bab2

Upload: naimah57

Post on 07-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SK

TRANSCRIPT

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Prestasi mata pelajaran matematik bagi pelajar Tahun 6 merupakan isu yang mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi apabila mata pelajaran ini mula memasuki era globalisasi iaitu pengenalan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang singkatannya dikenali sebagai PPSMI. Walaubagaimanapun perlaksanaan PPSMI ini dihentikan sepenuhnya menjelang tahun 2014. Pelaksanaan kajian yang dibuat bagi menentukan sama ada Kaedah Pembelajaran Koperatif mampu meningkatkan prestasi mata pelajaran matematik pelajar Tahun 6 dalam topik penyelesaian masalah yang melibatkan peratus. Penggunaan kaedah ini dirasakan mampu membantu meningkatkan prestasi pelajar dan pencapaian mata pelajaran matematik secara keseluruhannya. Kejayaan ini dapat dicapai kerana melalui kaedah koperatif, setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dimainkan di samping mendapat bimbingan daripada guru. Bagi pelajar cerdas, peranan mereka dalam kumpulan adalah penting, mereka dianggap teman dan pembimbing yang paling rapat untuk membantu ahli-ahli yang bermasalah. Johnson and Johnson berpendapat bahawa untuk mencapai matlamat pembelajaran, seharusnya mata pelajaran itu dihargai, membuat penaakulan secara matematik dan akhir sekali yang paling penting ialah unsur dalam pelajar itu sendiri, iaitu keyakinan diri. Di samping itu, menurut beliau pendekatan koperatif seharusnya diaplikasi sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek pendekatan pengajaran kurikulum matematik ada menegaskan bahawa untuk menanam rasa gemar dan minat yang berpanjangan dalam diri pelajar terhadap matematik, maka pengajaran dan pembelajaran hendaklah seboleh-bolehnya dibuat dalam suasana ceria dan gembira serta yang paling penting ia adalah sesuatu yang mencabar minda pelajar.1.2Latar belakang Masalah

Bagi seseorang pelajar, pengetahuan asas yang tidak kukuh menyukarkannya untuk memahami kemahiran yang diajar oleh guru. Ini kerana, ketidakcapaian tahap penguasaan yang maksimum menyukarkannya untuk mengaitkan konsep yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada dirinya. Selain itu, suasana di kelas yang lebih berorientasikan peperiksaan di mana kaedah pengajaran yang dijalankan di dalam kelas turut menyumbang menjadikan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi.Melalui pendekatan dan penggunaan kaedah koperatif, maka di sini kita akan dapat lihat bagaimana pelajar cerdas dalam kumpulan tersebut dapat membantu melalui pengaplikasian apa yang dipelajari kepada kumpulan pelajar sederhana dan lemah sewaktu aktiviti berlangsung. Maka dengan ini, pelajar sederhana dan lemah akan memperoleh kefahaman dalam pengetahuan asas topik yang lalu dan topik yang baru melalui bantuan pelajar cerdas. Di samping itu salah satu strategi yang terdapat dalam kaedah pembelajaran koperatif ialah penyiasatan kumpulan, di mana pelajar bekerja untuk menghasilkan projek kumpulan yang mana mereka sendiri menentukan projek tersebut.Pengetahuan sedia ada pelajar yang berkebolehan dalam setiap kumpulan koperatif boleh diaplikasikan kepada pelajar yang lemah. Bagi menangani permasalahan ini, kaedah ini difikirkan sesuai. Oleh itu pengkaji telah menjalankan kajian sejauh mana hubungan pemahaman kaedah koperatif berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah merupakan salah satu bahagian yang terdapat dalam kertas peperiksaan pelajar-pelajar Tahun 6. Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), soalansoalan dari tajuk peratus menyumbang antara 4 hingga 5 soalan. Ini memberikan sedikit masalah kepada pelajar untuk diselesaikan kerana disebabkan beberapa perkara. Justeru itu, pendekatan pembelajaran koperatif telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemudian kajian telah dibuat untuk mengkaji dan mengenalpasti sejauh mana minat, sikap dan peningkatan atau penurunan prestasi pelajar untuk memahami dan menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk peratus. Kaedah pengajaran yang biasanya dipraktikkan dalam bilik darjah bagi penyelesaian masalah adalah berbentuk satu hala iaitu penerangan guru kepada pelajar. Walaupun terdapat penerangan tentang penggunaan Kaedah Polya dan penggunaan strategistrategi penyelasaian masalah, cara itu kurang berjaya menarik minat pelajar untuk meningkatkan pemahaman dan minat mereka terhadap soalan-soalan berbentuk penyelasaian masalah itu. Kebanyakkan pelajar malas membaca soalan panjang, tidak cuba memahami masalah serta menganggap soalan berbentuk penyelesaian masalah adalah sukar untuk diselesaikan. Oleh sebab itu, pendekatan koperatif telah dikaji keberkesanannya terhadap situasi pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah.

1.3 Pernyataan masalah

Melalui pemerhatian sebahagian besar guru-guru sekolah menengah , pelajar berhadapan dengan masalah apabila hendak menjawab soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah. Oleh itu kaedah pembelajaran koperatif telah digunakan di dalam bilik darjah sebagai kajian untuk meninjau bagaimanakah keberkesanannya terhadap sikap dan minat serta pengajaran, pemahaman serta prestasi pelajar pada akhir dapatan kajian ini. Kajian yang telah dijalankan adalah mengenai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi penyelesaian masalah bagi topik peratus terhadap pelajar-pelajar Tahun 6 Damai 4 di Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor .

1.4 Kerangka konsep

PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIKSIKAP DAN MINATPELAJARMASALAHPEMBELAJARANPELAJARKONSEP DAN STRATEGIDALAMPENYELESAIAN MASALAHPERLAKSANAAN PENDEKATAN KOPERATIFRajah 1:Kajian Permasalahan Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1.5 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan pemahaman kaedah koperatif dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam metematik. Di samping itu, kajian ini akan dijadikan asas penilaian dan perbincangan bagi guru untuk menilai tindakan pelajar secara sistematik dalam konteks meningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memberi peluang kepda guru meneliti tindakan yang guru ambil secara sistematik untuk meningkatkan prestasi pelajar dan mencapai matlamat pendidikan matematik. Selain itu, jika kaedah ini ada memberi impak yang baik kepada pencapaian sekolah secara keseluruhannya, maka sudah tentu ianya mungkin akan turut digunakan di sekolah-sekolah sebagai satu perubahan terhadap kaedah yang digunakan sebelum ini.

1.5.1 Objektif kajian

Kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini mempunyai objektif yang tersendiri, antaranya;

1.5.1.1 Mengetahui sikap pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah bagi tajuk peratus.

1.5.1.2 Mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan pembelajaran koperatif dalam bilik darjah.

1.5.1.3Menilai persepsi pelajar-pelajar terhadap minat dan pemahaman dalam penyelesaian masalah bagi tajuk peratus dengan menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif.

1.5.2 Persoalan kajian

Dalam usaha memastikan tujuan dan objektif kajian tercapai, beberapa persoalan cuba diungkai atau dijawab oleh pengkaji, antaranya;

1.5.2.1 Apakah sikap pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah bagi tajuk peratus.

1.5.2.2 Bagaimanakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan minat dan pemahaman dalam penyelesaian masalah bagi tajuk peratus.

1.5.2.3Sejauh manakah persepsi pelajar-pelajar terhadap faktor-faktor pendekatan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk memberi atau menambah cara dalam penyelesaian persoalan matematik dan seterusnya membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam matematik, terutamanya pelajar lemah. Bentuk-bentuk bantuan daripada pihak-pihak berkaitan dapat disalurkan melalui maklumat yang diperolehi iaitu daripada ujian-ujian dan soal-selidik yang ada dijalankan sepanjang kaedah ini diguna pakai. Bagi pihak kementerian, kepentingan kajian yang dijalankan ini akan memberi satu bentuk maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh tentang permasalahan yang berlegar-legar di persekitarannya yang menjerumus kepada permasalahan yang timbul berkaitan pelajar dan matematik. Melalui maklumat-maklumat yang diperolehi, kementerian akan mengenal pasti masalah daripada peringkat akar umbi lagi dan daripada maklumat ini juga ia akan dapat membantu kementerian menghulurkan bentuk-bentuk bantuan yang sesuai kepada pihak terbabit. Kaedah yang diguna pakai ini turut memberi peluang kepada pihak kementerian untuk menjalankan pemeriksaan sama ada kaedah yang diguna pakai oleh pihak sekolah dan guru sesuai atau tidak, di samping penambahbaikan mungkin boleh dilakukan ke atas kaedah ini.

1.7 Batasan kajian

Walaupun kajian ini banyak memberi impak yang positif, namun skop kajian ini hanya tertumpu kepada hubungan kaedah koperatif yang digunakan dengan peningkatan prestasi matematik pelajar. Elemenelemen seperti sikap dan motivasi pelajar bermasalah dalam matematik tidak dikaji. Borang soal selidik yang digunakan hanya merupakan gambaran awal untuk mengetahui latar belakang masalah matematik yang pelajar hadapi. Oleh itu ia tidak dapat menentukan secara khusus sikap, motivasi dan minat pelajar serta penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dijalankan. Kajian ini juga hanya menumpukan kepada satu topik sahaja disamping itu ianya hanya diuji dalam satu kelas. Selain itu batasan kajian ini menghadkan masa dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran apabila ia diaplikasikan. Pendekatan koperatif yang diaplikasikan dan diguna pakai atau dipilih ini hanya sesuai digeneralisasikan di Malaysia sahaja. Kajian telah dijalankan terhadap 32 orang pelajar dalam satu kelas di Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang dikaji adalah secara rawak tanpa mengambil kira komposisi kaum dan jantina dan serta taraf ekonomi keluarga masing-masing.Oleh itu kajian hanya mengambarkan keberkesanan kepada pelajar-pelajar tersebut di sekolah berkenaan sahaja.

