assigment bio

17
1.0 PENGENALAN Salah satu ciri makhluk hidup adalah memerlukan makanan. Tidak ada satu pun makhluk hidup di muka bumi ini yang tidak memerlukan makanan. Agar tetap hidup dan dapat melakukan aktiviti sehari-hari, manusia tentu saja memerlukan makanan. Makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia dicerna oleh sistem pencernaan menjadi zat-zat yang dapat diserap oleh tubuh. Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh di makan yang berbentuk pepejal atau cecair. Makanan terdiri daripada berbagai-bagai tekstur, rupa dan warna. Rasa makanan adalah pahit, masin, masam, dan manis dapat merangsang deria manusia. Makanan mengandungi komposisi elemen kimia yang di susun dengan pelbagai cara untuk membentuk molekul. Makanan juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan juga garam mineral. Bahagian ini juga memaikan peranan masing-masing untuk tubuh badan badan manusia, bahagian- bahagian ini juga mempunyai panduan serta peraturan mahupun kuantiti yang wajib di ambil bagi seorang makhluk yang hidup di muka bumi ini. Dalam konteks ini saya ingin memberi fokus kepada dua bahagian makanan sahaja iaitu lemak dan protein. Protein adalah salah satu komponen yang penting terhadap tubuh badan manusia, dan bahagian ini saya akan kaji dalam satu sampel makanan yang biasa bagi manusia iaitu ikan, saya akan melihat adakah ikan mempunyai protein yang cukup terhadap tubuh badan manusia. 1

Upload: syamimi

Post on 15-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment Bio

1.0 PENGENALAN

Salah satu ciri makhluk hidup adalah memerlukan makanan. Tidak ada satu

pun makhluk hidup di muka bumi ini yang tidak memerlukan makanan. Agar tetap

hidup dan dapat melakukan aktiviti sehari-hari, manusia tentu saja memerlukan

makanan. Makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia dicerna oleh sistem

pencernaan menjadi zat-zat yang dapat diserap oleh tubuh.

Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh di makan yang berbentuk pepejal

atau cecair. Makanan terdiri daripada berbagai-bagai tekstur, rupa dan warna.

Rasa makanan adalah pahit, masin, masam, dan manis dapat merangsang deria

manusia. Makanan mengandungi komposisi elemen kimia yang di susun dengan

pelbagai cara untuk membentuk molekul.

Makanan juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu protein, karbohidrat,

lemak, vitamin dan juga garam mineral. Bahagian ini juga memaikan peranan

masing-masing untuk tubuh badan badan manusia, bahagian- bahagian ini juga

mempunyai panduan serta peraturan mahupun kuantiti yang wajib di ambil bagi

seorang makhluk yang hidup di muka bumi ini.

Dalam konteks ini saya ingin memberi fokus kepada dua bahagian makanan

sahaja iaitu lemak dan protein. Protein adalah salah satu komponen yang penting

terhadap tubuh badan manusia, dan bahagian ini saya akan kaji dalam satu

sampel makanan yang biasa bagi manusia iaitu ikan, saya akan melihat adakah

ikan mempunyai protein yang cukup terhadap tubuh badan manusia.

Selain itu saya juga memberi fokus kepada bahagian seterusnya iaitu lemak.

Lemak adalah suatu bahagian makanan yang amat tegas dalam pengambilannya,

di sini saya akan menguji kadar lemak dalam sampel makanan iaitu sambal ikan

bilis. Dengan ini saya akn mendapat tahu apakah kesan jika mengambil sambal

ikan bilis secara berlebihan.

Protein dan lemak juga mempunyai kelebihan yang keburukkan yang tersendiri.

1

Page 2: Assigment Bio

2.0 Pelaporan Eksperiment

2.1 Ujian Emulsi Alkohol

Tujuan

Mengkaji kehadiran lemak dalam sampel ikan bilis

Hipotesis

Sampel makanan, sambal ikan bilis mengandungi lemak

Bahan & Radas

Tabung uji, rak tabung uji, penitis, bikar, penyumbat, sambal ikan bilis, etanol, dan air

suling.

