bahasa melayu spm

Upload: sevalingam-devarajan

Post on 20-Jul-2015

1.024 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

CERPEN ISRAK PRAKTIS 1 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Wow, lawanya! Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemasemasan itu. Seperti biasa pilihannya ialah kucing tidur. Siti Hawa turut berebut dengan anak gadisnya itu. Tetapi, yang tua biar beralah. Panjang umur, esok lusa boleh rasa. Israk tidak menyentuh walau sedikit pun buah-buahan tempatan itu. Dia tidak berbangga merasai buah-buahan tempatan secara percuma, tidak seperti di kota. Israk sugul. Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling. Hidungnya pula mengejek aroma buah-buahan di hadapannya. Israk, rasa ini, Adam menghulur sepulur durian. Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu. Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit. Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya. (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah reaksi Israk sewaktu dihidangkan buah-buahan tempatan? - Israk tidak menyentuh walau sedikit pun - Israk sugul - Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling - Hidungnya mengejek aroma buah-buahan tempatan [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan makan buah-buahan tempatan? - berkhasiat - murah - segar - mudah diperoleh [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. Nilai daripada petikan - Nilai kesyukuran atas rezeki yang diperoleh Bapa Israk bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan rezeki - Nilai tanggungjawab terhadap keluarga Bapa Israk bertanggungjawab menasihati dan menyedarkan Israk akan asal usulnya - Nilai menghormati orang tua Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya Nilai daripada keseluruhan - Nilai kasih sayang dalam keluarga Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya - Nilai ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami. - Nilai keprihatinan terhadap perasaan orang lain Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang terguris angkara abangnya PRAKTIS 2 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang! rungut Israk bagaikan tuan besar. Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit. Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj. Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. TV pun rosak! Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di

situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong. (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Israk dikatakan cerewet? - Merunggut kerana dihidangkan cekodok sahaja - Tidak puas hati dengan air minumannya [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang lain? - Menghormati adat masyarakat setempat - Rendah diri - Mempelajari bahasa dan budaya - Menghadiri / menyertai majlis-majlis yang diadakan [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi daripada keseluruhan cerpen. Persoalan dalam petikan - Soal ketidaksesuaian hidup di luar bandar Israk berasa tidak selesa dengan keadaan hidup di rumah Wah. - Soal keegoan anak muda Israk merungut dengan hidangan cekodok dan air sewaktu berada di rumah Wah [2 markah] Persoalan daripada keseluruhan cerpen - Soal jati diri Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran kerana persekitaran dan cara dia dibesarkan / Mikraj kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran - Soal kasih sayang nenek terhadap cucunya Wah menyayangi Israk walaupun cucunya itu amat ego dan melukakan hatinya [2 markah] PRAKTIS 3 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Jering tempoyak lagi! rungut Israk. Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri, serendah mutiara di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.

Abang jangan cari pasal dengan saya. Kalau abang tak gemar, makan rumput. Harap belajar saja tinggi, tapi... Tapi apa? Tapi aku bodoh? Israk berang. Tengok tu. Membabi buta! Mikraj mengherdik. Menyesal tinggal di sini. Israk berkawad meninggalkan dapur. Kalau menyesal, baliklah KL! Tahukah abang cari bas? Beranikah naik bot tambang? sempat juga Mikraj melepaskan peluru perli ke atma Israk. Geram Israk memuncak. Dia mengganas dengan merentap langsir kuning raja Wah. Tupp! Dawai langsir terputus dan langsir menjilat lantai kayu merbau itu. Wah memandang Mikraj dan langsir silih berganti. (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah perasaan Wah selepas mendengar rungutan Israk tentang makanan yang dihidangkan di atas meja? - Wah terkedu - Hati Wah luruh - Wah berasa rendah diri [2 markah] (ii) Sekiranya anda Mikraj, apakah yang patut anda lakukan untuk menyedarkan Israk daripada keegoan dirinya? - Menasihati dengan berhemah - Minta bantuan daripada orang yang lebih tua - Berjumpa dengan kaunselor [3 markah] (iii) Huraikan satu perwatakan Israk yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lagi daripada keseluruhan cerpen. Perwatakan dalam petikan - Seorang yang biadap Dia menyindir akan makanan yang dihidangkan sehingga menyebabkan hati Wah terluka - Degil Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj [2 markah] Perwatakan keseluruhan petikan - Seorang yang ego dan sombong Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung seperti jering dan petai - Seorang yang insaf akan kesalahan diri Israk sedar akan kesalahannya Setelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah

[2 markah] PRAKTIS 4 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Israk memandang Mikraj, Mikraj tunduk. Israk bangun, Mikraj berundur. Mengapa paksa aku? Aku bukannya nak jadi petani. Nanti aku bergelar ahli korporat. Abang terlalu bangga, riak, ujub, sombong, bongkak, dan takbur! Kalau Allah tarik balik rezeki tu, macam mana? Abang jadi apa? Ahli keparat? Andai kata negara memajukan sektor pertanian, abang ke mana? Mungkin abang jadi ahli keparat yang memetik buah-buahan tempatan. Tak mustahil semua ini akan berlaku Aku bukan kau. Kalau kau pergi, kau boleh cipta lima enam puisi. Tapi, kalau aku, ia hanya membuang masa. Lebih baik aku duduk di rumah saja. Abang mahu jadi teruna yoghurt? uji Mikraj. Lebih baik daripada kau yang liar tu, sambung Israk membela diri sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj. Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar. Akar hati abang ke sana ke mari mencari kesalahan orang. Pucuk hati abang pula menari tanda riak, ujub, sombong, berlagak! Bom radang Ghaza dilepaskannya. Hii, mengapa gaduh-gaduh ni! Adik-beradik tidak manis bertikam lidah. Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum jua akhirnya. Tapi, kamu berdua ni bila nak bercantum? Wah mula masuk campur. (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Mikraj menyatakan bahawa Israk seorang yang liar? - Israk sentiasa mencari kesalahan orang lain - Hati sanubari Israk menebal dengan keegoan / riak, ujub, sombong, berlagak [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah cara untuk melahirkan remaja yang memiliki keteguhan jati diri?

