assign extrovert & introvert

19
Ilmu Pendidikan ABSTRAK Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui ciri-ciri introvert dan extrovert yang wujud dalam diri seorang pelajar. Kajian ini berbentuk tinjauan terhadap lima situasi pelajar ketika berada dalam keadaan tersebut. Kajian yang bertujuan untuk mencari maklumat tentang jenis pesonaliti seseorang pelajar dan mengetahui perbezaan yang terdapat dari dua orang pelajar yang mempunyai gaya personaliti yang berbeza. Kajian ini telah melibatkan 2 orang pelajar Sekolah Kebagsaan Taman Jana. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan antara dua pelajar ini. 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini adalah salah satu tugasan wajib dilakukan dalam subjek Psikologi Pendidikan. Kajian dibuat ke atas dua orang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, kamunting. Kajian ini dilakukan atau dinilai dalam keadaan lima situasi berbeza iaitu semasa membuat latihan atau kerja-kerja yang diedarkan oleh guru dalam kumpulan atau individu, semasa amali atau sesi soaljawab dalam kelas, semasa perhubungan dengan kawan-kawan, semasa menjalankan kegiatan jasmani dan aktiviti luar dan semasa waktu rehat. Menurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Namun begitu, dalam kajian ini saya telah mengambil dua personaliti murid iaitu ekstrovert dan introvert. Saya akan mengkaji dua orang murid yang mempunyai perbezaan dari segi tingkah laku, perlakuan dan sebagainya kemudian akan membuat penilaian terhadap kedua-duanya. Dalam tempoh kajian saya, saya banyak memerhati murid-murid tersebut dan mencatat tingkah laku dan prestasi mereka sehari ke sehari. - 1 -

Upload: shahrizal-sahjan

Post on 23-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kajian kes

TRANSCRIPT

Pengenalan extrovert

Ilmu Pendidikan

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui ciri-ciri introvert dan extrovert yang wujud dalam diri seorang pelajar. Kajian ini berbentuk tinjauan terhadap lima situasi pelajar ketika berada dalam keadaan tersebut. Kajian yang bertujuan untuk mencari maklumat tentang jenis pesonaliti seseorang pelajar dan mengetahui perbezaan yang terdapat dari dua orang pelajar yang mempunyai gaya personaliti yang berbeza. Kajian ini telah melibatkan 2 orang pelajar Sekolah Kebagsaan Taman Jana. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan antara dua pelajar ini.

1.0 PENDAHULUANKajian ini adalah salah satu tugasan wajib dilakukan dalam subjek Psikologi Pendidikan. Kajian dibuat ke atas dua orang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, kamunting. Kajian ini dilakukan atau dinilai dalam keadaan lima situasi berbeza iaitu semasa membuat latihan atau kerja-kerja yang diedarkan oleh guru dalam kumpulan atau individu, semasa amali atau sesi soaljawab dalam kelas, semasa perhubungan dengan kawan-kawan, semasa menjalankan kegiatan jasmani dan aktiviti luar dan semasa waktu rehat. Menurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Namun begitu, dalam kajian ini saya telah mengambil dua personaliti murid iaitu ekstrovert dan introvert. Saya akan mengkaji dua orang murid yang mempunyai perbezaan dari segi tingkah laku, perlakuan dan sebagainya kemudian akan membuat penilaian terhadap kedua-duanya. Dalam tempoh kajian saya, saya banyak memerhati murid-murid tersebut dan mencatat tingkah laku dan prestasi mereka sehari ke sehari.

2.0 TUJUAN KAJIAN

2.1. Untuk mengetahui sahsiah, keperibadian atau perwatakan murid

2.2 Untuk mengetahui sifat, tingkah laku murid dalam lima situasi

2.3 Untuk menyelesaikan permasalahan atau kes yang dihadapi oleh murid tersebut

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengemukakan beberapa persoalan berkaitan dengan personaliti dua orang murid yang mempunyai tingkah laku yang berbeza. Dengan adanya kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci dua personaliti tersebut di samping mencari penyelesaian terhadap tingkah laku yang berkaitan ke arah yang lebih baik.

