bmk 3043 seni mengarang

16
i. Pengenalan Kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku di premis-premis awam sangat membimbangkan. Kesalahan bahasa sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hokum tatabahasa yang tepat. Kesalahan bahasa yang dikenal pasti sering berlaku bukan sahaja salah dari segi ejaan namun terdapat juga kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan sebagainya. Kesalahan bahasa ini jika tidak diambil serius akan mendatangkan keburukan kepada generasi muda khususnya selain akan merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Kesalahan bahasa dari sudut ejaan dan kosakata dalam bahasa Melayu di tempat awam boleh menyebabkan salah faham dan boleh menjadi bahan lawak jenaka. Bagi pelajar yang baru belajar mengeja atau orang asing yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kesalahan seperti di bawah ini akan mengelirukan mereka dan boleh menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Senario yang sering berlaku sekarang adalah penggunaan bahasa rojak, separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris. Keadaan ini menjadi budaya yang semakin menular di dalam industri pengiklanan. Wujud juga senario baharu apabila pihak syarikat iklan lebih cenderung

Upload: ahmad-nazri

Post on 17-Aug-2015

107 views

Category:

Internet


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmk 3043 seni mengarang

i. Pengenalan

Kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku di premis-premis awam sangat

membimbangkan. Kesalahan bahasa sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari.

Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hokum tatabahasa yang tepat.

Kesalahan bahasa yang dikenal pasti sering berlaku bukan sahaja salah dari segi ejaan namun

terdapat juga kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing,

struktur ayat yang tidak tepat dan sebagainya. Kesalahan bahasa ini jika tidak diambil

serius akan mendatangkan keburukan kepada generasi muda khususnya selain akan

merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Kesalahan bahasa dari sudut ejaan dan kosakata dalam bahasa Melayu di tempat awam

boleh menyebabkan salah faham dan boleh menjadi bahan lawak jenaka. Bagi pelajar yang baru

belajar mengeja atau orang asing yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing,

kesalahan seperti di bawah ini akan mengelirukan mereka dan boleh menyebabkan mereka

melakukan kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Senario yang sering berlaku sekarang

adalah penggunaan bahasa rojak, separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris.

Keadaan ini menjadi budaya yang semakin menular di dalam industri pengiklanan. Wujud

juga senario baharu apabila pihak syarikat iklan lebih cenderung untuk mempromosikan

produk mereka dalam bahasa asing seperti bahasa Perancis semata-mata untuk menarik

perhatian pelanggan.

ii. Lokasi kajian.

Tempat yang telah kami jalankan pemerhatian adalah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, di

Taman Midah, Cheras, Taman Tenaga, Cheras, di Bahau, Negeri Sembilan, di Kampar Perak dan

di sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Page 2: Bmk 3043 seni mengarang

iii. Analisis kajian.

Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan

masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau

pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap

mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan

menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau

salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi

pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa

yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna.

Justeru, terdapat segelintir peniaga dan

pengiklan yang mencampuradukkan bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan

“bahasa rojak” pada papan tanda premis

mereka.betul. Penulis faham bahawa Cheras

sebuah bandar yang telah lama wujud. Semua

klinik ini tentunya didaftarkan sebelum tahun

1972, iaitu sebelum ejaan rumi baru bahasa

Melayu dilaksanakan. Mengikut Sistem Ejaan

Rumi Baru Bahasa Melayu, huruf “e” pada

perkataan “kelinik” hendaklah digugurkan.

Setelah 41 tahun sistem ejaan rumi baru

bahasa Melayu ini dilaksanakan, eloklah

sekiranya ejaan pada tanda nama klinik-klinik

ini ditukarkan kepada ejaan standard, iaitu

“Klinik Viswa”, “Klinik Yuen” dan “Klinik

Chin”. “Pasar Mini Sri Devanartan”. Penggunaan

Hukum DM pada papan tanda nama kedai ini

2

Page 3: Bmk 3043 seni mengarang

tepat dan betul. Berlainan pula halnya dengan “Amies Mini Market”. Papan tanda nama kedai

ini

hendaklah ditukarkan kepada “Pasar Mini Amies”. “Davana Collection”

sepatutnya dinamakan “Koleksi Davana”.Terdapat kesalahan ejaan pada

papan tanda kedai “Halim Motor: Membaiki Motorsikal”. Ejaan “motorsikal”

salah. Ejaan yang betul ialah “motosikal”. Penulis mencadangkan kedai ini

dinamakan “Kedai Membaiki Motosikal Halim”.

“Perabot kualiti” dan “sofa kualiti” terpampang pada sebuah kedai menjual perabot dan sofa.

