bab 1 pengenalan 1.1 pengenalan abdul raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh...
TRANSCRIPT
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Toffler (1980) dalam teorinya jelas membincangkan tentang peranan ilmu
pengetahuan dan teknologi terhadap pembentukan masyarakat baru terhadap dasar
kemajuan sesebuah negara menuju era globalisasi abad ke-21. Globalisasi pula
dilihat sebagai proses multi dimensi bertujuan untuk menyeragamkan ekonomi,
politik dan budaya sedunia.
Menurut Mahathir (1991) cabaran dan persaingan dalam proses ke arah
ekonomi baru dan persejagatan ilmu telah menuntut Malaysia untuk melaksanakan
pembaharuan bagi mencapai wawasan negara maju menjelang abad 2020 sesuai
seperti kata Pelling dalam Mohd Fadzil (2008) sendi utama kepada persaingan
ekonomi baru ialah kecemerlangan dan kebijaksanaan intelek.
Hasrat dan keinginan ini hanya akan dapat dicapai melalui pembangunan
modal insan minda kelas pertama kerana kekayaan intelek pada sumber ini akan
2
menerajui perubahan dan berkebolehan mengurus harta intelek secara bijaksana
(Mahathir, 1991; Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Bersesuaian dengan ini bidang sains dan teknologi di sekolah adalah
merupakan kunci dan pemangkin kepada persaingan sejagat terhadap penguasaan
ilmu sains dan teknologi yang sejajar dengan matlamat negara bagi mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020.
Sejarah telah membuktikan semua negara maju memiliki kepakaran yang
tinggi dalam bidang sains dan teknologi (Hassan, 2001). Seiring dengan matlamat
tersebut maka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat inkuiri telah
disyorkan agar pelajar-pelajar dapat memahami hubungkait antara konsep-konsep
sains dengan persekitaran untuk mencapai tahap penguasaan yang tinggi terhadap
bidang sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Selain dari aspek
pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni, sukatan pelajaran sekolah
menengah kini juga menekankan kebolehan berkomunikasi dan berbincang secara
jelas dan munasabah tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan sains.
Namun begitu jika dilihat kepada pencapaian pelajar dalam jurusan sains bagi
subjek-subjek sains tulen masih rendah. Menurut satu kajian yang telah dijalankan,
purata peratusan pelajar yang mampu mencapai gred cemerlang (A1 dan A2) selama
empat tahun berturutan bagi subjek biologi hanya 21.4%, fizik 15.7% dan kimia
22.6% sahaja (Sumber; Unit Ujian MARA, 1996-1999) dan peratusan pencapaian ini
masih lagi berada pada tahap yang sederhana sehingga tahun 2011 di mana peratusan
pelajar yang mampu memperolehi gred A+, A dan A- bagi subjek biologi hanya
40.49%, fizik 34.05% dan kimia 34.20% sahaja (Sumber; Unit Ujian MARA, 2012).
Fenomena ini membayangkan bahawa pemahaman konsep sains pelajar di
negara ini masih lagi tidak kukuh dan tidak bersepadu sedangkan strategi pengajaran
dan pembelajaran bagi subjek sains termasuk sains tulen pada hari ini banyak
3
menekankan penglibatan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan
pemikiran aras tinggi. Jika tahap peratusan penguasaan bagi subjek sains masih
berterusan pada tahap yang sederhana maka sesuatu tindakan untuk tujuan
penambahbaikkan perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan yang ada di Malayisa.
Seiring dengan itu hasrat kerajaan untuk memansuhkan peperiksaan PMR
mulai tahun 2016 dijangka akan membawa perubahan besar terhadap sistem
pendidikan di Malaysia amnya memandangkan ia lebih berorientasikan peperiksaan.
Perubahan ini dilihat akan menjadi medium terbaik untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan di mana salah satunya
ialah melahirkan insan yang berpotensi tinggi dan berketerampilan serta berupaya
mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.
Matlamat utama perubahan sistem pendidikan ini adalah untuk melahirkan
modal insan yang boleh berhadapan dan mampu menangani pelbagai cabaran dan
halangan serta kesukaran sepanjang hayat mereka. Selain itu mereka juga diharap
akan mudah menyesuaikan diri dan tidak bersikap individualistik malahan selesa
serta mudah bekerja dengan pelbagai pihak tanpa sebarang alasan dan sempadan
agama dan bangsa untuk merealisasikan aspirasi negara (Toffler, 1991).
