assignment muslim modern

Upload: crahima

Post on 12-Jul-2015

413 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ASSIGNMENT

CIM 1010

1.

PENGENALAN KEWANGAN ISLAM Kewangan Islam adalah satu sistem kewangan berdasarkan Al-Quran and Hadith.

Sistem kewangan Islam ini merupakan satu alternatif kepada Sistem Kewangan Konvensional yang wujud ketika ini. Sistem ini telah berkembang ketika masyarakat global berhadapan dengan cabaran pergolakan dalam sistem kewangan konvensional yang berteraskan riba. Instrumen yang sering digunakan dalam kewangan Islam ini telah menjadi lebih berdaya saing, kreatif and inovatif. Sistem kewangan Islam ini bukan sahaja disokong oleh masyarakat Islam bahkan turut disokong masyarakat bukan Islam di beberapa buah negara yang majoritinya bukan beragama Islam seperti Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Perancis dan Jepun. Beberapa Negara maju seperti Australia telah mula melatih kepakaran dalam bidang kewangan Islam untuk merealisasikan hasrat mereka untuk menjadi hub kewangan dunia. Krisis Kewangan Asia serta Krisis Ekonomi pada 1997 dan 2008 berpunca daripada kejatuhan sistem kewangan konvensional yang telah berpaksikan kepada penghasilan wang yang tidak bersandarkan kepada asset sehingga berlakunya keruntuhan kredit yang memberi impak kepada krisis-krisis tersebut. Ketika ini, penggunaan Dinar Emas yang berdasarkan emas semakin dikenali di beberapa Negara Islam. Dinar Emas adalah selaras dengan syariah islam dan menjadi asas kepada pembangunan sistem kewangan Islam. Sistem kewangan Islam telah menunjukkan kemajuan yang ketara dalam dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing dimana ia sejajar dengan peningkatan integrasi antarabangsa dalam kewangan Islam Malaysia. Kapasiti dan keupayaan institusi peserta perbankan Islam serta infrastruktur kewanagan dan rangka kerja penyelian terus diperkukuh untuk mencapai objektif yang telah dirangka. Namun kewangan Islam bukan sahaja melibatkan bank tetapi beberapa institusi kewangan yang lain seperti agensi dan1

ASSIGNMENT

CIM 1010

pertubuhan Zakat,Waqf dan Bitumal. Di Malaysia Perbankan Islam telah bertapak lebih daripada 25 tahun. Perkembangan sistem kewangan Islam semakin rancak apabila Bank Negara Malaysia memberi sokongan penuh dengan meluluskan penubuhan syarikat penuh perbankan Islam kepada bank-bank konvesional yang berminat. Ini bermakna kaunter perbankan Islam di bank-bank konvensional akan berdiri sebagai salah satu anak syarikat bank-bank konvensional dan mempunyai satu entiti yang berasingan daripada bank-bank konvenvional yang ada pada waktu ini. Namun begitu, isu-isu yang berkaitan perbankan Islam masih tidak menepati kehendak syariah yang masih berterusan sehingga hari ini. Beberapa pihak dilihat masih sangsi dengan alternatif ini dengan menyoal isu-isu syariah yang wujud disebalik produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam sebagai produk yang tidak Islamik.

2

ASSIGNMENT

CIM 1010

1.1

ASAS-ASAS PEMBANGUNAN KEWANGAN ISLAM Sistem kewangan Islam mampu menghindari aktiviti-aktiviti yang berasaskan

riba dalam semua urusan dan memberi implikasi bahawa aktiviti pelaburan hendaklah berasaskan perkongsian keuntungan dan tidak dibenarkan langsung mengambil kira sebarang bentuk faedah riba dalam mempertimbangkan kes-kes hutang. Semua aktiviti pelaburan mestilah mengikut lunas-lunas dan prosedur yang telah digariskan dalam kontrak muamalah seperti kontrak Bay, Ijarah, Rahn, Wakalah, Jualah, Wadiah, Hiwalah dan sebagainya. Kewangan Islam juga berasaskan penyertaan dalam proses pengeluaran dan bukannya perniagaan secara hutang. Ini bererti bank-bank Islam menyertai sama dalam aktiviti-aktiviti pengeluaran samada sebagai pelaksana projek atau menjadi rakan kongsi dalam projek tersebut. Sistem kewangan islam haruslah mempunyai 2 unsur penting iaitu: Ia hendaklah berteraskan Islam sepenuhnya dan bukan setakat nama serta

