assingment 588 - ethnic relation

6
CEEM 588 ETHNIC RELATIONS KHAIRUNNISA BT JA’AFAR (860101-23-7200) 1 ASSINGMENT 7 Prepare a proposal paper on organizing an event in your school to create awareness on ethnic relations relating to the subject CEEM 588 HE based on the following information: The theme of the event – “Ethnic Relation in Malaysia” KERTAS KERJA – “HARI KAMI ANAK MALAYSIA” SK YONG PENG Pengenalan Minggu Kami Anak Malaysia merupakan program yang diadakan di SK Yong Peng selama sehari, bertemakan kaum-kaum yang berada di Malaysia. Program ini akan di selia di bawah Ko-Kurikulum Kelab & Persatuan SK Yong Peng. Setiap Kelab & Persatuan akan ditugaskan untuk mengelola aktiviti-aktiviti yang akan dipertandingkan dan juga booth-booth pameran info dan fakta. Obejektif 1. Mendedahkan pelajar kepada kefahaman budaya, pergaulan dan peradaban masyarakat, dan kepelbagaian hubungan etnik di Malaysia. 2. Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai permuafakatan masyarakat, hubungan sosial dan asas keharmonian pelbagai hubungan etnik. 3. Memberi kefahaman dan kesedaran tentang cabaran hubungan pelbagai kaum, dalam masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. 4. Mencari pengalaman pembelajaran sebaik mungkin secara praktikum terhadap kepelbagaian budaya, adab, kepercayaan, agama, pergaulan masyarakat dan hubungan etnik di Malaysia. Tema : Budaya Malaysia Tentatif Program/ Aturcara Program

Upload: une-nisa-jaafar

Post on 16-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

IDPESC Ethnic Relation 588

TRANSCRIPT

Page 1: assingment 588 - Ethnic Relation

CEEM 588 ETHNIC RELATIONSKHAIRUNNISA BT JA’AFAR (860101-23-7200)

1

ASSINGMENT 7

Prepare a proposal paper on organizing an event in your school to create awareness on

ethnic relations relating to the subject CEEM 588 HE based on the following information:

The theme of the event – “Ethnic Relation in Malaysia”

KERTAS KERJA – “HARI KAMI ANAK MALAYSIA” SK YONG PENG

Pengenalan

Minggu Kami Anak Malaysia merupakan program yang diadakan di SK Yong Peng selama

sehari, bertemakan kaum-kaum yang berada di Malaysia.

Program ini akan di selia di bawah Ko-Kurikulum Kelab & Persatuan SK Yong Peng. Setiap

Kelab & Persatuan akan ditugaskan untuk mengelola aktiviti-aktiviti yang akan

dipertandingkan dan juga booth-booth pameran info dan fakta.

Obejektif

1. Mendedahkan pelajar kepada kefahaman budaya, pergaulan dan peradaban

masyarakat, dan kepelbagaian hubungan etnik di Malaysia.

2. Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai permuafakatan masyarakat, hubungan

sosial dan asas keharmonian pelbagai hubungan etnik.

3. Memberi kefahaman dan kesedaran tentang cabaran hubungan pelbagai kaum,

dalam masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

4. Mencari pengalaman pembelajaran sebaik mungkin secara praktikum terhadap

kepelbagaian budaya, adab, kepercayaan, agama, pergaulan masyarakat dan

hubungan etnik di Malaysia.

Tema : Budaya Malaysia

Tentatif Program/ Aturcara Program

Tarikh : 13 Mac 2015

Masa : 7.30pagi – 12.20 tengah hari

Tempat : Sekitar SK Yong Peng

Page 2: assingment 588 - Ethnic Relation

CEEM 588 ETHNIC RELATIONSKHAIRUNNISA BT JA’AFAR (860101-23-7200)

2

Aturcara Majlis

7.20 – Pelajar berkumpul di Dewan terbuka SKYP.

7.30 – Penerangan tentang aturcara majlis dan pertandingan yang akan berlangsung.

7.40 – Pelajar tahap 1 (Darjah 1, 2 & 3) di dewan untuk pertandingan

mewarna. Pelajar tahap 2 (Darjah 4, 5 dan 6) bergerak ke kantin untuk pertandingan

melukis poster.

7.50 – Pertandingan mewarna & melukis poster berlangsung.

9.50 – Pelajar rehat.

10.20 – Pelajar berkumpul semula di dewan terbuka SK Yong Peng.

10.30 – Pertandingan “Public Speaking” tahap 2 dan “Fashion Show” pelajar tahap 1.

11.50 – Persembahan tarian dari Kelab Kebudayaan.

12.10 – Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna, melukis poster,

pertandingan “public Speaking” dan “Fashion Show”.

12.20 – Majlis bersurai.

* sepanjang majlis berlangsung, terdapat pameran “Budaya Malaysia” sekitar Dewan

Terbuka SK Yong Peng mengenai perayaan, pakaian, makanan, perkahwinan dan adat dari

setiap kaum di Malaysia.

