bab 1 1.1 pendahuluan
TRANSCRIPT
BAB 1
1.1 Pendahuluan
Gaya hidup sihat dan cergas mempunyai hubungan yang signifikan dengan
kesihatan dan kesejahteraan hidup masa kini. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup
terutama bersenam, bersukan dan mengamalkan pemakanan seimbang, berupaya
menghindari dirinya dari risiko pelbagai penyakit moden termasuk penyakit fizikal dan
mental. Corbin dan Lindsey 1994, menjelaskan bahawa bahawa kesihatan optimum bukan
sahaja bebas daripada sebarang penyakit malah ia juga merangkumi kecergasan dan
kesihatan fizikal yang baik, mental yang seimbang dan terkawal, berkebolehan bersosial
dengan berkesan, emosi dan rohani yang tulus murni.
Menurut Falls (1980), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan
fizikal untuk kesihatan dan kecergasan fizikal untuk prestasi. Kecergasan fizikal untuk
kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai
memberi individu perlindungan dan ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan
pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.
Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk
bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya
tahan, kemahiran dan sebagainya.
Pengamalan gaya hidup sihat dapat diterapkan melalui antaranya mengamalkan
aktiviti fizikal secara tetap, bersistematik dan berjadual serta makan makanan seimbang.
Dengan mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal, seseorang itu dapat meningkatkan tahap
kecergasan fizikal kesihatan dan kualiti hidupnya. Kesedaran untuk meningkat gaya hidup
mula dilancarkan oleh kerajaaan malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan dengan
kempen “Malaysia Cergas” pada tahun 1987. Kempen tersebut bertujuan untuk
meningkatkan kesederan terhadap kecergasan fizikal dan pengambilan pemakanan yang
seimbang yang boleh meninbgkatkan kualiti kesihatan kekurangan melakukan aktiviti
fizikal boleh menyumbangkan kepada pelbagai penyakit hipokinetik Corbin dan Lindsey
1994. Penyakit hipokinetik boleh dijelaskan sebaai penyakit yang berkaitan dengan gaya
hidup sedentari atau keadaan seseorang yang kurang melakukan aktiviti fizikal sama ada
bersenam bersukan atau berreakreasi. Masalah-masalah kesihatan yang dihadapi oleh
seseorang kurang aktif ini termasuklah penyakit jantung, sakit tulang, diabetes dan juga
masalah obesiti. Mengikut Corbin dan Lindsey itu juga mendapti seseorang yang tidak
aktif dan tidak cergas mempunyai lebih risiko untuk mendapat penyakit hipertensi
sebanyak 30% hingga 50% berbanding dengan seseorang yang mengamalkan cara hidup
aktif dan cergas.
Seseorang itu harus menggelakkan dirinya daripada menjadi kurang aktif sehingga
boleh menyebabkan lemak dalam badan bertambah. Ini boleh menyebabkan seseorang
menjadi obes. Obesiti didefinasikan sebagai satu keadaan di mana terdapatnya lemak yang
berlebihan dalam badan. Obesiti mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah
kesihatan. Ini dijelaskan oleh Burton (1985) dan Bray (1987) dalam kajiannya yang
mendapati mereka yang mempunyai lebihan berat badan lebih ramai terlibat dengan
pelbagai jenis penyakit. Dengan dapatan itu mereka merumuskan bahawa jika terdapat
lemak berlebihan dalam badan boleh menyebabkan kemungkinan menghadapi pelbagai
masalah kesihatan
Obesiti kenali berkait rapat dengan kekurangan mengamalkan gaya hidup sihat.
Ramai dikalangan murid sekolah rendah dan menengah menghadapi masalah obesiti.
Masalah ini terjadi mungkin kerana pengamalan diet harian yang kurang baik dan tidak
seimbang. Murid-murid gemar mengambil makanan segera, makanan ringan dan ringkas
yang mudah diperolehi seperti coklat, gula-gula, burger, snek, ais krim dan sebagainya.
Semua jenis makanan tersebut jika tidak dikawal cara pengambilannya akan menjadikan
kanak dan remaja mempunyai berat badan yang berlebihan. Keadaan ini ditambah pula
dengan masalah kurang aktif serta tidak mahu menceburkan diri dalam kegiatan sukan
(ko-kurikulum) dan aktiviti fizikal. Ini mungkin disebabkan kurangnya kesedaran terhadap
betapa pentingnya aktiviti fizikal kepada kesihatan tubuh badan. Mereka juga mungkin
memperolehi kurang input daripada guru atau ibu bapa tentang amalan gaya hidup sihat
berhubung kait dengan kecergasan dan pemakanan.
Wuest dan Bucher (1991), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah
kebolehan tubuh badan untuk menerima oksigen secara afektif bagi membolehkan otot-
otot berfungsi dengan lebih efisyen. Peningkatan daya tahan kardiovaskular ini juga dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung, meningkatkan kapasiti kerja dan dapat
mengurangkan diri daripada keletihan. Berdasarkan kenyataan yang telah dibuat oleh
pengkaji terdahulu dapatlah di interpretasikan bahawa daya tahan kardiovaskular juga
mempunyai makna yang sama dengan kecergasan aerobik.
Setiap guru berperanan bukan sahaja menyampaikan ilmu melalui proses
pengajaran dan pembelajaran bahkan mendidik dalam semua aspek kehidupan. Guru boleh
memainkan peranan penting dalam memberi maklumat tentang pengamalan gaya hidup
sihat. Ini termasuklah tentang kesihatan tubuh badan, cara pengambilan makanan
seimbang, pengenalan kepada pelbagai jenis penyakit dan cara-cara mengelakkan risiko
mendapat penyakit hipokinetik. Bagi memastikan murid di sekolah menyedari tentang
kepentingan kesihatan dan melakukan aktiviti fizikal serta senantiasa aktif, maka
seharusnya guru juga menyedari dan memahami pentingnya melakukan aktiviti fizikal
secara aktif selain daripada pengetahuan tentang kesihatan, pemakanan dan penyakit-
penyakit.
Di samping itu obesiti juga berlaku dikalangan atlet-atlet atau pemain-pemain yang
melibatkan diri dalam permainan yang memerlukan kekuatan dan ketangkasan seperti
dalam acara “ combat game “ misalnya dalam permainan ragbi. Bagi pemain-pemain
ragbi pengambilan diet yang kerap adalah penting sebelum dan semasa kejohanan
berlangsung , ini penting kerana disamping sebagai tenaga makanan juga penting dalam
proses pemulihan daripada kecederaan. Akibat daripada amalan rutin pemakanan sebelum
dan semasa kejohanan ragbi menjadi amalan kebiasaan pengambilan makanan oleh
pemain ragbi walaupun selepas kejohanan, dan jika amalan ini berterusan kemungkinan
masalah obesiti akan berlaku sekaligus akan mengundang penyakit yang berbahaya.
Oleh kerana guru adalah orang yang paling hampir dengan pelajar, maka adalah
menjadi tanggungjawab mereka menyampaikan segala input penting yang berkaitan
dengan mengamalkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat. Guru boleh menanamkan minat
dan melatih pelajar untuk senantiasa aktif dan cergas dalam semua aktiviti fizikal. Di
samping itu jurulatih harus memberikan penerangan sejelas-jelasnya tentang risiko yang
mungkin dihadapi jika tidak mengamalkan kecergasan dan gaya hidup yang sihat. Dalam
usaha ini, guru mestilah mempunyai ciri-ciri pengamal gaya hidup yang sihat yang baik.
Antaranya tentang aspek kecergasan dan beraktiviti fizikal, mengamalkan pemakanan
seimbang, risiko penyakit-penyakit dan aktiviti sosial melalui sukan dan rekreasi. Selain
daripada itu bentuk tubuh badan, perawakan dan sahsiah yang baik juga harus ada pada
bakal seseorang guru.
Program pengukuran dan penilaian kecergasan fizikal di sekolah telah dirancang
selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani harus
merancang dan melaksanakan ujian kecergasan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan
Ujian Kecergasan Fizikal agar murid-murid sentiasa cergas dan bersedia untuk mengikuti
mata pelajaran yang lain. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa Pendidikan Jasmani
memainkan peranan yang penting dalam menyediakan murid-murid yang sihat dan cergas
agar dapat memberi tumpuan sewaktu sessi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid melaksanakan aktiviti harian
tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang terancang perlu
dilaksanakan dengan sempurna dan selamat.
Kajian ini memberi fokus kepada tahap kesedaran guru pelatih terhadap melakukan
aktiviti fizikal khususnya aktiviti kecergasan. Selain daripada itu kajian ini ingin menilai
tahap Indeks Jisim Tubuh guru pelatih Institut Pendidikan Guru sama ada berada dalam
keadaan baik dan berada pada kategori berat badan ideal atau sebaliknya. Tahap Indeks
Kecergasan Kardiovaskular guru pelatih juga boleh diketahui dengan menjalankan ujian
penilaian kardiovaskular ke atas mereka. Dengan memperolehi dapatan daripada kajian
ini, maka adalah di harapkan agar guru pelatih yang bakal menjadi guru akan berupaya
menyampaikan segala maklumat dan sumber pengetahuan tentang kecergasan, kesihatan,
menyemai dan menanam minat terhadap melakukan aktiviti fizikal kepada pelajar-
pelajarnya bila berada di sekolah nanti .
1.2 Pernyataan masalah
Mengekalkan berat badan unggul dan seterusnya mengekalkan tahap kecergasan
kardiovaskular boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Namun demikian masih
ramai yang tidak memahami dan menyedari secara tepat betapa pentingnya aktiviti fizikal
kepada kehidupan seharian. Ia diabaikan akibat kekurangan pengetahuan dan sumber
rujukan. Masih ramai juga yang kurang menyedari kesan dan akibat tidak mengamalkan
kecergasan fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Pendidikan hari ini lebih banyak memberi tumpuan kepada aspek akademik
sehingga ia agak membebankan murid-murid dan pelajar sekolah. Murid sekolah
menengah khususnya telah didedahkan kepada pelbagai jenis projek ilmiah yang
memerlukan banyak masa dalam menyelesaikan tugasan seperti dsalam mata pelajaran
Sejarah , Sains, Matematik dan lain-lain. Oleh itu pelajar mempunyai kurang masa untuk
beraktiviti, bersenam dan bersukan. Ini di tambah dengan dasar kerajaan yang berubah-
ubah tentang fungsi ko-kurikulum yang diambil kira dalam kemasukan ke IPTA. Dengan
tidak mengamalkan aktiviti fizikal mungkin ramai murid mempunyai tahap kecergasan
kardiovaskular yang rendah ( Sheikh Kamaruddin, 1995 ). Selain daripada corak hidup
kini mungkin menjadikan manusia lebih pasif dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal.