1.8 Takrifan kajian

Setiap istilah yang digunakan dalam kajian ini akan didefinisikan dibawah:

Koperatif

Koperatif bermaksud kerjasama. Dalam konteks ini pelajar belajar bersama-sama di dalam kelas di mana pelajar dibahagikan kepada kumpulan pelbagai kebolehan iaitu cerdas, sederhana dan lemah (kumpulan heterogenus). Melalui kumpulan in, pelajar melibatkan diri secara aktif .dilatih bekerjasama dan interaksi sosial harus dipupuk. Pelajar dalam kumpulan akan diberi satu tugasan dan mereka akan belajar menyelesaikan, memastikan ahli lain dalam kumpulan mereka juga menyelesaikannya dan memastikan setiap ahli dalam kumpulan dapat menyelesaikannya.

1.8.2Heterogenus

Heterogenus bermaksud tidak sama dari segi kebolehan iaitu cerdas, sederhana dan lemah. Pembelajaran Tradisional

Pembelajaran tradisional yang digunakan dalam kajian ini sebagai kumpulan kawalan merujuk kepada kaedah yang kebiasannya dilaksanakan didalam kelas. Ia lebih berpusatkan guru dan membuat latihan secara individu

1.9 Rumusan

Bahagian ini menghuraikan berkaitan latar belakang, tujuan, hipotesis, kepentingan dan batasan kajian. Antara lain, ia merumuskan bahawa guna pakai kaedah koperatif ke atas permasalahan yang wujud memberi ruang kepada pelajar berkongsi idea dalam mencari jalan penyelesaian yang sesuai terhadap sesuatu permasalahan yang wujud. Ini secara langsung akan dapat memupuk suasana berorientasikan pencapaian. Pendekatan koperatif juga akan membantu pencapaian pelajar yang lemah serta menambahkan minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran matematik itu sendiri. Kaedah koperatif dapat memberi kesempatan kepada murid-murid untuk berbincang, berdebat, mengemukakan pendapat dan mendengarkan pendapat orang lain. Ia merupakan unsur penting dari pembelajaran kooperatif yang menyebabkan meningkatnya prestasi akademik. Dalam aktiviti berkumpulan murid-murid lebih banyak dirangsang dengan membaca, mendengar dan berbincang antara satu sama lain. Pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid-murid yang berbeza latar belakang untuk saling bekerjasama, saling bergantung satu sama lain atas tugas-tugas bersama dan mereka juga belajar untuk menghargai satu sama lain. Kajian yang dilaksanakan ini adalah penting kerana ianya belum pernah dijalankan sebelum ini. Ia merupakan kajian yang lebih spesifik dalam menangani masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah . Amat berguna sebagai panduan guru-guru untuk membuat perbandingan atau memilih pendekatan sesuai bagi kaedah yang akan dijalankan di kelas masing-masing untuk penyelesaian masalah bagi tajuk peratus.

BAB 2

Tinjauan Literatur

2.1Pengenalan

Bahagian ini menghuraikan berkaitan latar belakang, tujuan, kepentingan dan batasan kajian. Antara lain, ia merumuskan bahawa guna pakai kaedah koperatif ke atas permasalahan yang wujud memberi ruang kepada pelajar berkongsi idea dalam mencari jalan penyelesaian yang sesuai terhadap sesuatu permasalahan yang wujud. Ini secara langsung akan dapat memupuk suasana berorientasikan pencapaian. Pendekatan koperatif juga akan membantu pencapaian pelajar yang lemah serta menambahkan minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran matematik itu sendiri. Kajian yang dilaksanakan ini adalah penting kerana ianya belum pernah dijalankan sebelum ini. Ia merupakan kajian yang lebih spesifik dalam menangani masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Amat berguna sebagai panduan guru-guru untuk membuat perbandingan atau memilih pendekatan sesuai bagi kaedah yang akan dijalankan di kelas masing-masing untuk penyelesaian masalah bagi tajuk peratus. Selaras dengan Dasar Memperkasa Pendidikan Sekolah Rendah pendekataan koperatif adalah memenuhi kehendaknya dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan aktiviti-aktiviti kumpulan dapat membantu merangsang serta menyeronokkan pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang dicadangkan ini merupakan satu kajian kes berhubung pertalian atau kaitan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik dengan kaedah koperatif. Pada peringkat ini pengkaji cuba membincangkan akan strategi pendekatan koperatif, ciri-ciri dan kajian lepas berkaitan kaedah koperatif. Kajian terdahulu banyak membincangkan tentang strategi yang diunjurkan sebagai jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah dalam matematik ataupun penerangan tentang pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah secara keseluruhannya. Ia merangkumi penggunaan Kaedah Polya iaitu memahami masalah, merangka satu perancangan, melaksanakan penerangan dan melihat semula. Strategi-strategi dalam penyelesaian masalah juga ada dinyatakan iaitu memgenalpasti corak, melukis gambar dan diagram penekaan atau pemeriksaan, membuat jadual, penggunaan sebuah model, jalan kerja dari belakang dan penggunaan kesimpulan induktif. Strategi-strategi ini adalah tidak asing bagi guru tetapi kebanyakkan murid-murid tidak diperjelaskan kaedah penggunaannya secara spesifik.

2.2 Konsep pendekatan pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif didefinasikan sebagai pembelajaran di dalam bilik darjah di mana pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap satu kumpulan adalah terdiri daripada pelajar pada aras kebolehan yang berbeza (heterogenus). Pelajar ini akan diberikan satu tugasan dan mereka perlu belajar cara menyelesaikannya dan memastikan setiap ahli kumpulan dapat menyelesaikannya. Pembelajaran koperatif ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi idea dan saling membantu dalam pembelajaran. Pelajar diajar berkemahiran sosial dan kumpulan disusun dalam keadaan ahli mengadap satu sama lain. Kaedah ini menekankan perlunya meraikan kejayaan kumpulan,ada matlamat kumpulan, dan kumpulan diberi ganjaran dalam bentuk mata. Ahli kumpulan adalah bertanggungjawab terhadap setiap ahli kumpulan dalam mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dengan itu dapat meningkatkan minat serta peningkatan dalam pembelajaran mereka. Beberapa strategi diusahakan dalam pendekatan ini, antaranya penyiasatan kumpulan distrukturkan untuk menekankan kepada kemahiran berfikir tahap tinggi seperti proses analisa dan penilaian. Pelajar bekerja untuk menghasilkan projek kumpulan di mana mereka sendiri yang memilihnya. Pencapaian turut digunakan kepada pelajar dari pelbagai tahap keupayaan akademik.

Kaedah koperatif mengambilkira aspek berikut:

2.2.1 Kumpulan heterogenus,empat orang pelajar yang terdiri daripada pelajar berkebolehan tinggi,sederhana dan lemah.2.2.2Tiada ketua dalam kumpulan, tetapi pelajar yang berkebolehan perlu memastikan ahli kumpulannya tahu apa yang dibincangkan. Secara tidak langsung pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka.2.2.3Arahan dan halatuju tugasan yang jelas dan lengkap.2.2.4Semua pelajar mesti menganggap objektif yang ditetapkan sebagai objektif diri mereka sendiri dan juga objektif mereka sebagai satu unit di dalam satu pasukan

Menurut Johnson & Johnson(1990) untuk mencapai matlamat pembelajaran iaitu menghargai matematik,menaakul secara matematik,menanamkan rasa yakin terhadap kebolehan sendiri dalam matematik,dan membolehkan penyelesaian masalah matematik,guru harus beralih daripada kaedah tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan pendekatan koperatif.

2.3 Kajian lepas

Kajian Meriam Ismail (1997) melalui kesan Strategi Team-Games- Tournament, salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Kajian quasi-eksperimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pengkaji menganggap kedua-dua ini boleh dijadikan pununjuk tentang sikap pelajar terhadap penggunaan strategi Team-Games-Tournment dalam pengajaran matematik.Kajian Aranador berkaitan keberkesanan dan kesan atau implikasi pemgajaran dan pembelajaran koperatif ke atas matapelajaran matematik. Ianya dijalankan menggunakan kaedah eksperimen dan melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Ujian-ujian ini dijalankan sebelum dan selepas kumpulan ini didedahkan kepada empat pendekatan yang telah dirancang. Kajian Aranador bolehlah dirumuskan seperti berikut;2.3.1Pendekatan yang digunakan, iaitu koperatif adalah satu pendekatan yang paling berkesan di antara pendekatan pengajaran matematik dan aspek pencapaian kognitif dalam proses mengingat, memahami dan menyelesaikan masalah matematik dan seterusnya mengingat konsep dan kemahiran yang dipelajari.2.3.2Melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran koperatif, pencapaian yang lebih baik ditunjukkan dikalangan pelajar baik, sederhana dan lemah berbanding pelajar yang mengikuti pendekatan lain.2.3.3Pendekatan atau kaedah koperatif yang digunakan berupaya menghasilkan sikap yang lebih positif terhadap matapelajaran matematik.2.3.4Konsep kendiri, ketidak bergantungan terhadap sumber, motivasi, kerjasama, sokongan akademik guru dan semangat kekitaan merupakan elemen-elemen yang signifikan dalam mempengaruhi peningkatan pencapaian dalam matapelajaran matematik.

Siti Khodzimah Sallip(2001)telah mengkaji tentang pola kemahiran pengajaran dan menumpukan kepada strategi penyelesaian masalah dikalangan guru pelatih pengajian matematik . Beliau menumpukan tentang penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah dalam matematik

Faridah Hanim Omar (1997)pula telah mengkaji pembelajaran koperatif dalam matapelajaran matematik di sebuah sekolah menengah . Kajian hanya menumpukan kepada strategi penerapan pendekatan kemahiran sosial dan refleksi kumpulan.

