bil lkan tajuk isu penemuan ringkasan … pulka pelangai.pdf · sistem pendawaian dan pemasangan...
TRANSCRIPT
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
1
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
1 2/2015 PROJEK
MEMBINA
DAN
MENYIAPKAN
PUSAT
LATIHAN
POLIS DI
MUKIM
PELENGAI,
BENTONG,
PAHANG
Pencapaian
Fizikal Projek
a. Mengikut syarat kontrak, Kontraktor
Pertama iaitu MRSB perlu menyiapkan
projek ini pada 16 Februari 2011 iaitu
dalam tempoh 90 minggu daripada
tarikh milik tapak pada 28 Mei 2009.
Bagaimanapun, setakat Februari 2011
kemajuan kerja projek hanya mencapai
60%. Kontraktor telah diluluskan 2
EOT selama 500 hari dan tarikh
sepatut siap adalah pada 30 Jun 2012.
Kemajuan kerja mula mengalami
kelewatan pada Mac 2010 dengan
peratusan kerja 11.1% berbanding
24.6% iaitu kelewatan 13.5% selama
86 hari. Sepanjang tahun 2011
sehingga 2013, kemajuan kerja hanya
35% dalam tempoh 3 tahun.
Antara punca kelewatan disebabkan
kekurangan pekerja di tapak dan faktor
di luar kawalan kontraktor. Walaupun
surat peringatan dan amaran telah
dikeluarkan, kontraktor masih gagal
menyiapkan projek dan akhirnya
ditamatkan pada 21 November 2013
a. Faktor utama kelewatan bagi kontrak pertama ialah
kontraktor pertama tidak kompeten dan tidak
berkemampuan. Ini menyebabkan kesukaran bagi
pihak perunding dan JKR menyelia projek dengan
baik.
b. Dalam tempoh EOT No. 1 yang telah diluluskan
selama 285 hari, pihak kontraktor masih lagi tidak
dapat menyiapkan projek tersebut. Pihak P.P telah
bersetuju untuk meluluskan EOT No. 2 selama 215
hari iaitu sehingga 30 Jun 2012. Tarikh siap semasa
adalah pada 30 Jun 2012.
c. Dalam pemantauan pihak P.P, walaupun telah
diberi EOT No.2 pihak kontraktor masih lagi tidak
berkemampuan untuk menyiapkan projek ini. Pihak
P.P telah memberi beberapa surat peringatan kepada
pihak kontraktor supaya memberikan komitmen yang
bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek ini
namun kontraktor masih gagal menyiapkan projek ini
di dalam tempoh kontrak.
d. Jangka tempoh masa selama 6 tahun untuk
penyiapan projek ini adalah disebabkan oleh prestasi
kontraktor pertama yang tidak memuaskan dan juga
keperluan masa rektifikasi dan penambahbaikan.
e. Penjelasan bagi penambahan skop kerja-kerja
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
2
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
dengan kemajuan kerja sebanyak
95%. Tarikh penyiapan kerja bagi
kontraktor penyelamat pula adalah
pada 9 Jun 2015 dan kontraktor telah
diluluskan 3 EOT selama 448 hari
sehingga 30 Ogos 2016 dengan
kemajuan kerja 63.5%.
b. Semakan Audit mendapati antara
sebab EOT adalah faktor cuaca,
kesukaran mendapatkan bahan binaan
IBS, kelewatan kelulusan pelan
pembinaan jalan utama, kelewatan
penerimaan lukisan pembinaan,
pelaksanaan item di bawah Wang
Peruntukan Sementara (WPS)
Sewerage Treatment Plant (STP) dan
penambahan skop kerja daripada
kontrak asal.
c. Semakan selanjutnya mendapati
tempoh penyiapan bagi tender semula
yang ditetapkan selama 8 bulan tidak
mengambil kira kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal daripada kontrak asal adalah
seperti berikut:
i. Skop pemeriksaan menyeluruh secara komprehensif
telah dimasukkan di dalam kontrak kedua dan perlu
dilaksanakan oleh kontraktor utama dalam kontrak
kedua.
ii. Dalam anggaran awal perunding, proses
pemeriksaan sistem mekanikal dan elektrikal yang
diletakkan dalam Bill of Quantity (BQ) akan melibatkan
tempoh 2 bulan pertama sahaja berdasarkan penilaian
visual pada peringkat penyediaan tender yang
menunjukkan tiada sebarang kerosakan besar pada
sistem pendawaian dan kabel bawah tanah. Laporan
tersebut tidak mendedahkan kecacatan di tempat
yang tidak boleh diakses, kecacatan yang tidak dapat
dilihat, kecacatan yang dengan jelas diakibatkan oleh
keadaan cuaca dan kecacatan yang masih belum
timbul pada masa pemeriksaan tersebut berlangsung.