Mungkin juga ramai murid dan pelajar menghabiskan masa bermain komputer, bersiar-siar
di bandar sehingga lupa untuk bergiat cergas dalam aktiviti fizikal.
Individu yang kurang atau tidak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sama ada
aktiviti kecegasan, sukan atau rekreasi, tahap keupayaan kecergasan fizikal mereka
menjadi rendah. Disamping itu berat badan menjadi bertambah akibat pengumpulan lemak
dalam badan dan menyebabkan kegemukan. Risiko mendapat penyakit bagi orang gemuk
adalah tinggi. Timbul persoalan, kenapakah mereka tidak mahu menjalankan aktiviti
fizikal dan kurang mengamalkan gaya hidup sihat ? Apabila seseorang mempunyai
masalah berat badan akan menyukarkan mereka bergerak serta beraktiviti. Kesedaran
betapa pentingnya aktiviti fizikal terhadap tubuh badan amat perlu bagi hidup yang sihat
dan bermakna. Oleh sebab itu kerajaaan senantiasa menyedarkan orang ramai terhadap
kesihatan dan pentingnya beraktiviti bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan
harmoni. Berbagai-bagai kempen dan program kesedaran dijalankan seperti kempen
Malaysia Cergas, Senamrobik beramai-ramai, dokumentari mengenai berbagai penyakit
dan pengawalan makanan berlebihan dan tidak seimbang. Walau bagaimanan pun di
dapati masih ramai murid sekolah rendah dan menengah yang tidak faham tentang
kepentingan kesedaran melakukan aktiviti fizikal. Melalui kajian ini, tahap indeks jisim
tubuh dan indeks kecergasan kardiovaskular guru pelatih yang bakal mengajar di sekolah
dapat dikenal pasti. Mereka boleh membantu memberi kesedaran tentang melakukan
aktiviti fizikal dengan lebih teratur dan baik. Perkara yang paling utama diberi perhatian
adalah pelajar masa kini yang kurang kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal seperti
bersenam, bersukan dan berekreasi kepada kesihatan tubuh badan mereka. Akibatnya
ramai pelajar mengalami keadaan obesiti dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal.
Kecergasan fizikal pelajar harus dipertingkatkan dan diberi perhatian supaya dapat
meningkatkan kesihatan menyeluruh dan komitmen mereka kepada sukan dan bersenam.
Amat wajar diketahui lebih terperinci tentang keadaan Indeks Jisim Tubuh ( IJT ) dan
hubungannya dengan indeks kecergasan kardiovaskular (IKK ) mereka. Jika ini dapat
diketahui dan difahami maka adalah lebih mudah seseorang itu mengekalkan dan
meningkatkan tahap kecergasannya. Pelajar juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan
tunjuk ajar atau jurulatih untuk merancang program kecergasan mereka . Berdasarkan
dapatan IJT dan IKK, guru atau jurulatih dapat memberi nasihat dan pandangan bagaimana
aktiviti fizikal harus dikendalikan dan disertai dengan lebih efisyen. Pelajar juga boleh
diberi kesedaran tentang betapa pentingnya aktiviti fizikal terhadap kesihatan dan
kecergasan.
Kajian mengenai kesedaran melakukan aktiviti fizikal dan hubungannya dengan
indeks jisim tubuh dengan indeks kecergasan kardiovaskular belum pernah dijalankan dan
kajian ini adalah pertama kali dijalankan di sebuah institut perguruan. Dengan kajian ini
juga dapat melihat tahap kesedaran guru-guru pelatih institut perguruan terhadap
pembangunan sukan dan kesihatan yang optima di sekolah-sekolah.. Selain daripada itu
ramai daripada pelajar tidak faham cara memperolehi data indeks jisim tubuh dan indeks
kecergasan kardiovaskular ( IKK ). Tanpa mengetahui Indeks Jisim Tubuh dan Indeks
Kecergasan Kardiovaskular mereka tidak sedar akan aspek-aspek lebihan lemak, obesiti
dan risiko penyakit yang boleh berlaku. Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti tahap
kesedaran guru-guru pelatih institut perguruan terhadap penglibatan mereka dalam aktivti
fizikal dan senam
1.3 Tujuan dan objektif kajian
Kajian ini bertujuan melihat tahap Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan Indeks kecergasan
kardiovaskular (IKK) guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
Kajian ini juga ingin menilai tahap kesedaran melakukan aktiviti fizikal di kalangan guru
pelatih lelaki dan perempuan di Institut Perguruan. Melalui kajian ini juga dapat dilihat
sama ada terdapatnya hubungan diantara kesedaran melakukan aktiviti fizikal dengan berat
badan dan tahap kecergasan kardiovaskular dikalangan guru- guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
Tujuan kajian ini adalah:
1. Untuk mengetahui tahap indeks jisim tubuh dan indeks kecergasan kardiovaskular
guru-guru pelatih lelaki dan perempuan Institut Perguruan Kampus Pendidikan
Islam
2. Untuk mengetahui tahap kesedaran melakukan aktiviti fizikal di kalangan guru-
guru pelatih lelaki dan perempuan Institut Perguruan Kampus Pendidikan Islam
3. Untuk melihat sejauh manakah terdapatnya hubungan antara kesedaran melakukan
aktiviti fizikal dengan indeks jisim tubuh dan indeks kecergasan kardiovaskular
dikalangan guru-guru pelatih Institut Perguruan
4. Untuk melihat sejauh manakah terdapatnya hubungan indeks jisim tubuh dengan
indeks kecergasan kardiovaskular dikalangan guru pelatih lelaki dan perempuan di
Institut Perguruan
5. Untuk melihat sejauh manakah terdapatnya perbezaan indeks jisim tubuh dengan
indeks kecergasan kardiovaskular antara guru pelatih lelaki dan perempuan di
Institut Perguruan
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan tujuan di atas,kajian ini memberikan tumpuan kepada persoalan-persoalan
berikut :
1) Apakah tahap indeks jisim tubuh dan indeks kecergasan fizikal guru-guru pelatih
lelaki dan perempuan Institut Perguruan ?
2) Bagaimanakah tahap kesedaran melakukan aktiviti fizikal di kalangan guru-guru
pelatih lelaki dan perempuan Institut Perguruan ?
3) Sejauh manakah terdapatnya hubungan antara kesedaran melakukan aktiviti fizikal
dengan indeks jisim tubuh dan indeks kecergasan kardiovaskular dikalangan guru-
guru pelatih Institut Perguruan ?
4) Sejauh manakah terdapatnya hubungan indeks jisim tubuh dengan indeks
kecergasan kardiovaskular dikalangan guru pelatih lelaki dan perempuan di Institut
Perguruan ?
5) Sejauh manakah terdapatnya perbezaan indeks jisim tubuh dengan indeks
kecergasan kardiovaskular antara guru pelatih lelaki dan perempuan di Institut
Perguruan?
1.5 Kepentingan kajian
Kajian ini dapat memberikan sesuatu yang manfaat terutamanya ke pada bakal-bakal guru
yang akan keluar mengajar ke sekolah. Kajian ini memberi sumbangan pengetahuan dan
kefahaman tentang kepentingan mengekalkan berat badan unggul dikalangan guru-guru
pelatih institut perguruan. Mereka dapat mengetahui kategori berat badan mereka dan
mengetahui tahap kecergasan kardiovaskular mereka melalui ujian yang dilakukan.
Dengan mengekalkan berat yang ideal, secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap
kecergasan kardiovaskular mereka. Pengetahuan dan dapatan ujian boleh disampaikan
kepada murid-murid di sekolah untuk dijadikan amalan. Kajian ini juga penting bagi
memberi kesedaran bahawa dengan meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular, boleh
meminimumkan risiko mendapat penyakit hipokinetik. Oleh itu guru-guru yang
berpengetahuan tentang Indeks Jisim Tubuh dan Indeks Kecergasan Kardiovaskular boleh
memberikan galakan dan dorongan supaya senantiasa mengekalkan kecergasan serta
mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar - pelajar sekolah.
Selain daripada itu kajian ini dapat menimbulkan minat kepada pengkaji lain untuk
membuat kajian selanjtnya secara komprehensif yang berkaitan dengan Indeks Jisim
Tubuh dan Indeks Kecergasan Kardiovaskular dari pelbagai persektif contoh hubungan
kesedaran melakukan aktiviti fizikal dengan kesejahteraan gaya hidup yang menyeluruh.
Seterusnya kajian ini mendorong pengkaji lain mencari alternatif tentang teknik dan alat
pengukuran yang sedia ada untuk memantapkan bidang kajian ini.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada 60 orang guru pelatih Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala
Lumpur yang sedang mengikuti Ijazah Perguruan . Mereka adalah dikalangan yang
berumur 20 tahun hingga 20 tahun. Seramai 30 orang guru pelatih lelaki dan 30 orang guru
pelatih perempuan yang dipilih secara rawak untuk menjalani ujian ini. Pelajar juga dipilih
secara rawak dari semua kaum dan semester pengajian.
Mengenai ujian yang dibuat, kajian lampau menegsahkan bahawa ujian menapak
Havard adalah instrumen pengukuran yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi untuk mengukur kecergasan kardiovaskular (Johnson dan Nelson, 1986)
(Ward, Ebbeling dan Ahlquist, 1995). Namun demikian kesahan dan kebolehpercayaan
ujian boleh diragui jika para penguji kurang cekap atau kurang mahir dalam melakukan
ujian tersebut.
Faktor persekitaran dan psikologi seperti ketidakstabilan emosi, kesihatan dan
ketegangan yang dialami oleh subjek pada masa menjalankan ujian mempengaruhi
keputusan. Keikhlasan dan kejujuran subjek dalam menjawab soalan kaji selidik tidak
dapat dipastikan dengan tepat. Pelbagai pembolehubah seperti latar belakang, sikap,
sahsiah, alatan, motivasi, keikhlasan, kesungguhan dan keyakinan adalah sukar dikawal.
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
1.7.1 Indeks Jisim Tubuh
Satu kaedah pengukuran untuk menentukan kategori berat badan dengan
menggunakan nisbah ukuran berat badan dalam kg. Dengan kuasa ukuran tinggi dalam
meter.
Berat badan (Kg)
Tinggi X Tinggi (M)
1.7.2 Indeks Kecergasan Kardiovaskular
Satu kaedah pengukuran untuk menentukan kecergasan kardiovaskular
menggunakan ujian fitness (Physical Activity) dengan fomula
Masa latihan dalam sesaat X 100
2 X Jumlah pengambilan nadi pemulihan sebanyak 3 kali
1.7.3 Kecergasan Kardiovaskular
Keupayaan sisitem peredaran darah dan sistem respiratori berfungsi pada kapasiti
optimum berterusan selama 5 minit bagi menyempurnakan Ujian Menapak Harvad
1.7.4 Guru Pelatih
Guru pelatih Institut Perguruan berumur 20 tahun hingga 22 tahun yang sedang
mengikuti pengajaian Ijazah Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia
1.7.5 Aktiviti Fizikal
Semua jenis aktiviti termasuk sukan, latihan atau senaman secara formal dan
informal serta aktiviti rekreasi dan pendidikan luar.
