bahasa melayu di persada dunia program cuti semester … · melaka bandar raya bersejarah telah...

1
P rogram Cuti Semester merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan ba- hasa Melayu di persada antara- bangsa. Kursus bahasa Melayu pelajar jurusan bahasa Melayu Prince of Songkla University, Thailand (PSU) merupakan program tahun- an yang telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Ia merupakan lanjutan pengi- sian Memorandum Persefahaman an-tara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan PSU. Pada tahun ini, seramai 29 orang pelajar tahun tiga jurusan bahasa Melayu PSU mengambil bahagian. Kursus bahasa Melayu tahun ini bermula pada 3 Mei 2007 dan berakhir pada 12 Mei 2007. Pelbagai aktiviti disusun untuk meningkatkan penguasaan baha- sa Melayu para pelajar PSU sepan- jang tempoh kursus. Mereka diberi peluang untuk mengha- yati dan bertutur dalam bahasa Melayu melalui interaksi dengan penutur asli bahasa Melayu. Bertempat di DBP, program ini dimulakan dengan ujian penilai- an bahasa Melayu. Tahap bahasa Melayu mereka dikenal pasti bagi menyediakan modul yang lebih sesuai untuk mereka. Kursus ini memberikan tumpuan kepada aspek keba- hasaan, kesusasteraan, pener- bitan dan kebudayaan Melayu kepada peserta. Aspek keberkesanan dalam berkomunikasi juga ditekankan kepada mereka. Untuk itu satu aktiviti yang dinamakan "Jejak Maklumat" telah dijalankan un- tuk melatih para peserta membi- na soalan dan berinteraksi secara berkesan. Selain aktiviti di dalam kelas, aktiviti lawatan sambil belajar juga diadakan dalam program yang berlangsung selama 10 hari ini. Melaka Bandar Raya Bersejarah telah menjadi lokasi pilihan bagi tujuan itu. Pelbagai tugasan diberikan kepada mere- ka sebagai latihan penulisan. Karangan, pantun dan sajak adalah antara karya yang di- hasilkan oleh peserta sepanjang lawatan ke Melaka. Pameran Buku Kuala Lumpur 2007 yang bertempat di PWTC juga menjadi destinasi lawatan mereka. Seramai enam orang da- ripada mereka telah mengambil bahagian dalam pembacaan puisi di pameran itu pada 6 Mei yang lalu. Selain DBP, Institut Perguruan Bahasa Melayu (IPBM) juga turut membantu usaha memantap- kan penguasaan bahasa Melayu peserta. Selama sehari IPBM me- ngambil alih tugas DBP memberi- kan kursus kepada mereka. Majlis Penutupan Program kali ini benar-benar menguji kemam- puan para peserta. Mereka dimin- ta untuk mengendalikan majlis itu sepenuhnya. Selain menjadi pengacara, mereka turut mem- buat persembahan kebudayaan Melayu, seperti dikir barat, sajak, nasyid dan seloka. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Program Cuti Semester DBP-PSU 2007 B etulkah ayat ini: "Menyediakan anda ber- jaya mendapat (Black Belt) dalam tempoh satu tahun"? Begitulah soalan yang dike- mukakan oleh pencinta bahasa, saudara Amir Zaidi dari Sungai Petani. Menurut beliau gam- bar pemidang ini dirakamkan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dalam keghairahan pihak penganjur mempromosikan ke- las seni mempertahankan diri, mereka nampaknya tidak sedar melakukan banyak kesalahan bahasa. Ayat di atas seharus- nya ditulis "Menjadikan anda pemegang tali pinggang hitam dalam masa setahun". Perkataan 'objektif' dan 'mat- lamat' sebenarnya membawa makna yang sama. Oleh itu, per- kataan objektif itu seharusnya digantikan dengan 'faedah' atau 'kebaikan'. Apabila bercakap tentang faedah atau kebaikan, dalam hal ini semestinya per- tama, mempelajari seni tae kwan do; kedua, bersenam untuk men- jaga kesihatan; dan ketiga me- ningkatkan keyakinan diri. "Kelas Tae Kwan Do untuk Orang Dewasa" sudah memadai kerana guru-guru dan ibu bapa adalah termasuk dalam kategori 'dewasa'. Bahasa rojak 'Kelab SPU Mtial Art' di atas seharusnya digantikan dengan 'Kelab Mempertahankan Diri SPU'. Dalam bahasa Inggeris pun, perkataan Martial Art tidak pernah disingkatkan. Dewan Bahasa dan Pustaka sedia memberi khidmat nasihat bahasa (KNB) secara percuma kepada orang ramai. Sila layari http://www.dbp.gov.my Hantarkan sebarang ke- salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my atau kirimkan kepa- da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Ba- hasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 16 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG P elancong yang berkunjung ke KLCC pasti tidak akan melepaskan peluang men- jamu selera di medan selera, tingkat empat, Menara KLCC. Terdapat pelbagai jenis masak- an yang enak dan dihidangkan secara eksklusif di sini. Sayangnya, papan tanda medan selera yang telah pun menggunakan bahasa kebang- saan yang baik dan indah, iaitu "Rasa" dicemari oleh slogan bahasa rojak, "Simply Sedap". Alangkah baiknya jika slo- gan tersebut dipaparkan dalam dwibahasa, iaitu dalam bahasa Melayu "Sungguh Sedap", mana- kala dalam bahasa Inggeris, "Simply Delicious" sebagaima- na ungkapan "medan selera" yang diberi padanannya food arena. Sesungguhnya, penggunaan bahasa kebangsaan yang baik, betul dan indah pada papan tanda perniagaan mencermin- kan rasa cinta dan megah- nya rakyat Malaysia terhadap bahasa kebangsaan dan baha- sa rasmi negara. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini, marilah kita sama-sama memarta- batkan bahasa kebangsaan kita. Semoga, tempoh 50 tahun kemerdekaan tanah air kita ini dapat dizahirkan kepada para pelancong asing yang datang ke negara kita ini. Bahasa kebangsaan kita, tanggungja- wab kita. [email protected] Simply Sedap? APA SUDAH JADI? Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansur Banyaknya Kesalahan Bahasa... Peserta program sedang menyiapkan tugasan secara berkumpulan. Peserta Program Cuti Semester DBP-PSU 2007 di bukit St.Paul Bandar Hilir, Melaka. KHIDMAT NASIHAT BAHASA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka menawarkan Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) untuk menyele- saikan masalah bahasa yang merangkumi aspek ejaan Rumi dan Jawi, kata dan istilah, laras dan gaya bahasa, bahasa Melayu dalam visual iklan, penamaan prasarana, premis, pertubuhan, tempat awam dan lain-lain, penyemakan bahasa dalam doku- men rasmi dan teks terjemahan. Waktu Perkhidmatan: Hari Isnin – Khamis 7.30 pagi -1.00 tengah hari 2.00 petang – 5.30 petang Hari Jumaat 7.30 pagi – 12.15 tengah hari 2.45 petang – 5.30 petang KNB boleh dihubungi melalui ta- lian telefon 03-2148 1960/ 5887/ 5905/ 2139/ 1011, faksimile 03- 2142 2029 atau layari laman web: http://www.dbp.gov.my.