Vandalisme diketahui semasa pengujian selepas
kontraktor kedua dilantik setelah pemeriksaan
menyeluruh dalam kontrak kedua. Hasil pemerhatian
visual perunding menganggarkan kerja-kerja elektrikal
sejumlah RM8.27 juta termasuk RM2.70 juta untuk
kerja luar jangka di bawah Provisional Sum.
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
3
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
pemeriksaan kerosakan yang berlaku
dalam kontrak asal. Ini telah
menyebabkan EOT perlu diberikan
kepada kontraktor kedua atas
kelemahan pihak perunding
menyediakan dokumen tender dan
lukisan as-built yang lengkap serta
pemeriksaan menyeluruh sebelum
projek tersebut ditender semula.
Kegagalan pihak perunding menilai
baki skop kerja yang perlu
dilaksanakan telah menyumbang
kepada kelewatan penyiapan projek
dari tempoh penyiapan asal.
iii. Bagaimanapun, hasil laporan pemeriksaan
menyeluruh oleh kontraktor kedua yang melibatkan
pengujian kabel mendapati kerosakan luar jangka
berlaku ke atas pendawaian kabel litar akhir, submain
dan kabel bawah tanah atas faktor vandalisme dan
faktor pemasangan yang terdedah kepada keadaan
cuaca yang berubah-ubah, persekitaran yang tiada
perlindungan fizikal serta kelembapan yang tinggi.
iv. Disebabkan kerosakan di luar jangka tersebut,
kontraktor memerlukan lebih masa dari yang dijangka
pihak perunding ketika pemeriksaan visual sebelum
tender untuk melaksanakan semua ujian ke atas
pemasangan pendawaian elektrik dan untuk
menyediakan laporan pemeriksaan terperinci bagi
membolehkan pihak perunding membuat keputusan
skop kerja penggantian, penambahbaikan dan
sebagainya. Oleh sebab itu kontraktor layak diberi
lanjutan masa bagi penggantian kabel dan
pendawaian tersebut untuk memastikan
pemasangan/pembaikan yang akan dibuat
membolehkan semua sistem dapat berfungsi dan
beroperasi dengan sempurna.
v. Disebabkan kerosakan luar jangka juga, perunding
perlu mengambil lebih masa untuk menganalisa
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
4
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
laporan yang dikemukakan oleh pihak kontraktor bagi
memastikan arahan yang dikeluarkan adalah kerja
yang benar-benar perlu dilaksanakan bagi
mengoptimumkan kos, masa dan membolehkan
semua sistem berfungsi seperti yang dikehendaki.
vi. Perkara ini menyebabkan justifikasi lanjutan masa
anggaran awal tempoh penyiapan yang dibuat oleh
pihak perunding tidak boleh dicapai.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
2 Penamatan
Pengambilan
Kerja
Kontraktor
Pertama
Semakan Audit mendapati:
i. kemajuan kerja MRSB di tapak tidak
memuaskan. Sebanyak 11 surat
amaran bagi kemungkiran kerja
kontraktor telah dikeluarkan kepada
MRSB antara bulan Mac 2010 hingga
Jun 2013. NUTPPKK pula telah
dikeluarkan kepada kontraktor
sebanyak 4 kali antara Mei 2011
hingga September 2013. Seterusnya,
Notis Penamatan Pengambilan Kerja
Kontraktor telah dikeluarkan pada 21
November 2013, iaitu lewat 65 hari (79
hari tolak 14 hari yang dibenarkan)
Pengeluaran NUTPPKK adalah bertujuan untuk
memberi amaran terakhir kepada kontraktor untuk
meneruskan usaha menyiapkan projek dengan
bersungguh-sungguh. NUTPPKK menjadi terbatal
apabila kontraktor memberikan maklum balas yang
munasabah dan boleh diterima pada pandangan P.P
serta menunjukkan usaha meningkatkan prestasi
penyiapan projek.
Bermula pada 23 Mei 2011 terdapat 4 NUTPPKK telah
dikeluarkan. Berdasarkan rayuan-rayuan yang
dikemukakan oleh kontraktor untuk setiap NUTPPKK
dan komitmen serta kemajuan kerja yang ditunjukkan
pada masa itu, jabatan mengambil keputusan untuk
memberi peluang kepada kontraktor menyiapkan
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
5
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
selepas NUTPPKK bertarikh 3
September 2013 dikeluarkan; dan
ii. Laporan Projek Sakit telah
disediakan pada 10 Oktober 2013
setelah JKPS berpendapat kontraktor
tidak menunjukkan kesungguhan dan
komitmen untuk menyiapkan baki
keseluruhan kerja.
iii. Hasil semakan mendapati proses
penamatan kerja kontraktor mengambil
masa yang lama untuk ditamatkan
sehingga kemajuan kerja mencapai
95%. Kesan daripada penamatan ini,
projek yang mempunyai baki 5% perlu
ditender semula. Semakan lanjut
dengan pihak CIDB mendapati
kontraktor tidak memperbaharui
pendaftaran lesen kontraktor dan
pendaftaran telah tamat pada 27
Oktober 2012.
projek ini.