Demi mencapai matlamat tersebut, penghayatan terhadap ilmu pengetahuan
dan kefahaman sains boleh dipertingkatkan dan peratusan pelajar yang mendapat
gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar
dan teknik serta kaedah pengajaran sesuai dengan cara pelajar belajar. Teori-teori
pembelajaran yang berkaitan perlu diambil kira dan sesuai dengan cara dan gaya
belajar yang pelbagai dalam kalangan pelajar yang berbeza kebolehan dan
kemahiran.
Menurut Felder (1996) terdapat pelajar yang cenderung kepada pembelajaran
melalui penglihatan dan pendengaran, ada juga pelajar yang lebih selesa dengan
4
pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif, ada pula pelajar yang
cenderung belajar secara berkumpulan malah tak kurang juga pelajar yang suka
belajar secara berseorangan. Walau apa pun pilihan cara belajar seseorang pelajar,
guru seharusnya menjadi pembimbing dan pemudah cara melalui pelbagai strategi
pengajaran yang sesuai terhadap kelompok pelajar yang diajar samaada lebih sesuai
berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar.
Seiring dengan cabaran alaf baru, segala maklumat boleh diperolehi di hujung
jari dan tanpa sempadan. Arus kemodenan ini turut dirasakan dalam sistem
pendidikan malah ianya sangat praktikal jika proses pengajaran dan pembelajaran
adalah berpusatkan pelajar di mana salah satunya ialah pembelajaran yang
berasaskan web. Ia kini dianggap sebagai salah satu cara pembelajaran yang wajar
dipupuk dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme yang diaplikasikan pada
laman web merupakan satu alternatif kepada kaedah pembelajaran yang sedia ada di
mana proses pembelajaran yang berlaku tidak semestinya secara bersemuka dengan
guru. Kaedah alternatif menggunakan laman web ini berupaya mewujudkan peluang
interaksi secara sinkronous (contoh seperti chatting) dan asinkronous (contoh seperti
email) antara pelajar-pelajar dan pelajar-instruktor, proses pembelajaran berlaku
secara dua hala sehingga boleh menggalakkan pembelajaran secara kooperatif-
kolaboratif (Lau & Mohammad, 2002).
Salah padanan cara pelajar belajar dengan strategi pengajaran guru akan
menyebabkan pelajar bosan dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran seterusnya
menyumbang kepada tahap pencapaian dan prestasi akademik yang rendah. Salah
satu objektif dalam kurikulum sains abad ke-21 untuk sekolah menengah adalah
untuk membolehkan pelajar memilih, menganalisis dan menilai maklumat berkenaan
dengan bijak dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998).
5
Adalah sangat penting bagi pelajar untuk menguasai kesemua pengetahuan
dan asas yang kukuh tentang ilmu sains bermula dari peringkat rendah sebagai
penentu kejayaan bagi sebarang dasar dan cabaran di peringkat pengajian tinggi
seterusnya ke dunia sebenar kehidupan mereka. Ini sesuai dengan pendapat Lawson
(1995) yang mengatakan pengetahuan lampau berperanan dalam membina
kematangan dan kedewasaan seseorang.
Kegagalan menguasai kemahiran dan pengetahuan asas dengan mantap
merupakan antara penyebab keciciran, pembentukan sikap negatif, kurang keyakinan
diri, kurang berdaya saing dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan mempengaruhi
pencapaian peringkat tinggi (Ishak Haron & Koh Boh Boon, 1983). Pandangan yang
sama turut dirumuskan oleh Kilpatrick, Swafford dan Findell (2001) kerana menurut
mereka kefahaman peringkat rendah sebagai kaedah yang komprehensif dan menjadi
asas untuk memajukan kecekapan dan keberhasilan pada peringkat yang lebih tinggi.
1.2 Latar Belakang Kajian
Latar belakang kajian adalah berdasarkan pembelajaran berorientasikan
peperiksaan dan pembelajaran berasaskan laman web.
1.2.1 Pembelajaran Berorientasikan Peperiksaan.
Di Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran sains masih tetap
berorietasikan peperiksaan dan penekanan kepada keputusan peperiksaan semata-
mata sehingga mengabaikan proses pembelajaran yang sebenar walaupun telah
6
hampir lebih 10 tahun KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah) menggantikan
KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah).
Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dihadapi
oleh pelajar-pelajar di Malaysia tetapi ia juga merupakan masalah sejagat. Menurut
Abdul Razak et al. (1996) amalan pendidikan masa kini pada keseluruhannya masih
berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah pembelajaran tradisional di
kelas. Pendekatan hafalan melibatkan petua dan cara ringkas yang menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna. Pelajar akan lebih
banyak menghafal rumus yang sedia ada atau petua yang dicipta guru tanpa
mengetahui konsep sebenar. Walaupun amalan pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan hafalan dan ingatan kembali serta berpusatkan guru dipatuhi
sepenuhnya oleh para guru ketika mengajar sains namun peratusan pelajar yang
cemerlang dalam sains masih berkurangan malahan Kemahiran Proses Sains Asas
dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu tidak dapat dikuasai oleh ramai pelajar
menyebabkan bilangan pelajar gagal berterusan tinggi (Mohd. Fadzil, 2008).
Penggunaan kaedah pembelajaran secara tradisional seratus peratus secara
berterusan di dalam kelas akan membuatkan pelajar hilang tumpuan seterusnya
membuatkan mereka bosan. Manakala penggunaan buku teks sepenuhnya akan
membantutkan semangat inkuiri mereka. Tanpa disedari, situasi sebegini akan
membuatkan pelajar hanya menghafal isi kandungan pelajaran sebelum masuk ke
dewan peperiksaan.
Secara sedar ataupun tidak situasi yang berterusan sekian lama ini telah
menunjukkan kegagalan peranan guru sebagai penyalur ilmu untuk seumur hidup
kerana guru hanya berjaya menghasilkan pelajar yang exam-oriented tanpa
mencungkil semangat inkuiri yang ada di dalam diri pelajar dengan lebih mendalam.
Sikap pelajar seperti ini adalah tidak efektif dalam pembentukan bakat professional
yang sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abad ke-21 seperti yang
tercatat dalam lembaran ahli Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (2011).
7
Cara pelajar diajar dan belajar pada masa kini, menyebabkan pengetahuan
yang dikuasai tidak kekal dan pelajar gagal menggunakan prinsip dan proses saintifik
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian
mereka (Abu Bakar, 1995).
1.2.2 Pembelajaran Secara Laman Web WebQuest.
Adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik pada hari ini untuk
melakukan sedikit pembaharuan kepada teknik dan strategi serta kaedah pengajaran
dan pembelajaran supaya kesan daripada proses pembelajaran akan mampu
meningkatkan ketahanan pelajar dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi
cabaran alaf baru abad ke-21. Proses pembelajaran sains seharusnya memfokuskan
pelajar kepada aktiviti untuk menyelesaikan masalah sebenar dan meletakkan pelajar
sebagai penyelesai masalah.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains banyak melibatkan kemahiran
proses sains dan manipulatif yang memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang
tinggi. Proses pembelajaran sains memerlukan pemahaman konsep yang lebih tinggi
kerana apabila pelajar mempelajari sains secara terbuka maka mereka akan dapat
menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna kerana pelajar itu sendiri yang
akan mencari maklumat dan memberikan makna kepada maklumat tersebut secara
saintifik (Majalah Pendidik, 2007).
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kaedah pengajaran guru
mempengaruhi pemahaman konsep dan keseronokan pelajar untuk belajar. Bruner
(1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses di mana
pelajar boleh membina idea baru berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.
Pelajar juga berupaya membina makna tentang dunia dan mensintesiskan
8
pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini (Brooks & Brooks,
1993). Mereka akan berupaya membentuk konsep dan peraturan melalui refleksi
tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Sehubungan dengan itu wajarlah pengajaran sains berasaskan inkuiri
penemuan dan inkuiri terbimbing diketengahkan untuk meningkatkan pemahaman
sains pelajar. Di dalam proses pembelajaran secara pendekatan inkuiri ini guru perlu
menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran pelajar dan
mengelakkan pembelajaran secara hafalan semata-mata (Lai, 2007). Proses interaksi
ini berpusatkan kepada pelajar sekaligus meminimumkan pemusatan pelajar kepada
guru.
Terdapat pelbagai teori dan pendekatan serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai digunakan bagi merealisasikan pendekatan inkuiri di
antaranya ialah mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara laman web-WebQuest.
Menurut Dodgie (1995) WebQuest diasaskan dari idea inkuiri dan konstruktivisme
kerana ia memupuk aktiviti pembelajaran secara konstruktif dengan menggunakan
pelbagai sumber dari laman web dan tugas yang diberikan kepada pelajar adalah
tugasan yang direka oleh guru.
Dalam konteks ini pelajar adalah “autonomous” (bebas) dan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran mereka.