Upload: lamdien

Post on 08-Apr-2019

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Program Cuti Semester merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan ba-

hasa Melayu di persada antara-bangsa.

Kursus bahasa Melayu pelajar jurusan bahasa Melayu Prince of Songkla University, Thailand (PSU) merupakan program tahun-an yang telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi.

Ia merupakan lanjutan pengi-sian Memorandum Persefahaman an-tara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan PSU.

Pada tahun ini, seramai 29 orang pelajar tahun tiga jurusan

bahasa Melayu PSU mengambil bahagian. Kursus bahasa Melayu tahun ini bermula pada 3 Mei 2007 dan berakhir pada 12 Mei 2007.

Pelbagai aktiviti disusun untuk meningkatkan penguasaan baha-sa Melayu para pelajar PSU sepan-jang tempoh kursus. Mereka diberi peluang untuk mengha-yati dan bertutur dalam bahasa Melayu melalui interaksi dengan penutur asli bahasa Melayu.

Bertempat di DBP, program ini dimulakan dengan ujian penilai-an bahasa Melayu. Tahap bahasa Melayu mereka dikenal pasti bagi menyediakan modul yang lebih sesuai untuk mereka.

Kursus ini memberikan tumpuan kepada aspek keba-

hasaan, kesusasteraan, pener-bitan dan kebudayaan Melayu kepada peserta.

Aspek keberkesanan dalam berkomunikasi juga ditekankan kepada mereka. Untuk itu satu aktiviti yang dinamakan "Jejak Maklumat" telah dijalankan un-tuk melatih para peserta membi-na soalan dan berinteraksi secara berkesan.

Selain aktiviti di dalam kelas, aktiviti lawatan sambil belajar juga diadakan dalam program yang berlangsung selama 10 hari ini. Melaka Bandar Raya Bersejarah telah menjadi lokasi pilihan bagi tujuan itu. Pelbagai tugasan diberikan kepada mere-ka sebagai latihan penulisan.

Karangan, pantun dan sajak adalah antara karya yang di-hasilkan oleh peserta sepanjang lawatan ke Melaka.

Pameran Buku Kuala Lumpur 2007 yang bertempat di PWTC juga menjadi destinasi lawatan mereka. Seramai enam orang da-ripada mereka telah mengambil bahagian dalam pembacaan puisi di pameran itu pada 6 Mei yang lalu.