Tempoh kontrak sebenar adalah sehingga 30 Jun
2012 dan pihak kontraktor masih lagi gagal untuk
menyiapkan kerja dalam tempoh tersebut. Selepas
NUTPPKK terakhir dikeluarkan, rayuan dan maklum
balas tidak dipertimbangkan disebabkan pencapaian
kontraktor di tapak adalah sangat tidak memuaskan
dan Notis Penamatan Kerja Kontraktor telah
dikeluarkan dan ditandatangani oleh KPKR pada 21
November 2013.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
3 Pencapaian
Kewangan
Projek
a. Selepas projek ditamatkan dan
ditender semula, Unit Perancang
Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana
Menteri telah meluluskan permohonan
a. Tambahan kos RM5.10 juta tidak dapat dielakkan
kerana peningkatan kadar harga apabila kontrak ini
dipelawa semula. Kenaikan kos berjumlah RM7.78
juta pada kali kedua secara perubahan kerja tidak
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
6
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
meningkatkan kos siling daripada
RM150 juta kepada RM155.10 juta.
Pada bulan Januari 2016, UPE sekali
lagi telah meluluskan permohonan
kenaikan kos siling kali kedua daripada
RM155.10 juta kepada RM162.88 juta
bagi tujuan penyiapan projek. Kos
kontrak asal bernilai RM138.40 juta
dan kos kontrak kedua berjumlah
RM19.78 juta. Semakan Audit
mendapati sebanyak 47 perakuan
bayaran interim telah disediakan
berjumlah RM113.15 juta telah dibayar
kepada kontraktor. Manakala sejumlah
RM11.78 juta telah dibayar untuk
kontrak kedua melalui 17 perakuan
bayaran interim.
b. Semakan lanjut mendapati
kelulusan tambahan kos projek kali
pertama sejumlah RM5.10 juta adalah
untuk menampung kos projek bagi
membolehkan SST dikeluarkan
kepada BBSB. Kelulusan tambahan
dapat dielakkan disebabkan kerosakan di luar jangka
yang berlaku selepas penyediaan dokumen tender,
iaitu meliputi pembaikan terhadap kecacatan yang
dengan jelas diakibatkan oleh keadaan cuaca dan
kerja rektifikasi. Peningkatan kos kerja-kerja elektrik
adalah disebabkan kerja-kerja pengukuran semula
kuantiti bagi item WPS dan kerja-kerja tambahan.
b. Dalam proses penyediaan Dokumen Tender bagi
kontrak kedua untuk kerja-kerja elektrik, perkara-
perkara berikut telah mengambil kira kos pembaikan
berdasarkan pemeriksaan secara visual, sebagaimana
berikut:
i. Pemeriksaan pemasangan terdahulu dilakukan
secara visual kerana sekiranya pengujian yang
komprehensif dilaksanakan, ianya akan melibatkan
pelantikan kontraktor dan hasil ujian tersebut tidak
menjamin ketepatan skop kerja dan kos bagi
kontraktor kedua serta akan melibatkan tempoh
penyediaan dokumen tender yang lebih panjang. Ini
disebabkan ketidaktentuan jangkamasa lantikan
kontraktor kedua (jangkaan ini benar kerana
kontraktor kedua telah dilantik selepas 10 bulan
penamatan kontraktor pertama dibuat).
ii. Sekiranya pengujian sebelum tender dilaksanakan,
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
7
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
kos projek kali kedua sejumlah RM7.78
juta pula disebabkan pembaikan kerja-
kerja elektrik dan kerja-kerja arkitek
yang perlu dilaksanakan oleh BBSB.
Keseluruhan kos tambahan bagi
penyiapan projek berjumlah RM12.88
juta. Tambahan kos ini disebabkan
sistem pendawaian dan pemasangan
elektrik yang telah dipasang terdahulu
tidak berfungsi serta kelemahan
penyeliaan kerja oleh perunding. Kos
projek sedia ada tidak mencukupi
untuk menampung keperluan
pembaikan bagi membolehkan projek
ini disiapkan dan memenuhi fungsi
pusat latihan tersebut.
kontraktor elektrik yang berkelayakan perlu dilantik
bagi melakukan semua ujian yang sepatutnya.
Selepas tender, kontraktor kedua yang berlainan pula
dilantik untuk menjalan kerja-kerja pembaikan dan
sebagainya serta perlu melakukan ujian sekali lagi
bagi memastikan laporan kontraktor yang melakukan
ujian sebelum tender benar-benar perlu dilaksanakan.