labelnya sahaja. Ianya mestilah mencerminkan falsafah, nilai, etika dan matlamat syariah Islam. Ia hendaklah mempunyai ciri-ciri suatu sistem yang canggih dan berdaya maju

agar dapat bersaing dengan sistem konvesional dalam semua aspek. Bagi merealisasikan maksud ini 3 prasyarat harus terdapat dalam sistem kewangan tersebut: I. II. III. Mempunyai pelbagai instrument Jumlah institusi yang banyak dan mencukupi Mewujudkan mekanisme bagi menghubungkan antara institusi dengan instrument.3

ASSIGNMENT

CIM 1010

1.2

FUNGSI SESUATU SISTEM KEWANGAN Sistem kewangan merupakan instrumen-instrumen pasaran-pasaran,peraturan-

peraturan mengenai sesuatu tindakan perdagangan. Sistem kewangan juga bertujuan untuk mempercepatkan aliran dana daripada pembeli kepada penjual dan daripada penyimpan kepada peminjam. Antara fungsi sistem kewangan ialah Tabungan, Kekayaan, Mudah Tunai, Kredit, Pembayaran, Risiko dan Polisi. 1) Fungsi sistem kewangan sebagai Tabungan

Tabungan merupakan suatu saluran untuk keuntungan dan risiko yang rendah bagi orang ramai untuk menabung.

2)

Fungsi sistem kewangan sebagai Kekayaan

Merupakan alat menyimpan kuasa beli sehingga diperlukan untuk belanja terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan.

3)

Fungsi sistem kewangan sebagai Mudah Tunai

Merupakan alat untuk memperolehi dana dengan menukarkan sekuriti dan lain-lain asset kewangan kepada tunai.

4)

Fungsi sistem kewangan sebagai Kredit

Kredit yang berterusan kepada pengusaha, pengguna dan kerajaan untuk membantu perbelanjaan serta pelaburan dalam ekonomi.

4

ASSIGNMENT

CIM 1010

5)

Fungsi sistem kewangan sebagai Pembayaran

Menyediakan cara atau mekanisme bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan.

6)

Fungsi sistem kewangan sebagai Risiko

Melindungi pengusaha, pengguna dan kerajaan untuk menghadapi pelbagai risiko bencana terhadap nyawa, kesihatan, harta-benda dan sebagainya.

7)

Fungsi sistem kewangan sebagai Polisi

Menyediakan saluran kepada kerajaan dalam melaksanakan polisi untuk mencapai objektif dan matlamat negara seperti kadar pengangguran yang rendah, pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara.

5

ASSIGNMENT

CIM 1010

1.3

INSTRUMEN DALAM KEWANGAN ISLAM

Kewangan Islam meliputi aktiviti-aktiviti yang berkaitan kewangan (AlTasarrufat Al-Maliyah) dalam semua sektor ekonomi Islam. Keperluan kepada pembiayaan oleh setiap unit ekonomi bagi menjalankan kegiatan ekonomi. Terdapat dua cara perolehan pembiayaan unit ekonomi iaitu Pembiayaan ekuiti dan Pinjaman hutang. Pembiayaan ekuiti terdiri daripada dua cara iaitu Al- Mudharabah dan Al- Musyarakah. Al- Mudharabah ialah kontrak berdasarkan perkongsian untung amanah manakala AlMusyarakah pula ialah kontrak berdasarkan perkongsian untung usahasama. Bagi pinjaman hutang pula, ianya merupakan cara pembiayaan unit ekonomi yang telah diamalkan oleh masyarakat jahiliyah iaitu zaman sebelum kedatangan Islam dan sistem ini bersasaskan riba. Namun setelah kedatangan Islam, kedua-dua instrumen ini dikekalkan. Bagi pembayaran hutang, terdapat lima pembayaran hutang telah diperkenalkan iaitu Al-Bay bi- Thaman, Al- Bay al- Murabahah, Al- Ijarah, Bay al- salam dan Bay al- istisna. Al- Bay bi- Thaman kontrak yang berlandaskan jualan harga tertangguh dan Al- Bay al- Murabahah ialah jualan dengan tambahan untung. Al- Ijarah pula kontrak berdasarkan sewaan manakala Bay al- salam ialah jualan salam. Cara terakhir pula iaitu Bay al- istisna adalah jualan berdasarkan tempahan. Namun begitu setelah kedatangan Islam, instrumen yang berasaskan riba telah diharamkan. Berdasarkan dalam konsep Islam, riba ialah satu ziyadah ataum pertambahn. Dalam erti lain riba ialah seperti tumbuh atau membesar. Dalam kewangan islam amalan riba menyebabkan jumlah pembayaran semula pinjaman melebihi jumlah sebenar yang dipinjam.