Penulis mencadangkan supaya dibuat sedikit penambahan supaya maksudnya lebih jelas, iaitu

“perabot berkualiti” dan “sofa berkualiti”. “Syarikat Elektronik Seng Seng” mengutamakan

bahasa Melayu, menggunakan Hukum DM yang tepat dan mengeja betul perkataan

“elektronik”. “Gaya Lebih Mewah”. Tahniah kepada premis ini kerana mengutamakan bahasa

Melayu. Terdapat juga tulisan Cina yang ditulis kecil sedikit. Yang perlu dibetulkan ialah

perkataan “kraftangan” yang sepatutnya ditulis dua perkataan – kraf tangan.

“Restoran Rumah Atap” dan “Kedai Makanan dan Minuman Xiang Ting” adalah dua buah kedai

makanan Cina. Sudah pasti pelanggannya adalah masyarakat berbangsa Cina. Namun begitu,

pemiliknya lebih mengutamakan bahasa Melayu kerana yakin bahawa kaum Cina juga

memangmemahami bahasa Melayu. Restoran “mamak” ada di mana-mana sahaja. Mereka

menggunakan strategi yang baik bagi menarik pelanggan. Perkataan “maju” pada nama restoran

memang menjadi semacam satu kemestian bagi restoran “mamak”. Sesuai dengan nama restoran

3

Page 4: Bmk 3043 seni mengarang

ini – Restoran Rezeki Maju – pemiliknya yakin bahawa pelanggan membawa rezeki, lalu

menjadikan restorannya maju.

“Kedai Kopi Sin Gee Heng” tentulah dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina. Lihatlah, pemiliknya

mengutamakan bahasa Melayu pada papan tanda nama kedainya. “Pusat Tuisyen Mercu

Gemilang” pasti menjadi tarikan pelajar untuk belajar tambahan di sini. Mercu gemilang sudah

tentu menjadi harapan bagi semua pelajar. Penggunaan nama pusat ini memang sesuai dan

menarik.

Beberapa buah taman perumahan dan nama jalan mempunyai tarikan kerana pemilihan

kata yang sesuai. Antaranya, termasuklah Taman Simpang Setia, Taman Simpang Sentosa,

Taman Kota Jaya, Susur Simpang, Taman Sg. Mas dan Taman Kaya. Tentulah seronok jika

penulis pun tinggal di Taman Kaya. Bagi penulis, pemilihan nama Taman Kaya sangat luas

pengertiannya. Penduduk di taman ini tidak semestinya kaya harta benda. Mungkin mereka kaya

sopan-santun, kaya budi bahasa dan kaya budi pekerti.

4

Page 5: Bmk 3043 seni mengarang

DBP menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan,

syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Kini,

panduan tersebut dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP (http://www.dbp.gov.my) . Jadi,

manfaatkanlah dan jangan sia-siakan teknologi di tangan anda

Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan

masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau

pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap

mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan

menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau

salah penggunaan bahasa

Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama

peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada

papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir

peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau

menjadikan “Bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.

Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:

i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”

ii. “Goreng Pisang Panas “ sepatutnya “Pisang Goreng Panas “ iii. “Perlantikan”

sepatutnya “Pelantikan “

iv. “Kedai Kerinting Rambut” sepatutnya “Kedai Keriting Rambut “

5

Page 6: Bmk 3043 seni mengarang

Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa

Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za‟ba dalam

buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian

banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda,

Parsi, Arab, Cina dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang

tidak setara dengan terjemahan Bahasa Melayu yang disertakan.

Antaranya ialah perkataan „masuk‟ dan “way in”. “Way in” jika

diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah “jalan masuk”.

Selain itu, dalam ayat “kawalan sprinkler injap dan pam”, diterjemahkan sebagai

“sprinkler control valves and pumps” menunjukkan bahawa perkataan Bahasa Inggeris

“sprinkler” dikekalkan dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya

digunakan ialah “perenjis”. Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah: a) Ayat

sumber,

TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN

Ayat sasaran,

PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON b)

Ayat sumber

Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick

Weld. Jalan barud ibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah

pada tahun 1880an.

Penulis ingin menyatakan rasa bangga dan tahniah kepada semua pemilik pasar mini ini kerana prihatin terhadap

bahasa Melayu. Mereka tidak keliru seperti yang penulis perhatikan di tempat lain, yang kebanyakannya

menggunakan nama “mini market” bagi “pasar mini”.

6

Page 7: Bmk 3043 seni mengarang

Beberapa perkataan pada papan tanda nama kedai “Mohamad Hashim Enterprise” perlu

dibetulkan. “Kraftangan” hendaklah ditulis “kraf tangan”, “casing” perlu diterjemahkan menjadi

“sarung”, “ubatan tradisional” sepatutnya “ubat-ubatan tradisional” dan “catering” menjadi

“katering”.

