assignment fizik 2 final
DESCRIPTION
OUM, Open UniversitiTRANSCRIPT
FIZIK II
(HBSC4303_V2)
SEMESTER MEI 2015
NAMA : JAMALLUDIN BIN JUNLI
NO. MATRIKULASI : 840205125141001
NO. KAD PENGENALAN : 840205125141
NO. TELEFON : 0128897750 / 0198937750
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN LEARNING CENTER
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 NUKLEAR SEBAGAI SUMBER TENAGA ALTERNATIF 2
3.0 KEPERLUAN SUMBER TENAGA NUKLEAR 6
4.0 TINJAUAN PENDAPAT MASYARAKAT SETEMPAT
MENGENAI PEMBINAAN LOJI NUKLEAR
7
5.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU
DIAMBIL DALAM PENYEDIAAN SUMBER TENAGA
NUKLEAR
20
6.0 PENUTUP 23
BIBLIOGRAFI
HBSC4303_V2
1.0 PENDAHULUAN
Tenaga elektrik boleh dikatakan sebagai salah satu daripada keperluan kehidupan
masyarakat dunia pada masa kini. Peralatan-peralatan canggih yang digunakan manusia
pada masa kini kebanyakkannya menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga
operasinya. Dari sekecil-kecil ciptaan seperti telefon bimbit sehinggalah kepada
penggunaan mesin-mesin untuk kegunaan industri berat semuanya menggunakan tenaga
elektrik. Ini bermakna, kepentingan tenaga elektrik bukan sahaja melibatkan keperluan
individu malah ia juga melibatkan keperluan utama kepada organisasi-organisasi besar
supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan efektif. Maka dengan itu, boleh
dikatakan bahawa kemajuan dalam bidang perbekalan tenaga elektrik sangat
mempengaruhi kadar pertumbuhan sesebuah negara.
Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan pertambahan penduduk, permintaan
terhadap perbekalan elektrik sama ada untuk kegunaan pengguna awam mahupun
komersial telah meningkat setiap tahun. Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga mengenai Industri Pembekalan Tenaga Elektrik Di Malaysia untuk
Tahun 2010 menunjukkan bahawa permintaan terhadap perbekalan tenaga elektrik
meningkat setiap tahun. Manakala dalam laporan yang sama untuk tahun 2012,
Suruhanjaya Tenaga telah melaporkan bahawa Sabah masih lagi berhadapan dengan isu
kekurangan bekalan elektrik dan keadaannya semakin meruncing akibat kerosakan pada
sistem janakuasa disel selain terdapat masalah kesediaan dan daya harap yang rendah
bagi sesetengah stesen janakuasa Sabah Electicity (SESB) yang lain. Keadaan inilah yang
menyebabkan perbekalan tenaga elektrik yang rendah dan kurang memuaskan terutama
di Sabah boleh dikatakan tidak seimbang dengan peningkatan kadar tarif elektrik yang
semakin meningkat setiap tahun.
Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula
jadi yang boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Namun sumber-sumber ini
bukan sesuatu yang kekal dan ianya akan habis digunakan suatu hari nanti. Menurut
1
HBSC4303_V2
Suzana Fairuz (2013), Malaysia yang dahulunya sebuah negara yang kaya dengan sumber
aslinya seperti minyak dan gas asli kini mengalami masalah penyusutan simpanan
sumber aslinya, dan bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga import pada tahun
2019 untuk memenuhi keperluan tenaga tempatan. Menyedari akan permasalahan
permintaan perbekalan elektrik yang semakin bertambah serta keadaan sumber tenaga
yang semakin berkurang, maka adalah penting bagi negara menerokai bidang baru dalam
menghasilkan tenaga elektrik bagi memenuhi keperluan pengguna. Antara bidang sumber
tenaga yang boleh dipertimbangkan ialah sistem janakuasa solar, sistem jana kuasa
kinetik (kincir angin) ataupun sistem janakuasa nuklear.
2.0 NUKLEAR SEBAGAI SUMBER TENAGA ALTERNATIF
Tenaga nuklear merupakan salah satu daripada skop kajian pihak kerajaan bagi
mengatasi masalah perbekalan elektrik. Jika dibandingkan dengan penjanaan kuasa
melalui sistem tenaga solar dan sistem tenaga kinetik, sistem janakuasa tenaga nuklear
adalah lebih efisyen dalam penghasilan tenaga elektrik. Sistem janakuasa nuklear bukan
sahaja hanya memerlukan input (bahan seperti plutonium dan uranium) yang sedikit
tetapi mampu menghasikan output (tenaga) yang besar, malah ia adalah bebas dari
pelepasan karbon dioksida yang menyebabkan kesan rumah hijau seperti yang berlaku
akibat penggunaan sistem janakuasa bahan api fossil. Negara kita boleh mengambil
contoh atau menggunakan sistem janakuasa nuklear seperti di Jepun dan Russia kerana
negara-negara ini sudah lama menggunakan teknologi ini dan mempunyai kepakaran
tersendiri dalam membangunkan sistem janakuasa tenaga nuklear.
