bengkel pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan

13
BENGKEL PEMBELAJARAN Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan

Upload: mohdariff8

Post on 17-Feb-2015

244 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bengkel pembelajaran individu dan berpasangan

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

BENGKEL PEMBELAJARANSecara Individu, Berpasangan dan

Berkumpulan

Page 2: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Pengenalan

• Pengelolaan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap orang guru.

• Pengelolaan pengajaran bahasa ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Page 3: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Pembelajaran Secara Individu

• Cara pembelajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan yang dikhaskan.

• Pengajaran ini sesuai kerana setiap murid berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan kebolehan lain.

Page 4: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

• kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu.

• belajar untuk mengembangkan kebolehan individu.

• guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan kebolehan individu.

Page 5: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Pembelajaran Secara Individu

• Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid boleh belajar mengikut kemampuan.

• Guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada murid berkenaan dan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

• Aktiviti pengajaran hendaklah terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

Page 6: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Pembelajaran Secara Berpasangan

• Satu strategi yang melibatkan dua orang murid merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian.

• Dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan pasangan secara formal.

Page 7: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Pembelajaran Secara Berpasangan

• Berfikir dan berbincang mengenai teknik pembelajaran dan pengajaran.

• Pembelajaran berpasangan ini juga dapat mencetuskan inovasi dan meningkatkan kreativiti murid berkenaan.

Page 8: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

• Boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur.

• Tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti secara berkumpulan.

• Pergerakan guru lebih mudah – dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain.

Page 9: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Pembelajaran Secara Berkumpulan

• Pengajaran jenis ini memerlukan murid dibentuk dalam kumpulan kecil, iaitu 3 hingga 5 orang satu kumpulan.

• Murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan dan dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka.

Page 10: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Pembelajaran Secara Berkumpulan

• Cara berkesan melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P.

• Mendorong murid berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan.

• Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka sebagai individu yang setaraf.

• Ada dua kumpulan akan dibentuk, iaitu mengikut kebolehan dan mengikut pelbagai kebolehan murid.

Page 11: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Kumpulan Mengikut Kebolehan

• Murid-murid lebih kurang sama tahap kebolehan.• Pengumpulan murid-murid ini mengikut kebolehan

biasa digunakan dalam P&P kemahiran asas seperti lisan, membaca dan menulis.

Page 12: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan

Kumpulan Mengikut Pelbagai Kebolehan

• Kumpulan ini dibuat setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran asas.

• Murid-murid yang cerdas diminta dapat membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya.

• Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan dan mengembangkan bakat kepemimpinan mereka.