Sasaran

Mewarna – Semua pelajar tahap1

Melukis Poster – Semua pelajar tahap 2

Public Speaking – Terbuka kepada pelajar tahap 2 (pemilihan dibuat oleh guru kelab &

persatuan 2 bulan sebelum pertandingan)

Fashion Show – Terbuka kepada pelajar tahap 1 yang berminat.

Peraturan Pertanding

1. Mewarna

a. Warna yang dibenarkan adalah warna pensel dan warna krayon.

b. Masa yang di tetapkan hanya 2 jam.

c. Tiada ruangan kosong ditinggalkan tanpa diwarna.

Page 3: assingment 588 - Ethnic Relation

CEEM 588 ETHNIC RELATIONSKHAIRUNNISA BT JA’AFAR (860101-23-7200)

3

2. Melukis poster

a. Kertas lukisan dibekalkan oleh sekolah.

b. Masa yang di tetakan hanya 2 jam.

c. Hanya boleh menggunakan warna air dan warna poster.

d. Tiada ruangan kosong ditinggalkan tanpa diwarna.

3. Public Speaking

a. Isi atau hujah adalah bertemakan Kepentingan hidup pelbagai kaum.

b. Masa pembentangan tidak kurang dari 8 minit dan tidak lebih dari 10 minit.

c. Masa akan diambil apabila peserta mula mengeluarkan suara.

d. Lonceng amaran pertama dibunyikan 8 minit pertama dan loceng terakhir

tepat 10 minit.

4. Fashion show

a. Pakaian tidak menjolok mata.

b. Aksesori tambahan akan diberi markah bonus.

Implikasi Kewangan

Sumber pendapatan : SK Yong Peng RM 250

Perbelanjaan :

Hadiah Pemenang RM 6.00 x 25 RM 150

Pameran ”Budaya Malaysia” Kelab & Persatuan RM 20 x 5 kelab RM 100

Jumlah Perbelanjaan RM 250.00

Penutup

Sekolah bukan sahaja tempat menimba ilmu dan menanamkan disiplin tetapi juga

memberi tumpuan kearah mengujudkan insan pemikiran kreatif dan berinovatif dalam

pengajaran dan pembelajaran di samping memberi kesedaran tentang kepentingan hidup

pelbagai kaum. Sistem sekolah harus menjadi pemahaman kepada pelajar tentang

kepercayaan dan amalan pelbagai agama. Diharapkan program ini akan dapat memberi

impak yang positif kearah mewujudkan modal insan yang cemerlang yang dapat bersaing

dan memberi sumbangan kearah mewujudkan warganegara yang seimbang selaras dengan

PIPP.

Page 4: assingment 588 - Ethnic Relation

CEEM 588 ETHNIC RELATIONSKHAIRUNNISA BT JA’AFAR (860101-23-7200)

4

ASSINGMENT 8

Conduct a report on the ethnic relations event planned in assignment #7.

Prepared a detailed report on the organization and implementation of the event.

Pada 13 Mac 2015, SK Yong Peng telah mengadakan program “Hari Kami Anak

Malaysia” yang diselia di bawah bahagian Ko-Kurikulum Kelab & Persatuan. Program ini

telah berlangsung bermula dari pukul 7. 40 pagi dan berakhir tepat pada pukul 12.30 tengah

hari yang melibatkan semua warga SK Yong Peng.

Pelajar mula berkumpul di dewan Sk Yong Peng seawal 7.15 pagi. Tetapi, sekitar jam

7.25, masih lagi ramai pelajar yang masih belum hadir. Penerangan tentang program

bermula pada 7.40 pagi dengan persetujuan guru- guru kelas diatas kehadiran pelajar yang

di catat.

Program bermula dengan pertandingan mewarna bagi pelajar tahap 1 iaitu dari

darjah 1 hingga 3. Pelbagai aksi dan gelagat dan pelajar dapat dilihat semasa pertandingan

tersebut. Terdapat pelajar yang duduk bersila, berselimput, meniarap dan ada juga yang

baring mengiring. Pelajar tahap 1 dibenarkan menngunakan 2 jenis bahan warna iaitu warna

kayu dan warna krayon. Bagi pelajar tahap 2, pelbagai idea-idea kreatif di lukis dan

diwarnakan oleh pelajar. Idea-idea di luar jangkau ditonjolkan oleh peserta pertandingan.

Pertandingan mewarna tahap 1 telah di adili oleh Cik Khairunnisa Ja’afar dan En. Kasnon

Mofin. Bagi pertandingan melukis poster tahap 2 pula, telah di adili oleh Pn. Kee Bee Kiau

dan Pn. Ismaniza Ishak.

Pertandingan mewarna dan melukis poster berjalan lancar dan tamat lewat sedikit

dari jadual yang telah dirancang. Selesai tamatnya pertandingan mewarna dan melukis

poster, semua pelajar berehat di kantin.