Jepun boleh dikatakan antara negara contoh terbaik dalam melaksanakan sistem
janakuasa elektrik melalui penjanaan nuklear. Walaupun bentuk muka buminya adalah
terhad serta seringkali berlaku kejadian gempa bumi, namun Jepun telah mencapai
kemajuan dalam meminimakan risiko kemalangan nuklear. Buktinya dalam kejadian
kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi pada tahun 2011 akibat kejadian gempa bumi
pada kekuatan 9.0 magnitut dan dilanda Tsunami setinggi 15 meter, loji berkenaan hanya
2
HBSC4303_V2
mengalami kebocoran radioaktif akibat rekahan pada dinding loji. Walaupun impaknya
terhadap keselamatan dan kesihatan manusia adalah tinggi. Namun kejadian tersebut
telah menunjukkan bahawa kemajuan dalam bidang penjanaan tenaga nuklear telah
mencapai terutama dalam struktur binaan yang mampu mengelakkan loji nuklear
meletup dan kemajuan dalam memastikan kawalan penyebaran radioaktif yang pantas.
Nikolay Drozdov, Pengarah Jabatan Perniagaan Antarabangsa, Perbadanan
Tenaga Atom Rusia (Rosatom), semasa menghadiri persidangan tahunan keenam Nuclear
Power Asia (NPA), berkata wujudnya keperluan untuk membangunkan bidang sumber
tenaga bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosial yang pesat di
rantau asia tenggara. Tenaga nuklear merupakan satu daripada penyelesaian yang
berkesan dan antara paling murah untuk menyokong pertumbuhan tersebut. Walaupun
kos penyediaan dan pembinaan infrastruktur loji tenaga nuklear adalah tinggi, namun
untuk jangka masa panjang ia dapat menjimatkan kos operasi sehingga 10 peratus.
Negara Iran contohnya, telah dapat menjimatkan sehingga 2.8 bilion liter penggunaan
bahan api untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik dalam setahun. Namun demikian,
adalah amat penting bagi negara bagi menentukan jenis loji yang hendak dibangunkan
serta memikirkan kaedah atau langkah keselamatan yang perlu ditekankan sebelum dan
semasa melaksanakan projek pembangunan tenaga nuklear ni negara ini.
2.1 Reaktor Nuklear
Reaktor nuklear merupakan stesen janakuasa yang menghasilkan atau
menukarkan tenaga nuklear kepada tenaga elektrik melalui proses pembelahan
nukleus yang berlaku secara berantai. Reaktor nuklear juga berperanan untuk
mengawal proses pembelahan nukleus bagi membolehkan hasilan tenaga elektrik
adalah seperti yang dikehendaki dan mengelakkan sebarang kemungkinan
berlakunya kemalangan akibat pembelahan nukleus secara tidak terkawal.
Gambarajah berikut menunjukkan lakaran skematik sebuah stesen janakuasa
elektrik nuklear:
3
HBSC4303_V2
Gambarajah 1: Lakaran skematik stesen janakuasa elektrik nuklear
(Sumber: http://media-1.web.britannica.com/eb-media/62/162162-004-
0EED602E.jpg)
Tindakbalas pembelahan nukleus berlaku di dalam teras reaktor. Proses
pengawalan pembelahan nukleus juga berlaku di sisi. Air di bawah tekanan tinggi
akan dipam untuk melalui teras nuklear. Pemindahan tenaga haba yang berlaku
semasa air melalui teras nuklear akan menjadikan air tersebut mendidih pada suhu
yang amat tinggi dan kemudiannya bertukar menjadi wap air. Wap air ini akan
disalurkan ke bahagian turbin dan memutarkannya bagi menghasilkan tenaga
kinetik yang kemudiannya ditukarkan lagi kepada tenaga elektrik. Wap air yang
telah melalui turbin tadi akan disalurkan ke bahagian penyejukan bagi
membolehkan ia bertukar semula kepada air biasa semula dan digunakan semula
bagi tujuan yang seperti sebelumnya. Proses kitaran ini berlaku secara berterusan.
Manakala tenaga elektrik yang dihasilkan melalui gerakan putaran turbin tadi
4
HBSC4303_V2
akan disalurkan kepada sistem grid nasional yang digunakan untuk menghantar
tenaga elektrik untuk kegunaan industri dan awam.
Gambarajah 2: Proses penukaran tenaga nuklear kepada tenaga elektrik.