6

ASSIGNMENT

CIM 1010

2. 2.1

RIBA KONSEP RIBA DALAM ISLAM Konsep riba atau pertambahan ini nyata dilarang dalam Islam. Ianya telah lama

berlaku iaitu sebelum kedatangan Islam lagi. Berdasarkan syariah, terdapat perselisihan pendapat mengenai amalan riba dalam Islam. Perselisihan ini berlaku kerana terdapat perbezaan pandangan mengenai riba dari sudut Riba hutang, Riba jual beli dan secara Umum. Namun begitu, semua mazhab mempunyai penjelasan tersendiri mengenai riba dimana mazhab Hanafi menyifatkan riba sebagai suatu lebihan yang tidak setara dari segi pertukarannya dimana ianya mengikut ukuran yang diyakini syarak dengan syaratsyarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak dalam kontrak pertukaran. Mahzab Hambali pula menyifatkan riba adalah melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu yang tertentu itu dengan sesuatu perkara. Dari pandangan mazhab Syafie pula, riba merupakan suatu suatu kontrak keatas sesuatu tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada pandangan yang diakui syarak samada ketika berkontrak atau penangguhan pada kedua-dua atau pada sesuatu pertukaran tersebut. Mazhab Miliki berpendapat riba adalah lebihan pada bilangan atau timbangan yang sebenar atau samar- samar dan menangguhkannya. Para ulama pula mendefinisikan bahawa riba berlaku pada dua perkara iaitu jualbeli dan tanggungan urusniaga kredit. Dari segi syarak pula, riba merupakan lebihan bayaran daripada wang pokok ataupun harta asal megikut perjanjian yang telah disyaratkan terlebih dahulu. Selain itu, riba adalah kontrak ke atas pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak. Akhir sekali, syarak menyifatkan riba sebagai suatu penangguhan serahan pada salah satu barang yang ditukarkan atau

7

ASSIGNMENT

CIM 1010

yang diperdagangkan bagi pertukaran matawang atau barangan ribawi (al Nuqud adan al Atimah). Terdapat tiga urusniaga yang membawa kepada amaln riba iaitu yang pertama merupakan jaminan pemulangan kepada individu semata-mata atas asas pemilikan atau tanpa berusaha. Kedua adalah kontrak antara pihak yang menetapkan syarat awalan jumlahan keuntungan tertentu tanpa melihat kepada hasil daripada kontrak itu dan yang terakhir pula adalah kontrak- kontrak yang dipersetujui mengandungi unsur gharar atau ketidakpastian. Malah tedapat tiga unsur asas dalam urusniaga yang melibatkan riba iaitu: i) ii) iii) Lebihan daripada jumlah pokok pinjaman Penentuan lebihan yang berkaitan dengan tempoh atau jangkamasa Persetujuan berdasarkan syarat lebihan yang ditentukan terlebih dahulu iaitu

dalam perjanjian pinjaman.

