assigment english 1103
TRANSCRIPT
OUMH 1103
FACULTY OF NURSING& ALLIED HEALTH SCIENCES
SEMESTER : MAY 2012
OUMH1103
COURSE : BACHELOR OF NURSING SCIENCE WITH HONOURS
COURSE TITTLE : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS
MATRICULATION NO :791104015092001
IDENTITY CARD NO : 791104-01-5092
TELEPHONE NO : 017-7831834
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTRE : BATU PAHAT.
TUTOR : EN. TALHA BIN MOHAMED IDRIS.
1
Kandungan :
Isi Kandungan m/s
1. Pengenalan 3
2. Definisi Soft Skill 4
3. Kelemahan Dalam Berfikir Secara Kreatif 8
4. Kelemahan Dalam Kemahiran Berkomunikasi. 10
5. Kelemahan Dalam Kemahiran Kepimpinan. 12
6. Kesimpulan 16
7. Rujukan 18
2
1.Pengenalan.
Universiti merupakan suatu institusi yang melahirkan golongan pendidikan kelas pertama di dalam
pembangunan Malaysia. Kejayaan pembangunan modal insan kelas pertama ini amat bergantung pada
mutu sistem pendidikan negara. Persaingan yang semakin meningkat di peringkat global, memerlukan
tenaga kerja yang cukup kompeten, beretika, kreatif serta mempunyai daya saing yang tinggi. Soft Skills
dalam kalangan mahasiswa bukan lagi isu baru tetapi ianya sudah pun menjadi isu global. Persaingan
untuk mendapatkan pekerjaan telah menjadikan elemen Soft Skill semakin diperlukan. Pandangan
umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat pekerjaan disebabkan mereka tidak memiliki
kemahiran insaniah atau soft skill yang diperlukan majikan. Malah terdapat rungutan dan kebimbangan
yang disuarakan oleh para majikan sejak akhir –akhir ini bahawa Institut Pengajian Awam ( IPTA )
tidak menyediakan pelajarnya dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mereka melangkah
ke alam pekerjaan.
Hal ini kerana kebolehan pasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek dan pihak majikan pula
lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan
dalam perkhidmatan Haslinda , Muhammad Nubli dan Zarina(2005).
Kajian yang dilakukan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CADE) UPM mendapati isu-isu berkaitan
dengan kemahiran insaniah berada di tangga kesepuluh semasa sesi temu duga dijalankan berbanding
dengan isu berkaitan akademik yang berada di tangga kelapan belas(Mohamad Shatar dan Azali
Mohamad,2008). Ini menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan pembentukan
kemahiran insaniah pelajar perlu diberi perhatian yang serius terutama di peringkat Institut Pengajian
Tinggi di negara kita.
Selain pencapaian akademik cemerlang, graduan perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi
termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja
berpasukan, pemikiran kritis, keusahawanan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta
etika dan moral profesional. Graduan juga bukan sahaja perlu merebut peluang dalam pasaran pekerjaan,
malah berupaya berdaya saing, daya juang dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
3
2.Definisi soft skill.
Soft skill atau di kenali sebagai kemahiran insaniah adalah 1 istilah sosiologi yang berhubung kait
dengan "EQ" seseorang (Intelligence Quotient emosi)dari segi personaliti, perhubungan sosial,
komunikasi, bahasa, keterampilan peribadi, keramahan, dan berkeyakinan dalam berinteraksi dengan
orang lain. Soft skill pelengkap kepada hard skill (sebahagian IQ seseorang), yang berkaitan dengan
keperluan pekerjaan individu dan aktiviti lain.
Kemahiran insaniah adalah sifat-sifat peribadi yang meningkatkan interaksi individu, prestasi kerja dan
prospek kerjaya. Berbeza dengan hard skill merupakan kemahiran dan keupayaan seseorang untuk
melakukan jenis tugas atau aktiviti yang tertentu manakala kemahiran insaniah pula berkaitan dengan
keupayaan seseorang untuk berinteraksi secara berkesan dengan rakan sekerja dan pelanggan sama ada
di dalam atau di luar tempat kerja.