2.2 Proses Pembelahan Nuklear
Pembelahan nuklear adalah proses di mana nukleus yang besar berpecah kepada
dua nukleus yang lebih kecil dengan pengeluaran tenaga. Dalam erti kata lain,
pembelahan proses di mana nukleus yang dibahagikan kepada dua atau lebih
serpihan, dan neutron dan tenaga dilepaskan. Proses pembelahan nukleus ini akan
berlaku secara berterusan dan perlu dikawal bagi mengelakkan sebarang risiko
kemalangan. Gambarajah berikut menunjukkan proses pembelahan nukleus yang
berlaki secara berantai:
5
HBSC4303_V2
Gambarajah 3: Proses pembelahan nukleus secara berantai.
(Sumber: http://www.passmyexams.co.uk/GCSE/physics/images/chain-
reaction.jpg)
3.0 KEPERLUAN SUMBER TENAGA NUKLEAR
Tenaga nuklear adalah sumber tenaga yang bersih, selamat, boleh dipercayai
dan berdaya saing. Ia adalah satu-satunya sumber tenaga yang boleh menggantikan
sebahagian besar daripada bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas) yang secara
besar-besaran mencemarkan atmosfera dan menyumbang kepada kesan rumah hijau.
Sekiranya kita serius tentang masalah perubahan iklim dunia, maka penggunaan tenaga
nuklear adalah jalan yang terbaik untuk mengatasinya. Selain itu, Malaysia sebagai
sebuah negara membangun dan bercita-cita untuk mencapai status negara maju pada
tahun 2020, maka seharusnya barisan kepimpinan negara pada masa kini mengetahui
bahawa wujudnya keperluan terhadap penggunaan tenaga yang cekap, jimat dan
berkapasiti tinggi.
Merujuk kepada Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
mengenai Industri Pembekalan Tenaga Elektrik Di Malaysia untuk Tahun 2012,
dinyatakan bahawa masalah sistem perbekalan tenaga elektrik di Sabah seringkali berlaku
akibat daripada kerosakan janakuasa disel sehingga menyebabkan gangguan perbekalan
elektrik adalah disebabkan kerosakan pada janakuasa disel sehingga menyebabkan
6
HBSC4303_V2
ketidakcekapan bekalan dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan elektrik di
seluruh kawasan di Sabah. Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegiatan pendawaian secara
haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga keadaan
perbekalan tenaga elektrik sering tidak mencukupi. Penggunaan tenaga nuklear untuk
menjana elektrik akan mengurangkan kebergantungan terhadap sistem janakuasa hidro
dan bahan api fosil yang digunakan secara meluas di Sabah. Bentuk geografi negeri
Sabah yang luas serta berkedudukan strategik kerana terlindung daripada tiupan angin
kencang sepanjang tahun serta berada di luar garisan lingkaran gunung berapi dan
kejadian gempa bumi menjadikan Sabah sangat sesuai untuk membina sekurang-
kurangnya satu atau dua loji nuklear bagi menampung bekalan elektrik.
Saya, secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masanya negara mengorak
langkah baru dalam penghasilan tenaga baru, iaitu dengan memulakan projek janakuasa
nuklearnya. Oleh itu, saya sangat menyokong sekiranya pihak kerajaan berhasrat untuk
membina loji nuklear di negara ini. Kombinasi antara penjimatan kos operasi, kos bahan
yang rendah, dan penjanaan tenaga yang tinggi dan efisyen menjadikan tenaga nuklear
dilihat sebagai jawapan kepada masalah untuk mencari sumber tenaga baru yang murah
dan berkapasiti tinggi.
4.0 TINJAUAN PENDAPAT MASYARAKAT SETEMPAT MENGENAI
PEMBINAAN LOJI NUKLEAR
Walaupun pembinaan loji nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik masih
dalam pertimbangan pihak kerajaan, namun keperluan terhadap teknologi ini dilihat
semakin releven dengan perkembangan teknologi semasa. Namun demikian, pendapat
masyarakat setempat juga perlu diambil kira sekiranya phak yang berkenaan ingin
membina loji nuklear di kawasan berhampiran. Maka dengan itu, saya telah menjalankan
soal selidik bagi mendapatkan respon masyarakat setempat sekiranya pihak berkenaan
ingin membina loji berkenaan berhampiran dengan kawasan kediaman mereka. Soal
selidik ini dijalankan kepada 100 orang respondan yang terdiri daripada pelbagai latar
7
HBSC4303_V2
belakang sosial, pekerjaan dan pendidikan. Julat umur respondan adalah daripada umur
21 tahun sehingga 60 tahun. Soal selidik ini dijalankan dengan kaedah temubual di
kawasan kejiranan saya iaitu di kawasan perumahan Taman Pertama Satu, Lahad Datu.
4.1 Instrumen Soal Selidik
Saya akan mengadakan soal jawab mengenai tenaga elektrik dan penjanaannya. Tuan/ puan /
saudara / saudari akan menjawab soalan-soalan saya dengan bersetuju atau tidak dengan
soalan atau pernyataan yang saya nyatakan.
