documentbm

22
DALAM konteks Malaysia, perancangan taraf bahasa melibatkan upaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Penetapan bahasa Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia didasarkan pada penerimaan kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam Melayu sejak zaman Sriwijaya dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di pelbagai pusat tamadun Melayu di rantau Asia Tenggara. Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan pada dasar negara yang dikenal sebagai Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu dua daripada beberapa dasar penting dalam proses pembinaan negara. Sebagai maklumat asas, proses pembinaan negara diperlukan oleh negara yang baru mencapai kemerdekaan untuk membentuk acuan dan sifat kenegaraannya dalam pelbagai bidang utama tamadun negara baharu itu. Kedua-dua dasar kenegaraan itu, bersama-sama dengan satu dasar lain, iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan mewakili aspek dalaman atau aspek kerohanian rakyat Malaysia, iaitu aspek yang menayangkan pandangan sarwa, sistem nilai, pemikiran dan adab bangsa. Dasar-dasar itu, bersama-sama dengan dasar lain dalam bidang yang mewakili aspek jasmaniah atau fizikal, iaitu Dasar Ekonomi Baharu (kemudian Dasar Pembangunan Nasional dan kini Model Ekonomi Baharu) menjadi tonggak proses pembinaan negara kita sebagai negara yang berdaulat dan berjati diri sendiri. Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan undang-undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan. Akta Pendidikan (mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996) pula berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Badan yang diberi amanah secara khusus merancang bahasa Melayu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (nama asalnya ialah

Upload: hueyying

Post on 22-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Page 1: DocumentBM

DALAM konteks Malaysia, perancangan taraf bahasa melibatkan upaya menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Penetapan bahasa

Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia didasarkan pada penerimaan

kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam Melayu sejak

zaman Sriwijaya dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di pelbagai pusat tamadun

Melayu di rantau Asia Tenggara.

Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu

diasaskan pada dasar negara yang dikenal sebagai Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan, iaitu dua daripada beberapa dasar penting dalam proses

pembinaan negara. Sebagai maklumat asas, proses pembinaan negara diperlukan oleh

negara yang baru mencapai kemerdekaan untuk membentuk acuan dan sifat

kenegaraannya dalam pelbagai bidang utama tamadun negara baharu itu.

Kedua-dua dasar kenegaraan itu, bersama-sama dengan satu dasar lain, iaitu Dasar

Kebudayaan Kebangsaan mewakili aspek dalaman atau aspek kerohanian rakyat Malaysia,

iaitu aspek yang menayangkan pandangan sarwa, sistem nilai, pemikiran dan adab bangsa.

Dasar-dasar itu, bersama-sama dengan dasar lain dalam bidang yang mewakili aspek

jasmaniah atau fizikal, iaitu Dasar Ekonomi Baharu (kemudian Dasar Pembangunan

Nasional dan kini Model Ekonomi Baharu) menjadi tonggak proses pembinaan negara kita

sebagai negara yang berdaulat dan berjati diri sendiri.

Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan undang-undang

negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan. Akta

Pendidikan (mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996) pula

berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem

pendidikan negara. Badan yang diberi amanah secara khusus merancang bahasa Melayu

ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (nama asalnya ialah Balai Pustaka), dengan berdasarkan

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (mulanya Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan

kemudian Akta Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Pindaan dan Peluasan 1995).

Sebagaimana yang telah saya sebut dalam makalah keluaran Januari 2011, perancangan

bahasa di Malaysia melibatkan dua aspek utama, iaitu perancangan taraf bahasa dan

perancangan korpus bahasa. Perancangan taraf bahasa meliputi semua upaya menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama

Page 2: DocumentBM

pendidikan, iaitu sebagaimana yang telah dibincangkan di atas tadi. Setelah mantap

penetapan taraf tersebut, maka upaya ditumpukan pula pada aspek perancangan korpusnya

pula. Dalam perancangan korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua strategi

pula, iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa.

Pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa Melayu daripada sudut

korpus bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras

bahasa untuk memungkinkan bahasa itu dapat memainkan peranan sebagai wahana

komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara.

Pengembangan bahasa pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang

dibina korpusnya itu kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam, sektor

pendidikan, sektor swasta dan sektor antarabangsa.