Penyertaan aktif pelajar akan menggalakkan proses komunikasi dan bekerjasama
sesuai dengan konsep WebQuest yang menggabungkan pembelajaran secara
koperatif dan kolaboratif. WebQuest juga boleh membantu pelajar mencapai
piawaian yang memfokuskan kepada kemahiran berfikir secara kritikal dan juga
kemahiran menganalisa. Ini amat berguna untuk kajian sains. Pengaplikasian
WebQuest untuk subjek kimia dijangkakan boleh mengatasi kesukaran pelajar
memahami ilmu kimia secara menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
mudah difahami dan menyeronokkan melalui aktiviti berkumpulan yang direka oleh
guru.
9
Idea utama WebQuest terbentuk daripada saling hubungkait antara disiplin,
teori dan konsep di mana perkara yang diketahui dan tidak diketahui akan bertambah
secara tetap. Pendidikan yang efektif dan menyeluruh memberi individu pandangan
tentang dunia yang bukan sahaja berbeza malahan saling berkaitan. Semua disiplin
mempunyai hubungan yang penting dalam menyediakan kerangka semulajadi dan
efektif untuk menyusun kurikulum sekolah. Kerangka ini penting untuk
menunjukkan perubahan kefahaman dan juga penyusunan disiplin serta aplikasinya
kepada dunia semulajadi dan juga yang direka oleh manusia.
Manakala kajian mengenai jantina terhadap pencapaian subjek sains khasnya
juga telah ada dijalankan dan mempunyai dapatan kajian yang berbeza-beza. Namun
pelajar perempuan didapati mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada
pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Terdapat
juga kajian-kajian diawal 1990-an yang menunjukkan pelajar lelaki mempunyai
kecekapan yang lebih baik terhadap penguasaan penggunaan komputer dan internet
terhadap matapelajaran sains dan matematik (Zalizan Mohd Jelas et al, 2005)
Selain itu kecekapan, kemahiran, persepsi, minat dan sikap terhadap
penggunaan komputer dan internet semasa pembelajaran juga boleh mempengaruhi
prestasi akademik pelajar. Penyelidikan oleh Ahmad Fauzi (2011) menunjukkan
terdapatnya perbezaan yang signifikan mengikut jantina iaitu sikap pelajar lelaki
terhadap komputer adalah lebih positif berbanding pelajar perempuan. Dalam
perkembangan berkaitan juga melalui kajian Morahan-Martin (1998) mendapati
penggunaan internet lebih didominasi oleh kaum lelaki sejak ia diperkenalkan.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kesemua hujah yang di huraikan dalam latar belakang kajian di
atas, dapat dikatakan bahawa kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran masih
10
lagi didominasi oleh guru sahaja manakala pelajar hanya berperanan sebagai
penerima maklumat yang pasif. Ini bertepatan dengan rumusan yang dibuat oleh
Mohamad Fadzil (2008) apabila beliau mendapati amalan pendidikan sains masih
lagi dikuasai oleh kaedah pengajaran secara berhierarki, berbentuk objektif dan
menekankan maklumbalas, kaedah tradisional ini berorientasikan guru dan hanya
guru memainkan peranan penting untuk menyampaikan pengetahuan manakala
pelajar hanya menjadi penerima yang pasif. Penilaian yang dibina hanya untuk
mengukur kemajuan atau tahap masteri dan menguji pengetahuan yang telah
dipelajari oleh pelajar (Azman, 1989; Mohd Fadzil, 2003).
Pada masa yang sama, ramai golongan cerdik pandai menyatakan
ketidakyakinan mereka terhadap pengajaran berpusatkan guru sebagai kaedah yang
boleh menyokong pemikiran yang kompleks dan beraras tinggi dalam kalangan
pelajar, sedangkan untuk mempelajari dan menguasai subjek sains perlu didokong
oleh tahap pemikiran kritis, kreatif dan bersifat saintifik (Harlan, 1996).
Pendekatan pembelajaran seharusnya sesuai dan mengambil kira perbezaan
pencapaian dan cara belajar individu serta minat pelajar semasa merekabentuk bahan
pengajaran kerana setiap pelajar mempunyai aras kecerdasan yang berbeza dan
kesesuaian cara pembelajaran yang berbeza juga. Menurut Perez (2005), WebQuest
adalah suatu aktiviti pembelajaran yang menggunakan sepenuhnya sumber dari
laman web dan dipersembahkan oleh pelajar melalui tugasan yang perlu diselesaikan
dalam konteks yang betul dan teratur, penyertaan pelajar akan menggalakkan mereka
bekerja secara berautonomi dan berpasukan serta bekerjasama. Pendapat di atas telah
disokong oleh pengasas WebQuest itu sendiri iaitu Dodge (1995), yang menyatakan
penggunaan WebQuest ialah sebagai alternatif untuk menggalakkan pembelajaran
secara aktif secara bekerjasama dalam kumpulan dengan menggunakan maklumat
dari laman web.