1.7.6 Ujian menapak Harvard
IJT =
IKK =
Bateri ujian untuk mengukur kecergasan kardiovaskular yang mengambil kira
denyutan nadi dan kadar pemulihan selepas latihan selama 5 minit.
1.7.7 Kecergasan kardiovaskular
Keupayaan sistem peredaran darah, keupayaan kapasiti aerobik dan sistem
respiratori berfungsi pada kapasiti optimum berterusan selama 5 minit bagi
menyempurnakan Ujian Menapak Havard
1.7.8 Tahap kecergasan kardiovaskular
Klasifikasi tahap keupayaan kapasiti aerobik mengikut norma Indeks kecergasan
fizikal Ujian Menapak Havard. ” Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang
berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai yang dipercayai memberi
individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik ( kekurangan pergerakan )
seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan
untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding
dalam aktiviti untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa,
kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya” ( Falls, 1980)
1.7.9 Obesiti
Menurut, The Columbia Encylopedia, (1993), obesiti boleh didefinasikan sebagai
satu keadaan yang menyebabkan penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan.
Encylopedia Britanica, (1998), pula mendefinasikan obesiti sebagai pengumpulan lemak
yang berlebihan yang disebabkan oleh pengambilan kalori yang berlebihan itu di simpan
di dalam badan dalam bentuk lemak. Berdasarkan definasi di atas, maka obesiti dalam
kajian ini merupakan keadaan seseorang yang mempunyai peratus lemak badan yang
berlebihan atau melebihi tahap normal.
1.7.10 Berat Badan Ideal
Kategori berat badan yang unggul iaitu dalam lingkungan BMI 21 – 25 pada norma
BMI, sumber rujukan diperolehi Wellness 4th Edition
BAB 2
2.1 TINJAUAN LITERATUR
Pendahuluan
Bagi menjelaskan dan mendalami maksud serta mengukuhkan hujah tentang masalah yang
dikaji , beberapa literatur yang berkaitan dikemukakan kerana ia dapat memberikan satu
asas yang kukuh dalam menginterprestasi kajian ini secara terperinci. Dengan tinjauan
literatur ini dapatlah diteliti masalah yang dikaji daripada beberapa perspektif yang
berlainan supaya gambran yang menyeluruh dan konsisten bersesuaian dengan tujuan dan
objektif dapat diperolehi.
Menurut Majid (2000), beberapa peranan boleh dimainkan oleh karya-karya yang
berkaitan di dalam sesuatu penyelidikan. Pengetahuan yang didapati dari karya-karya
berkaitan membolehkan penyelidik menjelas dan menerangkan latar belakang sesuatu
masalah. Penyelidik boleh mengenal pasti sejauh mana sesuatu bidang di mana masalah
yang wujud telah dikaji.
Obesiti, adalah satu simptom bukannya jenis penyakit. Ia boleh dikatakan satu
keadaan lemak badan seseorang itu melebihi daripada keadaan normal. Bagi golongan
lelaki petunjuk bagi keadaan obesiti ialah apabila kandungan lemak berjumlah 20 peratus
atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Bagi golongan wanita pula, obesiti terjadi
apabila lemak badan berjumlah 30 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badan.
Wanita memerlukan sedikit lemak badan berbanding lelaki, Bagi wanita, peratus
lemak badan yang tinggi daripada lelaki adalah untuk menyeimbangkan dengan kadar
metabolisme asas yang lebih rendah. Wanita juga memerlukan kurang kalori berbanding
lelaki. Purata kadar lemak badan yang normal bagi seseorang lelaki ialah kira-kira 12
hingga 15 peratus sahaja. Manakala wanita pula ialah kira-kira 22 hingga 25 peratus
sahaja.
Menurut Evans dan Prior (1971) bagi sesetengah negara maju seperti Amerika
Syarikat dan Australia obesiti merupakan masalah kesihatan yang utama. Di Amerika
Syarikat 55 peratus dari jumlah penduduknya adalah obes. Negara-negara seperti Russia,
Jerman dan Britain juga majoriti rakyatnya adalah obes. Laporan Jurnal Pesatuan
Kesihatan Amerika (dalam Andrew 1998) menerangkan bahawa masalah obesiti
menyerang dengan kadar nisbah 1 untuk 5 orang dewasa dan ia membunuh kira-kira
300,000 orang dalam setahun. Menurut sumber tersebut itu lagi, di kalangan murid-murid
sekolah kajian menunjukkan peeratusan obesiti ini senantiasa meningkat sejak 40 tahun
lepas. Obesiti di kalangan kanak-kanak menjadi semakin ketara sejak akhir-akhir ini.
Situasi yang serius ini diiringi dengan kadar peningkatan yang sama dengan penyakit-
penyakit yang berkaitan dengan obesiti.
2.2 AKTIVITI FIZIKAL SEBAGAI ASAS KESIHATAN
Kesihatan yang optimum membawa kepada kesejahteraan hidup. Kesejahteraan
merangkumi 6 dimensi yang berkait antara satu sama lain. Dimensi-dimensi tersebut
adalah fizikal, sosial, intelektual, emosi, spiritual dan persekitaran pekerjaan.
2.3 KESEJAHTERAAN FIZIKAL
Aktiviti fizikal dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh serta
mencegah penyakit.
2.3.1 Aktiviti fizikal meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup
Menurut kajian, mereka yang melakukan aktiviti fizikal secara tetap dan
berkala adalah lebih sihat dan kurang diserang penyakit dan hidup dengan lebih
sejahtera serta berkualiti berbanding dengan mereka yang tidak aktif dan sedentari.
WHO melaporkan kehidupan yang tidak aktif secara fizikal menyumbang kepada:
1. 1.9 juta kematian di seluruh dunia.
2. 22% ischaemic heart disease
3. 10 - 16% kes kanser payu dara, kanser kolon, kanser rektal dan diabetes.
4. Risiko mendapat penyakit kardiovaskular meningkat 1.5 kali ganda.
5. 80% kejadian penyakit jantung koronori yang berlaku lebih awal adalah berpunca
daripada kombinasi cara hidup tidak aktif secara fizikal, pemakanan tidak sihat dan
merokok.
2.3.2 Aktiviti fizikal menyumbang kepada kecergasan fizikal
Kecergasan bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan
mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisien tanpa berasa letih
atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti riadah serta masih
memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.
Aktiviti fizikal membantu seseorang itu hidup dengan lebih cergas dari segi fizikal
dan mental dan dapat melaksanakan kerja-kerja hariannya sama ada di rumah atau
di tempat kerja dengan lebih sempurna dan bertenaga. Mereka yang melakukan
aktiviti fizikal dengan tetap didapati lebih sihat, cergas dan cerdas. Kita mampu
melibatkan diri sepenuhnya dalam pelbagai jenis aktiviti di tempat kerja. Oleh itu
kehidupan kita lebih berkualiti dan bermakna walaupun umur kita telah meningkat,
selagi kita meneruskan aktiviti fizikal tersebut dengan tetap.
Komponen utama kecergasan yang berlandaskan kesihatan ialah:
1. Daya tahan kardiovaskular
2. Daya tahan otot
3. Kekuatan otot
4. Fleksibiliti
5. Komposisi badan
2.3.3 Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular atau kardiorespiratori melibatkan keupayaan
jantung, sistem pedaran darah dan paru-paru untuk berfungsi dengan lebih efisien
bagi mengedar darah dan oksigen ke seluruh badan semasa aktiviti fizikal
dilakukan dan dikekalkan. Seseorang yang cergas dapat melakukan aktiviti fizikal
untuk beberapa waktu yang lama tanpa mudah berasa letih. Mereka ini memiliki
tenaga atau daya ketahanan yang lebih.
Ujian Daya Tahan kardiovaskular
i) Ujian naik-turun 3 minit (step test)
Ujian ini dijalankan dengan menggunakan kotak setinggi 12 inci. Subjek
akan melangkah naik dan turun kotak mengikut ritma metronome pada kadar 96
detik seminit (dsm) selama 3 minit. Selepas 3 minit, kadar nadi pulih ( recovery
heart rate ) selama 1 minit akan direkod dan dibandingkan dengan jadual standard
bagi menentukan tahap daya tahan kardiovaskular.
ii) Ujian jalan kaki 1.6 km
Subjek akan berjalan secepat mungkin sejauh 1.6 km (4 pusingan trek
balapan). Tempoh masa berjalan direkod dan dibandingkan dengan jadual standard.
iii) Ujian larian 2.4 km
Subjek akan berlari secepat mungkin sejauh 2.4 km (6 pusingan trek
balapan). Tempoh masa berlari direkod dan dibandingkan dengan jadual standard.
iv) Ujian YMCA sub-max cycle ergometer
Ujian YMCA ini digunakan untuk menganggar VO2 max dengan
menggunakan kadar nadi pada beberapa tahap kerja submaksimum dan
dipanjangkan kepada kadar nadi maksimum yang dianggarkan bagi subjek.
Protokol YMCA melibatkan senaman berterusan bagi dua hingga empat peringkat
(3 minit setiap peringkat). Ujian ini direka bentuk untuk meningkatkan kadar nadi
steady state di antara 110 dsm dengan 85% daripada kadar nadi maksimum bagi
sekurang-kurangnya dua peringkat. Kadar-kadar ini akan digunakan untuk
menganggar VO2 max dan seterusnya dibandingkan dengan jadual standard.
2.3.4 Daya tahan otot
Daya tahan otot adalah keupayaan otot atau sekumpulan otot tulang
melakukan pergerakan atau pengecutan untuk beberapa waktu yang lama atau
ulangan yang tinggi. Ia membantu individu untuk melakukan segala pergerakan
dengan lebih efisien dan mudah. Hal ini bermakna seseorang itu dapat memegang
sesuatu yang berat lebih lama dan mengulang gerakan ini berkali-kali tanpa berasa
letih. Latihan kekuatan adalah satu latihan yang baik untuk menambah daya tahan
dan kekuatan otot.
2.3.5 Kekuatan otot
Kekuatan otot merujuk kuasa atau tenaga maksima yang dapat dijanakan
oleh sesuatu atau sekumpulan otot rangka. Kekuatan dan daya tahan otot saling
berkaitan antara satu sama lain. Peningkatan salah satu daripada komponen ini
akan mempengaruhi komponen yang lain. Senaman kekuatan seperti bangun tubi
dan tekan tubi adalah baik untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.
Kekuatan otot diukur berdasarkan jumlah daya yang dikeluarkan untuk menentang
rintangan, seperti mengangkat kotak yang berat.