8

ASSIGNMENT

CIM 1010

2.2

JENIS-JENIS RIBA

Riba Al-Nasiah Riba Al-Nasiah juga dikenali sebagai riba hutang piutang. Riba ini turut dikenali sebagai riba jahilliyah kerana amalan riba ini terdapat atau dijalan pada zaman jahilliyah. Ternyata ini diharamkan dari nas-alquran. Riba ini merupakan tambahan kepada hutang kerana perlanjutan tempoh matang pembayaran balik atau tambahan yang diambil oleh pemiutang kepada si penghutang yang telah disyariatkan dalam perlanjutan sesuatu tempoh itu. Tambahan ke atas hutang dilakukan semasa kontrak itu dibuat dimana pinjaman beserta tambahan yang telah disyaratkan semasa berkontrak. Segala tambahan itu akan diambil bersama-sama wang pokok. Tambahan ke atas hutang dibuat kerana berlaku penangguhan pembayaran apabila tiba tempoh pembayaran samada hutang itu berpunca daripada urusan urusniaga dengan harta tertangguh atau berpunca daripada urusniaga pinjaman. Ini bermakna penghutang gagal mejelaskan hutang mereka.

Riba Al-Fadl Riba Al-Fidl berlaku apabila terdapat unsur lebihan atau perbezaan kuantiti dalam sesuatu urusniaga pertukaran atau jual beli barangan yang sama jenis daripada kumpulan barangan rabawi. Riba ini diharamkan berdasarkan hadith rasulallah yang meminta supaya emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam yang dijadikan barang pertukaran yang sama jenis maka mestilah dalam bentuk pertukaran yang serta merta, sama banyak dan serupa. Riba Al-Fadl juga dikenali sebagai Riba Al-Sunnah.

9

ASSIGNMENT

CIM 1010

3.

SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA

3.1 CONTOH ASAS-ASAS DALAM KEWANGAN ISLAM Asas- asas dalam sistem kewangan Islam antaranya adalah aktiviti- aktiviti pelaburan yang berasaskan perkongsian untung rugi. Amalan riba adalah amat dilarang dalam kes- kes berkaitan hutang. Malah semua aktiviti pelabuaran haruslah dilaksanakan berdasarkan kontrak muamalah. Ianya juga haruslah berasaskan penyertaan dalam proses pengeluaran dan bukannya perniagaan secara hutang atau partnership. Salah satu konsep yang diperkenalkan dalam kewangan Islam adalah Al Syirkah yang berlandaskan pembayaran ekuiti. Al Syirkah yang bermaksud percampuran atau bercampur sekutu atau bercampur harta dari segi bahasa. Dari segi feqah pula, Al Syirkah adalah kontrak perniagaan diantara dua pihak atau lebih yang kemudiannya bersama- sama berkongsi sesuatu usaha melalui harta iaitu modal pokok, keusahawanan ataupun reputasi dengan kongsi bersama samada keuntungan atau kerugian antara mereka mengikut persetujuan bersama. Al Syirkah terdiri daripada dua jenis iaitu: i) ii) Syarikat Al Milk Syarikat Al -Aqd

Syarikat Al Milk dikenali sebagai Al Amlak dimana terdapat pemilikan dua pihak atau lebih ke atas sesuatu benda tanpa adanya kontrak syirkah. Ia juga tidak melibatkan usahasama dalam memajukan sesuatu harta tersebut. Syarikat Al Aqd pula juga dikenali sebagai Al Uqud dimana kontrak antara dua pihak atau lebih dalam membuat10

ASSIGNMENT

CIM 1010

perkongsian modal atau harta yang bertujuan mewujudkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan kemudiannya segala hasil yang diterima haruslah dikongsi bersama.

Dalam pada itu pula, Syarikat Al Uqud mempunyai tiga ketegori yang terdiri daripada: i) Perkongsian kewangan Dikenali sebagai Syarikah Al- Amwal. Berfungsi sebagai wang atau modal

dalam berbentuk kewangan yang berfungsi sebagai pelaburan utama. ii) Perkongsian buruh Dikenali sebagai Syarikah Al Amal atau Al Abdan. Perkongsian ini

menjadikan sebahagian besar atau keseluruhannya berbentuk usaha atau kemahiran ahli-ahli yang berkongsi. iii) Perkongsian kredit Dikenali sebagai Syarikah Al Wujuh. Berfungsi dengan setiap orang ahli

mempunyai reputasi yang baik dalam memulakan perniagaan yang berbentuk kredit. Hasil atau keuntungan kemudiannya dibahagikan secara sama rata. Dalam kewangan Islam, pembayaran hutang haruslah bebas daripada unsur-unsur riba. Melalui kewangan Islam, terdapat dua bentuk pembayaran semula pinjaman atau hutang yang dibenarkan oleh syarak iaitu: i) ii) Bay Al-Istisna (Tempahan) Bay Al-Salam