Bil Soalan / Pernyataan Ya Tidak
1 Adakah anda bersetuju bahawa tenaga elektrik merupakan suatu
keperluan dalam kehidupan seharian kita?
2 Adakah anda menyedari tarif elektrik meningkat pada setiap tahun?
3 Adakah anda bersetuju bahwa kenaikan tarif elektrik seimbang dengan
kelancaran perbekalan elektrik yang diterima?
4 Tahukah anda bahawa kenaikan tarif elektrik adalah disebabkan
penggunaan sistem janakuasa bahan api fosil (penjanaan disel dan
gas)?
5 Adakah anda menyedari bahawa terdapat cas sebanyak 1.6 % daripada
kadar penggunaan elektrik bulanan dimasukkan kedalam Kumpulan
Wang Tenaga Boleh Baharu?
*Merujuk kepada bil bulanan yang dikeluarkan oleh SESB
6 Adakah anda mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga
Boleh Baharu?
8
HBSC4303_V2
7 Adakah anda mengetahui sumber tenaga lain selain daripada sistem
janakuasa hidro, sistem janakuasa bahan api fosil, sistem janakuasa
solar dan sistem janakuasa kinetik (kincir angin)?
8 Bersetujukah anda jika saya nyatakan bahawa penggunaan bahan api
fosil seperti disel, gas asli dan arang batu menyumbang kepada
berlakunya kesan rumah hijau?
9 Adakah anda mengetahui bahawa sistem janakuasa solar dan kinetik
(kincir angin) memerlukan kos yang tinggi dan kurang efektif dalam
penjanaan elektrik?
10 Adakah anda pernah dihebahkan sama ada melalui TV, Radio, Internet
atau pembacaan mengenai penjanaan tenaga elektrik melalui kaedah
penjanaan Nuklear?
11 Adakah anda mengetahui bahawa tenaga nuklear adalah salah satu
daripada sumber tenaga elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik
pada kos yang lebih murah dan bersih?
12 Tahukah anda bahawa penyelidikan mengenai tenaga atom atau lebih
tepat Tenaga Nuklear telah mula dijalankan di negara ini seawal tahun
70-an?
13 Adakah anda mengetahui bahawa negara Vietnam sudah memulakan
projek loji tenaga nuklear untuk menjana elektrik, dan negara jiran
seperti Indonesia dan Thailand juga sedang mempertimbangkan
pembinaan loji nuklear untuk menjana elektrik?
14 Adakah anda mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara yang
9
HBSC4303_V2
sangat strategik untuk membina loji nuklear untuk tujuan penjanaan
tenaga elektrik?
15 Adakah anda bersetuju jika pihak kerajaan memutuskan untuk
menggunakan membina loji nuklear untuk tujuan penjanaan tenaga
elektrik?
Jika tidak, nyatakan sebab.
16 Adakah anda bersetuju jika pihak kerajaan memutuskan untuk
membina loji nuklear di kawasan berhampiran kediaman anda bagi
menampung dan menyelesaikan masalah perbekalan tenaga elektri
yang sering dihadapi?
4.2 Analisis Dan Dapatan Data
Bilangan respondan = 100 orang
Jantina = lelaki dan perempuan
Julat umur = 21 tahun hingga 60 tahun
Bil Soalan / Pernyataan Dan Dapatan Data
1 Adakah anda bersetuju bahawa tenaga elektrik merupakan suatu keperluan dalam
kehidupan seharian kita?
10
HBSC4303_V2
Bersetuju Tidak Bersetuju
100
0
Soalan 1
Secara keseluruhannya, semua respondan bersetuju bahawa tenaga elektrik merupakan
suatu keperluan dalam kehidupan seharian pada masa kini.
2 Adakah anda menyedari tarif elektrik meningkat pada setiap tahun?
Bersetuju Tidak Bersetuju
100
0
Soalan 2
Secara keseluruhannya, semua respondan menyedari bahawa kadar tarif elektrik
meningkat dari tahun ke tahun.
3 Adakah anda bersetuju bahwa kenaikan tarif elektrik seimbang dengan kelancaran
perbekalan elektrik yang diterima?
11
HBSC4303_V2
Bersetuju Tidak Bersetuju
12
78
Soalan 3
Seramai 78 respondan kurang bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik dengan kadar
penerimaan bekalan elektrik yang diterima. Kumpulan respondan ini menyatakan
bahawa mereka selalu menghadapi gangguan elektrik tanpa pemberitahuan awal dan
pihak yang berkenaan sukar untuk dihubungi ketika mereka ingin melaporkan perihal
gangguan tersebut.
4 Tahukah anda bahawa kenaikan tarif elektrik adalah disebabkan penggunaan sistem
janakuasa bahan api fosil (penjanaan disel dan gas)?