Saya mengambil pengalaman dan permasalahan pengkaji-pengkaji ini untuk mengkaji secara lebih mendalam terhadap penyelesaian masalah menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif bagi topik peratus secara terperinci. 2.4 Rumusan

Ternyata daripada dapatan-dapatan dan kajian-kajian lalu yang dikemukakan sepanjang penulisan ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif yang dikembangakan dengan sempurna dapat membantu murid-murid belajar mengenai sikap, keterampilan, informasi, perilaku sosial dan pandangan. Pembelajaran secara koperatif dapat menghilangkan sifat mementingkan diri sendiri atau egois dan meningkatkan rasa saling percaya antara satu sama lain. Justeru itu, dengan adanya kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dan meningkatkan sikap positif terhadap pelajaran mereka.Kaedah pembelajaran koperatif mempunyai manfaat-manfaat yang positif apabila diterapkan di dalam kelas. Melalui kaedah koperatif ini, mengajarkan murid-murid menjadi percaya kepada guru, berkemampuan untuk berfikir, mencari informasi dari pelbagai sumber dan belajar dari rakan-rakan lain di samping membantu murid-murid untuk mengungkapkan ideanya secara verbal dan membandingkan dengan idea rakan mereka. Secara umumnya kaedah pembelajaran koperatif masih kurang diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan adanya kajian ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dan memperkembangkan potensi individu, berketrampilan dan lebih bertanggungjawab.Para pengkaji terdahulu secara keseluruhannya mengenalpasti keberkesanan pendekatan koperatif ini dalam beberapa aspek termasuklah, perkongsian maklumat antara pelajar, penglibatan pelajar secara aktif secara verbal (idea) atau tidak seperti isyarat, eye contact dan lain-lain. Selain daripada itu kajian juga banyak menjurus kepada penggunaan Kaedah Polya dalam penyelesaian masalah matematik di kalangan pelajar. Namun demikian kajian mereka tidaklah menjurus kepada satu-satu topik tertentu. Inilah yang mendorong saya untuk mengkaji bagaimanakah keberkesanan pendekatan pembelajaran koperatif terhadap penyelesaian masalah bagi topik peratus. Pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau pendekatan koperatif yang digunakan akan membolehkan pelajar aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

BAB 3 Metadologi

3.1Pengenalan

Dalam kajian yang pengkaji jalankan ini, ada beberapa aspek penting yang akan ditekankan antaranya adalah yang berkaitan dengan subjek kajian, alat kajian dan pelaksanaan kajian. Bahagian ini juga mengandungi sub-sub topik seperti Reka Bentuk Kajian, Sample Kajian, Instrumen Kajian, Prosedur Kajian, Kajian Rintis, Analisa Data dan Jangka Masa Kajian. Penyelidikan ini adalah merujuk kepada objektif kajian iaitu untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif dalam menyelesaikan masalah bagi topik peratus. Pengendalian kajian soal selidik serta ujian akan dibuat dan analisis data akan dilakukan menggunakan Statistic Package Of Social Science (SPSS) version 7.5 for Windows.

3.2Reka bentuk Kajian

Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah kuantitatif. Kajian ini lebih memfokuskan dan membincangkan perlunya pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dalam membantu meningkatkan prestasi murid-murid terutamanya dalam penyelesaian masalah yang melibatkan tajuk peratus. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan bukan eksperimental iaitu melibatkan Ujian pra dan Ujian pasca (Klatt & Taylor-Powell, 2005). Dalam reka bentuk ini, penilaian dilakukan setelah murid-murid selesai mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara koperatif. Murid-murid akan diberi dua ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca yang mana masing-masing mengandungi 7 soalan objektif. Ujian Pra bertujuan untuk menilai kebolehan murid-murid sebelum menjalani latihan. Manakala UjisnPasca bertujuan menilai kebolehan murid selepas menjalani latihan. Hasil perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca akan menentukan keberkesanan kaedah yang digunakan. Reka bentuk ini dipilih kerana ia dianggap antara yang paling sesuai untuk menilai perubahan dalam pengetahuan, kesedaran, kemahiran, sikap, keyakinan dan tingkahlaku murid-murid.

3.3Sampel Kajian

Kajian yang saya jalankan ini telah memilih populasi yang terdiri daripada 32 orang pelajar Tahun 6 Damai 4, Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor. Ianya tidak mengkhususkan kepada populasi jantina, kaum serta sosio-ekonomi mereka.

3.4Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data daripada sampel kajian. Pemilihan instrumen adalah berdasarkan kepada persoalan kajian dalam kajian yang akan saya jalankan ini,instrument yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik , Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Penggunaan soal selidik untuk mendapatkan maklumat dan data adalah berdasarkan kesesuaian dalam aspek yang hendak dikaji yang mana soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,persepsi dan pandangan selain dari keterangan latar belakang, Mohd Najib Abdul Ghafar(1999:)

Instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dua set soal selidik telah direkabentuk oleh penyelidik dalam usaha mengumpul data yang diperlukan.3.5Soal selidik

Instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dua set soal selidik telah direkabentuk oleh penyelidik dalam usaha mengumpul data yang diperlukan.

Soal Selidik 1:Bahagian ini mengandungi 6 soalan mengenai kefahaman pelajar berkenaan penyelesaian masalah, strategi-strategi penyelesaian masalah, kaedah pembelajaran koperatif dan kemahiran belajar.

Soal Selidik 2:Bahagian ini mengandungi 7 soalan meliputi kesedian belajar para pelajar setelah melalui pengalaman pembelajar secara kaedah Koperatif.

Jadual 3.1 :Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert

SKALALIKERT

PERINGKATSangat Tidak Setuju(STS)

Tidak Setuju(TS)Tidak Pasti(TP)Setuju(S)Sangat Setuju(SS)

Skala1

2345

3.6 Ujian

Bahagian yang telah digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan objektif .Dua set soalan peratus telah direkabentuk oleh penyelidik dalam usaha mengumpul data yang diperlukan.

Ujian PraDijalankan sebelum pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah koperatif diadakan. Terdapat 7 soalan yang memerlukan pelajar menjawab mengikut strategi-strategi penyelesaian masalah yang disepatutnya.

Ujian PascaTerdapat 6 soalan yang memerlukan pelajar mengaplikaskan strategi-strategi penyelesaian masalah dalam menjawab soalan tersebut. Ianya dijalankan selepas 4 minggu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pendekatan koperatif di dalam bilik darjah.Hasil ujian pelajar akan dinilai mengikut skema pengredan ujian dalam kajian ini,

Jadual 3.2:Skema Pengredan Ujian Dalam Kajian Ini

MARKAH TAHAP PENCAPAIAN

7 CEMERLANG

5 6 KEPUJIAN

3 4 BAIK

1 2 LEMAH

0 SANGAT LEMAH

3.7Prosedur kajian

Pada keseluruhannya, kajian ini menggunakan dua instrumen kajian sahaja iaitu tinjauan menggunakan soal selidik dan ujian.(bertulis). Berikut adalah langkah-langkah tatacara kajian:

3.7.1 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan ke atas sample,penyelidik terlebih dahulu membuat kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan di Tahun 6 Damai 3 Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang , Johor. Tujuan kajian rintis ini ialah untuk mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item-item yang dibina oleh penyelidik.Seramai 32 orang pelajar telah dipilih sebagai responden iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan dipilih untuk mendapat maklumbalas terhadap soal selidik dan juga ujian yang dibina. Sebarang kelemahan yang ada dapat diperbaiki sebelum kajian sebenar dijalankan. Setelah kajian rintis ini selesai, kerja yang seterusnya ialah menganalisis data untuk mengetahui nilai alpha iaitu kebolehpercayaan item yang dibina.

Pembinaan item-item soal selidik dan ujian

Memohon surat akuan dan kebenaran dari fakulti

Mendapat kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)

Kajian Rintis

Analisis maklumat dari kajian rintis

Baiki/buang item yang tidak sesuai

Soal selidik dan ujian diedarkan

Terima kembali soal selidik dan ujian

Analisis data dan maklumat

Rajah 2 : Rangka Kerja Keseluruhan

3.7.2Kajian SebenarSetelah berbincang dengan pensyarah penasihat dan mendapat kelulusan ke atas kertas cadangan bertajuk Keberkesanan Pembelajaran Secara Koperatif Ke Atas Prestasi Pelajar Tahun 6 Dalam Topik Penyelesaian Masalah Yang Melibatkan maka kajian sebenar dilakukan.

3.8 Prosedur memungut data

Sebelum menjalankan kajian, saya terlebih dahulu telah memohon kebenaran daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor, untuk menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar mereka.Data pertama yang saya kumpulkan adalah keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR bagi 32 orang pelajar dalam sebuah kelas. Ini bertujuan untuk pembahagian kumpulan berdasarkan pelajar baik ,sederhana dan lemah yang akan dibahagikan sama rata. Seterusnya Borang Kaji Selidik 1 diedarkan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap dan minat pelajar terhadap penyelesaian masalah dan kaedah pembelajaran. Ujian Pra dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pencapaian pelajar dalam penyelesaian masalah yang melibatkan tajuk peratus. Ujian Pasca pula dibuat selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan Koperatif untuk tujuan perbandingan tentang tahap keberkesanan menggunakan kaedah ini. Soalan yang sama telah digunakan tetapi diubah angka pada kedua-dua ujian Pra dan Pasca. Ini kerana ingin mengkaji sama ada pelajar dapat memahami sepenuhnya strategi-strategi penyelesaian masalah dalam setiap soalan yang diedarkan. Seterusnya Borang Kaji Selidik 2 pula diedarkan untuk mengetahui kesan pembelajaran menggunakan pendekatan koperatif terhadap minat pembelajaran pelajar.

PEMBAHAGIAN KUMPULAN PELAJAR

SOAL SELIDIK 1

UJIAN PRA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PENDEKATAN KOPERATIF

UJIAN POST

SOAL SELIDIK 2

Rajah 3 : Prosedur Perlaksanaan Kajian Semasa Di Sekolah

3.9 Prosedur menganalisi data

Maklumat yang telah diperolehi daripada responden melalui soal selidik dan ujian telah disemak yang kemudiannya telah diproses. Ianya diproses menggunakan Statistic Package For Social Science (SPSS) 7.5 bagi mendapatkan hasil dalam bentuk kekerapan ,peratusan dan min. Nilai-nilai min yang diperolehi diukur mengikut piawai yang dikemukakan oleh Cooper dan William dalam buku Bussiness Research Methods(1995) iaitu Skala Tahap Persetujuan , sebagaimana di dalam jadual. Manakala untuk analisis keseluruhan di dalam bahagian ini, penyelidik hanya mengambil kira lima jenis maklumbalas sahaja berdasarkan pengkelasan nombor dalam Skala Likert, iaitu sebagaimana di dalam jadual:- .