Kemahiran insaniah seseorang EQ adalah sumbangan penting individu kepada kejayaan sesebuah
organisasi. Bagi organisasi yang berurusan dengan pelanggan, mereka perlu melatih kakitangan mereka
mengenai soft skill. Dengan kemahiran soft skill yang ada pada kakitangan mereka akan memberi
pulangan yang lumayan pada sesebuah organisasi tersebut. Atas sebab ini, kemahiran insaniah semakin
dicari oleh pihak majikan di samping dengan kelayakan akademik.
(Wikipedia-Soft skills. 12 Jun 2008).
“ Falsafah Kebangsaan Pendidikan menyatakan bahawa pendidikan insaniah adalah pembangunan
secara holistik iaitu individu yang intelek, rohani, emosi dan fizikal yang seimbang dan harmoni . Ia
seterusnya menambah bahawa pendidikan harus direka untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu dan cekap , mempunyai standard moral yang tinggi, yang bertanggungjawab dan mampu
mencapai tahap yang tinggi peribadi kesejahteraan , dan boleh menyumbang kepada keluarga,
masyarakat dan negara.”
(Petikan dari A need to review the system tulisan CHELSEA L. Y. NG and PRIYA KULASAGARAN terbitan
The Star April 1, 2012 )
4
Dari definisi yang diberikan jelaslah menunjukkan soft skill amat penting bagi golongan pelajar-pelajar
universiti bagi mendapatkan peluang pekerjaan pada masa akan datang.
Ia dikukuhkan lagi dengan penyataan dari Kementerian Pendidikan Tinggi 2006 iaitu terdapat tujuh
elemen utama telah dipilih untuk dilaksanakan di IPT merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan
pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran
kepimpinan.
Rajah 1. Model Terapan Tujuh Elemen Dalam Soft Skill.
Dari rajah yang di pamerkan di dapati 3 elemen yang dikenal pasti yang kurang terdapat pada para
pelajar universiti pada masa kini iaitu :
5
SOFT SKILL
MANDIRI DAN TERAPAN
BERKOMUNIKASI
BERFIKIRAN KRATIF
KERJA BERPASUKAN
PEMBELAJARAN BERTERUSAN
KEUSAHAWANAN
ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL
KEPIMPINAN
1. Kekurangan dalam berfikir secara kreatif
Graduan yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia gagal memenuhi kehendak bakal majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan lemah dalam berkomunikasi.Ini telah menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka. (Bernama 4 Mac 2012)
2. Kekurangan dalam berkomunikasi.
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan,
“Bakal majikan tidak mempersoalkan kelayakan dan kualiti akademik graduan IPTA,
sebaliknya mereka mempersoalkan kegagalan graduan dalam aspek komunikasi meliputi
lemah berbahasa Inggeris serta gagal berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah.
Ini mempengaruhi ke boleh an pasaran pelajar terbabit. Justeru, aspek berkenaan perlu
diberi perhatian oleh universiti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan
Persidangan Saintifik Modul Kajian Khusus Ke-3 anjuran Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di
Cheras, Kuala Lumpur.( Bernama 2012)
3. Kekurangan dalam kepimpinan.
Sektor industri sering kali menyatakan graduan baru tidak memiliki kemahiran yang
sesuai dengan persekitaran dan bidang kerja. Pihak industri mahu graduan mempunyai
kemahiran insaniah seperti komunikasi, pengurusan, kepimpinan dan bekerja sebagai satu
pasukan selain keputusan pelajaran yang cemerlang.(Mystar Mac 5, 2010)
6
Disebabkan oleh revolusi dalam teknologi komunikasi dan perdagangan yang semakin meningkat,
banyak syarikat besar kini telah menjadi syarikat – syarikat antarabangsa. Oleh itu syarikat-syarikat
seperti ini terus mencari pekerja yang layak dari segi teknikal, mempunyai kepimpinan yang baik dan
kemahiran berkomunikasi.
Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab utama yang menjadi asas kepada keperluan dalam
mengukuhkan mahasiswa dalam soft skill di Institut Pengajian Tinggi.
1) Kritikan daripada majikan bahawa graduan secara umumnya mempunyai kelulusan akademik
yang cermelang tetapi kurang mahir dalam soft skills seperti komunikasi dan kemahiran berfikir
secara kreatif.
2) Meningkatkan kemahiran yang lebih kompetitif pada graduan dari tenaga kerja serta pasaran
pekerjaan yang lebih globalisasi.
Berikutan dari sebab utama diatas golongan graduan dari universiti perlu diterapkan kemahiran soft
skill untuk persedian memasuki alam pekerjaan dan mengurangkan kadar pengganguran.