Selain DBP, Institut Perguruan Bahasa Melayu (IPBM) juga turut membantu usaha memantap-kan penguasaan bahasa Melayu peserta. Selama sehari IPBM me-ngambil alih tugas DBP memberi-kan kursus kepada mereka.

Majlis Penutupan Program kali

ini benar-benar menguji kemam-puan para peserta. Mereka dimin-ta untuk mengendalikan majlis itu sepenuhnya. Selain menjadi pengacara, mereka turut mem-buat persembahan kebudayaan Melayu, seperti dikir barat, sajak, nasyid dan seloka.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Program Cuti Semester DBP-PSU 2007

Betulkah ayat ini: "Menyediakan anda ber-jaya mendapat (Black

Belt) dalam tempoh satu tahun"? Begitulah soalan yang dike-

mukakan oleh pencinta bahasa, saudara Amir Zaidi dari Sungai Petani. Menurut beliau gam-bar pemidang ini dirakamkan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dalam keghairahan pihak penganjur mempromosikan ke-las seni mempertahankan diri, mereka nampaknya tidak sedar melakukan banyak kesalahan bahasa. Ayat di atas seharus-nya ditulis "Menjadikan anda pemegang tali pinggang hitam dalam masa setahun".

Perkataan 'objektif ' dan 'mat-lamat' sebenarnya membawa makna yang sama. Oleh itu, per-kataan objektif itu seharusnya digantikan dengan 'faedah' atau 'kebaikan'. Apabila bercakap tentang faedah atau kebaikan, dalam hal ini semestinya per-tama, mempelajari seni tae kwan do; kedua, bersenam untuk men-jaga kesihatan; dan ketiga me-ningkatkan keyakinan diri.

"Kelas Tae Kwan Do untuk Orang Dewasa" sudah memadai kerana guru-guru dan ibu bapa adalah termasuk dalam kategori 'dewasa'.

Bahasa rojak 'Kelab SPU Mtial Art' di atas seharusnya digantikan dengan 'Kelab Mempertahankan

Diri SPU'. Dalam bahasa Inggeris pun, perkataan Martial Art tidak pernah disingkatkan.

Dewan Bahasa dan Pustaka sedia memberi khidmat nasihat bahasa (KNB) secara percuma kepada orang ramai. Sila layari http://www.dbp.gov.my

Hantarkan sebarang ke-salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepa-da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Ba-hasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 16 emel

DI MANA BUMI DIPIJAKDI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Pelancong yang berkunjung ke KLCC pasti tidak akan melepaskan peluang men-

jamu selera di medan selera, tingkat empat, Menara KLCC.Terdapat pelbagai jenis masak-an yang enak dan dihidangkan secara eksklusif di sini.

Sayangnya, papan tanda medan selera yang telah pun menggunakan bahasa kebang-saan yang baik dan indah, iaitu "Rasa" dicemari oleh slogan bahasa rojak, "Simply Sedap".

Alangkah baiknya jika slo-gan tersebut dipaparkan dalam dwibahasa, iaitu dalam bahasa Melayu "Sungguh Sedap", mana-kala dalam bahasa Inggeris, "Simply Delicious" sebagaima-na ungkapan "medan selera"

yang diberi padanannya food arena.

Sesungguhnya, penggunaan bahasa kebangsaan yang baik, betul dan indah pada papan tanda perniagaan mencermin-kan rasa cinta dan megah-nya rakyat Malaysia terhadap bahasa kebangsaan dan baha-sa rasmi negara.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini, marilah kita sama-sama memarta-batkan bahasa kebangsaan kita. Semoga, tempoh 50 tahun kemerdekaan tanah air kita ini dapat dizahirkan kepada para pelancong asing yang datang ke negara kita ini. Bahasa kebangsaan kita, tanggungja-wab [email protected]

Simply Sedap?

APA SUDAH JADI?

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansur

Banyaknya Kesalahan Bahasa...

Peserta program sedang menyiapkan tugasan secara berkumpulan.Peserta Program Cuti Semester DBP-PSU 2007 di bukit St.Paul Bandar Hilir, Melaka.

KHIDMAT NASIHAT BAHASA DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka menawarkan Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) untuk menyele-saikan masalah bahasa yang merangkumi aspek ejaan Rumi dan Jawi, kata dan istilah, laras dan gaya bahasa, bahasa Melayu dalam visual iklan, penamaan prasarana, premis, pertubuhan, tempat awam dan lain-lain, penyemakan bahasa dalam doku-men rasmi dan teks terjemahan.

Waktu Perkhidmatan: Hari Isnin – Khamis

7.30 pagi -1.00 tengah hari2.00 petang – 5.30 petang

Hari Jumaat7.30 pagi – 12.15 tengah hari2.45 petang – 5.30 petang

KNB boleh dihubungi melalui ta-lian telefon 03-2148 1960/ 5887/ 5905/ 2139/ 1011, faksimile 03-2142 2029 atau layari laman web: http://www.dbp.gov.my.