- Mengikuti aktiviti persatuan belia - Menyertai Program Latihan Khidmat Negara - Menerapkan nilai-nilai murni - Pegangan agama yang kukuh [3 markah] (iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lagi daripada keseluruhan cerpen. Latar masyarakat dalam petikan - Masyarakat bandar yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung - Israk merasakan ketidakselesaan sewaktu berada di rumah Wah - Masyarakat yang sombong dan tinggi diri Israk sering bertikam lidah dengan Mikraj kerana tidak biasa dengan keadaan di rumah Wah [2 markah] Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen - Masyarakat yang menghormati orang tua Mikraj amat menghormati Wah - Masyarakat yang bertanggungjawab Adam membiasakan anak-anaknya dengan kehidupan di kampung agar mereka tidak sombong dan lupa diri - Masyarakat penyayang Wah amat menyayangi cucu-cucunya [2 markah] PRAKTIS 5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Wah pandang Israk. Israk tunduk malu. Wah selami kolam mata Israk, Israk tersipu-sipu. Mutiara mata Wah luruh, tetapi Israk tidak pula. Selamat juga cucu Wah ini, kata Wah lembut sambil tangannya mengusap kepala Israk. Israk menepis. *** Rumah Wah riuh. Hawa menghidang makanan. Wah membasuh apa yang patut. Mikraj menolong juga. Adam sudah hendak duduk. Israk? Hampir separuh hari Israk berkurung di dalam bilik. Makan tidak, minum tidak. Solat? Wallahualam. Israk keluar dengan berbaju Melayu. Semua mata memandang Israk. Israk menarik kerusi, semua mata memandang kerusi. Israk duduk, semua mata terarah ke tubuh Israk. Israk mencedok nasi, semua mata memandang senduk

nasi. Israk menimba gulai, semua mata memandang mangkuk gulai. Israk bersuara, semua memasang telinga. Wah, mana jering dan tempoyak? (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah tindakan Israk selepas keluar dari biliknya? - Israk menarik kerusi dan terus duduk - Israk mencedok nasi - Israk menimba gulai (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak? - Memberikan didikan agama secukupnya - Menjadi suri teladan kepada anak-anak - Menerapkan nilai-nilai murni - Memberikan perhatian dan kasih sayang sewajarnya [3 markah] (iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen. Pengajaran daripada petikan - Kita hendaklah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan Israk telah sedar akan kelakuannya terhadap Wah dan mula belajar kehidupan di kampung - Janganlah kita menaruh sikap dendam terhadap orang lain walaupun mereka pernah melukakan hati kita Wah menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan Israk walaupun Israk sering kali melukakan hatinya [2 markah] Pengajaran daripada keseluruhan petikan - Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita Mikraj sentiasa menjaga tingkah laku dan pertuturannya dengan Wah - Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat Adam membiasakan anakanaknya dengan kehidupan di kampung agar mereka memiliki jati diri yang kukuh - Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita peroleh Adam bersyukur terhadap rezeki yang dianugerahkan Tuhan kepada keluarganya

- Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang Mikraj pandai menyesuaikan diri semasa berada di kampung / rumah Wah berbanding dengan Israk. [2 markah] CERPEN PEMAIN CATUR PRAKTIS 1 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Uk berbisik suatu khabar buruk, kononnya Um tekun menelaah buku besar dan tebal mengenai permainan catur yang dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Untuk apa? Uj mengerutkan dahi. Dia benar-benar tidak senang dengan bisikan tersebut. Khabarnya Um mahu mengatasi kehandalan Uj. Untuk apa? Apalagi kalau bukan rasa hormat dan sanjungan keluarga? Siapa Um yang hendak mengalahkan aku? Aku, Uj, sudah memiliki gelaran IGM. Engkau tahu kan, Uk? Semua orang pun tahu. Um baru tiga tahun lalu berjaya meraih gelaran NM. Kemudian dengan pertolongan dan pengaruh Uj, barulah Um mendapat FM. Semua keluarga kita tahu, dia belum pun berjaya memiliki IM. Jadi siapakah Um kalau hendak menewaskan Uj pemilik IGM? Uk menjadi batu api membakar perasaan Uj. Dia tidak sabar menunggu Abang Uj menyerahkan kuasa. Itulah hakikat yang sebenar. Dengan berang, Uj memaksa Um supaya mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan keluarga. Tujuannya cuma satu: untuk memperlihatkan bahawa Um masih terlalu mentah jika dibandingkan dengan dia. Dia masih wajar dihormati dan disanjungi. Perjalanan Um masih jauh jika dibandingkan dengan Uj. (Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan, nyatakan khabar buruk yang dibisikkan oleh Uk kepada Uj ? - Um kononnya tekun menelaah buku besar mengenai permainan catur - Um ingin mengatasi kehandalan Uj - Um tidak sabar menunggu Uj menyerahkan kuasa kepadanya. (2 markah) (ii) Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk? - menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut - memanggil Um untuk bersemuka - bertanyakan hal yang sebenar kepada Um sendiri (3 markah) (iii) Huraikan satu perwatakan Uj berdasarkan petikan di atas, dan satu perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. Perwatakan Uj berdasarkan petikan - Seorang yang bangga dengan kedudukannya, - dia berbangga dengan kemahiran bermain catur yang dimilikinya - Seorang yang panas baran - Uj berasa berang apabila mendengar katakata Uk lantas memaksa Um mengadakan perlawanan secara terbuka. [2 markah] Perwatakan lain dalam cerpen - Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga - Uj berusaha melatih adiknya Um bermain catur agar dapat meneruskan legasi keluarga mereka dalam permainan itu. - Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu menaikkan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia.

- Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi penguasaan keluarganya. [2 markah] PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet. Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuhmusuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar. Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja? Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan. (Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu? - ibu sedih - berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak - menelan air mata hiba - ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin ahmar (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga? - Saling menghormati - Saling memahami - Saling mengasihi - Bertolak ansur / bertoleransi (3 markah) (iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen Persoalan daripada petikan - perpecahan dalam keluarga Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja - sikap mementingkan diri sendiri Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik. [2 markah] Persoalan daripada keseluruhan cerpen - kepentingan sukan sukan catur boleh memperkenalkan nama atau keturunan sesebuah keluarga - kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur - peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam - sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj - tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka - ketidakjujuran dalam tindakan Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur (2 markah)

PRAKTIS 3 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kita ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani. Uj memberi kuliah panjang kepada Um yang ketika itu masih muda remaja. Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur. Um Cuma pandai main dam sedikitsedikit. Dam haji dan dam apit. Itu saja. Um merenung mata Uj yang tersorok di bawah cermin hitam yang dipakai Uj siang malam. Pandai main dam ialah permulaan kepada catur. Uj menentang mata muda adiknya yang gemerlap dengan cahaya kepintaran. Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. Yang dia nampak Um sahaja punya bakat anugerah alam semula jadi. Um akan lebih mudah dibentuk. Tegal itu Uj hanya akan mengasuh Um. Diharap Um dapat menjadi tonggak keluarga menggantikannya apabila dia tiada nanti. Adik-adik yang lain boleh saja diketepikan. Um bertuah kerana diberi hak mutlak berbuat begitu. Itulah hak keistimewaan Uj sebagai ketua keluarga yang dihormati. Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur. - Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur. - Um juga mudah dibentuk / dilatih (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur. - Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur. - kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat.

- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur melalui sokongan dan galakan. ( 3 markah) (iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. Latar masyarakat dalam petikan - masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga dalam permainan catur - Uj yang berusaha membimbing adiknya, Um untuk menguasai permainan catur bagi menyambung tradisi kegemilangan keluarga mereka dalam permainan catur. - masyarakat yang berpecah-belah dalam keluarga akibat perbalahan perbalahan antara Um dan Uj dalam permainan catur sehingga keluarga mereka berpecah-belah. - Masyarakat yang mahir dalam permainan catur - keluarga Uj. - Masyarakat yang bangga dengan keturunan - Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya dalam permainan catur kepada Um. - Masyarakat yang kaya-raya - Uj dan adik-beradiknya menggaji dua orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit (2 markah) PRAKTIS 4 Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sumpah tidak begitu, Uj. Mengapa Um mesti melawan abang? Um, bagi Abang Uj cuma seperti David the Gnome dalam siri kartun Awang Kenit itu. Um sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. Biarpun muka dan mata Um merenung buah-buah catur yang berwarna hitam dan putih ini, tetapi Um tidak di situ. Fikiran Um melayang jauh. Um memikir bagaimana hendak mengubati ibu yang sedang menderita sakit darah tinggi. Ibu? Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga. Kita bayar saja bil yang disuakan nanti. Apa perlu Um memikir? Um bukan

seorang doktor. Kemarahan Uj yang cuba disimpan dan disembunyikan terjengul juga. Derai bahang suaranya melibas telinga Um. Uj tahu. Begitu juga Us, Uk, Ur dan seluruh adik-beradik serta saudara-mara daripada institusi keluarga besar dan unggul yang di bawah penerajuan Uj. Uj memang amat menyenangi Um. Um ditatang dalam dulang emas, kata Us yang terasa dikuak ke tepi untuk memberi laluan kepada Um mengatasi semua abangabangnya yang lain. Um dididik dengan sepenuh kudrat. Apa saja yang tidak diajarkan kepada Um. Termasuk ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga. Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Uj melayan Um dengan baik berbanding adik-beradiknya yang lain? - Um ditatang dalam dulang emas - Um dididik dengan sepenuh kudrat - Um diajarkan semua ilmu termasuk ilmu bermain catur. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu? - Sentiasa menunjukkan kemesraan kepada ibu - Sentiasa taat dan patuh kepada ibu - Sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan ibu - Mendoakan kesejahteraan ibu [3 markah] (iii) Jelaskan satu nilai yang anda peroleh daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. Satu nilai daripada petikan - Nilai keprihatinan seorang anak terhadap ibunya - Um prihatin terhadap penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya.

- Nilai tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya - Uj telah menggaji dua orang doktor untuk merawat penyakit yang dihidapi oleh ibunya. [2 markah ] Satu nilai daripada keseluruhan cerpen - Nilai keberanian dalam menyahut cabaran - Um berani menyahut cabaran abangnya, Uj untuk bertanding dalam permainan catur. - Nilai kegigihan untuk mencapai sesuatu matlamat - Um telah gigih berusaha dengan menelaah buku tentang permainan catur bagi mencapai hasratnya untuk menjadi pemain catur yang terkenal. - Nilai kasih sayang sesama adik-beradik - Uj menyayangi adiknya Um. [2 markah] PRAKTIS 5 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Nama keluarga kita patut dilakar semula di papan catur. Biar kita dapat duduk sebaris dengan Gary Kasparov, Paul Keres atau Mir Sultan Khan. Dunia lebih kenal kepaada Bobby Fischer, atau Alexander Alekhine dan Anatoly Karpov sebagai juara catur abad lalu, tetapi tiada nama al-Hakam. Um mengangguk. Tangannya mengurut janggut yang sejemput. Sekarang, tanggungjawab kitalah untuk menampilkan kegemilangan keluarga. Jika bukan kita siapa lagi? Takkan kita hendak mengharap Boris Spassky pula? Um yang sudah dirasuk semangat kegemilangan bangun. Disaksikan mata sih ibu, Um menggenggam erat tangan Uj sebagai ikrar taat setia untuk berjuang bersama menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara catur terbaik dunia sebelum kurun ke-17, biarpun tiada siapa mengenali nama tersebut sebelum ini. Uj menarik tangan Um lalu mendakap Um dengan erat sekali. (Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan, mengapakah Um berazam untuk menjulang nama alHakam kembali? - untuk menampilkan kegemilangan keluarga mereka - menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara catur terbaik dunia sebelum kurun ke-17 (2 markah) (ii) Nyatakan tiga faedah yang diperoleh seseorang jika menceburi permainan catur? - dapat mengisi masa lapang. - dapat mengharumkan nama keluarga - dapat mengharumkan nama negara - membantu mengasah daya pemikiran - menjadi punca pendapatan - mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial (3 markah) (iii) Huraikan satu pengajaran dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. Pengajaran dalam petikan - Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk memperoleh kejayaan dalam hidup - Uj berusaha mengajar Um dalam permainan catur untuk mengembalikan kegemilangan keturunan al-Hakam. (2 markah) Pengajaran daripada keseluruhan cerpen - Kita haruslah sayang-menyayangi antara adik-beradik - Uj sangat menyayangi adik bongsunya Um. - Kita haruslah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan - Um berani menyahut cabaran Uj supaya berlawan catur dengannya.

(2 markah)

Latihan ini diambil daripada Modul Sinergi yang dihasilkan oleh guru-guru dari Sabah. Terima kasih. Posted 3 weeks ago by Subramaniam Rengasamy 0

Add a comment1. Mar 18

Latihan KOMSAS - CerpenKepada anak-anak didik tingkatan 5PA, sila buat latihan KOMSAS berikut dari 19 hingga 25 MAC 2012 kerana saya akan mengikuti kursus di IAB. Latihan ini meliputi cerpen Pahlawan Buntung, Pungut@Zahara@Yap Siew Hong dan cerpen Idola.

