bmk3043

2
Bahasa adalah imej yang melambangkan keperibadian dan ketinggian budaya bangsa, Bahasa adalah imej yang melambangkan keperibadian dan ketinggian budaya bangsa, Masalah dalam penggunaan bahasa terutamanya bahasa rojak dilihat amat merunsingkan terutama di kalangan belia. Bahasa rojak merujuk kepada bahasa bercampur-aduk yang digunakan dalam tulisan dan lisan. penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah hingga merosakkan kekuatan bahasa Melayu. penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Kebanyakan filem, drama, dan rancangan hiburan yang disiarkan di negara kita menonjolkan pelakon, pengacara dan peserta yang menggunakan bahasa rojak untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Fenomena penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat hendaklah dikekang. Pihak yang perlu memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan betul semasa berkomunikasi dengan anak-anak di rumah sejak anak-anak mereka kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter. Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah. Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya

Upload: itastefa

Post on 02-May-2017

216 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMK3043

Bahasa adalah imej yang melambangkan keperibadian dan ketinggian budaya bangsa,

Bahasa adalah imej yang melambangkan keperibadian dan ketinggian budaya bangsa, Masalah dalam penggunaan bahasa terutamanya bahasa rojak dilihat amat merunsingkan terutama di kalangan belia.

Bahasa rojak merujuk kepada bahasa bercampur-aduk yang digunakan dalam tulisan dan lisan.

penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa.

Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah hingga merosakkan kekuatan bahasa Melayu.

penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Kebanyakan filem, drama, dan rancangan hiburan yang disiarkan di negara kita menonjolkan pelakon, pengacara dan peserta yang menggunakan bahasa rojak untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Fenomena penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat hendaklah dikekang. Pihak yang perlu memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan betul semasa berkomunikasi dengan anak-anak di rumah sejak anak-anak mereka kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. 

Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.