11

ASSIGNMENT

CIM 1010

Bay Al-Istisna Bay Al-Istisna yang juga dikenali sebagai tempahan turut bermaksud meminta supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu. Kontrak tempahan ialah kontrak jual beli dimana pembeli membuat sesuatu tempahan atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya agar dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa tertentu disamping menetapkan harga dan cara pembayaran. Secara amnya, AlIstisna melibatkan sesuatu pembuatan barangan melalui satu kontrak jual beli. Namun begitu, kontrak Al-Istisna boleh dibatalkan sebelum sesuatu pembuatan barangan itu dimulakan. Bay Al-Salam Bay Al-Salam ialah kontrak jualan dimana penjual bersetuju menjual sesuatu barang itu pada tarikh yang ditetapkan dengan menerima terlebih dahulu bayaran penuh. Ini bertujuan agar keperluan petani kecil yang mungkin memerlukan wang untuk pertanian dan menyara keluarga mereka sebelum musim menuai dapat dipenuhi. Secara amnya, Al-Salam boleh dilakukan dengan adanya pembuatan ataupun tidak berbanding Al Istisna yang memerlukan pembuatan barangan. Namun begitu, kontrak salam memerlukan harga barangan haruslah dibayar terlebih dahulu berbanding dengan AlIstisna yang tidak semestinya dilakukan terlebih dahulu sesuatu pembayaran itu. Kontrak salam tidak boleh dibatalkan setelah ianya dipersetujui oleh pihak yang terlibat. Contoh dan konsep kewangan Islam yang lain akan diterangkan dalam bahagian KONSEP-KONSEP KEWANGAN ISLAM.

12

ASSIGNMENT

CIM 1010

3.2

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM Sejarah menunjukkan hanya beberapa institusi kewangan sahaja yang pernah

diwujudkan oleh orang Islam. Institusi-institusi kewangan tersebut termasuklah baitulmal, waqf dan takaful. Baitulmal Peranan baitulmal menyerupai Kementerian Kewangan pada masa sekarang. Ianya dijaga oleh seorang yang khusus seperti bendahari atau menteri kewangan sekarang. Ia merupakan tempat khas untuk menjaga harta negara dan perbelajaan yang dikeluarkan tidak bertentangan dengan syara. Unsur keseimbangan antara perbelanjaan dan pendapatan turut di ambil kira.Baitulmal yang juga merupakan badan perbendaharaan dan peranannya bukan setakat menyimpan dan mengagihkan harta kerajaan bahkan peranannya jauh lebih penting daripada itu antaranya: Memainkan peranan penting dalam membentuk dan menggubal dasar kewangan dan pembiayaan awam yang kini dilakukan oleh Kementerian Kewangan. Melaksanakan tugas bank pusat terutama sebagai sumber pemberi pinjam terakhir. Membentuk dasar dan melaksanakan perangcangan dan pembangunan negara. Berfungsi mengutip segala kutipan (zakat, dan cukai lain) yang wajib atau pun harus. Waqf Institusi waqf juga digolongkan sebagai institusi kewangan yang pernah wujud pada zaman Rasulullah. Waqf membawa maksud tahankan atau hentikan. Pada prinsipnya, harta yang diwaqfkan itu tidak dapat digunakan lagi, cuma hasilnya yang dapat

13

ASSIGNMENT

CIM 1010

digunakan untuk faedah penerima waqf tadi.Waqf memainkan peranan yang amat penting sebagi sumber kewangan untuk berbagai-bagai tujuan yang berfaedah bagi seseorang, kumpulan, masyarakat, dan lain-lain. Contohnya Universiti al-Azhar dibiayai sepenuhnya oleh sistem waqf sahaja. Oleh itu setiap pelajar tidak perlu membayar apa-apa yuran hingga ke hari ini.