Ujian daya tahan dan kekuatan otot
i) Bangun tubi beritma 1 minit
Subjek baring dengan lutut dibengkokkan 90 darjah. Jari menyentuhi
garisan pertama dan bersedia untuk melakukan ujian. Metronome diset pada 50
dsm dan subjek akan melakukan bangun tubi beritma dengan menggelongsorkan
jari ke garisan kedua yang berjarak 10 cm. Ujian ini akan dijalankan selama 1 minit
atau sehingga subjek tidak dapat mengikuti ritma yang ditentukan. Bilangan
bangun tubi akan dibandingkan dengan jadual standard.
ii) Tekan tubi
a. Tekan tubi ( lelaki )
Ujian tekan tubi bagi lelaki dalam posisi standard dengan tangan
diletakkan selebar bahu, belakang lurus, dengan jari-jari kaki sebagai pasak
(pivot). Tekan tubi dilakukan seberapa banyak sehingga subjek kelesuan.
Bilangan tekan tubi akan dibandingkan dengan jadual standard.
b. Tekan tubi yang diubah suai (wanita)
Ujian tekan tubi bagi perempuan sama seperti lelaki tetapi pasak
(pivot) adalah pada bahagian lutut.
2.3.6 Fleksibiliti
Fleksibiliti membolehkan pergerakan anggota badan dengan bebas. Ia
menentukan fleksibiliti otot, tendon, sendi dan ligamen yang terpaut pada tulang.
Senaman regangan adalah salah satu daripada latihan yang baik untuk
meningkatkan fleksibiliti. Seseorang yang cergas dapat menggerakkan sendinya
dengan bebas semasa berkerja atau bersukan.
Ujian Fleksibiliti
i) Duduk dan jangkau
Ujian ini memerlukan kotak pengukur fleksibiliti. Subjek duduk dengan
melunjur kaki rapat pada kotak tanpa membengkokkan lutut. Subjek akan
menjangkau sejauh mungkin dan skor akan direkodkan. Jarak jangkauan akan
dibandingkan dengan jadual standard.
2.3.7 Komposisi badan
Setiap orang harus memiliki sejumlah lemak badan untuk kesihatan yang
baik. Lemak ini dikenali sebagai ‘lemak penting’ dan diperlukan sebagai sumber
tenaga yang tersimpan untuk tujuan pengawalan suhu badan, penyerapan gegaran
dan pengawalan nutrien penting dalam badan. Kandungan lemak yang unggul
untuk kesihatan yang baik bagi lelaki ialah antara 8 - 12 % dan wanita ialah antara
18 - 22%. Peratusan lemak ideal akan menentukan berat badan idaman seseorang
dan jumlah lemak yang perlu dikurangkan untuk mencapai berat badan ideal.
Mereka yang melebihi jumlah kandungan lemak yang dinyatakan dianggap
mempunyai lemak berlebihan atau gemuk. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya
ketidakseimbangan antara pengambilan dan pengeluaran kalori. Cara yang baik
untuk menentukan kedudukan berat badan sebenar ialah dengan menggunakan
formula Indek Jisim Tubuh atau IJT. Ini akan menentukan sama ada seseorang itu
berlebihan berat badan, gemuk atau tidak.
Ujian Komposisi Badan
i) Ujian lipatan kulit
Ujian lipatan kulit dijalankan untuk menentukan peratusan lemak badan.
Beberapa bahagian badan akan diukur ketebalan lipatan kulit dengan angkup
kaliper. Jumlah ukuran lipatan kulit akan dimasukkan ke dalam formula yang akan
menganggarkan jumlah peratusan lemak. Jumlah peratusan lemak akan dirujuk
dengan jadual standard.
ii) Indeks Jisim Tubuh ( IJT )
Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah cara paling mudah untuk menganggarkan
kadar berat badan relatif kepada ketinggian. IJT diukur dengan menggunakan
formula berikut:
Berat badan (Kg)
Tinggi X Tinggi (M)
IJT =
Kajian menunjukkan (Dokumen WHO, 2003), aktiviti fizikal yang dilakukan secara tetap
dapat:
1) Mengurangkan risiko mati awal.
2) Mengurangkan risiko mati akibat penyakit jantung atau strok, yang kedua-duanya
menyumbang kepada 1/3 jumlah semua kematian di dunia.
3) Mengurangkan risiko terjadinya penyakit jantung, kanser kolon dan diabetes jenis
II. Aktiviti fizikal mengurangkan tekanan darah dan lemak tubuh serta memulihkan
metabolisma. Manakala kejadian kanser dikurangkan dengan kesan prostaglandin
anti oxidan dan hormon.
4) Membantu mencegah atau menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi). Kajian
menunjukkan 1/5 penduduk dewasa dunia mengidap hipertensi.
5) Membantu mengawal berat badan dan mengurangkan risiko menjadi gemuk
(obese).
6) Membantu mengawal dan mencegah osteoporosis dan ini dapat mengurangkan
risiko patah tulang pinggul (hip) di kalangan wanita.
7) Mengurangkan risiko terjadinya sakit belakang.
8) Mengurangkan stres.
Aktiviti fizikal akan meningkatkan High Density Lipoprotein (HDL) atau lemak darah
berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang
dapat memungut kolesterol dan membantu membuangkannya dari badan melalui hati. Ia
dikenali sebagai kolesterol baik.
Aktiviti fizikal membantu mengurangkan lemak dan berat badan. Apabila melakukan
aktiviti fizikal, lemak di dalam badan digunakan untuk menghasilkan tenaga dan secara
langsung akan mengurangkan berat badan. Aktiviti fizikal mengurangkan kadar gula
dalam darah. Apabila bersenam gula akan digunakan dalam bentuk tenaga dan secara
langsung mengurangkan paras gula dalam darah. Aktiviti fizikal juga membantu untuk
menguatkan tulang. Aktiviti seperti berjoging dan berjalan pantas dapat menambah
kepadatan tulang dan boleh mencegah atau melewatkan penyakit osteoporosis. Penyakit
osteoporosis ialah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan tulang menjadi reput dan
mudah patah. Penyakit ini sering berlaku dikalangan wanita yang putus haid dan tidak
aktif secara fizikal.
Anda boleh memilih untuk melakukan apa juga bentuk aktiviti fizikal, yang penting
anda perlu memastikan aktiviti fizikal berintensiti sederhana dilakukan secara kumulatif
selama 30 minit setiap hari, pada kebanyakan hari dalam seminggu. Aktiviti fizikal perlu
dilakukan sebagai satu tabiat harian. Bagi mereka yang sedang mengamalkan aktiviti
fizikal berintensiti sederhana, mereka hendaklah cuba meningkatkan intensiti atau tempoh
masa aktiviti bagi mencapai lebih banyak faedah kesihatan. Manakala bagi mereka yang
mengamalkan aktiviti berintensiti lasak, hendaklah meneruskan amalan ini.
Secara umumnya, mengekalkan amalan harian aktiviti fizikal berintensiti sederhana
sepanjang hayat adalah lebih bermanfaat berbanding senaman yang dilakukan sekali
sekala. Misalnya, amalan menaiki tiga tingkat tangga bangunan setiap hari memberikan
lebih impak ke atas kesihatan berbanding melakukan aktiviti aerobik secara tidak berkala.
2.4 LITERATUR BERKAITAN PROSES PEMBALIKAN DAN OBESITI
2.4.1 Isu Genetik
Menurut Mayer (1953), bukan semua kanak-kanak yang makan makanan kurang
berzat, menonton televisyen untuk beberapa jam serta mereka yang tidak aktif boleh
menghidap masalah obesiti. Roberts, Savage, Coward, Chew & Lucas 1988, ( dalam Lucia
Barbosa dan Larry Fisher) menjelaskan ada juga sebab lain yang mempengaruhi penyakit
ini. Keturunan juga telah dibuktikan mempengaruhi obesiti. Pengagihan kadar lemak yang
tidak seimbang dalam badab dan makan terlalu banyak adalah juga faktor pendorong. Bayi
yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang obes didapati kurang aktif dan membesar dengan kadar
lebih cepat dalam tempoh tiga bulan jika dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan pada
seseorang ibu normal.
Menurut Silverstone (1970), sekumpulan ahlim pengkaji Denmark dan Amerika
Syarikat yang diketuai oleh Dr. Albert J.Stunkard dari university Pennsylvania telah
membuat satu kajian yang terperinci tentang isu genetik. Mereka telah mengkaji seramai
540 orang dewasa warga Denmark yang dijadikan anak angkat semasa bayi. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa yang asal obes biasanya mempunyai anak yang
obes. Manakala ibu bapa yang kurus dari segi biologikal biasanya mempunyai anak yang
kurus. Selain daripada itu, dapatan ini juga menunjukkan bahawa ada kolerasi antara berat
anak angkat dan ibu bapa anak angkat mereka. Atas hakikat inilah, kajian ini menegaskan
bahawa faktor keturunan merupakan faktor utama yang mempengaruhi saiz badan
seseorang.
2.4.2 Teori Sel Lemak (Fat Cell Theory)
Mengikut Andrew 1999, ( dalam Jack H. Wilmore) sesetengah orang menjadi
gemuk kerana badan mereka mempunyai penangguhan sel lemak. Sel lemak dibina dalam
badan sejak dalam kandungan lagi dan ia menjadi aktif semasa tahap remaja dan dewasa
yang mana tahap ini merupakan satu tahap dimana manusia mengambil makanan dengan
kerap atau dalam kuantiti yang tinggi dalam riwayat hidupnya. Ahli sains yang
mempertahankan teori ini menegaskan, walaupun sel lemak menguncup semasa usaha
pengurangan berat badan, namun jumlah sel lemak tetap kekal dalam badan manusia.
Kajian makmal oleh Parsonage (1974), menunjukkan bahawa seekor bayi Baboon
yang disusukan dengan lebih kerap telah menjadi gemuk semasa peringkat dewasa.
Dapatan seterusnya mendapati bahawa kecenderungan yang sama berlaku pada manusia.
Teori ini percaya bahawa sel-sel lemak menarik zat dari darah dan ia disimpan dalam
bentuk lemak. Lebih banyak sel-sel lemak yang dimiliki seseorang, maka lebih banyak
aktiviti penyimpanan lemak berlaku. Sel-sel lemak boleh menyebabkan seseorang itu
lapar. Ini kerana apabila sel-sel lemak menarik zat-zat dari darah, maka mesej dihantar ke
otak menandakan bahawa tahap zat telah turun. Ini mungkin menyebabkan peningkatan
rasa selera seseorang.
