bml 3012

13
KURSUS: BML3012 SEJARAH BAHASA MELAYU KUMPULAN UPSI01(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON MOHD NOOR AZAM BIN AYUB D20112055134 0165426462 TUTOR E-LEARNING : Encik Razali bin Ayob TARIKH HANTAR : 9 NOVEMBER 2012 PORTFOLIO TUGASAN

Upload: ariputhiran-narayanan

Post on 14-Aug-2015

69 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

assigment

TRANSCRIPT

Page 1: Bml 3012

KURSUS: BML3012 SEJARAH BAHASA MELAYU

KUMPULAN

UPSI01(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

MOHD NOOR AZAM BIN AYUB D20112055134 0165426462

TUTOR E-LEARNING : Encik Razali bin Ayob

TARIKH HANTAR : 9 NOVEMBER 2012

PORTFOLIO TUGASAN

Page 2: Bml 3012

Buat satu kajian mengenai suku bangsa atau etnik dan hubunganya dengan rumpun

bahasa Melayu.

PENGENALAN

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Manakala definisi etnik mengikut kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan berkenaan

bangsa manusia. Oleh itu perkataan etnik bermaksud satu kelompok manusia yang

mempunyai cirri-ciri tertentu seperti agama, bahasa, keturunan, budaya atau asal usul

kebangsaan. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar cirri-ciri budayanya.

Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas dimana anggotanya

merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnik

sering berbeza dalam cirri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,

pandangan mengenai kecantikan, oreintasi poloitik, kegiatan ekonomi, dan hiburan. Di

Malaysia, orang Melayu, Jawa, Banjar, Patani, Bugis, Portugis dan pelbagai lagi dianggap

sebagai etnik.(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Manusia adalah mahkluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri melainkan mestilah

selalu berinteraksi dengan sesamanya. Untuk keperluan tersebut, manusia menggunakan

bahasa sebagai alat komunikasi sekaligus sebagai identiti kelompok. Hal ini dapat

dibuktikan dengan adanya kepelbagaian bahasa di dunia yang memiliki ciri-ciri unik yang

menyebabkan berbeza dengan bahasa lainnya. Apabila kita ingin mengetahui asal usul

sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa

tersebut. Hal ini demikian, kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat

penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi.

Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul

bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galur asal usul bangsa Melayu.

Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Justeru, beberapa sarjana

Eropah seperti Hendrick Kern(Belanda) dan Robert Von Heine Geldern(Austria) telah

melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat

Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok

Austronesia iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang

kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan

akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500

1

Page 3: Bml 3012

tahun sebelum masihi. Kira-kira 1500 tahun sebelum masihi, datang pula gelombang

kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang

subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka

menyebabkan orang Melayu Proto berpindah ke kawasan pendalaman. Hal demikian,

berdasarkan teori tersebut Melayu Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada

pada masa kini.

Dari aspek bahasa pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang berasal dari

rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal dari

keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat

kelompok yang kecil iaitu :

Bahasa-bahasa kepulauan Melayu atau bahasa Nusantara

Bahasa-bahasa Polinesia

Bahasa-bahasa Melanesia

Bahasa-bahasa Mikronesia

Saya Mohd Noor Azam bin Ayub. Saya berasal dari Batu Kurau, Perak. Ayah saya

bernama Ayub bin Shaari. Beliau berasal dari Titi Serong, Parit Buntar. Manakala ibu

saya bernama Norziha binti Mat Desa. Beliau berasal dari Batu Kurau, Perak dan

berketurunan keturunan Pattani. Di sebabkan keluarga saya menggunakan bahasa

Melayu dalam hubungan kekeluargaan, menyebabkan bahasa atau dialek Pattani tidak

dapat dikuasai dengan baik oleh saya dan adik-beradik yang lain. Menerusi kajian ini saya

cuba kemukakan tentang etnik Melayu keturunan Pattani yang ada kaitannya dengan

bahasa dan rumpun Melayu.

ETNIK MELAYU KETURUNAN PATTANI DI MALAYSIA

Masyarakat Malaysia terkenal kerana sifat majmuknya. Salah satu golongan etnik ialah

orang Melayu keturunan Pattani. Seperti golongan etnik yang lain, orang Melayu

keturunan Pattani mempunyai sejarah yang tersendiri di Malaysia. Orang Melayu

keturunan Pattani juga tergolong dalam rumpun bangsa Melayu. Walaupun begitu, tidak

banyak maklumat tentang masyarakat ini, tidak seperti orang Jawa yang lebih dikenali.