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Pemerhatian

Lazimnya, guru berpeluang berhadapan dengan murid mereka di dalam kelas. Dengan itu saya boleh mendapatkan maklumat tentang murid secara terus melalui pemerhatian sendiri. Pemerhatian tingkah laku murid bukan hanya dapat dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung tetapi juga diluar kelas dan dalam suasana lain. Suasana lain yang dimaksudkan itu lebih merupakan situasi tidak formal seperti ketika murid berada di padang sekolah, aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian ini, saya telah mengenalpasti dua orang murid yang ekstrovert dan introvert.

4.2 Temuramah

Selain membuat pemerhatian, guru boleh mengenali murid lebih dekat lagi melalui temubual untuk mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan mereka. Ini kerana adakalanya murid yang bersikap pendiam, tidak mahu dan tidak gemar untuk berbual dengan guru ketika berada dalam kumpulan rakan mereka tetapi mereka lebih bersedia untuk menyatakan sesuatu ketika berseorangan dengan guru. Saya telah menjalankan kaedah ini secara beransur-ansur dengan membuat temuramah kepada guru kelas masing-masing bagi mengetahui tingkah laku murid tersebut dengan lebih lanjut.

4.3 Soalselidik

Saya telah membuat soalselidik ini dengan mengkaji rekod murid di bawah jagaan guru kelasnya. Di peringkat persekolahan, selain rekod diri, saya juga telah mengkaji kad kemajuan murid tersebut bagi membuat penilaian mengenai tingkah laku sama ada dalam kelas dan luar kelas.

4.4 Perpustakaan

Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang lebih terperinci sebagai maklumat tambahan mengenai tingkah laku seseorang iaitu melalui buku-buku, majalah dan laman web yang berkaitan seperti takrif kehendak kajian, faktor-faktornya dan sebagainya.

5.0 PENGERTIAN PSIKOLOGI

Psikologi adalah gabungan perkataan Greek untuk minda (psyche) dan kajian (logos); dengan itu bermaksud kajian minda. Ia juga didefinasikan sebagai sains tingkah laku. Kesimpulannya, psikologi ialah kajian saintifik tingkah laku manusia dan proses mental misalnya, mengkaji kaitan tahap motivasi murid dengan pencapaian akademik mereka. Psikologi tidak sahaja mengajar kita mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor yang mungkin terlibat dalam berkelakuan. Bahkan psikologi sebagai kajian sains melibatkan aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia. Pakar psikologi menekankan kepada ketepatan, kerapian, kosisten dan replikabiliti. (Lefrancois, 1988).

6.0 KONSEP PERSONALITI

Personaliti pada umumnya bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Sebenarnya perkataan personaliti adalah terjemahkan daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal pula daripada perkataan Latin, iaitu persona. Perkataan persona bermaksud topeng muka, yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk meawakili sesuatu perwatakan orang di pentas. Pengertian lain, personaliti bermaksud sahsiah seseorang yang agak stabil atau agak kekal, perangai, intelek dan fizikalnya yang menentukan penyesuaian diri yang unik terhadap persekitaran. Ia merujuk kepada corak tingkah laku yang signitif termasuk pemikiran dan emosi yang mencirikan cara seseorang individu menadaptasikan dirinya dengan kehidupan. Mengikut Carl Jung (1875-1961), manusia boleh diklasifikasi kepada 3 kumpulan berdasarkan kepada personaliti peribadi mereka. Kumpulan tersebut ialah extrovert, introvert dan ambivert. Extrovert dan introvert adalah sahsiah yang keterlaluan. Kebanyakan antara kita mempunyai kedua-dua personaliti ini. Golongan ini adalah dikenali sebagai ambivert.

Di bawah konteks psikologi pendidikan, konsep personaliti adalah ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza. Misalnya:

Mengikut Alder (1948), personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu.