Teori ini menjadi terkenal pada tahun-tahun 1970-an. Tetapi kemudiannya ia
menerima kritikan. Ini kerana tiada bukti yang positif menunjukkan bahawa lebihan
pengambilan bahan makanan semasa usia kanak-kanak akan membawa kepada sebilangan
besar pembentukan sel-sel lemak. Walau bagaimanapun, teori ini masih dikaji untuk
menunjukkan kebenarannya
2.5 KECERGASAN FIZIKAL DAN INDEKS KECERGASAN FIZIKAL
Program penilaian kecergasan fizikal ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani. Guru perlu merancang pengajaran yang meliputi tajuk kecergasan.
Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Begitu juga murid di sekolah.
Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian
tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang terancang perlu
dilaksanakan dengan sempurna. Negara sentiasa memerlukan rakyat yang sihat dan cergas.
Oleh itu, murid perlu diberi perhatian serius tentang tahap kecergasan mereka. Kepekaan
dan kecergasan akan dapat memberi sumbangan kepada peningkatan produktiviti negara.
Kecergasan fizikal adalah punca kepada seseorang nampak lebih aktif, ceria dan
lebih sihat. Walau bagaimanapun kecergasan menyeluruh adalah lebih ideal walaupun
sukar untuk dipenuhi. Menururt Fox dan Mathews (1981), Kecergasan fizikal adalah
kebolehan untuk menyaingi kehidupan dan dapat memberi sumbangan dengan sempurna
dalam kehidupan seharian. Kecergasan menyeluruh melibatkan kesihatan fisiologi,
psikologi dan sosialogi serta emosi. Semua ini ditentukan oleh faktor-faktor seperti
genetik, umur, jantina, persekitaran, tingkah laku dan kehidupan seseorang itu. Oleh itu
tahap kecergasan fizikal tidak sama di antara tiap-tiap individu kerana ia terpulang kepada
cara dan gaya mereka mengamalkan kehidupan seharian.
Liu, Plowman dan Looney (1992), telah menguji kebolehpercayaan dan kesahan
ujian Bleep ke atas kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun di Amerika Syarikat. Mereka
mendapati ujian tersebut mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu ( r = 0.91).
Oleh itu, ujian ini boleh digunakan sebagai satu ujian alternatif kepada ujian yang selalu
digunakan seperti larian kilometer dan Ujian Menapak Harvard serta ujian lain yang
melibatkan pengukuran daya tahan kardiovaskular. Ujian ini juga tidak memerlukan
kawasan luas seperti padang atau trek.
Menurut Corbin dan Lindsey (1989) pula, kecergasan fizikal dikategorikan kepada
dua bahagian iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal
berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan meliputi lima
komponen iaitu daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan. Kecergasan
fizikal berlandaskan perlakuan motor pula merangkumi enam komponen termasuklah
ketangkasan, imbangan, kordinasi, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan. Untuk
memperolehi kecergasan sepenuhnya seseorang itu harus menguasai kedua-dua komponen
supaya aspek kesihatan dan aspek lakuan berjalan seiring. Dengan menguasai kedua-dua
aspek ini seseorang itu mempunyai kelebihan dalam semua aktiviti fizikal yang
dilakukannya.
Satu kajian telah dijalankan oleh Smith dan Thomas (1991) ke atas komponen
fisiologi yang dianggap penting dalam prestasi pemain yang terpilih di peringkat
kebangsaan. Data yang diperoleh dari ujian treadmill, anthropometri, larian pecut serta
tugas lain melambangkan kualiti yang diperlukan oleh atlit elit. Dapatan kajian juga
menunjukan bahawa atlit yang dikaji adalah secara umumnya lebih tinggi dan lebih berat
serta mempunyai keupayaan aerobik maksimum yang lebih tinggi jika dibandingkan
dengan atlit pada tujuh atau sepuluh tahun yang lepas. Data yang diperolehi juga boleh
digunakan bagi mengenalpasti tahap atau piawai yang disasarkan untuk membuat
pemilihan pemain yang berpotensi.
Sidhu dan Grewal (1984) telah menjalankan kajian untuk melihat kesan latihan ke
atas sistem kardiovaskular pemain hoki kebangsaan wanita India telah mendapati bahawa
peningkatan kadar denyut nadi adalah akibat latihan dan juga posisi pemain dalam
permainan atau pasukan tersebut. Akibat latihan yang berat, pemain bahagian penyerang
dan tengah menunjukkan peningkatan yang maksimum serta kadar pemulihan degup
jantung yang maksimum jika dibandingkan dengan pemain posisi lain. Program latihan
telah memberi impak ke atas berat badan dengan perubahan pada nilai peratusan lemak
badan. Manakala kadar nadi rehat dan kadar nadi maksimum selepas menjalani latihan
turut berubah dan kadar nadi pemulihan juga menunjukkan tahap pemulihan yang cepat
dan baik ke atas kecergasan kardiovaskular pemain-pemain tersebut.
Fox, Bowers dan Foss (1990), pula menyatakan keupayaan kecergasan
kardiovaskular atlet adalah bergantung kepada kombinasi keberkesanan saluran darah,
jantung dan paru-paru untuk membekalkan oksigen kepada sel-sel otot semasa melakukan
aktiviti untuk jangkasmasa yang panjang. Aktiviti yang berat dan jangkamasa panjang
memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang cekap dan berdaya tahan kerana
situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengeluaran darah yang
kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menyempurnakan aktiviti tersebut. Ini
menjelaskan keupayaan kecergasan kardiovaskular banyak bergantung kepada kecekapan
fungsi jantung dan paru-paru . Ini boleh diperolehi dengan latihan yang bersistematik dan
berterusan.
Tafsiran oleh Bouchard dan Shepperd (1998) mengenai kecergasan fizikal adalah
pergerakan badan yang tersusun, berstruktur dan dilakukan berulang kali bertujuan untuk
memperbaiki atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan. Ianya sangat
berkaitan rapat dengan senaman dan meningkatkan keupayaan aktiviti fizikal serta
kecergasan setiap hari. Untuk mendapatkan kecergasan fizikal yang baik dan dapat
dikekalkan ianya mestilah dilaksanakan berterusan dan berulang-ulang. Berdasarkan
kenyataan tersebut, jelas bahawa kebanyakan aktiviti fizikal berupaya meningkatkan tahap
kecergaan jika dilakukan secara berterusan.
Kecergasan fizikal juga mengambarkan tentang kecergaan kardiovaskular kerana
tahap kecergasan kardiovaskular boleh mengambarkan kesihatan tubuh badan. Daya tahan
kardiovaskular yang tergolong dalam kecergasan berlandaskan kesihatan menitik beratkan
keupayaan aerobik iaitu kebolehan sistem kardiovaskular mengalirkan darah yang
beroksigen keseluruhan tubuh badan secara efisyen. Tahap keupayaan kecergasan
kardiovaskular individu akan memberi kesan kepada kecekapan sistem fisiologi tubuh
manusia mengadaptasi dan menghasilkan bekalan tenaga untuk pengungcupan otot-otot
secara berterusan dalam jangkamasa yang lama supaya sesuatu aktiviti fizikal dapat
disempurnakan dengan baik dan cekap ( Corbin dan Lindsey, 1995).
Jika seseorang itu senantiasa mengamalkan kecergasan fizikal secara berterusan, ia
akan memeberi kesan yang positif terhadap keupayaan kardiovaskular. Peningkatan
kecergasan kardiovaskular membawa kepada perubahan fisiologi tubuh yang tertentu
termasuk penurunan tekanan darah sistolik, diastolik dan kadar nadi rehat. Perubahan
fisiologi tersebut adalah berpunca dari peredaran darah yang lebih cekap akibat kelancaran
peredaran darah di bahagian ateri koronori jantung, peningkatan dalam keupayaan paru-
paru untuk berfungsi ke tahap optimum dan pembekalan oksigen yang mencukupi secara
berterusan untuk melambatkan proses kelesuan ( Wilmore dan Costill 1995)
Terdapat beberapa kaedah ujian untuk menguji tahap keupayaan kardiovaskular.
Kaedah-kaedah ujian seperti Ujian Larian Cooper, Havard Step Test, Treadmill dan ujian
bicycle ergometer sering digunakan pada masa kini dan ia dapat menentukan tahap
kecergasan kardiovaskular seseorang individu ( Howley dan Franks 1992 ). Ujian-ujian
tersebut juga telah digunakan untuk menilai tahap kecergasan seseorang berdasarkan cara
dan kaedah tersendiri dan lebih berfokuskan kepada daya tahan kardiovaskular dan
kapasiti sistem aerobik.
Untuk mengenal pasti tahap kecergasan seseorang itu sama ada cergas atau tidak,
Ujian Indeks Kecergasan Kardiovaskular boleh dijalankan ke atasnya. Indeks Kecergasan
Kardiovaskular ( IKK ) adalah satu kaedah pengukuran kecergasan kardiovaskular dengan
menggunakan nisbah jangkamasa aktiviti dengan jumlah bilangan denyutan nadi semasa
pemulihan. Indeks ini diperkenalkan oleh Brouha, Graybiel dan Health pada tahun 1943
dalam ujian menapak Havard. Ujian menapak Havard ini bertujuan untuk mengukur
kecergasan kardiovaskular dan keupayaan pemulihan selepas menjalani latihan. Dalam
kajian yang dijalankan oleh Brouha, Graybiel dan Health (1943 ) mereka menggunakan
seramai 200 orang pelajar kolej untuk di uji bagi mendapat kesahan ujian ini. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa skor Indeks Kecergasan Kardiovaskular (IKK) atlet
adalah lebih tinggi daripada Indeks Kecergasan Kaediovaskular (IKK) bukan atlet. Skor
Indeks Kecergasan Kardiovaskular akan meningkat semasa latihan dan menurun selepas
latihan. Kesahan ujian ini telah disokong oleh Taddonia dan Karpovich (1951).
Data daripada National Children and Youth Fitness Study 1 (NCYFS 1) ke atas
kanak-kanak gred 5 hingga 12 ( Mc Grinnis, 1985) dan data daripada National Children
and Young Study II (NCYFS II) ke atas kanak-kanak gred 1 hingga 4 ( Mc Grinnis, 1987 )
menunjukkan 66% kanak-kanak dan remaja Carolina di Amerika adalah tidak aktif secara
fizikal dan hanya 36% kanak-kanak gred 1 hingga 12 melibatkan diri secara aktif dalam
kelas pendidikan jasmani setiap hari. Hasil kajian ini mencerminkan bahawa tahap
kecergasan fizikal kanak-kanak dan remaja Amerika masih ditahap yang rendah ( petikan
Davis 1994). Masih ramai kanak-kanak dan remaja tidak melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti fizikal dan pendidikan jasmani. Ini mungkin disebabkan kurangnya
kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan yang kian membesar.
Berdasarkan dapatan kajian tersebut, jelas bahawa seseorang yang aktif menjalankan
aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap kecergasan fizikalnya.