Ini akan meningkatkan masa dan kos pelaksanaan
projek secara keseluruhan.
iii. Kerja-kerja memeriksa dan membuat laporan
penuh, membersih, membaikpulih, memperbaiki mutu,
membuat ujian lari dan pentauliahan serta
mendapatkan waranti daripada pembekal atau
pembuat telah diperincikan di dalam butiran dokumen
tender.
iv. Untuk mengatasi risiko tersebut di atas juga, item
provisional sum (item U) telah dimasukkan di dalam
kontrak kontraktor yang berjaya dalam tender di mana
laporan pengujian perlu dikemukakan terlebih dahulu
sebelum kerja-kerja pembaikan dijalankan. Anggaran
kos bagi kerja-kerja di bahagian ini dianggarkan
berasaskan kepada laporan-laporan kemajuan kerja
sebelum ini dan Laporan Ketidakpatuhan/Non
Compliance Product (NCP) yang dikeluarkan dalam
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
8
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
kontrak terdahulu serta anggapan kerosakan yang
mungkin berlaku berdasarkan pemerhatian visual di
tapak ketika pemeriksaan penyediaan Senarai
Kuantiti.
c. Faktor-faktor yang menyumbang kepada
penambahan kos kerja elektrik sejumlah RM3.80 juta
adalah sebagaimana berikut:
i. Kesan daripada komponen yang telah dipasang oleh
kontraktor pertama tidak diselenggara bermula
daripada Januari 2012 hingga Februari 2013 dan
kemudiannya projek terbengkalai sehingga kontraktor
elektrik baru dilantik memulakan kerja pada Disember
2014. Akibatnya sistem penebatan kabel menjadi
lemah kerana faktor kelembapan.
ii. Setelah pemeriksaan secara visual sebelum tender
dilakukan, pemasangan elektrik masih tidak
diselenggara sehingga kontraktor kedua dilantik.
Faktor ini dijangka akan terdapat pertambahan
kerosakan yang mungkin berlaku dan menyebabkan
peningkatan kos bagi item provisional sum (Item U).
iii. Kemungkinan berlaku kecurian dan unsur sabotaj
daripada kegagalan pembayaran kepada sub-
kontraktor.
iv. Kerosakan kepada peralatan yang tidak
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
9
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
diselenggara terutamanya peralatan ICT, HT
Switchgear, Transformer dan Genset.
v. Mengikut spesifikasi JKR LS-01, penyambungan
bagi kabel litar akhir tidak dibenarkan disebabkan oleh
faktor keselamatan. Oleh demikian, pihak perunding
mengarahkan semua kabel-kabel yang dipotong perlu
dibuang dan dibuat pendawaian semula.
d. Berdasarkan laporan siasatan di tapak oleh
kontraktor elektrik yang disemak oleh jurutera tapak
dan disahkan oleh wakil P.P elektrik JKR, mendapati
kos yang bertambah adalah munasabah dengan
mengambilkira faktor di atas. Justeru itu peningkatan
kos tidak dapat dielakkan.
e. Lanjutan daripada penambahan kuantiti kerja
elektrik, kerja pembaikan semula siling terpaksa dibuat
sebagai kemasan akhir bagi menyiapkan projek.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
4 Lanjutan
Masa
Mengikut kontrak pertama, tempoh
penyiapan projek ini adalah selama 90
minggu iaitu bermula daripada 28 Mei
2009 hingga 16 Februari 2011.
Bagaimanapun, kontraktor telah gagal
menyiapkan keseluruhan kerja
Lanjutan masa adalah disebabkan keperluan
pembinaan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) di
tapak oleh TNB. Sehubungan itu, Pengurus Besar
pembinaan telah memohon MRSB untuk membina
sebuah PPU bagi mematuhi syarat Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) melalui surat bertarikh 4 Mac 2010.
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
10
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
pembinaan. Pihak kontraktor telah
memohon lanjutan masa pada 20
September 2010 untuk menyiapkan
projek tersebut. Namun, lanjutan masa
tersebut telah diluluskan pada 28
September 2011 iaitu 7 bulan selepas
tamat tempoh projek tersebut dan
menyebabkan Perakuan Kerja Tidak
Siap/Certificate Non Completion (CNC)
telah dikeluarkan kepada kontraktor
pada 16 Februari 2011. LAD juga telah
dikenakan selama 222 hari dengan
kadar RM22,559 sehari sehingga
tarikh EOT 1 diluluskan berjumlah
RM5.01 juta.
Kontraktor melalui surat bertarikh 20 September 2010
telah memohon untuk lanjutan masa. Berdasarkan
prinsip reka dan bina, kontraktor bertanggungjawab
untuk mereka dan membina keperluan pelanggan
dengan mengambilkira dan mematuhi segala akta dan
peraturan daripada PBT. Lanjutan masa yang
dimohon oleh kontraktor pada masa itu ditolak.
Setelah perbincangan dibuat, perubahan kerja bagi
pembinaan PPU diangkat ke Jawatankuasa
Perubahan Kerja. Perubahan kerja bagi PPU telah
diluluskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa
Perubahan Kerja peringkat KPKR bertarikh 4 Mac
2011. Arahan Perubahan Kerja kemudiannya
dikeluarkan pada 22 April 2011.