7
3.Kelemahan dalam berfikiran secara kreatif.
Kekurangan kemahiran dalam berfikiran secara kreatif di kalangan graduan Malaysia disebabkan oleh
gaya pembelajaran secara '' hafalan''. Ramai kanak-kanak sekolah di Malaysia tertekan dengan sikap ibu
bapa, rakan-rakan dan pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam perperiksaan
berasakan sistem pendidikandi Malaysia (Ahmad 1998).
Kebanyakan pelajar hanya menghafal fakta-fakta dan nombor untuk lulus dalam peperiksaan yang
hanya di nilai berapa banyak A yang diperolehi oleh pelajar tersebut sama ada di peringkat Sekolah
Rendah mahupun di Sekolah Menengah. Kesan daripada sistem pendidikan ini menyebabkan mereka
tidak mampu untuk membentuk minda ingin tahu dan kemahiran berfikir secara kreatif kerana
kebanyakan masa mereka dihabiskan untuk menghadiri kelas tuisyen, kelas tambahan dan bengkel
peperiksaan untuk menyiap kan diri dalam peperiksaan yang akan datang. Akibatnya, kanak-kanak ini
kurang terlibat dalam aktiviti-aktiviti semasa dan sukan (2003 Thang; Chan dan Mousley 2005; Ng
2008)
Pelajar universiti di Malaysia juga mengekalkan corak belajar yang sama. Fenomena ini juga biasa
berlaku di negara-negara membangun yang lain di Asia (Kember dan Gow 1991; Kember 2000; Wong
2004).Pelbagai usaha kerajaan untuk memberi perubahan pada sistem pendidikan negara bagi
membolehkan melahirkan para graduan dapat berfikir secara kritis.Yang terbaru dalam percubaan untuk
membentuk perubahan ini adalah program i-Fikirkan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak bulan lepas, yang bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir secara kritis di kalangan
pelajar. (A need to review the system by CHELSEA L. Y. NG and PRIYAKULASAGARAN terbitan The Star
April 1,2012)
8
Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis,
analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan
berlainan.
Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta
membuat penilaian berjustifikasi.
Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan,
menganalisis dan menilai perbincangan.
Kebolehan mencari idea dan mecari penyelesaian alternatif .
Kebolehan berfikir melangkaui batas.
Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab
yang diberikan.
Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja
yang baru.
Oleh itu, bakal graduan universiti memerlukan kemahiran ini untuk membantu menyelesaikan masalah
serta mencetus idea baru dalam tugas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan pekerjaan globalisasi.
9
4.Kelemahan Dalam Kemahiran Berkomunikasi.
Satu lagi faktor yang menyumbang ke arah kemerosotan kemahiran komunikasi di kalangan graduan
Malaysia berkaitan dengan penguasaan bahasa. Setelah berada di bawah pengaruh British yang terlalu
lama menjadi Bahasa English sebagai bahasa rasmi dalam sektor perniagaan dan korporat.
Oleh kerana penduduk Malaysia terdiri daripada tiga utama kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina dan
India,Rakyat Malaysia secara amnya, adalah dwibahasa dan mempunyai tiga bahasa. Ini telah
ditunjukkan dengan wujudnya tiga jenis sekolah di Sistem pendidikan Malaysia. Di sekolah-sekolah
Kebangsaan, Bahasa Malaysia adalah bahasa utama manakala Bahasa Inggeris adalah yang bahasa
kedua yang digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran Matematik dan Sains. Di sekolah-
sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil adalah bahasa pengantar
dalam pelajaran manakala Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib yang pelajar
mesti ikuti.
Walau bagaimanapun, sebelum tahun 1970-an Bahasa Inggeris adalah bahasa utama dan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa kedua. Apabila Sekolah Inggeris telah dimansuhkan, Bahasa Malaysia
telah diisytiharkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Hasilnya Bahasa
Malaysia telah mendapat perhatian manakala standard Bahasa Inggeris menurun dan merosot.