Takaful Pada akhir kurun ke-8, orang-orang Islam membentuk dan memperkembangkan sains lautan dan membina sebuah unit angkatan laut yang kuat di Mediterranean. Orangorang Islam juga menjadi pemerintah tunggal di laut dan juga di darat di timur dan barat pada zaman pertengahan. Kapal-kapal mereka yang membawa manusia dan barangan belayar jauh ke timur tanpa sebarang gangguan.Mereka juga mengamalkan kontrak takaful berdasarkan kepentingan bersama. Mereka membuat perjanjian takaful untuk kapal-kapal serta dagangan dalam kapal mereka berdasaarkan prinsip kepentingan bersama. Setiap kapal-kapal dagangan dari pusat dagangan utama seperti di Seville, Cordoba di Sepanyol ke India dan Lautan Pasifik di jamin dibawah kontrak takaful. Sebarang kerugian kerana kemalangan dalam lautan dibayar daripada takaful yang terdiri daripada para pedagang tadi, tanpa sebarang unsur riba. Perbezaan antara urusan syarikat takaful dan syarikat insurans konvensional ialah dari niat, prinsip, dan urusniaga. Dalam konsep takaful, peserta rangcangan takaful bersetuju memberi berdasarkan tabarru (derma) dengan niat membantu antara satu sama lain berbeza dengan sistem kewangan konvensional, objektif peserta ialah hanya untuk hanya untuk mendapatkan keuntungan dan perlindungan. Manakala prinsip amalan takaful dapatlah disimpulkan sebagai satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong antara anggota masyarakat yang sama-sama ingin mendapatkan perlindungan bagi

14

ASSIGNMENT

CIM 1010

menghadapi kemungkinan mala petaka dan bencana Dan dari segi urusniaga pula skim takaful nyata mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syara.

3.3

INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

Pada masa ini kesedaran rakyat malaysia dalam menggunakan produk kewangan yang berunsurkan syarak dan islam sudah semakin meluas,kini di malaysia terdapat banyak institusi perbankan mengunakan konsep berlandaskan syarak dalam urusan perniagaan mereka. Secara amnya institusi kewangan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sistem perbankan dan sistem perantaraan bukan perbankan. Dan sistem perbankan pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu institusi bukan monetari dan bukan moneteri. Instusi monetari ini termasuklah Bank Negara Malaysia sendiri dan bank-bank perdagangan. Manakala institusi bukan monetari ini termasuklah syarikat kewangan, bank saudagar, rumah diskaun perbadanan jaminan kredit.Intitusi perantaraan kewangan bukan perbankan pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis: Institusi Pembangunan Kewangan Institusi Tabungan/Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Syarikat Insurans Institusi Pelaburan Khas (Yayasan Pelaburan) Pasaran Saham

15

ASSIGNMENT

CIM 1010

3.4

CONTOH-CONTOH INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

Bagi institusi kewangan islam di Malaysia semua produk perbankan menggunakan konsep islam yang berlandaskan hukum-hukum syarak yang telah ditetapkan.Terdapat juga Jawatankuasa khas yang mengawal selia bagi memastikan semua produk perbankan islam mengikut syarat-syarat yang telah dilunaskan oleh syarak dan juga undang-undang Malaysia.Antara contoh-contoh bank yang

menggunakan perbankan islam adalah: Bank Islam Malaysia Berhad Bank Muamalat Malaysia Berhad Lembaga Tabung Haji Malaysia

Ada juga bank perdagangan yang menubukan anak syarikat yang mengunakan sistem perbankan islam,antaranya: CIMB Islamic Bank Berhad Maybank Islamic Berhad Affin Islamic Bank Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad Amislamic Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad

Semua

bank-bank

perdagangan

diatas

menawarkan

pelbagai

perkhidmatan

berkonsepkan islam dan berteraskan syarak dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

16

ASSIGNMENT

CIM 1010

3.5

KONSEP-KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM.