Tarikh siap asal bagi projek ini ialah 16 Februari 2011.
Berikutan kelewatan kerja kontraktor, CNC telah
dikeluarkan pada 16 Februari 2011. Kontraktor
selanjutnya membuat rayuan dan mengemukakan
permohonan lanjutan masa yang baru melalui surat
bertarikh 21 September 2011. Kelulusan perubahan
kerja telah membuktikan pembinaan PPU bukanlah
skop asal kerja kontraktor dan ia merupakan
tambahan kerja yang melibatkan pertambahan kos
dan masa. Lanjutan masa telah disemak,
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
11
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
dipertimbangkan dan diluluskan pada 28 September
2011 (EOT 1). Kelewatan kelulusan lanjutan masa
disebabkan kontraktor lewat mengemukakan
permohonan lanjutan masa.
Tiada isu mengenai masa bukan lagi teras kepada
kontrak (time is at large) memandangkan CNC telah
dikeluarkan pada 16 Februari 2011. Jumlah LAD yang
dikenakan sebelum EOT No. 1 diluluskan bernilai
RM5.01 juta (RM22,559 x 222 hari). Selepas EOT No.
1 diluluskan, jumlah tersebut telah dibayar semula
kepada kontraktor melalui Perakuan Bayaran Interim
No. 31.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
5 Perakuan
Muktamad
Kontrak Yang
Ditamatkan
Pengambilan
Kerja
Kontraktor
i. Mengikut Buku Panduan Pentadbiran
Kontrak Kerja Raya Para 12.1.3,
Perakuan Muktamad Kontrak Yang
Ditamatkan Pengambilan Kerja
Kontraktor hendaklah dibuat sebaik
sahaja kontraktor baru dilantik.
Semakan Audit mendapati perakuan
tersebut yang dikeluarkan pada 25
November 2015 telah lewat disediakan
iaitu 1 tahun 2 bulan selepas
Jabatan ini telah menerima sesalinan Perintah
Mahkamah yang menyatakan penggulungan MRSB
yang bertarikh 5 Mac 2015. Penggulungan ini
menyebabkan kesemua tuntutan ke atas MRSB perlu
dikemukakan kepada pelikuidasi yang dilantik iaitu
RSM NWT Advisory Services Sdn Bhd. Tuntutan ini
telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang KKR
untuk nasihat dan tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, pada masa yang sama Jabatan ini
masih meneruskan pengiraan perakuan muktamad
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
12
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
kontraktor penyelamat dilantik pada 26
September 2014.
ii. Hasil semakan mendapati kelewatan
penyediaan perakuan tersebut
menyebabkan tuntutan berjumlah
RM14.94 juta tidak dapat dibuat
dengan awal.
iii. Maklumat yang diperolehi daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
mendapati Syarikat MRSB telah
mengalami penggulungan. Ini
menyebabkan kesukaran Kerajaan
untuk menuntut semula jumlah
tersebut.
kontrak yang ditamatkan.
Draf perakuan muktamad telah disediakan pada April
2015 dan beberapa siri perbincangan dibuat dan
dimuktamadkan dalam bengkel yang diadakan pada
Oktober 2015. Jabatan ini mengambil langkah berhati-
hati di dalam membuat semakan dan pengiraan
kerana ia melibatkan tuntutan kepada kontraktor, isu
perundangan dan kelulusan permohonan tambahan
siling kontrak pertama. Perakuan Kos Penamatan
seterusnya diluluskan pada 25 November 2015 dan
dikemukakan kepada kontraktor pada hari yang sama.
Kesemua maklumat di atas tiada di pejabat JKR
Pahang. Bantuan daripada Perunding QS adalah
diperlukan. Perunding QS mengemukakan dokumen
yang lengkap pada 21 Oktober 2015. Setelah
dikumpul dan disahkan kesemua maklumat tersebut
Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan
Pengambilan Kerja Kontraktor dikeluarkan pada 25
November 2015.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
6 Pembayaran
Kepada
Kontraktor
i. Kos asal bagi kerja elektrik adalah
berjumlah RM18.71 juta. Kos
penyiapan bagi kerja elektrik adalah
Semua pemasangan terdahulu telah disemak dan
dipasang mengikut spesifikasi. Bahagian yang tidak
mengikut spesifikasi, NCP telah dikeluarkan dan mesti
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
13
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
Bagi Kerja
Elektrik
berjumlah RM8.27 juta selepas kontrak
ditender semula.
ii. Semakan Audit mendapati bayaran
kerja elektrik telah dibayar sejumlah
RM15.22 juta semasa kontrak pertama
dan masih mempunyai baki bayaran
berjumlah RM3.49 juta. Selepas projek
ditender semula, berlaku peningkatan
sejumlah RM4.78 juta. Bagaimanapun,
kos tersebut masih tidak mencukupi
bagi menyempurnakan sistem
pendawaian elektrik. Kos tambahan
sejumlah RM3.80 juta telah dipohon
dan diluluskan. Secara
keseluruhannya kos sebenar kerja
elektrik telah meningkat sejumlah
RM8.58 juta daripada kos asal kontrak.