Asal-usul kedatangan Melayu Pattani di Batu Kurau. Batu Kurau merupakan salah

2

Page 4: Bml 3012

sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar

Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu

Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke

Batu Kurau.

Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila

pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang

Pattani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati

sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan

kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar

di jajahan Larut (Taiping).

Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada

seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau

(berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada

beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak

hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk

muara di Kuala Kurau, di daerah Kerian.

Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan

Pattani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan

Thailand. Sememangnya orang Pattani suka memilih tempat yang strategik untuk

membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan

menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata

sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam

padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti

durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya. Sementara lata yang mengalir ke

sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Melayu

keturunan Pattani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi

satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah :

3

Page 5: Bml 3012

Ayun pak pek pak pong,

Gulai asam pedas,

Pakai baju tampung,

Lenggang bagai duras,

Duras buaya kampung,

Hilir-hilir mudik,

Mana kampung kita, Balik sana bukit!

Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi

seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu keturunan

Pattani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Melayu keturunan Pattani juga tinggal di

Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.

Sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.

Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham

Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-

1974) yang berasal dari Kampung Batu 16, Batu Kurau. Selain itu, Allahyarham Tuan Haji

Muhammad Saman Bin Muhammad yang lebih dikenali sebagai Haji Mat Saman Kati

(1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama

terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

Nama-nama Penghulu mukim Batu Kurau dari zaman dahulu hingga sekarang

adalah seperti berikut :