Perubahan ini telah menjadi masalah di kalangan pelajar universiti di Malaysia kerana kebanyakan
rujukan dan buku teks yang digunakan di peringkat universiti di dalam Bahasa Inggeris. Ahli akademik,
telah menyatakan kebimbangan terhadap kemerosotan penguasaan dalam Bahasa Inggeris yang
sebahagian besarnya memberi kesan kurang keyakinan pada pelajar semasa berkomunikasi dan
membuat persembahan (Samuel dan Bakar 2008). Kebimbangan ini berasas memandangkan
pengembangan ekonomi Malaysia dalam era globalisasi di mana penggunaan Bahasa Inggeris universal
diperlukan dalam memperolehi pekerjaan di Malaysia. Graduan yang mahir dalam Bahasa Inggeris,
misalnya boleh mewakili organisasi dan mampu untuk membuat persembahan di peringkat antarabangsa
Oleh itu, graduan yang mempunyai kelebihan dalam menguasai Bahasa Inggeris mempunyai peluang
yang lebih luas berbanding mereka yang kurang fasih dalam Bahasa Inggeris. Pelajar harus memiliki
kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris ketika proses pembelajaran
di universiti. Mereka harus mahir menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan berkeyakinan secara
lisan dan tulisan.
10
Dalam konteks ini, Jamaludin Badusah (2006) berpendapat, mahasiswa perlu didedahkan kepada
pengalaman untuk menyuarakan persetujuan, bangkangan atau ada kalanya perlu memujuk dan
motivasi. Kebolehan pelajar mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas
semasa kuliah dan sesi perbincangan dalam tutorial turut diberi penekanan.
Pelajar juga akan dibimbing supaya pembentangan dapat dibuat secara jelas, penuh yakin dan sesuai
dengan tahap pendengar iaitu rakan kuliah mereka.
Dalam ucapan sebelum Bajet 2007 oleh Perdana Menteri, bilangan siswazah menganggur adalah pada
31.000. Ini angka yang dianggap tinggi memandangkan banyak kerja yang diiklankan dalam akhbar
tempatan. Sebab utama yang sering dihadapi oleh majikan pada graduan tempatan ialah kemahiran
teknikal tetapi kurang dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran analisis. Keadaan ini tidak
khusus kepada graduan tempatan sahaja . Satu kajian baru-baru ini pada 12,000 pelajar
oleh Birrell (2006) Monash University di Australia menunjukkan bahawa lebih daripada satu pertiga
daripada pelajar asing di Universiti Australia, yang merangkumi 23.5% daripada pelajar Malaysia tidak
mahir dalam Bahasa Inggeris ini menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak dilengkapi untuk pekerjaan
diperingkat profesional
Kemahiran komunikasi yang dipelajari mampu membimbing pelajar dari segi penggunaan teknologi
dalam pembentangan, kebolehan berunding dan mencapai persetujuan, berkomunikasi dengan peserta
yang berbeza budaya, kemahiran komunikasi interpersonal serta bukan lisan.
Kemahiran itu sangat penting kepada graduan kerana apabila bekerja, mereka akan sentiasa berhubung
dan berinteraksi dengan pelbagai pihak dalam bidang yang diceburi.
11
5.Kelemahan Dalam Kemahiran Kepimpinan
Kepimpinan didefinisikan dengan cara yang berbeza-beza daripada pelbagai sudut.
Kepimpinan merupakan proses mempengaruhi kegiatan kelompok yang diorganisasikan dalam
usaha untuk menentukan tujuan dan pencapaian. Gribben (1972), seorang tokoh pengurusan
menyatakan bahawa kepimpinan itu adalah sebagai proses mempengaruhi sesuatu kelompok
dalam situasi dan masa tertentu untuk memberi pengalaman dan kepuasan sejajar dengan
kepimpinan yang diamalkan. Pendapat ini dipersetujui oleh Hersey dan Blanchard (1982) yang
menyatakan bahawa
’kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan individu, atau kelompok dalam
usaha untuk mencapai sesuatu tujuan dalam situasi tertentu.’
Certo (1997) pula menegaskan bahawa kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang
lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu
bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut deskripsi kerja manakala Ahmad Atory (1996),
berpendapat bahawa organisasi yang cemerlang dipengaruhi oleh kepimpinan yang cekap,
khususnya dalam mencapai sesuatu matlamat.