iii. Hasil semakan Audit juga
mendapati justifikasi keperluan kos
tambahan bagi kerja-kerja elektrik
adalah disebabkan kegagalan dalam
ujian sistem pendawaian dan
pemasangan elektrik yang dipasang
oleh kontraktor terdahulu dan banyak
diambil tindakan oleh kontraktor. NCP yang belum
ditutup, pembayaran tidak dibuat. Bagi setiap item
dalam senarai kuantiti, amalan biasa sebanyak 5
peratus ditetapkan untuk pembayaran bagi kerja-kerja
pengujian peralatan/sistem. Maka baki peratusan yang
tidak dibayar adalah disebabkan kerja-kerja tersebut
masih belum siap ataupun telah siap tetapi terdapat
NCR yang masih belum diselesaikan. Tiada
pertindihan bayaran dibuat bagi kerja-kerja yang tidak
mengikut spesifikasi.
Keberfungsian sistem tidak dapat diuji kerana sistem
pemasangan masih belum lengkap (end to end point)
dan belum bersedia untuk pengujian penuh (full load
test). Walau bagaimanapun, sistem boleh diuji secara
berperingkat menggunakan bekalan elektrik
sementara. Hasil daripada laporan dan keputusan
pengujian, keputusan dibuat supaya pendawaian
semula dilaksanakan oleh kontraktor atas sebab-
sebab keselamatan dan kebolehfungsian.
Pertambahan kos untuk kerja-kerja elektrik adalah
besar kerana melibatkan kerja-kerja pendawaian
semula akibat kecurian dan unsur sabotaj serta
mengganti kerosakan dan kehilangan komponen
peralatan ICT, HT Switchgear, transformer dan
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
14
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
pendawaian sedia ada yang dipotong
dengan sengaja serta terdapat unsur-
unsur vandalisme. Penilaian kerja bagi
kerja elektrik terdahulu juga tidak
dibuat dengan teliti di mana terdapat
penemuan pemasangan pendawaian
elektrik yang tidak mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan. Ini
menyebabkan pembaikan semula
kerja-kerja tersebut perlu dilakukan.
genset. Kerja-kerja yang telah dibayar semasa kontrak
terdahulu dibayar mengikut kemajuan ketika itu.
(Bayaran tidak dibuat untuk kerja-kerja T&C). Bayaran
terakhir yang diperakukan iaitu bayaran interim No. 44
yang dibuat penilaian pada 14 Februari 2013 sebelum
kontrak ditamatkan.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
7 Prosedur
Pembinaan
Tidak
Mengikut
Turutan
Pemasangan siling plaster adalah
inisiatif penambahbaikan daripada
kontraktor asal yang tidak termasuk
dalam skop kerja kontrak dan tidak
melibatkan kos tambahan kepada
pemilik. Pihak Audit mendapati
pemasangan siling plaster di
bangunan asrama pelatih telah
dipasang sebelum pengujian dan
pentauliahan kerja-kerja elektrik
dilaksanakan. Namun, sistem
pendawaian elektrik yang dipasang
telah rosak akibat vandalisme dan
terdapat kerja pendawaian yang tidak
Dalam kontrak pertama, pemasangan elektrik telah
mengikut turutan kerja yang sepatutnya di mana
pengujian kabel pendawaian akhir dilaksanakan
sebelum siling ditutup. Bagaimanapun, lanjutan
daripada pengujian terperinci yang dilaksanakan
dalam kontrak kedua, mendapati kabel-kabel yang
telah dipasang sebelum ini tidak boleh digunakan dan
perlu diganti. Ini menyebabkan siling sedia ada perlu
dibuka dan ditebuk bagi kerja-kerja pendawaian
semula. Tindakan pembetulan dan penambahbaikan
juga telah diambil terhadap pemasangan siling
tersebut bagi memastikan siling yang dipasang adalah
selamat bagi menghadapi keadaan cuaca dengan
penambahan aluminium bracket pada struktur siling
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
15
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
mengikut spesifikasi. Ini menyebabkan
kesemua siling perlu ditebuk dan
dipecahkan untuk kerja-kerja
pembaikan elektrik. Manakala, siling
yang menggunakan siling gantung
perlu dibuka semula. Butiran seperti
dalam Gambar 24.1 dan Gambar 24.2.
