bab8-proses penerbitan ayat

26
BAB 8 PROSES PENERBITAN AYAT

Upload: tay-hang-chean

Post on 13-Aug-2015

82 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

BAB 8

PROSES PENERBITAN AYAT

Page 2: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

• PROSES PENERBITAN AYAT

• KONSEP AYAT TERBITAN

• PROSES PENGGUGURAN

• PROSES PENYUSUNAN SEMULA

• PROSES PELUASAN

Page 3: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

PROSES PENERBITAN AYAT

• Setiap penutur asli sesuatu bahasa seharusnya mempunyai kemampuan untuk mengenali atau membezakan satu jenis binaan ayat daripada satu binaan yang lain.

• Kemampuan tersebut mempunyai kaitan dengan kemampuan membentuk / memahami bilangan ayat dalam bahasanya, memahami makna dan menentukan kegramatisan sesuatu ayat.

Page 4: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

• Cuba teliti ayat berikut:

1. Ali memandu kereta itu.

Kereta itu dipandu oleh Ali.

2. Ali teringat akan kekasihnya.

Ali teringat oleh kekasihnya.

3. Ibu bapa Ali telah meninggal dunia.

Page 5: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

• Noam Chomsky melalui teori Transformasi-Generatif (T-G) mengatakan pengetahuan dan penguasaan bahasa seseorang berlaku pada dua tahap iaitu:

1. Tahap struktur dalaman

Struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar / ayat inti yang diperlukan untuk

membentuk asas makna ayat (membentuk semantik ayat)

2. Tahap struktur permukaan

Struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur.

Page 6: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

• Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang wujud pada tahap struktur dalaman.

• Ada kalanya ayat struktur dalaman atau ayat dasar itu sama dengan ayat permukaan.

• Namun begitu, sebahagian besar ayat permukaan telah berubah daripada ayat dasar.

• Perubahan ini berlaku melalui suatu proses tatabahasa, iaitu pelaksanaan rumus-rumus transformasi.

Page 7: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

• Mengikut teori T-G, rumus-rumus transformasi ini mengubah aturan atau struktur ayat dan memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

• Dalam bahasa Melayu, proses penerbitan ayat melibatkan 3 proses utama iaitu:

1. proses pengguguran

2. proses penyusunan semula

3. proses peluasan

Page 8: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

PROSES PENGGUGURAN

• Satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, hingga menyebabkan, pada peringkat struktur permukaan, unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

• Terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. pengguguran frasa nama sebagai subjek

2. pengguguran frasa predikat

3. pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

Page 9: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek

• Proses pengguguran ini berlaku pada 2 tempat iaitu:

1. Pengguguran subjek kata ganti nama

Contoh:

a. Kamu duduk – Duduk

b. Awak semua pulang sekarang

– Pulang sekarang

c. Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan masuk – Dipersilakan masuk

Page 10: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

2. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.Contoh:a. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana dia rajin

belajar. Dia sangat pandai kerana rajin belajar.

b. Dia masih ke sekolah + Dia sakit Dia masih ke sekolah walaupun dia sakit. Dia masih ke sekolah walaupun sakit.

Page 11: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Pengguguran Frasa Predikat

• Proses pengguguran ini berlaku pada 2 tempat

1. Pengguguran seluruh frasa predikat

(4 kategori)

a. Pengguguran frasa kerja yang serupa

Contoh:• Ali belajar di sekolah berasrama penuh. + Sepupunya

belajar di sekolah berasrama penuh.• Ali belajar di sekolah berasrama penuh dan

sepupunya belajar di sekolah berasrama penuh.• Ali dan sepupunya belajar di sekolah berasrama penuh.

Page 12: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

b. Pengguguran frasa nama yang serupaContoh:

• Bendera lambang negara + Lagu kebangsaan lambang negara.

• Bendera lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara

• Bendera dan lagu kebangsaan lambang negara.

c. Pengguguran frasa adjektif yang serupaContoh:

• Kesopanan sangat mulia + Budi bahasa sangat mulia• Kesopanan sangat mulia dan budi bahasa sangat mulia• Kesopanan dan budi bahasa sangat mulia.

Page 13: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

d. Pengguguran frasa sendi nama yang serupa

Contoh:

• Dia masih di kampung + Isterinya masih di kampung.

• Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.

• Dia dan isterinya masih di kampung.