SET 1 PAHLAWAN BUNTUNG Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam keadaan kami diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa, tiba-tiba Pak Husain menjongol dalam lingkungan kami di Kampung Dal. Tiap-tiap kami berasa bahawa kehadirannya bersama-sama cerita yang dibawanya, tanpa disedarinya telah memanjatkan gelaran `pahlawan` kepadanya. Ceritanya begini: Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu. Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orangorang kampung, Pak Hussain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu, Jepun tidak turun ke pengkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar.

Mayat-mayat yang berpuluh-puluh (di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Hussain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali. (i) Apakah perkara-perkara yang terpaksa dilakukan oleh Pak Husain setelah bertembung dengan tentera Jepun.? [2 markah] Menguburkan mayat tentera dan orang mati. Menguburkan berpuluh-puluh mayat seorang diri. Gali kubur besar. (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengenang jasa pahlawan seperti Pak Hussain? Berikan tiga usaha. [3 markah] Menulis jasa-jasa pahlawan seperti Pak Husain dalam bentuk media cetak dan media elektronik. Memberikan pingat dan anugerah. Memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan Mengadakan satu pertubuhan atau persatuan Mewujudkan satu pertempatan untuk pahlawan yang cedera (iii) Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah] Dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen Di pantai Pak Amat untuk menguburkan berpuluh-puluh mayat Sungai untuk ke Kampung Tuk Lukup semasa melarikan diri Sungai Gali semasa melarikan diri Dua latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. Kampung Dal tempat penduduk Kampung Pulau Pak Amat menumpang semasa perang Pulau Tukang Dolah kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun Pulau Panjang -kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun Pengkalan Cepa kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun Di dalam perahu apabila penduduk kampung tersedar Pak Husain tiada dalam perahu. Di kota semasa pertemuan Khalid dan Pak Husain untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara. SET 2 PAHLAWAN BUNTUNG Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah! Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar,di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat. Pak Husain telah menyelamatkan kami! Kisah Pak Husain tidak berakhir di situ sahaja. Ketika Jepun menyerah pada tahun empat puluh lima, waktu itu rompakan menjadi-jadi. Rompakan berlaku di Tuk Lukup. Berlaku di Sabak. Berlaku di

Pengkalan Datu. Awan ketakutan berkembang hitam di tiap-tiap buah kampung yang agak terpencil. Ketika pendaratan perompak di Kampung Pak Amat, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu. Senapangnya yang diambil daripada seorang askar Punjabi yang telah mati (waktu dia menguburkan mayat-mayat mereka pada permulaan perang), telah dipergunakan buat pertama kali. Bedilannya itu telah menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa. Menyelamatkan semua orang kampung. (Akhirnya Pak Husain menyerahkan senapang itu kepada kerajaan apabila semuanya normal). (i) Berikan dua tindakan Pak Husain yang telah menyelamatkan orang kampung. [2 markah] Keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun Membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu (ii) Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar? Kemukakan tiga cadangan anda. [3 markah] Belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat berbakti kepada negara Menghormati lambang-lambang kebesaran negara Membaca lebih banyak buku sejarah tentang pejuang-pejuang negara Mengharumkan nama negara dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah Tidak terlibat dengan gejala sosial Melawat tempat-tempat bersejarah (iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah] Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun dengan membohongi mereka tentang penduduk Kampung Pak Amat Satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. Nilai kasih sayang. Mak Da menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain sanggup menggunakan tongkat kayu untuk pergi menghadiri temasya sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota kerana cinta akan negara. Nilai kerjasama. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun. SET 3 PAHLAWAN BUNTUNG Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Husain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali. Semua askar Punjabi mati. Kubu Kuala Pak Amat jatuh. Juga di Dasar dan Sabak.Jepun berada di manamana. Suara Pak Husain sangat lemah. Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah. Darahnya sudah dicuci. Tetapi semangat Pak Husain sudah hilang. Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apaapa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya. Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami.

Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah! Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar,di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat. (i) Nyatakan keadaan Pak Husain setelah berjaya melarikan diri daripada tentera Jepun. [2 markah] Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya. (ii) Pada pendapat anda, apakah bantuan yang akan anda berikan untuk mengembalikan semangat Pak Husain? [3 markah] Menemaninya dengan selalu berada di sisinya dan tidak meninggalkan Pak Husain keseorangan. Membacakan di telinganya dengan ayat-ayat suci al-Quran. Berbual-bual dengannya supaya dia dapat melupakan peristiwa hitam tersebut. Memanggil orang yang pandai mengubat secara tradisional untuk memulihkan semangat Pak Husain (iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4markah] satu pengajaran yang terdapat dalam petikan: Kita mestilah berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa. Pak Husain berani membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan orang kampung. Satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. Kita hendaklah mengenang jasa seseorang yang banyak berbudi kepada bangsa dan tanah air. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengenang jasa Pak Husain dan memanggilnya sebagai `pahlawan`. Kita hendaklah tabah menghadapi kesulitan dan keperitan hidup. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun. SET 1 (Pungut / Zahara / Yap Siew Hong)) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut

telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang yang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati. Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, fikir Mak Timah. Mungkin Tuhan nak banyakkan dosa aku, fikir Mak Timah lagi. Pungut telah dimandikan. Kini tiba masa untuk memberinya makan. Semasa menyuapkan Pungut, Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun yang lalu.

i. Berikan maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran.