Melalui WebQuest kumpulan pelajar akan dapat belajar melalui kaedah
pembelajaran berpusatkan pelajar. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk
11
melihat adakah dengan belajar secara WebQuest ini boleh memberi hasil dan kesan
lebih baik dari segi pengetahuan pelajar berbanding pelajar yang belajar secara
tradisional di dalam kelas. Setiap pelajar akan belajar mengikut kemahiran mereka,
pengetahuan asal dan semasa mereka, minat serta sikap mereka semasa belajar.
Menurut Exline (2000) menyatakan bahawa suatu perbezaan itu bukanlah bererti
suatu penamat, tetapi perbezaan tersebut ialah suatu jalan untuk menuju penamat.
Pengetahuan asas akan sentiasa berkembang dan berubah sepanjang hayat.
Kebolehan dan kemahiran untuk terus belajar seharusnya menjadi hasil pembelajaran
yang diharapkan.
Jantina juga merupakan diantara perkara yang hendak dikaji, kerana terdapat
kajian lalu yang mengatakan jantina mempengaruhi cara pelajar belajar secara laman
web. Menurut satu kajian menyatakan pelajar lelaki lebih cenderung belajar melalui
penggunaan internet berbanding pelajar perempuan (Busch, 1995). Selain daripada
itu beberapa persepsi pelajar yang belajar secara WebQuest dinilai di antaranya ialah
persepsi pelajar terhadap persembahan keseluruhan laman web, persepsi pelajar
terhadap pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran laman web, persepsi
pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi yang diperolehi semasa belajar secara
laman web dan persepsi pelajar terhadap isu masa yang ditetapkan untuk belajar
menggunakan laman web.
Oleh yang demikian itu, suatu bahan pengajaran yang sesuai berasaskan
pendekatan pembelajaran WebQuest dihasilkan dengan menggabungkan kaedah
pendekatan inkuiri dan konstruktivisme dan kaedah pembelajaran kooperatif serta
kolaboratif. Laman web ini menjadi medium pembelajaran ke atas sebahagian pelajar
aliran sains tingkatan empat bagi mata pelajaran kimia manakala guru bertindak
sebagai pembimbing dan pemudahcara.
12
1.4 Objektif Kajian
Berikut merupakan objektif kajian ini:-
i. Menyediakan dan menguji bahan pengajaran bertajuk jirim berasaskan
kaedah pembelajaran secara WebQuest.
ii. Menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
pelajar antara belajar menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest
dengan kaedah pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim.
iii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina
dalam mempengaruhi pembelajaran secara WebQuest untuk mata pelajaran
kimia bertajuk Jirim.
iv. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan
WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk Jirim.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah seperti berikut:-
i. Adakah bahan pengajaran berasaskan WebQuest untuk subjek kimia
tingkatan empat berjaya dihasilkan?
13
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pencapaian pelajar
menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest dengan kaedah
pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam
pembelajaran secara WebQuest untuk pembelajaran mata pelajaran kimia?
iv. Apakah persepsi pelajar terhadap persembahan keseluruhan WebQuest
semasa belajar menggunakan WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk
Jirim?
v. Apakah persepsi pelajar terhadap pendekatan pembelajaran menggunakan
WebQuest semasa belajar menggunakan bahan pembelajaran WebQuest bagi
mata pelajaran kimia bertajuk Jirim?
vi. Apakah persepsi pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi yang
diaplikasikan semasa proses pembelajaran WebQuest bagi mata pelajaran
kimia bertajuk Jirim?
vii. Apakah persepsi pelajar terhadap peruntukan dan nilai masa yang ditetapkan
semasa proses pembelajaran WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk
Jirim?
14
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:-
i. Ho1 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar
antara pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest
dengan kaedah pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim.
ii. Ho2 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam
mempengaruhi pembelajaran secara WebQuest untuk pembelajaran mata
pelajaran kimia.