Perancangan bahasa di Malaysia, sebagaimana yang telah saya sentuh lebih awal, secara

rasmi telah bermula satu tahun sebelum kemerdekaan apabila Jawatankuasa Pelajaran

Razak (1956) merumuskan usul-usul ke arah pembentukan dasar dan sistem pendidikan

kebangsaan, dengan bahasa Melayu sebagai salah satu tonggaknya, iaitu sebagai bahasa

penghantar utama. Usul Jawatankuasa Razak berserta usul penegasan Jawatankuasa

Rahman Talib (1960) telah dijadikan asas Akta Pelajaran 1961 yang selama puluhan tahun

menjadi asas pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara ini.

Malah Akta Pendidikan 1996 yang menggantikan Akta Pelajaran 1961 bukan sahaja

mengekalkan tetapi memperteguh semangat yang diusulkan oleh Penyata Razak, iaitu

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan di

negara ini. Oleh sebab itu, apa-apa sahaja dasar atau pelaksanaan yang berkaitan dengan

sistem pendidikan tidak sewajarnya mengetepikan dasar induk tentang taraf bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama itu. Tambahan pula, peruntukan Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan tentang takrif bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi turut

meliputi penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, selain dalam bidang

pentadbiran dan undang-undang. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut

Bahasa pada tahun itu juga, yang merupakan usaha perancangan bahasa yang dilakukan

oleh Kerajaan untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi bagi

pembinaan negara.

Page 3: DocumentBM

Sehingga kini, sudah lebih setengah abad negara kita membangun dengan berasaskan

bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi utamanya, terutama dalam bidang pentadbiran

dan pendidikan, dan secara beransur-ansur dalam bidang undang-undang dan kehakiman

serta swasta. Apabila dalam Wawasan 2020 diungkapkan gagasan pembinaan negara maju

dengan berteraskan acuan sendiri, maka peranan bahasa Melayu sebagai wahana

komunikasi pembangunan haruslah difahami dan diiktiraf sebagai salah satu unsur penting

dalam pemenuhan gagasan itu. Pembangunan yang berteraskan acuan sendiri membawa

erti menjadikan budaya setempat sebagai unsur atau ciri utama pengisian kegiatannya, dan

dalam konteks budaya, bahasa adalah tunjangnya.

Pencapaian yang masih belum cukup memuaskan dalam hal pelaksanaan bahasa Melayu

sebagai wahana jentera pentadbiran negara di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan

negeri dan badan berkuasa awam perlu diatasi dengan meningkatkan kuat kuasa undang-

undang pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, selaras dengan peruntukan

dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlu ada keseimbangan antara usaha dakwah bahasa,

iaitu pengembangan bahasa melalui bidang pendidikan dan pelbagai usaha pengembangan

seperti kursus bahasa dengan usaha penguatkuasaan undang-undang bahasa kerana tabii

manusia bergantung pada kedua-dua strategi itu.

Demkian juga, isu taraf dan kedudukan bahasa Melayu yang belum benar-benar

memuaskan dalam konteks menjelmakan citra negara melalui pelbagai majlis dan acara

rasmi negara perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan agar kejayaan sejumlah negara

maju di dunia meningkatkan taraf bahasa negara mereka seiring dengan kemajuan negara

dapat dijadikan contoh. Yang tidak kurang pentingnya ialah sikap dan pendirian yang tekal

dalam mempertahankan kedudukan dan pelaksanaan bahasa Melayu dalam bidang

pengilmuan masyarakat, khususnya melalui sistem pendidikan negara, baik pada peringkat

persekolahan mahupun pada peringkat pengajian tinggi.

Page 4: DocumentBM

Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

Istilah perancangan bahasa berkaitan dengan usaha merancang sesuatu bahasa daripada segi taraf dan sistem bahasa itu. Perancangan bahasa mula menjadi bahagian dalam disiplin linguistik, khususnya sosiolinguistik (ilmu bahasa yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat) pada awal tahun 1970-an walaupun proses perancangan bahasa telah berlangsung lama sebelum itu.

Dalam konteks Malaysia, perancangan bahasa daripada segi taraf melibatkan upaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Perancangan bahasa daripada segi sistemnya pula melibatkan pembakuan ejaan, sebutan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa. Penetapan bahasa Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia didasarkan pada penerimaan kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam Melayu sejak zaman Sriwijaya dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di pelbagai pusat tamadun Melayu di rantau Asia Tenggara.

Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan pada Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu dua daripada beberapa dasar penting dalam proses pembinaan negara, iaitu proses yang diperlukan oleh negara yang baru mencapai kemerdekaan untuk membentuk acuan dan sifat kenegaraannya. Kedua-dua dasar kenegaraan itu, bersama-sama dengan satu dasar lain, iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan mewakili aspek dalaman atau aspek kerohanian rakyat Malaysia, iaitu aspek yang menayangkan pandangan sarwa, sistem nilai, pemikiran dan adab bangsa. Dasar-dasar itu, bersama-sama dengan dasar lain dalam bidang yang mewakili aspek jasmaniah atau fizikal, iaitu Dasar Ekonomi Baru (kemudian Dasar Pembangunan Nasional) menjadi tonggak proses pembinaan negara yang telah disebut sebelum ini.

Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan undang-undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan, sementara Akta Pendidikan (mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996) berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Badan yang diberi amanah secara khusus merancang bahasa Melayu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan berdasarkan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (mulanya Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan kemudian Akta Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Pindaan dan Peluasan 1995).

Setelah mantap penetapan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, maka upaya ditumpukan pula pada aspek perancangan sistem atau korpus bahasa. Dalam perancangan korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua strategi pula, iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa.

Pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa Melayu daripada sudut sistem atau korpus bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa untuk memungkinkan bahasa itu dapat memainkan peranan sebagai wahana komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan

Page 5: DocumentBM

negara. Pengembangan bahasa pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang dibina korpusnya itu kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam, sektor pendidikan, sektor swasta dan sektor antarabangsa.

Perancangan bahasa di Malaysia, sebagaimana yang telah saya sentuh lebih awal, secara rasmi telah bermula satu tahun sebelum kemerdekaan apabila Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) merumuskan usul-usul ke arah pembentukan dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, dengan bahasa Melayu sebagai salah satu tonggaknya, iaitu sebagai bahasa penghantar utama. Usul Jawatankuasa Razak berserta usul penegasan Jawatankuasa Rahman Talib (1960) telah dijadikan asas Akta Pelajaran 1961 yang selama puluhan tahun menjadi asas pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara ini; malah Akta Pendidikan 1996 yang menggantikan Akta Pelajaran 1961 pun mengekalkan semangat yang diusulkan oleh Penyata Razak. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Bahasa pada tahun itu juga merupakan usaha perancangan bahasa yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi bagi pembinaan negara.

Sehingga kini, sudah lebih setengah abad Malaysia membangun dengan berasaskan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi utamanya, terutama dalam bidang pentadbiran dan pendidikan, dan secara beransur-ansur dalam bidang undang-undang dan kehakiman serta swasta. Dalam Wawasan 2020 (wawasan pembangunan negara Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya pada tahun 2020) ada diungkapkan gagasan pembinaan negara maju dengan berteraskan acuan sendiri. Maka peranan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi pembangunan haruslah merupakan salah satu unsur penting dalam pemenuhan gagasan itu. Pembangunan yang berteraskan acuan sendiri bererti menjadikan budaya setempat sebagai unsur atau ciri utama pengisian kegiatannya, dan dalam konteks budaya, bahasa adalah tunjangnya.

Page 6: DocumentBM

Perancangan Taraf Bahasa Melayu Sebelum Merdeka

Bagi zaman pertama, yakni sebelum tahun 1957, Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu berada di bawah penjajahan British. Kerajaan British tidak membuat sebarang dasar untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh itu usaha perancangan bahasa bersifat individu semata-mata. Usaha-usaha ini dijalankan oleh tokoh seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau merupakan orang Melayu yang pertama menyatakan pendiriannya sikap orang Melayu terhadap Bahasa Melayu. Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya telah menyebabkan mereka bertindak memajukan dan memperjuangkan kedudukannya dalam masyarakat Melayu di semenanjung Tanah Melayu. Kumpulan ini merupakan kumpulan guru dan wartawan Melayu menggunakan ruang akhbar untuk menyuarakan pandangan mereka. Fungsi dan perkembangan Bahasa Melayu seperti ejaan, sebutan, istilah, tatabahasa, perkamusan dan sebagainya sering dijadikan bahan perbincangan. Pertubuhan yang terlibat pula ialah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan bahasa (1888), Persaudaraan Sahabat Pena (1949), ASAS 50 (1950), Lembaga Bahasa Melayu (1950) dan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (1955). Kegiatan ini berlangsung dalam bentuk kongres, iaitu Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952), Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 (1954), dan Kongres Persuratan Melayu Ke-3 (1956). Antara perkara yang telah dicadangkan dalam ketiga-tiga kongres tersebut meliputi keperluan penggunaan tulisan Rumi bagi Bahasa Melayu, memorandum penubuhan Balai Pustaka, penyatuan Bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia, dan perkembangan Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan khususnya di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Perancangan Taraf Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Perkembangan perancangan Bahasa Melayu selepas tahun merdeka (1957) menyaksikan peningkatan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Perlembagaan ini hanya membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Akta bahasa Kebangsaan 1963 yang berkuatkuasa pada 11 April 1963 memperuntukkan pula mengenai tulisan bagi bahasa kebangsaan, bentuk angka dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Pada 1 Julai 1972, Akta bahasa Kebangsaan 1963/1967 diluluskan hasil semakan kepada Akta bahasa Kebangsaan tahun 1963 dan 1967. Akta ini menjelaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Akta-akta ini memberi taraf dan kedudukan undang-undang kepada Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disebabkan beberapa faktor seperti yang berikut (Raja Muktaruddin Raja Mohd. Dain, 1982:13):

Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca di Kepulauan Asia Tenggara sejak awal lagi. Oleh itu kaum bumiputera di daerah ini, walaupun menuturkan bahasa mereka sendiri, mereka menerima dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas sejak awal lagi kerana perhubungan yang dijalankan oleh penduduk daerah ini sejak dahulu lagi. Kegiatan perdagangan dan pengembangan agama melahirkan interaksi antara penduduk dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Page 7: DocumentBM

Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri sejarah, keetnikan, autonomi dan daya hidup. Bahasa Melayu mempunyai tradisi kesusasteraan bertulis sejak dulu lagi. Bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisannya tersendiri, bermula dengan tulisan Melayu kuno, sistem tulisan Jawi dan sekarang sistem tulisan rumi. Bahasa Melayu begitu fleksibel dan boleh menyerap unsur asing dan sifat ini membolehkan Bahasa Melayu maju.

Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar. Pada masa itu penutur Bahasa Inggeris hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja. Begitu juga halnya dengan kaum lain. Orang Cina mempunyai banyak dialek dan hal yang sama dengan orang India. Oleh itu tidak praktikal memilih bahasa lain kecuali Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu boleh diterima sebagai lambang untuk dijadikan identiti/jati diri kedaulatan negara. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, bahasa yang menyatukan rakyat.

Perancangan bahasa biasanya amat rapat dengan masalah sosiopolitik. Oleh itu ahli sosiologi dan ahli sains politik merupakan golongan pertama dikenal pasti dapat membantu perkembangan ini. Badan politik Melayu yang menjadikan isu bahasa sebagai bahan kempen, iaitu UMNO dengan lantang memperjuangkan keunggulan Bahasa Melayu di samping parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan nasionalisme lain seperti PAS, Kesatuan Melayu di Semenanjung, ASAS 50, Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PENA, Persatuan Pelajar-Pelajar Maktab Perguruan Bahasa, dan sebagainya. UMNO sebagai sebuah parti politik, telah menjadikan isu bahasa sebagai bahan kempen. UMNO telah memenangi pilihan raya dengan mempertahankan isu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Berikutan ini, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengumumkan penubuhan Balai Pustaka (kini DBP), iaitu Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan pada tahun 1956. ASAS 50 – sebuah pertubuhan karyawan seni yang memperjuangkan kepentingan Bahasa Melayu dari segi menentukan ejaan hingga kepada perjuangan memberi status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ASAS 50 telah memperjuangkan pemakaian tulisan rumi secara rasmi dan mencadangkan agar Balai Pustaka ditukar menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka 1956.

Laporan Pelajaran Razak 1956 mencadangkan penggunaan satu jenis sekolah yang menggunakan bahasa kebangsaan dan memperjuangkan supaya Bahasa Melayu diberikan nilai ekonomi. Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah bergerak sejak tahun 1955 dan telah juga turut dalam perjuangan menentukan kedudukan Bahasa Melayu. Persatuan Pelajar-Pelajar Maktab Perguruan Bahasa (PPBPM) tahun 1959 telah mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut supaya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di maktab perguruan. PENA yang ditubuhkan pada Februari 1961 telah memperjuangkan pelaksanaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK) turut berjuang melaksanakan kehendak perlembagaan seperti termaktub dalam Perlembagaan 152.