[2 markah]

Maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran ialah sepanjang hari Pungut tidak dibersihkan daripada najisnya sendiri. ii. Gambarkan keadaan diri Pungut semasa kecil. bentuk fizikal Pungut sangat kecil, sangat halus. seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil Perutnya kecil iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen. [4 markah] Dua nilai kemanusiaan daripada petikan ialah : nilai nilai kasih sayang. Contohnya Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkan Pungut. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. nilai bertanggungjawab. Contohnya walaupun Mak Timah sakit tetapi dia tetap menjaga Pungut. Dua nilai daripada cerpen ialah: nilai simpati. Contohnya Bibik simpati terhadap Pungut dan menyerahkan Pungut kepada Mak Timah. Nilai lain ialah nilai kerajinan. Contohnya Mak Timah setiap hari membersihkan dan memandikan Pungut. 3 markah]

SET 2 (Pungut / Zahara / Yap Siew Hong)) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bibik sebelah rumah, jiran Mak Timah tergesa-gesa datang ke rumahnya. Dari wajah Bibik jelas kelihatan rasa cemas dan penuh kesedihan. Mak Timah dan anak-anak sedang enak menggoreng pisang. Mengapa Bik? Mak Timah bertanya. Siew Lan, jawabnya lambat. Mengapa Siew Lan? Tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah melopong melihat Bibik. Siew Lan sudah beranak, jawab Bibik. Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina? Tanya Mak Timah lagi. Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing, jawab Bibik sedikit sinis. Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini, kata-kata Bibik terhenti. Mengapa yang ini? Kenapa? Mak Timah ingin tahu. Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik, Bibik memberi keterangan lanjut. Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna, bawa sial. Sekarang Siew Lan susah hati, Bibik memberi keterangan lanjut. Mana datok Bibik pergi tengok? Mak Timah bertanya ingin tahu. Itu kita punya loktanglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak kita pergi tanya datok, tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh, Bibik memberi keterangan lanjut. Mak Timah hairan melihatkan cara kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok. (i) Apakah berita yang disampaikan oleh Bibik kepada Mak Timah? Siew Lan sudah bersalin Anaknya perempuan Anaknya ditahan di hospital Anaknya kecil Siew Lan susah hati. (ii) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan-keistimewaan yang boleh disediakan kepada golongan orang kurang upaya. [3 markah] Menyediakan laluan khas [ 2 markah]

Menyediakan tempat duduk khas di dalam kenderaan awam Kemudahan tempat letak kereta khas Kemudahan tandas OKU Pekerjaan yang sesuai. Potongan harga untuk semua urusan perkhidmatan (iii) Nyatakan dua pengajaran daripada petikan dan dua lagi pengajaran daripada cerpen. Pengajaran daripada petikan; Kita janganlah mempercayai perkara yang karut/tahyul. Contohnya Siew Lan mempercayai bahawa anak yang cacat akan membawa sial. Kita hendaklah mengasihi anak sendiri. Siew Lan sanggup memberikan anaknya kepada Mak Timah untuk dipelihara apabila menyedari anaknya cacat. Pengajaran daripada cerpen; Kita hendaklah simpati terhadap orang kurang upaya. Mak Timah sanggup menjaga Pungut dengan baik walaupun Pungut anak angkat dan cacat. Kita hendaklah saling membantu sesama jiran. Mak Timah membantu Siew Lan dengan menjadikan Pungut sebagai anak angkatnya. SET 3 (Pungut / Zahara / Yap Siew Hong)) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut tu, apa dapat? Kalau anak orang lain, dah besar dah boleh kerja, dah boleh bantu bayar duit air, duit api. Pilu hati Mak Timah mendengar pendapat anak lelakinya tentang Pungut. Mak Timah hairan dengan sikap orang sekarang. Semuanya mengira duit, semuanya mahu untung, tidak mahu rugi. Pelihara anak mahu balasan. Orang sekarang, fikir Mak Timah, tidak seperti orang dahulu, memelihara anak ikhlas, menolong orang ikhlas, kerana Allah. Entahlah apa hendak jadi dengan orang sekarang ini? Setiap kali anak lelakinya mengeluarkan cadangan untuk menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, Mak Timah akan menjawab, Bila aku dah mati, hantarlah dia ke mana kau suka, apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara, selagi aku terlarat. Dah dua empat tahun pun aku pelihara dia, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Aku hanya minta pada Tuhan biarlah Pungut mati dulu sebelum aku mati, biar dia tak susahkan kau orang lagi. Itulah jawapan Mak Timah apabila terjadi pertengkaran dengan anak lelakinya. Anak lelakinya akan diam, tidak memberi sebarang cadangan apabila Mak Timah menyebut tentang mati. i. Jelaskan maksud selagi aku terlarat. [2 markah] [4 markah]

Maksud selagi aku terlarat ialah Semasa Mak Timah masih mampu /terdaya / bertenaga ii. Jika anda mempunyai adik-beradik yang cacat, apakah yang wajar anda lakukan. [3 markah]

Mengajarnya menguruskan diri/berdikari Melayannya sama seperti keluarga yang lain Bersabar dengan kerenahnya Mencadangkan kepada ibu bapa untuk dihantar belajar di sekolah khas untuk OKU. iii. Huraikan satu sikap Mak Timah daripada petikan dan satu sikap Mak Timah darpada cerpen. markah] Sikap Mak Timah daripada petikan; Penyayang menyayangi Pungut dan tidak membenarkan Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat. Seorang yang ikhlas memelihara Pungut walaupun cacat. Sikap Mak Timah daripada cerpen; Mudah simpati simpati terhadap nasib Pungut yang didisihkan oleh ibu kandungnya. Bertanggungjawab- bertanggungjawab memelihara Pungut yang tiada sesiapa inginkannya. Set 1 (Cerpen : Idola) Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero, bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan. Malam semakin merapat ke pagi, bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana? Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya. Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya untuk menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! Aku aku sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi hero, namun aku merasakan kamu seperti mengejek dan menyorakku. Alangkah sadisnya kenyataan ini. (a) Berikan maksud menampilkan kejantanan? [2 markah] [4

Mempamerkan sifat-sifat kelelakian (b) Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan hidupnya? [3 markah] Melakukan kerja sampingan Belajar lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati seperti lakonan (c) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah] Nilai dalam petikan: Amanah : si penjaga panggung mengemas panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja persembahan tamat pada setiap malam. Nilai dalam keseluruhan cerpen: Bertanggungjawab : si penjaga panggung bertanggungjawab menjaga panggung Berbangga dengan kebolehan diri sendiri : hero menasihati si penjaga panggung supaya berbangga dengan kebolehan dirinya sendiri Merendah diri : hero tidak sombong walaupun sering dipuji oleh penonton Set 2 (Cerpen : Idola) Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pada suatu petang, si penjaga panggung datang ke panggung meskipun dia tidak bertugas pada waktu itu, hanya bertugas pada waktu malam. Kedatangannya itu semata-mata didorong oleh keinginannya untuk bersemuka dengan si hero (memang saban petang para pelakon menjalankan latihan kerana pada sebelah malamnya harus menjayakan sandiwara). Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu. Memang hebat lakonan saudara. Biasa saja, sambut si hero, merendah diri. Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya. Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero.

Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu, sambung si hero. Tapi tapi saudara memang benar-benar hebat. Err maksud saya, hebat sebagai pelakon. (a) Apakah tujuan si penjaga panggung datang ke panggung walaupun dia tidak bertugas waktu itu? [2 markah] Untuk bertemu dengan si hero (b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang hero sering dikagumi oleh para penonton? Hero itu seorang yang gagah Hero itu seorang yang baik hati Hero itu seorang yang tampan Hero sering berjaya menumpaskan kejahatan (c) Huraikan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah] Perwatakan yang terdapat dalam petikan: Merendah diri : hero menganggap lakonannya tidak seberapa dan tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung Perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen: Berbakat : hero berbakat besar dalam lakonan sehingga dikagumi para penonton Amanah : si hero menjaga mutu lakonannya kerana sedar pengarah memberi kepercayaan kepadanya Set 3 (Cerpen : Idola) Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak. Hindarilah diri saudara daripada menjadi lalat dan gagak, saudara. Si penjaga panggung terus melongo. Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara? [4 markah]

Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu. Sudahlah, saudara. Kembalilah kepada diri sendiri. Kehidupan di luar panggung lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. Lupakanlah kehidupan di dalam panggung ini. Kehidupan di sini hanya sementara. Saya saya sendiri tidak akan selamanya memegang watak hero. Lambat-laun kehidupan saya di atas pentas ini akan berakhir jua. Sebenarnya saya lebih terkesima pada kehidupan di luar panggung, bukan di dalam panggung ini. Si penjaga panggung terus mengangguk-angguk. Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya? Err . Tidak ada apa-apa. Saya saya cuma mengagumi saudara. Saudara ingin menjadi seperti saya yang selalu diberi kepercayaan memegang watak hero?

(a) Apakah nasihat si hero kepada si penjaga panggung? Kembali kepada diri sendiri Kehidupan di luar panggung menuntut perjuangan Kehidupan di panggung hanya sementara

[2 markah]

(b) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pelakon yang sering menjadi idola kepada para penonton? [4 markah] Meningkatkan mutu lakonan Menjaga tingkah laku Menjaga penampilan diri Menjaga disiplin diri Mematuhi peraturan kerja (c) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah] Pengajaran dalam petikan: Kita hendaklah menghargai diri sendiri dan mempunyai jati diri yang kental. Sebagai contoh ... Pengajaran dalam keseluruhan cerpen: Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab. Sebagai contoh ...

Kita tidak boleh terlalu memandang rendah kepada diri sendiri. Sebagai contoh ... Kita hendaklah mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu yang boleh merosakkan diri sendiri. Sebagai contoh ...

Dipetik daripada program Jawakhir 2011 negeri Johor. Terima kasih.

Posted 3 weeks ago by Subramaniam Rengasamy 0

Add a comment2. Mar 12

Sajak Arkitek Kota dan BangkitahKepada anak-anak didik di tingkatan 5PA, sila baca nota sajak di bawah dan jawab soalan kefahaman. Arkitek Kota (SN Muhammad Hj Salleh) Maksud: Rangkap 1 Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan. Rangkap 2

Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut. Rangkap 3 Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona. Rangkap 4 Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas. Tema: Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota. Persoalan: 1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami. 2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut. 3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga. 4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas. Bentuk: 1. Bentuk bebas 2. Jumlah rangkap - 4 rangkap - Rangkap 1 - 7 baris ayat - Rangkap 2 - 6 baris ayat - Rangkap 3 - 5 baris ayat - Rangkap 4 - 2 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap - Rangkap 1 abacdea - Rangkap 2 aabcdd - Rangkap 3 abcad - Rangkap 4 ab Nada: Sinis Gaya Bahasa: 1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya : perasaan musim 2. Diksi mudah difahami. Contohnya : pemerhati tasik 3. Aliterasi perulangan konsonanp Contohnya : perenung di perpustakaan 4. Asonansi perulangan vokal i Contohnya : fiil langit dan sabar bumi 5. Kata ganda Contohnya : berbagai-bagai 6. Metafora Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim 7. Perlambangan Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar Nilai: 1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.

2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota. 3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. . 4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan. 5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek. Pengajaran: 1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan. 2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara.. 3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan. 4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota.. 5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif. Sumbangan :BPK, KPM LATIHAN: Berdasrkan sajak Arkitek Kota, sila jawab soalan-soalan berikut. 1. Apakah maksud rangkai kata , "harus sayangkan lagu burung"? 2. Nyatakan perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh seorang perancang bandar? 3. Pada pendapat anda, mengapakah seorang perancang bandar perlu mengutamakan alam sekitar? 4. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ini. 5. Huraikan tiga unsur pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. 6. Jelaskan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini. Gunakan rumus: P7 2

I HA2RS

Bangkitlah

(Rejab F.I) Maksud: Rangkap 1 Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju. Rangkap 2 Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka. Rangkap 3 Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan. Rangkap 4 Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkis terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata. Rangkap 5 Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan. Tema: Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar tidak menyesal. Persoalan:

1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu disedari dan diikuti oleh anak-anak. 2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun. 3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal ini perlu disedari oleh semua orang. 4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka. Bentuk: 1. Bebas 2. Terdapat 5 rangkap 3. Rima akhir baris-baris ayat Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd. Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd Nada: Patriotik Gaya Bahasa: 1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya : bangkitlah

2. Diksi mudah difahami dan puitis Contohnya : Anak-anak yang sedang lena 3. Aliterasi perulangan konsonann Contohnya : burung-burung berterbangan di udara 4. Asonansi perulangan vokal a Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena 5. Sinkope Contohnya; kau 6. Perlambangan Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara 7. Personifikasi Contohnya : burung-burung belum menjamah awan. Nilai: 1. Nilai kegigihan.. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan.. 2. Nilai kerjasama ..Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada. 3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri. Pengajaran: 1. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka. 2. Kita perlulah merebut peluang yang ada. 3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju. 4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit kemiskinan. LATIHAN: Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan sajak Bangkitlah.