Oleh itu beberapa ujian bagi mengukur kecergasan kardiovaskular telah direka
cipta. Merujuk kepada sejarah lepas iaitu pada tahun 1881, seorang pakar fisiologi Angelo
Mosso, telah menjalankan kajian bagi mencari perkaitan antara keadaaan fizikal dan
kecergasan kardiovaskular seseorang individu. Beliau telah menguji kesan latihan otot
dengan menggunakan ergometer dan menggunakan hipotesis bahawa keberkesanan otot
melakukan aktiviti adalah bergantung kepada kecekapan sistem peredaran darah dalam
tubuh badan. Menurur pendapat Wyndham (1965), Prestasi seseorang dalam sesuatu
aktiviti itu bergantung kepada tahap kecergasanya. Keupayaan kecergaan kardiovaskular
dikenali sebagai keupayaan aerobik. Tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi dapat
memberi sumbangan positif dan bermakna kepada kejayaannya dan kecemerlangan dalam
sukan yang di ceburinya. Tanpa mempunyai tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi
sudah tentu keupayaan mengatasi persaingan dalam pertandingan akan bertambah rumit
dan terganggu. Selain daripada itu juga aplikasi teknik kemahiran dan strategi akan
bertambah rumit dan sukar disempurnakan.
2.6 OBESITI DAN INDEKS JISIM TUBUH
Satu perkara yang mungkin terjadi pada seseorang yang tidak bergiat aktif adalah obes
atau gemuk. Obes terjadi disebabkan lemak dalam badan semakin bertambah. Obesiti
didefinasikan sebagai satu keadaan apabila terdapat lemak yang berlebihan dalam badan.
Mengikut beberapa dapatan daripada pengkaji lepas, obesiti mempunyai hubungan yang
signifikan dengan masalah kesihatan. Ini dijelaskan oleh Burton, (1985) dan Bray (1987)
dalam kajiannya yang mendapati mereka yang mempunyai lebihan berat badan lebih ramai
yang terlibat dengan pelbagai jenis penyakit. Dengan dapatan itu mereka merumuskan
bahawa jika terdapat lemak berlebihan dalam badan boleh menyebabkan kemungkinan
mengidap pelbagai masalah kesihatan.
Menurut Khor dan Gan (1992), Berdasarkan “Food balance sheet” dari tahun
1964 hingga tahun 1986 dan dari tahun 1986 hingga tahun 1988 menunjukan bahawa
penduduk Malaysia mengambil 21% lebih kalori per kapita berbanding dua dekat lepas
dan peningkatan ini merupakan peningkatan lebih kalori daripada sumber gula, produk-
produk haiwan, minyak dan lemak dan penurunan dalam pengambilan bijirin, buah-
buahan dan sayur-sayuran. Ini mungkin disebabkan pengeluaran produk gula dann haiwan
sudah meningkat dan mudah diperolehi dengan banyak dengan harga yang murah. Selain
daripada itu produk sampingan seperti makanan segera daripada sumber haiwan lebih
banyak dan mudah diperolehi.
Masalah obes atau berat badan berlebihan sering dikaitkan juga dengan
pengambilan makanan secara berlebihan sering dikaitkan juga dengan pengambilan
makanan secara berlebihan. Kebelakangan ini masalah lebihan berat badan turut menjadi
masalah kesihatan yang utama di Malaysia seperti yang dijelaskan oleh Fatimah dan
Romzi (1996). Pravalens lebihan berat badan semakin meningkat dikalangan masyarakat
Malaysia hari ini sama ada dikalangan kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Hal ini
disebabkan oleh peningkatan taraf sosio ekonomi masyarakat yang mengakibatkan
perubahan pesat kepada gaya hidup yang menyumbang kepada pengambilan makanan
yang berlebihan sama ada dari segi kuantiti atau kualiti. Jelas disini bahawa sumber
makanan yang mudah diperolehi kerana taraf pendapatan meningkat memungkinkan
individu makan dengan lebih tanpa mengikut waktu yang sesuai dan mengamalkan habit
makan secara tidak seimbang. Ini pula disertai dengan keadaan yang tidak aktif dan kurang
menjalankan aktiviti fizikal.
Kajian daripada World Health Organization ( WHO 1995) mendapati punca utama
kemerosotan kesihatan dan risiko kematian adalah kehidupan individu yang tidak aktif dan
risiko kematian adalah kehidupan individu yang tidak aktif atau sedentari, manakala
Marcus (1996) menganggarkan majoriti penduduk masih memilih untuk hidup secara
sedentari kerana dapatan kajiannya menunjukkan lebih 70% subjek mengamalkan gaya
hidup sedentari. Ini mungkin disebab tidak adanya kesedaran tentang kepentingan
memelihara kesihatan dengan cara mengamalkan aktiviti fizikal. Jika seseorang
mengamalkan aktiviti fizikal, ia akan memperolehi kesihatan yang baik bagi tubuh badan.
Dengan mengamalkan aktivti fizikal juga penurunan berat badan akan berlaku di samping
mengurangkan risiko untuk mendapatkan pelbagai jenis penyakit. Jelas bahawa dengan
keadaan tubuh yang tidak berlebihan lemak atau obes akan memberikan pergerakan yang
bebas, aktif dan membawa kepada kesihatan yang optimum.
Seseorang boleh mengetahui tahap kandungan lemak dalam badannya dengan
mengira dan mengetahui Indeks Jisim bandannya. Melalui beberapa kajian yang lepas,
didapati tahap obesiti dan kategori kandungan lemak dalam badan seseorang boleh diukur
menggunakan Ujian Pengukuran Indeks Jisim Badan (IJB) atau Body Mass Index (BMI).
IJB adalah satu kaedah pengukuran berhubung dengan masalah kesihatan yang berkaitan
dengan kuantiti lemak dalam badan. Pengukuran indeks ini penting kerana ia boleh
menjelaskan kategori indeks badan yang dimiliki oleh seseorang dan ia boleh memberi
kesedaran terhadap jumlah kandungan lemak dalam badannya. Ukuran IJB dikira dengan
menggunakan nisbah ukuran berat badan dengan kuasa dua ukuran tinggi seperti yang
dijelaskan oleh Wardn Abbelling dan Ahquist.
Berdasarkan kepada pengukuran indeks-indeks yang dijelaskan, maka tahap IJT
dan IKK seseorang boleh dinilai dengan lebih tepat dan jelas. Tahap kesedaran melakukan
aktiviti fizikal mungkin memainkan peranan besar dalam menentukan tahap kecergasan
dan tahap kandungan lemak dalam badan seseorang. Indeks Jisim Tubuh dianggap sebagai
satu pengukuran untuk mengetahui masalah obesiti disebabkan hubungan rapat dengan
kandungan lemak dalam badan (Johnson dan Nelson, 1986). Dari beberapa laporan dan
dapatan kajian lepas menunjukkan indeks jisim tubuh adalah indeks yang sesuai digunakan
untuk tujuan membuat perbandingan mengenai tahap kandungan lemak dalam badan
seseorang ( Shetty dan James 1994). Morgan dan Ferro Luzzi (1982), pula menjelaskan
Indeks Jisim Tubuh telah digunakan sebagai indeks ukuran yang mudah untuk
menunjukkan kandungan lemak dalam badan dan simpanan tenaga dalam badan. Mereka
menjelaskan bahawa satu paun tisu lemak mewakili 3000 kalori tenaga. Kajian
perbandingan Indeks Jisim Tubuh dengan jangkaan simpanan lemak dalam badan
menunjukkan bahawa indeks jisim tubuh mempunyai kolerasi yang teguh dengan
kandungan lemak dalam badan.
Meningkatkan keupayaan kecergasan kardiovaskular adalah keutamaan asas bagi
kecergasan dan kesihatan. Di samping itu ia juga penting untuk mengurangkan risiko-
risiko penyakit kardiovaskular. Dengan keupayaan kardiovaskular juga seseorang itu dapat
meningkatkan prestasi pencapaian dalam aktivti sukan. Oleh itu pelajaran pendidikan
jasmani dan program latihan sukan yang dikelolakan oleh guru atau jurulatih perlulah
memberi tumpuan kepada kehendak bagi memenuhi keperluan peningkatan kecergasan
kardiovaskular pelajar atau atlet tersebut. Atlet yang tidak mempunyai tahap kecergaan
kardiovaskular yang tinggi sudah tentu kurang berupaya bertindak dengan cemerlang
dalam situasi pertandingan yang penuh cabaran. Maka dengan itu kecergasan
kardiovaskular adalah aspek yang tidak boleh diabaikan. Perhatian yang teliti dan usaha
yang gigih bagi meningkatkan dan memelihara kecergasan kardiovaskular ke satu tahap
yang boleh menjamin kesejahteraan kesihatan dan untuk kejayaan dalam sukan. Oleh itu
faktor utama untuk mengiatkan seseorang dalam sukan dan senaman mestilah adanya
kesedaran yang baik terhadap penglibatan diri dalam semua aktiviti-aktiviti fizikal
Kesedaran melakukan aktiviti fizikal tersebut termasuklah melibatkan diri dalam sukan,
pendidikan jasmani, aktiviti kecergasan, rekreasi dan pendidikan luar. Dengan mengetahui
Indeks Jisim Tubuh sendiri melalui pengukuran dan indeks kecergaan fizikal melalui
pengukuran dan indeks kecergasan kardiovaskular melalui Ujian Menapak Harvard dan
nadi pemulihan, maka seseorang itu boleh mengenalpasti tahap kecergaannya. Maka
indeks jisim tubuh dan indeks kecergasan kardiovaskular adalah indikator untuk seseorang
menyedari betapa pentingnya aktiviti fizikal dalam kehidupan kini.
2.7 OBESITI DAN RISIKO PENYAKIT
Berhubung dengan masalah obes, ia banyak berpunca daripada tidak mengamalkan gaya
hidup sihat terutama berhubung dengan soal-soal tidak menjalankan aktiviti fizikal,
mengambil pemakanan yang berlebihan dan tidak seimbang. Berbagai risiko penyakit akan
muncul. Donatelle, Snow dan Wilcox (1999), menjelaskan risiko penyakit jantung akan
meningkat sekiranya peratusan lemak dalam badan akan meningkat. Tambah mereka lagi
seseorang yang mempunyai lemak lebihan lemak badan sebanyak 20% sahaja mempunyai
risiko untuk mendapat penyakit jantung sebanyak dua setengah kali ganda lebih daripada
individu yang mempunyai lemak badan yang sederhana.
( Choices For Health and Fitness ) Wellness second edition, merumuskan bahawa
individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes mempunyai risiko yang
tinggi kepada penyakit hipertensi, masalah lipid, diabetes jenis II, penyakit jantung
koronari, strok, penyakit pundi hempedu, osteoarthritis, “ Sleep apnea” dan masalah
respiratori serta beberapa jenis kanser. Ia juga menjelaskan kebanyakan individu
mempunyai berat badan berlebihan dan obes berpunca daripada tidak menjalankan
kehidupan cergas dan aktif dalam aktiviti fizikal.