PANDUAN:1=Sangat Tidak Setuju( STS )2=Tidak Setuju( TS )3=Tidak Pasti( TP )4=Setuju( S )5=Sangat Setuju( SS )

SIKAP DAN MINAT PELAJAR

Jadual 3.3: Contoh Skala Likert yang Digunakan Dalam Kajian iniNo.Item Item

STSTSTPSSS

1

Jadual 3.4: Skala Tahap Persetujuan

TAHAP MINTAHAP PERSETUJUAN

4.50 - 5.00Sangat Setuju

3.50 - 4.49Setuju

2.50 - 3.49Tidak Pasti

1.50 - 2.49Tidak Setuju

1.00 - 1.49Sangat Tidak Setuju

Sumber : Business Research Method3.10 Jangkamasa kajian

Kajian ini bermula pada bulan Oktober 2014 dimana proposal harus dibuat untuk mendapat kelulusan hingga pengedaran borang soal selidik dan ujian yang dilakukan pada bulan November 2014. Kerja-kerja menganalisis data bermula selepas menerima borang soal selidik hinggalah selesai bab 4 dan 5 pada pertengahan Disember 2014.

3.11 Rumusan

Dalam bab ini telah dibincangkan mengenai reka bentuk kajian dan rasionalnya, sampel yang digunakan dan proses yang terlibat dalam membentuk soal selidik dan ujian. Perbincangan mengenai pendekatan pengumpulan data dan kaedah yang digunakan untuk menganalisisi data kajian juga telah dilakukan. Secara keseluruhannya bahagian ini adalah merujuk kepada persoalan kajian iaitu ingin menganalisis dan mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah disamping mengetahui keberkesanan pembelajaran koperatif dalam meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Tanggapan pelajar terhadap elemen-elemen kaedah koperatif juga dapat dikaji oleh pengkaji. Jangkaan dapatan kajian juga ddinyatakan dalam bab ini. Kesemua data yang diperolehi akan digunakan dalam Bab 4 untuk dianalisis dan dibentangkan.

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1Pengenalan

Dalam bab ini pula pengkaji akan menganalisis dan memaparkan segala keputusan berdasarkan maklumbalas-maklumbalas yang diperolehi oleh penyelidik melalui soal selidik dan ujian yang telah diedarkan. Segala maklumat yang diperolehi telah dikaji dari pelbagai aspek untuk menjawab persoalan kajianyang telah dibincangkan dalam bab satu.Data yang dikumpul, akan diproses dengan menggunakan Perisisan Statistic Package for Social Science (SPSS) telah digunakan untuk memproses data. Sebanyak 32 set soal selidik 1, 2 , Ujian Pra dan Ujian Pasca kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Damai 4, Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang. Pemprosesan data soal selidik dilakukan untuk menentukan kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item. Manakala ujian pula dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan dan kefahaman pelajar sebelum dan selepas aplikasi pembelajaran secara kaedah pembelajaran koperatif. Kesemua data dan keputusan yang diperolehi dapat dilihat melalui jadual-jadual yang ditunjukkan.

4.2Analisis Data ( Soal Selidik 1 )

Soal Selidik 1 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kefahaman pelajar berkenaan dengan penyelesaian masalah, strategi-strategi penyelesaian masalah, kaedah pembelajaran koperatif dan kemahiran belajar. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kajian yang melibatkan manusia sudah pasti melibatkan kelompok jantina. Dalam kajian ini juga penyelidik telah melibatkan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan sebagai responden kajian. Maklumat dalam Soal Selidik 1 yang dianalisis akan dipaparkan dalam bentuk peratusan dan kekerapan, sebagaimana di dalam jadual-jadual berikut:

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Kelompok Jantina

JANTINAKEKERAPANPERATUS

Lelaki1341

Perempuan1959

Jumlah32100

Jadual 4.1 menunjukkan bilangan pelajar perempuan adalah lebih ramai berbanding pelajar lelaki iaitu sebanyak 19orang pelajar perempuan (59%) manakala pelajar lelaki seramai13 orang (41%).

4.2.1Sikap dan minat pelajar tingkatan satu dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk peratus menggunakan kaedah Koperatif.

Pada bahagian ini, penyelidik menganalisis data secara terperinci bagi setiap item dan secara keselurhannya. Jadual menunjukkan sikap dan minat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 4.2 :Taburan Skor Bagi Item 1 Berkaitan Dengan Kefahaman Pelajar Dalam Masalah Peratus Menggunakan Kaedah Polya.

ITEM1Saya memahami sepenuhnya cara menyelesaikan masalah peratus menggunakan kaedah Polya12345Min/n

Peratus46.931.321.9--1.75

Kekerapan15107--32

Bagi item 1 didapati seramai 15 orang responden ( 46.9%) sangat tidak setuju bahawa mereka memahami sepenuhnya cara menyelesaikan masalah peratus menggunakan Kaedah Polya., 10 orang ( 31.3 %) tidak setuju, manakala 7 orang ( 21.9 % )tidak pasti. Secara keseluruhannya didapati, bahawa mereka tidak memahami sepenuhnya aplikasi Kaedah Polya dalam penyelesaian masalah melibatkan peratus.

Jadual 4.3 :Taburan Skor Bagi Item 2 Berkaitan Dengan Kefahaman Pelajar Menggunakan Strategi-strategi Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar.

ITEM2Saya tahu menggunakan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah12345Min/n

Peratus56.334.49.4--1.53

Kekerapan18113--32

Berpandukan jadual di atas , menunjukkan seramai 18 orang ( 56.3%) sangat tidak bersetuju bahawa mereka tahu penggunaan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.Selebihnya mewakili 11 orang( 34.4 %) tidak setuju, manakala 3 orang ( 3 %) tidak pasti. Min bagi item 2 ialah 1.53.Nilai ini menunjukkan bahawa responden tidak setuju bahawa mereka tahu menggunakan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.Jadual 4.4 :Taburan Skor Bagi Item 3 Berkaitan Dengan Kefahaman Menggunakan Kaedah KoperatifITEM3Saya suka belajar dengan pendekatan pembelajaan Koperatif. 1 2 3 4 5Min/n

Peratus6.315.56.359.412.53.56

Kekerapan25219432

Berpandukan jadual 4.4 dapat diperhatikan seramai 2 orang (6.3%) sangat tidak setuju, 5 orang (15.5 %) tidak setuju , 2 orang (6.3%) tidak pasti, 19 orang (59.4%) setuju dan 4 orang (12.5%) sangat setuju bahawa mereka suka dengan pendekatan pembelajaran Koperatif.Min bagi item 3 ini ialah 3.56.Nilai ini menunjukkan bahawa responden setuju bahawa mereka suka belajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif.

Jadual 4.5 :Taburan Skor Bagi Item 4 Berkaitan Dengan Aktiviti Dalam Kumpulan Sangat Menarik dan Menyeronokkan

ITEM4Aktiviti dalam kumpulan sangat menarik dan menyeronokkan.12345Min/n

Peratus2518.828.128.1-2.31

Kekerapan8699-32

Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 8 orang (25%) sangat tidak setuju, 6 orang (18.8 %) tidak bersetuju , 9 orang (28.1%) tidak pasti dan 9 orang ( 28.1%) setuju bahawa aktiviti dalam kumpulan sangat menarik dan menyeronokkan. Min bagi item 4 ini ialah 2.31. Nilai ini menunjukkan bahawa responden tidak bersetuju bahawa aktiviti dalam kumpulan sangat menarik dan menyeronokkan.Jadual 4.6 :Taburan Skor Bagi Item 5 berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Mudah Dipelajari Dan Difahami

ITEM5Penyelesaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami. 1 2 3 45Min/n

Peratus6.325 53.112.53.12.81

Kekerapan 2 817 4 1 32

Dalam jadual 4.6 menunjukkan bahawa item 5 mendapati 2 responden (6.3%) sangat tidak bersetuju bahawa penyeleaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami, 8 responden ( 25%) tidak setuju, manakala 17 responden ( 53.1%) tidak pasti , 4 responden (12.5%) setuju dan 1 responden ( 3.1%) sangat setuju. 2.81 adalah min bagi item 5 dan ini menunjukkan secara keseluruhannya responden tidak pasti bahawa penyelesaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami.

Jadual 4.7 :Taburan Skor Bagi Item 6 Berkaitan Dengan Keyakinan Untuk Menjawab Soalan-soalan Peratus Dalam Penyelesaian Masalah ITEM6Saya berkeyakinan unuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah. 1 2 3 4 5Min/n

Peratus 6.3 37.5 31.3 21.8 3.12.78

Kekerapan 2 12 10 7 132

Berdasarkan rajah 4.7, menunjukkan bahawa seramai 2 responden (6.3%) sangat tidak bersetuju bahawa mereka berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah, 12 responden (37.5%) adalah tidak bersetuju, 10 responden ( 1.3%) tidak pasti , 7 responden ( 21.8%) setuju manakala 1 orag responden ( 3.1%) adalah sangat setuju. Min bagi item 6 ini adalah 2.78 dan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, responden tidak pasti bahawa mereka mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah.

4.2.2Analisis Data ( Ujian Pra )

Satu ujian telah diadakan untuk menguji sejauh mana kefahaman dan kemahiran responden dalam menyelesaikan masalah tajuk peratus dengan mengambil kira strategi-strategi penyelesaian masalah dalam sesuatu soalan yang tertentu. Sebanyak 7 soalan telah dikemukakan dalam ujian pra ini dan setiap soalan mempunyai strategi-strategi penyelesaian masalah yang berbeza.

Jadual 4.8:Taburan Skor Bagi Soalan 1, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Mengenalpasti Corak

SOALAN1Berapa peratuskah RM160 daripada RM 200? A 50% B 60%C 70% D 80%

Peratus 1331 56

Kekerapan 410 18

Bagi soalan 1, jawapan yang tepat adalah D.Seramai 18 orang (56%) menjawab tepat,manakla seramai 10 orang (31%) memberikan jawapan C dan 4 orang (13%) memberikan jawapan B.Ini bermakna seramai 14 orang responden lagi yang tidak dapat menggunakan strategi mengenalpasti corak bagi menjawab soalan ini.