1. Apakah maksud penyajak dengan, "Bangkitlah"? 2. Jelaskan gambaran suasana pagi seperti yang dinyatakan oleh penyajak dalam sajak ini. 3. Sekiranya anda berasal daripada keluarga yang miskin, terangkan tiga langkah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik? 4. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini. 5. Jelaskan bentuk sajak ini. Gunakan rumus B2

P2R (Badan Pencegah

Rasuah) Selamat mencuba dan selamat bercuti!!!Posted 4 weeks ago by Subramaniam Rengasamy 0

Add a comment3. Mar 5

Kerja rumah semasa cuti sekolahKepada anak-anak didik di tingkatan 5PA dan 4S2, berikut ialah panduan karangan sebagai kerja rumah semasa cuti sekolah dari 12 hingga 18 Mac 2012. Selamat mencuba!!! Industri desa (Dewan siswa Februari 2006) Tajuk: Industri desa memainkan peranan yang tersendiri dalam pembangunan negara kita. Huraikan kepentingan industri desa dan caracara memajukan industri berkenaan.

Takrifan: Industri luar bandar ataupun industri tradisional yang mengeluarkan kerja tangan dan dihasilkan oleh masyarakat kampung

yang masih menggunakan daripada nenek moyang. Kepentingan industri desa:

teknik

tradisi

tempatan

yang

diwarisi

Membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak kampung itu sendiri. Membantu Malaysia. menarik lebih ramai pelancong asing datang ke

Sesebuah kampung mempunyai identiti hasil pengeluaran produknya sendiri. Penduduk kampung memperoleh pendapatan tambahan. Dapat meningkatkan pendapatan negara. Mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Cara-cara memajukan industri desa: Galakan dan dorongan kerajaan serta perkhidmatan sokongan. Diberi nafas baru melalui suntikan teknologi terkini bagi menjadikannya berdaya saing tinggi, meningkatkan produktiviti dan menembusi pasaran global. Agensi kerajaan seperti SIRIM, MARDI dan institusi penyelidikan yang lain mencipta pelbagai mesin untuk menghasilkan pelbagai produk. Sektor swasta, terutamanya industri harus memperkenalkan produk tradisional secara komersial.

Lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) harus dilakukan agar dapat meningkatkan nilai tambah untuk produkproduk industri tradisional dan kraftangan. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melancarkan program satu daerah satu industri. Sekat peranan orang tengah dengan mengadakan jualan langsung. Melahirkan kakitangan terlatih tanpa mengorbankan nilai-nilai tradisi. Perlu menambah dan menimba ilmu serta kemahiran dari negaranegara jiran yang banyak menghasilkan produk-produk tempatan yang berkualiti. Kesimpulan: Industri desa memberi nafas baru kepada mereka yang terlibat dalam bidang ini khususnya penduduk di luar bandar. Mereka tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan semata-mata. Mereka perlu melakukan perubahan yang sesuai dengan keadaan semasa dari segi berfikir, budaya kerja, kualiti produk dan sebagainya. Peribahasa: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Hangat-hangat tahi ayam. Bukit sama didaki dan lurah sama dituruni. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Amalan Menderma Budaya Hidup Yang Mulia. (Dewan Siswa Mac 2006) Tajuk: Amalan menderma merupakan budaya hidup yang mulia. Bincangkan. Pendahuluan: Manusia sentiasa berhadapan dengan ancaman bencana alam seperti ombak besar tsunami yang mengorbankan ratusan ribu penduduk di Indonesia, Sri Langka, India dan Thailand. Sifat bermurah hati dengan menghulurkan derma atau bantuan kepada mereka yang memerlukan merupakan satu sifat yang sangat terpuji dan mulia di sisi Tuhan malah sesama manusia itu sendiri. Amalan menderma tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi termasuk darah, organ dan harta benda. Menderma darah. Dianggarkan 300 hingga 400 unit darah diperlukan setiap hari. Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) berkurangan dan adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan bekalannya berterusan, khususnya pada musim perayaan. Dapat menyelamatkan nyawa. Penderma darah didapati kurang berhadapan dengan risiko sakit jantung. Menderma dalam bentuk kewangan dan material. Bencana alam membawa kerosakan kepada harta benda seperti rumah, ternakan dan kenderaan.

Menderma dalam bentuk wang ringgit dan material membantu meringankan beban mangsa. Sebagai contoh, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) mrayu rakyat Malaysia agar segra menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan dan India yang berhadapan dengan kematian apabila tiba musim sejuk. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia memberi sumbangan RM20,000 kepada setiap waris setiap seorang yang terkorban dalam bencana tsunami. Sebagai contoh, kerajaan menderma RM12.95 penduduk Acheh yang menjadi mangsa tsunami. Menderma organ Satu lagi bentuk amalan menderma termasuk amalan menderma organ dan tisu manusia seperti jantung, hati, paru-paru, pankreas, buahpinggang, mata dan sebagainya. Sesetengah tisu yang boleh didermakan termasuk kornea, kulit, tulang, tulang tengah telinga, sumsum tulang, tisu-tisu penyambung, dan saluran pembuluh darah. Di Malaysia, amalan ini sangat kurang. Pada tahun 2005, ada seramai 12 orang yang menderma organ. Ini bermakna hanya terdapat 0.6 penderma setiap juta rakyat berbanding dengan negara-negra Eropah purata penderma organ ialah 30 hingga 35 penderma bagi setiap juta rakyat. Seawal 1950-an lagi, satu fatwa yang membenarkan pendermaan organ telah dikeluarkan di Mesir, disusuli di Arab Saudi dan bebeapa negara Islam yang lain. Oleh itu, kita perlu mencontohi juta kepada