Aktiviti kecergasan haruslah bermula daripada kanak-kanak dan remaja bagi
memastikan kanak-kanak dan remaja mempunyai tahap kecergasan yang baik. Chatterjee,
Mandal dan Das (1993), telah menguji tahap kecergasan fizikal dan kebolehan motor.
Hasil dapatan daripada kajian tersebut, menunjukkan kecergasan pelajar akan meningkat
dengan umur, iaitu hampir semua ujian skor ujian menunjukkan kolerasi yang positif
dengan umur, ketinggian dan berat badan melainkan dalam ujian lari pecut 60 ela, Harvad
Step dan ujian ketangkasan dimana kolerasinya adalah negatif. Ini menunjukkan semakin
meningkat umur seseorang, maka kecergasan akan meningkat. Walau bagaimana pun jika
peningkatan umur dipenuhi dengan tabiat makan yang kurang baik dan tidak
mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dan senaman, sudah tentu kecergasan seseorang
pada tahap umur yang lebih tinggi akan menjadi rendah.
Satu kajian yang telah dibuat oleh Sjostrom (1992) terhadap hubungan obesiti
dengan peningkatan kes-kes penyakit kardiovaskular dan faktor-faktor yang menyebabkan
risiko kematian, mendapati bahawa indeks jisim tubuh sebanyak 35 kg/m2
atau lebih akan
menyebabkan peningkatan kematian terutama kematian yang disebabkan oleh diabetes dan
penyakit kardiovaskular. Beliau juga menambah, pengurangan berat badan sebanyak 10%
hingga 15% dapat mengurangkan risiko penyakit dan masalah perubatan dikalangan
mereka yang obes. Menikut beliau lagi, pengurangan berat badan sebanyak 10% adalah
bersamaan dengan penurunan risiko penyakit arteri sebanyak 20%. Dengan ini jelas
bahawa obes atau kegemukan dan penambahan kandungan lemak dalam badan
menyebabkan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit hipokinetik
sebaliknya jika seseorang dapat mengurangkan lemak badannya memberikan kelebihan
untuk menghindari risiko penyakit tersebut..
Institut Penyelidikan Jantung Framingham dalam kajian mendapati bahawa
terdapatnya hubungan yang signifikan diantara Indeks Jisim Tubuh dengan tekanan darah,
tahap serum triliserida, kolesterol dan toleransi glukos. Dapatan kajian daripada Institut
Jantung Framingham ini disokong oleh Hubert (1983), dengan mengemukakan dapatan
kajian mereka tentang perkaitan signifikan diantara indeks jisim tubuh yang tinggi dengan
penyakit kardiovaskular. Ini menjelaskan seseorang yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh
yang tinggi akan berisiko tinggi mendapatkan penyakit kardiovaskular.
Menurut American College of Sport Medicine ( ACSM 1991 ), Indeks Jisim Tubuh
yang ideal bagi orang perempuan adalah 21 – 23 kg/m2 dan bagi lelaki pula ialah 22 –
24kg/m2 . Risiko penyakit kardiovaskular akan meningkat sekiranya indeks jisim tubuh
pada orang perempuan melebihi 27.3 kg/m2 dan indeks jisim tubuh bagi lelaki melebihi
27.8 kg/m2. Ini bertepatan dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Fox, Bowers dan Foss
(1989) yang mengatakan lebihan lemak 20% sahaja boleh meningkatkan risiko untuk
penyakit kardiovaskular.
2.8 KESEDARAN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
Berhubung dengan tahap kesedaran yang tinggi dalam melakukan aktiviti fizikal
dan mengamalkan gaya hidup sihat, Corbin dan Pangrazi (1992) Mendapati bahawa
kebanyakan kanak-kanak dan remaja Amerika telah berjaya mencapai tahap kecergasan
berlandaskan kesihatan yang tinggi dan mereka dikatakan mempunyai tahap kecergasan
yang setanding dengan kanak-kanak dan remaja yang sebaya mereka pada 40 tahun lalu.
Ini disebabkan adanya kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup yang sihat dikalangan
kanak-kanak dan remaja kerana mereka giat melakukan aktiviti fizikal secara berterusan.
Harell (1992) dan David (1994) dalam kajian mereka mendapati bahawa
kecergasan fizikal dikalangan kanak-kanak dan remaja di beberapa Daerah Amerika
Syarikat masih rendah. Ini disebabkan mereka tidak aktif secara fizikal dan kurang minat
menceburkan diri dalam banyak aktiviti fizikal dan sukan. Selain daripada itu mereka tidak
mendapat pendidikan dari pelajaran pendidikan jasmani yang secukupnya di sekolah.
Pengetahuan daripada pendidikan di sekolah yang tidak cukup membuatkan kanak-kanak
dan remaja sekolah kurang sedar tentang kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat.
Mengikut perbandingan mengenai tahap kecergasan antara lelaki dan perempuan,
Looney dan Plowman (1990) telah membuat ujian ke atas murid lelaki dan perempuan
berdasarkan kriteria daripada ujian Fitnessgram, iaitu item ujiannya adalah pengukuran
Indeks Jisim Tubuh. Hasilnya murid-murid lelaki telah berjaya mencapai tahap kecergasan
fizikal berdasarkan kriteria-kriteria ujian tersebut. Ini menunjukkan tahap kecergasan
kecergasan murid lelaki lebih tinggi daripada kecergasan murid perempuan.
Jaski dan Bale (1987) melaporkan bahawa bentuk badan boleh mempengaruhi
prestasi ketangkasan seseorang. Hasil kajiannya mendapati subjek-subjek yang
mempunyai bentuk badan endormorf terjadi kerana kurang aktif lebih menunjukkan nilai
prestasi ketangkasan lebih rendah berbanding dengan subjek-subjek yang mempunyai
bentuk badan mesomorf dan ektomorf. Ini bermakna hasil kajian Jaski dan Bale (1987)
memperlihatkan bahawa individu yang mempunyai tubuh badan yang gemuk (endomorf)
tidak boleh bergerak tangkas berbanding individu yang bertubuh sederhana dan kurus (
mesomorf dan ektomorf ). Ini juga menggambarkan dengan jelas bahawa orang yang obes
dan mempunyai kandungan lemak yang banyak dalam badan akan membataskan ruang
dan pergerakan dalam beraktiviti. Walau bagaimanapun kecergasan fizikal juga
mempunyai hubungan yang signifikan dengan umur, ketinggian dan berat badan seseorang
( Fox dan Mathews, 1981; Chatterjee, Mandal dan Das, 1993 )
Kesedaran melakukan aktiviti fizikal berkait rapat dengan prestasi. Prestasi
individu dalam sesuatu aktiviti fizikal adan sukan bergantung kepada tahap kecergasan
kardiovaskularnya. Tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi dapat memberikan
sumbangan yang positif kepada kejaan dan kecemerlangan prestasi individu dalam
pelbagai aktiviti dan juga sukan. Pendapat ini diperjelaskan oleh Wilmore dan Costill
(1994); Corbin dan Lindsey (1994); Prantice (1997). Dengan itu Kesedaran tentang
meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular seharusnya disertai dengan menggiatkan
penyertaan dan amalan dalam aktiviti fizikal dan latihan senaman yang bersistematik dan
berterusan serta mengamalkan gaya dan corak hidup sihat.
2.9 GAYA HIDUP SIHAT PERLU KESEIMBANGAN ROHANI DAN
JASMANI
Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik
dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup
yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup
seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk
memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam
budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam
kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat,
“Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah
pandangan masyarakat kita tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan sekaligus
mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan
hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga
apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi
tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan
menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap
pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh
dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang
bermakna pada masa hadapan.
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu,
sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40
tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita
menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah
pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita
mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah
kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam
menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini
akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit.
Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, emosi, dan sosial perlu dirangkumkan agar
ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara
menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan
tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan
melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal
seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh
merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada
kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan
yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula
mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi
secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan
seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau
mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan
kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabung jalin antara kesemua unsur
itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang
pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati
bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah
kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih
menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya seperti
jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang,
kerosakan paru- paru dan penyakit tulang. Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko
penyakit berbahaya yang tidak berjangkit adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana
didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur-
sayuran dan buah- buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak
menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti
merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika
diteliti hasil kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti
fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit
kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak
menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di
mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya
hidup yang tidak sihat. Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa arus penyakit pada hari
ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat
juga faktor persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut.
Sepatutnya, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan
kesihatan walaupun di usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita seolah-
olah menyimpan bom yang akan meletup bila- bila masa sahaja apabila sampai kepada
tahap kronik. Oleh itu, seharusnya kita berwaspada.
Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi di mana jika dahulu
kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi
hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah kesihatan
disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol,
lebihan gula dan kegemukan. Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah
kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan
mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian
dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak menjaga keseimbangan dalam hidup.
Keseimbangan adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun,
disebabkan kegagalan inilah menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit.
Sepertimana yang termaktub dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana Allah mengingatkan
kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu
sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan
tersebut.
Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak
mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada
tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak
menitikberatkan soal kesihatan rohani. Agama Islam melarang manusia mementingkan diri
sendiri tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan
penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri kita. Oleh itu, sudah sampai masanya
masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan
kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya
hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi
mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh
meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.
BAB 3
METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Dalam hal yang berkaitan metodologi kajian, semua aspek perbincangan adalah mengenai
reka bentuk kajian yang digunakan untuk mencari dapatan, subjek kajian yang diambil,
lokasi kajian, alat kajian yang digunakandan bagaimana prosedur ujian dijalankan.
Seterusnya setelah semuanya dapat dilaksanakan, barulah pengumpulan data dibuat
dengan menggunakan beberapa ujian dan mengisi borang soal selidik dan akhirnya data
dianalisis untuk mengetahui hasil dapatan.
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap indeks jisim tubuh dan
indeks kecergasan kardiovaskular. Berikutnya pula adalah untuk mengetahui bagaimana
tahap kesedaran melakukan aktiviti fizikal dikalangan guru-guru pelatih lelaki dan
perempuan dan mengenalpasti sejauhmanakah terdapatnya hubungan diantara kesedaran
melakukan aktiviti fizikal terhadap Indeks Jisim Tubuh ( IJT ) dan Indeks Kecergasan
Kardiovaskular ( IKK ) di kalangan guru-guru pelatih lelaki dan perempuan Institut
Pergururan Ilmu Khas. Selain dripada itu dapat diketahui adakah terdapat perbezaan
Indeks Jisim Tubuh dan Indeks Kecergasan Kardiovaskular anatara guru pelatih lelaki
adan perempuan.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan pengukuran. Kaedah
pengukuran indeks jisim tubuh untuk menentukan kategori berat badan subjek. Ujian
Fitness ( Harvad step ) dijalankan dan digunakan untuk mengukur tahap kecergasan
kardiovaskular subjek melalui Indeks kecergasan Kardiovaskular ( IKK ). Kedua-dua
pengukuran tersebut dikendalikan mengikut prosedur pengujian dan pengukuran yang
ditetapkan. Di samping itu juga subjek dikehendaki mengisi borang kaji selidik dimana
bahagian satu mengandungi biodata peribadi dan soalan mengenai penglibatan dalam
sukan dan kokurkulum. Untuk aspek kesedaran melakukan aktiviti . Borang soal selidik
menggunakan Skala Likert empat tahap yang mana item-item soalannya diambil dari
Corbin, C.B & Lindsey, R (1985. Concept of Physical Fitness with Laboratories ( 7 th
ed. )
Wadsworth Publishing Company A division of International Thomson Publishing Inc.
