assingment pku

18
1.0 PENGENALAN Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa seperti kanak-kanak yang lain. Konsep dan kepentingan pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid yang berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Menurut Chua (1982), pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab dalam mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) pula, pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala Gargiulo (2003) dalam bukunya ada menyatakan, pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Pendapat Friend (2005), menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelola dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang

Upload: dayatnizar

Post on 22-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa seperti kanak-kanak yang lain. Konsep dan kepentingan pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid yang berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.

Menurut Chua (1982), pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab dalam mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) pula, pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala Gargiulo (2003) dalam bukunya ada menyatakan, pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Pendapat Friend (2005), menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelola dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Daripada definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa kendidikan khas ialah program yang direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas yang mana mereka memerlukan pendidikan yang khas, kurikulum khas, alatan khas dan guru khas untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seharian mereka.Ini kerana mereka merupakan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang terlaluberbeza daripada kanak-kanak yang normal

3.0 KONSEP PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pengurusan dan pentadbiran merupakan proses sosial yang berkaitan dengan perjalanan sesuatu organisasi termasuk organisasi pendidikan. Pentadbiran dan pengurusan sangat penting dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan. Proses pentadbiran berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Mengikut Griffiths (1959), pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah satu proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Stoner (1984) dalam buku management belau mengatakan bahawa pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

Pentadbiran ditafsirkan pelbagai cara pengendalian. Ia juga disebut sebagai:-

i) Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

ii) Satu proses sosial yang berkait dengan mengadakan, menyelenggara, mengawal dan menyatupadukan segala tenaga manusia dan material dalam satu sistem yang disepadukan untuk mencapat sesuatu matlamat.

iii) Sesuatu tindakan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang mungkin.

Disini dapat dirumuskan bahawa pentadbiran menekankan bukan sahaja pencapaian matlamat, tetapi juga hubungkait yang rapat antara matlamat-matlamat ini supaya terdapat penyepaduan yang lebih mendalam dalan sesebuah organisasi.

Pengurusan pula membawa maksud yang tersendiri di dalam pentabiran sesebuah organisasi. Antaranya ialah:-

i) Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, penyepaduan, dan pengukuran.

ii) Pengurusan ialah penggunaan sesuatu dengan teliti bagi mencapai sesuatu matlamat.

iii) Pengurusan ialah menentukan sesuatu itu dibuat oleh orang-orang lain, terutamanya orang-orang bawahan.

iv) Pengurusan ialah penyeliaan ke atas sesuatu.

4.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

Tujuan utama pentadbiran institusi pendidikan ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadi mereka yang bekerja di institusi pendidikan hendaklah memberi sumbangan untuk tujuan utama ini. Pentadbiran pendidikan ialah pengurusan institusi yang bertujuan untuk memupuk pengajaran dan pembelajaran. Institusi-institusi ini meliputi sekolah-sekolah kerajaan, swasta dan universiti kerajaan mahupun swasta, institusi-institusi pengajaran yang ditaja oleh badan korporat dan industri. Walaupun kebanyakan institusi ini dibiayai oleh kerajaan, tetapi ada sebilangan besar yang berfungsi di bawah naungan badan-badan persendirian, pertubuhan agama dan persatuan.

Pengurusan pelbagai institusi jelas menunjukkan bahawa pentadbiran adalah satu bidang amalan. Dengan demikian, ia mempunyai beberapa aspek yang sama dengan bidang-bidang pengurusan pentadbiran. Walaupun terdapat beberapa unsur yang sama diantara pentadbiran di sektor awam dan pengurusan di sektor swasta, pentadbiran awam terutamanya pentadbiran pendidikan mempunyai aspek yang unik. Pentadbiran pendidikan bukan hanya satu bidang amalan, ia juga adalah satu bidang kajian. Dalam aspek kajian dan juga amalan, terdapat unsur-unsur yang sama di antara pentadbiran pendidikan dan pentadbiran dalam bidang-bidang lain.

Bagi system pendidikan Negara ini, struktur organisasinya boleh digambarkan seperti rajah 1.1. organisasi yang terbahagi kepada lima peringkat iaitu pusat, negeri, daerah, sekolah dan bilik darjah. Secara amnya, peringkat-peringkat ini boleh diklasifikasikan sebagai peringkat esekutif (pusat), peringkat pengurusan (negeri), peringkat penyeliaan (daerah), peringkat teknikal (sekolah) dan peringkat pelaksanaan (bilik darjah).

5.0 TUGAS DAN PERANAN GURU

Ramai yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan peranan dan tugas yang sangat mudah. Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu hanya sekitar lima hingga 10 orang berbanding kelas sekolah harian yang menempatkan lebih 20 orang murid. Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid di sekolah aliran biasa.