1.7 Kerangka Konsep Kajian WebQuest
Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian
Pengujian
Keberkesanan WebQuest
Persembahan Laman Web
Pendekatan Pengajaran
Kemahiran Komunikasi
Isi Pembelajaran
Persepsi
15
Berdasarkan kerangka konsep kajian yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 di atas
menunjukkan empat perkara penting mengenai persepsi pelajar yang belajar
menggunakan pendekatan bahan pembelajaran WebQuest diukur menggunakan set
soalan kaji selidik yang mengandungi 20 item soalan. Penilaian persepsi hanya
dilakukan kepada pelajar yang belajar secara WebQuest sahaja.
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara WebQuest akan diterjemahkan
melalui respon pelajar terhadap item-item soalan yang terdapat dalam borang kaji
selidik. Apabila pelajar memberikan respon yang baik dan positif mengikut skala
maka ia boleh memberikan petunjuk bahawa pelajar sebenarnya mampu dan bersedia
untuk belajar mengikut kaedah pendekatan berpusatkan pelajar seperti pembelajaran
berbentuk inkuiri terbimbing yang diaplikasikan dalam WebQuest.
Minat dan persepsi yang positif merupakan elemen penting dalam
penguasaan sesuatu bidang atau ilmu yang ingin diterokai. Tanpa minat dan persepsi
yang negatif akan membantutkan proses pembelajaran yang berkesan. Elemen
persepsi yang dinilai dibahagikan kepada empat iaitu persepsi pelajar terhadap
persembahan WebQuest, kaedah pendekatan pembelajaran menggunakan WebQuest,
kemahiran komunikasi pelajar dan peruntukan masa yang ditetapkan untuk pelajar
Elemen lain yang turut mempengaruhi keberkesanan bahan pembelajaran
WebQuest ialah tahap pengetahuan asal dan tahap pemahaman semasa terhadap
penyampaian ilmu yang disampaikan. Maklumat yang disampaikan mestilah
difahami dan boleh diterima dengan berkesan. Bahan pengujian seperti soalan pre
dan soalan post digunakan untuk menguji tahap pencapaian sebelum dan selepas
proses pembelajaran menggunakan WebQuest.
Dapat dilihat disini, proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan web
seharusnya bukan sahaja bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para
pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran pembelajaran
16
yang efektif malah ia juga dapat melibatkan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar
semasa proses P&P dijalankan (Norazah Nordin; Ngau Chai Hong, 2009). Menurut
kajian yang dijalankan oleh Chang (2001), adalah untuk melihat sama ada proses
pembelajaran secara web dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar
semasa proses pembelajaran dijalankan dan mempertingkatkan kemajuan
pembelajaran dikalangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan sebanyak
85.84% pelajar mengatakan pembelajaran web sangat sesuai dan ia memberikan
keseronokan semasa proses pembelajaran dijalankan.
1.8 Carta Alir Kajian WebQuest
Carta alir pada Rajah 1.2 di bawah menunjukkan keseluruhan aliran kajian.
Carta alir kajian ini bertepatan dengan aliran kerja berdasarkan rekabentuk model
pembelajaran ADDIE.
Mengikut carta alir kajian ini ia bermula dengan proses pemilihan pelajar.
Pada fasa ini segala permasalahan kajian yang hendak diselesaikan dikenalpasti
secara menyeluruh. Dalam kajian ini proses menganalisis pelajar sangat penting
kerana setiap pelajar mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan minat serta
sikap yang berbeza. Semasa menganalisis pengkaji perlu juga melihat aspek
persekitaran pembelajaran serta matlamat pengajaran kerana ia akan mempengaruhi
rekabentuk bahan pengajaran yang sesuai bagi menjelaskan keseluruhan keperluan
analisis pelajar yang telah dibuat.
Seterusnya bahan pengajaran yang telah dirancang mengikut keperluan
analisis pelajar akan dilaksanakan. Pang (1998) dalam kajiannya mengenai proses
mengoptimumkan penggunaan web bagi mempertingkatkan hasil pengajaran,
17
pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran menggunakan web melibatkan
penemuan dan penerimaan sumber, komunikasi, melakukan aktiviti P&P dan
menghasilkan web.