3.3 SUBJEK KAJIAN
Subjek yang dipilih adalah terdiri daripada 60 orang dari kalangan guu pelatih
Institut Perguruan ( Ijazah Perguruan ). Pemilihan dijalankan secara rawak dengan
dibahagikan 30 orang guru pelatih lelaki dan 30 guru pelatih perempuan. Subjek kajian
berumur dari peringkat 20 tahun hinggga 22 tahun dan mereka juga terdiri dari semua
kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
3.4 LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian atau tempat diadakan dan pengujian serta mengisi borang biodata
dan soal selidik ialah di Padang Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur.
3.5 ALAT KAJIAN
Pengukuran untuk berat badan dan tinggi subjek diambil dengan menggunakan alat
penimbang dan penyukat ketinggian Detecto Stadnometer. Ukuran direkodkan kepada 0.5
kg untuk berat badan dan 0.5 cm untuk ketinggian dan berat badan yang terhampir. Indeks
Jisim Tubuh dikira dengan menggunakan formula berat badan dalam kilogram
dibahagikan dengan kuasa dua ukuran tinggi dalam meter. Kategori Indeks Jisim Tubuh
subjek adalah merujuk kepada norma Indeks Jisim Tubuh yang diambil dari sumber
Wilmore, J.H. Body composition in sport and exercise. Directions for future research.
Medicine and Science and Exercise, 15:21-31,1983, seperti jadual 1 dan contoh pengiraan
IJT dalam jadual 2.
Jadual 1
Norma Indeks Jisim Tubuh
Indeks Jisim Badan Kategori
< 20 Kurang Berat
21 – 25 Berat Ideal
26- 30 Berat yang berlebihan
> 31 Obesiti
Sumber : Wilmore, J.H. Body composition in sport and exercise. Directions for future
research. Medicine and Science and Exercise, 15:21-31,1983
Jadual 2
Contoh pengiraan
Contoh
Berat : 70 Kg
Tinggi : 1.72 m
Berat ( kg )
Tinggi X Tinggi
70
1.72 X 1.72
70
2.96 m
IJT =
=
=
= 23.65 kg / m2 ( Berat Ideal )
Ujian Menapak Harvard pula digunakan untuk mengukur tahap kecergasan
kardiovaskular individu. Indeks Kecergasan Kardiovaskular dikira dengan menggunakan
formula nisbah jangkamasa aktiviti dengan jumlah bilangan denyutan nadi semasa
pemulihan 30 saat. Klasifikasi tahap kecergasan kardiovaskular subjek adalah merujuk
kepada norma Indeks Kecergasan Fizikal, Ujian Harvard seperti jadual 3 dan contoh
pengiraan IKF seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4
Jadual 3
Norma Indeks Kecergasan Kardiovaskular Ujian Menapak Harvard
Indeks Kecergasan Fizikal Tahap Kecergasan Kardiovaskular
> 90 Sangat baik
80 – 89 Baik
65 – 79 Sederhana Tinggi
55 – 64 Sederhana Rendah
< 55 Lemah
Sumber : Johnson, B.L and Nelson, J.K (1986): Practical Measurement for Evaluation
Physical Eduacation ( 4 th
ed.) Edina, MN: Burgois Publishing p. 154
Jadual 4
Contoh Pengiraan Indeks Kecergasan Fizikal
Jangkamasa aktiviti dalam sesaat
2 X Jumlah pengambilan nadi pemulihan sebanyak 3 Kali
5 Minit X 100
2 X (83 + 67 + 50 )
5 X 60 saat X 100
2 X ( 83 + 67 + + 50 )
IKK =
IKK =
IKK =
300 X 100
2 X 200
30000
400
IKK = 75.00 ( Sederhana Tinggi )
Terdapat perkiraan tertentu secara khusus menegenai soal selidik Bahagian 2
tentang kesedaran terhadap aktiviti kecergasan fizikal. Terdapat lima puluh soalan yang
berkaitan dengan aktiviti fizikal dan terdapat lima bahagian dimana skor dibahagikan.
Skor daripada soal selidik dikategorikan kepada satu bahagian dan dipecahkan kepada
enam aspek . Untuk item-item soalan akan diberi satu mata sangat tidak setuju, dua mata
untuk tidak setuju, tiga mata untuk setuju dan empat mata sangat setuju . Norma
pencapaian guru pelatih Institut perguruan berdasarkan kepada norma daripada Corbin dan
Lindsey (1985) seperti dalam jadual 5
Pemecahan skor kesedaran melakukan aktiviti fizikal di bahagikan kepada beberapa
bahgian seperti berikut:
a) Skor aspek melakukan aktiviti fizikal item 1 hingga item 10 =
________
b) Skor aspek menangani stress item 11 hingga item 20 = ________
c) Skor aspek psikologikal item 21 hingga item 30 = ________
d) Skor aspek persekitaran item 31 hingga item 40 = _________
e) Skor aspek sosial item 41 hingga item 50 = _________
Jadual 5
IKK =
IKK=
Norma skor bagi tahap kesedaran melakukan aktiviti fizikal
Tahap Pencapaian Skor Bahagian Skor Keseluruhan
Cemerlang 41 - 50 150 - 200
Baik 31 - 40 91 - 150
Seerhana 21 - 30 41 - 90
Lemah 10 - 20 40 <
Sumber : Corbin, C.B & Lindsey, R (1985. Concept of Physical Fitness with
Laboratories ( 7 th
ed. ) Wadsworth Publishing Company A division of International
Thomson Publishing Inc.
3.6 PROSEDUR KAJIAN
Sebelum menjalankan ujian ini, semua subjek diberi taklimat tentang tujuan ujian
tersebut. Pengkaji melakukan demontrasi aktiviti supaya subjek mendapat gambaran jelas
mengenai aktiviti yang hendak dilakukan. Pengukuran dan pengendalian ujian ini
dijalankan sendiri oleh pengkaji dengan dibantu oleh dua rakan sarjana dan dua orang
pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani. Pembantu juga diberi penerangan awal
sebelum membantu melaksanakan ujian ini. Untuk pengukuran tinggi dan berat, subjek
yang diukur berada dalam keadaan berdiri tegak, tanpa berkasut. Kedua-dua tangan dalam
keadaan relaks pada sisi badan dan kepala berada pada satah mendatar (Macus 1994).
Sebelum Ujian menapak Harvard dijalankan, subjek diberi latihan cara mengambil
denyutan nadi. Denyutan nadi diambil dari nadi arteri (arteri pulse) dibahagian leher.
Subjek melakukan ujian mengikut protokol ujian.
Protoko Ujian Menapak Havard yang ditetapkan ( Johnson and Nelson, 1986; Ward,
Ebbeling dan Ahlquist, 1995 ) seperti berikut :
1) Rentak 30 langkah seminit yang ditetapkan pada metronom (120 bpm ).
2) Satu kitaran menapak lengkap mempunyai 4 kitaran tempo.
a) Kitaran 1 subjek meletakkan satu kaki ke atas platform.
b) Kitaran 2 – kaki yang satun lagi dinaikkan ke atas platform. Kedua-dua
kaki dan badan subjek harus tegak.
c) Kitaran 3 – kaki pertama naik, diturunkan semula.
d) Kitaran 4 – kaki yang satu lagi diturunkan
3) Subjek melakukan aktiviti menapak dengan kadar 30 langkah seminit selama 5
minit
4) Setelah tamat aktiviti, subjek diberi rehat 1 minit dan subjek duduk diam semasa
mengira denyutan nadi.
5) Denyutan adi diambil dan direkodkan dari minit ke 6 – 6 ½
, minit ke 7 – 7 ½
dan
minit ke 8 – 8 1 /2.
6) Kesahan yang dilaporkan. Kolerasi dengan VO2 max antara 0.6 – 0.8 dilaporkan.
Alatan :
a) Platform
b) Metronom
c) Jam Randek
d) Borang subjek
Data ujian dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS – MS Version 7.5
3.7 PENGUMPULAN DATA
Data yang diperolehi daripada pengukuran berat badan dan tinggi serta ujian
Menapak Harvard direkodkan ke dalam borang keputusan yang disediakan oleh pengkaji
bagi setiap subjek.. Di bahagian satu data diperolehi daripada subjek mengisi borang
mengenai data demografi dan penglibatan dalam sukan dan melakukan aktivti tekanan
tinggi dan tekanan rendah mengikut American College of Sports Medicine ( ACSM )
manakala data kesedaran melakukan aktivti kesedaran melakukan aktiviti fizikal
diperolehi daripada borang soal selidik di bahagian dua sebelum memulakan ujian.
3.8 ANALISIS DATA
Penganalisis data dijalankan untuk menghasilkan dan menjelaskan dapatan dengan
membuat interprestasi daripada kajian tersebut. Proses ini dapat membantu pengkaji untuk
membuat keputusan dan kesimpulan tentang populasi berdasarkan sampel kajian (
Castetter dan Heister, 1988 ). Data yang dikumpulkan daripada kajian ini dianalisis secara
statistik deskriptif dan inferens.
Data ujian ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS-MS
Windows Versi 7.5. Program SPSS ini digunakan untuk menganalisis kedua-dua statistik
deskriptif dan inferens pada paras signifikan 0.05. Pengkaji menggunakan ujian-t untuk
mendapatkan perbandingan diantara guru pelatih lelaki dan perempuan dalam Indeks Jisim
Tubuh dan Indeks Kecergasan Kardiovaskular. Sementara itu, pekali hasil darab Momen
Pearson digunakan untuk menentukan signifikan hubungan antara kesedaran melakukan
aktiviti fizikal dengan Indeks Jisim Tubuh ( IJT ) dan Indeks Kecergasan Kardiovaskular (
IKF ) serta hubungan antara IJT dengn IKF dikalangan guru pelatih lelaki dan perempuan
di Institut Perguruan Ilmu Khas. Pada peringkat awal statistik deskriptif digunakan bagi
menghasilkan taburan kekerapan, peratus , min bagi latar belakang dan demografi serta
persoalan yang dikemukan.