1. Tok Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Pattani (1859-1867)

2. Wan Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)

3. Tok Semanggik B. Wan Musa (1882-1887)

4. Wan Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889)* Satu-satunya Penghulu kaum wanita

5. Mohd. Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)

6. Hj. Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1896-1897)

7. Hj. Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)

8. Raja Chik Abd. Hamid B. Raja Hj.Yahaya;Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)

9. Raja Hj.Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)

10. Raja Shahbuddin B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna (1908-1910)

11. Hj. Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)

12. Mohd. Sulaiman B. Salleh (1914-1919)

4

Page 6: Bml 3012

13. Mohd. Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)

14. Pandak Abd. Karim B. Doya; Tok Rakna Bongsu (1931-1936)

15. Mat Piah B. Abdullah (1937-1946)

16. Hj. Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)

17. Raja Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)

18. Meor Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)

19. Raja Ismail B. Raja Ahmad Tajuddin (1963-1969)

20. Megat Amir B. Megat Yahia (1969-1971)

21. Wan Abdullah B. Wan Im (1972-1974)

22. Abd. Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)

23. Zolkapli B. Adnan (1980-1987)

24. Hj.Tun Yaacob B. Hj.Tun Abd. Raffar (1988-1993)

25. Zolkapli B. Adnan (1994-2006)

26. Zulkhalil B. Hj. Ahmad Razali (2007)

Batu Kurau mempunyai lebih dari seratus buah kampung, dan diantaranya ialah :-

1. Kampung Batu 14

2. Kampung Batu 15

3. Kampung Batu 16

4. Kampung Batu 20

5. Kampung Pantai Besar Ulu

6. Kampung Sungai Ara

7. Kampung Gudang

8. Kampung Relang

9. Kampung Jelai

10. Kampung Air Hitam

11. Kampung Pondok Quin

12. Kampung Bukit Bertam

13. Kampung Changkat Perah

14. Kampung Titi Kasai

15. Kampung Jabi

16. Kampung Repoh

17. Kampung Sempeneh Cempaka

5

Page 7: Bml 3012

18. Kampung Anak Kurau

19. Kampung Perak

20. Kampung Ulu Sepetang

21. Kampung Pondok Tanjung

22. Kampung Changkat Lobak

23. Kampung Padang Lalang

24. Kampung Sungai Akar

25. Kampung Cherok Pelanduk

26. Kampung Changkat Mesjid

27. Kampung Changkat Madrasah

28. Kampung Becah

29. Kampung Simpang Empat

30. Kampung Simpang Empat Tengah

31. Kampung Anak Kurau Seberang

32. Kampung Sempeneh Seberang

33. Kampung Perak

34. Kampung Titi Kasai Tengah

35. Kampung Lilin

36. Kampung Cherok Kelian

37. Kampung Batu 14 1/2

38. Kampung Batu 15 1/2

39. Kampung Changkat Semambu

40. Kampung Pantai Besar Ijok

41. Kampung Pantai Besar Batu Kurau

42. Kampung Bawah Gunung

43. Kampung Changkat Larah

Orang kampung saya dan kampung di mukim Batu Kurau boleh dikatakan

semuanya berketurunan Melayu Pattani. Tanyalah sesiapa sahaja yang lahir di Batu

Kurau. Sebahagian besar akan mengatakan, 'Aku Melayu Pattani'.

Orang Melayu di kampung saya bertutur dalam loghat Melayu Pattani, yang tidak

banyak bezanya dengan dialek Melayu Kelantan. Namun pada masa ini banyak

perkataan Melayu Pattani tidak digunakan oleh generasi muda, terutama yang lahir

selepas merdeka.

6

Page 8: Bml 3012

Lama-kelamaan perkataan Melayu Pattani tidak pernah digunakan lagi, kecualilah

dituturkan oleh orang tua di kampung yang terletak jauh sedikit dari pekan.

HUBUNGAN KEKERABATAN DENGAN BAHASA MELAYU

Pengaruh perkataan dialek Pattani dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis kata

seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Dulu, perkataan seperti ;

Geno = Bagaimana

Kelik = Balik

Cakong = Bertinggung

Kerawak = Memanjat

Jalaen = Jalan

Eir tejung = Air terjun

Hitei = Lihat/tengok

Patei Besar = Pantai Besar

Tinggi melayuk = Amat tinggi

Busuk kehong = Amat busuk

Pecut bedesuk = Pecut laju

Seghenok = Seronok

Oghang tina = Perempuan

Oghang jetan = Lelaki

Dalaen = Dalam

Buleh = Boleh

Perkataan tersebut semakin tidak digunakan. Generasi sekarang berasa malu

menggunakan perkataan itu sewaktu berbual dengan kawan-kawan mereka di sekolah.

Loghat Melayu Pattani digunakan hanya sesama keluarga di rumah.

Saya mengutip beberapa contoh perbualan yang biasa digunakan oleh orang

kampung saya seperti yang dirakamkan di bawah:

Page 9: Bml 3012

1. Geno, mu tak klik ke Hari Raya ni.

Ayat Bahasa Melayu =Bagaimana kamu tidak balikkah pada Hari Raya ini.

7

2. Lekas hambat bewak sat ge dia kerawak pokok.

Ayat Bahasa Melayu =Lekas kejar biawak itu, nanti dia memanjat pokok.

3. Mu dok kat mana?

Ayat Bahasa Melayu =Di manakah kamu tinggal?

4. Mu ni koring dan berselepor dan serobow.

Ayat Bahasa Melayu =Mulut kamu selekeh, dengan muka bercalar-calar dan

pengotor sekali.

Inilah serba sedikit yang dapat saya catatkan tentang daerah Batu Kurau yang didiami

oleh orang Melayu keturunan Pattani. Kini Pattani menjadi sebahagian daripada tanah

kerajaan Thailand.

KESIMPULAN

Secara umumnya etnik Melayu keturunan Pattani di Batu Kurau yang telah dibincangkan

di atas dapat dijelaskan pengaruh bahasa dan kekerabatannya dengan bahasa Melayu.

Perbincangan dan kajian tentang perkara-perkara tersebut dapat memberikan kita

pengetahuan tentang etnik Melayu keturunan Pattani di Malaysia. Amat sukar untuk

mendapat sumber berkenaan etnik Melayu Pattani di Malaysia jika disbandingkan dengan

etnik Jawa yang mendapat perhatian yang meluas daripada pengkaji sejarah Bahasa

Melayu. Di sini saya ingin mencadangkan agar para pengkaji sejarah Bahasa Melayu

membuat kajian tentang etnik Melayu keturunan Pattani di Malaysia dan kekerabatannya

dengan Bahasa Melayu. Ini kerana loghat Melayu keturunan Pattani di Malaysia ada

unsur kekerabatan dengan Bahasa Melayu.