bab 2 kaunseling
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
PENGENALAN Dilihat sebagai satu nasihat atau memberi maklumat Perkembangan kaunseling adalah untuk memperbaiki
kehidupan manusia.
DEFINISI KAUNSELING Mengikut akta kaunselor 1998, kaunseling merupakan
satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip psikologi
Mizan Adillah dan Halimatun Halaliah (1995), - Kaunseling merupakan satu proses bersemuka antara
kaunselor dan klien.- Kaunseling sebagai proses pertolongan yang
professional Secara ringkasnya, kaunseling dimaksudkan sebagai
perhubungan bersemuka
PRINSIP KAUNSELINGTerdapat 4 prinsip utama kaunseling.
1. Klien diterima dan dilayan dengan baik 2. Perhubungan yang permisif 3. Penekanan pemikiran bersama 4. 4. Sejajar ideal demokrasi.
Prinsip pertama: - setiap klien diterima sebagai individu dan dilayan dengan baik.
Kaunselor memberi penghormatan terhadap hak-hak individu sama ada untuk berjaya atau sebaliknya.
Tanggungjawab untuk berubah dan mengarah kehidupan adalah terletak pada diri klien sendiri.
Prinsip kedua, perhubungan yang permisif.Terbahagi kpd 2:
Perhubungan antara kaunselor dan klien boleh ditamatkan pada bila-bila masa.
Kaunselor tidak boleh memujuk klien untuk menerima nilai atau ideanya.
Ketiga, penekanan pemikiran bersama.Kaunselor tidak memikirkan atau membuat
keputusan untuk klien sebaliknya klien diajak berfikir bersama-sama.
Keempat, sejajar dengan ideal demokrasi.Kaunselor hendaklah menerima hak
seseorang yang berbeza dari segi minat, keperluan, kebolehan intelek, kestabilan emosi dan sebagainya.
TUJUAN KAUNSELING Menyelesaikan masalah jangka pendek- mengurangkan
beban klien dalam tempoh yang lama Mendapatakan celik akal – menyedarkan klien akan
kemampuannya mengharungi masalah dihadapi Tingkah laku positif- mempercepatkan perubahan
tingkah-laku Mencapai kebebasan psikologi- berkebolehan
menguruskan diri Bertindak logik- menilai pro dan kontra sesuatu
sebelum mengambil keputusan
Perkembangan optimum- memperkembangan minat, bakat dan kebolehan ke satu tahap yang optomum
Penyelesaian- membuat penyelesaian sosial, peribadi, dan intelek dengan kehendak-kehendak sekolah dan masyarakat
Mewujudkan perhubungan sihat- perhubungan yang sihat dengan orang lain yang signifikan seperti ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-gurunya.
Matlamat kaunseling
Matlamat Kaunseling
1.Memudahkan Perubahan
2.Meningkatkan Keupayaan
3.Mengurus Diri Berkesan
4.Membuat Keputusan
5.Tingkatkan Potensi
Memudahkan Perubahan• Kaunselor akan membimbing klien membentuk
imej diri yang positif• Membantu klien membuat sesuatu perubahan
tingkahlaku yang membolehkan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.
Back
Meningkatkan Keupayaan• Meningkatkan keupayaan klien
untuk memulakan dan meneruskan hubungan.
• Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu dan cara klien berhubung dengan orang lain.
Back
Mengurus Diri Berkesan• Membantu keberkesanan klien mengurus
diri dan meningkatkan imej kendiri.• Cth: suatu situasi yang berlaku pasa masa
dahulu yang tidak dapat diatasi oleh klien
Back
Membuat Keputusan• Kaunselor akan banyak membimbing klien melalui
proses membuat keputusan• Klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan• Mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa,
tenaga dan wang ringgit• Klien diajar menggunakan sumber yang wujud
dalam persekitaran untuk membuat keputusan yang baik
Back
Tingkatkan Potensi• Kaunselor membantu meningkatkan
perkembangan dan mencapai potensi klien • Memberi peluang kepada klien mempelajari
kaedah terbaik menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap yang paling maksimum
• Mengatasi apa sahaja yang menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang
FUNGSI KAUNSELING
CELIK AKAL
MEMBERI MAKLUMAT
MENGATASI KONFLIK
MEMBUAT KEPUTUSAN
MEMBERI SOKONGAN
CELIK AKAL• Kaunselor membantu klien memahami dirinya dengan lebih
mendalam • Kaunselor akan meneroka permasalahan klien.• Klien akan diberi beberapa ujian psikologi untuk klien
mengenali diri mereka.
MEMBERI MAKLUMAT• Klien selalunya kekurangan maklumat tentang sesutau perkara,• Klien mengharapkan kaunselor dapat membantu masalah
mereka.• Keyakinan dan pengharapan mereka sangat tinggi terhadap
kaunselor.
MENGATASI KONFLIK• Kaunseling berfungsi untuk menyelesaikan konflik antara sati
pihak dengan pihak yang lain.• Kaunselor akan mengadakan sesi bersama kedua-dua belah pihak
secara berasingan.• Mengurangkan ketegangan dan permusuhan dua pihak.
MEMBUAT KEPUTUSAN• Kaunselor menyediakan beberapa pilihan kepada klien semasa
sesi kaunseling dijalankan.• Klien memahami kemungkinan risiko sebelum membuat
keputusan.• Klien diajar menggunakan sumber yang wujud dan membuat
keputusan yang baik.
MEMBERI SOKONGAN• Kaunselor perlu pandai mengambil hati klien
agar penceritaan yang diceritakan dapat menurangkan beban emosi klien.
• Kaunselor perlu sentiasa memberi kata-kata semangat dan menyokong selagi tidak memudaratkan diri klien.
• Kemesraan dan pameran perasaan bersungguh-sungguh dapat menurangkan beban yang di tanggung oleh klien.
RUMUSAN Matlamat kaunseling dapat membantu atau
memberi jalan agar manusia dapat mengurus dirinya sama ada dari segi mental,perasaan, kerohaniaan dan tingkah laku.
Dapat menerima hakikat bahawa hidup tidak pernah lekang dari masalah.
Akur dengan apa yang berlaku dan mencari iktibar atau pun pengajaran di sebalik peristiwa tersebut.