Bersetuju Tidak Bersetuju
35
65Soalan 4
Hanya seramai 35 respondan mengetahui bahawa sistem penjanaan tenaga elektrik di
Sabah secara amnya adalah terdiri daripada sistem penjanaan hidro dan sistem penjanaan
bahan api fosil. Manakala respondan lain mengetahui hanya sistem penjanaan hidro
12
HBSC4303_V2
sahaja yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
5 Adakah anda menyedari bahawa terdapat cas sebanyak 1.6 % daripada kadar
penggunaan elektrik bulanan dimasukkan kedalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh
Baharu?
*Merujuk kepada bil bulanan yang dikeluarkan oleh SESB
Bersetuju Tidak Bersetuju
55
45
Soalan 5
Lebih daripada separuh respondan menyedari tentang butiran cas yang dikenakan kepada
mereka, manakala bakinya tidak menyemak bil secara detail. Mereka hanya menyemak
pada bahagian bil terkini, tunggakkan bil dan jumlah bil terkumpul sahaja.
6 Adakah anda mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga Boleh Baharu?
13
HBSC4303_V2
Bersetuju Tidak Bersetuju
67
23
Soalan 6
Majoriti respondan dapat menyatakan definisi Tenaga Boleh Baru secara umum, namun
masih terdapat kumpulan masyarakat yang tidak mengetahui tentang Tenaga Boleh
Baru.
7 Adakah anda mengetahui sumber tenaga lain selain daripada sistem janakuasa hidro,
sistem janakuasa bahan api fosil, sistem janakuasa solar dan sistem janakuasa kinetik
(kincir angin)?
Bersetuju Tidak Bersetuju
9
81
Soalan 7
Pengetahuan majoriti respondan terhadap kepelbagaian sumbar tenaga amat rendah,
kebanyakan respondan hanya mengetahui sumber tenaga yang kebiasaannya digunakan
dalam lingkungan aktiviti seharian mereka sahaja.
14
HBSC4303_V2
8 Bersetujukah anda jika saya nyatakan bahawa penggunaan bahan api fosil seperti disel,
gas asli dan arang batu menyumbang kepada berlakunya kesan rumah hijau?
Bersetuju Tidak Bersetuju
100
0
Soalan 8
Walaupun kebanyakan respondan agak kurang mengetahui tentang definisi sebenar
rumah hijau, namun mereka bersetuju bahawa penggunaan bahan api fosil adalah antara
penyumbang besar kepada berlakunya pencemaran udara dan menyebabkan kesihatan
terganggu.
9 Adakah anda mengetahui bahawa sistem janakuasa solar dan kinetik (kincir angin)
memerlukan kos yang tinggi dan kurang efektif dalam penjanaan elektrik?
Bersetuju Tidak Bersetuju
17
83
Soalan 9
15
HBSC4303_V2
Sebilangan besar respondan tidak mengetahui bagaimana proses penjanaan tenaga
melalui sistem janakuasa solar dan kinetik, oleh itu mereka tidak mengetahui tentang kos
dan keberkesanannya.
10 Adakah anda pernah dihebahkan sama ada melalui TV, Radio, Internet atau pembacaan
mengenai penjanaan tenaga elektrik melalui kaedah penjanaan Nuklear?
Bersetuju Tidak Bersetuju
16
74
Soalan 10
Majoriti respondan hanya mengetahui mengenai isu nuklear Iran dan Korea Utara
(melalui berita TV dan surat khabar), namun secara keselurahannya tidak mendapat
hebahan mengenai penjanaan tenaga elektrik daripada penjanaan tenaga nuklear.
11 Adakah anda mengetahui bahawa tenaga nuklear adalah salah satu daripada sumber
tenaga elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik pada kos yang lebih murah dan
bersih?
16
HBSC4303_V2
Bersetuju Tidak Bersetuju
14
86
Soalan 11
Hanya sebilangan kecil respondan mengetahui bahawa kos tenaga nuklear adalah bersih
dan murah. Pengetahuan ini diperolehi semasa mempelajari bidang Sains Tulen di
peringkat sekolah menengah.
12 Tahukah anda bahawa penyelidikan mengenai tenaga atom atau lebih tepat Tenaga
Nuklear telah mula dijalankan di negara ini seawal tahun 70-an?
Bersetuju Tidak Bersetuju
7
93
Soalan 12 Soalan 1
Hampir keseluruhan respondan tidak mengetahui bahawa kerajaan Malaysia sebenarnya
giat membuat kajian tentang kebolehgunaan sumber tenaga nuklear untuk tujuan
kebaikan. Hanya terdapat sebilangan kecil respondan mengetahui kewujudan Agensi
nuklear Malaysia, namun masih kurang jelas tentang fungsi dan peranannya.
