ayat tunggal dan ayat majmuk

12
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. 1 subjek 1 predikat Saya sakit Rumah Ali cantik Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. Ayat majmuk Kata hubun g Ayat tunggal Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup. dan(a) Suhaili suka makan nasi lemak. (b) Suhaili suka makan mi sup. Rumah yang besar itu rumah Fazli. Yang(a) Rumah itu besar. (b) Rumah itu rumah Fazli. Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. bahaw a (a) Dia memberitahu. (b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang. Apabi la (a) Dia akan balik ke kampung. (b) Dia ada masa lapang. Latihan : (A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

Upload: grace-bryan

Post on 21-Nov-2015

114 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUKAyattunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.1 subjek1 predikat

Sayasakit

Rumah Alicantik

Ahmadtidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.Ayat majmukKata hubungAyat tunggal

Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.dan(a)Suhailisuka makan nasi lemak.(b)Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar itu rumah Fazli.Yang(a)Rumah itu besar.(b)Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.bahawa(a)Dia memberitahu.(b)Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.Apabila(a)Dia akan balik ke kampung.(b)Dia ada masa lapang.

Latihan :(A)Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman.___________2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalampertandingan itu._____________5.Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________6.Kucing itu mengiau kerana lapar.______________7.Cikgu Anita memakai baju batik hari.______________8.Mereka bertiga pergi ke kantin.______________9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________10.Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.1.Ayah membaca surat khabar.Ayah menonton televisyen.sambil________________________________________2.Hanita tinggal di Taman Aman.Suresh tinggal di Taman Amandan_________________________________________3.Amran melayari internet.Amran mencari maklumat terbaru.untuk_________________________________________4.Kasut itu berwarna biru.Kasut itu sangat mahal.yang_________________________________________5.Kami terkejut.Kami terdengar bunyi letupan.apabila_________________________________________6.Halim kaya.Halim kedekut.tetapi_________________________________________7.Murid itu mengetuk pintu.Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.sebelum__________________________________________8.Ibu memarahi adik.Adik bermain di tepi longkang.kerana__________________________________________9.Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.Asward tidak sihat.walaupun__________________________________________

Ayat Majmuk

8.AYAT MAJMUK

8.1Definisi

Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta bahawa, kata relatif yang, tanda koma dan tambahan keterangan.

Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.

Ayat-ayat majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkancara pembentukannya.

8.2Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda.Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.

a.Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung sepertidan, lalu sertadansambil digunakan.Contohnya:

i.Ia menjeritlalumenangis.ii.Melukisdanmenulis menjadi kegemarannya.

b.Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung sepertitetapi, sebaliknyadan padahal,hendaklah digunakan.Contohnya:

i.Pegawai itu sombongtetapipemurah.ii.Tiada siapa yang dapat masukmelainkanibu bapanya.

c.Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:

i.Dia sudah mandi dan berpakaian.ii.Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?

d.Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang terakhir.Contohnya:

i.Izah, Mariam, AdidanKalsom berjalanke pejabat tiap-tiap hari.

e.Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan perubahan makna ayat.Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, hentian suara yang sebentar dilakukan sebagai penentu.Contohnya:

i.Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung lawannya.

Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku pada subjek, predikat dan keterangan.Penggabungan boleh juga dilakukan pada ayat dan objek.Contohnya:

i.Adik ke sekolah manakala(penggabungan ayat)kakak ke pejabat ayah.

ii.Ibu membeli ikan dan sayur(penggabungan objek)di pasar.

Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.

8.3Ayat Majmuk Pancangan

Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

a.Ayat Relatif Ayat relatif menggunakan kata relatif yang yang memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang. Contohnya:i.Budak yang menangis itu sudah diberi makan.Budak itu menangis.(Ayat kecil) b.Ayat Komplemen Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa komplemen (KK). Kata hubung komplemen sepertibahasa, untuk,dan demidigunakan untuk memancangkan ayat komplemen. Contohnya: i.Bahawa saya bersalahmemanglah saya akui. (KK sebagai subjek) ii.Dia sudah mengetahuibahawa anaknya mendapat tempat di UIA.(KK sebagai objek) iii.Kami tahubahawa anak-anak kami perlu bersekolah (KK sebagai unsur predikat)

c.Ayat Keterangan Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan predikat.Contoh kata hubung yang digunakan ialah ketika, kerana, semasa, dengan,dansungguhpun.

Contoh:

i.Dia lambat tibakerana keretanya rosak.(Keterangan sebab)

ii.Jika dia pergi,saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)

iii.Walaupun hujan lebat,ia tetap hendak ke sekolah.(Keterangan pertentangan)

iv.Kakak berdoasemoga suaminya selamat.(Keterangan harapan)

8.4Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Ayat ini biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang dinyatakan di atas.Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif yang dan kata komplemen bahawa dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian.Tanda koma juga kerap digunakan dalam ayat ini.

Contoh: Kalauingin mendapat kelulusanyangbaik dalam peperiksaan, kita hendaklah selalu membacadanmengulang kaji pelajaran kitadariawal tahun lagi.

8.5Ayat Majmuk Pasif

Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja transitif.Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.

Contoh:i.Kamiditeguroleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik kuliah. ii.Kajian yang rumit itudijalankandi makmal UTM, Skudai. iii.Pegawai tersebut akan bertindak jikadiarahkanoleh pihak pentadbiran jabatannya. iv.Komputer ini seringdigunakanoleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika membuat tunjuk cara.

AYAT MAJMUK

1 Definisi Ayat Majmuk.

Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.(b);1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihanmatematik. (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:1Ayat majmuk gabungan2Ayat majmuk pancangan3Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina olehdua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dansebagainya.Contoh:1Rokiah pandai menyanyidanmenari.2Abu kurustetapikuat makan.Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubungdanmanakala ayat 2 dihubungkan dengan kata hubungtetapi.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk olehklausa yang tidak setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapatsatu klausa bebasatauayat utamadansatu atau lebih klausa tak bebasatauayat kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan sepertiyang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpundan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat RelatifAyat KomplemenAyat Keterangan

Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang seperti contoh di bawah:1) Kanak-kanakyangcedera itu rupa-rupanya anak Leman.

(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman

(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepadasubjek ayat utamadan dijadikanayat kecildengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubungyang.Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat. Ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubungbahawaatauyang.

Contoh:1.Bahawamancis api telah menyebabkan kebakaran itu.

2.Bahawa pembuangan puntung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.Contoh:Pemain hoki negara gagalkeranatidak bersedia.Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaituPemain hoki negara gagalAyat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.-kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.Contoh 1:Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut.Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan tersebut. Subjek ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat

2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63 setelah dianalisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contoh mengikut perkara berikut:

i) Ayat majmuk gabungan. Lampu bercahayadanberwarna-warni.

ii) Ayat majmuk pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat RelatifAyat KomplemenAyat Keterangan

Contoh 1:Madu tersebut dijual dengan hargayangtinggi.

Contoh 2:Di negara kita juga banyak kraf tanganyangdihasilkan daripada buluh.

Contoh 1:Sesetengah penduduk kampung mencari madu lebah di hutanuntukdijual.

Contoh 2:Tahukahkamubahawahutan merupakan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita?Contoh 1Hanisekeluarga berasa bertuahkeranadapat menyaksikan konsert itu.

Contoh 2:Kraf tangan ini dipasarkandenganmeluas.

iii) Ayat majmuk campuranContoh 1:Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manauataunama saintifiknya, Calamus conioastris, rotan semangdanrotan paku atau Calamus exilis.

Contoh 2:Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-pokokyangbesardanpelbagai jenis mergastua