Satu akta untuk mendiri dan menubuhkan satu badan yang bernama Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggalakkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Akta ini hanya boleh dipakai di Malaysia Barat sahaja. Akta ini dinamakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 Akta 213 (disemak 1978). Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 Akta 930

Page 8: DocumentBM

(pindaan dan perluasan 1995) merupakan satu akta untuk meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, dan untuk memperluas akta tersebut, sebagaimana yang dipinda, ke negeri Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian 6A – Lembaga hendaklah menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan membentuk, mencipta dan membakukan istilah dalam bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran pada bulan Jun 1956 dan dikenali sebagai Balai Pustaka. Balai Pustaka kini dijadikan sebagai perbadanan di bawah Kementerian Pelajaran dan diberi nama baru, iaiatu Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Ogos 1959. Matlamat DBP yang ditetapkan oleh Seksyen 5(1) Ordinan 1959, dengan pindaan pada tahun 1972 adalah seperti yang berikut:

Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-

buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa

kebangsaan

Matlamat jangka panjang DBP ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Tugas DBP adalah untuk menimbulkan keyakinan orang ramai terhadap kecekapan Bahasa Melayu, terutama melalui pembinaan dan pengembangan korpus bahasa. Jelas, perancangan taraf Bahasa Melayu telah berjaya menentukan dasar yang harus diikuti oleh kerajaan dalam menentukan hala tuju dan pembangunan pendidikan yang seharusnya berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada bahasa utama setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini.

Page 9: DocumentBM

1. 1. Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957

hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan

Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang .Antara akta akta

berkaitan pelaksanaan bahasa melayu…

2.

2. 1.PERKARA152 PERLEMBAGAAN-Perkara 152

Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan

bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan

pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan

rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada

negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk

penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen

serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. -Melalui fasal

ini,bahasa melayu telah di berikan taraf istimewa berbanding bahasa-bahasa lain di

Malaysia dan di nobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan bagi

seluruh rakyat malaysia berbilang kaum. -Bahasa melayu mnjadi simbol identiti

masyarakat dan negara malaysia kerana bahasa melayu digunakan semua individu

yg menjadi warganegaranya khususnya dlm urusan rasmi negara. -disamping

itu,pelaksanaan dasar ini pnting dlm wujudkan persefahaman dlm kalangan rakyat

malaysia bagi mengelakkan timbul salah faham semasa interaksi antara kaum lain

3. AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959(PINDAAN 1995)

Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam

semua bidang termasuk sains dan teknologi;

Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau

penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk

kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;

Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai

dalam bahasa kebangsaan;

Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;

Page 10: DocumentBM

Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan

secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat

kuasa.

4. -Dewan bahasa kebangsaan ini turut disokong oleh seksyen 5 akta Dewan

Bahasa dan Pustaka 1959(disemak 1978) [akta 213] dan diperluas melalui akta

Dewan Bahasa dan Pustaka1995 -Tujuan akta ini adlh memperkukuh dan

memperkayakan bahasa kebangsaan. -melaui akta ini ,maka DBP sebagai sebuah

institusi yg diberi autonomi telah menyusun pelbagai program bagi membina dan

mengembangkan bahasa dan sastera melayu.Selain itu,DBP juga banyak

menerbitkan buku,khususnya buku sekolah dan buku ilmiah dlm bahasa

kebangsaan.

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (dikenali juga sebagai Akta 32) adalah suatu akta

yang ditubuhkan bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan

penggunaan bahasa kebangsaan. Ia mengandungi 9 seksyen iaitu dari tajuk ringkas,

pemakaian dan mula berkuat kuasa hinggalah ke seksyen terakhirnya iaitu

borang.Akta ini mengandungi 11 seksyen iaitu:-

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa.

2. Bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

3. Menggunakan terjemahan.

4. Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dilanjutkan.

5. Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dalam Parlimen dan Dewan

Undangan.