17
HBSC4303_V2
13 Adakah anda mengetahui bahawa negara Vietnam sudah memulakan projek loji tenaga
nuklear untuk menjana elektrik, dan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand juga
sedang mempertimbangkan pembinaan loji nuklear untuk menjana elektrik?
Bersetuju Tidak Bersetuju0
100
Soalan 13
Semua respondan tidak mengetahui perkembangan ini.
14 Adakah anda mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat strategik
untuk membina loji nuklear untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik?
Bersetuju Tidak Bersetuju0
100
Soalan 14
Semua respondan tidak mengetahui ciri-ciri atau kesesuaian kawasan untuk pembinaan
18
HBSC4303_V2
loji nuklear.
15 Adakah anda bersetuju jika pihak kerajaan memutuskan untuk menggunakan membina
loji nuklear untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik?
Jika tidak, nyatakan sebab.
Bersetuju Tidak Bersetuju
6
94Soalan 15
Hampir semua respondan tidak bersetuju tentang pembinaan loji nuklear di negara ini.
Majoriti respondan memberikan alasan jaminan keselamatan dan ancaman kuasa besar
seperti Amerika dan sekutunya untuk tidak menyokong pembinaannya.
16 Adakah anda bersetuju jika pihak kerajaan memutuskan untuk membina loji nuklear di
kawasan berhampiran kediaman anda bagi menampung dan menyelesaikan masalah
perbekalan tenaga elektri yang sering dihadapi?
19
HBSC4303_V2
Bersetuju Tidak Bersetuju
3
97
Soalan 16
Majoriti respondan tidak bersetuju pembinaan loji nuklear di kawasan berhampiran
walaupun terdapat keperluan dalam menyelesaikan masalah perbekalan tenaga.
Rumusan Data:
Daripada soal selidik ini saya dapat menyimpulkan bahawa, kebanyakkan
respondan mengakui bahawa keperluan terhadap tenaga elektrik sangat penting dalam
kehidupan seharian. Namun demikian, kenaikan tarif elektrik semakin meningkat dari
setahun ke setahun dilihat tidak sejajar dengan kualiti perkhidmatan yang
diberikan.Respondan secara umumnya kurang peka terhadap bagaimana proses
penjanaan tenaga elektrik berlaku terutama proses penjanaan elektrik yang melibatkan
sumber tenaga yang selain daripada sistem janakuasa hidro.
Mengenai isu nuklear pula, respondan dilihat kurang mempunyai pengetahuan
mengenainya. Rata-rata respondan berpendapat bahawa nuklear berbahaya kepada
manusia. Pendapat ini kebanyakkannya disokong oleh peristiwa pengeboman Hiroshima
dan Nagasaki, Jepun, menggunakan bom atom semasa perang dunia ke-2. Serta tregedi
kebocoran loji nuklear yang juga berlaku di Jepun pada tahun 2011 lalu. Untuk mengatasi
masalah ini, hebahan demi hebahan perlu dibuat oleh pihak yang berkenan dalam usaha
20
HBSC4303_V2
memberikan pemahaman masyarakat Malaysia umumnya mengenai faedah dan
kepentingan tenaga nuklear di negara ini.
5.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM
PENYEDIAAN SUMBER TENAGA NUKLEAR
Keselamatan merupakan suatu aspek yang sangat perlu diambil kira dalam apa
juga situasi atau aktiviti yang kita jalankan. Isu keselamatan bukan sahaja penting untuk
diri sendiri malah melibatkan kepentingan pihak lain sama ada pihak tersebut
berhubungkait dengan diri kita secara langsung atau tidak. Misalnya, kepekaan majikan
terhadap isu keselamatan pekerja akan menjadikan pekerja bekerja dengan lebih baik dan
tersusun serta mampu menghindarkan kemalangan di tempat kerja. Jaminan perlindungan
keselamatan seperti penyediaan insurans keselamatan pekerja akan menjadikan pekerja
mempunyai asas yang kukuh untuk bekerja dengan lebih baik. Demikian juga halnya
dalam soal pembangunan tenaga nuklear di negara kita. Seperti mana dalam dapatan data
daripada selidik yang dibuat terhadap masyarakat setempat, isu keselamatan merupakan
aspek yang membuatkan rata-rata penduduk di negara kita akan menolak cadangan
pembinaan loji tenaga nuklear di negara kita. Sekiranya pihak kerajaan ingin meneruskan
cadangan pembinaan loji tenaga nuklear, maka aspek keselamatan adalah antara perkara
utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
World Nuclear Association (WNA) dalam laman web mereka menyatakan bahawa
untuk mencapai keselamatan nuklear yang optimum, beberapa kunci pendekatan
pengoperasian perlu dilaksanakan iaitu :
Reka bentuk dan pembinaan reaktor yang berkualiti tinggi.