5.1 Peranan Penolong Kanan Pendidikan Khas:-

5.1.1 Pengurusan dan Pentadbiran PKP

Menyediakan takwim PKP

Menyediakan senarai tugas guru sepanjang tahun

Menghadiri mesyuarat pengurusan kurikulum dan kewangan sekolah dan menghadiri mesyuarat di

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan NGOs

Menetapkan tarikh mesyuarat bersama Pentadbir

Menentukan program dan hala tuju murid Pendidikan Khas dengna perbincangan guru-guru mengenai :

Bilangan subjek

Program (Pra/Vokasional/Inklusif)

Bilangan kelas

Aktiviti ko-kurikulum

Memastikan guru menghadiri kursus yang ditetapkan oleh Jabatan dan Kementerian

Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja guru

Membantu dalam Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPM

Menjalankan semakan stok/inventori peralatan

Mewujudkan hubungan yang baik dengan pentadbir dan semua warga sekolah

5.1.2 Kurikulum

Menentukan dan menyemak rancangan pelajaran harian dan tahunan

Membantu dan membimbing guru dalam penyediaan alatan dan pengajaran dalam kelas

Mengajar subjek tertentu

Mewujudkan pusat sumber dan memantau perkembangannya

Melakukan pencerapan guru dan semakan buku tulis murid

Membantu dalam merancang dan menyelaras hal berkaitan dengan ujian dan peperiksaan

Memastikan dalam penyediaan laporan kurikulum

Menyusun jadual waktu kelas dan menyediakan jadual waktu gantian

Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah atau Jabatan Pelajaran

5.1.3 Jadual waktu PKP

Merancang jadual waktu kelas dan persendirian serta PPM mengikut kesesuaian opsyen dan keperluan

Mengedarkan jadual waktu kepada guru

Membuat jadual induk bersama jawatankuasa jadual

Memastikan jadual ditampal di papan kenyataan

5.1.4 Kewangan PKP

Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (PCG) di awal tahun

Menyediakan penyata perbelanjaan setiap 3 bulan sekali

Menutup akaun pendapatan dan perbelanjaan di akhir tahun

Dapatkan kelulusan Guru Besar dalam setiap pembelian alatan/bahan/penyelenggaraan

Berbincang dengan guru mata pelajaran akan keperluan barangan/peralatan yang perlu dibeli dalamtahun semasa

Menyemak keselarasan dan baki akaun dengan pejabat

Memastikan setiap perbelanjaan mengikut prosedur yang ditetapkan

5.1.5 Hal Ehwal Murid

Menetapkan peraturan PKP bersama guru disiplin

Memantau perkhidmatan berikut dengan kerjasama guru:

Bimbingan dan Kaunseling

Kesihatan

3.3Peranan Pembantu Pengurusan Murid

Pembantu pengurusan murid pendidikan khas merupakan golongan yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan keberkesanan peningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum dalam kalangan murid berkeperluan khas dalam program pendidikan khas di sekolah. Mereka mempunyai tugas yang tersendiri dan juga secara tidak langsung membantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas di sesebuah sekolah. Tugas pembantu pengurusan murid boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu pengurusan membantu pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan penyediaan bahan bantu mengajar (BBM).

Rajah 2 Peranan Pembantu Pengurusan Murid

3.3.1 Pengurusan Membantu Pengajaran Dan Pembelajaran.

Pembantu pengurusan murid (PPM) berperanan dalam membantu guru pendidikan khas merancang aktiviti pembelajaran dan bimbingan di dalam kelas. Segala aktiviti pengajaran yang dirancang oleh guru perlu mendapat bantuan daripada PPM. Sehubungan dengan itu, PPM hendaklah sentiasa aktif dan cekap mengendalikan murid yang pelbagai kerana kebanyakan murid banyak berinteraksi dengan PPM di samping guru di sekolah. Mereka juga sangat berperanan dalam membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merancang bimbingan dalam kelas semasa guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. PERANAN GURU/TENAGA PENGAJAR

Dalam pelaksanaan program pendidikan khas, guru memainkan peranan penting dalam menjamin pelaksanaan dan kejayaan program tersebut. Kejayaan program dalam konteks pendidikan khas adalah diukur berdasarkan kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam usaha mendidik dan melatih murid-murid berkeperluan khas dalam segala aspek seperti emosi, jasmani, rohani, sosial dan pembelajaran. Setiap program pendidikan khas perlu ada visi dan misinya sendiri yang bertujuan membangunkan diri insan istimewa. Guru pendidikan khas perlu mempunyai tanggungjawab yang menyeluruh dalam menjamin pelaksanaan program tersebut berjaya dalam segala aspek. Ia juga merupakan penggerak, penentu dan perujuk dalam sesuatu program. Jadual 1.1. menunjukkan perananan dan tugas sebagai guru pendidikan khas.

Jadual 1.1: menunjukkan peranan guru pendidikan khas

7.0 PERANAN PIBG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

7.1 Akademik

Dengan saluran ini, ibu bapa akan lebih berperanan sebagai guru kepada anak-anak mereka dalam pendidikan informal dalam institusi keluarga, yang mana anak-anak mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka secara praktik dan teori sebagai ikutan serta sebagai contoh teladan kepada mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa haruslah mengamalkan sikap dan tingkah laku serta nilai yang baik supaya anak-anak mereka dapat diikuti dan dipelajari daripada mereka.