Kesannya telah berlaku pertambahan
kos sejumlah RM7.78 juta untuk
pembaikan kerja-kerja elektrik dan
kerja arkitek. Pemasangan semula
keseluruhan siling perlu dibuat
pembaikan secara menyeluruh
memandangkan keseluruhan siling
sedia ada telah rosak di bahagian
luaran dan dalaman akibat kerja
pemasangan konduit dan pendawaian
semula elektrik. Berpandukan
pemeriksaan forensik oleh kontraktor
pakar yang dilantik, pemasangan siling
juga tidak selamat dan tidak menepati
amalan kejuruteraan yang baik dan ini
terbukti apabila berlakunya runtuhan
siling di beberapa blok bangunan.
tersebut.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
16
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
8 Reka Bentuk
Yang Tidak
Sesuai
Reka bentuk pembinaan perlu
mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan dalam kontrak. Reka bentuk
yang dihasilkan mestilah sesuai dan
memenuhi keperluan pengguna.
Pemeriksaan Audit mendapati reka
bentuk pembinaan yang dihasilkan
oleh perunding adalah tidak sesuai.
Butiran lanjut seperti dalam Jadual
24.7 dan Gambar 24.3 hingga Gambar
24.11.
Semua teguran di bawah perenggan 24.5.3 Kualiti
Pembinaan berkaitan reka bentuk tidak sesuai,
pembinaan tidak mengikut turutan kerja yang
sepatutnya, kualiti kerja tidak memuaskan, peralatan
tidak disimpan dengan selamat dan teratur adalah
kelemahan daripada kontraktor pertama yang
dilaksanakan secara reka dan bina oleh MRSB.
Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten
menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan
JKR untuk melaksanakan kerja-kerja
penyeliaan/pemantauan dengan baik. Tindakan
pembaikan akan dilaksanakan di dalam tempoh
kontrak kedua. Manakala bagi teguran mengenai reka
bentuk yang tidak sesuai ia tertakluk kepada
peruntukan dan kelulusan.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
9 Penggunaan
Peralatan
Dan
Pemasangan
Tidak
Mengikut
Spesifikasi
Semua peralatan dan bahan yang
digunakan dalam pembinaan
hendaklah mematuhi spesifikasi
seperti yang ditetapkan dalam kontrak.
Semakan Audit mendapati peralatan
yang dipasang tidak mengikut
a. Semua teguran di bawah perenggan 24.5.3 Kualiti
Pembinaan berkaitan reka bentuk tidak sesuai,
pembinaan tidak mengikut turutan kerja yang
sepatutnya, kualiti kerja tidak memuaskan, peralatan
tidak disimpan dengan selamat dan teratur adalah
kelemahan daripada kontraktor pertama yang
dilaksanakan secara reka dan bina oleh MRSB. Faktor
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
17
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
spesifikasi seperti dalam Jadual 24.10
dan Gambar 24.21 hingga Gambar
24.23.
utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten
menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan
JKR untuk melaksanakan kerja-kerja
penyeliaan/pemantauan dengan baik. Tindakan
pembaikan akan dilaksanakan di dalam tempoh
kontrak kedua. Manakala bagi teguran mengenai reka
bentuk yang tidak sesuai ia tertakluk kepada
peruntukan dan kelulusan.
b. Justifikasi penggunaan siling plaster di kawasan
terbuka
i. Pemasangan siling plaster yang dibuat oleh MRSB
adalah kemasan yang dipilih bagi menggantikan skim
coat yang terdapat di dalam kontrak asal dan tidak
melibatkan kos tambahan.
ii. Siling plaster digunakan disebabkan oleh
penggunaan struktur IBS bagi rasuk bangunan di
mana joint atau penyambungan precast concrete dan
polystyrene di bahagian siling tidak sesuai bagi
penggunaan skim coat yang mana berkemungkinan
akan ada kesan rekahan disebabkan sambungan
bahan binaan yang berbeza.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
18
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
10 Kualiti Kerja
Yang Tidak
Memuaskan
Pemeriksaan fizikal di bangunan yang
dibina mendapati terdapat kerja-kerja
pembinaan yang tidak memuaskan
dan tidak berkualiti. Butiran lanjut
seperti dalam Jadual 24.8 dan Gambar
24.12 hingga Gambar 24.16.
Semua teguran di bawah perenggan 24.5.3 Kualiti
Pembinaan berkaitan reka bentuk tidak sesuai,
pembinaan tidak mengikut turutan kerja yang
sepatutnya, kualiti kerja tidak memuaskan, peralatan
tidak disimpan dengan selamat dan teratur adalah
kelemahan daripada kontraktor pertama yang
dilaksanakan secara reka dan bina oleh MRSB.
Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten
menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan
JKR untuk melaksanakan kerja-kerja
penyeliaan/pemantauan dengan baik. Tindakan
pembaikan akan dilaksanakan di dalam tempoh
kontrak kedua. Manakala bagi teguran mengenai reka
bentuk yang tidak sesuai ia tertakluk kepada
peruntukan dan kelulusan.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
11 Peralatan
Belum
Diguna Tidak
Disimpan
Dengan
Selamat Dan
Teratur
Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 8
Tahun 2013, selepas kontrak
dimansuhkan, tindakan perlu diambil
untuk memastikan keselamatan dan
ketahanan peralatan dan bahan bagi
kerja-kerja yang belum siap untuk
mengelakkannya daripada rosak dan
Semua teguran di bawah perenggan 26.5.3 Kualiti
Pembinaan berkaitan reka bentuk tidak sesuai,
pembinaan tidak mengikut turutan kerja yang
sepatutnya, kualiti kerja tidak memuaskan, peralatan
tidak disimpan dengan selamat dan teratur adalah
kelemahan daripada kontraktor pertama yang
dilaksanakan secara reka dan bina oleh MRSB.
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
19
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
berkarat.
Pihak Audit mendapati pembekalan
peralatan yang belum digunakan tidak
dijaga dengan baik dan terdedah
kepada kerosakan. Ini akan
menyebabkan kerugian kepada
Kerajaan kerana kos pembekalan
peralatan telah dibayar kepada
kontraktor. Kos bagi pembekalan
peralatan dapur dan sistem LPG
adalah berjumlah RM0.65 juta. Kos
pembekalan perabot pasang siap dan
kerja reka bentuk dalaman pula telah
dibayar kepada kontraktor berjumlah
RM1.48 juta. Butiran lanjut seperti
dalam Jadual 24.9 dan Gambar 24.17
hingga Gambar 24.20.
Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten
menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan
JKR untuk melaksanakan kerja-kerja
penyeliaan/pemantauan dengan baik. Tindakan
pembaikan akan dilaksanakan di dalam tempoh
kontrak kedua. Manakala bagi teguran mengenai reka
bentuk yang tidak sesuai ia tertakluk kepada
peruntukan dan kelulusan.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
12 Pemantauan
Kurang
Berkesan
Mesyuarat Tapak
Mesyuarat Tapak adalah bertujuan
untuk memantau kemajuan kerja dan
mengenal pasti serta mencari
penyelesaian terhadap sebarang
masalah pelaksanaan projek.
Semakan Audit mendapati sebanyak
Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten
dan tidak berkemampuan. Ini menyebabkan
kesukaran bagi pihak perunding dan JKR menyelia
projek dengan baik. Bagi tujuan pemantauan oleh JKR
bagi kontrak kedua, perunding yang menyelia projek di
tapak hendaklah mengemukakan laporan projek
perunding selaras dengan Consultant Services
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
20
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
44 mesyuarat tapak telah diadakan
sepanjang tempoh pembinaan projek
ini semasa kontrak pertama.
Manakala, bagi kontrak kedua,
sebanyak 15 mesyuarat tapak telah
diadakan sehingga tempoh
pengauditan dijalankan. Pelbagai isu
dan masalah yang telah dibincangkan
namun perkara yang sama masih
berulang. Antaranya kelewatan
kemajuan projek, penangguhan
penyerahan bangunan PPU kepada
TNB dan pengujian serta pentauliahan
sistem elektrik yang masih gagal
dilaksanakan sehingga kontrak
ditender semula.
Agreement (CSA). Laporan penilaian prestasi
perunding juga disediakan secara berkala.
Bagi kontrak reka dan bina, pelantikan perunding
adalah di bawah tanggungjawab Kontraktor Utama.
Bagi tujuan pemantauan, perunding yang dilantik oleh
Kontraktor Utama bertanggungjawab untuk
menandatangani lampiran Tuntutan Bayaran Interim
sebagai pengesahan ke atas kerja yang dilaksanakan
oleh kontraktor adalah mengikut lukisan dan
spesifikasi seperti dalam Kontrak.
Tarikh dikemaskini 21-11-2016
13 Pemantauan
Kurang
Berkesan
Mengikut Condition Of Contract Klausa
35.0 bagi Kontrak Pertama, Kontraktor
hendaklah melantik khidmat perunding
tempatan untuk reka bentuk dan
pengawasan kerja serta pengurusan
projek.
Semakan Audit mendapati penyeliaan
Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten
dan tidak berkemampuan. Ini menyebabkan
kesukaran bagi pihak perunding dan JKR menyelia
projek dengan baik. Bagi tujuan pemantauan oleh JKR
bagi kontrak kedua, perunding yang menyelia projek di
tapak hendaklah mengemukakan laporan projek
perunding selaras dengan Consultant Services
Agreement (CSA). Laporan penilaian prestasi
-
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELENGAI, BENTONG, PAHANG
21
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
perunding terhadap kualiti kerja tidak
memuaskan. Ini kerana terdapat
pelbagai isu pembinaan yang tidak
berkualiti bagi pengesahan kerja-kerja
di tapak bina seperti pemasangan
jubin dan siling di luar bangunan tidak
mengikut spesifikasi, kerja kemasan
lantai di stesen pam minyak,
pembinaan reka bentuk yang tidak
sesuai dan lain-lain. Ini menyebabkan
pembaikan semula perlu dibuat ke atas
kerja-kerja tersebut.