Peralatan yang mampu menghalang kerosakan atau kemalangan akibat
kecuaian manusia.
21
HBSC4303_V2
Pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh dengan mengadakan
pengujianberkala bagi mengesan kerosakan kebolehfungsian peralatan yang
digunakan.
Menggunakan sistem Redundant And Diverse untuk mengawal kerosakan
bahan api dan mencegah penyebaran radioaktif yang ketara.
Langkah khas untuk menghadkan kesan kerosakan bahan api dan masalah lain
yang menyebabkan permasalahan kepada loji nuklear.
Langkah-langkah yang dianjurkan oleh WNA ini dapat dituntaskan sebagai langkah
pencegahan, pemantauan dan tindakan bagi mengurangkan risiko kegagalan operasi loji
nuklear. Namun demikian, langkah-langkah keselamatan ini seharusnya melibatkan pihak
luar yang mempunyai hubungan langsung dengan loji nuklear seperti pihak kerajaan,
pihak pelaksana operasi, dan masyarakat setempat.
5.1 Langkah keselamatan untuk pihak kerajaan
a) menyediakan dan menyebarkan pengetahuan mengenai keberkesanan dan
keselamatan dalam menggunakan tenaga nuklear kepada masyarakat umum.
b) menjalin kerjasama dengan badan atau organisasi yang mempunyai kepakaran
dalam bidang ini seperti ROSATOM, IAEA dan sebagainya.
c) menyediakan sumber tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.
d) memberikan latihan kepada sumber tenaga kerja tempatan supaya mempunyai
kemahiran yang dikehendaki.
e) menyediakan pelan keselamatan untuk masyarakat setempat bagi menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang berlaku akibat kegagalan fungsi loji nuklear.
f) memastikan pemeriksaan dan pemantauan kebolehfungsian alatan loji
dijalankan seperti jadual yang ditetapkan.
g) memastikan pihak pelaksana operasi loji mematuhi prosedur keselamatan
operasi melalui penguatkuasaan undang-undang.
h) menyediakan pelan binaan yang menepati piawaian keselamatan antarabangsa.
22
HBSC4303_V2
i) mewujudkan dan menguatkuasakan zon larangan dan akses terhad untuk
kawasan loji nuklear.
j) bertindak pantas dan menyediakan tempat pemindahan penduduk sekiranya
berlaku kemalangan akibat kegagalan loji nuklear.
5.2 Langkah keselamatan untuk pelaksana operasi loji
a) menjalin kerjasama dengan badan atau organisasi yang mempunyai kepakaran
dalam bidang ini seperti ROSATOM, IAEA dan sebagainya.
b) mendapatkan sumber tenaga kerja yang benar-benar mahir.
c) menyediakan pelan atau prosedur kerja yang betul dan selamat.
d) memastikan proses kerja mengikut pelan atau prosesdur kerja yang
sepatutnya.
e) mengadakan pemeriksaan dan pemantauan berkala bagi memastikan peralatan
dan loji dapat beroperasi dengan baik dan selamat.
f) menyediakan sistem amaran awal untuk mengesan sebarang kerosakan dan
kegagalan fungsi dengan cepat.
g) mematuhi standard keselamatan operasi yang telah ditetapkan oleh agensi
berkaitan seperti IAEA.
h) meningkatkan dan menguatkuasakan kawasan akses terhad untuk tujuan
keselamatan.
i) mematuhi undang-undang semasa dalam pengendalian loji nuklear.
5.3 Langkah keselamatan untuk masyarakat setempat
a) mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan mengenai keselamatan nuklear.
b) mengetahui bahawa kawasan loji adalah kawasan larangan dan akses terhad.
c) mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan kerajaan.
d) peka terhadap sistem amaran awal yang dikeluarkan oleh kerajaan atau pihak
pengoperasi.
e) bersedia untuk berpindah sekiranya perlu.
23
HBSC4303_V2
6.0 PENUTUP
Keperluan perbekalan tenaga elektrik dengan kehidupan masyarakat modern
adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan kebanyakan bidang
pekerjaan pada masa kini menggunakan memerlukan tenaga elektrik sebagai penjana
utamanya, bermula dari sekecil-kecil peralatan peribadi sehinggalah keperluan industri.
Pelbagai kempen telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai
perlunya berjimat cermat dan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah untuk
menjamin bekalan elektrik yang berterusan namun tahap keberkesanannya boleh
dikatakan amat sedikit. Menyedari bahawa penjanaan tenaga elektrik melalui sistem
janakuasa hidro dan sistem janakuasa fosil bukanlah suatu jaminan untuk memberikan
bekalan elektrik yang konsisten dan berterusan. Maka pihak kerajaan telah mula
menerokai pelbagai bidang sumber tenaga baru yang boleh menjanakan tenaga elektrik
pada skala besar, konsisten, efektif, berterusan, dan murah. Pelbagai kajian telah
dijalankan terhadap pelbagai sumber tenaga baharu, dan didapati bahawa penjanaan
tenaga elektrik melalui sistem penjanaan tenaga nuklear mempunyai keberkesanan dan
kecekapan tenaga yang tinggi, selain mempunyai kos operasi yang lebih murah.