6. Teks yang sahih bagi undang-undang.

7. Undang-undang bertulis yang dikanunkan sebelum 1-9-1967.

8. Bahasa mahkamah.

9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan. 10. Bentuk angka 11Borang.

kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dlm

Akta Bahasa Kebangsaan 1967.Seksyen 2 akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

menghendaki bahasa kabangsaan digunakan untuk maksud rasmi. -Akta ini

menunjukkan bahasa semua urusan rasmi kerajaan ,sama ada urusan tersebut

dilaksanakan secara lisan atau tulisan,perlu menggunakan bahasa kebangsaan. -

Page 11: DocumentBM

Akta ini juga secara langsung menuntut agar bahasa melayu

dipelihara,dibina,diperkembangkan,dipupuk dan dibydayakan dlm semua situasi

rasmi

Pada tahun 1956,kerajaan berusaha untuk memdaulatkan bahasa Melayu menerusi

sistem pendidikan negara.Usaha ini dilaksanakan menerusi JAWATANKUASA

PELAJARAN RAZAK 1956. -ia menetapkan bahawa dasar pendidikan kebangsaan

adalah berteraskan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama -

usaha jawatan kuasa tersebut yg dikenali sebagai PENYATA RAZAK diperkukuhkan

lagi oleh JAWATANKUASA PELAJARAN ABDUL RAHMAN TALIB 1960.usaha ini

telah mnjadi ASAS Penggubalan AKTA PELAJARAN 1961 AKTA PENDIDIKAN

1996 Bahasa Kebangsaan Sebagai bahasa pengantar utama. 1-bahasa kebangsaan

hendaklah menjadi bhasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dlm

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN kecuali sekolah jenis kebangsaan yg

ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana2 institusi pendidikan lain oleh menteri

drpd subseksyen iniJika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi adalah selain

drpd bahasa kebangsaan,maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai

mata pelajaran wajib di institusi itu

-Selepas 35 tahun diluluskan pula AKTA PENDIDIKAN 1996.seksyen 17 dlm akta ini

masih mempertahankan kedududkan bahsa melayu sbg bahasa pengantar utama

dlm sistem pendididkan negara -akta ini pula umumnya masih mempertahankan

kedudukan bahasa melayu.walaubagaimanapun,perkataan KECUALI dlm akta ini

memberikan implikasi kpd bahasa melayu kerana sekolah jenis kebangsaan boleh

menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar pendidikan. -di

samping itu,institusi pendidikan yg tidak menggunakan bahasa melayu blh terus

menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar.

Dewan bahasa dan pustaka (DBP) ditubuhkan 22 JUN 1956 sebagai sebuah jabatan

dlm Kementerian Pelajaran.Pada tahun 1959 DBP dinaik taraf mnjadi sebuah badan

berkanun yg bermatlamat;

•Berusaha memajukan dan mengembangkan peristilahan bahasa Melayu.

•Bertanggungjawab menyelaraskan penggunaan istilah dan ejaan Bahasa Melayu

•Menyusun kamus am dan kamus istilah dalam berbagai-bagai bidang ilmu.

•Bertanggungjawab menyalurkan atau menyebarkan istilah baru secara berkesan

kepada semua pihak yang memerlukannya.

Page 12: DocumentBM

•Berusaha mengawasi penggunaan bahasa,khususnya penggunaan istilah dan

ejaan,di sektor awam dan swasta •.

Bagi mencapai matlamatnya,DBP melaksanakan banyak kegiatan kebahsaan.Tugas

pertama adalah memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan stlh

bahasa ini diterima sbg bahasa kebangsaan tungal . -DBP turut mencipta istilah2

baharu,menyediakan kamus,buku2 teks dan bahan bacaan trmasuk majalah dan

risalah2 bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan. -DBP juga mengusahakan satu

sitem ejaan baharu bersama indonesia

BM moden pascamerdeka mengutamakan perancangan bahasa iaitu usaha

memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju. Perancangan bahasa telah

dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) setelah ditubuhkan pada 22

Jun 1956. DBP berperanan untuk memajukan bahasa kebangsaann dan

kesusasteraan, mencetak dan menerbitkan buku, menyusun dan menerbitkan kamus

dan menyeragamkan sebutan,ejaan dan istilah. • PERANCANGAN BAHASA

MELAYU Perancangan BM terbahagi 2: i)Perancangan taraf ii) Perancangan korpus

bahasa

.Perancangan taraf bahasa bererti perluasan dan peningkatan taraf penggunaan

atau peranan bahasa dlm masyarakat.Di Malaysia,bahasa Melayu telah diangkat

tarafnya mnjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara melalui

PERLEMBAGAAN. 2.Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa

Kebangsaan mnunjukkan kepentinganmewujudkan bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi.

Secara umumnya BM Moden berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,

bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu.

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan perkara 152 Bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan kaum.

Bahasa Kebangsaan melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum. BAHASA

RASMI Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi Negara. BM

digunakan dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, pendidikan

dan perusahaan.