Jadual 4.9:Taburan Skor Bagi Soalan 2, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Melukis Gambarajah SOALAN2Sebuah kedai menjual model tertentu mesin basuh dengan harga RM 700 setiap satu. Ia menawarkan diskaun 20% kepada mereka yang mempunyai kad diskaun. Sekiranya terdapat tiga daripada lima orang pelanggannya membeli dengan menggunakan kad diskaun. Berapa jumlah yang diterima oleh peniaga tersebut hasil daripada jualan lima mesin basuh tersebut.ARM2240BRM2800CRM3080

DRM3500

Peratus6 25 47 22

Kekerapan28 157

Jadual 4.9 menunjukkan bahawa seramai 15 orang responden telah menjawab tepat iaitu C (47%). Jawapan yang salah telah diberikan oleh responden iaitu A (6%) seramai 2 orang, B (25%) seramai 8 orang dan 7 orang telah memilih D (22%). Bagi soalan 2 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah menggunakan strategi melukis gambarajah

Jadual 4.10:Taburan Skor Bagi Soalan 3, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Kesimpulan InduktifSOALAN3En. Ahmad mempunyai simpanan wang sebanyak RM 5500 di bank. Kadar faedah simpan ialah 3% setahun. Berapakah jumlah simpanannya selepas setahun?.

A RM5665 BRM5661. CRM5535 DRM5630

Peratus 31 28 28 13

Kekerapan 10994

Jawapan bagi soalan 3 ini ialah A, seramai 10 orang (31%) telah menjawab tepat.Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 9 orang (28%) menjawab B dan C serta seramai 4 orang (13%) telah menjawab D. Bagi soalan ini, strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah membuat kesimpulan induktif .

Jadual 4.11:Taburan Skor Bagi Soalan 4, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Penekaan atau Penaksiran.

SOALAN4Dalam suatu jualan murah Zalina membeli sepasang kasut dengan harga 45% daripada RM 140 dan sebuah beg dengan harga X% daripada RM 300. Dia membayar RM 288 untuk kedua-dua barang. Berapakah nilai X?

A 75 B 60 C 45 D 30

Peratus 28 22 25 25

Kekerapan 9 7 8 8

Bagi soalan 4, jawapan yang tepat adalah A.Seramai 9 orang (28%) menjawab tepat,manakala seramai 7 orang (22%) memberikan jawapan B dan 8 orang (25%) memberikan jawapan C dan D. Ini bermakna seramai 23 orang responden lagi yang tidak dapat menggunakan strategi penekaan atau penaksiran bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

Jadual 4.12:Taburan Skor Bagi Soalan 5, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual.SOALAN5Dalam perbahasan, markah yang diperolehi oleh seorang peserta daripada 3 orang hakim iaitu P, Q dan R. (Nota: Markah maksimun adalah 10)Hakim P = 90% daripada markah maksimumHakim Q = 8 markahHakim R = daripada markah maksimumBerapakah jumlah markah terkumpul bagi peserta tersebut? A 89.4 B 24.5 C 17.3 D 10.1

Peratus 28 34 19 19

Kekerapan 9 11 6 6

Jadual 4.12 menunjukkan bahawa seramai 11 orang responden (34%) telah menjawab tepat iaitu B . Jawapan yang salah telah diberikan oleh responden iaitu A, seramai 9 orang( 28%) dan seramai 6 orang (19%) telah menjawab C dan D. Bagi soalan 5 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan menggunakan strategi membina jadual.

Jadual 4.13:Taburan Skor Bagi Soalan 5, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual.SOALAN6Paras air dalam tangki adalah 5m pada hari khamis. Pada hari jumaat, ia meningkat sebanyak 25% . Namun pada pada hari sabtu paras air menurun sebanyak 40% daripada paras pada hari jumaat.Berapakah paris air dalam tangki tersebut pada hari sabtu

A 4.25B 3.75C 2.75D 1.25

Peratus 25 22 28 25

Kekerapan8798

Jawapan bagi soalan 6 ini ialah B,seramai 7 orang (22%) telah menjawab tepat. Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 9 orang (28%) menjawab C dan seramai 8 orang (25%) telah menjawab A dan D. Bagi soalan ini, strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan membina jadual.

Jadual 4.14:Taburan Skor Bagi Soalan 7, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Jalan Kerja dari Belakang

SOALAN7Keluarga Borhan telah pergi makan di Kafe DRinting. Bayaran yang dikenakan ialah RM70. Jika cukai kerajaan sebanyak 6% dikenakan , berapakan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan oleh En. Borhan.ARM84.60BRM76.60CRM74.20DRM70.20

Peratus 34 19 28 19

Kekerapan 11696

Bagi soalan 7, jawapan yang tepat adalah C.Seramai 9 orang (28%) menjawab tepat,manakla seramai 6 orang (19%) memberikan jawapan B dan D.11 orang (34%) responden pula telah memberikan jawapan A.Ini bermakna seramai 23 orang responden lagi yang tidak dapat menggunakan strategi jalan kerja dari belakang bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

4.2.3 Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Ujian Pra

Pada bahagian ini, penyelidik akan menganalisa tentang markah keseluruhan bagi Ujian Pra. Jadual di bawah menerangkan tentang markah yang diperolehi oleh responden.

Jadual 4.15:Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Bagi Ujian Pra

BILMARKAHJUMLAHRESPONDENTAHAP PENGUASAANPERATUS

17 3Cemerlang 9.5

2 5 6 2Kepujian6

3 3 418Baik56

4 1 - 2 3Lemah9.5

5 0 6 Sangat Lemah19

Jadual 4.15 menunjukkan analisis keseluruhan bagi Ujian Pra.Tahap yang paling tinggi iaitu baik diperolehi oleh responden ialah seramai 18orang ( 56%) .Manakala tahap kedua adalah sangat lemah iaitu 6 orang (19%),diikuti lemah 3 orang (9.5%) dan kepujian seramai 2 orang (6%).Hanya 3 orang (9.5%) sahaja yang berjaya menjawab kesemua soalan betul iaitu bagi tahap cemerlang.

Graf 1 menunjukkan pencapaian keseluruhan bagi Ujian Pra. Seramai 18 orang memperolehi di antara 3-4 markah. Mereka tergolong dalam kumpulan pelajar yang baik. Terdapat 6 orang pelajar yang tidak memperolehi sebarang markah diikuti dengan 3 orang pelajar yang memperolehi di antara 1-2 markah. Mereka masing-masing tergolong dalam kumpulan pelajar yang sangat lemah dan lemah. Pelajar yang berada pada kedudukan cemerlang seramai 2 orang dengan markah di antara 5-6. Manakala seramai 3 orang pelajar yang memperolehi markah penuh iaitu 7. Mereka ini berada pada kedudukan cemerlang.

4.2.4.Analisis Data (Soal Selidik 2)

Soal Selidik 2 dilakukan selepas daripada pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan murid.Guru menjalankan pengajaran melalui kaedah koperatif dengan merangka aktviti menarik dan bersesuaian dengan tajuk peratus.Murid-murid dalam kumpulan mereka belajar dengan bantuan guru serta rakan mereka. Kemahiran ini telah dijalankan selama 4 minggu. Kemudian satu lagi soal selidik diedar kepada pelajar untuk mengetahui kesan-kesan dan maklumbalas pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini.

Jadual 4.16:Taburan Skor Bagi Item 1 Berkaitan Dengan Saya Amat Meminati Pelajaran Matematik.

ITEM1Saya amat meminati pelajaran matematik.12345Min/n

Peratus--12.52562.54.50

Kekerapan--482032

Jadual 4.16 menunjukkan bahawa seramai 4 responden (12.5%) tidak pasti samada mereka amat meminai pelajaran matematik. 8 responden (25%) adalah setuju manakala seramai 20 responden ( 62.%) sangat setuju. Min bagi item 1 ini adalah 4.50 dan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhanya responden sangat setuju bahawa mereka amat meminati pelajaran matematik.

Jadual 4.17 :Taburan Skor Bagi Item 2 Berkaitan Dengan Saya Suka Belajar Dengan Pendekatan Pembelajaran Koperatif

ITEM2Saya suka belajar dengan pendekatan pembelajaan Koperatif.12345Min/n

Peratus-- 6.3 25 68.8 4.63

Kekerapan-- 2 8 22 32

Merujuk Jadual 4.17 diatas, didapati bahawa seramai 2 responden ( 6.3%) tidak pasti bahawa penyelesaian masalah amat mudah diselesaikan, namun begitu seramai 8 responden (25%) bersetuju manakala 22 responden ( 68.8%) sangat setuju. Min bagi item 2 ini adalah 4.63 menunjukkan secara keseluruhannya bahawa responden sangat setuju yang soalan-soalan penyelesaian masalah bagi tajuk peratus amat mudah diselesaikan.

Jadual 4.18 :Taburan Skor Bagi Item 3 Berkaitan Dengan Saya Memahami Strategi-strategi Dalam Penyeleaian Masalah.

ITEM3Saya memahami stategi-strategi dalamPenyelesaianMasalah.12345Min/n

Peratus-- 13 32 56 4.44

Kekerapan-- 4 10 18 32

Seramai 4 responden (13%) telah memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah, manakala 10 responden (32%) setuju dan 18 responden ( 56%) adalah sangat setuju. Min menunjukkan secara keseluruhannya responden adalah setuju bahawa mereka memahami srategi-strategi dalam penyelesaian masalah ( 4.44).

Jadual 4.19:Taburan Skor Bagi Item 4 Berkaitan Dengan Saya Memahami Cara Penyelesaian Masalah Menggunakan Kaedah Polya.

ITEM4Saya memahami cara penyelesian masalah menggunakan Kaedah Polya..12345Min/n

Peratus-- 9.4 28.1 62.5 4.53

Kekerapan-- 3 9 20 32

Seramai 3 responden (9.4%) tidak pasti telah memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah, manakala 9 responden (28.1%) setuju dan 20 responden (62.5%) adalah sangat setuju. Min menunjukkan secara keseluruhannya responden adalah setuju bahawa mereka memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah ( 4.53)

Jadual 4.20 :Taburan Skor Bagi Item 5 Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Di Dalam Tajuk Peratus Mudah Dipelajari Dan Difahami

ITEM5Penyelesaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami.12345Min/n

Peratus-- 3.1 31.3 65.6 4.53

Kekerapan-- 1 10 21 32

Merujuk Jadual 4.20 diatas, didapati bahawa seramai 1 responden ( 3.1%) tidak pasti bahawa penyelesaian masalah amat mudah dipelajari dan difahami, namun begitu seramai 10 responden (31.3%) bersetuju manakala 21 responden ( 65.6%) sangat setuju. Min bagi item 5 ini adalah 4.63 menunjukkan secara keseluruhannya bahawa responden sangat setuju yang mereka menyukai pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah melibatkan peratus.