7.2 Sumbangan

PIBG merupakan sebuah organisasi yang berwibawa dan boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Dana atau sumber adalah penting untuk sekolah dan sesuatu persatuan. Hal ini kerana, dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk mengerakkan sekolah atau persatuan ke arah yang lebih maju dan gemilang.

PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan Negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Pendidikan juga merupakan asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang kepada pembangunan negara.

Di Negara kita, kategori murid yang berkeperluan khas merangkum murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi. Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:

Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain).

Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan

Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.

Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.

9.0 OBJEKTIF PELAN TINDAKAN KHAS

9.1 Meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif

Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudahpun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah. Sekolah yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008, menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian Pelajaran komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.

9.2 Mengukuhkan asas sedia ada

Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah-sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid.

9.3 Mingkatkan latihan perguruan

Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Kementerian akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.

LANGKAH - LANGKAH

5.1 Membiasakan Murid Dengan Ujian Bagi Membina Kesedaran Tentang Kepentingan Belajar.

Langkah yang seterusnya ialah membiasakan murid pendidikan khas dengan menjalani ujian secara berkala atau ujian bulanan. Hal ini bagi memberi kesedaran kepada murid berkeperluan khas akan kepentingan akademik dalam kehidupan mereka. Selain itu, ujian yang dijalankan ini juga bertujuan memotivasikan murid pendidikan khas supaya menyedari akan potensi dan kebolehan diri mereka dalam bidang akademik. Ujian tersebut boleh dijalankan sebulan sekali atau dua minggu sekali mengikut kesesuaian tahap murid berkeperluan khas berkenaan. Malah, guru dan pihak sekolah juga boleh memberi peluang kepada murid pendidikan khas dalam aras sederhana ini berada dalam situasi ujian yang sebenar sepeti dalam kelas arus perdana. Langkah ini bertujuan membina keyakinan dan motivasi kepada murid untuk lebih cenderung ke arah peningkatan potensi diri yang lebih baik. Justeru, pihak guru memainkan peranan yang penting memberi bimbingan dan komitmen yang berterusan kepada murid berkeperluan khas dalam mereka memajukan diri.

5.2 Menambah Baik Pengetahuan Dalam Bidang Pakar.

Cadangan langkah yang terakhir ialah menambah baik pengetahuan dalam bidang pakar dalam kalangan warga pendidikan khas. Sebagai contoh mendalami ilmu dalam terapi fisio, terapi pertuturan, mendalami bidang psikologi kanak-kanak dan psikologi klinikal. Kita sudah sedia maklum bahawa perkhidmatan bagi murid pendidikan khas bukan hanya terbatas pada tenaga guru sahaja. Sebagai guru pendidikan khas, adalah amat penting bagi kita memahami dan mendalami peranan bidang-bidang pakar dalam memberi perkhidmatan kepada murid pendidikan khas.

Meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran perndidikan khas

Hal seperti kekurangan kemudahan dan ruang kelas yang terhad menyebabkan P&P yang dijalankan guru menjadi kurang berkesan dan murid berasa bosan. Pihak sekolah seharusnya berperanan dalam mengenalpasti masalah kemudahan ini kepada pihak atasan supaya dana dapat diberikan untuk meningkatan kemudahan dan membeli peralatan baru yang boleh meningkatkan kemahiran murid pendidikan khas.Selain itu, guru perlu mengenalpasti kelas yang mempunyai ruang yang besar yang boleh dijadikan kelas pendidikan khas. Dana yang diperuntukkan perlu digunakan sebaiknya khusus untuk mempertingkatkan program pendidikan khas disekolah itu.

Mengenalpasti dan memberikan sokongan dengan keperluan murid:

Setiap guru perlu mengenalpasti kebolehan murid khas yang diajar dalam kelas. Melalui cara ini, murid itu boleh dibimbing oleh guru untuk mempertingkatkan kebolehan mereka itu untuk memajukan diri mereka,Jika murid itu berkebolehan dalam bermain, dia perlu diberikan peluang untuk bermain permainan yang diminatinya yang boleh membantunya berjaya diperingkat pertandingan sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu memberikan bantuan yang disediakan kepada murid, terutama kepada murid yang lemah. Sebagai contoh, semua sekolah perlu mengelompokkan murid kepada tiga kategori: lemah, sederhana, dan baik. Bagi setiap kategori, guru akan membezakan kedalaman sukatan pelajaran yang diajar, tahap kesukaran latihan, dan saiz kelas (murid lemah diletakkan dalam kelas yang lebih kecil supaya guru boleh memberikan lebih banyak tumpuan). Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyaring murid mengikut mata pelajaran supaya murid dapat diajar pad

Peranan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas

Pengurusan membantu pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan penyediaan bahan bantu mengajar (BBB)