersaiz besar.
17
3.0 Polisim atau Polisemi
Merujuk kamus Dewan edisi ke-4, (2007 : 1222 ) polisim atau polisemi ialah satu
bentuk kata, ungkapan yang mempunyai lebih dari satu makna yang bertalian rapat antara
satu sama lain. Menurut Zulkifley Hamid pula, polisim merujuk kepada satu perkataan yang
mempunyai beberapa makna. Polisim merupakan keadaan perkataan yang mempunyai
banyak makna. Situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan semulajadi dan juga konteks.
Contoh polisim tulen ialah perkataan ‘lemah’ yang mempunyai pelbagai makna iaitu
lemah tidak ada daya, lemah bermakna gagal atau rendah dari segi pencapaian, lemah tidak
diyakini sebagai benar atau logik dan lemah dari segi ekonomi.
Polisim menurut kontek ialah perkataanyang mempunyai makna yang belainan
bergantung kepada konteknya.contoh perkataan ‘telur’yang membawa maksud telur ayam,itik
dan sebagainya.Selain itu, telur membawamaksud markah pencapaian yang bergitu lemah
dan kesan benjolan kerana dipukul atau ditumbuk.Dengan kata lain polisim ialah hubungan
kata atau fasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang
sama.Sebagai contoh kata bantu’tentang’boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara dan ada
masanya perkataan ‘tentang’boleh membawa maksud lawan.Seperti dalam ayat’kita tentang
habis-habisan.Berdasarkan contoh berikut ‘tentang’ bervariasi maknanya,tetapi kewujudan
polisim dilihat dengan berasaskan kontek penggunaan.
.
Contoh ayat ‘Mak Yam sibuk memerah kelapa untuk mendapatkan santan’.
Beradasarkan contoh yang diberi , perkataan ‘memerah’ dalam ayat bermaksud sedang
melakukan suatu pekerjaan untuk mendapatkan hasilnya iaitu santan. ‘Memerah’ juga boleh
membawa makna berfikir. Contohnya , ‘Amran memerah otak untuk mencari jawapan
yang tepat kepada soalan yang dikemukan dalam peperiksaannya.’ Perkataan
’ memerah’ di sini membawa maksud berfikir dengan bersungguh-sungguh.
18
4.0 Homonim
Perkataan ‘homonim’berasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu anoma ‘nama’ dan homo
‘sama’. Homonim ialah kata yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama tetapi berbeza
lapangan maknanya. Kata-kata homonim dikira sebagai dua kata yang berasingan atau diberi
dua maksud. Contoh perkataan ‘daki’ mempunyai makna memanjat dan satu lagi merujuk
kepada kekotoran. Oleh itu dalam kamus perkataan homonim, ia diperakukan sebagai dua
perkataan yang berlainan dan dibuat sebagai dua masukan yang berlainan iaitu daki I
‘kotoran’ dan daki II ‘panjat”.
Sebagai contohnya, perkataan nasi lemak merujuk kepada sejenis makanan yang
disukai oleh ramai orang.” Man, lepas makan nasi lemak itu nanti, tolong ambilkan daun
pandan untuk mak, ya.” Perkataan lemak boleh membawa maksud yang lain seperti lemak
ayam, lemak daging dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan sebagai bahasa kiasan iaitu
naik lemak. Contoh ayat lemak ayam. ‘Untuk penjagaan kesihatan yang baik, kita
disarankan supaya jangan memakan lemak ayam.’
Selain daripada itu, perkataan mereka membawa maksud yang pelbagai. Mereka
boleh membawa maksud sekumpulan orang yang ramai. Contoh ayat,’ Mereka berkumpul
di padang untuk memulakan latihan sukan.’ Selain daripada itu, mereka boleh membawa
maksud mencipta sesuatu alat. Contoh ayat, ’ Pelajar fakulti kejuruteraan berjaya mereka
sebuah kereta berkuasa elektrik.’
5-0 Hiponim
Berdasarkan Kamus Dewan 4th ( 2007 : 50) hiponim bermaksud kata yang maknanya
terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya ‘kambing’, ‘ lembu’, dan ‘rusa’ adalah
hiponim daripada binatang.
19
Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi
segolongan perkataan , ( Abdullah Hassan , 2006 : 233 ). Dalam sesetengah bahasa lain,
golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika diteliti struktur tatatingkatnya.
Dengan kata lain hiponim adalah kata-kata yang mewakili kata hipernim. Umumnya kata-
kata hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim.
Contoh hiponim yang lain yang dapat saya berikan untuk menambahkan kefahaman
contohnya tenggiri,bawal,lampam,sembilang adalah hiponim bagi ikan.Bahulu,
keripap,donat,cucur adalah hiponim bagi kuih,Manakala kelapa,mangga,anggur adalah
hiponim bagi buah.