Jadual 4.21 :Taburan Skor Bagi Item 6 Saya Berkeyakinan Untuk Menjawab Soalan-soalan Peratus Dalam Penyelesaian Masalah

ITEM6Saya berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah.12345Min/n

Peratus 56.3 94 43.8-- 2.06

Kekerapan 18 3 14-- 32

Berpandukan jadual 4.21, menunjukkan seramai 18 orang ( 56.3%) sangat tidak bersetuju bahawa mereka tahu penggunaan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.Selebihnya mewakili 3 orang( 9.4 %) tidak setuju, manakala 14 orang (43.8 %) tidak pasti. Min bagi item 6 ialah 2.06.Nilai ini menunjukkan bahawa responden tidak setuju bahawa mereka suka belajar bersendirian.

Jadual 4.22 :Taburan Skor Bagi Item 7 Berkaitan Dengan Rakan-rakan Membantu Saya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

ITEM7Rakan-rakan membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

12345Min/n

Peratus-- 15.6 15.6 68.8 4.53

Kekerapan-- 5 5 22 32

Merujuk Jadual 4.22 diatas, didapati bahawa seramai 5 responden ( 15.6%) tidak pasti bahawa penyelesaian masalah amat mudah diselesaikan ,namun begitu seramai 5 responden (15.6%) bersetuju manakala 22 responden ( 68.8%) sangat setuju.Min bagi item 7 ini adalah 4.53 menunjukkan secara keseluruhannya bahawa responden sangat setuju yang rakan-rakan membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.2.5Analisis Data ( Ujian Pasca)

Maklumbalas daripada responden melalui soal selidik 2, penyelidik telah membina satu post test yang mengaplikasikan strategi-strategi penyelesaian masalah dalam setiap soalan tersebut. Terdapat 7 soalan yang diubahsuai dan memerlukan responden menggunakan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Jadual 4.23:Taburan Skor Bagi Soalan 1, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Mengenalpasti Corak.SOALAN1Berapa peratuskah RM500 daripada RM 2500? A 5% B 15% C 20% D 25%

Peratus 6 16 78

Kekerapan 2 5 25

Bagi soalan 1, jawapan yang tepat adalah C.Seramai 25 orang (78%) menjawab tepat, manakla seramai 5 orang (16%) memberikan jawapan B dan 2 orang (6%) memberikan jawapan A. Ini bermakna seramai 25 orang responden yang telah dapat menggunakan strategi mengenalpasti corak bagi menjawab soalan ini.

Jadual 4.24:Taburan Skor Bagi Soalan 2, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Melukis GambarajahSOALAN2Sebuah kedai menjual model tertentu mesin basuh dengan harga RM 700 setiap satu. Ia menawarkan diskaun 25% kepada mereka yang mempunyai kad diskaun. Sekiranya terdapat tiga daripada lima orang pelanggannya membeli dengan menggunakan kad diskaun. Berapa jumlah yang diterima oleh peniaga tersebut hasil daripada jualan lima mesin basuh tersebut

A RM1975 B RM2975 C RM3975 D RM4975

Peratus 13 66 9 13

Kekerapan42134

Jadual 4.24 menunjukkan bahawa seramai 21 orang responden (66%) telah menjawab tepat. Jawapan yang salah telah diberikan iaitu A dan D iaitu seramai 4 orang( 13%), manakala seramai 3 orang (9%) telah memilih jawapan C. Bagi soalan 2 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah menggunakan strategi melukis gambarajah. Dengan ini menunjukkan bahawa seramai 21 orang responden telah dapat menggunakan strategi melukis gambarajah.

Jadual 4.25:Taburan Skor Bagi Soalan 3, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Kesimpulan InduktifSOALAN3En. Ahmad mempunyai simpanan wang sebanyak RM 8500 di bank. Kadar faedah simpan ialah 5% setahun. Berapakah jumlah simpanannya selepas setahun?.

ARM8925

BRM8895CRM8550DRM8500

Peratus 69 1399

Kekerapan 22433

Jawapan bagi soalan 3 ini ialah A,seramai 22 orang (69%) telah menjawab tepat..Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 4 orang (13%) menjawab B dan seramai 3 orang (9%) telah menjawab C dan D. Dengan ini menunjukkan bahawa seramai 22 orang responden telah menggunakan strategi penyelesaian masalah dengan membuat kesimpulan induktif untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Jadual 4.26:Taburan Skor Bagi Soalan 4, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Penekaan atau PenaksiranSOALAN4Dalam suatu jualan murah Zalina membeli sepasang kasut dengan harga 80% daripada RM 240 dan sebuah beg dengan harga X% daripada RM 500. Dia membayar RM 392 untuk kedua-dua barang. Berapakah nilai X?

A 30B 40C 50D 60

Peratus 16 63 9 13

Kekerapan5 2034

Bagi soalan 4, jawapan yang tepat adalah B.Seramai 20 orang (63%) menjawab tepat, manakla seramai 5 orang (16%) memberikan jawapan A dan 3 orang (9%) memberikan jawapan C serta 4 orang(13%) telah memberikan jawapan D. Ini bermakna seramai 20 orang responden telah dapat menggunakan strategi penekaan atau penaksiran bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

Jadual 4.27:Taburan Skor Bagi Soalan 5, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual

SOALAN5Dalam perbahasan, markah yang diperolehi oleh seorang peserta daripada 3 orang hakim iaitu P, Q dan R. (Nota: Markah maksimun adalah 10)

Hakim P = 70% daripada markah maksimumHakim Q = 8 markahHakim R = 2/5 daripada markah maksimumBerapakah jumlah markah terkumpul bagi peserta tersebut?A12.B17C19D22

Peratus281656

Kekerapan9518

Jadual 4.27 menunjukkan bahawa seramai 18 orang responden (56%) telah menjawab tepat iaitu C . Jawapan yang salah telah diberikan oleh responden iaitu A, seramai 9 orang( 28%) dan seramai 5 orang (16%) telah menjawab B.Bagi soalan 5 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan menggunakan strategi membina jadual.Ini menunjukkan seramai 18 orang telah mengapikasikan pengunaan strategi membina jadual untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Jadual 4.28:Taburan Skor Bagi Soalan 6, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual

SOALAN6Paras air dalam tangki adalah 6.7m pada hari khamis. Pada hari jumaat, ia meningkat sebanyak 25% . Namun pada pada hari sabtu paras air menurun sebanyak 40% daripada paras pada hari jumaat. Berapakah paris air dalam tangki tersebut pada hari sabtu

A 6.275B 5.025C 3.175D 2.525

Peratus13 78 9

Kekerapan4 25 3

Jawapan bagi soalan 6 ini ialah B. Seramai 25 orang (78%) telah menjawab tepat. Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 4 orang (13%) menjawab A dan seramai 3 orang (9%) telah menjawab C.Bagi soalan ini, strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan membina jadual . Jadual 4.28 Menunjukkkan bahawa seramai 25 orang telah menjawab tepat degan menggunakan strategi membina jadual.

Jadual 4.29:Taburan Skor Bagi Soalan 7, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Jalan Kerja dari Belakang

SOALAN7Keluarga Borhan telah pergi makan di Kafe DRinting. Jumlah bayaran yang dikenakan ialah RM129.60 termasuk cukai perkhidmatan. Berapakah peratuskah cukai perkhidmatan sekiranya bayaran makan ialah RM120.

A7

B8

C9 D10

Peratus15591313

Kekerapan51944

Bagi soalan 7, jawapan yang tepat adalah B.Seramai 19 orang (59%) menjawab tepat,manakla seramai 5 orang (15%) memberikan jawapan A dan 4 orang (13%) responden pula telah memberikan jawapan C dan D. Ini bermakna seramai 19 orang responden telah dapat menggunakan strategi jalan kerja dari belakang bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

4.2.6Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Ujian Pasca

Pada bahagian ini,penyelidik akan menganalisia tenteng markah keseluruhan responden bagi Ujian Pasca. Jadual 4.30 menerangkan tentang markah yang diperolehi oleh pelajar.

Jadual 4.30 :Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Bagi Ujian Pasca

BILMARKAHJUMLAH RESPONDENTAHAP PENGUASAANPERATUS

1 7 11Cemerlang34

25 6 8Kepujian25

33 4 7Baik22

41 2 5Lemah16

5 0 1Sangat Lemah 3

Jadual 4.30 menunjukkan analisis keseluruhan bagi Ujian Pasca. Tahap yang paling tinggi iaitu cemerlang telah diperolehi oleh responden seramai 11orang ( 34%). Manakala tahap kedua adalah kepujian iaitu seramai 8 orang (25%),diikuti baik 7 orang (22%) , 5 orang(16%) lemah dan seramai 1 orang (3%) adalah sangat lemah.

Graf 2 menunjukkan pencapaian keseluruhan bagi Ujian Pasca. Seramai 11 orang memperolehi 7 markah. Mereka tergolong dalam kumpulan pelajar yang cemerlang. Terdapat 8 orang pelajar yang memperolehi markah di antara 5-7 dan mereka dalam kedudukan kepujian. Seramai 7 orang pelajar memperolehi markah antara 3-4, mereka berada pada kedudukan pelajar yang baik. Manakala seramai 5 orang pelajar yang memperolehi markah di antara 1-2 dan diikuti dengan seorang pelajar yang tidak memperolehi sebarang markah . Mereka masing-masing tergolong dalam kumpulan pelajar yang lemah dan sangat lemah.

4.3Rumusan

Bab ini menjawab persoalan persoalan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji. Secara keseluruhannya analisis dapat dilakukan mengikut perancangan dan menjurus terhadap jawapan setiap persoalan yang dikaji berdasarkan maklumbalas daripada responden. Kesemua yang terlibat telah memberikan komitment yang padu kepada pengkaji. Secara keseluruhan daripada dapatan yang diperolehi ternyata pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan prestasi murid-murid. Berbagai sikap positif seperti bekerjasama, berhati-hati, menghargai masa, hormat menghormati dan sebagainya dapat dibentuk melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1Pengenalan

Dalam bab ini saya akan membincangkan dan merumuskan segala dapatan kajian yang telah diperolehi hasil daripada penganalisisan data berdasarkan bab sebelumnya (Bab V). Perbincangan dan rumusan ini secara tidak langsung bertujuan untuk menjawab 3 persoalan kajian yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan kajian sebagai tindakan susulan oleh pelbagai pihak. Berdasarkan perolehan maklumat hasil maklumbalas daripada 32 responden terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6 Damai 4, Pasir Gudang Johor. Berdasarkan maklumbalas responden, penyelidik telah mengenalpasti akan sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah bagi tajuk peratus dan kemahiran belajar semasa mereka di dalam kelas, selain mengetahui beberapa faktor bagi membantu mereka meningkatkan prestasi serta menambah minat terhadap matematik.