Page 14: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

2. Pengguguran bahagian tertentu dalam frasa predikat (4 kategori)

a. Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif

Pencuri itu telah ditangkap oleh polis.

Pencuri itu telah ditangkap.

b. Pengguguran kata bantu yang serupa

Udara masih nyaman. Udara masih segar.

Udara masih nyaman dan segar

Page 15: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

c. Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa

Seniman itu menggubah lagu. Seniman itu merakamkan lagu.

Seniman itu menggubah dan merakam lagu.

d. Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.

Kejadian itu sungguh menakjubkan.

Page 16: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Pengguguran Frasa Nama Yang Mendahului Frasa Relatif

• Apabila 2 ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh:

• Perempuan itu kakak saya. (ayat dasar)• Perempuan itu memakai tudung. (frasa relatif yang

dipancangkan)• Perempuan (perempuan itu memakai tudung) itu kakak

saya.• Perempuan yang memakai tudung itu kakak saya.

Page 17: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

PROSES PENYUSUNAN SEMULA

• Melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat, dan kadang-kadang pengguguran atau penambahan beberapa unsur.

• Umumnya proses ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Page 18: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

• Dalam bahasa Melayu, proses penyusunan semula terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Penyusunan semula frasa sebagai subjek

2. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek

3. Penyusunan semula melalui ayat songsang

Page 19: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Penyusunan Semula Frasa Sebagai Subjek

• Keadaan ini berlaku melalui proses transformasi pasif aktif – aktif pasif.

• Contoh:1. Anita membaca buku itu.

Buku itu dibaca oleh Anita.2. Abang Ahmad memandu kereta itu

Kereta itu dipandu oleh Abang ahmad.3. Awak membaca buku itu sekarang juga.

Buku itu awak baca sekarang juga.

Page 20: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek

• Boleh terjadi pada ayat yang mengandungi 2 jenis objek (objek tepat dan objek sipi).1. Mereka menghadiahi guru mereka sejambak

bunga.Mereka menghadiahkan sejambak bunga

kepada guru mereka.2. Ayah memberikan pekerja baharu itu nasihat

berguna.Ayah memberi nasihat berguna kepada pekerja baharu itu.

Page 21: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang

• Berlaku pada ayat songsang yang mengandungi keterangan seperti tempat, masa, syarat dan musabab yang dikedepankan apabila keterangan itu difokuskan.1. Rombongan pelancong itu pergi ke pusat beli-

belah.Ke pusat beli-belah rombongan pelancong itu pergi.

2. Dia gagal dalam peperiksaan itu kerana dia tidak bersedia.Kerana dia tidak bersedia, dia gagal dalam

peperiksaan itu.

Page 22: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

PROSES PELUASAN

• Proses yang menambahkan unsur baharu ke dalam ayat.

• Dalam bahasa Melayu, proses ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu1. Peluasan frasa nama sebagai subjek2. Peluasan frasa predikat3. Peluasan dengan kata hubung4. Peluasan melalui proses komplementasi

Page 23: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek

• Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh:

Wanita itu teman saya.

Wanita itu sedang membaca buku cerita. (ayat relatif)

Wanita (Wanita itu sedang membaca buku cerita ) itu teman saya.

Wanita yang sedang membaca buku cerita itu teman saya.

Page 24: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Peluasan Frasa Predikat

• Frasa nama objek kata kerja, iaitu frasa nama dalam predikat, boleh diperluaskan juga dengan pemancangan ayat relatif. Contoh:Kami menonton pementasan drama.Drama diarah oleh Nordin.Kami menonton pementasan drama (Drama diarah oleh Nordin).Kami menonton pementasan drama yang diarah oleh Nordin.

Page 25: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Peluasan Dengan Kata Hubung

• Melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walau bagaimanapun dan sebagainya. Contoh:

Mereka berjaya dalam ujian itu.

Mereka membuat persediaan yang cukup.

Mereka berjaya dalam ujian itu kerana membuat persediaan yang cukup.

Page 26: Bab8-Proses Penerbitan Ayat

Peluasan Melalui Proses Komplementasi

• Proses memancangkan ayat komplemen ke dalam ayat induk.

• Contoh:

Penceramah itu menegaskan sesuatu.

Ekonomi negara semakin pulih.

Penceramah itu menegaskan bahawa ekonomi negara semakin pulih.