Page 13: DocumentBM

BAHASA ILMU

Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar

Pendidikan Negara, bahasa kebangsaan telah digunakan sejak tahun 1981 di semua

peringkat persekolahan. Bahasa melayu digunakan untuk mengungkapkan pelbagai

ilmu. BAHASA PERPADUAN Bahasa perpaduan bertujuan untuk menyatukan dan

memberikan identiti masyarakat Malaysia. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa

perpaduan disalurkan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan

3. 14. • Perrancangan korpus bahasa bermaksud pembinaan bahasa.Terdiri drpd

a)PENGEKODAN -penyeragaman iaitu usaha untk menghasilkan satu variasi bahsa

baku atau standard yg sempurna. -melibatkan

EJAAN,ISTILAH,PERKAMUSAN,TATABAHASA b)PEMUPUKAN

4. 15. EJAAN Penyatuan sistem ejaan rumi antara Malaysia dengan Indonesia telah

menghasilkan system ejaan baharu. DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan

Rumi Baharu Bahasa Melayu untuk rujukan masyarakat. MBIM dan kini MABBIM

telah menghasilkan Daftar Ejaan Baharu: ü Terdapat 26 huruf iaitu melambangkan 6

huruf bunyi vokal dan 26 bunyi konsonan. ü Vokal a,i,e,o,u melambangkan 6 bunyi

vokal yang mempunyai e-pepet dan e-taling. ü Terdapat huruf diftong iaitu gabungan

2 huruf vokal yang disebutkan sebagai satu bunyi. Huruf diftong sebutan contoh ai

/ai/ aidilfitri, ghairah, pantai au /au/ aurat, saudara, harimau oi /oi/ Boikot. sepoi

5. 16. TATABAHASA Melibatkan penyeragaman dari segi morfologi dan sintaksis.

contohnya, dalam bidang morfologi ü imbuhan pen- + perkataan “tolak” = penolak

Menerima imbuhan asing seperti maha-,pra-,anti-, -wan, dan –man ü Contohnya

maha- + perkataan “siswa” = mahasiswa Dalam bidang sintaksis ü Contohnya;

akhbar itu dibaca oleh beliau. Ganti nama diri ketiga hadir selepas kata kerja pasif.

ISTILAH 1. Pembentukan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI) 2.

Pembentukan istilah kemudiannya diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Bahasa

Melayu (JKTBM) 3. JKTBM menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah

Bahasa Melayu dan dijadikan asas untuk menggubal istilah. 4. Antara istilah yang

dibentuk ialah bidang media, falsafah. sains sosial, sains asas dan kesusasteraan. ü

Contohnya; kajibumi Psychology Ilmu jiwa Mathematic Ilmu hisab geomorphology

6. 17. • PERKAMUSAN Penyusunan kamus yang dilakukan oleh DBP melibatkan

kamus ekabahasa, dwibahasa dan istilah. Bertujuan untuk merakamkan kosa kata

BM Moden. PERKAMUSAN CONTOH Ekabahasa Kamus Dewan Dwibahasa Kamus

dwibahasa Inggeris- BM Pelajar Kamus BM edisi pelajar Istilah Kamus istilah kimia

Page 14: DocumentBM

KBSM • PEMUPUKAN Pemupukan bermaksud usaha untuk mengembangkan

bahasa agar saling menterjemah dengan beberapa bahasa moden lain.

Dilaksanakan dengan pemupukan beberapa istilah dalam bidang teknikal.

7. 18. ASMAH HAJI OMAR NIK SAFIAH KARIM HASSAN AHMAD

8. 19. ASMAH HAJI OMAR -merupakan lulusan sarjana muda dlm bahasa dan

kesusasteraan indonesia -penglibatan beliau dlm bidang ini mendorong melanjutkan

pelajaran ke tahap PHD -dlm bidang linguistik, Asmah mempunyai kepakaran dlm

beberapa bidang antaranya TATABAHASA,PERKAMUSAN DAN BAHASA RAKYAT

PERIBUMI. -Dalam bidang tatabahasa,karya utamanya ialah NAHU MELAYU

MUTAKHIR. Buku ini membincangkan seluruh aspek yg trdapat dlm hierraki

tatabahasa. -Dalam bidang perkamusan,antara tulisan belaiau yg amat dikenali ialah