Terdapat dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguaistik makna iaitu
hiponim tulen dan hiponim umum. Contoh hiponim tulen adalah ‘padi’ iaitu perkataan yang
mencakupi dua perkataan yang segolongan dengnnya iaitu ‘beras’ dan ‘ nasi’.Oleh itu dalam
bahasa Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi.Padi merupakanbijian yang
belum dibuang kulitnya.setelah padi diproses,menjadi beras dimasak menjadi nasi. Bagi
hiponim umum menurut Abdullah Hassan 92005:235),hiponim umum berlaku apabila
terdapatsatu perkataan yang menjadi nama umum.Kata nama itu kemudian boleh
dicantumkan dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya.Perkataan bunga
memberi nama kepada semua jenis bunga.Ada bunga melur,kenanga,mawar dan lain-
lain.Perkataan bunga adalah umum. Oleh itu,perkataan bunga mesti digabungkan dengan
sesuatu jenis bunga tertentubagi menamakan jenis bunga tertentu,Contohnya seperti bunga
melur.Contoh lain yang boleh kita lihat seperti ‘rumah teres’ dan’ rumah banglo’. Ini beerti
bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu
komponen kata nama am.
20
Rumusan
Terdapat pelbagai perkataan yang mempunyai makna lebih dari satu dan perlu
difahami dengan betul agar tidak berlaku salah faham bahasa.Penelitian terhadap perkataan
yang digunakan sangat penting untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Sebagai
seorang guru Bahasa Melayu, jika kita salah mentafsir antara perkataan antonim, sinonim,
polisime , homonim dan hiponim akan menyebabkan murid salah dalam membuat
pemahaman terhadap perkataan itu. Oleh itu, sesorang itu harus dapat membezakan setiap
maksud perkataan dengan tepat dan memahami setiap tafsiran tentang hubungan dari segi
persamaan dan perbezaan antara sinonim,antonim,polisime,harmonim hiponim dan lain-lain
lagi ,kerana setiap satu antaranya ada perkaitan dan perhubungan yang sangat halus dan
mengelirukan.Jesteru itu saya sangat bersyukur kerana dengan kajian terperinci setiap
interprestasi makna ini sangat membantu saya dan memberi input yang banyak dan berguna.
Selain daripada itu, konteks dan situasi perkataan itu digunakan juga perlu diberi
perhatian. Perbezaan situasi akan memberi makna yang berbeza terhadap makna kata yang
dipilih dalam sesuatu ayat. Oleh itu pengguna bahasa harus memahami makna kata
berdasarkan konteks yang berbeza walaupun sesuatu kata disebut dengan bunyi yang sama
dan dieja dengan ejaan yang serupa.
Adakalanya, terdapat perkataan yang mempunyai banyak makna yang dijadikan
jenaka, usik mengusik dan sebagainya dalam kehidupan. Oleh itu, kita harus berhati-hati
dalam membuat tafsiran terhadap makna kata supaya ia tidak menjadi sesuatu perkara yang
boleh menampakkan kelemahan diri kita sebagai penutur bahasa
(2160 patah perkataan)
21
BIBLIOGRAFI
Asha Doshi. (2004). Leksikologi: Perhubungan makna dan Proses
pembentukan perkataan. Fakulti Bahasa dan Linguistik: UM
Baskaran, L. (2003). General Linguistics: Semantics. Fakulti Bahasa dan Linguistik:
UM
Campin Reka. (2004). Tata Bahasa: Bahasa Melayu. Retrieved 20th Feb. 2004
from http://tatabahasabm.tripod.com/tata.htm,
Aleesya Saffiya. (2004). Kuih Limas Ibuku. Kuala Lumpur. Didikan Bestari Sdn Bhd.
Hajah Noreshah bt Baharom et . al. ( 2007), Kamus Dewan Bahasa ( 4 th ),Kuala
Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
22
BML 3083: SEMANTIK DAN PRAGMATIK DALAM BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MD ALI BIN AB AZIZ D046102 013-6076140
NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD RASHID BIN MD IDRIS
TARIKH SERAH: 05 APRIL 201
View Message : Current Topic
BUTIRAN DIRI
Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ (D20102046102) Date posted : 01 Mar 2012 09:56:40 AM
23
PORTFOLIO
TUGASAN FORUM
(17 read/s)
Nama : MD ALI BIN AB AZIZ
No.Kad Pengenalan : 740706-05-5147
No.Matriks : D20102046102
Semester : 3
Bidang pengajian : Bahasa Melayu ( sekolah rendah )
Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kepis Felda
72100 Bahau, Negeri Sembilan
Alamat E-mel : [email protected]
kepentingan semantik dalam P&P di sekolah.
Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ (D20102046102) Date posted : 28 Mar 2012 12:24:39 PM (13 read/s)
Salam satu malaysia, dalam memberi pendapat tentang kepentingan semantik didalam P&P di sekolah, saya berpendapat ia sangat penting terutama bagi meningkatkan mutu mata pelajaran bahasa melayu diperingkat rendah lagi.
Ia juga boleh memperkayakan pelajar kita dengan salah satu cabang ilmu dalam bahasa.
Pelajar kita juga akan terdedah dengan makna sesuatu kata dan mahir mentafsir sesuatu kata dan ini boleh mengelakkan kekeliruan dan pelajar dapat menggunakan kata yang sesuai dengan setuasi. Terutama dalam membuat karangan dan juga pertuturan harian.
Re : KEPENTINGAN SEMANTIK 28 Mar 2012 12:39:48 PM
Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ
27 Mar 2012 08:33:11 PM
Reply To : Mohd Zamrin Bin Janhari Attachment : No File Attach
Saya bersetuju mengatakan bidang semantik amat penting dan diberikan penekanan yang sewajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini dapat diperhatikan dalam aspek penulisan yang memerlukan seseorang murid menghuraikan isi-isi yang diberi dengan gaya penulisan yang betul. Setiap ayat yang ditulis perlulah gramatis dan bermakna supaya penulisan yang dihasilkan bermutu dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Penguasaan aspek semantik mampu menjadikan seseorang murid itu menguasai pertuturan Bahasa Malaysia dengan baik dan sempurna
Re : Kepentingan Semantik28 Mar 2012 12:36:51 PM
Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ
21 Mar 2012 02:17:52 PM
24
Reply To : MAIZATUN BINTI MOHAMED NAZRI Attachment : No File Attach
Sememangnya bidang semantik dalam P&P amat penting bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru.Di mana ia akan memudahkan proses P&P Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran lain didalam kelas.
Re : kepentingan semantik dalam pnp 02 Apr 2012 10:00:07 AM
Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ
24 Mar 2012 04:29:25 PM
Reply To : Mohammad Erwan Bin Mohammad Tapsir
Attachment : No File Attach
Saya setuju dengan pandangan saudari, semantik merupakan satu bidang yang membantu kita membina dan melafaz ayat yang bermakna untuk dituturkan semasa berkomunikasi.Selain itu, ilmu semantik juga mengajarkan kita supaya memilih ayat, frasa yang bersesuaian dengan khalayak mengikut budaya masyarakat setempat kerana perkataan dan ayat bukan sahaja mempunyai makna tetapi makna tersebut berkait dengan makna perkataan dan ayat yang lain.. Pemilihan perkataan atau ayat yang tidak sesuai akan menyebabkan timbul masalah komunikasi dan perbezaan pemahaman.
Re : Kepentingan Semantik Dalam P&P 02 Apr 2012 10:11:41 AM
Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ
20 Mar 2012 04:12:40 PM
Reply To : Sarina Binti Huisei Attachment : No File Attach
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Umumnya semantik bermaksud makna perkataan. Amat penting bagi murid-murid mempelajarinya. Apabila kurang menguasai semantik akan menyebabkan penggunaan perkataan yang kurang tepat untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat.Ini seterusnya boleh menyebabkan orang lain yang mendengar akan mendapat maklumat yang salah atau kurang tepat.
Group Forum - Print Message ()
Re : kepentingan semantik dalam P&P Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ 16 Apr 2012 09:36:17 AM
25
Reply To : ROSLIN BIN TAHARUDDIN 13 Apr 2012 04:41:46 PM
Bidang semantik adalah bidang yang mengkaji makna kata. Pengguna harus menguasai bidang semantik untuk memahami makna kata dengan meluas dan tepat. Kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu belum tentu seseorang itu menguasai makna kata dengan baik. Kekeliruan dan salah tafsir terhadap makna kata mungkin boleh berlaku terutama pada perkataan banyak makna dan homonim dan juga disebabkan oleh sesuatu konteks atau situasi. Adakalanya, terdapat perkataan yang mempunyai banyak makna yang dijadikan jenaka, usik mengusik dan sebagainya dalam kehidupan. Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam membuat tafsiran terhadap makna kata supaya ia tidak menjadi sesuatu perkara yang boleh menampakan kelemahan diri kita sebagai penutur bahasa Melayu terutama dalam P&P.
Group Forum - Print Message ()
Re : Forum 1 Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ 17 Apr 2012 10:52:26 AM
Reply To : WAN HARTINI BINTI WAN HAMAT 13 Apr 2012 11:34:10 PM
Bidang ilmu semantik yang terus berkembang telah mengupas kaedah pemberian makna dengan melihat hubungan antara unsur-unsur yang membentuk makna perkataan. Struktur makna tersebut dikenali dengan sinonim, antonim, polisemi, hononim dan hiponim.Struktur makna ini amat penting dalam P&P,terutama bagi guru yang mengajar bahasa melayu supaya murid tidak keliru denganpenggnaan kata.
26