5.2Perbincangan

Perbincangan ditumpukan kepada persoalan-persoalan yang telah dikemukakan di dalam objektif kajian, iaitu mengenai sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah bagi tajuk peratus. Selain daripada itu, ianya bertujuan mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah. Selain itu penyelidik juga akan membincangkan serta menilai persepsi pelajar-pelajar terhadap minat dan pemahaman mereka dalam penyelesaian masalah bagi tajuk peratus melalui penggunaan kaedah ini.

5.2.1Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Penyelesaian Masalah Bagi Tajuk Peratus.

Salah satu item yang amat penting bagi seseorang pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk ialah sikap pelajar itu sendiri. Adalah amat penting dalam menentukan sama ada mereka memahami ataupun tidak sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mempelajari sesuatu. Begitu juga dalam hal ini, maklumbalas dari pelajar melalui soal selidik 1 menunjukkan bahawa pelajar secara keseluruhannya tidak setuju bahawa mereka memahami sepenuhnya cara penyelesaian masalah peratus. Kenyataan ini adalah berdasarkan Jadual 4.2, di mana min keseluruhan bagi persoalan tersebut adalah 1.75.Pelajar juga tidak setuju bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan menarik dan menyeronokkan. Ini kerana min keseluruhan bagi item yang dikaji itu menunjukkan 2.31 (Jadual 4.5). Pelajar pada masa itu tidak pasti bahawa penyelesaian masalah bagi tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami. Mereka juga berasa tidak pasti dan tidak yakin untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah. Keputusan kajian bagi kedua-dua item ini menunjukkan min 2.81 bagi tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami dan 2.78 bagi keyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus.Bagi item pendekatan pembelajaran koperatif, pelajar yang suka cara pembelajaran ini hanya menyumbang kira-kira 12.5% sahaja, selebihnya tidak bersetuju cara pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah tersebut. Ini mungkin kerana tiada pendedahan khusus bagi kaedah pendekatan koperatif di dalam bilik darjah.Atas sebab dan alasan tersebut, maka penyelidik mengambil langkah mempraktik dan mengaplikasikan kaedah pendekatan koperatif bagi tujuan mengesan bagaimanakah minat, sikap pelajar dan keyakinan mereka terhadap matematik. Kaedah koperatif dijalankan selama 4 minggu di dalam bilik darjah dengan mengambil kira aktiviti yang yang dijalankan iaitu menarik, cara penyampaian yang baik dan menyeronokkan serta penglibatan secara aktif dan menyeluruh oleh semua pelajar dalam setiap kumpulan. Hal ini amat penting kerana penyelidik ingin memastikan bahawa pelajar benar-benar faham strategi-strategi penyelesaian masalah untuk menjawab soalan-soalan peratus tersebut.Apabila dirujuk kepada soal selidik 2, mendapati minat pelajar terhadap pelajaran matematik adalah bertambah. Berdasarkan Jadual 4.15, dapat dilihat bahawa min keseluruhan adalah 4.50 dan ini menunjukkan sangat setuju bahawa mereka amat meminati pelajaran matematik. Min keseluruhan, 4.63 bagi item 2 mendapati penyelesaian masalah bagi tajuk peratus mudah diselesaikan.Pelajar turut bersetuju bahawa mereka memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah kerana min keseluruhan bernilai 4.44. Bagi item 6 pula, seramai 18 orang pelajar (56.3%) sangat tidak setuju belajar secara bersendirian. Ini menunjukkan mereka sudah mempunyai minat untuk belajar secara koperatif dengan bantuan guru dan rakan-rakan mereka. Hal ini berlaku kerana mengikut soal selidik item berikutnya, seramai 22 orang pelajar (68.8%) sangat bersetuju bahawa rakan-rakan mereka membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah koperatif dapat menarik minat dan merubah sikap serta meningkatkan prestasi pelajar.

5.2.2Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Penyelesaian Masalah Bagi Tajuk Peratus.Kebolehan menguasai strategi-strategi penyelesaian masalah bagi tajuk ratus amat penting bagi pelajar memandangkan terdapat kira-kira 3 hingga 4 soalan dalam UPSR dan beberapa soalan berbentuk penyelesaian masalah bagi setiap tajuk. Sekirnya ingin mahir dalam penyelesaian masalah, pelajar terlebih dahulu perlu memastkan bahawa mereka perlu memahami dan menguasai penggunaan Kaedah Polya dan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.Berdasarkan hasil kajian ini mendapati bahawa pada keseluruhannya, tahap kefahaman dan penguasaan 32 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai bagi penyelesaian masalah peratus adalah bertambah baik. Namun demikian, jika dirujuk kepada Jadual 4.28 terdapat 5 orang pelajar yang masih di tahap lemah dan 1 orang di tahap sangat lemah. Situasi ini menunjukkan masih ada lagi pelajar yang tidak boleh meningkatkan kefahaman dan minat dengan aplikasi dari kaedah koperatif dalam membantu mereka bagi penyelesaian tajuk peratus.

5.3Rumusan

Rumusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi dari Bab IV. Ianya tertumpu kepada persoalan yang telah dinyatakan dalam Bab I :-

5.3.1Sebahagian besar responden mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah koperatif. Ini terbukti kerana pada awalnya mereka tidak bersetuju bahawa pembelajaran dalam kumpulan adalah menarik dan menyeronokkan. Selain daripada itu juga, mereka tidak pasti bahawa mereka suka belajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif. Namun demikian, apabila mereka didedahkan secara terperinci mengenai kaedah pembelajaran koperatif dan strategi-strategi penyelesaian masalah, minat dan penguasaan mereka meningkat dan ianya dapat menjawab soalan menggunakan strategi yang telah diajar.

5.3.2Dari segi kaedah pula, pada peringkat awalnya, pelajar mempunyai persepi tersendiri terhadap pembelajaran dalam kumpulan. Ada antaranya berasa rendah diri apabila duduk dalam kumpulan yang mempunyai murid pandai, tidak kurang juga yang merasa tidak senang digandingkan dengan murid lemah. Namun demikian, guru perlu bijak mereka pelbagai aktiviti dalam kumpulan agar terdapat penglibatan sama rata antara pelajar agar aktiviti yang diadakan menyeronokkan. Hasilnya setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan penekanan kepada strategi strategi penyelesaian masalah, pelajar mula menyukai pelajaran matematik dan dapat menjawab soalan-soalan menggunakan strategi penyelesaiam masalah yang telah diajar.

5.3.3Dari segi faktor-faktor dalam pendekatan koperatif yang digunakan di dalam bilik darjah, kaedah ini dilihat dapat membantu guru dari segi memberikan kelainan dari segi penampilan, suasana dan situasi pembelajaran yang menyeronokkan kepada para pelajar. Pelajar pula merasakan kelainan berbanding situasi pembelajaran mereka dari kaedah lain, wujud sikap saling kerjasama antara rakan-rakan, meningkatkan komunikasi yang sihat dalam kumpulan masing-masing, memberikan peluang kepada pelajar memahami stategi-strategi penyelesaian masalah dengan lebih mendalam lagi dan menjadikan situasi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Oleh yang demikian, penampilan, gaya penyampaian, serta aktiviti yang dirancang oleh guru haruslah boleh memberikan impak yang mendalam kepada pelajar, agar pelajar akan memberikan persepsi yang positif terhadap pembelajaran melalui penggunaan kaedah koperatif.

5.4Cadangan

Hasil perbincangan melalui hasil makumat penganalisaan data, maka di sini penyelidik mengemukakan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan lagi penguasaan penyelasaian masalah dalam tajuk peratus di kalangan para pelajar. Cadangan yang dikemukakan ini diharap dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu seperti, individu, guru-guru mahupun pihak-pihak lain, dan seterusya melaksanakan tindakan susulan yang sewajarnya dalam mejayakan pengajaran melalui kaedah ini.

5.4.1Individu

Bagi mencapai matlamat sesuatu perkara, sikap individu itu sendirimemainkan peranan yang terpenting. Sekiranya sikap individu terhadap sesuatu perkara tersebut positif, maka kemungkinan besar hasil yang akan diperolehi amat memuaskan. Jika sekiranya sikap individu tersebut negatif maka hasilnya adalah sebaliknya. Oleh itu dalam usaha untuk mempertingkatkan penguasaan dalam memahami strategi-strategi penyelesaian masalah dalam tajuk peratus, sikap individu pelajar amat penting dalam memainkan peranan yang positif sebagaimana berikut:5.4.1.1 Sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri sendiri.5.4.1.2 Sentiasa mencuba kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di rancang oleh guru.5.4.1.3 Memberikan kerjasama serta melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran terutama memberikan perhatian kepada guru, sering bertanya dan berkomunikasi aktif dengan rakan.5.4.1.4 Sentiasa membantu rakan yang lemah dalam usaha meningkatkan kemahiran diri yang sedia ada serta memberikan tunjuk ajar.

5.4.2Guru

Guru adalah faktor terpenting dalam usaha memberikan pendedahan serta pengajaran kepada para pelajar. Persoalan seperti sejauhmanakah keberkesanan pengajaran menggunakan pendekatan koperatif ini, bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengaplikasikan kepada para pelajar agar mesej yang hendak disampaikan akan tercapai serta para pelajar menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih seronok dan bersemangat. Antara langkah-langkah yang dicadangkan adalah:- 5.4.2.1 Menyediakan rancangan ataupun modul yang akan digunakan pada suatu tempoh yang ditetapkan.

5.4.2.2Menyediakan aktiviti dan alat bantu mengajar yang menarik serta menyeronokkan, kerana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat meninggalkan kesan yang diingati serta mengesankan.

5.4.2.3Menyampaikan pengajaran dengan gaya penampaian yang baik dan menarik serta sentiasa mengingatkan para pelajar agar sentiasa mewujudkan berkejasama antara rakan kumpulan.