A DECRIPTIVE AND CRITICAL ACCOUNT. -aspek yg dibincang meliputi sejarah

perkembangan perkamusan melayu,kategori kamus2 melayu,dan aspek pentaksiran

entri -

9. 20. -lulusan ijazah sarjana muda sastera -bidang pengukuhusan ialah

tatabahasa,sosio-linguistik dan pengajaran bahasa -karya utamanya ialah

TATABAHASA DEwAN menjadi buku tatabahasa pegangan. -buku ini dikatakan

sbgai buku pegangan kerana buku ini menjdai buku rujukan tatabahasa oleh semua

pihak. -amnya..buku ini terdiri drpd 3 bahagian a)Sejarah dan variasi bahasa

b)Morfology c)Syntaksis -nik jga bnyak menulsi beberapa karya tntng sosiolinguistik

anatarnya BEBERAPA PERSOALAN SOSIOLINGUISTIK dan SOSIOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU DAN PENGAJARAN -selain memperluaskan ilmu bahasa,nik

safiah memperjuang bahasa baku termasuklah tulisan bahasa baku dan pengukuhan

martabat melayu melalui PLM yg diterajui olehnya sendiri

10. 21. -Asmah juga membuat kajian bahasa masyarakat peribumi.hal ini dpt dilihat

melalui tesisnya ,THE IBAN LANGUAGE OF SARAWAK;A GRAMMARTICAL

DESCRIPTION

11. 22. HASAN AHMAD -Berasal dr muar johor dan merupakan lulusan ijazahsarjana

muda sastera. -beliau bnyk berpeluanguntk mmbuat kajian dan penyelidikan di

seluruh negara khususnya pengumpulan cerita penglipur lara -sewaktu menerajui

DBP,beliau melibatkan diri secara bersungguh2 dan penuh tanggungjawab dlm

mengembangkan dlm mengembangkan bahasa dan sastera serta mempergiatkan

penerbitan buku dlm bahasa melayu. -beliau menumpukan perhataiannya terhadap

isu perancangan bahasa untuk meningkatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. -

antarakaryanya ialah keluar jendela,ribu tajuk buku baharu,setelah 54 tahun tanahh

melayu merdeka

Page 15: DocumentBM

12. 23. PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA -Universiti ini ditubuhkan

bagi mendaulatkan bahasa melayu sbagai bahasa ilmu dan kebangsaaan -

menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar UNIVERSITI MALAYA -

menawarkan kursus bahasa melayu sbagai bahasa kedua di jabatan pengajain

melayu -meanawarkan juga kpd mahasiswa bukan melayu -mengubahkan bahasa

pengantar dr BI-BM PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA -

Berusaha mengembangkan bahasa melayu dan menggalakkan penggunaannya -

memberi sumbanagn konkrit utk pekembangan serta kemajuan kesusateraan Dan

kekayaan perpustakaan melayu -mengembangkan keseian dan kebudayyan melayu

-mengembangkan kesenian & kebudayaan melayu -menggalakkan & menjalankan

pengajian dlm lapangan kesenian dan kebuyaan melayu.

13. 24. • 1)Merupakan maktab perguruan yg dibina khas utk melatih guru2 mengajar

bahasa melayu ebagai bahasa pertama dan kedua • 2)Persatuan ini merupakan

pertubuhan pelajar plg awal melakukan tunjuk perasaan dlm • Usaha menuntut agar

bahasa melayu dijadikan sbgai bahasa pengantar di maktab perguruan • 3)Tindakan

ini merupakan tindakan pertama menentang penyelewengan pelaksanaan dasar

bahaa dlm sistem pelajaran kebangsaan

14. 25. BADAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN -Ia ditubuhkan memastikan

bahawa bahasa melayu menjadi nahasa tunggal negara. -secara amnya,BBBK

ditubuhkan atas 3 matlamat utama a)Mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa rasmi tunggal mulai tahun 1967 b)Melaksanakan kehendak2 perlembagaan

negara yg tercatat dlm PERLEMBAGAAN NEGARA FASAL 152 c)Menimumbulkan

semanagat cinta akan perjuangan mendaulatkan negara -bagi membolehkan

matlamat tersebut tercapai..BBBK ditubuhkan seleuruh negara dan memberikan

ceramah,penerangan dan rapat umum untuk menyatakan perjuangan mereka

trhadap bahasa melayu -antara sumbangan yg penting ialah kesungguhan mereka

menentang AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967.