Kepimpinan dipengaruhi oleh kuasa yang ada pada seseorang pemimpin. Kuasa dalam konteks
organisasi ialah sejauhmanakah seseorang, atau sesuatu unit organisasi berkeupayaan mempengaruhi
pembuatan keputusan mengikut kehendaknya. Aminuddin (1990) yang memetik daripada Fiedler (1967)
mengatakan bahwa kepimpinan adalah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan
pengaruh yang diagihkan secara tidak rata sehingga seseorang individu boleh mengarah dan mengawal
tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu manakala Hollander
(1984) pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin
dan pengikut. Walaupun mempunyai kuasa, tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada kerelaan
berbanding paksaan. Hal ini disebabkan proses kepimpinan selalunya melibatkan pengaruh yang bersifat
dua hala dengan tujuan untuk mencapai matlamat.
12
Pendapat yang diutarakan oleh Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1993) pula menyatakan
bahawa:
’ kepimpinan adalah kebolehan untuk mendorong manusia berusaha dengan penuh
keghairahan bagi mencapai matlamat yang telah dikenal pasti sehingga mencetus
kuasa motivasi yang berada dalam diri individu dan membimbing mereka ke arah
matlamat organisasi.’
Kepimpinan menekankan kepada tingkah laku pemimpin yang mempengaruhi orang bawahan
bertindak mencapai objektif tertentu. Kepimpinan adalah unsur penting dalam pengurusan yang
menjadi penggerak bagi sesebuah organisasi. Kepimpinan dalam jabatan hendaklah memainkan
peranan aktif dan mendorong kakitangan bawahannya memberi kerjasama dalam memberi
khidmat mereka terhadap pencapaian strategi dan perancangan jabatan yang telah ditetapkan.
Kesimpulan dari pendapat dan pandangan diatas ialah, kepimpinan adalah satu proses yang
melibatkan orang lain iaitu orang bawahan, penggunaan kuasa di kalangan pemimpin,
mempengaruhi dan mengarah tindak tanduk orang bawahan dalam pelbagai cara bagi mencapai
matlamat organisasi. Proses ini melibatkan hubungan atau komunikasi dua hala antara orang
yang memimpin dengan orang yang dipimpin. Justeru, dapat ditegaskan bahawa tugas pemimpin
adalah mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti tanggungjawab yang hendak
dilaksanakan ke arah satu matlamat yang dirancang. Berdasarkan konsep kepimpinan ini, tiga
kualiti dan kebolehan utama dalam kemahiran kepimpinan iaitu:
i. Mempamerkan kualiti dan sifat seorang pemimpin
ii. Kebolehan memimpin projek
iii. Kebolehan untuk mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan
dan anggota pasukan.
13
Dalam melihat kebolehan mempamerkan sifat seorang pemimpin, setiap pelajar akan
dinilai berasaskan kualiti-kualiti berikut:
a. Kompetensi dalam pengucapan awam
b. Mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif
c. Mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
d. Nilai-nilai murni dan moral, etika professional dan keprihatinan
masyarakat.
Dalam dialog di antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan
graduan universiti tidak diambil berkerja kerana tidak memiliki kemahiran insaniah (Bernama, 2007).
Menurut Rohanida Abd. Manaf dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2002) dan Mohd. Hamidi Bin Abdul
Hamid (2002) melihat peranan ko-kurikulum dalam membangunkan kemahiran kepimpinan individu.
Menurut mereka, aktiviti kokurikulum lebih banyak menanam, memupuk dan memberi latihan awal
dari segi aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.
Kemahiran kepimpinan merupakan kemampuan untuk membantu ahli kumpulan menuju destinasi yang
cemerlang dengan memiliki ciri kepemimpinan yang berkesan. Ciri-ciri kepimpinan yang dibahagikan
mengikut kesesuaian sesuatu bidang kerja ianya termasuklah kepimpinan berkarisma, kepimpinan
bekerja, kepimpinan partisipatif dan kepimpinan pendiam.
Kesemua ciri-ciri kepimpinan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tertentu dan ianya
perlu disesuaikan dengan situasi serta latar pekerjaan setiap pemimpin itu agar kesan kepimpinan
tersebut mampu memberi impak terhadap setiap individu di dalam pasukannya.
Sebagai contoh ciri-ciri kepimpinan partisipatif merupakan seorang ketua yang mampu melibatkan
semua ahli yang berkaitan dalam membuat keputusan.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkelibar, pemimpin harus sentiasa memohon bantuan dan
penglibatan ramai pihak serta mengutamakan pandangan ramai dan suara orang bawahan.