5.4.2.4Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari sesuatu daripada rakan-rakan lain dalam usaha meningkatkan cara penyampaian di dalam bilik darjah.

5.4.2.5Guru hendaklah lebih prihatin dan kreatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai alat bantu moden bagi menarik minat pelajar serta memenuhi keperluan masakini.

5.5Cadangan Kajian Lanjutan

Berikut ini merupakan beberapa cadangan-cadangan yang dirasakan perlu untuk penyelidik-penyelidik pada masa akan datang untuk kajian yang selanjutnya:-

5.5.1Kajian selanjutnya hendakah dilakukan secara meluas lagi. Ianya meliputi bilangan responden yang lebih ramai, seperti di kalangan pelajar bagi beberapa buah sekolah.

5.5.2Menggunakan kaedah-kaedah yang lain dalam penekanan kepada strategi-strategi penyelesaian masalah bagi tajuk peratus.

5.5.3Membuat kajian terhadap kesesuaian alat bantu mengajar dalam penyampaian kaedah koperatif di dalam kelas.

5.5.4Kajian terhadap aktiviti-aktiviti dalam kumpulan dalam penyampaian kaedah koperatif di dalam bilik darjah.

5.5.5Kajian terhadap guru-guru tentang persepsi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekaan koperatif terhadap tajuk penyelesaian masalah bagi peratus.

RUJUKAN

BUKU

1. Jabatan Pendidikan Institut Perguruan Sultan Idris(1994) Teori-teori Pengajaran dan Implikasi Cetakan pertama.Tanjong Malim,Perak:Institut Perguruan Sultan Idris.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia(1994).Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,Edisi Sekolah Bestari.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Abdullah K, Abdul Majid R& Habib A. R.(1999). Kaedah Matematik Bangi:Centre for Distance Education,UKM

4. Ghafar. MN(1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah.Cetakan Pertama.UTM,Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.

5. Sidang Pengarang,Penerbit Femina(2003) Penilaian Tahap Kecekapan(PTK).Cetakan Pertama:2003

TESIS

1. Faridah Hanim Omar (1997). Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif dalam matapelajaran matematik di sebuah sekolah menengah . 2. Hussin Mohd Yusup(1991). Tanggapan Dan Amalan Guru Sains dan Matematik Terhadap Penilaian Formatif di Sekolah Rendah

3. Jamil Akimin(1992). Kemahiran menyelesaikan masalah dalam matematik :Kesan Perubahan Format Opsyen Ke Atas Ciri-ciri Ujian Aneka Pilihan.

4. Ng Chu Mooi(1998). Strategi Penyelesaian Masalah Sebagai Faktor Perantara Di antara Motivasi Pencapaian Matemati dan Kesannya Terhadap Pencapaian Matematik Di kalangan Pelajar Tingkatan 4,Sek Men Keb. Telok Datok,Banting.

5. Siti Khodzimah Sallip(2001). Pola kemahiran Pengajaran Strategi Penyelesaian Masalah Di Kalangan Guru Pelatih Pengajian Matematik.

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK 1

Segala maklumat yang diberikan oleh saudara/saudari adalah SULIT.Diharapkan saudara/saudari dapat menjawab borang soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur kerana ia akan memberi kesan kepada dapatan kajian ini.Kerjasama yang diberikan oleh pihak saudara/saudari didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Arahan :Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang betul berdasarkan pilihan anda terhadap persoalan yang dikemukakan.1.Jantinai.Lelaki( )ii.Perempuan( )PANDUAN:1=Sangat Tidak Setuju( STS )2=Tidak Setuju( TS )3=Tidak Pasti( TP )4=Setuju( S )5=Sangat Setuju( SS )

SIKAP DAN MINAT PELAJAR

No.Item ItemSTSTSTPSSS

1Saya amat meminati pelajaran matematik.

2Soalan penyelesaian masalah bagi tajuk peratus amat mudah diselesaikan.

3Saya memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah

4Saya memahami cara penyelesaian masalah menggunakan Kaedah Polya

5

Saya menyukai pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah melibatkan peratus.

6Saya suka belajar secara bersendirian.

7Rakan-rakan membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

TERIMA KASIH

LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK 2

Segala maklumat yang diberikan oleh saudara/saudari adalah SULIT.Diharapkan saudara/saudari dapat menjawab borang soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur kerana ia akan memberi kesan kepada dapatan kajian ini.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak saudara/saudari didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Arahan :Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang betul berdasarkan pilihan anda terhadap persoalan yang dikemukakan.

1.Jantinai.Lelaki( )ii.Perempuan( )PANDUAN:1=Sangat Tidak Setuju( STS )2=Tidak Setuju( TS )3=Tidak Pasti( TP )4=Setuju( S )5=Sangat Setuju( SS )

SIKAP DAN MINAT PELAJARNo. Item ItemSTSTSTPSSS

1Saya memahami sepenuhnya cara menyelesaikan masalah peratus menggunakan Kaedah Polya.

2Saya tahu menggunkan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah

3Saya suka belajar dengan pendekatan pembelajaran Koperatif

4Aktiviti dalam kumpulan sangat menarik dan menyeronokkan

5Penyelesaian masalah didalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami.

6Saya berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah.

TERIMA KASIH

LAMPIRAN C

SULIT

UJIAN PRA

ARAHAN:

Ujian ini mengandungi 7 soalan.Jawab semua soalan.

Jangan baca soalan ini hingga diberitahuARAHAN:Bulatkan pada jawapan yang tepat.

1Berapa peratuskah RM160 daripada RM 200?A. 50%C.70%B. 60%D.80%

2Sebuah kedai menjual model tertentu mesin basuh dengan harga RM 700 setiap satu. Ia menawarkan diskaun 20% kepada mereka yang mempunyai kad diskaun. Sekiranya terdapat tiga daripada lima orang pelanggannya membeli dengan menggunakan kad diskaun. Berapa jumlah yang diterima oleh peniaga tersebut hasil daripada jualan lima mesin basuh tersebut.

A. RM 2240C.RM 3080B. RM 2800D.RM 3500

3En. Ahmad mempunyai simpanan wang sebanyak RM 5500di bank. Kadar faedah simpan ialah 3% setahun. Berapakah jumlah simpanannya selepas setahun?

A. RM 5665C.RM 5535

B. RM 5661D. RM 5630

4.Dalam suatu jualan murah Zalina membeli sepasang kasut dengan harga 45% daripada RM 140 dan sebuah beg dengan harga X% daripada RM 300. Dia membayar RM 288 untuk kedua-dua barang. Berapakah nilai X?

A. 75C.45B. 60D.30

5.Dalam perbahasan, markah yang diperolehi oleh seorang peserta daripada 3 orang hakim iaitu P, Q dan R. (Nota: Markah maksimun adalah 10)

Hakim P = 90% daripada markah maksimumHakim Q = 8 markahHakim R = daripada markah maksimumBerapakah jumlah markah terkumpul bagi peserta tersebut?

A. 89.4C.17.3B. 24.5D. 10.1

6.Paras air dalam tangki adalah 5m pada hari khamis. Pada hari jumaat, ia meningkat sebanyak 25% . Namun pada pada hari sabtu paras air menurun sebanyak 40% daripada paras pada hari jumaat.Berapakah paris air dalam tangki tersebut pada hari sabtu

A. 4.25C. 2.75

B. 3.75D. 1.25

7.Keluarga Borhan telah pergi makan di Kafe DRinting. Bayaran yang dikenakan ialah RM70. Jika cukai kerajaan sebanyak 6% dikenakan , berapakan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan oleh En. Borhan.

A. RM 84.60C.RM 74.20B. RM 76.60D. RM 70.20

-SELAMAT MENJAWAB- LAMPIRAN D

SULIT

UJIAN PASCA

ARAHAN:

Ujian ini mengandungi 7 soalan.Jawab semua soalan.

Jangan baca soalan ini hingga diberitahu

ARAHAN:Bulatkan pada jawapan yang tepat.

1. Berapa peratuskah RM500 daripada RM 2500?A. 5%C. 20%B. 15%D. 25%

2. Sebuah kedai menjual model tertentu mesin basuh dengan harga RM 700 setiap satu. Ia menawarkan diskaun 25% kepada mereka yang mempunyai kad diskaun. Sekiranya terdapat tiga daripada lima orang pelanggannya membeli dengan menggunakan kad diskaun. Berapa jumlah yang diterima oleh peniaga tersebut hasil daripada jualan lima mesin basuh tersebut.

A. RM 1975C. RM 3975B. RM 2975D. RM 4975

3. En. Ahmad mempunyai simpanan wang sebanyak RM 8500di bank. Kadar faedah simpan ialah 5% setahun. Berapakah jumlah simpanannya selepas setahun?

A. RM 8925C. RM 8550B. RM 8895D. RM 8500

4. Dalam suatu jualan murah Zalina membeli sepasang kasut dengan harga 80% daripada RM 240 dan sebuah beg dengan harga X% daripada RM 500. Dia membayar RM 392 untuk kedua-dua barang. Berapakah nilai X?

A. 30C. 50B. 40D. 60

5. Dalam perbahasan, markah yang diperolehi oleh seorang peserta daripada 3 orang hakim iaitu P, Q dan R. (Nota: Markah maksimun adalah 10)

Hakim P = 70% daripada markah maksimumHakim Q = 8 markahHakim R = 2/5 daripada markah maksimum

Berapakah jumlah markah terkumpul bagi peserta tersebut?

A. 12C. 19B. 17D. 22

6. Paras air dalam tangki adalah 6.7m pada hari khamis. Pada hari jumaat, ia meningkat sebanyak 25% . Namun pada pada hari sabtu paras air menurun sebanyak 40% daripada paras pada hari jumaat. Berapakah paris air dalam tangki tersebut pada hari sabtu. Nyatakan dalam meter

A. 6.275C. 3.175B. 5.025D. 2.525

7. Keluarga Borhan telah pergi makan di Kafe DRinting. Jumlah bayaran yang dikenakan ialah RM129.60 termasuk cukai perkhidmatan. Berapakah peratuskah cukai perkhidmatan sekiranya bayaran makan ialah RM120.

A. 7C. 9B. 8D. 10

-SELAMAT MENJAWAB-

16