Gordon Allport (1961) menghuraikan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiawa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran.

Mischel (1981), menghuraikan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya.

Crow dan Crow (1983) berpendapat bahawa personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya.

Gage dan Berliner (1984) berpendapat personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan intergrasi trait-tarait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.

Oleh yang demikian, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa personaliti ialah sesuatu yang dimiliki, iaitu satu sifat dalaman yang ada pada diri seseorang. Kewujudan sesuatu sifat itu dapat diketahui dan dapat dilihat serta dilabel oleh orang lain, seperti baik hati, tekun, bengis, pendiam, pelawak dan lain-lain.

7.0 KLASIFIKASI PERSONALITI

Personaliti seseorang individu biasanya dipersepsikan dalam satu kontinum di antara dua kategori yang ekstrem, iaitu introvert dan ekstrovert.

Kontinum

Iintrovert Ekstrovert

7.1 Pengertian Extrovert

Seseorang yang extrovert adalah seorang yang peramah dan suka bergaul. Secara amnya, seorang yang extrovert ini mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang. Dia seorang yang out going, amat suka bersosial yang mana mereka suka bercakap, peramah, mudah bergaul, tidak boleh diharapkan, optimis dan sukakan excitement, aktif dan ligat, inovatif atau gemar kepada perubahan, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, suka perubahan dan sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya. Ia sukakan aktiviti-aktiviti sosial kerana membolehkan ia bergaul dengan orang ramai. Selain itu, dia juga amat menonjol di dalam kumpulan dan sanggup menanggung risiko, senang membuat atau mencari kawan, senang menyuarakan pendapat serta cepat membuat keputusan.7.2 Pengertian Introvert

Seorang yang mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi menerokai dunia dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman seseorang. Ia sentiasa suka berseorangan, merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti solo, tekun, tegas, malu dan mempunyai pandangan hidup yang pesimistik. Kesimpulannya, introvert adalah seorang yang berasa bertenaga apabila berseorangan dan kurang selesa apabila berada bersama orang ramai. Dia juga seorang yang pasif, sensitif, cermat, reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, kurang bersedia untuk menanggung risiko, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada sistem kehidupan yang teratur.

7.3 Ciri-ciri Extrovert

Tertarik dengan persekitaran luar

Suka berkomunikasi secara verbal

Menyampaikan idea secara langsung

Suka pembelajaran secara perbincangan

Minat yang meluas

Sosial dan suka menonjolkan diri

Sedia mengambil inisiatif dalam pekerjaan dan perhubungan. belajar daripada melakukan sesuatu

mudah bergaul dan berkeyakinan dari segi sosial

suka mengambil tahu keadaan orang lain

bertambah tenaga daripada bergaulan

cepat memberi dan merelakan pendapatan kepada orang lain

idea berpunca dari luar

7.4 Ciri-ciri introvert

suka memerhati sebelum melakukan sesuatu lebih suka kerja bersendirian atau dengan seorang yang lain menetapkan piawaian sendiri sekiranya mengizinkan bertambah tenaga dalam keadaan sunyi dan bersendirian seolah-olahnya berfikir dengan mendalam dan sukar memahami sesuatu keadaan idea berpunca dalam diri sendiri Terperangkap dalam dunianya tersendiri Cenderung untuk berkomunikasi dalam penulisan Suarakan pandangan dengan refleksikan idea tersebut Belajar dengan cara refleksi dan latihan mental Memfokus secara mendalam kepada kehendak diri sendiri Menyendiri dan memendam perasaan Mengambil insiatif apabila sesuatu isu atau situasi penting kepada diri sendiri8.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITIMengikut kajian ahli-ahli psikologi, proses pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang individu, sama ada dia menyerap ciri introvert, ekstrovert dan ambivert, adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

8.1 Faktor Baka

Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. Selain itu penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat penglihatan yang diwarisi, pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak yang cacat pendengaran dan penglihatan kemungkinan besar mempunyai ciri personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Kecerdasan juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Misalnya, orang yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan keberanian, atau mungkin sifat angkuh. Malah emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak seronok akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