Menyedari potensi tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik masa hadapan,
pihak kerajaan telah memulakan langkahnya dengan penubuhan Pusat Penyelidikan
Atom Tun Ismail (PUSPATI) pada tahun 1972 untuk menjalankan kajian mengenai
penggunaan tenaga nuklear secara aman, atau lebih tepat lagi sebagai sumber tenaga
baharu untuk kegunaan masyarakat umum. Bermula dari penubuhannya, PUSPATI telah
mengalami beberapa kali penjenamaan semula dengan kapasiti bidang kajian yang lebih
luas. Terkini iaitu pada tahun 2006, ia telah dijenamakan sebagai Agensi Nuklear
Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan memfokuskan pembangunan dan penyelidikan
(R&D) dalam enam bidang utama iaitu bahan termaju, pembuatan termaju, bioteknologi,
teknologi maklumat dan komunikasi, sumber alternatif dan teknologi nano. Kerjasama
erat dengan agensi antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam teknologi nuklear
24
HBSC4303_V2
seperti IAEA, Russia dan Jepun dapat memberikan gambaran bahawa Malaysia akan
mempunyai loji nuklearnya sendiri suatu hari nanti.
Walaupun keperluan negara untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber
tenaga baru belum mencapai tahap yang mendesak. Namun pengetahuan dan kesedaran
terhadap faedah dan kemajuan yang boleh dicapai dengan pembinaan loji nuklear di
negara kita perlu dihebahkan dan diterapkan sehingga ke pringkat akar umbi masyarakat.
Ini kerana, kebanyakan masyarakat di negara ini masih kurang pengetahuan mengenai
kepentingan dan faedah yang boleh dicapai melalui teknologi nuklear. Masyarakat
kebanyakkannya masih beranggapan bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah sesuatu
yang membahayakan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Jaminan terhadap isu
keselamatan penduduk adalah perkara utama yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan
sekiranya mahu memastikan impian mengadakan loji nuklear sendiri dapat dilaksanakan
pada masa hadapan. Cara yang berkesan untuk mengubah mentaliti masyarakat adalah
melalui sistem pendidikan. Mungkin sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan untuk
menonjolkan dalam sukatan pelajaran mengenai kepentingan dan faedah yang diperoleh
sekiranya kita terlibat dalam penjanaan tenaga melalui sistem tenaga nuklear.
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Chang See Leong(et al.) (2005). SPM FOKUS U : Fizik. Selangor : Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd.
Fairuz Suzana Mohd. Chachuli (2013), KAJIAN ISU KESELAMATAN PERBEKALAN
TENAGA UNTUK PENJANAAN TENAGA MELEKTRIK DI
SEMENANJUNG MALAYSIA. Konvensyen Teknikal Nuclear Malaysia
2013.
25
HBSC4303_V2
Nurul Ain (et al). (2009), Physics KBSM Form 4, 5. Selangor : Cerdik Publication
Sdn.BHD
SURUHANJAYA TENAGA. (2012), INDUSTRI PEMBEKALAN TENAGA
ELEKTRIK DI MALAYSIA : Maklumat Prestasi Dan Statistik 2010. Putrajaya,
Malaysia.
SURUHANJAYA TENAGA. (2014), INDUSTRI PEMBEKALAN TENAGA
ELEKTRIK DI MALAYSIA : Maklumat Prestasi Dan Statistik 2012. Putrajaya,
Malaysia.
Internet
Azrina Binti Sobian (1997). Tenaga Nuklear Sebagai Penjana Tenaga Elektrik Negara
Diperoleh: http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-
sebagai-penjana-tenaga-elektrik-negara. Dicapai pada : 10 Jun 2015.
Bernama, 2015. Negara Asean perlu pertimbang tenaga nuklear sebagai alternatif
Diperoleh: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/negara-asean-perlu-
pertimbang-tenaga-nuklear-sebagai-alternatif#sthash.MtEvVjj1.y4aPhFPb.dpuf .
Dicapai pada : 10 Jun 2015
Passmyexams (2015). Gambar 'Chain Reaction. Diperoleh:
http://www.passmyexams.co.uk /GCSE /physics/images /chain-reaction.jpg Dicapai
pada : 10 Jun 2015.
Lakaran skematik stesen janakuasa elektrik nuklear
(Sumber: http://media-1.web.britannica.com/eb-media/62/162162-004-
0EED602E.jpg) Dicapai pada : 15 JUN 2015
26
HBSC4303_V2
27