Antara konsep-konsep dalam sistem kewangan islam adalah: o Al-Mudharabah:Iaitu satu konsep yang menyatakan suatu akad antara 2 orang

pihak,pihak yang melibatkan penyerahan harta oleh satu pihak untuk berniaga dan berkongsi keuntungan dengan syarat-syarat tertentu. o Al-Murabahah:Iaitu kaedah menjual sesuatu barangan dengan harga modal

beserta dengan tambahan sejumlah keuntungan yang telah dipersetujui. o Al-Musyarakah:Suatu akad antara pemegang-pemegang saham bersama-sama

rakan-rakan kongsi ke atas modal dan keuntungan. o Bai Bithaman Ajil:Iaitu suatu kaedah penjualan barang berdasarkan

pembayaran tertangguh pada harga tertentu,termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui. o o Bai Al Dayn:Transaksi jual beli keatas barangan. Al-Ijarah:Menjual suatu manfaat atau faedah penggunaan iaitu perkhidmatan

dengan harga atau bayaran yang ditentukan. o o Al-ijarah thumma al-bai:Dua elemen iaitu sewaan dan belian. Al-Bai al-Inah: Iaitu suatu kaedah pejualan sesuatu barangan kepada

pihak lain secara bayaran tertangguh dan seterusnya aset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara tunai pada harga diskaun. o Al-wakalah: Kaedah melantik seseorang mengambil tempat si pelantik bagi

melaksanakan suatu tugas dan urusan bagi pihak dirinya. o Al-rahn:Konsep menjadikan suatu barangan yang berharga sebagai sandaran

bagi hutang yang diambil dimana barangan ini boleh membayar hutang tersebut jika hutang tidak dapat dijelaskan.17

ASSIGNMENT

CIM 1010

o hanya

Qardhul Hassan:Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam dikehendaki membayar jumlah wang yang dipinjam

sahaja.Walaubagaimanapun,diatas budi bicara peminjam,beliau boleh membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya.sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman. o o Al-ujr:komisyen atau yuran yang dikenakan bagi sesuatu perkhidhmatan. Al-hiba:Sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman

yang diberi atau manfaat yang diterima.

18

ASSIGNMENT

CIM 1010

3.6

PRODUK-PRODUK KEWANGAN ISLAM

BIL 1

NAMA PRODUK Al-Wadiah Saving Account Al-Wadiah current Account Al-Mudharabah Affin TinyTycoon Al-Mudharabah General Investment Mudharabah Saving Account-I Mudharabah Children Saving Account-i

KONSEP Al-Wadiah Al-Wadiah Mudharabah Mudharabah

NAMA BANK Affin Islamic Bank

2

Mudharabah Mudharabah

Al-Rajhi Bank

3

Lesing-I

Ijarah thumma bai Wadiah Yad Dhamanah Mudharabah : profit sharing Bai Al-Inah Ijarah Thumma Al-bai Bai Bithaman Ajil Ijarah Thumma Al-Bai Musyarakah and mudharabah Ijarah Thumma Bai Ijarah Istisna Bai Bithaman Ajil Wakalah&Murab ahah Bai Dayn

Alliance Islamic Bank AmIslamic Bank

4

Basic Current Account-i Afdhal Investment Account-I Al-Taslif Card-I Features Arif Hire Purchase-I Home Financing-I Industrial Hire Purchase-I Project Financing-i

5

Hire Purchase-I Leasing-I Project Financing/Bridging Equipment & Commercial Property Financing-i Letter Of Credit-i Accepted Bills-I

Bank Islam

19

ASSIGNMENT

CIM 1010

6

Al-Wadiah saving-I Mudharabah General Investment Account-I (GIA)

Wadiah YadDhamanah contract Mudharabah

Bank Muamalat

7

Nuri Saving Account-i Syabab Saving Account-I Tawfir Saving Account-I Qiradh Investment Account-I Qiradh Investment Account-I (SPBR) Qiradh Investment Account-I (senior Citizen) Pembiayaan Perumahan I Pembiayaan Peribadi-I BSN-I BPA

Al-Mudharabah Al-Mudharabah Al-Mudharabah Al-Mudharabah Bai Al-Inah Al-Mudharabah

Bank Rakyat

8

Bai Bithaman Ajil Bai Al-Inah

BSN Perbankan Islam

9

Children Saving account-I

Wadiah&Mudhar abah Wakalah&Hibah Wadiah Yad Dhamanah Mudharabah BBA Auto Aitab

CIMB Islamic

10

Citibank Guard Savings Account-I Citibank Checking Account-I Citibank Time Deposit-I Home/House Financing-i Hire Purchase-i