Rajah1.2 : Carta Alir Kajian
Oleh kerana kajian ini menggunakan kaedah True-experimental iaitu
perbandingan satu jenis perlakuan sahaja atau disebut sebagai Pre-test dan Post-test
control group design. Kedua-dua kumpulan pelajar tersebut diberikan ujian awal atau
Pre-test untuk mengukur tahap pengetahuan awal (01) selanjutnya pada salah satu
kelompok pelajar tersebut diberikan perlakuan (X) iaitu proses pembelajaran secara
Tahap pencapaian pelajar
Persepsi pelajar terhadap laman web
WebQuest
Ujian post
Tahap pencapaian pelajar mengikut
jantina
Kaedah Pembelajaran secara WesQuest
Kaedah Pembelajaran secara Tradisional
Ujian post
Sampel Rawatan
Sesudah Rawatan
Soalan kaji
Pelajar Berbeza dari segi � Kemahiran � Pengetahuan � Minat � Sikap
Sampel Kawalan
Sebelum Rawatan Ujian pre
18
WebQuest manakala satu kelompok pelajar lagi tidak diberikan apa-apa perlakuan
iaitu pembelajaran di kelas seperti biasa. Sesudah selesai perlakuan kedua kelompok
pelajar tersebut diberikan ujian yang sama sekali lagi dikenali sebagai post-test (02)
seperti Jadual 1.1 di bawah.
Jadual 1.1 : Kerangka Konsep Kajian Rekabentuk Quasi-Experimental
E = simbol bagi kelompok pelajar yang belajar secara WebQuest.
P = simbol bagi kelompok pelajar yang belajar secara tradisional.
1.9 Rasional Kajian
Rasionalnya kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan sama ada aplikasi
WebQuest ini berkesan untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar seterusnya juga
mampu untuk menjadi medium pembelajaran yang lebih baik berbanding
pembelajaran yang biasa dijalankan di kelas. WebQuest ialah bahan pembelajaran
yang menerapkan ciri-ciri inkuiri dan koperatif yang dikatakan berkesan untuk
menghasilkan pengetahuan berbanding kaedah pembelajaran menyoal dan mencari
jawapan semata-mata.
Ini bertepatan dengan pendekatan inkuiri yang merupakan suatu proses
pembelajaran yang dinamik. Pembinaan soalan-soalan inkuiri pula perlu dirancang
secara sistematik untuk menggalakkan murid berfikir secara induktif (Dewey, 1963).
Penguasaan kemahiran proses sains terhadap subjek sains merupakan asas bagi
membolehkan sains lebih mudah didekati dan difahami serta disukai oleh semua
E : 01 X 02
P : 01 02
19
pelajar di mana kemahiran-kemahiran yang mereka kuasai dapat digunakan bukan
sahaja untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran sains tetapi juga dalam
menyelesaikan masalah kehidupan seharian.
Manakala semua aktiviti pembelajaran secara inkuiri dan interaksi yang telah
dirancang dan direka dengan baik seharusnya meningkatkan pemahaman yang
menyeluruh dalam diri pelajar kerana pelajar akan berkomunikasi dan bekerja di
dalam sebuah kumpulan. Ini akan meningkatkan kefahaman mereka serta
mengekalkan pengetahuan untuk jangkamasa yang lebih lama.
1.10 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk menggunakan bahan
pembelajaran secara WebQuest di mana pendekatan inkuiri sebagai proses
pembelajaran yang berkesan dan menyeluruh dan sebagai kaedah alternatif untuk
membantu pelajar memahami isi mata pelajaran kimia dengan lebih baik. Selain itu
kaedah koperatif yang ditekankan di dalam WebQuest boleh mendidik pelajar untuk
belajar bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat, berbincang dan
memberi makna terhadap maklumat yang diperolehi. Pelajar disusun mengikut tahap
pengetahuan yang hampir sama kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil
seramai tiga atau empat orang pelajar. Guru-guru hanya bertindak sebagai pemudah
cara dan pembimbing serta bekerja bersama-sama kumpulan pelajar untuk membantu
mereka menyudahkan hasil tugasan mereka sepanjang proses pembelajaran berlaku.
20
1.11 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini terhad kepada pelajar tingkatan empat aliran sains
tulen yang mengambil mata pelajaran kimia dari Sekolah Menengah Kluster
Kecemerlangan di Daerah Pontian. Responden adalah terdiri daripada dua kumpulan
pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama. Dapatan
kajian bergantung kepada keupayaan responden menjawab soalan pre-test dan post-
test serta soalan kaji selidik. Rekabentuk laman web kajian ini menggunakan aplikasi
model pembelajaran WebQuest berasaskan pendekatan secara inkuiri. Kajian ini
tidak boleh melibatkan kumpulan pelajar yang lebih besar disebabkan tempoh masa
kajian juga terhad.
1.12 Maksud Istilah
Terdapat pelbagai konsep, maksud dan istilah digunakan dalam kajian ini.