Kaedah

1. Radas yang di perlukan telah di sediakan

2. Satu sampel bahan makanan iaitu sambal ikan bilis telah disediakan.

3. Sampel bahan makanan tersebut di masukkan ke dalam tabung uji sehingga

setengah.

4. Asid etanol di titiskan ke dalam sambal ikan bilis tersebut beberapa titis.

5. Tabung uji di tutup dengan menggunakan penyumbat dan di goncang sehingga

sebati secara perlahan-lahan.

6. Air suling di masukkan ke dalam campuran tersebut dan di biarkan selama

beberapa minit.

7. Hasil pemerhatian keputusan eksperiment telah di catat dan di rekod di dalam

sebuah jadual.

2

Page 3: Assigment Bio

Rajah 1

Rajah 2

3

Page 4: Assigment Bio

Rajah 3

Pemerhatian

Elmulsi berwarna kuning keruh terbentuk. Dua lapisan cecair terhasil

Keputusan

SAMPEL BAHAN MAKANAN PEMERHATIAN

Sambal ikan bilis Emulsi berwarna kuning keruh terbentuk.

Inferens

Lemak hadir dalam sampel makanan sambal ikan bilis

Perbincangan

Kaedah yang menggunakan di gunakan dalam uji kaji ini adalah kaedah ujian etanol.

Sampel makanan di campurkan dengan sedikit larutan etanol. Jika sampel makanan

itu mengandungi lemak ,maka akan terhasil satu emulsi lemak terhasil.

Kesimpulan

Sambal ikan bilis merupakan sejenis bahan makanan yang mengadungi lemak.

4

Page 5: Assigment Bio

2.2 Ujian Millon

Tujuan

Mengkaji kehadiran protein dalam daging ikan rebus

Hipotesis

Mendakan merah bata terbentuk dalam daging ikan rebus apabila ditambah larutan

reagen millon yang membuktikan kehadiran protein di dalam isi ikan rebus tersebut.

Bahan & Radas

Tabung uji, bikar, kasa dawai, tungku kak tiga, penunu Bunsen, spatula, penitis,

thermometer, lesung dan penumbuk, rod kaca, ikan rebus, air suling, reagen Millon

Kaedah

1. Radas dan bahan telah di sediakan

2. Daging isi ikan rebus telah di asingkan dari ikan tersebut.

3. Tumbuk isi ikan rebus tersebut sehingga lembut dengan menggunakan lesung

4. Isi ikan rebus tersebut di masukkan ke dalam tabung uji sehingga setengah.

5. Beberapa titis reagen millon di masukkan ke dalam tabung uji

6. Kacau campuran daging ikan rebus dan reagen millon dengan menggunakan rod kaca

7. Masukkan tabung uji ke dalam bikar yang berisi air suling tanpa menyentuh dasar bikar.

8. Penunu Bunsen di hidupkan

9. Masukkan bersama thermometer ke dalam bikar tersebut untuk memeriksa

suhu.

10. Perubahan warna pada isi iakn rebus telah di perhatikan dan di rekod dalam

sebuah jadual.

5

Page 6: Assigment Bio

Rajah 1

Rajah 2

6

Page 7: Assigment Bio

Rajah 3

Pemerhatian

Mendakan merah bata mula terbentuk pada suhu 450 C. Mendakan merah bata

terbentuk sepenuhnya pada 80 0 C.

Keputusan

SAMPEL MAKANAN PEMERHATIAN

Daging ikan rebus Pada suhu 45 0 C

Mendakan merah bata mula terbentuk

Pada suhu 80 0 C

Mendakan merh bata terbentuk

sepenuhnya.

Perbincangan

Kaedah yang di gunakan adalah ujian reagen millon, di mana apabila sampel makanan

di campurkan dengan cecair millon reagen, kelihatan mendakan merah bata akan

terhasil dan ini membuktikan bahawa kehadiran protein di dalam daging ikan rebus

tersebut.

Kesimpulan

Terhasil mendakan merah bata membuktikan bahawa memang benar terdapat protein

di dalam daging ikan rebus tersebut.