Citibank Islamic Banking

11

EONCap Islamic Bank

12

Hong Leong Current Account-I Hong Leong Current Account One-I Hong Leong Savings AccountI Hong Leong Multi-Tier Saving Account-I Hong Leong Junior Saving Account-I

Hong Leong Islamic Bank

Wadiah Mudharabah Wadiah Mudharabah Mudharabah

20

ASSIGNMENT

CIM 1010

13

Akaun Business Vantage-I Amanah Surat Kredit-I Amanah Jaminan perkapalan-I Amanah Financing-i Home Financing-i

Wadiah Yad Dhamanah Wakalah&murab ahah Kafalah Musyarakah Mutanaqisah

HSBC Amanah

14

Kuwait Finance House

15

Murabahah Cash Line Facilityi Mudharabah Investment account Wadiah account Primier Mudharabah account-i Tamwil Cash Line Facility-i Contract(Deferred Payment Sale) Contract (Leasing) Contract (Leasing and subsequently Purchase) Corporate financing under Cost plus sale Agency Guarantee

Murabahah Mudharabah Wadiah Mudharabah Tamwil

Maybank Islamic Banking

16

OCBC Islamic Banking

Wadiah Yad Dhamanah BaiBithaman Ajil Ijarah Ijarah Thumma Bai Bai Istisna or Ijarah Muntahiah Bi Tamlik Bai murabahah Wakalah Kafalah

17

Saving account-i Current account-I BASIC Wadiah Saving Account-i BASIC Wadiah current Account-i General investment Account-i AITAB Hire Purchase-i

Wadiah Wadiah Wadiah Wadiah mudharabah

Public Bank Islamic Banking

21

ASSIGNMENT

CIM 1010

18

Hire Purchase-i Home Financing-I Industrial Hire Purchase-i Term Financing-I

Ijarah Thumma al-Bai Musharakah Ijarah Thumma al-Bai Murabahah, istisna, ijarah Mudharabah Al-Wadiah Yad Dhamanah

RHB Islamic Bank

19

Special General Investment Account-I (SGIA) Current Account-I

Standard Chartered Islamic Banking

22

ASSIGNMENT

CIM 1010

4.

PERANAN DAN FUNGSI KEWANGAN ISLAM

Antara peranan-peranan institusi kewangan dalam sesebuah negara adalah: Peranan institusi kewangan dalam sesebuah negara adalah sebagai nadi

penggerak dalam kegiatan sesebuah ekonomi negara. Ia juga bertindak sebagai pengantara diantara pihak pendeposit yang

mempunyai lebihan wang dan pihak deficit yang memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Peranan institusi kewangan sangatlah penting dalam membangun dan

memantapkan sesebuah ekonomi melalui penawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan berteraskan kepada syarak.

23

ASSIGNMENT

CIM 1010

5.

KESIMPULAN

Pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dalam sistem kewangan harus dijalankan secara berperingkat, iaitu setiap langkah hanya diambil setelah kajian teliti disempurnakan dengan mengambil kira faktor-faktor berkaitan, khususnya pertimbangan daya maju. Dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia adalah penting institusi-institusi di pinggir sistem perbankan dan sistem pasaran modal juga beroperasi atas lunas-lunas Islam. Ini menunjukkan satu perkembangan terhadap pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia. Keadaan ini boleh lebih mantap apabila masyarakat bukan Islam lebih menyakini sistem kewangan Islam dibandingkan dengan sistem konvensional. Seperkara yang perlu diberi pertimbangan ialah perlunya gabungan para ilmuan dua bidang, iaitu ekonomi konvensional dan ekonomi syariah. Ini adalah perlu kerana bidang pengajian ini amat menekankan pengkhususan sehingga seseorang itu menjadi pakar dalam bidang yang amat kecil skopnya. Mana-mana satu golongan secara bersendirian amat sukar untuk menghasilkan model ekonomi Islam yang tahan diuji apabila berhadapan dengan ekonomi konvensional.

24

ASSIGNMENT

CIM 1010

6.

REFERENCE

1) Zamir Iqbal and Abbas Mirakhor (2007), 'An introduction to Islamic Finance, Theory and Practice. 2) Ibrahim Warde (2000), Islamic Finance in the Global Economy.

25