8.2 Faktor Persekitaran

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Antara faktor-faktor persekitaran itu termasuklah keluarga, institusi pendidikan, rakan sebaya, media massa dan masyarakat.

a.Keluarga

i. Suasana rumah Suasana rumah yang mesra dan harmoni serta perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram dan amat perlu untuk perkembangan personaliti kanak-kanak. Sebaliknya, keluarga yang retak atau ibu bapa yang telah bercerai akan mewujudkan suasana rumah yang dingin dan mengancam perkembangan kanak-kanak daripada aspek sosial dan emosi.

ii. Pemakanan Makanan seimbang yang disediakan adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Kekurangan satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan individu itu berasa letih dengan mudah atau mudah terkena penyakit.

iii. Taraf sosioekonomi keluarga Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya.

b. Kebudayaan kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, bertoleransi, kasih sayang, kesabaran dan sikap tidak angkuh amat ditekankan dalam setengah-setengah kebudayaan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti itu tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.

c. Pengaruh sekolah Pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding dengan pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Contohnya ketegasan dalam disiplin akan menjamin kejayaan jika sebaliknya akan melahirkan murid yang pasif, kurang inovatif malah sifat-sifat kepimpinan juga akan terbantut perkembangannya. Begitu juga guru yang menyayangi murid akan dapat membentuk keadaan emosi murid yang stabil. Emosi stabil seseorang individu akan menjamin personaliti yang sihat.

d. Rakan sebaya Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Contohnya, sekiranya pelajar bercampur gaul dengan sekumpulan rakan yang menekankan kerajinan untuk belajar, begitu juga pelajar yang berkenaan akan cuba mengamalkannya. Sebaliknya, jika kumpulan rakan sebaya itu merupakan kumpulan yang tidak mengutamakan pelajaran sekolah, ia akan mempengaruhi seseorang murid. Dengan itu, murid berkenaan akan bersikap malas dan tugas-tugasan sekolah akan terganggu.

e. Media massa Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang menekankan pergaduhan, kezaliman dan keganasan, mereka akan berpotensi untuk memperolehi tingkah laku yang agresif.

f. Pengalaman awal Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil atau di tempat yang tidak sepatutnya akan menyebabkan kanak-kanak sentiasa berasa bimbang dan bersalah.

g. Masyarakat Jika nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.

9.0 MAKLUMAT MURID KAJIAN

Murid-murid yang saya pilih adalah Muhammad Azim bin Ibrahim (Extrovert) dan Noor Anis Syahliza Bt Abdul Rahim (Introvert). Kedua-dua murid ini adalah dari kelas 1 Nilam dan 1 Tekun, Sekolah Kebangsaan Taman jana Kemunting, Taiping Perak. Kedua-dua mereka mempunyai tingkah laku yang berbeza. Berikut adalah maklumat peribadi murid-murid tersebut:MUHAMMAD AZIM BIN IBRAHIM (EXTROVERT)Tarikh lahir: 17 Disember 2001Tempat lahir: Hospital Daerah TaipingJantina

: Lelaki

Umur

: 7 Tahun

Keturunan

: Melayu

Agama

: Islam

Alamat

: 65 Kampung Batu Empat, 34600 Kamunting, Perak.

Nama Bapa: Ibrahim Bin Abdul Ghapoor

Keturunan Bapa : Pakistani

Nama Ibu

: Zairul Akma Bt Bakhtir

Keturunan Ibu: MelayuPekerjaan Bapa: Pekerjaan Ibu:Bilangan adik beradik:NOOR ANIS SYAHLIZA BT ABDUL RAHIM (INTROVERT)Tarikh lahir: 09 November 2001

Tempat lahir: Kpg Paya Kanan Batu Kurau PerakJantina

: PerempuanUmur

: 7 Tahun

Keturunan

: Melayu

Agama

: Islam

Alamat

:

Nama Bapa: Abdul Rahim Bin Abdul Rashid

Keturunan Bapa : MelayuNama Ibu

: Faeza Binti Abdul Hamid

Keturunan Ibu: Melayu

Pekerjaan Bapa:

Pekerjaan Ibu:Bilangan adik beradik:

10.0 PERSPEKTIF KAJIAN

Kajian ini melibatkan dua orang murid ini. Saya telah membuat catatan mengenai kedua-dua murid ini untuk mengkaji lima situasi yang berbeza iaitu semasa membuat latihan atau kerja-kerja yang diedarkan oleh guru dalam kumpulan atau individu, semasa amali atau sesi soaljawab dalam kelas, semasa perhubungan dengan kawan-kawan, semasa menjalankan kegiatan jasmani dan aktiviti luar dan semasa waktu rehat.

Berdasarkan pemerhatian dan beberapa kaedah yang telah dilakukan, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah, seorang murid yang dominan sifat ekstrovertnya ialah Muhammad Azim Bin Ibrahim dan seorang lagi murid yang bersifat introvertnya ialah Noor Anis Syahliza Bt Abdul Rahim. Daripada pemerhatian, didapati Muhammad Azim kelihatan kurang kemas dan bersih dari segi pakaiannya manakala Noor Anis Syahliza adalah seorang yang kemas dan bersih serta bertudung. Berikut adalah situasi-situasi yang dicatatkan; Semasa Membuat Latihan Atau Kerja-Kerja Yang Diedarkan Oleh Guru Dalam Kumpulan Atau Individu

Kajian dibuat keatas Muhammad Azim iaitu seorang memiliki ciri-ciri ekstrovert. Dia seorang yang suka bercakap dan bergaul dengan murid lain di dalam kelas. Dia juga seorang yang rajin melakukan kerja yang diberikan oleh guru dan berupaya membuat keputusan dalam keadaan yang mudah. Dia juga seorang yang tekun dan cepat menyiapkan sesuatu tugasan dan latihan, tetapi kadang-kadang hasil tugasannya kurang memuaskan. Setelah menyiapkan tugasannya, kadang-kadang dia akan berjalan meninjau hasil kerja rakannya yang lain dan membantu sekiranya rakannya tidak dapat melakukannya.Manakala Noor Anis Syahliza yang mempunyai ciri-ciri sifat introvert. Dia seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap di dalam kelas, kurang berupaya membuat sesuatu keputusan dengan baik tanpa dorongan guru, menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan tetapi suka melakukan secara bersendirian, namun begitu setengah-setengah subjek dia tidak dapat melakukannya, agak lambat tetapi kadang-kadang hasil kerjanya agak baik dan kemas.

Semasa Amali Atau Sesi Soaljawab Dalam Kelas

Muhammad Azim seorang murid yang berani berada di hadapan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru. Begitu juga sekiranya sesuatu soalan diajukan, dia cepat memberi tindak balas, mulutnya akan bising untuk menjawab walaupun kadang-kadang jawapannya tidak tepat. Sekiranya terdapat perkara-perkara atau soalan yang tidak difahami, dia terus bertanya kepada guru mengenai masalah yang dihadapi. Dia seorang yang mempunyai keyakinan diri sendiri semasa berdiri di hadapan rakan sebayanya dan menjawab soalan. Ciri-ciri kepimpinan dan tanggungjawab juga terserlah dalam dirinya walaupun dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam kelas. Ini kerana dia suka menolong guru-guru seperti menghantar barang-barang guru ke bilik guru. Dengan kata lain seorang yang ringan tulang tanpa disuruh.

Manakala Noor Anis Syahliza seorang yang agak pemalu dan tidak suka bercakap. Ketika diminta membaca, suaranya hampir-hampir tidak kedengaran. Apabila diarahkan membaca dengan suara kuat dia akan pandang guru buat seketika kemudian baru menyebutnya semula apabila diarahkan buat kali kedua. Dia lebih suka memberikan tumpuan dan mendengar dengan teliti apa yang diajarkan oleh guru tanpa bertanya jika tidak faham. Dia juga kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri.