7

Page 8: Assigment Bio

3.0 Kepentingan Makanan Terhadap Tubuh Badan Manusia

3.1 Sambal ikan bilis.

Makanan mempunyai beberapa kelas makanan antaranya lemak, setaip kelas

tersebut mempunyai kelebihan masing-masing, dan in antara kelebihan kelas makanan

lemak yang boleh di simpulkan setelah melakukan uji kaji tersebut.

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada

karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting

kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang

diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Selain itu,lemak berperanan sebagai

penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu

memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang

terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga.

Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada

penyatuan selaput sel.

Lemak juga mempunyai banyak kelebihan jika di ambil dalam kuantiti yang

betul antaranya ialah memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan

tenaga, melindungi organ dalaman daripada gegaran.

Melindungi organ dalaman daripada gegaran amat penting kerana jika di luar

jantung tidak mempunyai lepisan lemak ia boleh menyebabkan jantung itu mudah

tercedera dan luka apabila berlaku bebrapa gegaran darpada luar. Namun jika terlalu

tebal lapisan lemak tersebut, ia akan mengundang penyakit jantung kerana lapisan

lemak tersebut menganggu pengepaman jantung untuk sampai ke bahagian badan.

Hal ini akan menyebabkan seseorang itu mudah sesak nafas dan berasa lelah.

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.

Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan

menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak

yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan

penyakit jantung koronari

Lemak amat berguna dalam hidup manusia, segala kelebihannya amat penting

untuk manusia tetapi jika di ambil secara berlebihan ia akan memudaratkan diri sendiri.

8

Page 9: Assigment Bio

3.2 Ikan rebus

Ikan merupakan salah satu protein haiwan yang sangat baik untuk kesihatan.

Manfaat ikan ada banyak yang boleh didapatkan jika memakannya secara rutin. Apa

pun jenis ikan, kerana lemak yang terdapat dalam ikan adalah lemak tak tepu, hal ini

membuatnya mudah untuk ia dicerna oleh tubuh dengan baik.

Kandungan nutrisi ikan

Asam lemak Omega-3

Vitamin : D dan B2 (riboflavin).

Kalsium

Fosfat

Mineral : zat besi, zink, sodium, magnesium, dan kalium.

Kelebihan ikan antaranya ialah pencegah penyakit koletrol, menstabilkan

tekanan darah tinggi, mata dan kulit menjadi sihat, mengurangkan risiko kanser. Dapat

mencegah penyakit kolestrol kerana di dalam ikan mempunyai lemak tak tepu yang

baik utnuk kesihatan jantung, dan juga di dalam ikan mempunyai omega 3 yang turut

baik untuk jantung.

Selain itu ia dapat menstabilkan tekanan darah tinggi kerana di dalam ikan

mengandungi lemak omega 3. Tambahan pula jika ingin mempunyai mata dan kulit

yang sihat, di haruskan memakan ikan secara rutin kerana kandungan fosfat dan

vitamin yang cukup tinggi sangat penting untuk membantu kesihatan mata dan kuliit

menjadi kebih sihat. Vitamin D dan B2 sangat penting untuk tulang an kulit.

Ikan juga dapat mengurangkan risiko kanser kerna terdapat zat riboflavin yang

menghalau berbagai jenis kanser dari tubuh badan. Ikan juga adalah bahan makanan

yang baik untuk amalan diet kerana Ikan tidak memiliki kolesterol yang tinggi, sangat

tinggi protein dan vitamin serta memiliki kandungan omega 3 yang sangat tinggi.

Segala kelebihan ini boleh di peroleh jika ikan di ambil secara rutin dan cara

memasaknya juga memainkan peranan iaitu merebus atau membakar ikan tersebut.

Menggorengkan ikan tersebut oleh tetapi kuantiti dan jenis minyak itu haruslah di

periksa jika mahukan khasiat dari ikan tersebut.

9

Page 10: Assigment Bio

REFLEKSI

Setelah di telusuri secara bestari, pelbagai refleksi dapat di ambil dalam proses

menyelesaikan tugasan ini. Saya berpendapat tugasan ini amat bagus kerana ia

memberi saya ilmu pengetahuan secara keseluruhan tentang bidang Komponen Alam

Kehidupan. Sebelum ini saya tidak pernah ambil tahu tentang bidang ini, namun

setelah menyelesaikan tugasan ini, lama kelamaan saya faham akan konsep–konsep

yang terdapat dalam bidang ini. Selain itu saya juga telah mengetahui pelbagai perkara

tentang alam kehidupan.