Oleh itu penerangan istilah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah seperti yang
dihuraikan di bawah:-
1.12.1 Model Pembangunan WebQuest
Menurut Dodgie (1995), WebQuest adalah merupakan satu aktiviti
pembelajaran secara laman web yang berorientasikan penyiasatan di mana beberapa
atau kesemua maklumat yang berinteraksi dengan pelajar datangnya daripada
sumber-sumber di internet. Proses pembelajaran WebQuest mempunyai enam
21
komponen utama iaitu bahagian pengenalan, bahagian tugasan, bahagian proses,
bahagian sumber, bahagian penilaian dan bahagian kesimpulan.
1.12.2 Pendekatan Inkuiri
Inkuiri didefinisikan sebagai kaedah mencari kebenaran, maklumat dan
pengetahuan secara menyoal. Dalam kajian ini pendekatan inkuiri merujuk kepada
satu proses pengajaran dan pembelajaran di atas talian apabila pelajar memainkan
peranan aktif untuk menyiasat konsep sains dan menemui jawapannya sendiri seperti
menurut Dodgie (1995), yang menyatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator
dan pembimbing murid untuk memahami konsep sains.
1.12.3 Fahaman Konstruktivisme
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang
dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami
sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka
dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan
yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi
apa yang mereka lihat supaya sepadan dengan peraturan yang mereka telah bentuk
atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan
maklumat baru ini dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).
22
1.12.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif dan kolaboratif
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif ialah suatu kaedah yang menekankan
kerjasama antara rakan sepasukan untuk mencapai objektif yang ditentukan. Ahli
sepasukan saling membantu berbincang dan berhujjah bersama kumpulan ketika
menyelesaikan permasalahan sains. Rockwood (1995) kedua-dua kaedah
pembelajaran ini menggambarkan konsep atau pendekatan yang sama yang
menegaskan pada pendekatan pembelajaran melalui kerja sama berkumpulan.
Namun terdapat sedikit perbezaan berkenaan cara bekerja dalam kumpulan, bagi
pembelajaran koperatif.
Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang
ahli sahaja. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan
seorang sahaja namun semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Manakala bagi pendekatan kolaboratif pula,
pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang
sesama mereka dan menyelesaikan masalah bersama-sama.
1.12.5 Penggunaan Teknologi dan Multimedia
Teknologi membawa maksud sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam
merekacipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Daripada
perkataan latin “Teknos” bermaksud teknik atau cara atau kaedah. “Logos” pula
bermaksud kaji atau belajar. Oleh itu teknologi lebih bermaksud kaedah, cara atau
idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan. Manakala multimedia
pula ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara dan grafik yang dihasilkan
oleh teknologi berasaskan komputer dan ia lebih menarik berbanding televisyen,
audio dan video sahaja (Waterworth, 1992).
23
1.12.6 Pembelajaran Aktif
Pembelajaran aktif ialah pendekatan di mana murid berinteraksi dengan
bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses
and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993),
embelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk
berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka
memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan
secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi
fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.
1.12.7 Pemikiran Saintifik
Pemikiran saintifik adalah satu proses berfikir yang bermula daripada
pengalaman deria atau pancaindera untuk mendapat kebenaran dan pengetahuan.
Pemikiran saintifik juga berasaskan prinsip rasional dan logik kerana sesuatu yang
tidak rasional dan tidak logik dengan sendirinya juga dianggap tidak saintifik. Sebab
itulah bagi mereka yang terdahulu berpegang kepada ajaran logik semata-mata akan
menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana dianggap tidak logik. Dalam pemikiran
saintifik tumpuannya adalah lebih kepada prinsip empirikal iaitu bukti saintifik.
24
1.13 Rumusan
Kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu memudahkan dan
meningkatkan kefahaman pelajar mengatasi kesukaran pembelajaran kimia dan
membantu guru dalam penyediaan kaedah alternatif berbanding kaedah tradisional.
Kaedah pembelajaran WebQuest ini dijangka boleh menarik minat pelajar dan
menghilangkan rasa bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas. WebQuest
menggabungkan pendekatan inkuiri dan kaedah koperatif.
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menilai adakah terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar menggunakan kaedah
tradisional berbanding kaedah laman web-WebQuest. Kajian ini juga bertujuan untuk
melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap
pembelajaran secara WebQuest. Selaian itu persepsi pelajar yang belajar
menggunakan kaedah pembelajaran WebQuest juga dapat ditentukan iaitu persepsi
dari segi persembahan WebQuest, isi pembelajaran dan pendekatan menggunakan
WebQuest, kemahiran komunikasi dalam WebQuest dan masa pembelajaran semasa
belajar secara WebQuest.