Semasa Perhubungan Dengan Kawan-Kawan

Muhammad Azim mempunyai ramai kawan-kawan (suka bercampur gaul) dan suka bersosial. Oleh kerana sifatnya yang peramah dan mudah berkawan dia sangat dikenali oleh kawan-kawannya. Dia seorang yang periang dan ceria. Muhammad Azim seorang bermuka manis dengan senyuman mencuit hati semasa berdepan dengan sesiapa. Selain itu, dia juga suka bergurau senda dengan kawan-kawannya. Manakala Noor Anis Syahliza sering menonjolkan sifat pasif sama ada dalam kelas atau luar kelas. Dia seorang yang sentiasa bermuka masam, payah mengukir senyuman kecuali sekiranya kawan-kawan di sekelilingnya berlawak jenaka yang betul-betul melucukan baru dia akan tersenyum. Noor Anis Syahliza agak sukar didekati pada mulanya tetapi apabila dikenali, dia seorang yang patuh pada arahan dan seorang yang ringan tulang apabila disuruh. Oleh kerana sifatnya sedemikian, dia tidak mempunyai ramai kawan.

Semasa Menjalankan Kegiatan Jasmani Muhammad Azim lebih menilaikan dunia luaran daripada dalamannya yang terdiri daripada idea-ideanya. Bersikap minat dan suka kepada kegiatan jasmani dan merupakan seorang murid yang memiliki sifat sangat aktif dan ligat, atau inovatif dalam permainan. Dia asyik mencari kegembiraan, cepat bertindak balas dan gemar kepada aktiviti-aktiviti luar. Dia juga suka bermain dengan kawan-kawannya tanpa mengira jantina.

Noor Anis Syahliza pula bersikap kurang berminat pada aktiviti luar. Bersikap pasif dan tidak mempunyai keyakinan diri dalam permainan dan agak perlahan dalam setiap pergerakkan. Dia juga tidak suka bergaul bebas dengan kawan-kawan di sekelilingnya.

Semasa waktu rehat

Pemerhatian dibuat pula ketika murid ini pergi ke kantin untuk rehat. Muhammad Azim seorang yang suka bergaul dan dia makan bersama rakan-rakannya. Rakan-rakannya pula bukan sahaja dari rakan sekelas malah dari kelas-kelas lain juga dan berkongsi-kongsi makanan antara mereka.Manakala Noor Anis Syahliza pula, dia akan menjauhkan dirinya dari rakan-rakannya yang lain. Setiap hari, apabila tiba waktu rehat, dia akan duduk berseorangan di satu sudut iaitu tepi tangga menunggu kakaknya untuk rehat bersama.

12.0 PENUTUP

Bagaimanapun, tiada seorang manusia yang benar-benar dikategorikan sebagai introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Sebenarnya, setiap orang individu mempunyai ciri-ciri introvert serta ekstrovert yang terletak pada satu titik dalam kontinun di antara kedua-dua kategori tersebut.

Kadang-kala, seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang lain. Misalnya, seseorang individu menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah, tetapi menjadi seorang pemalu dan pendiam apabila berada di sekolah. Orang yang mempunyai kedua-dua ciri introvert atau ekstrovert adalah dikatakan orang yang mempunyai personaliti ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat. Oleh itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan peyayang, adalah penting untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai personaliti yang berbeza di dalam kelas. Ini adalah manfaat untuk mendorong guru-guru semasa mengajar di dalam kelas dengan lebih lancar dan juga boleh mencapai objektif dalam pengajarannya.Rujukan Modul 1/2 , ilmu pendidikan pengetahuan ikhtisas. Shahbuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan(2004). Psikologi Pendidikan. PTS Publications & Distributiors Sdn Bhd; Bentong. Omardin Bin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur. Internet

Ambivert

PAGE

- 16 -