14
Dengan itu, para pengikutnya akan lebih memberi komitmen kerana mereka turut dilibatkan di dalam
proses membuat keputusan. Keputusan yang dibuat oleh ramai ahli mungkin jauh lebih baik daripada
keputusan yang dibuat secara individu .
Tanpa kita sedari kemahiran kepimpinan ini telah wujud sejak di sekolah rendah lagi. Pengenalan
kokurikulum di peringkat sekolah sehingga di pusat pengajian tinggi bertujuan untuk membentuk
kemahiran insaniah kepimpinan pada semua pelajar bagi memenuhi permintaan dari majikan
15
6.Kesimpulan.
Sejak 2006, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mula memberi tumpuan kepada pembangunan modal
insan berkualiti tinggi dan bersahsiah murni, selaras Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Tumpuan ini
bersandar kepada matlamat teras iaitu untuk menghasilkan insan seimbang dan holistik dalam konteks
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Aspek keseimbangan dalam diri graduan tidak berfokus kepada kecemerlangan akademik semata-mata,
malah pembangunan sahsiah dan moral juga dititik beratkan. Justeru, KPT menghasilkan Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk semua institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Objektif utama penghasilan modul ini untuk menerapkan kemahiran insaniah (KI) dalam kalangan
graduan.
Pada masa kini, wujudnya budaya persaingan yang begitu tinggi dan cukup ketara dalam konteks
pekerjaan. Segulung ijazah tidak menjamin graduan akan memperoleh pekerjaan setimpal dengan
kelayakan dimiliki. Banyak elemen atau kriteria lain dinilai majikan.
Persoalan yang timbul sekarang ialah bagaimanakah cara untuk menerapkan kemahiran insaniah di
kalangan pelajar? Sebenarnya, kejayaan dalam usaha menerapkan kemahiran insaniah dalam diri
graduan perlu dilaksanakan secara bersepadu dan bersistematik.
Langkah ini wajar dimulakan dari rumah. Dalam konteks globalisasi pada masa kini, kegagalan ibu bapa
menerapkan kemahiran insaniah terhadap anak mereka akan dianggap sebagai suatu kekurangan.
Menyedari hakikat ini, asuhan dan didikan oleh ibu bapa amat penting supaya anak terdedah dengan
kemahiran insaniah dalam konteks kehidupan seharian mereka.
Apabila anak melangkah ke institusi pendidikan secara formal, mereka akan melalui fasa pengembangan
atau pembudayaan awal. Dalam konteks ini, guru memainkan peranan dalam memberikan pendidikan
secara formal dan tidak formal terhadap penerapan kemahiran insaniah. Bakat dan kemahiran pelajar
perlu digilap supaya pelajar dapat menghayati dan mempraktikkan kemahiran insaniah yang dipelajari.
Kini, sudah tiba masanya kita menilai semula kaedah berorientasikan peperiksaan yang masih diamalkan
sekarang. Kaedah ‘Outcome-Based Education’ (OBE) berfokus kan ‘Student-Centred Learning’ (SCL)
sepatutnya diguna pakai kerana didapati lebih sesuai dengan arus pendidikan semasa.
Pada peringkat universiti, tumpuan perlu diberikan kepada usaha me mantap dan mengukuhkan lagi
16
kemahiran insaniah melalui program yang dirancang serta melalui aktiviti kokurikulum tambahan.
Saranan yang ingin diajukan ialah agar modul pembangunan kemahiran insaniah dilancarkan pada
peringkat sekolah rendah lagi. Matlamatnya supaya ada kesinambungan hingga ke peringkat tinggi.
Penerapan kemahiran insaniah akan lebih mudah dilaksanakan apabila semua pihak memahami aspirasi
dan sasaran ingin dituju.
(3069 patah perkataan.)
17
RUJUKAN:
1. Ahmad, R. H. (1998). Educational development and reformation in Malaysia: Past, present, and
future. Journal of Educational Administration, 36(5), 462–475.
2. Aminudin Mohd Yusof. (1990). Siri Analisis Psikologi: Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Feidler, F.E. (1967). “A Theory of Leadership
Effectiveness” in Aminuddin Mohd Yusof. Kepimpinan, Motivasi, dan Prestasi: Model Guru dan
Tentera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Organisasi Utusan Publication and Distributor Sdn. Bhd.
Birrell, B. (2006). Implication of low English standards among overseas students at Australian
Universities. People and Place, 14(4), 53–64.
