berdasarkan artikel

1
Berdasarkan artikel, isu salah laku guru yang melakukan keganasan terhadap anak murid di sekolah amat menyakitkan hati. Kes yang dilaporkan terjadi di negeri Terengganu Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru , begitulah tajuk berita akhar pada hari 17 Ogos 2012. Kejadian tersebut berlaku ketika murid terbabit, Muhammad Bazly Burhan sedang menduduki peperiksaan pentafsiran di salah sebuah sekolah berasrama berdekatan bandar Dungun. Detik hitam berpunca akibat murid tersebut mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap gurunya menyebabkan guru Bahasa Inggeris itu naik minyak sebelum memangilnya lalu menarik kedua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipi murid tersebut. Menurut murid tersebut, ketika ditampar dia tidak melawan malah meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang menguris hati guru tersebut. Guru tersebut berhenti menampar murid apabila melihat darah keluar. Hasil pemeriksaan doktor, gegendang telinganya didapati telah pecah. Salah laku guru tersebut telah melanggar peraturan-peraturan pegawai awam dan bertentangan dengan akauntabiliti keguruan terhadap murid serta boleh diberi hukuman berdasarkan peraturan yang dinyatakan dalam peraturan pegawai awam yang telah disenaraikan di atas. Selain itu, guru tersebut juga melanggar peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu Perkara 8.3.1 (b) di mana guru boleh merotan pelajar lelaki sahaja dihadkan di tapak tangan atau di punggung dengan arahan Guru Besar tanpa mendatangkan kecederaan. Dijelaskan juga kebenaran merotan ini bermakna hukuman deraan lain seperti menampar, mencubit, menumbuk, mengetuk atau menampar adalah dilarang sama lain. Guru tersebut telah menggunakan hukuman menampar dan kelakuan guru telah menyebabkan kecederaan fizikal murid tersebut. Ini merupakan keganasan yang amat serius.

Upload: oliver

Post on 06-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Berdasarkan artikel, isu salah laku guru yang melakukan keganasan terhadap anak murid di sekolah amat menyakitkan hati. Kes yang dilaporkan terjadi di negeri Terengganu Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru, begitulah tajuk berita akhar pada hari 17 Ogos 2012. Kejadian tersebut berlaku ketika murid terbabit, Muhammad Bazly Burhan sedang menduduki peperiksaan pentafsiran di salah sebuah sekolah berasrama berdekatan bandar Dungun. Detik hitam berpunca akibat murid tersebut mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap gurunya menyebabkan guru Bahasa Inggeris itu naik minyak sebelum memangilnya lalu menarik kedua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipi murid tersebut. Menurut murid tersebut, ketika ditampar dia tidak melawan malah meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang menguris hati guru tersebut. Guru tersebut berhenti menampar murid apabila melihat darah keluar. Hasil pemeriksaan doktor, gegendang telinganya didapati telah pecah.Salah laku guru tersebut telah melanggar peraturan-peraturan pegawai awam dan bertentangan dengan akauntabiliti keguruan terhadap murid serta boleh diberi hukuman berdasarkan peraturan yang dinyatakan dalam peraturan pegawai awam yang telah disenaraikan di atas. Selain itu, guru tersebut juga melanggar peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu Perkara 8.3.1 (b) di mana guru boleh merotan pelajar lelaki sahaja dihadkan di tapak tangan atau di punggung dengan arahan Guru Besar tanpa mendatangkan kecederaan. Dijelaskan juga kebenaran merotan ini bermakna hukuman deraan lain seperti menampar, mencubit, menumbuk, mengetuk atau menampar adalah dilarang sama lain. Guru tersebut telah menggunakan hukuman menampar dan kelakuan guru telah menyebabkan kecederaan fizikal murid tersebut. Ini merupakan keganasan yang amat serius.