negara-negara Islam yang lain dalam hal ini. Juga jelas bahawa agama tidak menjadi satu halangan untuk menderma organ. Begitu jugalah dengan ajaran agama yang lain yang mengharuskan pnganutnya untuk berbuat demikian. Kesimpulan: Secara tuntas, kempen untuk meningkatkan amalan menderma tidak kira wang ringgit, harta benda, organ, atau tenaga sebagai sukarelawan untuk misi bantuan kemanusiaan hendaklah mendapat perhatian semua pihak. Memartabatkan Batik Malaysia (Dewan Siswa April 2006) Tajuk: Industri Batik Malaysia semakin maju. Sehubungan dengan hal ini, jelaskan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan batik di Malaysia. Pendahuluan: Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia dan bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik berasal dari Indonesia. Walau bagaimanapun Ila Keller dalam bukunya Batik: The art and craft, berkata batik berasal dari Mesir sbelum tersebar ke Iran sejak 2,000 tahun dahulu. Di Asia Tenggera, batik mula diusahakan oleh penduduk Indonesia. Kesultanan Mataram pada kurun ke-17, memilih batik sebagai pakaian rasmi dalam adat istiadat istana. Usaha kerajaan memartabatkan batik Mewjibkan pemakaian batik kepada setiap penjawat awam pada 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia mengadakan promosi. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) usahawan kraf, pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara (IKN). Penyelidikan dan pembangunan merangkumi aspek penggunaan kain baru, penggunaan warna asli, ketahanan warna, reka corak batik yang baru, dan juga pekerjaan pencetakan skrin. Program pemasaran dan promosi termasuk promosi betema, promosi in-store di pusat beli-belah, destinasi pelancongan dan hotel. Teknologi baru seperti penggunaan mesin dan bantuan komputer untuk menghasilkan rekaan batik yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan. Memberi galakan dan sokongan kepada pengusaha batik agar sentiasa proaktif dalam menghasilkan batik yang berkualiti. Kesimpulan: Batik wajar dipertahankan terutama yang membabitkan seni dan budaya tempatan yang tersohor bagi masyarakat Melayu satu ketika dahulu. Justeru, sebagai warisan tradisi khazanah bangsa, seni batik perlulah dipelihara agar keindahan yang terpancar melaluinya tidak terus dilupakan generasi akan datang.Posted 5th March by Subramaniam Rengasamy 0

Add a comment4.

Feb 14

Budaya MembacaPERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK. Ayat pertama dalam kitab Al - Quran ialah Iqra, bermaksud Bacalah Kamu. Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah. Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh

teladan yang baik daripada ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan sebagai agen perubahan dalam kalangan anakanak mereka. Kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa dapat memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan anak-anak mereka, sudah pasti dapat kita melahirkan masyarakat yang berilmu tinggi yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Maklumlah bangsa membaca merupakan bangsa yang berjaya.

Posted 14th February by Subramaniam Rengasamy 0

Add a comment5. Nov 14

KEPADA SEMUA CALON SPM 2011, SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. SEMOGA SUKSES MILIK ANDA. SAYA SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA. TERIMA KASIH. Posted 14th November 2011 by Subramaniam Rengasamy 2

View comments6. Nov 13

Kepentingan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

o o o

Satu daripada kepentingan PSS ialah guru dapat menggunakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan pangajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, PSS menyediakan tempat untuk murid belajar secara kumpulan. PSS menyediakan pelbagai jenis bahan yang meliputi pelbagai bidang ilmu.

Peribahasa yang sesuai digunakan:o o

membaca jambatan ilmu maklumat di hujung jari

o o

PSS jendela untuk melihat dunia luar bermuafakat membawa berkat

Perhatian: Sekiranya soalan ini keluar sebagai bahan rangsangan (Bahagian A), jangan lupa bahawa calon perlu mengembangkan isi yang dinyatakan dalam bahan rangsangan berkenaan. Isi yang dikemukakan di atas adalah sebagai panduan sahaja.

Posted 13th November 2011 by Subramaniam Rengasamy 1

View comments7. Nov 13

Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang. Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada Dengan sebaiknya Kuatkanlah tekad di hati Memajukan diri Tiada kejayaan yang datang

Tanpa usaha yang gigih Bersusah-susahlah dahulu Bersenang kemudian Jadilah warga yang berguna Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu Remaja persembahan kumpulan nasyid Unic, saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini menyeru para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja. Justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara.

Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami AlQuran, dan mengkaji hadis. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Jelasnya, saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.

Selain itu, modus operandi lain yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.

Di samping itu, prakarsa lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading. Justeru, dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang

baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakanrakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.

Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan kata-kata bermadu kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba menyesakkan nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita.

Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada generasi akan datang bak kata peribahasa Sebab nila setitik rosak susu sebelanga

Dipetik dan disesuaikan dari blog cikgu Mie. Terima kasih.

Posted 13th November 2011 by Subramaniam Rengasamy 2

View comments8. Nov 13

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

1. Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan seseorang

- menjamin masa hadapan yang cemerlang - jika seseorang berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari keranausaha tangga kejayaan - mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di sekolah - dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh - akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita 2. Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu

- boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera - ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka - seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari 3. Seseorang mampu menyelesaikan masalah

- dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah

- sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa - memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup - penerang kegelapan - ilmu agama yang tinggi dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru - kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai 4. Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral

- boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji - kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki - seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian - nilai saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai - akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan 5. boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini

- akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia - seperti telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain - memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi 6. dapat memajukan diri dan negaranya sendiri

- untuk mendepani pelbagai cabaran, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi - pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara - hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - para pemimpin perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi

Kesimpulan:

Dalam era ledakan teknologi maklumat, seseorang dengan mudah dapat menguasai pelbagai bidang. Hal ini dikatakan demikian kerana dikatakan maklumat berada di hujung jari. Oleh itu, rakyat Malaysia harus menguasai teknologi maklumat dan komunikasi agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain dan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Seterusnya, dapat kita merealisasikan Wawasan 2020, iaitu melahirkan rakyat yang progresif dan saintifik. Dipetik dan disesuaikan daripada blog cikgu analyza. Terima kasih.

Posted 13th November 2011 by Subramaniam Rengasamy 0

Add a comment9. Nov 7

Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad membentuk masyarakat penyayang amat penting dalam menuju ke arah negara maju. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa bersama-sama anak mereka pada

alaf globalisasi ini. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka melancong semasa cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mengikuti kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulia. Maklumlah orang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dapat membezakan antara kaca dan intan; halal dan haram; syurga dan neraka; baik dan buruk.

Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anakanak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Jelas terbukti bahawa sifat yang disemai sejak kanak-kanak akan berkekalan sehingga ke akhir hayat seperti kata orang tua-tua dari buaian hingga ke liang lahat. Malahan, ibu bapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Kata peribahasa bapa borek anak rintik. Namun demikian, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Sebagai contohnya, ada ibu bapa yang menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas membuktikkan bahawa mereka akan mengalami kesempitan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian kerana ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan nilai kasih sayang bukan sahaja sesama manusia tetapi antara manusia dan haiwan dan manusia dan alam sekitar. Lama-kelamaan tabiat ini disemai dalam kalangan generasi muda. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang penyayang pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk

masyarakat penyayang. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda. Sememangnya salah satu daripada ciri Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat yang penyayang dapat direalisasikan. Maklumlah "rakyat sejahtera, negara makmur".

Posted 7th November 2011 by Subramaniam Rengasamy 1

View commentsLoading Send feedback