4. Bernama News (2007). Ketiadaan Kemahiran Insaniah Punca Siswazah Menganggur, kata Mustapa.
Dilaman web htt://blis.bernama.com/mainHome.do
5. Bernama News (2012). My3s kesan kelemahan siswazah,kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Dilaman web www.bharian.com.my/bharian/articles/.../index_ht .
6. Bernama News (2012). “Graduan tempatan gagal tepati kehendak majikan”Dilaman web www.bharian.com.my/bharian/articles/.../index_ht .
7. Birrell, B. (2006). Implication of low English standards among overseas students at Australian
Universities. People and Place, 14(4), 53–64.
8. Certo, S.C. (1997), Modern Management. New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
9. Chan, K. Y., & Mousley, J. (2005). Using word problems in Malaysian mathematics education:
Looking beneath the surface. In Proceedings of the 29th conference of the international group for the
psychology of the mathematics education, Vol. 2, pp. 217–224, Melbourne, Australia, July 10–15.De
Lange, G. (2002). Cooperative education.
18
10. Gribben, J.J. (1972). Effective Managerial Leadership. New York: American Management Association.
11. Haslinda@ Robita Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali (2005).
Pembangunan Sahsiah Mahasiswa bersepadu : konsep dan perlaksanaannya di kolej. Universiti
Kejuruteraan. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Kursus Sokongan Kejuruteraan,
Langkawi.
12. Hollander, E. P. (1984). Leadership Dynamics: A Practical Guide to Effective Relationships. New
York: The Free Press.
13. Jamaluddin Badasah dan Abdul Razak Habib (2006). Penggunaan Komputer untuk Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 23,Kuala Lumpur: UKM.
14. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.(2006). Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah
(soft skill ) untuk Institusi Pengajian Malaysia. Serdang: University Putera Malaysia.
15. Kember, D., & Gow, L. (1991). A challenge to the anecdotal stereotype of the Asian student. Studies
in Higher Education, 16(2), 117–128.
16. Kember, D. (2000). Misconceptions about the learning approaches,motivation and study practices of
Asian students. HigherEducation, 40(1), 99–121.
17. Mohamad Shatar dan Azli Mohamad (Prof Dr) (2008) The University-Industri Linkage: The Role of
Student Development Services Profesional. Paper Presented in Regional Convention On Student
Development, Phuket, Thailand October 29th-31th, 2008, Organized by University Utara Malaysia.
18. Mohd Hamidi Abdul Hamid (2002). “ Pengurusan Sekolah Cemerlang Menurut Islam” Maran:
Perniagaan Qmarul Roihan.
19. Mystar online.5 Mac (2010) Punca Kegagalan Pelajar IPTA Dalam bidang Pekerjaan. Dilaman web
www.mystar.com.my
20. Paul Hersey and Kenneth H. Blanchard, Management and Organizational Behavior (Englewood
Cliffs, NJ: Prentice-Hall, 1982).
19
21. Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). “Kepentingan Kokurikulum Dalam
Sistem Pendidikan.” Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof
(2002). “Kokurikulum Peranan Dan Implikasi.” Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn. Bhd.
22. Samuel, R., & Bakar, Z. (2008). The effectiveness of ‘VELT’ in promoting English language
communication skills: A case study in Malaysia. International Journal of education and development
using ICT, 4(3). Retrieved on April 13, 2009, from
http://ijedict.dec.uwi.edu/viewarticle.php?id=559.
23. Thang, S. M. (2003). Investigating the ‘Problem’ of memorization among Malaysian English as
Second language (ESL) learners.Jurnal e-sumber 1(1). Retrieved on April 13, 2009 from
http://pkukmweb.ukm.my/*ebangi/jurnal%20e-sumber-arkib/Thang-5.pdf
24. The Star News (2012).Super Charge Your Studies,Think critically,Ramond Lee. Dilaman web
www.thestaronline.com/news/
25. The Star News (2012). A need to review the system By CHELSEA L. Y. NG and PRIYA KULASAGARAN
Dilaman web www.thestaronline.com/news/
26. Ucapan Bajet 2007.Melaksanakan Misi Nasional Ke arah Mencapai Wawasan Negara. Dilaman web
www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub07 -
27. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
28. Wong, J. K. K. (2004). Are styles of Asian International students culturally or contextually bound?
International Education Journal, 4(4).
29. www.wikipedia-soft skills.
20