“Butik Intan Ridzuwanna” sedap sebutannya. Intan Ridzuwanna bijak memilih nama bagi premisnya. Perkataan “butik” bagi menggantikan perkataan “kedai” menampakkan kesesuaian bagi perniagaan yang diusahakan. “Warong Kek Jaya” pun menarik juga. Perkataan “warong” sesuai digunakan dan dapat menarik perhatian pelanggan.

“Kedai Bahan-bahan Bakeri Sri Si Manis” nampak menarik dan indah namanya. Yang perlu

dibetulkan ialah perkataan “sri” yang sepatutnya dieja “seri”.

7

Page 8: Bmk 3043 seni mengarang

“Restoran Talang”, “Restoran Shah Reena” dan “Restoran Insan Murni” menggamit pelanggan. Tiada masalah bagi nama kedai makanan yang kelihatan menarik ini.

8

Page 9: Bmk 3043 seni mengarang

iv. Perbincangan dan kesimpulan

Daripada kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa

kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut:

Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah Agak Baik

Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding

dengan jumlah penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai

aspek penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati

disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan penggunaan

frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul mengikut sistem

bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang digunakan dipengaruhi oleh

bentuk bahasa Inggeris.

Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan

Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris

sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan

bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan ini

merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku

mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping

kerana Bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.

v. Cadangan dan Implikasi kajian.

Bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa ini, terdapat pelbagai cara yang telahdikenal

pasti. Antaranya ialah:

1. Kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang khas berkenaan kesalahan

bahasa, supaya mereka yang masih menggunakan papan tanda atau notis yang terdapat

kesalahan bahasa dapat didakwa.

9

Page 10: Bmk 3043 seni mengarang

2. Satu panel khas yang menguruskan kelulusan papan-papan tanda dan notisharus

diwujudkan agar papan tanda atau sesuatu notis yang ingin dikeluarkan itu telah

seratus peratus betul penggunaan bahasanya.

3. Pihak media harus memberitahu orang ramai tentang kesalahan Bahasa yang sering

digunakan oleh pihak pengiklanan supaya orang ramai lebihprihatin akan masalah ini

dan menggesa untuk membetulkannya.

4. Pihak pengiklanan sendiri seharusnya menhambil tindakan segera jikamendapati

papan iklan mereka mempunyai kesalahan bahasa.

5. Kempen kesedaran juga seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan supayasetiap lapisan

masyarakat menyedari keindahan dan kepentingan Bahasa Melayu

6. Pihak berkuasa tempatan juga sepatutnya melakukan rondaan, jika terdapat kesalahan

bahasa pada sesuatu papan tanda, amran keras harus diberi dan jika masih tiada tindakan

diambil, papan tanda tersebut haruslah diturunkan dengan kadar yang segera.

7. Bagi pihak pengiklanan, sebelum sesuatu papan-papan tanda itu dinaikkan mereka harus

mendapat kelulusan dari Majlis Daerah. Majlis Daerah juga harus memastikan papan

tanda tersebut tiada kesalahan bahasa.

vi. Cadangan kajian selanjutnya.

Untuk meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu

dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan

yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu dipamerkan

kepada masyarakat.

Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis

masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk

menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan Bahasa

kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan.

Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan

supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan

memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa

10

Page 11: Bmk 3043 seni mengarang

kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa kebangsaan

dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek dengan pihak

berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa

yang terdapat di Dewan Bahasa. dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya.

Perkhidmatan itu boleh dibuat secaralangsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa

dan Pustaka, atau membuat rujukanmelalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my

PENUTUP

Penggunaan bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia

wujuddalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam

bahasaInggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam

kalanganpelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam

masa yangtidak panjang.

Semua pihak – pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan

pihakberkuasa bahasa kebangsaan – harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi

negarayang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan

tandanama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu

dilakukanuntuk panduan dan pengetahuan awam..

vii. Rujukan.

Ab. Rahman Ab. Rashid. Yap Kim Fatt. Ab. Rahim selamat. (1997). Pengajian Melayu 1. Selangor:Pearson Longman. Hajah Noresah Baharom. (2002). Kamus dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Goay Teck Chong. Choo Say Tee. (2009). Zainuddin Ahmad. Bahasa Melayu 1. Selangor:

Pearson Longman. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford Fajar

11

Page 12: Bmk 3043 seni mengarang

Nik Safiah karim. Farid M.Onn. Hashim Haji Musa. Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12