Sebelum menjalankan tugasan in saya adalah seorang yang kurang arif

tentang kelas makanan dan fungsi-fungsinya,malah kadang-kadang saya tidak

mengaplikasikan pemakanan seimbang dalam amalan seharian. Namun setelah

menjalankan tugasan ini, saya sedar bahawa makanan seharian saya adalah tidak

mengikut pemakanan seimbang. Hal ini kerana saya tidak mengambil tahu tentang

pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan.

Selain itu saya juga seorang yang gemar makan makanan yang mempunyai

kandungan lemak yang banyak. Justeru selepas menjalankan tugasan in saya akan

lebih prihatin dalam apa jua makanan yang saya makan setaip hari. Semasa

menjalankan tugasan ini juga saya dapat memahami dan mengendalikan uji kaji

secara betul dan saintifik, mengetahui fungsi rada-radas, membina inferens, membina

hipotesis, mereka kaedah uji kaji dan sebagainya yang kadang-kadang lupa.

Sejujurnya saya amat suka akan tugasan in kerana banyak memberikan ilmu

pengetahuan dalam bidang sains secara menyeluruh terutamanya di dalam

pemakanan seharian manusia.

Semasa menjalankan tugasan ini, saya mengalami beberapa masalah iaitu

kurang sumber rujukan yang membantu dalam menyelesaikan tugasan ini, mungkin

kerana kurang mahir dalam mencari maklumat, tetapi saya tetap berusaha mencari

maklumat di laman sesawang, di perpustakaan dan sebagainya agar tugasan ini dapat

di selesaikan pada tarikh da waktu yang di tetapkan. Tempoh tugasan yang singkat

bagi saya sebagai pelatih guru baharu sedikit sebanyak mengganggu dalam

menyelesaikan tugasan ini. Di samping untuk menyelesaikan tugasan lain, namun

pembahagian masa amat penting dalam menyelesaikan tugasan ini.

10

Page 11: Assigment Bio

Tambahan pula bagi mengatasi masalah ini, saya dan beberapa rakan saya

telah berkolaborasi dalam mencari maklumat agar dapat menjimatkan masa sekali gus

dapat berbincang tentang bidang ini. Ini juga memberi kelebihan kepada kami dalam

mengulangkaji pelajaran. Walaupun kami berkolaborsi dalam menyelesaikan tugasan

namun huraian dan penerangan dilakukan secara individu agar keaslian penulisan itu

dapat dizahirkan.

Kami juga kekurangan sumber rujukan seperti buku serta jurnal, dan kami telah

mengambil langkah inisiatif dengan merujuk jurnal dalam talian agar memudahkan

kerja kami dan menjimatkan masa. Saya berharap segala usaha kami ini akan

membuahkan hasil yang sempurna.

Walaubagaimanapun saya harus menempuh segala cabaran yang ada dalam

menyelesaikan tugasan ini kerana sebagai seorang bakal pendidik, pelbagai lagi

halangan dan cabaran yang perlu saya tempuhi dalam memastikan segala tugasan

saya dapat di selesaikan dengan sempurna.

11

Page 12: Assigment Bio

RUJUKAN

http://manfaat.co.id/16-manfaat-ikan-bagi-kesehatan-manusia

Di muat turun pada 10 Mac 2015.

http://www.artikelkesehatan99.com/manfaat-ikan-bagi-kesehatan-tubuh/

Di muat turun pada 10 Mac 2015

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemakanan_seimbang

Di muat turun pada 10 Mac 2015

http://www.materibiologi.com/fungsi-makanan-bagi-makhluk-hidup/

Di muat turun pada 10 Mac 2015

http://biohealthyfood.blogspot.com/2010/05/fungsi-makanan-secara-umum.html

Di muat turun pada 10 Mac 2015

12

Page 13: Assigment Bio

LAMPIRAN

Ujian Emulsi Alkohol.

Emulsi berwarna kuning keruh terbentuk.

Ujian Millon

Mendakan merah bata mula terbentuk

13