Program “Hari Kami Anak Malaysia” disambung pada pukul 10.40 pagi dengan

pertandingan public speaking dari pelajar tahap 2. Tema yang telah diberikan adalah

kepentingan hidup pelbagai kaum. Terdapat 6 penyertaan dari pelajar tahap 2 iaitu dari

tahun 6 pintar Noratikah dan Hakim Hilmi. Pelajar dari tahun 5 Pintar pula iaitu Poh Yin Xing,

Satish Kumar dan Puteri Eri Mazlin. Manakala dari tahun 4 Pintar pula iaitu Keishini

Monogaran. Peserta diberikan 8 minit untuk berucap. Pertandingan Public Speaking di

selang selikan dengan Fashion Show. 3 peserta Public Speaking mula, fashion show dan di

Page 5: assingment 588 - Ethnic Relation

CEEM 588 ETHNIC RELATIONSKHAIRUNNISA BT JA’AFAR (860101-23-7200)

5

sambung dengan 3 peserta Public Speaking penutup. Manakala bagi acara fashin show

terdapat 10 penyertaan. Dari tahun 3 Pintar iaitu Ahmad dan Nur Aleeya. Dari 3 Bijak

disertai oleh Nur Syahidah dan Arvin Raj. Dari tahun 2 Pintar di sertai oleh Malar Molly

Pauline dan Chia wan Yi. Dari tahun 2 Bijak disertai oleh Phuveen Rao dan Danny Lai.

Manakala dari tahun 1 Pintar dan 1 Bijak disertai oleh Hemma Raja Kali dan Hakim Zafri.

Bagi pertandingan Public Speaking telah di hakimi oleh En. Suhaimi Sapuan dan Pn. Juliah

Sidek. Manakala bagi pertandingan Fashion Show telah di hakimi oleh Pn. Nor’Ain Sudki dan

En. Amiruddin Faisal.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan :

Bil Pertandingan Pemenang1 Mewarna Tahap 1 Tahun 1

1. Nur Shumaya (1 Pintar)2. Hanni Madiha (1 Pintar)3. Ahmad Naufal (1 Bijak)

Tahun 21. Muhammad Hafiz Fahmi (2 Pintar)2. Puteri Nelly (2 Bijak)3. Iffah Najiha (2 Pintar)

Tahun 31. Nurien Shazana (3Bijak)2. Murni Aishah (3Pintar)3. Danish Irfan (3 Pintar)

2 Melukis Poster Tahap 2

Tahun 41. Nurul Syazwinna (4 Pintar)2. Zulhafzan Syahril (4Pintar)3. Najman Ilmi (4 Pintar)

Tahun 51. Liew Yuan Rong (5 Pintar)2. Wan Benjamin (5 Pintar)3. Vishnu (5 Bijak)

Tahun 61. Marcus Leng (6 Pintar)2. Elsa Septiana Tan (6 Pintar)3. Navin Ram (6 Bijak)

3 Public Speaking 1. Poh Yin Xing (5 Pintar)2. Noratikah (6 Pintar)3. Satish Kumar (5 Pintar)

4 Fashion Show 1. Mallar Molly Pauline (2 Pintar)2. Danny Lai (2 Bijak)3. Nur Aleeya (3 Pintar)

Page 6: assingment 588 - Ethnic Relation

CEEM 588 ETHNIC RELATIONSKHAIRUNNISA BT JA’AFAR (860101-23-7200)

6

Sepanjang program berlangsung, pameran-pameran di booth yang di kendalikan

oleh Kelab Persatuan mendapat sambutan yang tidak menggalakkan. Tidak ramai pelajar

berkunjung ke booth-booth. Bagi menarik minat pelajar, Kelab-kelab dan persatuan

seharusnya lebih kreatif mempamerkan budaya masing-masing. Mungkin boleh diselitkan

dengan tayangan multimedia, makanan 3D dan sebagainya.

Begitu juga dengan penyertaan mewarna tahap 1, tidak ramai pelajar mewarna

dengan bersungguh-sungguh. Mereka merasa seperti ‘asal siap’. Mungkin pada tahun-

tahun akan datang dengan mempromosi hadiah yang akan diterima oleh pelajar, dapat

menggalakkan minat pelajar dan akan mewarna bersungguh.

Program terpaksa bermula lewat kerana pelajar hadir lewat. Ini mungkin kerana

mereka merasa mungkin majlis akan mula lewat dari jadual ditetapkan, jadi mereka datang

lewat. Pada masa-masa akan datang guru kelas tahun masing-masing beerpesan kepada

pelajar supaya datang lebih awal, bukan mengikut masa program bermula, supaya waktu

pulang, ibu bapa dan penjaga tidak tertunggu-tunggu bilakah program akan tamat.

Pelajar tahap 2 seharusnya diberikan pujian, bagi pertandingan melukis poster.

Mereka melukis dan mewarna dengan bersungguh sehinggakan sukar untuk memilih

pemenang kerana terlalu ramai yang kreatif, kemas dan menarik.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan sepanjang program berlangsung, program

seperti ini haruslah di adakan setiap tahun. Ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman

pelajar mengenai permuafakatan masyarakat malah mereka dapat mencari pengalaman

pembelajaran sebaik mungkin secara praktikum.